The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by HUSSIN ZULKIFLI, 2020-04-05 06:28:48

polemik isteri berpendapatan lebih tinggi daripada suami (atiqah)

pendapatan isteri melebihi suami

Keywords: gaji,pendapatan isteri

POLEMIK ISTERI BERPENDAPATAN LEBIH
TINGGI DARIPADA SUAMI

NOR ATIQAH BINTI MOHD ZAIDI

UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH

POLEMIK ISTERI BERPENDAPATAN LEBIH
TINGGI DARIPADA SUAMI

NOR ATIQAH BINTI MOHD ZAIDI

UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH

POLEMIK ISTERI BERPENDAPATAN LEBIH
TINGGI DARIPADA SUAMI

NOR ATIQAH BINTI MOHD ZAIDI

LATIHAN AKADEMIK INI DIKEMUKAKAN BAGI
MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT
MEMPEROLEH PENGANUGERAHAN IJAZAH SARJANA

MUDA PENGAJIAN ISLAM

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH

JANUARI 2020

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Pengajian Islam”.

Tandatangan : .................................................
Nama Penyelia : DR. ZUL-KIFLI BIN HUSSIN
Tarikh : 3 FEBRUARI 2020

4

PENGAKUAN

Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumber.

Tandatangan Pelajar: Tarikh: 3 FEBRUARI 2020

______________________
Nor Atiqah Binti Mohd Zaidi

5

PENGHARGAAN



Alhamdulillah segala pujian ke hadrat Allah  atas rahmat dan izin-Nya
pengkaji dapat menyelesaikan kajian yang bertajuk Isteri Berpendapatan Lebih Tinggi
Daripada Suami : Kajian Polemik. Pada kesempatan ini pengkaji ingin merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang membantu dalam menyiapkan
kajian ini baik secara langsung mahupun tidak langsung.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada penyelia iaitu Dr. Zul-kifli Bin Hussin.
Berkat tunjuk ajar, nasihat dan bimbingan yang diberikan oleh beliau, pengkaji dapat
menyiapkan kajian ini mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Kesudian beliau
meluangkan masa bagi menyampaikan ilmu amat dihargai. Semoga Allah
 mengurniakan keberkatan dan keredhaan ke atas beliau serta mendapat ganjaran di
akhirat kelak.

Pengkaji juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kedua ibu bapa
iaitu Mohd Zaidi Bin Latib dan Norijan Binti Ramli atas doa, sokongan dan bantuan
yang tidak pernah putus diberikan. Sentiasa diingati adik-adik yang turut membantu
iaitu Muhammad Zamri, Muhammad Zaher, Nor Athirah dan Muhammad Zafri.
Semoga kedua ayahanda, bonda dan adik-adik pengkaji sentiasa berada di dalam
rahmat dan kasih sayang-Nya.

Selain itu, sekalung penghargaan diberikan kepada responden-responden yang
sudi meluangkan masa untuk ditemu bual oleh pengkaji bagi mendapatkan data yang
lengkap sama ada para isteri dan suami atau para kaunselor.

Tidak dilupakan penghargaan ini juga diberikan kepada sahabat-sahabat
seperjuangan iaitu Nursyahirah Binti Abdul Manap, Fatin Nasuha Binti Mohd Yusop,
Samira Zahirah Binti Zahari, Abdul Naim Bin Mokhtar, Muhammad Ikhwan Bin
Mohd Ropi, Siti Maszawanah Binti Mahat, Siti Masitah Binti Subri dan Imran Syauqi
Bin Khairunnaim yang telah banyak membantu dalam memberi sokongan, idea dan
pendapat dalam menghasilkan kajian ini.

6

Begitu juga kepada rakan-rakan lain yang turut terlibat secara tidak langsung,
jasa dan bantuan rakan-rakan sangat pengkaji hargai. Semoga semua pihak yang telah
sama-sama membantu pengkaji dalam menyiapkan kajian ini akan mendapat ganjaran
yang baik di sisi Allah .

Akhir kata, pengkaji berharap semoga kajian ini dapat memberi manfaat
kepada seluruh lapisan masyarakat sama ada yang masih bujang atau yang telah
mendirikan rumah tangga jugasemoga dapat membantu para kaunselor. Segala yang
baik itu datang daripada Allah  manakala segala yang lemah datangnya daripada diri
pengkaji sendiri. Semoga Allah  menghitungnya sebagai amal soleh di akhirat kelak.

Nor Atiqah Binti Mohd Zaidi
(I16100934)
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam
Universiti Sultan Azlan Shah,
F69 Parit 80.L,
Titi Serong,
34200 Parit Buntar, Perak.

7

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA I
HALAMAN PENGAKUAN II
PENGHARGAAN III
ISI KANDUNGAN V
SENARAI JADUAL VIII
SENARAI RAJAH VIII
SENARAI LAMPIRAN VIII
SENARAI KEPENDEKAN X
JADUAL TRANSLITERASI IX
ABSTRAK XII
ABSTRACT XIII

BAB I PENDAHULUAN 1
1
1.0 Pengenalan 3
7
1.1 Latar Belakang Kajian 7
9
1.2 Penyataan Masalah 9
9
1.3 Objektif Kajian 10
10
1.4 Persoalan Kajian 10
10
1.5 Kepentingan Kajian 10

1.6 Skop dan Batasan Kajian 8
1.6.1 Skop Tajuk dan Batasan Kajian
1.6.3 Skop Responden

1.7 Definisi Istilah
1.7.1 Polemik
1.7.2 Rumah tangga
1.7.3 Pendapatan

1.8 Metodologi Kajian 11
1.8.1 Reka Bentuk Kajian 11
1.8.2 Kaedah Pengumpulan data 11
1.8.2.1 Data Primer 11
1.8.2.2 Data Sekunder 12
1.8.3 Kaedah Analisis Data 12

1.9 Sistematika Kajian 13

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan 15
2.1 Sorotan Teori Kadar Nafkah 16
2.2 Diagram Kerangka Teoritikal dan Kerangka Konseptual 20
2.3 Sorotan Kajian Lepas 21
26
2.2.1 Jadual Sorotan Karya 30
2.4 Rumusan bab

BAB III KADAR NAFKAH TERHADAP SURAH AT-TALAQ
AYAT 7 MENURUT MUFASSIR

3.0 Pengenalan 31
3.1 Definisi Nafkah 32
3.2 Kitab Tafsir Mishbah 33
3.3 Kitab Tafsir Ibnu Kathir 35

9

3.4 Kitab Tafsir Fathul Qadir 37

3.5 Kitab Tafsir Al-Qur’anul Madjid An-Nur 39

3.6 Kitab Tafsir Safwah Al-Tafasir 40

3.7 Kitab Tafsir Al-Wasit 41

3.8 Pandangan Ulama’ Dan Agamawan Terhadap Kadar Nafkah 42

3.8.1 Ustaz Azhar Idrus 42

3.8.2 Dr Rozaimi Ramle 43
45
3.8.3 Mazhab Ulama’ Hanafi 45
3.8.4 Mazhab Ulama’ Syafie

3.5 Rumusan Bab 47

BAB IV PENERIMAAN DAN PENOLAKAN TERHADAP
SUAMI BERPENDAPATAN RENDAH DARIPADA

ISTERI

4.0 Pengenalan 48
49
4.1 Latar Belakang Responden 49

4.2 Penerimaan Sebelum Perkahwinan
4.2.1 Responden A
4.2.2 Responden B
4.2.3 Responden C
4.2.4 Responden D
4.2.5 Responden E

10

4.3 Pengurusan Kewangan Keluarga 53
4.3.1 Responden A 57
4.3.2 Responden B 61
4.3.3 Responden C
4.3.4 Responden D
4.3.5 Responden E

4.4 Penerimaan Isteri Berpendapatan Lebih Tinggi Daripada
Suami
4.4.1 Responden A
4.4.2 Responden B
4.4.3 Responden C
4.4.4 Responden D
4.4.5 Responden E

4.5 Rumusan Bab

BAB V BENTUK-BENTUK KONFLIK RUMAH TANGGA
DALAM KALANGAN SUAMI BERPENDAPATAN
RENDAH DAN ISTERI BERPENDAPATAN TINGGI

5.0 Pengenalan 62

5.1 Bentuk Konflik Rumah Tangga Dalam Kalangan Suami

Berpendapatan Rendah Dan Isteri Berpendapatan Tinggi

Menurut Suami Dan Isteri 63

5.1.1 Responden A

5.2.2 Responden B

5.3.3 Responden C

5.4.4 Responden D

5.5.5 Responden E

5.2 Bentuk Konflik Rumah Tangga Dalam Kalangan Suami

Berpendapatan Rendah Dan Isteri Berpendapatan Tinggi

Menurut Pakar 67

5.2.1 Kaunselor !

5.2.2 Kaunselor 2

5.2.3 Kaunselor 3

Kaedah-Kaedah Yang Digunakan Kaunselor Dalam

5.3 Mengatasi Konflik 71

11

5.3.1 Kaunselor ! 76
5.3.2 Kaunselor 2
5.3.3 Kaunselor 3 77
77
5.4 Rumusan Bab 79

BAB VI PENUTUP 82
83
6.0 Pengenalan 86
115
6.1 Ringkasan Dapatan Kajian
6.1.1 Dapatan Awal
6.1.2 Dapatan Kajian

6.2 Implikasi Kajian dan Cadangan Kajian
6.2.1 Sumbangan Kepada Ilmu
6.2.2 Individu
6.2.3 Keluarga
6.2.4 Kaunselor
6.2.5 Masyarakat

6.3 Cadangan Kajian Masa Hadapan

6.4 Kesimpulan

LAMPIRAN

BIBLIOGRAFI

SENARAI JADUAL

12

Jadual 1.1 Objektif Kajian dan Persoalan Kajian 8
Jadual 2.1 Sorotan Karya 26
Jadual 4.1 Latar Belakang Responden 49
Jadual 6.1 Ringkasan Kesimpulan 83

SENARAI RAJAH 20
Rajah 2.2 Diagram Kerangkan Teoritikal dan Kerangka Konseptual

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran 1 Soalan Responden (isteri)
Lampiran 2 Soalan Responden (suami)
Lampiran 3 Soalan Responden (kaunselor)
Lampiran 4 Transkrip Responden A
Lampiran 5 Transkrip Responden B
Lampiran 6 Transkrip Responden C
Lampiran 7 Transkrip Responden D
Lampiran 8 Transkrip Responden E
Lampiran 9 Transkrip Kaunselor 1
Lampiran 10 Transkrip Kaunselor 2
Lampiran 11 Transkrip Kaunselor 3

Q.S : SENARAI KEPENDEKAN
H.R : Quran Surah
Hadis Riwayat
: Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam
:
: Subhanahu wa Ta‘ala
:
Radia Allahu ‘Anha
KTM :
JAKIM: Radia Allahu ‘Anhu
Kereta Api Tanah Melayu
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

13

TNB : Tenaga Nasional Berhad

JADUAL TRANSLITERASI
HURUF ARAB KE HURUF RUMI
1. KONSONAN
Konsonan pada huruf Arab tidak selamanya sepadan dengan konsonan huruf
Rumi. Pada beberapa konsonan tertentu, konsonan tersebut boleh dirumikan,
tetapi pada beberapa konsonan tertentu, terpaksa dilakukan beberapa tambahan.
Hal tersebut dapat dilihat seperti di bawah ini:

14

Huruf Arab Huruf Rumi

‫ا‬ _
‫ب‬ B
‫ت‬ T
‫ث‬ Th
‫ج‬ J
‫ح‬ ḥ
‫خ‬ Kh
‫د‬ D
‫ذ‬ Dh
‫ر‬ R
‫ز‬ Z
‫س‬ S
‫ش‬ Sy
‫ص‬ ṣ
‫ض‬ ḍ
‫ط‬ ṭ
‫ظ‬ ẓ
‫ع‬ ،
‫غ‬ Gh
‫ف‬ F
‫ق‬ Q
‫ك‬ K
‫ل‬ L
‫م‬ M
‫ن‬ N
‫و‬ W
‫ه\ﮫ‬ H
‫ء‬ ,
‫ﻲ‬ Y
‫ة‬ ṯ

15

2. VOKAL

Dalam sistem vokal Arab ada vokal pendek, ada vokal panjang, dan ada diftong.

1. Pendek 2. Panjang 3. Diftong

‫ﹷ‬a ‫ﹷﺍ‬a ‫ ﹷ ہ ايه‬ay

‫ ﹻ‬i ‫ ﹻ ي‬ī ‫ ﹷ ہ ﺍو‬aw

‫ﹹ‬u ‫ﹹو‬ū

POLEMIK ISTERI BERPENDAPATAN LEBIH TINGGI DARIPADA SUAMI

ABSTRAK

Kajian ini membincangkan mengenai polemik isteri berpendapatan lebih tinggi
daripada suami. Secara umumnya Setiap institusi rumah tangga, pasangan suami isteri
perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak dan tanggungjawab
tersendiri. Nafkah adalah salah satu kewajipan suami dalam pelbagai aspek tidak
mengira apa jua keadaan atau pekerjaan suami walaupun pendapatan mereka lebih
rendah berbanding isteri. Situasi di mana isteri berpendapatan lebih tinggi daripada
suami pastinya akan menimbulkan konflik dalam rumah tangga terutamanya masalah
kewangan, apabila isteri yang berpendapatan tinggi secara tidak langsung akan
membiayai perbelanjaan harian keluarga dalam semua perkara. Kajian ini dilakukan
bagi menjawab tiga objektif iaitu yang pertama adalah menganalpasti kadar nafkah
menurut surah At-Talaq ayat 7, manakala kedua ialah mengenalpasti faktor-faktor
penerimaan dan penolakan isteri terhadap suami berpendapatan rendah. Objektif
ketiga pula ialah mengkaji bentuk-bentuk konflik rumah tangga dalam kalangan suami
berpendapatan rendah dan isteri berpendapatan tinggi. Keseluruhan kajian
menggunakan reka bentuk kualitatif dan menggunakan analisis kandungan (content
analysis) bagi menganalisis data kajian. Data kajian ini dikumpul dengan
menggunakan analisis dokumen dan temu bual separa berstruktur. Analisis dokumen
digunakan untuk mengkaji kadar nafkah terhadap surah at-Talaq ayat 7 menurut
mufassir. Bagi kaedah temu bual pula digunakan untuk mendapatkan data bagi

16

mengenalpasti faktor-faktor penerimaan dan penolakan isteri terhadap suami
berpendapatan rendah dan mengkaji bentuk-bentuk konflik rumah tangga dikalangan
suami berpendapatan rendah dan isteri berpendapatan tinggi. Hasil kajian mendapati
bahawa terdapat isteri yang menerima suami yang berpendapatan lebih rendah
daripadanya terutama pasangan tersebut adalah pilihan sendiri. Seterusnya hasil kajian
mendapati bahawa wujudnya polemik atau konflik terhadap pasangan isteri yang
berpendapatan lebih tinggi daripada suami. Namun secara keseluruhan, isteri yang
berpendapatan lebih ringgi daripada suami menerima keadaan tersebut namun tidak
dapat dinafikan konflik yang berlaku dalam rumah tangga sepanjang perkahwinan.

POLEMICS WIVE’S INCOME MORE THAN THE HUSBANDS

ABSTRACT

This study discusses the higher polemic of wife’s income than husband. Generally In
every household institution, spouses need to realize that they have their own rights and
responsibilities. Duty is one of the obligations of a husband in many respects regardless
of the circumstances or occupation of the husband even though their income is lower
than the wife. A situation in which a wife earns more than her husband will inevitably
result in domestic conflicts, especially financial problems, when a high-income wife
will indirectly finance the family's daily expenses in all respects. This study aimed to
address three objectives, the first being to identify the level of living in accordance
with the At-Talaq verse 7, while the second was to identify the factors of acceptance
and rejection of spouses for low-income husbands. The third objective is to study the
forms of household conflict among low-income husbands and high-income spouses.
The whole study used qualitative design and content analysis to analyze the study data.
The data of this study were collected using document analysis and semi-structured
interviews. Document analysis is used to study the rate of living of surah at-Talaq verse
7 according to the mufassir. The interview method also been used to obtain data to
identify the factors of acceptance and rejection of low-income husbands and to study
household conflict patterns between low income husbands and high income wives.
The results shows that there are wives who received a husband who earns a lower
income, especially the couple of their own choice. Subsequent studies have found that

17

there is a higher degree of conflict or conflict among spouses with higher incomes than
husbands. But overall, a married couple is more likely than a husband to accept the
situation but there is no denying the conflict that prevails in the marriage throughout
the marriage.

18

BAB I
PENDAHULUAN

19

1.0 PENGENALAN

Bab ini merupakan pendahuluan kepada kajian ini. Bab ini membincangkan tentang
latar belakang, penyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, skop dan batasan
kajian, kepentingan kajian dan definisi istilah.

1.1 LATAR BELAKANG

Islam adalah agama yang sempurna, setiap hukum-hukum, peraturan-peraturan

dan adab-adab adalah daripada Allah  sendiri kepada hamba-Nya, tidak terkecuali

soal tangunggajawab suami terhadap isteri dan sebaliknya. Setiap institusi rumah
tangga, pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai
hak dan tanggungjawab tersendiri. Suami perlu memahami tanggungjawab
sepenuhnya sebagai seorang suami dari pelbagai aspek begitu juga sebaliknya
tangunggajawab sebagai seorang isteri. Islam telah memberi garis panduan dan
rujukan terhadap tanggungjawab suami terhadap isteri begitu juga tanggungjawab
isteri terhadap suami.

Tatacara kehidupan berumah tangga ini diperoleh daripada tradisi masyarakat
terdahulu dan pengalaman yang diperoleh daripada keluarga tanpa berpegang teguh

kepada ketentuan Allah  dan Rasul-Nya. Hakikatnya tradisi seperti ini yang

mempengaruhi para suami melanggar hak-hak dan tanggungjawab asal suami yang
ditetapkan oleh syarak. Pelbagai amalan masyarakat terdahulu atau pengalaman
keluarga yang merugikan hak-hak isteri sehingga mereka tidak mampu untuk membela
diri kerana budaya masyarakat yang menempatkan isteri pada kedudukan yang rendah.
Islam telah meletakkan prinsip asas di dalam peraturan kekeluargaan iaitu kaum lelaki
telah diberikan beberapa kelebihan berbanding kaum wanita disebabkan mereka telah

dianugerahkan oleh Allah  kekuatan dari segi fizikal dan mental bagi melaksanakan

tugas dalam menguruskan hal-hal keluarga.

Firman Allah  :

20

‫َوَِِّضٱبَُهاۡ ۡضمِّربَُحِوعَّفلَُه ََََّّّٰۖظىن بٱفَََِّۡإَّعّلۡلُن َأوضَٱََّٰلّطََِِّۡوعِّتنبََآُكَ ۡأتََمناَففُفَُقوََونلا‬٣‫عِّۡعب‬٤َِّ‫ِتنٱَُّمۡلب ُِّۡرشنغَُجوواأَاَزۡمُهَُٰلَّعََوِِّنلَِّۡلّيقَََِٰۡمّّفّهَوِعَُّمّفنَٱوظُلَنوَسََُِٰهّبّّصيَِلَّعّنَالََّٰۗلَحَىوِإّٱ َُۡٱّتهنلِنَّٰٱّقَُجَِنَََُّّّٰسّرلتَلآَوِّءُهٌَكتَِاِّّنبَاَٰنََِّّحِِّفففَعَِلَّّٰظَٱَيّۡضلاََلمتَكِبٱَِّلضَّۡيَّلاّلرالُِغَّۡيجب‬

Maksudnya :“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang
bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah
melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas
orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah
membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka
perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan
suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang
wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan
Allah dan pertolongan-Nya dan perempuan-perempuan yang kamu
bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu
menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di
tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka
(dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika
mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk
menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha
Besar.” (Q.S. An-Nisa’:4: 34)

Tanggungjawab nafkah adalah tanggungjawab suami yang mana ia wajib
ditunaikan oleh suami tanpa mengira keadaan atau situasi suami. Nafkah terbahagi
kepada dua bahagian, iaitu nafkah zahir dan nafkah batin. Terdapat pelbagai jenis
nafkah zahir, antaranya tempat tinggal, pakaian, makanan, barang keperluan dan
kewangan. Umumnya, pemikiran masyarakat kini terhadap nafkah zahir hanyalah
berbentuk kewangan semata-mata sedangkan ini adalah teori yang tidak benar tetapi
ini sudah menjadi adat dalam kalangan masyarakat. Nafkah bukan hanya
tanggungjawab seorang suami ketika menjadi suami sahaja, bahkan jika berlakunya
penceraian, suami masih wajib memberi nafkah sepanjang isteri berada di dalam
tempoh edah dan nafkah bagi pengurusan anak-anak.

Walau bagaimanapun, nafkah tidaklah bersifat mutlak yang mana ia tidak
mempunyai tetapan yang telah dihadkan kerana setiap orang tidak sama
kemampuannya terhadap keluarga. Terdapat sesetengah suami yang berkemampuan
dan kaya dalam menyediakan atau menguruskan semua keperluan keluarga dan

21

terdapat juga sebaliknya. Keutamaannya adalah suami memberi komitmen dan
melaksanakan tanggungjawab itu sebaik mungkin dengan memberi keselesaan kepada
isteri, bukan kemewahan atau pembaziran yang melampau. Hal ini menunjukkan para
isteri perlulah memahami keadaan dan kemampuan suami tanpa mempertikaikan
kemampuan dan pendapatan mereka.

Walau bagaimanapun, hakikatnya, nafkah adalah satu kewajipan suami
terhadap isteri. Namun al-Quran tidak menyebut secara jelas tentang kadar nafkah
tersebut, malahan ia disebut secara umum sahaja.

1.2 PENYATAAN MASALAH

Umumnya, semua manusia mengetahui kewajipan atau tanggungjawab suami
terhadap isteri dan sebaliknya terutama yang bergelar suami dan isteri. Suami sebagai
ketua keluarga, pelindung isteri dan anak-anak, juga wajib menyediakan tempat
tinggal, pakaian dan makan minum keluarga, ini dikenali sebagai nafkah. Manakala
kewajipan isteri terhadap suami dan keluarga ialah mengendalikan kerja-kerja rumah
dengan baik, taat kepada suami dan menjaga kehormatan suami. Jika salah seorang
mengabaikan tanggungjawab atau kewajipan ini semestinya akan memperoleh dosa
atas kelalaian masing-masing, bahkan ia juga akan menimbulkan konflik dalam rumah
tangga yang akan membabitkan anak-anak.

Nafkah adalah salah satu kewajipan dan tanggungjawab suami dalam pelbagai
aspek tidak mengira apa jua keadaan atau pekerjaan suami walaupun pendapatan

mereka lebih rendah berbanding isteri. Berdasarkan janji Allah  bahawa Dia akan

membuat mereka kaya dengan kurnia-Nya (Al-Mashri, 2012). Isteri merupakan
pelengkap rumah tangga yang akan menguruskan urusan rumah tangga dan anak-anak.
Mendidik anak-anak sudah menjadi tugas sebagai isteri atau ibu yang sinonimnya
setiasa berada di rumah ketika suami keluar mencari rezeki di luar.

Isteri adalah insan yang sering dipandang mulia kerana kesabarannya dan
ketabahannya untuk menguruskan anak-anak 24 jam di rumah sekali gus menguruskan
hal-hal di rumah.

22

Walau bagaimanapun, pada era globalisasi ini kaum wanita khususnya di
Malaysia mempunyai arus perubahan yang drastik dari aspek kerjaya, wanita hari ini
tidak hanya tertumpu kepada kerja di rumah sahaja tetapi sebaliknya mereka juga
mempunyai kerjaya atau pekerjaan tersendiri. Wanita zaman milenia ini masing-
masing berlumba-lumba dalam mengejar impian serta menceburi bidang kerjaya yang
pelbagai dan seterusnya dapat memberi jaminan status sosial yang tinggi dalam
kehidupan mereka.

Menurut Laporan penyiasatan pada tahun 2010, berdasarkan banci penduduk
pada tahun 2009, kira-kira 49.9 peratus daripada jumlah penduduk adalah wanita dan
sebanyak 49.1 peratus wanita berada dalam lingkungan umur bekerja iaitu 15 hingga
64 tahun. Walau bagaimanapun, kadar penyertaan tenaga buruh wanita hanya
berjumlah 46.4 peratus berbanding kadar penyertaan kaum lelaki iaitu 78.9 peratus.
Menurut Norehan Abdullah (2012), laporan ekonomi menyatakan bahawa kadar
penyertaan wanita bekerja semakin meningkat walaupun pada kadar yang rendah
daripada kaum lelaki. Perangkaan merekodkan bahawa hampir 60 peratus daripada
sejumlah 3,656.8 ribu bilangan tenaga pekerja wanita yang berkahwin (Abdullah N. ,
2012).

Sebahagian besar jawatan di Malaysia mahupun dunia disandang oleh wanita-
wanita yang berkaliber dan kebanyakan mereka juga bergelar seorang isteri. Mengikut
statistik pada tahun lalu, penyertaan wanita dalam sektor pekerjaan di negara ini
meningkat kepada 54.3 peratus. Ketika ini lebih 700,000 wanita bekerja dalam
pelbagai sektor. Majoriti wanita yang bekerja adalah berpendapatan sederhana.
Mendapat gaji bersih dalam lingkungan RM3,000 ke RM4,000 sebulan. Walaupun
dikatakan lebih daripada mencukupi kerana hanya untuk menampung pendapatan
suami, tetapi ada sesetengah wanita perlu membayar segala-galanya seolah-olah
mereka pula menjadi ‘lelaki’. (Rahim, 2018).

Hal ini menyebabkan ramai isteri yang akan mempunyai jawatan dan
pendapatan yang lebih tinggi berbanding suami. Suami yang berpendapatan rendah
berkemungkinan boleh menjadi satu permasalahan kepada isteri dan keluarga dalam
isu rumah tangga.

23

Walau bagaimanapun, hakikatnya, nafkah adalah satu kewajipan suami
terhadap isteri. Namun al-Quran tidak menyebut secara jelas tentang kadar nafkah
tersebut, malahan ia disebut secara umum sahaja.

Firman Allah :

‫َِّدسفَُرَِلهَّّوۡۦلمِتَُّفموُجعَََنَّملَالآىَتحُءَاٱَكۡتَلَۡلّعَيَولَاتُۡيُِّرِمّفهِِّبَّمنثَٱۗۡاۡلفَِّممَۡثۡوِعإٌّسُلُۡرنِإوَََّّّٰذَِأِۗلَلَّّفر ۗدَُوَكُّوۡۡٱتسَتّفََعِإّأُقََهۡونناا‬٢‫لَۡع‬٣‫ََروم‬٣‫أتٱَََََوََّلرۡاّلعَسلََدلَتََُاۡتَوىٱَِِضفّّضۡآٱعَۡعلُّلَرَصَٓومُاامَّٰۡآََوووِألالَلُّۡوَٰوَدّلأََُِّۢدةَََُعّدنلَُِبكّنٱهََُۡوۥمَّلَّتلَِلَِفَّدَّرۡراَِِّزَهقبُلَااُهضتَََُجوّنَۡنَِعّلماَۡنَموَِلُحكَّمُهۡوۡوَملسَُعَنالََوۡويُُبدَتَُوُكَتََِلّّّنۡصمهُيَِشۥبِّرإّاٱِۡلُبَذّوا‬

Maksudnya :“Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada
para ibu dengan cara yang makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan
menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita
kesengsaraan karena anaknya dan juga seorang ayah karena anaknya, dan
waris pun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih
(sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan,
maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu
disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu
memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kepada Allah
dan ketahuilah bahawa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”
(Q.S. Al-Baqarah: 2: 233)

Ayat ini memperlihatkan bahawa nafkah suami kepada isteri adalah dengan
cara yang makruf iaitu bersesuaian dengan kebiasaan yang berlaku bagi mereka di
negeri mereka masing-masing dengan tidak berlebih-lebihan atau jangan terlampau
kurang, sesuai dengan kemampuan dan kemudahan yang dimiliki oleh suami (Syaikh,
2016).

Situasi ini mampu menimbulkan konflik dalam rumah tangga terutamanya
masalah kewangan, apabila isteri yang berpendapatan lebih tinggi secara tidak
langsung berkemungkinan akan membiayai perbelanjaan harian keluarga dalam semua
perkara. Manakala suami berkemungkinan mengabaikan tanggungjawabnya untuk
menanggung keluarga. Isu ini bukan lagi satu isu yang baharu, tetapi isu ini telah
menjadi satu isu yang sudah dianggap biasa pada mata masyarakat.

Menurut akhbar Harian Metro pada Febuari 2019, seorang isteri yang
berpangkat dan berpendapatan lebih tinggi berbanding suaminya yang kini

24

menanggung perbalanjaan dapur, yuran sekolah anak-anak dan hampir keseluruhan
perbelanjaan rumah mereka. Tidak dinafikan ini menjadi tekanan kerana isteri tidak
mengetahui cara terbaik yang boleh dilakukan untuk menyatakan perkara sebenar yang
berlaku kepada keluarganya terutamanya pada dirinya sebagai isteri yang
berpendapatan lebih tinggi berbanding suaminya. Makluman bahawa suaminya hanya
memberikan nafkah kepadanya sebanyak RM150 sahaja pada setiap bulan dan ada
kalanya suaminya tidak memberi nafkah kepadanya kerana terdapat keperluan lain
yang lebih penting (Awaludin, 2019).

Menurut Johari (2017), seorang wanita berkongsi pengalamannya bersama
suami yang berpendapatan lebih rendah daripada isteri. Menurut wanita tersebut,
beliau menanggung keluarga sepenuhnya tanpa bantuan suaminya. Suaminya enggan
menceraikan atas kerana tiada punca kewangan untuk menyara keluarga dan anak-
anak sedangkan sepanjang perkahwinan hanya isteri yang menanggung semua
perbelanjaan rumah dan anak termasuk perbelanjaan suami itu sendiri.

Meskipun ini isu biasa pada mata masyarakat, akan tetapi di mata isteri-isteri
yang menanggung perbelanjaan keluarga ini adalah satu perkara yang tidak sepatutnya
berlaku.

Isu ini akan menyebabkan penceraian antara sesebuah rumah tangga. Sebanyak
49, 965 penceraian yang berdaftar pada tahun 2017 daripada pelbagai punca
keruntuhan rumah tangga. Walau bagaimanapun kadar penceraian kasar (CDR) kekal
1.6 bagi setiap 1000 penduduk dari tahun 2016 sehingga tahun 2017 (Mahidin, 2018).
Mengikut kajian lebih 20 peratus pasangan Islam mengalami masalah kewangan
dalam usia lima tahun perkahwinan yang sekali gus menjurus kepada trend berlakunya
penceraian di usia awal perkahwinan khususnya dalam kalangan pasangan muda
(Samah, 2017).

Isu ini jelas menunjukkan betapa pentingnya pendapatan suami yang lebih
tinggi berbanding isteri bagi menanggung kehidupan keluarga seisinya. Hal-hal ini
adalah kesan kepada isu-isu yang dibangkitkan oleh para isteri yang berpendapatan
lebih tinggi berbanding suami.

25

Kajian dilakukan dalam kalangan 500 orang wanita bujang di negara ini,
dengan 70 peratus daripada mereka berpendapat pendapatan sebanyak RM5,000 dikira
stabil dan mampu menanggung keluarga. Manakala baki 30 peratus wanita pula yakin
lelaki berpendapatan RM3,000 ke atas adalah cukup stabil untuk menjadi ketua
keluarga. Tetapi sebahagian wanita daripada 30 peratus itu pula mendedahkan mereka
tidak akan berkahwin jika tidak bertemu dengan lelaki yang berpendapatan tersebut
(Abdullah M. , 2018).

Maka, kajian ini akan mengkaji lebih mendalam konflik-konflik rumah tangga
yang akan muncul dalam sesebuah keluarga. Kajian ini akan mengkaji konflik dan
penerimaan isteri yang berpendapatan lebih tinggi berbanding suami. Melalui data
yang didapati setakat ini menunjukkan bahawa segelintir isteri menolak suami yang
berpendapatan rendah berbanding mereka.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

i. Mengkaji kadar nafkah terhadap surah At-Talaq ayat 7 menurut mufassir.
ii. Mengenalpasti penerimaan dan penolakan isteri terhadap suami berpendapatan

rendah.
iii. Mengkaji bentuk-bentuk konflik rumah tangga dalam kalangan suami

berpendapatan rendah dan isteri berpendapatan tinggi.

1.4 PERSOALAN KAJIAN

i. Apakah kadar nafkah dalam surah At-Talaq ayat 7 menurut mufassir ?
ii. Apakah penerimaan dan penolakan isteri terhadap suami berpendapatan rendah

?
iii. Apakah bentuk-bentuk konflik rumah tangga dikalangan suami berpendapatan

rendah dan isteri berpendapatan tinggi ?

26

BIL 1.3 PERSOALAN KAJIAN
Apakah kadar nafkah dalam surah At-Talaq ayat 7

1. menurut mufassir ?

Apakah penerimaan dan penolakan iseri terhadap
2. suami berpendapatan rendah ?

Apakah bentuk-bentuk konflik rumah tangg
3. dikalangan suami berpendapatan rendah dan ister

berpendapatan tinggi ?

Jadual 1.1: Jadual Objektif K

1.4 OBJEKTIF KAJIAN
7 Mengkaji kadar nafkah terhadap surah At-Talaq ayat 7

menurut mufassir.

p Mengenalpasti penerimaan dan penolakan isteri terhadap
suami berpendapatan rendah.

ga Mengkaji bentuk-bentuk konflik rumah tangga dikalangan
ri suami berpendapatan rendah dan isteri berpendapatan

tinggi.

Kajian dan Persoalan Kajian

27

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini penting kerana isu isteri membiayai perbelanjaan rumah tangga
semakin berleluasa dan sudah menjadi satu perkara yang dianggap biasa. Isu-isu
seperti ini adalah kerana suami yang berpendapatan lebih rendah berbanding isteri
yang tidak mampu untuk memberi nafkah dan tidak mampu membiayai rumah tangga.
Oleh hal yang demikian, kajian ini mencari jawapan kepada isu mengapa wanita
menerima lelaki yang berpendapatan lebih rendah sebelum berkahwin sedangkan
pendapatan mereka lebih tinggi daripada suami.

Di samping itu, kajian ini juga penting untuk mengetahui bagaimana
pengurusan kewangan keluarga yang mana isteri berpendapatan lebih tinggi
berbanding suami. Hal ini kerana, sumber kewangan keluarga lebih tertumpu kepada
isteri yang berpendapatan tinggi.

Selain itu, kajian ini penting kerana untuk mengetahui adakah akan wujud
keharmonian rumah tangga jika sumber kewangan lebih berpihak kepada isteri.
Seterusnya kajian ini juga adalah untuk melihat sejauh mana bantuan suami atau
bantuan isteri dalam pengurusan rumah tangga.

Kajian ini penting kerana akan mengetahui penerimaan isteri terhadap suami
yang berpendapatan lebih rendah berbanding isteri sama ada negatif ataupun positif.
Hal ini kerana penerimaan isteri yang berpendapatan lebih tinggi berbanding suami
adalah menjadi punca keharmonian rumah tangga tersebut.

1.6 SKOP DAN BATASAN KAJIAN

1.6.1 Skop tajuk

Kajian ini menfokuskan kepada polemik kehidupan rumah tangga isteri
yang berpendapatan lebih tinggi daripada suami. Justifikasi ini adalah kerana
lazimnya suami yang menanggung perbelanjaan urusan rumah tangga. Kajian
berfokuskan kepada isteri yang berpendapatan tinggi daripada suami.

28

Kajian ini tidak termasuk nikah misyar kerana nikah misyar adalah
perkahwinan yang sah tetapi menggugurkan hak-hak isteri dengan kerelaan
isteri itu sendiri seperti hak tidur bersama, nafkah dan sebagainya (Hasbullah,
2018).

1.6.2 Skop responden

Kajian ini hanya melibatkan lima orang responden yang terdiri daripada
suami yang berpendapatan lebih rendah daripada isteri dan isteri yang
berpendapatan lebih tinggi berbanding suaminya. Justifikasi lima orang
responden ini kerana kajian kualitatif memilih responden secara bermakna,
iaitu bukan membuat perbandingan statistik (Haliza, 2009). Responden ini
tanpa mengira jawatan yang disandang dan semua jenis latar belakang
pendidikan. Justifikasi ini kerana semua insan mempunyai rumah tangga dan
mempunyai pendapatan untuk menanggung keluarga. Manakala kajian ini juga
menemu bual tiga orang pakar untuk mengumpulkan data. Hal ini kerana pakar
merupakan orang yang berautoriti untuk membincangkan isu ini.

1.7 DEFINISI ISTILAH

1.7.1 Polemik
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat, polemik bermaksud
perbahasan, perdebatan, berbantahan atau berbahas tentang pendapat tentang isu.
(Baharom, 2010)

1.7.2 Rumah tangga
Menurut Kamus Dewan edisi keempat, rumah tangga adalah perihal rumah dan
kehidupan dalam rumah dan keluarga yang mendiaminya. (Baharom, 2010)

1.7.3 Pendapatan
Menurut Kamus Dewan edisi keempat, pendapatan ialah jumlah wang yang diperoleh
dalam jangka waktu yang tertentu sebagai hasil daripada mata pencarian, kerja yang
dilakukan dan hasil yang terdiri daripada gaji yang diperoleh. (Baharom, 2010)

29

Berdasarkan istilah-istilah yang telah dijelaskan di atas, maka kajian yang
digunakan dalam tesis ini ialah sebarang bentuk pergaduhan atau konflik rumah tangga
isteri yang berpendapatan lebih tinggi daripada suami. Kajian ini mengutamakan
masalah atau konflik dalam bentuk kewangan keluarga isteri yang berpendapatan lebih
tinggi daripada suami.

1.8 METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian adalah pendekatan yang digunakan untuk mencapai objektif
kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian ynag dijalankan lebih tersusun dan
perjalanan kajian lebih tertumpu kepada objektif kajian. Selain itu, metodologi kajian
juga akan membincangkan dengan lebih terperinci terhadap beberapa perkara penting
bagi menyiapkan kajian ini, antaranya adalah reka bentuk kajian, pengumpulan data
dan analisis data. Menggunakan kaedah ini, dapat menghasilkan kajian yang
mempunyai bukti yang kukuh serta dapat menyokong sesuatu kajian tersebut. Di
samping itu, metodologi kajian ini adalah untuk membantu memahami dengan lebih
luas dan terperinci.

Pada kajian ini, akan menggunakan beberapa metodologi penyelidikan:

1.8.1 Reka bentuk kajian
Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, iaitu kajian secara fenomenologi.
Menurut Strauss dan Corbin dalam Othman Lebar (2015), kualitatif adalah sebarang
penyelidikan yang menghasilkan dapatan yang bukan melalui prosedur statistic atau
bentuk pengiraan. Kualitatif juga tidak mempunyai set ketat dikenakan untuk
menentukan saiz sampel seperti kuantitatif. Hal ini kerana, kualitatif memilih sampel
secara bermakna dan bukan buat perbandingan statistik (Haliza, 2009). Kajian ini lebih
kepada pengumpulan data melalui pembacaan dan kajian lapangan. Penyelidikan
metodologi secara fenomenologi ini bermaksud kajian mengenai sesuatu fenomena ia
merupakan satu kerangka teori yang menekankan kajian tentang bagaimana
pengalaman harian yang mempengaruhi dan membentuk kelakuan manusia. Hal ini
melibatkan cara manusia mentafsir dan memberi makna terhadap sesuatu perkara atau
peristiwa yang mereka alami atau lalui dalam kehidupan mereka. fenomenologi
berkemungkinan berbentuk peristiwa, situasi, pengalaman atau konsep (Lebar, 2015).

30

1.8.2 Kaedah pengumpulan data
1.8.2.1 Data primer

1.8.2.2 Temu bual
Kajian ini menggunakan kaedah temu bual bagi mencapai objektif untuk
mengenalpasti penerimaan dan penolakan isteri terhadap suami berpendapatan rendah
berbanding isteri dan objektif ketiga iaitu mengkaji kewujudan konflik rumah tangga
dikalangan suami berpendapatan rendah dan isteri berpendapatan tinggi. Kaedah temu
bual yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah separa berstruktur di mana soalan
telah dilakarkan sebelum sesi temu bual (Lebar, 2015). Sampel kajian ini adalah
sampel snow balling. Snow balling digunakan apabila bilangan sampel adalah terhad
dan sukar ditemui. Setiap responden yang ditemu bual boleh mencadangkan responden
lain yang boleh ditemu bual (Yusof, 2015). Kajian ini juga menggunakan temu bual
dalam bentuk panggilan telefon untuk mendapatkan data daripada responden.

Kajian ini menemu bual responden yang bergelar isteri yang berpendapatan
lebih tinggi berbanding suami untuk mencapai objekif kedua dan ketiga. Kajian ini
juga akan menemu bual responden yang bergelar suami yang berpendapatan rendah
berbanding isteri bagi mencapai objektif ketiga. Kaedah temu bual yang digunakan
dapat membantu kajian ini untuk mengumpul dan mendapatkan data bagi mencapai
ketiga-tiga objektif kajian ini. Di samping itu, kajian ini akan mendapatkan jawapan
kepada persoalan kajian secara lebih mendalam dan lebih terperinci.

Selain itu, kajian ini juga akan menemu bual pakar, iaitu kaunselor bagi
mencapai objektif ketiga. Hal ini kerana kaunselor merupakan pakar yang mengetahui
konflik rumah tangga sesuatu pasangan yang ingin mendapatkan nasihat sebelum
berlakunya penceraian.

1.8.1 Data sekunder
1.8.1.1 Kajian analisis dokumen
Kajian analisis dokumen ialah huraian objektif terhadap mesej komunikasi

yang telah dicetak, disiarkanatau digambarkan. Bahagian mesej itu dapat didengar,
diperoleh dan dilihat dengan merujuk kandungan teks pada perkataan, maksud,
gambar dan apa sahaja mesej yang dikomunikasikan (Jasmi, 2012). Kaedah
pengumpulan data ini bagi mencapai objektif yang pertama iaitu mengenalpasti kadar
nafkah menurut surah At-Talaq ayat 7 melalui pelbagai jenis tafsir dari pelbagai ulama.

31

1.8.3 Kaedah analisis data
Analisis data adalah analisis kandungan (content analysis) disebut juga sebagai
analisis tekstual. Kaedah ini digunakan bagi menganalisis rekod, ucapan, tulisan dan
tingkah laku yang diperhatikan oleh penyelidik. Metode kajian ini lebih tertumpu
kepada teknik pemerhatian dengan focus kepada unit analisis berbentuk tulisan, visual
dan percakapan (Sunawari, 2018).

1.9 SISTEMATIKA KAJIAN

Sistematika kajian adalah gambaran umum mengenai pembahagian bab dan
keseluruhan perbahasan dalam kajian ini. Antaranya ialah;

Bab satu, kajian ini akan menerangkan tentang isu yang akan diketengahkan
dalam kajian ini. Kajian ini menerangkan latar belakang kajian, permasalahan kajian,
objektif dan persoalan kajian. Di samping itu, kajian ini juga mengemukakan skop dan
batasan kajian, definisi istilah, metodologi kajian dan sistematika kajian bagi
membantu untuk lebih memahami tentang kajian yang dilakukan oleh pengkaji iaitu
konflik rumah tangga suami berpendapatan lebih rendah berbanding isteri
berpendapatan tinggi.

Pada bab dua akan menganalisis teori-teori yang berkenaan dengan isu suami
berpendapatan lebih rendah berbanding isteri. Teori-teori ini akan dipetik daripada Al-
Quran, hadis, sejarah Islam mahupun sejarah barat dan sebagainya. Di samping itu,
kajian ini juga akan mendatangkan sorotan karya atau kajian-kajian lepas yang
berkaitan dengan isu suami berpendapatan lebih rendah berbanding isteri dan kadar
nafkah suami kepada isteri. Sorotan kajian atau kajian lepas ini berupa jurnal, buku,
tesis dan sebagainya.

Bab tiga kajian ini, akan menerangkan kadar nafkah menurut surah At-Talaq
ayat 7 melalui pelbagai jenis tafsiran Al-Quran daripada berbagai ulama. Antaranya
tafsir Ibnu Kathir, tafsir Hamka, tafsir Sya’rawi, dan sebagainya. Kajian ini akan
menjelaskan kadar nafkah menurut pelbagai pendapat daripada agamawan-agamawan,
ulama’-ulama’ dan pentafsir-pentafsir al-Quran.

32

Bab empat, kajian ini akan mengenalpasti penerimaan isteri terhadap suami
yang berpendapatan lebih rendah berbanding mereka samada sebelum mahupun
selepas perkahwinan. Di samping itu, bab ini juga menerangkan tentang bagaimana
pengurusan kewangan keluarga yang mana pendapatan isteri lebih tinggi daripada
suami.

Bab lima, kajian ini akan mengupas bentuk-bentuk konflik atau polemik yang
berlaku antara suami yang berpendapatan lebih rendah berbanding isteri melalui temu
bual bersama suami atau isteri yang terlibat. Bab ini juga menemu bual pakar iaitu
kaunselor yang lebih mengetahui akan konflik atau polemik yang berlaku terhadap
rumah tangga yang ingin mendapatkan nasihat kaunselor sebelum menfailkan
penceraian. Bab ini juga akan menjelaskan kaedah-kaedah yang digunakan oleh
kaunselor-kaunselor bagi menyelesaikan konflik-konflik yang berlaku dalam situasi
seperti ini.

Bab enam merupakan bab penutup di mana ia merumuskan dapatan kajian,
implikasi kajian, cadangan kajian masa hadapan dan kesimpulan.

33

BAB II

SOROTAN KAJIAN

2.0 PENGENALAN

Dalam bab ini, kajian ini akan mengeluarkan ayat-ayat al-Quran yang berkaitan

dengan isu, begitu juga hadith-hadith daripada Rasulullah  yang berkaitan dengan isu

kajian. Terdapat dua jenis sorotan, iaitu sorotan teori dan sorotan kajian lepas. Sorotan
teori merupakan sorotan kepada teori-teori yang sedia ada mengenai isu nafkah
daripada Al-Quran, Hadith, ijma’, kaedah fiqh dan sejarah-sejarah Islam.

Seterusnya, bab ini dilampirkan kerangka teori dan kerangka konseptual bagi
kajian ini. Sorotan teori juga dapat membantu memandu untuk melakukan kajian
dengan lebih teratur dan ilmiah. Seterusnya, kajian menyatakan kerangka teori
konseptual yang menunjukkan susur galur kajian ini berkaitan dengan tajuk dan isu
kajian polemik dan penerimaan isteri berpendapatan lebih tinggi daripada suami.
Kerangka ini menerangkan susur galur daripada teori Al-Quran sehingga kepada isu
dan kajian utama kajian ini.

Selain itu, kajian ini juga menyenaraikan sorotan kajian lepas dilampirkan di
dalam kajian ini bagi membuktikan atau memperlihatkan jurang antara kajian lepas
dengan kajian ini. Kajan lepas yang disenaraikan ialah berbentuk jurnal, tesis, buku,
artikel dan sebagainya daripada pelbagai latar belakang penulis. Kajian lepas juga
membantu pengkaji untuk melakukan kajian dengan lebih mudah dan kemas.

Kemudian, dalam bab ini akan disertakan kesimpulan kepada semua sorotan
sama ada sorotan teori mahupun sorotan kajian lepas.

34

2.1 SOROTAN TEORI KADAR NAFKAH

Kajian ini memfokuskan kepada nafkah isteri yang berpendapatan lebih tinggi
daripada suami. Nafkah dari segi bahasa bermaksud mengeluarkan atau menghabiskan
sesuatu, manakala dari segi istilah pula, nafkah bermaksud semua keperluan asas
manusia seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal (Al-Bakri D. Z., 2013).

i. AL-QURAN

Dalam al-Quran, terdapat banyak kalam Allah  yang menyebut mengenai

nafkah suami kepada isteri dan keluarga, akan tetapi pengkaji hanya mengkaji nafkah
yang sepatutnya atau seharusnya diberikan kepada isteri walaupun isterinya bekerjaya.

Firman Allah  dalam surah An-Nisa’ ayat 34 :

‫جتَِِّعلّّضۡلََغلَوۡٱيٱََِّّۡضّلبِلُّربُِِّببَوَۡاُعه ََّّۖنََحضِّفُفهَِّإۡمَۡظن ٱَعأََلََّّلطٰلََُّۡىعنََوبَٱََّٰۡلُّكعِِّۡمتفَضََتَلاَوِّفُبتََۡاوبَٓنغأَُنوناَُفُقُشعَوالَوۡيَزُِِّّمهه ََّّۡننن‬٣َ‫ ِّف‬٤‫أٱفََۡلَِمسعَِِّٰبّّّرَويِِظَُّجِلَاّاۡۗولمُُهلِإّفََّنَٱقَّنلَََّّٰووٱٰٱََُّمَّصَِّّۡللهّولَ ََّٰنَُحجَكُراعَُولتََنُه َّٰقََىِّننّٰعََّتَِٱلِّّليِِنّافٌتَسٱَكۡلِآٰبََِّّحّءَيمِّفراِِّبَََٰضّظَاا‬

Maksudnya :“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang
bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah
melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas
orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah
membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka
perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan
suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang
wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan
Allah dan pertolonganNya dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang
melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka
dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau
juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang
bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka
janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka.
Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.” (Q.S. An-Nisa’: 4:
34)

35

Ayat ini merupakan dalil yang menunjukkan bahawa kepimpinan lelaki ke atas

wanita terletak pada dua hal. Pertama, fitrah penciptaan, iaitu kerana Allah telah

melebihkan lelaki dari segi kekuatannya ke atas wanita. Kedua, lelaki berkewajipan

memberikan nafkah harta, baik yang berupa mahar mahupun keperluan rumah tangga.

(Al-Mashri, 2012). Ayat ini juga mengingatkan bahawa lelaki berkewajipan

menyediakan nafkah bagi keluarganya. Allah  menyebut bahawa Dia menjadikan

kaum lelaki sebagai pemimpin kepada kaum wanita. Oleh kerana itu, Allah 

menjadikan kaum lelaki kelebihan yang tidak terdapat pada kaum wanita dan kaum

wanita wajib menjaga kehormatan dan harta suaminya.

Di samping itu, Allah  juga berfirman dalam surah Al-Baqarah :

َ‫َِّّدسفُمَرَِلهلََّّوۡۡۦلۡمَِِّۖتُّيَّفموُِجلَعََّنَّملََالمآ ۡىَتنحُءَاٱَكۡتَألََۡلَّعيََراولَاتُۡيَِدُّرِمّفهِِّبّأََمنثَٱۗۡۡالفنَِّممَۡثۡويِعُإٌِّستُُّلۡرَّنِمإوَََّّّٰذَِأِۗللَٱَّّلفرَّۗدُرَوَكُّوۡۡٱتَضسَتّافََعِإّأُقَعََهۡوانةنا‬٢ِ‫َۡاع‬٣‫ََروَمكل‬٣‫أتٱَََََوََلّراّۡل۞َعسلََدلََتََُواۡٱتَۡلوىٰٱََِِّضَفّّوِضۡلآّٱعََٰۡعلُّّلََردَصَٓومُاامََّٰۡآَُوووِأتلالَلُّۡوَٰوَدّألََُِۢيّدُةََُۡعَّدنرلَُِبكّنِٱهَُّۡضَوۥمَۡلَّّعتلَِلَِفّدََّرَۡرانَِِّزَهقبُلَااأَُهۡضوٰتََََُّلوجَّنَۡنَِعَّلدماَۡنَموُهَِلُحكَّمُهَّۡونۡوَملسَُعَنالََوۡويُُبدََحتَُۡوُكَتََوِلّّّنلَۡصمۡهُۡيَِشۥبِِّرإّّايٱِۡلُبَذّوا‬

Maksudnya :“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua
tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan
kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara
yang makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar
kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena
anaknya dan juga seorang ayah karena anaknya, dan waris pun
berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua
tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada
dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang
lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran
menurut yang patut. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa
Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (Q.S. Al-Baqarah: 2 :233)

Menurut tafsir Ibnu Kathir, ‫ ٱ ۡل َم ۡعُرو ِّف‬membawa maksud bersesuaian dengan

kebiasaan yang berlaku bagi mereka di negeri mereka masing-masing dengan tidak

berlebih-lebihan atau jangan terlampau kurang, berkesesuaian dengan kemampuan dan

kemudahan yang dimiliki oleh suami (Syaikh, 2016).

36

Ayat ini menjelaskan tentang suami (bapa) dan isteri (ibu) dalam kehidupan
rumah tangga. Perkaitannya dengan nafkah, jelas di sini menunjukkan bahawa
penyediaan nafkah merupakan kewajipan suami sebagai ketua rumah tangga, di mana
nafkah tersebut adalah untuk memenuhi keperluan seisi keluarga. Tambahan pula,
nafkah yang wajib diberikan itu hendaklah diserahkan dengan cara yang ma’ruf dan
seharusnya disesuaikan dengan kemampuan kewangan suami supaya ia tidak
membebankan.

Selain itu, terdapat juga surah lain yang menyebut berkenaan nafkah. Dalam

surah Talaq Allah  berfirman :

‫تََّٰىهُ ٱََّّللُ َل‬٧‫ِليُّيُنَكِِّفلّ ۡقُفذُٱَوَّّللُ َنسَ َۡعفةاسِاّمِإَّنَّل ََسمآَعِتِّّهءَا َّۖۦتََّٰىََوهَامنَسيَقُ ِّۡدجَرَعلَُعلَٱَۡيَِّّلّهلُ ِبَّرۡۡعزقَُهدُۥعُفَ ۡلۡيسُنرِّف ۡيُق ۡسَِِّمراّآ ءَا‬

Maksudnya :“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut
kemampuannya dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka
hendaklah dia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya
(sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan
(sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang
yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan
kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.” (Q.S. Al-Talaq: 65 :7)

Ayat ini menerangkan nafkah tidak mempunyai kadar tertentu. Ia hanya
ditentukan berdasarkan konsep mencukupi yang ditentukan berdasarkan pandangan
umum dan kemampuan pemberi nafkah (Al-Bakri D. Z., 2013).

Kewajipan suami dalam memberi nafkah kepada keluarga, hendaklah
disesuaikan dengan kemampuannya. Jika suami sedang berada dalam keadaan
kesempitan kewangan, maka cukup memberikan kepada isteri dengan apa yang telah

diberikan oleh Allah  meskipun sedikit agar tidak menjadi beban. Nescaya, setelah
kesempitan kewangan tersebut Allah  akan berikan kelapangan rezeki baginya tanpa

melihat kepada kehendak isteri atau pendapatan isteri secara mutlak.

37

ii. HADIS

Hadis atau as-Sunnah mempunyai martabat kedua sebagai sumber rujukan
dalam Islam selepas al-Quran yang mana al-Quran perlu didahulukan kemudian
sekiranya tidak terdapat di dalamnya, kembali merujuk kepada Hadis. Hadis adalah

semua yang dinaqalkan (dipindahkan atau diambil) daripada Nabi Muhammad  iaitu

perkataan, perbuatan, dan taqrir (pengkuan) (Khin, 2016).

Mengenai nafkah atau tanggungjawab suami kepada isteri dan keluarga,

terdapat juga hadith yang membincangkan tentang kewajipan dan kadar nafkah.

Daripada Aisyah  Rasulullah  bersabda :

‫فََشَقِاّحَيل ٌح ُخَوِلَّذييَسَما‬ ‫ُسفيَا َن َر ُج ٌل‬ ُ‫ِّمأَنَبه‬ ‫َِبمَّنواَولَيَََتدكِِّّفكعُيتِِّبَّبنةلَ َمَقَواَعوللََُرِّودتِّيفَيِإَََّّلر ُسَمواَلأَ اََخَّّلِّلذ ِإَُّتّن‬ ‫أَ َّن ِّهن َد‬
‫َوُهَو َل يَعلَُم‬ ‫ييَُعك ِِّّفطيي ِّ ِّنك‬

Maksudnya: Bahwasanya Hindun bintu ‘Itbah berkata,’’Wahai Rasulullah

sesungguhnya Abu Sufyan adalah orang yang kikir, dia tidak memberi

nafkah yang cukup buat aku dan anak- anakku, kecuali aku harus
mengambilnya sedangkan dia tidak tahu,’’ maka (Rasulullah)
mengatakan,’’ambillah apa yang cukup buatmu dan anak-anakmu dengan
cara yang patut.’’ (H.R.Al-Bukhari: 4945)

Di samping itu, terdapat juga sabda Rasulullah  yang menerangkan kadar

nafkah suami kepada isteri dan keluarga. sabda Rasulullah :

‫تَُهلبَم ُِسإّوخَنَوانَُوَُكلمتُ َكَِجلّعَُفلَوُهُهمم اََمَّّلالُيََغتِلّبَُُهتمأَيفَِِّإّدينُكَكمَلّففَتُأَُمطوِعُّهُمموفَُهأَمِعِّيِّنَُمّاوُهََمت ُكلُو َن َوأَلِبّ ُسوُهم َِِّمّا‬

Maksudnya: ‘’Mereka adalah saudaramu yang Allah  kuasakan kepadamu,

maka berilah makan dengan apa yang kamu makan, berilah pakaian dengan
apa yang kamu kenakan, dan jangan membebani mereka dengan apa yang
mereka tidak mampu, dan jika kamu membebani mereka, maka bantulah
mereka.’’(H.R.Al-Muslim: 3139)

38

2.2 KERANGKA TEORI DAN KERANGKA KONSEPTUAL
AL-QU
HAD

SYARIAH

IBADAT MUNAKAHAT MU
NU
HADHANAH TALAK NAFAKAH

BATIN
TEMPAT TINGGAL

TERIMA / HARM

URAN
DITH

AQIDAH

UAMALAT JINAYAT

USYUZ IDDAH MUT’AH POLIGAMI

ZAHIR

L KADAR PAKAIAN MAKANAN

ISTERI BERPENDAPATAN TINGGI

39

MONI TOLAK / KONFLIK

2.3 SOROTAN KAJIAN LEPAS

Sorotan kajian lepas adalah kajian-kajian lepas yang telah dilakukan oleh
mana-mana penulis yang berkataitan dengan kajian ini iaitu mengenai konflik dan
penerimaan isteri berpendapatan lebi tinggi daripada suami serta isu nafkah suami
kepada isteri. Sorotan kajian lepas adalah bertujuan untuk mencari jurang antara kajian
ini dengan kajian-kajian lepas oleh mana-mana penulis. Antara bentuk kajian lepas
ialah buku, jurnal, tesis dan sebagainya. Dalam sorotan kajian lepas ini terdapat tajuk
kajian, penulis karya, metodologi yang digunakan, teori kajian dan dapatan kajian bagi
mendapatkan jurang dalam kajian pengkaji.

Isu kajian ini adalah berkaitan kadar nafkah, konflik dan penerimaan atau
penolakan daripada isteri yang berpendapatan lebih tinggi daripada suami. maka bab
ini menyenaraikan beberapa kajian lepas yang ditulis oleh pengkaji-pengkaji lepas
untuk mencari jurang antara kajian-kajian lepas dengan kajian yang dikaji.

Kajian yang pertama adalah daripada Erwin Kusnul Kotimah yang bertajuk
“Isteri sebagai Pencari Nafkah Tambahan dari Perspektif Hukum Islam dan
Fungsional Struktural” (2018). Kajian ini merupakan tesis berkaitan dengan
bagaimana pandangan hukum Islam terhadap isteri sebagai pencari nafkah tambahan
dan bagaimana peranan isteri sebagai pencari nafkah tambahan terhadap hubungan
suami isteri. Metodologi kajian ini adalah kajian lapangan, di mana kajian ini menemu
bual beberapa responden dan menganalisis dokumentasi yang berkaitan. Kajian ini
menyatakan bahawa menurut Islam isteri dibolehkan untuk bekerja bagi mencari
nafkah tambahan kerana ia tidak menyebabkan isteri lalai terhadap kewajipannya
dalam keluarga. Ia juga membawa manfaat kepada diri sendiri, suami dan keluarga
(Kotimah, 2018)

Kajian di atas jelas mempunyai jurang dengan kajian ini kerana kajian ini
merupakan kajian yang mengetengahkan alasan mengapa isteri menerima dan
menolak suami yang berpendapatan rendah daripada isteri. Manakala kajian di atas
mencari hukum menurut Islam mengenai isteri yang bekerja untuk mencari nafkah
kepada keluarga.

40

Seterusnya, Amania Mumtazi menghasilkan karya yang bertajuk “Pandangan
Sosiologi Hukum Islam terhadap Isteri sebagai Pencari Nafkah Utama (Studi Kasus di
Desa Linggapura Kecamatan Tonjong Kabupaten Brebes)” (2017), merupakan tesis
yang dijadikan salah satu sorotan kajian lepas. Tesis ini menggunakan metodologi
kajian (field research) atau kajian lapangan untuk mendapatkan data tentang isu yang
dikaji. Selain itu, penulis ini juga menggunakan kaedah temu bual 10 responden untuk
mendapatkan data dengan lebih tepat dan tesis ini juga menggunakan kaedah
kepustakaan. Tesis ini menerangkan antara faktor yang mendorong isteri bekerja dan
menjadi pencari nafkah utama keluarga iaitu untuk memenuhi keperluan keluarga yang
semakin meningkat di zaman kini. Di samping itu, penulis ini juga menyatakan bahawa
tindakan wanita atau isteri bekerja dan menjadi pencari nafkah utama keluarga adalah
satu keputusan yang baik kerana pendapatan suami sahaja tidak mampu menyara
keluarga (Mumtazi, 2017).

Tesis ini terdapat jurang dengan kajian pengkaji, yang mana tesis ini mencari
faktor-faktor isteri bekerja dan menjadi pencari nafkah utama keluarga, manakala
kajian pengkaji pula adalah faktor-faktor penerimaan dan penolakan isteri yang
berpendapatan lebih tinggi daripada suami. Di samping itu, tesis ini mempunyai skop
dan batasan lokasi iaitu salah satu daerah di Indonesia, tetapi kajian ini pengkaji tidak
mempunyai skop dan batasan lokasi.

Seterusnya kajian yang ditulis oleh Vara Wardhani yang bertajuk “Peranan
Isteri sebagai Pencari Nafkah Keluarga Perspektif Teori Kontraksi Sosial (Studi Kasus
pada pekerja Sektor Formal di Kelurahan Ujung Kecamatan Semampir Kota
Surabaya)” (2017), adalah salah satu tesis lepas yang dijadikan sorotan karya lepas
Hasil karya Vara Wardhani ini menggunakan kaedah temu bual iaitu menemu bual
isteri-isteri yang bekerja sebagai pencari nafkah dan orang-orang agama atau tokoh-
tokoh agama. Selain itu beliau juga menggunakan kaedah pemerhatian untuk
mengumpulkan data bagi menjelaskan objektif kajian. Daripada tesis ini, terdapat
beberapa dapatan kajian yang didapati iaitu isteri bekerja sudah menjadi satu kebiasaan
bagi mencari nafkah untuk memenuhi keperluan keluarga dan tidak hanya bergantung
kepada pendapatan suami semata-mata. Kajian ini juga menunjukkan bahawa isteri
yang bekerja sudah menjadi ‘uruf atau kebiasaan di kawasan tersebut (Wardhani,
2017).

41

Melalui kajian ini, pengkaji mendapati terdapat jurang dengan kajian pengkaji.
Kajian tesis ini mengkaji peranan isteri sebagai pencari nafkah keluarga dari perspektif
teori konstruksi sosial. Manakala kajian pengkaji mengkaji bagaimana peneriamaan
dan penolakan isteri yang berpendapatan lebih tinggi berbanding suami.

Putri Noviajati yang telah mengaryakan “Kepuasan Perkahwinan kepada Isteri
sebagai Pencari Nafkah Utama Keluarga” (2015), merupakan tesis yang merupakan
salah satu sorotan karya lepas. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif dan
mengumpulkan data dengan kaedah temu bual serta kaedah kepustakaan. Kajian ini
mengkaji bagaimana kepuasan perkahwinan yang mana isteri adalah pencari nafkah
utama keluarga dan bukan suami. Kajian ini mendapati bahawa suami dan isteri yang
bekerja terutamanya masih memperjuangkan diri mereka untuk mencari nafkah dan
mempertahankan perkahwinan mereka masing-masing. Kajian ini juga mendapati
bahawa kepuasan sesuatu perkahwinan perlu adanya kesepakatan dalam melakukan
sesuatu keputusan dan memahami komitmen sebagai suami dan isteri secara aman
(Noviajati, 2015).

Kajian ini jelas menunjukkan bahawa terdapat jurang antara kajian ini dengan
kajian pengkaji. Ini kerana kajian ini lebih menfokuskan tentang kepuasan pasangan
terhadap perkahwinan yang mana isteri sebagai pencari nafkah utama keluarga.
Manakala kajian pengkaji pula mengkaji penerimaan dan penolakan isteri terhadap
suami yang berpendapatan lebih rendah berbanding isteri.

Di samping itu, sorotan karya lepas yang dikaji oleh Maslika iaitu “Isteri
sebagai Pencari Nafkah Utama dalam Keluarga : Perspektif Hukum Islam (Studi
Kehidupan Keluarga TKW di Desa Tinumpuk Kecamatan Juntinyuat Kabupaten
Indramaya Tahun 2013” (2015). Kajian ini merupakan kajian lapangan dengan
menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan kepustakaan sebagai kaedah untuk
mengumpulkan data kajian. Terdapat beberapa dapatan kajian di dalam kajian ini.
Kajian ini menunjukkan bahawa terdapat perkara yang positif dan negatif jika isteri
sebagai pencari nafkah keluarga. Dari sudut positifnya ialah isteri dapat membantu
suami yang tidak mampu untuk menyara keluarga, hal ini kerana ekonomi negara yang
semakin jatuh. Manakala dari sudut negatifnya pula suami tidak kelihatan kedudukan
sebenarnya sebagai ketua keluarga yang perlu menyediakan segala keperluan keluarga
dan ini juga menampakkan ketidak tanggungjawapan suami kerana tidak memenuhi

42

keperluan keluarga dengan baik. Kajian ini juga membuktikan bahawa isteri berhak
untuk bekerja dan berhak untuk mempunyai sumber kewangan sendiri (Maslika,
2015).

Jurang dapat dilihat antara kajian tersebut dengan kajian ini adalah di mana
kajian ini membuktikan kebaikan dan keburukan isteri yang bekerja sekali gus sebagai
pencari nafkah utama dalam keluarga. Manakala kajian ini pula mengkaji polemic dan
penerimaan atau penolakan isteri yang berpendapatan lebih tinggi daripada suami
walau apa jua keadaan suami.

Di samping itu, terdapat juga satu kajian yang ditulis oleh Bahiyah Binti
Ahmad yang bertajuk “Penentuan Kretiria Kifayah dan Ma’ruf Nafkah Isteri dan Anak
di Malaysia” (2015), ini merupakan kajian tesis. Kajian ini menggunakan metodologi
kualitatif dan menggunakan kaedah temu bual, iaitu beliau menemu bual hakim dan
para ibu yang mempunyai anak bagi menggumpulkan data untuk kajiannya. Dapatan
kajian bagi tesis ini antaranya ialah perkataan ma’ruf membawa maksud kebiasaan
bagi masyarakat atau ‘uruf iaitu mereka yang berada dalam golongan suami yang
berpendapatan lebih tinggi selalunya berhak berbelanja dengan lebih mewah dan
selesa berbanding dengan golongan suami yang berpendapatan lebih rendah. Kajian
ini juga telah memastikan bahawa kadar perbelanjaan yang dilakukan responden
menepati kecukupan dan kifayah responden yang telah ditemu bual (Ahmad, 2015).

Jelas terdapat jurang antara kajian ini dengan kajian pengkaji, kajian ini
menjelaskan kretiria-kretiria ma’ruf yang disebut dalam Al-Quran melalui beberapa
kaedah pengumpulan data. Manakala kajian ini mengkaji polemic dan penerimaan atau
penolakan isteri yang berpendapatam lebih tinggi berbanding suami, maka jelas jurang
antara kajian pengkaji dengan kajian ini.

Selain itu, hasil tulisan Desi Amalina yang bertajuk “Peranan Isteri dalam
Memenuhi Nafkah Keluarga” (2011). Karya ini menggunakan kualitatif sebagai
metodologi kajian dan menggunakan sesi temu bual tokoh-tokoh, suami dan isteri
untuk mengumpulkan data. Daripada kajian ini, beliau menyenaraikan beberapa
dapatan kajian melalui kajiannya. Menurut beliau, isteri mempunyai peranan dalam
mencari nafkah keluarga jika si suami tidak mempunyai nafkah atau pendapatan yang
mencukupi untuk keluarga, dalam masa yang sama isteri dapat membantu suami dalam
menyara keluarga. Beliau juga menyatakan bahawa isteri boleh dikatakan wajib

43

mencari nafkah keluarga jika terdapat suami mereka yang mengabaikan
tanggungjawab untuk menyara keluarga dan mengabaikan tanggungjawabnya untuk
menanggung kewangan keluarga. Jika berlakunya situasi seperti ini, maka wajib ke
atas isteri untuk mencari nafkah untuk keluarga bagi menyara keluarga secara zahirnya
(Amalina, 2011).

Kajian ini terdapatnya jurang dengan kajian pengkaji kerana kajian ini
mengupaskan tentang peranan isteri dalam pencarian nafkah kepada keluarga dalam
pelbagai situasi suami. Ini jelas menunjukkan jurang dengan kajian ini kerana kajian
ini mengkaji polemik dan penerimaan atau penolakan isteri terhadap suami yang
berpendapatan lebih rendah berbanding suami.

Berikut adalah jadual sorotan kajian-kajian lepas yang berkaitan kajian ini;

44

BIL NAMA PENULIS TAJUK (TAHUN) JENI
(TAHUN)

1. Erwin Kusnul Isteri sebagai Pencari Nafkah

Kotimah (2018) Tambahan dari Perspektif Hukum

Islam dan Fungsional Struktural

2. Amania Mumtazi Pandangan Sosiologi Hukum

(2017) Islam terhadap Isteri sebagai

Pencari Nafkah Utama (Studi

Kasus di Desa Linggapura

Kecamatan Tonjong Kabupaten

Brebes

IS KARYA DAPATAN KAJIAN JURANG / GAP

Tesis Kajian ini menyatakan bahawa Tidak
menurut Islam isteri dibolehkan untuk membincangkan
bekerja untuk mencari nafkah tentang polemik dan
tambahan kerana ianya tidak penerimaan atau
menyebabkan isteri lalai terhadap penolakan isteri
kewajipannya dalam keluarga.

Tesis Antara faktor yang mendorong isteri Tidak

bekerja dan menjadi pencari nafkah membincangkan

utama keluarga iaitu untuk memenuhi tentang polemik dan

keperluan keluarga yang semakin penerimaan atau

meningkat di zaman kini. penolakan isteri

45

3. Vara Wardhani Peranan Isteri sebagai Pencari

(2017) Nafkah Keluarga Perspektif Teori

Kontraksi Sosial (Studi Kasus

pada pekerja Sektor Formal di

Kelurahan Ujung Kecamatan

Semampir Kota Surabaya)

4. Putri Noviajati Kepuasan Perkahwinan kepada
(2015) Isteri sebagai Pencari Nafkah
Utama Keluarga

Tesis Isteri bekerja sudah menjadi satu Tidak
kebiasaan bagi mencari nafkah untuk membincangkan
memenuhi keperluan keluarga dan tentang polemik dan
tidak hanya bergantung kepada penerimaan atau
pendapatan suami semata-mata. penolakan isteri
Kajian ini juga menunjukkan bahawa
isteri bekerja sudah menjadi ‘uruf
atau kebiasaan di kawasan tersebut

Tesis Kajian ini mendapati bahawa suami Tidak

dan isteri yang bekerja terutamanya membincangkan

masih memperjuangkan diri mereka tentang polemik dan

untuk mencari nafkah dan penerimaan atau

mempertahankan perkahwinan penolakan isteri

mereka masing-masing.

46


Click to View FlipBook Version