1
BAB I
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Tugas operasi dan serbuan yang dilakukan oleh pihak penguatkuasa agama
sering kali dipertikaikan oleh masyarakat. Hal ini disebabkan ada sesetengah pegawai
penguatkuasa agama tidak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh undang-
undang sehinggakan berlakunya insiden diluar jangkaan. Sesuatu perbuatan mungkar
dapat dicegah dengan adanya pihak berkuasa seperti pihak penguatkuasa agama. Bab
satu merupakan pengenalan kepada keseluruhan kajian. Dalam bab ini, beberapa
perkara yang berkaitan dengan kajian ini akan diperjelaskan dalam latar belakang
kajian, pernyataan masalah, objektif kajian, sorotan kajian, definisi kajian dan
metodologi kajian. Ia bertujuan memberi gambaran umum terhadap penulisan ini.
1.1 Latar Belakang Kajian
Kehidupan yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia sangatlah istimewa
berbanding makhluk-makhluk lain di Bumi. Allah memberikan akal kepada
manusia sebagai tanda manusia merupakan makhluk paling sempurna sekali yang
Allah ciptakan. Dengan akal manusia boleh mengatur kehidupan seharian mereka,
berkomunikasi dan berfikir sama ada membezakan sesuatu perkara itu baik ataupun
buruk. Dalam Islam akal adalah asas penting kepada manusia dengan dapat
membezakan darjat manusia dengan makhluk lain. Akal merupakan asas asal dan
konsep utama menyebabkan manusia itu dipertanggungjawabkan dengan taklif dengan
syarat seseorang itu sempurna. Oleh itu anugerah akal merupakan sesuatu nikmat dan
rahmat yang besar yang dikurniakan oleh Allah. Lantaran akal adalah amanah
seperti nikmat-nikmat lain. Sebab itulah Islam melarang keras perbuatan yang
2
merosakkan kewarasan akal seperti meminum minuman yang memabukkan.
Penjagaan akal sangat penting sehinggakan ianya termasuk dalam maqasid syariah
yang perlu dijaga.
Jika seseorang individu itu telah mencapai umur yang telah ditaklifkan oleh
syarak maka bermula disitulah segala perbuaan seseorang itu akan dihisab. Sekiranya
sesuatu amalan itu baik maka Allah akan memberikan pahala dan syurga. Dan
sekiranya amalan itu buruk maka Allah akan memberikan ganjaran dosa dan
neraka. Oleh sebab itu, peranan akal kepada manusia sangat banyak dan penting dalam
kehidupan seharian manusia.
Keistimewaan lain yang dikurniakan oleh Allahkepada manusia selain akal
adalah nafsu syahwat. Nafsu syahwat secara umumnya menurut Islam adalah sesuatu
keinginan yang bertujuan kepada perkara-perkara yang bertentangan dengan kehendak
Allah. Disini dapat diertikan kerana manusia sering digoda oleh syaitan untuk
berbuat maksiat sehinggakan lalai daripada tanggungjawabnya sebagai seorang
khalifah di bumi. Sebaliknya sekiranya seseorang itu dapat mengawal nafsunya serta
membersihkan dan menyucikan daripada kekotoran selain mendapat keredhaan Allah
maka nafsunya itu suci sesuai dengan fitrahnya yang suci dan bersih.
Allah menciptakan manusia dengan disertai syahwat. Adanya syahwat pada
diri manusia itu bukanlah sia-sia akan tetapi banyak faedah dan manfaat di dalamnya.
Sebagai contoh jika manusia itu tidak mempunyai syahwat makan sehingga tidak
makan maka sudah pasti akan membinasakan diri manusia itu sendiri. Demikian juga
jika manusia tidak mempunyai syahwat lawan sejenisnya maka keturunannya akan
menjadi terputus. Dalam keutamaan maqasid syariah keturunan berada peringkat
keempat selepas agama, nyawa, dan akal. Allah sangat cintakan hambanya yang
menjaga syahwat yang menyebabkan keturunan akan menjadi mulia sehingga hari
kiamat.
3
Syahwat mempunyai dua bahagian iaitu syahwat perut dan syahwat kemaluan.
Syahwat perut termasuk dalam perkara yang dapat membinasakan manusia. Syahwat
ini menjadi punca timbul banyak penyakit-penyakit yang dialami oleh manusia. Selain
itu, syahwat ini juga menjadi penyebab Nabi Adam dikeluarkan dari syurga yang
kekal kerana termakan buah yang dilarang makan oleh Allah . Oleh kerana itu,
orang mukmin memiliki cara makan yang berbeza dengan orang-orang kafir. Dengan
cara makan yang betul dapat membentuk dan menunduk syahwat perut daripada
menjadikan seseorang itu bersifat tamak.
Bahagian kedua ialah syahwat kemaluan. Syahwat atau keinginan kepada lawan
jantina ini diciptakan pada diri manusia memiliki hikmah dan faedah. Antara lain ialah
dapat memelihara keberlangsungan hidup manusia di muka bumi ini sampai waktu
yang Allah kehendaki. Demikian juga agar manusia itu dapat merasa kenikmatan
dan dengan adanya syahwat ini dapat membezakan antara kenikmatan dunia dengan
kenikmatan akhirat. Sekiranya syahwat ini tidak dapat dikawal dengan baik maka akan
menimbulkan banyak keburukan dan musibah kerana fitnah yang terbesar bagi lelaki
adalah wanita sebagaimana sabda Nabi daripada Usamah bin Zaid :
َما تََرْك ُت بَْع ِدي فِْتنَةً أَ َضَّر َعلَى الِرَجاِل ِم َن النِ َساِء
Maksudnya: Tidaklah aku tinggal fitnah setelah aku wafat yang lebih berbahaya
atas lelaki adalah wanita. (H.R. Al- Bukhari: 5096)
Dalam hal ini Allah bukan sahaja dengan memerintahkan kepada lelaki yang
beriman sahaja agar menjaga pandangan dan memelihara kemaluan tetapi Allah
juga memerintahkan kepada wanita. Firman Allah :
4
َوقُ ْل لِْل ُمْؤِمنَا ِت يَ ْغ ُض ْض َن ِم ْن أَبْ َصا ِرِه َّن َوَْيَفظْ َن فُُرو َج ُه َّن
Maksudnya: Katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman hendaklah mereka
menahan pandangannya dan kemaluannya. (Q.S. An-Nur: 24: 31)
Sejak kebelakangan ini, kes-kes khalwat atau berdua-duaan di antara lelaki dan
perempuan semakin meningkat. Kes khalwat ini melibatkan remaja dan juga pasangan
yang sudah berkahwin tetapi memilih untuk keluar dengan bukan pasangannya.
Maksiat khalwat ini merupakan pintu kepada berlakunya maksiat zina. Allah
mengharamkan segala bentuk atau jalan yang boleh membawa kepada maksiat zina.
Allah berfirman:
﴾٣٢ ﴿ َو ََل َت ۡق َر ُبواْ ٱل ّزِ َ ىنٰۖٓإِّنَّ ُهۥ ََك َن َفَٰ ِّح َش ٗة َو َسآ َء َسبِّي ٗٗل
Maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu
adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa
kerosakan). (Q.S. Al-Isra’: 17: 32)
Berkata Ibn Kathir dalam tafsirnya bahawa Allah melarang para hambaNya
daripada melakukan zina dan juga perkara yang membawa dekat kepada zina seperti
sebab-sebab dan seruan-seruannya.
Jelaslah maksud “jangan menghampiri zina” dalam al-Quran menunjukkan
bahawa semua ruang dan jalan yang membawa kepada zina seperti pandangan mata,
sentuhan dan berkhalwat adalah haram dan dijauhi walaupun dikira sebagai dosa kecil.
Semua jalan yang membawa kepada zina tersebut merupakan amalan yang keji
walaupun tidak disebut secara khusus di dalam al-Quran atau hadis. Kalau difahami
dalam surah al-Isra’ ayat 32 Allah melarang sebarang bentuk dan jalan yang
menghampiri kepada zina. Jalan yang mendekati kepada zina sudah di haramkan oleh
syarak menunjukkan perbuatan zina ini adalah berat dan hina disisi Allah. Jalan
5
yang mendorong seseorang itu melakukan zina adalah berkhalwat berdua-duaan di
antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
Punca berlakunya maksiat khalwat yang membawa kepada zina adalah
seseorang itu tidak mempunyai perasaan takut kepada Allahsehingga tidak dapat
mengawal nafsu kemaluannya dengan baik. Oleh sebab itu, menjadi tanggungjawab
orang mukmin lain untuk mencegahnya daripada terjadi kemudaratan yang lebih besar
iaitu lahirnya anak luar nikah.
Cara yang betul untuk mencegah kemungkaran sebagaimana telah diajar oleh
Nabi adalah dengan memastikan maksiat itu betul-betul berlaku dan bukannya
berdasarkan andaian atau mendengar khabar berita daripada orang lain. Islam
mengajar agar bertabayyun sekiranya mendengar sesuatu berita agar seseorang itu
tidak mudah menghukum dan menfitnah orang lain dengan sesuka hati.
Kesalahan yang sering masyarakat awam lakukan ialah dengan mencari-cari
kesalahan orang lain dengan cara mengintai maksiat yang dilakukan oleh seseorang
itu di tempat tertutup atau dengan istilahnya dipanggil sebagai tajassus. Tajassus
dengan bertujuan untuk mencari aib dan kesalahan orang lain adalah haram dan
berdosa besar. Nabi melarang para sahabat daripada mencari-cari kesalahan orang
lain. Tersalah menghukum sehinggakan terjadinya fitnah adalah lebih besar dosanya
daripada orang yang melakukan maksiat tersebut. Orang yang melakukan maksiat
kepada Allah kemudian bertaubat nescaya Allah akan ampunkan manakala
orang yang menfitnah orang lain yang buat maksiat tidak diampunkan oleh Allah
sehinggalah orang itu meminta maaf kepada orang difitnahnya itu.
6
Oleh sebab itu, perbuatan tajassus ini tidak dibenarkan untuk orang awam kerana
bimbang akan timbulnya fitnah dan sangkaan buruk. Pihak yang terlibat secara
langsung dengan tajassus ini adalah pihak jawatankuasa agama yang telah dilantik dan
diberi kuasa untuk melakukan apa-apa sebarang intipan jika mempunyai aduan tentang
sesuatu kes. Pihak jawatankuasa agama mempunyai etika yang perlu diikuti ketika
melakukan serbuan supaya tidak timbulnya sebarang salah faham seperti menyerbu
suami isteri yang sah kerana ianya mengganggu kententeraman awam. Pada zaman
yang serba canggih ini, pihak jawatankuasa agama perlu mempraktikkan sepenuhnya
etika serbuan. Namun, masih lagi yang beranggapan bahawa tajassus yang dilakukan
oleh pihak jawatankuasa agama ini sebagai suatu perkara yang mencari aib.
1.2 Penyataan Masalah
Perkara yang utama dalam suatu penyiasatan adalah untuk mencegah perkara
mungkar daripada terjadi melalui penyampaian maklumat kepada pihak yang berkuasa
sekiranya orang awam tidak mampu mencegahnya supaya perbuatan mungkar itu
dapat dielakkan. Aspek yang dicari dalam penyiasatan adalah “tajassus” iaitu intipan
yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu terutamanya pihak jawatankuasa agama.
Kewajipan pemerintah ini tertunai antaranya dengan wujudnya satu badan yang
dipanggil jawatankuasa agama yang diwujudkan di bawah jabatan agama Islam negeri.
Badan jawatankuasa ini dikenali dalam sejarah khazanah perundangan Islam klasik
sebagai “jawatankuasa hisbah” (Kamaruddin, 2015).
7
Allah berfirman:
َْو ََلََتَ َّس ُسوا أَ َب ۡنع َيَأۡض ٱلُك َّ َظل ِّنَإِّ َثۡۡلمَٰۖٓم َ﴿ويَىََ َأل ُّي َه َيا ۡغٱ َتََّّ ِّليب َن َّب َۡءعا َُمض ُنواْ ُكٱم ۡج َت َبنِّ ۡعُبوًاْضاۚ َكثَأِّيُُ ٗريِّا ُّبِّم َنأَ ٱَحل َُّدظ ِّن ُكإِّ ۡم َّن
َ
َم ۡي ٗتا ِّأ ِّخيه
﴾١٢ َف َكرِّ ۡه ُت ُمو ُهۚ َوٱ َّت ُقواْ ٱّ َّل َلۚ إِّ َّن ٱّ َّل َل تَ َّواب َّر ِّحيم
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari
sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana
sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu
mengintip mencari-cari kesalahan orang dan janganlah setengah kamu
mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan
daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.
(Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu
kepada Allah s.w.t. Sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha
Mengasihani. (Q.S. Al-Hujurat: 49: 12)
Dalam al-Quran surah al-Hujurat ayat ke 12 ulama mufassirin Imam al-Tabari
telah mentafsir dengan jelas maksud ayat ini dengan mengatakan bahawa jangan kamu
mencari keaiban satu sama lain, jangan kamu mencari-cari rahsianya dengan tujuan
untuk mengetahui kecacatannya. Namun berpadalah dengan apa yang nyata dari
dirinya. Nilailah dia atas asas tersebut sama ada baik atau buruk. Jangan kamu mencari
kesalahannya (Kamaruddin, 2015).
Ayat di atas jelas menunjukkan hukum tajassus adalah haram kerana ia
merupakan salah satu dosa besar. Perbuatan tajassus merupakan faktor aib dan rahsia
seseorang itu tersebar. Namun bagi keadaan-keadaan tertentu yang mengharuskan
tajassus atas alasan untuk menjaga kemaslahatan orang ramai. Melakukan tajassus ke
atas orang yang melakukan khalwat pada asalnya diharamkan kerana perbuatan
khalwat tersebut merupakan dosa peribadi seseorang. Seseorang itu akan
bertanggungjawab di hadapan Allah tentang apa yang mereka lakukan dan orang
awam tidak berhak untuk mencerobohi perkara yang telah disembunyikan. Hukum
melakukan tajassus bagi orang awam adalah haram kerana tujuan untuk mencari-cari
keaiban dan kesalahan orang lain. Adapun tujuan untuk mencegah dengan melaporkan
kepada pihak berkuasa maka ia diharuskan kerana bimbang akan berlaku
kemudharatan yang lebih besar seperti zina. Sebelum melaporkan kepada pihak
8
berkuasa seseorang itu perlu memastikan perbuatan khalwat itu betul-betul berlaku
dengan melihat tanda-tanda yang mencurigakan seperti pasangan bukan suami isteri
bersekedudukan di dalam sebuah rumah.
Apabila diperhatikan kes khalwat ini kebiasaannya berlaku di tempat yang
tertutup. Mencegah kemungkaran bukanlah sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi kes
yang melibatkan banyak pihak. Pihak yang ditugaskan untuk mencegah perlu
mengikuti setiap prosedur yang telah ditetapkan supaya serbuan yang dilakukan
berhasil dan tidak menimbulkan salah faham. Maksud prosedur di sini adalah proses
untuk mengumpul maklumat sebelum serbuan dilakukan. Antara prosedur utama
dalam sesuatu penyiasatan kes khalwat adalah perlu mendapat aduan atau maklumat
daripada orang awam berkaitan kes tersebut. Sekiranya tidak mendapat sebarang
aduan atau maklumat daripada orang awam tentang sesuatu kes maka pihak berkuasa
tidak boleh membuat serbuan. Perbuatan tersebut boleh dianggap satu kesalahan
kerana ia dapat menimbulkan fitnah dan membuka aib seseorang sekiranya mendapati
mangsa serbuan itu adalah suami isteri yang sah. Oleh itu, pihak berkuasa wajib
mengikuti setiap prosedur yang telah ditetapkan supaya perbuatan tajassus yang
dilakukan tidak termasuk di dalam al-Quran yang mana Allah mengharamkan
perbuatan tajassus ini.
Walau bagaimanapun, Jabatan Agama ini telah mengalami beberapa perubahan
dalam melakukan operasi pencegahan kerana adanya campur tangan pihak kerajaan
persekutuan. Berdasarkan akhbar yang dikeluarkan oleh Sinar Harian online bertarikh
6 Oktober 2018, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusuf Rawa
menyatakan sekiranya perbuatan maksiat atau khalwat yang dilakukan secara tertutup
dan dalam kawasan peribadi maka bukan lagi urusan pihak kerajaan untuk
mencegahnya. Tambahan lagi sekiranya perbuatan itu dilakukan selagi mana tidak
mengganggu kententeraman awam maka tidak wajib seseorang itu mencegahnya
(Harian, 2018).
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini telah
menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat untuk memahami konsep
penguatkuasa jenayah khalwat yang dilakukan oleh pihak penguatkuasa agama. Dalam
sinar harian online yang sama Mufti Perlis turut menyokong kenyataan Mujahid ini
9
tetapi sebaliknya Mufti Perak tidak bersetuju dengan mengatakan perbuatan khalwat
itu sememangnya dilakukan di tempat tertutup dan wajib seseorang untuk
mencegahnya tanpa pedulikan kententeraman orang ramai.
Sebenarnya isu ini telah dibangkitkan oleh mufti Perlis iaitu Mohd Asri Zainul
Abidin pada tahun 2009 di mana pada ketika itu Mohd Asri Zainul Abidin pertama
kali dilantik sebagai mufti Perlis. Pengaruh mufti Perlis pada ketika itu masih lagi tidak
kuat kerana ia hanya melibatkan ruang lingkup dalam negeri Perlis sahaja. Apabila
kenyataan sama yang dibuat oleh seorang Menteri, isu ini menjadi perkara yang
kontroversi disebabkan pengaruh yang dibawa oleh Menteri begitu besar kerana ia
melibatkan seluruh Malaysia. Oleh sebab itu, mufti Perlis menyokong kenyataan yang
dikeluarkan oleh Mujahid disebabkan mufti Perlis merupakan orang yang pertama
yang mencetuskan isu ini.
Dalam akhbar sinar harian bertarikh 6 Oktober 2018, Mufti Perak Harussani
Zakaria berkata:
“undang-undang pencegahan maksiat yang dilaksanakan di negara ini
sudah menjangkau lebih 50 tahun. Sebagai seorang menteri beliau
(Mujahid) perlu lebih memahami mengenai undang-undang berkenaan.
Orang berkhalwat selalunya buat ditempat tertutuplah, kalau ada kesalahan
(maksiat) di hotel boleh kita masuk, itu pencegah maksiat buat. Jadi kalau
tak boleh tegah biarlah orang buat maksiat, tak perlu undang-undanglah,
kita laksanakan undang-undang ini sudah lama, tiada masalah pun”
Kenyataan Mufti Perak, Harussani Zakaria menegaskan undang-undang yang
sedia ada berkaitan isu tangkap khalwat ini perlu dikekalkan. Undang-undang jenayah
syariah bagi kesalahan khalwat ini seperti serbuan dan intipan yang dilakukan oleh
pegawai penguatkuasa agama adalah bersesuaian dengan pencegahan yang
berlandaskan hukum syarak. Konsep amar ma’ruf nahi munkar sudah menjadi amalan
dan gerak kerja bagi institusi hisbah seperti pegawai penguatkuasa agama yang ada
sekarang. Menurut beliau lagi kerajaan pada masa kini terutamanya Menteri Agama
tidak sepatutnya mengulas dan membuat kenyataan berkaitan undang-undang yang
telah lama ditetapkan di negara ini kerana perkara ini akan mengundang persepsi
negatif kepada masyarakat awam.
10
Seterusnya Mufti Perlis pula menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh
Mujahid di dalam video di youtube dengan mengatakan:
“Kerajaan digesa memberi fokus untuk membanteras dosa yang memberi kesan
kepada masyarakat awam, berbanding memberi tumpuan kepada dosa peribadi…
pendekatan sesetengah pihak yang memberi fokus kepada dosa peribadi dan
memandang ringan dosa awam, telah menyebabkan Islam disalahfahami…
masyarakat perlu membezakan antara dosa individu dengan Allah, serta dosa
dengan tuhan namun memberi mudarat kepada pihak lain seperti rasuah,
merompak, mencuri, merogol, pecah amanah dan menyebar hadis palsu…Isu aib
peribadi diangkat dan diberikan pelbagai ulasan agama, sementara isu jenayah
awam pula golongan agamawan ramai yang mendiamkan. Ini adalah tanda
kesongsongan kita dalam memahami jenis-jenis dosa… al-Quran dan hadis
melarang perbuatan tajassus atau mengintip serta mendedahkan aib atau dosa
peribadi.”
Menurut Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin menganggap intipan dan
serbuan yang dilakukan oleh pegawai penguatkuasa agama adalah perbuatan yang
mencerobohi hak peribadi seseorang. Tambahan lagi, beliau juga berkata pihak
kerajaan sepatutnya mendahulukan pencegahan perbuatan dosa awam iaitu dosa yang
memberi kesan kepada masyarakat awam seperti membunuh, rasuah, mencuri,
merogol, pecah amanah dan penyebaran hadis palsu berbanding perbuatan dosa
peribadi. Dosa peribadi seseorang apabila dilakukan di tempat yang tersembunyi maka
tidak perlu untuk kita melakukan tajassus ke atas dosa tersebut.
Dalam isu ini, perbuatan tajassus atau mengintai-ngintai orang berkhalwat
untuk tujuan mencegahnya menjadi polimik yang dibahaskan di media sosial kerana
ia dikatakan membuka aib seseorang. Sedangkan mencegah sesuatu kemungkaran
yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang lain perlu diutamakan.
11
1.3 Objektif Kajian
Pada objektif kajian ini menetapkan beberapa objektif yang perlu dibincangkan
antaranya adalah:
I. Mengkaji konsep tajassus menurut perspektif Islam.
II. Menganalisis konsep tajassus di dalam prosedur operasi standard penguatkuasa
negeri Perlis dan Perak.
III. Mengenal pasti aspek-aspek penambahbaikan dalam prosedur operasi standard
(SOP) penguatkuasa negeri Perak dan Perlis.
1.4 Persoalan Kajian
Bagi membincangkan persoalan kajian, kajian ini telah menetapkan beberapa
persoalan kajian yang perlu dibincangkan. Antara persoalan yang akan dibincangkan
adalah:
I. Apakah konsep tajassus menurut Islam?
II. Bagaimanakah konsep tajassus di dalam prosedur penyiasatan yang diamalkan
oleh pihak Jabatan Agama Negeri Perlis dan Perak?
IV. Apakah aspek-aspek penambahbaikan dalam prosedur operasi standard (SOP) di
Negeri Perak dan Perlis?
12
1.4 Objektif Kajian 1.5 Persoalan Kajian
I. Mengkaji konsep tajassus menurut I. Apakah konsep tajassus menurut
Islam. Islam?
II. Mengenal pasti konsep tajassus di II. Bagaimanakah konsep tajassus
dalam prosedur operasi standard di dalam prosedur operasi
(SOP) penguatkuasa negeri Perlis standard (SOP) penguatkuasa
dan Perak. yang diamalkan oleh pihak
Jabatan Agama negeri Perlis dan
Perak?
III. Menganalisis kes-kes khalwat di III. Bagaimanakah kes-kes khalwat
negeri Perlis dan Perak. berlaku dan ditangani di negeri
Perlis dan Perak.
Jadual 1.1: Objektif Kajian dan Persoalan Kajian
1.5 Kepentingan Kajian
Antara kepentingan utama yang mendorong kajian ini dilakukan adalah untuk
mengetahui sejauh mana keberkesanan penyiasatan yang digunakan terhadap kes
khalwat. Prosedur penyiasatan yang betul akan memberikan kesan terhadap kes
khalwat yang disiasat oleh Jabatan Agama. Terdapat perbezaan pandangan di antara
Mufti Perak dan Mufti Perlis dalam mengulas isu berkaitan tangkapan khalwat. Oleh
sebab itu, kajian ini dilakukan untuk mengetahui dengan lebih lanjut sejauh mana
perbezaan prosedur tangkapan yang diamalkan oleh kedua-dua negeri ini.
Selain itu, pada masa sekarang dilihat sebilangan masyarakat masih lagi keliru
tentang konsep tajassus. Oleh sebab itu, perlunya ada satu kajian berkaitan konsep
tajassus yang diamalkan oleh penguatkuasa agama. Masyarakat awam memainkan
peranan penting dalam menangani masalah ini terutamanya kes-kes khalwat dengan
membantu melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan kepada jawatankuasa
agama. Oleh demikian, masyarakat perlu mengetahui berkaitan dengan konsep
13
tajassus serta prosedur yang diamalkan oleh negeri masing-masing bagi memudahkan
pihak penyiasatan melakukan pencegahan. Hukum mencegah kemungkaran
sememangnya fardhu ain bagi setiap orang beriman dan bukannya tertumpu kepada
pihak berkuasa sahaja. Harapan kepada kajian ini adalah dapat memberi saham akhirat
kepada masyarakat dan orang yang terlibat dalam usaha untuk mencegah
kemungkaran.
Menurut data yang diperolehi, kajian ini amat penting kerana belum ada lagi
mana-mana pihak yang melakukan kajian berkaitan konsep tajassus ini dengan lebih
mendalam. Jika ada sekalipun ia tidak membincangkan dengan lebih meluas
sepertimana yang akan dilakukan oleh kajian ini. Oleh sebab itu, kajian seperti inilah
penting dilakukan agar masyarakat mendapat satu kesan yang positif dalam kehidupan
seharian mereka.
1.6 Skop Dan Batasan Kajian
1.6.1 Skop Batasan Tajuk
Kajian ini berkaitan dengan mengkaji konsep tajassus dari aspek prosedur yang
dilakukan oleh Jabatan Agama negeri Perlis dan Perak berkaitan kes khalwat. Kajian
ini menfokuskan kepada kes khalwat kerana kebanyakan kes yang dilaporkan isu
khalwat adalah yang paling banyak aduan berbanding kes-kes jenayah yang lain
(Mohamad, 2015).
1.6.2 Skop Batasan Lokasi
Kajian ini dibuat di negeri Perlis dan Perak kerana Mufti Perlis menyokong
kenyataan yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Mufti Perak antara
yang menentang kenyataan Menteri tersebut. Setiap Mufti memainkan peranan dalam
mengawal hal-hal berkaitan jabatan agama. Kenyataan yang dibuat oleh Mufti Perlis
dan Perak mempunyai kaitan dengan prosedur yang dilakukan oleh penguatkuasa
jenayah khalwat di negeri Perlis dan Perak. Oleh itu, kajian ini ingin mengkaji sejauh
14
mana perbezaan prosedur bagi kedua-dua negeri ini memberi kesan terhadap kes
khalwat.
1.6.3 Skop Batasan Responden
Bagi mendapatkan data yang akan dijalankan oleh kajian ini, kajian ini telah
menetapkan batasan responden iaitu dua orang pakar. Kajian ini memilih hanya dua
orang sahaja reponden iaitu seorang pegawai penguatkuasa agama di Jabatan Agama
Negeri (JAIN) Perak dan Perlis bagi mendapatkan data dalam kajian ini. Kajian ini
memilih pegawai-pegawai tersebut adalah kerana mereka merupakan pegawai di
Bahagian Penguatkuasaan. Selain itu, mereka juga cukup mahir dalam SOP prosedur
operasi standard di negeri masing-masing. Oleh itu dengan adanya kaedah temu bual
tersebut akan dapat menjawab objektif kajian yang akan dijalankan oleh kajian ini.
1.7 Definisi Istilah
1.7.1 Prosedur
Menurut kamus dewan bahasa edisi keempat telah mendefnisikan prosedur
bermaksud cara yang lazim untuk membuat sesuatu urusan, aturan atau cara bekerja
atau melakukan sesuatu, tatacara: dia akan memastikan yang dia melakukan atau
melaksanakan tugasnya dengan betul menurut ~ dan peraturan.
1.7.2 Tajassus
Dalam lisan ‘arab Ibn Manzhur mengatakan bahawa tajassus bererti mencari
berita atau menyelidikinya (Kamaruddin, 2015).
Menurut Abu al-Ghifari (2005), tajassus adalah mencari-cari aib daripada orang
baik yang jika ada akan menjadi bahan untuk menfitnah. Biasanya ia kesana ke mari
mencari maklumat tentang orang tersebut. Tajassus lebih disifatkan hasad, ia suka
membesar-besarkan masalah kecil agar kehormatan seseorang tercemar pada
pandangan masyarakat (Kamaruddin, 2015)
15
Tajassus yang dimaksudkan oleh kajian ini dalam kajian ini adalah amalan
penyiasatan yang dilakukan oleh pegawai Jabatan Agama Negeri Perak dan Perlis
untuk mencegah kes-kes jenayah syariah.
1.8 Metodologi Kajian
Bagi metodologi kajian, kajian ini mempunyai tiga bentuk metodologi utama
iaitu:
1.8.1 Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian yang digunakan oleh kajian ini adalah berbentuk kualitatif
iaitu berbentuk kepada penghujahan atau penafsiran serta kaedah temu bual. Bagi
menyelesaikan kajian seperti ini, kajian ini akan mencari beberapa bahan rujukan
seperti artikel, jurnal, carian internet, dan akhbar online dan lain-lain lagi. Kajian
seperti ini lebih memfokuskan kepada penyelidikan dalam perpustakaan bagi mencari
bukti serta data yang diperlukan oleh kajian ini untuk menguatkan hujah-hujah dalam
kajian.
1.8.2 Kaedah Pengumpulan Data
Kajian ini amat menekankan tentang sumber-sumber yang boleh dipercayai
dalam melakukan proses pengumpulan maklumat. Untuk mendapatkan maklumat
yang lebih tepat terhadap tajuk yang dikaji, kajian ini memperolehi maklumat dari dua
sumber iaitu data sekunder dan primer.
Data sekunder:
1.8.2.1 Analisis Dokumen
Melalui kaedah anaslisis dokumen, kajian ini mengumpul sumber maklumat
berdasarkan tajuk kajian untuk mendapat gambaran lebih awal. Kajian ini juga
membuat pembacaan dari pelbagai sumber iaitu melalui jurnal, artikel, buku dan juga
akhbar untuk mendapat data serta maklumat yang diperlukan. Hal ini amat penting
16
kerana untuk mendapat maklumat yang tepat serta dapat membantu kajian ini dalam
menghasilkan kajian yang bertepatan dengan objektif kajian.
Data primer:
1.8.2.2 Temu-bual
Kajian ini akan menggunakan kaedah temu bual terbuka secara bersemuka (face
to face). Selain itu, kajian ini menggunakan sampel bukan kebarangkalian iaitu
persampelan bertujuan (purposive sampling). Soalan yang digunakan dalam temu bual
ini adalah soalan separa struktur. Melalui temu bual ini, kajian ini akan mendapatkan
data melalui batasan responden terhadap pegawai penguatkuasa agama setiap negeri
Perak dan Perlis. Kajian ini memilih kedua-dua pegawai ini kerana mereka merupakan
pegawai di Bahagian Penguatkuasaan di Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) Perak
dan Perlis. Mereka merupakan pakar dalam bidang SOP penguatkuasaan. Oleh itu,
kajian ini merasakan ia adalah menepati syarat dengan objektif kajian kajian ini.
1.8.3 Kaedah Analisis Data
Kaedah analisis data yang digunakan oleh kajian ini berdasarkan kaedah analisis
kandungan. Kajian ini mengumpul data berdasarkan kaedah kepustakaan iaitu dengan
menganalisis setiap maklumat dalam jurnal, artikel, buku, maklumat dalam internet
dan akhbar. Kajian ini menganalis data-data tersebut dan melihat hubungkait antara
fakta-fakta dan seterusnya membuat kesimpulan sebagai penemuan kajian.
Selain itu, analisis data yang digunakan juga berdasarkan pemerhatian daripada
hasil temu bual bersama pegawai penguatkuasa agama. Malahan, dengan melalui
analisis data seperti ini, kajian ini dapat mengumpulkan segala data serta bahan untuk
dikumpulkan dalam bab kelima. Bahkan juga, melalui kaedah ini akan menjawab
segala objektif kajian serta persoalan kajian didalam kajian ini.
17
1.9 Organisasi Kajian
Kajian ini mengandungi enam bab secara keseluruhannya yang dimulai dengan
pendahuluan dan diakhiri dengan penutup.
Bab pertama menerangkan tentang pengenalan keseluruhan kajian. Dalam bab
pertama juga mengandungi pendahuluan, latar belakang, pernyataan masalah, objektif
kajian, persoalan kajian, skop kajian, kepentingan kajian, sorotan kajian, skop kajian,
metodologi kajian dan organisasi kajian.
Bab kedua pula kajian ini membincangkan tentang sorotan teori tajassus serta
sorotan kajian. Pada bab ini kajian ini akan mengumpulkan segala data-data untuk
membincangkan isu berkaitan permasalahan tajassus ini. Tambahan lagi pada bab ini
juga kajian ini akan membuat suatu kerangka yang dinamakan sebagai kerangka
teoritikal dan kerangka konseptual untuk dapat gambaran yang jelas tentang kajian
yang akan dijalankan. Selain itu, kajian ini akan mendapatkan hasil-hasil kajian
daripada jurnal-jurnal, buku-buku, serta bahan yang autoriti untuk menguatkan lagi
hasil kajian kajian ini.
Seterusnya bab ketiga, kajian ini menerangkan berkaitan konsep tajassus dalam
Islam. Dalam bab kedua ini membincangkan tentang definisi tajassus dari segi bahasa
dan istilah daripada beberapa pandangan, sumber dalil-dalil berkaitan dengan tajassus,
pembahagian tajassus serta perbezaannya, skop tajassus, kedudukan tajassus dalam
islam dan akhirnya membincangkan kepentingan tajassus di dalam amar ma’ruf nahi
munkar.
Pada bab keempat pula pengkaji telah membandingkan SOP penguatkuasa
agama negeri Perak dan Perlis. Pengkaji telah menyenaraikan bidang kuasa
penguatkuasaan dan pencegahan jenayah syariah di Malaysia supaya dapat memberi
gambaran yang jelas tugas sebenar Penguatkuasa Agama. Selain itu, kajian ini juga
menyenaraikan beberapa undang-undang dan peraturan penguatkuasaan yang mana ia
penting untuk dikaitkan undang-undang dengan tugasan penguatkuasa. Pada bab
keempat akan membincangkan perlaksanaan tajassus di dalam SOP yang diamalkan
oleh pegawai penguatkuasa agama negeri Perak dan Perlis. Pada bab ini juga akan
menerangkan bidang kuasa penguatkuasaan dan pencegahan jenayah syariah di
18
Malaysia. Tambahan lagi pada bab ini juga akan membandingkan sejauh mana
perbezaan SOP bagi kedua-dua negeri tersebut. Akhir sekali, bab ini akan memberi
pandangan mufti Perak dan Perlis berkaitan SOP tangkapan khalwat yang dilakukan
oleh penguatkuasa agama negeri-negeri tersebut.
Pada bab kelima pula akan menerangkan aspek-aspek penambahbaikan dalam
SOP penguatkuasa negeri Perak dan Perlis. Dalam bab ini akan menjelaskan enam
cabaran yang pernah dihadapi oleh pegawai penguatkuasa agama ketika menjalankan
operasi tangkapan dan serbuan. Selain itu, bab ini juga akan menyenaraikan sepuluh
aspek-aspek penambahbaikan kepada pegawai penguatkuasa agama bagi
memperkemaskan lagi sistem pengurusan kerja operasi tangkapan dan serbuan.
Pada bab enam pula adalah bab yang terakhir, iaitu kesimpulan. Pada bab ini
kajian ini akan membuat segala kesimpulan daripada bab satu sehingga bab enam.
Pada bab ini juga kajian ini akan memberikan cadangan kajian untuk pada masa
hadapan supaya dapat ditambah baik dengan lebih meluas. Bahkan dalam bab ini akan
membincangkan implikasi serta dasar kajian selama kajian ini dijalankan.
19
BAB II
SOROTAN KARYA
2.0 Pendahuluan
Pada perbahasan bab dua ini akan menyenaraikan beberapa sandaran teori yang
berkaitan dengan tajuk yang dalam kajian ini. Perkataan tajassus sudah pun disebut
secara jelas dalam al-Quran dan Hadis namun konsep perlaksanaan tajassus masih lagi
ramai masyarakat tidak memahaminya secara jelas. Oleh sebab itu, kajian ini membuat
satu teori yang mana ia dapat memberi gambaran yang jelas berkaitan konsep tajassus.
Teori tersebut adalah berdasarkan kepada ayat al-Quran, hadis, al-ijma’ serta sumber
daripada kaedah Qawaid. Tambahan lagi, kajian ini juga melakarkan gambarajah
berkaitan kerangka teoritikal supaya dapat difahami dengan lebih jelas dan mendalam
terhadap kajian ini.
Pembaca dapat memahami tajuk kajian ini berdasarkan kerangka tersebut
sepertimana yang telah dikhususkan dalam kajian ini. Selain itu, pada bab ini juga akan
menyenaraikan beberapan sorotan kajian-kajian yang membahaskan tentang
permasalahan tajassus untuk dijadikan sebagai sumber rujukan pada bab yang
seterusnya. Sorotan tersebut adalah berdasarkan kepada kajian-kajian yang telah
dilakukan oleh kajian ini sebelumnya. Oleh sebab itu, diharapkan pada bab ini akan
dapat mengumpulkan segala maklumat untuk dijadikan sebagai data dalam kajian ini
serta dapat memberikan kefahaman kepada pembaca tentang konsep tajassus.
20
2.1 Sorotan Teori Tajassus
Secara ringkasnya, dalam al-Quran menceritakan secara jelas berkaitan dengan
perkataan tajassus ini. Namun ia hanyalah terdapat satu ayat yang seakan membawa
pengertian kepada konsep tajassus. Oleh hal yang demikian dalil-dalil tersebut
merupakan hujah yang digunakan oleh ulama’ dalam mengeluarkan hukum berkaitan
dengan permasalahan tersebut. Namun begitu, teori tersebut dapat difahami secara
langsung daripada dalil-dalil serta sumber yang utama dalam Islam antaranya ialah:
2.1.1 Al-Quran
Dalam al-Quran Allah menyebut secara jelas perkataan tajassus yang mana
Allah melarang orang-orang beriman daripada mengintip atau mencari-cari
keaiban seseorang. Selain itu, Allah juga menyuruh orang-orang yang beriman
sekiranya sampai sesuatu berita daripada orang fasik maka perlu disiasat dahulu
kesahihannya agar tidak berlaku kemudaratan yang lebih besar yang akan timbul.
i. Pada ayat ini Allah telah melarang orang-orang yang beriman agar
menjauhi buruk sangka dan mencari-cari kesalahan orang lain. Allah telah
berfirman dalam al-Quran:
21
ْإِّثۡمٰۖٓ َو ََل ََ َت َّس ُسوا َأبَ ۡعن َيَضأۡ ٱل َُّكظ َ ِلّن َ﴿ويَىََ َأل ُّي َه َيا ۡغٱ َتََّّ ِّليب َن َّب َۡءعا َُمضُنواْ ُكٱم ۡج َت َبنِّ ُۡبعواًْضاۚ َكثَِّأيُُٗريِّا ُّ ِّمب َنأَٱ َلح َُّدظ ِّن ُكإِّ َّۡمن
َ َ َ ۡل َم
َم ۡي ٗتا ِّأ ِّخيه
﴾١٢ فَ َك ّرِ ۡه ُت ُموهُۚ َوٱ َّت ُقواْ ٱّ َّل َلۚ إِّ َّن ٱّ َّل َل تَ َّواب َّر ِّحيم
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari
sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana
sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu
mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah
setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu
suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan
mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah
larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah;
sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani (Q.S. Al-Hujurat:
49: 12).
Dalam tafsir Ibn Kathir, Allah melarang hamba-hamba-Nya yang
beriman daripada banyak berburuk sangka seperti melakukan tuduhan dan
pengkhianatan terhadap keluarga dan kaum kerabat serta umat manusia secara
keseluruhan yang tidak pada tempatnya kerana sebahagian dari berburuk
sangka itu murni menjadi perbuatan dosa. Oleh kerana itu, jauhilah banyak
berprasangka buruk sebagai suatu kewaspadaan.
Selain itu, hadis daripada Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab
bahawasanya ia pernah berkata: “Janganlah kalian berprasangka terhadap
ucapan yang keluar daripada kaum saudara Mukminmu kecuali dengan
prasangka baik. Sedangkan engkau sendiri mendapati adanya kemungkinan
ucapan itu mengandung kebaikan.”
Imam Ahmad meriwayatkan dari Daijin, jurutulis ‘Uqbah, ia
bercerita: ‘Sesungguhnya kami mempunyai beberapa orang jiran yang
meminum arak, dan aku memberi syarat kepada mereka dan mereka pun
menerimanya.’ Maka ‘Uqbah berkata: ‘Jangan lakukan itu, tetapi nasihati
dan kecamlah mereka.’ Lalu ia pun melakukan perkara tersebut, namun mereka
tidak juga menghentikan perbuatan tersebut. Kemudian Daijin mendatanginya
22
dan berkata: ‘Sesungguhnya aku melarang mereka, tetapi mereka tidak juga
menghentikannya, dan sesungguhnya aku telah memberikan persyaratan
kepada mereka, lalu mereka menerimanya.’ Maka ‘Uqbah berkata
kepadanya: ‘Celaka engkau, jangan lakukan itu kerana sesungguhnya aku
pernah mendengar Rasulullah bersabda:
من ستر عورة مؤمن فكأنما استحيا موؤدة من قبرها
Maksudnya: Barangsiapa yang menutupi aib orang Mukmin, maka seakan-akan
ia telah menghidupkan seorang maut kecil yang dibunuh dari kuburnya. (H.R.
Ahmad: 17483)
Firman-Nya “ ولا تجسسواDan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orag
lain.” Maksudnya, keatas sebahagian kalian. Kata التجسسlebih sering
digunakan untuk sesuatu kejahatan. Dan dari kata itu muncul kata الجاسوسiaitu
mata-mata.
Kadang-kadang istilah tersebut digunakan untuk menunjukkan hal yang
buruk, sebagaimana yang ditegaskan dalam hadis sahih bahawasanya
Rasulullah bersabda:
لا تجسسوا ولا تحسسوا ولا تباغضوا ولا تدابروا وكونوا عباد الله ءاخوانا
Maksudnya: Janganlah kalian mencari-cari keburukan dan mengintai kesalahan
orang lain, janganlah saling membenci dan juga saling membelakangi. Jadilah
kalian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. (H.R. Al-Bukhari:
4747)
23
Al-Auza’i mengatakan: Kata التجسسbermaksud mencari-cari sesuatu
sedangkan التحسسbermaksud mencuri dengar terhadap perbicaraan sesuatu
kaum padahal mereka tidak menyukai hal tersebut atau mendengarkan dari
pintu-pintu mereka. Adapun التدابرbermaksud memutuskan hubungan.”
Demikian yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim.
ii. Pada ayat ini Allah berpesan kepada orang beriman sekiranya sampai
sesuatu berita daripada orang fasik maka berita itu perlu disiasat untuk
memastikan kesahihannya. Allah berfirman:
ِِّ َب َهَٰلَ ٖة َق ۡو َمُۢا ْتُ ِّصي ُبوا َ َْف َتبَ َّي ُن ٓوا ٖبِّنَ َبإ َفا ِّس ُ ُۢق َجآ َء ُك ۡم إِّن َْءا َم ُن ٓوا ٱََّّ ِّلي َن ﴿يَى َأ ُّي َها
أن ﴾٦ َف ُت ۡصبِّ ُحواْ لَََ َٰع َما َف َع ۡل ُت ۡم َنَٰ ِّد ِّمي َن
Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik
membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak
menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaanya
yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Q.S. Al-Hujurat: 49:
6).
Allah memerintahkan agar benar-benar meneliti berita yang dibawa
oleh orang-orang fasik dalam tujuan untuk berjaga-jaga, sehingga tidak ada
seorang pun yang memberikan keputusan berdasarkan perkataan orang fasik
tersebut, di mana pada saat itu orang fasik tersebut boleh dikatakan sebagai
seorang pendusta dan berbuat kekeliruan sehingga orang yang memberikan
keputusan berdasarkan ucapan orang fasik itu bermaksud ia telah mengikutinya
dari belakang. Padahal Allah telah melarang untuk mengikuti jalan orang-
orang yang berbuat kerosakan. Dari sini pula, beberapa golongan ulama
melarang untuk menerima riwayat yang diperoleh dari orang tidak diketahui
keadaannya kerana ada kemungkinan orang tersebut fasik. Namun golongan
24
lain menerimanya, menurut mereka, kami ini hanya diperintahkan untuk
memberikan kepastian berita yang dibawa oleh orang fasik, sedangkan orang
ini tidak terbukti sebagai seorang fasik kerana tidak diketahui keadaanya.
Banyak ahli tafsir yang menyebutkan bahawa ayat ini diturunkan berkenaan
dengan al-Walid bin ‘Uqbah bin Abi Mu’ith ketika ia diutus oleh
Rasulullah untuk mengambil zakat Bani Mushtaliq.
Imam Ahmad meriwayatkan, Muhammad bin Sabiq memberitahu
kami, ‘Isa bin Dinar memberitahu kami, ayahku memberitahuku bahawasanya
ia pernah mendengar al-Haris bin Abi Dhirar al-Khusa’i bercerita: “Aku
pernah datang menemui Rasulullah, maka beliau mengajakku masuk
Islam. Maka aku pun memeluk Islam dan mengikrarkannya. Kemudian beliau
mengajakku mengeluarkan zakat, maka aku pun menunaikannya dan aku
katakan: “Ya Rasulullah, aku akan pulang kepada rakyatku dan aku akan
mengajak mereka untuk memeluk Islam dan menunaikan zakat. Sesiapa sahaja
yang memperkenankan seruanku itu, maka aku akan mengumpulkan zakatnya,
dan kirimkanlah seorang itu utusan kepadaku ya Rasulullah, sekitar waktu
begini dan begini guna membawa zakat yang telah aku kumpulkan itu.”
Setelah al-Haris mengumpulakan zakat dari orang-orang yang
mematuhi seruannya dan telah sampai pada masa kedatangan utusan
Rasulullah , ternyata utusan Rasulullah, tersebut tertahan di tengah
jalan dan tidak datang menemuinya. Al-Haris pun mengira bahawasanya
telah turun kemurkaan dari Allah dan Rasul-Nya pada dirinya. Ia pun
segera memanggil para pembesar kaumnya dan mengatakan kepada mereka:
“Sesungguhnya Rasulullah, telah menetapkan waktu kepadaku di mana
beliau akan mengirimkan utusannya kepadaku untuk mengambil zakat yang
25
aku kumpulkan, dan bukan kebiasaan Rasulullah, untuk menyalahi
janjinya dan aku tidak melihat tertahannya utusan beliau melainkan kerana
kemurkaan Allah . Oleh itu, marilah kita pergi bersama-sama menemui
Rasulullah .
Kemudian Rasulullah, mengutus al-Walid bin ‘Uqbah untuk
menemui al-Haris untuk mengambil zakat yang telah dikumpulkannya.
Ketika al-Walid berangkat dan sudah menempuh beberapa jarak, tiba-tiba
ia merasa takut dan kembali pulang, lalu menemui Rasulullah, seraya
berkata: “Ya Rasulullah, sesungguhnya al-Haris menolak memberikan zakat
kepadaku, bahkan ia bermaksud membunuhku.” Maka Rasulullah, pun
marah dan mengirimkan utusan kepada al-Haris . Dan al-Haris serta
para sahabatnya pun bersiap-siap berangkat. Ketika utusan beliau
meninggalkan kota Madinah, al-Haris bertemu dengan mereka. Maka
mereka berkata: “Inilah al-Haris.” Dan pada saat al-Haris menghampiri
mereka, ia berkata: “Kepada siapa kalian diutus?” “Kepadamu,” jawab mereka.
“Lalu, untuk apa kalian diutus kepadaku?” tanya al-Haris lebih lanjut. Mereka
menjawab: “Sesungguhnya Rasulullah, telah mengutus al-Walid bin
‘Uqbah kepadamu, dan ia mengaku bahawa engkau menolak memberikan
zakat dan bahkan engkau akan membunuhnya.” Maka al-Haris berkata:
“Tidak benar. Demi rabb yang telah mengutus Muhammad dengan kebenaran,
aku sama sekali tidak pernah melihatnya dan tidak juga ia mendatangiku.”
26
Kemudian setelah al-Haris menghadap Rasulullah, maka beliau bertanya:
“Apakah engkau menolak menyerahkan zakat dan bermaksud membunuh
utusanku?” Ia menjawab: “Tidak. Demi rabb yang telah mengutusmu dengan
kebenaran, aku sama sekali tidak melihatnya dan tidak pula ia mendatangiku.
Da aku tidak datang menemuimu melainkan ketika utusan Rasulullah tertahan
(tidak kunjung datang) dan aku takut akan muncul kemarahan dari Allah
dan Rasul-Nya.” Ia mengatakan: “Pada saat itu turunlah surat al-Hujurat:
ِِّ َب َهَٰ َل ٖة قَ ۡو َمُۢا ْتُ ِّصي ُبوا َ َْف َتبَ َّي ُن ٓوا ٖبِّنَ َبإ َجآ َء ُك ۡم فَا ِّس ُ ُۢق ﴿يَى َأ ُّي َها ٱََّّ ِّلي َن َءا َم ُن ٓواْ إِّن
أن ﴾٦ َنَٰ ِّد ِّمي َن َف ُت ۡصبِّ ُحواْ لَََ َٰع َما َف َع ۡل ُت ۡم
Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang
fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu
tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui
keadaanya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Q.S.
Al-Hujurat: 49: 6).
Demikianlah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim. Hal yang
sama juga diriwayatkan oleh at-Tabrani, namun ia tidak menyebut al-Haris bin
Sirar, dan yang benar Dhirar bin al-Har, sebagaimana yang telah dikemukakan.
iii. Pada ayat al-Quran berikutnya menceritakan berkaitan dengan adab meminta
izin untuk memasuki rumah seseorang. Allah berfirman:
َْوت ُ َسلِّ ُموا ْت َ ۡس َتأۡن ِّ ُسوا َحََّّ َٰت ُب ُيوتِّ ُك ۡم َغ ۡي َر ُب ُيوتًا ْتَ ۡد ُخلُوا َ َْءا َم ُنوا ٱََّّ ِّلي َن ﴿يَى َأ ُّي َها
فِّي َهآ أَ َح ٗدا َل أَ ۡهلِّ َهاۚ َذَٰلِّ ُك ۡم لَََ ىع
أَ ۡز ََ َٰك لَ ُك ۡۚم تَ ۡد ُخ ُلو َها َحََّّ َٰت فَ َٗل
ْ فَإِّن لَّ ۡم ََ ِّت ُدوا٢٧ تَ َذ َّك ُرو َن َل َع َّل ُك ۡم َخ ۡير َّل ُك ۡم
لَ ُك ُم ٱ ۡر ِّج ُعواْ َفٱ ۡر ِّج ُع ٰۖٓواْ ُه َو ِإَون قِّي َل ٰٓۖيُ ۡؤ َذ َن َل ُك ۡم
﴾٢٨ َوٱّ َّل ُل بِّ َما َت ۡع َملُو َن َعلِّيم
27
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah
yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada
penghuninya. Demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat. Jika
kamu tidak menemui seorang pun di dalamnya, maka janganlah kamu masuk
sebelum kamu mendapat izin. Dan jika dikatakan kepadamu: “Kembali
(sajalah),” maka hendaklah kamu kembali. Itu lebih baik bagimu dan Allah maha
mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Q.S. An-Nur: 24: 27&28).
Ini merupakan adab syar’i yang Allah ajarkan kepada hamba-
hamba-Nya yang beriman. Iaitu adab meminta izin. Allah memerintahkan
mereka agar tidak memasuki rumah orang lain sebelum meminta izin, lalu
mengucap salam. Hendaklah ia meminta izin sebanyak tiga kali, apabila tidak
Diizinkan, hendaklah ia kembali. Seperti yang disebutkan dalam kitab as-Sahib
bahawa ketika Abu Musa meminta izin sebanyak tiga kali kepada
Umar untuk masuk namun tidak ada jawapan, maka ia pun kembali.
Kemudian Umar berkata: “Bukankah itu tadi suara Abdullah bin Qais
meminta izin? Berilah dia izin!” Mereka pun mencarinya, lalu mendapatinya
telah pergi. Kemudian ketika ia datang, Umar bertanya: “Apa yang
menyebabkan kamu kembali?” Abu Musa menjawab: “Aku telah meminta
izin sebanyak 3 kali, namu tidak diberi izin, sedangkan aku mendengar
Rasulullah bersabda:
إذا استأذن أحدكم ثلاثا فلم يؤذن له فليرجع
Maksudnya: “Jika salah seorang dari kamu sudah meminta izin sebanyak 3 kali,
namun tidak diberi izin maka kembalilah” (H.R. Al-Bukhari: 5776).
Umar berkata: “Engkau harus membawa saksi atas perkataanmu itu
atau kalau tidak akan memukulmu.”
28
Abu Musa pun mendatangi sekolompok sahabat Ansar dan
menceritakan perkataan Umar itu kepada mereka. Mereka berkata:
“Cukup orang yang paling muda dari kami yang bersaksi untukmu.” Maka
bangkitlah Abi Sa’id al-Khudri dan menyampaikan kepada Umar tentang hadis
tersebut. Umar lalu berkata: “Sungguh kesibukan berjual beli di pasar dahulu
telah melalaikanku.”
2.1.2 Hadis
Di dalam hadis juga Rasulullah telah menyebutnya secara terperinci
berkaitan larangan untuk melakukan tajassus.
i. Sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Abi Daud:
يا معشر من-صلى الله عليه وسلم- عن أبى برزة الأسلمى قال قال رسول الله
آمن بلسانه ولم يدخل الإيمان قلبه لا تغتابوا المسلمين ولا تتبعوا عوراتهم فإنه من
.اتبع عوراتهم يتبع الله عورته ومن يتبع الله عورته يفضحه فى بيته
Maksudnya: “Daripada Abi Barzah al-Aslami, katanya: Bersabda Rasulullah
: “Wahai sekalian yang mendakwa beriman dengan lidahnya, namun iman
tidak masuk ke dalam hatinya, jangan kamu mengumpat kaum muslimin, jangan
kamu mencari-cari keaiban mereka. Sesiapa mencari-cari keaiban kaum
muslimin, maka Allah s.w.t akan mencari keaibannya. Sesiapa yang Allah s.w.t
cari keaibannya, maka Allah s.w.t akan mendedahkan sekalipun di rumahnya.”
(H.R. Abi Daud: 4880).
ii. Rasulullah juga melarang untuk mencari-cari aib orang lain. Sabda
baginda yang diriwayatkan dalam Sunan Abi Daud:
29
يقول إنك إن اتبعت-صلى الله عليه وسلم- عن معاوية قال سمعت رسول الله
فقال أبو الدرداءكلمة سمعها.عورات الناس أفسدتهم أوكدت أن تفسدهم
. نفعه الله تعالى بها-صلى الله عليه وسلم- معاوية من رسول الله
Maksudnya: “Daripada Mu‟awiyah r.a berkata: Saya mendengar Rasulullah
s.a.w bersabda: Sesungguhnya engkau jika mencari-cari keaiban orang ramai
nescaya engkau merosakkan mereka atau hampir merosakkan mereka. Kata Abu
Darda‟: Itu adalah perkataan yang Mu‟awiyah dengar daripada Rasulullah s.a.w.
Allah s.w.t memberikan manfaat kepadanya dengan perkataan tersebut.” (H.R.
Abi Daud: 4888).
iii. Selain itu Rasulullah melarang untuk mengintip namun jika perkara
tersebut jelas maka boleh untuk bertindak. Sebagaimana sabda Baginda
yang diriyawatkan oleh Abu Daud:
عن زيد بن وهب قال أتى ابن مسعود فقيل هذا فلان تقطر لحيته خمرا فقال
.عبد الله إنا قد نهينا عن التجسس ولكن إن يظهر لنا شىء نأخذ به
Maksudnya: “Daripada Zaid bin Wahab katanya: Dibawa seorang lelaki kepada
Ibn Mas‟ud, lalu diberitahu kepanya: Lelaki ini menitis arak dari janggutnya.
Kata Abdullah bin Mas‟ud: “Kita dilarang untuk mengintip, namun apabila jelas
kepada kita maka kita bertindak.” (H.R. Abu Daud: 4892).
2.1.3 Athar
Berdasarkan sebuah peristiwa yang diriwayatkan oleh Abdur Rahman bin Auf
berkata: “Aku keluar bersama Umar pada waktu kami berjalan, tiba-tiba kami
melihat sebuah lampu lalu kami berjalan unntuk mengikutinya, ketika kami sudah
hampir dengan lampu itu, tiba-tiba kelihatan sebuah rumah yang pintunya berkunci
dan didalamnya terdapat suara yang keras, lalu Umar memegang tanganku dan
berkata: “Adakah kamu tahu ini rumah siapa?” aku menjawab: “Tidak”. Lalu dia
berkata: “ini adalah rumah Rabi’ah bin Umayyah bin Khalaf, dan mereka sekarang
sedang meminum khamr dan apa pendapatmu?” Aku berkata: “Aku berpendapat
bahwa kita telah melakukan apa yang dilarang oleh Allah . Allah berfirman:
30
ْإِّثۡمٰۖٓ َو ََل ََتَ َّس ُسوا َأبَ ۡعن َيَضأۡ ٱل َُّكظ َ ّلِن َ﴿ويَىََ َأل ُّي َه َيا ۡغٱ َتََّّ ِّليب َن َّب َءۡعا َُمضُنواْ ُكٱم ۡج َت َبنِّ ُۡبعو ًاْضاۚ َكثَِّأيُُٗريِّا ُّ ِّمب َنأَٱ َلح َُّدظ ِّن ُكإِّ َّۡمن
َ َ َ ۡل َم
َم ۡي ٗتا ِّأ ِّخيه
﴾١٢ فَ َكرِّ ۡه ُت ُموهُۚ َوٱ َّت ُقواْ ٱّ َّل َلۚ إِّ َّن ٱّ َّل َل تَ َّواب َّر ِّحيم
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari
sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana
sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu
mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah
setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu
suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan
mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah
larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah;
sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Q.S. Al-Hujurat:
49: 12)
Lalu Umar pulang dan membiarkan mereka. Dan menurut Imam al-Ghazali,
peristiwa ini menunjukkan bahawa wajibnya seseorang untuk menutupi dan
meninggalkan perbuatan mencari keburukan (tajassus) terhadap orang lain (Adnan,
2017).
Seterusnya, peristiwa lain yang juga dikaitkan dengan tajassus ini, iaitu
berdasarkan sebuah peristiwa yang dicantumkan Imam al-Ghazali, yang merupakan
peristiwa yang juga berlaku kepada Umar: “Pada suatu malam, Umar berjalan di
Madinah lalu beliau mendengar suara orang laki-laki di dalam sebuah rumah yang
sedang menyanyi, kemudian Umar menaiki rumah tersebut ternyata disisi lelaki
tersebut ada seorang wanita dan juga terdapat arak, lalu Umar berkata: “Hai musuh
Allah! Apakah kamu menyangka bahawa Allah menutupimu dan kamu berbuat
maksiat kepadaNya”. Lalu lelaki tersebut berkata: “Hai amirul mu’minin janganlah
tergesa-gesa, sedangkan aku berbuat maksiat kepada Allah dengan satu maksiat,
31
dan engkau telah melakukan tiga kemaksiatan kepada Allah , iaitu, Allah
berfirman di dalam surah al-Hujurat ayat 12:
ْإِّثۡمٰۖٓ َو ََل ََتَ َّس ُسوا َأبَ ۡعن َيَضأۡ ٱل َُّكظ َ ِّلن َ﴿ويَىََ َأل ُّي َه َيا ۡغٱ َتََّّ ِّليب َن َّب َءۡعا َُمضُنواْ ُكٱم ۡج َت َبنِّ ُۡبعو ًاْضاۚ َكثَِّأيُُٗريِّا ُّ ِّمب َنأَٱ َلح َُّدظ ِّن ُكإِّ َّۡمن
َ َ َ ۡل َم
َم ۡي ٗتا ِّأ ِّخيه
﴾١٢ فَ َكرِّ ۡه ُت ُمو ُهۚ َوٱ َّت ُقواْ ٱّ َّل َلۚ إِّ َّن ٱّ َّل َل تَ َّواب َّر ِّحيم
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari
sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana
sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu
mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah
setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu
suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan
mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah
larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah;
sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Q.S. Al-Hujurat:
49: 12)
Dan engkau telah mencari-cari keburukan orang lain. Kemudian, Allah berfirman
di dalam surah al-Baqarah ayat 189:
ُْ َظع ُهِّنو ٱرِّ َۡۡهلَاهِّ َوَّل َلَٰةِّۖ ُق ِّكۡل َّن ِّٱِلۡ َِهِّ َّب َم َمَوَٰ ِّنقِّيٱ َّت ُ َت َٰۗقٰلِّلَو َّنۡأاتُ ِّواْسٱ ۡۡ َلُوٱُيَوۡ َل َ ِّتجِّۗ ِّم َو ۡلَن ۡي َأ َبۡ َوَٰسبِّ َٱهلۡاِِّۚ َُّبوٱ َّتبِّ ُأقَونا ﴿۞ي َ ۡسٔ َٔلُونَ َك
تَ ۡأتُواْ ٱ ۡۡلُ ُيو َت ِّمن
﴾١٨٩ ٱّ َّل َل َل َع َّل ُك ۡم ُت ۡفلِّ ُحو َن
Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai
(peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: "(peredaran) anak-anak bulan itu
menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat Haji.
Dan bukanlah perkara kebajikan: kamu memasuki rumah dari bahagian
belakangnya (ketika kamu berihram) akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan
orang yang bertaqwa; dan masuklah ke rumah (Kamu) itu melalui pintunya, serta
bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya." (Q.S. Al-Baqarah: 2:
189)
32
Dan kemaksiatan kedua yang telah engkau lakukan, engkau telah naik ke atas
rumahku. Dan yang ketiga berdasarkan firman Allah didalam surah an-Nur ayat
27:
َْوت ُ َسلِّ ُموا ْت َ ۡس َتأۡن ِّ ُسوا َحََّّ َٰت ُب ُيوتِّ ُك ۡم َغ ۡي َر ُب ُيوتًا ْتَ ۡد ُخ ُلوا َ َْءا َم ُنوا ٱََّّ ِّلي َن ﴿يَى َأ ُّي َها
َل
﴾٢٧ لَََ ىع أَ ۡهلِّ َهاۚ َذَٰلِّ ُك ۡم َخ ۡير َّل ُك ۡم لَ َع َّل ُك ۡم تَ َذ َّك ُرو َن
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam
mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu
meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; yang demikian adalah
lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang
sopan itu) (Q.S. An-Nur: 24: 27).
Sehingga akhir ayat, dan engkau telah memasuki rumahku tanpa izin dan tanpa salam
pula. Lalu Umar berkata: Apakah pada kamu kebaikan sekiranya aku mengampuni
kamu?” ia menjawab: “Iya, demi Allah hai amirul mu‟minin! Sesungguhnya jika
engkau mengampuni kesalahanku, maka aku tidak mengulangi pada perbuatan seperti
ini selama-lamanya.” Lalu Umar mengampuninya, keluar dan membiarkannya
(Adnan, 2017).
2.1.4 Al-Ijma’
Berdasarkan ayat al-Quran dalam surah al-Hujurat ayat ke 12 jelas menunjukkan
bahawa perbuatan tajassus ini di dalam Islam adalah dilarang. Perbuatan tajassus ini
termasuk adab-adab yang tercela. Bentuk larangan ini berlaku secara umum, iaitu pada
kalimah ولا تجسسyang bermaksud, “Janganlah kamu mencari-cari „aib, atau
kesalahan (seseorang)”. Di dalam Kamus Besar Arab Melayu, bahawa kata “La” boleh
membawa kepada tiga kegunaan iaitu sebagai kata Nafi ) (نافيةkata larangan )(ناهية
33
dan sebagai kata tambahan )(زائدة. Adapun menurut Syaikh Mustafa Ghula’yi’ ini,
kata “La” yang terdapat dalam kalimat ini merujuk kepada La Nahiyah Jazimah
(larangan yang pasti) yang bermaksud, sebuah larangan yang dituntut untuk
ditinggalkan (Adnan, 2017).
Dalam Tafsir al-Mishbah, M. Quraish Shihab mengatakan bahawa usaha untuk
melakukan tajassus, dapat menimbulkan kerenggangan hubungan kerana prinsipnya
adalah dilarang. Oleh sebab itu, tiada sebab seseorang itu boleh melakukannya.
Namun, ada keadaan tertentu yang dibincangkan oleh ulama tentang untuk melakukan
perbuatan tajassus ini untuk hal-hal yang tertentu dengan syarat-syarat yang
dibenarkan yang akan dibincangkan dalam bab yang seterusnya (Adnan, 2017).
2.1.5 Kaedah Fiqh
Bagi permasalahan ini, kajian ini menfokuskan kepada konsep mencegah kerana
ia berkaitan perbuatan tajassus yang bertujuan untuk menyiasat sesuatu perkara dan
bukannya untuk mencari aib seseorang. Oleh kerana itu, apabila berlakunya perbuatan
maksiat kemungkinan kesan yang akan berlaku lebih besar lagi. Oleh itu, kajian ini
melihat dalam kaedah fiqh lebih sesuai untuk dijadikan sebagai sandaran teori untuk
menguatkan lagi hujah dalam kajian ini. Kaedah fiqh tersebut adalah:
سد الذرائع
Maksudnya: menutup jalan terjadinya kerusakan (Dr. Ab. Latif Muda, 2015).
34
2.2 Sorotan Kajian-kajian Lepas
Antara kajian lepas yang telah dikaji berkaitan dengan tajuk adalah yang pertama
kajian yang dilakukan oleh Alias Azhar, Badarulzaman, Muhammad Hafiz Hussain,
Mohammad Azam Noor, Fauziah Mohd dalam jurnal mereka yang bertajuk
Parameter Hisbah Dalam Kerangka Perundangan Jenayah Syariah Di Malaysia:
Tinjauan Terhadap Pencegahan Kesalahan Jenayah Khalwat (2018). Objektif
kajian adalah mengenal pasti konsep hisbah dalam Syariah Islamiah yang bersifat
umum dan meluas aspek menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Metodologi kajian ini adalah kaedah kajian lapangan, kepustakaan dan analisis data.
Hasil kajian ini mendapati di Malaysia telah melaksanakan konsep hisbah dalam
bentuk yang tersendiri tanpa penjenamaan sesebuah intitusi secara khusus sebagai
“intitusi hisbah”. Kajian ini hanya membincangkan konsep hisbah secara umum
namun tidak membincangkan garis panduan dalam konsep hisbah secara terperinci
sepertimana yang akan dilakukan oleh kajian ini.
Kajian kedua yang dilakukan oleh Siti Zubaidah Ismail, Zusyarafain Yusof &
Mohd Afiq Afandi Mohd Azahari dalam jurnal mereka yang bertajuk Cabaran
Perundangan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syarie: Tumpuan Terhadap
Tatacara Penguatkuasaan dan Pendakwaan (2018). Objektif kajian ini adalah
mengenalpasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh penguatkuasa agama dan
pendakwaan. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah dokumentasi sahaja.
Hasil dapatan kajian ini adalah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh penguatkuasa
agama sememangya masih lagi tidak dapat diselesaikan walaupun telah banyak
insiden yang berlaku yang dikaitkan dengan pegawai penguatkuasa agama. Kajian ini
hanya membincangkan cabaran yang dihadapi oleh penguatkuasa agama namun tidak
membincangkan bagaimana garis panduan yang dilakukan oleh penguatkuasa
sebagaimana yang akan dilakukan dalam kajian ini.
35
Kajian ketiga yang dilakukan oleh Ismail, Wazzainab Fatahiyah, Ku Azizan, Ku
Shaharuddin dan Hanis Najwa dalam jurnal mereka yang bertajuk Skop Dan Peranan
Badan Penguatkuasa Jenayah Syariah Negeri Sarawak: Kupasan Dan Cadangan
Penambahbaikan (2017). Objektif yang kajian ini adalah mengenal pasti skop,
peranan dan pelbagai kekangan yang dihadapi oleh badan penguatkuasa jenayah
syariah Sarawak dalam menguatkuasakan undang-undang Syariah. Metodologi yang
digunakan dalam kajian ini adalah kaedah temubual berstruktur. Hasil kajian ini
mendapati terdapat kekangan dan kelemahan di dalam sistem pentadbiran
penguatkuasaan yang sedia ada dan memerlukan beberapa penambahbaikan lagi.
Kajian ini hanya menfokuskan peranan Badan Penguatkuasa Jenayah Syariah Negeri
Sarawak sahaja tetapi tidak menfokuskan kepada negeri Perak dan Perlis sepertimana
yang akan dilakukan dalam kajian ini.
Kajian keempat yang dilakukan oleh Mohamad Hafiz Bin Adnan dalam tesisnya
yang bertajuk Tajassus Menurut Perspektif al-Quran Dalam Tafsir al-Misbah
(2017) dari Fakulti Usuluddin dan Falsafah, Universitas Islam Negeri ar-Raniry,
Darussalam Bandar Aceh, Indonesia. Objektif kajian ini adalah membincangkan
berkaitan dengan perbuatan tajassus menurut pandangan al-Quran. Selain itu, kajian
ini juga membincangkan huraian di dalam kitab tafsir al-Misbah berkaitan tajassus.
Metodologi kajian ini hanya berdasarkan kepustakaan sahaja. Hasil dapatan kajian ini
adalah perbuatan tajassus ini merupakan perbuatan yang dilarang oleh Allah sama
sekali namun sekiranya ia bersangkut paut dengan keselamatan negara atau
mengelakkan daripada berlakunya kemudaratan yang bersifat umum, maka ia
dikecualikan dan dibenarkan untuk melakukan tajassus. Kajian ini hanya
membincangkan tajassus menurut perspektif al-Quran dan kitab tafsir al-Misbah tetapi
tidak membincangkan dan mengaitkan tajassus di dalam prosedur penyiasatan yang
akan dilakukan dalam kajian ini.
Kajian kelima yang dilakukan oleh Ibrahim Deris dan Hanifah Haydar Ali
Tajuddin dalam jurnal mereka yang bertajuk Penggunaan Garis Panduan Dan Etika
Dalam Penambahbaikan Perjalanan Penguatkuasaan Dan Pendakwaan
Kesalahan Syariah (2015). Objektif kajian ini adalah mengenal pasti sejauh mana
keberkesanan garis panduan di dalam penyelesaian kes jenayah syariah. Metodologi
yang digunakan dalam kajian ini adalah dokumentasi sahaja. Hasil dapatan kajian ini
menunjukkan masih terdapat kelemahan di dalam garis panduan dalam
36
penguatkuasaan. Garis panduan yang sedia ada mengenai tatacara pendakwaan
sepatutnya dilihat dan dikaji supaya dijadikan rujukan yang komprehensif. Kajian ini
hanya membincangkan penggunaan garis panduan dan etika dalam penambahbaikan
perjalanan penguatkuasaan dan pendakwaan kesalahan jenayah syariah namun tidak
membincangkan konsep tajassus atau intipan yang dilakukan penguatkuasa agama
sepertimana yang akan dilakukan dalam kajian ini.
Kajian keenam pula kajian yang dilakukan oleh Norita Binti Kamaruddin dalam
jurnalnya yang berkaitan dengan Konsep Penyiasatan Menurut Syarak (2015).
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji konsep penyiasatan menurut syarak
dengan merujuk nas-nas yang qat’ie. Selain itu juga, untuk mengkaji konsep tajassus
yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu terutamanya pihak penguatkuasa agama.
Metodologi kajian ini dilakukan berdasarkan kaedah kepustakaan sahaja. Hasil kajian
ini mendapati bahawa intipan boleh dibuat oleh penguatkuasa, tetapi bukannya oleh
orang awam. Orang awam kekal dengan hukum umum iaitu larangan mengintip yang
sabit dengan hadith dan ayat al-Quran. Apa yang tidak dibincangkan dalam kajian ini
prosedur penyiasatan yang dilakukan oleh Jabatan Agama di Malaysia.
Kajian ketujuh yang dilakukan oleh Ainul Bashirah Binti Ismail, Zuliza Binti
Mohd Kusrin dan Mat Noor Mat Zin dalam jurnalnya yang bertajuk Kesalahan
Khalwat dan Perbuatan Tidak Sopan dan Hukumannya Menurut Islam (2012)
dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi,
Selangor, Malaysia. Objektif kajian ini adalah membincangkan definisi khalwat dan
perbuatan tidak sopan menurut perspektif Islam. Selain itu, kajian ini mengupas
bentuk-bentuk hukuman bagi kedua-dua kesalahan tersebut. Metodologi kajian ini
dilakukan berdasarkan kepustakaan dan analisis data. Hasil dapatan kajian ini adalah
terdapat perbezaan dari segi definisi khalwat dan perbuatan tidak sopan di dalam Islam
namun dari segi hukumannya tidak terdapat perbezaan kerana kedua-dua kesalahan ini
dikategorikan sebagai hukuman takzir. Kajian ini hanya menganalisis data-data kes
khalwat dan perbuatan tidak sopan di negeri Perak tetapi tidak membincangkan
berkaitan intipan atau tajassus yang dilakukan oleh jawatankuasa syariah negeri Perak.
37
Kajian kelapan yang dilakukan oleh Suhaimi Bin Hj. Gemok dalam tesisnya
yang bertajuk Penguatkuasaan kesalahan jenayah Islam di Brunei Darussalam
(2010). Objektif kajian ini adalah mengkaji konsep penguatkuasaan jenayah dalam
Islam di Brunei. Selain itu, kajian ini juga menilai sejauhmanakah kelemahan
penguatkuasa agama dalam menjalankan tugas di Brunei. Metodologi yang digunakan
dalam kajian ini adalah kajian lapangan yang terdiri daripada temubual secara
berstruktur, pemerhatian dan penilitian fail-fail kes. Hasil dapatan kajian ini adalah
masih terdapat kelemahan undang-undang jenayah Islam dalam penguatkuasaan yang
perlu diperbaiki di Brunei. Kajian ini hanya membincangkan berkaitan undang-undang
jenayah Islam dalam penguatkuasaan di Brunei sahaja tetapi tidak membincangkan
berkaitan tajassus atau intipan yang dilakukan oleh penguatkuasa agama di Malaysia
dalam melakukan operasi tangkapan sepertimana yang akan dilakukan dalam kajian
ini.
Kajian kesembilan, kajian yang dilakukan oleh Siti Zubaidah Binti Ismail dalam
jurnalnya yang bertajuk Dasar Penguatkuasaan dan Pendakwaan Jenayah Syariah
Malaysia (2008). Objektif kajian ini adalah membincangkan menguatkuasakan
undang-undang jenayah Syariah sebagai tugas utama penguatkuasaan agama. Selain
itu, kajian ini membincangkan kepentingan Standard Operating Procedure (SOP)
untuk penguatkuasaan agama dan kesesuaiannya dalam menangani kes jenayah
Syariah sebelum kertas siasatan diserahkan kepada pendakwa Syarie. Metodologi
kajian ini dilakukan berdasarkan kaedah soal selidik dan menganalisis data. Hasil
kajian ini mendapati bahawa SOP amat penting untuk penguatkuasa agama bagi
melakukan siasatan. Tetapi kajian ini hanya membincangkan berkaitan dengan
penguatkuasa dan pendakwaan tetapi tidak membincangkan berkaitan dengan intipan
atau tajassus dengan lebih mendalam.
Kajian kesempuluh, kajian yang dilakukan oleh Ahmad Azam Mohd Shariff dan
Mazupi Abdul Rahman dalam jurnal mereka yang bertajuk Siasatan Kes Jenayah
Syariah di bawah Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah
Persekutuan) 1997 (2005). Objektif kajian ini adalah mengupas proses-proses
siasatan kes jenayah syariah dari sudut syarak. Selain itu, mengkaji keberkesanan
penguatkuasaan peruntukan undang-undang yang berkaitan dalam Akta Syariah secara
38
umum serta mengutarakan beberapa saranan serta cadangan yang praktikal.
Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah dokumentasi sahaja. Hasil
kajian ini mendapati masih terdapat sedikit kelemahan dari segi peruntukan-
peruntukan undang-undang serta pengaplikasian proses siasatan di bawah akta ini.
Kajian ini hanya membincangkan Siasatan Kes Jenayah Syariah di bawah Akta
Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 sahaja tetapi tidak
membincangkan bagaimana SOP penguatkuasaan sepertimana yang akan dilakukan
oleh kajian ini.,
Berdasarkan sorotan-sorotan karya yang telah disenaraikan dalam bab ini, kajian
ini akan melakarkan satu jadual supaya dapat memberikan satu gambaran yang mudah
berkaitan dengan tajuk kajian yang akan dikaji oleh kajian ini. Tambahan lagi kajian ini
mendapati ada jurang di antara tajuk pengkaji dengan tajuk-tajuk yang telah dibincangkan
oleh pengkaji-pengkaji yang lepas. Jadual tersebut adalah seperti yang berikut:
39
2.2.1 Jadual Sorotan Karya
BIL NAMA TAJUK JENIS GAP/JURANG hanya
(TAHUN) Parameter KARYA
Jurnal Kajian ini
1. Alias Azhar,
Badarulzaman, Hisbah Dalam membincangkan konsep
Muhammad Kerangka hisbah secara umum namun
Hafiz Hussain, Perundangan tidak membincangkan garis
Mohammad Jenayah Syariah panduan dalam konsep
Azam Noor, Di Malaysia: hisbah secara terperinci
Fauziah Mohd Tinjauan sepertimana yang akan
(2018) Terhadap dilakukan oleh kajian ini.
Pencegahan
Kesalahan
Jenayah
Khalwat
2. Siti Zubaidah Cabaran Jurnal Kajian ini hanya
Ismail, Perundangan membincangkan cabaran
Zusyarafain Penguatkuasaan yang dihadapi oleh
Yusof & dan Pendakwaan penguatkuasa agama
Mohd Afiq Syarie: namun tidak
Afandi Mohd Tumpuan membincangkan
Azahari Terhadap bagaimana garis panduan
(2018) Tatacara yang dilakukan oleh
Penguatkuasaan penguatkuasa sebagaimana
dan Pendakwaan yang akan dilakukan dalam
kajian ini.
3. Ismail, Skop Dan Jurnal Kajian ini hanya
Wazzainab Peranan Badan menfokuskan peranan
Fatahiyah, Ku Penguatkuasa Badan Penguatkuasa
Azizan, Ku Jenayah Syariah Jenayah Syariah Negeri
Shaharuddin Negeri Sarawak: Sarawak sahaja tetapi tidak
dan Hanis Kupasan Dan 40
Najwa (2017) Cadangan
Penambahbaikan menfokuskan kepada negeri
Perak dan Perlis
sepertimana yang akan
dilakukan dalam kajian ini.
4. Mohamad Tajassus Tesis Kajian ini hanya
Hafiz Bin Menurut membincangkan tajassus
Adnan (2017) Perspektif al- menurut perspektif al-
Quran Dalam Quran dan kitab tafsir al-
Tafsir al-Misbah Misbah tetapi tidak
membincangkan dan
mengaitkan tajassus di
dalam prosedur penyiasatan
yang akan dilakukan oleh
kajian ini.
5. Norita Binti Konsep Jurnal Apa yang tidak
Kamaruddin Penyiasatan dibincangkan dalam kajian
(2015) Menurut Syarak ini prosedur penyiasatan
yang dilakukan oleh
Jabatan Agama di Malaysia
6. Ibrahim Deris Penggunaan Jurnal Kajian ini hanya
membincangkan
dan Hanifah Garis Panduan penggunaan garis panduan
dan etika dalam
Haydar Ali Dan Etika penambahbaikan
perjalanan penguatkuasaan
Tajuddin Dalam dan pendakwaan kesalahan
jenayah syariah namun
(2015) Penambahbaikan tidak membincangkan
konsep tajassus atau intipan
Perjalanan
Penguatkuasaan
Dan
Pendakwaan
41
Kesalahan yang dilakukan
Syariah
penguatkuasa agama
sepertimana yang akan
dilakukan dalam kajian ini.
7. Ainul Kesalahan Jurnal Hanya menganalisis kes
Bashirah Binti Khalwat dan khalwat tetapi tidak
Ismail, Zuliza Perbuatan Tidak membincangkan prosedur
Binti Mohd Sopan dan tangkapan kes khalwat.
Kusrin dan Hukumannya
Mat Noor Mat Menurut Islam
Zin (2012)
8. Suhaimi Bin Penguatkuasaan Tesis Kajian ini hanya
Hj. Gemok kesalahan
(2010) jenayah Islam di membincangkan berkaitan
Brunei
Darussalam undang-undang jenayah
Islam dalam
penguatkuasaan di Brunei
sahaja tetapi tidak
membincangkan berkaitan
tajassus atau intipan yang
dilakukan oleh
penguatkuasa agama di
Malaysia dalam melakukan
operasi tangkapan
sepertimana yang akan
dilakukan dalam kajian ini.
9. Siti Zubaidah Dasar Jurnal Hanya membincangkan
Binti Ismail Penguatkuasaan berkaitan dengan
(2008) dan Pendakwaan penguatkuasa dan
Jenayah Syariah pendakwaan tetapi tidak
Malaysia membincangkan berkaitan
42
dengan intipan atau tajassus
dengan lebih mendalam
10. Ahmad Azam Siasatan Kes Jurnal Kajian ini hanya
Mohd Shariff Jenayah Syariah membincangkan Siasatan
dan Mazupi di bawah Akta Kes Jenayah Syariah di
Abdul Prosedur bawah Akta Prosedur
Rahman Jenayah Syariah Jenayah Syariah (Wilayah-
(2005) (Wilayah- Wilayah Persekutuan) 1997
Wilayah sahaja tetapi tidak
Persekutuan) membincangkan
1997 bagaimana SOP
penguatkuasaan
sepertimana yang akan
dilakukan oleh kajian ini.
43
44
2.4 Rumusan Bab
Secara rumusannya dapatlah disimpulkan bahawa teori tajassus ini
mempunyai ayat yang khusus dan jelas tentang tajassus ini iaitu surah al-Hujurat ayat
ke 12. Namun ia hanya membincangkan berdasarkan konteks tertentu sahaja. Surah
al-Hujurat ayat ke 12 membincangkan berkaitan larangan umat Islam untuk
melakukan tajassus atau mengintip hal peribadi seseorang dengan tujuan untuk
mencari aibnya. Berdasarkan pemahaman daripada ayat tersebut jelas hukum asas bagi
perbuatan tajassus adalah haram sekiranya perbuatan tersebut sengaja untuk mencari
aib.
Tambahan lagi dalam sorotan karya-karya yang telah disenaraikan dalam bab
ini tidak ada seorang pengkaji yang mengkaji tentang perbuatan tajassus yang
dilakukan oleh penguatkuasa agama. Kajian-kajian mereka hanyalah menjelaskan
secara umum konsep tajassus dan undang-undang yang berkaitan dengan kesalahan
jenayah syariah. Selain itu, kajian berkaitan dengan konsep tajassus ini tidak ramai
dikaji oleh pengkaji lain. Oleh sebab itu, kajian berkaitan dengan konsep tajassus ini
penting dikaji dan perlu dikembangkan lagi.
45
BAB III
KONSEP TAJASSUS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
3.0 Pendahuluan
Sepertimana yang telah dibincangkan pada bab kedua berkaitan teori serta
kajian-kajian lepas, pada bab ini pula kajian ini akan menggunakan data yang sedia
ada untuk membahaskan pula pada bab ketiga ini iaitu konsep tajassus menurut
perspektif Islam. Perbahasan dalam bab tiga ini akan memberikan konsep tajassus
secara umum iaitu pengertian dari segi bahasa dan istilah. Selain itu, dalam bab ini
akan dikumpulkan beberapa pandangan ulama berkaitan dengan konsep tajassus sama
ada daripada ulama’ silam dan ulama’ kontemporari.
Seterusnya, dalam bab ini juga akan memberikan dalil daripada al-Quran dan
Hadis serta bentuk larangan yang difahami oleh ulama’ sehingga dapat mengeluarkan
hukum berkaitan dengan tajassus ini. Sebahagian daripada ulama’ ada yang
membenarkan perbuatan tajassus sekiranya perbuatan tersebut mendesak atau terdapat
kemaslahan daripada tajassus tersebut. Bahkan sebahagian yang lain pula
berpandangan haram mutlak kerana tajassus sudah jelas diharamkan oleh Allah
dalam al-Quran.
Tambahan lagi pada bab ini juga akan melihat beberapa pembahagian tajassus
serta keadaan tajassus yang dibenarkan secara mendalam. Dalam bab ini juga akan
menyenaraikan serta mengaitkan perbuatan tajassus dalam amar ma’ruf nahi munkar
sepertimana yang dilakukan oleh penguatkuasa agama dalam mencegah kemungkaran.
Akhir sekali, dalam bab ini akan membuat rumusan secara umum berkaitan apa yang
dibincangkan dalam bab ketiga ini.
46
3.1 Definisi Tajassus
Dari segi bahasa tajassus berasal daripada perkataan ‘ ’جس – يجسyang
bermaksud mengintip, meraba, mengintai, mencari-cari dan memata-matai. Perkataan
‘ ’جواسيس – جاسوسة – جاسوسpula bermaksud pengitip atau pengintipan (Adnan,
2017).
Dalam Kamus Besar Dewan, perkataan tajassus berasal daripada perkataan
‘ ’جس يجس – جسا – جاساyang membawa kepada empat maksud iaitu ‘ ’الأرضyang
bermaksud memijak-mijak, ‘ ’الجبرyang bermaksud menyelidiki, ‘ ’الشئyang
bermaksud meraba-raba atau menyentuh, dan ‘ ’الشخص بعينيهyang bermaksud
penglihatan (Adnan, 2017).
Menurut kamus Lisan al-Arab karangan Ibn Manzur yang mendefinisikan
bahawa jassus boleh juga diertikan dengan ‘ ’صاحب شر الشرyang bermaksud
penyimpan atau pemilik rahsia yang buruk dan ‘ ’العين يتجسس الأخبار ثم يأتي بهyang
bermaksud memata-matai suatu berita kemudian menyebarkannya (Adnan, 2017).
Secara terminologinya pula, tajassus merupakan satu usaha atau cara untuk
mengetahui aib seseorang, menyelediki aib seseorang, atau perbuatan menyelidiki
samada menyelidiki secara sembunyi mahupun tertutup. Selain itu, tajassus juga boleh
dikaitkan dengan kegiatan yang selalu dilakukan oleh badan yang dilantik oleh sebuah
pertubuhan atau organisasi samada daripada badan swasta mahupun badan kerajaan
seperti penyiasat persendirian yang mana mereka dibayar untuk mendapatkan berita
atau kerahsiaan seseorang yang kebiasaannya dilakukan oleh wartawan. Tugas
wartawan adalah untuk mencari dan menyebar berita mengenai seseorang dengan cara
bertujuan sehingga dengan cara mengambil gambar dengan mencuri-curi dan
mendengar perbualan yang ingin dirahsiakan kepada orang lain. Seterusnya, ada juga
47
badan-badan yang dilantik khusus oleh kerajaan seperti badan pencegah maksiat yang
berada dibawah naungan kerajaan negeri (Adnan, 2017).
Menurut Mustafa al-Maragi di dalam tafsirnya tajassus adalah mengintai-
ngintai. Mengintai-ngintai di sini bermaksud mencari keburukan-keburukan dan
kesalahan-kesalahan serta membuka perkara yang ditutup itu kemudian disampaikan
atau disebarkan kepada orang lain. Kalimah تجسسlebih kepada mencari-cari khabar
berita dengan menggunakan panca indera seperti telinga dan mata atau dengan kata
lainnya mencuri-curi berita dengar perbualan orang lain atau mengintip dengan
menggunakan mata. Sedangkan جاسوسmerujuk kepada si pelaku ataupun orang yang
menyelidiki dengan mencuri berita yang buruk atau keaiban orang lain kemudian
menyebarkannya kepada orang lain dengan tujuan untuk memburuk orang tersebut
(Kamaruddin, 2015).
Syeikh Yusuf al-Qardhawi mendefinisikan tajassus sebagai orang yang
menyiasat aib dan keburukan orang ini merupakan orang yang tidak mempunyai
kepercayaan kepada si pelaku maksiat tersebut sehingga menyebabkan si penyiasat ini
berada dalam keadaan su’udzon iaitu berburuk sangka. Sering kali terjadi berburuk
sangka ini bermulanya daripada perbuatan tajassus. Setiap manusia mempunyai hak
kehormatan diri yang perlu dijaga yang mana ia tidak boleh dicuri atau dirampas
dengan cara tajassus dan diselidiki keburukannya, sekalipun seseorang itu melakukan
dosa selagi mana ia dilakukan secara tersembunyi (Kamaruddin, 2015).
48
3.2 Dalil Berkaitan Tajassus
Satu-satunya dalil al-Quran yang menerangkan atau mempunyai perkataan
tajassus di dalam surah al-Hujurat ayat ke 12 Allah berfirman:
ْإِّثۡمٰۖٓ َو ََل ََ َت َّس ُسوا َأبَ ۡعن َيَضأۡ ٱل َُّكظ َ ِّلن َ﴿ويَىََ َأل ُّي َه َيا ۡغٱ َتََّّ ِّليب َن َّب َءۡعا َُمضُنواْ ُكٱم ۡج َت َبنِّ ُۡبعواًْضاۚ َكثَِّأيُُٗريِّا ُّ ِّمب َنأَٱ َلح َُّدظ ِّن ُإكِّ َّۡمن
َ َ َ ۡل َم
َم ۡي ٗتا ِّأ ِّخيه
﴾١٢ َف َك ِّر ۡه ُت ُمو ُهۚ َوٱ َّت ُقواْ ٱّ َّل َلۚ إِّ َّن ٱّ َّل َل تَ َّواب َّر ِّحيم
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari
sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana
sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu
mengintip mencari-cari kesalahan orang dan janganlah setengah kamu
mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan
daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.
(Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu
kepada Allah Sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani”
(Q.S. Al-Hujurat: 49: 12).
Surah al-Hujurat ini merupakan surah Madaniyyah yang mana ia diturunkan
selepas penghijrahan Nabi ke Madinah. Maksud al-Hujurat ialah bilik-bilik iaitu
bilik-bilik di rumah Rasulullah bersama isteri-isteri Baginda. Oleh itu, surah ini
bertepatan dengan tema yang ditulis oleh Thaba’thaba’i yang mengklasifikasikan
surah ini dalam bahagian akhlak. Dalam surah ini banyak menceritakan tentang akhlak
sesama manusia yang perlu dijaga agar keharmonian hidup bermasyarakat dapat
terjalin.
Menurut Hafiz Adnan (2017) asbab ayat ini diturunkan kerana peristiwa tentang
dua orang lelaki daripada kalangan sahabat yang mengumpat sahabatnya. Pada waktu
itu Nabi didatangi tetamu. Kemudian Baginda mengutuskan seseorang untuk
melayani dua orang lelaki tadi. Orang yang diutuskan oleh Baginda untuk
49
melayani tetamu itu adalah Salman . Untuk melayani tetamu tersebut Salman
pulang ke rumahnya lalu matanya terasa sangat berat kemudian tertidur dan tidak
sempat untuk melayani tetamu tersebut.
Apabila dua orang lelaki tadi tiba disuatu tempat, mereka tidak diberikan
makanan dan layanan apa pun dan maka mereka berkata kepada Salman “Pergilah
kepada Nabi dan mintalah makanan untuk kami”. Kemudian Salman
menemui Nabi dan Nabi menyuruhnya untuk pergi ke rumah Usamah bin
Zaid untuk meminta lebihan makanan kerana Usamah merupakan bendahara
Nabi pada ketika itu. Maka Salman pergi menemui Usamah dan
Usamah berkata bahawa dia tidak mempunyai apa-apa makanan. Kemudian
Salman menemui dua orang lelaki tadi dan memberitahu apa yang terjadi, lalu
mereka berkata “Dia pasti mempunyai makanan tetapi tidak mahu memberikannya”.
Dua orang lelaki itu menyuruh pula Salman untuk menemui sekelompok
sahabat yang lain tetapi tidak dapat apa-apa juga daripada mereka. Kemudian salah
seorang daripada dua orang lelaki itu berkata “Kalau kita menyuruh Salman untuk
pergi ke telaga Sumaihah, pasti dia akan tenggelam di dalamnya.” Kemudian mereka
mengumpat Usamah bahawa dia mempunyai makanan. Dan perbuatan mereka itu
dilihat oleh Nabi , lalu Nabi berkata kepada mereka “Sesungguhnya aku
melihat ada potongan daging pada mulut kamu.” Mereka menjawab “Wahai Nabi
Allah , demi Allah kami belum makan apa-apa pun hari ini”. Maka Nabi
berkata “Kalian telah melakukan kezaliman dan potongan daging itu adalah
daging Salman dan Usamah”. Selepas peristiwa tersebut maka turunlah ayat ini dan
peristiwa ini diriwayatkan oleh Tsa’labi.
50
Antara ulama tafsir yang mentafsirkan maksud al-tajassus dalam ayat ini ialah
al-Imam al-Qurtubi (671H). Beliau menjelaskan maksud ayat (wa la tajassasu)
tersebut: “Guna dan ambil apa yang jelas, jangan kamu mencari-cari keaiban kaum
muslimin, iaitu jangan kamu mencari-cari keaiban saudaramu untuk melihat setelah
Allah menutupnya.” Kemudian Imam al-Qurtubi telah mengemukakan riwayat-
riwayat yang memadai tentang larangan mengintai atau mengintip maksiat orang lain
dengan tujuan untuk diambil tindakan (Kamaruddin, 2015).
Menurut Syeikh al-Tabari (310H) menghurai ayat ini: Jangan kamu mencari
keaiban antara satu sama lain, jangan kamu mencari-cari rahsianya dengan tujuan
untuk mengetahui kecacatannya. Namun berpadalah dengan apa yang kamu lihat pada
dirinya. Nilailah dia atas asas tersebut sama ada baik atau buruk. Jangan kamu mencari
kesalahannya. Kata Ibnu Abbas: “Allah melarang orang mukmin daripada
mencari keburukan-keburukan mukmin yang lain. Kata Mujahid: “Ambillah apa yang
nyata dan tinggalkanlah apa yang Allah tutup.” Kata Qatadah: Tahukah kamu apa
itu tajassus? Iaitu kamu mencari-cari keaiban saudaramu untuk mengetahui rahsianya.
Kata Ibn Zaid: “Tajassus itu kamu berkata: sehingga aku dapat lihat kesalahan itu, aku
bertanya mengenainya untuk mengetahui adakah benar atau tidak.”(Kamaruddin,
2015).
Menurut Wahbah Zuhaili mengatakan ولا تجسسواbermaksud “jangan kamu
mencari keaiban dan keburukan kaum muslimin. Jangan kamu membuka apa yang
mereka tutupi dan jangan kamu cuba untuk melihat rahsia-rahsia mereka.” Beliau juga
menyebut bahawa tajassus ini termasuk dalam kategori dosa besar kerana ia mencari
keaiban yang tersembunyi dan rahsia (Kamaruddin, 2015).
Seorang ulama tafsir moden, Sayyid Qutb mentafsir ayat ini dengan mendekati
konteks zaman sekarang. Beliau menyebut: “Namun perkara ini kesannya lebih jauh
dari itu. Ia adalah prinsip Islam yang utama dalam sistem kemasyarakatannya, juga
dalam urusan perundangan dan perlaksanaannya. Sesungguhnya bagi manusia itu
kebebasan, kehormatan, kemuliaan yang tidak boleh dicerobohi dan disentuh dalam