The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN PRAUNIVERSITI DAERAH BATU PAHAT - SS

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by maikechil69, 2022-06-11 20:12:50

KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN PRAUNIVERSITI DAERAH BATU PAHAT

KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN PRAUNIVERSITI DAERAH BATU PAHAT - SS

Masalah Keceriaan Kelas

18

16

Peratusan Responden 14

12

10

8

6

4

2

0

Kos yang Menggunakan Usaha Masa Mengunakan Pelajar memberi

diperlukan duit sendiri menceriakan mencukupi masa rehat/cuti kerjasama yang

untuk untuk kelas tidak untuk untuk baik.

menceriakan menceriakan mengganggu melengkapkan menceriakan

kelas tidak kelas tugas - tugas keceriaan kelas kelas

membebankan lain.

Item

Carta 5 : Masalah Keceriaan Kelas

Bil Item Tidak Kurang Tidak Setuju Sangat
pasti setuju Bil setuju Bil Bil (%) setuju
1 Kos yang diperlukan untuk menceriakan Bil (%) Bil (%)
kelas tidak membebankan (%) (%) 3
0 12 15 (10.0) 0
2 Menggunakan duit sendiri untuk (00.0) (40.0) (50.0) (00.0)
menceriakan kelas 0 5 15
0 (00.0) (16.6) (50.0) 10
3 Usaha menceriakan kelas tidak (00.0) 3 3 (33.3)
mengganggu tugas-tugas lain (10.0) (10.0) 15
1 2 11 (50.0) 8
4 Masa mencukupi untuk melengkapkan (3.3) (06.6) (36.6) (26.6)
keceriaan kelas 3 10 15
1 (10.0) (33.3) (50.0) 0
5 Menggunakan masa rehat/cuti untuk (3.3) (00.0)
menceriakan kelas 16
1 (53.3) 0
(3.3) (00)

6 Pelajar memberi kerjasama yang baik. 1 4 5 13 7
(3.3) (13.3) (16.6) (43.3) (23.3)

Jadual 5 : Masalah keceriaan kelas

151

Daripada carta 5 dan jadual 5, terdapat beberapa masalah yang dialami oleh guru
kelas dalam melaksanakan Program Keceriaan kelas telah dikenal pasti. Terdapat 6 aspek
telah diutarakan untk mengkaji masalah guru kelas. Hasil kajian mendapati seramai 12 orang
guru (40.0%) tidak setuju, 15 orang kelas (50.0%) tidak setuju, 3 orang guru (10.0%) setuju,
tiada guru kelas (0.0%) sangat setuju dan tidak pasti bahawa kos yang diperlukan untuk
menceriakan kelas mereka tidak membebankan.

Terdapat 5 orang guru kelas (16.6%) tidak setuju, 15 orang guru kelas setuju (50%)
dan 10 orang sangat setuju(33.3%) dengan aspek mereka banyak menggunakan duit sendiri
untuk menceriakan kelas mereka. Hasil temubual bersama Puan Nurul Huda binti Ibrahim,
beliau menggunakan duit sendiri untuk membeli langsir, kertas warna, bunga dan
sebagainya. Guru ini kurang menggunakan duit kelas kerana duit tersebut akan digunakan
untuk perbelanjaan lain seperti sambutan hari guru yang memerlukan kos yang agak besar.
Penggunaan wang sendiri yang agak banyak biasa berlaku pada bulan Januari dan Februari.
Bulan-bulan berikutnya agak kurang sedikit dan kadang kala tidak menggunakannya.

Terdapat seorang guru (03.3%) tidak pasti, 3 orang guru (10%) kurang setuju, 3 orang
guru (10%) tidak setuju, 15 orang guru kelas setuju (50%) dan 8 orang (26.6%) sangat setuju
dengan aspek usaha menceriakan kelas tidak mengganggu tugas-tugas lain.

Bagi aspek masa mencukupi untuk melengkapkan keceriaan kelas pula, terdapat
seorang guru kelas (3.3%) tidak pasti, 2 orang guru kelas (6.6%) kurang setuju, 11 orang
guru kelas (36.6%) tidak setuju, 15 orang guru kelas (50.0%) setuju dan (0%) sangat setuju.
Hasil temubual bersama penyelaras Program Keceriaan Kelas iaitu Puan Radziah binti
Husrani, beliau menjelaskan bahawa setiap kelas diberi masa tiga minggu untuk
melengkapkan keceriaan kelas. Pemantauan akan dilaksanakan sama ada pada minggu
terakhir setiap bulan atau minggu pertama bulan berikutnya.

Seterusnya, terdapat seorang guru kelas (3.3%) tidak pasti, 3 orang guru kelas
(10.0%) kurang setuju, 10 orang guru kelas (33.3%) tidak setuju dan 16 orang guru kelas
(53.3%) setuju dan (0%) sangat setuju dengan aspek menggunakan masa rehat/cuti untuk
menceriakan kelas.

Terdapat seorang guru kelas (3.3%) tidak pasti, 4 orang guru kelas (13.3%) kurang
setuju, 5 orang guru kelas (16.6%) tidak setuju, 13 orang guru (43.3%) setuju dan 7 orang
guru kelas (23.3%) sangat setuju dengan aspek pelajar memberi kerjasama yang baik dalam
usaha menceriakan kelas masing-masing. Hasil kajian mendapati, sebahagian besar pelajar

152

memberi kerjasama yang sangat baik walaupun kelas mereka ialah kelas hujung, contohnya
kelas 5 Harapan telah beberapa kali memenangi kategori tingkatan 5.

Cadangan Mengatasi Masalah

Bilangan Resonden Pihak sekolah memberi Sangat setuju
penghargaan kepada guru… Setuju
Tidak setuju
Setiap kelas mewujudkan Kurang setuju
tabung keceriaan kelas… Tidak pasti

Pihak sekolah memotivasikan 5 10 15 20
pelajar agar tidak merosakan… Item

Dendaan dikenakan ke atas
kelas yang tidak menceriakan…

Pihak sekolah memberi
peruntukan kepada setiap…

0

Carta 6: Cadangan Mengatasi Masalah

Bil Item Tidak Kurang Tidak Setuju Sangat
pasti Bil setuju Bil/ setuju Bil/ Bil/ (%) setuju
1 Pihak sekolah memberi Bil/ (%)
peruntukan kepada setiap (%) (%) (%) 9
kelas untuk menceriakan 0 (30.0) 18
kelas (00.0) 3 0
(60.0)
2 Dendaan dikenakan ke atas 0 (10.0) (00.0)
kelas yang tidak menceriakan (00.0)
kelas. 2 12 8 8
0 (6.6) (40.0) (26.6) (26.6)
3 Pihak sekolah memotivasikan (00.0)
pelajar agar tidak merosakan 2 2 11 15
paparan kelas sendiri atau 0 (6.6) (6.6) (36.6) (50.0)
kelas lain. (00.0)
3 0 17 10
4 Setiap kelas mewujudkan 0 (10.0) (00.0) (56.6) (33.3)
tabung keceriaan kelas (00.0)
masing-masing 0 5 9 16
(00.0) (16.6) (30.0) (53.3)
5 Pihak sekolah memberi
penghargaan kepada guru
kelas yang berjaya melepasi
tahap kepiawaian keceriaan
kelas.

Jadual 6 : Cadangan Mengatasi Masalah

153

Daripada carta 6 dan jadual 6, terdapat beberapa cara untuk mengatasi masalah
yang dialami oleh guru kelas telah dikenal pasti. Terdapat 5 aspek telah diutarakan untuk
mengatasi masalah guru kelas dalam melaksanakan Progran Keceriaan kelas. Hasil kajian
mendapati terdapat 3 orang guru kelas (10.0%) kurang setuju, 9 orang guru kelas (30.0%)
setuju dan 18 orang guru kelas (60.0%) sangat setuju agar pihak sekolah perlu memberi
peruntukan kepada setiap kelas untuk menceriakan kelas.

Seramai 2 orang guru kelas (6.6%) kurang setuju, 12 orang guru kelas (40.0%) tidak
setuju, 8 orang guru kelas (26.6%) setuju dan 8 orang guru kelas (26.6%) sangat setuju
bahawa dendaan perlu dikenakan ke atas kelas yang tidak menceriakan kelas.

Pihak sekolah perlu memotivasikan pelajar agar tidak merosakkan paparan kelas
sendiri atau kelas orang lain sangat sipersetujui oleh 15 orang guru kelas (50.0%), 11 orang
guru kelas setuju (36.6%), 2 orang guru kelas (6.6%) tidak setuju dan 2 orang guru kelas
(6.6%) tidak setuju. Sebarang perubahan @ inovasi yang hendak dilaksanakan oleh guru
dengan berkesan maka sokongan padu daripada pentadbiran sekolah hendaklah diperoleh
(Amin Senin, 2008).

Seramai 3 orang guru kelas (10.0%) kurang setuju, 17 orang guru kelas (56.6%)
setuju dan 10 orang guru kelas (33.3%) sangat setuju dengan cadangan bahawa setiap kelas
mesti mewujudkan tabung keceriaan kelas masing-masing.

Kajian juga menunjukkan bahawa ramai guru kelas sangat setuju bahawa pihak
sekolah perlu memberi penghargaan kepada guru kelas yang berjaya melepasi tahap
kepiawaian keceriaan kelas. Hal ini dibuktikan seramai 5 orang guru kelas (16.6%) tidak
setuju, 9 orang guru kelas (30.0%) setuju dan seramai 16 orang guru kelas (53.3%) sangat
setuju dengan pernyataan tersebut.

154

7.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN KAJIAN

Keceriaan kelas memang merupakan salah satu aspek yang sangat penting dalam
mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Hasil kajian
mendapati kejayaan program keceriaan kelas ini memerlukan kerjasama yang erat
antara pelajar, guru kelas dan pentadbir sekolah. Hal ini demikian kerana, kerjasama ini
akan memudahkan pelaksanaan sesuatu program. Menurut Hussien Mamood (1993)
kejayaan dan kegagalan sesebuah sekolah di Malaysia banyak bergantung kepada pihak
sekolah iaitu guru besar, guru-guru tetapi kepimpinan guru besar adalah dikenalpasti
sebagai pembolehubah yang penting sekali yang mempengaruhi kualiti dan kuantiti hasil
sekolah. Hasil kajian juga mendapati terdapat persepsi yang berbeza-beza dalam
kalangan guru terhadap program keceriaan kelas di SMK Datuk Menteri, walaupun
terdapat guru kelas yang tidak berminat menjadi guru kelas tetapi mereka suka dengan
persekitaran kelas yang cantik dan kemas.

Masalah yang berjaya dicungkil dari kajian ini ialah ramai guru kekurangan kos untuk
menceriakan kelas sehingga mereka sanggup mengeluarkan duit sendiri untuk
melaksanakan program keceriaan ini. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan ramai guru
kelas di SMK Datuk Menteri sanggup berkorban untuk menceriakan kelas masing-
masing, buktinya mereka sanggup menggunakan masa cuti dan sanggup mengeluarkan
wang sendiri untuk menceriakan kelas. Nilai-nilai mulia ini perlu diberi pujian dan
dikekalkan.

Hasil kajian juga mendapati semua guru kelas menyokong agar Program Keceriaan
Kelas dikekalkan dengan sedikit penambahbaikan seperti pembahagian hadiah perlu
dibanyakkan, Menambah bilangan kelas yang mendapat hadiah, kelas yang telah
menang dikecualikan bertanding untuk bulan berikutnya supaya memberi peluang
kepada kelas lain untuk menang. Guru kelas berpendapat hal ini penting untuk
mengekalkan motivasi mereka untuk menceriakan kelas.

Dalam aspek cadangan mengatasi masalah, hasil kajian menunjukkan pihak sekolah
perlu berperanan lebih agresif seperti kerap memotivasikan pelajar, memberi peruntukan
dan memberi penghargaan kepada guru kelas untuk mengekalkan tahap motivasi
mereka berada pada tahap yang tinggi.

155

Pengkaji mengharapkan kajian ini boleh dijadikan rujukan oleh pengkaji lain untuk
membuat kajian yang berkaitan dengan keceriaan sama ada di sekolah, rumah,
bangunan pejabat dan sebagainya. Diharap kajian ini akan mencetuskan idea kepada
pihak pentadbiran sekolah untuk mengambil langkah-langkah yang proaktif dalam
membangunkan keceriaan sekolah secara keseluruhannya.

BIBLIOGRAFI
Ahmad Zabidi Abdul Razak.2006. Ciri Iklim Sekolah Berkesan : Implikasinya Terhadap
Motivasi Pembelajaran. Jurnal Pendidikan 31:3-19.
Amin Senin, 2008, Pembangunan Profesional Guru. Kuala Lumpur : Utusan Publication &
Distributor Sdn. Bhd.
Kamus Dewan Edisi ketiga, 2003. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rujukan internet
Budaya sekolah, blogspot.my
www.ukm.my/penerbit/jurnal_pdf/jpend31_06pdf
www.moe.gov.my/my/falsafah-pendidikan-kebangsaan
www.ukm.my/e-bangi index.php? option

156

PENGHARGAAN

 Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat
 Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat
 Majlis Pengetua Sekolah Malaysia Daerah Batu Pahat
 Majlis Guru Besar Daerah Batu Pahat
 Semua Penulis Kajian Tindakan Prauniversiti Daerah Batu Pahat
 Semua pihak yang terlibat dalam penyediaan Koleksi Kajian

Tindakan Prauniversiti Daerah Batu Pahat ini, sama ada secara
langsung atau tidak langsung.

157

Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat

JKR BP 2350 (P) Jalan Zaharah
83000 Batu Pahat, Johor Darul Ta’zim

Tel: 07-4342201 Faks: 07-4343226

158


Click to View FlipBook Version