bermasalah
penglihatan di
Malaysia
8. Fairuz Bin Tahap 2011 Tesis
Samsudin Jadual 2.1 Sorota
pencapaian
murid-murid
Tahun Enam
Dalam Modul
Khatam al-
Quran J-Qaf
satu kajian di
sekolah
Kebangsaan
Daerah Kuala
Muda Yan.
45
Penguasaan al-Quran dalam
kalangan pelajar universiti
sultan Azlan Shah, Kuala
Kangsar, Perak
an Karya Terdahu
46
Secara ringkasnya, dalam teori sorotan kajian lepas ini tidak membincangkan
hukum nun mati dan tanwin dan hukum mim mati. Kajian-kajian lepas ini
kebanyakan tertumpu kepada kebolehan seseorang itu dalam membaca al-Quran,
terdapat juga kajian yang tertumpu kepada surah-surah tertentu dan kefahaman
seseorang terhadap al-Quran. Terdapat banyak kajian lepas berkaitan al-Quran tetapi
perbincangan sesebuah kajian tidak membincangkan perkara sama. Justeru, pengkaji
hanya menyenaraikan beberapa kajian untuk dijadikan sebagai bahan rujukan.
2.4 KERANGKA TEORITIKAL DAN KERANGKA KONSEPTUAL
Al-Q
Sun
Akidah Sya
Ibadah Muamalah Munaka
Puasa Zakat
Umum khusus
Bersuci Solat
Rajah 2.2 Kerangka
L Jinayat 47
Quran
nnah Akhlak
ariah Siyasah
ahat
Tilawah
Individu
Pelajar
ipt
a Teoritikal Dan Konseptual
48
2.5 RUMUSAN BAB
Kesimpulannya, dalam bab yang kedua ini, telah dinyatakan ayat al-Quran
dan hadis berkaitan al-Quran. Ayat ini juga digunakan bagi menjelaskan lagi
kepentingan dan kelebihan al-Quran kepada manusia. Begitu juga dengan hadis.
Seterusnya, kajian-kajian lepas telah dikumpulkan untuk melihat perbezaan kajian ini
dengan kajian lepas. Antara kajian tersebut adalah tahap penguasaan bacaan al-Quran
dalam dalam kalangan pelajar, Uitm, Sarawak, Kemampuan pelajar Uitm,
Terengganu membaca al-Quran, Kebolehupayaan pembacaan al-Quran dalam
kalangan pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Hubungkait
antara tahap penguasaan pembacaan dengan tahap kefahaman mahasiswa pusat asasi
KUIS terhadap surah al-Fatihah, Analisis tahap penguasaan bacaan al-Quran murid
tahun 5 Sekolah Kebangsaan Sungai Karang berdasarkan model khatam al-Quran
dan model tasmik J-Qaf. Kajian pembacaan surah al-Fatihah di kalangan pelajar
politeknik Kuching, Sarawak, Tahap pencapaian murid-murid tahun enam dalam
modul khatam al-Quran J-Qaf dan penguasaan bacaan nun sakinah dalam tilawah al-
Quran pelajar-pelajar bermasalah penglihatan diMalaysia. Kajian-kajian ini memberi
gambaran perbezaan jurang antara kajian penyelidik dan kajian ini.
49
BAB III
PUNCA BERLAKU KEKURANGAN PENGUASAAN AL-QURAN
DAN TAJWID DALAM KALANGAN PELAJAR BIDANG ISLAM
3.1 PENDAHULUAN
Dalam bab ini, membincangkan punca berlaku kekurangan penguasaan al-
Quran dan tajwid dalam pelajar bidang Islam. Data dikumpul menggunakan kaedah
soal selidik. Seramai 31 responden yang terdiri daripada 16 pelajar Usuluddin Hadis
dan 15 pelajar pengajian Islam telah diberi soalan soal selidik. Seterusnya jawapan
responden akan dianalisa menggunakan perisian ( Statictical Package for social
science) (SPSS) VERSI 20.0.
3.2 REKA BENTUK PENYELIDIKAN
Jadual 3.1 :Reka Bentuk Penyelidikan
Reka Bentuk Kajian Kaedah Pengumpulan Responden / sampel
Kajian Kualitatif Soal selidik Pelajar usuluddin
Hadis & pelajar
pengajian Islam
Skala pengukuran bagi soal selidik adalah dua jenis. Skala yang digunakan dalam
soal selidik adalah skala Likert yang mengandungi persetujuan terhadap sesuatu
pernyataan. Skala Likert diubah suai mengikut kesesuaian objektif kajian. Skor yang
didapati dalam ujian soal selidik diberi markah seperti jadual dibawah.
50
Jadual 3.2 : Skala Pengukuran Bagi Item-Item Dalam Soal Selidik
SKOR KETERANGAN
1 Ya
2 Tidak
Penggunaan soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada
responden. Kaedah ini mudah untuk mendapatkan kerjasama daripada responden
kerana mereka bebas untuk memilih dan menjawab soalan tanpa segan silu.
Penggunaan soal selidik dapat menjimatkan tenaga, kos dan masa.
3.3 ANALISIS DATA
Sebanyak 31 set borang soal selidik telah diedarkan kepada pelajar Universiti
Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Perak daripada bidang pengajian Islam dan
Usuluddin Hadis. Data soal selidik akan dianalisa secara statistik deskriptif dengan
menggunakan perisian “ Statictical Package For Sosial Science ” SPSS versi 20.0
untuk memperolehi kekerapan, min dan peratusan bagi setiap item soalan. Setiap
soalan diberi markah atau skor. Skor dibina bagi melihat tahap penguasaan al-Quran.
51
3.4 DAPATAN DATA KAJIAN BAGI PENGUASAAN AL-QURAN
DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI SULTAN AZLAN
SHAH, KUALA KANGSAR, PERAK, MALAYSIA.
3.4.1 Profil Latar Belakang Responden Kajian
Sampel kajian terdiri daripada 31 pelajar mahasiswi dan mahasiswa Universiti Sultan
Azlan Shah, Perak. Latar belakang sampel ditunjukkan dalam jadual 3.
Jantina
Valid Lelaki Frequency Percent Valid Percent Cumulative
Perempuan 15 48.4 48.4 Percent
Total 16 51.6 51.6 48.4
31 100.0 100.0 100.0
Jadual 3
Jadual 3 menunjukkan sebanyak 15 orang lelaki bersamaan 48.4% telah menjawab
soalan soal selidik, manakala sebanyak 16 orang perempuan bersamaan 51.6% telah
menjawab soal selidik. Secara majoritinya bilangan jantina yang menjawab soal
selidik ini lebih kepada perempuan dengan perbezaan seorang perempuan.
Pengajian
Valid Pengajian Islam Frequency Percent Valid Percent Cumulative
Usuluddin 16 51.6 51.6 Percent
Total 15 48.4 48.4 51.6
31 100.0 100.0 100.0
Jadual 4
Jadual 4 menunjukkan 16 responden bersamaan 51.6 % adalah daripada bidang
pengajian Islam. Manakala 15 responden bersamaan 48.4% adalah daripada bidang
Usuluddin. Majoritinya responden terdiri daripada pengajian Islam dengan perbezaan
seorang responden.
52
Kekerapan
Valid Setiap Hari Frequency Percent Valid Percent Cumulative
Seminggu Sekali 22 71.0 71.0 Percent
Seminggu 2 Kali 2 6.5 6.5 71.0
Lain-Lain 6 19.4 19.4 77.4
Total 1 3.2 3.2 96.8
31 100.0 100.0 100.0
Jadual 5
Jadual 5 menunjukkan kekerapan pembacaan al-Quran dalam kalangan responden.
Berdasarkan jadual 5, pembacaan al-Quran dengan skala setiap hari adalah sebanyak
22 responden bersamaan 71.0%. Kekerapan skala seminggu sekali adalah sebanyak 2
responden bersamaan 6.5%. Manakala kekerapan pembacaan al-Quran dengan skala
seminggu 2 kali adalah seramai 6 responden bersamaan 19.4%. Dan skala
pembacaan al- Quran dengan skala lain-lain atau tidak terdapat dalam pernyataan
adalah 1 responden bersamaan 3.2%. Secara keseluruhannya mengikut soal selidik
ini, responden mempunyai kekerapan dengan skala pembacaan al-Quran setiap hari
mendapat peratusan yang tertinggi. Ini menunjukkan bahawa responden majoritinya
membaca al-Quran setiap hari berbanding seminggu sekali dan seminggu 2 kali.
3.4.2 Dapatan Soal Selidik
3.4.2.1 Lampiran 1 : BAHAGIAN A
Saya berkebolehan mengenal mengenal huruh hijaiyyah
(huruf al-Quran)
Frequency Percent Valid Percent Cumulative
Percent
Valid Ya 30 96.8 96.8 96.8
Tidak 1 3.2 3.2 100.0
Total 31 100.0 100.0
Jadual 1 :
53
Jadual 1 menunjukkan sebanyak 30 responden bersamaan dengan 96.8% responden
berkebolehan dalam mengenal huruf hijaiyyah. 1 responden bersamaan 3.2 peratus
tidak berkebolehan dalam mengenal huruf hijaiyyah. Majoriti responden
berkebolehan dalam mengenal huruf hijaiyyah.
Saya berkeupayaan mengenal tanda-tanda bacaan yang terdapat
didalam al-Quran
Frequency Percent Valid Percent Cumulative
Percent
Valid Ya 30 96.8 96.8 96.8
Tidak 1 3.2 3.2 100.0
Total 31 100.0 100.0
Jadual 2
Jadual 2 menunjukkan 30 responden bersamaan 96.8% berkeupayaan dalam
mengenal tanda-tanda bacaan yang terdapat di dalam al-Quran dan 1 responden
bersamaan 3.2% tidak berkeupayaaan dalam mengenal tanda-tanda bacaan yang
terdapat didalam al-Quran. Secara keseluruhannya responden berkeupayaan dalam
mengenal tanda-tanda bacaan yang terdapat didalam al-Quran.
Saya mempunyai pengetahuan tentang hukum tajwid
Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid Ya 30 96.8 96.8 96.8
Tidak 1 3.2 3.2 100.0
Total 31 100.0 100.0
Jadual 3
Jadual 3 menunjukkan sebanyak 30 responden bersamaan 96.8% mempunyai
pengetahuan tentang hukum tajwid dan 1 responden bersamaan 3.2% mempunyai
pengetahuan tentang hukum tajwid. Secara keseluruhan responden mempunyai
pengetahuan tentang hukum tajwid.
54
Saya dapat mengaplikasikan hukum tajwid ketika membaca
al-Quran
Valid Ya Frequency Percent Valid Percent Cumulative
Tidak 28 90.3 90.3 Percent
Total 3 9.7 9.7 90.3
31 100.0 100.0 100.0
Jadual 4
Jadual 4 menunjukkan seramai 28 orang daripada 31 responden bersamaan 90.3%
dapat mengaplikasikan hukum tajwid ketika membaca al-Quran dan 3 responden
bersamaan 9.7% tidak dapat mengaplikasikan hukum tajwid ketika membaca al-
Quran. Secara keseluruhannya responden dapat mengaplikasikan hukum tajwid
ketika membaca al-Quran.
Saya berupaya mengaplikasikan tanda-tanda hijaiyyah ketika
membaca al-Quran
Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid Ya 26 83.9 83.9 83.9
Tidak 5 16.1 16.1 100.0
Total 31 100.0 100.0
Jadual 5
Jadual 5 menunjukkan seramai 26 orang daripada 31 responden bersamaan 83.9%
berupaya mengaplikasikan tanda-tanda hijaiyyah ketika membaca al-Quran dan 5
responden bersamaan 16.1% tidak berupaya mengaplikasikan tanda-tanda hijaiyyah
ketika membaca al-Quran. Secara keselururuhan responden majoritinya berupaya
untuk mengaplikasikan tanda-tanda hijaiyyah ketika membaca al-Quran.
Saya berkebolehan menyebut kalimah al-Quran dengan lancar
Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid Ya 30 96.8 96.8 96.8
Tidak 1 3.2 3.2 100.0
Total 31 100.0 100.0
Jadual 6
55
Jadual 6 menunjukkan sebanyak 30 orang dari 31 responden bersamaan 96.8%
berkebolehan menyebut kalimah al-Quran dengan lancar dan 1 responden bersamaan
3.2 % tidak berkebolehan menyebut kalimah al-Quran dengan lancar. Secara
keseluruhannya responden berkebolehan menyebut al-Quran dengan lancar.
Saya membaca al-Quran dengan berguru
Valid Ya Frequency Percent Valid Percent Cumulative
Tidak 26 83.9 83.9 Percent
Total 5 16.1 16.1 83.9
31 100.0 100.0 100.0
Jadual 7
Jadual 7 menunjukkan sebanyak 26 daripada 31 responden bersamaan 83.9%
membaca al-Quran dengan berguru dan 5 responden bersamaan 16.1% tidak
membaca al-Quran dengan berguru. Secara majoritinya responden menbaca al-Quran
dengan berguru berbanding tidak berguru.
Saya berkebolehan menyebut kalimah al-Quran yang
bersambung
Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid Ya 28 90.3 90.3 90.3
Tidak 3 9.7 9.7 100.0
Total 31 100.0 100.0
Jadual 8
Jadual 8 menunjukkan seramai 28 daripada 31 responden bersamaan 90.3%
berkebolehan dalam menyebut kalimah al-Quran yang bersambung dan 3 responden
bersamaan 9.7% tidak berkebolehan dalam menyebut kalimah al-Quran yang
bersambung. Secara keseluruhan reponden berkebolehan menyebut kalimah al-Quran
yang bersambung.
56
Saya berkebolehan menyebut huruf hijaiyyah(huruf al-Quran)
mengikut makhraj (tempat keluar huruf ) yang betul
Frequency Percent Valid Percent Cumulative
Percent
Valid Ya 30 96.8 96.8 96.8
Tidak 1 3.2 3.2 100.0
Total 31 100.0 100.0
Jadual 9
Jadual 9 menunjukkan sebanyak 30 daripada 31 responden bersamaan 96.8%
berkebolehan menyebut huruf hijaiyyah( huruf al-Quran) mengikut makhraj yang
betul (tempat keluar huruf) yang betul dan 1 responden bersamaan 3.2% tidak
berkebolehan menyebut huruf hijaiyyah (huruf al-Quran) mengikut makhraj (tempat
keluar huruf) yang betul. Secara keseluruhannya, responden berkebolehan menyebut
huruf hijaiyyah (huruf al-Quran) mengikut makhraj (tempat keluar huruf) yang betul.
Saya berkebolehan membaca al-Quran mengikut hukum
tajwid yang betul
Frequency Percent Valid Percent Cumulative
Percent
Valid Ya 28 90.3 90.3 90.3
Tidak 3 9.7 9.7 100.0
Total 31 100.0 100.0
Jadual 10
Jadual 10 menunjukkan sebanyak 28 daripada 31 responden bersamaan 90.3%
berkebolehan membaca al-Quran mengikut hukum tajwid yang betul dan 3
responden bersamaan 9.7% tidak berkebolehan membaca al-Quran mengikut
hukum tajwid yang betul. Secara majoritinya responden berkebolehan membaca al-
Quran mengikut hukum tajwid yang betul.
57
3.4.2.2 LAMPIRAN 1 : BAHAGIAN B
Saya kurang minat tajwid
Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid 1 2 6.5 6.5 6.5
2 29 93.5 93.5 100.0
Total 31 100.0 100.0
Jadual 1
Jadual 1 menunjukkan 2 daripada 31 responden bersamaan 6.5% tidak meminati
tajwid dan 29 responden bersamaan 93.5% meminati tajwid. Secara keseluruhannya
responden meminati tajwid.
Saya malu membaca al-Quran
Valid Cumulative
Frequency Percent Percent Percent
Valid 2 31 100.0 100.0 100.0
Jadual 2
Jadual 2 menunjukkan 31 responden bersamaan 100% tidak malu membaca al-
Quran. Majoriti responden tidak malu membaca al-Quran.
Tajwid adalah susah dan mengelirukan untuk diaplikasi
ketika membaca
Valid Cumulative
Frequency Percent Percent Percent
Valid 1 6 19.4 19.4 19.4
2 25 80.6 80.6 100.0
Total 31 100.0 100.0
Jadual 3
58
Jadual 3 menunjukkan 6 daripada 31 responden bersamaan 19.4% mengakui tajwid
adalah susah dan mengelirukan untuk diaplikasi ketika membaca dan seramai 25
responden bersamaan 80.6% menafikan tajwid adalah susah dan mengelirukan untuk
diaplikasi ketika membaca. Secara keseluruhan responden menafikan tajwid adalah
susah dan mengelirukan untuk diaplikasi ketika membaca.
saya memandang remeh pada tajwid
Valid Cumulative
Frequency Percent Percent Percent
Valid 1 3 9.7 9.7 9.7
2 28 90.3 90.3 100.0
Total 31 100.0 100.0
Jadual 4
Jadual 4 menunjukkan 3 daripada 31 responden bersamaan 9.7% menunjukkan
mereka memandang remeh pada tajwid dan sebanyak 28 responden bersamaan 90.3
menafikan memandang remeh pada tajwid. Secara keseluruhan, responden tidak
memandang rendah terhadap tajwid.
Tajwid susah untuk diingati ketika membaca al-Quran
Valid Cumulative
Frequency Percent Percent Percent
Valid 1 6 19.4 19.4 19.4
2 25 80.6 80.6 100.0
Total 31 100.0 100.0
Jadual 5
Jadual 5 menunjukkan 6 daripada 31 responden bersamaan 19.4% mengatakan
bahawa tajwid susah diingati ketika membaca al-Quran dan seramai 25 responden
bersamaan 80.6% menafikan bahawa tajwid adalah susah untuk diingati ketika
membaca al-Quran. Majoriti responden menafikan tajwid adalah susah untuk diingati
ketika membaca al-Quran.
59
Saya sukar mengenal pasti tanda-tanda serta cara
pembacaannya
Valid Cumulative
Frequency Percent Percent Percent
Valid 1 6 19.4 19.4 19.4
2 25 80.6 80.6 100.0
Total 31 100.0 100.0
Jadual 6
Jadual 6 menunjukkan 6 daripada 31 responden bersamaan 19.4% sukar mengenal
pasti tanda-tanda serta cara pembacaannya dan sebanyak 25 responden bersamaan
80.6% menafikan sukar mengenal pasti tanda-tanda serta cara pembacaannya.
Majoriti responden tidak sukar mengenal pasti tanda-tanda serta cara pembacaannya.
Saya berasa bosan kerana tajwid terlalu banyak dan
mengelirukan
Valid Cumulative
Frequency Percent Percent Percent
Valid 1 3 9.7 9.7 9.7
2 28 90.3 90.3 100.0
Total 31 100.0 100.0
Jadual 7
Jadual 7 menunjukkan 3 dari 31 responden bersamaan 9.7% bosan dengan tajwid
kerana terlalu banyak dan mengelirukan dan seramai 28 responden menafikan bosan
tajwid terlalu banyak dan mengelirukan. Secara keseluruhannya responden
menafikan bosan tajwid terlalu banyak dan mengelirukan.
60
Saya dapat memahami tajwid tetapi tidak pandai
mengaplikasikan ketika membaca al-Quran
Valid Cumulative
Frequency Percent Percent Percent
Valid 1 8 25.8 25.8 25.8
2 23 74.2 74.2 100.0
Total 31 100.0 100.0
Jadual 8
Jadual 8 menunjukkan 8 daripada 31 responden bersamaan 25.8% memahami tajwid
tapi tidak pandai mengaplikasikan ketika membaca al-Quran dan seramai 23
responden bersamaan 74.2% menafikan kenyataan memahami tajwid tetapi tidak
pandai mengaplikasikan ketika membaca al-Quran. Secara keseluruhannya
responden memahami tajwid dan menguasai pengaplikasian tajwid sewaktu
membaca al-Quran.
Saya setuju pendedahan tajwid didedahkan kepada pelajar
bidang Islam dalam setiap pengajian
Valid Cumulative
Frequency Percent Percent Percent
Valid 1 30 96.8 96.8 96.8
21 3.2 3.2 100.0
Total 31 100.0 100.0
Jadual 9
Jadual 9 menunjukkan 30 responden daripada 31 responden bersamaan 96.8%
bersetuju dengan pendedahan tajwid didedahkan kepada pelajar bidang Islam dalam
setiap pengajian dan 1 responden bersamaan 3.2% tidak bersetuju dengan
pendedahan tajwid kepada pelajar bidang Islam. Secara keseluruhan responden
bersetuju dengan pendedahan tajwid kepada pelajar bidang Islam.
61
Penguasaan al-Quran dan tajwid penting dalam kalangan
pelajar bidang Islam
Valid Cumulative
Frequency Percent Percent Percent
Valid 1 30 96.8 96.8 96.8
21 3.2 3.2 100.0
Total 31 100.0 100.0
Jadual 10
Jadual 10 menunjukkan 30 daripada 31 responden bersamaan 96.8% bersetuju
penguasaan al-Quran itu penting dalam kalangan pelajar bidang Islam dan 1
Responden bersamaan 3.2% menafikan penguasaan al-Quran dan tajwid itu penting
dalam kalangan pelajar bidang Islam. Majoritinya responden bersetuju penguasaan
al-Quran dan tajwid itu penting dalam kalangan pelajar bidang Islam.
62
3.4.3 LAMPIRAN 2
3.4.3.1 BAHAGIAN 1
UJIAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM PENGUASAAN AL-QURAN
DAN TAJWID
Soalan 1
1. Bulatkan huruf izhar halqi :
Berdasarkan soalan 1, 31 orang responden telah menjawab soalan ini iaitu 16 orang
pelajar usuluddin dan 15 orang pelajar pengajian Islam. Sebanyak 9 responden
dalam bidang usuluddin telah menjawab dengan betul dan selebihnya tidak menepati
jawapan. Manakala 5 responden dari bidang pengajian Islam menjawab dengan betul
, selebihnya tidak menepati jawapan. Majoritinya, responden menguasai huruf izhar
halqi.
1. Sebutkan jenis Idgham :
i) ------------------------------
ii) ------------------------------
Berdasarkan soalan 2, 14 dari 16 responden bidang usuluddin telah menjawab
dengan betul manakala 2 lagi responden tidak menepati jawapan dengan betul.
Manakala 14 responden dari 15 bidang pengajian Islam menjawab dengan betul dan
satu responden tidak menepati jawapan dengan betul. Majoritinya, responden
menguasai jenis idgham.
63
2. Nyatakan huruf ii) ------
iv) ------
i) ------
iii) ------
Berdasarkan soalan 3, sebanyak 12 responden dari bidang usuluddin yang menjawab
dengan betul manakala 4 responden tidak menepati jawapan dengan tepat. Sebanyak
13 responden dari bidang pengajian Islam menjawab dengan betul, manakala 2
responden tidak menepati jawapan dengan tepat. Majoritinya, responden menguasai
huruf idgham ma’al ghunnah.
3. Nyatakan huruf
i) ------
ii) ------
Berdasarkan soalan 4, 15 daripada 16 responden bidang usuluddin menjawab dengan
betul, manakala 1 responden tidak menepati jawapan. 15 daripada 15 responden
bidang pengajian Islam menjawab dengan betul. Majorotinya, responden menguasai
hukum idgham bila ghunnah dengan baik
4. Nyatakan huruf
------
Berdasarkan soalan 5, 15 daripada 16 responden bidang usuluddin menjawab dengan
betul dan 1 responden tidak menepati jawapan. Manakala 12 daripada 15 responden
bidang pengajian Islam menjawab dengan betul manakala 3 responden tidak
menepati jawapan. Majoritinya, responden menguasai huruf iqlab dengan baik.
5. terdapat ------ huruf.
i) 15
ii) 20
iii) 10
iv) 15
64
Berdasarkan soalan 6, 14 daripada 16 responden bidang Usuluddin menjawab soalan
dengan betul manakala 2 responden tidak menepati jawapan. 14 daripada 15
responden bidang pengajian Islam menjawab dengan betul manakala 1 responden
tidak menepati jawapan. Majoritinya, responden menguasai huruf ikhfa’ haqiqi.
3.4.3.2 BAHAGIAN 2
1. Tentukan jenis hukum مmati berdasarkan ayat berikut :
:
Berdasarkan soalan 1, 12 daripada 16 responden bidang Usuluddin tidak dapat
menjawab soalan ini dengan tepat manakala 4 responden berjaya menjawab dengan
tepat. Manakala 10 daripada 15 bidang pengajian Islam tidak dapat menjawab
soalan dengan tepat manakala 5 responden berjaya menjawab dengan tepat.
Majoritinya, responden tidak menguasai hukum mim mati dan ini menunjukkan
penguasaan tajwid dalam diri responden bukanlah pada tahap yang memuaskan.
65
2. Keluarkan 5 hukum tajwid yang ada dalam surah al-fatihah
i)
ii)
iii)
iv)
v)
Berdasarkan soalan 2, 26 pelajar telah menjawab satu hingga tiga jawapan dengan
tepat dalam lima jawapan yang dikemukakan. Manakala 5 pelajar tidak dapat
menjawab soalan ini dan meninggalkan tempat kosong. Secara keseluruhannya,
pelajar-pelajar tidak dapat menjawab soalan tersebut dengan tepat dan betul. Ini
menunjukkan, responden tidak menguasai tajwid secara teori dengan baik.
66
3.5 PERBINCANGAN HASIL DAPATAN
Daripada soal selidik yang dijalankan, jawapan pada lampiran A tidak selari
dengan cara menjawab lampiran B. Contohnya, dalam lampiran A, dapat
disimpulkan bahawa jawapan responden menunjukkan responden seorang yang
menguasai al-Quran dengan baik. Tetapi bila disemak bahagian B, hasilnya adalah
sebaliknya. Latar belakang pendidikan profil terhadap kekerapan juga tidak selari
dengan bahagian B. Contohnya kekerapan responden dalam pembacaan al-Quran
adalah setiap hari, tetapi apabila dinilai pada bahagian B, keputusan tidak seperti
yang dinyatakan. Berdasarkan pemerhatian sewaktu soal selidik dijalankan,
responden menjawab lampiran A dengan laju manakala lampiran B dengan kadar
yang perlahan. Jawapan responden pada bahagian B tidak menepati kehendak
jawapan dan ada sejumlah responden yang tidak menjawab lampiran B tetapi
jawapan pada lampiran A menunjukkan responden pada tahap yang baik pada
penguasaan al-Quran. Ini menunjukkan bahawa responden tidak menguasai al-Quran
secara teori dengan baik. Terdapat juga responden yang tidak menjawab pada
lampiran B tetapi jawapan pada lampiran A menunjukkan responden tersebut adalah
pada tahap yang baik. Berdasarkan pemerhatian juga, hasil pemerhatian
menunjukkan bahawa responden bukanlah pada tahap yang baik seperti jawapan
yang terdapat daripada soal selidik.
67
BAB IV
PENGAPLIKASIAN TAJWID dalam PEMBACAAN AL-QURAN DALAM
KALANGAN PELAJAR BIDANG ISLAM DI UNIVERSITI SULTAN
AZLAN SHAH
4.1 PENDAHULUAN
Dalam bab empat, pengkaji akan merungkai objektif yang kedua, iaitu
mengenal pasti tajwid masih diaplikasikan dalam pembacaan dalam pelajar bidang
Islam di Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Perak.
4.2 REKA BENTUK PENYELIDIKAN
Reka bentuk kajian adalah berbentuk kualitatif deskriptif. Kaedah
pengumpulan data yang digunakan dalam bab ini ialah kaedah pemerhatian secara
participant-observation dan kaedah temu bual berstruktur. Pemerhatian dilakukan
sewaktu penilaian penguasaan al-Quran terhadap pelajar Usuluddin hadis dan pelajar
pengajian Islam. Seramai 20 orang pelajar yang terdiri daripada 10 orang pelajar
usuluddin hadith dan 10 orang pelajar pengajian Islam telah di nilai berdasarkan
hukum tajwid dan cara pembacaan al-Quran oleh penguji-penguji tertentu. Manakala
temu bual dilakukan bersama ustaz Shuhaimi Lana, selaku pensyarah al-Quran di
Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Perak.
Jadual 1 : Reka Bentuk Pen Yelidikan
Reka Bentuk Kajian Kaedah Pengumpulan Data Jenis data
Deskriptif
Pemerhatian Kualitatif (tinjauan)
Deskriptif Temu bual Kualitatif
68
4.3 KEPENTINGAN PENGUASAAN TAJWID DALAM BACAAN AL-
QURAN
Terdapat beberapa kepentingan penguasaan tajwid dalam bacaan al-Quran,
antaranya adalah :
4.3.1 Memelihara daripada kesalahan-kesalahan dalam membaca al-
Quran.
Kekerapan dalam membaca al-Quran membantu responden untuk lebih
mengenali kekurangan diri dalam penguasaan al-Quran. Setiap pembacaan yang
dilakukan, membantu setiap responden untuk mengenal pasti kesalahan-kesalahan
yang terdapat dalam pembacaan responden. Dengan itu, setiap kesalahan dapat
diketahui dan diperbaiki kepada tahap yang lebih baik lagi. Ia juga membantu dalam
tidak mengekalkan kesalahan-kesalahan tersebut untuk lebih berleluasa.
4.3.2 Meningkatkan minat membaca al-Quran
Melalui penguasaan tajwid yang betul, minat dalam pembacaan al-Quran
dapat dipupuk. Penguasaan tajwid yang baik akan menaikkan lagi semangat
responden untuk lebih mendalami al-Quran dengan baik. Oleh kerana itu juga,
kekerapan dalam membaca al-Quran amat penting bagi ingin memelihara kesalahan-
kesalahan daripada berleluasa dan boleh diperbaiki. Apabila kesalahan tersebut
dibendung, maka responden dapat menguasai penguasaan tajwid dengan lebih baik
dan minat terhadap al-Quran akan dapat lagi ditingkatkan.
4.3.3 Mencapai keyakinan dan pembacaan Al-Quran yang betul.
Apabila penguasaan tajwid dikuasai, keyakinan diri dalam setiap responden
untuk membaca al-Quran akan meningkat. Perkara ini akan mendorong responden
untuk meningkatkan minat dan keyakinan diri setiap responden dalam membaca al-
Quran. Melalui keyakinan, sifat malu dalam membaca al-Quran dapat diatasi.
Dengan ini, penguasaan tajwid dapat dicapai dan pembacaan al-Quran dengan betul
juga dapat dicapai.
69
4.3.4 Dapat mengetahui seni bacaan al-Quran yang pelbagai
Penguasaaan al-Quran yang betul dapat memupuk responden untuk
mendalami al-Quran. Melalui pembelajaran al-Quran yang mendalam, responden
akan terbuka kepada seni-seni yang terdapat dalam al-Quran. Responden juga akan
terdedah kepada jenis-jenis pembacaan al-Quran seperti qiraat-qiraat dan tarannum-
tarannum.
4.4 ANALISIS DATA
Kaedah pengumpulan data secara pemerhatian telah digunakan untuk
mendapatkan penguasaan pelajar Universiti Sultan Azlan Shah. Penilaian
penguasaaan al-Quran telah diadakan kepada pelajar-pelajar bidang Usuluddin hadis
dan pengajian Islam oleh penguji-penguji tertentu. Berikutan penilaian tersebut
pemerhatian juga telah dilakukan pada waktu yang sama. Skop yang ditekankan
dalam penilaian tersebut adalah hukum nun mati, hukum mim mati, pengenal pastian
tanwin dan tempat-tempat yang perlu dibaca dengung serta pengaplikasian hukum
nun mati dan mim mati ketika membaca ayat-ayat al-Quran.
4.4.1 DAPATAN KAJIAN BAGI PENGUASAAN AL-QURAN DALAM
KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH,
KUALA KANGSAR PERAK
Berdasarkan penilaian penguasaan al-Quran yang dilakukan menunjukkan
purata keseluruhan pelajar berada pada tahap yang sederhana dalam penguasaan al-
Quran. Hasil kajian menunjukkan responden tidak dapat mempraktikkan hukum mim
mati dan tanwin. Menurut pemerhatian, pada surah al-Baqarah, ayat ke 252 :
70
”
“
Pada kalimah , huruf bertemu dengan huruf adalah hukum
idgham mithlaini saghir. Maka hukum bacaannya Idgham iaitu wajib
mengidghamkan huruf mim sukun (pertama) ke dalam huruf mim yang berbaris
(kedua) serta dengung sempurna (dua harakat) (Al-Azhari, 1994). Pada kalimah ini,
kebanyakan responden tidak mempraktikkan hukum ini. Sepatutnya perlu dibaca
dengung tetapi responden tidak membaca dengung (Mohammad Faizal , 2019).
Seterusnya, responden juga didapati tidak dapat membezakan hukum nun mati dan
panjang bagi setiap hukum mad. Menurut pemerhatian, pada surah al-Baqarah, ayat
254 :
”
“
Pada kalimah , huruf mati bertemu dengan huruf ialah hukum ikhfa’
hakiki. Bacaan ikhfa’ adalah menyembunyikan ( melemahkan) zat nun sukun dan
tanwin serta mengekalkan sifatnya iaitu dengung, maka makhraj nun sukun dan
tanwin berpindah dari tepi hujung lidah ke khaisyum dengan cara bacaan tepi hujung
lidah diangkat ke langit-langit keras tetapi tidak menekan pada gusi gigi depan
sebelah atas makhraj huruf nun (direnggangkan sedikit), dan langit-langit lembut
diturunkan supaya udara masuk berdengung (Al-Azhari, 1994). Kebanyakkan
responden lalai dan tidak memasukkan hukum serta bacaan ikhfa’ hakiki disini.
Responden tidak menyebut dengung dengan jelas dan dengan sebutan yang betul.
Begitu juga pada kalimah , iaitu huruf mati bertemu dengan huruf
ialah hukum idgham ma’al ghunnah. Kalimah ini perlu dibaca dengung 2 harakat.
71
Responden tidak membaca dengung pada kalimah ini dan harakat dengungnya tidak
mencukupi.
Berdasarkan penilaian juga, pengaplikasian nun mati dan tanwin dalam
pembacaan al-Quran amat lemah dan responden-responden ini didapati tidak
memahami hukum nun mati dan tanwin sepenuhnya. Menurut pemerhatian, pada
surah al-Baqarah, ayat 259 :
Pada kalimah , , tanwin bertemu dengan huruf , , tanwin
bertemu huruf , , tanwin bertemu dengan huruf , kesemua pertemuan
antara tanwin dan huruf ini hendaklah dibaca dengung 2 harakat. Begitu juga pada
kalimah , bertemu dengan , kalimah , huruf bertemu dengan
huruf , kesemua pertemuan huruf ini juga dibaca dengung 2 harakat. Kebanyakan
responden tidak mempraktikkan cara bacaan ini, pada pertemuan huruf-huruf
tersebut (Mohammad Faizal , 2019).
Seterusnya, dari segi kelancaran pembacaan al-Quran, responden-responden
ini didapati membaca dengan lancar tetapi dari segi penguasaan dan kelancaran
tajwid tidak dikuasai dan tidak digunakan sepenuhnya dalam pembacaan. Para
responden juga tidak menguasai makhraj uruf dengan betul.
72
4.4.2 TAHAP KELANCARAN PELAJAR KETIKA MEMBACA AL-
QURAN MELIBATKAN BAHAGIAN DENGUNG نMATI DAN مMATI
Berdasarkan responden pakar, pelajar-pelajar Universiti Sultan Azlan Shah
didapati lemah pada bahagian dengung mati dan mati. Responden didapati
kurang menguasai bahagian ini.
“ Ada yang macam tu, ada yang macam ni..Tapi kebanyakannya tidak tahu
tajwid, kebanyakannya memang tidak tahu tajwid….Cuma boleh
baca..,maksudnya kalau tanya ini hukum apa, dia tidak boleh jawab..Cuma
tahu baca…, itu tahap yang ok lah… tapi kalau tahap yang tak ok tu, baca
pun tak boleh..” (Lana, 2019)
Dengung yang diaplikasikan responden-responden juga tidak mencukupi
mengikut keharusan yang sepatutnya ketika pembacaan.
“ Dari segi dengung tu …kebanyakannya boleh dengung..Cuma dengung tu tak
cukup..” (Lana, 2019)
Responden juga didapati tidak dapat membezakan fungsi baris tanwin yang
senget dan yang sama panjang.
“Kalau tanda- tanda dalam al-Quran diorang ni kebanyakan tidak boleh
kenal … yang itu kurang…” (Lana, 2019)
Seterusnya, tempat-tempat yang seharusnya dibaca dengung juga responden
tidak dapat membezakan dan mengenal pasti bila perlu dibaca dengung.
“haah… pastu ada yang baris tanwin yang senget dan sama diorang anggap
dua-dua kena baca dengung ..diorang samakan fungsinya…ok benda ni
sama …macam tu - aa.. tak kena la tu…dalam bab ini ramai tidak tahu
lah.. ( mengangguk)” (Lana, 2019)
Ramai responden didapati tidak boleh menguasai dengan baik pada bahagian
tajwid ini dan memerlukan kepada praktikal yang lebih mendalam lagi (Lana, 2019).
73
Berdasarkan penilaian yang dilakukan keatas responden, responden didapati
tidak mempraktikkan hukum nun mati dan tanwin ketika membaca al-Quran.
Responden juga tidak mempraktikkan hukum nun mati dan mim mati dalam setiap
hukum mad. Malahan, responden-responden didapati tidak memahami tentang
hukum nun mati dan tanwin kerana apabila melakukan pada bahagian yang perlu
dibaca dengung, responden tidak dapat melakukan dan menguasainya dengan betul.
Hukum nun mati dan mim mati dalam penguasaan responden amat lemah iaitu
responden tidak dapat mengaplikasikan dengung dengan sebaiknya. Apabila
responden mengaplikasikan hukum nun mati, kebanyakan daripada responden tidak
dapat mengaplikasikan dengan sebaiknya. Malahan cara membaca hukum nun mati
juga tidak diketahui dan dikuasai oleh mereka dengan betul (Mohammad Faizal ,
2019).
4.4.3 PENYEBAB UTAMA KEGAGALAN PELAJAR dalam MENGUASAI
PENGUASAAN AL-QURAN
Menurut responden pakar, penyebab utama kegagalan pelajar dalam
menguasai al-Quran adalah disebabkan kurangnya praktis atau dalam kata lain
adalah latihan.
“ ( mengangguk)… dia praktis tak ada… teori boleh praktis tak ada…. ”
(Lana, 2019).
Untuk menguasai pembacaan dan kelancaran dalam membaca al-Quran,
latihan amatlah diperlukan. Penguasaan al-Quran melibatkan dua perkara iaitu teori
dan praktis. Untuk menguasai kedua-duanya latihan sangat penting (Lana, 2019).
Responden pakar juga menyatakan bahawa kebanyakkan pelajar menguasai dari segi
teori tetapi kurang penguasaan dari segi praktis atau kata lain latihan.
“ ( mengangguk)… dia praktis tak ada… teori boleh praktis tak ada…. ”
(Lana, 2019).
Al-Quran perlu kerap dibaca untuk melatih lidah dalam meletakkan posisi di
tempat yang betul untuk mengeluarkan sebutan makhraj yang betul. Begitu juga
dengan kelancaran al-Quran, jika dibaca beserta dengan tajwid yang lancar, maka
penguasaan dalam pembacaan al-Quran diakui (Lana, 2019).
74
Seterusnya, makhraj huruf juga menyumbang kepada penyebab utama
kegagalan pelajar dalam menguasai al-Quran.
“ Makhraj…tajwid ni pun dia sebenarnya dia..makhraj yang paling penting ..”
(Lana, 2019).
Sebutan makhraj huruf yang salah, boleh menyebabkan makna ayat al-Quran
menjadi salah. Amat penting untuk menguasai sebutan makhraj yang betul.
“Makhraj pun ramai…terutamanya makhraj tiga, . Tiga huruf
ni sememangnya bermasalah….Kiranya banyak lebih kepada yang
itulah..Tapi makhraj ni yang tinggi sekali ataupun dengung paling
pelajar tidak boleh kuasai.. Makhraj…tajwid ni pun dia sebenarnya
dia..makhraj yang paling penting ..sebab kalau lari makhraj, lari la..
makna kan…” (Lana, 2019).
Untuk menguasai makhraj huruf, praktikal juga diperlukan. Kekerapan
pembacaan memberi hasil kepada penguasaan al-Quran kerana apabila lidah selalu
dilatih maka lama kelamaan akan menguasai pembacaan yang betul dan sebutan
makhraj yang betul. Melalui kekerapan pembacaan juga, tahap penguasaan al-Quran
dapat ditingkatkan dan kekurangan dan kelemahan dapat diatasi (Lana, 2019).
Selain itu, sikap orang melayu dan perilaku pelajar juga menyumbang kepada
kegagalan responden dalam menguasai pembacaan al-Quran. Orang melayu
mempunyai sikap malas untuk membaca al-Quran, responden juga didapati jarang
membaca al-Quran. Pembacaan kurang dilakukan, hanya sekali sekala dalam sebulan
atau berbulan-bulan. Ini menyebabkan responden kurang mendapat kelancaran dalam
pembacaan al-Quran.
“hmm ..dia sebenarnya dari segi bacaan lah baca tak lancar ….Dia sebenarnya
satu punca .. orang melayu ni dia malas baca al-Quran… Bila malas baca al-
Quran, baca sekali-sekala macam tu jadinya …baca tak lancar… Bila ada
yang kita nak tegur diorang tak nak dengar, ada yang malu..ha memang…
diorang dah ada degree apa semua kan..”
Perilaku responden iaitu apabila ditegur tentang kesalahan dalam pembacaan
al-Quran pula tidak diambil kira oleh mereka. Status Ijazah Pengajian, Ijazah
Syariah, Ijazah Usuluddin, Ijazah al-Quran as-Sunnah menyebabkan responden tidak
mendengar sebarang teguran ataupun penambahbaikan dalam penguasaan al-Quran.
75
Sikap ini menjadi punca kurangnya penguasaan al-Quran dalam pembacaan al-Quran
(Lana, 2019).
Akhir sekali, sikap memandang remeh dan menganggap tajwid itu tidak
penting juga adalah salah satu penyebab utama para pelajar tidak dapat menguasai al-
Quran dengan sebaiknya. Dewasa kini, boleh dikatakan ramai responden bersikap
sedemikian. Responden menganggap tajwid itu perkara yang remeh dan leceh.
Responden juga mengambil sikap sambil lewa dalam perkara tajwid. Oleh demikian,
tajwid kurang dikuasai dalam kalangan pelajar. Kebanyakan responden memandang
sinis kepada sebutan makhraj sedangkan sebutan makhraj yang salah boleh
menyebabkan pembacaan ayat al-Quran yang dibaca dalam melakukan solat menjadi
tidak sah (Lana, 2019).
4.4.4 TAHAP PENGUASAAN PELAJAR-PELAJAR USAS dalam
PENGUASAAN AL-QURAN SECARA KESELURUHAN
Menurut responden pakar, secara keseluruhan, tahap penguasaan al-Quran
pelajar-pelajar USAS adalah sederhana dan baik.
“ Kebanyakan sederhana..Ana dalam bab peratusan tak berapa nak reti
la…tapi kebanyakannya sederhana la ..tidaklah baik sangat…. ” (Lana,
2019).
Dari segi tajwid dan kelancaran adalah sederhana. Para responden masih
memerlukan kepada penambahbaikan dalam menguasai al-Quran. Praktikal haruslah
dilakukan dengan lebih kerap untuk menguasai pembacaan al-Quran (Lana, 2019).
Pemerhatian berdasarkan penilaian pembacaan al-Quran terhadap ayat al-
Quran menunjukkan pelajar USAS keseluruhannya berada pada tahap sederhana.
Terdapat kekurangan dari segi tajwid, kurangnya dengung, kesalahan dari segi
penyebutan makhraj, bacaan yang laju tanpa pengaplikasian tajwid, tidak dapat
membezakan tempat yang perlu dibaca dengung dan sebagainya (Mohammad Faizal
, 2019).
76
4.5 RUMUSAN BAB
Secara kesimpulannya dalam bab empat ini menunjukkan tahap kelancaran
pelajar ketika membaca al-Quran pada bahagian hukum nun mati dan mim mati.
Majoritinya responden tidak menguasai bahagian ini dengan sebaiknya. Responden
tidak dapat membezakan tempat yang perlu didengung. Tanda-tanda yang perlu
dibaca dengung juga tidak dapat dibezakan oleh responden. Kebanyakan responden
tidak mempraktikkan hukum nun mati dan tanwin bagi setiap hukum mad.
Responden juga tidak memahami tentang hukum nun mati dan tanwin. Secara
keseluruhannya pengaplikasian nun mati dan mim mati lemah dalam kalangan
responden.
Selain itu bab ini juga membincangkan tentang masalah utama atau
penyebab kegagalan responden dalam menguasai subjek al-Quran. Didapati
kegagalan tersebut berpunca dari kurangnya praktis dalam kalangan responden iaitu
responden lebih kepada penguasaan al-Quran secara teori. Responden juga
menganggap tajwid itu tidak penting dan remeh. Kekurangan penguasaan makhraj
juga merupakan penyebab utama penguasaan al-Quran dalam kalangan responden.
Akhir sekali, tahap pelajar- pelajar secara kesuluruhan dalam penguasaan al-
Quran juga dibincangkan dalam bab ini. Tahap penguasaan pelajar-pelajar bidang
Islam di USAS adalah sederhana.
Dapatan kajian ini didapati melalui temu bual bersama responden pakar iaitu
Ustaz Shuhaimi Lana, pensyarah al-Quran Universiti Sultan Azlan Shah dan melalui
pemerhatian yang dilakukan ke atas pelajar sewaktu penilaian bacaan ayat al-Quran
bersama Ustaz Faizal dan Ustazah Bushra Bt Jusoh selaku pensyarah al-Quran
Universiti Sultan Azlan Shah.
77
BAB V
PUNCA-PUNCA KELEMAHAN PENGUASAAN AL-QURAN DALAM
KALANGAN PELAJAR USAS DAN MODEL MENGUASAI AL-QURAN
5.1 PENDAHULUAN
Bab ini akan membincangkan tentang punca-punca kelemahan yang terdapat
pada kalangan pelajar USAS dalam penguasaan pembacaan al-Quran. Apabila
diperhatikan, banyak punca-punca yang menyebabkan penguasaan dalam pembacaan
al-Quran menjadi lemah. Contohnya, tiada kesedaran dalam meningkatkan
pengetahuan dan keperkasaan tentang tajwid, responden menganggap tajwid itu tidak
penting dan remeh, sikap malas dan tidak suka ditegur ketika membaca al-Quran,
tidak membaca al-Quran dengan berguru, malu dan pelbagai lagi. Perkara ini
amatlah dibimbangi dan digusari. Ketidakkelancaran dalam penguasaan pembacaan
al-Quran adalah tidak baik bagi tunjang generasi yang akan datang. Selain itu, bab
ini juga membincangkan tentang model AQPT. Satu model yang dicadangkan bagi
mengatasi masalah kekurangan penguasaan al-Quran dalam kalangan pelajar USAS
adalah menerusi model AQPT. English Placement Test (EPT) turut dibincangkan
dalam bab ini. Satu model yang diadakan dalam Universiti Sultan Azlan Shah bagi
mengetahui tahap kekuasaan dalam subjek bahasa Inggeris. Akhir sekali, MUET
turut diperkatakan dalam bab ini untuk menjelaskan perkaitan model al-Quran
(AQPT) dan English (EPT).
5.2 PUNCA-PUNCA KELEMAHAN PENGUASAAN AL-QURAN dalam
KALANGAN PELAJAR BIDANG ISLAM
Ketidakkelancaran penguasaan al-Quran dalam kalangan pelajar USAS
adalah terhasil dari sebab-sebab yang tertentu. Terdapat pelbagai sebab yang boleh
dijadikan punca kelemahan penguasaan al-Quran dalam kalangan reponden. Punca-
punca tersebut boleh lahir daripada sikap responden, cara pemikiran responden,
ketidaksempurnaan yang terdapat dalam diri responden dan ketidak kemampuan diri
responden untuk menguasai sesuatu perkara.
78
5.2.1 TIADA KESEDARAN dalam MENINGKATKAN
PENGETAHUAN DAN KEPERKASAAN TENTANG TAJWID
Menurut pemerhatian secara langsung, sikap tiada kesedaran dalam
meningkatkan pengetahuan dan keperkasaan tentang tajwid menjadi punca dalam
kelemahan penguasaan al-Quran dalam kalangan pelajar Universiti Sultan Azlan
Shah. Hal ini dikatakan sedemikian adalah kerana responden kini terdedah kepada
sikap tidak ambil berat dalam setiap hal yang responden pelajari atau perkara yang
ditanangi. Sikap ini bukan sahaja melibatkan penguasaan al-Quran tetapi juga
terdapat dalam perkara-perkara lain. Sikap tiada kesedaran ini amatlah tidak baik
dalam menguasai atau mempelajari sesuatu perkara. Sikap ini sepatutnya ditukarkan
menjadi positif dalam diri responden agar dalam menangani sesuatu kelemahan,
sikap positif adalah perkara utama yang membangkitkan sesorang untuk bertindak
dengan lebih cepat. Punca ini dikatakan sedemikian juga adalah kerana responden
menunjukkan bahawa diri responden lemah tetapi tiada usaha yang ditunjukkan
atau responden lakukan dalam membendung perkara tersebut. Perkara ini bertepatan
dengan kelemahan responden dalam penguasaan al-Quran di mana reponden tidak
mempunyai kesedaran dalam meningkatkan pengetahuan tentang tajwid walaupun
responden sedari tentang kelemahan tersebut.
5.2.2 RESPONDEN MENGANGGAP TAJWID ITU REMEH DAN
TIDAK PENTING
Menurut pemerhatian responden pakar dan pemerhatian secara langsung,
ramai pelajar menganggap tajwid itu adalah perkara remeh dan tidak penting dalam
kehidupan responden (Kamilah, 2018). Contohnya, apabila ditegur tentang
kesalahan, responden mengajukan soalan dengan bertanya apakah sebenarnya
membaca al-Quran dengan bertajwid (najwa, 2015). Pandangan sebegini bukan
sahaja menular dalam kalangan responden, malah juga menular dalam kalangan
remaja, belia dan dewasa. Responden juga mengekalkan pandangan tersebut
sehingga kepercayaan tersebut menyebabkan responden kurang penguasaan dalam
al-Quran. Responden juga menilai bahawa pengaplikasian tajwid ketika membaca al-
79
Quran bukanlah syarat untuk mereka ini menguasai al-Quran. Pada pandangan
mereka, khatam al-Quran adalah lebih diutamakan berbanding khatam al-Quran
dengan pengaplikasian tajwid (Kamilah, 2018). Semakin cepat khatam semakin
seseorang itu menguasai al-Quran. Itu adalah pandangan responden pada masa kini,
walaupun pengaplikasian tajwid tidak digunakan dengan betul. Perkara ini juga
merupakan matlamat ibu bapa pada dewasa ini. Dimana pada usia anak mereka
masih kecil, mereka memasukkan anak mereka ke pusat pengajian dan mengejar
untuk mengkhatamkan al-Quran. Selesai mengkhatam al-Quran, anaknya langsung
diberhentikan dari pusat mengaji tersebut. Dalam pada masa yang sama
menunjukkan tujuan utama ibu bapa hanyalah sekadar mengkhatamkan al-Quran.
Seterusnya, perkara sebegini meninggalkan kesan kepada anak-anak dan
menyebabkan mereka menganggap khatam al-Quran sudah mencukupi untuk
menguasai al-Quran (Kamilah, 2018).
5.2.3 SIKAP MALAS DAN TIDAK SUKA DITEGUR DALAM
MEMBACA AL-QURAN
Menurut responden pakar juga, sikap malas dan tidak suka ditegur juga
merupakan salah satu punca kelemahan penguasaan dalam kalangan pelajar
Universiti Sultan Azlan Shah. Perkara ini bukan sahaja terjadi bersama dengan guru
tetapi juga dengan rakan-rakan responden. Contohnya, ketika responden mentasmi’
al-Quran bersama rakannya sebelum ditasmi’ dengan gurunya. Rakan responden
menegur kesalahan rakannya tetapi rakannya pula dimarahi disebabkan teguran
tersebut. Sikap sedemikian banyak berlaku dalam kalangan responden. Tambahan
pula jika responden adalah berpendidikan tinggi seperti ijazah, diploma dan pangkat
yang seangkatan dengannya. Dalam menimba ilmu, sikap sedemikian mestilah
dibuang atau tidak boleh diamalkan kerana hati yang kotor tidak akan dimasuki ilmu.
Seterusnya, sikap malas yang diterapkan dalam diri responden juga merupakan
punca-punca kelemahan penguasaan al-Quran terjadi. Ramai pelajar yang malas
dalam membaca al-Quran tidak menguasai al-Quran dengan baik. Sikap malas ini
bukan hanya pada al-Quran, malah kalau diletakkan pada tempat lain perkara itu juga
akan mengalami perkara yang sama seperti ini. Apabila sikap ini diterapkan dalam
diri responden, maka penguasaan terhadap al-Quran tidak akan dikuasai (Lana,
2019).
80
5.2.4 TIDAK MEMBACA DENGAN BERGURU
Menurut pemerhatian secara langsung, tidak kesemua pelajar malas membaca
al-Quran atau mempunyai sikap sambil lewa dalam perihal al-Quran. Malah ada
yang selalu mempraktikkan bacaan al-Quran, tetapi responden ini membaca al-Quran
tanpa berguru. Apabila responden membaca tanpa berguru, maka akan terdapat
kesalahan-kesalahan atau ketidakpenguasaan tajwid yang tidak dimahiri responden
tanpa disedari. Kesalahan- kesalahan tersebut juga tidak dapat diperbaiki disebabkan
tanpa berguru. Istilah guru yang dikatakan ini, tidak semestinya guru yang
berpendidikan kerana ilmu al-Quran boleh berada pada manusia tidak mengira pada
pangkat atau pendidikan yang ada. Istilah guru yang dimaksudkan adalah seseorang
yang mahir dalam bidang al-Quran walaupun insan tersebut hanya seorang pelajar.
Responden juga tidak akan mengetahui tempat-tempat yang responden lemah dalam
al-Quran. Kesalahan tersebut juga boleh berkekalan jika responden berkekalan untuk
kekal dengan pembacaan tanpa guru. Akhir sekali, responden tidak akan dapat
mengetahui tahap kemampuan penguasaan al-Quran sama ada lancar, sederhana,
baik atau lemah. Responden tidak akan terbuka kepada kesedaran untuk lebih
mengambil berat tentang tajwid apabila membaca al-Quran tanpa berguru.
5.2.5 MALU
Menurut pemerhatian secara langsung, sikap malu adalah perkara yang
berlaku dalam diri pelajar apabila melibatkan bacaan al-Quran. Tambahan pula, jika
responden tersebut tidak menguasai al-Quran dengan baik, rasa malu itu akan
semakin menebal dalam diri responden. Perkara ini bukanlah satu keanehan bila rasa
malu muncul apabila tidak menguasai sesuatu perkara. Tetapi apabila melibatkan
ilmu, rasa malu sepatutnya dikurangkan. Malu untuk menuntut ilmu adalah perkara
yang tidak patut manusia amalkan. Adalah fitrah untuk manusia menuntut ilmu
daripada diri yang tidak tahu menjadi tahu. Ketidakpenguasaan seseorang dalam
sesuatu perkara bukanlah perkara yang pelik dalam menuntut ilmu. Di sebabkan
seseorang itu kurang ilmu, kurang pengetahuan, kurang kemahiranlah yang
mendorong untuk manusia lebih mencari ilmu untuk mengisi kekosongan dalam diri
menjadi diri yang pejal dengan ilmu. Sikap malu juga dalam pembacaan al-Quran
81
akan menyebabkan seseorang cenderung untuk berdiam diri jika tidak menguasai
seseuatu perkara. Dalam penguasaan al-Quran sikap malu mestilah dikurangkan,
kerana dalam penguasaan al-Quran melibatkan teori dan praktis untuk
menguasainya. Perasaaan malu ini juga terhasil dalam kalangan responden apabila
responden tersebut berusia lebih daripada responden lain. Contohnya, usia
lingkungan dua puluh sehingga sekitar tiga puluhan. Perkara tersebut menyebabkan
responden malu untuk membaca al-Quran, malu untuk mempelajari al-Quran. Oleh
sebab itu, responden cenderung untuk kurang membaca al-Quran dan akan lebih
kerap membuat keputusan untuk menangguhkan pembelajaran terhadap al-Quran
disebabkan rasa malu.
5.2.6 PEMIKIRAN YANG MENGANGGAP TAJWID ITU SUSAH
Berdasarkan pemerhatian secara langsung, kelemahan pelajar dalam
penguasaan al-Quran juga berpunca dari pemikiran responden yang menetapkan atau
mempercayai bahawa tajwid itu susah. Bagi mereka hukum tajwid terlalu banyak.
Hukum tersebut susah diingati dan susah untuk diaplikasikan sewaktu membaca al-
Quran. Untuk membuat pengenal pastian bagi setiap hukum dalam ayat al-Quran
juga sukar disebabkan tidak mengingati hukum tajwid dan terkeliru dengan hukum-
hukum yang terdapat dalam tajwid. Contohnya, dalam kalimah tersebut, .
Huruf mim mati bertemu dengan huruf mim adalah hukum idgham mithlaini saghir.
Responden keliru dan sukar untuk mengklasifikasikan huruf tersebut kepada sesuatu
hukum kerana terdapat hukum yang seakan sama sebutan dengannya tetapi berbeza
fungsi. Contohnya seperti, idgham ma’al ghunnah, idgham bila ghunnah. Tidak
dinafikan ilmu al-Quran bukan seperti ilmu biasa. Ilmu al-Quran tidak dapat diserap
atau pelajari sama seperti ilmu-ilmu lain. Untuk menguasai Ilmu al-Quran adalah
berdasarkan diri seseorang itu sendiri. Contohnya seperti hifz al-Quran. Tidak
Semua manusia mampu menghafal dalam kadar yang sama kerana tertakluk pada diri
masing- masing terhadap kemampuan dalam menghafal ayat al-Quran. Walaupun
begitu , asbab ini bukanlah penghalang untuk responden tidak menguasai pembacaan
al-Quran.
82
5.2.7 SUKAR UNTUK MENYEBUT HURUF ATAU KALIMAH AL-
QURAN (MAKHRAJ)
Berdasarkan pemerhatian responden pakar, kesukaran dalam menyebut huruf
atau kalimah al-Quran adalah punca kelemahan penguasaan al-Quran. Tidak semua
orang dapat menyebut huruf al-Quran atau dalam istilah yang betul makhraj al-Quran
dengan baik. Terdapat responden yang lidahnya agak sukar untuk menyebut
makhraj-makhraj huruf. Makhraj huruf dapat dikuasai atau disebut dengan betul
apabila kerap mempraktis atau membaca al-Quran. Lidah manusia akan dapat
menguasai makhraj al-Quran jika selalu dilatih dengan meletakkan pada tempat atau
posisi yang betul. Akan tetapi, terdapat responden yang azalinya tidak dapat
menyebut makhraj- makhraj tertentu. Bukan sahaja makhraj al-Quran malah huruf
abjad juga tidak dapat disebut dengan betul. Contohnya, dalam makhraj al-Quran
ialah ر. Dalam abjad huruf adalah huruf (r) (Lana, 2019).
Oleh sebab itu, kekurangan ini menyebabkan responden malu untuk
membaca al-Quran. Responden juga berputus asa dalam menguasai al-Quran.
Daripada faktor tersebut juga, timbul rasa malu dalam diri responden yang
menyebabkan responden berputus asa kerana responden tidak dapat menguasai dan
dan mempelajari seperti responden-responden lain. Akan tetapi, faktor-faktor
sedemikian, bukanlah penghalang bagi menguasai dan mempelajari al-Quran.
Kekurangan yang terdapat dalam diri responden bukanlah penghalang bagi
responden kerana ilmu Allah itu tidak mengenal darjat, rupa dan harta.
5.2.8 KURANG DORONGAN DARIPADA IBU BAPA
Kekurangan dorongan daripada ibu bapa juga merupakan salah satu punca-
punca kelemahan penguasaan al-Quran menurut pandangan responden pakar dan
pemerhatian secara langsung (Lana, 2019). Pendedahan daripada ibu bapa sewaktu
responden masih kecil amat membantu responden dalam menguasai al-Quran. Kalau
diperhatikan pada masa kini, pada usia lingkungan 7 tahun, ibu bapa sudah mula
mendedahkan anak-anak mereka kepada al-Quran. Peranan ibu bapa kepada anak-
anak amat penting. Begitu juga dengan dorongan setiap ibu bapa. Bagi responden
yang mempunyai kelemahan atau kecacatan dalam penguasaan al-Quran seperti
83
sukar menyebut makhraj al-Quran, sukar mengingati hukum-hukum tajwid dan sukar
untuk membaca ayat al-Quran dengan lancar, dorongan ibu bapa sangat penting.
Hidup manusia ada ketika naik dan ada ketika turun. Anak-anak sangat memerlukan
dorongan sama ada mereka susah mahupun senang. Dorongan ibu bapa juga boleh
menaikkan semangat responden untuk lebih meningkatkan kemampuan mereka
dalam menguasai al-Quran. Sekalipun, responden lemah dan tidak mahir, tetapi
dorongan ibu bapa menjadi semangat bagi mereka untuk tidak berputus asa dalam
menguasai dan mempelajari al-Quran.
5.3 KAEDAH MENANGANI PENGUASAAN AL-QURAN MODEL AL-
QURAN PLACEMENT TEST (AQPT)
5.3.1 PENGENALAN
Model al-Quran placement test adalah satu model yang dicadangkan bagi
kaedah menangani isu penguasaan al-Quran dalam kalangan pelajar Universiti Sultan
Azlan Shah. Berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap pelajar USAS khususnya
bidang Usuluddin Hadis dan Pengajian Islam, responden didapati kurang menguasai
al-Quran. Seperti yang kita sedia maklum, bidang-bidang tersebut bukanlah bidang-
bidang biasa. Malahan bidang inilah antara salah satu bidang yang melahirkan ustaz
dan ustazah yang bakal meneraju anak muda, generasi dan masyarakat akan datang.
Mereka juga bakal berdepan dengan kerenah masyarakat yang pelbagai dan yang
tidak dapat kita bayangkan. Oleh itu, perubahan atau penaiktarafan mestilah
dilakukan. Perkara ini tidak boleh dibiarkan tergantung begitu sahaja dan perkara
yang sama bakal berterusan tanpa penyelesaian. Justeru, model ini dicadangkan
sebagai salah satu cara untuk menangani masalah kekurangan penguasaan al-Quran
dalam kalangan pelajar.
Organisasi dalam Universiti Sultan Azlan Shah bagi kemasukan baru
mempunyai beberapa tahap. Pada mulanya kemasukkan pelajar diterima pada portal
USAS. Kemudian universiti akan memberi tarikh kemasukkan bagi pelajar baru.
Pada tarikh tersebut pelajar perlu mendaftarkan diri. Seterusnya minggu haluan
mahasiswa akan diadakan kepada pelajar baru selama seminggu. Selepas orientasi
berikut, pelajar perlu menjalani satu peperiksaan yang dinamakan English Placement
84
Test (EPT). EPT adalah satu peperiksaan yang pelajar kemasukkan baru perlu jalani
untuk menentukan tahap mereka dalam bahasa Inggeris. Seterusnya mereka akan
ditetapkan kepada kursus bahasa Inggeris iaitu ESL (English Secoundary
Languange) atau EDP ( English Dakwah Purpose). ESC adalah kursus tahap yang
paling rendah. ESL pula adalah kepada pelajar yang tidak mengambil MUET
(Malaysian University English Test ) atau untuk pelajar yang tidak mencapai band
3,mereka dikehendaki mengambil ujian MUET ataupun mengambil kursus ESL.
Selepas melepasi kedua kursus tersebut, pelajar akan mengambil kursus English
Dakwah Purpose. Bagi pelajar MUET band 3 ke atas mereka tidak perlu untuk
menjalani English Test Placement. Akan tetapi struktur susunan berikut tidak lagi
dijalankan di USAS. EPT dan ESL telah diberhentikan untuk melancarkan silibus
baru ((CELFOS), 2019). Selanjutnya, pelajar akan diserapkan terus kepada EDP
(English Dakwah Purpose ).
Bahasa Inggeris kebanyakkannya diperkasakan dalam universiti-universiti
awam. MUET ( Malaysia University English Test ) juga adalah antara satu usaha
yang dijalankan dalam memperkasakan bahasa Inggeris kepada pelajar rakyat
Malaysia. Begitu juga dengan Universiti Sultan Azlan Shah dengan menjalankan
English placement Test (EPT). Oleh yang demikian dalam nak memperkasakan
penguasaan tajwid, model al-Quran Placement Test (AQPT) dicadangkan. Rajah 1
berikut menunjukkan organisasi English Placement Test (EPT) di Universiti Sultan
Azlan
85
SISTEM ORGANISAS ENGLISH PLACEMENT TEST (EPT) USAS
KEMASUKKAN PELAJAR BARU
ORIENTASI
TEST EQPT
KEPUTUSAN
GAGAL LULUS
ESL EDP
EDP
Rajah 1 : Organisasi English Placement Test (EPT
86
5.2.2 MODEL AL-QURAN PLACEMENT TEST (AQPT)
KEMASUKAN PELAJAR BARU
MINGGU HALUAN SISWA
UJIAN AQPT
KEPUTUSAN
GAGAL LULUS
KURSUS PENGUKUHAN
AL-QURAN DAN
(KPQ 1) TAJWID /
KURSUS PENGUKUHAN TILAWAH DAN HIFZ
(KPQ 2)
HIFZ 1
GAGAL LULUS
GAGAL HIFZ 2
GAGAL LULUS
HIFZ 3
LULUS
KONVOKESYEN
Rajah 2 : Organisasi al-Quran Placement Test (AQPT)
87
Dalam rajah 2 di atas adalah contoh rangka organisasi al-Quran Placement Test
(AQPT).
Model al-Quran placement Test adalah model sistem organisasi yang agak
menyerupai English Placement Test. Dalam model ini terdapat beberapa peringkat
yang pelajar perlu lalui sebelum diserapkan kepada kursus-kursus yang ditawarkan
fakulti. Tahap yang pertama adalah kemasukkan pelajar baru pada tarikh yang telah
ditetapkan oleh universiti. Seterusnya, pelajar akan menghadiri orientasi atau
dipanggil Minggu Haluan Siswa. Selepas selesainya orientasi, pelajar akan
menduduki ujian al-Quran yang bakal dinilai oleh para ustaz dan ustazah al-Quran di
USAS. Dalam ujian ini, pelajar dikehendaki menurut arahan daripada penilai
tersebut. Contohnya, penilai akan memberi arahan untuk membaca beberapa ayat
atau surah untuk dibaca oleh responden.
Arahan penilai : Sila baca Surah al-Fatihah.
Pelajar : ------------------------------------
( Berdasarkan ayat yang dibaca , penilai akan menilai pelajar melalui
bacaan tersebut).
Selepas dinilai, penilai akan menentukan pelajar dalam tahap-tahap tertentu.
Dalam model al-Quran Placement Test, selepas pelajar mengambil ujian AQPT,
pelajar akan diberi keputusan sama ada „gagal‟ atau „lulus‟. Bagi responden yang
88
keputusannya adalah „gagal‟, responden perlu mengambil kelas pengukuhan al-
Quran (KPQ 1). Setelah mendapat kelulusan dalam (KPQ 1), pelajar akan
mengambil kursus yang ditetapkan fakulti iaitu, bagi BIS ialah al-Quran dan tajwid
manakala BUH adalah Tilawah dan Hifz. Bagi pelajar yang lulus ujian (AQPT),
pelajar tidak perlu mengambil (KPQ 1) seterusnya, pelajar akan terus kepada kursus
yang ditetapkan fakulti. Jika pelajar didapati gagal kursus yang ditetapkan fakulti,
contohnya : al-Quran dan tajwid, pelajar dikehendaki mengambil kembali KPQ 1
sehingga mendapat kelulusan. Setelah lulus dalam KPQ 1, pelajar boleh mengambil
kursus yang ditetapkan fakulti iaitu Hifz 1. Proses ini dipanggil tahap 1.
Seterusnya, setelah selesai tahap satu, tahap kedua dimulakan dengan Hifz 2
bagi BIS dan BAS. Sebelum mengambil kursus Hifz 2, pelajar akan mengambil
(KPQ 2). Bagi pelajar yang tidak melepasi KPQ2, pelajar tidak dapat mengambil
Hifz 2 dan seterusnya 3. Bagi kegagalan yang didapati pada pelajar dalam kursus
yang ditetapkan fakulti sama ada Hifz 2 mahupun Hifz 3, pelajar perlu mengambil
KPQ 2 kembali sehingga mendapat kelulusan dan mengambil kembali kursus
tersebut. Selepas selesainya kedua-dua KPQ, pelajar akan dinilai untuk mengesahkan
penguasaan al-Quran melalui model (AQPT) dan sijil juga akan diberikan sebagai
pengiktirafan penguasaan pelajar terhadap al-Quran. Kelulusan dalam penilaian akhir
ini juga adalah pra syarat untuk konvokesyen.
Kursus Pengukuhan al-Quran 1 Penilaian
Penilaian
Al-Quran dan tajwid (BIS)
Tilawah dan hifz (BIS & BUH)
Hifz 1
Kursus Pengukuhan al-Quran 2
Hifz 2
Hifz 3
89
Penilaian Akhir
Rajah 5.3 Struktur Penilaian AQPT
5.2.3 KEPENTINGAN MODEL AL-QURAN PLACEMENT TEST
(QPT)
5.2.3.1 MEMUPUK KESEDARAN DALAM DIRI RESPONDEN
TERHADAP KEPENTINGAN TAJWID
Kesedaran terhadap kepentingan tajwid seharusnya disedari para pelajar.
Melalui model AQPT dan kursus- kursus yang ditawarkan fakulti, kesedaran para
pelajar dapat dipupuk. Justeru, penguasaan al-Quran dapat ditingkatkan apabila
responden mula menyedari kepentingan tajwid kerana mereka akan berusaha untuk
menguasai penguasaan al-Quran. Daripada kesedaran jugalah, rasa ingin berusaha
dapat dipupuk. Oleh itu, kesedaran tentang kepentingan tajwid mesti diterapkan
dalam diri responden.
5.2.3.2 PELAJAR AKAN AUTOMATIK BERUSAHA MENGUASAI
AL-QURAN
Dalam model al-Quran placement test, bagi pelajar yang tidak melepasi
kursus pengukuhan 1, tidak dibenarkan mengambil kursus pengukuhan al-Quran 2.
Bagi mana-mana responden yang tidak melepasi mana-mana kursus pengukuhan
tidak akan melepasi penilaian akhir dan tidak akan mendapat sijil pengiktirafan
pengukuhan penguasaan al-Quran. Responden juga tidak dapat menamatkan
pengajian selagi tidak mendapat kelulusan dalam penilaian akhir model al-Quran
placement Test. Oleh demikian, pelajar akan berusaha untuk menguasai al-Quran
untuk menamatkan pengajian dan dalam pada masa yang sama juga pelajar secara
automatik akan menguasai al-Quran.
90
5.2.3.3 MELAHIRKAN PELAJAR YANG BERKUALITI TINGGI
Melalui model al-Quran placement test, pelajar yang berkualiti dapat
dilahirkan. Responden bukan sahaja mempunyai kelebihan dalam ilmu pengajian
islam malahan dapat menguasai al-Quran dengan baik. Tambahan pula, ilmu al-
Quran amatlah penting dan perlu ada dalam diri pelajar yang berlatar belakang
bidang agama. Tak lupa juga penting kepada umat Islam. Dengan ini, lepasan-
lepasan mahasiswa yang dilahirkan lebih berkualiti dan lebih bersedia untuk
menghadapi masayrakat.
5.2.4 MUET ,EPT DAN MODEL AQPT
Bahasa Inggeris adalah bahasa kedua bahasa perantaraan diMalaysia.
Bahasa Inggeris diperkasakan dalam setiap pendidikan yang terdapat
diMalaysia. MUET adalah satu sistem yang mengukur kemahiran bahasa
Inggeris dalam diri pelajar diMalaysia.
“ In the Malaysia education system, English has always played an important role.
The Malaysian University English Test (MUET) serves to give continued emphasis on this
role.
The objective of MUET is to measure the English Languange profiency of pre-
university students for entry into tertiary education. MUET comprises all the four language
skills of listening, speaking, reading and writing. It measures and report candidates‟ level of
profiency based upon an aggregated score range of zero to 300. The scores correlate with a
banding system ranging from Band 1to Band 6. A results slip is issued to each candidate who
completes all four components of the test.
This booklet contains test specifications which detail aspects of each component of
MUET. The test specifications list the skills relevant to help equip students with the level of
profiency in English and critical thinking skills for more effective academic study at tertiary
level. They may also be used as avaluable guide to MUET for independent learners. ”
(Council, 2008)
91
Menurut majlis peperiksaan Malaysia, MUET adalah satu sistem yang
mengukur tahap kemahiran bahasa Inggeris bagi pelajar pra-universiti yang
memasuki pendidikan tinggi. MUET juga mengasah kemahiran pelajar dari segi
mendengar, membaca, bercakap dan menulis. Keempat-empat kemahiran ini sekligus
mengasah kemahiran bahasa Inggeris dalam diri pelajar mencakupi setiap
bahagian.Tahap kemahiran responden dinilai berdasarkan band 1 sehingga band 6.
Dimana markah dalam band tersebuta adalah dari 0 sehingga 300 (Council, 2008).
Dari pengklasifikasian band itu juga, pelajar dapat menilai tahap kemahiran bahasa
Inggeris mereka. Jika dilihat, Penguasaan dan kemahiran bahasa Inggeris amat dijaga
dan diambil berat dalam sistem pendidikan Malaysia.
Begitu juga dengan Universiti-universiti yang terdapat di Malaysia seperti
Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Sultan Zainal Abidin Shah
(UNISZA), University Sains Malaysia (USIM), dan pelbagai lagi. Universiti Sultan
Azlan Shah juga memperkasakan bahasa Inggeris dengan melaksanakan sistem
English placement Test (EPT). Sehubungan dengan itu, untuk memperkasakan lagi
al-Quran dalam kalangan pelajar, mencadangkan model AQPT al-Quran Placement
Test kepada pelajar-pelajar Universiti Sultan Azlan Shah.
92
5.3 RUMUSAN BAB
Secara keseluruhan, dalam bab lima ini membincangkan tentang punca-punca
kelemahan pelajar Universiti Sultan Azlan Shah dalam penguasaan al-Quran.
Apabila dianalisis, terdapat banyak punca-punca yang boleh diklasifikasikan sebagai
punca kelemahan pelajar dalam penguasaan al-Quran. Antaranya adalah pelajar tidak
mempunyai kesedaran dalam meningkatkan pengetahuan dan keperkasaan terhadap
tajwid. Kesedaran memainkan peranan yang sangat penting dalam mencapai sesuatu
penguasaan. Sikap ini juga perlu ada dalam diri responden bagi meningkatkan
penguasaan al-Quran. Selain itu, responden juga menganggap bahawa tajwid itu
remeh dan tidak penting. Kebanyakan responden mempunyai pemikiran sebegini
apabila berkaitan dengan ilmu tajwid. Cara pemikiran ini mestilah diubah dan
dibetulkan kepada realiti yang sebenar. Sikap malas, tidak suka ditegur ketika
pembacaan al-Quran juga merupakan salah satu punca kelemahan pelajar dalam
menguasai al-Quran. Sikap malas yang ditanam dalam diri responden tidak akan
membantu responden untuk menguasai al-Quran. Malahan akan membawa kepada
kemunduran dalam menguasai ilmu tajwid. Apabila responden mempunyai sikap
malas, praktis dalam al-Quran akan berkurang. Sikap tidak suka ditegur atau
dipanggil bersikap sombong dalam menuntut ilmu juga tidak akan membantu
responden untuk meningkatkan lagi penguasaan terhadap al-Quran.
Seterusnya, terdapat satu rutin yang kerap diamalkan oleh pelajar universiti ,
iaitu sikap membaca al-Quran tanpa berguru. Pengamalan tersebut juga adalah
disebabkan tekanan masa yang tidak mencukupi. Jadual pelajar adalah berbeza.
Rutin harian juga berbeza menyebabkan pelajar terpaksa mengambil jalan pintas
dengan membaca al-Quran tanpa berguru. Sehubungan dengan itu, kesalahan-
kesalahan yang terdapat sewaktu pelajar membaca al-Quran tidak dapat dikenal pasti.
Di samping itu, punca-punca kelemahan penguasaan al-Quran juga adalah
disebabkan sifat malu. Sifat malu ini kebiasaanya terdapat pada responden yang
berusia sedikit. Apabila usia menginjak naik, ditambah pula dengan penguasaan al-
Quran yang agak lemah pada usia tersebut akan menyebabkan responden malu untuk
membaca al-Quran, malu untuk berguru. Perkara ini akan menghalang responden
untuk meningkatkan tahap kemampuan dalam menguasai al-Quran dek sifat malu.