5. Maslika (2015) Isteri sebagai Pencari Nafkah
Utama dalam Keluarga : Perspektif
Hukum Islam (Studi Kehidupan
Keluarga TKW di Desa Tinumpuk
Kecamatan Juntinyuat Kabupaten
Indramaya Tahun 2013
6. Bahiyah Binti Penentuan Kretiria Kifayah dan
Ahmad (2015) Ma’ruf Nafkah Isteri dan Anak di
Malaysia
Tesis Kajian ini menunjukkan bahawa Tidak
terdapatnya positif dan negatif jika membincangkan
isteri sebagai pencari nafkah tentang polemik dan
keluarga, iaitu dapat membantu penerimaan atau
keluarga tetapi dalam masa yang penolakan isteri
sama terlihat ketidak
tanggungjawapan suami.
Tesis Perkataan ma’ruf membawa maksud Tidak
kebiasaan bagi masyarakat atau ‘uruf membincangkan
iaitu mereka yang berada dalam tentang polemik dan
golongan suami yang berpendapatan penerimaan atau
lebih tinggi selalunya berhak penolakan isteri
berbelanja dengan lebih mewah dan
selesa berbanding dengan golongan
suami yang berpendapatan lebih
rendah.
47
7. Desi Amalina (2011) Peranan Isteri dalam Memenuhi
Nafkah Keluarga
Jadual 2.1: Jadual Sorot
Tesis Isteri boleh dikatakan wajib mencari Tidak
nafkah keluarga jika terdapat suami membincangkan
mereka yang mengabaikan tentang polemik dan
tanggungjawab untuk menyara penerimaan atau
keluarga dan mengabaikan penolakan isteri
tanggungjawabnya untuk
menanggung kewangan keluarga.
tan Kajian-kajian Lepas
48
2.4 RUMUSAN BAB
Bab ini dapat dirumuskan bahawa terdapat ayat-ayat yang terkandung di dalam
al-Quran yang menyatakan mengenai kadar nafkah suami kepada isteri walaupun isteri
yang berpendapatan lebih tinggi daripada suami. Bab ini juga menyatakan matan-
matan Hadith Rasulullah daripada berbagai perawi yang berkaitan dengan nafkah
suami kepada isteri dan keluarga. Terdapat beberapa Hadis yang umum dan Hadis
yang mengkhususkan kadar nafkah suami kepada isteri. Bab ini juga melampirkan
kerangka teori dan kerangka konseptual bagi memberi gambaran tentang kajian ini
dengan lebih terperinci. Selain itu, bab ini juga menyenaraikan beberapa kajian lepas
yang berkaitan dengan kajian ini tetapi kajianwkajian tersebut mempunyai jurang
dengan kajian ini. Dalam sorotan kajian lepas terdapat beberapa perkara penting bagi
memperlihatkan jurang antara kajian-kajian tersebut dengan kajian ini. Antaranya,
nama penulis, tajuk kajian, isu kajian, dapatan kajian dan jurang yang terdapat
antaranya. Bab ini membuktikan bahawasanya tiada kajian lepas yang mirip dengan
kajian penerimaan isteri berpendapatan lebih tinggi daripada suami.
49
BAB III
KADAR NAFKAH TERHADAP SURAH AT-TALAQ AYAT 7 MENURUT
MUFASSIR
3.0 PENGENALAN
Bab ini menerangkan dan mengkaji kadar nafkah menurut surah At-Talaq ayat
7. Firman Allah :
مّآ ءَاتََّٰىهُ ٱََّّللُ َل يُ َكِلّ ُف٧َِِّ ِلٱَّيَُّنّلِلُّف ۡنَقۡفذُاسوا ِإَََّّسلعَةَمِآّم ءَناتََّٰىَسَهعَاِتِّّه َّۦَۖسيََوَۡجمَعنلُقُ ِٱّدَََّّلرلُ بَعَ ۡلَعۡيَِّده ِّرۡعُزقُۡسهُۥر فَيُۡل ۡيُسنِّرفا ۡق
Maksudnya : “Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut
kemampuannya dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah
dia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang
mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan)
yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan
hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah
berlakunya kesusahan.” (Q.S: At-Talaq: 65: 7)
Menurut ayat ini menerangkan nafkah tidak mempunyai kadar tertentu. Ia
hanya ditentukan berdasarkan konsep mencukupi yang ditentukan berdasarkan
pandangan umum dan kemampuan pemberi nafkah (Al-Bakri D. Z., 2013).
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa kadar nafkah suami kepada isteri adalah
mengikut kemampuan suami dan mengikut rezeki yang telah diberikan Allah kepada
mereka. Jika rezeki yang diberikan oleh-Nya lebih maka jumlah atau kadar nafkah
kepada isteri adalah lebih, jika rezeki yang diberikan seadanya maka kadar nafkah
kepada isteri juga seadanya atau sekadarnya sahaja.
Dalam bab ini, kajian ini akan mengkaji kadar nafkah suami kepada isteri
melalui surah At-Talaq ayat 7 menurut tafsir-tafsir daripada pelbagai ulama tafsir yang
masyhur. Antara kitab-kitab tafsir yang digunakan oleh pengkaji adalah kitab tafsir
Ibnu Kathir, kitab tafsir Al-Azhar, kitab tafsir Muyassar dan kitab Safwah at-Tafasir.
Di samping itu, bab ini juga merujuk kitab tafsir Fathul Qadir dan kitab tafsir Mishbah.
50
Melalui kitab-kitab tafsir yang digunakan, bab ini menganalisiskan kadar nafkah
secara terperinci mengikut padangan ulama-ulama tafsir yang berbeza.
3.1 DEFINISI NAFKAH
Nafkah menurut bahasa bermaksud mengeluarkan atau menghabiskan sesuatu.
Perkataan nafkah digunakan kepada perkara yang baik-baik sahaja. Sementara itu,
menurut istilah pula nafkah ialah semua keperluan asas manusia, seperti makanan,
minuman, pakaian dan tempat tinggal (Al-Bakri Z. , 2013).
Menurut al-Mausu’ahal-Fiqiyyah dalam Zulkifli Mohamad Al-Bakri (2013),
nafkah ialah apa yang menjadi kekuatan atau kestabilan yang diperlukan oleh
seseorang manusia tanpa pembaziran. Ia dinamakan nafkah kerana ia dikeluarkan atau
dihabiskan bagi tujuan keperluan asas yang disebutkan.
Menurut Muhamad Al-Mansur (1998), nafkah membawa maksud
menyediakan segala keperluan isteri seperti makanan, pakaian, tempat tinggal,
mencari pembantu dan ubat-ubatan, apabila suaminya kaya (Al-Mansur, 1998).
Menurut hadis Rasulullah seperti hadith riwayat Muslim dalam kitab sohehnya,
Rasulullah pernah berpidato sewaktu Baginda menunaikan haji wada’:
وَج ُفِهَِّإّفَّننِبّ فََكِلَّعلَمَِّةن،َأوَِكَّواَحساسدَاتَوُُتُحتََلَّنلكتَُِّربمُهلفَوُمنَُعرهُُور،أََوََِخَللُذَّنُيتُُووَعُِهّطلَيَّۡنَيُكِّبمَفَمُِاُّررنَِزَّةقشُ اُهَُكََّّلِّمنّل،يَرِّهفَِإَُّمَّننَِّّبُكأٍَحمن،ضواِّرباََُوَّوِّإلّلَُهَّنَِِّّنفلَ اَُلضكِنّرمابَساَِعّءَغلَي،ّاافَََتَّّاّلُِقل
Maksudnya: “Bertaqwalah kepada Allah tentang urusan wanita, sungguh
engkau telah mengambilnya dengan amanat Allah, engkau telah
menghalalkan kehormatan mereka dengan kalimah Allah. Engkau
mempunyai hak atas mereka iaitu mereka tidak boleh membiarkan orang lain
yang engkau tidak sukai menempati tempat tidurmu, apabila mereka
melakukannya maka pukullah mereka dengan pukulan yang tidak
melukainya. Mereka berhak ke atasmu untuk meminta makan dan pakaian
yang baik.”(H.R.Abu Khuzaimah: 2637)
51
Ijma’ menetapkan bahawa suami wajib memberi nafkah kepada ister-isteri
mereka apabila suami telah baligh dan isteri tidak nusyuz (derhaka) kerana perempuan
yang nusyuz tidak layak mendapat nafkah daripada suaminya. (Al-Mansur, 1998).
Kewajipan memberi nafkah yang paling rendah adalah nafkah kepada diri sendiri
terlebih dahulu. Jika seseorang itu berkemampuan maka hendaklah memberi nafkah
kepada keluarga dan orang-orang yang berkeperluan.
3.2 KITAB TAFSIR MISHBAH
Menurut M.Quraish Shihab dalam kitab Tafsir Mishbah (2008), surah At-Talaq
ayat 7 ini membawa maksud bahawa sesiapa yang mampu dan memiliki banyak rezeki
untuk isteri dan anak-anaknya tetapi sekadar batas kemampuannya. Demikian ini
hendaklah dia memberi anak dan isterinya itu sehingga dia memiliki kelapangan dan
keluasan berbelanja. Tetapi jika terbatas penghasilannya, maka hendaklah dia
memberi nafkah daripada harta yang diberikan kepadanya kerana jangan isteri
memaksa dirinya untuk nafkah itu dengan mencari rezeki dari sumber yang tidak
direstui Allah (Shihab, 2008).
Allah tidak akan memikulkan beban kepada seseorang melainkan sesuai
dengan apa yang Allah berikan kepadanya. Oleh itu kaum isteri janganlah meminta
atau menuntut terlalu banyak dan pertimbangkanlah keadaan suami atau bekas suami.
Dalam aspek lain semua pihak selalu optimis dan mengharap agar Allah memberi
kelapangan kerana Allah akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan
(Shihab, 2008).
Tidak dinyatakan jumlah tertentu untuk kadar nafkah bagi keluarga secara
mutlak. Hal ini kembali kepada keadaan masing-masing dan adat kebiasaan yang
berlaku kepada satu masyarakat atau sesuatu yang diistilahkan oleh Al-Quran dan
Sunnah dengan ‘uruf yang tertentu sahaja yang dapat membezakan antara satu
masyarakat dengan masyarakat yang lain serta waktu dan waktu yang lain (Shihab,
2008).
52
Suami yang tidak dapat menanggung pembiayaan hidup keluarganya dan tidak
mendapat mana-mana bantuan, maka isteri yang tidak rela hidup bersama suaminya
yang tidak mampu untuk menanggung mereka sewajarnya boleh menuntut cerai
terhadap suami. Persoalannya, bolehkah kes ini diterima di mahkamah ataupun tidak?
Hal ini menjadi bahan perbincangan dan perbezaan pendapat antara para ulama’.
Firman Allah:
َسيَ ۡجعَلُ ٱََّّللُ بَ ۡع َد عُ ۡسر يُ ۡسرا
Maksudnya: “(Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat
bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya
kesusahan.” (Q.S: At-Talaq: 7).
Melalui ayat ini terdapat ulama’ yang memahaminya sebagai janji yang pasti
terlaksana. Al-Biqa’i mengatakan bahawa (Shihab, 2008) :
“kerana itu tidak ada seseorang yang terus menerus sepanjang usianya
dalam seluruh keadaannya hidup dalam kesempitan.”
Terdapat juga ulama’ yang menyatakan bahawa ayat ini ditujukan kepada
kaum muslimin pada zaman Rasulullah . Hal ini di mana kelapangan rezeki mereka
telah dapatkan dengan kemenangan-kemenangan yang mereka raih dalam peperangan
dan menghasilkan harta rampasan serta pertanian. Terdapat juga ulama’ yang
menjadikan ayat ini bukan sahaja ditujukan kepada masyarakat yang hidup pada
semasa turunnya al-Quran atau zaman Rasulullah , mereka berpegang dengan
pendapat ini mengatakan bahawa orang yang tidak berkelapangan juga boleh
dikenakan dengan ayat ini. Oleh hal yang demikian, mereka tidak memahami ayat di
atas sebagai janji, tetapi penjelasannya tentang kebiasaan Allah yang bertujuan
menggalakkan setiap orang untuk selalu positif terutamanya orang yang dalam
kesempitan (Shihab, 2008).
M.Quraish Shihab menerangkan bahawa kewajipan nafkah seorang suami
kepada isteri dan anak-anak adalah wajib mengikut keperluan mereka dan kemampuan
suami. Jika suami mempunyai pendapatan tinggi dan mampu untuk memberi nafkah
lebih kepada isteri maka suami digalakkan memberi lebih kepada isteri dan keluarga.
53
Tetapi jika suami berpendapatan rendah dan tidak mampu untuk memberi nafkah lebih
kepada isteri dan keluarga maka suami hanya wajib memberi nafkah sekadarnya sahaja
kepada isteri dan keluarga.
Hal ini ternyata menjadi satu amaran kepada isteri supaya tidak meminta-minta
nafkah yang berlebihan daripada kemampuan suami. Hal ini kerana dalam kitab
Mishbah ini menerangkan bahawa rezeki itu adalah hak Allah untuk memberi
nafkah sama ada lebih atau kurang kepada hamba-Nya.
3.3 KITAB TAFSIR IBNU KATHIR
Menurut M. Yusuf Harun, M.A dalam kitab tafsir Ibnu Kathir menyatakan
bahawa ayat ini adalah pesanan kepada si bapa atau wali si anak untuk memberi nafkah
kepada anak-anaknya mengikut kesesuaian dan kemampuannya.
Menurut kitab ini juga, diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Abu Sinan, dia
menceritakan: “Umar Bin al-Khatab pernah bertanya tentang Abu ‘Ubaidah, lalu
dijawabnya: ‘sesungguhnya dia memakai pakaian yang tebal dan memakan makanan
yang keras. Kemudian dikirimkannya seribu dinar. Dan Umar berkata kepada utusan
itu: ‘perhatikanlah dengan apa yang akan diperbuat dengan wang itu jika dia
mengambilnya.’ Setelah dia memakai pakaian halus dan memakan makanan yang
enak, sang utusan datang kembali kepada Umar dan memberitahunya (Syaikh, 2008).
Kemudian Umar dengan rahmat Allah mewakilkan ayat ini :
ُِلّيُنِّف ۡق ذُو َسَعة ِّمن َسعَِتِّّه ّۖۦَ َوَمن قُ ِّدَر َعلَۡيِّه ِّرۡزقُهُۥ فَ ۡليُنِّف ۡق َِِّمّآ ءَاتََّٰىهُ ٱََّّلل
Maksudnya: “Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut
kemampuannya dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah
dia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (Q.S. At-
Talaq: 65: 7).
Al-Hafizh Abdul Qasim ath-Tabrani berkata dalam kitabnya al-Mu’jamul
Kabir, dari Syuraih bin ‘Ubaid bin Abi Malik al-Asy’ari, yang namanya adalah al-
Harits, dia berkata: Rasulullah bersabda (Syaikh, 2008) :
54
َّقَصََِوبَّّدكعُاَقَنشِِبّّرلَعآَمَاشَِخلَّرَِِّرةه،ََُق ُِّكمِّماٌنئَلّةَُهقَاأُدِبوِّقَِّتَيّّديٍةنََصاَفٍَّدرت،فَسَدَاوََعَلآِنتِّأنََِّّهيخرَجُرقِّر)فََكتَاَسَنََصواَّدلءٌَه،ُِاسم"َعٍِّةبُعَُهِوِّمقّمََشيَّنٍِرةّة:َافََ(لَتَكِلّايَُنرَصَنَِّفُسّدلوقَأَُقلذَُحِّامَِونَّدّّلِِّلَّهه،:نََاوَاََّففَّلٍلٍُرقَق،َاَََشٍقلَقَراثَةُةَُ"لأ،"أَ"َعَثو
Maksudnya: terdapat tiga orang, salah satu dari mereka mempunyai
sepuluh dinar, dari jumlah itu dia menyedekahkan satu dinar. Lalu seorang
lainnya mempunyai sepuluh uqiyah, dan darinya dia menyedekahkan satu
uqiyah sahaja. Sedangkan orang ketiga mempunyai seratus uqiyah, lalu
darinya dia bersedekah sepuluh uqiyah. Rasulullah bersabda: ‘dalam
masalah pahala, mereka adalah sama, kerana masing-masing telah
menyedekahkan sepersepuluh harta yang dimilikinya.’ Allah berfirman:
“hendaklah orang yang mampu untuk memberi nafkah menurut
kemampuannya.” (H.R.At-Thabrani: 1662)
Dan firman Allah :
َسيَ ۡجَع ُل ٱََّّللُ بَ ۡع َد عُ ۡسر يُ ۡسرا
Maksudnya: “(Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat
bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya
kesusahan.” (Q.S. At-Talaq: 65: 7).
Demikianlah janji Allah , dan Dia tidak akan pernah menyalahi janji-Nya.
(Syaikh, Tafsir Ibnu Kathir (terjemahan), 2008).
Sebagaimana firman Allah ini:
٦ ِإّ َّن َم َع ٱۡلعُ ۡسِّر يُ ۡسرا٥ فَِّإ َّن َم َع ٱۡلعُ ۡسِّر يُ ۡسارا
Maksudnya: “Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu
(dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? Oleh itu,
maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap
kesukaran disertai kemudahan,” (Q.S. At-Talaq: 65: 5-6)
Menurut kitab tafsir Ibnu Kathir ini juga menyatakan bahawa nafkah yang
wajib diberikan kepada ibu yang menyusui anak si suami adalah mengikut kemampuan
suami kepada isteri dan keluarga.
55
Menurut kitab ini, nafkah itu satu perkara yang wajib diberikan mengikut
kemampuan suami tanpa mengira berapa jumlah yang diperolehi. Seperti yang
dinyatakan menurut hadis yang diatas di mana tiga orang yang mempunyai jumlah
yang berbeza tetap bersedekah dengan jumlah yang berbeza, tetapi mereka tetap
mendapat pahala yang sama. Hal ini kerana jumlah memberi tidak menjadi satu
perkara yang penting asalkan suami tetap memberi sekadar yang menjadi
kemampuannya (Syaikh, 2008).
3.4 KITAB TAFSIR FATHUL QADIR
Menurut Al-Imam Muhammad Bin ‘Ali Bin Muhammad Asy-Syaukani
dalam kitab Tafsir Fathul Qadir (2012), firman Allah dalam surah at-Talaq ayat 7:
ِلّيُنِّف ۡق ذُو َسَعة ِّمن َسعَِتِّّه َّۖۦ
Maksudnya: “Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut
kemampuannya” (Q.S. At-Talaq: 65: 7).
Di sini terkandung perintah bagi orang-orang yang memiliki kelapangan
rezeki agar memberi kepada para wanita mereka yang menyusui anak-anak mereka
sesuai dengan kemampuan mereka (Asy-Syaukani, 2012). Seterusnya Allah
berfirman:
َُوَمن قُ ِّدَر َعلَۡيِّه ِّرۡزقُهُۥ فَ ۡليُنِّف ۡق َِِّمّآ ءَاتََّٰىهُ ٱََّّلل
Maksudnya: “dan orang yang disempitkan rezekinya, hendaklah memberi
nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya” (Q.S. At-Talaq: 65: 7).
Ayat ini menerangkan bahawa yang rezekinya terbatas hanya berupa makanan,
atau rezekinya sempit kerana bukan orang yang kecukupan. Iaitu dari segi rezeki yang
Allah anugerahkan kepadanya, tidak ada kewajipan lain atasnya (Asy-Syaukani,
2012).
56
َل يُ َكِلّ ُف ٱََّّللُ نَ ۡف اسا ِإََّّل َمآ ءَاتََّٰى َها
Maksudnya: “Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan
(sekadar) apa yang Allah berikan kepadanya.” (Q.S. At-Talaq: 65: 7).
Ayat ini membawa maksud rezeki yang Allah berikan kepadanya, Allah
tidak akan membebani orang miskin untuk menafkahi apa yang di luar
kepamampuannya dari rezeki yang telah Allah anugerahkan kepadanya. (Asy-
Syaukani, 2012).
٧ َسيَ ۡجَع ُل ٱََّّللُ بَ ۡع َد عُ ۡسر يُ ۡسرا
Maksudnya: “Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah
kesempitan dan kesulitan.” (Q.S. At-Talaq: 65: 7).
Menurut kitab Fathul Qadir, Abd Bin Humaid meriwayatkan daripada Abu
Sinan, dia berkata: “Umar Bin Khatab bertanya perihal Abu Ubaidah, lalu dikatakan
kepadanya, bahawa dia mengenakan pakaian yang kasar dan memakan makanan yang
kasar pula. Umar lalu mengirimkan seribu dinar kepadanya dan berpesan kepada
utusannya, ‘lihat apa yang dilakukannya dengan ini apabila dia mengambilnya’. Abu
Ubaidah pun mengenakan pakaian yang sangat halus dan memakan makanan yang
sangat baik. Utusan itu lalu kembali (kepada Umar) dan memberitahunya hal tersebut,
maka Umar berkata ‘semoga Allah merahmatinya’ Dia menyatakan ayat,”
ِلّيُنِّف ۡق ذُو َسَعة ِّمن َسعَِتِّّه َّۖۦ فَ ۡليُنِّف ۡق َِِّمّآ ءَاتََّٰىهُ ٱََّّللُ َوَمن قُ ِّدَر عَلَۡيِّه ِّرۡزقُهُۥ
Maksudnya: “hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut
kemampuannya, dan orang yang disempitkan rezekinya, hendaklah memberi
nafkah dari harta yang diberikan allah kepadanya” (Q.S. At-Talaq: 65: 7).
Kitab tafsir Fathul Qadir ini menyarankan kepada sesiapa yang mempunyai
kelapangan rezeki maka perlu memberi nafkah kepada isteri. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa jika suami tidak mempunyai rezeki yang lebih atau kurang,
maka si suami tidak perlu memberi nafkah sejumlah yang besar kepada isterinya
seperti orang lain (Asy-Syaukani, 2012).
57
Hal ini telah dibuktikan dengan firman Allah yang mengatakan bahawa
rezeki adalah anugerah Allah kepada hamba-Nya, jika lebih yang diberikan, maka
lebih jugalah yang perlu dikongsikan kepada keluarga. jika sedikit rezeki yang
dianugerahkan oleh Allah , maka rezeki yang dikongsikan adalah sekadarnya sahaja
kepada keluarga masing-masing.
3.5 KITAB TAFSIR AL-QUR’ANUL MADJID AN-NUR
Menurut Teungku Muhammad Hasbi Ash-Shiddieqy dalam kitab tulisannya
menyatakan bahawa surah at-Talaq ayat 7 ini membincangkan tentang ayah yang
wajib memberi nafkah kepada bekas isteri yang menyusui anaknya itu menurut kadar
kemampuannya. Orang yang hanya memperoleh nafkah sekadar cukup untuk makan
sahaja, maka hendaklah suami memberikan nafkah belanja sesuai dengan
kemampuannya.
Allah tidak membebani seseorang untuk memberikan nafkah kepada orang
yang harus ditanggungnya, kecuali sekadar yang diberi Allah kepadanya. Allah
tidak memberati orang fakir miskin untuk mengeluarkan biaya yang di luar
kemampuannya. Allah akan memberikan kemudahan sesudah kesulitan dan
kesukaran (Ash-Shiddieqy, 2011).
Kitab tafsir ini lebih menceritakan tentang isteri yang diceraikan suaminya
yang mana akan berada dalam tempoh iddah yang tertentu. Kitab ini lebih menjelaskan
tentang tempoh iddah bagi perempuan yang ditalak dalam keadaan suci, dalam
keadaan haid dan tempoh iddah bagi perempuan yang belum dewasa.
Kitab ini juga menyatakan nafkah seorang ayah kepada ibu yang menyusui anaknya
ketika telah diceraikan adalah mengikut kemampuan si ayah atau suami tersebut.
3.6 KITAB TAFSIR SAFWAH AL-TAFASIR
58
Menurut Syaikh Muhammad Ali As-Sabuni dalam kitab tafsirnya iaitu kitab
Safwah Al-Tafasir menjelaskan maksud firman Allah surah at-Talaq ayat 7:
ِلّيُنِّف ۡق ذُو َسَعة ِّمن َسَعِتِّّه َّۖۦ
Maksudnya: “Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut
kemampuannya” (Q.S. At-Talaq: 65: 7).
Kitab ini menjelaskan berapa kadar nafkah yang perlu diberikan suami kepada
isteri. Suami hendaklah memberi nafkah kepada isterinya dan anak-anaknya yang
masih kecil sesuai dengan kemampuannya. Menurut kitab At-Tashil li Ulum At-Tanzil
dalam kitab ini disebutkan, ini perintah agar setiap orang memberikan nafkah sesuai
dengan kemampuannya.
Suami tidak dipaksa di atas kemampuannya sehingga isteri tidak di sia-siakan
dan hukumnya adil. Ayat di atas menunujukkan bahawa nafkah berbeza sesuai dengan
perbezaan status ekonomi seseorang (Ash-Shabuni, 2011).
َُوَمن قُ ِّدَر عَلَۡيِّه ِّرۡزقُهُۥ فَ ۡليُنِّف ۡق َِِّمّآ ءَاتََّٰىهُ ٱََّّلل
Maksudnya: “dan orang yang disempitkan rezekinya, hendaklah memberi
nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya” (Q.S. At-Talaq: 65: 7).
Menurut Ash-Shabuni (2011), ayat ini bermaksud barangsiapa rezekinya
sempit, sehingga kurang dari mencukupi, hendaklah dia memberi nafkah sesuai
dengan kadar kemampuannya dengan harta yang diberikan Allah kepadanya.
٧ َل يُ َكِلّ ُف ٱََّّللُ نَ ۡف اسا ِإََّّل َمآ ءَاتََّٰى َها َسيَ ۡجَع ُل ٱََّّللُ بَ ۡع َد عُ ۡسر يُ ۡسرا
Maksudnya: “Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan
(sekadar) apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan
kelapangan sesudah kesempitan dan kesulitan” (Q.S. At-Talaq: 65: 7).
59
Allah tidak akan membebani sesiapa pun, kecuali sesuai dengan kemampuan
dan kesanggupannya. Allah tidak membebankan kepada si miskin apa yang Dia
bebankan kepada si kaya. Abu Su’ud berkata “Firman ini mengandungi hiburan
kepada hati orang yang dalam keadaan susah dan dorongan kepadanya untuk
memberikan kemampuannya.” Allah menguatkan janji tersebut dengan berjanji akan
memberikan kekayaan setelah sempit rezeki dan memberikan keleluasan setelah
kesulitan. Firman ini mengandungi berita gembira kepada orang-orang yang hidupnya
susah, bahawa Allah akan membuka pintu-pintu rezeki bagi mereka.
3.7 KITAB TAFSIR AL-WASIT
Menurut Wahbah al-Zuhaili dalam kitab Tafsir Al-Wasit menyatakan bahawa
surah at-Talaq ayat 7 adalah mengenai kadar nafkah suami kepada isteri dan anak-
anaknya. Ayah memberikan nafkah sesuai batas kemampuan dan keleluasannya.
Seorang fakir memberi nafkah sesuai dengan rezeki yang dianugerahkan Allah
kepadanya, juga menurut batas kemampuannya. Allah tidak membebani jiwa kecuali
sebatas rezeki yang Dia kurniakan kepadanya, sehingga seorang fakir tidak mendapat
beban untuk memberi nafkah kepada isteri dan keluarga kecuali sebatas dengan
kesanggunpannya, tidak sama kadar nafkah seperti orang kaya (Az-Zuhaili, 2013).
Menurut jumhur, ketidakmampuan seseorang memenuhi nafkah pernikahan
membolehkan dilakukannya pemisahan antara kedua suami dan isteri, sedangkan
menurut Hanafiyah keduanya tidak dipisahkan.
Kemudian Allah berjanji untuk memberikan kecukupan. Maka, setelah
kesempitan dan kesulitan, Allah akan memberikan keluasan dan kekayaan. Ini
adalah janji Allah yang Haq dan tidak mengandungi pengingkaran. Hal ini menjadi
khabar gembira yang mana akan adanya kelonggaran setelah kesempitan, adanya
kemudahan sesudah kesulitan (Az-Zuhaili, 2013). Ini juga di kuatkan lagi dalam surah
Insyirah ayat 5 hingga 6:
60
٦ ِإّ َّن َم َع ٱۡلعُ ۡسِّر يُ ۡسرا٥ فَِإّ َّن َم َع ٱۡلعُ ۡسِّر يُ ۡسارا
Maksudnya: “Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu
(dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? Oleh itu,
maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap
kesukaran disertai kemudahan,” (Q.S: Al-Insyirah: 5-6).
3.8 PANDANGAN ULAMA’ DAN AGAMAWAN TERHADAP KADAR
NAFKAH
Kaum ulama’ dan agamawan merupakan antara golongan alim yang
membincangkan isu-isu berkaitan hukum-hakam Islam dalam segala perkara,
termasuk kadar nafkah suami kepada isteri.
3.8.1 Azhar Idrus
Menurut Azhar Idrus (2012), dalam ceramahnya, nafkah yang wajib diberikan
oleh suami kepada isteri terdapat tiga jenis pada asalnya iaitu makanan, pakaian dan
tempat tinggal. Menurutnya lagi:
“Makan minum dua kali sehari sahaja. Ini yang muktamad.”
Makanan dan minuman yang diberikan tanpa mengira waktu, sama ada pagi
dan petang atau tengah hari dan malam kadar sehingga isteri kenyang. Jenis makanan
yang diberikan juga diambil kira dalam hal ini, jenis makanan mesti mengikut ‘uruf
negeri isteri. Sebagai contoh, jika isteri makan makanan melayu maka suami perlu
menyediakan makanan melayu dan jika sebaliknya maka suami perlu menyediakan
sebaliknya tanpa mengira tempat mereka bermastautin. Menurut Azhar Idrus (2012),
makanan yang disediakan itu tidak mengira sama ada dimasakkan, dibelikan oleh
suami atau mengupah orang lain untuk menyediakannya. Akan tetapi lazimnya di
Malaysia, makanan di rumah adalah disediakan oleh isteri secara suka rela dan budi
bicara isteri (Sunnahrasul, 2012).
Selain itu, pakaian juga merupakan antara nafkah yang wajib disediakan oleh
suami kepada isteri, di mana pakaian tersebut perlulah pakaian yang menutup aurat
isteri sepenuhnya sekurang-kurangnya setahun dua pasang pakaian. Tempat tinggal
adalah antara nafkah terpenting untuk wanita yang bergelar isteri, di mana suami perlu
61
menyediakan tempat tinggal kepada isteri tanpa mengira status tempat tersebut,
samada sewa, beli atau tumpang. Suami hendaklah bijak untuk menyediakan tempat
tinggal kepada isteri dengan memastikan tempat tinggal tersebut selamat, disukai isteri
dan tidak menyakiti hati isteri. Jika pasangan tersebut tinggal di rumah ibu dan isteri
tidak sehaluan dengan ibu mertua tersebut, maka suami perlu mengasingkan tempat
tinggal isteri dengan ibu (Sunnahrasul, 2012).
Menurut Azhar Idrus, barangan keperluan isteri juga menjadi tanggungjawab
suami untuk memnuhinya. Contohnya ubat-ubatan, peralatan untuk perhiasan dan
barangan keperluan lain.
3.8.2 Rozaimi Ramle
Menurut Rozaimi Ramle (2017), dalam taklimatnya tentang kadar nafkah
mengatakan bahawa sebahagian ulama’ Syafie meletakkan keadaan isteri sebagai
ukuran kadar nafkah. Jika isteri dari golongan orang kaya maka suami wajib memberi
makan sehari dua mud (tadahan), jika isteri dari golongan yang sederhana maka ukuran
makanannya satu mud (tadahan) setengah, manakala jika isteri dari golongan orang
miskin maka makanannya hanya satu mud (tadahan) sahaja.
Walau bagaimanapun, pandangan yang lebih tepat atau majoriti ulama’
mengatakan tidak ada kadar yang boleh diletakkan kepada nafkah seorang suami
kepada isteri. ‘Uruf setempat atau zaman menjadi pengukur kadar nafkah bagi seorang
suami kepada isterinya. Kadar nafkah bergantung pada kemampuan suami, bukan
bergantung pada keadaan isteri. Menurut mazhab Syafie jika suami berpendapatan
sederhana maka nafkahnya juga sederhana dan mengikut ‘uruf dimana jika cukup
keperluan untuk isteri maka cukuplah kadar nafkahnya.
Tempat tinggal sudah menjadi satu perkara utama untuk sesebuah rumah tangga.
Tempat tinggal adalah wajib disediakan oleh suami dalam keadaan selamat dan
memberi keselesaan kepada isteri (Muslim, 2017).
Mazhab Imam Syafie menggunakan dalil surah at-Talaq ayat 7, firman Allah :
مّآ ءَاتََّٰىهُ ٱََّّللُ َل يُ َكِلّ ُف٧َِِّ ِلٱَّيَُّنّلِلُّف ۡنَقۡفذُاسوا ِإَََّّسلعَةَمِآّم ءَناتََّٰىَسَهعَاِتِّّه َّۖۦَسيََوَۡجمَعنُلقُ ِٱّدَََّّلرلُ بََع ۡلَعۡيَِّده ِّرۡعُزقُۡسهُۥر فَيُۡل ۡيُسنِّرفا ۡق
62
Maksudnya : “Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut
kemampuannya dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah
dia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang
mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan)
yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan
hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah
berlakunya kesusahan.” (Q.S. Al-Talaq: 65: 7)
Dalil ini jelas mengatakan memberi nafkah kepada isteri megikut kemampuan
suami. Jika Allah sempitkan rezekinya maka sedikit nafkah yang diberikan, jika
sebaliknya maka banyaklah jumlah nafkah yang diberikan kepada isteri.
Di samping itu, Rozaimi Ramle juga menerangkan tentang nafkah perubatan
untuk isteri. Adakah perubatan isteri juga menjadi tanggungjawab suami atau terletak
di bahu isteri itu sendiri? Perubatan pada asalnya bukanlah tanggungjawab suami pada
asalnya, hal ini kerana pada zaman Rasulullah tidak memerlukan kos yang tinggi
untuk mengubati sesuatu penyakit, ia hanya memerlukan herba-herba yang tertentu
sahaja (Ramle, 2017). Zaman semakin berubah, penyakit semakin berbagai, berbahaya
dan penyakit kini memerlukan kos yang sangat tinggi untuk merawatnya sehingga
memerlukan puluhan ribu pada satu perbedahan. Maka kini perubatan sudah menjadi
tanggungjawab suami kerana secara logiknya suami boleh memberi makan dan minum
tetapi mustahil suami sanggup membiarkan isterinya menderita kesakitan dengan
penyakit yang dihadapi isteri (Muslim, 2017).
Pakaian antara perkara utama untuk disediakan kepada isteri iaitu sepasang
pakaian yang menutup aurat sehingga pakaian tersebut rosak, tetapi suami digalakkan
membeli pakaian yang baharu walaupun pakaian lama masih cantik mengikut
kemampuan. Mengikut mazhab Maliki, barang-barang yang digunakan oleh isteri
untuk melayan suami juga nafkah yang perlu disediakan oleh suami termasuk
perhiasan yang tidak memudaratkan isteri. Manakala mazhab Hanafi dan Syafie
menyatakan bahawa perhiasan yang diminta-minta oleh isteri adalah bukan
tanggungjawab suami (Muslim, 2017).
Pembantu rumah sudah menjadi trend di Malaysia kerana ia akan memudahkan
kerja pasangan suami isteri tersebut. Menurut mazhab Maliki, Hanbali, Hanafi
mengatakan bahawa pembantu rumah tidak wajib disediakan oleh suami kerana
perbelanjaan yang menjadi keutamaan. Manakala mazhab Syafie pula menyatakan
63
bahawa suami perlu menyediakan pembantu rumah kepada isteri yang sudah menjadi
kebiasaannya mempunyai pembantu rumah sebelum berkahwin. Hal ini membuktikan
kepentingan sekufu’ sebelum berkahwin supaya isu pembantu rumah tidak menjadi
sesuatu yang akan membebani suami.
3.8.3 Ulama’ Hanafi
Ulama Hanafi berpendapat bahawa kadar nafkah tidak ditetapkan oleh syarak
tetapi suami wajib memenuhi keperluan-keperluan isterinya seperti makanan dan
keperluan lain sesuai dengan tempat dan keadaan serta selera seseorang. Suami juga
berkewajipan memberikan pakaian untuk isterinya. Ulama Hanafi berpendapat
bahawa nafkah itu disesuaikan dengan kemampuan suami, bagaimanapun keadaan
isteri berdasarkan firman Allah : (Al-Mansur, 1998).
مّآ ءَاتََّٰىهُ ٱََّّللُ َل يُ َكِلّ ُف٧َِِّ ِلٱَّيَُّنّلِلُّف ۡنَقۡفذُاسوا ِإَََّّسلعَةَمِآّم ءَناتََّٰىَسَهَعاِتِّّه َّۖۦَسيََوَۡجمَعنُلقُ ِٱّدَََّّلرلُ بَعَ ۡلَعۡيَِّده ِّرۡعُزقُۡسهُۥر فَيُۡل ۡيُسنِّرفا ۡق
Maksudnya : “Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut
kemampuannya dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah
dia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang
mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan)
yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan
hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah
berlakunya kesusahan.” (Q.S. Al-Talaq:65 : 7)
أَ ۡس ِّكنُوُه َّن ِّم ۡن َحۡي ُث َس َكنتُم ِّمن ُو ۡج ِّدُك ۡم
Maksudnya: “Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di
tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu.”(Q.S. Al-Talaq:
65 : 6).
64
3.8.4 Ulama’ Syafie
Ulama Syafie berbeza pendapat dengan ulama Hanafi yang mengatakan
bahawa syarak tidak menetapkan adanya batas kadar nafkah. Menurut Syafie nafkah
itu tertentu kadarnya, beralasan dengan firman Allah :
ُِلّيُنِّف ۡق ذُو َسَعة ِّمن َسَعِتِّّه ّۦَۖ َوَمن قُ ِّدَر َعلَۡيِّه ِّرۡزقُهُۥ فَ ۡليُنِّف ۡق َِِّمّآ ءَاتََّٰىهُ ٱََّّلل
Maksudnya : “Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut
kemampuannya dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah
dia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang
mampu).” (Q.S. Al-Talaq: 65: 7).
Sekalipun sependapat dengan mazhab Hanafi tentang kemampuan suami
sebagai dasar untuk menetapkan nafkah, dengan melihat kekayaan suami, tetapi
mereka menyatakan bahawa Allah membezakan yang kaya dengan yang miskin.
Allah mewajibkan atas keduanya, tetapi Allah tidak menetapkan kadarnya kerana
itu harus ditetapkan atas dasar ijtihad dan ukuran yang terdekat ialah kadar makanan
yang dipergunakan untuk membayar kifarah kerana makanan itu untuk menghilangkan
lapar (Al-Mansur, 1998).
Menurut al-Mansur (1998), jumlah paling banyak kifarah adakah sebanyak dua
mud (satu mud = sekati atau enam auns) dan sekurang-kurangnya satu mud iaitu
kifarah orang yang bersetubuh dengan isterinya pada siang hari ketika bulan Ramadan.
Apabila diambil tengah-tengahnya bererti satu setengah mud, jumlah ini dapat dibayar
oleh orang kaya mahupun orang miskin. Hal ini kerana bayaran ini ringan dan ini
adalah kadar nafkah yang ditetapkan iaitu satu setengah mud.
Apabila pintu untuk memenuhi kehendak kaum wanita dibuka tanpa batas,
pasti akan timbul pertelingkahan yang tidak akan selesai. Hal ini menunjukkan nafkah
harus ditentukan kadarnya dengan ma’ruf.
3.9 RUMUSAN BAB
Bab ini dapat dirumuskan bahawa nafkah kepada isterinya tidak mempunyai
kadar yang ditetapkan oleh al-Quran. Allah tidak menyebut atau menyatakan secara
65
khusus di dalam kitab-Nya kadar nafkah seorang suami kepada isterinya. Berdasarkan
surah at-Talaq ayat 7 menunjukkan bahawa Allah tidak menyatakan jumlah atau
nilai nafkah suami kepada isteri dan keluarga. Menurut kitab-kitab tafsir yang telah
dikaji, bahawasanya kadar nafkah seorang suami kepada isteri dan keluarga adalah
mengikut kemampuan suami. Kemampuan suami adalah kunci kepada nilai nafkah
suami kepada isteri dan keluarga.
Allah menyatakan bahawa :
“Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang
diberikan Allah kepadanya.” (Q.S: At-Talaq:65 : 7)
Kitab-kitab tafsir yang dikaji menunjukkan menyatakan bahawa jika banyak
rezeki yang diberikan oleh Allah kepadanya, maka banyak nafkah yang perlu
diberikan kepada isteri dan keluarga. Kitab-kitab tafsir ini menjelaskan bahawa
nafkah seorang suami kepada isteri tidak terletak kepada kehendak isteri tetapi ia
terletak kepada kemampuan suami. Bab ini juga menjelaskan kadar nafkah menurut
ulama’ iaitu ulama’ Syafie dan pendapat ulama’ Hanafi. Majoriti ulama’ Hanafi juga
meletakkan kemampuan suami sebagai pengukur nilai atau jumlah nafkah suami
kepada isteri dan keluarga. Manakala ulama’ Syafie pula meletakkan jumlah
minimum nafkah suami kepada isteri dan keluarga iaitu satu mud atau jumlah satu
tadahan. Selain itu, bab ini juga menyatakan pendapat beberapa agamawan seperti
Azhar Idrus dan Rozaimi Ramle. Menurut Azhar Idrus, nafkah suami kepada isteri
adalah mengikut keperluan isteri daripada segala aspek dan mengikut ‘uruf keadaan
isteri. Walau bagaimanapun, Rozaimi Ramle menyatakan bahawa nafkah suami
kepada isteri mengikut keadaan isteri sebelum berkahwin iaitu ketika isteri bersama
ibu bapa mereka sama ada kaya, sederhana atau miskin. Keadaan ini tanpa mengira
akan kemampuan suami ketika selepas perkahwinan kerana nafkah adalah
tanggungjawab suami kepada isteri dan keluarga.
BAB IV
PENERIMAAN DAN PENOLAKAN TERHADAP SUAMI
BERPENDAPATAN RENDAH DARIPADA ISTERI
66
4.0 PENGENALAN
Bab ini akan mengenalpasti penerimaan dan penolakan isteri sebelum perkahwinan
terhadap suami yang berpendapatan rendah daripada mereka. Hal ini akan menjelaskan
penerimaan isteri terhadap calon suami yang berpendapatan lebih rendah daripada
mereka. Bagi mendapatkan data ini, metodologi temu bual digunakan untuk kepastian
mengenai penerimaan mereka.
Selain itu, bab ini juga akan menjelaskan penerimaan dan penolakan isteri
selepas perkahwinan terhadap suami berpendapatan lebih rendah daripada mereka.
Kajian ini bagi mendapatkankan bagaimana sikap isteri dan suami terhadap situasi ini.
Menemu bual isteri membantu bagi mendapatkan data yang lebih tepat kerana kaedah
ini adalah kaedah primier yang merupakan kaedah utama pengumpulan data.
Di samping itu, bab ini juga menjelaskan bagaimana pengurusan kewangan
keluarga yang mana pendapatan isteri lebih tinggi daripada suami dari pelbagai aspek.
Antaranya bil-bil, makanan dan perbelanjaan anak-anak sama ada diuruskan oleh isteri
ataupun suami. Secara logiknya, pasti segala pengurusan-pengurusan tersebut
diuruskan oleh isteri yang berpendapatan tinggi daripada suami.
Keseluruhan bab ini menemu bual isteri-isteri yang berpendapatan lebih tinggi
daripada suami dan suami yang berpendapatan lebih rendah daripada isteri bagi
mendapatkan data yang lebih tepat.
4.1 LATAR BELAKANG RESPONDEN
Latar belakang responden menyatakan pekerjaan dan jawatan responden suami dan
isteri bagi setiap responden.
67
RESPONDEN
PEKERJAAN SUAMI
ISTERI
Responden A Guru Sekolah Menengah Pegawai keselamatan
Responden B Jururawat Malaysia Airlines
Pelajar
Responden C Pensyarah Pekerja TNB
Responden D Penolong Juruaudit Juruteknik
Responden E Jurujual Pemandu lori
Jadual 4.1: Jadual Latar Belakang Responden
4.2 PENERIMAAN SEBELUM PERKAHWINAN
Seperti yang diketahui bahawa hidup berumah tangga mengharuskan
pembiayaan. Islam menetapkan bahawa yang bertanggungjawab dalam hal ini adalah
suami. Oleh kerana itu, mereka yang dibenarkan mendirikan rumah tangga adalah
yang mampu untuk membiayai keperluan hidupnya dan keluarganya (Gozali, 2011).
Hal ini menunjukkan pentingnya pendapatan lelaki yang ingin mendirikan rumah
tangga bersama mana-mana wanita tanpa mengira pendapatan wanita.
Suami perlu menyediakan keperluan lengkap antaranya, makan dan minum,
tempat tinggal dan pakaian. Akan tetapi jika pendapatan suami lebih rendah daripada
pendapatan wanita tersebut ia tidak menjadi masalah besar untuk keluarga itu.
Mungkin suami mampu menyediakan tempat tinggal sahaja walaupun tempat tinggal
sewaan sahaja, selama ia boleh membayarnya ia dianggap boleh memenuhi keperluan.
Sebaliknya, jika pendapatan suami tidak cukup untuk keperluan seharian sekalipun
tahap minima, walaupun ia sudah berusaha kuat, ia dikategorikan tidak dapat
memenuhi keperluan.
Berikut adalah penerimaan responden sebelum perkahwinan :
4.2.1 Responden A
Responden A merupakan seorang guru sekolah menengah bagi mata pelajaran
ekonomi. Manakala suaminya seorang pengawal keselamatan di lapangan terbang
68
Pulau Pinang yang mana pendapatannya lebih rendah berbanding isterinya. Pasangan
ini telah mendirikan rumah tangga selama hampir 14 tahun dan dikurniakan tiga orang
cahaya mata. Perkahwinan ini adalah pilihan mereka sendiri dan mendapat persetujuan
keluarga masing-masing.
Menurut beliau, sebelum perkahwinan pendapatan mereka adalah setaraf
antara satu sama lain, Namun selepas 5 tahun perkahwinan mereka responden A
menukar pekerjaan sebagai seorang guru sekolah menengah. Maka tidak timbul isu
halangan keluarga atau tanggapan responden A kepada suaminya sebelum
perkahwinan mengenai isu kewangan.
4.2.2 Responden B
Responden B adalah suami yang berpendapatan lebih rendah daripada
isterinya. Responden B ini merupakan seorang pelajar, pada waktu yang sama beliau
melakukan perkerjaan sementara, manakala isterinya merupakan seorang jururawat
sebuah hospital di Ipoh. Responden B ini mendirikan rumah tangga hampir 2 tahun
dan dikurniakan seorang cahaya mata. Perkahwinan mereka merupakan pilihan
mereka sendiri dan ketika itu responden B ini masih seorang pelajar, manakala
isterinya sudah bekerja sebagai jururawat.
Menurut responden B, beliau menerima isterinya bekerja dan isterinya
menerimanya sebagai pelajar yang melakukan pekerjaan sementara sebagai penjual
insurans. Menurutnya lagi, mereka saling melengkapi satu sama lain dalam pelbagai
perkara.
Soalan kepada responden B :
“Pandangan keluarga dan kawan-kawan semasa sebelum berkahwin ? yela
pendapatan encik kan lagi endah daripada isteri.”
Jawapan responden B :
“Dari segi keluarga, pandangan mereka tak kisah pun janji saling tolak ansur,
saling memahami lah. Kalau si suami tak berapa banyak gaji tapi ada juga
gaji daripada tak ada langsung kerja. Ha tu lah. Kalau dari segi kawan-kawan
banyak bagi dorongan lah. Contoh kawan saya Ruzaini, bila jumpa, lepak-
lepak dia cakap “kalau dah kahwin ni yap, kerja keras lah sikit” kawan-
69
kawan memberi dorongan yang positif lah. Keluarga mertua menerima
dengan hati yang terbuka. Susah kan nak jumpa lelaki yang tak kerja lagi tapi
nak kahwin. Mana mau. Macam mana nak bagi makan kan. Ada tapi tak
banyak lah, nak makan sebulan, dua bulan. Itulah dia. Tapi pada asalnya
keluarga mertua memanglah agak tidak setuju dengan perkahwinan ini. Yela
kan anak dia bekerja kita tak. Tapi setelah kita explain, kita usaha lama-lama
dia ok je menerima kita. Yang penting usaha kita lah nak dapatkan seseorang
tuh.”
Ketika sesi temu bual dan sesi rakaman telah tamat, responden B menceritakan
bahawa hakikatnya, kakak responden B tidak bersetuju dengan perkahwinan mereka
pada awalnya. Kakak responden B tidak bersetuju dengan perkahwinan mereka kerana
responden B masih lagi seorang pelajar dan tidak mempunyai pendapatan yang tetap
untuk menyara keluarga mereka akan datang. Kewangan responden B ketika itu tidak
stabil untuk mendirikan rumah tangga, akan tetapi responden B mempunyai wang
simpanan yang cukup untuk membiayai kos majlis perkahwinan di kedua-dua belah
pihak. Oleh kerana itu, kakak responden B bersetuju dengan perkahwinan mereka
walaupun responden B masih belajar dan isterinya telah bekerja.
4.2.3 Responden C
Responden C merupakan seorang pensyarah di sebuah universiti dan suaminya
merupakan seorang pekerja di Tenaga Nasional Berhad (TNB). Perkahwinan di atas
pilihan sendiri ini telah didirikan hampir 10 tahun dan dikurniakan seramai empat
orang anak. Menurut beliau, pendapatan suaminya rendah daripadanya adalah sejak
dari sebelum perkahwinan mereka lagi. Menurut responden C ini, beliau menerima
keadaan ini dengan redha kerana taraf pelajaran mereka juga tidak sama, perkara yang
paling penting adalah masing-masing mengetahui keadaan masing-masing.
Menurutnya tentang penerimaan keluarga kedua-dua pihak :
“Alhamdulillah lah, so far dari segi keluarga memang tak ada masalah. Sebab
keluarga saya dan keluarga dia pun bukan daripada keluarga yang berada.
Dari segi penerimaan tu tak ada masalahlah. Memang both side terimalah
gaji saya tinggi dan gaji suami rendah. Memang tak ada masalah lah bab tuh.
Memang dua-dua family pun tahulah so tak ada masalah lah.”
4.2.4 Responden D
Responden D merupakan seorang Penolong Juruaudit, manakala suaminya
seorang Juruteknik Kereta Api Tanah Melayu (KTM) di Kuala Lumpur. Pendapatan
responden D jauh lebih tinggi berbanding suaminya semenjak sebelum mereka
70
mendirikan rumah tangga lagi. Mereka mempunyai 4 orang anak sepanjang 25 tahun
mendirikan rumah tangga ini dengan pilihan mereka sendiri.
Menurut responden D :
“Masa tu ok lah. Ok. Boleh terimalah.”
Menurut responden D, penerimaan keluarganya pada ketika itu sangat baik.
Hal ini kerana, keluarga di sebelahnya kebanyakan isteri berpendapatan lebih tinggi
daripada suami, begitu juga sebelah suaminya. Responden D disoal tentang bagaimana
pandangan rakan-rakannya dengan keadaan keluarganya yang mana isteri
berpendapatan lebih tinggi daripada suami, responden D menyatakan bahawa rakan-
rakannya juga sama seperti beliau.
Menurutnya :
“Ok. Apa yang saya tengok, di KL ni kebanyakannya macam tu
termasuklah kawan-kawan saya. Gaji isteri lebih tinggi daripada suami.
Ada kawan saya gaji dia lagi tinggi daripada suami dia and dia berpisah.
Tapi perpisahan tu sebab ada orang ketiga. Dia ada orang ketiga tu mesti
berpendapatan suami dia kan. So dia akan cerai lah. Keluarga, keluarga dia
tak akan cakap “kau tak boleh kajwin dengan dia sebab dia gaji rendah.”
Kalau kita dah saling macam, suami ni dah tahu kan dia tak boleh nak
uruskan pengurusan kewangan tu, so dia kena lah jaga anak dan rumah.
keluarga dia tak akan cucuk-cucuk.”
4.2.5 Responden E
Responden E merupakan seorang jurujual sebuah syarikat swasta manakala
suaminya merupakan seorang pemandu lori. Mereka sudah mendirikan rumah tangga
selama dua tahun dan dikurniakan seorang anak yang masih kecil. Menurut responden
E, beliau menerima suaminya seadanya sebelum perkahwinan kerana itu adalah
kemahuannya 100 peratus. Hal ini kerana katanya beliau tidak mencari seorang yang
kaya tetapi cukup mempunyai pendapatan yang tetap, mampu memberi nafkah
kepadanya dan seorang yang bertanggungjawab.
Menurutnya lagi, keluarganya tidak menghalang perkahwinannya kerana itu
adalah kehendaknya. Manakala ibu mertuanya juga lebih menerimanya dengan baik
kerana ibu mertuanya tidak mengetahi jumlah pendapatannya sejak sebelum
perkahwinan lagi.
71
Menurut responden E, rakan-rakan sekelilingnya pernah merendah-rendahkan
dirinya kerana berkahwin dengan suami yang berpendapatan lebih rendah
berbandingnya.
Menurutnya :
“Ramai kawan yang rendahkan kita. Itu biasa yang cakap “kau sampai bila
nak tanggung dia” itu biasa. Saya ketepikan je apa yang diorang kata “eh
ok lah, aku ok je. Kalau duit banyak pun dia tak ada dengan kita masa tu
tak bahagia juga” itulah. Tapi akak tak nafikan lah gaji kecil semua. Dia ok
lah dia boleh dapatkan apa yang dia nak.”
Responden E menyatakan bahawa beliau tidak akan membuka aib atau
menjatuhkan air muka suaminya dihadapan rakan-rakannya. Menurutnya, air muka
suami perlu dijaga walau bagaimana sekalipun keadaan suami atau sifat suami.
4.3 PENGURUSAN KEWANGAN KELUARGA
Pengurusan kewangan keluarga adalah menjadi tanggungjawab suami atau
ketua keluarga. Pengurusan kewangan keluarga lebih dikenali sebagai keperluan
keluarga, antaranya, pakaian, pendidikan, kenderaan, tempat tinggan dan keperluan
dapur. Daripada pandangan mata masyarakat, segala keperluan dan pengurusan
kewangan adalah menjadi tanggungjawab suami sebagai ketua keluarga untuk
menanggung segala keperluan.
Namun begitu, hal ini menjadi satu tanda tanya jika isteri yang berpendapatan
lebih tinggi daripada suami. Suami yang mempunyai pendapatan lebih rendah daripada
isteri berkemungkinan tidak mampu untuk menanggung keluarga yang besar pada
zaman milenia ini.
Berikut adalah pengurusan kewangan keluarga menurut responden :
4.3.1 Responden A
Responden A merupakan seorang guru sekolah menengah manakala suaminya
merupakan pegawai keselamatan Malaysia Airlines. Pengurusan kewangan keluarga
72
mereka telah dibahagikan bersama-sama iaitu sama-sama membiayai kewangan
keluarga.
Menurut responden A :
“kita sama-sama lah dari segi pembayaran. Macam dia ada rumah satu lagi
di Pulau Pinang, dia selesaikan bil rumah tu.memang kami dah bahagi
sama-sama dah lah. Memang tak tengok pun, tak pandang pun macam gaji
siapa banyak ka lebih ka. Ok macam suami saya, dia bayar bil rumah sana,
dia bayar kereta, bil-bil kat rumah ni dia bayar.”
Responden A menyatakan bahawa pengurusan kewangan keluarga mereka
ditanggung bersama. Majoriti pengurusan kewangan keluarga ini diuruskan oleh
suami dan dibantu oleh isteri yang berpendapatan lebih tinggi daripada suami.
Menurutnya lagi, pengurusan kewangan anak-anak atau perbelanjaan sekolah anak-
anak mereka ditanggung oleh isteri sepenuhnya. Hal ini kerana responden A
dinasihatkan oleh ayahnya untuk membantu suami menguruskan kewangan dan
persekolah anak-anak memandangkan pendapatannya lebih tinggi daripada suaminya.
Keperluan dapur dan keperluan rumah adalah tanggungjawab mereka bersama, jika
suami tidak mampu maka isteri membantu membiayainya, begitu juga sebaliknya.
Menurutnya lagi, suaminya tidak mempunyai gaji yang tetap kerana suaminya
mempunyai gaji kerja lebih masa. Jika kewangan keluarga mereka memerlukan jumlah
yang tinggi, maka suaminya akan bekerja lebih masa untuk membantu isteri dalam
pengurusan kewangan keluarga. Tambahan lagi, responden A mempunyai hutang
rumah yang mereka tinggal bersama ketika ini, maka pendapatan responden A tidaklah
tertumpu kepada pembiayaan sekolah anak-anak semata-mata.
4.3.1 Responden B
Responden B merupakan seorang pelajar manakala isterinya seorang
jururawat. Menurutnya pengurusan kewangan keluarga mereka lebih diuruskan oleh
isterinya yang mempunyai pekerjaan tetap. Menurutnya, isterinya menanggung semua
bil-bil dirumah, bil kereta dan keperluan dapur, manakala responden B pula
membiayai keperluan anak dari perlbagai aspek.
Menurutnya mereka telah merancang pada masa akan datang, responden B
akan memikul tanggungjawab itu kembali sepenuhnya jika beliau telah tamat
pengajiannya. Menurutnya lagi, buat sementara ini, responden B lebih fokus kepada
73
pelajarannya kerana sekarang beliau sedang berada pada semester akhir Ijazah Sarjana
Muda dan isterinya banyak membantu dalam pengurusan kewangan keluarga. Segala
perbelanjaan responden B ditanggung oleh isteri sepenuhnya sepanjang pengajiannya
pada semester akhir ini sehingga beliau tamat pengajiannya.
4.3.3 Responden C
Responden C merupakan seorang pensyarah dan suaminya seorang pegawai di
TNB yang mendirikan rumah tangga hampir 10 tahun. Pengurusan kewangan keluarga
mereka tidak menjadi isu besar, kerana mereka telah mempunyai perjanjian bersama
dalam pengurusan kewangan keluarga. Semua pengurusan rumah dan bil-bil keluarga
diuruskan oleh suami manakala segala yuran atau keperluan sekolah anak-anak adalah
menjadi urusan isteri yang berpendapatan tinggi. Anak-anak mereka bersekolah atau
mendapatkan pendidikan di sekolah swasta Islam yang mempunyai yuran yang tinggi
bagi setiap seorang pelajar.
Menurutnya segala keputusan dalam perbelanjaan dibincang bersama seolah-
olah gaji mereka seperti dikongsi bersama bukan seperti sebaliknya di mana responden
C membelanjakan pendapatannya secara sendirian. Menurut responden C lagi, nafkah
zahir seorang suami kepada isteri tidak pernah dilupakan walaupun pendapatannya
lebih tinggi daripada suami. Suami responden C ini tidak pernah melupakan
tanggungjawabnya sebagai seorang suami yang perlu memberi nafkah kepada isteri
tanpa mengira pendapatan isteri dan pendapatannya.
4.3.4 Responden D
Responden D merupakan seorang penolong juruaudit manakala suaminya
seorang juruteknik KTM dan mempunyai 4 orang anak dalam tempoh 25 tahun
perkahwinan.
Menurut responden D :
“Pengurusan kewangan keluarga sama-sama bayarlah. Kalau macam,
setakat mana yang dia mampulah yang lain saya lah yang bayar.”
Responden D menyatakan bahawa pengurusan kewangan keluarga adalah
tanggungjawab mereka bersama sebagai suami dan isteri dalam keluarga. Responden
D akan membantu suaminya dalam pengurusan kewangan keluarga dengan cara
menambah pembiayaan yang tidak dapat dilunaskan oleh suaminya.
74
4.3.5 Responden E
Responden E menyatakan bahawa pengurusan kewangan keluarga mereka
ditanggung oleh suami semampunya.
Menurut responden E :
“Dia, saya akan tetapkan bayaran basic dia. Dia akan bayar rumah RM650
tu memang dia kena ketepikan lah memang tanggungjawab dia. Anak dia
RM500, nafkah dia pada saya RM300, dapur RM300 dan baki baru dia
punya lah. Kadang-kadang barang dapur dia tak lah jugak. Kadang-kadang
saya. Sama-sama lah macam tuh.”
Setelah dilihat, suami responden E menguruskan kewangan keluarga dengan
baik tetapi perlu diaturkan oleh responden E secara terperinci. Menurutnya lagi,
pendapatan suaminya hanya cukup untuk keperluan keluarga sahaja, malahan
kadangkala beliau perlu menambah beberapa jumlah bagi menyempurnakan
kewangan keluarga mereka. Pada setiap hujung bulan, responden E akan
membahagikan pendapatan suaminya kepada perkara-perkara yang dinyatakan di atas.
Responden E menyatakan bahawa beliau tidak pernah mengambil atau meminta wang
selain daripada keperluan rumah dan nafkah daripada suaminya sebaliknya beliau akan
menambah apa yang diperlukan.
Menurut responden E, jika mereka sekeluarga mahu bercuti atau mempunyai
keinginan untuk sebarang kehendak, segala perbelanjaan ditanggung olehnya.
Responden E menyatakan bahawa suaminya tidak mengetahui secara khusus jumlah
pendapatan bulanannya, hal ini kerana suaminya malu akan keadaan dirinya sebagai
seorang suami yang berpendapatan lebih rendah daripada isterinya.
4.4 PENERIMAAN ISTERI BERPENDAPATAN LEBIH TINGGI
DARIPADA SUAMI
Penerimaan isteri berpendapatan yang lebih tinggi daripada suami adalah satu
perkara yang penting dalam sesebuah keluarga yang mana isteri berpendapatan lebih
tinggi daripada suami.
75
4.4.1 Responden A
Responden A merupakan seorang guru sekolah menengah dan suaminya
seorang pengawal keselamatan Malaysia Airlines. Responden A menyatakan bahawa
beliau tiada masalah dalam isu kewangan atau pendapatan mereka suami isteri kerana
mereka mendirikan rumah tangga sebelum pendapatan beliau tinggi daripada
suaminya. Hal ini kerana mereka merancang pengurusan kewangan keluarga dengan
baik walaupun pendapatannya lebih tinggi daripada suaminya.
Responden A menyatakan pendapatnya mengenai isu isteri berpendapatan
tinggi daripada suami, menurutnya jika seorang perempuan itu memandang akan
kewangan lelaki maka kebahagiaan mereka tidak kekal lama. Perempuan mencari
lelaki yang mampu menjaga mereka dengan baik dan membahagiakan mereka bukan
kewangan mereka yang menjadi keutamaan.
Menurutnya lagi :
“Kalau kita nak duit sahaja baik cari lelaki kaya. Kalau kita nak hidup
bersama-sama lelaki, lelaki yang boleh jaga kita, kalau ada rezeki kita ada
anak-anak, kita fikir kita hidup kat dunia ni bukan lama pun kan. Jadi kita
nak hidup yang ke arah yang lebih baik kan.”
Menurut responden A rezeki selepas berkahwin akan hadir kerana Allah akan
memberi rezeki kepada sesiapa yang berkehendak melakukan kebaikan. Hal ini kerana
beliau berkongsi pengalamannya diberi rezeki menjadi seorang guru sekolah
menengah selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga bersama suaminya.
Menurutnya lagi, tidak perlu mencari lelaki yang berduit tetapi cari lelaki yang baik,
yang bertanggungjawab, baik dengan keluarganya dan keluarga wanita tersebut kerana
kewangan tidak menjamin kebahagiaan.
4.4.2 Responden B
Responden B merupakan seorang suami yang masih belajar manakala isterinya
bekerja sebagai seorang jururawat. Menurut responden B, isterinya seorang yang tidak
berkira dalam aspek kewangan. Katanya isteri responden B menerimanya dengan
terbuka.
Responden B menyatakan pendapatnya tentang isu ieteri berpendapatan lebih
tinggi daripada suami, yang mana suami janganlah melepaskan wanita yang telah
76
membantu mereka dalam aspek kewangan. Menurutnya lagi, beliau begitu terhutang
budi dengan isterinya yang banyak membantunya dalam kewangan keluarga dan
dirinya sendiri. Responden B menyatakan bahawa kaum lelaki jangan mengambil
kesempatan terhadap kaum wanita yang berpendapatan tinggi dengan melepaskan
tanggungjawab kepada keluarga.
Responden B menyatakan :
“Lelaki ini, akan diuji bila ada semuanya. Bila dia tak ada apa-apa dia tidak
akan diuji.kalau ada duit mesti akan rasa suka hati lah nak buat apa, nak
beli, itu satu ujian.”
Responden B menyatakan bahawa lelaki akan diuji ketika mempunyai
segalanya terutama kewangan yang stabil atau berpendapatan tinggi di mana
mereka akan lebih boros dalam perbelanjaan mereka. Menurutnya lagi, lelaki
menghabiskan duit adalah dengan sering keluar mengembara bersama rakan-
rakan, menghabiskan duit dengan permainan video dan membeli belah
barangan yang berkos tinggi.
4.4.3 Responden C
Responden C merupakan seorang pensyarah dan suaminya seorang pegawai
TNB yang telah mendirikan rumah tangga hampir 10 tahun.
Menurut responden C :
“Kalau lebih pada pengalaman saya tak ada masalah lah kan. Saya ok je,
cuma sebelum nak dirikan rumah tangga tu kena tahu lah pendapatan and
kerja dia macam mana. Macam saya dah tahu kan, so tak ada masalah lah.
Supaya tak timbul isu ini dikemudian hari.”
Responden C menerima suaminya dengan berpendapatan lebih rendah
daripadanya, hal ini kerana responden C telah mengetahui pendapatan suami sebelum
mendirikan rumah tangga. Walau bagaimanapun, responden C, menyatakan bahawa
sebelum mendirikan rumah tangga wanita wajar untuk mengenali atau mengetahui
pendapatan dan pekerjaan bakal suami supaya tidak berlaku sebarang masalah
sepanjang perkahwinan.
Responden C menyatakan bahawa pendidikan sangat penting untuk semua
lapisan masyarakat terutamanya remaja atau pemuda-pemuda sama ada lelaki atau
77
perempuan. Hal ini kerana pendidikan akan menentukan pendapatan seseorang sama
ada lelaki atau perempuan. Menurutnya, perempuan perlu mempunyai taraf
pendidikan yang tinggi untuk keselamatan diri sendiri di masa hadapan sekiranya
berlaku sesuatu yang tidak diingini sepanjang berkeluarga.
4.4.4 Responden D
Responden D merupakan penolong juruaudit manakala suaminya juruteknik
Kereta Api Tanah Melayu (KTM) yang mendirikan rumah tangga hampir 25 tahun.
Responden D menerima suaminya yang berpendapatan lebih rendah daripadanya
tanpa sebarang masalah. Menurutnya walaupun pendapatan isteri lebih tinggi
daripada suami, isteri tetap wajib menghormati suami sebagai ketua keluarga.
Responden D menyatakan bahawa, oleh kerana pendapatan suaminya rendah
daripada beliau maka suaminya membantu menguruskan kerja rumah dan
menguruskan anak-anak. Hal ini dapat meringankan beban isteri yang harus
menguruskan rumah dan anak-anak walaupun penat bekerja untuk menguruskan
kewangan keluarga.
4.4.5 Responden E
Responden E menyatakan bahawa beliau menerima suami yang berpendapatan
lebih rendah daripadanya dengan baik selagi sama-sama saling menanggung kesulitan
dalam rumah tangga. Dalam hal ini juga, responden E dilihat tidak menggalakkan
wanita untuk berkahwin dengan lelaki yang berpendapatan lebih rendah daripada
suami malahan tidak juga beliau menghalang untuk berkahwin dengan lelaki
berpendapatan lebih rendah.
Menurutnya :
“Tapi tak sedap lah kan. Sampai bila kita nak bekerja. Tiba masa kita pun
nak berehat, nak rasa duit dia, jaga anak kat rumah je kan. Tak nak asyik
kita je. Tapi tak tahu lah dia, mungkin belum ada rezeki nak tambah lagi
gaji ke. Saya pun takut juga sejak ada master ni, sebab kita perempuan, nak
sampai mana ja. Ni pun dah berbunyi kalau bersalin lagi dapat anak lagi ni
anak tak ada orang jaga kan. Kalau dia suruh kita berhenti kerja, alamak
lagi pening. Saya bayar duit anak RM1000 pun tak apa. Bayar suku dari
gaji saya pun tak apa.”
78
Daripada kenyataannya di atas, dapat dilihat bahawa responden E tidak
menggalakkan wanita-wanita untuk berkahwin dengan lelaki yang berpendapatan
lebih rendah. Responden E yang mendirikan rumah tangga hampir dua tahun ini
menyatakan bahawa suaminya sudah mula menzahirkan kerisauan pengasuh jika
mereka dikurniakan anak kedua. Hal ini menunjukkan bahawa bukan pengasuh yang
menjadi kerisauan utama, malahan tentang upah pengasuh yang kini semakin tinggi.
Responden E menyatakan kesanggupannya untuk membiayai kos pengasuh anak-
anak daripada beliau terpaksa berhenti kerja dan menjadi suri rumah.
Walau bagaimanapun, responden E menyatakan bahawa kejayaannya tidak
perlu dibanggakan dengan suami kerana menurutnya, kejayaannya hari ini adalah
keberkatan doa suami yang sentiasa mendoakannya. Responden E menceritakan
terdapat pasangan yang mana hanya isteri menanggung pengurusan kewangan
keluarga, malahan mereka mempunyai kewangan yang mencukupi buat sekeluarga
mereka. responden E lebih mementingkan redha Allah .
4.5 RUMUSAN BAB
Daripada temu bual yang dilakukan bersama responden-responden yang
dipilih, dapat disimpulkan bahawa isteri yang berpendapatan lebih tinggi daripada
suami menerima keadaan ini dengan baik. Meskipun pada awalnya terdapat juga kaum
keluarga yang menghalang perkahwinan ini tetapi akhirnya keluarga responden-
responden ini memberi pandangan yang positif kepada mereka. Begitu juga rakan-
rakan responden yang juga memberi pandangan yang positif. Tambahan pula, terdapat
juga rakan-rakan mereka yang mempunyai keadaan yang sama iaitu pendapatan isteri
79
lebih tinggi daripada suami kerana kebanyakan lelaki kini tidak mempunyai taraf
pendidikan yang tinggi daripada wanita. Pengurusan kewangan keluarga responden-
responden ini adalah lebih cenderung kepada isteri kerana mereka mampu untuk
menguruskan kewangan keluarga. Hal ini kerana mereka berpendapatan lebih tinggi
daripada suami. Akan tetapi, tidak dinafikan terdapat juga responden yang mengambil
tanggungjawab menguruskan kewangan keluarga bersama dengan cara mereka
membahagikan pembiayaan kewangan mengikut kemampuan masing-masing.
Seterusnya, bab ini menyatakan pendapat responden-responden terhadap isteri
berpendapatan lebih tinggi daripada suami. Majoriti responden memberi pendapat
yang positif tetapi memberi panduan atau nasihat kepada lelaki dan wanita yang ingin
mendirikan rumah tangga dengan pasangan yang berbeza pendapatan terutamanya
kaum wanita. Responden-responden ini menyatakan kepentingan taraf pendidikan
yang tinggi agar dapat membantu kehidupan mereka pada masa akan datang. Terdapat
juga responden yang menyatakan bahawa wanita perlu mengenali bakal suami dengan
baik sebelum mendirikan rumah tangga supaya tidak akan timbul sebarang
permasalahan selepas perkahwinan. Selain itu, terdapat juga responden menyatakan
kepada lelaki-lelaki yang mempunyai isteri berpendapatan lebih tinggi daripada suami
agar tidak mengambil kesempatan dan meninggalkan isteri tersebut. Bab ini
menunjukkan bahawa kewangan atau pendapatan bukan pengukur kebahagiaan
sesebuah keluarga, tetapi tolak ansur dan saling membantu satu sama lain adalah kunci
kebahagiaan.
BAB V
BENTUK-BENTUK KONFLIK RUMAH TANGGA DALAM KALANGAN
SUAMI BERPENDAPATAN RENDAH DAN ISTERI BERPENDAPATAN
TINGGI
5.0 PENGENALAN
80
Seperti yang diketahui, apabila suami melengkapi segala keperluan keluarga
dan memberi nafkah yang mencukupi kepada isteri dan keluarga, maka isteri tidak
berhak menuntut sesuatu yang bukan haknya kerana segalanya telah mencukupi untuk
dirinya dan keluarga. Tuntutan akan terjadi sekiranya suami tidak memberi nafkah
secukupnya kepada isteri dan keluarga dengan sengaja tanpa alasan yang kukuh
terhadap isu ini.
Walau bagaimanapun, isu tuntutan nafkah seperti ini akan timbul
permasalahan apabila isteri mempunyai pendapatan yang lebih tinggi daripada
suaminya dan meminta nafkah melebihi kemampuan suaminya. Dalam al-Quran dan
hadith telah dinyatakan bahawa nafkah itu berdasarkan kemampuan suami. Rumah
tangga yang mempunyai situasi di mana isteri berpendapatan lebih tinggi daripada
suami, akan mempunyai konflik antara satu sama lain terutamanya konflik kewangan.
Bab ini akan mengenalpasti konflik-konflik yang berlaku dalam rumah tangga
yang mana pendapatan isteri lebih tinggi daripada suami. Bab ini juga menyatakan
konflik rumah tangga daripada kaunselor selaku pakar kerana kebanyakan pasangan
yang mengalami konflik rumah tangga akan bertemu dengan kaunselor
bagimendapatkan nasihat dan pendapat untuk mereka.
Selain itu, bab ini juga menjelaskan kaedah yang digunakan oleh pakar iaitu
kaunselor rumah tangga bagi mengatasi pasangan yang membuat aduan tentang
konflik yang dihadapi mereka.
5.1 BENTUK KONFLIk RUMAH TANGGA DALAM KALANGAN SUAMI
BERPENDAPATAN RENDAH DAN ISTERI BERPENDAPATAN TINGGI
MENURUT SUAMI DAN ISTERI
Setiap rumah tangga yang didirikan tidak akan sunyi dengan krisi atau konflik.
Konflik adalah sesuatu yang sering melanda dalam rumah tangga daripada sekecil-
kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara.oleh itu, sekiranya tidak diselesaikan
81
dengan segera, maka ia boleh menjejaskan kehidupan rumah tangga bahkan akan
mengakibatkan penceraian.
Seramai 5 responden iaitu responden A, responden B, responden C, responden
D dan responden E yang ditemu bual bagi mendapatkan konflik-konflik yang dihadapi
mereka dengan situasi ini.
5.1.1 Responden A
Responden A merupakan seorang guru sekolah menengah. Menurutnya :
“Ada ja. Tapi tak lah teruk sangat. Sikit-sikit lah, kita bincang lah. Ok
ni beli apa. Kenapa kurang. Kita bincang lah, biasalah orang perempuan
tanya-tanya. So kita tahu lah ini untuk apa, itu untuk apa. Sebab tu selalu
lepas dah bincang tu suami saya, dia akan whatsapp apa yang dia dah
bayar, dia akan tulis “ini yang abang bayar.”
Hal ini dapat dilihat di mana pasangan ini, berjaya mengatasi konflik yang
mempunyai tanda-tanda awal pergaduhan. Pasangan ini mengambil langkah-langkah
yang benar untuk menguruskan kewangan keluarga dari segala aspek. Pasangan telah
membuat persetujuan cara pengurusan kewangan keluarga mereka dibahagi seperti
yang dipersetujui.
Menurutnya lagi, mereka memulakan pembahagian pembayaran kewangan
keluarga bermula ketika mereka mempunyai dua biji rumah. hal ini kerana mereka
perlu membayar dua biji rumah sekali gus, barang dapur, yuran anak-anak, bil-bil
kedua-dua rumah dan kereta.
5.1.2 Responden B
Responden B merupakan seorang pelajar, iaitu suami yang berpendapatan
rendah daripada isterinya. Menurutnya isu kewangan tidak sepatutnya menjadi satu isu
pergaduhan kerana perkahwinan mereka adalah persetujuan bersama ketika sebelum
berkahwin. Bertolak ansur adalah kata kunci dalam rumah tangga mereka kerana
keadaan mereka ini adalah persetujuan bersama tanpa ada pertikaian sama sekali.
Menurutnya lagi :
“Kalau nak konflik pasal duit baik tak payah kahwin.”
Menurutnya jika permasalahan kewangan yang akan menjadi isu pergaduhan,
maka perkahwinan tidak diperlukan. Hal ini berkemungkinan kerana rumah tangga
82
yang dibina masih muda iaitu seusia dua tahun perkahwinan dan konflik rumah tangga
mungkin akan muncul ketika tiga ke empat tahun perkahwinan.
5.1.3 Responden C
Responden C yang merupakan seorang pensyarah yang mempunyai suami
seorang pekerja TNB. Menurut responden ini, mereka tidak pernah menghadapi
masalah kewangan sepanjang perkahwinan mereka yang hampir 10 tahun ini. Hal ini
kerana, isteri sentiasa meminta keizinan suami untuk melakukan apa sahaja perkara
yang menggunakan perbelanjaan yang banyak. Menurutnya lagi, kebanyakan
keperluan keluarga di uruskan oleh suaminya, manakala responden C ini akan
menambah sekiranya mempunyai perkara-perkara yang perlu ditambah.
Daripada penceritaannya menunjukkan bahawa responden C ini adalah seorang
yang positif dan seorang yang menerima suaminya dengan redha dan hati yang terbuka.
5.1.4 Responden D
Responden D merupakan seorang Penolong Juru Audit dan suaminya
juruteknik KTM. Menutut responden D :
“Konflik tu biasalah dalam rumah tangga. Semua rumah tangga akan ada
masalah, konflik kan. Sikit-sikit tu biasa lah.”
Responden D tidak menyatakan konflik yang berlaku dalam rumah tangganya
berkaitan kewangan, akan tetapi dari riak suaranya dapat dinilai bahawa responden D
menyembunyikan konflik. Walau bagaimanapun, responden D berkongsi cara mereka
menyelesaikan konflik kewangan keluarga. menurutnya jika mereka menghadapi
konflik kewangan keluarga, mereka akan semak akan perkara yang menjadi keperluan.
Perkara yang menjadi keperluan akan diutamakan mereka dan perkara yang dianggap
kehendak, akan ditangguhkan dahulu.
Menurutnya :
“Yang mana satu keperluan, mana satu kehendak. Kalau yang ini
keutamaan, utamakan yang tu. Yang mana rasa boleh kita buat akan datang,
kita tolak yang tu. Sama-sama dalam perbincangan.”
Responden D menyatakan bahawa sekiranya suami hanya mampu membayar
RM300 untuk membayar kereta, maka isteri akan membayar selebihnya tanpa
83
mempersoalkan kemampuan suami. Menurutnya lagi isteri tidak sepatutnya memberi
tekanan kepada suami untuk mendapatkan pendapatan yang tinggi jika itu melangkaui
kemampuan suami kerana padanya hal ini akan meruntuhkan motivasi diri suami.
Menurutnya lagi, jika suami mempunyai usaha untuk bekerja lebih masa perlu
dilihat dar segi pendapatan mengikut kiraan jam. Jika suami melakukan kerja lebih
masa dan menjana pendapatan yang sedikit untuk satu jam, maka suami boleh hanya
menguruskan rumah, anak-anak dan pengurusan rumah. Manakala, jika isteri mampu
menjana pendapatan yang tinggi untuk pekerjaan lebih masa, maka isteri teruskan
bekerja lebih masa tersebut dan suami pula menguruskan rumah.
Di samping itu, responden D berkongsi konflik rumah tangga rakannya yang
mana isteri berpendapatan lebih tinggi daripada suami. Keadaannya di mana isteri yang
mempunyai pendapatan tinggi ini mempunyai lelaki simpanan yang berpendapatan
jauh lebih tinggi. Hal ini kerana wanita ini beranggapan bahawa ia layak untuk bersama
dengan lelaki yang setaraf berbanding suaminya yang berpendapatan rendah.
Responden D ini sering mengulangi kenyataan di mana suami yang berpendapatan
rendah daripada isteri perlu menguruskan rumah dan anak-anak, manakala isteri
teruskan mencari rezeki dengan pendapatan yang tinggi. Walau bagaimanapun,
hormat-menghormati sangat penting antara satu sama lain.
5.1.4 Responden E
Responden E merupakan seorang jurujual di syarikat swasta manakala
suaminya seorang pemandu lori yang mendirikan rumah tangga selama dua tahun dan
mempunyai seorang cahaya mata yang masih kecil. Sepanjang dua tahun perkahwinan,
responden E berkongsi konflik kewangan yang pernah berlaku antara suami isteri yang
sukar untuk dihadapi sebagai pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga.
Menurut responden E, konflik berlaku ketika lori yang digunakan oleh suaminya tidak
dapat berfungsi kerana kerosakan selama tiga bulan. Kalau tidak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya, manakan dapat wangnya jika tak bekerja sepanjang tiga
bulan. Maka isteri responden E mengambil tanggungjawab menguruskan kewangan
keluarga sepenuhnya tanpa bantuan suami sehingga suaminya memulakan kembali
pekerjaannya memandu lori.
Menurutnya lagi, lebih tegang apabila suaminya ingin berpindah daripada
syarikat syarikat baharu yang boleh memberi pendapatan yang lebih lumayan daripada
84
syarikat asal. Proses pencarian syarikat yang baharu memberi kesukaran kepada
responden E kerana perlu membiayai suaminya sepanjang pencarian syarikat yang
baharu.
Menurut responden E :
“Dia rasa stress, sebenarnya tak perlu stress mana pun sebab saya yang
bayar semua kan. Bukan nak cakap besar ke apa. Tapi kita relax je, dia
punya stress tu. Ego dia lagi, dia rasa tak bertanggungjawab macam tu.”
Kenyataan di atas menjelaskan bahawa sepanjang konflik tersebut berlaku,
suaminya mempunyai tekanan yang agak tinggi dalam memikirkan kewangan
keluarganya. Walau bagaimanapun, responden E tidak berkira dalam pengurusan
kewangan yang diuruskannya malah memikirkan tekanan yang dihadapi oleh
suaminya. Hal ini kerana, menurutnya jika tekanan itu berlaku maka secara tidak
langsung emosi juga tidak stabil dalam segala perkara sama ada di rumah atau di luar.
Tekanan yang dihadapi suaminya adalah kerana perasaan malu atau rendah diri
seorang lelaki yang bergelar suami apabila isterinya yang menguruskan kewangan
keluarga sepenuhnya dalam tempoh yang lama.
Responden E merasa masih bertuah kerana suaminya tidak mengawal
pendapatan yang dimilikinya secara berlebihan. Menurut beliau, suaminya tidak
pernah mengetahui pendapatan bulanan yang dimilikinya dengan tepat kerana
suaminya merasa malu sebagai seorang suami yang berpendapatan lebih rendah
daripada isteri. Suami responden E terlalu merendah diri dengan isterinya kerana
merasakan bahawa ia tidak mampu memberikan apa-apa kemewahan kepada isterinya
kerana pendapatan yang rendah.
5.2 BENTUK KONFLIk RUMAH TANGGA DALAM KALANGAN SUAMI
BERPENDAPATAN RENDAH DAN ISTERI BERPENDAPATAN TINGGI
MENURUT PAKAR
Konflik-konflik rumah tangga dalam kalangan suami berpendapatan rendah
dan isteri berpendapatan tinggi menurut pakar iaitu kaunselor rumah tangga yang
pernah menghadapi pelbagai kes. Pakar-pakar yang ditemu bual adalah kaunselor dan
85
pegawai khidmat nasihat keluarga dari pelbagai latar belakang. Pakar menjelaskan
bentuk-bentuk konflik rumah tangga yang dihadapi oleh pasangan isu berdasarkan
kes-kes isteri berpendapatan tinggi daripada suami.
5.2.1 Kaunselor 1
Kaunselor 1 merupakan seorang kaunselor di Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM). Sepanjang beliau menjadi kaunselor, beliau dapati terlalu banyak
kes-kes yang seumpama ini. Menurutnya, sebahagian kes-kes yang seperti ini dapat
diselamatkan manakala separuh lagi tidak dapat diselamatkan kerana pasangan
tersebut mempunyai ego masing-masing.
Beliau berkongsi satu kisah pasangan suami iseri yang mana isteri yang
mempunyai pendapatan hampir RM20,000 sebagai pekerja swasta dan suaminya
hanya RM2000 yang bekerja sebagai pemandu sahaja. Dari sudut jumlah pendapatan
dapat dilihat terdapatnya konflik rumah tangga terutamanya dari segi pengurusan
kewangan keluarga.
Menurut beliau :
“Konflik tu jadi sebab bila isteri gaji tinggi dia ada kuasa membeli. Dia
ada kuasa membeli, yela dia ada duit kan.”
Seorang isteri yang mempunyai pendapatan yang berlipat kali ganda lebih
banyak daripada suami akan rasakan bahawa ia bebas untuk membeli apa sahaja yang
dikehendakinya. Jika seorang isteri membeli dengan keizinan atau dengan pengetahuan
suami mungkin tidak akan menjadi konflik, tetapi membeli tanpa keizinan dan
pengetahuan suami akan mendatangkan ketidakselesaan suami. Pasangan ini
menunjukkan bahawa isteri rasakan ia berkuasa untuk melakukan apa sahaja yang
dimahukan kerana segala perkara dibayar olehnya, maka disini dapat dilihat bahawa
isteri tidak lagi menghormati suami sebagai ketua keluarga. Suami yang berpendapatan
rendah ini bukanlah tidak memberi nafkah, akan tetapi isteri rasakan bahawa nafkah
yang diberikan itu tidak mencukupi untuknya. Isteri merasakan segala kemewahan
dalam keluarga mereka adalah hasil daripada pendapatannya.
Pasangan ini mempunyai seorang cahaya mata yang berumur 5 ke 6 tahun.
Menurut kaunselor 1, perkahwinan mereka ini bukanlah perkahwinan yang pertama
bagi mereka berdua. Pasangan ini mendapati anak mereka sudah mula memberontak
86
atau mempunyai tekanan dek kerana pergaduhan mereka. Oleh kerana anak, mereka
mempertimbangkan niat mereka untuk berpisah.
Selain itu, kaunselor 1 juga berkongsi satu lagi kes yang mana suaminya tidak
bekerja dan isteri yang bekerja untuk mencari nafkah dah mencari rezeki untuk
keluarga mereka. Perkara ini sudah terjadi sejak sebelum perkahwinan mereka
sehingga kini mereka mempunyai dua orang cahaya mata.
Konflik mereka berlaku apabila seorang suami yang rasakan statusnya sebagai
suami tercalar, manakala isteri pula merasakan ia berhak untuk melakukan apa sahaja
yang diingini kerana ia adalah pencari rezeki buat keluarga. Menurut kaunselor 1 isteri
ini ingin membeli sesuatu tetapi dihalang oleh suaminya kerana haknya sebagai
seorang suami untuk berkata tidak kepada isteri. Akan tetapi isteri merasakan ini satu
perkara yang tidak adil buatnya kerana kewangan keluarga diuruskan olehnya dari
semua aspek iaitu bil-bil rumah, makan, anak-anak dan sebagainya.
Menurut responden 1 :
“Memang kita explain lah “salah you all ni, rule yang Islam letakkan tu
macam lain. You all yang tak ikut fitrah tu”. Kalau fitrah yang betul, suami
mencari nafkah isteri yang duduk rumah, ataupun isteri membantu suami.
tetapi ini suami totally tak kerja langsung, jaga anak kat rumah, hantar isteri
pergi kerja dan ambil isteri balik kerja. Jadi saya betulkan balik fitrah tu.
Saya bagi homework pada suami untuk cari kerja. Lepastu saya akan
tengok baliklah suami tu dapat kerja atau tidak. Sampailah suami tu ada
kerja, dah dapat gaji semua baru saya lepaskan kes tu.”
Konflik ini berlaku kerana ini sudah melanggar fitrah keluarga. Fitrah
kekeluargaan adalah suami keluar mencari nafkah atau rezeki buat keluarga, manakala
isteri pula menjaga dan mendidik anak-anak di rumah. Apabila perkara ini sudah
menjadi terbalik, maka masing-masing mula mempersoalkan hak masing-masing. Di
mana suami mempersoalkan haknya sebagai suami atau ketua keluarga, isteri
mempersoalkan haknya sebagai seorang yang sudah bekerja keras untuk mencari
rezeki. Jika suami isteri sama-sama bekerja mencari rezeki untuk keluarga, mungkin
konfliknya tidak seperti ini dan masih boleh diterima oleh pasangan masing-masing.
5.2.2 Kaunselor 2
Kaunselor 2 merupakan seorang Pegawai Khidmat Nasihat Keluarga di
Pejabat Agama dan Adat Melayu Ipoh, Perak. Sepanjang beliau menjadi seorang
Pegawai Khidmat Nasihat Keluarga banyak kes di mana pendapatan isteri lebih tinggi
87
daripada suami, dan lebih separuh daripadanya berjaya diatasi. Beliau berkongsi satu
kes yang berjaya diatasinya iaitu isteri yang berpendapatan RM6000 ke atas manakala
suaminya RM3000 ke bawah.
Menurut kaunselor 2 :
“Konflik itu berlaku apabila semua pembiayaan rumah itu isteri yang
tanggung. Kereta, rumah malah kereta yang suami pakai adalah kereta
isteri. Lepastu anak nursery, anak dia kecil-kecil, anak dia 5 orang,
setahun sorang. Anak dia, anak dia memang tak sekolah rendah lagilah,
kecil-kecil. Jadi anak tu memang hantar nursery yang agak standard dan
memang mahal lah.”
Suami yang berpendapatan separuh daripada isterinya tidak dapat menyumbang
lebih dalam pengurusan kewangan keluarga kerana ia masih mempunyai hutang yang
perlu diselesaikan. Pengurusan kewangan keluarga bukanlah satu jumlah yang sedikit
untuk keluarga yang mempunyai anak yang ramai, maka isteri merasakan terbeban ke
atas dirinya untuk menanggung semuanya sendirian. Suami yang mempunyai
pendapatan rendah daripada isterinya ini, hanya mampu menyara dirinya sahaja dan
tidak dapat menyumbang untuk keluarga.
Pengurusan kewangan keluarga ini sememangnya diuruskan oleh isteri
sepenuhnya., tambahan pula anak-anak mereka tidak di hantar ke tadika atau taska
yang sederhana. Menurut kaunselor 2, isteri ini tidak mahu mendaftar anak-anak
mereka ke tadika atau taska yang sederhana kerana mahukan pendidikan yang terbaik
dan terjaga untuk anak-anak mereka. Sedangkan pengurusan kewangan di rumah
sahaja suami ini tidak mampu, apatah lagi mahu menyara anak-anak yang ramai di
tadika atau taska yang bertaraf tinggi dan bayarannya juga mahal.
Akan tetapi, dalam konflik ini ingin diselesaikan oleh suami dengan usaha
untuk menjana pendapatan yang tinggi dengan melakukan kerja lebih masa atau ‘over
time’ di pejabat. Apabila kerja lebih masa dilakukan oleh suami, maka isteri perlu
memahami akan keadaan suami di mana suami akan kurang masa bersama keluarga.
Walaubagaimanapun, suami yang sedang menjana pendapatan dengan
melakukan kerja lebih masa, tetap meminta supaya anak-anaknya didaftar di tadika
yang sederhana dari segi pembayaran yurannya agar ia boleh dibayar oleh suami.
Menurut kaunselor 2, isterinya menolak permintaan itu kerana pada pandangan isteri
ini, tadika atau taska yang mahal yurannya adalah yang terbaik untuk anak-anaknya.
88
5.2.3 Kaunselor 3
Kaunselor 3 merupakan seorang kaunselor di Pejabat Agama dan Adat
Melayu yang bertugas di Parit Buntar. Responden ini berkongsi salah satu kes yang
dilaporkan berkaitan dengan kajian ini dan mempunyai konflik yang tersendiri. salah
satunya adalah sepasang suami isteri yang mana suaminya tidak bekerja manakala
isterinya bekerja demi menyara keluarga kecil mereka.
Pendapatan isterinya hanya RM1500 dan ke atas demi menyara seorang anak
yang masih kecil dan memerlukan perbelanjaan yang besar. Suaminya yang tidak
bekerja hanya menguruskan kerja rumah dan menjaga anak sepenuhnya. Akan tetapi,
hakikatnya suami tidak menjalankan tugasnya seperti yang dijanjikan sebelum ini,
isteri yang pulang dari kerja dalam keadaan penat masih perlu menguruskan rumah
dan anak.
Konflik berlaku apabila isteri mula bersuara kerana setelah dirinya perlu
menguruskan rumah dan anak sedangkan ia juga yang mencari nafkah unuk menyara
keluarga mereka. Isteri merasakan dirinya terbeban dengan segala perkara dan
tanggungjawab kepada keluarga. Isteri merupakan orang yang menguruskan
kewangan keluarga sepenuhnya dari segala aspek termasuklah bil-bil rumah, anak,
barang dapur dan sebagainya.
Pasangan ini agak bernasib baik apabila mereka tidak perlu membayar bil
rumah kerana mereka tinggal bersama ibu kepada suami. Lebih membebankan apabila
suami telah mengambil langkah berani untuk meminjam wang daripada orang yang
salah iaitu ‘Ah Long’. ‘Ah Long’ bukanlah jalan penyelesaian dalam semua masalah
kewangan malahan ia boleh membawa ke arah kemudharatan seperti keluarga ini, di
mana kini pihak ‘Ah Long’ sudah berani mengganggu isteri dan anak kepada suami
yang meminjamnya. Menurut kaunselor 3, setelah beberapa sesi kaunseling, pengadu
ini tekad untuk menfailkan kes penceraian antaranya dengan suaminya.
Di samping itu, kaunselor 3 juga berkongsi kes lain yang mana seorang isteri
yang mempunyai taraf pendidikan yang lebih tinggi daripada suami dan lebih
menduganya apabila suaminya tidak bekerja. Menurutnya, isteri ini hanya merupakan
seorang pekerja kilang yang berpendapatan RM1000 ke atas yang terpaksa
menanggung kewangan keluarga sepenuhnya termasuk dua orang anak yang masih
kecil. Isteri ini hakikatnya tidak memandang bidang pekerjaan yang akan dilakukan
89
oleh suaminya tetapi suaminya pula memilih jenis pekerjaan yang akan dilakukannya.
Secara logik dapat dilihat di sini bahawa isteri yang seharusnya memilih pekerjaan
kerana taraf pendidikannya yang lebih tinggi daripada suaminya.
Konflik rumah tangga ini berlaku apabila si isteri rasakan beban kewangan itu
ditanggung oleh dirinya sahaja tanpa bantuan suaminya. Setiap bulan pendapatan isteri
tidak cukup untuk menampung mereka sekeluarga dari segi makan, minum, pakaian,
barangan anak-anak dan keperluan dapur. Isteri ini mahu menfailkan penceraian akan
tetapi rumah tangga ini berjaya diselamatkan atas nasihat dan cadangan daripada
kaunselor selepas beberapa pertemuan.
5.3 KAEDAH-KAEDAH YANG DIGUNAKAN KAUNSELOR DALAM
MENGATASI KONFLIK
Setiap kaunselor mempunyai pendapat dan cara yang berbeza untuk mengatasi
kes-kes yang berbeza mengikut situasi pasangan. Hal ini kerana setiap konflik yang
berlaku mempunyai jalan penyelesaiannya.
5.3.1 Kaunselor 1
Kaunselor 1 merupakan seorang kaunselor Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM). Ustazah Yuhanis berkongsi kaedah yang digunakannya mengikut keadaan
atau situasi sesuatu kes yang dihadapinya.
Beliau berkongsi kisah satu kes yang pernah diadukan oleh seorang isteri yang
berpendapatn jauh lebih tinggi daripada suami yang mempunyai seorang anak yang
masih kecil sekitar 5 ke 6 tahun. Kaunselor 1 menyatakan bahawa pada mulanya beliau
akan bertanya mengenai alasan atau sebab mengapa hendak berpisah dengan pasangan
secara terperinci dan beliau juga akan menceritakan kesan-kesan penceraian. Setiap
ibu bapa pasti mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka walau apa pun yang
berlaku kepada mereka, maka kaunselor 1 menggunakan anak mereka sebagai alasan
untuk tidak berpisah.
Kaunselor 1 menyatakan bahawa terdapat kemungkinan anak mereka merasa
tertekan dengan keadaan ibu bapanya yang sering bergaduh di rumah. Menurut beliau.
90
“Saya pun kata takpe lah saya ajar kepada isteri tu macam mana nak tengok
kalau kot-kot anak dia stress, sebab dia tak nak tengok anak diaorang
stress.”
Kaunselor 1 mengajarkan satu kaedah kepada isteri tersebut bagaimana cara
untuk melihat sama ada anak mereka tertekan atau tidak. Menutut beliau, isteri tersebut
perlu menggunakan kaedah ‘art teraphy’ di mana ibu perlu memberi sehelai kertas
yang kosong dan meminta anak mereka melukis apa sahaja yang bermain di fikirannya.
Pada pandangan beliau, bukan sahaja lukisan yang dilukis di atas kertas yang diberikan,
tetapi juga buku-buku lain yang pernah dilukis olehnya. Kaedah ini dapat dilihat
melalui warna yang digunakan, lukisan yang dilukis dan sebagainya.
Setelah kaedah tersebut sudah dilakukan oleh ibu tersebut, kaunselor 1 akan
melihat lukisan tersebut dan menilai bagaimana tahap tekanan yang dihadapi oleh anak
mereka. Jika ternyata anak mereka tertekan, maka niat mereka untuk berpisah itu perlu
dipertimbangkan kerana kesan kepada anak mereka adalah kesan berpanjangan. Maka
ternyatalah di mana anak adalah punca keakraban sesebuah keluarga dan pasangan,
juga anak adalah punca perpisahan itu tidak berlaku.
Kaunselor 1 berkongsi juga bagaimana beliau mengatasi satu kes yang mana
seorang isteri yang mengadu akan suaminya yang tidak langsung bekerja dan hanya
isteri yang bertungkus lumus mencari rezeki. Sebelum perkahwinan mereka sudah
sedia maklum dan telah bersetuju bahawa hanya isteri yang bekerja dan suami hanya
menguruskan rumah tangga.
Apabila isteri sahaja yang berkerah keringat untuk mencari rezeki dan nafkah
kepada keluarga, maka tinggi keinginannya untuk membeli kerana bertanggapan
bahawa ia mempunyai hak ke atas pendapatan yang dimiliki mereka. Manakala suami
pula mempunyai tanggapan bahawa ia mempunyai kuasa atau hak untuk berbicara dan
menentukan sesuatu keputusan sebagai ketua keluarga.
Kaunselor 1 menjelaskan kepada pasangan ini bahawa mereka sudah
melangkaui fitrah berkeluarga, di mana suami seharusnya keluar mencari rezeki
kepada keluarga. Manakala isteri pula yang perlu menguruskan rumah. anak-anak dan
segala pengurusan di rumah. Apabila perkara ini sudah melangkaui fitrah, maka
masing-masing tidak akan memahami tugas masing-masing dengan baik.
91
Kemudian, beliau membetulkan kembali fitrah berkeluarga dengan baik
melalui meminta suami kepada pasangan tersebut untuk mencari pekerjaan agar dapat
membetulkan fitrah keluarga mereka. Setelah beberapa minggu kaunselor 1 akan
bertemu pasangan ini kembali bagi memastikan suami pasangan ini sudah bekerja dan
dapat membiayai keluarga walaupun sedikit. Menurut beliau lagi, selepas beberapa
sesi, kehidupan mereka semakin stabil kerana suami boleh membiayai keluarga
walaupun tidak banyak tetapi sedikit dapat membantu isterinya dalam pengurusan
kewangan keluarga mereka.
5.3.2 Kaunselor 2
Kaunselor 2 merupakan Pegawai Khidmat Nasihat Keluargadi Pejabat Agama
dan Adat Melayu Ipoh. Apabila ditanyakan mengenai kaedah-kaedah yang digunakan
oleh kaunselor 2 dalam mengatasi kes-kes ini, kaunselor 2 menyatakan bahawa beliau
telah menukar kaedah yang digunakan sebelum ini.
Menurut beliau :
“Sebelum ni ustazah buat sorang demi seorang. Tapi ustazah nampak kalau
sorang-sorang tu tidak menyelesaikan masalah, dia macam seorang tu tak
tau apa masalah seorang lagi dia macam terpendam lagi.”
Menurut kaunselor 2, kaedah ini akan menyukarkan kaunselor untuk membuat
penilaian kerana kaedah ini mungkin akan ada penipuan sama ada suami atau isteri
bagi membela diri mereka sendiri. Apabila ini berlaku sudah semestinya si pengadu
akan menceritakan sikap buruk pasangan sahaja kerana mengikut emosi marah dan
benci, jadi kaunselor tidak boleh menilai sama ada kenyataan itu benar atau penipuan.
Setelah diperhatikan, beliau menukar kaedah daripada bertemu seorang demi seorang
kepada bertemu suami dan isteri secara serentak.
Kaedah ini mempunyai beberapa peringkat, peringkat pertama, kaunselor 2
akan bertemu dengan si pengadu sama ada suami atau isteri terlebih dahulu dan
melakukan sesi kaunseling bersamanya. Pada sesi ini, si pengadu akan menceritakan
segala masalah yang di hadapi bersama pasangannya dan kemudian ustazah akan
memberi beberapa tips atau beberapa cara yang boleh dilakukan kepada pasangannya.
Pada sesi kedua, beliau akan bertemu dengan si pengadu bagi mengetahui
perkembangan setelah dua minggu selepas pertemuan pertama. Menurut beliau, pada
92
sesi kedua hubungan atau masalah pasangan itu akan semakin baik walaupun hanya 20
peratus.
Hal ini kerana, kaunselor 2 menyatakan :
“Kita memang boleh marah-marah orang tapi kita tak boleh ubah orang.
Hanya Allah yang boleh ubah kita.”
Menurut ayat di atas, ketika pertemuan beliau bersama isteri atau si
pengadu, beliau akan memberi beberapa ayat-ayat al-Quran yang boleh
melembutkan hati pasangan. Antara contoh surah-surah yang diberikan adalah
surah An-Nisa’, surah Taha dan surah Al-Imran. Surah-surah ini dapat
membantu isteri atau si pengadu untuk menyentuh hati pasangan supaya
menjadi lebih baik dari sebelumnya. Oleh kerana ini, beliau menyatakan
bahawa tiada yang boleh mengubah seseorang melainkan Allah sahaja yang
berhak.
Setelah perjumpaan sesi kedua bersama si pengadu atau isteri, ustazah Junainah
akan berjumpa suami kepada si pengadu agar suami juga dapat menceritakan apa yang
berlaku antara pasangan tersebut. Pada sesi ini, beliau hanya mendengar cerita daripada
suami bagi mengenalpasti masalah pasangan ini untuk mencari penyelesaiannya.
Selepas perjumpaan bersama suami, menurut kaunselor 2 :
“Kemudian ustazah panggil dua-dua. Daripada dua tu kita tau waktu dia
tengah bercakap tu kita tau masalah dia macam mana dan kita tau dari segi
rupa. Kita bukan bercakap telefon tau kita berdepan, so kita tau itu adalah
tipu. Sebab tu kita kena jumpa dua-dua, kita tau mana yang salah mana
yang betul, itu biasanya lastlah.”
Menurut beliau, dengan kaedah ini beliau dapat mengenalpasti
kebenaran cerita dan situasi yang dihadapi oleh pasangan itu.
5.3.3 Kaunselor 3
Kaunselor 3 adalah seorang kaunselor di Pejabat Agama dan Adat Melayu Parit
Buntar, Perak yang pernah menghadapi kes-kes yang seumpama ini menyatakan
kaedah yang digunakan olehnya. Menurut kaunselor 3, Pejabat Agama bukan tempat
untuk menfailkan penceraian tetapi adalah tempat untuk mencari perdamaian antara
pasangan suami dan isteri. Kaunselor di Pejabat Agama juga adalah tempat untuk
93
mereka mencarai jalan penyelesaian dalam pertegangan yang dihadapi oleh mana-
mana pasangan.
Setiap pasangan sama ada suami atau isteri yang membuat aduan, bermaksud
mereka masih lagi megharapkan sinar kebahagiaan dalam keluarga mereka. Setiap
insan pasti mengharapkan kebahagiaan dalam kehidupan mereka, maka mendapatkan
khidmat kaunseling di Pejabat Agama merupakan salah satu ikhtiar mereka untuk
mencapai kebahagiaan. Menurutnya lagi, kaunselor mencari ruang-ruang perdamaian
dalam sesebuah rumah tangga tersebut dan setelah beberapa sesi dijalankan, maka
terserah kepada pasangan tersebut sama ada berpisah atau tidak.
Kaunselor 3 tidak menyatakan kaedah yang khusus yang digunakan untuk
mengatasi pasangan yang mengalami kes isteri berpendapatan tinggi daripada suami.
Beliau Cuma menyatakan secara tidak langsung bahawa beliau akan mengikut
bilangan sesi yang sepatutnya sahaja dan terus memberi nasihat kepada pasangan.
5.4 RUMUSAN BAB
Daripada penerangan-penerangan di atas menunjukkan bahawa wujudnya
konflik pengurusan kewangan keluarga dalam sesebuah keluarga yang mana isteri
berpendapatan lebih tinggi daripada suami. Bab ini mendapati konflik rumah tangga
yang berlaku adalah berpunca daripada suami yang tidak mengambil berat terhadap
isu kewangan keluarga. Suami bertanggapan bahawa isteri mampu menyara keluarga
dan hanya membiarkan isteri menanggung sendirian. Hal ini tidak dinafikan terdapat
juga suami yang berusaha untuk membiayai kewangan keluarga, tetapi malangnya
terdapat isteri yang tidak bersetuju dengan tidakan dan cadangan suami. Selain itu, bab
ini juga mendapati konflik rumah tangga datang daripada isteri yang mempunyai ego
94