The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kajian 8 Buah Novel Tingkatan 4 dan 5 Zon di Malaysia
Ainul Mardhiah binti Mohamad Sofi
4 Razzi PB190087

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainulmardhiahmohamadsofi, 2022-06-11 09:02:26

Kajian 8 Buah Novel Tingkatan 4 dan 5 Zon di Malaysia

Kajian 8 Buah Novel Tingkatan 4 dan 5 Zon di Malaysia
Ainul Mardhiah binti Mohamad Sofi
4 Razzi PB190087

Aku menganggap itu peluang yang baik untuk dia mendekati Ai Ling.
Walaupun aku sebenarnya mempunyai peluang mendekati Ai Ling
ketika Ai Ling rapat dengan arwah ayahnya. Aku tidak mahu tergesa-
gesa mendekati Ai Ling kini , khuatir Ai Ling tidak selesa. ii Sudah
sepuluh tahun Tauke Lim menggunakan kereta wagonnya. Tauke Lim
tidak mahu menggantikannya dengan kereta baharu kerana lebih
mementingkan perbelajaan persekolahan anak-anaknya. Tauke Lim
seorang yang amat berjimat cermat dalam perbelanjaan. Dia hanya
menggunakan bas untuk menziarahi ibunya di Kuala Kangsar. Tauke
Lim mempelawa aku ke pekan untuk minum teh di kedai mamak bagi
membalas jasa aku menolongnya membeli bateri kereta baharu . Semasa
di rumah Tauke laim Ai Ling menjenguk dari muka pintu dan aku
berasa alangkah bahagianya jika yang tersenyum itu Aiman. Tauke Lim
bertanya tentang pelawaan aku. Tauke Lim agak malu menerima
tawaran aku kerana terkenang akan kebaikan arwah ayah aku yang
sering membantunya ketika dia susah dahulu. Akhirnya aku terpaksa
berterus terang tentang kerinduannya terhadap Aiman. Setelah Tauke
Lim bersetuju untuk membenarkan Ai Ling menaiki kereta aku ke
sekolah. Tauke Lim meminta aku menganggap Ai LIng seperti anaknya
sendiri. Tauke Lim meminta aku bersabar dan yakin Aiman akan
datang mencarinya suatu hari nanti. Bagi menenangkan perassan
Haikal, Tauke Lim menyatakan orang-orang kampung amat sayang
akan aku. Banyak kegiatan telah aku lakukan sehingga nama kampung
menjadi popular. iii Sesi latihan tarian zapin bermula malam itu. Ai
Ling dan Tauke Lim juga turut hadir. Ai Ling begitu ceria. Selesai
latihan kumpulan zapin D” Purnama. Ketua kumpulan Pak Haji Salam
memaklumkan bahawa Haji Kemat JKKK memberitahunya YB
Samsuri dan pegawai Yayasan Warisan Negeri akan datang ke kampung
mereka. Pegawai Yayasan Warisan Negeri akan membuat penyelidikan
tentang rentak zapin jincat dan akan mewartakan sebagai satu rentak
asli dalam tarian zapin.

Persiapan rapi perlu dilakukan. Semua bersetuju untuk memberi
persembahan terbaik bagi menghidupkan semula zapin jincat setelah
terkubur begitu lama . Hal ini kerana perpecahan dalam kalangan ahli
kumpulan. Aku ditugaskan menyiapkan atur cara majlis. Tauke Lim
bersetuju menanggung perbelanjaan jamuian tetamu. Aku terus
berbincang dengan Roslan tentang persiapan untuk majlis tersebut.
Abang Bakir mencadangkan slot deklamasi puisi tentang sejarah zapin
jincat aku ( yang dipanggil Zam ) uruskan. Abang Bakir memujuk Zam
agar tidak terus merajuk sehingga tidak lagi meneruskan minatnya di
bidang sastera itu. Aku tertanya-tanya kepada dirinya sendiri sama ada
dia sedang merajuk atau sebenarnya telah lama tewas dengan masalah
hidupnya sendiri. iv Aku berasa amat gembira apabila Cikgu Zanariah
memberitahunya Ai Ling antara 15 orang pelajar yang akan menyertai
pertandingan deklamasi puisi bagi murid tahap satu.. Semasa di dalam
kereta aku bertanya kepada Ai Ling tentang minatnya membaca buku
puisi. Ai Ling memberitahu aku yang dia amat berminat dengan sajak
dan suka membaca buku puisi.Ai Ling berasa takut tetapi aku
meyakinkanya dan mahu mengajarnya mendeklamasi sajak pada petang
itu. Pada petang itu pukul 5.00 petang Ai ling sampai ditemani kakanya
Ai Ching.Aku meneliti sajak yang dipilih Ai Ling yang bertemakan
kasih sayang. Aku terus mengajar cara mendeklamasi dan cara membuat
persembahan deklamasi sajak. Setelah tamat latihan Ai Ling dan Ah
Ching pulang. Aku kembali terasa sunyi lantas tersebut nama Aiman di
bibirnya, V Ai Ling memenangi cara deklamasi sajak. Kemenangan itu
menjadi buah mulut penduduk kampung. Tauke Lim paling gembira
sehingga dia membelanja semua pelanggan di warung Abang
Dollah.Tauke Lim mengucapkan terima kasih kepada aku. Tauke Lim
memuji-muji bakat sastera yang ada dalam diri aku dan meminta aku
kembali membaca puisi di balai raya seperti zaman aku muda-muda
dahulu. Pak Dollah pun rindu akan suara aku mendeklamasikan puisi.

Pak Dollah juga gembira melihat anak-anak muda kembali berkumpul
di balai raya untuk sama-sama berlatih berkompang, bergurindam dan
berseloka. Pak Dollah bimbang khazanah bangsa itu akan pupus jika
tidak digiatkan kembali Tauke Lim mengingatkan aku tentang cita-cita
aku menjadi seperti Shahnon Ahmad, Usman Awang dan A. Samad
Said. Tauke Lim memberitahu aku iaitu Cikgu Saifulnizam seorang
guru yang hebat. Aku teringat kemeriahan yang dirasai oleh aku,
Roslan, Ramli dan beberapa orang pemuda berlatih memalu kompang
di balai raya suatu ketika dahulu. Setelah penat mereka akan sama-sama
mendeklamasi sajak secara spontan yang melucukan. Aku masih
bercelaru fikirannya. Sehingga lewat malam aku masih berterusan
memikirkan kata-kata Abang Bakir. Sama ada aku masih meajuk . Aku
tidak pernah bercerita tentang keresahan hatinya sejak berpisah dengan
isterinya. Perpisahan yang menguburkan semangatnya untuk berkarya.
Aku terus dihantui perasaan rindu akan Aiman. Aku hanya memiliki
sekeping potret ketika Aiman berusia setahun. Ai Ling dan Aiman
dirasakan mulai menguasai hidup aku. Aku menjadi seperti arwah
ayahnya. Menumpang kasih akan Ai Ling vi Cadangan Abang Bakir
direstui Haji Kemit. Ai Ling bersetuju mendeklamasikan sajak sebelum
persembahan zapin dimulakan. Sajak aku ciptakan khas untuk
persembahan malam itu. Kawasan balai raya dipenuhi penduduk
kampung. Tepat pukul 9.30 malam.. Ai Ling mula mendeklamasikan
sajak. Aku mula berangan-angan melihat Ai Ling dan Aiman
mendeklamasikan sajak ciptaannya pada malam itu. Sajak tentang
budaya bangsa. Tepukan gemuruh diberikan kepada Ai Ling dan aku.
Aku berasa amat terharu. Kesayuan hati terhadap Aiman aku hilangkan
sebaik saja mendengar kumpulan zapin D’Purnama memulakan
persembahan. Aku mengambil peranan memukul kiuburn iaitu
gendang kecil yng panjang.Suasana malam itu amat meriah.

YB Samsuri amat gembira dengan usaha penduduk kampung. Majlis
tamat pada pukul 12.15 malam. Tetamu dan penduduk dijamu dengan
makanan tradisional Melayu. Sementara para pelajar Yayasan Warisan
Negeri sibuk mencari maklumat tentang zapin jincat. Hasil dari
persembahan tersebut kumpulan D’Purnama akan dapat membeli alat
muzik zapin yang baharu. Roslan pula mahu kumpulan itu bekerja
keras menarik golongan pelapis muda untuk menyertai program
budaya di kampung itu. Aku memberi keyakinan anak-anak muda akan
menyertai mereka jika golongan dewasa berkawan dengan remaja ini.
YB Samsuri pula meminta aku meneruskan peranannya dalam bidang
sastera dan berharap kumpulan D’Purnama terus hidup. vii Ai Ling
sudah berusia 12 tahun sudah aku dianggap seperti anak sendiri.
Namun kesihatan aku kian buruk. Kegiatan seni aku semakin terbatas.
Namun begitu aku merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuan
penduduk kampung. Suatu hari aku membawa Ai Ling dan Ai Ching
ke Pantai Punggur. Rupa bentuknya sudah terhakis. Di situ Ai Ling
bertanya kepada aku tentang kekerapannya berkunjung ke pantai itu.
Aku memberitahu bahawa sudah 3 tahun tidak berkunjung ke situ.Aku
terkesima apabila Ai Ling bertanya tentang anaknya Aiman yang seusia
dengan Ai Ling Ai Ling berasa simpati akan aku . Ai Ling memberitahu
aku bahawa arwah ayahnya amat sayang akan aku. Aku terus dihurung
keresahan dan kegelisahan mengenangkan kisah pahit dalam
rumahtangganya. viii Kampung Seri Purnama dipilih menjadi hos bagi
sambutan Hari Kemerdekaan peringkat mukim pada bulan Ogos. Bulan
Ogos juga diadakan program Berkampung Bersama Puisi yang akan
dilancarkan seminggu sebelum sambutan kemerdekaan. YB DUN
bersetuju mendeklamsikan sasak. Persiapan semakin rancak. Semua
penduduk kampung yang terlibat bersungguh- sungguh menjalani
latihan . Kumpulan zapin juga berlatih dua atau tiga kali seminggu.

Ai Ling giat berlatih mendeklamasikan sajak, Aku menyemak draf
buku program yang disediakan oleh Mazli dengan begitu teliti. Aku
dalam keadaan kesihatan yang kurang baik hanya berdoa Allah
memberikan kekuatan kepadanya . Ai Ling datang ke rumah aku
membawa apam balik yang dibeli Tauke Lim. Mereka berbua-bual
sambil menikmati apam balik dan teh tarik. Ai Ling tertarik dengan
manuskrip yang aku tulis. Ai Ling mahu menjadi orang pertama yang
membaca manuskrip itu apabila siap nanti. Aku amat gembira dan
menghargai saat bersama- sama bersama-sama Ai Ling. Suatu ketika Ai
Ling bertanya kepada aku tentang wajahnya yang kelihatan pucat dan
diri aku yang sentiasa termenung jauh mengingati Aiman. Aku hanya
diam. ix Penduduk Kampung Sri Pernama sibuk membuat persiapan
untuk Malam Sekampung Puisi.. Aku berharap Aksara yang menjadi
impiannya akan tercapai dengan program itu. Aku hanya berharap
mampu menyudah puisi untuk dideklamasikan pada malam itu. Aku
menyiapkan sebahagian lagi manuskrip dan disimpan di dalam sampul
surat besar. Namun sakitnya semakin kerap menyerang Dalam keadaan
ini aku tiba-tiba terasa sayu dan rindu akan Aiman. Aku menangis .

BAB 4: DESAKAN HATI
Haikal berada dalam dilema setelah membaca manuskrip ayahnya ,
Abullah Kayan. Haikal bagaikan dapat merasa kepedihan dan rintihan
hati Abullah Kayan. Hati Haikal melonjak-lonjak untuk ke kampung
Abdullah Kayan. Namun Haikal bimbang kerana tidak kenal akan
sesiapapun di kampung itu. Malah Haikal berhadapan dengan halangan
paling besaar iaitu uminya sendiri., Rafiqah. Haikal terlalu menghormati
uminya dan seingat Haikal hanya sekali dia meninggikan suara kerana
tidak bersetuju dengan keputusan uminya. Haikal benar-benar buntu.
Dalam kekalutan perasaan, haikal keluar untuk menemui Ratna di gerai
Ratna.. Haikal memberitahu Ratna dia sudah selesai membaca
manuskrip ayahnya. Haikal berasa cerita yang dikarang ayahnya itu ialah
tentang diri ayahnya sendiri. Haikal dan Ratna kebingungan apabila
Aksara yang digambarkan oleh ayahnya dikatakan akan muncul. Mereka
tidak tahu makna Aksara yang menjadi impian ayahnya Haikal juga tidak
tahu sakit yang menimpa ayahnya. Akan tetapi dia berasa ayahnya
mengharungi sakit seorang diri. Haikal memberitahu Ratna ,berdasarkan
manuskrip itu , ayahnya seorang penulis yang mengalami kekecewaan.
Seperti ada persamaan antara Haikal dan ayahnya. Haikal juga seorang
punulis yang menjadi johan peringkat daerah dan negeri. Namun hanya
Ratna dan cikgu-cikgu yang memahami minat dan kejayaannya.
Sebaliknya uminya tidak pernah berasa bangga akan pencapaiannya.
Haikal mula menyedari kebencian umi kepada ayahnya ada kaitan
dengan dunia sastera ayannya. Benar-benar buntu Haikal untuk
berhadapan dengan umi,walid dan Nurul Aisyah bagi meluahkan
perasaannya tentang ayahnya.

BAB 5: RINDU
Haikal mulai berasa rindu akan ayahnya.Namun tiada sebarang memori
yang dia ada bersama-sama ayahnya. Hanya manuskrip itu yang mampu
dibelek-beleknya. Haikal mula terfikir sama ada Ai Ling dan Ong Swee
Hwa ialah orang yang sama. Haikal mulai berkhayal tentang Seri Purnama.
Berkhayal tentang tarian zapin dan membayangkan kehebatan ayahnya
menari zapin. Haikal terasa rugi tidak hidup bersama-sama ayahnya.
Teringat juga Haikal tentang dunia perniagaan batik umi dan walid di
Pasar Payang dan impian uminya mahu Haikal mewarisi perniagaan itu
kelak. Akhirnya, Haikal bertekad untuk menyampaikan hasratnya kepada
umi. Manuskrip ayahnya akan dijadikan alasan untuk merealisasikan
hasratnya. Haikal mahu melepaskan apa-apa yang terbuku di hatinya
selama ini. Haikal terkenang kembali tentang kekecewaannya untuk
menatap wajah jenazah ayahnya tujuh tahun lalu. Umi tidak membenarkan
dia menziarahi jenazah ayahnya dengan alasan Haikal sedang menduduki
peperiksaan UPSR. Haikal terbayang kebaikan dan kasih sayang walid ayah
tirinya. Namun Haikal amat merindui kasih sayang ayah kandungnya.
Haikal terus tertanya-tanya akan punca perpisahan umi dan
ayahnya.Namun Haikal tidak mahu dianggap biadap jika bertanya hal itu
kepada umi.

BAB 6: SATU KETENTUAN
Haikal bertekad untuk pulang ke kampung ayahnya. Walaupun berasa
bimbang akan nasibnya di sana Haikal tetap dengan keputusannya. Haikal
tetap akan pergi walaupun uminya membantah keras. Hasrat Haikal
mencetuskan pertengkaran antara dia dan umi. Pertengkaran
menyebabkan umi membuka punca perpisahannya dengan Abdullah
Kayan, Umi menganggap ayah Haikal seorang yang mementingkan diri
sendiri dan hanya hidup dalam dunianya tanpa mempedulikan perasaan
umi.

Umi tidak mahu Haikal menjadi seperti Abdullah Kayan. Sebaliknya
Haikal berasa tindakan ayahnya pulang ke kampung halamannya kerana
tanggungjawabnya sebagai seorang anak. Umi terkejut apabila Haikal
mempertikaikan tindakan umi menghalang ayahnya daripada
bertemunya ketika ayahnya datang berziarah . Bagi Haikal umilah punca
perpisahan antara mereka. Akhirnya dengan penuh kemarahan umi
membenarkan Haikal pulang ke kampung ayahnya . Walid memujuk
Haikal dan merestui keputusan Haikal. Walid berjanji memberi
perbelanjaan untuk Haikal apabila tinggal di sana nanti

BAB 7: PERJALANAN YANG JAUH
SINOPSIS
Walaupun walid mahu menghantarnya namun ditolak oleh Haikal
kerana khuatir tindakan walid akan menaikkan lagi kemarahan uminya.
Ketika keluar dari rumah, hanya walid dan Nurul Aisyah yang
menghantarnya di muka pintu.. Uminya tidak kelihatan. Haikal berasa
uminya masih marah dan jengkel akan Abdullah Kayan. Haikal berharap
agar segera sampai ke destinasinya.

BAB 8: TIBA DI KAMPUNG
Haikal tiba di stesen bas Batu Pahat pada pukul 5.30 pagi. Selesai
memunaikan solat subuh berjemaah di surau, Haikal mendapatkan
perkhidmatan teksi untuk ke Kampung Seri Purnama. Pemandu teksi,
Pak Cik Salleh bersetuju membawa Haikal ke sana. Ketika Pak Cik Salleh
memberitahu Haikal mereka sudah sampai ke pekan Parit Raja, hati
Haikal berdebar-debar. Debaran makin kencang apabila dia sampai ke
kampung Seri Purnama. Pak Cik Salleh membantu Haikal untuk sama-
sama mencari rumah ayahnya.

Mereka tiba di sebuah warung. Apabila lelaki separuh umur yang sedang
menebar roti canai melihat Haikal masuk ke warung dia kehairanan.
Sebaik sahaja mengetahui Haikal ialah anak Cikgu Abdullah, Haikal
terus dipelawa makan roti canai sementara menunggu Tauke Ong tiba
untuk membawanya ke rumah arwah ayahnya. Lelaki itu memperkenal
diri sebagai Wak Min dan isterinya Mak Menah. Haikal tertanya-tanya
sama ada Tauke Ong ialah Tauke Lim seperti yang digambarkan oleh
arwah ayahnya dalam manuskripnya. Ketika Haikal menunggu Tauke
Ong, ada pelanggan-pelanggan yang masuk ke warung memandang-
mandang wajah Haikal dan ada yang berbisik-bisik sesama sendiri.
Ketika itu, seorang lelaki Cina masuk ke warung. Dia kelihatah amat
mesra dengan pelanggan-pelanggan yang lain. Sebaik sahaja mengetahui
Haikal ialah anak Cikgu Abdullah, Tauke Ong terus berjanji akan
membawa Haikal ke rumah arwah ayahnya yang telah diamanahkan oleh
arwah ayahnya untuk dijaga oleh Tauke Lim sehingga Haikal sampai ke
kampung itu. Di rumah arwah ayahnya, Haikal mendapat tahu bahawa
manuskrip itu diberi kepada Ong Swee Hwa dua hari sebelum ayahnya
meninggal dunia. Ong Swee Hwa amat sayang akan manuskrip tersebut.
Akan tetapi perlu memunaikan amanah menyerahkannya kepada
Haikal.apabila Haikal dewasa. Ketika ditinggalkan bersendirian oleh
Tauke Ong, Haikal tertarik dengan sijil-sijil yang bergantungan di
dinding. Dilihatnya satu persatu. Ayahnya seorang yang lebih hebat dari
yang disangkakannya. Hati Haikal sebak mengenangkan sikap umi yang
tidak merestui perjuangan seni ayahnya. Matanya beralih melihat
sekeping gambar di atas sebuah almari perhiasan di ruang tamu. Gambar
ayahnya sedang menerima anugerah daripada seorang sasterawan negara.
Setelah puas menatap gambar, Haikal mengalihkan pandangan ke rumah
Tauke Ong. Dia mencari-cari sesuatu.

BAB 9: PERTEMUAN
Tepat pukul 11.30 pagi, Tauke Ong datang menjemput Haikal untuk makan
tengah hari di pekan. Tauke Ong datang bersama-sama anak gadisnya. Haikal
yakin itulah Swee Hwa. Haikal cuba mengawal kegelisahannya. Dalam
perjalanan ke pekan, Tauke Ong memberitahu Haikal bahawa dia akan
menyerahkan semua urusan berkaitan arwah ayahnya kepada Haikal. Haikal
diberitahu oleh Tauke Lim bahawa sepanjang peninggalan arwah ayahnya,
Tauke Lim diberi amanah untuk menguruskan tanah di baruh, kelapa sawit,
kebun getah dan buku bank arwah ayahnya. Tauke Ong juga mengimbas
kembali kebaikan arwah ayahnya kepada keluarganya. Dia berasa tidak terbalas
sehingga mati. Sesampai di pekan, Tauke Lim meninggalkan Swee Hwa dengan
Haikal untuk makan tengah hari di sebuah restoran mamak. Swee Hwa
memecah kebungkaman dengan memberitahu Haikal bahawa dia tidak pernah
ke Terengganu. Swee Hwa hanya mendengar kisah Terengganu melalui cerita
Cikgu Abdullah. Haikal menyambut perbualan Swee Hwa dengan memuji
kebudayaan dan pejuang bangsa yang lahir dari Johor. Swee Hwa juga fasih
berbahasa Melayu. Melihat penampilan Swee Hwa, Haikal teringat akan Ratna
yang masih belum dihubungi. Haikal juga kagum melihat Swee Hwa tidak
kekok makan dengan tangan. Selesai makan Swee Hwa memberitahu Haikal
bahawa arwah ayahnya pandai memasak.Haikal terasa betapa bertuahnya Swee
Hwa dapat merasai kasih sayang ayahnya berbanding dirinya. Haikal yakin
Swee Hwa banyak menyimpan rahsia hidup ayahnya. Haikal yakin Swee Hwa
ialah watak yang dicipta oleh ayahnya dalam manuskrip itu. Selesai makan
tengah hari, mereka ke kedai buku untuk membeli novel. Mereka meminati
penulis dan sasterawan negara yang sama. Swee Hwa terus menyatakan minat
Haikal diwarisi daripada arwah ayahnya. Haikal berasa bahawa dia amat mesra
dengan Swee Hwa walaupun baru berkenalan. Mungkin manuskrip itu telah
member gambaran tentang Swee Hwa. Petang itu, Haikal menerima pesanan
SMS daripada NuruI Aisyah. Terbayang kesedihan dan kesunyian adiknya itu.
Haikal terasa sebak kerana dialah tempat adiknya mengadu jika ada masalah.
Haikal menjadi rindu akan adiknya juga rindu akan keluarga dan Ratna tetapi
itulah pengorbanan yang mesti dihadapi Haikal.

BAB 10: PUSARA
Tauke Ong meminjamkan motosikal kegunaan anak keduanya See Hui
kepada Haikal untuk kemudahan Haikal bergerak di dalam kampung itu.
Setelah diberitahu tentang lokasi pusara arwah ayahnya di kawasan
perkuburan kampung itu, Haikal terus menghidupkan motosikal.
Sebelum beredar Haikal terpandang Swee Hwa yang tercegat di depan
pintu rumahnya. Haikal berasa satu getaran aneh apabila membalas
senyuman Swee Hwa. Sampai di kawasan perkuburan, Haikal mencari
sepohon pokok kemboja besar seperti yang diberitahu oleh Tauke Ong.
Melihat pokok kembja yang berada di sebelah kanan tanah perkuburan,
Haikal terus menuju ke situ dan terlihat nama Abdullah bin Kayan di
atas batu nisan putih.Haikal mengusap lembut batu nisan ayahnya.
Bacaannya terhenti beberapa kali ketika membaca yasin. Haikal terus
menangis kerana kerinduan yang terlalu dalam kepada arwah ayahnya.
Haikal bermohon kepada tuhan agar meletakkan arwah ayahnya di sisi
orang yang beriman.. Terlalu sukar untuk Haikal meninggalkan pusara
ayahnya namun dipujuk hatinya bahawa esok masih ada untuk dia
datang lagi. Haikal membonceng motosikal melalui kebun kelapa sawit
sebaik sahaja beredar dari pusara ayahnya. Tiba-tiba Haikal tergerak
untuk berhenti berhampiran sekumpulan remaja yang sedang
memancing di tepi parit. Hikal memberi salam kepada seorang lelaki
yang berusia sekitar 40-an di dalam kumpulan remaja yang diapnggil Pak
Cik Bakar atau Pak Cik Burn dalam kalangan anak muda kampung. Pak
Cik Bakar terus bercerita tentang kehebatan arwah ayah Haikal. Seorang
yang berjiwa besar, banyak berjasa kepada masyarakat tetapi biasanya
orang yang baik begitu akan pergi menemui tuhan mendahului yang
lain.. Pak Cik Bakar amat rapat dengan arwah ayah Haikal. Dia
menganggap arwah ayah Haikal seperti saudara kandungnya sendiri.

Pak Cik Bakar seolah-olah melihat arwah ayahnya apabila melihat Haikal
masuk ke warung Wak Min. Sehingga dia masih terbayang-bayang wajah
arwah ayah Haikal. Haikal berjanji akan ke rumah Pak Cik Bakar kerana
banyak perkara yang dia perlu tahu tentang bapanya daripada Pak Cik
Bakar. Senja itu Haikal menunaikan solat berjemaah di masjid kampung
untuk berkenal- kenalan dengan penduduk kampung.. Selesai solat isyak
dia terus ke gerai Wak Min. Hanya Mak Menah yang sibuk mengurus
kedai. Mak Menah sempat bertanya tentang perancangan Haikal selepas
mendapat keputusan peperiksaan STPM nanti. Daripada Mak Menah,
Haikal mendapat tahu bahawa sejak kematian ayahnya, budak-budak
kampung itu mulai berfoya-foya membuang masa dengan bermotosikal
berbanding semasa ayahnya aktif menggerakkan aktiviti kemasyarakatan
di kampung, tidak ada anak-anak muda yang berfoya-foya di tepi jalan di
kampung itu. Mendengar kisah arwah ayahnya Haikal semakin teruja
untuk menyelami kisah hidup arwah ayahnya. Lamunan tentang ayahnya
terhenti apabila Pak Cik Bakar menepuk belakang bahunya. Sebenarnya
Pak Cik Bakar tidak menyangka Haiikal akan kembali ke kampung itu.
Malah Pak Cik Bakar menberitahu Haikal bahawa kampung itu sudah
lama sepi sambil merenung gelas yang dipegangnya. Sekali lagi dia
memberitahu Haikal bahawa dia seolah-olah bermimpi melihat
kedatangan Haikal. Haikal mulai rasa bersalah kerana berasa kehadirannya
menyebabkan orang yang rapat dengan ayahnya teringat kembali arwah
ayahnya. Haikal hanya melihat Pak Cik Bakar meluahkan persaannya
apabila dua jemaah masjid Wak Arif dan Haji Salim masuk ke warung.
Selepas menyapa sambil bergurau senda, Pak Cik Bakar memperkenal
mereka kepada Haikal, ahli kumpulan zapin kampung itu dahulu. Namun
sekarang, menurut Haji Salim orang muda sudah tidak meminati tarian
zapin. Haikal yang tidak pernah mendengar lagu-lagu zapin seperti yang
dinukil oleh ayahnya dalam manuskrip teragak-agak menjawab pertanyaan
Haji Salim tentang minatnya dengan zapin.

Daripada Pak Cik Bakar Haikal mendapat tahu kumpulan zapin kampung itu
sudah enam atau tujuh tahun tidak aktif apabila seorang demi seorang ahlinya
meninggal dunia termasuk ayahnya. Pak Cik Bakar terus bercerita tentang
ayah Haikal ketika mereka berbual di anjung rumah Pak Cik Bakar setelah
bersantai di warung Wak Min.Keengganan Haikal untuk masuk berbual di
dalam rumah mengingatkan Pak Cik Bakar akan sikap arwah ayahnya yang
juga suka berbual-bual di anjung rumahnya sehingga pukul 2 atau 3 pagi.
Haikal menyatakan perasaan ralatnya tidak dapat hidup bersama-sama
ayahnya Haikal mendapat tahu yang dia cuba dibawa tinggal di Kampung Seri
Purnama tetapi tidak berjaya. Namun ayahnya seorang yang tabah, sabar dan
tenang. Haikal mengakui bahawa tidak banyak yang dia ketahui tentang
ayahnya dan itulah penyebab yang kuat yang mendesak hatinya datang ke
kampung arwah ayahnya. Pak Cik Bakar juga tidak mengetahui penyakit yang
dideritai oleh arwah ayah Haikal Segala-galanya ditanggung sendiri. Tiada
siapa yang tahu penderitaan yang ditanggung.. Termasukkah Swee Hwa?
Mendengar Haikal menyebut nama Swee Hwa Pak Cik Bakar merenung tepat
ke wajah Haikal lalu tersenyum. Pak Cik Bakar memberitahu arwah ayahnya
meletakkan diri Haikal dalam diri Swee Hwa. Mungkin itulah cara ayahnya
mengubati luka hatainya. . Pak Cik Bakar amat yakin Haikal akan dapat
merasa ada sesuatu yang ditinggalkan oleh arwah ayahnya dalam diri Swee
Hwa untuk dia selami. Haikal hanya mengangguk-ngangguk tanda bersetuju.
Malam semakin lewat sedangkan mereka terus berbual-bual. Pak Cik Bakar
amat gembira jika Haikal mahu tinggal lebih lama di kampung. Dia
membayangkan itulah keinginan arwah ayahnya jika arwah masih hidup iaitu
ingin Haikal kembali tinggal bersama-samanya di kampung.. Haikal berjanji
akan tinggal lebih lama jika segala urusannya selesai. Lebih-lebih lagi dia
sedang menunggu keputusan STPMnya. Namun Pak Cik Bakar berasa amat
baik jika Hikal terus menetap di Kampung Seri Purnama lantas mengusik-
usik Haikal dengan anak Tauke Ong sambil ketawa. Perbualan mereka
menjangkau ke pukul 2.00 pagi. Haikal meminta izin untuk pulang kerana
ingin berehat. Pak Cik Bakar mempelawa Haikal untuk bertamu di rumahnya
jika ada kelapangan.

BAB 11: SUASANA BAHARU
Sudah seminggu Haikal berada di Kampung Seri Purnama. Semua wang
simpanan ayah Haikal telah diserahkan oleh Tauke Ong kepadanya.
Walaupun Haikal memberitahu Tauke Ong bahawa kedatangannya
bukan untuk menuntut harta peninggalan arwah ayahnya tetapi Tauke
Ong menegaskan tindakannya itu bagi melaksanakan amanah arwah
ayahnya Tauke Ong meminta Haikal menguruskan sendiri harta arwah
ayahnya dengan baik dan sedia membantu jika ada masalah. Walaupun
Haikal lebih suka Tauke Ong yang terus menguruskannya kerana tiada
pengalaman mengurus kebun tetapi ditolak oleh Tauke Ong. Sebaliknya
meminta Haikal belajar mengurus harta peninggalan ayahnya. Tauke
Ong terus bercerita tentang kesusahan hidupnya kerana sikap abangnya
yang kaki judi. Sepanjang bercerita Tauke Ong sentiasa memuji-muji
kebaikan arwah ayah dan datuknya. Tauke Ong berjanji akan membantu
Haikal menguruskan kebunnya jika Haikal menyambungkan
pengajiannya nanti. Haikal terus mencari Abang Bidin dan Abang Salleh
di warung Wak Min setelah diberitahu oleh Tauke Ong tentang mereka.
Mereka berdua yang menjaga kebun kelapa sawit Haikal dengan baik dan
bersih. Mereka berbincang tentang pengurusan dan upah kebun kelapa
sawit Haikal. Menurut saranan Tauke Ong adalah lebih baik Haikal
mengekalkan perkhidmatan Abang Bidin dan Abang Salleh kerana cara
kerja mereka yang sistematik dan upah yang tidak mahal. Dalam
seminggu itu juga , Haikal sempat berkenalan dengan beberapa orang
remaja di Kampung Seri Purnama. Mereka amat mesra dan menerima
kehadiran Haikal di situ dengan baik. Haikal diajak memancing bersama-
sama pada waktu petang. Lazim anak Haji Salim yang sebaya dengannya
dan sedang menunggu keputusan STPM menjadi paling rapat dengan
Haikal. Lazim bekerja sambilan di kilang tekstil di Batu Pahat untuk
mengumpul wang bagi kegunaan semasa menyambung pelajaran nanti.

Masa lapangnya dipenuhi dengan aktiviti mengail ikan untuk dijual bagi
mengisi duit poket kerana malu untuk meminta-minta daripada ibu
bapanya. Haikal memberitahu Lazim tujuan dia kembali ke kampung untuk
merungkai misteri di sebalik manuskrip novel ayahnya dan menziarahi
pusaranya bukan untuk mendapatkan harta peninggalan arwah ayahnya
setelah diusik oleh Lazim sebagai orang kaya baru. Lazim mahu
menghabiskan malam minggunya di rumah Haikal kerana tidak mahu
melepak di beteng. Haikal tidak keberatan asalkan tidak menyusahkan
Lazim. Ayah Haikal mengajarnya subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan
Jasmani semasa dia bersekolah rendah. Tetapi antara pelajar, ayahnya amat
rapat dengan Swee Hwa yang pada pandangan Lazim seorang yang agak
pendiam tetapi mudah diajak berbual-bual. Haikal juga berasa Swee Hwa
sangat rapat dengan arwah ayahnya. Sambil berbual- bual Haikal teruja
melihat sekumpulan kanak-kanak riang berbasikal.. Haikal menyatakan
keseronokan tinnggal di kampung tetapi Lazim berpendapat orang
kampung berasa seronok dengan kehidupan di bandar. Namun bagi Haikal
dia berasa kehilangan saat-saat gembira yang dilihatnya pada zaman kanak-
kanaknya dan berasa Lazim amat bertuah kerana dapat menikmati detik-
detik gembira itu. Spontan itu Lazim menyedarkan Haikal yang dia
sekarang sudah berada di kampung itu dan memberi semangat agar Haikal
memulakan usahanya meneruskan cita-cita arwah ayahnya. Namun Haikal
kesal kerana tindakannya menyebabkan dia terpaksa membelakangkan
uminya. Haikal keliru , kerana diia menjadi mangsa perselisihan faham ibu
bapanya . Malam itu Lazim sampai di rumah Haikal ketika bulan
mengambang. Haikal menyediakan mi goreng untuk Lazim. Lazim sempat
mengusik Haikal sebaik sahaja tiba di hadapan rumah Haikal kerana Haikal
leka memerhati ke arah rumah Tauke Ong. Mereka masuk ke dalam rumah
dan Haikal mempelawa Lazim makan mi goreng yang dibelinya. Tanda
tanya Haikal tentang kesediaan Lazim bermalam di rumahnya tejawab
apabila Lazim bertanya sama ada Haikal telah masuk ke dalam balai raya
kampung itu. Apabila tahu Haikal belum lagi masuk ke dalam balai raya
Kampung Seri Purnama,

Lazim segera berjanji akan membawa Haikal ke situ keesokan petangnya.
Lazim yakin semua yang mahu diketahui oleh Haikal akan ditemui di
dalam balai raya itu kelak. Malahan inilah peluang untuk Haikal
merapati Swee Hwa yang dia percaya menyimpan banyak rahsia arwah
ayahnya. Balai raya yang umpama rumah kedua arwah ayah Haikal. Balai
raya yang dulu sunyi sepi menjadi ceria dengan kepulangan arwah ayah
Haikal ke Kampung Seri Purnama. Lazim sendiri sering mengikut
ayahnya ke balai raya jika ada aktiviti. Sambil makan Lazim bercerita
tentang tarian zapin dan kebolehannya menari zapin jincat ketika di
sekolah rendah. Tetapi tarian itu sudah lama dilupakan. Sebaliknya
Haikal berasa terkilan kerana langsung tidak tahu tentang tarian zapin.
Lantas, Lazim memberi semangat kepada Haikal agar menggunakan
kesempatan yang ada untuk meneruskan hasratnya. Lazim berjanji akan
membantu Haikal bersama-sama orang-orang kampung. Akan tetapi
impian Haikal tidak akan tercapai sepenuhnya jika dia tidak merapati
Swee Hwa kerana Swee Hwa banyak menyimpan rahsia hidup ayahnya.
Akhirnya, perbualan terhenti apabila Lazim terus lelap santak ke subuh.
Pagi sesudah solat subuh berjemaah di masjid, Haikal duduk di tangga
rumah apabila Swee Hwa tiba-tiba muncul menyapanya lalu bertanya
tentang Lazim. Lazim telah pulang ke rumahnya sebaik sahaja
kedengaran azan subuh. Swee Hwa menyampaikan pesanan ayahnya yang
mahu membawa mereka ke pekan untuk bersarapan. Peluang bersarapan
dengan Swee Hwa digunakan untuk bertanya tentang arwah ayahnya.
Swee Hwa mengakui sesiapa yang rapat dengan arwah ayahnya akan
berasa ayahnya seolah-olah belum mati. Malahan Swee Hwa mengakui
dialah tempat arwah ayahnya menumpahkan kasihnya kepada Haikal
walaupun dia sedar dia tidak layak mengambil tempat Haikal. Tetapi
Swee Hwa yakin Haikal memang wujud kerana ayahnya pernah bercerita
tentang Haikal. Haikal sebak sambil mengucapkan terima kasih kepada
Swee Hwa kerana mampu membahagiakan ayahnya sehingga akhir
hayatnya.

Kekuatan

Kekuatan novel ini ialah penulis dapat menceritakan cerita ini dengan
plot yang teratur dan mudah difahami pembaca. Penceritaan juga dapat
disampaikan dengan baik dan tidak meninggalkan jalan cerita yang
tergantung. Selain itu, binaan watak yang mempunyai sikap yang tidak
mudah putus asa membuatkan novel ini lebih menarik di mata pembaca
kerana watak utama yang tidak pesimis walaupun pemisahan dia dengan
ibu bapanya yang dibuat oleh penulis. Kekuatan yang seterusnya ialah
penulis mampu menanamkan rasa sebak dan sedih di dalam novel kerana
penulisan dan penceritaan yang sangat jelas dan visualistik terutama pada
bahagian tentang bapa sebenar watak utama dan reaksi sedih oleh emak
watak utama. Kekuatan yang keempat pula, penulis berjaya
menyesuaikan dimana perlunya memberitahu latar belakang setiap watak
yang diperlukan pada masa dan situasi yang sesuai. Dengan ini pembaca
tidak mudah tertukar sejarah latar belakang sesebuah watak dengan
watak yang lain. Akhir sekali, terdapat banyak kesan positif yang
memberikan teladan kepada pembaca seperti peristiwa Cikgu Nizam
yang aktif dalam aktiviti sastera dan budaya serta menghidupkan
kumpulan zapin D'Purnama yang telah lama terkubur.

Kelemahan

Kelemahan yang terdapat pada novel ini ialah ini lebih memfokuskan
kepada cerita watak yang lain di mana hanya mempunyai sedikit sahaja
kaitan dengan cerita utama novel. Ini akan menjejaskan bacaan pembaca
kerana ia agak mengelirukan. Perkembangan cerita di novel ini amat
perlahan berbanding dengan novel Songket Berbenang Emas kerana di
novel ini banyak melakukan penceritaan di bab 3 dan memakan ruang
untuk bab yang lain. Kemudian, tajuk novel ini tiada kaitan dengan
penceritaan novel.

Ini kerana jika dibandingkan dengan Novel Songket Berbenang Emas
yang lebih logikal. Akhir sekali, novel ini tidak menarik kerana terdapat
kurang konflik yang terdapat dalam novel ini. Teknik penceritaannya
juga kurang menarik perhatian.

Cadangan penambahbaikan

Saya mencadangkan agar penulis perlulah lebih bijak dalam pembahagian
jalan cerita setiap bab supaya jalan cerita sepanjang novel seimbang dan
tidak terlalu perlahan. Selain itu, penulis dicadangkan untuk memilih
pengakhiran jalan cerita yang lebih menarik dan mengikut jalan cerita
supaya jalan cerita novel senang dingati oleh para pembaca. Seterusnya,
penulis boleh memilih tajuk novel yang berkaitan dengan jalan cerita
supaya tidak mengelirukan pembaca. Selepas itu, penuis perlulah
menambahkan lebih banyak perwatakan kepada setiap watak supaya
mereka dapat memberikan lebih banyak impak kepada jalan cerita novel
tersebut. Akhir sekali, jalan cerita novel harus ditambahbaikkan dengan
menceritakan lebih banyak peristiwa tentang seseorang watak itu
terutamanya watak utama supaya jalan cerita novel itu akan menjadi
lebih menarik.

Rujukan

https://www.sistemguruonline.my/wp-
content/uploads/2019/07/Leftenan-Adnan-Wira-Bangsa.pdf
https://papermate2401.blogspot.com/2018/05/analisis-lengkap-
leftenan-adnan.html
https://www.sistemguruonline.my/wp-
content/uploads/2019/07/Komsas-Bahasa-Melayu-Tingkatan-4-
Kajian-Novel-Di-Sebalik-Dinara-Dayang-Noor.pdf
https://www.scribd.com/document/362531965/Novel-Komsas-T4-
Di-Sebalik-Dinara
https://www.sistemguruonline.my/2019/08/novel-jendela-
menghadap-jalan.html
https://www.academia.edu/38314129/SINOPSIS_NOVEL_PANT
AI_KASIH_SEMUA_BAB
https://www.malaysiakini.com/news/328070
https://www.sistemguruonline.my/2019/09/novel-songket-
berbenang-emas.html
https://www.academia.edu/30694953/Kupasan_Novel_Songket_Be
nang_Emas
https://www.sistemguruonline.my/2019/08/novel-tirani.html
http://mieadham86.blogspot.com/2016/01/kupasan-novel-tirani-
komsas-tingkatan-5.html
https://karangan.net/novel-tirani/
https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-bima-sakti-menari-
komsas.html
http://bimasaktimenari.blogspot.com/2016/01/sinopsis-bab-demi-
bab-tema-dan.html
https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-silir-daksina-komsas-
tingkatan-5.html
https://www.ipendidikan.my/novel-silir-daksina.html


Click to View FlipBook Version