The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

penguatkuasaan dan tajassus

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by HUSSIN ZULKIFLI, 2020-04-05 06:16:37

TAJASSUS

penguatkuasaan dan tajassus

Keywords: tajassus,khalwat

101

yang ada hanya terhad dan tidak boleh digunakan untuk operasi yang besar atau
ketika operasi bertembung dalam waktu yang sama. Mana-mana agensi sekali
pun memerlukan alat-alat yang secukupnya bagi membantu membuat siasatan.
Tindakan penguatkuasa akan lebih berkesan serta tidak membazirkan masa dan
tenaga yang banyak. Tanpa adanya peralatan seperti kamera, perakam suara,
teropong, alat untuk ujian saringan air kencing, alat pengukur penafasan, walkie-
talkie, radio-phone, serta jenis alat-alat perhubungan yang lain, maka kecekapan
dan kejayaan yang cemerlang masih jauh lagi untuk dicapai.

Oleh itu, masalah-masalah seperti ini harus diambil perhatian yang
sewajarnya oleh pihak pentadbir walaupun hanya melibatkan masalah-masalah
teknikal. Masalah yang kecil sekiranya dipandang ringan maka lama kelamaan
masalah tersebut akan berpanjangan sehingga menjejaskan operasi siasatan dan
serbuan. Membekalkan pelbagai peralatan yang sesuai kepada penguatkuasa
agama merupakan satu usaha yang perlu dilakukan. Selain itu, segala keperluan
kepada peralatan tersebut juga wajar ditingkatkan dari masa ke semasa mengikut
kesesuaian modal dan keluaran rekaan terbaru.

Seterusnya, dalam membincangkan berkaitan dengan peningkatan
pencapaian PPA adalah keperluan kepada kenderaan yang khusus untuk
menjalankan tugas. Bahagian Penguatkuasa Agama pada masa ini yang
ditugaskan untuk mengendalikan penguatkuasaan undang-undang jenayah Islam
dilihat masih tidak menyediakan kenderaan yang khusus. Sekiranya ada
sekalipun ia dilihat terhad untuk digunakan. Perkara ini berbeza sekali dengan
agensi-agensi lain seperti penguatkuasaan agama yang mengendalikan kes-kes
yang boleh membawa kepada keuntungan ekonomi melalui pengeluaran lesen
dan sijil halal seperti JAKIM di mana ia banyak diberi tumpuan berbanding
dengan penguatkuasaan jenayah. Oleh sebab ini, pihak pentadbir wajar melihat
penyediaan keperluan ini sebagai suatu kepentingan kerana kewibawaan serta
kecekapan penguatkuasaan jenayah syariah merupakan objektif yang utama
untuk mewujudkan keselamatan, kestabilan dan keharmonian beragama di
negara ini.

102

Di samping itu, PPA juga sepatutnya dibekalkan dengan senjata yang
bersesuaian. Jika dilihat pada masa ini PPA tidak mempunyai sebarang senjata
untuk kegunaan mempertahankan diri dan juga untuk tujuan penguatkuasaan
seperti gari dan belantan. Penggunaan senjata seperti pistol ini dilihat begitu
asing dengan PPA kerana sesetengah pihak beranggapan bahawa kesalahan
jenayah syariah tidak akan membawa kepada hukuman mati. Walau
bagaimanapun, masalah ini seharusnya dipertimbangkan disebabkan
keselamatan PPA tidak terlepas daripada terus menghadapi ancaman dan
cabaran. Sehinggakan beberapa kes PPA yang terlibat dengan pergaduhan, ada
yang dipukul, ditampar bahkan ada juga yang pernah ditembak semasa
menjalankan tugas.

9. Menubuhkan bangunan khas penguatkuasa agama

Bahagian Penguatkuasaan dikenali sebagai agensi yang menguruskan
undang-undang syariah seperti agensi penguatkuasa sivil yang lain.
Penguatkuasa sivil pada masa ini dilihat kesemuanya mempunyai bangunannya
yang tersendiri. Mempunyai bangunan yang tersendiri wajar diberi perhatian
kerana ia akan membawa kepada persekitaran yang selesa dan lebih kondusif.
Sebagai contoh apabila masalah-masalah yang timbul dalam Bahagian
Penguatkuasaan, maka jabatan itu dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada
masalah tersebut tanpa melibatkan campur tangan daripada bahagian lain. Oleh
kerana itu, Bahagian Penguatkuasaan dapat mengenal pasti dan menganalisis
masalah-masalah yang timbul dengan jelas serta dapat menyelesaikannya
dengan lebih berkesan.

Selain itu, dengan adanya persekitaran yang selesa ini dapat membantu
PPA membuat tugas secara bersistematik kerana adanya program, aktiviti, dan
perancangan penguatkuasaan dibantu oleh infrastruktur yang lebih tersusun.
Ruang-ruang latihan kemahiran sama ada secara teori mahupun praktikal dapat
juga diwujudkan dengan lebih sempurna. Wujudnya bangunan yang kondusif
itu dapat mempertingkatkan lagi mutu siasatan yang kini kelihatan semakin tidak
memberangsangkan oleh kerana adanya bilik-bilik siasatan yang lebih selesa dan

103

dibekalkan dengan peralatan yang bersesuaian seperti rakaman, alat audio
visual, projektor dan sebagainya. Bilik-bilik siasatan yang dicadangkan haruslah
menepati piawaian seperti yang biasa disediakan dalam hal siasatan seperti ruang
untuk membuat plan lakar. Suasana fasiliti sebegini sememangnya kelihatan
seperti sebuah institut pengajian di universiti kerana adanya dewan-dewan
kuliah latihan secara teori. Disamping itu, dapat membangkitkan rasa
keseronokan kepada pegawai baharu untuk mempelajari undang-undang dan hal
ehwal penguatkuasaan yang lebih sempurna.

Tambahan lagi, dewan-dewan latihan jasmani juga dapat diwujudkan
kerana ia dapat membantu untuk mengekalkan kecergasan PPA. Apabila diteliti
kembali tugas PPA lazimnya dibuat mengikut giliran berjadual yang mana
kadang-kala ia boleh mengganggu kesihatan dan rutin harian penguatkuasa. Ada
pegawai yang ditugaskan untuk melakukan operasi pada waktu malam sehingga
menjelang subuh dan sudah pasti tugasan waktu tersebut memenatkan bagi PPA.
Oleh itu, dengan wujudnya bilik latihan jasmani ini dapat membantu PPA
menjaga kecergasan fizikal serta menjalankan kerja dengan lebih sempurna.

10. Meningkatkan kos peruntukan perbelanjaan PPA

Tugas PPA dalam setiap pergerakan melaksanakan tugas operasi serbuan
dan siasatan memerlukan banyak perbelanjaan dan ia tidak mampu menampung
dengan gaji yang sedia ada. Perbelanjaan tersebut seperti kos minyak kenderaan
persendirian, kad prabayar untuk perhubungan, memberi upah kepada pemberi
maklumat, perbelanjaan makan dan minum lebih-lebih lagi pada waktu malam,
perbelanjaan perisikan dan siasatan. Kos-kos perbelanjaan yang disebutkan ini
tidak mencukupi dengan peruntukan gaji yang sedia ada. Kadang-kala untuk
menyelesaikan sesuatu kes akan menjadi lambat dan terpaksa ditunda pada
waktu yang lain. Tambahan lagi, aduan kes jenayah dilihat semakin bertambah
setiap bulan dan hanya mengharapkan PPA untuk menyelesaikannya.

104

5.3 Rumusan Bab

Sebagai kesimpulannya, cabaran yang dihadapi oleh PPA sememangnya adalah
realiti dan semakin hari semakin mencabar serta kompleks. Setiap tugas yang
dilakukan oleh PPA akan dinilai oleh masyarakat. Oleh sebab itu, PPA yang
bertanggungjawab melaksanakan operasi serbuan dan tangkapan ini haruslah berhati-
hati serta mengikut SOP yang telah ditetapkan agar insiden-insiden yang tidak diingini
berlaku. Ada kalanya masih juga berlaku insiden-insiden yang tidak dijangka
walaupun PPA telah melakukan tugas berdasarkan SOP yang betul. Setelah meneliti
daripada kajian-kajian yang sebelum ini ternyata berlakunya isu-isu ketika tugas
serbuan dan tangkapan dilakukan oleh PPA ini bukan hanya tidak mengikut SOP
sahaja. Terdapat faktor-faktor lain yang mengganggu gerak kerja PPA bermula
daripada aduan hinggalah proses pendakwaan dilakukan.

Dalam bab ini, telah menyenaraikan sepuluh cadangan penambahbaikan kepada
PPA lebih-lebih lagi kepada JAIN hasil daripada pemerhatian dan kajian yang
dilakukan. Banyak kekangan yang dihadapi oleh PPA ketika untuk melaksanakan
tugasan harian mereka. Oleh sebab itu, setiap kekurangan yang mengganggu kerja
operasi atau SOP penguatkuasa agama perlu segera diperbaiki. Seperti yang sedia
maklum objektif utama PPA adalah mencegah kemungkaran yang berlaku di dalam
setiap negeri. Oleh kerana terjadi insiden-insiden sehingga mengaibkan mangsa, maka
itu bukan lagi dipanggil mencegah kemungkaran tetapi ia menjadi tugas menyebar aib
seseorang. Dalam al-Quran dan al-Hadis telah jelas menyebutkan bahawa manusia
dilarang untuk menyebar aib seseorang. Oleh itu, segala kesilapan operasi yang
menyebabkan aib seseorang tersebar perlu dielakkan kerana perbuatan tersebut akan
mencemar nama baik PPA selaku muhtasib untuk mencegah kemungkaran.
Diharapkan setiap cadangan penambahbaikan yang disenaraikan dalam bab ini diteliti
dan dapat dipraktikkan dalam JAIN.

105

BAB VI
PENUTUP

6.0 Pendahuluan

Sepertimana yang telah dibincangkan oleh pengkaji dalam bab lima didapati
banyak cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh PPA dalam menjalankan tugasan
harian mereka. Setiap operasi yang dilakukan perlu berhati-hati dan mengikut SOP
yang betul agar kesilapan ketika melakukan operasi tidak berlaku dan seterusnya akan
menimbulkan insiden-insiden yang tidak diingini. Selain itu, pengkaji juga telah
menyenaraikan beberapa cadangan penambahbaikan untuk menjadikan setiap gerak
kerja PPA dilihat lebih bersistematik dan tersusun.

Oleh itu, pada bahagian ini yang merupakan bab enam iaitu penutup bagi
keseluruhan bab. Pada bahagian ini, pengkaji akan buat rumusan secara umum data
yang diperolehi daripada bab satu hinggalah bab lima berkaitan konsep tajassus dan
gerak kerja yang dilakukan oleh PPA. Selain itu, pengkaji akan menyenaraikan
beberapa cadangan kajian di masa hadapan bagi meneruskan dan mengembangkan lagi
pengkaji. Apabila dilihat masalah yang dihadapi oleh PPA ini sering kali berulang,
maka tidak mungkin ia akan berlaku lagi di masa hadapan. Oleh sebab itu pengkaji
wajar dikembangkan lagi oleh pengkaji yang seterusnya. Kemudian dalam bab ini juga
pengkaji akan menyenaraikan implikasi kajian terhadap dalam bidang ilmu,
masyarakat, JAIN, Jabatan Mufti-Mufti Negeri dan Kerajaan. Akhir sekali, pengkaji
akan merumuskan keseluruhan kajian ini menyatakan beberapa harapan pengkaji
berkaitan kajian ini.

106

6.1 Ringkasan Dapatan Kajian

Secara rumusannya dapatlah di simpulkan beberapa dapatan kajian sepanjang
kajian ini dijalankan. Berikut merupakan ringkasan dapatan daripada perbincangan
kesemua bab:

1. Dapatan kajian menunjukkan teori atau asas kepada tajassus ini terdapatnya
pada al-Quran, hadis, ijma’ serta kaedah fiqh dan lain-lain.

2. Dapatan kajian menunjukkan teori tajassus telah wujud pada zaman
Rasulullah.

3. Dapatan kajian mendapati terdapatnya kelompongan di antara kajian ini
dengan kajian lepas.

4. Dapatan kajian menunjukkan perbuatan tajassus dilarang dalam Islam
berdasarkan di dalam al-Quran surah al-hujurat ayat ke 12.

5. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan pandangan ulama dalam
memahami konteks tajassus.

6. Dapatan kajian mendapati perbuatan tajassus hanya dilarang apabila untuk
mengetahui dan menyebarkan aib seseorang.

7. Dapatan kajian mendapati perbuatan tajassus ada kalanya dibenarkan di dalam
Islam bergantung kepada situasi yang berlaku.

8. Dapatan kajian menunjukkan hukum tajassus menjadi harus apabila seorang
muslim mengintip kafir harbi sama ada harbi haqiqi atau hukmi berdasarkan
dalam kitab Mausu’ah ‘Athur al-Fiqhiyyah al-Muyassarah.

9. Dapatan kajian menunjukkan hukuman bagi seseorang yang melakukan
tajassus untuk memulihkan negara orang kafir adalah dibunuh berdasarkan
dalam kitab Mausu’ah ‘Athur al-Fiqhiyyah al-Muyassarah.

10. Dapatan kajian menunjukkan ulama berbeza pandangan dalam menyatakan

hukum amar ma’ruf nahi munkar berdasarkan perkataan ‫ َّم َّك ّنَٰ ُه ۡم‬.

11. Dapatan kajian menunjukkan Imam al-Nawawi berpandangan bahawa hukum
amar ma’ruf nahi munkar adalah fardhu kifayah.

12. Dapatan kajian menunjukkan sesetengah ulama berpandangan bahawa hukum
amar ma’ruf nahi munkar adalaha farhu ain.

107

13. Dapatan kajian mendapati amalan tajassus tidak wujud di dalam SOP kedua-
dua negeri tersebut.

14. Dapatan kajian menunjukkan tiada perbezaan SOP yang dilakukan oleh
penguatkuasa agama negeri Perak dan Perlis.

15. Dapatan kajian menunjukkan kedua-dua mufti bagi negeri Perak dan Perlis
berbeza pandangan berkaitan SOP tangkapan khalwat.

16. Dapatan kajian menunjukkan mufti Perak Harussani Zakaria menyokong SOP
operasi tangkap khalwat yang ada sekarang ini dan beliau mengharapkan SOP
ini perlu dikekalkan.

17. Dapatan kajian menunjukkan mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin
menganggap intipan dan serbuan yang dilakukan oleh PPA adalah perbuatan
mencerobohi hak peribadi seseorang.

18. Dapatan kajian menunjukkan mufti Perlis menyatakan PPA perlu
mengutamakan dosa awam berbanding menfokuskan kepada dosa peribadi.

19. Dapatan kajian menunjukkan pelbagai cabaran dan rintangan yang sering
dihadapi oleh PPA ketika melakukan tugas operasi tangkapan dan serbuan.

20. Dapatan kajian mendapati insiden-insiden yang berlaku ketika PPA
menjalankan operasi adalah disebabkan oleh kelemahan PPA dan sistem
pentadbiran penguatkuasaan itu sendiri.

21. Dapatan kajian menunjukkan kajian ini telah menyenaraikan sepuluh aspek-
aspek penambahbaikan untuk memperkemaskan lagi sistem tugasan PPA.

22. Dapatan kajian menunjukkan undang-undang jenayah syariah yang sedia ada
perlu diperkemaskan kerana masih lagi terdapat kekurangan dan kelemahan
terhadap gerak kerja penguatkuasa agama.

23. Dapat kajian mendapati kekurangan jumlah kakitangan PPA antara salah satu
penyebab operasi tangkapan dan sesuatu kes tidak dapat diselesaikan dengan
baik.

24. Dapat kajian menunjukkan PPA perlu disediakan kepakaran dan latihan yang
secukupnya sebelum diturunkan untuk menjalankan operasi.

25. Dapatan kajian menunjukkan jawatan PPA yang tidak tetap menjadikan tugas-
tugas penguatkuasaan tidak dapat dikendalikan dengan matang. Ini disebabkan

108

oleh PPA yang berpengalaman bertukar jawatan ke bahagian lain
menyebabkan pengalaman dalam penguatkuasaan disia-siakan.
26. Dapatan kajian mendapati satu enakmen bagi kuasa tangkapan kesalahan
jenayah syariah perlu ditubuhkan di setiap negeri.
27. Dapatan kajian mendapati tugas operasi dan serbuan yang dilakukan oleh PPA
perlu diturunkan kepada badan-badan dan persatuan-persatuan kecil bagi
membantu tugas PPA dalam menyelesaikan kes jenayah syariah.
28. Dapatan kajian menunjukkan fasiliti dan ruang menyimpan bahan bukti perlu
dinaiktarafkan bagi memudahkan bahan bukti dibawa semasa proses
pendakwaan.
29. Dapatan kajian menunjukkan ruang sel tahanan perlu ditingkatkan bagi
menahan OYDS yang kadang-kala ramai sehinggakan terpaksa menumpang
sel tahanan atau lokap polis.
30. Dapatan kajian mendapati keperluan sokongan seperti kenderaan, peralatan
yang sesuai dan senjata kepada PPA perlu disediakan bagi memantapkan lagi
tugas penguatkuasaan.
31. Dapatan kajian menunjukkan bangunan khas penguatkuasaan agama perlu
diwujudkan seperti agensi lain kerana perkara ini akan diberi perhatian yang
khusus dan akan membawa persekitaran yang lebih kondusif.
32. Dapatan kajian mendapati kos peruntukkan perbelajaan PPA perlu
ditingkatkan lagi bagi memudahkan pergerakan PPA dalam menjalankan
tugas. Kos perbelanjaan yang sedia ada tidak mampu menampung perbelanjaan
PPA ketika menjalankan tugas. Perbelanjaan tersebut seperti kos minyak
kenderaan persendirian, kad prabayar untuk perhubungan, perbelanjaan makan
dan minum.

109

6.2 Implikasi Kajian Dan Cadangan Dasar

6.2.1 Sumbangan Pengetahuan Baharu Kepada Bidang Ilmu.

Kajian ini sedikit sebanyak akan memberi sumbangan kepada bidang ilmu.
Meskipun kajian berkaitan dengan konsep tajassus telah banyak dijalankan sebelum
ini, namun kajian ini memberikan sedikit kelainan kepada konsep tajassus iaitu
mengaitkan amalan tajassus dengan intipan khalwat yang dilakukan oleh PPA.

6.2.1.1 Teori

Sumbangan pada aspek teoritikal ialah pengkaji mengukuhkan lagi teori yang
sedia ada iaitu teori berkaitan tajassus yang terdapat dalam al-Quran. Nas-nas al-Quran
dan hadis banyak menunjukkan bahawa amalan tajassus ini dilarang oleh syarak
namun ada sebahagian amalan tajassus ini dibenarkan bergantung kepada situasi dan
keadaan tertentu. Amalan tajassus yang dilakukan oleh PPA bukan dikategorikan
sebagai tajassus yang dimaksudkan di dalam al-Quran surah al-Hujurat ayat ke 12.
Perlu diingatkan sekali lagi bahawa teori yang dimaksudkan oleh pengkaji disini
bukanlah bermaksud menjadikan nas daripada al-Quran dan hadis itu sebagai satu teori
yang boleh diuji atau dipertikaikan kebenarannya, namun ia diambil sebagai landasan,
kerangka dan panduan awal dalam menjalankan kajian ini.

6.2.1.2 Sumbangan Ilmu

Seterusnya kajian ini dapat memberikan suatu pengajaran ilmu yang baharu
berkaitan pensdekatan yang perlu diambil setiap individu muslim dalam memahami
konsep tajassus. Hal ini sekali gus dapat membendung sikap masyarakat yang suka
mencari aib dan kesalahan orang lain tanpa alasan yang munasabah. Selain itu, dapat
memahami tugas sebenar yang dilakukan oleh PPA dalam melakukan tugas mencegah
kemungkaran. PPA sering dipandang negatif oleh sesetengah pihak disebabkan
kesilapan yang dilakukan oleh PPA dalam menjalankan operasi tangkapan dan serbuan
khalwat. Oleh sebab itu, dalam kajian ini telah menyenaraikan beberapa kelemahan
dan penambahbaikan kepada tugas PPA. Cadangan yang sesuai bagi bidang ilmu

110

adalah memperbanyakkan lagi kajian dan tulisan berkaitan konsep tajassus dengan
pelbagai konteks dan keadaan semasa.

6.2.2 Masyarakat Islam

Pengkaji berpendapat kajian ini memberi kesan kepada masyarakat khususnya
masyarakat Islam. Hal ini sedikit sebanyak akan dapat membuka minda sesetengah
masyarakat yang melihat tugas PPA ini sebagai kerja mencari aib orang. Hal ini kerana
agar masyarakat dapat menjauhi diri daripada sikap suka memburukkan PPA tanpa
mengetahui tugas sebenar PPA iaitu mencegah masyarakat Islam daripada melakukan
kemungkaran. Sebelum masyarakat ingin mengulas sesuatu isu berkaitan SOP yang
dilakukan oleh PPA, mereka perlulah mendengar penjelasan-penjelasan dengan lebih
mendalam serta membuat pembacaan terlebih dahulu. Oleh kerana itu, masyarakat
dapat lihat bahawa insiden-insiden yang melibatkan PPA ini adalah disebabkan oleh
kelompongan dan kelemahan yang terdapat dalam sistem pentadbiran penguatkuasa
agama bukannya disebabkan oleh SOP itu sendiri. Cadangan yang sesuai bagi
masyarakat Islam adalah perlu memperbanyakkan membaca serta mendalami ilmu
agama. Ilmu agama lebih-lebih lagi berkaitan dengan konsep tajassus yang dimiliki
oleh umat Islam boleh membantu memecahkan kebuntuan dan masalah yang dihadapi
oleh masyarakat sekiranya timbul persoalan dan masalah-masalah yang berkaitan.

6.2.3 Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri

Kajian ini bermanfaat untuk pihak JAIN kerana mereka merupakan badan yang
bertanggungjawab menguruskan Bahagian Penguatkuasaan. Setiap kelemahan dan
kekurangan di dalam SOP yang dilakukan oleh PPA akan memberi kesan kepada pihak
Jabatan Agama Islam. Dalam kajian ini pengkaji telah menyenaraikan kelemahan serta
mencadangankan beberapa penambahbaikan kepada JAIN bagi memperkemaskan lagi
sistem Bahagian Penguatkuasaan. Hal ini penting supaya insiden-insiden yang
melibatkan PPA tidak lagi berulang pada masa hadapan. Oleh itu, setiap
penambahbaikan yang dinyatakan oleh pengkaji dalam kajian ini wajar diteliti dan
dipraktikkan dalam JAIN.

111

6.2.4 Jabatan-Jabatan Mufti Negeri

Kajian ini bermanfaat untuk pihak Jabatan Mufti kerana mereka merupakan
pihak yang berautoriti yang melibatkan diri dalam bidang fatwa. Implikasi kajian ini
juga akan memberikan suatu kesan kepada pihak jabatan mufti. Bahkan juga pihak
mufti perlu lebih menonjolkan dalam memberikan sesuatu hukum agar masyarakat
awam, ahli-ahli akademi supaya mereka lebih memahami tentang konsep tajassus ini.
Hal ini penting supaya mereka tidak lagi terkeliru dengan sesuatu fatwa terbaharu yang
dikeluarkan oleh ulama’ kontemporari yang ada pada masa kini. Cadangan yang sesuai
bagi pihak jabatan Mufti adalah mereka perlu lebih peka memberi pendedahan
terhadap sesuatu fatwa yang dikeluarkan oleh ulama’ kontemporari agar masyarakat
tidak lagi keliru dengan permasalahan tajassus tersebut.

6.2.5 Menteri Hal Ehwal Agama

Pengkaji mempunyai kepercayaan yang tinggi sekiranya kerajaan turut
mengambil berat berkaitan isu yang dibincangkan ini iaitu penambahbaikan dalam
gerak kerja PPA. Kerajaan mempunyai autoriti yang sangat tinggi untuk memastikan
isu kelemahan tugas PPA ini diselesaikan. Pihak kerajaan khususnya menteri agama
boleh membantu masalah ini dengan menyalurkan peruntukan kepada JAIN untuk
membaiki setiap sistem Bahagian Penguatkuasaan yang dilihat kurang berkesan pada
akhir-akhir ini. Pengkaji berharap supaya saranan ini dapat disampaikan kepada
individu yang berautoriti seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk
mengusulkannya di Dewan Rakyat serta untuk diluluskan oleh Dewan Negara bagi
membantu JAIN dalam menyelesaikan masalah ini.

112

6.3 Cadangan Kajian Masa Hadapan

Pada bahagian ini, pengkaji akan menyenaraikan beberapa cadangan kajian bagi
meneruskan lagi kajian yang berkaitan tajassus ini di masa hadapan.

1. Konsep tajassus menurut pandangan Mufti Perlis.
2. Konsep tajassus dari aspek sadd al-zaraai.
3. Konsep tajassus dalam aspek maqasid syariah.
4. Hubungan tajassus dalam melakukan amar ma’ruf nahi munkar
5. Analisis pelaksanaan tajassus dalam kalangan bukan Islam
6. Analisis persepsi masyarakat Islam dalam SOP tangkapan khalwat yang

dilakukan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama.
7. SOP tangkapan khalwat penguatkuasa agama: Tinjauan dari kaca mata

masyarakat bukan Islam.
8. Konsep tajassus: Membuka aib atau mencegah kemungkaran.
9. Peranan JAKIM serta JAIN dalam menangani isu-isu melibatkan PPA dalam

SOP tangkapan khalwat.

Tajuk-tajuk tersebut adalah merupakan beberapa cadangan yang telah diberikan
oleh pengkaji untuk menambah baik konsep tajassus yang bersesuaian dengan zaman
kontemporari ini. Hal ini kerana apabila sekarang ini muncul golongan yang
berfahaman liberalisme mula mengkritik gerak kerja penguatkuasa agama. Bahkan
juga cuba memperjuangkan agar tangkapan khalwat ini perlu dihapuskan. Oleh sebab
itu, pengkaji melihat permasalahan dalam memahami gerak kerja penguatkuasa agama
perlu dikaji lagi kerana ia berkemungkinan akan boleh berubah mengikut desakan dan
peredaran masa serta zaman.

113

6.4 Kesimpulan

Secara kesimpulannya daripada keseluruhan bab yang dibincangkan oleh
pengkaji bermula daripada bab pertama iaitu pengkaji telah mengenalpasti
permasalahan kajian berkaitan dengan tajuk yang dikaji oleh pengkaji. Pada bab ini
pengkaji telah memberikan sebanyak tiga objektif kajian serta tiga persoalan kajian
untuk dikaji. Keseluruhan bab yang pertama ini pengkaji memberikan tumpuan kepada
skop tajuk yang dikaji. Dalam bab pertama juga pengkaji ada membincangkan tentang
bagaimana metodologi kajian yang digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan data-
data berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Tambahan lagi, pengkaji ada
membincangkan kepentingan kajian terhadap kajian yang dikaji oleh pengkaji.

OBJEKTIF KAJIAN BAB

Mengkaji konsep tajassus menurut Objektif ini telah dibincangkan pada bab

perspektif Islam. ketiga.

Mengenalpasti pelaksanaan tajassus di Objektif ini telah dibahaskan pada bab

dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) keempat.

penguatkuasa negeri Perak dan Perlis.

Mengenalpasti aspek-aspek Objektif ini telah disimpul oleh pengkaji

penambahbaikan dalam Prosedur pada bab kelima.

Operasi Standard (SOP) penguatkuasa

negeri Perak dan Perlis.

Jadual 6.1: Ringkasan Kesimpulan.

Berdasarkan kepada jadual yang telah disenaraikan oleh pengkaji bahawa dapat
disimpulkan bahawa ketiga-tiga objektif kajian tersebut telah terjawab. Pada bab
ketiga pengkaji telah mengkaji konsep tajassus menurut perspektif Islam. Dalam bab
tersebut pengkaji telah menyenaraikan beberapa pandangan ulama berkaitan dengan
tajassus. Dalam bab tersebut didapati ulama berbeza pandangan dalam memahami
konsep tajassus. Tambahan lagi pengkaji juga membincangkan tentang konsep
tajassus dalam melaksanakan amar ma’ruf nahi munkar.

114

Pengkaji mendapati bahawa perbahasan para ulama dalam memahami konteks
tajassus adalah berbeza kerana perbahasan tersebut dihuraikan berdasarkan keadaan
dan situasi berbeza. Oleh sebab itu ada kalanya perbuatan tajassus ini diharuskan
apabila keadaan dan situasi mengizinkan. Selain itu, pengkaji mengukuhkan lagi teori
tajassus yang telah lama wujud semenjak zaman Baginda Nabi SAW pada hujung bab
dua.

Pada bab keempat pula pengkaji telah membandingkan SOP penguatkuasa
agama negeri Perak dan Perlis. Pengkaji telah menyenaraikan bidang kuasa
penguatkuasaan dan pencegahan jenayah syariah di Malaysia supaya dapat memberi
gambaran yang jelas tugas sebenar PPA. Selain itu, pengkaji juga menyenaraikan
beberapa undang-undang dan peraturan penguatkuasaan yang mana ia penting untuk
dikaitkan undang-undang dengan tugasan penguatkuasa. Hal ini kerana tugas PPA
adalah terikat dengan undang-undang. Oleh sebab itu, setiap PPA mesti lah
mempunyai pengetahuan dalam undang-undang supaya setiap gerak kerja
penguatkuasa dapat mudah difahami dan dipraktikkan dalam tugas.

Bab lima pula pengkaji telah mengenalpasti aspek-aspek penambahbaikan dalam
SOP penguatkuasa agama. Pengkaji juga telah menyatakan beberapa cabaran yang
telah dihadapi oleh PPA ketika menjalankan operasi tangkapan dan serbuan
sehinggalah berlaku insiden-insiden yang kontroversi. Insiden ini bermula ketika SOP
belum diselaraskan lagi iaitu pada tahun 2005 sehinggalah SOP diselaraskan oleh
semua PPA di setiap JAIN. Selain itu, pengkaji telah menyenaraikan beberapa
penambahbaikan yang perlu ada dalam PPA ketika menjalankan tugas bagi
memantapkan lagi sistem pentadbiran penguatkuasaan.

Seterusnya pada bab yang terakhir ini iaitu bab keenam, pengkaji telah
medatangkan dapatan kajian secara ringkas. Dapatan kajian ini adalah hasil daripada
kajian yang diperolehi dalam bab kedua, bab ketiga, bab keempat dan bab kelima.
Selain itu, pengkaji telah mendatangkan implikasi kajian dalam bidang ilmu,
masyarakat, pihak JAIN, dan Kerajaan. Dalam bab keenam ini juga, pengkaji membuat
satu rumusan berdasarkan kepada keseluruhan kajian yang dilakukan.

115

Akhir sekali pada pandangan pengkaji, SOP yang ada sekarang ini perlu
dikekalkan dan segala kelemahan yang ada perlu segera diperbaiki oleh pihak
pentadbiran penguatkuasaan. Hal ini kerana setiap pelaksanaan SOP yang ditetapkan
oleh Arahan Tetap Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri 2007 (Garis Panduan
Penguatkuasaan Undang-Undang Jenayah Syariah) perlu dilakukan dengan cermat
dan berhati-hati. Harapan pengkaji pada masa hadapan adalah dengan adanya kajian
ini, diharap PPA hendaklah mengambil pendekatan yang tegas dan berhikmah ketika
melakukan segala tindakan yang melibatkan sensiviti kaum dan agama supaya segala
tindakan yang dilakukan tidak menimbulkan provokasi sehingga menyebabkan
tindakan PPA dipersoal. Selain itu, hasil siasatan bahagian penguatkuasaan perlu lebih
mantap bagi membantu pendakwa syarie mengemukakan dakwaan dan pertuduhan
berasas.

116

BIBLIOGRAFI

Adnan, M. H. Bin. (2017). Tajassus menurut perspektif al- qur’an dalam tafsir al
mishbah.

Ahmad Azam Mohd Shariff, M. A. R. (2005). Siasatan Kes Jenayah Syariah di
bawah Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.
Jurnal Undang-Undang & Masyarakat (Journal of Law & Society).

Alias Azhar, Badarulzaman, Muhammad Hafiz Hussain, M. A., & Noor, F. M.
(2018). Hisbah Parameters in Syariah Criminal Legislative Framework in
Malaysia : Overview of Prevention of Khalwat ( Close Proximity ) Criminal
Offenses Parameter Hisbah Dalam Kerangka Perundangan. 46–56.

Al-Asqalani, A. b. (1993). Fathul Bari. Beirut:: Dar Al-Fikr.

Bakar, A. A. (Disember, 2016). Retrieved from Bukan serbuan, kata Jais selepas
‘suspek khalwat’ maut:
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/12/07/bukan-
serbuan-kata-jais-selepas-suspek-khalwat-maut/

Dr. Ab. Latif Muda, D. R. (2015). Usul Al-Ahkam. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

Dr. Zulkifli (2015). Bayan Linnas Siri Ke-42: G25 Dan Isu Khalwat.
https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/1823-bayan-linnas-siri-41-g25-
dan-isu-khalwat

Gemok, S. H. (2010). Penguatkuasaan kesalahan jenayah Islam di Brunei
Darussalam/Suhaimi bin Hj. Gemok. (2000), 2001–2007. Retrieved from
http://studentsrepo.um.edu.my/5292/

Ibrahim Deris, H. H. A. T. (2015). Penambahbaikan Perjalanan Penguatkuasaan.
102–121.

Ismail, W., Fatahiyah, K., Azizan, K., & Shaharuddin, H. N. (2017). Skop Dan
Peranan Badan Penguatkuasa Jenayah Syariah Negeri Sarawak: Kupasan Dan
Cadangan Penambahbaikan. (September), 74–86.

Ibn Hajar, A.-A. (1997). Fathul Bari, penjelasan Kitab Sahih al-Bukhari
(Terjemahan). Jakarta: Pustaka Azzam.

117

Kamaruddin, N. B. (2015). Konsep Penyiasatan Menurut Syarak. 98–123.

Siti Zubaidah Ismail, Z. Y. & M. A. A. M. A. (2008). Dasar Penguatkuasaan Dan
Pendakwaan. Dasar Penguatkuasaan Dan Pendakwaan, 16(December), 537–
554.

Siti Zubaidah Ismail, Z. Y. & M. A. A. M. A. (2018). " Cabaran Perundangan
Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syarie : Tumpuan Terhadap Tatacara
Penguatkuasaan dan Pen ... (April).

Mohamad, N. I. (2015). Khalwat: Keperluan kepada Hukuman Sebat dan Alternatif.

M. A., & al-Atsari, A. I. (2017) Tafsir Ibnu Katsir. Jakarta: Pustaka Imam Asy-
Syafi'i.

M., A. G. (2016). Tafsir Ibnu Katsir (terjemahan M. Abdul Ghoffar E.M ). Indonesia:
Pustaka Imam Asy-Syafi'i.

Noresah, B. B. (2007). Kamus Dewan (edisi keempat). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Nor Ain Mohamed Radhi. (2018). Tiada aduan khalwat, tiada serbuan - Mujahid.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/10/483357/tiada-aduan-
khalwat-tiada-serbuan-mujahid. Isnin, 8 Oktober.

Mstar. (Ahad Disember, 2015). Retrieved from G25 Pertahan Kenyataan Mengenai
Khalwat: https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2015/12/13/g25-pertahan-
kenyataan-khalwat

Omar, M. W. (Februari, 2017). Hmetro. Retrieved from Suami isteri ditahan khalwat
saman Jawi: https://www.hmetro.com.my/node/206782

Radhi, N. A. (Oktober, 2018). Retrieved from Tiada aduan khalwat, tiada serbuan -
Mujahid:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/10/483357/tiada-aduan-
khalwat-tiada-serbuan-mujahid

118

LAMPIRAN 1

TRANSKRIP PENGKAJI BERSAMA RESPONDEN

Temubual Bersama Pegawai Penguatkuasa Perak

Pengkaji: Ustaz, boleh saya tahu macam mana SOP tangkapan yang

dilakukan oleh penguatkuasa agama di Perak?
Pegawai penguatkuasa Pertama sekali kena ada aduan. Aduan tu kita boleh

Perak: pindahkan dalam bentuk apa saja katalah daripada orang

awam melalui panggilan telefon atau pun dia datang

kepada kami so kita mesti ada aduan. Aduan tu mesti

dipindahkan ke dalam boring 5. Benda tu akan ditender di

mahkamah. Apa-apa tindakan mesti bermula dengan

borang 5. Kalau tidak ada borang 5 kami tidak boleh buat

apa-apa tindakan. Maksudnya ada aduan baru boleh buat

borang 5 dan borang 5 tu kita mesti lengkapkan lah siapa

pengadu nom telefon pengadu sekiranya perlu kami perlu

nom telefon pengadu tu utk dapatkan maklumat aaa. Kata

harini dia datang mengadu akan datang kita nak tanya

masih ada tak kes ada tak klu-klu dia bagi. Haa itu borang

5. Borang 5 ni paling militeri dalam setiap kes. Kemudian

kita buat risikan daripada borang 5. Kemudian kita buat

risikan maksudnya saya punya anggota atau siapa-siapa

lah dari kalangan kami pergi ke tempat tu kita tengok atau

pantau wujud tak kes maksudnya hmm contoh la dia bagi

atau kata kenderaan oyds lelaki warna kuning sekian-

sekian, kenderaan oyds perempuan sekian-sekian di

rumah oyds perempuan. Kalau kenderaan perempuan tu

ada itu memang sah sah lah rumah perempuan tapi

sekiranya oyds ada boleh tak kita rasa wjud kes. Kan haa

boleh lah sebab bukan rumah dia kan? Aduan daripada

pengadu kata perempuan tu pakai kereta putih tapi lelaki

119

yang selalu datang kereta warna kuning. Bila kita pergi
buat risikan ada kereta kuning. Daripada situ kita boleh
buat tindakan. Katalah ada aduan kita tengok kereta putih
sahaja ada, jadi kami tak masuk lah rumah pasti kita tahu
mesti lelaki tu takda. Walaupun lelaki tu ada di dalam.
Kita tengok kereta tu ada ke takda. Melainkan pengadu tu
bagi tahu memang dia datang dengan perempuan tu sekali
haritu. aaa Contoh lah biasa datang naik kereta kuning
haritu dia datang kereta putih sekali dengan perempuan tu.
Jadi memang dia takda. Pengadu tu kata memang dia ada
di dalam masa tu lah kita akan lakukan serbuan aaa. Boleh
jugak kami nak buat serbuan takda masalah sebab kita
berpandu kepada aduan tadi. Aduan borang 5 tadi dah
kukuh sebenarnya. Bila ada aduan kuatlah sebab kita
boleh kita tak perlu waran dalam enakmen tak perlu waran
untuk geledah. Kita ketuk pintu bagi salam mohon
kebenaran untuk siasatan je lah untuk buat pemeriksaan
sekiranya tiada kes kita keluarlah. Kita keluar dan buat
laporan polis untuk cover diri kita takut diorang tuduh
macam-macam sebab itu SOP ketika kita masuk dalam
rumah kita buat macam mana yang polis buat. Kalau
korang tahu polis buat dia akan setiap sudut diorang pergi
mesti oyds atau pun orang yang disiasat mesti ikut sekali.
Kata lah si oyds itu perempuan rumah tu rumah
perempuan kita minta perempuan pergi dengan anggota
perempuan untuk buat check sekeliling rumah sebab kita
nak kena ambil dalam setiap tu setiap fail yang kita nak
buat tu kita kena ada plan lakar kita kena ada gambar.
Plan lakar dimana kedudukan oyds lelaki ketika serbuan
dimana kedudukan oyds perempuan ketika serbuan kena
ada itu semua orang kata tender yang boleh menguatkan
kes. Gambar antara yang perlu dan SOP dia bila kita

120

tangkap bila ada wujud kes maksudnya wujud tak
keraguan dalam rumah perempuan kita dah soal memang
soal siasat takda hubungan muhrim pun bukan suami isteri
kan. Wujud kes kita bawa ke balai untuk buat report polis
yang kita dah masuk ke rumah berlaku tangkapan. Okay
selesai kita boleh dalam tempoh 24jam kita boleh
menyimpan oyds kedua-dua oyds hanya dalam tempoh
24jam sahaja maksudnya kita boleh simpan dia. Dalam
tempoh 24jam tu kita mesti membebaskan. Satunya kita
bebas dengan jaminan penguatkuasa agama okay jamin
mulut. Haaa jamin mulut ni jaminan penguatkuasa agama.
Seorang kena tangkap dia panggil mak ayah dia datang.
Haaa mak ayah dia just jamin dengan guam jamin sahaja.
Kami keluarkan satu guam jamin minta dia hadir sekian-
sekian sehingga tarikh dipanggil di mahkamah tanpa perlu
bayaran. Boleh juga kami panggil dia kami terus bawa dia
ke mahkamah hari yang sama tangkapan maksudnya
waktu office-hour iaitu waktu mahkamah boleh berurusan
tapi sekarang ni mahkamah malam pun diorang boleh
berurusan sebab kita dah ada mou antara 3 agensi. Jadi
kalau kita tangkap malam kami nak tekan dia untuk dia
lepaskan dengan cara jaminan bercagaran kami boleh
maksudnya kami telefon mahkamah, mahkamah kata
okay malam tu juga kita bawa ke mahkamah bukan kami
tetapkan diorang sama ada boleh bebas atau tak.
Mahkamah akan tetapkan bayaran bercagaran RM1500
dan juga sebagai contoh RM1500 dia maksimum
RM3000. Terpulang kepada mahkamah biasanya
mahkamah bagi separuhlah tapi maksimum RM3000 dan
juga seorag penjamin. Penjamin akan memastikan dia
hadir ke mahkmah untuk perbicaraan. Tapi malangnya
yang kita bawa tu dia bukan terus bicara dia just nk lepas

121

kawan tu je. Kami takkan lepaskan. Kami boleh lepaskan
tapi kita ada dua pilihan samada kita nk lepaskan sendiri
atau kita nak minta mahkamah yang lepaskan dengan
cagaran kalau kami lepaskan sendiri kami tak boleh
lepaskan dengan cagaran haaa kami takda kuasa untuk
pegang duit, mahkamah je yang ada kuasa sehinggalah
tarikh dipanggil ke mahkamah dia perlu hadir dalam masa
yang sama kami. Di peringkat jabatan kami kena siapkan
satu ip yang saya sebut tadilah dalam ip tu apa keterangan
dia mesti ada sekarang ni dia nak semua penangkap kata
ada 10, 10 org dia nak keterangan masa pakaian tempat
oyds apa semua tu kita sabitkan atas kesalahan apa
biasanya kesalahan ni kita buat kesalahan seksyen 54 lah
khalwat. Di USAS sendiri ada group dakwah kan yang
biasa tangkap khalwat apa semua tu. Sebenarnya
tangkapan tu merupakan tangkapan yang tak sah.
Sebaiknya kena telefon pejabat agama. Tangkapan yang
sah hanya daripada pegawai masjid, imam, bilal yang
dilantik oleh kerajaan dan sultan yang bertauliah. Yang
kedua tangkapan polis. Yang ketiga tangkapan
penguatkuasa agama. Selain daripada itu sama ada isteri
ke suami ke itu tangkapan yang tak sah. Apabila
tangkapan yang tak sah tadi berlaku maka ia tidak dikira
caj kesalahan dan wujud kes walaupun benda tu
sebenarnya berlaku. Haaa Yang itu dia dengan tuhan lah.
Undang-undang dengan Tuhan tu dia tanggung lah. Dekat
dunia dia terlepas lah. Sebab ia tangkapan yang tak sah.
Kalau di bawa mahkamah sekalipun pihak pendakwa
sudah tolak awal. Kita tak bawa terus ke mahkamah. Kita
siapkan satu fail ip kita pergi kepada PO (pendakwa),
pendakwa akan semak sama ada wujud tak kes. Dia
tengok di peringkat awal kalau tak wujud kes awal-awal

122

lagi dia tolak. Jadi setiap tindakan kita mesti ikut SOP.
Mesti berhati-hati. Tujuan SOP ni kita nak buat selaras
satu negeri kan sebagai satu kaedah yang sama. Yang
keduanya kita tak bertentangan lah dengan enakmen. SOP
ni dia semua ikut enakmen. Dalam tu sudah sebut setiap
aduan mesti kena melalui borang 5. Tangkapan 3 sahaja
yang sah iaitu imam, polis dan pejabat agama. SOP tidak
boleh lari daripada enakmen. Enakmen tatacara jenayah
syariah. E-syariah kalau dalam web. www.esyariah.gov.my.
Sekiranya tangkapan tu dalam satu rumah SOPnya, saya
tak ingatkan peruntukan dalam enakmen tu macam mana.
Satu Lelaki atau ramai perempuan, ramai perempuan atau
satu lelaki sekiranya berada dalam keadaan yang syak
wasangka benda-benda yang boleh mendatangkan
maksiat boleh di tahan dan boleh dikenakan denda tidak
melebihi RM1000 atau 2 tahun penjara atau kedua-
duanya sekali. Maksudnya kalau kata diorang tu dalam
rumah tu ada mak dan ada anak. Anak dah cukup umur.
Kemudian datang pula seorang lelaki tua. Ada tak
keberangkalian lelaki ni nak berkahwin dengan anak?
Ada kan? Ada tak keberangkalian dia nak berkahwin
dengan mak? Haaa Ada kan? Maksudnya dua-dua.
Jadinya ketiga-tiga. Kita akan tangkap siapa yang berada
ketika kejadian. Kecuali dalam rumah tu ada anak, ada
bapak, kemudian ada pakwe dia datang kalau macam itu
kita tidak boleh buat kes. Kita boleh tangkap atau kita
sekadar nasihat je sekiranya berlaku sekali lagi kita akan
tangkap. Kita tidak boleh buat kes sebab ada mahram di
dalam rumah tu. Ada je mahram abang ke kita tak boleh
buat kes. Cuma kita boleh masuk atas aduan, buat
pemeriksaan. Jadi kita masuk SOP nya kita kena bagi
salam, mesti kita perkenalkan diri kita sbg penguatkuasa

123

Pengkaji: agama mohon kebenaran utk kita masuk. Biasanya orang
Pegawai penguatkuasa bagi je kebenaran masuk barulah kita boleh buat
Perak: pemeriksaan. Pemeriksaan tu mesti lah bersama ahli
rumah tu sendiri kita takut dituduh mencuri. Yang paling
masalah kita tangkap anggota lah, dia sendiri
penguatkuasa undang-undang tapi dia buat masalah.
Kalau tangkapan awam kami kena segerakan sebab polis
sendri akan minta laporan maklumat berkaitan anggota
diorang. Setiap bulan dia akan minta ada tak berlaku
tangkapan anggota diorang. Fail yang kami siapkan kena
hantar ke Ipoh. Ketua unit siasatan negeri di Ipoh akan
nilai fail yang ditangkap oleh pegawai penangkap
sekiranya ada kekurangan daripada it tu dia akan
hantarkan kepada pegawai penangkap. Sebab ada yang
tak lengkap jadi kena lengkapkan balik. Statement tak
cukup. Statement bercanggah. Dia akan tanya dulu kenapa
statement ni bercanggah. Dia akan minta gambar utk
menguatkan kes. Jadi dia ada banyak saringan. Sekarang
ni kita ada sistem pulak. Dalam sistem pun kita kena
masuk. Bila ada sistem ni kita nak cek rekod tu mudahlah.
Sepatutnya berlaku tangkapan kita boleh bawa terus ke
mahkamah utk nak ambik percagaran tapi nak tunggu ke
mahkamah tu ambil masa lama jadi kami biasanya
lepaskan dgn guam jaminan penguatkuasa agama.
Sekiranya berlaku lagi kes orang yang sama kami tiada
kompromi dahla. Yang pertama kita boleh lepaskan
dengan jaminan penguatkuasa agama. Kali kedua dan
ketiga kita akan minta mahkamah la utk letakkan berapa
jaminan. Kalau kata RM3000, RM3000 lah. Haa
Biasanya ketika nak tangkap tu polis ada sekali tak?
Sekiranya kes tu kami rasa dia boleh mendatangkan
bahaya kepada kami sebagai contoh perempuan muslim

124

Pengkaji: bersekududukan dengan lelaki India dan kita ada rekod
Pegawai penguatkuasa yang India ni dalam buruan polis. Tapi sekarang ni kalau
Perak: nak panggil polis dalam apa-apa kes pun takda masalah.
Jadi bermula SOP borang 5 sehinggalah berlaku
Pengkaji: tangkapan ada tak satu buku panduan untuk dirujuk oleh
Pegawai penguatkuasa penguatkuasa agama?
Perak: Di peringkat jabatan sekarang ni tahun ni saya ingat masih
lagi dalam proses pindaan. SOP yang ada sebab yang start
SOP tu dipinda kita sentiasa buat SOP tu sebab kita nak
buat selaras satu Perak. SOP tu dipinda bila mana Menteri
Agama minta perlu kepada nasihat tapi benda tu belum
lagi berjalan so selagi benda tu belum berjalan kita pakai
enakmen yang lama takde lagi nasihat tu. Kalau kata SOP
tu dah jalan dah dibentangkan di peringkat dewan
undangan negeri barulah SOP tu diguna pakai. Setakat ni
kita pakai SOP yang lama Cuma dia dalam proses pindaan
untuk perkara-perkara tertentu.
Apa masalah yang sering dihadapi ketika serbuan
dijalankan?
Masalahnya hm kita tidak boleh berkerja 24jam ada ketika
macam polis sebagai contoh dia ada anggota yang standby
sampai malam dia bertugas sebab dia pakai shift. Macam
kami, kami pakai office-hour. Malam kita buat kerja
tambahan maksudnya overtime. Sekiranya ada aduan kita
kena keluar tapi kalau arahan macam tu kita sukar untuk
mencari anggota kalau kita sudah bersedia tiada masalah.
Kalau kita dah bekerja malam kita boleh keluar. Itu antara
kesukaran dialah. Seterusnya kita ni tiada senjata apa-apa
pun. Kalau polis dia ada senjata kan. Kalau kami kena
kejar dengan parang kan. Semalam pun ada berlaku dekat
Ipoh untuk kita laksanakan waran tangkap bapa oyds tu

125

dia kejar dengan parang, kita lari kita buat report polis lah.
Sebagai backup diri kita. Itu antara kaedahnya.

Pengkaji: Jadi ustaz rasa SOP yang ada sekarang ni patut dikekalkan
Pegawai penguatkuasa atau perlu penambaikan lagi?
Perak: Hmm yang apa.. jadual bertugas tu itu tak termasuk dalam
SOP tangkapan. SOP tangkapan ni dia bermula daripada
Pengkaji: borang 5 sehinggalah berlaku tangkapan, kita bebaskan
Pegawai penguatkuasa dia itu yang SOP yang saya sebut tadi antara cabaran.
Perak: Biasanya setiap benda ni tak pernah sempurna jadi dia
perlu kepada penambahbaikan. Macam saya cakap tadi
Pengkaji: sekarang ni kita masih lagi dalam proses penambahbaikan
tapi selagi mana benda tu belum dimuktamad di peringkat
Pegawai penguatkuasa jabatan dan juga peringkat negeri kita gunalah SOP yang
Perak: lama. Kita masih gunakan SOP yang lama. SOP yang
lama pun tak banyaklah berbeza yang kita cuba ni. Dia ok
cuma ada sedikit-sedikit yang perlu kita penambahbaikan.
Jadi ustaz rasa ada tak perbezaan SOP diantara negeri
Perak dan Perlis?
Setakat ni saya rasa lebih kurang. Perak lebih kurang sama
dengan wilayah sebab saya rasalah. Tak silap saya lah dia
memang semua di bawah sultan masing-masing, yang
dipertua negeri kan tapi dia punya SOP biasanya saya
ingat dia lebih kurang macam enakmen-enakmen dia
lebih kurang macam wilayah.
Apa pandangan ustaz berkaitan dengan kenyataan Dr
Mujahid “apabila berlaku khalwat di tempat tertutup
maka ia bukan lagi tanggungjawab kerajaan utk
mencegahnya” ?
Benda tu pandangan. Kalau SOP masih lagi sama.
Tangkapan masih lagi berlaku. Maksudnya di Perlis
masih guna yang sama jugak. Walaupun ucapannya

Pengkaji: 126

begitu. Sebab itu di Perak, kita ikut kepada kerajaan yang
memerintah. Katalah kerajaan yang memerintah tu kata
buat cara begini cara begini. Kita follow lah apa yang dia
nak. Sebab itu kita pinda semua tu. Tapi benda tu dia akan
dibawa di peringkat dewan undangan negeri dulu lepastu
kena dapatkan perkenan tuanku pulak. Kalau tuanku tak
berkenan dia tak jadi jugak. Yang tadi tu pandangan, jadi
sapa yang nak ikut pinda lah enakmen tapi setakat ni
selagi benda tu belum pindaan tu disiapkan kita masih ikut
SOP yang lama. Ada aduan buatlah tangkapan, takda
masalah. Dia maksudnya bila ada SOP ni kita buat apa tak
salah. Katalah kita tangkap diorang sdiri pun vvip sekali
pun kalau ikut SOP maka betul lah tangkapan tu. Kecuali
lah SOP tu dah dipinda cth dia kata tangkapan pertama
nasihat dulu kemudian boleh tangkapan. Tapi kita terus
tangkap, tangkapan itu sah yang masalah dia boleh lawan
kita. Dia boleh kata dia tak salah. Tangkapan kita dia tak
boleh lawan sebab tangkapan kita sah. Dia boleh lawan
kata sepatutnya pihak penguasa bagi nasihat dulu, ini
kesalahan pertama saya. Disitu dia boleh lawan kita. Tapi
tangkapan sah, wujud kes dekat situ.
Penggunaan kamera patut atau tidak ketika serbuan
dilakukan?

127

Pegawai penguatkuasa Kami tangkap gambar untuk menguatkan kes sebagai
Perak: bukti dia ditender sebagai dokumen-dokumen tambahan.
Dalam statement kita, kita kata ketika kejadian yang lelaki
Pengkaji: tidak berbaju di rumah perempuan. Yang perempuan tak
Pegawai penguatkuasa pakai baju kita tak ambik gambar. Kalau dulu mungkin
Perak: ada lah. Tapi sekarang ni bahaya. Bahaya dari segi banyak
Pengkaji: sudut lah. Satu dia akan serang pejabat agama sendiri kan
Pegawai penguatkuasa tapi itu yang sebenarnya menguatkan bukti tu. Macam
Perak: kita, kita tak tunjuk kepada orang sebab benda tu
maklumat sulit. Cuma kita bagi jugak dalam ceramah-
ceramah kita tapi kita tutup. Kita hanya tunjuk gambar
yang sopan. Sebab yang mendengar ceramah ni ramai,
banyak lapisan jadi kita tunjuk gambar-gambar yang
sopan je. Benda-benda tu sebenarnya sulit.
Borang 5 ni boleh dapatkan dekat pejabat agama atau
dekat mana?
Borang 5 dia sulit jugak. Dokumen penguatkuasa ni dia
sangat sulit. Antaranya borang 5, borang jamin.
Contoh kalau ada orang hendak buat sebarang aduan, ada
tak borang yang saya boleh tengok?
Kita tak pakai borang. Sebarang aduan melalui call
ataupun datang terus ke pejabat agama. Sekiranya kamu
call kan sebagai contoh di Kuala Kangsar dia ada satu
nombor. Memang ada satu nom talian operasi yang kami
wujudkan untuk memudahkan operasi dan orang awam
dan memudahkan kami jugakkan. Nombor tu kita dah
publish dah tapi takdela secara menyeluruh. Bukan kita
taknak secara menyeluruh tapi biar berperingkat-ringkat.
Kita takut bila kita sebar terus secara meluas dan kita
dapat aduan secara bertalu-talu tapi kita tak mampu
handle. Jadi ia akan timbul tomahan kepada jabatan
sendiri. Nombor dah keluar tapi tak buat sebarang

128

Pengkaji: tindakan contohnya. Tapi sekiranya berperingkat-
peringkat okay tak jadi masalah. Benda tu dah tersebar
Pegawai penguatkuasa dah pun mungkin di peringat kamu tidak sampai lagi kot.
Perak: Pelajar-pelajar yang praktikal dekat sini ada je yang tahu
Pengkaji: nombor tu. Nombor telefon biasa yang kami buat untuk
operasi. 01159744413. Nombor ni sorang pegang tapi
Pegawai penguatkuasa anggota kami 3 orang je yang tetap. Kita ada 10 orang
Perak: PPA yang aktif di Kuala Kangsar ni yang dilantik oleh
Sultan yang sukarela tapi tak semua boleh bertugas setiap
masa. Nak buat tangkapan ni kalau seorang tak boleh.
Kalau pejabat agama di kuala kangsar ni boleh tak dia
buat serbuan di daerah lain?
Boleh. Sebab kuasa kita di bawah kuasa negeri.

Sekiranya orang yang ditangkap tu, dia disimpan di
mana?
Okay macam kami di Perak setiap daerah biasanya
pejabat agama dia ada simpan lokap. Sebab dalam
enakmen kita boleh simpan dia dalam tempoh 24jam.
Bilik sel tahanan kita tapi kita tidak boleh lebih 24jam
untuk menyimpan dia. Kalau kita melebihi 24jam maka
kita dah melanggar enakmen, melanggar seksyen yang
terkandung dalam enakmen tu. Jadi dia boleh saman kita.
Jadi kaedah dia sama ada kita lepas dia dgn bercagaran
bawa ke mahkamah dalam tempoh 24jam ataupun kita
lepas sendiri dengan guam jamin. Kita ada kuasa untuk
lepaskan dia dengan guam jamin dengan penguatkuasa
agama. Sekiranya dia tiada penjamin kita bawalah dia ke
mahkamah. Tengoklah mahkamah, bila mahkamah
mengarahkan dengan arahan mahkamah takpe. Tapi kami
tidak boleh simpan. Satunya sama ada kita hantar ke
penjara. Kedua kita akan hantar ke balai polis. Kalau hari

129

bekerja mahkamah akan letakkan atau hantarkan ke
penjara terus sehingga tarikh dibicarakan kalau dia tiada
penjamin langsung. Ataupun kalau kata mahkamah tutup
pada hari minggu dua hari sabtu dana had kita buat
tangkapan hari jumaat dua hari tu kita simpan dulu di
balai. Hari isnin kami kena ambil balik hantar ke penjara
pula. Balai pun tak simpan lama. Penjara tak mengapa.
Tapi balai takpe takda masalah sebab dia yang mengawal.
Pasal kita pun takde anggota yang bertugas shift siang
malam (hari minggu) tu. Dia panggil kita akan keluar.
Kalau tiada anggota kita terpaksa hold dulu. Kita hold tu
kita kena cari usaha untuk cari anggota sehinggalah betul-
betul tak mampu kita tak boleh nak kata apa lah kan. Kita
nak tangkap sorang kita takut tangkapan kita tu tak sah.
Benda tu akan berulang. Sebab itu tangkapan imam dan
polis sah jika penguatkuasa tak boleh datang boleh report
kepada polis. Biasanya sekarang ni information dah
sampai dekat semua polis pun biasa ambil. Polis ambil,
polis akan bawa ke balai dia akan bagi kepada kita
(penguatkuasa agama). Jadi tak mengapalah kalau malam
tu kita tak dapat turun, besok pun kita boleh ambil. Ia jadi
sebagai tangkapan semula. Polis ambil bawa ke balai
kami pergi tangkap semula. Kalau unit dakwah pergi,
polis ambil, polis bawa kepada kami, kami tidak boleh
buat tangkapan semula. Kami boleh nasihat sebab fail
tidak boleh bukak. Kalau polis dan imam tangkap kita
boleh bukak fail. Imam pun kena tengok juga kalau imam
lantikan masjid tak sah juga. Dia kena lantikan yang
bertauliah. Imam-imam palapes tu kan ha tak sah lah. Itu
yang terkandung dalam enakmen. Dan paling biasa
berlaku tangkapan suami lah.

130

Temubual Bersama Pegawai Penguatkuasa Perlis

Pengkaji: Ustaz, bagaimanakah SOP tangkapan yang dilakukan oleh

penguatkuasa agama di negeri Perlis?

Pegawai SOP Perlis sama je dengan negeri-negeri lain. SOP kamu

Penguatkuasa Agama boleh buka kod etika yang dikeluarkan Perlis kita tak gazet

Perlis: lagi. Perlis kita dalam proses semak balik kod etika yang

dibuat oleh JAKIM. JAKIM baru lancar dua minggu lepas

di Bangi. Dan kod etika ini baru digazet, baru diluluskan

peringkat pusat dan negeri-negeri diminta beri komen lah.

Dan setakat ni Perlis belum buat komen lagi berkaitan

dengan perkara tersebut. Perlis baru nak buat semakan

kajian. Seperti Mufti Perlis cakaplah, sekiranya maksiat

dilakukan secara tertutup. Tahu tak tertutup macam mana?

Sembunyi-sembunyi. Maka tak perlu kita untuk di tajassus.

Kita cari-cari kecuali bila mana benda tu sudah jadi

maklumat awam. Orang report, kita kena pergi. Dengan zan

yang kuat bahawasanya memang berlaku. Semua orang

Nampak orang masuk dalam bilik tu, maka sampai report

kepada kita, kita pergi lah. Haa kita takda pergi cari maksiat

sedangkan maksiat aaa kita biarkan maksiat yang terbuka.

Mufti sebut banyak kali dah benda ni. Tapi Perlis dasar kita

ialah bila ada satu maksiat yang terbuka maka kita akan

cegah dahulu.

Pengkaji: Ooo kira kena utamakan yang terbuka dahulu la ya?

Pegawai Yaa. Yang tertutup kita tak perlu cegah. Dalam Islam, kita

Penguatkuasa Agama hanya fokus yang terbuka. Sebab itu Umar al-Khattab r.a

Perlis: pada satu hari Umar kata aku Nampak orang berzina sini.
Kata orang itu adakah mu ada empat orang saksi? Atau aku

akan pukul kamu dengan had qazaf. Bermakna bukan tugas

kita untuk cari maksiat yang tertutup. Yang bahaya

sebenarnya. Apa yang bahaya? Yang bahaya ialah maksiat

yang terbuka. Termasuk yang terbuka sekarang adalah

131

facebook, whatsapp. Selagi maksiat itu tertutup maka tak
perlu kita nak pergi cari. Dia kira dosa peribadi. Bila mana
benda berlaku secara terang-terangan tidak adil lah kita
tangkap orang berkhalwat bedua-duaan yang duduk tempat
tertutup, yang sedang buat projek terang-terangan tu dalam
tv apa semua kita tak cegah pulak, kita tak tangkap pulak.
Adakah bersunyi-sunyi pegang sana pegang sini benda tu
halal? Betul tak? Kita pergi buat penyiasatan, buat rush
dekat hotel-hotel murah, hotel-hotel mahal kita tak naik
pula. Mana konsep keadilan dalam Islam? Bukan ustaz kata
tak boleh rush penguatkuasa tetapi itu hak tanggungjawab
penguatkuasa la. Tanggungjawab negeri masing-masing.
Setiap negeri ada pandangan dia masing-masing. Di Perlis
sepertimana Mufti Perlis cakap bahawasanya kita, maksiat
terbuka itu kita dahulukan. Sebab bila maksiat terbuka ni
tidak ada orang nak buat maksiat ni kurang sikit. Bila
tengok orang beromen, dia nak beromen juga. Orang
couple dia pun nak couple juga. Sebab itu kena bezakan
maksiat tertutup dengan terbuka. Allah kata dah wala
tajassasu iaitu jangan mencari salah, tapi bila nampak
orang report kita dah bukan cari salah maka kita tangkap.
Tanggungjawab kita sebagai penguatkuasa kita tangkap
kena cegah. Bila orang tahu itu bukan benda rahsia
lagi..kan.. Nabi kata umat aku ini akan diampunkan
melainkan orang yang buat maksiat secara terang-terangan.
Kalau orang ramai tahu maka itu bukan lagi maksiat
tertutup. Masalahnya sekarang ni kita sengaja pergi
cari..mana laa maksiat ni…ketuk rumah orang, rumah sana,
rumah sini, cari hotel sana, cari hotel sini. Maksiat yang
bahaya adalah maksiat yang terbuka. Kalau ada aduan lain
lah. Ada aduan pasangan duk khalwat sana sini. Itu lain lah.

132

Pengkaji: Contoh kalau malam ada kes, pegawai penguatkuasa perlis
turun jugak lah?
Pegawai Ya, kalau orang report malam. Kita turunlah.
Penguatkuasa Agama
Perlis: Jadi kesimpulannya SOP Perak dan Perlis tidak ada beza
Pengkaji: lah kan?
Dia macam ni. Sebenarnya ia lebih kurang sama je. Cuma
Pegawai peruntukan je lain. Perak tak setuju lah sebab Perak nak
Penguatkuasa Agama buat rush jugak kan? Tapi Perlis tak. Kita hanya buat based
Perlis: on aduan. Maksiat-maksiat yang tersembunyi based on
aduan. Kalau maksiat yang terbuka maka tak perlu aduan
lah. Kita pergi tangkap terus. Bukan Perlis taknak cegah
maksiat tak. Sebab Nabi tak ajar untuk kita cari kesalahan
orang. Di Perlis dan di Wilayah sekalipun ia berdasarkan
aduan jugak. Yang itu pun tak larat dah nak cari. Sebab
aduan pun dah banyak. Sebenarnya nak cegah maksiat yang
terbuka kita tak larat dah. Betul tak?.. kenapa maksiat
terbuka ni bahaya? Sebab ia mempromosikan maksiat.
Sebab itu Nabi kata umat aku akan diampunkan dosanya
melainkan ia buat maksiat secara terang-terangan. Ada
sahabat tanya siapa yang buat maksiat secara terang-
terangan ni. Nabi kata orang yang buat maksiat tengah
malam kemudian esok hari dia cerita dekat orang apa yang
dia buat semalam. Dia telah mendedahkan apa yang Allah
telah tutup. Sebab maksiat ini urusan peribadi. Ia tidak
perlu nak cerita dekat orang. Sebab itu lah kalau kita tutup
pintu-pintu maksiat yang terbuka, maka amanlah. Kalau
kerajaan tutup punca-punca maksiat amanlah. Betul tak?..
haa dulu pun kita pernah buat macam Perak jugak. Tapi
Mufti bagi tahu kata itu tajassus maka kita tak buat dah.

133

GAMBAR PENGKAJI BERSAMA RESPONDEN

Pengkaji meletakkan beberapa keeping gambar sebagai bahan bukti yang
mana pengkaji telah menjalankan satu temu bual bersama responden. Temu bual
tersebut dijalankan secara bersemuka untuk memudahkan urusan pengkaji
mendapatkan data-data. Antaranya ialah:

LAMPIRAN 2: Gambar Pengkaji Bersama Pegawai Penguatkuasaa Agama
Negeri Perak.

Gambar Pengkaji Bersama Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kuala Kangsar,
Perak Ustaz Nabil.

134
LAMPIRAN 3: Gambar Pengkaji Bersama Pegawai Penguatkuasa Agama
Negeri Perlis.

Gambar Pengkaji Bersama Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Arau, Perlis
Ustaz Ghazali.

135

LAMPIRAN 4: Sel Tahanan yang terdapat di Jabatan Agama Daerah Kuala
Kangsar, Perak.

136
LAMPIRAN 5: Borang 5 Yang Digunakan Oleh Jabatan Agama Negeri Perak.

137

LAMPIRAN 6: Borang Saman.

138

139

LAMPIRAN 7: Borang Sita

140

LAMPIRAN 8: Borang Waran Kehadiran Saksi.


Click to View FlipBook Version