1
KANDUNGAN Muka Surat
4
Kata Alu-aluan 5
7
Pengenalan
18
Artikel Kajian : 33
1. Penggunaan Multimedia Membantu Meningkatkan Penguasaan 60
dalam Pembelajaran Geografi Bagi Pelajar Tingkatan Enam 67
SMK Dato’ Sulaiman
Mazlyana binti Buhari dan Rosmawati binti Abd Aziz 100
SMK Dato’ Sulaiman
2. Meningkatkan Penguasaan Pelajar Tingkatan 6 dalam Subjek
Pengajian Perniagaan Semasa Amalan PdPR
Usha a/p Chundran
SMK Dato’ Bentara Luar
3. Menentukan dan Mengatasi Masalah-Masalah yang Dihadapi Oleh
Pelajar Tingkatan 6 Semester 1/2 (Penggal 1) dalam Mata Pelajaran
Pengajian Am
Nurul Hidayah binti Hashim
SMK (P) Temenggong Ibrahim
4. Menerbitkan Formula Fizik Menggunakan Carta Alir Berkonsep
Choo Ley In
SMK Dato' Bentara Luar
5. Enhancing The Speaking Performance Of Upper 6 Arts 1 Students
In Muet Speaking Test By Using Just One Minute Speech (Joms)
And Parliamentary-Style Speaking (Ps) Methods
Norfareha binti Mustaffa
SMK Tunku Putra
6. Errors Identification In Writing Using Whatsapp
Rosnizam binti Ahmad
SMK Dato’ Onn
2
Muka Surat
7. Hibiscus Rosa-Sinensis Berpotensi Sebagai Penunjuk pH. 110
Earliany Mohd Shahri 121
SMK Yong Peng 141
8. Ayat Majmuk Pancangan Keterangan dalam Novel “Jalan Seribu Liku” 157
Fariha Liyana binti Zainal, Nur Farahin binti Abd Rasid,
Siti Azzahra binti Jumaad dan Nur Afini binti Mohamad Zakir
SMK Dato' Bentara Luar
9. Persepsi, Masalah dan Cara Mengatasi Keceriaan Kelas : Satu Tinjauan
dalam Kalangan Guru Kelas Terhadap Program Keceriaan Kelas di
SMK Datuk Menteri, Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor
Mohamad Taufik bin Daroji, Nur Nabiha binti Muri, dan
Billah Batrisya binti Abdul Wahab
SMK Datuk Menteri
Penghargaan
3
KATA ALU-ALUAN
Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat
Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat, Johor
Norma baharu pendidikan memerlukan pencetusan
kreativiti bagi menjana transformasi. Ekoran
daripada anjakan ini, Penerbitan Kajian Tindakan
Prauniversiti Daerah Batu Pahat diharap dapat
menjadi pemangkin kepada budaya perkongsian
amalan kecemerlangan rakan setugas dengan
perkongsian idea melalui penulisan untuk
meningkatkan kualiti guru bagi mencapai hala tuju
“Batu Pahat Mengungguli Pendidikan Johor Pada
Tahun 2025” . Pemimpin pendidikan, guru-guru, dan
pelajar-pelajar prauniversiti sentiasa diasah untuk
berkarya agar pendidikan menjadi lebih segar dan
diwarnai dengan idea baru. Koleksi kajian tindakan
yang diterbitkan ini adalah sebagai wadah bagi guru,
pemimpin pendidikan dan pelajar-pelajar
prauniversiti bagi menghargai kesungguhan mereka
agar sentiasa tekal ke arah kualiti guru dan
kemenjadian pelajar secara berterusan. Diharapkan
dengan adanya ruangan penerbitan ini, dapatlah
guru dan warga pendidikan sentiasa menyumbang
idea dan berkongsi bersama rakan guru, pelajar-
pelajar juga masyarakat.
Terima kasih.
DR. SUHAIMI BIN ISMAIL
4
PENGENALAN
Kajian tindakan dan amalan terbaik bertujuan untuk membantu guru dan pelajar prauniversiti
menghadapi cabaran dan masalah berhubung dengan amalan pembelajaran dan pengajaran;
memperkembangkan kemahiran profesional guru khususnya mengenal pasti teknik atau kaedah
pembelajaran yang berkesan; memberi peluang untuk mengukuhkan asas pengetahuan profesion
keguruan; menyelesaikan masalah-masalah profesional tanpa arahan luar; mengeluarkan guru
daripada amalan-amalan rutin dan meningkatkan amalan-amalan profesional. Dengan ini guru
mempunyai hak milik dalam memperkenalkan amalan-amalan yang berkesan dan terkini demi
membawa pembaharuan serta kemajuan dalam pendidikan melalui refleksi kendiri dan kolaboratif
dengan pelbagai pihak.
Semoga Koleksi Kajian Tindakan Prauniversiti ini dapat membantu kecemerlangan pendidikan di
Daerah Batu Pahat.
OBJEKTIF
Objektif Koleksi Kajian Tindakan Prauniversiti Daerah Batu Pahat adalah seperti berikut:
Menyediakan platform untuk warga pendidik khasnya guru-guru membincangkan
pendekatan, amalan dan kreativiti bagi meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran
di sekolah yang menawarkan tingkatan 6.
Membuka ruang kepada guru dan pelajar prauniversiti untuk meningkatkan kefahaman
tentang isu pendidikan semasa
Menyebar luas hasil dapatan penyelidikan, kajian tindakan dan amalan terbaik bagi
melestari potensi cemerlang guru-guru dan pelajar-pelajar prauniversiti.
5
ARTIKEL
KAJIAN
TINDAKAN
6
7
Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh
pelajar Tingkatan Enam aliran Sains Sosial dalam beberapa subtopik dalam mata pelajaran
Geografi, SMK Dato’ Sulaiman, Batu Pahat, Johor dan dua orang guru terlibat dalam kajian ini.
Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan, peperiksaan pertengahan semester dan
ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan pelajar tidak mengingati proses yang terlibat dalam beberapa
subtopik dalam Geografi. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan
kefahaman dan daya ingatan. Pelajar telah didedahkan kepada penggunaan pelbagai bahan
melalui penggunaan multimedia seperti tayangan video, bahan internet dan penggunaan
MsPowerPoint. Pelajar telah didedahkan kepada penggunaan multimedia semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 12 minggu.
Keputusan ujian pasca telah menunjukkan peningkatan prestasi pelajar. Dapatan soal selidik pula
menunjukkan pelajar lebih mengingati, memahami dan seronok belajar Geografi melalui
penggunaan multimedia.
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Sewaktu mengajar mata pelajaran Geografi, kami dapati pelajar-pelajar kami kurang berminat.
Apabila diajukan soalan, mereka sering menjawab mereka faham tetapi menjawab sambil lewa.
Kami dapati kebanyakan mereka tidak dapat memberikan jawapan yang konkrit apabila disoal.
Apabila melihat situasi seperti ini kami merasa bersalah dan kami perlu memperbaiki
kelemahan yang ada pada diri sendiri. Sehubungan itu, kami telah membuat keputusan untuk
memperbaiki kelemahan diri serta mempertingkatkan pembelajaran pelajar-pelajar kami melalui
penggunaan bahan bantu mengajar yang lebih menarik iaitu mengunakan multimedia yang terdiri
daripada penggunaan Ms PowerPoint, internet, dan tayangan video.
2.0 FOKUS KAJIAN
Walaupun kami mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar, kami akan fokuskan kajian
ini kepada masalah dalam penerimaan pembelajaran. Pelajar kami tidak menunjukkan
8
minat dalam beberapa tajuk Geografi, tidak boleh memberikan idea yang kongruen serta
menirurakan untuk mendapat jawapan. Apabila amalan meniru menjadi kemestiant, ini
menyebabkan mereka tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan sempurna lebih-
lebih lagi apabila menjawab soalan peperiksaan. Kajian ini adalah penting bagi pelajar-pelajar
tingkatan enam dalam menyampaikan bahan dengan isu yang betul kerana mereka memerlukan
kemahiran berfikir, menulis serta berkeyakinan.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Umum
Tujuan kajian ini adalah untuk mempertingkat kemahiran menyampaikan semula isi kandungan
pembelajaran dalam mata pelajaran Geografi serta mepertingkat keyakinan diri supaya memberi
pendapat yang bernas bagi pelajar-pelajar tingkatan enam.
3.2 Objektif Khusus
Objektif khusus kajian ini pula adalah seperti berikut:
1. Membantu pelajar menyampaikan isi-isi penting kandungan pembelajaran dengan betul.
2. Membantu pelajar supaya menghasilkan pendapat mengikut kreativiti mereka sendiri.
3. Membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Geografi.
4. Mengubah sikap persepsi pelajar dengan mengatakan Geografi adalah mata pelajaran
yang mudah difahami.
4.0 KUMPULAN SASARAN KAJIAN
Kajian ini melibatkan 28 orang pelajar daripada tiga kelas tingkatan 6. Kelas Enam Atas Karisma
yang terdiri daripada tujuh orang pelajar lelaki dan lapan orang pelajar perempuan, kelas Enam
Atas Bestari yang terdiri daripada enam orang pelajar perempuan, dan kelas Enam Atas Jauhari
yang terdiri daripada seorang pelajar lelaki dan enam orang pelajar perempuan.
9
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
1. Aktiviti 1 : Penggunaan perisian Ms PowerPoint
2. Aktiviti 2 : Mencari bahan tambahan pembelajaran dengan melayari internet
3. Aktiviti 3 : Tayangan video berkaitan tajuk yang sedang dipelajari
Jadual 1 : Pelaksanaan Kajian
Bil Bulan Pelaksanaan
1 Januari Keputusan Ujian 1
2 Januari Penggunaan Ms PowerPoint
3 Februari Keputusan Ujian 2
4 Februari Penggunaan bahan internet
5 Februari Keputusan Peperiksaan Pertengahan Semester
6 Mac Penggunaan tayangan video
7 Mac Keputusan Peperiksaan Gerak Gempur
8 April Pengukuhan
9 April Keputusan Peperiksaan Percubaan
5.1 Tinjauan Awal Masalah
Dalam bahagian ini, tinjauan awal masalah dibuat berdasarkan ujian pra, pemerhatian, dan soal
selidik.
10
5.1.1 Ujian Pra
Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman dan
ingatan mereka mengenai beberapa tajuk dalam subjek Geografi. Item Ujian Pra merupakan item
Penilaian Kurikulum 1. Selepas kami menyemak jawapan pelajar, kami tidak memulangkan kertas
jawapan pelajar dan tidak membincangkan jawapannya, sebaliknya kami telah memperkenalkan
teknik penggunaan multimedia dalam P&P dalam tempoh 3 minggu. Selepas itu kami telah
memberikan ujian Pos 1 dengan menggunakan soalan set yang sama dengan Ujian Pra.
Penggunaan multimedia masih digunakan sehingga Ujian Pos 2 iaitu melalui Peperiksaan
Pertengahan Semester sebagai item.
5.1.2 Pemerhatian
Kami telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian dijalankan, pelajar kurang
memberi respons kepada soalan yang diajukan. Sebagaimana kebiasaannya, pelajar kurang
bersungguh dan kurang mengambil bahagian dalam aktiviti PdP yang dijalankan.
5.1.3 Soal Selidik
Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada pelajar untuk mendapatkan maklum
balas pelajar berkenaaan tajuk-tajuk dalam subjek Geografi, sebelum dan selepas penggunaan
multimedia.
Kami juga telah mengedarkan borang soal selidik kepada rakan-rakan guru yang ada dan
tiada latar belakang pendidikan Geografi untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai
penggunaan multimedia.
5.2 Analisis Tinjauan Awal Masalah
Dalam bahagian ini, analisis tinjauan awal masalah dibuat berdasarkan ujian pra, pemerhatian, dan
soal selidik.
11
5.2.1 Analisis Keputusan Ujian Pra
Guru telah menganalisis keputusan ujian pra yang dijalankan ke atas pelajar untuk mengesan tahap
penguasaan mereka.
Jadual 2 : Keputusan Markah Ujian Pra Bilangan Pelajar
Gred 0
A 0
A- 1
B+ 1
B 1
B- 1
C+ 1
C 4
C- 8
D+ 3
D 6
F 2
TH
12
5.2.2 Analisis Dapatan Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran didapati:
1. Pelajar lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan yang diajukan oleh guru secara lisan.
Mereka menjawab dengan suara yang lantang dan tidak lagi menundukkan muka apabila
guru menyoal.
2. Pelajar berjaya mengesan dan membetulkan kesalahan yang sengaja dibuat oleh guru
untuk menguji kefahaman dan ingatan pelajar.
3. Suasana pembelajaran dalam kelas lebih memberangsangkan.
5.2.3 ANALISIS SOAL SELIDIK
Pelajar telah memberikan respons positif manakala guru-guru telah memberikan komen yang
membina. Berikut adalah analisis soal selidik yang telah dijawab oleh pelajar.
Skala Likert: 1. sangat tidak setuju
2. tidak setuju
3. tidak pasti
4. setuju
5. sangat setuju
SKALA 12345
BIL
ITEM BILANGAN PELAJAR
1 Geografi merupakan subjek yang mudah 2 4 13 7 2
Geografi merupakan subjek yang mudah 3 4 15 3 3
2 dikuasai walaupun tanpa penggunaan 5 12 9 1 1
1 3 2 11 11
multimedia
Saya lebih suka menggunakan teknik
3 pembelajaran sendiri daripada penggunaan
multimedia
Saya mudah memahami subjek Geografi
4 selepas guru memperkenalkan penggunaan
multimedia
13
BIL SKALA 12345
BILANGAN PELAJAR
ITEM
Saya mudah mengingati subjek Geografi 1 1 4 15 7
5 selepas guru memperkenalkan penggunaan 1 1 2 12 12
multimedia 1 4 4 13 6
6 Saya rasa lebih seronok belajar Geografi 2 1 5 17 3
menggunakan multimedia 1 2 4 9 12
7 Saya akan menggunakan multimedia untuk
semua tajuk dalam Geografi
8 Saya akan menggunakan multimedia untuk
mata pelajaran lain
9 Penggunaan multimedia membantu
meningkatkan daya kreativiti saya
Antara komen yang telah diberi oleh guru-guru pula ialah satu pendekatan menarik dalam
meningkatkan kefahaman dan ingatan pelajar kerana penggunaan multimedia lebih ringkas dan
padat jika dibandingkan dengan nota, proses PdP lebih mudah, di samping dapat melihat secara
menyeluruh dan mengetahui hubung kait antara sub-sub topik dalam sesuatu tajuk besar.
5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Selepas pelajar menjalani Ujian Pra, kami telah meminta pelajar membawa sukatan pelajaran
sahaja semasa kelas Geografi kerana kami ingin memperkenalkan satu teknik PdP yang dapat
membantu mereka mendapat keputusan yang lebih baik.
Sebelum kami membimbing pelajar menggunakan multimedia, kami telah menerangkan
serba sedikit tentang struktur, fungsi dan cara menggunakan multimedia. Kami juga telah
menyentuh perihal kepentingan bahan bantu mengajar dalam proses PdP. Pelajar
menggunakan multimedia mengikut topik tertentu dalam sukatan pelajaran. Pelajar menjalani Ujian
Pos 1 dan Pos 2. Selepas Ujian Pos 1 dan Pos 2, kami dan pelajar akan membincangkan
14
jawapan sebagai langkah pengukuhan. Setiap kali kelas Geografi, kami mengingatkan pelajar
supaya mencari dan membuat bahan sendiri melalui multimedia untuk mengukuhkan daya ingatan.
5.4 Pelaksanaan Kajian
Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 12 minggu. Semasa kami menjalankan kajian
ini kami telah menyempurnakan sukatan pelajaran Geografi. Kami telah memperuntukkan dua
waktu PdP untuk membimbing pelajar menggunakan multimedia. Pelajar telah menjalani Ujian
Pasca 1, dua minggu selepas menggunakan multimedia dan Ujian Pasca 2, dua minggu selepas
itu. Selepas Ujian Pos 2, pelajar diminta memenuhkan borang soal selidik untuk mendapatkan
pandangan mereka tentang penggunaan multimedia. Tujuan mengedarkan soal selidik ialah
supaya pelajar lebih bebas dan selesa menjawab berbanding mendapatkn maklumat secara
temubual.
Kami juga telah menerangkan secara ringkas mengenai penggunaan multimedia kepada rakan
guru dan meminta mereka memberikan pandangan.
Berdasarkan pemerhatian kami, penggunaan multimedia berjaya membantu pelajar
meningkatkan pencapaian dalam Geografi. Pelajar berlumba-lumba hendak menjawab soalan guru,
lebih berkeyakinan dan mendapat skor yang baik semasa menjawab koleksi soalan. Kami berasa
lebih seronok, tidak lagi marah dan tidak rasa tertekan apabila masuk ke kelas. Rakan-rakan guru
juga telah memberikan komen yang membina, perangsang dan sokongan terhadap usaha kami.
Jadual 3 : Perbandingan pencapaian pelajar dalam Ujian Pra dan Pasca
Gred Bilangan Pelajar
Pos 1 Pasca 1 Pasca 2
A 0 13
A- 0 1 4
B+ 1 2 3
15
Gred Pos 1 Bilangan Pelajar Pasca 2
1 Pasca 1 5
B 1 0 4
B- 1 1 2
C+ 1 5 3
C 4 8 2
C- 8 6 2
D+ 3 2 0
D 6 1 0
F 2 1 0
TH 0
Dapatan Ujian Pra dan Pasca menunjukkan terdapat peningkatan dari segi pencapaian
pelajar. Walaupun masih terdapat pelajar yang mendapat gred lulus sebahagian (C-) ke bawah,
tetapi tiada seorang pun pelajar yang mendapat sifar berbanding dengan Ujian Pra.
5.5 Refleksi Akhir
Pencapaian pelajar dalam Ujian Pra, Pasca 1 dan Pasca 2 menunjukkan peningkatan yang agak
ketara. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan multimedia banyak membantu
pelajar meningkatkan keyakinan diri, daya ingatan dan kefahaman terhadap apa yang dipelajari di
samping menjadikan suasana PdP lebih ceria dan menyeronokkan.
16
Masih terdapat pelajar yang gagal dalam Ujian Pos 1 kerana tidak hadir ke sekolah semasa
proses PdP menggunakan multimedia. Kami sepatutnya menerangkan dan memastikan bahawa
mereka mendapatkan bahan dengan sendiri dan bukan hanya sekadar mengarahkan mereka
menyalin daripada rakan-rakan. Kami juga sepatutnya harus lebih bertegas terhadap segelintir
pelajar yang agak malas dan bersikap sambil lewa.
6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Teknik penggunaan multimedia boleh digunakan untuk semua mata pelajaran bagi membantu
meningkatkan kefahaman dan daya ingatan pelajar. Hasil daripada penyelidikan yang dijalankan,
kami dapati terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan amalan
pembelajaran pelajar. Semoga hasil kajian kami ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses
PdP lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan.
BIBLIOGRAFI
Atan bin Long (1976), Psikologi Pendidikan, Penerbit Adabi Sdn. Bhd., Kuala Lumpur
Rusly Musa dan Nurashikin Abdullah (2013), Teks Pra-U STPM Geografi Penggal 2, Pearson
Malaysia Sdn. Bhd., Selangor
17
18
Abstrak
Kajian tindakan didapati membantu guru-guru untuk membuat penambahbaikan secara
profesional dalam pengajaran dan pembelajaran secara atas talian iaitu PdPR. Budaya ini telah
dipupuk melalui beberapa cara yang telah diperkenalkan oleh pihak penggubal dasar agar proses
pembelajaran dan pengajaran dapat dijalankan secara efektif semasa pandemik ini. Kajian ini
dijalankan untuk mengatasi masalah penguasaan fakta khusus dan kata kunci huraian dalam
mata pelajaran Pengajian Perniagaan semasa PdPR. Sasaran kajian terdiri daripada 21 orang
pelajar 6A4 Teratai yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan di Pusat Tingkatan
Enam SMK Dato’ Bentara Luar. Hasil tinjauan awal menunjukkan pelajar tidak menguasai fakta
khusus dan kata kunci huraian semasa pembelajaran dan pengajaran di kelas. Kegagalan
mengemukakan fakta khusus dan kata kunci yang tepat dalam penulisan menjejaskan
pemarkahan dalam huraian dan contoh. Pengkaji mewujudkan satu saluran semasa amalan
PdPR ini agar pelajar dapat menyelesaikan masalah ini. Saluran tersebut dikenal sebagai saluran
Love PP Forever. Teknik ini merupakan saluran yang mengandungi pesanan suara
menggunakan aplikasi Telegram. Saluran ini membolehkan pelajar mendengar nota secara audio
pada bila-bila masa dengan cara paling senang, santai, fleksibel dan ekonomik. Kajian ini
mengambil masa selama tiga minggu untuk diselesaikan. Refleksi kajian menunjukkan
peningkatan penguasaan pelajar dalam mengingati dan menggunakan fakta khusus dan kata
kunci yang tepat.
Kata kunci: Amalan PdPR, meningkatkan keupayaan mengingati, fakta khusus, kata kunci,
Pengajian Perniagaan, aplikasi telegram.
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
Kajian Tindakan merupakan satu bentuk penyelidikan ringkas yang telah diperkenalkan di
peringkat sekolah. Tujuan pengenalannya adalah untuk memastikan budaya penyelidikan dapat
dipupuk dalam kalangan guru-guru. Kajian Tindakan juga didapati membantu guru-guru untuk
membuat penambahbaikan secara professional dalam pengajaran dan pembelajaran secara atas
talian iaitu PdPR. Budaya ini telah dipupuk melalui beberapa cara yang telah diperkenalkan oleh
pihak penggubal dasar agar masa pendamik ini proses pembelajaran dan pengajaran dapat
dijalankan secara efektif. Sekiranya guru-guru mampu untuk menyelesaikan masalah
19
berdasarkan Kajian Tindakan maka guru-guru mampu untuk membuat pelbagai perubahan dalam
bidang pendidkan. Kajian tindakan ini juga didapati sebagai satu medan perkongsian dalam
kalangan guru-guru untuk berkongsi idea-idea yang telah diketengahkan melalui KT. Masalah
yang dikenal pasti memerlukan tindakan penyelesaian yang terbaik agar memberi kesan yang
positif terhadap pengajaran dan pembelajaran secara talian (PdPR).
Setiap langkah yang dilakukan oleh guru perlu melibatkan satu proses akademik yang baik agar
langkah-langkah yang digunakan menjadi panduan kepada guru-guru lain. Pada era digital
revolusi terkini, bidang pendidikan tidak ketinggalan dalam mengalami transformasi ke arah
andragogi dan pedagogi secara digital. Pelaksanaan pembelajaran atas talian telah lama
dipraktikkan di negara-negara maju kerana telah dipercayai mampu memberikan pelbagai
manfaat dan kebaikan. Seiring dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan
oleh kerajaan Malaysia bagi membendung penularan wabak COVID-19, kaedah pembelajaran
atas talian merupakan suatu keperluan. Kebanyakan universiti tempatan baik awam mahupun
swasta termasuk sekolah-sekolah di Malaysia tiada pilihan lain dengan menggunakan kaedah
pengajaran dan pembelajaran secara maya bagi memastikan silibus pengajaran dapat
disampaikan dengan sebaik mungkin dan sesi pembelajaran tidak ditangguhkan. Kajian Tindakan
ini mengaji tentang bagaimana boleh mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan agar
PdPR yang dilaksanakan efektif dan berkesan agar objektif kerajaan tercapai. Hasrat ini
mendorong pengkaji untuk menjalankan kajian tindakan ini. Pengkaji percaya dengan usaha yang
berfokus dan intervensi yang bersesuaian, PdPR dapat diubah dan dapat dibantu untuk
meningkatkan keberkesannya.
2.0 FOKUS KAJIAN
Kajian ini berfokus kepada masalah utama kajian iaitu meningkatkan amalan PdPR yang
berkesan. Pengkaji telah mengenal pasti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) perlu
diberi penekanan sebagai penting oleh Kementerian Pendidikan, bukan hanya memberi fokus
kepada tempoh pelaksanaannya. Menurut bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin
Senin melihat kaedah PdPR tidak begitu berkesan ketika ini berbanding pengajaran dan pembe-
lajaran dilaksanakan dalam sesi bersemuka di sekolah. Satu anjakan paradigma kaedah
pengajaran dan pembelajaran secara total perlu dibuat melalui pelbagai kaedah kreatif bagi
20
merangsang minat pelajar, sekali gus memastikan keberkesanan pembelajaran. Tetapi para
pelajartidak boleh memberikan fokus 100 peratus jika guru mengajar secara dalam talian dalam
tempoh 30 minit hingga 40 minit mengikut jadual kelas biasa. Keberkesanan PdPR perlu
ditambah baik dan perlu dipelbagaikan kaedah pengajaran agar amalan tersebut berkesan.
Pengkaji berazam untuk mencari teknik yang berkesan yang boleh digunakan pada bila-bila masa,
mudah, ekonomik dan secara tidak langsung dapat menarik minat pelajar-pelajar bagi
meningkatkan keupayaan amalan PdPR berkesan.
3.0OKTIF KAJIAN
3.1 OBJEKTIF UMUM
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan keupayaan amalan Pengajaran dan Pembelajaran
di Rumah (PdPR) yang berkesan agar hasrat kerajaan tercapai pada masa pandemik ini.
3.2 OBJEKTIF KHUSUS
3.2.1 Mengenal pasti tahap minat pelajar terhadap amalan PdPR yang dilaksanakan oleh guru.
3.2.2 Mengenal pasti keberkesanan amalan PdPR terhadap pencapaian pelajar dalam mata
pelajaran Pengajian Perniagaan.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini disasarkan kepada 21 orang pelajar Pengajian Perniagaan iaitu pelajar tingkatan 6A4
Teratai di SMK Dato’ Bentara Luar.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan Masalah
Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan kaedah pemerhatian, ujian pra,
analisis dokumen dan soal selidik.
5.1.1 Pemerhatian
Pengkaji membuat pemerhatian dan penilaian ke atas tingkah laku pelajar dari segi sikap mereka
dalam proses pengajaran dan pembelajaran, serta gaya belajar sewaktu pelajar menjawab kuiz dan
tutorial dalam talian. Pengkaji juga membina hubungan yang rapat dengan pelajar melalui aplikasi
21
media social iaitu Telegram. Pengkaji banyak mendapat maklumat berkenaan cara mereka
bersosial, aktiviti yang mereka jalankan di luar waktu sekolah, dan cara mereka mengulang kaji
pelajaran melalui aplikasi tersebut dan di samping itu, hubungan silaturahim antara guru dan pelajar
dapat di bentuk dengan baik agar masalah mereka dapat dikenal pasti dan selesaikannya. Selain
itu, pengkaji juga dapat mengenal pasti kaedah pengajaran dan pembelajaran berinovatif seperti
Flipped Classroom, Pembejaran berasaskan Inkuiri, Masteri learning dan sebagainya yang
berkesan dan sesuai dengan minat pelajar-pelajar tersebut.
5.1.2 Ujian Pra
Ujian pra berbentuk kuiz dalam talian seperti menggunakan Kahoot, Quizzes, Wordwall, Google
Form dan sebagainya dan mirip kepada soalan struktur sebenar STPM diberikan kepadakumpulan
sasaran untuk mengesan penguasaan fakta khusus dan kata kunci huraian melalui system online.
Ujian pra ini hanya memfokuskan kepada satu sub topik dalam mata pelajaran Pengajian
Perniagaan iaitu Perancangan. Pengkaji telah merekodkan skor markah ke dalam borang yang
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu markah sebelum dan selepas amalan PdPRdilaksanakan.
Ini bertujuan untuk membantu pengkaji mengenal pasti tahap keberkesananamalan PdPR terhadap
pelajar agar mereka dapat megingati fakta khusus dan kata kunci huraianuntuk sub topik tersebut.
5.1.3 Analisis Dokumen
Pengkaji telah membuat analisis dokumen dengan menggunakan jawapan tutorial pelajar yang
biasa diberikan dalam kelas selama 30 minit tanpa merujuk kepada buku. Soalan tutorial lebih
tertumpu pada bentuk soalan struktur yang memerlukan pelajar untuk menjawab dengan
mengemukakan fakta khusus, huraian dan contoh. Pengkaji hanya meneliti bahagian fakta khusus
dan huraian sahaja iaitu sesuai dengan objektif kajian. Selain itu, pengkaji juga telah membuat
semakan ke atas transkrip jawapan pelajar dalam talian selepas amalan PdPR yang telah diadakan
pada 18 Mei 2021. Analisis terhadap transkrip jawapan ini dapat mengukuhkan dapatan tinjauan
masalah iaitu amalan PdPR yang berkesan dapat meningkatkan pencapaian skor mereka. Apabila
pelajar menjawab kuiz dalam talian pelajar dapat mengingat fakta-fakta khusus yang penting agar
mereka dapat menguasai fakta tersebut dengan senang dan secara tidak langsung hal ini
menyeronokkan lagi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terkini.
5.1.4 Soal Selidik
Pengkaji telah menggunakan aplikasi Google Form untuk membina soal selidik ringkas dengan
penggunaan kaedah skala Likert. Tujuan soal selidik diedarkan kepada pelajar-pelajar adalah untuk
mendapatkan maklum balas tentang kaedah atau teknik yang lebih diminati mereka untukmembuat
ulang kaji terutamanya untuk menghafal fakta khusus dan kata kunci huraian. Borang soal selidik
ini terdiri daripada tiga konstruk iaitu Bahagian A: Penggunaan Telefon Pintar, Bahagian B:
Penggunaan Aplikasi Telegram dan Bahagian C: Gaya Belajar Sendiri Pelajar di Rumah. Contoh
borang selidik boleh dilihat di Lampiran 1. Analisis soal selidik ini digunakan untuk merumus
tindakan yang diambil untuk mengatasi masalah pelajar dalam meningkatkan keupayaan
mengingati fakta khusus dan kata kunci huraian apabila mengikuti amalan PdPR.
22
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
5.2.1 Analisis Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian sebelum kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran, didapati:
i. Pelajar terlalu bergantung kepada nota dan jawapan daripada guru apabila membuat
tutorial dan kuiz.
ii. Pelajar tidak mempunyai inisiatif yang tinggi untuk mengubah cara meningkatkan daya
ingatan malahan hanya menggunakan cara yang sama apabila menghafal fakta khusus
dan kata kunci huraian seperti menggunakan kad imbas dan peta minda.
iii. Pelajar tidak mempunyai jadual belajar di rumah dan menghabiskan waktu melakukan
aktiviti sosial di luar waktu persekolahan.
iv. Pelajar tidak mengamalkan budaya belajar yang bersesuaian dengan keperluan
pembelajaran tingkatan enam.
v. Pelajar lebih suka mendengar lagu menggunakan telefon berbanding membaca dan
menulis. Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila waktu rehat, pelajar banyak
menggunakan headfon semasa membuat ulang kaji.
5.2.2 Analisis Ujian Pra
Pengkaji mendapati bahawa pelajar lemah dalam mengingati fakta khusus yang menyebabkan
mereka gagal untuk mendapat markah dan secara tidak langsung mereka juga kehilangan markah
untuk huraian dan contoh. Pengkaji juga mendapati bahawa pelajar yang sama juga boleh memberi
fakta khusus dengan tepat tetapi mereka tidak boleh memberikan huraian dengankata kunci yang
tepat. Markah individu pelajar dalam praujian. Jadual 5.1 menunjukkan rumusan markah pelajar
mengikut aras markah.
Jadual 5.1 Markah fakta khusus bagi ujian pra
Markah Bilangan Peratus %
0-1 10 47.62
2-3 4 19.05
4-5 7 33.33
6-7 0 0
Jumlah 21 100
23
Berdasarkan jadual 5.1 keputusan ujian pra membuktikan segala yang disangka. Markah paling
rendah yang diperoleh pelajar untuk fakta khusus ialah 0 (10 orang, 47.62%) dan markah yang
paling tinggi ialah 5 (7 orang, 33.33%) daripada 7 markah penuh.
Jadual 5.2 Markah huraian bagi ujian pra
Markah Bilangan Peratus %
0-3 15 71.43
4-6 2 9.52
7-9 4 19.05
10-13 0 0
Jumlah 21 100
Berdasarkan jadual 5.2 analisis daripada ujian pra menunjukkan markah paling rendah yang
diperoleh pelajar untuk huraian ialah 0–3 markah (15 orang, 71.43%) dan markah yang paling tinggi
ialah 7-9 (4 orang, 19.05%) daripada 13 markah penuh. Hal ini membuktikan bahawa andaian
pengkaji tentang pelajar mempunyai masalah mengingati fakta khusus dan kata kunci huraian
adalah benar semasa PdPC di kelas.
5.2.3 Analisis Dokumen
Berdasarkan semakan tutorial yang diberikan pada setiap kali selepas habis sesuatu subtopik,
pelajar tidak dapat mengemukakan fakta khusus, huraian, dan contoh yang tepat dan relevan.
Selain itu, semakan ke atas transkrip jawapan pelajar dalam Ujian 1 di kelas juga membuktikan
masalah yang sama dihadapi oleh pelajar iaitu mereka tidak mampu menyatakan fakta khusus dan
ini memberi kesan kepada kebolehan mereka untuk menulis huraian dengan baik. Penelitianke atas
transkrip jawapan Ujian 1 juga menunjukkan pelajar sangat lemah dalam menjawab soalan aras
rendah yang mudah seperti soalan “senaraikan”, “nyatakan”, dan “berikan” yang memerlukan
pelajar memberikan fakta sahaja berbanding dengan soalan aras tinggi. Soalan arastinggi adalah
seperti soalan “jelaskan”, “huraikan”, dan “terangkan” yang memerlukan pelajar memberikan fakta,
huraian, dan contoh.
24
5.2.4 Analisis Soal Selidik
Dapatan soal selidik menunjukkan semua pelajar mempunyai telefon pintar dan gemar
menggunakan gajet seperti telefon pintar untuk melayari pelbagai aplikasi media social seperti
WhatsApp, Telegram, Facebook, YouTube, dan Instagram. Selain itu, pelajar juga menggunakan
telefon pintar untuk belajar dan mencari maklumat untuk menyiapkan kerja kursus.Pelajar lebih
tertumpu menggunakan aplikasi WhatsApp dan Telegram untuk berhubung dengan orang lain
kerana aplikasi ini boleh digunakan secara percuma dan perkongsian maklumat seperti gambar
dan dokumen lebih cepat dan mudah. Lampiran 1 menunjukkan soal selidik yang digunakan untuk
mendapatkan maklum balas pelajar. Melalui soal selidik juga, pengkaji mendapati bahawa pelajar
suka pemebelajaran kreatif menggunakan telefon pintar sambil mengulang kaji pelajaran di rumah
dengan bantuan guru semasa Pandemik. Kecenderungan pelajar terhadap penggunaan telefon
pintar dalam PdPR menyebabkan pengkajimengambil kesempatan ini menjalankan program yang
lebih berkesan.
5.3 Tindakan Menangani Masalah
Pengkaji telah merancang satu intervensi untuk menyelesaikan masalah pelajar mengingati fakta
khusus dan kata kunci huraian iaitu dengan menggunakan aplikasi Telegram semasa PdPR.
Pengkaji membuka saluran atau channel telegram Love PP Forever untuk mengingat fakta penting
agar mereka tidak bosan. Aplikasi telegram amat mudah digunakan untuk memuat naik dan
memuat turun bahan seperti dokumen, gambar, dan juga video. Selain itu, maklumat yang disimpan
adalah secara atas talian dan tidak mengganggu ruang simpanan dalam telefon. Pengkaji bertindak
sebagai pentadbir saluran ini. Pentadbir saluran boleh menghantar nota berbentuk pesanan
suara dalam group yang diwujudkan. Nota pesanan suara tersebut boleh didengar oleh pelajar bila-
bila masa, di mana-mana dan berulang kali. Pengkaji boleh melihat danmemantau bilangan pelajar
yang telah mendengar nota berkenaan. Di samping itu, semasa PdPR, pengkaji menggunakan
google meet sebagai saluran untuk melibatkan pelajar secara aktifdalam proses tersebut. Selain itu,
pelajar juga suka berbincang masalah mereka secara personeldengan guru dengan mewujudkan
personel telegram dengan guru mereka agar masalah dapat diselesaikan dengan cepat.
25
Jadual 5.3 Langkah Menjalankan Program Love PP Forever
Langkah Tujuan
Langkah 1 Mewujudkan saluran Love PP
Forever Pengkaji mewujudkan satu saluran
dalam aplikasi “Telegram” yang
Langkah 2 Memperkenalkan Love PP dinamakan sebagai “Love PP
Forever Forever”.
Langkah 3 Menjemput masuk ke Love PP
Forever Pengkaji memastikan semua pelajar
yang terlibat mempunyai aplikasi
Langkah 4 Melancarkan Love PP Forever
Telegram dalam telefon pintar mereka.
Langkah 5 Membuat Ujian Pos
Pengkaji memberi taklimat cara
Langkah 6 Mendapatkan maklum balas saluran ini berfungsi dan tujuan utama
keberkesanan Love PP Forever saluran ini diwujudkan semasa PdPR
diperkenalkan
Pengkaji berkongsi pautan jemputan
dengan pelajar
Pelajar yang menerima jemputan
tersebut dengan klik perkataan “join”.
Langkah penyertaan dalam saluran
boleh dilihat dalam Lampiran 2.
Pengkaji memuat naik nota pesanan
suara mengikut sub topik secara
tersusun dan teratur.
Pelajar dikehendaki mendengar nota
pesanan suara.
Pengkaji mengadakan ujian pos yang
mempunyai format yang sama seperti
ujian pra.
Corak soalan adalah sedikit berbeza
daripada ujian pra, tetapi jawapan
yang diperlukan adalah sama.
Pengkaji mengedarkan soal selidik
menerusi aplikasi Google Form
Semua data daripada responden akan
diproses secara automatik.
26
5.4 Dapatan Kajian
5.4.1 Pelaksanaan Langkah 1
Pengkaji telah melontarkan idea untuk mewujudkan “Love PP Forever” iaitu saluran dalam aplikasi
“Telegram” selepas melihat reaksi pelajar yang sedih apabila menerima keputusan Ujian 1 semasa
kerajaan umumkan cara pengajaran secara online iaitu PdPR. Pelajar nampak teruja, tidak sabar
dan bersungguh-sungguh mendengar idea pengkaji. Dalam masa yang sama, pengkaji memastikan
semua pelajar yang terlibat mempunyai aplikasi “Telegram” dalam telefon pintar mereka. Saluran
tersebut adalah dalam mod persendirian iaitu hanya boleh diakses oleh pelajar Pengajian
Perniagaan kelas 6A4 Teratai di Pusat Tingkatan Enam SMK Dato’ Bentara Luar. Saluran
berkenaan juga dihadkan supaya hanya pentadbir dalam kumpulan tersebut sahaja yang boleh
memuat naik bahan. Hal ini bertujuan untuk mengurangkan gangguan kepada nota pesanan suara
yang telah dihantar supaya tidak bercampur dengan pesanan-pesanan lain.
5.4.2 Pelaksanaan Langkah 2
Pengkaji telah memperkenalkan “Love PP Forever” pada 1 Mac 2021 kepada pelajar dengan
memberi taklimat secara terperinci cara saluran ini berfungsi dan tujuan utama saluran ini
diwujudkan. Pengkaji memberi taklimat di dalam kelas dan menerusi aplikasi “Telegram” dalam
kumpulan “Pengajian Perniagaan” yang memang telah diwujudkan sejak tahun 2020.
5.4.3 Pelaksanaan Langkah 3
Pengkaji berkongsi pautan jemputan dengan pelajar di mana apabila pelajar yang menerima pautan
tersebut klik perkataan “join” mereka akan dimasukkan ke dalam saluran “Love PPForever” secara
automatik. Mereka dapat mengakses semua nota pesanan suara yang ada di dalam saluran
tersebut.
5.4.4 Pelaksanaan Langkah 4
Pengkaji memuat naik pesanan suara mengikut sub topik secara tersusun dan teratur sebaik sahaja
mendapat maklumat bilangan pelajar yang menyertai saluran “Love PP Forever” telah mencukupi.
Pelajar dikehendaki mendengar berulang kali tanpa membuat sebarang catatan pada waktu
senggang dan sewaktu melakukan aktiviti-aktiviti lain ketika berada di rumah. Pengkaji mendapati
melalui pemerhatian bahawa pelajar lebih suka belajar dengan cara santai sebegini selepas
channel “Love PP Forever” diperkenalkan. Kaedah channel “Love PP Forever” dilihat lebih sesuai
dengan kumpulan sasaran untuk meningkatkan keupayaan mengingati selain penggunaan buku
dan kaedah-kaedah biasa yang lain. Hal ini adalah kerana, pelajar lebih fokus dan memberikan
tumpuan ketika mendengar nota pesanan suara. Mereka tidak diganggu oleh orang lain kerana
menggunakan headfon semasa aktiviti PdPR berjalan. Di samping itu, tiada ganguan lain semasa
PdPR dijalankan sebab mereka akan cari tempat dan masa yang sesuai mengikut keselesaan
masing-masing.
27
5.4.5 Pelaksanaan Langkah 5
Pada 21 Mei 2021, pengkaji telah mengadakan ujian pos dengan menggunakan soalan yang hampir
sama dengan soalan ujian pra iaitu satu soalan esei panjang yang bernilai 20 markah. Masa selama
30 minit diberikan kepada pelajar untuk menjawab. Ujian pra diberikan kepada pelajar untuk
menguji sama ada kaedah channel “Love PP Forever” memberi kesan kepada peningkatan
keupayaan mengingati fakta khusus dan kata kunci huraian. Pengkaji mendapati pelajar lebih
bersemangat dan tanpa berlengah terus menjawab soalan ujian. Kertas mereka juga dipenuhi
dengan jawapan dan yang lebih menggembirakan pengkaji apabila jawapan disusun dengan lebih
teratur iaitu dimulai dengan fakta khusus, kemudian diikuti dengan huraian. Pada ketika ini, pengkaji
membuat kesimpulan bahawa pelajar telah dapat menguasai fakta khusus dan kata kunci huraian
untuk sub topik yang diuji. Hal ini dikukuhkan dengan dapatan analisis markah ujian pra (di dalam
kelas) dan ujian pos (semasa PdPR).
5.4.6 Pelaksanaan Langkah 6
Pengkaji membuat soal selidik menggunakan Google Form untuk mendapatkan maklumbalas
keberkesanan “Love PP Forever”. Pengkaji mengambil masa selama 25 minit untuk mengumpulkan
data dan maklumat daripada responden. Berdasarkan analisis maklum balas
responden, pengkaji mendapati bahawa “Love PP Forever” banyak membantu pelajar untuk
meningkatkan keupayaan mengingati fakta khusus dan kata kunci huraian semasa menjalankan
amalan PdPR.
Jadual 5.4 Analisis Maklum Balas Responden Tentang Keberkesanan “Love PP Forever” channel
No “Love PP Forever” membantu saya Sangat Setuju Tidak
setuju setuju
1 mengingati fakta khusus 57.7% 42.3% 0%
2 mengingati kata kunci huraian 34.6% 65.4% 0%
3 membuat ulang kaji pada bila-bila masa dan di mana- 61.5% 38.5% 0%
mana sahaja.
4 meningkatkan prestasi pencapaian dalam 30.8% 69.2% 0%
matapelajaran Pengajian Perniagaan.
5 meningkatkan minat saya dalam mata pelajaran 46.2% 53.8% 0%
Pengajian Perniagaan.
28
Jadual 5.4 di atas menunjukkan analisis maklum balas responden tentang keberkesanan kaedah
Love PP Forever. Secara keseluruhannya, dapatan menunjukkan pelajar bersetuju Love PP
Forever ini dapat membantu mereka mengingati fakta khusus dan kata kunci huraian, membantu
mereka membuat ulang kaji pada bila-bila masa dan mereka lebih berminat dengan mata pelajaran
Pengajian Perniagaan semasa amalan PdPR dilaksanakan. Hal ini secara tidak langsung dapat
meningkatkan prestasi mereka dalam mata pelajaran tersebut. Majoriti pelajar bersetuju bahawa
kaedah Love PP Forever semasa PdPR dapat meningkatkan prestasi mereka kerana cara ini lebih
menarik, menyeronokkan, fleksibel, dan ekonomik.
5.5 Refleksi Kajian
Terdapat perubahan yang positif yang dapat dilihat kepada empat aspek iaitu pencapaian pelajar,
perubahan sikap dan tingkah laku, perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran secara talian,
dan perubahan sikap guru.
5.5.1 Penilaian Pencapaian Pelajar
Pengkaji telah memilih dapatan analisis markah ujian pra dan ujian pos yang telah dilaksanakan
dengan pelajar. Rajah 5.1 menunjukkan analisis markah ujian pra dan ujian pos dalam bentuk graf.
Rajah 5.1 Analisis markah ujian pra dan ujian pos
29
Rajah 5.1 menunjukkan peningkatan ketara markah untuk fakta khusus selepas ujian pos Bilangan
pelajar yang mendapat 0 - 3 markah pada ujian pra berkurang kepada kosong pada ujian pos kerana
kesemua 21 orang pelajar mendapat lebih daripada lima markah.
5.5.1 Penilaian Pencapaian Pelajar
Pengkaji telah memilih dapatan analisis markah ujian pra dan ujian pos yang telah dilaksanakan
dengan pelajar. Rajah 5.2 menunjukkan analisis markah ujian pra dan ujian pos dalam bentuk graf.
Rajah 5.2 Graf Markah Fakta Khusus Ujian Pra dan Ujian Pos
Rajah 5.2 menunjukkan peningkatan ketara markah untuk huraian pada ujian pos. Hanya dua orang
pelajar yang mendapat antara kurang daripada 7 markah pada ujian pos manakala 19 orang pelajar
mendapat sepuluh markah dan ke atas. Peningkatan markah ini menunjukkan “Love PP Forever”
channel telah memberikan impak yang besar ke atas minat dan peringatan pelajar dalam
meningkatkan keupayaan mereka untuk mengingat serta berjaya mencapai objektif umum dan
objektif khusus kajian.
5.5.2 Perubahan Sikap dan Tingkah Laku
Penggunaan “Love PP Forever” channel telah mengubah sikap pelajar kerana pelajar didapati
semakin berminat dan bermotivasi untuk mengulang kaji mata pelajaran Pengajian Perniagaan. Hal
ini adalah kerana pelajar boleh mengulang kaji di mana-mana sahaja mengikut kesesuiaan dan
30
keselesaan masing-masing, walaupun mereka tidak bersemuka dengan guru mereka. Pengkaji
juga mendapati pelajar menggunakan headfon untuk mendengar nota pesanan suara pada waktu
senggang. Pelajar tidak lagi berasa malu untuk mengutarakan masalah mereka dengan guru
mereka sebab hubungan antara guru dan pelajar dapat di bentuk dengan baik apabila amalan PdPR
ini Berjaya dan berkesan.
5.5.3 Perubahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Pelajar nampak lebih yakin apabila menjawab soalan yang melibatkan fakta khusus dan huraian
selepas “Love PP Forever” diperkenalkan. Mereka lebih bersemangat untuk menjawab soalan kuiz
yang dijalankan secara spontan semasa PdPR dijalankan dengan lebih keyakinan. Hal ini
menunjukkan penguasaan pelajar tentang fakta khusus dan huraian telah meningkat. Selain itu,
jawapan pelajar nampak lebih terancang, teratur dan kemas.
5.5.4 Perubahan Sikap Guru
Pengkaji berasa amat lega dan gembira dengan perubahan sikap pelajar Pengajian Perniagaan
6A4 Teratai menjawab soalan ujian pos, kuiz dan tutorial selepas menggunakan “Love PP Forever”.
Hal ini menyebabkan, pengkaji lebih yakin, bermotivasi dan berazam untuk melaksanakan lebih
banyak kajian tindakan yang boleh membantu pelajar-pelajar untuk meningkatkan prestasi mereka
dalam apa jua mata pelajaran semasa Pengajaran dan Pembelajaran di rumah dijalankan.
6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Pengkaji bercadang untuk meneruskan kajian tindakan ini dengan mengambil tindakan susulan iaitu
menambahkan lagi idea-idea yang berinovatif agar seis PdPR ini dapat dirancang dengan baik dan
memberi impak yang positif terhadap perkembangan kemahiran pelajar pada masa akan datang.
Di samping itu, channel “Love PP Forever” juga boleh diadaptasikan dengan idea-idea baru agar
channel ini mendapat sambutan yang baik daripada pelajar-peajar tingkatan enam. Tindakan
susulan ini bertujuan untuk meningkatkan bilangan pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam
subjek Pengajian Perniagaan. Pengkaji juga bercadang untuk terus mengekalkan kaedah ini bagi
meningkatkan keupayaan mengingati fakta khusus dan kata kunci huraian kepada pelajar yang
lemah dalam Pengajian Perniagaan pada masa akan datang. Pengkaji juga akan berkongsi kaedah
ini dengan guru mata pelajaran yang lain seperti Sejarah dan Bahasa Melayu yang juga
memerlukan pelajar menghafal dan mengingati fakta dan maklumat-maklumat lain.
31
BIBLIOGRAFI
Azizi Ahmad dan Mohd Isha Awang. (2018). Pengukuran dan penilaian pendidikan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Jurnal
pendidikan tingkatan enam. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Jurnal
pendidikan tingkatan enam Jilid 2. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Martano,D. (2016). ELT and social media: using whatsapp a virtual learning environment.
Flore Rende: CLA Unical.
Hasan Mohd. Ali Ph.D. (2010). Teknik belajar berkesan & efektif. Kuala Lumpur: PTS
Millennia.
Mohd Sahandri Gani Hamzah, Roselan Baki & Saifuddin Kumar Abdullah. (2012). Amalan
penilaian guru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Othman Lebar. (2011). Kajian tindakan dalam pendidikan. Tanjong Malim: Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Syed Lamseh Syed Chear. (2017). Pengajaran dan pembelajaran melalui aplikasi whatsapp
dan telegram di universiti swasta. Jurnal Pendidikan Malaysia, 42(2), 87-97.
http://dx.doi.org/10.17576/jpen-2017-42.02-02.
32
33
BAB 1
Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh
pelajar tingkatan 6 Semester 1/2 (Penggal 1) dalam mata pelajaran Pengajian Am. Seramai
18 orang pelajar kelas Tingkatan 6 Bawah 2 (Penggal 1), SMK (P) Temenggong Ibrahim,
Batu Pahat dan seorang guru terlibat dalam kajian ini.
Tinjauan awal telah dilakukan melalui pemerhatian sikap pelajar di dalam kelas,
semakan buku latihan dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan kebanyakan pelajar tidak
dapat menjawab soalan-soalan dengan tepat, khususnya pada bahagian struktur. Malah,
sesetengah daripada mereka telah mengambil jalan mudah dengan membiarkan kertas
jawapan kosong. Mereka juga kadangkala langsung tidak berminat untuk melibatkan diri
ketika sesi Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Pengajian Am. Dengan itu, perancangan
tindakan difokuskan kepada kaedah untuk meningkatkan minat, kefahaman dan daya
ingatan pelajar terhadap fakta-fakta dalam Pengajian Am. Pelajar telah didedahkan kepada
kaedah Carian Fakta menggunakan sebelum mereka menduduki ujian Penilaian. Keputusan
ujian Penilaian telah menunjukkan peningkatan prestasi pelajar dengan 15 orang daripada
mereka memperolehi keputusan lulus dan hanya 3 orang pelajar yang gagal. Hasil
pemerhatian pula mendapati kebanyakan mereka sudah mula meminati Pengajian Am
dengan kerap menyemak buku untuk mencatatkan Carian Fakta.
1.1 Pengenalan
Kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti kelemahan atau masalah yang dihadapi di
dalam bilik darjah. Sepanjang menjalankan pengajaran, terdapat kaedah pengajaran yang
dapat memberi tumpuan oleh murid namun segelintir teknik pengajaran mungkin
menyebabkan murid bosan. Bagi mengetahui punca berlakunya masalah tersebut maka kajian
yang dijalankan memainkan peranan penting agar penambahbaikan dan mempertingkatkan
pengajaran dapat dilaksanakan. Kajian tindakan dilakukan supaya dapat memperbaiki dan
mewujudkan kretiviti dalam pengajaran mata pelajaran Pengajian Am seterusnya
meningkatkan kemahiran dan penerapan murid dalam menguasai topik yang diajar oleh guru
di dalam kelas.
34
Pengajian Am merupakan mata pelajaran wajib diambil dan wajib lulus dalam peperiksaan
bagi pelajar-pelajar yanng menduduki peperiksaan dalam Sijil Tinggi Pendidikan Malaysia.
Bermula pada tahun 2012, sukatan pelajaran bagi semua mata pelajaran STPM telah berubah
iaitu menggunakan Sukatan Modul iaitu mengikut sistem semester. Melalui sistem semester
ini, pelajar-pelajar STPM akan menjalani 3 semester yang berbeza mengikut topik yang telah
disusun mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Bagi mata pelajaran Pengajian
Am, setiap penggal mempunyai topik yang berbeza dan pelajar-pelajar harus mempelajarinya
bagi membolehkan mereka berjaya menjawab soalan peperiksaan. Oleh itu, guru sangat
memainkan peranan dalam mengajar mereka terutamanya semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung di dalam kelas. Pengalaman mahupun kaedah pengajaran guru di
dalam bilik darjah kemungkinan besar dapat membantu pelajar untuk memahami topik yang
diajar dan disampaikan oleh guru.
Oleh itu, satu kajian tindakan perlu dilaksanakan berdasarkan kepentingan tersebut bagi
membantu pelajar dalam meningkatkan pencapaian dan penguasaan mereka terhadap topik
yang terdapat dalam mata pelajaran Pengajian Am. Daripada kajian tindakan yang dijalankan,
terdapat beberapa kaedah kajian digunakan oleh guru iaitu pemerhatian, temu bual, dan ujian
pra. Sebelum melakukan kajian terhadap kemahiran penguasaan topik Pilihan Raya dan topik
tadbir urus negara dalam kalangan pelajar tingkatan enam, kaedah pemerhatian akan
dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Setelah mengenal pasti
kelemahan dan kekurangan yang dihadapi semasa proses pengajaran maka kaedah temu
bual dan penambahbaikan digunakan untuk mengenal pasti punca masalah dan seterusnya
menjalankan tindakan dengan melakukan penambahbaikan bagi meningkatkan kemahiran
murid dalam penguasaan topik dalam sukatan pengajaran. Bagi menguji penambahbaikan
yang dilakukan berkesan maka pelatih akan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran di
dalam kelas.
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
Pelatih telah diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Pengajian Am di Sekolah
Menengah Kebangsaan (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat. Guru telah mengajar dua kelas
iaitu satu kelas daripada pelajar tingkatan enam atas dan satu kelas lagi dari pelajar tingkatan
enam bawah. Pelbagai kaedah pengajaran telah digunakan untuk memastikan pelajar
memahami dan mengetahui berkaitan perbincangan topik-topik yang diajar. Antara kaedah
pengajaran yang digunakan adalah penerangan, lakonan kuiz, mainan, perbincangan dan
35
pelbagai lagi. Semasa mengajar dalam kelas 6 semester 1/2, pelatih dapati pelajar mula hilang
fokus sebelum pengajaran selesai. Melalui pelbagai kaedah pengajaran tersebut, pelatih
mendapati terdapat pelbagai kaedah pengajaran yang kurang digemari oleh pelajar dengan
kelakuan yang ditunjukkkan oleh pelajar semasa pengajaran.
Melalui pengajaran dan pembelajaran bilik darjah, kaedah penerangan yang digunakan
oleh guru amat mudah memberi perubahan terhadap suasana bilik darjah. Pelajar dilihat
semakin pasif dan pengajaran hanya berfokuskan kepada guru semata. Walaupun beberapa
soalan teleh disoal oleh pelatih kepada pelajar, namun pelajar kelihatan masih sukar
menjawab soalan yang ditanya oleh pelatih. Perkara tersebut mewujudkan pemasalahan
dalam proses P&P sehingga guru terpaksa memanggil pelajar untuk memberi peluang kepada
mereka untuk memberikan pendapat masing-masing berkaitan soalan yang ditujukan. Begitu
juga permasalahan yang wujud di kelas apabila kaedah penerangan yang diberikan oleh guru
di hadapan kelas hanya menyebabkan pelajar mula bersembang dengan rakan-rakan yang
lain dan terdapat sebahagian pelajar yang mengantuk di dalam kelas.
Pemasalahan yang wujud mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran bilik
darjah dan murid hilang fokus tanpa dapat menguasai nilai yang diajar oleh guru. Sekiranya
perkara tersebut berterusan, maka penerangan guru akan menjadi sia-sia tanpa kerjasama
yang diberikan oleh pelajar dan hasil pembelajaran yang dirancang tidak dapat dicapai oleh
murid. Apabila sebilangan pelajar berbincang berkenaan perkara lain semasa pengajaran
dilaksanakan, suasana di dalam kelas akan menjadi bising dan menganggu murid yang masih
menumpukan perhatian tergadap pengajaran. Mengetahui perkara sedemikian, guru
merasakan bahawa terdapat kelemahan yang wujud daripada kaedah pengajaran yang
dilaksanakan.
Semasa mengajar di dalam kelas tingkatan enam, murid mula bising sekiranya guru tidak
menegur perlakuan mereka. Oleh itu, guru merasakan terdapat punca yang menyebabkan
murid kurang memberi perhatian dalam pengajaran terutamanya di pertengahan pengajaran.
Keadaan ini menyebabkan guru berminat melakukan penambahbaikan dalam kaedah
pengajaran bagi meningkatkan kemahiran dan penerapan nilai dalam diri pelajar.
36
1.3 Penyataan Masalah
Kelas Tingkatan Enam semester 1/2 terdiri daripada pelajar yang mempunyai prestasi dalam
bidang akademik. Namun begitu, perkara yang kurang meyenangkan apabila mengajar di
kelas adalah pelajar mula bersembang dengan rakan apabila guru menggunakan kaedah
menerang di dalam kelas. Semasa guru mengajar di kelas Pengajian Am tingkatan 6 semester
1/2, guru dapati segelintir pelajar tidak memberi perhatian semasa guru memberikan
penerangan di hadapan kelas, malahan perkara yang sama turut berlaku semasa
pembentangan di dalam kelas. Perbuatan sedemikian merupakan suatu permasalahan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Keadaan ini menyukarkan
pelaksanaan pengajaran dan situasi tersebut perlu diatasi dan diperbaiki. Penambahbaikan
dari segi kaedah pengajaran guru perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah tersebut
daripada terus berulang. Justeru itu, guru ingin menyelidik dan mencari jalan penyelesaian
terhadap kaedah pengajaran agar murid dapat memberi perhatian dan berseronok belajar di
dalam kelas.
1.4 Fokus Kajian
Guru menfokuskan kajian terhadap kaedah pengajaran yang mampu menarik minat pelajar
dalam pengajaran. Melalui teknik penerangan yang telah dilaksanakan dalam kelas, dapati
segelintir pelajar tidak melibatkan diri apabila proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung malahan pelajar tidak menumpukan perhatian semasa rakan lain melakukan
pembentangan. Permasalahan tersebut menarik minat guru dalam mengenal pasti kaedah
pengajaran yang sesuia digunakan semasa pengajaran.
Bagi menyelesaikan permasalahan ketidakterlibatan pelajar dalam proses pengajaran
dan pembelajaran, guru akan menfokuskan kaedah pengajaran yang dapat menjadi tarikan
kepada semua pelajar. Setelah beberapa minggu mengajar kelas tingkatan 6 semester 1/2
dengan pelbagai kaedah, guru mengetahui bahawa terdapat kaedah yang menarik minat
pelajar untuk melibatkan diri dalam kelas. Oleh itu, kaedah pengajaran guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan penting untuk menarik minat pelajar dalam
pembelajaran.
37
1.5 Objektif dan Persoalan Kajian
1.5.1 Objektif Kajian
Hasil kajian ini, guru dapat mencari kelemahan dalam diri sama ada dari segi komunikasi
mahupun teknik pengajaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Selain itu, guru juga dapat mencungkil minat pelajar terhadap topik-topik yang terdapat dalam
Sukatan Pelajaran Pengajian Am (Topik Malaysia Kekal Berdaulat) dan teknik pengajaran
yang diminati. Oleh itu, objektif yang ingin dicapai dalam penambahbaikan teknik pengajaran
guru ialah:
i. Mengenal pasti kaedah pengajaran yang dapat mempertingkatkan
pemahaman murid terhadap sub topik yang di ajar.
ii. Menjelaskan kaedah pengajaran yang bersesuaian dalam pengajaran
Pengajian Am
Iii. Meningkatkan minat murid terhadap pengajarn Pengajian Am dengan
menggunakan kaedah yang sesuai.
1.5.2 Persoalan Kajian
i. Adakah pelajar tidak suka dengan kaedah pengajaran yang dilakukan guru?
ii. Adakah kaedah pengajaran guru menyebabkan pelajar tidak meminati mata
pelajaran Pengajian Am
iii. Bagaimanakah pelajar dapat memahami sub topik yang diajar oleh guru?
1.6 Tujuan Kajian
Tujuan kajian dijalankan disebabkan wujudnya kesedaran berkenaan pentingnya persekitran
yang selesa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu melakukan
penambahbaikan terhadap kaedah pengajaran Pengajian Am dengan berkesan untuk
mengelakkan pelajar melakukan kerja masing-masing di dalam kelas . Melalui kaedah
pengajaran yang berkesan semasa mengajar di dalam kelas, maka pelajar akan lebih berminat
untuk mempelajari pengajaran yang disampaikan oleh guru di dalam kelas. Oleh itu, pelajar
sedar bahawa penggunaan kaedah pengajaran amat penting bagi menerapkan sikap minat
38
pelajar terhadap topik atau sub topik yang bakal di ajar oleh guru di dalam kelas. Kaedah yang
menarik ini, secara tidak langsung dapat menarik minat pelajar selain menghindarkan pelajar
daripada ponteng kelas.
Kajian ini juga bertujuan untuk memastikan pelajar yang terlibat dalam proses pengajaran
dan pembelajaran Pengajian Am boleh menumpukan perhatian dan melibatkan diri secara
langsung dalam pembelajaran. Kepentingan penglibatan pelajar dan mewujudkan suasana
bilik darjah yang aktif bukan sahaja menambahkan ilmu pengetahuan pelajar malahan dapat
mendedahkan pelajar terhadap nilai-nilai murni yang perlu ditanam dalam diri mereka semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung did alam kelas.
1.7 Kumpulan Sasaran
Kajian ini dijalankan terhadap pelajar tingkatan enam iaitu kelas 6 semester 1/2 di Sekolah
Menengah Kebangsaan (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat. Bilangan pelajar di dalam kelas
tersebut ialah 18 orang yang terdiri daripada pelajar perempuan. Pelajar dalam kelas ini terdiri
daripada pelajar-pelajar bangsa Melayu dan bangsa Cina.
39
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.0 Pengenalan
Melalui bab ini guru akan menghuraikan kajian-kajian lepas yang berkaitan dangan tajuk
kajian. Kajian lepas juga membawa maksud sorotan literatur yang mengandungi penulisan
daripada beberapa pihak lain yang ditulis oleh mereka. Melalui kajian lepas ini, guru boleh
membuat rujukan berkaitan tajuk kajian tindakan yang dipilih.
2.1 Sorotan Kajian
Penggunaan kaedah pengajaran yang tidak diubah atau tidak dipelbagaikan menyebabkan
pelajar hilang minat untuk menumpukan perhatian di dalam kelas. Kepekaan terhadap kaedah
pengajaran dapat mendorong pelajar dalam pembelajaran telah memberi peluang kepada
pelatih untuk mengkaji kaian lampau melalui beberapa pembacaan seperti artikel, jurnal dan
intrenet. Setiap sumber dijadikan rujukan dalam membuat kajian agar tiada kesilapan
maklumat yang diperolehi dan kesahihan maklumat yang dapat daripada sampel yang
digunakan. Melalui kaedah pengajaran yang betul dan efektif dapat merangsang pelajar dalam
pembelajaran serta mengelakkan pelajar membuat bising dalam bilik darjah.
Terdapat pelbagai kaedah pengajaran yang kretif dan bersesuaian dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bilik darjah seperti kaedah penerangan, kaedah main peranan
dan pelbagai lagi. Rujukan dari bahan bacaan dan kajian lampau dapat memperbaiki dan
meningkatkan kretiviti kaedah pengajaran pelatih dalam bilik darjah. Sebagai seorang guru,
cabaran dan sedia menghadapi perubahan dalam dunia pendidikan perlulah di ambil kira
untuk membentuk pelajar yang berwawasan serta mempunyai minda kelas pertama.
Menurut Al Khazin (2010), teknik pengajaran dapat diertikan sebagai cara yang dilakukan
oleh seseorang dalam mengimplementasikan suatu metode secara spesifik. Menerusi
pengajaran dan pembelajaran bilik darjah, kaedah pengajaran guru amat penting dalam
meyampaikan sesuatu maklumat. Dengan setiap nilai yang berbeza, satu kaedah pengajaran
sahaja tidak berkesan untuk mengajar pelajar kerana pelajar akan mudah jemu tanpa
kepelbagaian kaedah pengajaran yang dikenakan oleh guru. Oleh itu, guru memerlukan
kepelbagaian kretiviti dalam mencipta kaedah pengajaran tersendiri. Walaupun, metode
40
pengajaran adalah sama namun teknik perlu berbeza setiap kali mengajar. Situasi ini amat
penting bagi mencapai hasil pengajaran dapat dicapai oleh murid di akhir pengajaran. Dalam
pengajaran Pengajian Am, terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran
seperti yang terdapat dalam portal rasmi Pengajian Am.
Kajian yang dilakukan oleh Khalid Imail (2006) iaitu dalam tajuk pengajaran efektif
merupakan pengajaran yang membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, sikap dan objektif
yang telah ditetapkan. Perikan tersebut seolah-olah memberi gambaran sebenar mengenai
pengajaran efektif yang melibatkan tahap kretiviti guru dalam pengajaran supaya sesuatu ilmu
itu dapat disampaikan kepada murid. Terdapat beberapa cara yang boleh mewujudkan
pengajaran berkesan seperti mewujudkan aktiviti yang mempunyai persamaan dengan
kehidupan sebenar pelajar, mengajar peraturan atau struktur tertentu terlebih dahulu sebelum
pelajar diminta memindahkan pengetahuan tersebut kepada situasi yang baru. Keadaan ini
akan mewujudkan kaedah pengajaran yang berkesan dan pelajar akan lebih seronok untuk
belajar kerana perkara yang dipelajari secara teori dapat diamalkan dalam situasi sebenar.
Peranan guru dalam mewujudkan persekitaran yang sesuai dengan topik dan suasa
pembelajaran berkait rapat dengan kaedah pengajaran guru kretif. Kretiviti guru dalam
mengendalikan pelajar di dalam kelas membantu meningkatkan semangat pelajar dalam
pengajaran. Contohnya, guru yang menggunakan kaedah secara main peranan dalam
pengajaran di dalam kelas lebih disukai oleh pelajar. Pelajar bukan sahaja boleh melibatkan
diri dalam kelas, malah guru juga boleh membantu pelajar untuk mengingati sesuatu topik
pengajaran dengan dengan lebih baik. Kaedah ini juga memberi kelebihan kepada pelajar
untuk menjawab peperiksaan kelak. Hal ini kerana, murid akan mudah mengingat semula
pengajaran yang dipelajari sekiranya pengajaran dilakukan secara amali. Melalui
bersandarkan pengajaran secara teori di dalam bilik darjah, teknik pengajaran perlu dilakukan
secara amali oleh guru agar pelajar dapat mempraktikkanya dalam kehidupan seharian.
41
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan
Metodologi kajian merujuk kepada kaedah yang digunakan untuk menjalankan penyelidikan
dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab permasalahan kajian. Metodologi kajian
sangat penting dalam setiap penulisan kajian bagi membantu pengkaji memperolehi objektif
kajiannya. Bab ini menekankan kepada proses mengumpulkan data dan maklumat berkaitan
kajian. Bagi menghasilkan bab ini, beberapa perkara seperti reka bentuk kajian, kawasan
kajian, populasi dan sampel kajian, alat kajian, tatacara pengumpulan data kajian, dan tatacara
penganalisisan data kajian telah digunakan oleh pengkaji. Oleh itu, kaedah ini menjadi
panduan kepada pengkaji bagi menjalankan kajian dengan lebih lancar.
3.1 Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian yang digunakan di sini adalah dengan menggunakan pendekatan
kuantitatif yang mana pengkaji melihat hubungan pembelajaran menggunakan kaedah dua
pengajaran iaitu simulasi dan main peranan dengan penglibatan aktif pelajar terhadap mata
pelajaran Pengajian Am. Reka bentuk yang digunaka ialah kaedah sebelum dan selepas
kaedah simulasi dan main peranan ini dilaksanakan di dalam bilik darjah. Selain itu, kajian ini
dilakukan dengan menggunakan reka bentuk kaedah temubual. Bagi mendapatkan maklumat
yang tepat, pengkaji telah menemu bual beberpa orang pelajar ynag terlibat dalam kajian ini.
3.2 Kawasan Kajian
Kajian tindakan ini dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Temenggong Ibrahim,
Batu Pahat, Johor iaitu dalam kalangan pelajar-pelajar tingkatan enam kelas 6 semester 1/2.
Sekolah ini terletak di tengah-tengah bandar Batu Pahat. Batu Pahat merupakan sebuah
tempat yang dihuni oleh penduduk berbilang kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India.
Pengkaji memilih pelajar tingkatan enam kerana pengkaji merupakan guru yang diberikan
tanggungjawab untuk mengajar mata pelajaran Pengajian Am. Pengalaman ketika mengajar
di sekolah tersebut selama 2 tahun telah menyebabkan pengkaji tertarik untuk menjalankan
sebuah kajian berkaitan pelajar-pelajar tingkatan enam di sekolah tersebut.
42
3.3 Pengumpulan Data
Semasa menjalankan kajian tindakan, pengumpulan data telah dilaksanakan oleh guru
terlebih dahulu bagi memastikan kajian dapat dijalankan dengan lancar. Beberapa kaedah
kajian telah dirancang terlebih dahulu sebelum pelaksanaan dijalankan. Kaedah seperti
pemerhatian peringkat awal terhadap pelajar dilakukan sebelum tajuk pengajaran dilakukan.
Setelah mengetahui permasalahan yang wujud, maka jadual pengumpulan data di lakukan
seperti ditunjukkan di jadual bawah.
Jadual 1: Kedah Mengumpul Data
Cara Penilaian Kumpulan Tujuan
Sasaran
Langkah 1 Pemerhatian 19 orang pelajar Mengenal pasti masalah yang berlaku
Langkah 2 semasa P&P dalam bilik darjah dan tahap pemahaman
Langkah 3 Refleksi murid pelajar setelah selesai pengajaran.
Temu bual 19 orang pelajar Mengenal pasti masalah yang wujud dalam
bilik darjah dan teknik pengajaran yang
mampu menarik minat pelajar
5 orang pelajar Temu bual dilakukan terhadap beberapa
orang pelajar dalam kelas tingkatan 6 bagi
mengetahui pemahaman mereka semasa
guru menggunakan kaedah pengaran yang
berbeza di dalam kelas. Kaedah
pemgajaran yang kurang diminati pelajar
mungkin menyebabkan pelajar hilang fokus
dalam kelas.
3.3.1 Instrumen Kajian
Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian tinjauan ini adalah satu set borang check list
terhadap tingkah laku pelajar semasa guru mengajar di hadapan kelas. Tujuan borang check
list digunakan semasa pengajaran adalah untuk mengenal pasti tindakan pelajar semasa guru
mengajar di hadapan kelas. Borang check list memainkan peranan penting dalam memberikan
panduan kepada guru untuk memperbaiki kaedah pengajaran bagi menarik minat pelajar
dalam pengajaran. Selain itu, borang check list juga digunakan untuk mengenal pasti kelakuan
pelajar di dalam kelas apabila kaedah pengajaran digunakan pada mata pelajaran tersebut.
43
Selain menggunakan borang check list, kaedah temu bual juga dilakukan bagi
mendapatkan bukti yang lebih kukuh daripada pelajar. Kaedah temu bual merupakan kaedah
yang biasa digunakan dalam membuat kajian kerana data yang diperoleh daripada responden
adalah lebih ikhlas dan dapat merangkumi pengalaman mereka dalam menjawab soalan.
Semasa temu bual berlangsung, pelajar diminta untuk memberitahu kaedah pengajaran yang
diminati. Melalui kaedah pengajaran yang digunakan dalam bilik darjah, pelajar diminta
memberitahu kaedah yang digemari dengan susunan nombor satu hingga lima. Kaedah
pengajaran yang paling digemari dilabelkan pada nombor satu dan seterusnya sehingga
kaedah pengajaran yang paling tidak disukai iaitu pada nombor lima. Melalui respon yang
diperolehi daripada pelajar, maka kajian yang dilakukan terhadap teknik pengajaran guru
dapat dilaksanakan dengan sempurna.
3.3.2 Tinjauan Masalah
Pada permulaan, tinjauan masalah berdasarkan kepada pemerhatian terhadap minat pelajar
dalam mata pelajaran Pengajian Am. Melalui pemerhatian, di dapati pelajar mulai bosan,
membuat bising dan tidak mempedulikan guru mengajar. Perkara tersebut berlaku apabila
guru melakukan kaedah penerangan dalam kelas, pelajar bertindak melakukan tugasan
masing-masing tanpa memberikan perhatian sepenuhnya. Masalah tersebut menjadi satu
tanda tanya dan keadaan inilah yang memerlukan penambahbaikan dari segi kaedah
pengajaran. Setelah mengajar mereka dengan kaedah pengajaran yang pelbagai, guru dapat
mengenal pasti serba sedikit punca pelajar bersembang sesama rakan-rakan, bising dan
melakukan kerja sendiri semasa penerangan disampaikan oleh guru di hadapan kelas.
Mengetahui pelajar lebih berminat dengan aktiviti pengajaran yang berfokuskan pelajar, maka
guru mengambil inisiatif dengan melakukan pelbagai kaedah pengajaran di dalam bilik darjah.
Kaedah pengajaran yang dilaksanakan biasanya mengikut sub topik yang terkandung dalam
sukatan pelajaran Pengajian Am yang telah disediakan oleh Majlis Pelajaran Malaysia.
Setelah mengenal pasti masalah yang berlaku maka proses mengutip data dan
mendapatkan maklumat daripada pelajar dilakukan setelah tamat proses pengajaran dan
pembelajaran. Setelah mengenal pasti masalah yang dihadapi maka guru menggunakan
kaedah seperti berikut untuk mengenal pasti kaedah pengajaran yang diminati pelajar:
44
a) Temu bual
Guru menggunakan kaedah temu bual dengan beberapa orang pelajar setelah pengajaran
Pengajian Am. Pelajar yang ditemu bual dipilih secara rawak berdasarkan pemerhatian
semasa proses P&P. Dalam pemilihan pelajar melalui sesi temu bual, guru memilih pelajar
yang hiperaktif, mengantuk, suka bercakap, membuat bising dan bermain semasa pelatih
mengajar di hadapan kelas. Beberapa soalan yang berkaitan dengan pembelajaran dan
kaedah pengajaran guru ditanya sepanjang sesi temu bual. Malah, pelajar diberi kebebasan
memberitahu kaedah pengajaran yang diminati dalam pengajaran akan datang. Berdasarkan
temu bual tersebut, guru menjadikannya sebagai panduan dalam melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran pada pengajaran berikutnya.
3.4 Menganalisis dan Mengintepretasi Data
3.4.1 Metod Analisis
a) Pemerhatian : Analisis secara perbincangan tindak balas pelajar semasa
pengajaran di dalam kelas.
b) Refleksi murid : Analisis berkaitan topik pengajaran dengan teknik
pengajaran yang digunakan oleh guru.
c) Temu bual : Analisis secara perbincangan dengan pelajar tentang disiplin
pelajar di bilik darjah dan teknik pengajaran guru dalam bilik
darjah.
d) Tindak balas di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran:
Analisis penglibatan pelajar dengan teknik pengajaran guru
dalam bilik darjah.
3.4.2 Pemerhatian
Pemerhatian telah dilakukan terhadap pelajar tingkatan 6 semester 1/2 semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Semasa guru memberi penerangan di
hadapan kelas, pelajar dilihat kurang memberikan perhatian dan bertindak melakukan
tugasan masing-masing. Masalah tersebut membuatkan guru berasa terdapat kelemahan
yang dilakukan dalam penagajaran. Berbanding dengan pengajaran yang menggunakan
kaedah main peranan dan lakonan, teknik penerangan memberi respon yang sangat
45
ketara dalam kalangan pelajar apabila pelajar mulai mengganggu rakan mereka dan
membuat bising semasa pelatih memberi penerangan di dalam kelas.
Pemerhatian dilakukan atas sikap dan tingkah laku pelajar semasa pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan. Pemerhataian yang diperolehi bertujuan untuk dijadikan
rujukan sebelum dan selepas kajian dilaksanakan. Bagi mendapat maklumat tersebut,
guru memggunakan borang check list untuk senarai semakan. Hasil daripada borang
check list dapat memberi gambaran secara keseluruhan tingkah laku pelajar semasa guru
melaksanakan pengajaran. Borang check list digunakan setiap masa Pengajian Am
berlangsung dengan menggunakan teknik pengajaran yang berlainan. Borang check list
boleh dilihat melalui jadual di bawah:
Jadual 2: Kelakuan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran
BIL KELAKUAN BARI BARI BARI BARI BARI
1 Mengantuk dalam kelas S SS S S
2 Berbual dengan rakan dalam kelas
3 Membuat kerja lain dalam kelas 1 23 4 5
4 Termenung dalam kelas
5 Tidak menjawab soalan guru
6 Mengganggu rakan di dalam kelas
3.4.3 Refleksi Pelajar
Refleksi telah dilakukan terhadap beberapa orang murid setelah tamat proses pengajaran dan
pembelajaran. Pelajar yang terpilih terdiri daripada mereka yang tidak menumpukan perhatian
semasa guru mengajar. Melalui refleksi yang dilakukan, pelajar diajukan dengan beberapa
soalan mudah berkenaan pengajaran Pengajian Am. Pelajar juga ditanya akan teknik
pengajaran yang diminati, majoriti daripada pelajar tersebut berminat dalam teknik permainan
berbanding teknik penerangan semasa menjalankan proses pengajaran di bilik darjah.
46
Terdapat juga dalam kalangan pelajar yang berpendapat bahawa aktiviti yang menarik dapat
menarik perhatian pelajar malahan pelajar mudah memahami dan mengingatkan sesuatu topik
pembelajaran.
3.4.4 Temu Bual
Sesi temu bual telah dirancang oleh guru dalam mencari jalan penyelesaian terhadap masalah
yang berlaku dalam bilik darjah. Masa yang digunakan untuk sesi temu bual adalah semasa
waktu rehat agar tidak menganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru telah berusaha
mendapatkan bilik kaunseling untuk mengadakan sesi temu bual agar pelajar dapat
menyatakan pendapat masing-masing dalam suasana yang selesa.
Beberapa orang pelajar yang sukarela telah dijemput untuk memberi pendapat dan minat
mereka dalam pengajaran Pengajian Am. Guru telah meminta kebenaran untuk mengambil 5
orang pelajar daripada 19 orang pelajar di dalam kelas tersebut untuk menjalankan sesi temu
bual tersebut. Bilangan yang sedikit itu menyebabkan guru tidak dapat melakukan sesi temu
bual secara berkumpulan. Sepanjang sesi temu bual berlangsung, rakaman dilakukan
menggunakan telefon bimbit dan pelajar diberi kebebasan untuk memberitahu pemahaman
mereka sepanjang proses pengajaran proses pengajaran yang berlangsung dan sebab yang
menyebabkan pelajar lebih memahami sesuatu sub topik yang diajar oleh guru. Malah, pelajar
turut di soal dengan kaedah pengajaran yang diminati dalam pengajaran Pengajian Am,
cadangan penambahbaikan dalam pengajaran, dan menyatakan jenis kaedah pengajaran
guru yang masih diingati sehingga masa temu bual tersebut.
Beberapa cadangan telah diperolehi daripada pelajar sepanjang sesi temu bual
berlangsung iaitu pelajar menyatakan bahawa mereka akan hilang untuk memberikan
perhatian di dalam kelas apabila guru banyak memberikan penerangan di dalam kelas.
Tindakan pelajar bukan menunjukkan bahawa mereka tidak berminat dalam mata pelajaran
Pengajian Am, tetapi kaedah pengajaran yang digunakan tidak berkesan dalam pengajaran.
Belajar secara teori di dalam kelas tidak dapat memberi peluang kepada pelajar
mempraktikkan sub topik yang diajar oleh guru dalam pemahaman mereka sendiri. Hal ini
kerana, mata pelajaran Pengajian Am merupakan salah satu subjek yang memerlukan
pembacaan yang banyak kerana topiknya berkaitan kenegaraan Malaysia yang merangkumi
pelbagai bidang seperti undang-undang, kehakiman, raja berperlembagaan dan sebagainya.
Oleh itu, pelajar memberitahu, sekiranya guru hanya melakukan kaedah penerangan sahaja
semasa di dalam kelas, pelajar tidak nampak dan sukar bagi mereka untuk mengingati tajuk
isi pembelajaran yang di sampaikan oleh guru.
47
Sepanjang enam belas minggu guru mengajar mata pelajaran Pengajian Am, majoriti
pelajar memberi pandangan yang positif semasa pengajaran berlangsung walaupun terdapat
kaedah pengajaran kurang berkesan dalam bilik darjah. Melalui sesi temu bual, pelajar telah
menyatakan minat mereka dengan pengajaran guru yang menggunakan kaedah main
peranan, simulasi dan lakonan. Manakala kaedah secara berceramah atau penerangan
sangat membosankan pelajar dalam pembelajaran bilik darjah.
3.4.5 Tindak balas di dalam Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Tindak balas pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran bilik darjah adalah amat
penting bagi mengenal pasti pelajar memahami suatu pembelajaran. Melalui kajian yang
dijalankan, guru dapati bahawa kaedah berceramah di hadapan kelas menyebabkan pelajar
menjadi pasif dan bertindak membuat kerja mereka masing-masing. Bagi tindak balas pelajar
dalam bilik darjah pula, mereka lebih gemar mendiamkan diri kerana guru hanya
menyampaikan pengajaran di hadapan kelas dan tidak memberi peluang kepada mereka
untuk bersuara dan menyatakan pendapat masing-masing. Apabila bertanya kepada pelajar,
mereka sukar untuk memberi pendapat disebabkan sifat malu sekiranya jawapan diberikan
adalah salah. Namun, apabila guru melakukan kaedah pengajaran yang pelbagai dalam bilik
darjah, kebanyakkan pelajar berasa seronok untuk mengikuti pengajran dan pembelajaran
yang di sampaikan oleh guru di dalam kelas.
3.5 Merancang Tindakan
Pemilihan kaedah pengajaran perlu bersesuaian dengan tahap pengetahuan pelajar. Setelah
mengenal pasti maslah yang wujud di dalam bilik darjah, guru telah melakukan perancangan
awal untuk menjalankan tindakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Perancangan tindakan yang dilakukan dalam bilik darjah adalah berkaitan dengan kaedah
pengajaran guru. Guru bercadang menggunakan pelbagai kaedah pengajaran semasa
mengajar supaya pelajar dapat menumpukan sepenuhnya perhataian semasa pengajaran.
Terdapat beberapa kaedah yang telah dirancang oleh pelatih untuk dilaksanakan seperti
kaedah lakonan, kaedah main peranan, kaedah simulasi dan pelbagai lagi. Berdasarkan
kaedah yang dilaksanakan, guru menilai kaedah yang mampu manarik minat pelajar dan
membnantu pelajar memahami sub topik yang di ajar oleh guru.
48
3.5.1 Kaedah Simulasi
Semasa melakukan proses penghajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran
Pengajian Am, terdapat pelbagai kaedah pengajaran boleh digunakan untuk menarik minat
pelajar dalam pembelajaran. Oleh itu, guru mengubah kaedah pengajaran untuk
menggalakkan pembelajaran aktif berlaku dalam bilik darjah. Salah satu kaedah pengajaran
yang digunakan oleh guru ialah kaedah simulasi. Simulasi merupakan satu gambaran abstrak
sesuatu situasi sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan
peranan masing-masing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu. Ia merupakan satu
situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan
masalah-masalah yang benar-benar wujud atau menyediakan situasi-situasi yang benar-
benar wujud di dalam keadaan yang terkawal.
Terdapat beberapa jenis simulasi yang dapat digunakan sebagai satu langkah atau aktiviti
yang boleh menarik minat pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Am iaitu:
a) Lakonan atau drama
Berskrip
Tanpa Skrip
b) Sosio drama
Pelajar cuba menyelesaikan sesebuah masalah sosial
Pelakon diberi peranan watak seseorang dan suatu masalah atau isu dalam tajuk
Pengajian Am.
c) Perbahasan
Pemidato memegang peranan sebagai seorang tokoh/jawatan dan sebagainya
berdasarkan kepada tajuk sub topik yang berkaitan dengan Pengajian Am
Syarahan kecil dilakukan oleh seorang pelajar kepada rakan-rakan sekelas dan
mereka memberi markah.
Contoh : seorang pelajar menerangkan mengenai Struktur Pemerintahan di
Malaysia dalam menjalankan tanggungjawab ke atas negara.
d) Simulasi Segera
Guru memberi penerangan tentang sesuatu tajuk.
Guru meminta pelajar memegang sesuatu peranan dan mengambarkan
bagaimana peristiwa itu berlaku
49
e) Permainan
Terancang dan berstruktur seperti 'board games' dan teka silang kata.
Dalam kajian tindakan ini, guru menggunakan kaedah simulasi jenis simulasi segera.
Melalui kaedah simulasi tersebut, guru telah menyediakan bahan dan meminta pelajar
yang terpilih supaya melakukan simulasi. Sebagai contoh, guru telah melakukan simulasi
berkaitan sub topik bertajuk Demokrasi dan Pilihan Raya terhadap kelas tingkatan 6
semester 1/2. Bagi menjalankan kaedah tersebut, pengkaji telah menyediakan beberapa
alat bantu mengajar (ABM) seperti kotak undi, kertas berwarna, pensil dan meja. Melalui
ABM yang disediakan tersebut, guru telah memilih 10 orang pelajar untuk melakukan
simulasi berkaitan proses pembuangan undi semasa Pilihan raya. Pelajar yang tidak
terlibat pula, diarahkan supaya melihat proses pembuangan pengundian yang dilakukan
oelh rakan mereka.
Melalui kaedah simulasi ini, pelajar dapat meletakkan diri dalam situasi sebenar dan
berupaya untuk mempraktikkan sub topik yang diajar oleh guru. Oleh itu, kaedah tersebut
dilihat mampu untuk membendung masalah pelajar yang melakukan tugas masing-
masing dalam bilik darjah. Dalam kaedah simulasi, pelajar akan melakukan watak yang
diberikan dengan baik dan seterusnya meningkatkan rasa seronok pelajar untuk
mempelajari pengajaran dan pembelajaran yang di sampaikan oleh guru pelatih.
3.5.2 Main Peranan
Satu lagi kaedah popular yang menjadi tarikan pelajar terhadap proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas ialah kaedah secara main peranan. Kretiviti guru
melaksanakan kaedah secara main peranan dapat memberi peluang kepada setiap
pelajar untuk mempraktikkan isi-isi penting dalam topik pembelajaran dalam bilik darjah
dan secara tidak langsung dapat menggalakkan pelajar memahami topik-topik yang diajar
oleh guru. Kaedah main peranan ini dilihat penting dan sesuai digunakan dalam mata
pelajaran Pengajaian Am kerana kaedah tersebut dapat menggalakkan pelajar
menghadapi pengalaman sebenar melalui peranan yang dimainkan. Selain itu, peranan
yang dimainkan oleh pelajar dalam bilik darjah dapat memberikan pemahaman kepada
50