PENGUASAAN AL-QURAN DALAM KALANGAN
PELAJAR UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH.
NURFATIN NAJWA BINTI MOHD ZAINUDDIN
UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH
PENGUASAAN AL-QURAN DALAM KALANGAN
PELAJAR UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH.
NURFATIN NAJWA BINTI MOHD ZAINUDDIN
UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH
PENGUASAAN AL-QURAN DALAM KALANGAN
PELAJAR UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH.
NURFATIN NAJWA BINTI MOHD ZAINUDDIN
Latihan Akademik ini telah dikemukakan sebagai
memenuhi sebahagian syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Sultan Azlan Shah
JANUARI 2020
4
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Pengajian Islam”.
Tandatangan : .................................................
Nama Penyelia : Dr. Zul-kifli Bin Hussin
Tarikh : 31 JANUARI 2020
5
PENGAKUAN
Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumber.
Tandatangan : ……………………….
Nama Pelajar : Nurfatin Najwa Binti Mohd Zainuddin
Tarikh : 31 JANUARI 2020
6
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah ke hadrat
Allah kerana di atas limpah dan kurniNya, maka dapatlah saya menyiapkan tesis
ini dengan jayanya walaupun menempuhi pelbagai dugaan dan rintangan
Alhamdulillah.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak
terhingga kepada Dr. Zul-kifli Bin Hussin, selaku penyelia saya di atas kesabaran,
sokongan, nasihat dan bimbingan yang diberikan banyak membantu kepada kejayaan
dalam penghasilan tesis ini. Segala bantuan, semangat,strategi dan kebijaksanaan
beliau telah banyak mengajar saya untuk menjadi seorang penyelidik yang baik.
Bahkan juga semoga Allah memberikan kesihatan dan tubuh badan yang baik
agar beliau dapat membimbing lebih ramai lagi insan-insan seperti saya ini.
Selain itu, saya juga ingin merakam setinggi penghargaan kepada responden
kajian saya iaitu Ustaz Shuhaimi Wafi dan Ustaz Shuhaimi Lanayang memberikan
peluang kepada saya untuk menemubual berkaitan dengan kajian yang dijalankan
oleh saya. Beliau telah banyak memberikan maklumat dan memberikan kerjasama
dalam menyiapkan kajian ilmiah ini. Semoga dalam lindungan Allah
dandiberkati dalam segala urusan yang dilakukan dalam menentukan kebenaran dan
keadilan.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan buat ibu dan ayah yang
dikasihi, Che @ Asmara Kamilah Binti Mamat dan Mohd Zainuddin Bin Abdul
Rahman atas dorongan, doa dan semangat mereka yang tidak pernah jemu
memberikan bantuan kepada saya dalam menyiapkan kajian ini.Saya ingin
merakamkan ucapan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung dalam menghulurkan bantuan kepada saya untuk menyiapkan kajian
ilmiah ini. Semoga Allah membalas jasa baik kalian dengan ganjaran yang telah
kalian korbankan buat saya.
Akhir sekali, saya berharap sangat semoga kajian ini dapat memberikan
manfaat serta satu impak yang positif kepada seluruh lapisan Masyarakat khususnya
masyarakat yang beragama Islam. Semoga penyelidikan dan tesis ini dapat dijadikan
wadah ilmu yang berguna untuk tatapan generasi akan datang.
Nurfatin Najwa Binti Mohd Zainuddin
(I16101031)
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam
Universiti Sultan Azlan Shah
ISI KANDUNGAN 7
BAB I PENGENALAN 18
18
1.1 Pendahuluan 20
1.2 Latar Belakang Kajian 24
1.3 Penyataan Masalah 25
1.4 Objektif Kajian Dan Persoalan Kajian 25
1.5 Kepentingan Kajian 25
1.6 Skop dan Batasan Kajian 27
1.6.1 Skop bidang: 29
1.6.2 Batasan Lokasi 30
1.6.3 Batasan Responden 32
1.6.4 Skop pendidikan
1.7 Metodologi Kajian
1.7.1 Reka Bentuk Kajian
1.7.2 Kaedah Pengumpulan Data
1.7.3 Kaedah Analisis Data
1.8 Definisi Istilah
1.9 Sistematika Kajian
1.10 Rumusan Bab
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 33
2.2 Sorotan Teoritikal 35
2.2.1 Al-Quran 39
2.2.2 Hadis 47
2.3 Sorotan Karya Terdahulu 48
2.4 Diagram Kerangka Teoritikal dan Kerangka Konseptual
2.5 Rumusan bab
BAB III PUNCA BERLAKU KEKURANGAN PENGUASAAN
AL-QURAN DAN TAJWID DALAM PELAJAR
BIDANG ISLAM
3.1 Pendahuluan 49
3.2 Reka Bentuk Penyelidikan 49
8
3.3 Analisis Data 50
3.4 Dapatan Kajian Penguasaan Al-Quran Dalam Kalangan 51
Pelajar Universiti Sultan Azlan Shah
3.4.1 Profil Latar Belakang Responden Kajian
3.4.2 Dapatan Soal Selidik
3.4.2.1 Lampiran 1 : Bahagian A
3.4.2.2 Lampiran 1 : Bahagian B
3.4.3 Lampiran 2 51
3.4.3.1 Bahagian 1
3.4.3.2 Bahagian 2
3.5 Perbincangan Hasil Dapatan 66
BAB IV PENGAPLIKASIAN TAJWID DALAM PEMBACAAN 67
AL-QURAN DALAM KALANGAN PELAJAR 67
68
BIDANG ISLAM DI UNIVERSITI SULTAN SHAH
69
4.1 Pendahuluan 69
4.2 Reka Bentuk Penyelidikan 72
4.3 Kepentingan Pengkhususan Tajwid Dalam Bacaan Al-Quran
73
4.3.1 Memelihara Daripada Kesalahan-Kesalahan Dalam 75
4.3.2 Meningkatkan Minat Membaca
4.3.3 Mencapai Keyakinan Dan Pembacaan Al-Quran Yang 76
Betul
4.3.4 Dapat Mengetahui Seni Bacaan Al-Quran Yang
Pelbagai
4.4 Analisis Data
4.4.1 Dapatan Kajian Bagi Penguasaan Al-Quran Dalam
Kalangan Pelajar Universiti Sultan Azlan Shah
4.4.2 Tahap Kelancaran Pelajar Ketika Membaca Al-Quran
Melibatkan Bahagian Dengung Nun Mati Dan Mim
Mati
4.4.3 Penyebab Utama Kegagalan Pelajar Dalam Menguasai
Penguasaan Al-Quran
4.4.4 Tahap Penguasaan Pelajar-Pelajar Pelajar-Pelajar Usas
Dalam Penguasaan Al-Quran Secara Keseluruhan
4.5 Rumusan Bab
BAB V PUNCA-PUNCA KELEMAHAN PENGUASAAN AL-
QURAN DALAM KALANGAN PELAJAR USAS DAN
MODEL MENGUASAI AL-QURAN
5.1 Pendahuluan 77
5.2 Punca-punca Kelemahan Penguasaan Al-Quran Dalam 77
Kalangan Pelajar Bidang Islam
9
5.2.4 Tidak Membaca Dengan Berguru
5.2.5 Malu
5.2.6 Pemikiran Yang Menetapkan Tajwid Susah
5.2.7 Sukar Untuk Menyebut Huruf Atau Kalimah Al-Quran
(Makhraj)
5.2.8 Kurang Dorongan Ibu Bapa
5.3 Kaedah Menangani Penguasaan Al-Quran 83
5.3.1 Pengenalan 83
5.3.2 Model Al-Quran Placement Test 86
5.3.3 Kepentingan Model Al-Quran Placement Test (AQPT) 89
5.3.4 Muet, Ept Dan Model AQPT 90
5.4 Rumusan 92
BAB 6 PENUTUP
6.1 Pendahuluan 94
6.2 Ringkasan Dapatan Kajian 94
6.3 Implikasi Kajian dan Cadangan Dasar 94
96
6.3.1 Sumbangan Kepada Bidang Ilmu 96
6.3.2 Masyarakat Islam 97
6.3.3 Pentadbiran Universiti 97
6.3.4 Pendidik 98
6.3.5 Penyelidik 98
6.3.6 Pelajar 99
6.3.7 Cadangan Kajian Masa Hadapan
100
6.4 Kesimpulan 101
Bibliografi
Jadual 1.1 SENARAI JADUAL 10
Jadual 2.1 Objektif Kajian Dan Persoalan Kajian
Sorotan Karya Terdahulu 24
39
11
Rajah 2.2 SENARAI RAJAH 47
Rajah 5.1 85
Rajah 5.2 Diagram Kerangkan Teoritikal dan Kerangka Konseptual 86
Rajah 5.3 Organisasi English Placement Test (EPT) 88
Model Al-Quran Placement Test (AQPT)
Struktur Penilaian (AQPT)
SENARAI LAMPIRAN 12
Lampiran 1 Transkrip Pengkaji dengan Responden
Lampiran 2 Soal selidik 109
105
13
SENARAI KEPENDEKAN
Q.S: Quran Surah
H.R: Hadis Riwayat
: Sallallahu „Alaihi Wa Sallam
: Subhanahu wa Ta‘ala
: ‘Alaihi Salam
14
JADUAL TRANSLITERASI
HURUF ARAB KE HURUF RUMI
1. KONSONAN
Konsonan pada huruf Arab tidak selamanya sepadan dengan konsonan huruf
Rumi. Pada beberapa konsonan tertentu, konsonan tersebut boleh dirumikan,
tetapi pada beberapa konsonan tertentu, terpaksa dilakukan beberapa tambahan.
Hal tersebut dapat dilihat seperti di bawah ini:
Huruf Arab Huruf Rumi
_
ا B
ب T
ت Th
ث J
ج ḥ
ح Kh
خ D
د Dh
ذ R
ر Z
ز S
س Sy
ش ṣ
ص ḍ
ض
15
طṭ
ظẓ
ع،
غgh
فf
قq
كk
لl
مm
نn
وw
ه\ﮫh
ء,
ﻲY
ةṯ
2. VOKAL
Dalam sistem vokal Arab ada vokal pendek, ada vokal panjang, dan ada diftong.
1. Pendek 2. Panjang 3. Diftong
ﹷa ﹷ ﺍa ﹷ ہ ايهay
ﹻi ﹻ يī ﹷ ہ ﺍوaw
ﹹu ﹹ
16
PENGUASAAN AL-QURAN DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI
SULTAN AZLAN SHAH
ABSTRAK
Al-Quran merupakan sumber utama akidah umat Islam. Semua orang Islam telah pun
mengenali al-Quran, tidak kira sama ada mengenali takrif atau pengetahuan umum.
Realitinya, penguasaan al-Quran dalam kalangan umat Islam hari ini amat
membimbangkan. Al-Quran semakin hari semakin jauh di hati manusia. Selain itu,
graduan mahasiswa hari ini kebanyakkannya tidak menguasai al-Quran dengan baik.
Justeru, isu ini telah menjadi kebiasaan pada mahasiswa sedangkan diri mereka
sendiri tidak menyedari hal sedemikian.Bagi menjawab kajian ini, berpandukan
kepada tiga objektif kajian iaitu, pertama mengkaji punca berlaku kekurangan
penguasaan al-Quran dalam kalangan pelajar bidang Islam. Kedua, mengenal pasti
tajwid masih diaplikasikan dalam pelajar bidang Islam dan akhir sekali, mengenal
pasti punca-punca kelemahan pembacaan al-Quran dan model menangani
penguasaan al-Quran. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah soal
selidik secara deskriptif, temu bual berstruktur dan pemerhatian turut serta dan
pemerhatian secara langsung. Seterusnya menggunakan analisis dokumen dalam
mendapatkan data. Hasil Dapatan kajian ini mendapati bahawa pelajar-pelajar bidang
Islam tidak menguasai al-Quran dan tajwid dengan baik. Tinjauan awal mendapati
bahawa ramai pelajar tidak menguasai sepenuhnya penguasaaan al-Quran. walaupun
pelajar berlatar belakang pendidikan bidang Islam. Hal ini kerana, terdapat pelajar
yang menguasai teori tetapi tidak pada praktis. Contohnya, pelajar tidak
mengaplikasikan tajwid ketika membaca al-Quran, seperti tidak menguasai bahagian
dengung. Seterusnya, berlaku kekeliruan dalam diri pelajar dalam mengenal pasti
fungsi dan cara bacaan bagi setiap hukum tajwid, menyebabkan pemahaman teori
dan praktis tidak seimbang dan pelajar tidak menguasai pembacaan al-Quran.
Ketidakpenguasaan al-Quran dalam diri pelajar juga berpunca daripada beberapa
aspek yang menghalang mereka dari menguasai al-Quran seperti kepelatan lidah,
sikap pelajar yang tidak berusaha membendung ketidakpenguasaan dan corak
pembelajaran yang tidak berguru dalam menuntut ilmu.
17
THE MASTERY OF AL-QURAN AMONG UNIVERSITI SULTAN AZLAN
SHAH STUDENTS
ABSTRACT
Al Quran is the main source of faith in Muslims. All Muslims have already known
the Quran either in general or specific term. In fact, the mastery of al-Quran among
the muslims is concerned. It became further away from human heart. Other than that,
most of the graduated student nowadays unable to understand al-Quran thoroughly.
Hence, they does not realise that this issues had become a common which it should
not be. Based on three objective, which firstly the cause of unmastery of al-Quran.
Then, identified the source of frail ini reciting al-Quran and the model to overcome it
are the justification of the research carried out. The metod used in this research is
descriptive questionnaire, structured interview, direct and indirect observation. Next
this research also uses analysis documentation in order to collect data information.
The findings acquired is that students in Islamic courses unable to implement al-
Quran as a whole. Early survey disclosed that many students unable to performing
well whom reciting al-Quran although they have Islamic education background as
they cannot implementing the theory learned. For example, they cannot perform the
tajweed when reciting the Quran at some parts of it need to be in hum but they are
not. Next, there are conflict/condusion between themselves in identifying the
fuctions and ways of recitation causing the understanding of theory and practices
unbalanced thus resulting them unable to recite al-Quran well. The difficulty of
mastering in Quran also comes from other aspects that prevents them to comprehend
such as tongue plate, students attitude that neglecting efforts to overcome the
difficulties and uneducated learning patterns.
18
BAB I
1.1 PENDAHULUAN
Umumnya semua orang Islam telah mengenali al-Quran iaitu kitab suci
agama Islam. Kitab petunjuk dan kitab panduan bagi seluruh manusia amnya dan
orang Islam khasnya. Sejak kecil lagi anak-anak orang Islam diajar mengenal huruf-
huruf al-Quran dan menyebutnya, dan akhirnya boleh membaca ayat-ayat al-Quran
dengan baik. Kemudian mereka diajar menghafaz ayat-ayat al-Quran untuk amalan
dan wirid-wirid tertentu. Kajian ini menceritakan tentang latar belakang kajian,
penyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, skop dan batasan, metodologi
kajian, kepentingan kajian, definisi istilah dan sistematika kajian.
1.2 LATAR BELAKANG MASALAH
Al-Quran merupakan sumber utama bagi agama Islam. Akidah yang
bersumberkan al-Quran ini ialah akidah yang benar dan suci daripada sebarang
syirik. Menurut Manna al-Qatan (1998), al-Quran ialah kalam Allah yang
diturunkan kepada nabi Muhammad dan membacanya merupakan ibadah.
Berdasarkan kedua-dua definisi tersebut, dapat disimpulkan bahawa al-Quran
merupakan kalam Allah yang bermukjizat, diturunkan melalui Jibril kepada
nabi Muhammad dengan riwayat yang mutawatir, manakala membacanya
merupakan satu ibadah (Mohamad, 2016). Sekiranya tidak berpegang dengan ajaran
al-Quran dalam hal-hal kepercayaan atau keimanan, maka akidah akan rosak. Akidah
tidak akan menjadi suci. Kepercayaan akan bercampur baur dengan kepercayaan
karut, khurafat, syirik, dan lain-lain. Justeru, sebagai seorang mukmin yang benar-
benar cintakan Islam dan sayangkan iman, sewajarnya berdamping dengan al-Quran
supaya terselamat daripada kerosakan iman dan akidah. Al-Quran juga merupakan
sumber yang terpenting dalam syariat Islam. Segala gerak manusia, khasnya yang
beriman, di bawah naungan panduan al-Quran. Gerak-geri manusia dikawal oleh al-
Quran. Manusia tidak dapat lari daripada al-Quran walaupun pada zahirnya ada
orang yang mahu melepaskan diri daripada ruang lingkup al-Quran. Prinsip dan cara
19
hidup manusia telah digaris dengan begitu rapi dalam al-Quran, kemudian
diperjelaskan pula oleh Rasulullah . Setiap gerakan pada setiap saat dalam hidup
manusia seharian, bermula daripada bangun tidur di waktu pagi sehinggalah kembali
tidur di waktu malam, semuanya di bawah petunjuk al-Quran. Orang yang percaya
kepada al-Quran dan beramal dengan apa yang diterangkan di dalam al-Quran adalah
orang yang berjaya di sisi Allah dan akan mendapat balasan yang baik dengan
kurniaan Allah kerana Allah reda dengan amalannya (Mohamad, 2016). Firman-Nya
:
Maksudnya: Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh mereka
adalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya. (Q.S. Al-Baqarah:82)
Orang yang membaca al-Quran dan memahami isinya serta beramal pula
dengan ajarannya adalah orang yang mendapat petunjuk al-Quran dan nur al-Quran
terpancar pada dirinya. Menurut al-Khalidi dalam buku maqasid al-Quran peranan
dan pembudayaan, terdapat tiga kaedah bacaan al-Quran. Pertama ialah wirdu-al-
tilawah (membaca). Membaca adabnya dan tidak mengurangkan pembacaan
sehariannya ini. Membaca dari juzuk ke juzuk sehinggalah dia mengkhatamkan
pembacaan al-Qurannya dalam masa sebulan. Kedua ialah wirdu al-Hifz
(menghafaz). Berusaha untuk menghafaz satu, dua atau tiga ayat al-Quran setiap
hari. Mengulangi hafalannya dan memperelokkannya setiap hari sehingga walaupun
memakan masa bertahun-tahun tetapi akhirnya dapat menghafaz al-quran itu secara
keseluruhannya dengan baik. Ketiga ialah wirdu al-Tadabbur (mentadabbur)
(Mohamad, 2016). Pada kaedah ketiga inilah menurut beliau tujuh langkah interaksi
dengan al-Quran yang telah disebut pada awal diaplikasikan bagi mewujudkan
sebuah interaksi yang efektif dengan al-Quran. Begitu juga untuk melahirkan
pemimpin, al-Quran sangat penting dalam kehidupan manusia. Namun begitu, dalam
melahirkan pemimpin yang baik, bagus dari segi semua aspek, didikan itu perlulah
dimulakan pada permulaan pembelajaran seperti pembelajaran peringkat rendah,
seterusnya menengah dan alam universiti iaitu peringkat yang lebih tinggi.
Malangnya didikan yang diterapkan sekarang tidak membuktikan mereka ini berjaya
20
walaupun pelbagai cara telah dilakukan. Contohnya, masih banyak pelajar-pelajar
universiti bawah bidang agama tidak dapat mengaplikasikan kriteria yang perlu ada
dalam diri mereka seperti penguasaan al-Quran.
1.3 PERNYATAAN MASALAH
Al-Quran ialah mukjizat yang diwahyukan kepada nabi Muhammad dan
membacanya dikira sebagai ibadah, disampaikan kepada umat Islam dengan riwayat
yang mutawatir (al-Buti, Muhammad Said Ramadhan 1999: 25).
Untuk membina negara yang produktif, al-Quran adalah satu perkara asas
yang perlu wujud dalam diri setiap pemimpin umat Islam. Dalam politik Islam,
keadilan, ilmu dan pengetahuan adalah merupakan antara syarat yang perlu ada
dalam diri pemimpin, begitu juga dengan al-Quran. Pada zaman nabi Muhammad ,
setiap pemimpin yang menjadi khalifah diwajibkan menghafaz 30 juzuk, begitu juga
dengan tentera. Objektifnya adalah al-Quran itu merupakan jantung manusia,
kekuatan Islam yang merawat rohani manusia dalam mempertahankan Islam tanpa
gugup. Dalam merealisasikan sesebuah kepimpinan dan insan yang proaktif, didikan
itu dimulakan pada awal pendidikan, seterusnya menengah dan ke alam institusi
pengajian tinggi. Pada awal pendidikan, terdapat institusi atau pusat pengajian yang
ditubuhkan khusus untuk pengkhususan al-Quran. Pendidikan awal kebiasaannya ibu
bapa mula menghantar anak-anak mereka ke institusi-institusi tersebut. Contohnya,
tahfiz. Peringkat menengah dan alam yang lebih tinggi iaitu universiti juga
diterapkan pengajian al-Quran. Tambahan lagi, jika peringkat menengah itu adalah
sekolah agama diterapkan kepada pelajar. Begitu juga dengan alam universiti
khususnya bahagian agama.
Realitinya, penguasaan al-Quran dalam kalangan umat Islam hari ini amat
membimbangkan. Purata untuk kelancaran serta penguasaan pembacaan al-Quran
amat rendah walaupun latar belakang pengajian seseorang itu bersumberkan agama.
Menurut pemerhatian secara langsung yang dilakukan penyelidik, di beberapa
sekolah agama iaitu Maahad ar-Rahmah Kenali, Maahad Muhammadi Perempuan
dan Maahad Amir Indera Petra, Kelantan (najwa, 2015). Walaupun mata pelajaran
asas tajwid diserapkan dalam pelajar sekolah agama, keperatusan untuk kelancaran
21
dan penguasaan pembacaan al-Quran masih lagi di tahap yang rendah kerana mereka
ditekankan kepada mata pelajaran yang telah ditetapkan kepada mereka. Guru-guru
pula mengejar waktu untuk menghabiskan silibus tersebut. Malahan, jika
dibandingkan dengan pelajar sekolah menengah, terdapat pelajar yang lebih tinggi
peratusannya berbanding sekolah agama, walaupun penekanan sekolah tersebut tidak
sekuat penekanan sekolah agama. Pendedahan ini amat dibimbangi tambahan lagi,
keadaan ini didapati daripada sekolah-sekolah agama (najwa, 2015). Berdasarkan
rujukan, sebelum perlaksanaan program j-QAF pada tahun 2005, banyak kajian telah
dijalankan untuk menilai keberkesanan pembelajaran tilawah al-Quran. Kajian
Ahmad Abdul Ghani (1997) dan Mohd Aderi (2004) mendapati pelajar didapati
kurang lancar membaca al-Quran. Sehubungan itu, model pengajaran dan
pembelajaran j-QAF boleh dianggap sebagai satu pemurnian kepada kurikulum
Pendidikan Islam KBSR (Kementerian Pendidikan Malaysia 2004). Kajian ini
mengetengahkan aspek nilai tambah yang disumbangkan oleh j-QAF kepada
pembelajaran dan pendidikan literasi al-Quran di sekolah rendah. (Mohamad, 2016)
Seterusnya, menurut tinjauan yang dilakukan di beberapa universiti iaitu
Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS) (Amalin Faezah, 2017), Bangi,
Selangor, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) (Nabihah, 2019), Kuala Kangsar,
Perak, Universiti Sultan Halim Shah (UNISHAM) (Mubina, 2018), dan Universiti
Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Terengganu (Hanim, 2017). Menurut data di atas,
responden-responden tersebut adalah daripada lepasan bidang pengajian Islam,
pengajian syariah dan pengajian al-Quran dan as-Sunnah. Responden-responden ini
lebih ditekankan kepada subjek hafazan dan bukan pada asas tajwid. Sedangkan
menurut responden pakar, responden ini didapati tidak dapat menguasai al-Quran
dengan baik dan memerlukan kepada penambahbaikan (Kamilah, 2018). Menurut
responden juga, bidang pengajian Islam didedahkan kepada asas tajwid, berbeza
pula dengan kos syariah dan usuluddin yang dimulakan terus dengan hafazan
(Asyraf, 2017). Apabila diserapkan terus kepada hafazan tanpa pendedahan asas
tajwid, penguasaan pelajar terhadap al-Quran akan terdedah kepada kesalahan-
kesalahan yang boleh mengundang kepada kesalahan dari segi tajwid (teori)
mahupun secara pembacaan (praktis) dan lari makna terhadap ayat al-Quran.
Penyelewengan dalam makna boleh berlaku apabila sebutan makhraj tidak disebut
dengan posisi lidah yang betul. Ketidakpenguasaan makhraj akan berlaku apabila
22
tajwid tidak dikuasai. Menurut Mohd Shukri Hanapi (2003) juga, antara sebab yang
membawa kepada masalah ini ialah keterbatasan pembaca dalam memahami makna
al-Quran (Mohamad, 2016). Al-Quran mempunyai gaya bahasa tertentu, oleh itu
maknanya tidak mungkin dapat dihayati kecuali mereka yang dapat memahami dan
menguasai bahasa Arab dengan baik (Mohamad, 2016).
Menurut data-data yang diperolehi melalui temubual dengan guru al-Quran
USAS, didapati ketidakpenguasaan al-Quran telah menular berlaku dalam kalangan
pelajar universiti. Begitu juga dengan pelajar Universiti Sultan Azlan Shah. Menurut
responden pakar, terdapat ramai pelajar yang tidak melepasi subjek hifz. Subjek hifz
adalah subjek berangkai yang perlu diambil bagi pelajar bidang pengajian Islam,
pengajian Syariah dan Usuluddin Hadis. Pelajar-pelajar ini didapati tidak melepasi
subjek ini atas sebab tidak melepasi skop yang telah ditetapkan pihak jabatan dalam
setiap subjek hifz. Contohnya, sebanyak 21 muka surat bagi hifz 1 perlu dihafal oleh
pelajar mendapatkan gred cemerlang. Menurut responden pakar juga, ramai pelajar
tahun akhir tidak dapat bergraduasi disebabkan terkandas pada subjek ini. Subjek ini
adalah subjek yang berjumlah 1 kredit dan diwajibkan untuk menghabiskan
rangkaian yang telah ditetapkan oleh fakulti untuk bergraduasi iaitu hifz 1, hifz 2 dan
hifz 3. Seterusnya, subjek ini juga menjadi subjek yang boleh dikatakan kerap
diulangi oleh pelajar. Bukan sahaja diulangi disebabkan tidak melepasi markah yang
ditetapkan, tetapi ramai pelajar juga tidak dapat megambil subjek ini pada waktu
peperiksaan dijalankan adalah kerana tidak melepasi subjek pada pra awal syarat
subjek ini lagi. Di mana terdapat syarat-syarat yang mereka perlu lepasi untuk
diluluskan menduduki peperiksaan. Lebih mengecewakan adalah isu kebanyakan
pelajar tidak lulus dalam subjek hifz hampir menjadi kebiasaan pelajar. Dikatakan
demikian adalah kerana, apabila diajukan soalan kepada pelajar, mengapa tidak dapat
diambil subjek yang seterusnya, adalah kerana tidak melepasi subjek hifz
(Mohammad Faizal , 2019).
Permasalahan ini menjadi persoalan kepada banyak pihak, apakah punca
utama yang menyebabkan mereka tidak dapat melepasi atau menguasai subjek ini
dengan jayanya?. Setelah dianalis dan dinilai oleh para responden-responden pakar,
responden pakar mengatakan pelajar tidak melepasi subjek ini adalah bukan hanya
kerana tidak menghafal atau tidak mencakupi syarat yang diletakkan pihak atasan
tetapi mereka ini terlibat dalam satu masalah yang lebih utama, iaitu
23
ketidakpenguasaan dalam al-Quran. Menurut responden pakar juga, pelajar yang
mengambil subjek hifz keseluruhannya adalah bidang agama. Pelajar-pelajar ini
digambarkan mempunyai penguasaan terhadap al-Quran. Tetapi kenyataannya
adalah sebaliknya. Di mana, perkara ini lah yang menjadi faktor utama kepada
pelajar untuk tidak menguasai subjek tersebut. Pelajar-pelajar ini didapati tidak dapat
menguasai al-Quran dengan baik. Bahkan, pelajar didapati tidak dapat menguasai
bahagian tajwid dengan baik. Bahagian ini menyebabkan pelajar sukar menghafal
dan menghalang mereka untuk menghafal dengan baik. Oleh kerana bahagian tajwid
melibatkan sebutan makhraj, cara pembacaan ayat al-Quran yang betul dan cara
baca setiap hukum yang berbeza menyebabkan pelajar yang lemah dalam tajwid
mengalami kesukaran untuk menghafal, lebih-lebih lagi jika bahagian ini tidak
dikuasai. Lebih membimbangkan lagi juga, terdapat pelajar yang sememangnya
tidak meminati bidang ini, ditambahi pula dengan ketidakpenguasaan dalam
bahagian tajwid menjadikan mereka tidak dapat menguasai subjek ini (Mohammad
Faizal , 2019).
Menurut responden pakar juga, adalah lebih membimbangkan lagi, terdapat
juga pelajar yang dari bidang agama langsung tidak dapat membaca al-Quran apatah
lagi untuk menguasai al-Quran. Perkara ini amat dibimbangi dan menjadi satu
kesedihan kepada pelajar kerana bukan sahaja untuk menguasai malah mereka juga
tidak berkebolehan untuk membaca al-Quran. Seterusnya, apabila pelajar tidak
menguasai tajwid, tidak dapat membaca dengan lancar akan menyebabkan mereka
tidak dapat menguasai subjek tersebut dan kesukaran ini akan menyebabkan pelajar
tidak bersemangat dan berminat untuk memperjuangkan perkara tersebut
(Mohammad Faizal , 2019).
Menurut kenyataan-kenyataan di atas, penguasaan pelajar terhadap al-Quran
amat membimbangkan. Bukan sahaja tidak dapat menguasai malah turut melibatkan
kegagalan dalam perkara lain yang seangkatan dengannya. Perkara yang dapat
disimpulkan disini adalah, penguasaan terhadap al-Quran amatlah penting dan
menjadi satu isu permasalahan kerana bukan sahaja melibatkan satu perkara malah
melibatkan rangkaian yang lain. Adalah satu kerugian dalam diri umat Islam jika
tidak menguasai al-Quran kerana al-Quran adalah perkara yang amat penting yang
perlu ada dalam diri masing-masing. Tambahan lagi belia sekarang adalah belia yang
bakal menerajui negara untuk masa akan datang.
24
Akhir kata, sebagai orang Islam, penguasaan al-Quran amat penting dalam
diri masing-masing. Tambahan lagi al-Quran adalah satu kekuatan yang perlu dalam
diri pemimpin untuk memimpin negara pada masa hadapan. Umat Islam
berkewajipan untuk membudayakan al-Quran dengan membaca, menghafal,
mengamati, memahami, dan mentafsirkannya serta diamalkan dalam kehidupan
harian. Tidak ada yang lebih baik selain usaha untuk merealisasikan pembudayaan
al-Quran sesuai dengan tuntutan agama. Umat Islam juga semestinya berinteraksi
dengan al-Quran melalui petunjuknya, mengamalkan ajarannya, mematuhi hukum-
hakamnya serta mengajak manusia mengikuti petunjuknya, mengamalkan ajarannya,
mematuhi hukum-hakamnya serta mengajak manusia mengikuti petunjuknya
(Mohamad, 2016).
1.4 OBJEKTIF KAJIAN DAN PERSOALAN KAJIAN
Jadual 1.1 Objektif Kajian Dan Persoalan Kajian
BIL OBJEKTIF KAJIAN PERSOALAN KAJIAN
1 Mengkaji punca berlaku Apakah punca berlaku berlaku
kekurangan penguasaan al-Quran kekurangan
dan tajwid penguasaan al-Quran dan tajwid
2 Mengenal pasti pengaplikasian Adakah tajwid diaplikasikan dalam
tajwid dalam pembacaan al-Quran pembacaan al-Quran
3 Mengenal pasti punca-punca Apakah punca-punca kelemahan
kelemahan penguasaan al-Quran penguasaan al-Quran dan kaedah untuk
dan kaedah menangani menangani penguasaan al-Quran
penguasaan al-Quran
25
1.5 KEPENTINGAN KAJIAN
Penguasaan al-Quran adalah satu kewajipan dalam setiap individu Islam.
Tambahan pula kepada pelajar Islam, penguasaan al-Quran adalah satu pengetahuan
yang mesti ada dalam pelajar bidang Islam. Kajian ini adalah berkaitan dengan
penguasaan al-Quran dalam kalangan pelajar bidang Islam. Melalui kajian ini,
kelemahan yang terdapat dalam diri individu terhadap penguasaan al-Quran dapat
dikenal pasti. Tahap individu dalam penguasaan al-Quran juga dapat dikenal pasti
sama ada lemah, sederhana dan lancar. Dengan mengetahui tahap penguasaan
individu dalam al-Quran, seseorang dapat mengambil tindakan untuk memperbaiki
ketidakpenguasaan tersebut. Seterusnya, al-Quran adalah penting kepada umat Islam.
Begitu juga dengan penguasaan terhadap al-Quran. Manusia kini sedar bahawa
penguasaan al-Quran penting tetapi kesedaran tersebut tidak disertai dengan usaha
untuk membendungnya. Dengan itu, kajian ini juga adalah bertujuan menyedarkan
individu tentang penguasaan al-Quran dan membawa kepada usaha untuk
memperbaiki ketidakpenguasaan al-Quran. Di samping itu, kajian ini menyedarkan
individu bahawa penguasaan al-Quran bukanlah dikuasai dengan kefahaman teori
sahaja. Malah penguasaaan al-Quran juga memerlukan kemahiran praktikal untuk
menguasai al-Quran. Akhir sekali, al-Quran bukanlah ilmu yang boleh dikuasai
seperti ilmu pengetahuan yang lain. Al-Quran adalah ilmu yang memerlukan
kefahaman teori dan kemahiran praktikal disertai dengan pembelajaran berguru.
1.6 SKOP DAN BATASAN KAJIAN
1.6.1 Batasan bidang
Bidang yang dikaji adalah bidang al-Quran, iaitu hukum nun mati dan tanwin
dan hukum mim mati. Bidang ini dipilih kerana didapati penguasaan pelajar
pada bahagian nun mati dan tanwin dan hukum mim mati tidak memuaskan.
Justifikasi memilih bahagian ini adalah nun mati dan tanwin dan hukum mim
mati adalah salah satu hukum yang perlu dikuasai pelajar merupakan ilmu asas
yang perlu dipelajari untuk menguasai al-Quran.
26
1.6.2 Batasan Lokasi
Lokasi yang dikaji adalah di Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar,
Perak, Malaysia. Lokasi dipilih mendapati bahawa penguasaan al-Quran dalam
kalangan pelajar Universiti Sultan Azlan Shah didapati kurang memuaskan. Oleh
kerana ketidakpenguasaan tersebut, perkara ini telah menjadi punca pelajar
Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) tidak menguasai subjek hifz dan tidak
melepasi subjek tersebut. Justifikasi pemilihan USAS adalah kerana kajian-kajian
yang dilakukan sebelum ini mendapati berlaku kelemahan dalam kalangan pelajar,
justeru pengkaji ingin melihat adakah terdapat kelemahan yang sama berlaku di
USAS.
1.6.3 Batasan Responden
Kajian ini melibatkan responden daripada pelajar Universiti Sultan Azlan Shah,
Kuala Kangsar, Perak, Malaysia daripada bidang pengajian Islam seramai 15 orang
dan Usuluddin seramai 16 orang. Tujuan mengambil pelajar-pelajar yang mengambil
bidang agama ialah pelajar-pelajar bidang agama didedahkan kepada tajwid
berbanding bidang lain tidak didedahkan kepada tajwid.
1.6.4 Batasan tahap pendidikan, jantina dan umur
Kajian ini melibatkan jantina lelaki dan perempuan kerana kedua-dua jantina
adalah penting dan bukan melibatkan satu jantina sahaja. Tahap pendidikan yang
dikaji adalah dalam kalangan ijazah untuk mengkaji penguasaan mereka dalam al-
Quran dan tajwid. Kajian ini melibatkan umur lingkungan 19 sehingga 25 tahun.
Mereka adalah peneraju atau pengganti yang bakal meneruskan zaman pemerintahan
yang seterusnya yang bakal memegang tampuk pemerintahan negara. Jadi amat
penting untuk mendidik dari usia yang begini. Bukan bermaksud kanak-kanak atau
pelajar lingkungan belasan tidak perlu diberi pendedahan tetapi golongan umur
27
lingkungan 19 sehingga 25 tahun lebih diberi penekanan. Lingkungan umur
sebeginilah yang menentukan hidup mereka 10 tahun akan datang atau siapa mereka
pada masa hadapan.
1.7 METODOLOGI KAJIAN
1.7.1 Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian yang dikaji adalah berbentuk kualitatif. Menurut Strauss
dalam Othman Lebar (2015), kualitatif ialah sebarang penyelidikan yang
menghasilkan dapatan yang bukan melalui prosedur statistik atau lain-lain bentuk
pengiraan. Kajian kualitatif ialah kajian instrumen dalam mengumpul data. Kajian ini
adalah kajian kualitatif secara kajian kes. Kajian kes kualitatif dijalankan untuk
meneroka, membuat interpretasi dan mendapat pemahaman yang mendalam tentang
sesuatu kes, bukan untuk mengkaji sesuatu hipotesis (Lebar, 2015). Kajian ini akan
memfokuskan kepada penghuraian yang holistik atau menyeluruh dan memberikan
penjelasan kepada seseuatu peristiwa yang berlaku secara mendalam. Kajian kes
menjawab “bila” “mengapa”.
1.7.2 Kaedah Pengumpulan Data
Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah purposive
sampling atau persampelan bertujuan. Persampelan bertujuan ialah satu cara
pemilihan sampel daripada populasi yang khusus dan spesifik. Sampel yang dipilih
mesti memenuhi kriteria yang telah ditetapkan dan pilih berdasarkan pengetahuan
dan pengalaman dalam bidang tertentu (Fauzi Hussin et al., 2014). Penyelidik berhak
menentukan ciri-ciri tertentu yang perlu ada pada sampel. Terdapat dua bahagian
dalam pengumpulan data iaitu data primer dan data sekunder.
28
1.7.2.1 Data primer
Data primer adalah sumber data penelitian yang diperoleh secara langsung dari
sumber aslinya yang berupa wawancara, pendapat dari individu atau kelompok
(orang). Data primer boleh dikumpulkan sama ada menggunakan banci atau tinjauan
sampel (Fauzi Hussin et al., 2014). Kaedah pengumpulan data yang terlibat dalam
kajian ini adalah soal selidik, pemerhatian dan temu bual.
1.7.2.1.1 Soal Selidik
Soal selidik yang terlibat dalam kajian ini ialah soal selidik secara deskriptif. 31
borang soal selidik telah diedarkan kepada pelajar usuluddin hadis sebanyak 16
borang soal selidik manakala pengajian Islam sebanyak 15 borang soal selidik.
Soalan selidik ini terbahagi kepada dua iaitu bahagian A dan bahagian B. Pada
bahagian A adalah berbentuk demografi. Bahagian B adalah mengenal pasti
pengetahuanserta pemahaman terhadap tajwid. Soal selidik digunakan bagi
mendapatkan maklumat pelajar serta menganalisa pengetahuan pemahaman pelajar
terhadap tajwid.
1.7.2.1.2 Pemerhatian
Pemerhatian ialah pengumpulan data dengan cara pengamatan atau pemerhatian
boleh dibahagikan kepada dua iaitu teknik tanpa penyertaan dan teknik pemerhatian
penyertaan (Fauzi Hussin et al., 2014). Pemerhatian yang terlibat ialah pemerhatian
turut serta kerana sampel berada di samping pengkaji. Pemerhatian yang digunakan
dalam kajian ini adalah untuk menjelaskan dan mendapatkan lagi bukti serta
maklumat untuk menjawab persoalan-persoalan yang terdapat dalam kajian ini.
Kajian ini melibatkan penyelidik dalam pemerhatian bersama dengan responden.
1.7.2.1.3 Temu Bual
Temu bual adalah pengumpulan data yang kedua dalam data primer. Temu bual
yang digunakan adalah temu bual berstruktur. Temu bual berstruktur ini telah
dilakukan bersama responden pakar iaitu Ustaz Shuhaimi Lana, pensyarah al-Quran
Universiti Sultan Azlan Shah. Terdapat empat soalan yang diajukan kepada
responden pakar sewaktu temu bual tersebut dijalankan. Temu bual dilakukan untuk
29
menguatkan lagi pemerhatian yang dilakukan serta memperkukuhkan maklumat
yang ada untuk kajian ini.
1.7.2.2 Data Sekunder
Menurut Fauzi, data sekunder ialah data dikumpulkan daripada sumber yang
tersedia (Fauzi Hussin et al., 2014). Data sekunder adalah sumber data penelitian
yang diperoleh melalui media perantaraan atau secara tidak langsung yang berupa
buku, catatan, dan bukti yang telah ada.
1.7.2.2.1 Analisis Dokumen
Analisis dokumen adalah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini.
Penyelidik merujuk buku, tesis serta beberapa laman sesawang yang berautoriti.
Justifikasinya adalah untuk memperbanyakkan lagi maklumat serta data.
1.7.3 Kaedah Analisis Data
Kaedah analisis data yang telah digunakan oleh pengkaji adalah analisis
dokumen dengan menggunakan analisis kandungan. Manakala soal selidik
menggunakan analisis deskriptif dengan menggunakan IBM “Statical Package For
Social Science” SPSS. Manakala analisis kandungan digunakan bagi data-data
daripada temubual dan pemerhatian.
1.8 DEFINISI ISTILAH
Maksud penguasaan dari segi istilah menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,
ialah perihal menguasai atau menguasakan ~bahasa sendiri sangat penting bagi
seseorang penterjemah (Pustaka, 2005).
Manakala maksud al-Quran adalah al-Quran: Ar = al-~kitab suci yang
diturunkan kepada nabi Muhammad SAW untuk menjadi panduan hidup manusia
30
(untuk dunia dan akhirat ): membaca dan menghafaz ~;buruk ki sesuatu yang tidak
boleh diharapkan atau tidak boleh diharapkan atau tidak berguna lagi tetapi masih
lagi dihormati kerana sebab tertentu (Pustaka, 2005).
Kesimpulannya, maksud penguasaan al-Quran dalam kajian ini ialah penguasaan
yang merujuk kepada tahap-tahap responden dalam al-Quran. Dalam al-Quran
terdapat dua bahagian tertentu untuk menguasai al-Quran iaitu teori dan praktikal.
Bahagian yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah pada teori iaitu melibatkan
hukum tajwid. Seterusnya hukum tersebut diaplikasikan secara praktikal sewaktu
membaca al-Quran. Hukum tajwid yang dibincangkan dalam kajian ini ialah hukum
nun mati dan tanwin dan mim mati, serta penguasaan dan pengaplikasian hukum
tersebut dalam diri pelajar.
1.9 SISTEMATIKA KAJIAN
Sistematika kajian adalah gambaran umum berkaitan pembahagian bab dan
secara keseluruhan perbahasan dalam kajian ini.
Kajian ini mengandungi 5 bab iaitu bab pertama iaitu bab pendahuluan
dengan menjelaskan latar belakang kajian. Melalui latar belakang, akan menjelaskan
secara umum berkaitan tajuk yang dikaji. Seterusnya akan mengemukakan rumusan
bagi masalah dan menyatakan bukti yang didapati. Seterusnya objektif kajian,
persoalan kajian, skop dan batasan kajian, definisi istilah, medotologi kajian dan
diakhiri dengan sistematika kajian turut dikemukakan.
Kajian akan diteruskan dengan bab kedua iaitu menganalisis teori-teori yang
berkenaan dengan al-Quran. Sumber teori ini diambil dari al-Quran dan hadith.
Selain itu, beberapa sorotan karya terdahulu yang berkaitan dengan tajuk kajian ini
iaitu penguasaan al-Quran dalam kalangan pelajar aliran agama akan disenaraikan.
Sorotan kajian terdahulu berbentuk tesis dan jurnal.
Bab ketiga pula penyelidik akan mengkaji punca berlaku kekurangan
penguasaan al-Quran dan tajwid dalam pelajar bidang islam dan bab keempat
pengkaji akan mengenal pasti tajwid pengaplikasian dalam pembacaan pelajar
bidang Islam.
31
Dalam bab kelima pula penyelidik akan mengkaji punca-punca kelemahan
pelajar dalam menguasai al-Quran dan kaedah menangani model AQPT.
Akhir sekali, dalam bab keenam mengandungi penutup dalam kajian. Kajian
ini kana menyatakan rumusan secara keseluruhan berdasarkan hasil penemuan
dapatan kajian yang dilakukan. Implikasi kajian dan beberapa cadangan masa
hadapan dan kesimpulan bagi keseluruhan kajian turut dikemukakan.
32
1.10 RUMUSAN BAB
Kesimpulannya, dalam bab satu ini, membincangkan latar belakang bagi
kajian yang dikaji. Seterusnya pernyataan masalah dalam kajian turut dinyatakan.
Dalam pernyataan masalah beberapa isu telah dikeluarkan menunjukkan kes-kes
yang menjadi masalah dan penyebab tujuan bagi kajian ini dijalankan. Objektif dan
persoalan kajian seterusnya dinyatakan bagi menunjukkan tujuan kajian dilakukan.
Selain itu skop batasan dinyatakan bagi menjelaskan lagi skop kajian seperti skop
bidang, skop lokasi, skop responden dan skop batasan. Melalui skop, kajian dilihat
lebih jelas. Metodologi pula adalah kaedah yang digunakan dalam kajian. Terbahagi
kepada tiga iaitu reka bentuk kajian, kaedah pengumpulan data dan kaedah analisis
data. Kepentingan kajian pula menerangkan tentang kelebihan atau kepentingan
kajian ini dilakukan. Akhir sekali, sistematika kajian juga dinyatakan bagi
menunjukkan rangka setiap bab.
33
BAB II
2.1 PENGENALAN
Dalam bab satu menceritakan tentang latar belakang kajian, penyataan
masalah, objektif kajian, persoalan kajian, skop dan batasan, metodologi kajian,
kepentingan kajian, definisi istilah, dan sistematika kajian. Dalam bab ini pula
menceritakan tentang sorotan teoritikal al-Quran dan hadis, sorotan karya kajian
lepas dan kerangka teoritikal dan konseptual.
2.2 SOROTAN TEORITIKAL
Sorotan teoritikal memberi gambaran tentang kenapa dan bagaimana.
Sehubungan dengan itu, penyelidik menyediakan ayat al-Quran dan potongan hadis
bagi memperjelaskan lagi sorotan teoritikal. Dalam al-Quran Allah telah
menceritakan banyak perkara yang berkaitan dengan kepentingan dan kelebihan al-
Quran. Ayat ini juga membuktikan kelebihan al-Quran kepada manusia.
2.2.1 Al- Quran
ۚ
Maksudnya: Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di
antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama
daripada kalangan kamu. (Q.S.Al-Mujadalah:11)
Menurut Syaikh Imam al-Qurthubi (2000) dalam kitabnya tafsir al-Qurthubi
(2000), Yahya Bin Yahya mengatakan dari Malik, maksud dari
“ Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantaramu.” adalah para
sahabat . Sedangkan, “Dan orang-orang yang diberi ilmu
34
pengetahuan beberapa darjat ” adalah Allah meninggikan darjat orang yang alim
dan pencari kebenaran.
Kesimpulannya, orang-orang yang menuntut ilmu diangkat tinggi tarafnya
dalam menuntut ilmu. Allah mengangkat darjat orang-orang yang mempunyai
ilmu, mencari ilmu dan mempelajari ilmu. Justeru, mempelajari al-Quran juga adalah
salah satu proses menimba ilmu. Allah tidak sesekali merendahkan darjat orang
yang mencari ilmu, menimba ilmu dan berilmu.
Berdasarkan firman Allah , menunjukkan akan wujudnya ganjaran di
akhirat dan karamah (kemuliaan di dunia. Maka dengan itu, diangkat orang yang
beriman daripada orang yang tidak beriman dan orang yang alim daripada orang yang
bukan alim. Ibn Mas‟ud berkata bahawa Allah telah memuji ulama‟ di dalam
ayat ini iaitu Allah mengangkat orang-orang beriman yang diberikan ilmu dengan
beberapa darjat.
2.2.2 Hadith
Maksudnya: Dari Ustman bin Affan r.a. ia berkata, Rasulullah
bersabda : “ orang terbaik dari kamu ialah orang yang mempelajari al-
Quran dan mengajarkannya.” (H.R. Al-Bukhari : 5027).
Menurut As-Sarakhsi dalam Ibnu Hajar Al-Asqalani (2015) dalam kitab tafsir
Fathul Baari menyatakan (sebaik-baik kamu adalah orang
yang membaca al-Quran dan membacakannya). (atau mengajarkannya).
Kata „atau‟ di sini menunjukkan pelbagai makna. Bukan bermaksud keraguan.
Tirdmizi diriwayatkan dari hadis Ali, ia lebih kuat dari segi makna, sebab indikasi
penggunaan kata „atau‟ adalah penetapan „kebaikan‟ bagi siapa yang melakukan
35
salah satu dari kedua perbuatan itu. Konsekuensinya, orang yang belajar al-Quran
meski tidak mengajarkannya kepada orang lain, lebih daripada orang yang
mengamalkan kandungan meski belum mempelajarinya. (Al-Asqalani, 2015)
Kesimpulannya, al-Quran adalah petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa
dan semua manusia. Tidak mungkin seseorang muslim mampu membaca dan
memahami kandungan isinya, melainkan mempelajarinya dengan bersungguh-
sungguh. Justeru mempelajari al-Quran, membacanya dengan baik, membaca dengan
ilmu tajwid dan mengkaji kandungan wajib bagi peribadi setiap muslim.
2.3 SOROTAN KARYA TERDAHULU
Terdapat lapan kajian lepas yang berkaitan dengan al-Quran. Pertama, tahap
penguasaan bacaan al quran dalam kalangan pelajar Uitm, Sarawak, Ahmad Rozaini
Ali Hasan, Shadli Sabarudin, Che Bakar Che Mat, Mei 2010. Dokumen ini berbentuk
tesis. Kajian ini berbentuk kualitatif dan kuantitatif. Isu yang dipersoalkan adalah
penguasaan bacaan al-Quran dikalangan pelajar Uitm, kampus Samarahan, Sarawak.
Metodologi yang digunakan pengkaji berbentuk ujian dimana ujian dilakukan dari
aspek pembacaan dan pengetahuan ilmu tajwid. Hasil dapatan kajian yang diperoleh
menunjukkan tahap pembacaan adalah sederhana iaitu 72.67%. Manakala dari segi
pengetahuan tajwid pula adalah lemah. Mereka juga mempunyai masalah dalam
mengenal ilmu tajwid dan menghadapi kesukaran untuk menyebut huruf-huruf
dengan tepat (Ahmad Rozaini Ali Hasan, 2010). Kedua, kemampuan pelajar Uitm,
Terengganu membaca al-Quran, Azarudin Awang, Azman Che Mat, Ahmad
Nazuki@Marzuki Ya’cob, 2018. Dokumen ini adalah berbentuk tesis. Isu yang
dipersoalkan dalam kajian ini adalah untuk mengenal pasti kemampuan pelajar Uitm
Terengganu membaca al Quran. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah
berbentuk kuantitatif iaitu berbentuk soal selidik, persampelan, dan analisis. Yang
kedua adalah berbentuk kualitatif iaitu temu bual. Hasil dari dapatan kajian
menunjukkan kemampuan pelajar adalah sederhana dalam aspek pembacaan al-
Quran. Dalam aspek tertentu masih ramai pelajar agak lemah dalam penggunaan
36
lagu, hukum tajwid, pembacaan tajwid. Kelemahan yang berlaku ini pula berlaku
berbeza mengikut jantina, sekolah asal, bidang pengajian, dan pencapaian mata
pelajaran (Hasan, 2019).
Kedua, kebolehupayaan pembacaan al-Quran dalam kalangan pelajar
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Mohd Khairul Azman Bin Hj Abu
Bakar. Dokumen ini adalah berbentuk tesis. Isu yang dipersoalkan dalam kajian ini
adalah persoalan yang perlu dirungkai oleh penyelidik iaitu mengapa dengan tempoh
pengajian yang cukup lama iaitu bermula sejak pra sekolah, sekolah rendah, sekolah
menengah sehingga ke peringkat IPT masih ramai pelajar yang tidak mampu
menguasai pembacaan al-Quran dengan baik. Persoalan lain juga timbul apakah
tahap penguasaan mata pelajaran kemahiran al-Quran dalam kalangan pelajar dan
apakah ada pendekatan yang lebih baik untuk dijadikan asas bagi pelajar menguasai
pembacaan al-Quran dengan baik. Apakah wujudnya perbezaan tahap penguasaan
mata pelajaran kemahiran al-Quran di antara pelajar yang mempunyai latar belakang
pendidikan kelas aliran agama dengan pelajar kelas aliran bukan agama. Apakah
faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan mata pelajaran kelas kemahiran
al-Quran. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kualitatif dan kuantitatif
iaitu berbentuk analisis data yang diambil dari sampel soal selidik. Hasil dari dapatan
kajian menunjukkan pelajar tahun akhir di PSMZA mempunyai latar belakang asas
pengetahuan al-Quran dan boleh membaca al-Quran walaupun sebahagian daripada
mereka tidak lancar dalam pembacaan. Begitu juga dengan pengetahuan kalimah-
kalimah al-Quran dan maklumat tanda bacaan.
Ketiga, hubungkait antara tahap penguasaan pembacaan dengan tahap
kefahaman mahasiswa pusat asasi KUIS terhadap surah al-Fatihah, Mohd Rasyidi
Ali, Wan Fakhrul Razi Wan Mohamad, Abdul Hadi Awang, Muhamad Faiz Mukmin
Abdul Mutalib. Dokumen ini adalah berbentuk tesis. Isu yang dipersoalkan dalam
kajian ini adalah untuk menilai hubungkait antara tahap bacaan dengan tahap
kefahaman mahasiswa pusat asasi terhadap surah al-Fatihah. Metodologi yang
digunakan adalah kaedah soal selidik. Persampelan diambil secara rawak tetapi
jumlah sampel adalah sama banyak mengikut bidang pengajian bagi mendapatkan
data yang seimbang dalam kajian. Kajian ini mengguna pakai kaedah kolerasi
pearson. Hasil dari dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan
di antara bacaan dengan kefahaman surah al-Fatihah di kalangan pelajar pusat asasi
37
KUIS iaitu semakin tinggi penguasaan pelajar bahasa Arab, semakin tinggi tahap
keupayaan bacaan al-Fatihah. Semakin tinggi tahap kefahaman pelajar terhadap
surah al-Fatihah, semakin tinggi tahap keyakinan mereka dalam keupayaan bacaan
surah al-Fatihah masing-masing (Mohd Rasyidi Ali, 2017).
Keempat, analisis tahap penguasaan bacaan al-Quran murid tahun 5 Sekolah
Kebangsaan Sungai karang berdasarkan model khatam al-Quran dan model tasmiq J-
Qaf. Sapie sabilan Ibrahim, Suhana, Mohamed Lip, Mohamad Fuad Ishak, Siti
Nga‟ishah Mohni. Dokumen ini adalah berbentuk jurnal. Isu yang dipersoalkan
dalam kajian ini adalah mengukur tahap penguasaan al-Quran murid-murid dan
sejauh mana ianya telah memenuhi matlamat kokurikulum yang telah disasarkan.
Metodologi yang digunakan adalah reka bentuk kajian yang berbentuk campuran
(mixed metod) iaitu kualitatif dan kuantitatif. Data yang dikutip merangkumi data
deskriptif (kualitatif) dan maklumat statistik (kuantitatif). Kajian ini juga
dijalankan berlandaskan penggunaan Model CIPP (Context, Input, Process dan
Product) Stufflebeam, D.L. (2000). Hasil daripada dapatan kajian menunjukkan
tahap penguasaan murid tingkatan 5 Sungai Karang terhadap model pengajaran dan
pembelajaran al-Quran adalah memuaskan. Walaubagaimanapun, masih terdapat
pelajar yang lemah dalam penguasaan bacaan al-Quran. Mereka telah dikenal pasti
tidak mendapat kelas tambahan al-Quran pembelajaran diluar sekolah sama ada dari
kelas fardhu ain (KAFA) atau kelas persendirian (Sapie Sabilan, 2018).
Kelima, kajian pembacaan surah al-Fatihah di kalangan pelajar Politeknik
Kuching, Sarawak. Mohd Farhan Bin Ismail dan Siti Nurfarhana Bt Zakaria.
Dokumen ini adalah berbentuk tesis. Isu yang dipersoalkan dalam kajian ini adalah
punca kehilangan pengetahuan ialah ketidakbolehan anak-anak muda melayu
membaca tulisan jawi sekaligus menyebabkan mereka tidak dapat membaca al-
Quran. Metodologi yang yang digunakan adalah soal selidik dan persampelan kajian.
Hasil daripada kajian menunjukkan pelajar masih lemah dalam penguasaan al-Quran
terutamanya surah al-Fatihah. Mereka mempunyai asas tapi belum mencukupi untuk
mereka. Ini kerana usia mereka berada dalam lingkungan 17-21 tahun, sepatutnya
tidak diperkatakan lagi dari sudut kelancaran (fasohah) akan tetapi boleh difokuskan
kepada yang lain (Muhamad farhan Bin Ismail).
38
Keenam, tahap pencapaian murid-murid tahun enam dalam modul khatam
al-Quran J-Qaf, kajian Sekolah Kebangsaan Daerah Kual Muda Yan. Dokumen ini
berbentuk jurnal. Isu yang dipersoalkan adalah tahap penguasaan murid terhadap
model pengajaran dan pembelajaran al-Quran, proses penilaian dan bimbingan murid
dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran al-Quran dan tahap penguasaan
bacaan al-Quran murid tahun 5 Sekolah Kebangsaan Sungai Karang. Metodologi
yang digunakan ialah mixed metod iaitu metod kualitatif dan kuantitatif Hasil
daripada kajian menunjukkan 70.6% murid telah mengyuasai al-Quran. 19.9% pada
tahap sederhana. 9.5% pada tahap rendah (Samsudin, 2011).
Ketujuh, penguasaan bacaan nun sakinah dalam tilawah al-Quran pelajar-
pelajar bermasalah penglihatan di Malaysia. Hajarul Bakhtu Zakaria, Mohd Huzairi
Awang @ Husain, Ab Halim Tamuri. Dokumen ini berbentuk jurnal. Isu yang
dipersoalkan dalam kajian ini ialah mengenal pasti tahap penguasaan nun sakinah
dalam kalangan pelajar bermasalah penglihatan diMalaysia. Metodologi yang
digunakan dalam kajian ini ialah tinjauan ujian berberntuk bacaan dijalankan keatas
pelajar dan soal selidik bagi mengenal pasti jantina, jenis kecacatan. Hasil dapatan
yang didapati ialah keseluruhan pelajar tidak mencapai tahap penguasaan yang
memuaskan dalam bacaan al-Quran berdasarkan hukum nun sakinah.
Jadual 2.1 Sorotan
Nama Tajuk Tahun Jenis Dapatan
Pengarang Karya Kajian
39
n Karya Terdahulu
Gap
1. Ahmad Rozaini Tahap 2010 Jurnal Menunjukk
sederhana i
Ali Hasan, Shadli Penguasaan segi penge
lemah. M
Sabarudin Che Bacaan al- masalah da
dan meng
Bakar Che Mat Quran Dalam menyebut h
Kalangan
Pelajar
Uitm,Sarawak
2.Azarudin Kemampuan 2018 Tesis menunjukka
adalah se
Awang Azman Pelajar al- pembacaan
tertentu m
Che Mat Ahmad Quran ,Uitm lemah dalam
tajwid, pem
Nazui @ Marzuki Terengganu yang berlak
Ya‟cob mengikut ja
pengajian,
pelajaran.
40
kan tahap pembacaan adalah Penguasaan al-Quran dalam
iaitu 72.67%. Manakala dari kalangan pelajar Usas, Kuala
etahuan tajwid pula adalah Kangsar, Perak.
Mereka juga mempunyai
alam mengenal ilmu tajwid
ghadapi kesukaran untuk
huruf-huruf dengan tepat.
an kemampuan pelajar Penguasaan al-Quran dalam
ederhana dalam aspek kalangan pelajar Usas, Kuala
al-Quran. Dalam aspek Kangsar, Perak.
masih ramai pelajar agak
m penggunaan lagu, hukum
mbacaan tajwid. Kelemahan
ku ini pula berlaku berbeza
antina, sekolah asal, bidang
dan pencapaian mata
3.Mohd Khairul Kebolehupaya Tesis Pelajar t
Tesis mempunyai
Azman Bin Hj an Pembacaan pengetahua
membaca
Abu Bakar al-Quran sebahagian
lancar dalam
dalam dengan pen
al-Quran da
kalangan
Kajian me
pelajar mempunyai
mempengar
politeknik bacaan yang
Sultan Mizan
Zainal Abidin
4. Mohd Rashidi Hubung kait 2017
Ali Wan Fakhrul antara tahap
Razi Wan penguasaan
Mohamad , Abdul bacaan dengan
Hadi Awang, tahap
Muhammad Faiz kefahaman
Mukmin Abdul mahasiswi
Mutalib pusat asasi
kuis terhadap
al fatihah
41
tahun akhir diPSMZA Penguasaan al-Quran dalam
i latar belakang asas kalangan pelajar Usas, Kuala
an al-Quran dan boleh Kangsar, Perak.
al-Quran walaupun
daripada mereka tidak
m pembacaan. Begitu juga
ngetahuan kalimah-kalimah
an maklumat tanda bacaan.
endapati tahap kefahaman Penguasaan al-Quran dalam
i hubungkait yang boleh kalangan pelajar Universiti
ruhi tahap penguasaan Sultan Azlan Shah, Kuala
g baik. Kangsar Perak.
5.Sapie Sabilan, Analisis tahap 2018 Jurnal i. Dapa
penilaian k
Barinah Ibrahim, penguasaan kerelevanan
hasil pemb
Suhana Mohamed bacaan al- tinggi.
ii. Dapatan
Lip, Mohamed Quran Murid terhadap
pembelajara
Fuad Ishak, Siti Tahun 5 adalah sede
Nga‟ishah Mohni Sekolah iii. Dap
penilaian
Kebangsaan kemahiran d
guru adalah
Sungai Karang iv. Dapat
penilaian
Berdasarkan kemudahan
adalah tingg
Model Khatam v. Dapata
penilaian
al-Quran dan
Model Tasmik
J-Qaf
42
atan kajian berdasarkan Penguasaan al-Quran dalam
konteks terhadap tahap kalangan pelajar Universiti
n matlamat dan Sultan Azlan Shah, Kuala
belajaran al-Quran adalah Kangsar, Perak
n kajian penilaian konteks
tahap pelaksanaan
an al-Quran
erhana.
patan kajian berdasarkan
input terhadap tahap
dan pengetahuan
h tinggi .
tan kajian menunjukkan
input terhadap tahap
n dan prasarana
gi .
an kajian menunjukkan
input terhadap tahap
pelaksanaan
adalah sede
vi. Dap
penilaian in
penilaian pe
sederhana.
vii. Dap
penilaian
pendekatan
teknik adala
viii. Dapa
penilaian
bimbingan
adalah tingg
ix. Dapat
penilaian
prestasi dan
murid adala
x. Dapata
43
n kurikulum
erhana.
patan kajian berdasarkan
nput terhadap tahap sistem
elajar adalah
patan kajian berdasarkan
proses terhadap tahap
n, strategi, kaedah dan
ah sederhana.
atan kajian berdasarkan
proses terhadap tahap
dan penyeliaan
gi.
tan kajian menunjukkan
produk terhadap tahap
n penguasaan
ah tinggi.
an kajian menunjukkan
penilaian
kepuasan m
tinggi.
xi. Dapa
penilaian k
produk terh
penguasaan
Kebangsaan
model
pengajaran
adalah tingg
7.Hajarul Bakhti Penguasaan 2012 Jurnal
Zakaria, Mohd Bacaan
Huzairi Awang @ Hukum
Husain, Ab. Nun Sakinah
Halim Tamuri Dalam
Tilawah al-
Quran Pelajar-
Pelajar
44
produk terhadap tahap
murid adalah
atan kajian menunjukkan
konteks, input, proses dan
hadap tahap
n murid tahun 5 Sekolah
n Sungai Karang terhadap
dan pembelajaran al-Quran
gi.
Penguasaan al-Quran dalam
kalangan pelajar Universiti
Sultan Azlan Shah, Kuala
kangsar, Perak