tinggi dalam berbelanja. Isteri yang berpendapatan tinggi tidak merasa bebas
berbelanja dengan wang hasil pendapatannya sendiri dek kerana perlu membiayai
kewangan keluarga dan anak-anak. Isteri yang merasakan ia mempunyai kuasa dalam
segala keputusan sehingga ia berpaling daripada suami sebagai ketua keluarga juga
punca berlakunya konflik rumah tangga. Kaunselor pula, mendapati kaedah yang
digunakan kepada klien adalah berlainan mengikut situasi klien tersendiri. Bab ini
menunjukkan bahawa kaunselor akan mendengar permasalah klien terlebih dahulu dan
menghurai kembali di mana kesalahan pasangan tersebut dalam sesebuah keluarga.
Seterusnya kaunselor akan membantu memberi jalan penyelasian kepada pasangan
tersebut agar rumah tangga mereka dapat diselamatkan daripada penceraian.
Berdasarkan kaedah-kaedah yang dinyatakan oleh para kaunselor dalam bab
ini, kaedah yang digunakan oleh kaunselor 1 lebih menarik dan unik berbanding
kaedah yang lain. Hal ini kerana, kaunselor 1 mengguakan kaedah “art teraphy”
melalui lukisan anak pasangan bagi melihat kadar tekanan yang dilalui oleh anak
mereka. Kaedah yang digunakan oleh kaunselor 1 ini ternyata memberi kesan yang
positif dan berjaya mengatasi konflik sekali gus menghalang penceraian berlaku.
BAB VI
PENUTUP
6.0 PENGENALAN
Bab-bab sebelum ini adalah menjawab dan mengkaji objektif-objektif yang
telah disenaraikan di bab satu. Bab tiga sehingga bab lima membincangkan kajian
penerimaan isteri berpendapatan lebih tinggi daripada suami dengan lebih khusus dan
lebih terperinci. Manakala bab ini merupakan penutup kajian penerimaan isteri
95
berpendapatan lebih tinggi daripada suami. Bab ini menyatakan dapatan kajian
sepanjang menjalankan kajian ini. Dapatan kajian adalah perkara-perkara yang
didapati sepanjang mengkaji kajian faktor penerimaan isteri berpendapatan lebih
tinggi daripada suami. selain itu, Bab ini menerangkan implikasi kajian kepada semua
pihak, antaranya implikasi kepada individu, masyarakat, pendidik dan pakar.
Seterusnya, bab ini menyatakan cadangan kajian masa hadapan iaitu tajuk-tajuk kajian
yang boleh dicadangkan agar boleh dikaji oleh pengkaji-pengkaji akan datang. Akhir
sekali, bab ini menjelaskan kesimpulan keseluruhan kajian faktor penerimaan isteri
berpendapatan lebih tinggi daripada suami.
6.1 RINGKASAN DAPATAN KAJIAN
Rumusan dapatan kajian ini adalah dapatan yang diperoleh berdasarkan
keseluruhan kajian yang dijalankan.
6.1.1 Dapatan Awal
1) Dapatan awal kajian menunjukkan bahawa pengurusan kewangan
diuruskan bersama oleh pasangan
2) Dapatan awal kajian juga mendapati terdapat isteri yang berpendapatan
lebih tinggi daripada suami yang menguruskan kewangan keluarga
sepenuhnya
3) Dapatan awal kajian mendapati bahawa isteri menerima suami yang
berpendapatan lebih rendah daripadanya dengan baik ketika sebelum
perkahwinan
4) Dapatan awal kajian mendapati isteri berpendapatan lebih tinggi adalah
wanita yang mempunyai taraf pendidikan yang lebih tinggi daripada suami
5) Dapatan awal kajian menunjukkan wujudnya konflik kewangan dalam
rumah tangga isteri berpendapatan tinggi daripada suami
6) Dapatan awal kajian menunjukkan bahawa konflik muncul disebabkan
suami yang mengambil mudah terhadap pengurusan kewangan keluarga
7) Dapatan awal kajian mendapati terdapat juga isteri yang menjadi punca
berlakunya konflik
96
8) Dapatan awal kajian mendapati bahawa kaunselor adalah jalan untuk
menyelamatkan rumah tangga
9) Dapatan awal kajian menunjukkan bahawa kaunselor mampu mengatasi
konflik rumah tangga sesebuah keluarga
10) Dapatan awal kajian mendapati bahawa ego isteri berpendapatan tinggi
boleh menjadi punca penceraian
11) Dapatan awal kajian menunjukkan bahawa suami mempunyai ego sebagai
seorang suami walaupun berpendapatan lebih rendah daripada isteri
12) Dapatan awal kajian menyatakan bahawa keluarga memainkan peranan
penting dalam perkahwinan
13) Dapatan awal kajian menunjukkan bahawa sikap tolak ansur dalam
keluarga adalah kunci kebahagiaan
14) Dapatan awal kajian mendapati bahawa rakan-rakan mampu memberi
pengaruh positif kepada pasangan
15) Dapatan awal kajian mendapati bahawa rakan-rakan juga mampu
memeberi pengaruh negatif kepada pasangan
16) Dapatan awal kajian mendapati bahawa sebahagian wanita tidak
memandang kewangan untuk berkahwin
6.1.2 Dapatan Kajian
1) Dapatan kajian mendapati bahawa nafkah adalah wajib diberikan oleh suami
kepada isteri walau bagaimana jua keadaan suami
2) Dapatan kajian menunjukkan tidak mempunyai kadar nafkah yang tetap
kepada isteri walau dalam apa jua keadaan
3) Dapatan kajian menunjukkan bahawa nafkah isteri berdasarkan kemampuan
suami
4) Dapatan kajian mendapati bahawa surah at-Talaq ayat 7 adalah dalil yang tepat
dalam menilai kadar nafkar suami kepada isteri
97
5) Dapatan kajian mendapati ulama juga menyatakan bahawa kadar nafkah suami
kepada isteri mengikut kemampuan suami
6) Dapatan kajian mendapati bahawa menurut Ulama Syafie kadar nafkah isteri
mengikut keadaan isteri sebelum berkahwin
7) Dapatan kajian mendapati bahawa istilah sekufu’ menjadi kepentingan
sebelum perkahwinan
6.2 IMPLIKASI DASAR DAN CADANGAN KAJIAN
Implikasi kajian merupakan kesan kajian ini terhadap mana-mana pihak yang
mampu membantu mereka dalam hal-hal yang berkenaan.
6.2.1 Sumbangan Kepada Bidang Ilmu
Kajian ini mendapati bahawa wujudnya konflik kewangan dalam rumah tangga
isteri yang berpendapatan lebih tinggi daripada suami sedangkan teori al-Quran telah
menyatakan bahawa nafkah suami kepada isteri adalah mengikut kemampuan suami
dan bukan kehendak isteri. Hakikatnya kini segelintir isteri meminta nafkah daripada
suami mengikut kehendaknya yang setaraf dengan pendapatannya tanpa melihat
kemampuan suami. Konflik wujud apabila isteri tidak benar-benar mengamati
kemampuan suami dan tidak mempertimbangkan pendapatan suami dengan baik
sedangkan surah at-Talaq ayat 7 telah menyatakan bahawa kadar nafkah adalah
mengikut kemampuan suami.
Di samping itu, terdapat juga ayat-ayat al-Quran daripada surah lain yang turut
menyatakan kadar nafkah suami kepada isteri adalah mengikut kemampuan suami.
Surah al-Baqarah ayat 233 dan surah an-Nisa ayat 34 adalah antara surah lain yang
mengukuhkah bahawa kadar nafkah suami kepada isteri adalah mengikut kemampuan
suami bukan kehendak isteri.
Seterusnya, kajian ini memberi sumbangan baharu yang mana kajian ini
menyatakan bahawa wujudnya konflik dalam rumah tangga pasangan isteri
berpendapatan lebih tinggi daripada suami dari pelbagai aspek daripada kedua-dua
pihak. Kenyataan ini berdasarkan sesi temu bual yang dilakukan bersama pakar yang
98
berkongsi mengenai beberapa keadaan atau situasi klien mereka tentang konflik rumah
tangga isteri berpendapatan lebih tinggi daripada suami.
Oleh hal yang demikian, wanita dan lelaki perlu peka dalam pemilihan bakal
suami atau isteri pada setiap sudut termasuk dari sudut kewangan supaya tidak berlaku
konflik rumah tangga dalam jangka masa yang panjang. Hal ini telah digalakkan dalam
Islam supaya mencari pasangan yang sekufu’ atau sama taraf antara calon suami dan
calon isteri dalam semua aspek sebelum perkahwinan.
6.2.2 Individu
Kajian ini dapat membuka minda individu khususnya wanita dan lelaki yang
ingin mendirikan rumah tangga bahawa pentingnya melihat taraf pendapatan dan taraf
pendidikan antara satu sama lain. Kajian ini dapat menjadi suatu kesedaran kepada
setiap individu bahawa nafkah suami kepada isteri diukur mengikut kemampuan suami
dan bukan mengikut kehendak isteri, meskipun pendapatan isteri lebih tinggi daripada
suami.
Selain itu, kajian ini juga dapat memberi kesedaran kepada kaum lelaki yang
masih bujang supaya mempunyai taraf pendidikan yang tinggi dan mempunyai
pekerjaan yang lebih menjamin daripada wanita. Walau bagaimanapun, jika sudah
ditakdirkan jodoh oleh Allah , maka suami perlu mempunyai usaha untuk meperbaiki
kewangan kea rah yang lebih baik untuk keluarganya. Suami yang mempunyai isteri
berpendapatan lebih tinggi, jangan pula mengambil kesempatan terhadap mereka
dengan mengabaikan tanggungjawab untuk membiayai pengurusan kewangan
keluarga.
Kajian ini secara tidak langsung memberi peringatan kepada isteri yang
berpendapatan yang lebih tinggi daripada suami supaya tidak meminta nafkah
mengikut kehendak sendiri tanpa melihat kemampuan suami. Walau bagaimanapun
kajian ini dapat membuka mata kaum wanita agar tidak menjadikan pekerjaan sebagai
keutamaan malahan keluarga dan anak-anak adalah keutamaan dalam kehidupan. Hal
ini kerana wanita adalah guru pertama untuk anak-anak mengenali dunia dan
pendidikan dengan baik.
Kaum wanita kini perlu mengambil kira kewangan lelaki sebagai salah satu
syarat sebelum perkahwinan bagi mengelakkan sebarang permasalahan dalam rumah
tangga di masa akan datang. Meskipun kewangan lelaki dijadikan syarat sebelum
99
perkahwinan, tidaklah ia menjadi syarat utama kerana jika isteri meredhainya maka
konflik rumah tangga tidak akan wujud dalam perkahwinan.
6.2.3 Keluarga
Kajian ini dapat membuka mata ahli keluarga terutamanya ibu bapa bahawa
kebahagiaan bukan terletak kepada kestabilan kewangan bakal menantu. Para ibu bapa
perlu menerima bakal menantu dalam apa jua keadaan selagi mana bakal menantu
tersebut baik dan bertanggungjawab untuk menjaga isteri dan keluarga dengan baik.
Hal ini kerana kewangan bukanlah menjadi kunci atau syarat kebahagiaan, akan tetapi
sikap tolak ansur antara satu sama lain adalah kunci utama kebahagiaan rumah tangga.
Walau bagaimanapun, ibu bapa juga tidak boleh sewenang-wenangnya
menyerahkan anak perempuan kepada lelaki yang sebarangan apa lagi lelaki yang
tidak mempunyai pekerjaan sama sekali. Hal ini kerana, semakin hari tanpa kita sedari
kewangan menjadi satu perkara penting dalam kehidupan seharian terutamanya
seseorang yang sudah berkeluarga.
6.2.4 Kaunselor
Kajian ini dapat membantu para kaunselor mempelbagaikan kaedah untuk
mengatasi klien yang mempunyai konflik rumah tangga dengan lebih berkesan tanpa
berlaku penceraian. Kajian ini juga dapat membuka mata kaunselor supaya lebih peka
dalam mengatasi klien yang mempunyai konflik daripada pasangan yang mana isteri
berpendapatan lebih tinggi daripada suami.
Oleh hal yang demikian, kaunselor perlu peka dengan keadaan rumah tangga
klien bagi menyelesaikan konflik rumah tangga mereka dengan baik. Para kaunselor
juga boleh menggunakan kaedah yang telah digunakan oleh kaunselor yang telah
ditemu bual dalam menyelesaikan konflik rumah tangga klien.
6.2.5 Masyarakat
Kajian ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa berkahwin
dengan isteri yang berpendapatan lebih tinggi tidak menjadi masalah selagi suami
menjalankan tanggungjawab dengan baik. Kajian ini juga dapat membuka mata
masyarakat bahawa nafkah tidak mempunyai kadar yang ditetapkan oleh Allah.
100
Masyarakat dapat mengetahui bahawa kadar nafkah suami kepada isteri adalah
mengikut kemampuan suami meskipun pendapatan isteri lebih tinggi daripada suami.
Kajian ini dapat membuka mata masyarakat bahawa konflik rumah tangga
boleh wujud dalam apa jua keadaan walaupun pada asal perkahwinan adalah
persetujuan pasangan dan keluarga. Melalui kajian ini, masyarakat dapat mengetahui
kaedah-kaedah yang digunakan oleh kaunselor untuk mengatasi konflik rumah tangga
isteri berpendapatan lebih tinggi daripada suami. Oleh yang demikian, masyarakat
boleh mengaplikasikan kaedah para kaunselor jika berlaku konflik bagi mengelakkan
penceraian berlaku.
6.3 CADANGAN KAJIAN MASA HADAPAN
Pada bahagian ini, pengkaji akan menyatakan senarai cadangan kajian masa
hadapan bagi meneruskan lagi kajian berkaitan keluarga.
1) Penerimaan isteri terhadap suami tidak bekerja
2) Penerimaan suami terhadap isteri berpangkat tinggi
3) Konflik rumah tangga terhadap pasangan yang bekerja peralihan masa (shift)
4) Kesan penceraian terhadap anak-anak
5) Penerimaan isteri terhadap suami yang bekerja peralihan masa (shift)
6) Penerimaan suami terhadap isteri yang bekerja peralihan masa (shift)
7) Penerimaan isteri terhadap poligami
8) Penerimaan isteri terhadap suami yang berpoligami
Tajuk-tajuk tersebut merupakan beberapa tajuk yang dicadangkan oleh pengkaji
untuk masa hadapan dalam konsep kekeluargaan dan penerimaan pasangan terhadap
satu sama lain dalam zaman globalisasi ini. Hal ini kerana, setiap manusia mempunyai
pendapat atau pandangan masing-masing terhadap sesuatu isu yang berkaitan dengan
rumah tangga terutamanya dalam menilai kekurangan masing-masing. Oleh sebab itu,
pengkaji melihat isu penerimaan isteri atau suami terhadap pasangan masing-masing
adalah penting untuk dikaji kerana dapat memberi kesan yang positif kepada kaum
lelaki dan wanita yang ingin mendirikan rumah tangga.
101
6.4 KESIMPULAN
Kesimpulan daripada keseluruhan kajian ini bermula bab yang pertama iaitu
pengkaji telah menyatakan permasalahan kajian yang berkaitan dengan tajuk kajian
pengkaji. Bab yang pertama ini, pengkaji melampirkan tiga objektif kajian dan tiga
persoalan kajian untuk dikaji oleh pengkaji dengan lebih jelas. Berdasarkan tajuk
kajian, pengkaji menyatakan metodologi kajian yang digunakan untuk mengumpulkan
data bagi menjalankan kajian ini oleh pengkaji mengikut skop dan batasan yang telah
disertakan dalam babying pertama ini. Bab ini juga membincangkan beberapa
kepentingan kajian yang dikaji oleh pengkaji.
OBJEKTIF BAB
Menganalpasti kadar nafkah menurut Objektif ini dibincangkan di bab yang
surah At-Talaq ayat 7. ketiga
Mengenalpasti faktor-faktor Objektif ini dibincangkan di bab
penerimaan dan penolakan isteri keempat
terhadap suami berpendapatan rendah.
Mengkaji bentuk-bentuk konflik rumah Objektif ini dibincangkan di bab kelima
tangga dikalangan suami
berpendapatan rendah dan isteri
berpendapatan tinggi.
Jadual 6.1: Ringkasan Kesimpulan
Berdasarkan jadual yang dilampirkan oleh pengkaji, ketiga-tiga objektif kajian
ini telah terjawab. Objektif yang pertama telah terjawab di dalam bab yang ketiga di
mana pengkaji menerangkan maksud nafkah secara terperinci melalui kaedah
pembacaan. Pengkaji menjelaskan kadar nafkah berdasarkan tafsiran surah at-Talaq
ayat 7 menurut pelbagai kitab tafsir dan mendapatkan kepastian kadar nafkah suami
kepada isteri.
Hal ini telah dinyatakan bahawa kadar nafkah suami kepada isteri adalah
mengikut kemampuan suami tanpa mengira taraf kehidupan isteri sama ada kaya atau
miskin. Berdasarkan kitab-kitab tafsir yang dirujuk, nafkah suami kepada isteri tidak
mempunyai kadar yang ditetapkan secara khusus jumlahnya.
102
Malahan Allah ada menyebut bahawa nafkah suami kepada isteri mengikut
kadar rezeki yang diberikan kepada suami, jika sedikit rezeki yang diberikan maka
nafkahnya sedikit tetapi jika banyak rezeki yang diberikan maka nafkahnya juga
banyak. Tambahan lagi, pengkaji juga mendatangkan pendapat Ulama fiqh mengenai
kadar nafkah suami kepada isteri iaitu menurut Ulama Syafiyah dan Ulama Hanafiyah.
Pengkaji juga melampirkan pendapat beberapa agamawan mengenai jumlah kadar
nafkah suami kepada isteri dan mereka menyatakan bahawa terdapat beberapa
keperluan yang telah dikhususkan tetapi masih lagi melihat kepada kemampuan suami.
Pada bab keempat, pengkaji menjelaskan penerimaan isteri yan berpendapatan
lebih tinggi daripada suami pasangan tersebut berkahwin. Hal ini dapat disimpulkan
bahawa wanita menerima bakal suami yang berpendapatan lebih rendah daripada
mereka kerana pendapatan tidak menjamin kebahagiaan. Pengkaji mendapati bahawa
keluarga para responden juga menerima perkahwinan di mana pendapatan isteri lebih
tinggi daripada suami ini dengan baik walaupun terdapat ahli keluarga yang tidak
bersetuju pada awalnya. Tambahan lagi, pengkaji mendapati bahawa pengurusan
kewangan keluarga adalah juga menjadi tanggungjawab isteri oleh kerana pendapatan
isteri lebih tinggi daripada suami.
Pengkaji juga mendapati bahawa kebanyakan isteri menerima keadaan suami
yang berpendapatan rendah kerana itu bukan matlamat asal perkahwinan mereka.
Kunci kebahagiaan sesebuah keluarga itu bukanlah terletak pada pendapatan tetapi
terletak kepada tolak ansur antara satu sama lain.
Pada bab kelima pengkaji menyatakan beberapa konflik rumah tangga yang
berlaku dalam sesebuah pasangan isteri berpendapatan lebih tinggi daripada suami.
Meskipun responden kurang memberi penjelasan mengenai konflik rumah tangga
mereka, pengkaji mendapati konflik rumah tangga isteri berpendapatan lebih tinggi
daripada suami melalui beberapa kaunselor yang ditemu bual.
Pengkaji mendapati bahawa konflik ini berlaku adalah kerana ego suami dan
isteri yang mana kedua-duanya mahu menegakkan hak masing-masing iaitu suami
menegakkan hak suami dalam membuat keputusan. Manakala isteri pula mahu
menegakkan hak mereka yang berpendapatan tinggi untuk berbelanja.
Malahan pengkaji juga mendapati, terdapat isteri yang menyatakan bahawa
suami tidak menjalankan tanggungjawab menguruskan kewangan keluarga dari semua
103
aspek sedangkan suami benar-benar tidak mampu untuk menguruskannya. Selain itu,
melalui kaunselor yang ditemu bual, pengkaji mendapati beberapa kaedah yang
digunakan oleh para kaunselor ini dalam mengatasi konflik pasangan isteri yang
berpendapatan lebih tinggi daripada suami.
Akhir sekali, dapat disimpulkan disini bahawa isteri yang berpendapatan lebih
tinggi daripada suami menerima suami seadanya tanpa melihat pendapatan mereka.
Hal ini kerana, isteri yang berpendapatan lebih tinggi daripada suami adalah dengan
sukarela ingin membantu suami dalam pengurusan kewangan keluarga. Tidak dapat
dinafikan bahawa konflik akan berlaku terhadap pasangan isteri berpendapatan lebih
tinggi daripada suami, akan tetapi segala perkara dan keputusan terletak pada sikap
tolak ansur antara satu sama lain. Kaunselor juga memainkan peranan penting untuk
membantu pasangan dalam menyelesaikan konflik atau masalah yang berlaku.
LAMPIRAN 1
SOALAN RESPONDEN (ISTERI)
1. Berapakah usia perkahwinan anda ?
2. Perkahwinan itu pilihan sendiri atau keluarga ?
3. Sejak bilakah suami anda bergaji rendah ?
4. Kalau suami anda begaji lebih rendah sebelum kahwin,
bagaimanakah penerimaan anda ketika itu ?
104
5. Apa perspektif kawan-kawan terhadap perkahwinan anda ? positif
atau negatif.
6. Sepanjang perkahwinan anda, wujud atau tidak konflik kewangan ?
7. Jika ada, sejak bilakah konflik ini berlaku ?
8. Bagaimana pengurusan kewangan keluarga anda ?
9. Pada pendapat anda, kalau isteri bergaji tinggi daripada suami ?
10.Pada pendapat dan nasihat anda kepada remaja di luar sana yang
mempunyai niat untuk berkahwin dengan lelaki yang bergaji rendah
daripada mereka.
LAMPIRAN 2
SOALAN RESPONDEN (SUAMI)
1. Berapakah usia perkahwinan anda ?
2. Perkahwinan itu pilihan sendiri atau keluarga ?
3. Sejak bilakah anda bergaji rendah daripada isteri anda ?
4. Jika isteri anda bergaji tinggi daripada anda sebelum kahwin,
bagaimana penerimaan anda pada ketika itu ?
105
5. Apa perspektif kawan-kawan terhadap perkahwinan anda ? positif
atau negatif.
6. Sepanjang perkahwinan anda, wujud atau tidak konflik kewangan ?
7. Jika ada, sejak bilakah konflik ini berlaku ?
8. Bagaimana pengurusan kewangan keluarga anda ?
9. Pada pendapat anda, kalau isteri bergaji tinggi daripada suami ?
10.Apa pendapat atau nasihat anda kepada lelaki di luar sana yang
berniat untuk mengahwini isteri yang berpendapatan tinggi
daripada mereka.
LAMPIRAN 3
SOALAN-SOALAN UNTUK KAUNSELOR
1. Berapa lama dah menjadi kaunselor atau pendamai?
2. Sepanjang menjadi seorang kaunselor, pernah taka da kes yang
seperti ini.
3. Adakah kes-kes seperti ini berakhir dengan penceraian?
106
4. Jika ya apa nasihat yang digunakan oleh kaunselor untuk pasangan
ini?
5. Sebagai seorang kaunselor, mengapakah kes-kes seperti ini terjadi
dalam rumah tangga?
6. Apakah kaedah-kaedah kaunseling untuk menghadapi kes-kes
seperti ini?
LAMPIRAN 4
PENGKAJI RESPONDEN A
Berapa lama puan 14 tahun. Anak 4.
mendirikan rumah
tangga?
Perkahwinan puan Pilihan sendiri.
pilihan sendiri atau
pilihan keluarga?
107
Gaji puan tinggi daripada Masa sebelum kahwin tu, kalau ikut gaji sekarang lagi tinggi
sebelum kahwin atau lah daripada dulu. Sebab sebelum ni kerja swasta. Masa
selepas kahwin? sebelum kahwin gaji sama dengan suami. lebih kuranglah.
Bila jadi cikgu baru gaji saya tinggi daripada suami. 5 tahun
selepas perkahwinan.
Macam mana penerimaan Tak ada masalah. Ok ja.kita sama-sama lah dari segi
puan dan suami ketika pembayaran. Macam dia ada rumah satu lagi di Pulau Pinang,
gaji puan lebih tinggi dia selesaikan bil rumah tu.memang kami dah bahagi sama-
ketika itu? sama dah lah. Memang tak tengok pun, tak pandang pun
macam gaji siapa banyak ka lebih ka. Ok macam suami saya,
dia bayar bil rumah sana, dia bayar kereta, bil-bil kat rumah
ni dia bayar. Macam saya bahagian anak sahaja, anak dan
rumah ni, sebab rumah ni nama kami berdua. Makan tu sama-
sama lah. Kalau saya tak cukup sikit suami cover lah sebab
dia tak tetap. Sebab dia ada over time, kalau kami tiba-tiba
macam rasa macam contoh, anak-anak sekolah kan so dia buat
over time lebih lah supaya ada duit lebih untuk anak ni lah.
Pernah tak berlaku Ada ja. Tapi tak lah teruk sangat. Sikit-sikit lah, kita bincang
konflik kewangan? lah. Ok ni beli apa. Kenapa kurang. Kita bincang lah, biasalah
orang perempuan tanya-tanya. So kita tahu lah ini untuk apa,
itu untuk apa. Sebab tu selalu lepas dah bincang tu suami saya,
dia akan whatsapp apa yang dia dah bayar, dia akan tulis “ini
yang abang bayar”. So kita tak lah bising. Sebab kita dah tahu.
Dia start buat macm ni bila start kami beli rumah nil ah, sebab
ada dua rumah, so kena bajet betul-betul lah kan. Lagipun
rumah ni pun baru ja beli, baru 3 tahun macam tu. Rumah pun
sekarang ni, untuk rumah tu kena standby dalam rm1000 lebih
lah, untuk dua-dua rumah.
Macam mana penerimaan Kami dulu sebelum kahwin, family kak tak tengok sangat duit
family? Dari family puan tu. Yang penting tanggungjawab. Tak kisah. Ayah pun tak
dan family suami? pernah Tanya gaji suami berapa semua. Cuma ayah kata,
108
“satu, kalau untuk anak, hang yang kena bayar sebab anak
tanggungjawab hang. Hang yang kena jaga anak, duit gaji
hang tu yang terpaksa bayar. Dia tuh, duit untuk rumah”. So
saya ikut cakap ayah. So kami tak ada nak kata gaji lebih ka
apa ka, yang penting tanggungjawab, dia jaga keluarga, tak
membawa masalah apa-apa lah walaupun gaji dia rendah, tapi
dia tetap bagi, dia tetap bayar.
Apa pandangan puan Kita ni orang perempuan kalau metarialistik, baik kita cari
untuk situasi yang macam orang kaya. Kalau kita tahu kan, sebelum kita kahwin mesti
ni? Maksudnya gaji isteri kita dah kenal lelaki tu kan. Kalau betul kita ni fikirkan duit
lagi tinggi daripada sahaja, baik kita cari lelaki kaya, cari dato-dato ka, jadi
suami. nombor du aka, lagi senang. Tapi bila kita kahwin, kita ni apa
matlamat kita? Kalau kita nak duit sahaja baik cari lelaki
kaya. Kalau kita nak hidup bersama-sama lelaki, lelaki yang
boleh jaga kita, kalau ada rezeki kita ada anak-anak, kita fikir
kita hidup kat dunia ni bukan lama pun kan. Jadi kita nak
hidup yang ke arah yang lebih baik kan. So dia sebenarnya tak
pandang pada, ikut pada seseorang tu lah. Kalau kita fikir
macam kita nak hidup dalam keadaan tak ada hutang, hutang
semua kita boleh bayar, kita tak ada masalah beban
kewangan. Yang penting masing-masing tahu
tanggungjawab. Sebab bila kita ada 2 gaji ni kita kena fikir
yang mana penting, yang mana kurang penting. Kita kena
bahagi siap-siap. Kalau yang selalu jadi masalah beban bila
kita ja asyik bayar, suami pun dah tahu isteri gaji banyak, tapi
dia fikir “tak apa isteri aku gaji banyak” kalau dia fikir macam
tu ja habis lah. Sebenarnya dia sama-sama tau, kita tahu suami
kia tahu apa yang penting, apa yang benda penting. Sapa yang
banyak tu selalunya orang perempuan tak Nampak sangat.
Yang penting suami kita jaga kita baik-baik, dia dengan
keluarga pun baik semua, tak membawa masalah semua. Tak
menjadi masalah. Saya ada dengar dekat radio, masalah
penceraian sekarang ni banyak adalah punca kewangan.
109
Macam tu lah, dia rasanya kita ni perempuan ni banyak yang
berpendidikan tinggi kan, lelaki sekarang ni banyak ambil
kesempatan. So jadi kita memang kena berhati-hati sebab
lelaki suka ambil kesempatan. Sebab saya mengajar budak-
budak sekolah menengah pun budak-budak lelaki
kebanyakannya malas. Memang malas. Dia rasa malas nak
belajar. Macam mana nak kerja. Memang ada kerja tapi gaji
setakat itu jela. Pastu bila nak kahwin, nak cari perempuan
yang senang, seolah olah nak menumpang kesenangan isteri.
Kita ni belajar penat-penat teruk, mak ayah tanggung kita
belajar lepastu orang buat macamtu kat kita, ingat bila kita
kahwin tu, masing-masing tahu tanggungjawab so tak
Nampak lah masalah tu. Walaupun kita bercinta lah apa lah,
tapi bila kita dah kahwin dia jadi lain tau. Tambah bila kita
ada anak tu, gaji setinggi mana pun keperluan anak tu menjadi
keutamaan. Anak nak masuk sekolah, anak kecil dah ada
perbelanjaan bulanan dia dah. Kalau ikut perempuan ni
macam-macam anak beli, masa sebelum kahwin boleh beli
apa sahaja tapi bila dah kahwin kena fikir sebelum beli,
kadang-kadang nak bagi kat mak ayah pun tak ada, bukan tak
nak bagi kan tapi anak lebih memerlukan. Kalau suami tu
baik, jaga keluarga dengan baik, kita dah tak nampak dah gaji
sikit ka banyak ka. Sebab rezeki tu akan datang, rezeki tu tiba-
tiba akan datang.
LAMPIRAN 5 RESPONDEN B
PENGKAJI
Berapa lama encik dah Setahun setengah. 2018 bulan 1 diijab kabul. 2019 bulan 1
mendirikan rumah tangga ? juga dikurniakan seorang cahaya. Sekarang dah bulan 10
bersamaan dah 9 bulan.
110
Pendapatan encik rendah Sebelum kahwin.
daripada isteri daripada
sebelum kahwin atau
selepas kahwin ?
Macam mana penerimaan Tak ada lah dia tak berkira lah. Saling melengkapi each
isteri sebelum kahwin ? other.
Pandangan keluarga dan Dari segi keluarga, pandangan mereka tak kisah pun janji
kawan-kawan semasa saling tolak ansur, saling memahami lah. Kalau si suami tak
sebelum berkahwin ? yela berapa banyak gaji tapi ada juga gaji daripada taka da
pendapatan encik kan lagi langsung kerja. Ha tu lah. Kalau dari segi kawan-kawan
endah daripada isteri. banyak bagi dorongan lah. Contoh kawan saya Ruzaini, bila
jumpa, lepak-lepak dia cakap “kalau dah kahwin ni yap,
kerja keras lah sikit” kawan-kawan memberi dorongan yang
positif lah. Keluarga mertua menerima dengan hati yang
terbuka. Susah kan nak jumpa lelaki yang tak kerja lagi tapi
nak kahwin. Mana mau. Macam mana nak bagi makan kan.
Ada tapi tak banyak lah, nak makan sebulan, dua bulan.
Itulah dia. Tapi pada asalnya keluarga mertua memanglah
agak tidak setuju dengan perkahwinan ini. Yela kan anak dia
bekerja kita tak. Tapi setelah kita explain, kita usaha lama-
lama dia ok je menerima kita. Yang penting usaha kita lah
nak dapatkan seseorang tuh.
Macam mana pula dengan Bergantung persetujuan pada suami isteri lah. Kalau saya,
pengurusan kewangan dia sanggup atau boleh bayar bil rumah, boleh bayar kereta,
keluarga encik ? yela bil- boleh bayar bil air dan elektrik, selebihnya contoh susu anak,
bil bulanan semua. pampers anak, barang-barang dapur, tu lelaki yang uruskan.
Jika kalau lelaki dapat kerja yang lebih baik tinggi daripada
isteri so tukarlah change balik tanggungjawab isteri yang
sebelum ni diambil alih balik oleh suami. tapi buat masa
sekarang, saya kan belajar dan focus untuk semester akhir
111
ni, isteri saya banyak membantu lah. Perbelanjaan saya
sepenuhnya ditanggung oleh isteri saya, dari segi duit
minyak, makan, prepaid talifon pon isteri saya yang
tanggung. (senyum)
Ada tak wujud konflik Dari sebelum kahwin kita dah bincang benda ni. Tak nak
disebabkan pendapatan ni? lah. Kita kahwin ni, nak konflik je pasal duit. Ha macam tu.
Kalau nak konflik pasal duit baik tak payah kahwin. So kena
bertolak ansur lah. Suami tak mampu aku sebagai isteri
mampu. Macam tu.
Apa pendapat encik bila Jika ada atau takdir Tuhan dapat isteri yang bergaji lagi
ada pasangan yang nak tinggi, jangan tinggalkan mereka. Lelaki ini, akan diuji bila
mendirikan rumah tangga, ada semuanya. Bila dia tak ada apa-apa dia tidak akan
tetapi situasi mereka diuji.kalau ada duit mesti akan rasa suka hati lah nak buat
seperti situasi ni? apa, nak beli, itu satu ujian. Boros, nak travel, nak lepas sana
sini. Tapi kita tak tahu masa tu sahaja ekonomi kita stabil.
Akan datang kita tak buat saving, kira-kira dengan bajet
semua. Main beli ja, main jalan ja. Nak berjalan boleh tapi
ala kadar. Pergi ke tempat yang tak sangat menggunakan
duit. Macam yang saya cakap lah jangan lepaskan isteri
macam ni. Sebab perempuan ni dia baik, dia tak kisah pon
macam mana keadaan suami dia. Tapi jangan pula ambil
kesempatan ke atas isteri yang gaji tinggi ni.
LAMPIRAN 6
PENGKAJI RESPONDEN C
Berapa lama puan Dah 10 tahun dah.
mendirikan rumah tangga?
112
Suami puan bergaji rendah Daripada sebelum kahwin lah.
daripada sebelum kahwin
atau selepas kahwin?
Macam mana penerimaan Ok. Yang pertama sebab memang dah tahu lah. Dah
puan masa sebelum kahwin berkawan kan. Sebab education saya pun lagi tinggi pada
tu? Yela bila gaji puan lagi suami. so saya dah tahu kerja dia macam mana, bidang kerja
tinggi daripada suami. dia macam mana walaupun gaji saya lagi tinggi lah.
Macam mana pula Daripada keluarga pun taka da masalah lah sebab keluarga
penerimaan keluarga, pun dengan keluarga dia pun bukan orang kata apa, berada
keluarga puan dan keluarga ka apa ka kan? Keluarga yang sederhana ja. Dari segi
mertua? penerimaan tu taka da masalah lah. Both sides memang
terimalah suami gaji rendah daripada saya. Tak ada masalah
lah bab tu. Parents pun tahu lah bab ni. Jodoh kita kan.
Sebenarnya yang penting tu lepas kahwin lah.
Bila pendapatan puan lagi Ok. Yang tu is bergantung pada tolerance with both sides
tinggi daripada suami, lah. Maksudnya, walaupun gaji saya tinggi tak lah saya
macam mana dengan macam bukan semua dialah. Kita faham benda tu so macam
pengurusan kewangan anak, saya pun hantar anak, saya and husband prefer sekolah
puan? swasta, sekolah rendah Islam tu memang ada fee lah. Itu
semua memang daripada sayalah, barang-barang rumah
memang daripada dia lah. Dah ada perbelanjaanlah daripada
saya dan dia. Tu dah memang persetujuan lah benda tu. Tak
ada lah nak cakap “ok. Bulan ni awak bayar ini. Bulan depan
saya bayar itu”. Tak ada lah. Kita buat something tu kita dah
deal lah macam mana. Nak spend itu ke mana semua.dah
memang macam tu. Gaji pun memang macam share lah,
bukan macam saya gaji untuk spend saya sorang je.
Bukanlah. Kita dah persetujui lah. Yang penting untuk saya
ada lah daripada dia. Macam tak lah, walaupun gaji saya
tinggi dia tak perlu bagi nafkah pada saya. Dia ada bagi lah,
113
tetap dia akan bagi. Bukannya melepaskan tanggungjawab
tak payah bagi nafkah sebab saya gaji tinggi.
Pernah tak sekali ke So far Alhamdulillah, tak ada lagi. Sebab bila buat
berlakunya konflik dalam somethimg tu kita akan argue lah sama ada kita mampu atau
bentuk kewangan? tak mampu untuk sesuatu tu. Macam nak buat rumah ke, nak
Maksudnya macam puan beli kereta dengan siapa, nak deal apa-apa tengok keadaan
cakap tadi taka da masalah kita. So far tak ada lah lagi nak gaduh besar ke. Harap-harap
kan, mungkin ada sekali ke tak ada lah.
puan bayar lebih ke.
Macam mana pula bila Alhamdulillah. So far saya rasa sebab saya bidang
puan bergaji tinggi, macam pendidikan, pensyarah kan. So saya rasa kawan-kawan saya
mana perspektif kawan- pun dalam keadaan yang sama. Kadang kita sebagai
kawan puan terhadap pensyarah, kita career akan lagi naik, gaji pun akan lagi naik
puan? lah kan. Kita adalah kawan-kawan yang sama lah. Tak ada
lah kawan-kawan yang negatif.
Puan rumah sendiri atau Saya tinggal rumah sendiri. Saya rasa kala tinggal dengan
tinggal dengan family? family lagi susah lah. Sebab gaji saya dia tak pernah kacau.
Maksudnya saya nak bagi duit kt parents saya pun tak
menjadi masalah. Di tak ungkit benda tu. Itu adalah hak
saya. Saya nak bagi kat mak saya berapa pun dia tak kisah.
Tapi saya bagitahu lah “bulan ni saya bagi kat mak saya
banyak ni”. Jadi tak ada lah nak kata tak boleh kan. Kalau
beli online ke saya bagitahu lah “saya beli baju”. So tak ada
lah dia nak pertikaikan.
Apa pandangan puan Kalau lebih pada pengalaman saya tak ada masalah lah kan.
terhadap isu ni? Gaji isteri Saya ok je, cuma sebelum nak dirikan rumah tangga tu kena
tinggi daripada suami, pada tahu lah pendapatan and kerja dia macam mana. Macam
puan ok ke atau bagaimana. saya dah tahu kan, so tak ada masalah lah. Supaya tak timbul
isu ini dikemudian hari.sebab benda-benda ni dia akan
114
menjadi masalah lah. Benda tu bukan satu isu besar lah kalau
kita faham keperluan tu. Bila kita hidup bersama tu kita kena
tahu apa yang kita target semua, tujuan kita kemana, apa
yang kita nak sesuai tak dengan bajet kita. Pada saya
education tu sangat diperlukan untuk perempuan yang
belum kahwin. Kita kena ada good education sebab kita tak
tahu kita akan kemana, kita bukan nak minta itu berlaku tapi
kita tak tahu siapa jodoh kita, mana kita tahu. So for me kita
kena ada education, bukan untuk suami ke apa, tapi untuk
kita lah. Kalau ada kerjaya tu kita akan rasa satu kepuasan
and at the same time, kita kena tengok juga lah suami kita
macam mana pun dia, dia tetap suami kita lah. Apa-apa pun
kita kena dapat berkat dia, kena respect dia walaupun kita
gaji tinggi. Balik rumah tetap kena masak, buat kerja rumah
so respect dia lah walaupun kita gaji tinggi.saya pun tak ada
lah pengalaman baru 10 tahun, jauh lagi perjalanan tu.
LAMPIRAN 7
PENGKAJI RESPONDEN D
Berapa lama dah puan 25 tahun dan 4 orang anak
mendirikan rumah tangga?
115
Situasi puan yang bergaji Sebelum kahwin
tinggi daripada puan dari
sebelum kahwin atau selepas
kahwin?
Macam mana penerimaan Masa tu ok lah. Ok. Boleh terimalah.
puan dan keluarga masa tu?
Selepas puan berkahwin, Pengurusan kewangan keluarga sama-sama bayarlah.
macam mana pula pengurusan Kalau macam, setakat mana yang dia mampulah yang
kewangan keluarga? lain saya lah yang bayar.
Apa pandangan puan bila Bagi saya tak ada masalah, Cuma kita kena saling
pendapatan isteri tinggi menghormatilah. Sebab pasal saya, saya gaji lebih dari
daripada suami? dia, dia kurang pastu dia tahu kat mana dia kurang jadi
dia kena cari side lain. Macam tolong kerja rumah ke
macam tu lah. Sebab kebanyakan keluarga saya tu ramai
yang macam tu. Yang gaji isteri lagi tinggi daripada
suami. belah suami saya semua kerja biasa-biasa ja lah.
Macam mana pula kalau ada Konflik tu biasalah dalam rumah tangga. Semua rumah
konflik kewangan keluarga tangga akan ada masalah, konflik kan. Sikit-sikit tu biasa
tuh? lah. Tapi kalau ada konflik kewangan tu kita mesti
imbang mana satu keutamaan. Yang mana satu
keperluan, mana satu kehendak. Kalau yang ini
keutamaan, utamakan yang tu. Yang mana rasa boleh kita
buat akan datang, kita tolak yang tu. Sama-sama dalam
perbincangan. Contohnya, duit kereta RM1500, dia
mampu berapa? Katakan dia mampu RM300 pastu yang
lebih tu sayalah. Maksudnya saya RM1200 lah. Macam
tu lah. Kalau kita pula tekan dia untuk bayar RM500, dia
dah lah tak mampu. Nanti jadi pula masalah lain pula
kan? Nanti dia jadi kecil hati ke, terasa hati ke, dia pun
akan jadi motivasi tu rendah lah. Katakan lah dia nak cari
duit lebih, tapi kalau dia cari satu jam dapat berapa? Tapi
116
kalau saya satu jam lebih banyak daripada dia. So baik
dia buat kerja lain. Yang penting dia kena sungguh-
sungguh lah. Jangan lah kita nak pergi autstation, dia
cakap “You tak boleh pergi. You kena jaga rumah”
susahlah macam tu. Nanti kita kena buang kerja lagi lah
susah. Langsung tak akan ada pendapatan. Tambah
ekonomi sekarang kan. Siapa yang menjana pendapatan
lebih rendah dia kenalah beralah uruskan rumah.
Macam mana dengan Ok. Apa yang saya tengok, di KL ni kebanyakannya
pandangan kawan-kawan macam tu termasuklah kawan-kawan saya. Gaji isteri
puan terhadap puan? lebih tinggi daripada suami. Ada kawan saya gaji dia lagi
tinggi daripada suami dia and dia berpisah. Tapi
perpisahan tu sebab ada orang ketiga. Dia ada orang
ketiga tu mesti berpendapatan suami dia kan. So dia akan
cerai lah. Keluarga, keluarga dia tak akan cakap “kau tak
boleh kajwin dengan dia sebab dia gaji rendah.” Kalau
kita dah saling macam, suami ni dah tahu kan dia tak
boleh nak uruskan pengurusan kewangan tu, so dia kena
lah jaga anak dan rumah. keluarga dia tak akan cucuk-
cucuk.
LAMPIRAN 8 RESPONDEN E
PENGKAJI 117
Berapa lama dah perkahwinan Dua tahun. Anak sorang.
puan ?
Pendapatan puan lagi tingi Sebelum kahwin.
daripada suami puan daripada
sebelum kahwin ka selepas
kahwin?
Macam mana dengan Penerimaan. Saya tak tengok kot pada gaji. Saya
penerimaan puan sebelum tengok dia kerja tetap untuk nafkah kan. Dia
kahwin terhadap suami puan bertanggungjawab macam tu jelah. Saya tak ada lah
yang bergaji rendah? nak demand nak gaji RM5000 untuk saya kahwin.
Family ok ka? Dua-dua family. Family ok. Mak tak ada cakap apa lah kan. Memang
mak saya tak ada cakap apa lah pasal dia. Sebab saya
yang nak dia kan. Yang mak dia lagi tak cakap apa lah.
Mak dia memang tak tau gaji saya berapa kan.
Macam mana dengan Dia, saya akan tetapkan bayaran basic dia. Dia akan
pengurusan kewangan bayar rumah RM650 tu memang dia kena ketepikan lah
keluarga? yela bila gaji puan memang tanggungjawab dia. Anak dia RM500, nafkah
lagi tinggi. Untuk segala bil-bil, dia pada saya RM300, dapur RM300 dan baki baru dia
rumah, anak. punya lah. Kadang-kadang barang dapur dia tak lah
jugak. Kadang-kadang saya. Sama-sama lah macam
tuh. Saya tak ambil lah duit dia. Duit belanja dia sendiri
pun. Nama je dia bagi RM1000 or RM2000 dia bagi
saya. Dia ada RM500, nama ja dia bagi, nanti sorang
tarik, sorang tarik kat tengah kan. Tapi memang saya
akan ambil lah saya akan keep lah untuk keperluan tu
supaya dia nampak apa yang penting tu. Cuma enjoy-
enjoy tu tak pakai duit dia lah. Sebab memang tak cukup
ngam-ngam macam tuh, nak shooping lazada, online
semua tu memang pakai duit saya lah, memang tak
118
Nampak lah dia. Tambah sekarang ekonomi yang sukar
kan. So nak beli tu selidik dulu, kena fikir dulu barang
apa yang nak beli tuh. Macam tu lah. Setiap bulan saya
mesti akan dapatkan ini. Kena bagitahu dia lah “duit
abang buat ini-ini” macam tu. Tapi tulah dia pun tak
tahu gaji saya sepenuhnya lah. Nanti dia cakap saya
boros pula. Tapi dia tak tahu, perempuan kan, normal
lah nak beli ini itu, keperluan memang kita nak benda
tu kan.
Sepanjang perkahwinan puan Pernah. Mesti ada. Sebab lori dia rosak lama tak kerja.
selama ni pernah tak macam Ohh pening. Control memang tak boleh shooping lah.
berlaku konflik? Memang saya yang uruskan lah duit tuh. Tak ungkit lah
tapi dia nampaklah duit kita kan. Belum masanya.
Bukan terus senang kan, jadi kenalah. Tapi saya
nampak lah cara dia pening, susah hati sebab lori rosak
macam tuh. Pastu dalam tiga bulan tu lori rosak.
Lepastu dia nak tukar company, dia tak nak company
tuh sebab tak berbaloi kan. Dalam pencarian mencari tu
lagi lah. Sebenarnya bab kewangan tuh tak ada, tapi
emosi dia tu dia tak boleh control. Dia rasa stress,
sebenarnya tak perlu stress mana pun sebab saya yang
bayar semua kan. Bukan nak cakap besar ke apa. Tapi
kita relax je, dia punya stress tu. Ego dia lagi, dia rasa
tak bertanggungjawab macam tu. Saya cakap “tak
payah pun fikir stress tu”. Kita lagi tak nak stress tu kan.
Duit dengan stress tu, duit tak ada tak apa lah asalkan
jangan gangguan mental. Pada saya lah. Suami akak ni
dia tak ada lah control duit akak. Dia ok je akak nak
buat apa dengan duit akak tuh. Cuma dia cemburu tu
ada. Sebab akak beza tujuh tahun dengan dia. Dia muda
dari akak. Nampak lah dia malu n dia selalu cakap
“sorry lah abang tak dapat lagi nak bagi apa-apa dekat
119
sayang” saya pun ok je “eh. Tak apa, sayang ada duit.
Sayang boleh bayar ini itu”.
Apa pandangan puan terhadap Hurmm. Untuk saya sendiri. Ok kot. Tapi tak sedap lah
isu ini? Terhadap pendapatan kan. Sampai bila kita nak bekerja. Tiba masa kita pun
isteri lagi tinggi daripada suami. nak berehat, nak rasa duit dia, jaga anak kat rumah je
kan. Tak nak asyik kita je. Tapi tak tahu lah dia,
mungkin belum ada rezeki nak tambah lagi gaji ke. Saya
pun takut juga sejak ada master ni, sebab kita
perempuan, nak sampai mana ja. Ni pun dah berbunyi
kalau bersalin lagi dapat anak lagi ni anak tak ada orang
jaga kan. Kalau dia suruh kita berhenti kerja, alamak
lagi pening. Saya bayar duit anak RM1000 pun tak apa.
Bayar suku dari gaji saya pun tak apa. Pada saya, kita
kena sama-sama lah tanggung kesulitan apa pun. Kita
sebagai perempuan, macam akak, akak tak bangga pun
dengan gaji yang tinggi, dengan kejayaan yang akak ada
sekarang ni. Cuma nak merasa bahagia sama-sama kan.
Sebab kejayaan kita ni pun datang dari doa dia juga, doa
suami juga. Berkat dia lah. Ada juga jenis orang suami
isteri, isteri je kerja, suami tak kerja. Gaji RM1500 ke
RM1800 cukup juga untuk mereka sekeluarga. Kadang-
kadang fikir juga kita ni gaji tinggi tapi tak juga cukup.
Kat mana hilang keberkatan tu kan. Kena ingat balik
banyak-banyakkan sedekah, banyakkan zakat.
Macam mana pula dengan Itu semestinya. Ramai kawan yang rendahkan kita. Itu
persepsi kawan-kawan puan? biasa yang cakap “kau sampai bila nak tanggung dia”
itu biasa. Saya ketepikan je apa yang diorang kata “eh
ok lah, aku ok je. Kalau duit banyak pun dia tak ada
dengan kita masa tu tak bahagia juga” itulah. Tapi akak
tak nafikan lah gaji kecil semua. Dia ok lah dia boleh
dapatkan apa yang dia nak. Macam tu je. Kita nak kena
jaga juga air muka dia. Macam dengan mak dia and mak
120
akak pun kita cerita yang murni-murni je. Dia pun tak
pernah tengok slip gaji akak, dia pun malu dengan diri
dia sendiri.
LAMPIRAN 9
121
PENGKAJI KAUNSELOR 1
Sepanjang puan sebagai Banyak contoh kes. Satu kes saya kongsikan. First kes
kaunselor, pernah tak puan yang melibatkan isteri kerja swasta gaji dekat rm20 000,
dapat kesyang macam ni? suami dia driver. Driver ni gaji tak banyak tau, gaji dalam
Yela kes yang mana isteri rm2000. Beza gaji sangat jauh lah, ada anak sorang.
berpendapatan tinggi Konflik tu jadi sebab bila isteri gaji tinggi dia ada kuasa
daripada suami. membeli. Dia ada kuasa membeli, yela dia ada duit kan.
So ni konflik dengan suami ni yang tak ada kuasa
membeli, lagi satu, isteri ni dia akan rasa sedikit rasa
macam “duit aku, aku boleh beli lah” dia rasa dia ada
kuasa yang besar, suami kena dengar cakap dia, lepastu
kes ni dia ada anak sorang, anak dia dalam umur 5 6 tahun
macam tu lah. Kecil lagi. Sebab perkahwinan ni bukan
perkahwinan yang, sebab dia gaji rm20 000 so dia bukan
umur yang muda lagi tau, dia adalah umur yang 30-an ke
40-an. Mungkin ini perkahwinan yang kedua, mungkin.
So laki dia pun bukanlah muda juga, mungkin
perkahwinan yang kedua juga. Cuma the point is yang
saya ingat, bila pasangan isteri tu dia ada kuasa membeli,
ehh bukan kuasa membeli, dia rasa dia agak besar, ehh
macam mana yer nak kata? Yes, dia rasa berkuasa dan dia
akan ada konfliklah dan pasangan ni dah rasa taka da
persefahaman tau, so datang jumpa saya untuk cerai. So
bila nak tuntut cerai tu kita tengok balik, kenapa minta
cerai, alasan-alasan nak cerai, lepastu kesan-kesan kalau
nak cerai macam mana. So pada si isteri tu saya bagitahu
kesan kepada anak tu lah. Sebab nak bagi dia celik akal.
So dia kata, “mungkin sebab anak kot”. so dia kata kat situ.
Saya pun kata takpe lah saya ajar kepada isteri tu macam
mana nak tengok kalau kot-kot anak dia stress, sebab dia
tak nak tengok anak diaorang stress. So consitation
berlaku dan saya ajar pada pasangan ini melalui art
teraphy. Kemudian kalau pen pensel warna apa yang
122
digunakan tulah. Lepastu hasil pada lukisan tu bawa ke
sini dan kita interprate sama-sama. So pada second sesi tu
dia bawa lah hasil lukisan anak dia dan buku-buku lain
yang anak dia conteng. So dekat situ memang Nampak
anak dia stress, kesan daripada lukisan-lukisan dan
contengan-contengan yang anak dia buat. Jadinya, bila
anak dia buat macamtu mak bapa tak jadi bercerai.
Puan, pengurusan keluarga Dia bukan macam tu. Sebab basically selesailah daripada
tu memang diuruskan oleh suami tu, nafkah tu selesai. Nafkah, makan, minum semua
isteri sepenuhnya? selesailah. Tapi kalau nak berlebihan dan bermewahan,
isteri dia lah yang akan belanjaka sebab ada duit. Suami ni
dia cukup-cukup je. Kalau nak bermewah-mewah, isteri
dia top up lah. Kalau beli beras semua ok, isteri dia akan
top up lah beli nugget lah, sosej lah, beli kicap lah kan.
Cumanya kalau nak beli benda besar yang rasakan satu
bukan keperluan tapi ia kehendak, isteri lah yang akan beli
semua tu. Itu lah yang dikatakan, bila ada duit, dia rasa dia
berkuasa, dia rasa macam tu. Jadi konflik dia di situ. Bila
kita close up balik, sebenarnya rasa berkuasa tu yang kena
dihapuskan. Kena ada rasa qanaah dan rasa hormat suami
tu. Itu yang paling diutamakan walaupun dia banyak
menginfakkan dalam rumah tangga dia.
Yang kes second ni. Isteri bekerja, anak 2, dan suami dia
betul-betul tak kerja. Memang awal perjanjian dia macam
tu. Yes dari sebelum perkahwinan. Agaknya suami dia
macam malas-malas kot, so macam payah sangat, bila
isteri jenis suka bekerja so bila isteri bekerja. So kesannya
adalah, suami ni dia ada ego seorang suami, ego seorang
suami ni means ada keputusan yang dia buat, dia boleh
buat as a leader kan. Kemudian jadi perbalahan bila isteri
nak beli sesuatu tapi suami tak bagi. Suami dia ada ego,
123
“aku suami, kau kena lah dengar cakap aku”. So isteri pula
akan kata “ehh.. suka hati akulah aku yang cari duit semua,
suka hati akulah nak beli apa”. Jadi berlaku konflik kat
situ. Sampailah ke pejabat agama, sampai dekat kita so
jumpa saya. Memang kita explain lah “salah you all ni,
rule yang Islam letakkan tu macam lain. You all yang tak
ikut fitrah tu”. Kalau fitrah yang betul, suami mencari
nafkah isteri yang duduk rumah, ataupun isteri membantu
suami. tetapi ini suami totally tak kerja langsung, jaga
anak kat rumah, hantar isteri pergi kerja dan ambil isteri
balik kerja. Jadi saya betulkan balik fitrah tu. Saya bagi
homework pada suami untuk cari kerja. Lepastu saya akan
tengok baliklah suami tu dapat kerja atau tidak. Sampailah
suami tu ada kerja, dah dapat gaji semua baru saya
lepaskan kes tu. Lepastu diaorang dah stabil. So nak kata
kat sini, fungsi sebuah keluarga tu terbalik. Ketua keluarga
mula yang duduk goyang kaki. Dia akan ada konflik bila
dia melangkaui fitrah kita.
So pengurusan kewangan Ye. Kalau ikutkan sebelum ni memanglah.
keluarga ni diuruskan oleh
isteri?
Puan rasa kes-kes macam ni, Boleh. Memang banyak kes macam ni yang membawa
boleh berlaku penceraian kepada penceraian. Isteri akan datang mengadu suami
atau tidak? gagal memberi nafkah, sebab dia macam ni tau, bukan satu
kes, banyak kes tau macam ni. Isteri datang, “ustazah,
suami saya malas-malas kerja, suami saya kerja tapi tak
cukup saya pula terpaksa top up rumag tangga” lepastu dia
kata pula “ustazah, saya selama ni tak kisah pun ank,
nursery lah, tadika lah, tapi sekarang ni duit saya dah
shot”. Isteri bila duit dia dah shot dia dah tak kisah dah,
dia dah tak redha dah semua tu. Sampai satu part suami
124
pula bila isteri boleh bantu, suami berada di distatik.
Distatik tu means dia tidak ada rasa nak tambah
pendapatan dia ke atau dnak usaha ka. So kat situ isteri
akan rasa goyang dan kat situ isteri akan rasa “baik aku
bercerai”. Aku kahwin nak rasa ditanggung, tapi sekarang
aku pula yang menanggung. Cuma bila kes datang kat kita,
kita akan betulkan baliklah apa yang perlu.
LAMPIRAN 10
125
PENGKAJI KAUNSELOR 2
Sepanjang ustazah menjadi Pernah, banyak sangat. Baru-baru ni lah dalam dua minggu
pegawai khidmat nasihat lepas atau tiga minggu lepas. Ustazah ada handle seorang
keluarga, pernah tak ustazah suami seorang isteri ni, isteri dia memang gaji atas pada
dapat kes ini dan boleh rm6000 dan kemudian suami hanya gaji hanya rm3000 ke
ustazah ceritakan? bawah. Memang ada konflik. Konflik itu berlaku apabila
semua pembiayaan rumah itu isteri yang tanggung. Kereta,
rumah malah kereta yang suami pakai adalah kereta isteri.
Lepastu anak nursery, anak dia kecil-kecil, anak dia 5
orang, setahun sorang. Anak dia, anak dia memang tak
sekolah rendah lagilah, kecil-kecil. Jadi anak tu memang
hantar nursery yang agak standard dan memang mahal lah.
Ok. Salah satu inisiatif suami, dia minta isteri masukkan
anak ke nursery yang biasa-biasa dan yang dia boleh bayar
supaya senang dia nak support anak-anak dia. Tapi isteri ni
demand, dia nak anak dia yang terbaik jadi memang suami
tak boleh nak cover lah. Jadi semua perbelanjaan hatta
nursery yuran anak dia pun semua di atas isterilah. Maka
bila lama-lama isteri akan pertikai, di mana tanggungjawab
suami. jadi ustazah interview,ini cara penyelesaianlah. Ok.
Mula-mula isteri akan cerita apa yang dia tanggung semua-
semualah. Lepastu ustazah akan Tanya suami, ustazah
Tanyalah, ada hutang tak? Dia memang ada hutang.
Hutang dia tu banyaklah, banyak sub. Haa. Lepastu
ustazah akan andaikan, katakanlah gaji dia rm3000, dia
bayar-bayar hutang dia, mungkin rm1500 untuk hutang
sahaja. Dan kemudian, dalam tangan dia mungkin bersih
rm1000 sahaja. Rm1000 tu lah duit makan dia, duit minyak
dia untuk suami. lepastu dari sudut makan basah, makan
dirumah tu setiap hari suamilah yang tanggung, itu sahaja
yang suami tanggung. Dan memang bila ustazah nilai
semua hutang-hutang dia, rm3000 memang tak cukup.
Jalan penyelasaiannya macam tu lah yang ustazah buat,
126
ustazah tengok balik gaji dia, dan kemudian Nampak
hutang dia berapa-berapa jadi kita boleh agak gaji dia tak
mampu tampung yang isteri bayar. Jalan penyelesaiannya,
ustazah minta isteri bertahan, bukan bertahan seminggu
dua minggu sebab dia melibatkan income sambilan. Jadi
ustazah cakap kat isteri untuk tengok paling kurang dua
bulan dan suami kena cari kerja baru untuk meingkatkan
ekonomi dia. Asalnya isteri tetap bertegas, dia kata setiap
kali gaji duit tu tak ada. memanglah. Awal gaji dah bayar
hutang, duit makan dia dan duit makan keluarga, memang
tak ada. Ustazah kata kat isteri, kalaulah rm1000 tu
seminggu habis dah. Lepastu akhirnya dia Alhamdulillah
dia baru tersedar kot, dan kemudian ustazah tanya “boleh
tak bagi masa?” So isteri kata “ok, saya bagi masa sampai
hujung tahun ni.” So sehingga bulan 12 ni. Dan kemudian
ustazah nasihat pada suami supaya cari income lebih untuk
cover, bukan cover semua yang isteri bayar, paling kurang
1 atau 2. Dia tak boleh bayar semua, dia tak mampu kot,
sebab dia ada hutang dia. Ustazah kata pada isteri bahawa
suami dia tak boleh cover semua tapi dia boleh cover apa
yang isteri bayar setiap bulan. Suami kena cari income tu.
Lepastu suami bersetuju, tapi suami bagi ingatan kat isteri
“bila dia cari income lebih so masa dia dengan keluarga tu
kuranglah.” Setelah 2 jam jugak dalam bilik tu, ustazah
ingat dia nak cerai. Yela sebabini adalah kali kedua dia
datang tu. Sebab kali pertama dia datang tu memang betul-
betul nak cerai, yela sebab dia rasa suami dia tak mampu
langsung nak bagi nafkah pada dia.
Nafkah zahir pada isteri dia? Tak. Dia tak mampu, dia cuma mampu bagi makan je. Duit
minyak dia semua. Yela gaji rm3000.
127
Anak-anak dia masih tadika Ya. Dia tak tukar sekolah. Sebab isteri tak nak. Sebab
standard? suami sebelum ni kerja di satu jabatan yang ada taska
dalamnya, jadi bayarannya murah sebab dia staf. Tapi
sebab desakan daripada isteri setiap hari “duit. Duit. Duit.”
Sebab jabatan yang dia keja sebelum ni tak ada OT. Dia
minta kerja yang lain, yang jauh sikit dan situ ada OT. Dari
situ lah dia mula bula OT. Dengan OT tulah dia bagi
harapan bahawa dia mula buat OT bulan lepas dan
sepatutnya dia dapat duit OT tu pada minggu yang dia
jumpa ustazah tuh tapi tak dapat lai. Dia cuba.
Alhamdulillah jabatan yang baru ni ada OT. Dia cuba-cuba
untuk menaikkan tahap ekonomi keluarga.
Pendapatan suami yang Ustazah tak pasti pula itu, tapi rasanya sebelum kahwin.
rendah daripada isteri tu Sebab hutang suami tu ada daripada sebelum kahwin da
memang daripada sebelum nada yang selepas kahwin.
kahwin atau selepas kahwin?
Apa kaedah yang ustazah Itu ajaibnya mereka ini. Yang datang bersama tu adalah
guna untuk handle kes-kes memang mereka membenci pasangan mereka tu. Tapi
yang mana isteri dia dah sinar bahagia tu, mereka mengharapkan sinar bahagia tu.
memang tak nak dah dengan Ada setengah tu datang saling tak berpandangan. Tapi
suami? mustahil nak datang lama-lama akan ok lah. Sebelum ni ustazah buat sorang
sekali. demi seorang. Tapi ustazah nampak kalau sorang-sorang
tu tidak menyelesaikan masalah, dia macam seorang tu tak
tau apa masalah seorang lagi dia macam terpendam lagi.
Ustazah buat yang macam tadi tu, isteri yang akan datang
mengadu cerita A sampai Z. Tapi kita akan hanya
mendengar sahaja. Sebab masa itu dia tidak akan
menyatakan di mana baiknya pasangan dia. Dia akan
kutuk-kutuk lah pasangan dia dan masa itu kita tidak boleh
nak putuskan keputusan siapa yang benar dan siapa yang
mana yang betul. Kita hanya mendengar untuk mengetahui
128
apa cerita dia. Kemudian biasanya ustazah kalau deal
dengan seseorang tu, ustazah akan buat pertemuan 2
minggu selepas itu untuk dia dengan pasangannya. Bila
dah tiba masanya 2 minggu selepas itu, ustazah akan jumpa
siapa yang mengadu pada kali pertama tuh. Ok contoh,
isteri tu datang mengadu, ustazah akan bagi tips lah untuk
isteri sementara nak tunggu lagi 2 minggu tu lah
kan.ustazah akan bagi tips, nasihat dan dengar-dengar
semua cerita dia. Ustazah akan bagi ayat-ayat al-Quran,
surah an-Nisa’, surah al-Imran dan surah Taha. Kemudian
bila dia dah datang balik 2 minggu selepas itu nak tau
macam mana perkembangan 2 minggu selepas dia jumpa
dengan ustazah. Dia akan nyatakanlah macam mana,
bertambah baik atau tidak semua. Ustazah akan pesanlah
solat wajib buat solat sunat lagilah kena buat kan dan
amalan-amalan itulah untuk memikat hati orang ni. Kita
memang boleh marah-marah orang tapi kita tak boleh ubah
orang. Hanya Allah yang boleh ubah kita. Sebab tu ustazah
bagi beberapa ayat tadi. Ustazah akan Tanya feedback, apa
yang dah dia buat. Selepas itu baru jumpa suami sahaja.
Bila dah habis cerita semua-semua tu. Kemudian ustazah
panggil dua-dua. Daripada dua tu kita tau waktu dia tengah
bercakap tu kita tau masalah dia macam mana dan kita tau
dari segi rupa. Kita bukan bercakap talifon tau kita
berdepan, so kita tau itu adalah tipu. Sebab tu kita kena
jumpa dua-dua, kita tau mana yang salah mana yang betul,
itu biasanya lastlah.
Ustazah rasa sebab apa Tak, sebenarnya kan bila seseorang tu kahwin, pada awal
berlakunya konflik ini? dia kahwin tu mereka tak kisah gaji suami berapa. Tapi bila
Sebab suami atau isteri? dah lama kahwin, dia tak nampak usaha suami tu, itu yang
dia mengungkit balik dan mengamuk. Semua benda dia
beli. Bayangkan semua benda dia dah beli. Bayangkan dah
129
enam tahun daripada taka da anak sampai anak dah 6
tahun. Waktu dah lama tu dia mengungkit. Dia tak
mengungkit waktu setahun 2 tahun tu tak. Tapi sebab dia
tak Nampak apa usaha suami dia. Dia akui taka pa dia
redha semua benda dia boleh beli pada awal perkahwinan,
tapi bila dia tak Nampak di mana usaha suami tiu yang dia
pergi pejabat agama, dia nak berpisah. Ustazah banyak
handle kes-kes ni dan solution dia itu, pisah. Dalam
pemerhatian ustazah, biasanya orang perempuan ni dah
kahwin, dia pengharapan pada suami ni tinggi, walaupun
dia dah tau dia gaji besar, dia tau dia boleh beli macam-
macam, tapi itu yang dahsyatnya mereka, mereka boleh
tahan tu 7 8 tahun dia boleh tahan tu. Bukan 7 8 bulan.
Sebenarnya seorang isteri tu boleh menerima apa sahaja
keadaan suaminya tapi di mana usaha suami. sebenarnya
wanita-wanita Malaysia dan melayu ni bila dia dah
kahwin, sandaran pada suami tu lebih. Sebab dia tahu di
seorang yang lemah, dia perlukan sokongan suami. bila
suami goyang, tak ada apa, dia pun rasa runtuh jiwa dia
bila dia tahu suami dia macam ni. Tapi salah satu sebabnya
tak solat ja. Macam isteri tadi tu, dia suruh ustazah Tanya
suami dia solat ke tak? Ya. Suami dia ak solat. Kalau solat
kita tak jaga macam mana Allah nak bagi rezekinya.
130
LAMPIRAN 11
PENGKAJI KAUNSELOR 3
Sepanjang ustazah Baik, kat sini ada 3 kaunselor. Setakat ini saya ada lah dapat 2 3
jadi kaunselor kat sini, kes yang seperti ni. Oh ye, yang tadi tu adalah klien saya yang
ada tak kes yang berhadapan kes sebegini. Tapi isteri ini suaminya tidak berkerja.
sebegini? Isteri ini kerja kilang ja tapi suaminya tidak berkerja. Pada
awalnya suami kata tak apa, dia nak uruskan anak-anak dan
uruskan rumah. Jadi isteri ni pun kerjalah. Tapi atiqah,
hakikatnya bila isteri balik kerja, anak menangis kelaparan,
suami pun merungut lapar, rumah tak terurus, kain baju tak
berbasuh.
Berapa lama dah Pada asalnya sebelum dan mula-mula kawin, suami shaja yang
pasangan ni macam berkerja dan isteri hanya suri rumah. Tapi ada satu ketika suami
ni? berhenti kerja, kerja kontrak ja. Bila suami berhenti kerja jadi
isteri mengambil tindakan untuk dia yang berkerja dan mereka
sama-sama berjanjilah akan menjalankan tugas masing-masing
seperti yang dijanjikan. Iaitu itulah yang mengemas rumah, anak-
anak diuruskan oleh suami. tapi bila dah jadi macam ni isteri rasa
terbebanlah kan? Isteri balik kerja kena uruskan semuanya lagi.
Bagaimana dengan Kalau dah isteri sahaja yang berkerja, rasa-rasa siapa yang
pengurusan kewangan menguruskan kewangan dan perbelanjaan keluarga? Segala bil-
keluarga ini? bil, duit rumah, kereta dan makan minum semua ditanggung oleh
isteri. Sudahlah gajinya tak banyak, nak kena sara lagi yang dekat
rumah tambah pulak anak-anak kecil lagi masih guna pampers.
Tambahan pula si suami ni pernah hutang dengan along pula.
Haih saya takut bila melibatkan along-along ni. Sekarang si isteri
ni tinggal di kampong bersama ibunya dan dah tak tinggal
bersama suaminya.
Ada tak kes lain yang Ada atiqah. Ada lagi satu kes di mana pasangan ini baru habis
seperti ini? belajar kemudian kahwin. Tapi suami tu baru habis diploma dan
131
isteri pula habis degree. Dekat situ dah nampak perbezaan dari
segi pendidikan. Pasangan ni asalnya ada kerja tapi di Kuala
Lumpur, so lepas kahwin balik kampong dan tinggal di kampung.
Isteri balik-balik terus cari kerja tapi Cuma kerja kilang jela, tapi
itu bukan masalah bagi dia. Suami pula tak kerja-kerja, bukan
sebab tak dapat kerja tapi dia memilih kerja, sedangkan dia
diploma ja, isteri degree ok je kerja kilang. Jadi si isteri ni datang
jumpa saya mengadu lah yang suami dia tak kerja hampir setahun
selepas pindah ke kampung. Bila suami tak kerja semua bil-bil
dan pengurusan kw=ewangan diuruskan oleh isteri. Gaji tak lah
mahal rm1000 lebh sahaja, pampers anak-anak lagi, anak dah lah
2 orang, kecil-kecil lagi. Isteri ni dia tak kisah pun suami dia kerja
apa asalkan dia bekerja. Sampai tahap isteri dia kata pada saya
“ustazah, saya tak kisah pun kalau suami saya kerja station
minyak pun tak apa”. Tapi satu ja saya nampak yang ada pada
suami dia, suami ini membantu isteri dalam menguruskan kerja
rumah dan anak-anak. Jadi saya nasihatkan pada isteri minta
suami cari kerja dan kita kena cari side baik suami tu. Penceraian
ini bukan satu perkara yang kita boleh buat ikut emosi tapi kita
kena cari side baik pasangan kita tu.
Apakah kaedah Kaunselor di pejabat agama ni bukanlah tempat untuk
kaunseling yang menfailkan penceraian atau tempat untuk memberitahu nak
ustazah gunakan berpisah, tapi kami ni sebagai orang untuk mencari perdamaian
untuk uruskan kes-kes dalam pertegangan. Maksudnya bila suami isteri ni dah buat
seperti ini? keputusan untuk berpisah tetapi masih meminta untuk
dinasihatkan, maka kita mencari ruang perdamaian untuk satu
rumah tangga tu. Selepas pada itu, terserah kepada pasangan
tersebut untuk berpisah atau tidak.
Dari sudut kaunseling, Sebenarnya, tak menjadi masalah pun kalau gaji suami rendah
pendapat ustazah dan gaji isteri tinggi, tapi mengikut pada keredhaan masing-
masing lah. Kalau isteri redha suami pun redha benda ni tak jadi
132
mengapa kes seperti isu. Suami pun tak perlu mengambil kesempatan kepada isteri
ini berlaku? yang bergaji tinggi dan jangan abaikan tanggungjawab sebagai
suami bila dah ada isteri yang bergaji tinggi. Tetap wajib
memberi nafkah kepada isteri, tetap kena bagi duit untuk
keluarga mengikut kemampuan yang suami ada. Isteri pulak kena
faham situasi dirumah dan ditempat kerja, jangan buat rumah
seperti pejabat yang kita boleh arah-arah.maklumlah sekarang ni
ramai boss perempuan. Tinggi macam mana pun gaji isteri tetap
kena ingat darjat suami kat rumah. Hormat satu sama lain dan tau
tanggungjawab masing-masing tak akan timbul isu ini kalau dua-
dua memahami tugas masing-masing.
133
BIBLIOGRAFI
Abdullah, M. (2018). gaji RM5000 baru boleh kahwin. astro awani .
Abdullah, N. (2012). Kebarangkalian Bekerja Wanita Berkahwin di Malaysia. Jurnal
Ekonomi Malaysia, 107-108.
Ahmad, B. B. (2015). Penentuan Kretiria Kifayah dan Ma’ruf Nafkah Isteri dan Anak
di Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Al-Bakri, D. Z. (2013). Al-Fiqh Manhaji Kekeluargaan Islam dalam Fiqh As-Syafi'i.
Selangor: Darul Syakir Enterprise.
Al-Bakri, D. Z. (2013). Al-Fiqh Manhaji Kekeluargaan Islam dalam Fiqh As-Syafi'i.
Selangor: Darul Syakir Enterprise.
Al-Bakri, Z. (2013). al-Fiqh al-Manhaji Kekeluargaan Islam dalam Fiqh al-Syafi'i.
Selangor: Darul Syakir Enterprise.
Al-Mansur, M. (1998). Hukum Hakam Perkahwinan. Johor Bahru: Perniagaan
Jahabersa.
Al-Mashri, S. M. (2012). Bekal Pernikahan . Jakarta: Qiathi Press.
Al-Mashri, S. M. (2012). Bekal Pernikahan . Jakarta: Qisthi Press.
Amalina, D. (2011). Peranan Isteri dalam Memenuhi Nafkah Keluarga. Jakarta:
Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah.
Ash-Shabuni, S. M. (2011). Shafwatut Tafasir (terjemahan). Jakarta: Pustaka Al-
Kautsar.
Ash-Shiddieqy, T. M. (2011). Tafsir Al-Qur'anul Madjid An-Nur (terjemahan).
Jakarta: Cakrawala Publishing.
Asy-Syaukani, M. B. (2012). Tafsir Fathul Qadir (terjemahan). Jakarta: Puataka
Azzam.
Awaludin, S. (2019). isteri tanggung keluarga. Kuala Lumpur: harian metro.
Az-Zuhaili, W. (2013). Tafsir Al-Wasith (terjemahan). Jakarta: Darul Fikr.
134
Baharom, H. N. (2010). Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka .
Gozali, H. M.-K. (2011). Buku Pintar Menjadi Lelaki dan Wanita Soleh . Johor Bahru:
Perniagaan Jahabersa .
Haliza, M. R. (2009). Kaedah Penyelidikan Kualitatif. Selangor: Universiti Putra
Malaysia Press.
Hasbullah, M. (2018). Perkahwinan Misyar: Kajian dari Perspektif Syariah. 53.
Jasmi, K. A. (2012). Metodologi Pengumpulan data dalam penyelidikan kualitatif . 11.
Johari, F. (6 Jun, 2017). Saya yang tanggung semua. Suami tak bagi satu sen pun,
hanya tahu minta nafkah. Says .
Khin, M. a. (2016). Kitab Fikah Mazhab Syafie. Selangor: Pustaka Salam.
Kotimah, E. K. (2018). Isteri sebagai Pencari Nafkah Tambahan Perspektif Hukum
Islam dan Teori Fungsional. Indonesia: Institut Agama Islam Negeri
Ponorogo.
Lebar, O. (2015). Penyelidikan Kualitatif . Tanjong Malim : UPSI.
Mahidin, M. U. (2018). Perangkaan Perkahwinan dan penceraian, Malaysia, 2018 .
Jabatan Perangkaan Malaysia .
Maslika. (2015). Isteri sebagai Pencari Nafkah Utama dalam Keluarga : Perspektif
Hukum Islam (Studi Kehidupan Keluarga TKW di Desa Tinumpuk Kecamatan
Juntinyuat Kabupaten Indramaya Tahun 2013. Yogyakarta: Universiti Islam
Negeri Suanan Kalijaga.
Mumtazi, A. (2017). Pandangan Sosiaologi Hukum Islam terhadap Isteri Sebagai
Pencari Nafkah Utama. Yogjakarta: Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga
Yogjakarta.
Muslim, G. (3 Julai, 2017). Kadar Nafkah Untuk Isteri Yang Wajib Diberikan Suami?
Noviajati, P. (2015). Kepuasan Perkahwinan kepada Isteri sebagai Pencari Nafkah
Utama Keluarga. Indonesia: Universiti Negeri Semarang .
Rahim, M. S. (2018). Wanita bekerja, berbaloikah? Kuala Lumpur: Utusan Malaysia.
135
Ramle, R. (3 julai, 2017). Kadar Nafkah .
Samah, R. (2017). Masalah kewangan punca penceraian . negeri sembilan : USIM .
Shihab, M. (2008). Tafsir Al-Mishbah (terjemahan). Jakarta: Lantera Hati.
Sunawari, l. A. (2018). Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam. Selangor: UKM.
Sunnahrasul. (3 Januari, 2012). Kadar Nafkah Bagi Isteri. Ipoh.
Syaikh, A. B. (2008). Tafsir Ibnu Kathir (terjemahan). Pustaka Imam Asy-Syafi'i.
Syaikh, A. B. (2016). Tafsir Ibnu Kathir . Jakarta : Pustaka Imam asy-Syafi'i.
Syaikh, A. B. (2016). Tafsir Ibnu Kathir . Jakarta: Pustaka As-Syafie.
Wardhani, V. (2017). Peranan Isteri sebagai Pencari Nafkah Keluarga Perspektif
Teori Kontraksi Sosial (Studi Kasus pada pekerja Sektor Formal di Kelurahan
Ujung Kecamatan Semampir Kota Surabaya). Indonesia: Universiti Islam
Negeri Maulana Malik Ibrahim Malang.
Yusof, H. (2015). Kaedah Penyelidikan Pengurusan Pendidikan. Tanjong Malim :
UPSI.
136