KANDUNGAN
Muka Surat
1. PRAKATA 1
2
2. IKON HePiLI
3. OBJEKTIF MODUL & PANDUAN PENGGUNAAN MODUL 3
4. PELAKSANAAN MODUL 4
5. BERSIH DIRI, SENANG HATI 7
9
UNIT 1 : AMALAN PENJAGAAN KEBERSIHAN DIRI 28
31
UNIT 2 : MEMAKAI PAKAIAN BERSIH
UNIT 3 : ETIKA BATUK DAN BERSIN
6. MAKANAN SIHAT DAN SELAMAT 37
UNIT 1 : MAKAN SECARA SIHAT 39
UNIT 2 : LIHAT, HIDU DAN RASA 48
7. SAYA AKTIF, CERIA 59
UNIT 1 : SAYA AKTIF, CERIA 60
8. DUNIA BARU: BERSIH DAN SEGAR 69
UNIT 1 : BUANG SAMPAH DI TEMPAT YANG BETUL 71
UNIT 2 : KEBERSIHAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA 77
UNIT 3 : IMFree (KATAKAN TIDAK PADA ROKOK) 79
87
9. KENALI DIRI, FAHAMI DIRI 89
114
UNIT 1 : JOM KITA KAWAN
UNIT 2 : SENTUHAN YANG SELAMAT
10. BAHAN RUJUKAN 129
11. SENARAI PENYUMBANG 130
Objektif Modul:
Memberi panduan kepada guru untuk menyampaikan
pengajaran pendidikan kesihatan dengan lebih
mudah, menarik dan menyeronokkan.
PRAKATA
1. PRAKATA
Pendidikan kesihatan di usia
awal kanak-kanak adalah penting
kerana ia membina pengetahuan,
kesedaran dan amalan murid terhadap
cara hidup sihat. Amalan tingkahlaku
cara hidup sihat dari usia awal
persekolahan sekaligus akan digunakan
oleh mereka untuk membuat pilihan
yang lebih sihat, mengurangkan
tingkahlaku berisiko dan menambahbaik
kesihatan sepanjang hayat mereka.
Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
MEI 2021
MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA 1
HIekPoniLI
Anda
2 MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA
2. OBJEKTIF
3.
a. Program Tunas Doktor Muda bermula sejak tahun 2016 dengan kerjasama
Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pembangunan Luar
Bandar.
b. Objektif Program:
• Meningkatkan pengetahuan kanak-kanak tentang amalan cara hidup sihat.
• Meningkatkan kemahiran kanak-kanak tentang tingkah laku asas kesihatan:
- Membasuh tangan dengan betul
- Mengosok gigi dengan betul
- Makan sayur dan buah
- Membuang sampah di tempat yang betul
- Tahu mengenai sentuhan OK dan Tak OK
PANDUAN PENGGUNAAN MODUL
MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA 3
4. PERLAKSANAAN MODUL
1. Aktiviti di dalam modul ini boleh digabung jalinkan dengan aktiviti dalam Rancangan
Pembelajaran Harian (RPH) dan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
2. Guru boleh menyesuaikan bahan bantu mengajar yang disertakan bersama mengikut
perkembangan dan pencapaian kanak-kanak bagi memastikan tahap kemahiran tercapai.
3. Pengagihan masa yang dicadangkan di dalam setiap aktiviti adalah fleksibel dan boleh diubah
suai mengikut perkembangan dan pencapaian kanak-kanak.
4. Jadikan aktiviti yang sesuai dalam modul sebagai rutin kanak-kanak bagi mengukuhkan
pengetahuan, kemahiran dan amalan mereka.
PERKARA-PERKARA YANG BOLEH DILAKSANAKAN SECARA
RUTIN DI SEKOLAH
PERKARA RUTIN
Sebelum i. Susun kasut dan letak beg di tempat yang disediakan.
kelas ii. Periksa sesama sendiri perkara berikut:
bermula a. Pakaian c. Gigi
b. Tangan dan kuku d. Rambut
Semasa iii. Pastikan kelas dalam keadaan bersih dan teratur.
kelas
i. Terapkan cara berkawan yang baik.
Waktu ii. Jika marah, amalkan teknik mengawal marah.
rehat iii. Terapkan membuang sampah dengan betul.
Waktu i. Terapkan sifat tolak ansur dan berkongsi permainan.
makan ii. Galakkan aktiviti fizikal dan senaman.
Sebelum i.. Beratur dengan baik untuk mengambil makanan.
pulang ii. Pilih makanan yang sihat.
iii. Lihat, hidu dan rasa sebelum makan.
iv. Basuh tangan dengan betul sebelum makan.
i. Pastikan kelas dibersihkan.
4 MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA
MODUL LATIHAN PROGRAM TUNAS DOKTOR MUDA
SKOP 1 - BERSIH DIRI, SENANG HATI
BERSIH DIRI,
SENANG HATI
PENGENALAN
Skop ini mendedahkan kanak-kanak tentang cara-cara menjaga kebersihan diri
serta memastikan diri sentiasa bersih dan sihat.
MATLAMAT
Pada akhir sesi pembelajaran, kanak-kanak mengetahui tentang cara-cara
menjaga kebersihan diri serta memastikan diri sentiasa bersih dan sihat.
ISI KANDUNGAN
Skop ini mengandungi unit berikut:
11 22
AKMEBAELARNSIPHEANNJDAGIRAIAN MYAENMGAKBAEIRPSAIHKAIAN
3
ETIKA BATUK DAN
BERSIN
PENILAIAN / PETUNJUK PRESTASI YANG DINILAI
1. Kemahiran memberus gigi yang betul.
2. Tujuh (7) langkah kemahiran mencuci tangan.
3. Kemahiran etika batuk dan bersin yang betul.
MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA 7
SKOP 1 - BERSIH DIRI, SENANG HATI
INDIKATOR 1: MEMBERUS GIGI
Skala Pencapaian
Skala Penerangan Kriteria Penilaian akhir ( / )
TM Telah Boleh menunjukkan cara
Menguasai menggosok gigi dengan betul.
SM Sedang Boleh menunjukkan sebahagian
Menguasai cara menggosok gigi dengan betul.
BM Belum Tahu perkara asas menggosok gigi.
Menguasai
Kriteria yang dinilai
i. Mengenal pasti peralatan memberus gigi yang betul.
ii. Dapat menerangkan bila perlu berus gigi (sekurang-kurangnya 2 kali sehari).
iii. Amalkan berus gigi selepas makan.
iv. Menguasai kemahiran memberus gigi dengan betul.
INDIKATOR 2: MENCUCI TANGAN
Skala Pencapaian
Skala Penerangan Kriteria Penilaian akhir ( / )
TM Telah Boleh menunjukkan 7 langkah cara
Menguasai mencuci tangan dengan betul.
SM Sedang Boleh menunjukkan sebahagian
Menguasai cara mencuci tangan dengan betul.
BM Belum Langsung tidak boleh menunjukkan
Menguasai cara mencuci tangan.
Kriteria yang dinilai
i. Tahu bila perlu mencuci tangan.
ii. Mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun.
iii. Keringkan tangan dengan tuala bersih.
88 MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA
SKOP 1 - BERSIH DIRI, SENANG HATI
1
AKMEBAELRANSIPHAENNJDAGIRAI AN
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir sesi pembelajaran, kanak-kanak akan dapat :
• Menguasai amalan penjagaan kebersihan diri yang betul.
KANDUNGAN
1. Mengamalkan cara menjaga kebersihan diri dengan bimbingan.
2. Menyatakan kepentingan kebersihan diri.
3. Menggosok gigi dengan cara yang betul.
4. Menjaga kebersihan pakaian.
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1. Mengenal Peralatan Kebersihan Diri
2. Penjagaan Kebersihan Diri - Mari Mandi
3. Mari Bercerita - Mandi
4. Penjagaan Kebersihan Diri - Cuci Rambut
5. Menyanyi Lagu Berus Gigi
6. Memberus Gigi
7. Bercerita Cara Memberus Gigi
8. Makanan Perosak Gigi
9. Langkah Mencuci Tangan
MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA 9
SKOP 1 - BERSIH DIRI, SENANG HATI
MENGENAL PERALATAN KEBERSIHAN DIRI
KAEDAH PELAKSANAAN
1. Peralatan kebersihan disediakan oleh guru / dibawa oleh murid (ikut kesesuaian).
2. Murid mengenalpasti peralatan kebersihan diri.
3. Murid menyatakan fungsi peralatan kebersihan diri.
SUMBER
1. Peralatan kebersihan disediakan oleh guru / dibawa oleh murid (ikut kesesuaian):
• Syampu
• Ubat gigi
• Berus gigi
• Sabun mandi / gel mandian
• Pengetip kuku
• Sikat rambut
• Lain-lain peralatan yang bersesuaian
MASA
30 minit
PENILAIAN
Pemerhatian guru.
10 MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA
SKOP 1 - BERSIH DIRI, SENANG HATI
PENJAGAAN KEBERSIHAN DIRI – MARI MANDI
KAEDAH PELAKSANAAN
1. Guru menayangkan video - Animasi Lagu : Cara Mandi yang Betul.
2. Guru menerangkan langkah-langkah mandi yang betul dan bila kanak-kanak perlu mandi.
3. Guru menunjukkan bahan mandian kepada kanak-kanak dan cara penggunaannya.
4. Guru meminta kanak-kanak melakonkan dan menerangkan semula langkah-langkah mandi
yang betul.
5. Kanak-kanak mengenal pasti bahagian badan yang berbau jika tidak mandi.
6. Guru meminta kanak-kanak melekatkan pelekat kuman pada tempat yang sesuai mengikut
Lembaran Aktiviti 1.1.1 - Bau Badan.
SUMBER
1. Video Animasi Lagu - Cara Mandi yang betul (boleh dimuat turun di http://hepili.moh.gov.my)
2. Lembaran Aktiviti 1.1.1 - Bau Badan
3. Bahan mandian - Sabun / Gel Mandian.
4. Komputer dan projektor LCD.
MASA
40 minit
PENILAIAN
Bersoal jawab.
Pemerhatian guru.
MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA 11
12
SKOP 1 - BERSIH DIRI, SENANG HATI
MARI BERCERITA - MANDI
KAEDAH PELAKSANAAN
1. Guru bercerita tentang kebersihan diri dan kepentingannya (Hafiz Yang Comot).
2. Guru menggunakan Lembaran Aktiviti 1.1.2 - Si Bersih dan Si Comot bagi membezakan
keadaan kanak-kanak yang bersih dan kotor.
SUMBER
1. Lembaran Aktiviti 1.1.2 - Si Bersih dan Si Comot.
MASA
40 minit
PENILAIAN
Pemerhatian guru.
MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA 13
1GAMBAR 2GAMBAR
14 MODUL LATIHAN PROGRAM TUNAS DOKTOR MUDA
1
2
3
4
5
6
7
SKOP 1 - BERSIH DIRI, SENANG HATI
PENJAGAAN KEBERSIHAN DIRI - CUCI RAMBUT
KAEDAH PELAKSANAAN
1. Guru bercerita tentang langkah-langkah mencuci rambut.
Langkah-langkah mencuci rambut :
Rambut perlu dicuci setiap kali semasa mandi.
Gunakan syampu yang sesuai untuk kanak-kanak.
a. Letakkan syampu sebesar duit syiling 20 sen ke atas tapak tangan.
b. Gosok syampu di tapak tangan dahulu sebelum disapu ke rambut.
c. Gunakan jari dan ratakan syampu dari rambut hingga ke kulit kepala.
d. Bilas sehingga tiada buih.
e. Keringkan rambut dengan tuala yang bersih.
2. Kemudian, guru menerangkan pula kekerapan rambut perlu dicuci.
3. Guru meminta kanak-kanak untuk menunjukkan semula langkah mencuci rambut.
4. Untuk pengukuhan, minta kanak-kanak mengenalpasti turutan yang betul dalam
mencuci rambut dan warnakan gambar tersebut di atas Lembaran Aktiviti 1.1.3 –
Langkah Cuci Rambut.
SUMBER
1. Peralatan mencuci rambut.
2. Lembaran Aktiviti 1.1.3 – Langkah Cuci Rambut.
MASA
60 minit
PENILAIAN
Pemerhatian guru.
16 MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA
Bilas sehingga tiada buih 17
Gunakan jari dan ratakan
syampu dari rambut
hingga ke kulit kepala
Keringkan rambut
dengan tuala yang bersih
Gosok syampu di tapak
tangan dahulu sebelum
disapu ke rambut
Letakkan syampu
sebesar duit syiling 20
sen ke atas tapak tangan
MODUL LATIHAN PROGRAM TUNAS DOKTOR MUDA
Bilas sehingga tiada buih 4
3
Gunakan jari dan ratakan 5
syampu dari rambut
hingga ke kulit kepala
Keringkan rambut
dengan tuala yang bersih
Gosok syampu di tapak 2
tangan dahulu sebelum
disapu ke rambut
Letakkan syampu 1
sebesar duit syiling 20
sen ke atas tapak tangan
18
MODUL LATIHAN PROGRAM TUNAS DOKTOR MUDA
SKOP 1 - BERSIH DIRI, SENANG HATI
MENYANYI LAGU BERUS GIGI
KAEDAH PELAKSANAAN
1. Guru meminta kanak-kanak menyanyi bersama sambil menggayakan langkah-
langkah memberus gigi mengikut Video Pengajaran - Gigiku Bersih (Ulang tayang
video untuk mengukuhkan pemahaman murid).
2. Kanak-kanak menceritakan langkah-langkah memberus gigi yang betul.
SUMBER
1. Video Pengajaran - Gigiku Bersih (boleh dimuat turun di http://hepili.moh.gov.my).
2. Komputer dan projektor LCD
MASA
30 minit
PENILAIAN
Pemerhatian guru.
MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA 19
SKOP 1 - BERSIH DIRI, SENANG HATI
MEMBERUS GIGI
KAEDAH PELAKSANAAN
1. Guru bersama-sama kanak-kanak melakukan aktiviti memberus gigi yang berkesan.
2. Letakkan ubat gigi sebesar kacang pis sahaja di atas berus gigi seperti di bawah:
3. Seterusnya, , berus gigi dengan menggunakan cadangan teknik seperti di bawah:
1 Langkah 1
Mulakan dengan merapatkan gigi atas dan
bawah. Letakkan bulu berus pada permukaan
gigi belakang.
2 Langkah 2
Buat gerakan membulat meliputi permukaan
gigi dan gusi sebanyak 8-10 kali.
3 Langkah 3
Ulangi pergerakan yang sama di gigi hadapan
dan bahagian lain.
4 Langkah 4
Berus bahagian dalam gigi rahang bawah
dengan gerakan membulat meliputi
permukaan gigi dan gusi.
20 MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA
SKOP 1 - BERSIH DIRI, SENANG HATI
5 Langkah 5
Gunakan hujung berus untuk memberus
bahagian dalam gigi hadapan rahang bawah
dengan gerakan membulat.
6 Langkah 6
Berus permukaan gigi pada rahang bawah
yang digunakan untuk mengunyah dengan
gerakan ke depan dan ke belakang.
7 Langkah 7
Ulang langkah 4 hingga 6 bagi rahang atas.
8 Langkah 8
Berus lidah dengan gerakan dari dalam ke luar.
4. Akhirnya, guru meminta kanak-kanak untuk menunjukkan semula langkah-langkah memberus
gigi dengan betul. Fokus perlu diberi kepada pemberusan yang berkesan yang mana kotoran
pada permukaan gigi mesti dibersihkan sepenuhnya.
SUMBER
Barang-barang yang dibawa Barang-barang yang dibawa
oleh kanak-kanak oleh guru
• Berus gigi. • Model gigi.
• Ubat gigi. • Model berus gigi.
• Poster - Gigiku Bersih.
MASA
30 minit
PENILAIAN
Pemerhatian guru.
Demonstrasi.
MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA 21 21
SKOP 1 - BERSIH DIRI, SENANG HATI
BERCERITA CARA MEMBERUS GIGI
KAEDAH PELAKSANAAN
1. Guru memberi peluang kanak-kanak untuk menceritakan semula cara memberus gigi
menggunakan Poster - Gigiku Bersih (Cara Memberus Gigi) dengan bimbingan guru.
2. Guru juga menerangkan kepentingan memberus gigi dan waktu untuk memberus gigi
(Berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari - sekali pada waktu siang dan sekali
pada waktu malam sebelum tidur).
3. Guru menerangkan berkaitan berus gigi (ciri-ciri berus gigi yang baik, membandingkan
berus gigi yang sesuai dan tidak sesuai).
SUMBER
1. Poster – Gigiku Bersih (boleh dimuat turun di http://hepili.moh.gov.my).
MASA
30 minit
PENILAIAN
Pemerhatian guru.
22 MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA
SKOP 1 - BERSIH DIRI, SENANG HATI
MAKANAN PEROSAK GIGI
KAEDAH PELAKSANAAN
1. Guru menyediakan beberapa jenis makanan (makanan berkhasiat dan makanan
yang merosakkan gigi).
2. Guru meminta kanak-kanak memilih makanan yang mereka gemari.
3. Guru menerangkan kesan makanan yang boleh menyebabkan kerosakan gigi
berdasarkan makanan yang disediakan.
4. Dengan menggunakan Lembaran Aktiviti 1.1.4, guru meminta kanak-kanak
menandakan ( ) pada makanan dan minuman yang boleh menyebabkan kerosakan
gigi. Guru menerangkan kenapa makanan ini boleh menyebabkan kerosakan gigi.
Contohnya – makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula, makanan yang
keras dan berasid.
SUMBER
1. Lembaran aktiviti 1.1.4 - Makanan Perosak Gigi
MASA
40 minit.
PENILAIAN
Hasil kerja murid.
x
MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA 23
24 24
MODUL LATIHAN PROGRAM TUNAS DOKTOR MUDA
Bersih Diri, Senang Hati
MODUL LATIHAN PROGRAM TUNAS DOKTOR MUDA 25
SKOP 1 - BERSIH DIRI, SENANG HATI
LANGKAH MENCUCI TLAANNGGAKNAH MENCUCI TANGAN
KAEDAH PELAKSANAAN
1. Menonton Video Pengajaran - 7 Langkah Mencuci Tangan sambil menyanyi dan menggayakan
langkah-langkah yang diajar di dalam video.
2. Guru mengulangi langkah-langkah dalam video menggunakan carta selak 7 Langkah Mencuci
Tangan.
7 Langkah Mencuci Tangan
• Basahkan tangan dan ratakan dengan cecair pencuci tangan secukupnya.
• Gosok tapak tangan.
• Gosok setiap jari dan celah jari.
• Gosok kuku di tapak tangan.
• Gosok belakang tangan.
• Basuh dengan air bersih secukupnya.
• Keringkan tangan dengan tuala bersih.
SUMBER
1. Video Pengajaran - 7 Langkah Mencuci Tangan (boleh dimuat turun di http://hepili.moh.gov.my).
2. Komputer dan projektor LCD.
3. Cecair pencuci tangan.
4. Tuala bersih.
5. Lembaran Aktiviti 1.1.5 - 7 Langkah Mencuci Tangan Yang Efektif.
6. Carta Selak 7 Langkah Mencuci Tangan
MASA
30 minit.
PENILAIAN
Pemerhatian guru.
26 MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA
SKOP 1 - BERSIH DIRI, SENANG HATI
2
MEMAKAI PAKAIAN
BERSIH
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir sesi, kanak-kanak akan dapat :
• Menyatakan kepentingan untuk memakai pakaian luar dan dalam yang bersih.
KANDUNGAN
1. Memakai pakaian yang bersih.
2. Menjaga kebersihan pakaian.
3. Menyatakan kepentingan memakai pakaian yang bersih, sesuai dan kemas.
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1. Baju Yang Mana?
28 MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA
SKOP 1 - BERSIH DIRI, SENANG HATI
BAJU YANG MANA?
KAEDAH PELAKSANAAN
1. Guru membawa 2 set pakaian:
• Pakaian yang bersih.
• Pakaian yang kotor dan berbau.
2. Guru meminta kanak-kanak untuk menggunakan deria bau bagi mengenalpasti
pakaian yang kotor dan pakaian yang bersih.
3. Guru meminta kanak-kanak untuk menyatakan perbezaan yang bersih dan kotor.
4. Guru bercerita tentang kesan pakaian yang kotor.
5. Guru meminta murid menandakan (/) pada aktiviti yang boleh menyebabkan pakaian
menjadi kotor pada Lembaran Aktiviti 1.2.1 – Sebab Pakaian Kotor.
SUMBER
1. Set pakaian kotor.
2. Set pakaian bersih.
3. Lembaran Aktiviti 1.2.1 – Sebab Pakaian Kotor.
MASA
30 minit
PENILAIAN
Pemerhatian guru.
Hasil kerja murid.
29 MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA 29
3
30 30
MODUL LATIHAN PROGRAM TUNAS DOKTOR MUDA
SKOP 1 - BERSIH DIRI, SENANG HATI
3
ETIKA BATUK DAN
BERSIN
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir sesi, kanak-kanak dapat :
• Memahami keperluan untuk menutup hidung dan mulut ketika batuk dan bersin.
KANDUNGAN
1. Mengamalkan cara-cara untuk mengelakkan jangkitan penyakit dengan bimbingan
guru.
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1. Adab Bersin, Batuk Dan Menghembus Hidung
31 MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA 31
SKOP 1 - BERSIH DIRI, SENANG HATI
ADAB BERSIN, BATUK DAN MENGHEMBUS HIDUNG
KAEDAH PELAKSANAAN
1. Guru menunjukan cara menutup hidung dan mulut ketika bersin dan batuk menggunakan tisu
atau sapu tangan.
2. Guru meletakkan sedikit pewarna atau cat air pada tangan.
3. Kemudian, guru membuat simulasi bersin dan batuk.
4. Guru meminta kanak-kanak menyatakan apa yang mereka lihat.
5. Guru menerangkan tentang penyebaran kuman dan virus jika tidak menutup mulut dengan
tisu/sapu tangan ketika bersin dan batuk.
6. Untuk pengukuhan, guru menayangkan video - Etika Batuk dan Bersin.
7. Kanak-kanak mengulangi langkah yang ditunjukkan oleh guru.
SUMBER
1. Video Pengajaran Etika Batuk dan Bersin (boleh dimuat turun di http://hepili.moh.gov.my).
2. Tisu atau sapu tangan.
3. Pewarna atau cat air
4. Komputer dan projektor LCD.
5. Lembaran Aktiviti 1.3.1- Etika Batuk dan Bersin
MASA
40 minit
PENILAIAN
Pemerhatian guru.
32 MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA
SKOP 1 Lembaran Aktiviti 1.3.1
Bersih Diri, Senang hati
ETIKA BATUK DAN BERSIN DENGAN BETUL
Arahan :
Suai padankan gambar dan pernyataan mengikut etika batuk dan bersin
yang betul
Jangan berkongsi sapu
1 tangan atau tisu
dengan orang lain.
Elakkan menyentuh
muka, hidung atau
2 mulut sebelum mencuci
tangan.
Palingkan muka
3 daripada orang lain &
makanan.
Tutup hidung & mulut
anda dengan tisu/sapu
4 tangan ketika batuk/
bersin.
BUANGKAN TISU KE
DALAM BAKUL SAMPAH.
MODUL LATIHAN PROGRAM TUNAS DOKTOR MUDA 33
SKOP 1 Lembaran Aktiviti 1.3.1
Bersih Diri, Senang hati
ETIKA BATUK DAN BERSIN DENGAN BETUL
Arahan :
Suai padankan gambar dan pernyataan mengikut etika batuk dan bersin
yang betul
Palingkan muka
1 daripada orang lain &
makanan.
Tutup hidung & mulut
anda dengan tisu/sapu
2 tangan ketika batuk/
bersin.
BUANGKAN TISU KE
DALAM BAKUL SAMPAH.
Jangan berkongsi sapu
tangan atau tisu
3 dengan orang lain.
Elakkan menyentuh
muka, hidung atau
4 mulut sebelum mencuci
tangan.
SKOP 2 - MAKANAN SIHAT DAN SELAMAT
MAKANAN SIHAT
DAN SELAMAT
PENGENALAN
Skop ini memberi pendedahan kepada kanak-kanak mengenai
makanan yang sihat dan selamat untuk dimakan.
MATLAMAT
Pada akhir sesi pembelajaran, kanak-kanak dapat memilih makanan
yang sihat dan selamat untuk dimakan.
ISI KANDUNGAN
Skop ini mengandungi unit berikut:
1 22
MAKASNIHSAETCARA LIHAT,RHAISDAU DAN
PENILAIAN / PETUNJUK PRESTASI YANG DINILAI
1. Kemahiran makan pelbagai jenis makanan terutama sayur-sayuran dan
buah-buahan.
MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA 37
SKOP 2 - MAKANAN SIHAT DAN SELAMAT
INDIKATOR 1: MAKAN PELBAGAI JENIS MAKANAN TERUTAMANYA SAYUR-SAYURAN
Skala Pencapaian
Skala Penerangan Kriteria Penilaian akhir ( / )
TM Telah Menguasai Makan sayur yang disediakan
setiap hari selama seminggu
(5 hari).
SM Sedang Makan sebahagian sayur yang
Menguasai disediakan setiap hari selama
seminggu (5 hari).
BM Belum Menguasai Langsung tidak makan sayur
yang disediakan
** Nota kepada guru: Hidangan sayur disediakan pada setiap hari. Guru akan melihat
dalam tempoh seminggu bagi menilai pencapaian murid.
Kriteria yang dinilai
i. Mengenal pasti murid yang suka makan dan tidak makan sayur.
38 MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA
SKOP 2 - MAKANAN SIHAT DAN SELAMAT
1
MAKASNIHSAETCARA
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir sesi pembelajaran, kanak-kanak dapat :
• Menyatakan tentang pemakanan sihat dan berkhasiat.
• Mengetahui konsep Suku Suku Separuh.
• Meningkatkan pengambilan sayur-sayuran.
KANDUNGAN
1. Mengenal Piramid Makanan Malaysia
2. Mengetahui kumpulan makanan dalam Piramid Makanan Malaysia.
3. Memahami kepentingan untuk makan pelbagai jenis makanan.
4. Mengetahui konsep Pinggan Sihat Malaysia.
5. Mengenalpasti makanan yang sihat dan kurang sihat.
6. Mengamalkan makan sayur-sayuran setiap hari.
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1. Kenali Piramid Makanan Malaysia.
2. Pinggan Sihat Saya
3. Main Permainan - Pilihan Makanan.
4. Kebun Sihat
5. Si Cilik Masak Sihat
6. Buku cerita - Si Sawi Yang Sihat.
MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA 39
SKOP 2 - MAKANAN SIHAT DAN SELAMAT
KENALI PIRAMID MAKANAN MALAYSIA
KAEDAH PELAKSANAAN
1. Guru menayangkan Video Makan Secara Sihat mengenai Piramid Makanan Malaysia,
kumpulan makanan serta kepentingan untuk makan pelbagai jenis makanan.
2. Guru membahagikan kanak-kanak kepada beberapa kumpulan dan meminta kanak-kanak
menghasilkan model Piramid Makanan Malaysia secara berkumpulan.
3. Guru menilai hasil kerja bagi menentukan tahap kefahaman kanak-kanak mengenai Piramid
Makanan Malaysia.
SUMBER
1. Video Pengajaran : Makan Secara Sihat (boleh dimuat turun di http://hepili.moh.gov.my).
2. Komputer dan projektor LCD.
3. Bahan terbuang dan alat tulis
MASA
40 minit.
PENILAIAN
Pemerhatian terhadap hasil kerja.
Soal jawab.
Hasil kerja murid.
40 MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA
SKOP 2 - MAKANAN SIHAT DAN SELAMAT
Nota:
1. Bilangan sajian dikira berdasarkan 1,500 kcal, 1,800 kcal dan 2,000 kcal untuk dewasa.
2. Orang dewasa yang tidak aktif/sedentary perlu mengambil bilangan sajian yang minimum.
MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA 41
SKOP 2 - MAKANAN SIHAT DAN SELAMAT
PINGGAN SIHAT SAYA
KAEDAH PELAKSANAAN
1. Guru menerangkan kumpulan makanan mengikut aras dalam Piramid Makanan
dengan merujuk kepada carta selak - Pilih Makanan Yang Sihat atau model piramid
makanan yang telah dihasilkan oleh kanak-kanak.
2. Guru meminta kanak-kanak menggunting gambar makanan (dalam risalah terpakai)
mengikut kumpulan makanan (contoh: karbohidrat = roti/ nasi, protein=ikan/ ayam).
3. Guru meminta kanak-kanak menampal gambar makanan yang telah digunting ke
atas pinggan kertas.
4. Guru menilai hasil kerja kanak-kanak dan menerangkan konsep Pinggan Sihat
Malaysia.
SUMBER
1. Carta Selak - Pilih Makanan Yang Sihat.
2. Gambar Pinggan Sihat Malaysia.
3. Risalah terpakai.
4. Pinggan kertas.
5. Alat tulis.
MASA
40 minit.
PENILAIAN
Pemerhatian terhadap hasil kerja.
Bersoal jawab.
42 MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA
SKOP 2 - MAKANAN SIHAT DAN SELAMAT
MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA 43
SKOP 2 - MAKANAN SIHAT DAN SELAMAT
AKTIVITI 3 MAIN PERMAINAN PILIHAN MAKANAN
KAEDAH PELAKSANAAN
1. Guru menyediakan beberapa gambar makanan yang sihat dan tidak sihat.
2. Guru menyediakan satu kotak kosong yang berlabel SIHAT dan satu kotak lagi
berlabel TIDAK SIHAT.
3. Guru membahagikan kanak-kanak kepada dua kumpulan dan meminta setiap kanak-
kanak mengambil satu gambar dan memasukkan ke dalam kotak yang berlabel Sihat
atau Tidak Sihat.
4. Guru menilai hasil kerja kanak-kanak dan menerangkan jenis makanan yang sihat
dan tidak sihat.
SUMBER
1. 15 gambar makanan yang sihat (contoh: pisang, sawi, roti, susu, ikan, air kosong).
2. 15 gambar makanan yang kurang sihat (contoh: aiskrim, gula-gula, air tin, mi
segera, makanan ringan, nuget).
3. Kotak terpakai.
MASA
30 minit.
PENILAIAN
Pemerhatian terhadap hasil kerja.
Bersoal jawab.
Hasil kerja murid.
x
44 MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA