The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kajian 8 Buah Novel Tingkatan 4 dan 5 Zon di Malaysia
Ainul Mardhiah binti Mohamad Sofi
4 Razzi PB190087

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainulmardhiahmohamadsofi, 2022-06-11 09:02:26

Kajian 8 Buah Novel Tingkatan 4 dan 5 Zon di Malaysia

Kajian 8 Buah Novel Tingkatan 4 dan 5 Zon di Malaysia
Ainul Mardhiah binti Mohamad Sofi
4 Razzi PB190087

TIRANI

Novel ini tentang kecantikan fizikal bersifat
sementara tetapi ilmu yang dimiliki seseorang dapat
melindungi kelemahan diri.

BEB SABARIAH atau nama penuhnya Bibi Sabariah Hj Abang
Awet, lahir di Kampung Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak.
Lulus Senior Cambridge dari SMK Green Road Kuching beliau
terus mendapat pendidikan ikhtisas @ diploma dari Maktab
Perguruan Rajang Bintangor, Sarikei dan Maktab Perguruan
Temenggong Ibrahim, Johor Baharu.

Beliau mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999
dalam genre cerpen, puisi, rencana serta rencana kritikan sastera.
Menetap di Bandar raya Kuching, Beb Sabariah adalah ahli KEPEZI
(Kelab Penulis Zaharah Nawawi) dan PEKASA (Persatuan
Karyawan Sastera Sarawak).

Sinopsis Keseluruhan

TIRANI mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Waheeda
mahu menjadi cantik dan berhidung mancung kerana hidung asalnya
pesek. Waheeda juga ingin mencapai kemajuan atas nama dirinya dalam
bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid mengatakan bahawa
Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri. Bagi
menjadi cantik Waheeda yang kebetulan hidungnya digigit monyet
melakukan pembedahan rekonstruksi atau pembinaan semula wajahnya
dengan memasang hidung palsu menjadikannya hidungnya mancung
dan cantik. Dengan kejayaannya menjadi cantik datang jugalah
kejayaannya dalam bidang kerjaya. Bidang pelancongan yang
diterokainya telah mempertemukannya dengan suaminya, Zahid, anak
rakan niaganya di Sarawak iaitu Datuk Yasser. Kecantikan dan kejayaan
dalam kerjaya yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan
rumah tangga. Sebenarnya tidak menjadi kenyataan kerana apa yang
diperolehnya itu yang merosakkan kehidupannya. Kecantikannya itu
menyebabkan tugasnya bertambah berat dan harapan orang
terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak larat
memikulnya. Dalam novel TIRANI cinta Waheeda terhadap suaminya
begitu mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah diceraikan oleh
suaminya. Penceraian itu berpunca daripada wajah anaknya yang tidak
ada mewarisi kecantikan dirinya dan ditambah dengan rasa cemburu
oleh Zahid. Akhirnya Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari
dalam bidang pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di
Cameron Highland. Kemajuan chalet yang diusahakan oleh Waheeda
dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong
termasuklah Zahid. Akhir mereka dipertemukan di chalet itu. Namun,
di sudut hati Waheeda dan Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa
kecantikan seseorang hanyalah satu TIRANI.

Bab 1 :
Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang
tentang kecantikan diri seorang wanita yang merupakan sinonim dengan
sifatnya yang terlalu obses dengan kecantikan. Lalu Waheeda teringat
akan hidungnya yang kemet yang menjadi ejekan kepada kawan-
kawannya seperti Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi. Hatinya sentiasa
memberontak dengan keadaan itu. Atas nasihat ibunya, Raidah dan
kawannya Nasuha serta Ustazah Ruqaiyah, perasaan benci dan bergelora
terhadap kawan-kawannya dapat diredakan.

Di pekarangan homestaynya suasana agak riuh dan sibuk telah
mematikan lamunan Waheeda. Keriuhan itu menggambarkan kesibukan
dan persediaan yang sedang dilakukan oleh pekerja homestay iaitu
Fatimah, Babu Saiyidah, Liya dan Nani untuk menyambut kedatangan
pelancong Inggeris. Satu daripada keistimewaan homestay ini adalah
menyediakan makanan asli masyarakat Dayak Sarawak seperti pansuh
ayam dan bubur pedas, pansuh manok dan udang galah gulai tempoyak
iaitu masakan asli Sarawak. Selain makanan dan tempat tinggal,
pengurusan homestay Waheeda menyediakan pengalaman pergi ke
dusun buah-buahan di Matang dan juga pengalaman urutan kaki di
kolam ikan kap. Selain itu, pelancong juga diberi penerangan tentang
sejarah tempatan di situ. Waheeda terus menyiapkan tugasannya untuk
memajukan lagi homestay itu.

Bab 2 :
Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang
lawatan institusi pelancongan dan lawatan Putera Andrew ke Rumah
Panjang Annah Jais seterusnya ke Dusun Tajau Emas. Mereka juga
menyenaraikan barang-barang yang penting untuk dipamerkan bagi
menggambarkan identiti budaya masyarakat Sarawak kepada rombongan
yang hadir.

Kehadiran para pelancong ini menyebabkan Waheeda berasa amat gembira.
Namun di sebalik kehadiran pelancong itu, Waheeda berasa amat kecewa
atas penampilan dirinya yang tidak cantik dan Waheeda memasang niat
untuk membuat pembedahan plastik. Hasrat ini telah dinyatakan kepada
ibunya, Raidah. Tetapi bapa Waheeda tidak menggalakkan kerana
bercanggah dengan hukum agama. Emak Waheeda terus memujuk anaknya
supaya tidak melakukan apa yang dihajatinya.

Tidak beberapa lama kemudian, keadaan chalet pada malam itu menjadi
kelam kabut. Seekor monyet Belanda telah menempa masuk ke dalam
chalet. Nasib malang telah menimpa Waheeda kerana monyet itu telah
menggigit muka Waheeda. Dia luka parah dan dibawa ke hospital untuk
mendapatkan rawatan yang dikendalikan oleh Dr. Zakaria. Melalui
perbincangan antara Waheeda dengan Dr Zakaria, Waheeda telah bersetuju
untuk melakukan pembedahan plastik dengan menggunakan kepakaran di
Singapura.

Bab 3 :
Perjalanannya menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu ditemani
oleh Ibu Waheeda(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan
empat roda (Prado). Ghazi ialah abang Waheeda yang melepaskan jawatan
sebagai jurutera di petronas telah pulang ke pangkuan keluarga untuk
memajukan perniagaan keluarganya. Pada awalnya, perjalanan mereka agak
lancar tetapi apabila menghampiri jambatan Tun Abdul Rahman Yakob,
keadaannya tersekat-sekat akibat jambatan roboh kerana dilanggar oleh
tongkang pasir pada malam tadi. Dalam perjananan itu Waheeda tidak
banyak berkata-kata hanya menyamput kata-kata ibunya sekali sekala.
Waheeda banyak menyendiri sahaja. Namun, ibunya Raidah banyak
bercerita tentang sejarah jambatan gantung dan nama-nama jalan yang
dilalui oleh mereka yang semuanya mengambil nama pembesar-pembesar
negeri Sarawak.

Raidah juga sangat kagum tentang bandar raya Kuching yang dinobatkan
sebagi Bandar Dalam Taman dan Bandar Selamat menurut perisytiharan
daripada Perikatan Bandar Sihat Sedunia. Mereka sempat sampai ke
lapangan terbang Kuching sebelum waktu berlepas. Raidah melihat wajah
anaknya yang tidak menunjukkan rupa kesedihan. Jelaslah Waheeda
mempunyai perasaan katarsis.

Sesampainya di lapangan Terbang Changi, Singapura, Waheeda menuju ke
rumah Bazilah iaitu kawan satu university dengannya. Waheeda akan
tinggal bersama Bazilah sepanjang menerima rawatan di Silicon Medical
Centre, Singapura yang dikendalikan oleh Dr Alma Hollis.

Bab 4 :
Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum dengan
kebersihan bandar raya Singapura dan Waheeda melihat kedai-kedai yang
banyak berderet tetapi niatnya bukannya untuk membeli belah. Dia juga
amat peka kewujudan pokok-pokok semarak api yang sedang berbunga.
Rentetan daripada itu, telah menyedarkan Waheeda tentang kepalsuan
fakta sejarah yang telah dimanipulasikan oleh penjajah. Perjalanan
diteruskan ke rumah Bazilah. Dia sudah dinantikan oleh sahabatnya itu di
rumah. Waheeda akan tinggal di salah sebuah bilik di rumah kepunyaan
pakcik Bazilah. Semalaman mereka berbual mengenang kembali peristiwa-
peristiwa semasa mereka sama-sama belajar di Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai, Malaysia. Keesokan harinya, Waheeda telah
diperkenalkan oleh Bazilah kepada tunangnya, Dr Zahari. Kebetulannya Dr
Zahari merupakan doktor pakar pembedahan plastik di Hospital Sultanah
Aminah, Johor Bharu. Dalam sebuah restoran, Dr Zahari menjelaskan
gambaran tentang pembedahan plastik yang akan dilalui oleh Waheeda.
Pada masa yang sama, Waheeda juga menyatakan bahawa dia berhajat
untuk melakukan pembetulan di kelopak matanya.

Waheeda dan Bazilah sudah berada di Silicon Medical Centre (CMC). Di
sini, Waheeda berjumpa dengan Dr Alma Chen. Waheeda telah
menyerahkan dokumen perubatan dari hospital di Sarawak. Waheeda
telah melengkapkan semua borang yang diperlukan untuk proses
pembedahan tersebut.

Bab 5 :
Pada malam itu, Waheeda menghantar e-mel yang menceritakan rawatan
yang akan dilaluinya. Apabila Ghazi menyatakan pembedahan tersebut
mengambil masa kira-kira 10 jam kepada ibunya, Raidah menjadi gusar lalu
bertindak dengan menyediakan sejenis makanan yang bernama ketupat
lepas. Penyediaan ketupat lepas ada kaitan dengan kepercayaan masyarakat
di situ untuk menolak bala. Raidah juga menyuruh Ghazi membeli tiket
kapal terbang ke Singapura. Raidah akan memberi ketupat lepas itu kepada
anaknya itu kononnya untuk menolak bala.

Di rumah Bazilah, Waheeda menerima panggilan daripada ibunya bahawa
dia sudah sampai di Singapura. Waheeda terkejut dan menyatakan kepada
ibunya supaya menunggunya. Tiba-tiba ibunya sudah berada di depan
pintu rumahnya. Ibunya membawa ketupat lepas dan menyuruh Waheeda
membuka ikatan ketupat lepas bagi menolak bala lalu dimakannya. Bazilah
juga memakannya. Waheeda amat gembira dengan kehadiran ibunya.

Pada keesokan pagi, Raidah dan Bazilah menemani Waheeda ke SMC.
Selepas berjumpa dengan Dr Alma Chen dan menandatangani beberapa
dokumen mereka terus ke bilik bedah. Di luar dewan bedah, Raidah
memeluk anaknya dan mendoakan keselamatan Waheeda. Begitu juga
dengan Bazilah. Kemudian Waheeda berjalan masuk ke bilik bedah dengan
hati yang tabah demi kecantikan wajahnya.

Bab 6 :
Pembedahan terhadap Waheeda yang telah dirancang berjalan dengan
lancar. Operasi ini diketuai oleh Dr Sirrim Ghazizadeh dan dibantu oleh
Dr Alma Chen dan Dr Averroes (Dr.Rushdi). Di dalam bilik
pembedahan, keadaan Waheeda sangat tenang dan rela menjalani
pembedahan itu demi kecantikan wajahnya. Pembedahan tersebut
mengambil masa selama 12 jam.

Waheeda berasa sangat gembira kerana rupa-rupanya dia ditemani oleh
ibunya yang menunggu di luar bilik pembedahan. Waheeda melangkah
keluar dari SMC bersama-sama ibunya selepas membayar bil pembedahan
yang jumlahnya berpuluh ribu ringgit. Waheeda berasa lega kerana
hasratnya untuk merubah wajahnya seperti yang diidamkan sudah
terlaksana. Semasa Waheeda berehat di rumah, dia telah membaca satu
tawaran pakej pelancongan yang ditawarkan oleh Timberland Medical
dan SMC ke Hotel Flamingo De La Rossa, Pulau Sentosa, Singapura.
Tawaran ini dikhaskan kepada pelanggan SMC yang membayar 30 ribu
ke atas. Waheeda menerima tawaran tersebut.

Bab 7 :
Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr
Zahari. Waheeda bersama rakannya menghabiskan masa di pulau
tersebut. Kebanyakan masa dihabiskan dengan membaca buku yang
tersedia di hotel tersebut. Mereka juga menghargai anugerah alam di
situ. Jenis tumbuh-tumbuhan yang ada di situ seperti pohon putat laut
dan pohon ketapang yang mengingatkan Waheeda kepada kampung
halamannya. Suasana di situ juga menjadi sumber inspirasi kepada
Wheeda untuk memajukan lagi homestay kepunyaan bapanya.

Semasa Waheeda, Bazilah dan Dr Zahari berbincang, tiba-tiba
munculnya Dr Averroes. Dr Averroes juga dikenali sebagai Dr Rushdi.
Percutian ini semakin rancak dengan kehadiran Dr Rushdi. Mereka
bersantai bersama-sama berkongsi pengalaman dan pandangan.

Bab 8 :
Waheeda dan Dr Rushdi terus bercerita. Dr Rushdi menyatakan bahawa
kecantikan ialah tirani yang hadir hanya sementara sahaja. Istilah tirani
menurut Dr Rashdi berasal dari Greek. Persoalan ini menjadi topik
perbualan yang panjang antara mereka berdua.

Pada malamnya, sebelum tidur, Waheeda tersenyum teringatkan cerita-
cerita yang disampaikan oleh Dr Rushdi tentang dirinya dan kehebatan
orang-orang Sepanyol. Cerita Dr Rushdi juga mengingatkan Waheeda
kepada kehebatan bangsanya dan kampung halamannya. Sejurus selepas
itu, Fatimah telah menelefonnya tentang ke hadiran Persatuan Agen
Pelancongan dan Perjalanan Malaysia (MATTA) ke tempat mereka.
Fatimah juga menerangkan pesta Bung Beratak yang dihadirinya
bersama-sama rombongan tersebut.

Selepas itu, melalui e-mel Fatimah juga tentang projek perhotelan yang
dijalankan oleh syarikat Datuk Yaseer yang telah berjalan lancar.
Waheeda teringat semula akan chalet ayahnya yang mungkin jauh
ketinggalan berbanding dengan hotel Datuk Yasser. Waheeda memasang
tekad untuk kembali ke Chalet Tajau Emas.

Dengan tidak disangka, Waheeda menerima berita gembira untuk
menghadiri satu temu duga pegawai Perhubungan di Flamingo Resort.
Sebenarnya Waheeda telah membuat persiapan diri dengan menghadiri
bengkel Keusahawanan dan Keterampilan diri sebelum ini. Sebelum
tidur pada malam itu, Waheeda berfikir mungkin dia akan berpisah
dengan sahabatnya, Bazilah kerana Flamingo Resort terletak jauh di
sebelah selatan Singapura.

Bab 9 :
Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang baru di
Flamingo Resort telah mendapat perhatian oleh pekerja di situ.
Kecantikan dan keramahan Waheeda amat menyenangkan hati beberapa
orang staf di situ seperti Lais, Anati dan Kong. Dalam pada itu,
Waheeda bersyukur diterima bekerja di situ. Namun, dia masih teringat
kerjanya di Tajau Emas. Waheeda makan bersama Kong di Restoran La
Rosa. Selepas Kong meninggalkan Waheeda di kafe, Waheeda sempat
melihat seorang lelaki yang bernama Zahid setelah dibisikkan oleh Alex
kepadanya.

Di rumah Bazilah, semasa kedua-dua mereka berbual, Dr Zahari muncul.
Waheeda sedar sejak belakangan ini, Dr Zahari selalu datang ke rumah
mereka. Tindakan Dr Zahari yang mesra dan seakan-akan tidak
mempedulikan Bazilah menyebabkan Waheeda kurang selesa. Waheeda
berasa Dr Zahari melemparkan pandangan mata yang cukup berlainan
yang mungkin menyebabkan Bazilah cemburu. Peristiwa ini
menyebabkan Waheeda menganggap tirani itu memang benar. Dengan
alasan ini, Waheeda mengambil keputusan untuk berpindah ke Flamingo
Resort.

Pada minggu pertama di tempat kerja, Waheeda telah menerima tugas
yang agak berat yang diberikan oleh Encik Halloway. Waheeda cuba
mengaitkan budaya masyarakat Singapura dengan masyarakat Sarawak.
Waheeda teringat akan orang Ulu, Long Dance atau Hiven Joh,
kebudayaan suku kaum Kelabit, Kayan, Kenyah, Long Bawang dan
Penan.

Dalam pada merangka program yang terbaik untuk resort tersebut,
Halloway datang dan mengajak berjumpa dengan Zahid. Dalam
pertemuan ini, Halloway telah menawarkan Waheeda sebagai wakil
Flamingo Resort dalam pertandingan ratu antarabangsa yang akan
diadakan pada pertengahan hadapan. Waheeda terkejut mendengar
tawaran tersebut. Keadaan itu diredakan apabila Halloway memuji
kecantikan Waheeda.

Setelah Halloway beredar, Waheeda berkenalan dengan Zahid. Melalui
perbualan tersebut, Waheeda dan Zahid begitu teruja dan hati mereka
terus berbunga.

Bab 10 :
Datuk Yasser berkunjung ke Singapura dan menginap di Flamingo
Resort dengan tujuan untuk menemuinya anaknya Zahid yang baru
pulang dari Amerika. Datuk Yasser banyak membincangkan isu yang
terkandung dalam akhbar hari itu,termasuklah tentang Islam, rasuah,
cetak rompak dan sebagainya. Tujuan asalnya untuk bertanya kepada
Zahid tentang kepulangan Zahid dari Amerika. Zahid menjelaskan
kepada ayahnya bahawa dia tidak suka tinggal di sana kerana beberapa
isu negatif terhadap Malaysia dan Islam. Datuk Yasser berasa bersyukur
atas keputusan Zahid. Pada malam itu, perbualan anak beranak itu
berkisar kepada pengembangan perniagaan di Kuching, Seri Gading dan
mungkin ke Flamingo. Dalam kerancakan perbincangan, rupa-rupanya
senyuman manis Waheeda terlekat dalam lamunan Zahid.

Selepas menikmati makanan tengah hari bersama Halloway, Waheeda
didatangi oleh Zahid. Seterusnya Zahid memperkenalkan Waheeda
kepada ayahnya Datuk Yasser. Perbualan Waheeda dengan Datuk Yasser
semakin rancak kerana Waheeda berasal dari Kuching dan ada kaitan
dengan Tajau Emas. Lantas ada kaitan dengan Seri Gading. Datuk Yasser
sangat gembira dan mencadangkan mereka makan bersama-sama pada
malam itu.

Waheeda tidak sabar untuk menceritakan kepada Bazilah tentang
pertemuannya dengan Zahid yang mungkin akan membibitkan sesuatu
yang bermakna.

Seterusnya, persiapan sedang dibuat oleh Kong dan Anati yang sibuk
memberi idea tentang pakaian yang sesuai dipakai oleh Waheeda ke
Pertandingan Ratu Cantik Miss Tourism Internasional nanti. Waheeda
mencadangkan bahawa dia tidak mahu memakai fesyen yang berbelah
sampai ke paha. Sebaliknya dia akan mengenakan pakaian Gajoh Oleng
yang merupakan pakaian tradisi Sarawak.

Bab 11 :
Fatimah menerima e-mel menceritakan hubungannya dengan Zahid.
Fatimah menceritakan bahawa Zahid yang ditemui oleh Waheeda adalah
anak kepada Datuk Yasser, tuan punya Sri Gading Holding. Raidah
sangat gembira mendengar berita tersebut

Di Flamingo, berita kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism
International disebarkan kepada semua. Detik-detik kegemilangan
diceritakan oleh Anati kepada semua warga Flamingo Resort. Seterusnya
Waheeda diberi cuti satu hari. Di biliknya Waheda menerima bunga
daripada Zahid dan Dr. Rushidi. Waheeda juga menceritakan
hubungannya dengan Zahid kepada Bazilah. Bazilah sangat gembira dan
berpesan supaya Waheeda menghantar kad jemputan nanti.

Manakala di Tajau Emas pula, Raidah berasa pelik bila diberitahu
rombongan Datuk Yasser akan dating merisik anaknya sedangkan
Waheeda masih berada di Singapura. Acara merisik ini diteruskan juga
tanpa kehadiran Waheeda. Walau bagaimanapun, Raidah
mengharapkan Waheeda akan pulang pada majlis pertunangan itu nanti.

Bab 12 :
Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibuk. Banyak aktiviti melibatkan
dirinya setelah digelar Ratu Miss Tourism International. Halloway terus
sahaja menyarankan beberapa tugas yang perlu dilaksanakan oleh
Waheeda untuk acara di Flamingo. Waheeda tetap menjalankan tugas
yang diberi kepadanya. Sesekali Waheeda berasa kasihan kepada
keluarganya yang sibuk mengurus hal pertunangannya sedangkan dia
tiada di sana.

Di Sri Gading, Zahid sering menunggu panggilan daripada Waheeda.
Zahid berasa bersyukur menginap di Flamingo Resort menjurus
berkenalan dengan Waheeda. Zahid terus menelefon Waheeda dan
perbualan mereka agak panjang dan mesra. Dalam perbualan tersebut,
Zahid memujuk Waheeda supaya pulang ke Sarawak. Namun Waheeda
memaklumkan kesibukan tugasnya dan kontraknya masih belum
berakhir.

Kesibukan persiapan di Tajau Emas disampaikan oleh Fatimah melalui
telefon. Tetapi perbualan mereka sering terganggu dengan bunyi bersin
dan Waheeda menerangkan kepada Fatimah, dia tidak berapa sihat dan
sering selesema.

Rentetan daripada itu, Waheeda mendapatkan rawatan dari doktor di klinik
panel Flamingo tetapi kesihatannya tetap tidak berubah. Selesemanya masih
berlarutan. Selepas bersin berpanjangan, Waheda berasa tulang rawan
hidungnya runtuh lalu menelefon Dr Rushidi. Kemudian Waheeda terus ke
SMC untuk mendapatkan rawatan.

Bab 13 :
Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaah statistik
pelancongan yang semakin meningkat dari semenanjung, Singapura, Sarawak
dan Asean. Dia gembira kerana rezeki semakin bertambah di Sri Gading. Hotel
dan Pusat Peranginannya bernilai RM60 juta. Datuk Yasser menyedari bahawa
keuntungannya datangnya dari usaha Waheeda yang sangat bijak
mengiklankan Sri Gading dan Tajau Emas kepada pelancong. Dalam pada itu,
Datin Hazirah, isterinya menyatakan kerunsingan apabila melihat anak
mereka Zahid yang nampaknya gelisah, berjalan mundar mandir akibat tidak
dapat menghubungi Waheeda. Datin Hazirah juga bimbang kerana majlis
pertunangan akan berlangsung hanya tinggal 3 hari sahaja lagi. Keresahan
Zahid menunggu Waheeda dapat diredakan kerana dia ditemani oleh kawan
baiknya iaitu Aiman. Zahid berasa cemburu dan curiga lalu mengimbas
kembali cara Kong dan Halloway melayan Waheeda. Dia berasakan Waheeda
berubah hati.

Majlis pertunangan yang sepatutnya berlaku pada hari Ahad bertukar menjadi
majlis kenduri doa selamat di rumah Datuk Yasser. Manakala di rumah Hj
Fathir dan Hjh Raidah diadakan majlis pertunangan antara Fatimah dan
Ghazi. Hal ini disebabkan ketidakhadiran Waheeda ke rumahnya kerana dia
sedang berada di SMC untuk menerima rawatan.

Kerunsingan yang dialami oleh Zahid menyebabkan dia mengambil keputusan
untuk pergi ke Singapura. Dalam pada itu juga , bapa Waheeda, HJ. Fathir
marah kepada isterinya Raidah dan telah menambahkan kerunsingan kepada
Raidah.

Mereka tidak mengetahui apa yang berlaku kepada Waheeda. Hanya Fatimah
dan Ghazi yang mengetahui hal sebenarnya bahawa Waheeda di masukkan
semula di SMC kerana proses rinoskopi untuk merekonstruksi hidungnya yang
telah mengalami satu komplikasi. Walau bagaimanapun, proses tersebut berjaya
dilakukan oleh Dr Rushidi.

Sesampainya Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu oleh Anati bahawa Waheeda
berada di SMC. Zahid bergegas ke sana. Di sana proses merekonstruksi sudah
selesai. Semasa meninggalkan SMC, Zahid melihat kemesraan antara Waheeda
dengan Dr Rushidi. Zahid cemburu tetapi perasaan itu dapat diredakan apabila
Waheeda menyatakan bahawa situasi tersebut berlaku kerana Dr Rushidi ingin
menguji deria bau dengan menyembur minyak wangi selepas mengalami
selesema yang agak teruk. Zahid kembali tenang.

Bab 14 :
Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju emas.
Rombongan daripada Datuk Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak.
Suasana di tajau Emas sangat meriah. Tetamu yang diundang melebihi 1000
orang. Pelancong yang menjadi tetamu Sri Gading dan Tajau emas juga menjadi
tetamu undangan majlis ini. Antaranya pelancong dari Arab, Inggeris, Jepun
dan lain-lain lagi. Adat istiadat Melayu Sarawak dipamerkan dengan teratur dan
penuh meriah. Adat ini juga menjadi salah satu tarikan pelancong untuk dating
ke daerah itu. Irama muzik tradisional Melayu Sarawak dihidangkan termasuk
paluan kompang yang mengiringi 50 orang ahli hadrah. Suasana Tajau Emas
menjadi gilang gemilang. Upacara ijab kabur telah berjalan dengan jayanya.
Lafaz nikah dapat disempurnakan dengan sekali lafaz sahaja. Selepas acara akad
nikah dan menyarungkan cincin perkahwinan, kedua-dua pengantin
diperkenalkan kepada saudara mara kedua-dua belah pengantin. Majlis
perkahwinan ini berlangsung selama dua hari berturut-turut melibatkan semua
kaum di daerah Matang. Datuk Yasser akan mengadakan majlis sambutan yang
serupa di Hotel Seri Gading pada minggu hadapan. Kedua-dua keluarga yang
bersatu itu sungguh gembira

Bab 15 :
Pemandangan di kawasan kampung Matang dan Kubah begitu indah.
Banjaran Matang yang menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari
kejauhan sentiasa kelihatan mengapung awan. Senario pemandangan
dari Tajau Emas hingga ke kaki banjaran bagaikan lukisan gambar. Ini
telah digambarkan oleh zahid semasa dia berada di kampungnya.
Malahan pelancong asing juga memuji pemandangan di kawasan
tersebut. Zahid juga mengenangkan nasib yang akan menimpa kawasan
yang menghijau tersebut sekiranya rancangan untuk membina lapangan
terbang kedua bagi Bandaraya Kuching menjadi kenyataan. Dalam masa
yang sama, zahid juga terkenang kehidupannya semasa berada di luar
negara bersama beberapa wanita. Malahan gaya boleh mencairkan hati
wanita.

Sejak pertemuan dengan Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid tentang
cinta dan kehidupan kini berbeza. Zahid teringat kata-kata kawannya
bahawa hidup ranggi tidak sampai ke mana sedangkan usia semakin
meningkat.

Dalam dua minggu bergelar pengantin baru, keintiman semakin terpaut
utuh antara Zahid dan Waheeda. Waheeda juga bersyukur kerana berjaya
membina kerjaya serta keterampilan sentiasa meniti di bibirnya.

Bab 16 :
Zahid membaca akhbar di bilik pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh The
Expert banyak member gambaran negatif kepada Malaysia. Pada waktu
itu Waheeda muncul secara tiba-tiba dan menyatakan dua ratus ribu
pelancong dari timur tengah akan melawat Negara ini pada tahun depan.
Seri gading dan Tajau Emas bakal menempatkan pelancong-pelancong
tersebut yang datang ke Sarawak nanti.

Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi Asia yang menyatakan
Malaysia jatuh ke nombor lapan dalam kemajuan ekonomi domestik,
khususnya sektor pelancongan. Kemudian dia pula mengambil sekeping
wadah berkaitan alam sekitar yang ditulis oleh NAR, singkatan daripada
Nasuha Abdul rahim. NAR merupakan rakan yang sudah terputus
hubungan dengannya. Di sinilah Waheeda terkenang kembali kawan
karibnya itu semasa di sekolah dahulu.

Sepanjang pagi zahid tekun menelaah akaun hotelnya. Dalam masa yang
sama, zahid menanti isterinya, Waheeda untuk makan tengah hari di
restoran Sri gading bersama-sama. Namun, Waheeda tidak muncul-
muncul. Kesibukan masing-masing menyebabkan mereka banyak
membuat aluan masing-masing.

Zahid telah bergegas ke Tajau Emas apabila diberitahu bahawa Waheeda
telah dipanggil oleh pelanggan lelaki. Di Chalet tajau Emas, Zahid
ternampak lelaki itu berjabat tangan dengan Waheeda agak lama. Zahid
kenal lelaki itu datangnya dari Dubai. Waheeda beredar cepat dari situ
bagi mengelakkan ketegangan dengan suaminya, Zahid.

Zahid perasan apabila sesekali terserempak pandangan pelanggan
terhadap isterinya. Kecantikan serta keterampilan Waheeda seolah-olah
kini menjadi milik masyarakat. Bagi Datuk Yasser pula, Waheeda bukan
sahaja menantu yang cekap malah berupaya mengendalikan perniagaan
dengan baik. Datuk Yasser akur dengan kehendak menantunya, Waheeda
yang tidak ingin bergabung antara Seri Gading dengan Tajau Emas
kerana Waheeda ingin berdikari.

Waheeda cuba membandingkan perwatakan Datuk Yasser dengan
ayahnya. Di mana ayahnya suka berkebun manakala Datuk Yasser
bekerja dalam bilik berhawa dingin. Waheeda kagum dengan semangat
dan tenaga yang dimiliki oleh ayahnya.

Bab 17 :
Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan
membayangkan dirinya seolah-olah manusia individualistik apabila
enggan menerima cadangan penggabungan Seri Gading-Tajau Emas.
Waheeda ingin berdikari dan ingin membina empayar sendiri. Walaupun
begitu, Waheeda sentiasa bersedia datang ke Seri Gading untuk
membantu.

Waheeda banyak terkenangkan masa-masa lalunya. Di mana masa
santainya biasanya diluangkan bersama-sama ibunya. Pada masa ini juga,
Waheeda mengusap-usap atas blaus ungu nipis yang melindungi
perutnya yang kini mencecah lapan bulan. Waheeda berbual-bual dengan
ibunya tentang dirinya. Raidah cukup terhibur mendengar luahan rasa
anaknya.

Di samping itu, Waheeda masih memikirkan perubahan 360 darjah yang
berlaku dalam dirinya. Cantik dicemburui, hodoh pula dihina. Awal
tengah hari, Waheeda ke farmasi di Mall Matang Jaya untuk membeli
ubat migrain. Namun ubat yang hendak dibelinya tiada stok di farmasi
tersebut. Waheeda berasa dia perlu bergantung kepada ubat untuk
meredakan sakit kepalanya. Mungkin stres, tumpuan kerja, kerenah
suami dan macam-macam lagi.

Bagi Zahid, Waheeda obsesi dengan kerja. Manakala Waheeda
menganggap Zahid merupakan seorang yang kuat cemburu. Sedangkan
Waheeda jujur dengan suami, Zahid. Hati Waheeda begitu tergores
apabila Zahid mengungkit insiden di Tajau Emas tempoh hari dan
peristiwa semasa di SMC dahulu pun masih dalam ingatan Waheeda.

Pada malam itu, Waheeda berseorangan setelah sehari suntuk tidak
bersama suaminya. Waheeda sudah pun tidur apabila Zahid pulang dari
Seri Gading. Awal malam itu, Waheeda baring di atas katil mengingatkan
kenangan dalam kenangan yang melingkari hidupnya.

Ibunya, Raidah tidak menyebelahi sesiapa dan menasihati Waheeda
supaya menjaga pergaulan dan agar tidak ingkar dengan suami. Raidah
faham bahawa keresahan dan sensitiviti hanyalah pembawaan anak
dalam kandungan.

Bab 18 :
Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan
sejarah hidup kehidupan Fadhil sekeluarga. Pada waktu inilah Zahid dan
Waheeda bergurau tentang pendatang tanpa izin yang ditujukan kepada
Zahid. Sesampainya di bawah, Waheeda telah disambut oleh Halloway.
Halloway bersama Dr Rushdi telah datang bercuti ke Seri Gading tanpa
pengetahuan Waheeda. Mereka telah mengimbau semasa di Flamingo
Resort. Kemesraan yang terjalin mereka menyebabkan Zahid meminta
diri untuk menyambung joging. Pada waktu inilah, Halloway dan Dr
Rushdi memuji kecantikan Waheeda dan kecantikan dan kehebatan
wanita-wanita dahulu seperti Halen of Troy, Cleopatra, Ratu Saba’ dan
ramai lagi.

Zahid melenting di hujung talian telefon sekembalinya Waheeda ke
biliknya. Zahid meragui kejujuran dan keikhlasan Waheeda. Hati
Waheeda tergores lagi. Malam itu Zahid tidak pulang ke rumah di Tajau
emas dengan alasan untuk menonton bola.

Nostalgia pada peringkat awal begitu romantik bagi pasangan Waheeda
dan Zahid terutamanya apabila mengetahui kehadiran orang baru.
Namun, sejak peristiwa itu, hati Waheeda mudah tersentuh. Dia terkesan
dinginnya perhubungan dengan suaminya. Waheeda rimas melihat
suaminya yang terlalu cemburu.

Riadah, ibu Waheeda termenung di katilnya. Kini menantunya semakin
menjauhkan diri. Riadah menasihati Waheeda supaya jangan
membiarkan suaminya lalai akan tanggungjawabnya. Bertubi-tubi
motivasi diri memasuki benaknya. Waheeda pasrah dengan laluan yang
dihadapinya.

Waheeda bangun sebelum mentari menyinari bumi. Selepas bersenam
kecil, Waheeda ke dapur. Raidah memberitahu Waheeda bahawa ada
tetamu yang dating iaitu Nasuha dan kawannya Balqis dari BERNAMA.
Mereka datang bersama pasukan BRP bagi menyiasat kes seorang
menteri kanan yang dituduh rasuah. Waheeda berbual dengan Nasuha
tentang zaman hodohnya dan mengenai suaminya, Zahid. Nasuha
terkesima mendengar cerita yang disampaikan oleh Waheeda. Menurut
Waheeda, bila-bila masa sahaja dia akan bersalin. Pada petang itu,
Nasuha menemani Waheeda dan Raidah ke Hospital Normah tanpa
kehadiran Zahid.

Bab 19 :
Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad
eksklusif Hospital Normah, Raidah tidak senang duduk. Menyedari
keadaan itu, Waheeda menyatakan bahawa Zahid tidak datang. Pada
masa itu juga, Datin Hazirah, ibu mentuanya dating menziarahinya
dengan membawa jambangan bunga pemberian Zahid. Ibu mentuanya
menyatakan Zahid sibuk kerana di hotelnya berlangsung konvensyen
antarabangsa.

Sebaik Datin Hazirah meninggalkan bilik tersebut, fikiran Waheeda
teringat akan nada kasar Zahid yang menuduhnya bermain kayu tiga,
nusyuz, ingkar dan banyak lagi. Zahid suka mengungkit perkara-perkara
yang sudah berlaku. Paling menyakitkan hati Waheeda apabila Zahid
tidak pasti anaknya, Izzati itu anaknya. Raidah telah menasihati
Waheeda supaya banyak bersabar bagi meredakan perasaan tersebut.

Waheeda telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu sepupu Balqis yang
bekerja di Makmal Spektro-Kimia. Waheeda mengajak Nurjihan makan
di Sego Center atau Sukma Ria. Di sini, Waheeda dan Nurjihan
berbincang tentang ujian DNA terhadap anaknya, Izzati. Waheeda telah
membawa sampel rambutnya, rambut Zahid dan rambut Izzati. Waheeda
telah mengetahui maklumat tentang ujian DNA setelah disampaikan
oleh Nurjihan.

Di rumahnya, Waheeda tidak sabar-sabar membaca artikel mengenai
ujian DNA yang diharapkan dapat membantu membersihkan namanya.
Dia membaca berulang kali demi untuk memberi kefahaman tentang
ujian DNA. Di bilik tidurnya, Zahid memerhati wajah bayi kecil yang
banyak persamaan dengan Waheeda.

Manakala rambut lebat seperti dengan. Hidungnya peset tidak sama
dengan hidung Waheeda dan Zahid. Pada masa inilah, Zahid
melemparkan tuduhan terhadap Waheeda. Waheeda telah menunjukkan
DNA yang telah dibuatnya. Waheeda berusaha menyelamatkan rumah
tangganya. Namun Zahid telah meninggalkan bilik tidurnya.

Sejak belakangan ini, kompromi antara Waheeda dan Zahid, seolah-olah
terburai oleh sikap Zahid yang jarang balik ke Tajau Emas. Ramai kawan-
kawannya telah menenangkan Waheeda. Sekiranya Zahid dating,
datangnya untuk menambahkan luka di hati Waheeda.

Raidah berasa senang dan terus ke bilik Waheeda. Raidah perasan
perubahan yang dialami oleh Waheeda. Perasaan sayang dan cintai
terhadap Zahid menjadikan jiwa Waheeda tidak tenteram. Kemurungan
Waheeda juga dapat diperhatikan oleh Ghazi dan mencadangkan agar
Waheeda mendapat bantuan pakar perubatan dan kaunseling.

Bab 20 :
Lais tiba-tiba sangat terperanjat dan amat gembira apabila terserempak
dengan Waheeda di PUSRAWI. Kedua-dua mereka saling bertanya
khabar dan Lais menjelaskan kepada Waheeda bahawa kedatangannya
menemani bapa saudaranya Pak Cik Aziz ke pusat rawatan tersebut. Lais
juga menerangkan bahawa Pak Cik Aziz telah diserang strok dan
kedatangan mereka ke situ bertujuan untuk mendapatkan rawatan. Lais
menceritakan bahawa selepas bekerja di Flamingo Resort dia telah
membantu bapa saudaranya di chalet dan kebun strawberi di Cameron
Highlands. Selepas diisyhtiharkan bankrap, Pak Cik Aziz ingin
menjualkan perusahaannya. Selepas keluar dari bilik rawatan, Lais
memperkenalkan pakciknya kepada Waheeda, Raidah dan Ghazi.
Sebelum beredar Lais sempat meninggalkan alamat mereka di Cameron
Hihglands dan nombor telefon kepada Ghazi. Selepas itu Waheeda pula
dipanggil untuk bertemu dengan kaunselor yang bernama Dr.Qamariah.

Waheeda telah menerangkan segala kesedihan yang dihadapinya, bidang
kerjayanya, dan sikap suaminya Yazid seorang yang panas baran dan kuat
cemburu sehingga melafazkan cerai talak satu kepadanya di hadapan
keluarganya. Setelah mendapat nasihat daripada Dr. Qamariah, serta
sokongan moral ibu dan abangnya Ghazi, Waheeda bersyukur dan
berterima kasih serta semakin berfikiran positif, Waheeda sudah berubah
dan tidak murung lagi. Waheeda ingin memulakan hidup baru. Ghazi
yang sedang berada di apartment mereka di Kajang, tiba-tiba teringat
akan chalet Pak Cik Aziz. Lalu dia menelefon Lais dan Ghazi diberitahu
bahawa Pak Cik Aziz akan menjualkan chaletnya ‘Iwana-Iwani’ . Ghazi
bersetuju dan akan berjumpa mereka pada keesokan harinya.

Bab 21 :
Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat
rindu akan cucunya Izzati. Di rumah Pak Cik Aziz pula perbincangan
tentang pengambilalihan Chalet Iwana-Iwani sedang berjalan rancak.
Pak Cik Aziz menerangkan punca dia diisytiharkan muflis kerana
penyelewengan yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya. Ghazi dan
Waheeda amat berminat untuk membantu Pak Cik Aziz untuk
mengambi; alih Chalet Iwana-Iwani di Cameron Highlands setelah
pergi melihat sendiri esok. Urusan mengambil alih berlaku dan urusan
dengan Bank Rakyat berjalan lancar. Dalam pada itu Waheeda
menyuarakan hasratnya untuk tinggal di Cameron Highlands kepada
Ghazi. Dia ingin melupakan kenangan pahit antara dia dan Zahid di
Tajau Emas dan Seri Gading. Dia mengharapkan Tajau Emas dapat
diuruskan oleh Ghazi dan keluarga. Chalet Iwana-Iwani diberi nama
baharu dan Waheeda mengharapkan anaknya Izzati akan menjejak
langkahnya menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Bab 22 :
Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang disimpannya
berpuluh tahun dahulu. Laporan itu membuktikan bahawa Izzati ialah
anaknya dan Zahid. Dia membacanya. Tanpa disedarinya Izzati hadir
menunjukkan gambar-gambar yang diambilnya semasa dia menerima Ijazah.
Mereka terus berbincang tentang rupa paras masing-masing. Izzati hairan

melihatkan wajahnya tidak secantik ibunya. Hidungnya penyet tetapi
hidung ibunya mancung. Namun Waheeda terus menguatkan keyakinan diri
anaknya bahawa kecantikan rupa paras tidak semestinya membawa bahagia
malah kecerdikan otak amat perlu. Waheeda terus mengharapkan Izzati terus
bersyukur kerana Allah mengurniakannya otak yang pintar. Dengan
kebijaksanaan dan kelulusan Izzati dalam bidang pelancongan, Chalet Aya-
Sajinah (nama baru kepada Chalet Iwana-Iwani) telah berkembang maju dan
dikunjungi oleh ramai pelancong dari dalam dan luar negeri. Rezeki yang
diterima oleh Waheeda dan Izzati melimpah-ruah bagaikan curahan air dari
gunung. Keterampilan Izzati mengendalikan Aya-Sajinah terbukti apabila
pada suatu pagi Lais melihat Izzati menghormati dua orang pelancong warga
emas yang mula mendaftar di chalet itu.

Bab 23 :
Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Cafe Iwani.
Sambil menghirup kopi panas dan menikmati kesegaran udara di situ, Zahid
menceritakan kisah hidupnya kepada Aiman. Bermula dengan kecantikan
bekas isterinya, kecurigaannya akan kesetiaan, kelahiran anaknya yang tidak
langsung serupa dengan wajahnya dan isterinya sehingga tindakannya
menceraikan isterinya. Aiman baru saja mengetahui bahawa Zahid sudah
keseorangan semula sekarang. Zahid juga mengatakan bahawa kecantikan itu
hanyalah tirani. Zahid juga mengakui bahawa kesempurnaan fizikal juga
hanya sementara, kerana pada bila-bila masa manusia boleh menjadi cacat
sebagaimana dirinya yang menjadi tempang akibat kemalangan. Lais sentiasa
berada di kaunter dan dapat mencuri dengar akan perbualan antara Zahid
dan Aiman.

Lais cuba mengajak Izzati berada di kaunter pada waktu malam untuk
melihat para pelancong yang menjadi tetamu chalet itu kerana pada
waktu siang mereka menghabiskan masa dengan bersiar-siar di luar
chalet. Lais juga mengajak Izzati berada di kaunter untuk mendengar
perbualan antara dua orang tetamu mereka yang mendaftar pagi tadi.
Perbualan mereka agak kuat dan mereka banyak bercerita tentang
Kuching, Kuala Lumpur dan Los Angeles. Izzati bersetuju untuk
menemani Lais selepas waktu isyak di kaunter. Pada malam itu, Zahid
dan Aiman masuk ke kafe. Zahid sempat bertembung mata dengan Lais
dan Izzati di kaunter. Wajah dan senyuman Izzati amat meninggalkan
kesan di hati Zahid dan menyatakan kepada Aiman bahawa gadis di situ
anggun. Perbualan antara Aiman dan Zahid berkisar tentang kekesalan
Zahid yang menceraikan isterinya akibat curiga dan menuduh isterinya
curang melahirkan anak yang tidak mewarisi wajah mereka berdua.
Zahid juga menceritakan kepada Aiman tentang sikapnya yang tidak
mahu membaca laporan data DNA tentang anak mereka. Zahid juga kesal
kerana telah ditimpa kemalangan jalan raya di Los Angeles
mengakibatkan kakinya tempang dan doktor mengesahkan bahawa dia
tidak lagi berdaya mendapat zuriat. Izzati yang mendengar terkedu.
Manakala Lais pula lebih daripada terkedu, malah dia dapat mengaitkan
Zahid, seseorang pemuda yang kacak yang pernah dikenalinya di
Flamingo Resort ketika dia bekerja di sana dahulu. Ketika ingin
membuat pembayaran di kaunter, Zahid sempat menenung wajah Izzati
dengan satu tenungan yang agak berlainan dan menyatakan bahawa
apabila dia memandang wajah Izzati dia teringat akan anaknya. Apabila
ditanya, Zahid mengatakan anaknya bernama Izzati. Izzati terharu dan
terkejut. Izzati pulang dengan wajah yang agak pelik dan berlainan
menyebabkan Waheeda juga agak hairan melihat tingkah laku anak
gadisnya itu.

Bab 24 :
Sekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar melelapkan
mata. Ingatannya terpaku kepada gadis di kafe tadi, yang benar-benar
menggugat fikirannya. Senyuman, wajah, bulu matanya, lekuk pada
dagu, dan lesung pipit,pada wajah gadis itu seolah-olah entiti dirinya dan
gerak- geri gadis itu mengingatkannya kepada seseorang yang pernah
disayanginya. Zahid amat menyesali dirinya yang enggan melihat laporan
DNA dulu sekurang-kurangnya dia akan pasti anak itu anaknya atau
bukan. Zahid memohon agar Allah memberi petunjuk kepadanya. Pada
pagi esoknya Zahid muncul awal di Restoran Iwana. Harapannya akan
dapat melihat wajah Izzati dengan lebih dekat lagi. Akhirnya pertemuan
Zahid dengan Izzati mengungkapkan rasa kesal, sedih, dan reda kerana
gadis yang dilihatnya dalam tiga hari itu ialah anaknya yang selama ini
dirindunya. Zahid juga ingin menemui Waheeda untuk meluahkan
perasaan rindu, kesal dan bersalah akibat tindakannya mengabaikan dan
meninggalkan Waheeda dan Izzati selama 20 tahun. Pertemuan Zahid
dan Waheeda pada petang itu dalam suasana marah, kesal, sedih dan sayu
seolah-olah Waheeda tidak mahu memaafkannya. Namun Waheeda
berasa amat bertuah kerana Allah telah mengurniakan seorang anak yang
sangat mulia jiwanya dan meminta ibunya memaafkan ayahnya

Kekuatan

Kekuatan novel ini ialah novel Tirani karangan Beb Sabariah tidak
sekadar sebuah novel yang sarat dengan penceritaannya tetapi lebih
daripada itu. Pengarang turut menyelitkan warna budaya dan resam
masyarakat setempat khususnya etnik Sarawak. Sebagai contoh, Waheeda
yang dapat mempromosikan industri pelancongan negeri Sarawak di
mata dunia. Seterusnya, novel ini juga menjalurkan pelbagai
permasalahan semasa, terutama dalam skema hubungan interpersonal,
seperti persahabatan, rumah tangga, ukhuwah, agama dan kekeluargaan.
Malah, pengarangnya bijak memanipulasikan gaya bahasanya bagi
membangkitkan inti pati penceritaannya. Novel ini juga memberi
pengajaran yang baik kepada mereka yang obses dengan kecantikan yang
belum pasti memberi kebahagiaan pada diri sendiri atau pun orang
sekeliling pada jangka masa yang panjang. Kemudian, novel ini juga
memaparkan nilai murni yang ada dalam watak utama seperti baik hati,
gigih berusaha dan yakin. Akhir sekali, kekuatan novel ini ialah tentang
jalan ceritanya yang menarik yang dapat menarik minat pembaca untuk
tidak beralih fokus.

Kelemahan

Novel ini boleh membawa impak negatif kepada perempuan kerana
meletakkan standard kecantikan seorang perempuan iaitu berhidung
mancung. Selain itu, jika hendak dibandingkan dengan Songket
Berbenang Emas hasil karya Khairuddin Ayip, kisah cinta dalam novel
ini sangat lah tidak rasional.

Pada pendapat saya, tidak mengaku anak hanya disebabkan oleh bentuk
hidung yang tidak sama dan meminta cerai disebabkan cemburu buta
merupakan perangai kebudak-budakan dan tidak patut dicontohi.
Seterusnya, pemikiran watak utama tidak bersyukur dengan nikmat
Tuan dan mengambil kesempatan ketika terkena serangan oleh monyet-
monyet besar untuk membuat pembedahan plastik. Pada pendapat saya,
novel ini tidak menarik kerana jalan cerita yang "cliché. Akhir sekali,
novel ini banyak menyimpan atau tersasar daripada plot utamanya.

Cadangan penambahbaikan

Pada pendapat saya, penggunaan bahasa di dalam novel ini perlu
diperbaiki supaya dapat difahami oleh setiap pembaca novel. Selain itu,
penulis boleh melanjutkan peristiwa watak utama di awal jalan cerita dan
hujung jalan cerita supaya pembaca dapat mengetahui dengan lebih teliti
tentang keadaan dan masalah yang dihadapi. Kemudian, nilai murni
dalam sesuatu watak itu perlulah ditambah. Seterusnya, penulis boleh
menambah banyak plot saspens agar dapat menimbulkan rasa ingin tahu
pada babak seterusnya. Akhir sekali, teknik plot dalam novel ini perlu
diperbanyakkan agar pembaca dapat mentafsir dan menganalisis novel
ini dengan lebih baik

Bimasakti Menari

Novel ini bertemakan kegigihan anak muda dalam usaha melestarikan alam
sekitar. Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman telah gigih berusaha
dan bersatu hati dalam berjuang untuk melestarikan alam sekitar. Mereka
cuba memulihkan populasi kelip-kelip dan mengembalikan kegelapan langit
di Kuala Selangor sebagai kawasan mencerap bintang. Mereka gigih berusaha
untuk mendapatkan sokongan pihak kerajaan terhadap projek Kawasan
Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor untuk memastikan bintang-bintang
dapat dicerap dan kelip-kelip dapat dilihat oleh semua pengunjung. Pada
masa yang sama Muhammad Taufik sedang mengusahakan projek
perumahan Ikhtiar Tekno Alam dengan membina rumah mesra alam.

Sri Rahayu Mohd Yusop adalah seorang penulis wanita dari Malaysia. Pada
31 Oktober 2011, dalam majlis penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan
Utusan-ExxonMobil 2010 (HSKU) Sri Rahayu bagi tahun keenam berturut-
turut apabila karyanya Bima Sakti Menari diumumkan sebagai pemenang
tempat pertama. Sebagai pemenang, Sri Rahayu membawa pulang wang
tunai berjumlah RM7,000 dan hadiah iringan HSKU kali ke-26 ini
dianjurkan sejak 1985 dan ia juga merupakan antara acara sempena program
Sastera Utusan 2011 yang turut memuatkan Malam Puisi Utusan 2011 pada
5 Oktober 2011

Nama watak utama, Nurul Hafsa, pertama kali disebut pada muka surat
3, baris 3. Nurul Hafsa sedang melayan kunjungan 15 orang murid dan 3
orang guru pengiring dari Hiroshima Jepun di tempat bertugasnya, iaitu
Balai Cerap Sultan Salahuddin, Bukit Melawati, Kuala Selangor. Nurul
Hafsa baru seminggu tamat pengajian dalam bidang fizik dan kajian
falak, Universiti Jordan dan hari itu merupakan hari pertama Nurul
Hafsa bertugas.

Kemudian muncul satu per satu watak Budiman (abang Nurul Hafsa),
Haji Yassir (bapa Nurul Hafsa), Tan Sri Yahya (wakil DBKL dan rakan
MRSM Tan Sri Muhaimin), Dato' Haji Mustofa al-Hamidi (pegawai
daerah Kuala Selangor) dan menteri besar Selangor (tidak disebut nama).

Novel Bima Sakti Menari - Komsas Tingkatan 5Konflik / pergolakan
bermula dengan kemunculan watak penentang (antagonis), iaitu Dato'
Johann-Arlington-Majid (campuran Melayu-Irish) yang kebetulan
pernah berebut kasih Marion Wickam dengan Tan Sri Muhaimin. Dia
pembekal lampu utama Kuala Selangor, serta sahabat baik Dato'
Mustofa. Projek Nurul Hafsa bersama Muhammad Taufik dan Budiman
suatu ancaman besar perniagaannya, lalu dia merancang komplot dengan
mengupah tiga orang samseng.

Mangsa pertama Johan ialah Muhammad Taufik yang dipukul curi
setelah tayar keretanya pancit akibat melanggar stringer (besi hitam yang
dipasang bersama besi tajam) yang sengaja diletak di situ. Setelah itu
Nurul Hafsa sendiri diculik, tetapi dia tidak diapa-apakan kerana dia
hanya sebagai umpan untuk mendapatkan semula Muhammad Taufik.
Akhirnya pihak polis berjaya menggempur tempat Muhammad Taufik
disembunyikan.

Peristiwa buruk yang menimpa Muhammad Taufik memiliki hikmah
yang tersembunyi.

Tan Sri Muhaimin kembali bernikah dengan Puan Wickham. Malah,
Muhammad Taufik sendiri melafazkan hasrat untuk memiliki Nurul
Hafsa yang diterima dengan senang hati.

BAB 1: JANJI SRIKANDI
Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang
melalui hari pertamanya bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap
Sultan Salahuddin, Kuala Selangor. Sekumpulan pengunjung yang terdiri
daripada kumpulan murid dan guru pengiring dari Sekolah Rendah
Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap tersebut untuk melihat
buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang
bantuan alat pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa telah menghadapi
masalah di luar jangkaannya apabila langit pada malam tersebut yang
sepatutnya telah benar-benar gelap tetap cerah. Nurul Hafsa yang pada
mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil
langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan
mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung
tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku
pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat
pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor. Pada malam
tersebut, Nurul Hafsa telah menanam azam dalam jiwa seterusnya
berjanji kepada para pengunjung bahawa dia akan memulihkan keadaan
yang berlaku dengan sedaya upayanya. Pada mulanya, Puan Wickham
mempersoalkan kemampuan manusia untuk menggerakkan bintang
kembali ke kawasan pencerapan. Namun, Nurul Hafsa dengan hujah
bijaknya menyatakan bahawa bintang-bintang sememangnya sedia ada di
langit, hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat melihat. Sedikit
cahaya akan membuka deria manusia, manakala banyak cahaya pula akan
menutup deria kita. Dia memaklumkan bahawa tuhan menciptakan deria
manusia dengan penuh keterhadan agar kita tidak leka dengan sesuatu
yang tidak dapat dilihat oleh deria.

BAB 2: WICHAM
Dalam bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan Wickham yang hadir
sebagai pengiring kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun merupakan
ibu kepada salah seorang Pegawai Cerap Sultan Salahuddin yang
bernama Muhammad Taufik. Muhammad Taufik berasa kesal dengan
janji yang dibuat oleh Nurul Hafsa terhadap pengunjung tersebut kerana
dia benar-benar kenal dengan ibunya, Puan Wickham yang akan datang
lagi bersama kumpulan pengunjung tersebut untuk menuntut janji yang
dilafazkan oleh Nurul Hafsa. Walaupun Puan Wickham dan anaknya,
Muhammad taufik tinggal berjauhan namun kekerapan mereka
berkomunikasi melalui rangkaian sosial menyebabkan mereka tidak
kekok untuk berbual setiap kali bersua muka. Mereka mempunyai minat
dalam bidang yang sama. Pada malam tersebut Muhammad Taufik
menjemput ibunya untuk bermalam di rumah prototaip Ikhtiar
TeknoAlam yang diusahakan olehnya. Hal ini bagi membolehkan Puan
Wickham memberikan pendapat beliau tentang projek pembinaan
rumah mesra alam komersial yang sedang diusahakan oleh anaknya,
Muhamad Taufik. Muhammad Taufik bersyukur atas kepulangan
ibunya walaupun dia tahu apabila subuh menjelang, ibunya akan pergi
kembali meneruskan tugas beliau.

BAB 3: SUNGAI RAHSIA
Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu
tentang kebenaran kata-kata kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang
kecewa kerana tidak dapat melihat kelip-kelip di Kuala Selangor sebelum
dia bertanyakan hal tersebut kepada abangnya, Budiman. Nurul Hafsa
telah pergi ke tempat orang melihat kelip-kelip dengan menaiki kereta
yang dipandu oleh ayahnya, Haji Yassir. Sesampai di sana, Haji Yassir
tidak berminat untuk bersama-sama Nurul Hafsa menaiki bot untuk
melihat kelip-kelip. Hal ini disebabkan seumur hidupnya Haji Yassir
tinggal di Kampung Kuantan dan tidak pernah ke mana-mana selain ke
Tanah Suci Mekah.

Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak kelip-kelip terbang dalam
satu gerombolan dengan jumlah berjuta-juta ekor dan melakukan
kerlipan secara serentak. Malangnya, pemandangan hebat tersebut
hanyalah khayalan semata-mata. Realitinya, menunggu kehadiran
serangga tersebut bagaikan mereka menunggu kehadiran tetamu yang
sangat pemalu. Akhirnya, Nurul Hafsa menerima kanyataan bahawa
perkara inilah yang dialami oleh kumpulan pengunjung dari Jepun yang
terbang beribu-ribu batu jauhnya tetapi hanya dapat menyaksikan kelip-
kelip yang cahayanya separuh mati kerana bilangannya yang sedikit.
Nurul Hafsa turut mengajak pengemudi bot yang dinaikinya untuk
melalui suatu kawasan cabang sungai milik persendirian yang dikatakan
menjadi tempat kumpulan kelip-kelip berkelip serentak seperti lampu-
lampu hiasan. Namun demikian, dia begitu kecewa kerana kawasan
persendirian tersebut tidak dapat dilalui oleh mereka. Sepanjang
perjalanan pulang, Nurul hafsa melayan perasaan sambil memikirkan
sudut hujahan yang bakal dibentangkan dalam satu persidangan
kemuncak fantasi. Kuala Selangor yang berubah menjadi bandar
pelancongan telah dicemari oleh pencemaran cahaya dengan senyap.

BAB 4: BUDIMAN
Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid
seperti yang diimpikan oleh Nurul Hafsa. Budiman dan adiknya makan
tengah hari bersama ayah mereka, Haji Yassir. Seusai solat Zohor
berjemaah, Budiman bertanyakan khabar Nurul Hafsah tentang hari
pertama dia bekerja di balai cerap. Setelah mendapat jawapan yang
mengecewakan daripada adiknya, Budiman yang merupakan seorang
guru Sains di Sekolah Menengah Kebangsaaan Tanjung Keramat sejak
tiga tahun yang lalu membaca laporan menggunakan Skala Langit Gelap
Bortle yang ditaip adiknya, Nurul Hafsah.

Skala ini dicipta oleh John E Bortle untuk membantu peminat-peminat
kaji falak amatur membandingkan tahap kegelapan langit di sesuatu
tempat pencerapan dengan tempat pencerapan lain. Berdasarkan skala
ini, Kuala Selangor yang pernah diklasifikasikan sebagai kelas 1 sebelum
ini, kini berada di kelas 8, iaitu langit terbias dengan warna putih atau
oren disebabkan cahaya lampu. Nurul Hafsah mengeluh apabila Kuala
Selangor yang baru empat tahun ditinggalkannya telah berubah.
Budiman mengakui penduduk Kuala Selangor belum menyedari bahawa
pembangunan dan kemudahan yang dinikmati jika tidak dirancang
dengan teliti akan membawa kesan buruk terhadap alam sekitar. Nurul
Hafsa terkejut namun gembira apabila menyedari bahawa Budiman
turut menyokong usahanya untuk menyelamatkan Kuala Selangor
daripada terus tercemar akibat pembangunan yang tidak terancang.

BAB 5: JIWA AYAHANDA
Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan
menunggu kepulangan beliau di lapangan terbang dan memandu laju ke
sebuah kawasan kampung tempat projek rumah Ikhtiar TeknoAlam yang
didiami anaknya Muhammad Taufik. Sepanjang pemanduannya, beliau
mengimbas kembali kenangan perpisahan antara beliau dengan isterinya
Maryam Wickham Abdullah kerana Muhammad Taufik telah
menghantar pesanan ringkas tentang kehadiran bekas isterinya untuk
bermalam di situ. Beliau berasa puas dapat membuktikan kepada bekas
isterinya bahawa beliau telah melakukan yang terbaik untuk anak
mereka. Sesampai beliau di rumah Muhamamad Taufik, air muka beliau
berubah apabila dimaklumkan anaknya bahawa Puan Maryam telah
pulang. Beliau tetap bertanyakan khabar Puan Maryam kepada anaknya
ketika mereka bersama dengan pemandunya Sobirin menghadap
hidangan yang dimasak Puan Maryam sebelum bekas isterinya itu pergi.

Walaupun Tan Sri Muhaimin terpaksa melepaskan isterinya kerana
perbezaan pendapat dan membawa haluan masing-masing, namun
mereka tidak pernah bermusuh dan zuriat menjadi penyambung
silaturahim mereka berdua.

BAB 6: CITA-CITA
Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah,
Pegawai Atasan Pejabat Majlis Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan
laporan tentang tahap kecerahan langit Kuala Selangor yang telah
dihantarnya. Namun demikian, Nurul Hafsa hanya dinasihati agar tidak
mengharapkan sebarang tindkan diambil kerana Puan Foziah
memaklumkan tiada undang-undang alam sekitar yang telah dilanggar di
Kuala Selangor. Namun demikian, Nurul hafsah tetap mengingati
janjinya terhadap kumpulan pengunjung kanak-kanak dari Jepun yang
ingin melihat bintang di Kuala Selangor dan impiannya yang sejak dulu
hingga kini adalah untuk menjadikan Kuala Selangor, Bukit Melawati
dan Balai Cerap Sultan Salahuddin tempat tumpuan peminat-peminat
langit seluruh dunia melihat bintang. Dalam masa yang sama, Nurul
Hafsah bertanyakan abangnya Budiman sama ada dirinya telah hilang
akal dan bimbang tentang hal yang remeh-temeh. Budiman menasihati
Nurul Hasfa agar bertenang dan beristighfar serta mendengar kata hati.
Akhirnya, dia bertekad tidak akan membiarkan masalah pencemaran di
Kuala Selangor daripada terus berlaku. Mereka sedar perkara ini tidak
boleh dilakukan tanpa bantuan orang lain. Budiman bersedia untuk
membawa adiknya berjumpa dengan ‘ lelaki kelip-kelip’. Lelaki tersebut
merupakan individu yang memagar sungai kecil di kawasan orang
melihat kelip-kelip dan dialah juga yang menghantar Budiman pulang ke
rumah dengan kereta hibrid. Pada awalnya, Nurul Hafsa tidak senang
dengan lelaki tersebut,

namun Budiman menasihati adiknya agar tidak terburu-buru bersangka
buruk terhadap orang lain. Nurul Hafsa bersedia untuk berjumpa lelaki
tersebut dengan folio yang dihasilkannya dengan tajuk Kuala Selangor:
Kawasan Simpan Langit Gelap.

BAB 7: LELAKI KELIP-KELIP
Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip
dengan berhati-hati. Dia beranggapan bahawa dia akan bertemu dengan
seorang lelaki berpangkat bapa dan berpengaruh seperti yang dikatakan
oleh abangnya, Budiman. Setelah mereka berdua sampai di kawasan
rumah lelaki kelip-kelip, Nurul Hafsa ternampak seorang lelaki muda
sedang membuat kerja-kerja pertukangan yang melibatkan pembinaan
sebuah peralatan pertanian kecil-kecilan. Apabila Nurul Hafsa melihat
wajah lelaki tersebut, mindanya cuba mengingati kembali wajah-wajah
yang pernah dia lihat sepanjang usianya. Akhirnya, Nurul Hafsa
mengecam wajah lelaki tersebut. Budiman memanggil lelaki tersebut
dengan nama Muhammad Taufik dan bertanyakan beliau sama ada masih
mengingati adiknya, Nurul Hafsa. Rupa-rupanya Muhammad Taufik
merupakan rakan sekolah abangnya ketika bersekolah di Tanjung
Keramat. Budiman memaklumkan bahawa selepas tahun 6, dia belajar di
Otago. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsa menyindir perbuatan
Muhammad Taufik yang memagar sebahagian daripada sungai Selangor.
Muhammad Taufik menjelaskan bahawa dia yang meminta ayahnya
membelikan tanah yang menyusuri tepi anak sungai di Kampung
Kuantan, terus ke kampung Api-api yang berkeluasan 50 hektar. Semua
ini dilakukannya apabila dia mendapati populasi kelip-kelip di Kampung
Kuantan semakin berkurangan akibat kehadiran pelancong yang ramai
dengan bunyi enjin motor bot, cahaya lampu di jeti, pencemaran air
sungai, pemusnahan kawasan paya bakau,

cahaya dari kawasan petempatan manusia dan cahaya rodaferris yang
semuanya membawa ancaman kepada populasi kelip-kelip. Dia memagar
anak sungai tersebut dengan harapan kelip-kelip mempunyai tempat
untk bersembunyi dan akan meruntuhkan pagar itu apabila populasi
kelip-kelip sudah pulih kembali. Nurul Hafsa yang mendengar penjelasan
tersebut memohon maaf daripada En. Taufik kerana telah tersalah
anggap terhadap pemuda tersebut.

BAB 8: BEBAS GRID
Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek yang
sedang dilaksanakannya kepada Nurul Hafsa. Muhammad Taufik
bersetuju lalu mengajak Budiman dan adiknya meneliti rumah
tradisional Melayu yang mempunyai ciri-ciri berteknologi tinggi yang
dibinanya. Setelah mendengar penjelasan Muhammad Taufik tentang
sistem rumah tersebut, lalu Nurul Hafsa membuat kesimpulan bahawa
Muhammad Taufik mencipta satu model tempat tinggal di luar grid.
Muhammad Taufik mengakui bahawa dia hendak mendirikan rumah di
atas tanah satu per lapan ekar untuk sebuah keluarga, yang dapat
mengurangkan kebergantungan penduduk terhadap grid utiliti yang
sedia ada. Hasratnya adalah untuk menyampaikan mesej dan
menanamkan kesedaran bahawa apabila manusia kembali bergantung
kepada alam semula jadi secara terus, manusia akan menyedari betapa
pentingnya alam sekitar. Hal ini disokong oleh Nurul Hafsa. Sepanjang
pertemuan tersebut, Nurul Hafsa sering bersetuju dengan pendapat
Muhammad Taufik menyebabkan abangnya, Budiman tersenyum
melihat gelagat dua pencinta alam etrsebut. Namun begitu, dia sedar
bahawa adiknya Nurul Hafsa dan sahabatnya Muhammad Taufik
emmpunyai misi penting yang tidak boleh dilalaikan dengan emosi.

Akhirnya, Muhammad Taufik mengingatkan Nurul Hafsa tentang
tujuan asal mereka bertemu Muhammad Taufik menolongnya membawa
kembali kegelapan ke Kuala Selangor.

BAB 9: ZURIAT
Bab ini menceritakan Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya
Tan Sri Muhaimin untuk menyokong rancangannya untuk menjadikan
Kuala Selangor satu kawasan simpan langit gelap secara industri untuk
tujuan kaji bintang amatur dan profisional dan untuk menghalang
kepupusan kelip-kelip.
Pertemuan Tan Sri Muhaimin dengan rakan lamanya Tan Sri Yahya
telah membuka ruang kepada mereka untuk berbicara tentang zuriat
masing-masing. Pada akhir perbualan, Tan Sri Muhaimin bertahmit
apabila menyedari bahawa usaha-usaha anaknya selama ini merupakan
gabungan ciri-ciri terbaik dua orang manusia bernama Muhaimin dan
Maryam.

BAB 10: SIDANG SEJUTA KELIP-KELIP
MuhamMad Taufik tersinggung jika sering dikaitkan dengan kedudukan
dan kemewahan ayahnya. Muhammad Taufik ketawa mengenangkan
peristiwa dia selalu didampingi oleh perempuan-perempuan yang ingin
mengambil kesempatan atas kemewahannya. Namun begitu, mereka
akan meninggalkannya setelah mengenali Muhamad Taufik yang
sebenarnya. Kini, dia berhadapan dengan seorang gadis yang terang-
terangan tertarik oleh keistimewaan-keistimewaan yang ada pada dirinya.
Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa bertemu di dalam bilik tutorial di
Perpustakaan Awam Sultan Syarafuddin, Kuala Selangor untuk
berbincang tentang pembentangan tentang projek Kuala Selangor. Di
situ mereka berbalas-balas hujah bagi memantapkan pembentangan yang
akan dilaksanakan nanti.

Budiman menemankan mereka berdua tetapi tidak mengganggu
perbincangan mereka. Muhammad Taufik kagun akan kesetiaan
Budiman sebagai saudara tua yang hadir untuk menjaga tatatertib
perhubungan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Nurul Hafsa
mengemukakan rasional pelaksanaan projek tersebut, iaitu untuk
mengembalikan populasi kelip-kelip ke Kuala Selangor sebelum pupus
sepenuhnya dan mengembalikan kegemilangan Kuala Selangor sebagai
pusat kajian falak yang terkenal di peringkat antarabangsa. Selesai
perbincangan, Muhammad Taufik mempelawa mereka berdua ke
rumahnya malam tersebut untuk menebus kekecewaan Nurul Hafsa yang
tidak dapat melihat kelip-kelip di jeti Kampung Kuantan tempoh hari.

BAB 11: LEWAT SATU MELINIUM
Muhammad Taufik memilih untuk menggerakkan sampan
menggunakan pendayung, bukannnya dengan menggunakan enjin
motobot elektrik untuk membawa Nurul Hafsa dan Budiman ke
kawasan kelip-kelip. Mereka berhenti setelah sepuluh minit mendayung.
Berdasarkan pandangan Nurul Hafsa, keadaan gelap di situ adalah pada
skala dua. Sambil menantikan kelip-kelip yang mula hadir, Muhammad
Taufik menerangkan kepada dua beradik itu tentang jenis kelip-kelip
atau dalam bahasa saintifiknya pteroptyx tener. Kemudian bilangan
kelip-kelip menjadi semakin banyak lalu menjadi satu gerombolan kelip-
kelip yang berkerlipan secara serentak bagaikan lingkaran Bimasakti.
Pada malam itu Nurul Hafsa terkejut apabila dimaklumkan Muhammad
Taufik bahawa Puan Wickham ialah ibunya. Nurul Hafsa bersetuju
dengan permintaan Muhammad Taufik bahawa dia akan meneruskan
pencerapan data populasi kelip-kelip andai sesuatu terjadi kepada
Muhammad Taufik.

JBAB 12: STRATEGI
Muhammad Taufik akan mengambil masa seminggu untuk meminta
bapanya menggunakan pengaruh beliau agar dia dan Nurul Hafsa dapat
bertemu dengan pegawai daerah dan panel penasihatnya. Di hadapan dua
insan penting tersebut, Nurul Hafsa memulakan pembentangan dengan
membaca surah al-A,raaf, ayat 56. Setelah dia dan Muhammad Taufik
selesai membuat pembentangan dan menjelaskan segala kekeliruan Dato’
Haji Mustofa , pegawai daerah Kuala Selangor, mereka meminta
Beliaumeneliti cadangan mereka untuk mewartakan Kuala Selangor
sebagai kawasan simpan langit gelap yang pertama di negara ini.

BAB 13: DENDAM KEMBALI MEKAR
Dalam bab ini, Dato’ Haji Mustafa telah mengunjungi individu bernama
Johann Arlington- Majid. Beliau memaklumkan minat mendalam
menteri besar terhadap idea projek Kawasan Simpan Langit Gelap.
Johann marah dengan berita tersebut kerana hal itu bermakna dia tidak
dapat meneruskan penguasaan tender membekalkan lampu-lampu
daripada syarikat miliknya. Johann merupakan ahli perniagaan yang
hanya mementingkan kekayaan. Dia merupakan musuh lama Tan Sri
Muhaimin apabila Marion Wickham wanita yang dicintainya memilih
Tan Sri Muhaimin sebagai suami. Dato’ Mustafa memaklumkan bahawa
Muhammad Taufik akan membuat pembentangan terbuka tentang
projek tersebut di hadapan menteri besar, ahli akademik, ahli perniagaan
dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Beliau meminta Johann
untuk belajar dan memberikan tempoh selama seminggu untuk berfikir
bagi mendapatkan tender projek tersebut jika mahu. Namun Johann
tetap berkeras dengan pendiriannya, dan rasa tamaknya.

BAB 14: GELAP DALAM TERANG
Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka
projek yang diusahakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun
kehadirannya bukan untuk memberi sokongan malah untuk
mengganggu dan membuat kecoh pada hari itu. Nurul Hafsa dengan
ditemani Muhammad Haimin disisinya telah membentangkan projek
tersebut kepada yang hadir. Segala sanggahan daripada Johann telah
berjaya dibidas dan Menteri Besar sentiasa menyokong pandangan dan
hujahannya. Pembentangan pada hari tersebut banyak berkisar tentang
jenis penggunaan lampu dan pencahayaan yang sesuai. Menteri Besar
turut menegur sikap buruk Johann dalam majlis tersebut. Pada akhir
pembentangan Menteri Besar mengumumkan bahawa pihak kerajaan
negeri akan mengiklankan tender dalam masa terdekat. Johann yang
sentiasa bergelumang dengan dendam kesumat dalam diam mengatur
rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergeragan
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak
dapat melaksanakan projek tersebut.

BAB 15: KHIANAT
Nurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat di lorong
menuju ke rumahnya sambil memandu. Walaupun lorong tersebut sepi
tetapi dia tidak pernah berasa terancam. Lorong ke rumahnya memang
tiada berorang melainkan dua tiga hari kebelakangan terdapat tiga orang
lelaki memotong rumput di tepi-tepi jalan. Namun demikian, dia hairan
walaupun tiga orang pemotong rumput bekerja tetapi lalang masih
meninggi. Ketika dia menghentikan kenderaannya di sisi motosikal
Budiman, dia menerima berita Taufik ditimpa kemalangan. Mereka terus
pergi mencari Taufik dan bertemu dengannya dalam rimbunan lalang
dengan bajunya dibasahi darah di bahagian rusuk.

Nurul Hafsa segera menelefon ambulans dan Taufik dibawa ke Hospital
Besar Tanjung Karang. Menerut siasatan awal, polis memberitahu
walaupun penyerang mengambil barang-barang berharga milik Taufik,
namun mereka meninggalkan telefon bimbitnya sebagai suatu mesej
peribadi penjenayah kepada mangsa. Pihak hospital memaklumkan
bahawa Muhammad Taufik berada dalam keadaan stabil.

BAB 16: DUA KELIP-KELIP TERAKHIR DI DUNIA
Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke hospital
untuk melawat Muhammad Taufik. Setibanya mereka di sana, Nurul
Hafsa melihat ibu dan bapa Muhammad Taufik sedang berbual dan
sedikit bertelagah tentang kejadian yang menimpa anak mereka. Nurul
Hafsa meminta izain untuk berbual dengan mereka berdua dan
menceritakan keazaman Muhammad Taufik. Selepas itu mereka solat
subuh berjemaah di surau hospital. Kemudian, mereka mendapat khabar
tentang keadaan Muhammad Taufik yang semakin baik walaupun belum
sedar. Nurul Hafsa melawat Muhammad Taufik dua hari kemudian
sambal ditemani abangnya, Budiman. Dia memohon maaf kepada rakan
seperjuangannya itu atas segala yang terjadi. Dia bersedia jika
Muhammad Taufik ingin mengundurkan diri. Namun begitu, temannya
itu masih berkobar-kobar untuk meneruskan perjuang mereka bersama.
Dalam pertemuan tersebut, Muhammad Taufik sempat bertanyakan
Nurul Hafsa tentang sebab dia tidak memakai selendang hitam bermanik
Kristal.

BAB 17: JALAN YANG DITINGGALKAN
Tan Sri Muhaimin memberitahu Muhammad Taufik ketika beliau dan
bekas isterinya berada di hospital bersama Muhammad Taufik bahawa
Ketua Inspektor Lim menasihati beliau agar memberitahu pihak media
bahawa kejadian yang menimpa anaknya merupakan kejadian jenayah
biasa bagi memudahkan pihak polis menjalankan siasatan.

Namun begitu, Muhammad Taufik tidak bersetuju dan meminta
ayahnya memberitahu perkara sebenar bahawa serangan tersebut
bermotifkan khianat kerana dia yakin motif serangan tersebut adalah
untuk membuktikan kegelapan sebagai punca jenayah seterusnya
menghalang projek kawasan Simpanan Langit Gelap akan dihentikan.
Setelah Menteri Besar berbincang dengan Tan Sri Muhaimin melalui
perbualan telefon, keesokan harinya akhbar mengeluarkan berita
bahawa Kuala Selangor Akan Diwartakan Sebagai Kawasan Simpan
Langit Gelap.

BAB 18: KERASUKAN
Sejak Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital, sudah hampir
seminggu kerja mencerap populasi kelip-kelip terhenti. Sebagai
menunaikan janji mereka terhadap Muhammad Taufik, Nurul Hafsa
dan Budiman meneruskan kerja tersebut dengan menggunakan
peralatan pencerapan yang telah disampaikan oleh Tan Sri Muhaimin
kepada mereka berdua. Ketika meranduk semak samun untuk balik ke
kereta mereka selepas melakukan aktiviti pencerapan, tiba-tiba Nurul
Hafsa terdengar suatu bunyi dan ternampak Budiman tergelimpang di
tanah. Sepantas kilat, dia dicapai oleh tangan-tangan ganas. Dia
ternampak susuk tiga orang lelaki sebelum mulutnya dibalut dengan
pita pelekat bersaiz lebar dan kepalnya disarung dengan kain gelap.

BAB 19: SELENDANG HITAM MANIK KRISTAL
Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar dari Hospital dan
mengikut ibunya pulang ke Otago apabila dia kejutkan dengan
jambangan bunga berbalut selendang hitam bermanik kristal. Dia
menjumpai sekeping nota dalam jambangan tersebut yang memintanya
berada di stesen petronas pada jam 8.30 pagi hari tersebut. Hatinya
bertambah bibang apabila melihat kerongsang yang yakininya milik
Nurul Hafsa.

Muhammad Taufik meminta Tan Sri Muhaimin menghentikan kereta di
stesen petronas ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang dengan
alasan ingin ke tandas. Tanpa disedari kedua-dua orang tuanya, dia pergi
ke tempat van putih seperti yang tercatat dalam nota yang diterimanya.
Ketika itu, dia diarahkan masuk ke dalam van tersebut sebelum disarung
sebelumnya tangannya diikat dan dimasukkan ke dalam but kereta.
Kepanya disarung dengan kain hitam sepanjang perjalanan. Muhammad
Taufik dibawa ke lokasi yang sama dengan tempat Nurul Hafsa ditahan.
Menyedari situasi tersebut, dia cuba menenagkan Nurul Hafsa walaupun
tidak dapat melihat apa-apa sebelum dia dipukul di rusuknya sehingga
tidak sedarkan diri.

BAB 20: NYAWA UNTUK NYAWA
Nurul Hafsa telah dibebaskan oleh penculik. Dia bimbang dengan
keadaan Muhammad Taufik yang belum dibebaskan. Dalam keadaan
tersebut, Nurul Hafsa berasa bertuah kerana tidak dicederakan. Dia pasti
bahawa perancang jenayah ini sebenarnya ingin mencapai sesuatu yang
boleh diukur dengan wang. Jika rancangan tersebut gagal sekalipun,
mereka masih boleh melepaskan diri daripada tuduhan mencederakan,
merogol atau membunuh mangsa. Dengan bantuan pemandu van
sekolah yang ditahannya ketika dia berjalan seorang diri, dia telah
membuat laporan polis. Haji Yassir dan Budiman bersyukur keran Nurul
Hafsa selamat. Haji Yassir menenangkan Tan Sri Muhaimin dengan
meminta beliau bersabar, berdoa dan menyerahkan segalnya kapada
Allah. Kehilangan Muhammad Taufik disiarkan dalam berita setiap jam
di semua stesen televisyen tempatan.

BAB 21: LEGASI BAJU BIRU
Bab ini menceritakan kronologi penculikan Nurul Hafsa dan
Muhammad Taufik. Dengan bantuan CCTV, pihak polis cuba
mengecam van putih yang digunakan oleh penculik tersebut.

Malangnya, nombor pendaftaran kenderaan tersebut sukar dikesan
kerana kabur. Tan Sri Muhaimin telah memaklumkan kepada Ketua
Inspektor Lim tentang pesanan ringkas yang dihantar ke telefon
bimbitnya yang memintanya menarik balik sebut harga Dedaun Emas jika
tidak mahu menerima padah. Berita tengah hari yang membawa khabar
tentang penculikan sensasi etrsebut secara besar-besaran telah
membuahkan hasil. Seorang penduduk tempatan telah membuat aduan
tentang aktiviti bukan perladangan di sebuah ladang kelapa sawit yang
terletak jauh di pedalaman Bestari Jaya. Pasukan Gerak Khas telah
diarahkan ke lokasi tersebut untuk mengadakan serbuan dan tangkapan.
Selepas berbalas tembakan, Muhammad taufik berjaya diselamatkan.

BAB 22: CINTA PEJUANG
Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan
Ibrahim Kuala Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi
meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin dan bekas isterinya.
Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas menyatakan rasa
syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke
pangkuan beliau. Musuh perniagaannya pula bakan menghadapi
pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi
hatinya terhadap Nurul Hafsa. Dia telah mengembalikan selendang hitam
manik kristal yang disimpannya semenjak hari pertama dia mengetahui
Nurul Hafsa diculik. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya
untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tau Nurul
Hafsa. Dalam keadaan malu dan meminta diri untuk membantu
mengemaskan kenduri yang baru selesai, dia menerima pesanan ringkas
daripada Muhammad Taufik bertulis kita ialah dua kelip-kelip terakhir
di dunia.

Kekuatan

Kekuatan yang terdapat dalam novel Bimasakti Menari ini ialah penulis
mengajarkan pembaca untuk menghargai alam sekitar dengan cara
membuat watak utama mengamalkan sikap kasih sayang dan
bertanggungjawabnya kepada alam sekitar. Selain itu, penulis
mengetengahkan tentang isu pencemaran. Walaupun isu pencemaran
sering digunakan, namun pencemaran cahaya tidaklah lagi dapat menjadi
norma tema pencemaran. Kekuatan ketiga ialah, sikap watak yang berani
memulihkan situasi dan keadaan apabila diperlukan. Sebagai contoh,
mereka membantu Kuala Selangor dengan memulihkan dan memberi
kecantikan bandar itu semula. Novel ini juga banyak memberi fakta dan
info yang menarik tentang haiwan, serangga dan pencemaran cahaya
yang tidak terkenal dalam kalangan-kalangan jenis pencemaran. Penulis
dapat menarik minat pembaca untuk meminati dan terus mempelajari
fakta-fakta yang lain. Akhir sekali, terdapat banyak pengajaran dan
teladan yang dapat dicontohi oleh pembaca seperti sikap setia kawan,
tanggungjawab dan kasih sayang.

Kelemahan

Terdapat beberapa kelemahan dalam novel ini seperti kisah cinta antara
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik tidak sehebat kisah cinta antara
Dahlia dan juga Azhari kerana Muhammad Taufik menyukai Nurul
Hafsa tanpa pengorbanan. Selain itu, cerita ini kekurangan pengajaran
yang boleh dijadikan iktibar pada remaja. Kemudian, penulis perlu
menjelaskan sesuatu situasi dengan secara mendalam kerana penjelasan
tentang bagaimana Tan Sri Muhaimin dan juga Maryam Wickham boleh
bercerai kurang dijelaskan dalam novel ini kerana secara tiba-tiba sahaja

mereka berpisah kerana mempunyai haluan tersendiri lalu mereka
bersatu semula berpunca dari JohanArlington-Majid tanpa sebarang
penjelasan. Kemudian, matlamat watak utama di novel ini masih belum
tercapai dan jika kita bandingkan antara novel ini dengan novel Songket
Berbenang Emas di mana watak utamanya berjaya mencapai
matlamatnya. Akhir sekali, watak sampingan di novel ini mempunyai
banyak konflik yang memeningkan berbanding dengan novel Songket
Berbenang Emas yang mana mempunyai konflik yang kurang dan lebih
memfokuskan kepada kehidupan watak utama.

Cadangan penambahbaikan

Penulis perlu menambah kreativiti terhadap kulit buku novel tersebut
agar ramai pembaca lebih minat untuk membaca novel tersebut dalam
kalangan remaja. Selain itu, penulis perlu menambahkan sesuatu jalan
cerita yang tidak disangka untuk pembaca agar menjadikan novel ini
seperti luar biasa dan mantap. Kemudian, penulis perlulah fokus pada
plot utama atas watak utama sepanjang jalan cerita dan tidak
merumitkan masalah watak sampingan dengan watak utama. Seterusnya,
penulis patutlah menambahkan pengakhiran novel yang menunjukkan
perkembangan watak sepanjang jalan cerita novel. Akhir sekali, penulis
perlulah menambah nilai murni dalam watak agar dpat dijadikan teladan
buat remaja zaman sekarang.

Silir Daksina

Novel ini adalah tema kekeluargaan. Haiqal yang mengalami konflik
keluarga berpunca daripada penceraian ibu dan bapanya sehingga
menyebabkan dia dipisahkan oleh ibunya daripada ayah kandung,
Abdullah Kayan. Haiqal berusaha untuk mengetahui sejarah kehidupan
ayah kandungnya setelah mendapat manuskrip yang dikirimkan oleh
Ong See Hwa. Haiqal mempunyai konflik jiwa untuk mengenali ayah
kandungnya, Abdullah Kayan. Konflik timbul setelah dia menerima
manuskrip yang merupakan tulisan ayah kandungnya daripada See Hwa
Haiqal telah diberitahu bahawa walid bukan ayah kandungnya sebelum
memasuki sekolah tadika.

NIZAR Parman atau nama sebenarnya Md. Nizar bin Parman dilahirkan
pada 31 Ogos 1973 di Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor. Pendidikan
rendahnya di Sekolah Kebangsaan Seri Paya, Parit Raja, Batu Pahat,
sementara peringkat menengahnya di Sekolah Menengah Datuk Menteri,
Ayer Hitam, Batu Pahat. Beliau lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
(STPM) pada tahun 1992.

Sinopsis Keseluruhan

Novel ini mengisahkan Haiqal yang telah pergi ke kampung halaman
ayahnya, Abdullah Kayan berbekalkan sebuah manuskrip lama yang
diterima daripada seorang gadis berbangsa Cina yang tidak dikenalinya.
Kampung tersebut merupakan kampung kelahiran Haiqal tetapi telah
menetap di Kuala Terengganu. Manuskrip yang separuh jalan itu telah
menarik minat Haiqal untuk mengenali ayahnya dengan lebih dekat
walaupun ditentang oleh uminya. Masyarakat Kampung Seri Purnama
menerima kehadiran Haiqal dengan baik. Dia kemudiannya mula
membongkarkan kehidupan sebanar ayahnya melalui orang-orang yang
rapat dengan ayahnya. Haiqal mendapati watak-watak yang dilukis oleh
ayahnya didalam manuskrip tersebut seolah-olah cerminan watak-watak
sebenar yang wujud di kampung itu. Abdullah Kayan merupakan penggiat
aktiviti kebudayaan di kampung tersebut. Beliau juga adalah guru yang aktif
menulis sehingga mewujudkan aksara di kampungnya. Disebabkan
kecintaannya terhadap bidang tersebut, beliau telah meninggalkan
keluarganya di Terengganu dan berpisah dengan Haiqal. Kini, perjuangan
itu diwariskan kepada Haiqal.

BAB 1: TERSINGKAP RAHSIA
Haiqal begitu teruja membaca manuskrip berkulit biru muda yang setebal 58
muka surat. Hatinya tersentuh dengan cerita yang ditulis oleh penulisnya
Abdullah Kayan, nama yang pernah disebut uminya. Adakala Haiqal berasa
dia seperti berada dalam alam Abdullah Kayan. Fikiran Haiqal menerawang
pada masa usianya 6 tahun,,masih di sekolah tadika. Uminya membuka rahsia
tentang dirinya,,,bahawa ayahnya bukan walid. Haiqal bertanya tentang
ayahnya. Uminya memberitahu ayahnya berada jauh dari tempat tinggal
mereka. Haiaql menyimpan tekad untuk menncari ayahnya Abdullah Kayan

BAB 2: KISAH SEORANG TEMAN
Haikal menghabiskan waktu petangnya di gerai makanan Ratna di pantai
Batu Buruk. Kawan sekelasnya di sekolah. Ratna tidak meneruskan
pengajian selepas tamat SPM sebaliknya membantu ibunya menguruskan
perniagaan ibunya. Sementara itu Haikal meneruskan pengajian STPM dan
sedang menunggu keputusan STPM. Mereka berkawan baik. Haikal
memberitahu Ratna bahawa dia sedang meneliti manuskrip ayahnya.
Sambil mereka bersiar-siar di pantai ,Haikal cuba menghayati pertemuan
cinta ayah dan ibunya.. Ratna tiba-tiba ingin tahu punca perpisahan ayah
dan ibu Haikal. Haikal tidak tahu. Haikal pernah cuba bertanya umi tetapi
dibatalkan khuatir mengganggu kebahagian umi walid dan Nurul Aisyah.
Uminya juga belum tahu tentang manuskrip yang diterimanya. Haiqal
menerimanya daripada Ong Swee Hwa beralamat Kampung Seri Purnama
Batu Pahat Johor.

BAB 3 ; SENASKAH MANUSKRIP LAMA
Aku teringat tentang gelagat seorang anak Tauke Lim Ai Ling yang cuba
mengikut rentak tari penari-penari yang sedang berlatih. Aku menyarankan
Ai Ling belajar tarian zapin dan menyertai kumpulan tarian zapin kanak-
kanak di kampung mereka. Aku menawarkan perkidmatannya untuk
membimbing Ai Ling dalan subjek Bahasa Melayu. Aku sebenarnya teringat
akan anaknya Aiman yang jauh terpisah apabila teringat kepada Ai Ling.
Aiman yang seusiadengan Ai Ling. Aku menggunakan masa di rumah untuk
menanda buku latihan pelajar-pelajarnya. Masa lapangnya digunakan untuk
menulis puisi atau cerpen, ataupun berbual-bual dengan Tauke Lim. Tauke
Lim tinggal berjiran dengan aku. Tauke Lim mengambil upah menoreh dan
menjaga kebun getah ayah aku yang lama tidak ditoreh.Ketika itu Tauke
Lim datang dengan motorsikal Honda 70cc.

Tauke Lim tinggal menyewa di bandar setelah berhijrah dari kampung
halamannya kerana semua harta peninggalan mendiang bapanya dijual oleh
abangnya yang sangat gemar berjudi. Tauke Lim seorang yang rajin bekerja.
Waktu pagi dia menoreh getah sementara petang digunakan untuk meraih
hasil tani penduduk kampung untuk dijual di bandar. Akhirnya, Tauke Lim
berjaya membeli setengah ekar tanah ayah aku dan membina sebuah rumah
separuh papan. Hasil gigihnya Tauke Lim rumahnya diubah suai menjadi
rumah batu sepenuhnya. Sudah 18 tahun Tauke Lim tinggal di kampung
aku. Anak sulung Tauke Lim, Kok Wee sedang menuntut di Universiti
Malaya dalam bidang undang-undang. Anak keduanya perempuan Ai Ching
akan mengambil peperiksaan SPM. Tauke Lim hidup cara orang Melayu.
Ayah aku menganggap Ai Ching dan Ai Ling seperti cucunya
sendiri.Ayahnya sering membawa Ai Ching dan Ai Ling ke bandar. Aku
kembali teringat kepada Aiman. Semasa bersiap-siap hendak ke sekolah.
Tauke Lim muncul dan meminta tolong aku menumpangkan Ai Ching dan
Ai Ling ke sekolah kerana keretanya tidak dapat dihidupkan kerana
kehabisan bateri.. Ai Ching diturunkan di tepi jalan besar untuk mengambil
bas sekolah ke Parit Raja sementara Ai Ling bersama-sama ke Sekolah
Kebangsaan Seri Purnama.Tauke Lim menganggap belajar di sekolah aliran
Melayu dan Cina tidak penting. Yang penting anak-nanaknya belajar
dengan rajin. Aku mencadangkan agar Ai Ling ke sekolah dengan kereta
aku. Ai Ling akan memberitahu ayah dan ibunya sendiri tentang pelawaan
aku. Aku kembali terbayang- bayang Aiman di dalam pakaian sekolahnya.
Aku menuju ke bilik guru. Hanya aku dan Cikgu Latifah di dalam bilik
guru.Cikgu Latifah meluahkan rasa tentang gelagat pelajar Tahun
Enamnya. Aku tersentak apabila Cikgu Latifah memberitahunya tentang Ai
Ling yang diberitahu oleh Ustazah Munirah. Ai Ling amat beminat untuk
mempelajari subjek Pendidikan Islam.


Click to View FlipBook Version