The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kajian 8 Buah Novel Tingkatan 4 dan 5 Zon di Malaysia
Ainul Mardhiah binti Mohamad Sofi
4 Razzi PB190087

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainulmardhiahmohamadsofi, 2022-06-11 09:02:26

Kajian 8 Buah Novel Tingkatan 4 dan 5 Zon di Malaysia

Kajian 8 Buah Novel Tingkatan 4 dan 5 Zon di Malaysia
Ainul Mardhiah binti Mohamad Sofi
4 Razzi PB190087

Bab 18.
Isu kubah surau telah dicetuskan oleh Pak Sahak, ketua kampung, Imam
Sanusi dan seorang pemuda. Mereka ke rumah datuk untuk berbincang
supaya masalah yang buntu ini dapat diselesaikan, jika tidak campur
tangan Yang Berhormat diperlukan. Tiba-tiba, Lili yang ternampak julur
ranting di jendela mendapati Danel memberi isyarat mengajak Lili
menemaninya ke pekan untuk membeli minyak gamat, setelah mendapat
kebenaran nenek. Mereka ke pekan menaiki bas kerana kereta Danel
digunakan oleh abangnya. Semasa di dalam bas, Danel memberi alasan
kenapa dia menulis artikel mengenai pisang.

Bab 19.
Sebelum pulang, Danel dan Lili singgah di restoran makanan segera
untuk makan dua biji burger, kentang goreng dan minuman
berkarbohidrat, ini boleh mengundang penyakit darah tinggi. Danel juga
memberitahu, bahawa nenek Lili memang pandai memasak dan
masakannya sungguh sedap. Dia juga selalu ke rumah nenek membantu
nenek masak tanpa pengetahuan Lili. Menu masakan semuanya
menggunakan pisang sebagai bahan campuran. Mereka singgah di pasar
raya untuk membeli beberapa barang keperluan, seterusnya Lili
merancang untuk singgah ke rumah Geetha. Setelah selesai mereka
pulang menaiki bas seperti biasa, sehinggalah sampai menyusuri jalan ke
kampung dan Danel mengekori sahaja Lili dari belakang. Sebaik sahaja
sampai ke jalan besar yang berturap, kelihatan seorang budak lelaki
dikejar oleh beberapa orang lelaki dengan suara yang memekik. Lili
mengenali itulah anak-anak Che Jah yang sering menimbulkan masalah.
Tiba-tiba tangan Lili dipulas, Danel tergamam kerana senjata tajam yang
dipegang oleh Rafiq telah diacukan ke leher Lili. Sebaik sedar, Lili telah
berada di tempat penculikan yang dilakukan oleh kedua-dua anak lelaki
Che Jah.

Bab 20.
Lili disembunyikan di sebuah rumah usang berlantaikan buluh. Danel
telah datang menyelamatkan Lili pada waktu kegelapan malam, kerana
Danel memang tahu tempat persembunyian Rafiq dan Haziq. Danel
tidak memaklumkan kejadian itu kepada penduduk-penduduk kampung
atas alasan tertentu. Menurut Danel, Haziq satu sekolah dengannya dan
merupakan seorang pelajar pintar. Namun, pergaulan bebas kutu-kutu
rayau menyebabkan dirinya terperangkap dengan jenayah seperti
mencuri, hisap dadah dan pecah rumah. Sehinggakan mereka sanggup
melakukan kekerasan dan mengugut ibunya sendiri, juga orang-orang
kampung menyumpah-nyumpah supaya anaknya ditangkap dan
dimasukkan ke dalam penjara. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah,
nenek menyambut kepulangan Lili dengan tangisan kerana bimbang
akan keselamatan cucunya. Sebenarnya nenek tahu tentang kejadian yang
menimpa Lili.

Bab 21.
Lili berasa simpati tentang nasib malang Rafik dan Haziq kerana
berpunca dari masalah keluarga yang dihadapi. Sebaik sahaja berjumpa
Danel, Lili terus bertanyakan khabar berita nasib mereka dua beradik.
Ketua kampung pula telah mengarahkan penduduk-penduduk kampung
merobohkan pondok tempat persembunyian mereka. Namun Lili tetap
berasa simpati dengan keadaan hidup malang yang menimpa Che Jah,
Rafiq dan Haziq. Menerusi maklumat yang diperoleh dari neneknya,
sudah tentu banyak yang bersifat negatif dan menyedihkan. Oleh itu, Lili
bercadang untuk berjumpa dengan Geetha untuk mendapatkan
maklumat yang lebih telus dan bersifat terbuka. Bagi Lili, Rafiq dan
Haziq adalah manusia biasa yang memerlukan pertolongan dan perhatian
semua pihak, bukan mengutuk dan menghina secara berterusan. Lili
memohon kebenaran untuk ke rumah Geetha, tetapi neneknya tidak
membenarkannya atas faktor keselamatan.

Bab 22.
Abang Rashid memberitahu Lili, bahawa Haziq dan Rafiq telah
ditangkap oleh penduduk-penduduk kampung dan salah seorang
daripadanya teruk dibelasah oleh ayah mereka. Lili bercadang ke rumah
Che Jah untuk mengetahui keadaan yang sebenar dan kemudiannya
merancang ke pekan bersama-sama dengan Abang Rashid. Sebaik-baik
sahaja sampai ke rumah Che Jah, Lili disambut dan dipersilakan masuk
ke dalam rumah. Che Jah menjelaskan Haziq teruk dibelasah dengan tali
pinggang oleh ayahnya.

Menurut cerita Che Jah lagi, Haziq semasa alam persekolahan dulu
merupakan seorang pelajar yang pandai, tetapi telah dibuang sekolah
kerana selalu ponteng dan melawan guru. Haziq menjadi nakal kerana
bergaul bebas dengan budak-budak nakal sehingga perangainya tidak
dapat dilentur. Che Jah memohon maaf kepada Lili tentang apa yang
dilakukan oleh anaknya terhadap Lili, tetapi Lili secara ikhlas telah
memaafkannya. Che Jah memuji-muji kebaikan hati Lili yang sanggup
datang menjenguk dan bertanya khabar. Che Jah mempelawa Lili untuk
makan tengah hari di rumahnya, dia tidak menolak pelawaan itu.

Bab 23.
Nenek menegur Lili kerana mengambil tahu tentang hal keluarga orang
lain. Nenek juga memberitahu bahawa orang-orang kampung memang
suka bermuka-muka. Kadang-kadang boleh mengumpat hanya melalui
jendela sahaja. Lili menghampiri datuk yang masih belum selesai dengan
isu kubah surau dan herba-herba ubatan tradisionalnya. Seman suami
Che Jah merupakan seorang bapa yang sangat garang. Seman bukan
sahaja garang terhadap anak-anaknya, tetapi juga terhadap orang-orang
lain yang berurusan dengannya.

Kelakuan buruk Seman ialah suka berjudi, berhutang, menipu, minum
arak dan anak-anak serta isterinya akan menjadi mangsa kekejamannya.
Lili melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap segala tindakan dan
perbuatan Seman yang tersalah mendidik anak-anak dalam membina
keluarga bahagia.

Bab 24.
Menjelang waktu isyak, melalui jendela Lili ternampak sebuah lori
membawa kubah di puncaknya terdapat bulan sabit. Selepas jam sepuluh
malam, barulah Lili mendapat berita dari datuk bahawa kubah surau
akan dipasang dalam masa terdekat. Kini isu kubah surau telah menjadi
perbualan hangat dalam kalangan penduduk-penduduk kampung.
Abang Rashid lebih suka sebuah masjid didirikan di kampung tersebut
sebagai tanda pembangunan, begitu juga dengan Lili. Bagi datuk pula
tidak kisah, sama ada kubah surau atau sebuah masjid, yang penting
ilmu-ilmu agama ditegakkan.

Bab 25.
Menjelang pagi, Lili memberitahu nenek untuk berada di luar, sama ada
melihat kubah surau atau bertemu dengan Che Jah. Nenek menasihati
Lili agar dalam keadaan sebegini lebih selamat tidak berjumpa dengan
sesiapapun. Mengikut nalurinya, pada hari ini Lili perlu berkomunikasi
dengan seseorang. Danel datang membawa gulai kari pisang ikan masin
yang dimasak sendiri dan menyampaikan suatu pesanan khas ayahnya
kepada datuk. Berita kenaikan harga minyak petrol dan diesel telah
menenggelami isu kubah surau ketika ini.

Di mana-mana sahaja semua penduduk akan membincangkan kenaikan
harga bahan api tersebut dan mengeluh tentangnya. Begitu juga kenaikan
harga barangan yang lain termasuk perubatan. Datuk sempat memperli
Danel, bahawa kos perubatan tradisional sahaja yang tidak naik. Lili ke
rumah Che Jah menziarahinya dan sempat melihat keuzuran Haziq yang
belum sembuh akibat kesan dibelasah oleh ayahnya. Che Jah begitu mesra
melayan Lili, jangkaan dan gambaran buruk perwatakan Che Jah oleh
nenek, jauh berbeza. Lili memberitahu Che Jah, bahawa dia akan kembali
ke Kuala Lumpur seminggu lagi.

Bab 26.
Lili berpendapat, dua cadangan yang perlu diketengahkan iaitu perlunya
dibina sebuah masjid dan melaporkan kepada biro pengaduan jenayah
yang dilakukan oleh Seman terhadap ahli-ahli keluarganya. Datuk
menasihati Lili agar tidak memikirkan hal-hal yang berat dan lebih
memberi tumpuan menghabiskan masa cuti persekolahan. Danel pula
telah banyak membantu, seperti menyelamatkan nyawa, membawanya ke
pekan dan dalam segala hal juga mereka bersependapat. Lili juga
berpandangan bahawa tugas membangunkan kampung terletak di bawah
tanggungjawab Danel sebagai penduduk tetap dan perlu
memperjuangkannya.

Bab 27.
Nenek bersuara janggal mengatakan sesuatu sambil memanggil Abang
Rashid. Abang Rashid pula tergesa-gesa menyediakan basikalnya untuk
membawa nenek ke rumah Che Jah. Ada sesuatu perkara yang berlaku di
sana sehingga menyebabkan nenek bergegas ke rumah Che Jah.

Lili dan Danel juga segera ke rumah Che Jah tetapi masih belum
pasti apa yang berlaku. Sebaik-baik sahaja sampai kedengaran
tempikan seorang lelaki, pastinya Seman sedang berang. Terdapat
beberapa orang di dalam rumah Che Jah ketika itu. Tiba-tiba
seorang pemuda jatuh terhumban dari atas rumah, iaitu Haziq
dengan keadaan tubuhnya berdarah. Seman yang naik angin dan
dalam keadaan yang tidak siuman telah menerajang Haziq sehingga
menyebabkan mulutnya berdarah. Tiada seorang pun yang berani
meleraikan ketegangan itu, mereka hanya berani melihat tentang apa
yang berlaku. Manakala, Che Jah telah memekik minta cerai kerana
tidak sabar lagi dengan karenah suaminya yang bertindak melulu.

Bab 28.
Che Jah belum berjaya menuntut cerai daripada suaminya.
Suaminya, Seman masih dengan perangai buruknya, kaki judi, sering
pulang lewat malam dan sering memukul anak-anak dan isterinya.
Seorang pesakit baru yang datang berubat dengan datuk kerana
penyakit gout. Datuk meminta Lili mengambilkan sebotol herba
untuk pesakit wanita tersebut dan menerangkan pantang larang
tentang sakit tersebut. Pesakit wanita tersebut bernama Puan
Hamimah dalam usia tiga puluhan lebih selesa dengan panggilan Kak
Mimah sanggup bermalam di rumah datuk kerana untuk habiskan
berubat. Hasil perbualan dengan Lili, Kak Mimah bekerja sebagai
penolong pegawai, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian Warga
Tua dan Keluarga. Tugasnya berkaitan dengan keganasan rumah
tangga, penganiayaan kanak-kanak dan pengabaian warga tua. Lili
telah mengambil kesempatan dan peluang ini untuk membuat aduan
terus kepada Kak Mimah untuk memanjangkan kes keluarga Che Jah
untuk diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Bab 29.
Kak Mimah bersetuju membantu Lili untuk menyelesaikan masalah
keluarga yang dihadapi oleh Che Jah, yang akan diletakkan di bawah
Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Kak Mimah akan balik ke Kuala
Lumpur dan akan membuat laporan berkaitan dengan kes tersebut dan
Lili akan menjadi saksi. Danel datang ke rumah ketika datuk dan nenek
tiada di rumah. Lili bersembang dengan Danel hanya di pangkin sambil
membincangkan pembinaan masjid dan merancang untuk mengadakan
pertemuan dengan penduduk-penduduk kampung.

Bab 30.
Danel mencadangkan pengumuman akan dibuat di surau untuk
mengadakan pertemuan dengan penduduk-penduduk kampung ketika
majlis pernikahan anak Pak Busu pada hari Jumaat nanti. Danel dan Lili
bercadang bertemu Geetha untuk memintanya menyelesaikan masalah
keluarga Che Jah. Geetha bersetuju dan ingin bertemu dengan Che Jah
terlebih dahulu. Mereka ke rumah Che Jah setelah mendapat kebenaran
ibu Geetha, tetapi Che Jah tiada di rumah.

Bab 31.
Danel juga berbangga kerana Geetha sanggup membantu dalam
menyelesaikan masalah pembinaan masjid dan surau kampungnya.
Mereka juga berbincang tentang bioteknologi berkaitan dengan madu
lebah, kambing dan pokok vanila mampu memberi pulangan yang cukup
lumayan. Kak Mimah telah menghubungi datuk, selain membincangkan
berkaitan rawatan mereka juga menyentuh isu keganasan rumah tangga
Che Jah. Lili tercengang dengan keputusan datuk untuk mengambil
tindakan terhadap suami Che Jah dan mengheretnya ke penjara. Mereka
berbincang cara untuk menangkap suami Che Jah dan menghukumnya
mengikut lunas undang-undang.

Bab 32.
Berita kubah dilarikan orang menjadi isu hangat ketika ini. Beberapa
orang wanita mengesyaki angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-
anak Che Jah yang telah terkenal dengan kejahatan lampaunya. Lili
menenangkan keadaan dan meminta agar mereka tidak membuat
tuduhan melulu yang tiada kepastiannya. Datuk mengheret Rafiq dan
Haziq ke halaman rumah, penduduk-penduduk akan membelasah mereka
dua beradik. Datuk meminta semua penduduk kampung berkumpul.
Mereka lihat Rafiq dan Haziq dalam keadaan lesu dan badannya lebam-
lebam akibat dibelasah. Datuk mencarikan herba untuk memulihkan
mereka tetapi badan mereka langsung tidak bermaya. Badan Haziq
lebam, manakala hidung Rafiq berdarah dan rebah di lantai rumah.
Geetha memberitahu Danel, biarlah datuk yang menyelesaikan masalah
masjid dan surau. Dia hanya ingin membantu menyelesaikan masalah
keluarga Che Jah.

Bab 33.
Kak Mimah dan rakannya Nadia muncul ketika datuk ingin mengadakan
pertemuan di balai raya. Che Jah juga hadir sama tanpa dicari, membuat
pengakuan untuk dipanjangkan kepada pihak berkuasa. Suaminyalah
yang telah melarikan kubah surau kampung, bukannya Rafiq dan Haziq.
Tindakan Che Jah biarlah pihak berkuasa mengambil tindakan wajar
supaya suaminya dihantar ke pusat pemulihan akidah. Menurut Kak
Mimah, jika Che Jah membuat laporan polis, tindakan mahkamah boleh
diambil, dan kes ini akan diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan
Masyarakat dan mendapat bantuan dari Jabatan Perlindungan Wanita
dan Masyarakat bagi membiayai kos rawatan pemulihan akidah
suaminya. Suami Che Jah berjaya ditangkap oleh penduduk-penduduk
kampung di belakang pondok dusun. Haziq diberi herba sebagai
penawar, manakala Rafiq dihantar ke hospital untuk mendapatkan
rawatan.

Bab 34.
Sugi tidak mengaku terlibat dengan kemasukan dua orang wakil pemaju
perumahan yang datang memujuk penduduk-penduduk kampung
menjualkan tanah mereka. Datuk pula dituduh cuba melindungi Che Jah
yang terlibat melindungi anak-anaknya dari kes culik cucunya, Lili.
Berpuluh-puluh pemuda kampung menunjuk perasaan di halaman
rumah, menuduh datuk terlibat dengan pemaju perumahan. Datuk tidak
ambil kisah kerana itu bukan urusannya. Sugi pula menjelaskan bahawa
dia bukan bertujuan untuk membangunkan kampung dengan projek
rumah kos rendah, tetapi ingin memajukan tanah-tanah penduduk
kampung dengan projek agropolitan, penanaman Jatropha Cuncas dan
selama ini semuanya tersalah anggap. Haziq semakin pulih dari keletihan
dan mampu tersenyum, manakala Rafiq disahkan mengambil terlalu
banyak dadah jenis syabu sehingga sistem tubuh badannya banyak yang
rosak. Kak Mimah berjanji akan membantunya sehingga pulih.

Bab 35.
Ibu pulang ke kampung tanpa ayah yang hanya menaiki bas untuk
membawa Lili balik ke Kuala Lumpur. Cadangan Danel untuk
mencadangkan pembinaan sebuah masjid diterima oleh semua penduduk
dan ketua kampung.

Bab 36.
Matahari terbit dapat disaksikan oleh Lili dan Geetha seawal paginya.
Ibu tiba ke kampung dan akan membawa Lili ke Kuala Lumpur dan
sempat untuk menghadiri majlis perpisahan pengetuanya. Datuknya,
Haji Abdul Rahman menceritakan maksud yang tersembunyi tentang
jendela menghadap jalan yang terlalu banyak kisah silam, sejak zaman
penjajahan hinggalah ke zaman komunis yang mereka tidak memasukkan
sejarah jendela menghadap jalan.

Neneknya pula, Hajah Aisyah Tan Abdullah menceritakan kisah zaman
silam berasal dari Tanah Besar China sehinggalah pertemuannya dengan
datuk di Tanah Melayu ke hari ini. Lili kerap berjumpa dengan Geetha di
Kuala Lumpur dan meneruskan pelajarannya. Haziq dan Rafiq pula akan
menduduki PMR pada tahun hadapan dan hidupnya telah banyak
berubah. Danel berharap Lili akan kembali semula ke Kampung Sentosa
dan berharap Lili telah mengetahui tentang jendela menghadap jalan,
manakala Danel telah banyak menulis artikel tentang pisang.

Kekuatan

Novel ini mempunyai banyak kekuatan seperti banyak nilai murni yang
boleh kita contohi daripada watak utama yang dikenali sebagai Lili.
Sebagai contoh, sifat ketaatan seseorang terhadap ibunya. Selain itu,
semangat patriotik yang dibina oleh datuknya untuk mendirikan projek
surau bersama penduduk kampung. Kita juga boleh mencontohi sikap
suka tolong menolong orang lain dan semangat kejiranan seperti
mengambil tahu tentang jiran kita dan menghulurkan bantuan kepada
jiran jika diperlukan. Selain itu, teknik pemerian yang menerangkan
peristiwa dalam plot secara langsung. Sebagai contoh, penulis
menceritakan hati Lili sebak untuk pulang ke kampung datuk dan
neneknya keran atidak bersetuju dengan cadangan ibunya. Selepas itu,
novel ini mempunyai pertuturan antara dua watak atau lebih daripada
dua watak. Sebagai contoh, dialog antara datuk dengan Danel tentang
perubatan moden dan tradisional. Danel berbincang dengan datuk secara
berhemah menyebabkan datuk tidak terguris hati sedangkan datuk lebih
memilih perubatan tradisional. Akhir sekali, novel ini menggunakan
teknik saspens yang menimbulkan rasa keterujaan dan tertanya-tanya
terhadap pembaca. Sebagai contoh, pembaca tertanya-tanya siapakah
yang membawa lari kubah surau. Mereka menyangkan Rafiq dan Haziq
namun Seman yang mencurinya.

Kelemahan

Kelemahan yang pertama ialah novel ini mempunyai banyak babak aksi
ganas seperti Seman mendera kedua anaknya dengan menumbuk dan
menyepak yang dikhuatiri akan menjadi contoh buruk kepada pembaca.
Selain itu, jalan cerita novel ini tidak beberapa jelas dengan tajuknya
kerana cerita tentang Jendela Menghadap Jalan hanyalah sedikit
berbanding pengalaman Lili di kampung. Novel ini juga mempunyai
pengakhiran jalan cerita yang agak mengecewakan pembaca kerana
kisahnya terpesong kepada kisah penjajahan dan bukan mengapa jendela
itu menghadap jalan. Selepas itu, plot utama yang bertukar separuh jalan.
Jalan ceritanya sepatutnya menerangkan rahsia tentang kampung itu,
namun dipertengahan novel, plot itu langsung bertukar kepada isu
kubah surau dan isu permasalahan Rafiq dan Haziq yang tidak ada kena
mengena dengan jendela. Akhir sekali, penulis perlulah menceritakan
menggunakan ayat yang lebih mudah difahami dan tidak perlu
memanjangkan jalan cerita sehingga 36 bab.

Penambahbaikan

Saya mencadangkan agar penulis memberi jalan cerita yang jelas dan
ringkas supaya mudah difahami oleh para pembaca agar dapat mengelak
salah faham dalam memahami jalan cerita. Selain itu, penulis mestilah
memberi tumpuan pada objektif sebenar jalan cerita ini dan membuang
plot-plot yang tidak berkenaan. Seterusnya, penulis boleh mencipta
semula kulit buku yang lebih ceria kerana kulit buku yang digunapakai
sekarang menunjukkan seperti novel ini bergenre seram. Kemudian,
penulis boleh mencipta watak sampingan yang mempunyai berlainan
sifat dan perwatakan untuk menarik minat pembaca agar tidak terlalu
bosan. Akhir sekali, penulis perlulah perbanyakkan pengajaran yang
boleh diikuti oleh para pembaca.

Pantai Kasih

Novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin ialah ketabahan
seorang wanita menghadapi pelbagai rintangan dalam
hidupnya. Contoh: Raiha tabah menghadapi kematian anak
perempuannya. Anak perempuan tunggalnya itu adalah
seorang anak istimewa, berkromosom lebih iaitu ‘down
sinDoktorom’. Sejak mengetahui keadaan anaknya dalam
kandungan, suaminya meminta agar kandungan itu
digugurkan, namun Raiha tetap mahu melahirkan anak
tersebut walaupun mendapat tentangan daripada suaminya.
Selain diminta agar anak tersebut dihantar ke asrama yang
mengasuh anak istimewa seperti Rohayu atau Ayu itu,
namun Raiha bertegas untuk memelihara sendiri dan
menghabiskan masa dengan anaknya itu menyebabkan
Doktor Sadiz berada kecewa kerana isterinya itu
melebihkan anaknya daripada dia. Kedegilan Raiha
menyebabkan suaminya berasa marah dan membakar kereta
mewah yang dibawa oleh Raiha untuk melarikan diri. Tiba-
tiba kanak-kanak istimewa itu berada di tempat kejadian
dan tidak semena-mena tersambar api kereta yang sedang
marak itu sehingga rentung. Kematian anaknya itu amat
menyiksakan jiwa Raiha yang tetap menyalahkan bahawa
Doktor Sadizlah dengan sengaja membakar anaknya itu.

Azmah Nordin merupakan seorang pengarang buku di
Malaysia. Beliau dilahirkan pada 10 Januari 1958 di Kulim,
Kedah. Azmah Nordin kemudiannya mendapat pendidikan
rendah dan menengah dalam aliran Melayu dan Inggeris.
Pada 1973 beliau berpindak ke Sabah dan menetap di sana.

Beliau mula berjinak dengan dunia penulisan pada awal
1980-an, iaitu dalam penulisan rencana. Kecenderungannya
menulis dalam bidang sastera bermula pada awal tahun
1986. Beliau meminati penulisan sajak, cerpen dan novel.

Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa
melalui pelbagai bentuk cabaran sebelum berjaya menjadi doktor
pakar bedah. Selepas menghadapi kegagalan dalam perkahwinannya,
dia akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar
menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat
Rawatan Pantai Kasih.

Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha
sering terganggu tentang komplikasi pesakit namun mereka masih
mampu untuk bertungkus lumus menabung wang bagi mendapatkan
rawatan operasi daripada para pakar perubatan di pusat rawatan itu.
Anehnya, yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi
komplikasi yang serupa. Kian terganggu Raiha, apabila melihat X-
Ray milik salah seorang daripada pesakit. Dari mata kasar, memang
tiada yang aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya memberitahu ada
sesuatu yang tidak kena pada X-Ray itu. Ini membuatkan Raiha
tambah tertekan.

Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas
suaminya yang perlahan-lahan mengingatkan dia pada kisah silamnya
yang amat mengerikan dan menyayat hati. Bagaimanapun, oleh
semangatnya yang kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam bidang
perubatan.

Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada
Doktor Uwang, ternyata mentornya itu agak tidak senang. Padahal
sebelum itu, Doktor Uwang adalah guru demonstrator dalam bidang
anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur surgeri ataupun
pembedahan. Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam
spesifikasi ortopedik, di institusi tinggi tempatan dahulu. Selang
beberapa tahun kemudian, apabila dia memulakan klinikal yearnya
di sebuah hospital kerajaan, pernah beberapa kali membantu Doktor
Uwang dalam bilik pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki itu
ke ceramah-ceramah perubatan dan sebagainya. Malah, hatinya
pernah tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu
mungkin tidak menyedari pun akan kewujudannya. Biar apa pun,
ketika itu, selain daripada sebagai mentor, Doktor Uwang adalah
doktor nombor satu di hatinya.

Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor
Uwang dan ditugaskan untuk mengambil alih tugas membedah salah
seorang pesakit yang menghadapi komplikasi berulang-kali,
pandangannya terhadap doktor itu mula berubah. Pelbagai tanda
tanya, menyelubunginya. Dan peristiwa aneh-aneh berlaku,
sehinggalah Doktor Uwang mengalami kemalangan di jalan yang
berhampiran dengan pusat rawatan itu.

Bab 1
Doktor Raiha baru sahaja selesai menjalankan pembedahan sendi
tulang pinggul terhadap pesakit yang bernama Unong Siron.
Pembedahan kali keenam itu sepatutnya dilakukan oleh Doktor
Uwang tetapi diserahkan kepadanya kerana pakar itu mempunyai
urusan lain. Kelima-lima pembedahan sebelum itu telah dijalankan
oleh Doktor Uwang. Ketika bersendirian di pejabatnya, Doktor Raiha
teringat akan Doktor Uwang yang telah dikenalinya semasa belajar di
universiti dahulu. Doktor Raiha menaruh hati kepada Doktor Uwang
tetapi Doktor Uwang telah berkahwin lalu dia memilh Doktor Sadiz
meskipun pilihannya itu ditentang oleh ayahnya. Sepuluh tahun
kemudian, dia menerima pelawaan Doktor Uwang untuk bekerja
bersama-sama di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK). Doktor Raiha
juga teringat akan bantahan ayahnya apabila dia menyatakan
hasratnya untuk menjadi pakar bedah. Ayahnya lebih suka Doktor
Raiha menjadi suri rumah tangga. Baginya, kaum wanita harus
menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap rumah tangga, bukan
bekerja seperti ibu Raiha yang menjadi jururawat sehingga tiada masa
untuk diri sendiri. Doktor raiha juga teringat akan kematian anaknya.
Sementara itu, Sister Felici a Londosi terkenang akan kematian
seorang kanak-kanak perempuan dalam kebakaran. Hal itu
menyebabkan dia resah dan cemas lalu minum ubat batuk yang
diambilnya di bahagian farmasi.

Oleh sebab kerap minum ubat batuk Sister Felicia ketagih akan ubat
batuk, malahan ubat itu telah diminumnya secara berlebihan. Dia
sebenarnya menyimpan perasaan marah dan dendam kepada Doktor Raiha
dan Doktor Uwang yang kerap memarahinya. Oleh sebab itu, dia meminta
jadual tugasannya ke sebelah malam supaya dia tidak bekerja bersama-sama
dengan Doktor Raiha pada sebelah pagi.

Bab 2
Doktor Uwang ternampak seorang kanak-kanak perempuan berdiri tegak,
kemudian berkeliaran dihalaman banglonya. Pada awalnya, dia menyangka
kanak-kanak itu pembantu rumahnya yang baru tetapi dia maklum
bahawa isterinya tidak mengambil pembantu rumah tanpa persetujuannya.
Malah, isterinya itu juga akur akan kehendaknya yang hanya ingin
memperoleh seorang anak. Doktor uwang mentadbir PRPK sepenuhnya
setelah tanggungjawab itu diserahkan oleh ayahnya, Datu Ontong. Semasa
berada di bawah pengurusan Datu Ontong , PRPK hanya mempunyai tiga
orang doktor iaitu Datu Ontong, Doktor Alex Ng dan Doktor uwang
sendiri. Setelah Doktor Uwang menerajui PRPK, dia telah menambahkan
serta memperindah wad-wad dan bangunan. Selain itu ,peralatan canggih
juga dibawa masuk. Hal itu dilakukan agar dia dapat mengenakan bayaran
yang mahal kepada para pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan
disitu. Doktor Uwang lebih mementingkan wang ringgit daripada tugas
murni seorang doktor, iaitu memberikan rawatan terbaik kepada pesakit.
Di dalam bilik kerjanya, Doktor Raiha teringat akan peristiwa seorang
lelaki yang menyamar sebagai doktor menceroboh pusat rawatan itu
beberapa minggu lalu.

Pemuda itu tidak sempat ditangkap kerana telah melarikan diri.
Namun begitu, Sebelum pergi, pemuda itu mengugut akan datang ke
PRPK semula.

Ketika berjalan di bahagian hadapan pusat rawatan itu, Doktor Raiha
seakan-akan ternampak seorang wanita yang merupakan dirinya sendiri
bersama-sama seorang kanak-kanak kurang upaya. Kanak-kanak itu
terkorban dalam kebakaran kereta mewah milik Doktor Sadiz sebelum
sempat Doktor Raiha mencapai tangannya. Selepas itu, dia terbayang
akan wajah bekas suaminya, Doktor Sadiz.

Bab 3
Felicia teringat akan kereta mewah Doktor Sadiz yang terbakar tapi
segera berusaha untuk fokus terhadap pekerjaannya ketika itu. Dia
merawat seorang pesakit bergelar Datin. Datin tersebut menegur Felicia
yang dilihatnya seperti sakit, namun dinafikan oleh Felicia dengan
mengatakan kulit wajahnya pucat disebabkan cuaca panas musim
kemarau. Selepas itu, dia ke ruang dapur hospital dan berbual-bual
dengan Kartini Borhan, jururawat muda tentang kebimbangan mereka
sekiranya pemuda yang menyamar sebagai doktor itu akan datang
semula ke PRPK. Penyamaran pemuda itu berjaya dikesan ketika dia
cuba memberikan rawatan terhadap Unong Siron. Ketika keluar dari
mahkamah syariah setelah mengikuti perbicaraan kes antara Raiha
dengan Doktor Sadiz itu. Isteri Doktor Uwang mengagak ada kerosakan
pada kereta mewah tersebut yang tidak dikesan. Sebelum itu, dalam
perbicaraan, Doktor Sadiz memenangi kes itu tetapi Doktor Raiha
tersebut menuduh kereta mewah itu sengaja dibakar oleh Doktor Sadiz
sehingga menyebabkan anak perempuan meraka terkorban.Di dalam
kereta BMW miliknya, Doktor Raiha teringat akan layanan kasar Felicia
terhadap beberapa orang pesakit daripada masyarakat kelas menengah
bawah.

Angkara perbuatannya berkasar terhadap ibu Unong Siron, Doktor
Raiha mengarahkan Felicia ke pejabatnya. Namun begitu, Felicia yang
dikenalinya sejak sekolah rendah lagi itu segera keluar dari pejabat Doktor
Raiha beberapa minit kemudian dengan menutup pintu pejabat secara
kasar. Doktor Felicia juga terkenang akan latar belakang Felicia. Sebelum
pulang ke rumahnya, Doktor Raiha juga teringat akan tuduhan Doktor
Sadiz bahawa dia melarikan barang kemas yang dibeli oleh Doktor Sadiz
untuknya, Doktor Raiha menafikan tuduhan itu, Doktor Sadiz tidak
akan menceraikan Doktor Raiha sebagai balasan kerana tergamak
memalukannya di hadapan masyarakat elit. Pada masa yang sama, Doktor
Uwang juga teringat akan kereta Porsche kepunyaan Doktor Sadiz yang
terbakar dahulu.

Bab 4
Doktor Raiha teringat akan perbualannya dengan Doktor Sadiz.
Sebenarnya Doktor Sadiz tidak mahu Doktor Raiha melahirkan anak
mereka. Melalui gambaran ultrasound, anak mereka yang bakal lahir itu
tidak normal. Oleh itu, Doktor Sadiz memaksa Doktor Raiha
menggugurkan kandungannya tetapi Doktor Raiha enggan. Akhirnya,
Doktor Raiha melahirkan seorang anak perempuan yang dinamai Ayu
(Rohayu binti Sadiz). Doktor uwang kian gembira apabila mengenangkan
keuntungan yang diperolehnya di PRPK. Dia kini memiliki saham pusat
rawatan itu melebihi lima puluh peratus .

Namun demikian, dia tersentak apabila melihat gambaran wajah anak
Rania di kaca televisyen. Kekacauan jiwa yang dialami oleh Felicia masih
berterusan.

Dalam khayalannya, dia berdialog dengan seorang pesakit lelaki yang
pernah menerima rawatan di PRPK. Lelaki itu marah kerana dia telah
menghabiskan banyak duit untuk mendapatkan rawatan dan hanya
mahu dirawat oleh Doktor Raiha. Apabila tersedar daripada
khayalannya, Felicia mendapati dirinya berada di stor PRPK lalu
menangis teresak-esak

Bab 5
Doktor Uwang menghabiskan masa lapangnya di sebuah pusat hiburan.
Gambaran wajah Doktor Raiha menjelma semula dalam fikirannya. Kata-
kata ayahnya, Datu Ontong bahawa banyak perkara palsu, murah dan
tidak bermutu dalam dunia ini kerap menganggu fikirannya. Selain itu,
setiap kali dia dibayangi oleh wajah Unong Siron dan anak Raiha,
pergelangan dan lututnya berasa sakit. Di PRPK, Doktor Mohammad
datang tergesa-gesa setelah menerima panggilan telefon untuk
memintanya menangani kes kelahiran bayi perempuan pramatang
walaupun pada masa itu dia tidak bertugas. Rupa-rupanya panggilan
telefon yang diterimanya itu palsu. Sungguhpun begitu, Doktor
Mohammad tidak marah kerana dia dapat berjumpa dengan Felicia yang
diminatinya. Seperti biasa, Felicia tidak mengendahkannya.

Bab 6
Setelah majlis bersempena sambutan ketibaan tahun baharu di rumah
Doktor Uwang selesai, Datuk Ontong meminta Doktor Uwang
menghantar Doktor Sadiz dan Felicia ke rumah masing-masing kerana
hari sudah lewat. Apabila tiba di kondominiumnya, Doktor Sadiz
mendapati Doktor Raiha telah lari bersam-sama Ayu dengan kereta
Porsche milik Doktor Sadiz. Doktor Raiha teringat akan perbualannya
dengan Felicia di dalam pejabatnya setelah Felicia memarahi ibu Unong
Siron.

Menurut Felicia, mereka ialah jirannya. Apabila dia melihat Unong Siron
berjalan terincut-incut setelah terlihat dalam kemalangan jalan raya, dia
mencadangkan Unong Siron mendapatkan rawatan PRPK. Sebenarnya,
Felicia mendapat wang ganjaran daripada Doktor Uwang setiap kali dia
membawa pesakit baharu mendapatkan rawatan PRPK. Perkara itu
mengejutkan Doktor Raiha kerana dia tidak menetahui perkara tersebut.
Namun demikian, hal itu tidak menjadi perhatian Doktor Raiha,
sebaliknya dia lebih mementingkan kebajikan para pesakit dan ahli
keluarga mereka. Tindakan Felicia mengasari ibu UnongSiron itu
dianggapnya kejam lalu mengingatkan Felicia agar tidak mengulangi
perbuatan itu. Doktor Raiha dikejutkan dengan panggilan telefon
daripada Doktor Uwang. Doktor Raiha diminta datang ke PRPK dengan
segera untuk melihat keadaan Unong Siron.

Bab 7
Felicia masuk ke ruang farmasi untuk mengambil ubat batuk. Dia mula
minum ubat batuk sejak remaja. Dia teringat akan kehidupannya sebagai
anak yang tidak berbapa. Ibunya membesarkannya dengan disiplin yang
ketat dan tidak menyukai pilihannya untuk menjadi jururawat. Perkara
itusering menyebabkan dia dan ibunya bertengkar lalu dia minum ubat
batuk untuk menghilangkan tekanan perasaannya.

Dia juga teringat akan keterlibatannya dalam peristiwa kebakaran kereta
mewah Doktor Sadiz beberapa tahun lalu. Felicia terserempak dengan
seorang pemuda yang mengaku dirinya Doktor Mohammad. Pada ketika
itu, Felicia sudah tidak dapat berfikir dan melihat dengan jelas lagi akibat
minum ubat batuk.

Setibanya di PRPK, Doktor Raiha dimaklumkan oleh jururawat yang
bernama Ariana Abdullah bahawa tiada sesiapa yang membuat panggilan
kepadanya. Menurut Doktor Alex Ng, mungkin Doktor Raiha menerima
panggilan palsu daripada budak-budak nakal kerana beberapa orang
doktor lain di PRPK pernah menerima panggilan palsu. Gambaran
Doktor Sadiz terus menguasai fikiran Doktor Raiha.

Bab 8
Doktor Raiha melawat Unong Siron yang ditempatkan di wad kelas
biasa. Doktor Raiha bahawa Felicia telah ditahan di dalam bilik bedah
oleh seorang pemuda yang dahulu pernah menyamar sebagai doktor di
PRPK. Doktor Alex Ng, beberapa orang pengawal dan jururawat serta
petugas lain berada di luar bilik bedah itu. Mereka tidak mampu berbuat
apa-apa kerana bimbang akan keselamatan Felicia. Mereka juga
bersepakat untuk tidak memberitahu hal itu kepada Doktor Uwang
kerana dia tidak sihat. Ibu Unong Siron menawarkan diri untuk
memujuk pemuda itu kerana dia mengenali pemuda itu. Dia meminta
pemuda itu berjaya ditahan dan di bawa ke hospital sakit jiwa. Pemuda
itu sebenarnya bekas menuntut perubatan di sebuah universiti tempatan.
Setelah gagal dalam peperiksaan semester terakhir, dia menjadi kurang
siuman akibat mendengar kata negatif jiran tetangga dan tekanan
daripada keluarga serta teman wanitanya

Bab 9
Ketika memandu keretanya, Doktor Uwang teringat akan peristiwa yang
berlaku pada malam diamenghantar Doktor Sadiz mendapati Doktor
Raiha telah melarikan diri dengan Ayu menggunakan keretanya, Doktor
Sadiz membeli petrol dengan ditemani oleh Doktor Uwang.

Petrol itu kemudiannya digunakan oleh Doktor Sadiz untuk membakar
keretannya itu tanpa menyedari Ayu berada berhampiran dengan kereta
tersebut. Doktor Uwang juga teringat akan perbualannya dengan ibu
Unong Siron. Wanita itu menempelak kerana memberi alasan lima
pembedahan yang dijalankan sebelum itu tidak berjaya kerana sendi
tulang yang dipasang pada pinggul Unong Siron tidak sesuai dan badan
Unong Siron tidak mampu melawan infeksi padahal Doktor uwang ingin
mengaut wang ringgit pesakitnya.

Sebenarnya, Doktor Uwang menjadi doktor demi memenuhi kehendak
ayahnya sedangkan minatnya cenderung kepada bidang muzik Doktor
Raiha teringat akan kemalangan kereta yang menimpa Doktor Sadiz
selepas memenangi kes mereka di mahkamah dahulu. Kereta yang
dipandu oleh Doktor Sadiz merempuh belakang sebuah lori tangki
minyak lalu terperosok dibawah lori tangki itu. Kereta itu terbakar dan
menyebabkan Doktor Sadiz rentung.

Doktor Uwang kemudiannya terlibat dalam kemalangan kereta yang
dipandunya melanggar tembok garaj PRPK. Pergelangan tangan dan
lututnya hancur. Dengan persetujuan isteri Doktor Uwang, Doktor
Raiha dan Doktor Alex Ng menjalankan pembedahan penggantian sendi
tulang pada pergelangan tangan dan lutut Doktor Uwang. Alat ganti itu
sebenarnya palsu dan bermutu rendah.

Felicia memohon maaf daripada Doktor Raiha atas keterlibatannya
dalam kematian Ayu sehari sebelum Ayu dihantar ke pusat rawatan
kanak-kanak yang mengalami sindrom down . Atas arahan Doktor Sadiz,
membeli petrol yang digunakan oleh Doktor Sadiz untuk membakar
kereta Porschenya itu. Doktor Raiha menerima ketentuan takdir itu
dengan hati yang terbuka.

Kekuatan

Kekuatan novel ini ialah novel ini mempunyai jalan cerita yang menarik
kerana di awal novel ini terdapat kisah tentang seorang doktor yang
menyayat hati. Kisah ini juga mempunyai jalan cerita yang unik kerana ia
mengisahkan tentang seorang doktor dan perkara ini akan dapat
memarik golongan yang berminat untuk menjadi doktor iaitu golongan
doktor sendiri. Dalam novel ini juga terdapat banyak konflik dan putar
belit cerita yang mengejutkan dan dapat menarik minat pembaca. Selain
itu, perkembangan jalan cerita yang dapat memudahkan pembaca
memahami tentang jalan cerita yang ingin disampaikan. Sebagai contoh,
watak Raiha, Felicia dan Dr. Uwang dibayangi dengan kisah lampau
mereka yang meninggalkan kesan sehingga hari ini. Kekuatan yang
keempat ialah novel ini mempunyai dialog yang muda untuk difahami
oleh pembaca dan secara tidak langsung dapat dibayangi oleh para
pembaca. Akhir sekali, novel ini mempunyai banyak pengajaran yang
boleh dijadikan iktibar bagi remaja zaman sekarang yang suka berfoya-
foya.

Kelemahan

Terdapat beberapa kelemahan dalam novel Pantai Kasih ini yang dapat
diketengahkan antaranya ialah terdapat banyak nilai negatif terkandung
dalam novel itu yang dianggap kurang menepati matlamat subjek
komponen sastera (KOMSAS) di sekolah. Selain itu, novel ini padat
dengan beberapa masalah semasa seperti kepentingan diri melebihi
kepentingan masyarakat. Sebagai contoh, Dr Uwang yang tidak
menghiraukan kesusahan pesakitnya, Unong Siron. Dia sanggup
menghantar anak perempuan tunggalnya duduk di asrama seawal usia
tujuh tahun semata-mata untuk tidak menganggu rutin dan statusnya.
Terdapat juga babak lucah yang tidak bersesuaian dengan umur pembaca
iaitu 13-17 tahun iaitu pembaca bawah umur.

Sebagai contoh ayat yang terkandung dalam buku tersebut ialah
"Bagaikan tidak dapat ditangguhkan lagi, Doktor Sadiz sudah tidak
mampu mengawal nafsunya. Raiha menjadi mangsa kerakusannya.
Kelemahan yang seterusnya ialah ,misteri yang hanya diterangkan
dengan sekilas pandang. Terdapat peristiwa hitam yang membuatkan
pembaca berasa teruja. Namun, penulis berharap pembaca dapat meneka
sendiri perenggan terakhir novel yang merupakan imbas balik tentang
peristiwa hitam yang diceritakan. Akhir sekali, pengakhiran novel yang
kurang mantap dimana pengakhirannya dia meminta maaf dengan
begitu sahaja lalu mangsa itu memaafkannya meskipun hal yang
dilakukannya tidak dapat dimaafkan.

Cadangan penambaikan

Penulis boleh mengurangkan penggunaan kata yang tidak senonoh dan
menggunakan perataan yang lebih bersesuaian dengan bawah umur.
Selain itu, penulis boleh menambahkan plot saspens yang membuatkan
para pembaca rasa tertarik ingin meneruskan jalan cerita. Seterusnya,
perwatakan setiap watak boleh ditambah dengan lebih banyak agar
mendapat banyak perwatakan yang menarik. Kemudian, plot yang
menarik juga perlu ditambah bagi membuang rasa bosan ketika membaca
novel ini. Akhir sekali, penulis perlulah menambah nilai murni dan
pengajaran agar dapat dijadikan contoh.

Songket Berbenang Emas

Novel ini ialah ketabahan seorang gadis menghadapi dugaan
hidup. Dahlia seorang remaja berusia 19 tahun sangat tabah
menghadapi dugaan hidupnya. Apabila emaknya, Saleha
menghadapi tekanan perasaan dan dimasukkan ke hospital,
Dahlia terpaksa keluar dari asrama dan berulang-alik ke
sekolah. Dahlia seorang yang tabah kerana terpaksa menjaga
adik-adiknya di samping pelajarannya. Kehidupan Dahlia
semakin tertekan apabila abahnya dipatuk ular. Dahlia
terpaksa mengambil alih semua tugas menguruskan adik-adik
dan keperluan rumah mereka. Namun, Dahlia tetap tabah
menghadapi dugaan tersebut. Dahlia juga tabah dihina oleh
Aton apabila Dahlia gagal menyelamatkan Said yang lemas di
sungai berhampiran rumahnya. Dahlia juga tabah melayan
kerenah neneknya yang membenci keluarga Dahlia kerana
keluarga mereka hidup dalam kemiskinan berbanding anak-
anaknya yang lain yang hidup senang. Dahlia tetap tabah
apabila mengetahui neneknya dan Pak Cik Seman ingin
menjual tanah yang menjadi tempat tinggal mereka selama ini.
Dahlia juga tabah mengulang kaji pelajaran dalam keadaan
yang kurang selesa di pusat pemindahan banjir. Berkat
ketabahan Dahlia,akhirnya dia telah berjaya dalam STPM dan
mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Jepun.

Khairuddin bin Ayip lahir pada 25 Februari, 1962 di Karnpung
Jelotong, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Beliau merupakan anak
keenam daripada sembilan adik beradik. Ayahnya pekerja JPT
sementara ibunya seorang penoreh getah. Pada tahun 1969,
beliau mendapat pendidikan awal di SK Pintas Raya dan pada
tahun 1975, beliau meneruskan persekolahan di SM Tun Ismail
sehingga lulus SPM. Pada tahun 1980, Khairuddin melanjutkan
pelajaran ke tingkatan enam di SM Dato' Bentara Luar. Setelah
lulus STP, pada tahun 1982 hingga 1984 beliau mengikuti
kursus dalam bidang Pendidikan Sekolah Menengah,
Pendidikan Seni dan Pengajian Melayu di Maktab Perguruan
Temenggung Ibrahim, Johor Bahru. Kini beliau bertugas
sebagai Pegawai School Improvement Specialist Coaches (SISC)
di Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana, Selangor.

Sinopsis Keseluruhan

Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang bijak dan
disenangi oleh teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah
keluarga sehingga mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan
STPM yang bakal didudukinya. Dahlia yang merupakan anak sulung
terpaksa memberikan perhatian kepada adik-adiknya setelah pelbagai
masalah melanda keluarganya. Ibunya, Saleha dirawat di Hospital Permai
kerana mengalami masalah mental. Ayahnya pula dipatuk ular sehingga
dimasukkan ke wad selama beberapa hari. Adik lelakinya, Abu Bakar
pula terpengaruh dengan kawan-kawan sehingga tidak mahu belajar.
Situasi ini telah menyebabkan Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk
menjaga adik-adiknya. Tekanan hidup Dahlia semakin bertambah
apabila hubungannya dengan Azhari dipandang serong oleh jirannya.
Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said
tidak dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya.
Walau bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan. Hikmah
di atas kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah apabila
Dahlia dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun dan bertunang dengan
Azhari.

Bab 1
Setelah penat berlatih bola jaring untuk bertanding dengan pelajar
tingkatan enam rendah, Dahlia berbual-bual dengan Siti Wangi, rakan
karibnya mengenai kertas kerja yang disuruh oleh Cikgu Hisyam. Dia
memberitahu Siti Wangi, isi telah dicari tetapi fakta-fakta masih tidak
lengkap.

Kemudian, Kavita datang menemui Dahlia dengan membawa pesanan
seorang lelaki mahu bertemunya di kantin. Dahlia pergi bertemu dengan
lelaki itu yang bernama Azhari. Lelaki itu memberitahu Dahlia, dia telah
habis belajar dan akan mendapat segulung ijazah pada bulan Ogos nanti.
Azhari juga memaklumkan keluarganya akan datang ke rumah Dahlia
untuk tujuan merisik. Dahlia meminta Azhari mengerti bahawa dia
masih belajar dan ingin membantu keluarganya kerana dia merupakan
anak sulung.

Bab 2
Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke kampungnya
tetapi sehingga ke jambatan sahaja. Jirannya yang bernama Aton telah
menegurnya semasa dia turun dari kereta Azhari. Aton juga menyindir
Dahlia yang selalu balik dengan mengatakan bahawa dia tidak suka
tinggal di asrama. Dahlia membalas sindiran Aton dengan mengatakan
bahawa orang tuanya masih ada. Dahlia tidak suka akan Aton kerana
Aton mengatakan emaknya “tak betul”.

Sewaktu sampai di rumahnya, Dahlia terdengar adiknya, Anggerik
menangis kelaparan. Melati memberitahu emak mereka telah keluar
rumah dan belum pulang lagi. Dahlia terus mendapatkan Anggerik dan
memarahi Melati kerana membuat susu yang terlalu cair. Sebenarnya,
susu telah habis. Dahlia telah menyiapkan makan malam manakala Melati
disuruh pergi ke kedai Tauke Lim untuk membeli susu dan gula pasir
sekilo secara hutang.

Selepas itu, Dahlia pergi mencari emaknya di kebun getah. Dahlia
terdengar emaknya bercakap sendirian dan tidak mempedulikan
panggilannya. Hati Dahlia benar-benar tersentuh apabila melihat
ibunya sebegitu. Emaknya juga tidak mengenalinya menyebabkan
Dahlia menangis. Tiba-tiba, ayahnya Embong muncul dan
bertanyakan sebab Dahlia di situ kerana sudah masuk waktu
Maghrib. Dahlia menuding ke arah emaknya. Embong cuba
memujuk Saleha balik ke rumah tetapi Saleha mengatakan rumahnya
di tengah kebun getah itu dan dia tidak mahu diganggu. Dahlia
mencadangkan ayahnya supaya mendapatkan bantuan orang
kampung sebelum emaknya pergi lebih jauh ke dalam kebun.

Bab 3
Selepas solat Isyak, Dahlia asyik befikir tentang penyakit emaknya
itu. Dia tertanya-tanya sama ada emaknya terkena buatan orang.
Akan tetapi, Dahlia tidak tahu orang yang berhasad dengki dengan
keluarganya. Akhirnya, Dahlia pasrah dan mengakui bahawa semua
yang berlaku itu adalah ketentuan Allah. Dahlia berdoa agar Allah
menguatkan imannya, memberi ketabahan dan kekuatan untuk
melalui hari-hari yang mendatang. Dia juga berdoa agar emaknya
pulih seperti sediakala. Setelah habis berdoa, Dahlia terdengar suara
Nek Kiah, ibu kepada emaknya.

Nek Kiah memarahi Embong kerana mengikat Saleha. Ayah Dahlia
memberitahu, beliau terpaksa berbuat sedemikian kerana takut
Saleha lari. Nek Kiah memang tidak suka akan keluarga Dahlia
kerana mereka hidup dalam kemiskinan.

Nek Kiah membandingkan keluarga Dahlia dengan anak-anaknya yang
lain yang semuanya hidup senang-lenang. Haji Sulaiman selaku Ketua
Kampung Parit Haji Rais datang membawa orang dari Hospital Batu
Pahat. Tujuan kedatangan mereka adalah untuk membawa Saleha
mendapatkan rawatan. Walaupun anak-anak dan Nek Kiah melarang
Saleha untuk dibawa ke hospital namun Embong serba salah menghadapi
situasi itu.

Bab 4
Dahlia menyelesaikan kerja rumah, kerja sekolah dan membantu Melati
menyiapkan latihan Matematik. Dahlia merebahkan dirinya di sebelah
Anggerik. Dahlia mengimbas kembali pantun yang diungkapkan oleh
Azhari sewaktu menghantarnya pulang pada hari Khamis yang lalu.
Dahlia tidak sanggup untuk melukakan hati sesiapa. Dia meminta agar
Azhari mengerti keadaan keluarganya yang belum sempurna. Dahlia juga
meminta izin Azhari untuk membaiki diri sendiri dan keluarganya.

Pada petang Khamis itu, dia dihantar oleh Azhari pulang ke kampung
tetapi Dahlia meminta Azhari memberhentikannya jauh dari rumahnya
untuk mengelakkan salah faham orang kampung. Pada keesokan paginya,
Dahlia dikejutkan oleh ayahnya yang menyuruhnya pergi ke sekolah.
Embong memberitahu Dahlia bahawa beliau akan menguruskan hal
berkaitan adik-adik Dahlia walaupun sebenarnya beliau sendiri tidak
tahu akan cara untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana beliau
terpaksa bekerja mencari nafkah keluarga. Perkara inilah yang menjadi
punca beliau tidak mahu menghantar isterinya ke hospital. Embong
pasrah memikirkan masalah tersebut, beliau menyerahkan segala-galanya
kepada Tuhan.

Embong mengimbas kembali perbualannya dengan Saleha mengenai ibu
mentuanya, Nek Kiah yang tidak suka akan keluarga mereka. Nek Kiah
tidak suka keluarga mereka disebabkan mereka hidup miskin tidak
seperti anak-anaknya yang lain. Anak-anak Saleha dan Embong tidak
diumpamakan sebagai cucu oleh Nek Kiah. Embong juga teringat semula
peristiwa isterinya pernah memberitahu bahawa sejak belakangan ini
beliau terasa ada bayang-bayang mengejarnya. Telinganya juga sering
terdengar suara yang pelik-pelik. Badannya juga terasa lemah.

Embong dikejutkan oleh suara Dahlia yang disangkakan isterinya.
Embong memberitahu Dahlia doktor memaklumkan emaknya hanya
runsing, Embong tidak menceritakan perkara sebenar yang berlaku
kepada Saleha di bilik kurungan di hospital itu kerana bimbang Dahlia
tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajarannya. Embong juga
memberitahu bahawa beliau akan memetik buah kelapa sawit Haji
Sulaiman pada keesokannya. Mereka dikejutkan oleh Abu Bakar, adik
Dahlia yang sudah tiga hari tidak balik ke rumah dan rela menjadi
gelandangan setelah mendapat gred tiga dalam SPM.

Bab 5
Dahlia menaiki bas JMBC berjalur merah untuk ke sekolah. Dia yang
sepatutnya pulang pada hari Sabtu ke asrama tidak berbuat demikian
kerana adiknya, Anggerik asyik menangis. Dahlia tidak rela dituduh
mementingkan diri sendiri oleh sebab itu dia pergi ke sekolah pada hari
Ahad itu dari rumahnya. Dahlia sampai lewat ke Sekolah Menengah
Kebangsaan Temenggong Ibrahim iaitu lima minit pukul lapan pagi.
Pintu pagar telah berkunci. Dahlia ternampak Cikgu Salwani, warden
asramanya sedang menuju ke bilik guru. Dahlia ditanya oleh Cikgu
Salwani punca kelewatannya dan meminta Dahlia berjumpa dengannya
pada petang itu.

Dahlia tidak dapat menumpukan perhatiannya di dalam kelas. Dia asyik
teringat emak, Anggerik dan ayahnya. Siti Wangi mengingatkan Dahlia,
mereka ada janji temu pada pukul 2:00 petang untuk membincangkan
kertas kerja yang akan dibentangkan pada hari Khamis. Dahlia
memberitahu dia tidak bersedia dan pada petang itu dia hendak melawat
emaknya di hospital. Pada petang itu, Dahlia tidak bertemu dengan
Cikgu Salwani kerana dia risau akan ditanya macam-macam. Dahlia telah
keluar dari asrama tanpa kebenaran wardennya dan terus pergi ke
hospital untuk berjumpa emaknya. Dahlia terserempak dengan Haji
Sulaiman ketika di hospital. Haji Sulaiman memaklumkan emaknya telah
dibawa ke Hospital Permai, Johor Bahru.

Bab 6
Dahlia telah dihantar oleh Haji Sulaiman ke rumahnya. Haji Sulaiman
telah memberitahu abahnya tentang Saleha yang telah dihantar ke
Hospital Permai. Abah seolah-olah menyalahkan nasibnya yang sebegitu.
Pada petang itu Nek Kiah telah datang ke rumahnya bertanyakan
emaknya yang dikatakan telah dihantar ke rumah orang gila. Dahlia amat
terpukul dengan perkataan “orang gila” yang dilafazkan oleh Nek Kiah,
nenek yang melahirkan emaknya. Nek Kiah memberitahu beliau geram
apabila semua orang bercakap mengenai emak Dahlia di balai raya. Dia
memberitahu punca emak Dahlia gila kerana rumah itu dilanggar hantu
dan penuh syaitan dan selepas ini mungkin ahli keluarga yang lain pula
akan terkena. Nek Kiah telah mengeluarkan kapur dan menggores pintu
rumah dan pintu tengah dengan tanda pangkah supaya hantu tidak
masuk rumah. Dahlia mengucap dua kalimah syahadah beberapa kali
kerana tidak percaya dengan tindakan neneknya itu. Segala yang berlaku
adalah ketentuan Tuhan.

Tiba-tiba Dahlia dikejutkan dengan jeritan di tebing sungai yang
mengatakan Said telah hilang dibawa arus sungai. Dahlia terus terjun ke
dalam sungai untuk mencari Said. Akhirnya, Dahlia telah menemui Said
setelah dibantu oleh seorang pemuda yang bukan daripada penduduk
kampung itu. Malangnya, denyutan jantung Said sudah terhenti. Nek Kiah
telah menyuruh pemuda itu membawa Said keliling rumah tujuh kali
kerana dikatakan nyawanya boleh kembali tetapi malangnya Said telah
tiada.

Bab 7
Dahlia menangis setelah pulang daripada menziarahi mayat Said. Embong
kehairanan kerana selama ini Dahlia telah dididik berjiwa kuat dan mampu
menghadapi setiap dugaan. Selepas itu, Embong ke rumah Aton untuk
menziarahi mayat Said. Said merupakan anak tunggal Aton. Aton mencari
Embong dan memarahinya dengan mengatakan anaknya, Dahlialah yang
menyebabkan Said mati dan Embonglah yang mahu Said mati. Embong
terdiam mendengar kata-kata Aton. Embong turun ke bawah dan masuk
ke dalam kelompok orang ramai di halaman di bawah pokok-pokok getah.
Embong membiarkan Aton berkata-kata tentang dirinya dan Dahlia, beliau
yakin kebenaran akan terbukti kelak. Embong terdengar suara-suara yang
mempersoalkan kematian Said dan percakapan mereka yang semakin
menyakitkan hatinya. Namun, Embong tetap bersabar dan beliau tidak
mahu mencari musuh.

Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Embong bertemu dengan Tauke
Lim. Tauke Lim memuji keberanian Dahlia yang cuba menyelamatkan
Said. Embong sudah tahu punca Dahlia menangis setelah pulang dari
rumah Aton. Memandangkan masa baru pukul 10.25 pagi, Embong pergi
memotong buah kelapa sawit di Parit Haji Kadir. Embong mengimbas
kembali peristiwa pada petang semalam ketika Dahlia sedang memasak di
dapur dalam keadaan yang lemah selepas menyelamatkan Said. Tersentuh
hati Embong kerana sepatutnya masa remaja Dahlia dihabiskan dengan
buku-buku pelajaran dan bukan kerja-kerja dapur. Embong bertekad
untuk bekerja kuat demi masa depan anak-anaknya. Setelah tiba di kebun
kelapa sawit itu, Embong terbau sesuatu. Beliau ternampak ular sawa
sebesar paha melingkari pokok kelapa sawit. Sewaktu Embong pergi
mencari buluh, ular sawa itu telah hilang. Tanpa diduga, ular itu
menjatuhkan tubuh ke arah Embong hingga menyebabkan Embong
panik.

Bab 8
Dahlia bermimpi buruk tentang ular sawa itu yang cuba membelitnya.
Dahlia tersedar apabila terdengar tangisan Anggerik. Anggerik demam
panas. Dahlia bercadang untuk membawa Anggerik ke klinik pada petang
itu. Dahlia ternampak dua orang lelaki bersongkok ke rumah Aton. Dia
teringat semula kata-kata orang yang menuduhnya lambat
menyelamatkan Said.

Dahlia melakukan kerja-kerja di dapur sambil mendukung adiknya.
Melati meluahkan kata-kata untuk berhenti sekolah dan mahu Dahlia
yang meneruskan persekolahannya. Melati bertindak sedemikian kerana
malu apabila ada orang yang mengatakan emak mereka gila. Dahlia
menasihati Melati supaya tidak mendengar kata-kata orang kerana
orang itu tidak akan menyenangkan kehidupan mereka.

Embong pulang membawa ular sawa di atas pungkis. Dahlia ketakutan.
Embong kehairanan apabila melihat Dahlia menggeletar ketakutan dan
menyuruhnya membuang ular itu. Embong membawa ular itu pulang
sebagai bukti beliau telah berjuang dengan maut untuk menyelamatkan
dirinya. Embong cuba mendapatkan Dahlia untuk mengetahui punca
dia ketakutan. Dahlia memberitahu akan mimpinya itu. Embong keluar
dari rumah dan pergi memerhatikan aliran sungai yang deras
berhampiran rumahnya itu, dia memikirkan kesanggupan Dahlia
berjuang menyelamatkan nyawa orang lain sehingga sanggup
mengetepikan nyawa sendiri. Tiba-tiba, Embong dikejutkan dengan
kehadiran seorang pemuda Melayu bersama-sama gadis India yang
merupakan kawan Dahlia.

Bab 9
Najib telah datang bersama dengan Kavita untuk berjumpa dengan
Dahlia. Najib melihat kedaifan hidup keluarga Dahlia. Kini barulah dia
memahami punca Dahlia menolak hasratnya untuk datang pada Hari
Raya Aidilfitri. Najib mempelawa Dahlia untuk membawa adiknya ke
klinik.

Pada ketika itu, bapa saudara Dahlia, Pak Cik Seman pergi ke rumah
Nek Kiah. Seman memberitahu Nek Kiah dia malu apabila orang
bercakap tentang adiknya Saleha yang telah dibawa ke hospital di Johor
Bahru. Seman menuduh Embong mempelajari ilmu sehingga Leha
sanggup berkahwin dengannya yang tidak diketahui asal usulnya.
Seman mencadangkan agar tanah yang diduduki oleh keluarga Dahlia
dijual. Seman berjanji dengan emaknya untuk mencari pembeli. Nek
Kiah bersetuju dengan cadangan Seman apabila mendengar nilai tanah
itu yang dapat dijual dengan harga RM15,000 .

Bab 10
Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang telah mengambil keputusan
untuk keluar dari asrama. Beliau memaksa Dahlia untuk memberitahu
puncanya tetapi Dahlia hanya memberitahu bahawa dia ada masalah
keluarga. Dahlia tidak mahu menceritakan perkara sebenar. Cikgu
Salwani meminta Dahlia agar jangan keluar dari asrama kerana STPM
tinggal hanya empat bulan sahaja. Dahlia menenangkan dirinya di
perpustakaan.

Tiba-tiba dia disergah oleh Kavita yang memberitahu bahawa Cikgu
Hisyam, guru kelasnya ingin berjumpa dengan Dahlia di Bilik Kerjaya.
Cikgu Hisyam telah mengetahui masalah Dahlia daripada Kavita yang
pernah berkunjung ke rumah Dahlia. Cikgu Hisyam mengatakan
bahawa Dahlia berpotensi untuk lulus dengan cemerlang dalam STPM.

Bab 11
Embong marah akan Abu Bakar, anak lelaki tunggal yang tidak boleh
diharap dan suka berseronok sahaja. Abu Bakar kerap tidak pulang ke
rumah. Kemarahan Embong semakin membara apabila Bakar tidak
mempedulikan kata-katanya dan terus menunggang motosikal. Embong
teringat kembali ular sawa yang telah diberikan kepada Tauke Lim. Tiba-
tiba Embong berasa kesal dan takut. Lamunan Embong terhenti apabila
Mawar, anaknya yang bersekolah di Sekolah Menengah Sains Johor di
Kluang, pulang bercuti. Mawar memberitahu bahawa dia balik kerana
rindu akan emaknya. Mawar bertanya tentang emaknya tetapi Embong
mengatakan nanti Mawar akan tahu sendiri. Pada hari itu, Dahlia pergi
menziarahi emaknya di Hospital Permai. Embong tidak pergi kerana
masalah kewangan. Beliau tidak sanggup lagi untuk meminjam daripada
Haji Sulaiman dan Tauke Lim lagi walaupun mereka berdua sangat baik dan
suka membantunya.

Bab 12
Dahlia menaiki teksi ke Hospital Permai. Dahlia tiba di situ pada pukul
3:15 petang. Dia membayangkan kedatangannya disambut oleh emaknya
dengan baik. Lamunan Dahlia dikejutkan oleh seorang wanita berusia 30-
an yang bertanya tentang tujuan kedatangannya. Wanita itu mencadangkan
agar Dahlia berjumpa dengan doktor yang merawat emaknya. Doktor
Ridhuan memberitahu Dahlia penyakit ibunya sudah sampai ke tahap
berbahaya dan ingin mengetahui hal-hal yang menyebabkan emaknya
menjadi sebegitu. Beliau juga menjelaskan kemungkinan penyakit emak
Dahlia berpunca daripada tekanan.

Doktor Ridhuan memanggil Azhari untuk membawa Dahlia melawat
emaknya di bilik 16. Dahlia terkejut kerana Azhari bekerja di situ.
Azhari memberitahu bahawa dia bekerja sementara di situ baru dua
minggu. Azhari ingin mengetahui punca Dahlia berada di situ. Dahlia
dan Azhari pergi melawat emaknya, tetapi Saleha tidak mengenali
anaknya itu dan dikatakan Dahlia sebagai pengutip hutang. Keadaan
tersebut sangat menyedihkan Dahlia. Emaknya juga menyuruh Dahlia
pergi dari situ.

Bab 13
Embong terkejut apabila melihat Dahlia pulang dengan kereta yang
dipandu oleh seorang lelaki. Embong berprasangka yang bukan-bukan
terhadap Dahlia. Pada malam itu, Dahlia memberitahu keluarganya
supaya tidak risau akan keadaan Saleha yang sedang dirawat. Apabila
Dahlia melihat ayahnya keseorangan di pintu barulah Dahlia
menceritakan perkara sebenar. Dahlia tidak mahu adik-adiknya risau
akan keadaan emak mereka. Tambahan pula, Mawar akan menghadapi
peperiksaan SRP tidak lama lagi. Dahlia juga memberitahu abahnya
bahawa dia telah keluar dari asrama. Tiba-tiba, Embong terdengar
sesuatu di kandang kambingnya. Embong terkejut apabila melihat dua
ekor kambing peliharaannya telah hilang.

Bab 14
Tauke Lim datang kerana mahu membeli kambing Embong. Dia berasa
hampa apabila mendapat tahu kambing tersebut telah hilang. Embong
meluahkan rasa kesal kerana kambing itu menjadi harapannya. Embong
yakin kambing peliharaannya telah dicuri orang. Embong meminta
Tauke Lim memberitahu kepadanya jika ada orang yang ingin menjual
kambing kepada Tauke Lim kerana dia ingin memastikan sama ada
kambing itu miliknya atau milik orang lain.

Dahlia teringat akan Azhari yang tetap ingin melamarnya walaupun
telah mengetahui keadaan emaknya. Azhari masih ingin mengikat tali
pertunangannya dengan Dahlia kerana ibu bapanya mendesaknya
berbuat sedemikian. Kemudian, Dahlia dikejutkan dengan kedatangan
tetamu. Rupa-rupanya yang datang itu ialah rombongan keluarga Azhari
yang ingin merisiknya.

Bab 15
Keluarga Azhari telah datang merisik Dahlia. Embong berasa berat
untuk menerima lamaran tersebut kerana Dahlia merupakan anak sulung
yang menjadi harapan keluarga. Embong sangat berharap Dahlia dapat
belajar hingga ke universiti dan dapat membantu keluarga. Walau
bagaimanapun, ibu Azhari yang mengetuai rombongan itu kerana
suaminya ke Kuala Lumpur. Beliau mengatakan bahawa perkara itu
tidak menjadi halangan kepada ikatan Azhari dan Dahlia. Mereka
sanggup menunggu Dahlia hingga tamat pengajiannya. Akhirnya,
Embong menyerahkan keputusan itu kepada Dahlia, cincin merisik
diletakkan dia atas meja. Selepas itu, Embong bersiap-siap untuk
menunaikan solat di masjid. Semasa mandi, Embong telah dipatuk oleh
seekor ular di pahanya.

Bab 16
Embong terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan.
Semasa ketiadaan ayahnya, Dahlia terpaksa menguruskan banyak
perkara. Melihatkan keadaan itu, Mawar menyuarakan hasratnya untuk
berhenti sekolah agar dapat menjaga adik-adiknya. Dahlia melarang
hasrat Mawar kerana Mawar pernah berjanji kepada emak mereka untuk
memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SRP.

Sewaktu Dahlia melawat abahnya di Hospital Batu Pahat, dia
terserempak dengan Cikgu Hisyam dan Kavita yang kebetulan
menghantar Siti Wangi yang pengsan semasa menjalani latihan bola
jaring. Kemudian, Cikgu Hisyam dan Kavita menziarahi abah Dahlia.
Cikgu Hisyam meminta Kavita untuk membuat salinan nota-nota
sepanjang Dahlia tidak hadir ke sekolah supaya dia tidak ketinggalan
dalam pelajaran.

Pada petang itu, Nek Kiah dan Seman datang melawat Embong. Nek
Kiah memberitahu Dahlia sangkaannya bahawa rumah itu berhantu
adalah benar kerana seorang demi seorang keluarga Dahlia mendapat
bencana. Nek Kiah juga memberitahu tanah itu akan dijual dan
menyuruh keluarga Dahlia duduk di kebun di hujung kampung. Dahlia
tidak bersetuju dengan cadangan neneknya.

Bab 17
Dahlia tertekan kerana banyak perkara yang difikirkannya. Antaranya
ialah pelajarannya yang banyak ketinggalan disebabkan dia kerap
ponteng sekolah, emaknya yang masih dirawat di hospital, abahnya
dipatuk ular sedang dirawat di Hospital Batu Pahat, adiknya, Abu Bakar
tidak boleh diharap untuk membantunya dan juga hasrat Azhari yang
ingin melamarnya. Semasa Abu Bakar balik ke rumah untuk menukar
pakaian, Dahlia memeriksa dompet milik adiknya, dia terkejut apabila
terdapat RM120 di dalam dompet tersebut sedangkan adiknya tidak
bekerja.

Azhari datang ke rumah Dahlia untuk mengambil pakaian emak Dahlia.
Azhari terkejut apabila dimaklumkan bahawa abah Dahlia dimasukkan
ke Hospital Batu Pahat kerana dipatuk ular. Selepas Azhari pergi, Nek
Kiah datang untuk bertanya tentang rancangannya untuk menjual tanah
tempat tinggal keluarga Dahlia. Jika keluarga Dahlia mahu terus tinggal
di situ mereka perlu membayar sebanyak RM15000 kepadanya. Dahlia
tidak dapat membuat sebarang keputusan.

Bab 18
Pada pagi itu, Dahlia membawa Anggerik untuk melawat abahnya di
hospital. Dia menunggu bas di pondok bas. Tauke Lim telah datang
bertanyakan tanah yang akan dijual. Menurut Seman, Dahlia telah
bersetuju untuk menjual tanah tersebut, tetapi Dahlia menafikannya.
Tauke Lim berasa hairan akan sikap Nek Kiah yang tamak akan wang
sedangkan Nek Kiah tidak mengalami masalah kewangan. Tauke Lim
berjanji akan berbincang tentang perkara itu dengan abah Dahlia. Tauke
Lim juga meminta agar Dahlia mengajarkan anaknya, Ann dalam
penulisan karangan Bahasa Melayu kerana anaknya lemah dalam
penulisan sedangkan peperiksaan SRP akan menjelang tidak lama lagi.
Dahlia bersetuju untuk menerima tawaran Tauke Lim itu. Dahlia
terkejut apabila tiba-tiba sahaja sebuah kereta Honda Civic milik Cikgu
Hisyam berhenti di depan pondok bas tersebut.

Bab 19
Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia supaya tidak berhenti
sekolah sebaliknya terus bertahan lebih kurang empat lima bulan sahaja
lagi sebelum menghadapi peperiksaan. Namun begitu, Dahlia terasa amat
sukar untuk ke sekolah semula kerana memikirkan adik-adiknya yang
memerlukan penjagaannya.

Najib datang ke rumah Dahlia. Najib melihat ada beberapa orang
sedang mengukur tanah di kawasan itu. Dahlia memaklumkan tanah itu
akan dijual. Najib bersedia untuk membayar harga tanah tersebut tetapi
Dahlia menolak tawaran Najib. Kemudian, Azhari pula datang ke
rumah Dahlia. Timbul pelbagai persoalan dalam hati Azhari mengenai
hubungan Najib dan Dahlia.

Kedatangan Najib dan Azhari ke rumah Dahlia telah menyebabkan Nek
Kiah memandang serong akan cucunya. Nek Kiah telah memberitahu
Dahlia, tanah tersebut telah ada pembelinya. Oleh itu, Dahlia perlulah
bersiap sedia untuk berpindah.

Bab 20
Nek Kiah datang lagi untuk mengingatkan Dahlia tentang tanah
tersebut yang akan dijual. Nek Kiah terkejut apabila melihat Embong
ada di rumah. Apabila Nek Kiah bertanya kepada Dahlia sama ada dia
telah memberitahu abahnya tentang hal tanah, Embong menggunakan
kesempatan itu untuk mengenakan Nek Kiah dengan menggunakan
parang yang sedang dipegangnya dengan mengatakan parang itu tajam
dan senang hendak potong leher. Selepas itu, Nek Kiah pulang ke
rumah. Dahlia memberitahu ayahnya dia ingin bekerja bagi membantu
meringankan beban ayahnya. Akan tetapi, Embong tidak bersetuju
kerana beliau mahu Dahlia belajar hingga ke universiti.

Tauke Lim datang ke rumah Embong dan menyatakan kesanggupannya
untuk membayar harga tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah supaya
Embong dan keluarganya dapat terus tinggal di situ. Menurut Tauke
Lim, beliau ikhlas membantu demi kebaikan bersama-sama.

Bab 21
Pada pagi itu Dahlia pergi ke balai raya. Pada ketika itu, tidak ramai yang
datang ke balai raya untuk bergotong-royong bagi majlis sambutan
Maulidur Rasul yang akan diadakan malam nanti. Dahlia membantu
kerja-kerja memasak di situ. Tauke Lim turut menyumbangkan barang-
barang untuk sambutan tersebut. Haji Sulaiman selaku ketua kampung
amat risau akan hal ini kerana kurang sambutan. Aton dan Abu Bakar
turut berada di balai raya itu. Kedatangan Abu Bakar mengejutkan
Dahlia kerana dia tidak menyangka adiknya akan membantu kerja-kerja
tersebut.

Aton banyak bercakap daripada melakukan kerja. Dia memberitahu Mak
Aji, isteri Haji Sulaiman bahawa Dahlia membawa lelaki silih berganti ke
rumahnya. Kata-kata Aton telah menyebabkan Dahlia bersedih. Abu
Bakar yang terdengar akan kata-kata Aton itu telah hilang sabar dan
hampir-hampir memukul Aton tetapi dihalang oleh Haji Sulaiman.

Dahlia terus pulang ke rumah selepas peristiwa itu. Abu Bakar telah
memujuk Dahlia. Dahlia memberitahu telah banyak dugaan yang
ditempuhinya. Abu Bakar juga telah memeluk ayahnya dan memberitahu
dialah yang telah mencuri kambing milik abahnya.

Bab 22
Abu Bakar telah insaf akan perbuatannya yang terpengaruh oleh kawan-
kawannya yang datang daripada keluarga yang senang. Dia banyak
membantu dalam melakukan kerja-kerja rumah. Abu Bakar bertekad
untuk memberi sumbangan kepada keluarganya.

Sewaktu mengemas barang-barang di bawah rumahnya, Abu Bakar
terjumpa kain merah yang hampir reput membalut dua biji telur ayam
yang mengandungi jarum peniti, cincin akik, butiran pasir, dan dua
batang paku. Barang-barang ini menunjukkan selama ini ada orang yang
berhasad dengki terhadap keluarga mereka. Abu Bakar ingin
menunjukkan barang-barang itu kepada Embong tetapi dilarang oleh
Dahlia. Dahlia menyuruh Abu Bakar membuangnya ke sungai. Dahlia
melarang adiknya menyimpan perasaan dendam.

Dahlia mendapati Nek Kiah sudah beberapa hari tidak kelihatan di
rumahnya atau di mana-mana di kampung itu. Keadaan ini merisaukan
Dahlia. Dahlia telah pergi ke rumah Nek Kiah dan didapati neneknya
sedang sakit. Namun begitu, Nek Kiah telah menghalaunya.

Bab 23
Dahlia kembali semula ke sekolah. Kehadiran Dahlia disambut dengan
gembira oleh kawan-kawannya. Kavita memberitahu Dahlia bahawa
Najib begitu berharap agar Dahlia dapat menerima cintanya. Akan
tetapi, Dahlia hanya menganggap Najib sebagai sahabat sahaja, tidak
lebih daripada itu.

Semasa pulang ke rumah, Dahlia amat gembira apabila mendapati
emaknya telah pulang dari hospital. Saleha telah pulih daripada
penyakitnya. Azhari juga ada bersama-sama ketika itu. Dahlia mengajak
Azhari pergi ke rumah neneknya. Nek Kiah terbaring dalam keadaan
mata yang terpejam. Panggilan Dahlia juga tidak disahutnya.

Bab 24
Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas dimasukkan ke wad selama
dua hari. Nek Kiah berasa bersalah terhadap keluarga Embong. Mereka
melayan Nek Kiah dengan baik. Anak-anak dan cucunya yang lain,
termasuk Seman langsung tidak menziarahinya ketika beliau sakit.

Pada hari itu, hujan turun dengan lebat. Air sungai sudah mula
melimpah. Abu Bakar memaklumkan jambatan telah patah dan orang
kampung telah mula mengemas barang-barang untuk berpindah ke
balai raya. Embong dah ahli keluarganya turut berkemas untuk
berpindah ke balai raya.

Dahlia dan keluarganya berpindah dengan menaiki bot ke balai raya.
Terdengar rungutan penduduk tentang keadaan yang berlaku itu. Bagi
Haji Sulaiman, banjir yang berlaku itu ada hikmah yang tersendiri.

Bab 25
Banjir telah menyebabkan rumah Embong roboh. Nek Kiah telah
mengajak Embong sekeluarga tinggal di rumahnya. Mereka bersyukur
akan perubahan Nek Kiah. Nek Kiah juga tidak lagi menyebut tentang
tanah yang hendak dijual itu.

Sebelum semua mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing, Haji
Sulaiman telah menyampaikan ucapan kepada penduduk Kampung
Parit Haji Rais. Beliau menyeru agar penduduk kampung saling
membantu antara satu sama lain dan prihatin akan masalah jiran
tetangga. Beliau juga berharap supaya penduduk kampung bersatu dan
bersama-sama menjayakan apa-apa projek di kampung itu kerana
mereka hidup bermasyarakat.

Kesan daripada kata-kata Haji Sulaiman, penduduk kampung itu mulai
insaf dan mereka telah bergotong-royong membina rumah Embong
semula dengan wang sumbangan parti. Haji Sulaiman bangga akan
perubahan sikap penduduk kampungnya. Begitu juga dengan Tauke
Lim. Dahlia amat terharu dan terasa dirinya tidak disisihkan. Tauke
Lim mengusik Dahlia, rumah baharu nanti bolehlah dia naik pelamin.

Bab 26
Dahlia sibuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan STPM
menjelang. Dalam kesibukan itu, Azhari telah datang dengan ibunya bagi
membincangkan tarikh pertunangan mereka. Keputusan dibuat pada 30
Disember, iaitu selepas Dahlia tamat peperiksaannya. Dahlia hanya
menurut sahaja kehendak keluarga Azhari dan keluarganya.

Selepas tamat peperiksaan, Dahlia berasa sedih kerana terpaksa berpisah
dengan kawan-kawannya. Dahlia juga memberitahu Siti Wangi dan
Kavita tentang pertunangannya. Dahlia juga bercadang untuk bekerja di
kilang untuk mencari pengalaman.

Bab 27
Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa
Dahlia telah terpilih untuk mengikuti pengajian di salah sebuah
universiti di Jepun selama empat tahun. Pemilihan Dahlia dibuat atas
cadangan sekolahnya dan Jabatan Pelajaran Johor berdasarkan
pencapaiannya dalam peperiksaan. Sebelum bertolak ke Jepun Dahlia
akan belajar bahasa Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan.

Azhari terdengar berita itu ketika dia datang untuk membeli cincin
pertunangan mereka. Dia mengucapkan tahniah dan merelakan Dahlia
belajar di Jepun. Dahlia akan mendaftar di Universiti Malaya sehari
selepas dia bertunang dengan Azhari.

Bab 28
Dahlia amat gembira kerana hubungan keluarganya dengan Nek Kiah
semakin rapat. Akan tetapi, Dahlia rasa sedikit berduka kerana dia
akan ke Kuala Lumpur selepas pertunangannya. Nek Kiah telah
menghadiahkan gelang pusaka kepada Dahlia.

Dahlia teringat kembali kenangannya sewaktu pergi membeli cincin
dengan Azhari. Kawan –kawan Dahlia dan Cikgu Hisyam turut hadir
sewaktu majlis pertunangannya. Bas ke Kuala Lumpur akan bertolak
pukul 5:00 petang tetapi rombongan keluarga Azhari belum juga
sampai. Dahlia semakin risau. Abahnya menyuruh Dahlia berkemas
untuk bertolak ke Kuala Lumpur. Haji Sulaiman menyerahkan
sumbangan orang kampung kepada Dahlia sebanyak RM500 termasuk
yang diberi oleh Tauke Lim sebanyak RM300.

Akhirnya, Dahlia tiba di stesen bas Bandar Penggaram yang jauhnya
kira-kira 17 kilometer dari kampungnya. Azhari datang berjumpa
dengan Dahlia dan memberitahu punca kelewatannya kerana
jurucakap majlis yang merupakan pak ciknya lambat sampai. Sebelum
menaiki bas, Azhari telah menghadiahkan sehelai songket berbenang
emas berwarna merah kepada Dahlia. Azhari juga menyebut “Koi-
bito” yang tidak diketahui maksudnya. Azhari meminta Dahlia agar
menjaga jati diri sebagai orang Melayu walau berada di mana-mana
pun.

Kekuatan

Kekuatan pada novel ini ialah terdapat banyak nilai murni watak utama
yang boleh kita contohi seperti sikap sabarnya dalam menjaga adik
beradiknya dan sikap sabarnya walaupun tidak dihargai oleh penduduk
kampung malah dicemuh. Seterusnya, novel ini mempunyai banyak
pengajaran dan kesedaran yang boleh diambil dijadikan contoh buat para
pembaca. Selain itu, bahasa yang digunakan untuk menyampaikan situasi
sangat jelas dan telus. Sebagai contoh, Azhari telah menghadiahkan
songket berbenang emas berwarna merah kepada Dahlia semasa majlis
pertunangannya. Kemudian, novel ini mengingatkan kita setiap
peristiwa pasti ada hikmahnya seperti Dahlia sebagai anak sulung yang
menjaga adik-adiknya dengan penuh kasih sayang dan pada masa yang
sama tidak lupa untuk teruskan belajar supaya cemerlang semasa STPM.
Berkat kesabarannya menghadapi dugaan hidup, dia dapat melanjutkan
pelajarannya ke Jepun dalam kursus Pengurusan Perniagaan selama 4
tahun. Akhir sekali, watak ini novel ini berjaya menyampaikan emosi
dalam situasi tersebut. Sebagai contoh, Dahlia tidak ke sekolah kerana
perlu menjaga adik-adiknya.

Kelemahan

Kelemahan novel ini ialah terdapat banyak babak percintaan remaja pada
zaman persekolahan yang tidak patut dicontohi oleh remaja kerana
dikhuatiri akan melalaikan mereka dalam pelajaran. Kekurangan yang
kedua ialah cara penceritaan novel ini sanagt perlahan dan sennag
membuat pembaca hilang fokus kerana tidak dapat memberi tumpuan
dan perhatian.

Seterusnya, sikap penduduk kampung yang tidak bermoral seperti
sombong dan tidak mempunyai sikap tolong menolong antara satu sama
lain. Dengan harapan untuk sikap ini tidak dinormalisasikan oleh
kalangan masyarakat di serata tempat. Penulis juga banyak menulis
dialog yang terlalu bosan dan tiada motif. Dialog tersebut boleh
digantikan dengan dialog yang boleh mendalamkan plot utama yang
lebih penting. Akhir sekali, watak utama di dalam novel ini tidak dapat
membuat keputusan dengan jelas dimana dia memilih Azhari yang
melamarnya lebih awal berbanding Najib yang mana merupakan sahbat
baiknya lalu dia menolak lamaran Najib dengan begitu sahaja tanpa
alasan yang kukuh.

Cadangan penambahbaikan

Penulis boleh menjadikan jalan cerita lebih menarik dan tidak perlu
terlalu fokus kepada sesuatu situasi. Selain itu, penulis perlu menambah
nilai murni di dalam novel ini agar dapat dijadikan contoh teladan.
Seterusnya, penulis boleh memendekkan jalan cerita dengan ayat
gramatis tanpa menambah situasi yang tidak diperlukan. Kemudian,
perkembangan di dalam novel ini perlulah dimantapkan dan diolah
dengan lebih gramatis dan jelas. Akhir sekali, penulis perlulah
menambahkan teknik plot dalam novel agar setiap pembaca dapat
memantapkan pemikiran mereka untuk menganalisis novel.


Click to View FlipBook Version