93
Terdapat responden yang menetapkan pemikiran bahawa tajwid itu susah.
Bagi reponden hukum tajwid terlalu banyak diingati, sukar untuk dikenal pasti ketika
mengaplikasikan waktu membaca al-Quran dan sukar diapliakasi ketika waktu
membaca al-Quran. Kelemahan dalam aspek menyebut makhraj huruf juga
merupakan punca kelemahan bagi pelajar untuk menguasai al-Quran. Contohnya,
responden menyebut huruf ر. Kelemahan ini juga menjadi satu asbab kepada
responden untuk tidak meningkatkan kemahiran dalam penguasaan al-Quran. Akhir
sekali, kurang dorongan daripada ibu bapa juga merupakan punca kelemahan pelajar
dalam menguasai al-Quran.
Dalam bab 5 ini juga membincangkan tentang kaedah untuk menangani isu
ketidakpenguasaan pelajar USAS dalam menguasai al-Quran. Satu model telah
dicadangkan iaitu model al-Quran Placement Test ((AQPT). Umumnya, majlis
peperiksaan Malaysia telah mengadakan MUET sebagai sistem yang mengasah
kemahiran bahasa Inggeris. Sistem ini perlu diambil bagi setiap pelajar yang
memasuki pendidikan tinggi. Negara Malaysia memperkasakan bahasa Inggeris
dengan melaksanakan sistem ini. Universiti Sultan Azlan Shah juga mempunyai satu
sistem sebelum dimansukhkan iaitu English Placement test (EPT). Dengan sistem
ini tahap kemahiran pelajar dalam bahasa inggeris terpelihara. Wal hal itu, model
(AQPT) yang dicadangkan juga adalah untuk memelihara al-Quran dalam kalangan
pelajar mahasiswa. Model ini mempunyai tahap-tahap tertentu untuk responden
lepasi dan akhir sekali berakhir dengan penilaian akhir seterusnya penyerahan sijil
menandakan pengiktirafan penguasaan al-Quran.
94
BAB VI
6.1 PENDAHULUAN
Sepertimana yang telah dibincangkan oleh pengkaji pada bab lima adalah
berkaitan dengan punca-punca kelemahan penguasaan dalam kalangan pelajar
USAS dan kaedah menangani (model AQPT). Terdapat banyak sebab yang boleh
dijadikan punca seseorang itu tidak menguasai al-Quran. Pengkaji juga
mencadangkan kaedah menangani masalah penguasaan al-Quran dalam kalangan
pelajar USAS. Pengkaji harap dengan adanya model AQPT yang telah dijelaskan
oleh pengkaji dapat memberikan satu perubahan yang positif kepada pelajar dalam
menangani isu ketidakpenguasaaan al-Quran dalam kalangan pelajar USAS. Justeru,
lepasan-lepasan mahasiswa dapat dilahirkan dengan kualititi tapi bukan kuantiti.
6.2 RINGKASAN DAPATAN KAJIAN
Secara keseluruhannya, dapat di simpulkan beberapa dapatan kajian yang
didapati sepanjang kajian dijalankan. Berikut merupakan ringkasan daripada
perbincangan ksesemua bab:
1. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar meyakini menguasai al-
Quran dengan baik.
2. Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan pelajar menidakkan dirinya
tidak dapat menguasai al-Quran sedangkan kenyataannya adalah
sebaliknya.
3. Dapatan kajian menunjukkan pelajar bertekad dan yakin untuk tidak
mempercayai bahawa mereka lemah dalam menguasai al-Quran.
4. Dapatan kajian menunjukkan pelajar masih tidak dapat menguasai hukum
tajwid pada tajwid yang asas.
5. Dapatan kajian penguasaan pelajar terhadap tajwid berdasarkan soal
selidik secara teori adalah pada tahap sederhana.
6. Dapatan kajian penguasaan pelajar terhadap tajwid berdasarkan
pemerhatian responden pakar secara praktis adalah sederhana.
95
7. Dapatan kajian menunjukkan pelajar kurang mengambil berat apabila
melibatkan al-Quran.
8. Dapatan menunjukkan tahap keseluruhan pelajar dalam penguasaan al-
Quran adalah pada tahap sederhana.
9. Dapatan kajian menunjukkan berdasarkan skop kajian yang ditetapkan,
pelajar tidak dapat mempraktikkan hukum tajwid ketika membaca al-
Quran (praktis).
10. Dapatan kajian menunjukkan berdasarkan skop kajian yang disenaraikan,
pelajar dapat menghuraikan jenis hukum yang diberikan secara (teori).
11. Dapatan kajian menunjukkan kelancaran pelajar ketika membaca
bahagian dengung adalah lemah.
12. Dapatan kajian menunjukkan pelajar tidak mahir dalam bahagian
dengung.
13. Dapatan kajian menunjukkan pelajar tidak dapat membezakan tanda-
tanda yang perlu dibaca panjang.
14. Dapatan kajian menunjukkan pelajar tidak dapat mengenal pasti huruf
dan tanwin yang perlu dibaca dengung.
15. Dapatan kajian menunjukkan pelajar tidak dapat mengaplikasikan bacaan
dengung dengan baik mengikut bacaan yang sepatutnya dengan betul.
16. Dapatan menunjukkan makhraj, sikap pelajar dan kurangnya praktis
merupakan punca kegagalan reponden dalam menguasai al-Quran
menurut responden pakar.
17. Dapatan kajian menunjukkan punca-punca kelemahan penguasaan al-
Quran dalam kalangan pelajar USAS adalah tiada kesedaran dalam
meningkatkan pengetahuan dan keperkasaan tentang tajwid.
18. Dapatan kajian menunjukkan punca-punca kelemahan penguasaan al-
Quran dalam kalangan pelajar USAS adalah responden menganggap
tajwid remeh dan tidak penting.
19. Dapatan kajian menunjukkan punca-punca kelemahan penguasaan al-
Quran dalam kalangan pelajar USAS adalah sikap malas dan tidak suka
ditegur dalam membaca al-Quran.
20. Dapatan kajian menunjukkan punca-punca kelemahan penguasaan al-
Quran dalam kalangan pelajar USAS adalah tidak membaca dengan
berguru.
96
21. Dapatan kajian menunjukkan bahawa perasaan malu adalah punca-punca
kelemahan penguasaan al-Quran dalam kalangan pelajar USAS.
22. Dapatan kajian menunjukkan punca-punca kelemahan penguasaan al-
Quran dalam kalangan pelajar USAS adalah malu.
23. Dapatan kajian menunjukkan punca-punca kelemahan penguasaan al-
Quran dalam kalangan pelajar USAS adalah pemikiran yang menetapkan
tajwid itu susah.
24. Dapatan kajian menunjukkan punca-punca kelemahan penguasaan al-
Quran dalam kalangan pelajar USAS adalah sukar untuk menyebut huruf
atau kalimah al-Quran (makhraj).
25. Dapatan kajian menunjukkan punca-punca kelemahan penguasaan al-
Quran dalam kalangan pelajar USAS adalah kurang dorongan daripada
ibu bapa.
6.3 IMPLIKASI KAJIAN DAN CADANGAN KAJIAN PADA MASA
DEPAN
6.3.1 Sumbangan kepada ilmu
Sepanjang kajian yang telah pengkaji lakukan berkaitan dengan penguasaan al-
Quran dalam kalangan pelajar, dapat memberi sumbangan kepada bidang ilmu. Selain itu,
sumbangan kepada teori dapat mengukuhkan lagi teori yang sedia ada berkaitan dengan
penguasaan al-Quran. Dalam surah al-Muzammil, ayat 73 yang bermaksud: “ Dan bacalah
al-Quran dengan tartil ”. Allah menyuruh manusia membaca kalam suci al-Quran secara
tartil. Tartil adalah bacaan yang perlahan-lahan, tenang dan mengeluarkan bunyi setiap huruf
daripada makhrajnya yang tepat serta menurut hukum-hukum bacaan tajwid dengan
sempurna dan merenung makna, hukum dan pengajaran daripada ayat. Umumnya bacaan al-
Quran mempunyai tingkatan tertentu. Tingkatan tersebut adalah at-Tartil, at-Tahqiq, al-
Hadr dan at-tadwir. Tingkatan yang ditekankan dalam ayat di atas adalah at-Tartil. Pada
ayat tersebut, Allah tekankan pentingnya pembacaan al-Quran dengan baik. Oleh itu, dapat
diklasifikasikan bahawa bacaan yang baik ketika membaca kalam suci al-Quran adalah
penting kerana bacaan yang salah boleh menjejaskan maksud asal sehingga membawa
kepada maksud lain.
Apabila disebutkan pembacaan al-Quran yang baik, maka memerlukan usaha bagi
membendung kelemahan dalam penguasaan al-Quran ini. Tanpa usaha kelemahan ini tidak
dapat dibendung. Usaha ini perlu dimulakan bukan sahaja melibatkan pihak luar sama ada
97
universiti mahupun ibu bapa bahkan perlulah dimulakan dengan diri sendiri. Begitu juga
dengan niat seseorang dalam mendalami sesuatu ilmu, perlulah diperbetulkan niat tambahan
lagi apabila melibatkan ilmu al-Quran.
Seterusnya, pengkaji dapat menyimpulkan pembacaan al-Quran yang baik
memerlukan penuntutan ilmu. Orang yang membaca al-Quran , Allah angkat martabatnya,
inikan orang yang menguasai al-Quran dengan baik. Bertepatan juga dengan ayat al-Quran
dalam surah al-Mujadalah, ayat 11 yang bermaksud: “ Allah meninggikan darjat orang-
orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama
daripada kalangan kamu ”.
Kesimpulannya, kesucian bacaan al-Quran perlulah dijaga dengan baik. Al-Quran
merupakan kalam Allah yang paling agung dan mempunyai ketinggian bahasa dan ayat yang
tidak mampu di cipta oleh mana-mana makhluk”.
6.3.2 Masyarakat Islam
Pengkaji berharap kajian ini dapat memberi kesan kepada masyarakat Islam.
Justeru, masyarakat akan lebih menyedari tentang kepentingan penguasaan al-Quran
dan tajwid kepada manusia. Kepentingan al-Quran ini bukan sahaja kepada pelajar
malahan juga melibatkan semua golongan iaitu kanak-kanak, remaja, belia, dewasa,
dan juga warga emas. Melalui pendedahan ini juga penguasaan al-Quran kepada
semua manusia dapat ditingkatkan. Cadangan pengkaji kepada masyarakat Islam
adalah supaya masyarakat Islam lebih terbuka kepada perkara-perkara yang
melibatkan al-Quran.
6.3.3 Pentadbiran Universiti
Pengkaji berpendapat kajian ini dapat memberikan kesan dan implikasi
kepada universiti. Melalui kajian ini universiti dapat mengetahui masalah ketidak
penguasaan pelajar dalam al-Quran. Kajian ini juga membantu universiti mengenal
pasti kekurangan pelajar dalam penguasaan al-Quran. Seterusnya, melalui kajian ini
juga, universiti dapat meningkatkan sistem universiti dalam meningkatkan
penguasaan al-Quran dalam kalangan pelajar. Cadangan pengkaji kepada universiti
adalah dengan universiti dapat menyokong untuk melaksanakan model AQPT untuk
menangani penguasaan al-Quran dalam kalangan pelajar.
98
6.3.4 Pendidik
Pengkaji berpendapat bahawa kajian ini dapat memberi kesan kepada
pendidik. Melalui kajian penguasaan al-Quran kepada pelajar USAS dalam kalangan
pelajar bidang Islam, pendidik dapat mengenal pasti pelajar-pelajar yang
memerlukan penambahbaikan dalam penguasaaan al-Quran. Kajian ini juga
membantu pendidik mengenal pasti kelemahan pelajar dalam penguasaan al-Quran.
Masalah yang pelajar hadapi dalam menguasai al-Quran juga dapat dikenal pasti dan
maklumat tersebut membantu pendidik dalam soal maklumat pelajar. Kajian ini juga
membantu pendidik mengenal pasti kemampuan pelajar-pelajar dalam penguasaan
al-Quran. Seterusnya, kajian ini juga membantu pendidik dalam meningkatkan
kemampuan pelajar dalam menguasai al-Quran. Cadangan pengkaji kepada pendidik
adalah supaya pendidik membantu pelajar-pelajar yang kurang menguasai al-Quran.
6.3.5 Penyelidik
Pengkaji berandaian bahawa kajian ini akan memberi implikasi kepada
penyelidik Jika dilihat, sepatutnya penyelidiklah yang akan lebih terkesan dengan
kajian kerana penyelidik adalah pengkaji utama sesuatu kajian. Melalui kajian ini,
kesedaran dalam diri pendidik juga dapat dipupuk. Apabila kesedaran terpupuk maka
penyelidik akan lebih terbuka untuk meningkatkan penguasaan al-Quran dalam diri
penyelidik. Apabila melibatkan al-Quran, bukan sahaja pelajar yang perlu kepada
penguasaan malah semua umat Islam perlu dan mesti menguasai al-Quran. Selain
daripada itu, kajian ini juga membantu penyelidik mengenal pasti masalah
ketidakpenguasaan al-Quran dalam kalangan pelajar USAS. Isu ini sebenarnya bukan
sahaja pada Universiti Sultan Azlan Shah tetapi juga berlaku dalam institusi
pengajian-pengajian lain. Isu ini bukan sahaja dipandang remeh malah tidak
dihiraukan sama sekali. Seterusnya, kajian ini juga membantu mengetahui masalah
utama pelajar dalam menguasai penguasaan al-Quran. Kajian ini juga membantu
penyelidik untuk mendapatkan punca-punca kelemahan pelajar dalam menguasai al-
Quran. Cadangan pengkaji adalah model AQPT (al-Quran Placement Test) dapat
dilaksanakan untuk menguasai penguasaan pelajar dalam al-Quran.
6.3.6 Pelajar
Pengkaji mengharapkan kajian ini dapat memberi kesan kepada pelajar
terutamanya. Kajian ini menggunakan metod soal selidik, pemerhatian dan temu
99
bual. Melalui instrumen berikut, pengkaji mengharapkan pelajar mengambil berat
dan terkesan dengan kajian ini. Melalui kajian ini, kesedaran berkaitan penguasaan
al-Quran juga dapat dipupuk dalam diri setiap pelajar. Kepentingan penguasaan al-
Quran kepada pelajar juga dapat ditunjukkan kepada pelajar melalui kajian ini.
Kajian ini juga dapat membantu pelajar untuk lebih lagi meningkatkan kekurangan
dalam penguasaan al-Quran. Cadangan pengkaji kepada pelajar ialah pelajar mestilah
berusaha untuk menguasai pembacaan al-Quran dengan bantuan kelas luar atau
pelbagai lagi.
6.3.7 CADANGAN KAJIAN PADA MASA DEPAN
Terdapat beberapa cadangan kajian daripada pengkaji bagi meneruskan kajian yang
berkaitan dengan al-Quran pada bahagian ini.
1. Penguasaan hafalan dalam kalangan pelajar USAS .
2. Penguasaan al-Quran dalam menyebut makhraj.
3. Penguasaan al-Quran dalam kalangan lepasan graduan mahasiswa
4. Pengaplikasian hafalan terhadap pelajar USAS
5. Pengaplikasian tajwid ketika membaca al-Quran dalam kalangan USAS
6. Penguasaan tajwid dalam kalangan lepasan graduan mahasiswa.
Tajuk-tajuk berikut adalah beberapa cadangan tajuk yang diberikan oleh
pengkaji untuk kajian masa akan datang. Pada zaman kontemporari ini,
kemasyuran al-Quran semakin hari semakin pudar pada mata manusia. Tidak
kurang juga kepentingan terhadap al-Quran. Oleh kerana itu, pengkaji berharap
konsep al-Quran ini dapat dimartabatkan dimana jua tanpa mengira golongan dan
usia.
100
6.4 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya daripada keseluruhan bab yang dibincangkan oleh
pengkaji bermula daripada bab pertama iaitu pengkaji telah mengenal pasti isu
permasalahan kajian berkaitan dengan tajuk yang dikaji oleh pengkaji. Dalam bab
ini, pengkaji telah menyatakan tiga objektif kajian serta tiga persoalan kajian untuk
dikaji. Keseluruhan pada bab pertama ini pengkaji memberikan tumpuan kepada
skop tajuk yang dikaji. Seterusnya, pengkaji juga menyatakan metodologi yang
digunakan dalam kajian bagi mendapatkan data bagi kajian yang dijalankan.
Tambahan juga, kepentingan kajian turut dibincangkan oleh pengkaji.
BIL OBJEKTIF BAB
Mengkaji punca berlaku Objektif ini telah dibincangkan dalam
1 kekurangan penguasaan al-Quran bab tiga
dan tajwid dalam pelajar
Mengenal pasti pengaplikasian Objektif ini telah dibincangkan dalam
2 tajwid dalam pembacaan pelajar bab empat
3 Mengenal pasti punca-punca Objektif ini telah dibincangkan dalam
kelemahan penguasaan al-Quran bab lima
dan kaedah menangani penguasaan
al-Quran
Jadual 6.1 Ringkasan kesimpulan
Berdasasarkan kepada jadual yang telah disenaraikan oleh pengkaji, dapat
disimpulkan bahawa ketiga-tiga objektif kajian tersebut telah terjawab. Pada bab
ketiga, pengkaji telah mengkaji punca berlaku kekurangan penguasaan al-Quran dan
tajwid dalam bidang Islam. Pengkaji dapati punca berlaku kekurangan penguasaan
al-Quran dan tajwid dalam bidang islam dapat disimpulkan kepada beberapa punca.
Antaranya adalah pelajar tidak mengambil berat tentang penguasaan al-Quran.
Metodologi yang digunakan dalam bab ketiga ini adalah soal selidik. Sewaktu soal
selidik dijalankan, kebanyakan responden mengambil masa yang agak lama untuk
101
menyelesaikan kertas-kertas soal selidik berikut. Apabila diminta untuk menghantar
kertas soal selidik tersebut, responden mengelak dan mengambil keputusan,
bagaimana sekalipun responden mesti menjawab kertas tersebut tanpa meninggalkan
kekosongan dek malu kerana tidak dapat menjawab soalan tersebut. Disitu juga
pengkaji dapat menilai bahawa responden mempunyai rasa malu jika tidak
menguasai penguasaaan al-Quran dan tajwid tetapi rasa malu itu juga yang
menghalang responden daripada meningkatkan penguasaan al-Quran.
Pada bab keempat pula pengkaji telah mengenal pasti penggunaan tajwid
dalam pembacaan pelajar bidang Islam. Pengkaji telah menilai responden dengan
menggunakan pemerhatian dan penilaian daripada responden pakar. Pengkaji telah
membandingkan penilaian-penilaian responden pakar dalam mengenal pasti
penggunaan tajwid dalam kalangan responden bidang Islam. Berdasarkan
pemerhatian dan penilaian responden, penggunaan tajwid dalam pembacaan al-Quran
masih diaplikasikan walaupun tidak dengan cara yang betul. Masalah utama atau
penyebab kegagalan responden dalam menguasai subjek al-Quran juga turut
dibincangkan dalam bab keempat ini kerana dengan mengetahui permasalahan yang
menjadi penyebab kekurangan penguasaan pelajar dalam al-Quran adalah salah satu
maklumat untuk mengenal pasti penggunaan tajwid dalam kalangan pelajar.
Bab lima pula pengkaji telah mengenal pasti punca-punca kelemahan
penguasaan al-Quran dan model penguasaan al-Quran AQPT. Dalam bab ini punca-
punca yang menyebabkan seseorang responden tidak dapat menguasai al-Quran telah
disenaraikan. Serba sedikit contoh-contoh turut dihuraikan bersama-sama punca
tersebut. Kaedah untuk menangani masalah ketidak penguasaan al-Quran dalam
kalangan pelajar juga dibincangkan iaitu model AQPT (al-Quran Placement Test).
Tak terkecuali juga, Muet dan Ept turut dihuraikan dalam bab ini. AQPT adalah satu
model yang dicadangkan pengkaji untuk menangani masalah ketidak penguasaan
pelajar dalam al-Quran. Muet pula adalah satu sisitem untuk mengukur tahap
kemahiran bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Manakala Ept pula adalah
English Placement Test. Ept adalah satu sistem yang dijalankan kepada pelajar-
pelajar kemasukan baru bagi mengenal pasti tahap bahasa Inggeris pada diri mereka
tetapi sistem ini telah dihentikan untuk melancarkan silibus yang baru. Sistem ini
didapati berkesan dalam memartabatkan bahasa Inggeris.
102
Seterusnya pada bab yang terakhir, pengkaji telah membuat satu ringkasan
ringkas bagi keseluruhan bab iaitu meliputi bab satu, bab dua, bab tiga, bab empat
dan bab lima. Pengkaji juga menyatakan implikasi kajian dari segi masyarakat
Islam, pendidik, responden dan juga kepada universiti. Akhir sekali, terdapat
kesimpulan bagi keseluruhan kajian dinyatakan secara ringkas.
Akhir sekali, pada pandangan pengkaji ketidak penguasaan dalam kalangan
pelajar mestilah diatasi dan ditanangi. Kelemahan pelajar bidang Islam dalam al-
Quran adalah membimbangkan. Semua pihak mestilah mengambil tindakan dalam
menangani isu ini. Bukan sahaja pihak-pihak berkuasa malahan pelajar juga mestilah
mengambil tindakan dan usaha atas diri mereka untuk menangani masalah ini.
Seterusnya, harapan pengkaji pada waktu akan datang agar dengan adanya kajian
ini, pihak universiti dan pelajar mengambil inisiatif untuk lebih meningkatkan
kemampuan pelajar dalam penguasaan al-Quran. Moga dengan kajian ini juga dapat
membuatkan mana-mana pihak yang terlibat sedar bahawa kelemahan ini adalah
perkara serius yang perlu ditanangi. Kebanyakan pihak lebih suka bertindak untuk
tidak menghiraukan masalah ini. Oleh kerana itu, pengkaji juga berharap agar kajian
ini memberi kesedaran kepada mereka bahawa masalah ketidak penguasaan al-Quran
amatlah penting.
103
BIBLIOGRAFI
(CELFOS), P. B. (2019, DECEMBER WEDNESDAY). ORGANIZATION EPT IN USAS. (N. N.
ZAINUDDIN, Interviewer)
Ahmad Rozaini Ali Hasan, S. S. (2010). Malaysian Academic Library Institutional Repository.
Retrieved from
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/5249/1/LP_AHMAD%20ROZAINI%20ALI%20HASAN
%20RMI%2009_5%201.pdf
Al-Asqalani, I. H. (2015). Fathul Baari . Jakarta : Pustaka Azzam.
Al-Azhari, H. '. (1994). Tajwid Al-Qur'an Rasm 'Usthmani. Kuala Lumpur: Pustaka Salam
Sdn.Bhd.
AL-Qurthubi, S. I. (2000). Tafsir Al-Qurthubi. Kampung Melayu Kecil : Pustaka Azzam.
Amalin Faezah, M. (2017). (n. n. zainuddin, Interviewer)
Asyraf. (2017). (n. n. zainuddiin, Interviewer)
Council, m. E. (2008). Malaysian University English Test Muet. REGULATION, TEST
SPECIFICATIONS, TEST FORMAT AND SAMPLE QUESTIONS, 53.
Fauzi Hussin et al. (2014). Kaedah Penyelidikan dan Analisis Data spss. kedah: Universiti
Utara Malaysia.
Hanim. (2017). (n. n. zainuddin, Interviewer)
Hasan, A. R. (2019). Kemahiran Membaca al-Quran di kalangan pelajar-pelajar
Uitm,Sarawak. Kemahiran Membaca al-Quran di kalangan pelajar-pelajar
Uitm,Sarawak.
Kamilah, M. (2018). (n. najwa, Interviewer)
Lana, S. (2019, November Monday ). Tahap Kelancaran Pelajar Ketika Membaca al-Quran
bahagian نmati dan مmati . (N. N. Zainuddin, Interviewer)
Lebar, O. (2015). Penyelidikan Kualitatif Pengenalan Kepada Teori Dan Metode. perak:
Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim, Perak .
Mohamad, M. I. (2016). Maqasid al-Quran Peranan dan Pembudayaan. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Mohamad, M. I. (2016). Maqasid al-Quran Peranan dan Pembudayaan. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
104
Mohammad Faizal , B. (2019, november khamis). (N. N. Zainudddin, Interviewer)
Mohd Rasyidi Ali, W. F. (2017). Hubungkait Antara Tahap Penguasaan Dengan Tahap
Kefahaman Mahasiswa Pusat Asasi Kuis Terhadap Surah al-Fatihah. 9.
Mubina, N. (2018). (N. Najwa , Interviewer)
Muhamad farhan Bin Ismail, S. N. (n.d.). Kajian Pembacaan Surah al-Fatihah Di KALANGAN
pELAJAR Politeknik Kuching, Sarawak. 17.
Nabihah, S. (2019). (N. Najwa, Interviewer)
najwa, n. (2015).
Othman Lebar. (2015). Penyelidikan Kualitatif Pengenalan Kepada Teori dan Metode. perak:
Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim Perak.
Pustaka, D. B. (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Selangor Darul Ehsan: Dawama
Sdn.Bhd.
Samsudin, F. B. (2011). Tahap Pencapaian Murid-Murid Tahun Enam Dalam Modul Khatam
al-Quran J-QAF . Satu Kajian di Sekolah Kebangsaan Daerah Kuala Muda Yan , 42.
Sapie Sabilan, B. I. (2018). Analisis Tahap Penguasaan Bacaan Al-Quran Murid Tahun 5
Sekolah Kebangsaan Sungai Karang Berdasarkan Model Khatam al-Quran dan
Model, Tasmik j-Qaf . 20.
105
LAMPIRAN 1
TRANSKRIP PENGKAJI DENGAN RESPONDEN
Temubual Bersama Pensyarah Al-Quran
Pengkaji : Dalam pandangan ustaz, sejauh manakah tahap pelajar bidang
Islam dalam mengaplikasikan tajwid ketika diorang ini
membaca al-Quran, sebab ada pelajar yang tahu tajwid tapi
bila membaca dia tidak menggunakan dengung, dia tahu huruf
bertemu huruf adalah hukum itu tetapi bila waktu membaca dia
tidak pandai nak buat dan ada yang tahu tajwid tapi dia boleh
baca dengan betul….
Pensyarah al-Quran : Ada yang macam tu, ada yang macam ni..Tapi kebanyakannya
tidak tahu tajwid, kebanyakkannya memang tidak tahu
tajwid….Cuma boleh baca..,maksudnya kalau Tanya ini
hukum apa, dia tidak boleh jawab..Cuma tahu baca…, itu
tahap yang ok lah… tapi kalau tahap yang tak ok tu, baca pun
tak boleh..
Pengkaji : …kiranya macam dalam bidang Islam ni… lebih kearah…
Pensyarah al-Quran : Pengajian Islam..
Pengkaji : aaa… Pengajian Islam dengan usuluddin lebih ke arah ok ke
tak ok ke …
Pensyarah al-Quran :Kalau ikutkan yang usuluddin ni dia lebih kepada ok sikit la
sebab dia yang telah belajar sebelum ini sebab sekolah apa
semua, kalau pengajian Islam dia kurang sedikit…
Pengkaji : dari segi lancar tak lancar…tu ustaz sebab ada yang lancar
straight tapi baca lancar tapi dari segi tajwid dai tu kurang ,
ada jugak …
Pensyarah al-Quran : (mengangguk))
106
Pengkaji : Kalau dari segi dengung ustaz…
Pensyarah al-Quran : dari segi dengung tu …kebanyakkannya boleh dengung..Cuma
dengung tu tak cukup..
Pengakji : banyak yang kurangla…
Pensyarah al-Quran : ermmm..(mengiyakan )
Pengkaji : Kalau tanda- tanda dalam al-Quran diorang ni kebanyakkan
boleh kenal …
Pensyarah al-Quran : tanda macam mana …
Pengkaji : tanda yang macam huruf صkecik ..ta nda segi tiga yang kita
kena baca majri’ ..apa semu tu…
Pensyarah al-Quran : yang itu kurang…
Pengkaji : kurang…(mengangguk)
Pensyarah al-Quran : kalau dari segi makhraj ….
Pengkaji : makhraj ada yang ada yang tak boleh..
Pengkaji : Tapi dalam bahagian tajwid ni, bahagian mana yang mereka ni
paling kurang penguasaan …orang cakap paling kritikal
..contohnya dengung ke banyak pelajar bahagian itu…
Pensyarah al-Quran : Makhraj pun ramai…terutamanya makhraj tiga, ث ظ ذ. Tiga
huruf ni sememangnya bermasalah….
Pengkaji : Kiranya banyak lebih kepada yang itulah..Tapi makhraj ni yang
tinggi sekali ataupun dengung paling pelajar tidak boleh
kuasai..
Pensyarah al-Quran: Makhraj…tajwid ni pun dia sebenarnya dia..makhraj yang
paling penting ..
Pengkaji : sebab kalau lari makhraj, lari la.. makna kan… Yang kedua..
sejauh manakah tahap kelancaran pelajar ketika membaca al-
Quran bila melibatkan bahagian nun mati dengan mim
107
mati..sebab ada pelajar bila mim dengan ba‟ diorang tak tahu
..hukum tu dan kena dengung waktu itu…
Pensyarah al-Quran : nun mati dengan hukum mim mati..?
Pengakji :haah… pastu ada yang baris tanwin yang senget dan sama
diorang anggap dua-dua kena baca dengung ..diorang samakan
fungsinya…ok benda ni sama …macam tu
Pensyarah al-Quran : aa.. tak kena la tu…dalam bab ini ramai tidak tahu lah.. (
mengangguk)
Pengkaji : Penguasaan mereka kurang lah ustaz kan ..tak ramai yang
Pengkaji cukup..
: lepas tu, apa pendapat ustaz, masalah utama tau penyebab utam
apelajar dalam nak kuasai subjek al-quran ni..
Pensyarah al-Quran : hifz al-Quran ?
Pengkaji : bukan dari segi hifz, dari segi pembacaan kelancaran..daris
segi tajwid.. apa masalah utama diorang dalam nak kuasai …
Pensyarah al-Quran : bukan hifz al-Quranlah..dari segi pembacaan … hmm ..dia
sebenarnya dari segi bacaan lah baca tak lancar ….Dia
sebenarnya satu punca .. orang melayu ni dia malas baca al-
Quran… Bila malas baca al-Quran, baca sekali-sekala
macam tu jadinya …baca tak lancar…
Pengkaji : Bila ada yang kita nak tegur diorang tak nak dengar, ada
yang malu..
Pensyarah al-Quran : ha memang… diorang dah ada degree apa semua kan..
Pengkaji : haah, ada yang bila hurai tentang tajwid dia boleh tetapi bila
baca tak boleh ..
Pensyarah al-Quran : (mengangguk)… dia praktis tak ada… teori boleh praktis tak
ada….
108
Pengkaji : Soalan seterusnya ustaz, bolehkah ustaz memberi peratusan
atau penguasaan secara keseluruhan pelajar di Usas ini
dalam kos usuluddin dan pengajian Islam sama ada
mereka ini tahap lemah ke sederhana ke lancar ke tak lancar
…
Pensyarah al-Quran : Kebanyakkan sederhana..Ana dalam bab peratusan tak berapa
nak reti la…tapi kebanyakkannya sederhana la ..tidaklah baik
sangat….
Pengkaji : Sebab diorang kalau jawab dari segi exam memanglah boleh
jawab sebab hafal tapi kalau dinilai depan-depan marakah tak
seperti yang mereka hafal..
Pensyarah al-Quran : Memanglah… dia macam ni , al-Quran bukan susah sangat
..tapi kalau yang tak boleh baca ni, mungkin asal famili tak
dedahkan pelajar kepada al-Quran la.. Dia al-Quran ini tidak
susah .. budak-budak boleh menguasai Quran tapi kita nak
kuasai quran ni kena ada masa la .. kalau orang tu betul-betul
dua bulan boleh baca, dia boleh baca …walaupun tak reti apa
pun ….Yang masalah dia tak nak baca ..Dia anggap tak
penting … tak penting..
Pengkaji : mengangguk … baik-baik… terima kasih Ustaz….
109
LAMPIRAN 2
SOAL SELIDIK
LAMPIRAN 1
BORANG SOAL SELIDIK PENGUASAAN AL-QURAN
Soal selidik ini adalah bagi memenuhi kajian bagi m,ata pelajaranLatihan Akademik.
Soal selidik ini bertujuan untuk mengkaji penguasaan bacaan al-Quran dalam
kalangan pelajar bidang pengajian Islam dan Usuluddin di Universiti Sultan Azlan
Shah, Kuala Kangsar, Perak. Segala maklumat yang diberikan akan dirahsiakan dan
ia akan hanya digunakan bagi kepentingan kajian sahaja.
BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG RESPONDEN
ARAHAN :Sila tandakan ( / ) mengikut maklumat diri yang dinyatakan
dibawah
Jantina
Lelaki ( ) Perempuan ( )
Jenis Pengajian
Pengajian Islam ( ) Usuluddin ( )
Pendidikan Al Quran dan tajwid
Keluarga ( ) )
Sekolah ( )
Minat sendiri ( )
Lain-lain (nyatakan) (
Kekerapan membaca Al-Quran di rumah
110
Setiap hari ( )
Seminggu sekali ( )
Seminggu 2 kali ( )
Tidak Pernah ( )
Lain- lain (nyatakan ) ( ---------------------------------------------)
BAHAGIAN B : Objektif Kajian
ARAHAN : sila tandakan (/ ) mengikut maklumat yang dinyatakan
dibawah
Ya
Tidak
Mengenal pasti punca kekurangan penguasaan al-Quran dan tajwid dalam
pelajar bidang Islam
BIL PERNYATAAN YA TIDAK
1 Saya berkebolehan mengenal huruf hijaiyyah (huruf
al-quran)
2 Saya berkeupayaan mengenal tanda-tanda bacaan
yang terdapat didalam al-Quran.
3 Saya mempunyai pengetahuan tentang hukum tajwid
4 Saya dapat mengaplikasikan hukum tajwid ketika
membaca al-Quran
5 Saya berupaya mengaplikasikan tanda-tanda
hijaiyyah ketika membaca al-quran
6 Saya membaca al-Quran dengan berguru
7 Saya berkebolehan menyebut kalimah al-Quran
dengan lancar
8 Saya berkebolehan menyebut kalimah al-Quran yang
bersambung
9 Saya berkebolehan menyebut huruf hijaiyyah (huruf
al_quran ) mengikut makhraj (tempat keluar huruf )
yang betul
10 Saya berkebolehan membaca al-Quran mengikut
hukam tajwid yang betul.
111
Jenis-jenis halangan kepada prnguasaan al-quran dan tajwid dalam kalangan pelajar
BIL PERNYATAAN YA TIDAK
1 Saya kurang minat tajwid
2 Saya malu membaca al-quran
3 Tajwid adalah susah dan mengelirukan untuk diaplikasi
ketika membaca
4 Saya memandang remeh pada tajwid
5 Tajwid susah untuk diingati ketika membaca al-quran
6 Saya sukar mengenal pasti tanda-tanda serta cara
pembacaannya
7 Saya berasa bosan kerana tajwid terlalu banyak dan
mengelirukan
8 Saya dapat memahami tajwid tetapi tidak pandai
mengaplikasikan tajwid ketika membaca al-Quran
9 Saya setuju pendedahan tajwid didedahkan kepada
pelajar bidang Islam dalam setiap pengajian
10 Penguasaan al-Quran dan tajwid penting dalam
kalangan pelajar bidang Islam
112
LAMPIRAN 2
UJIAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM PENGUASAAN AL-
QURAN DAN TAJWID
Soalan 1
Bulatkan huruf izhar halqi :
Sebutkan jenis Idgham :
------------------------------
------------------------------
Nyatakan huruf
------ ii) ------
------ iv) ------
Nyatakan huruf
------
------
Nyatakan huruf
------
113
ﺍخفاء حقيقيterdapat ------ huruf.
15
20
10
15
114
SOALAN 2
Tentukan jenis hukum مmati berdasarkan ayat berikut :
:
115
Keluarkan 5 hukum tajwid yang ada dalam surah al-fatihah
i)
ii)
iii)
iv)
v)