The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hepili jknj, 2022-07-19 07:45:43

Modul HePiLI Prasekolah dan Tabika

Modul HePiLI Prasekolah dan Tabika

SKOP 2 - MAKANAN SIHAT DAN SELAMAT

KEBUN SIHAT

KAEDAH PELAKSANAAN
1. Guru menyediakan biji benih sayur-sayuran.
2. Guru seterusnya menunjukkan cara menyemai biji benih sayur-sayuran kepada

kanak-kanak.
3. Murid menyemai biji benih yang diberi dengan bimbingan guru.
4. Guru meminta murid menyiram biji benih sayur-sayuran yang disemai serta

melabelkan nama sayur-sayuran dengan khasiatnya. Contoh: sawi ada vitamin dan
serat.
**Nota guru: Aktiviti ini merupakan cadangan projek

SUMBER
1. Biji benih sayur-sayuran.
2. Peralatan menanam.
3. Peralatan melabel (contoh: papan, marker pen).

MASA
60 minit.

PENILAIAN
Pemerhatian terhadap hasil kerja.
Hasil kerja murid.

MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA 45

SKOP 2 - MAKANAN SIHAT DAN SELAMAT

SI CILIK MASAK SIHAT
KAEDAH PELAKSANAAN
1. Guru menyediakan sayur-sayuran / meminta kanak-kanak memetik hasil tanaman
di Kebun Sihat (bagi yang memiliki Kebun Sihat).
2. Guru membimbing kanak-kanak dalam proses penyediaan hidangan sayur-sayuran.
3. Guru menggalakkan kanak-kanak untuk makan sayur-sayur setiap kali waktu makan.
SUMBER
1. Sayur-sayuran.
2. Peralatan memasak.
MASA
60 minit.
PENILAIAN
Pemerhatian terhadap hasil kerja.
Hasil kerja murid.

46 MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA

SKOP 2 - MAKANAN SIHAT DAN SELAMAT

SI SAWI YANG GEMBIRA

KAEDAH PELAKSANAAN
1. Guru bercerita Sawi yang Gembira atau sebarang cerita berkaitan pemakanan sihat

sambil menggunakan props yang sesuai seperti topeng atau puppet.
2. Guru dan kanak-kanak bersoal jawab tentang cerita yang dibacakan.

SUMBER
1. Buku Cerita - Si Sawi Yang Gembira.
2. Bahan terbuang (Untuk membuat props. Contoh: puppet menggunakan stoking

terpakai / topeng muka).
3. Alat tulis.

MASA
30 minit.

PENILAIAN
Bersoal Jawab

MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA 47

SKOP 2 - MAKANAN SIHAT DAN SELAMAT

2

LIHAT,RHAISDAU DAN

PENGENALAN
Unit ini mendedahkan kanak-kanak kepada cara mengelakkan keracunan makanan
dan kemahiran amalan Lihat, Hidu dan Rasa.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir sesi pembelajaran, kanak-kanak dapat :

• Menyatakan cara mengelak keracunan makanan.
• Mengamalkan kemahiran Lihat, Hidu dan Rasa.

KANDUNGAN
1. Ciri-ciri makanan yang rosak.
2. Menggunakan deria berikut untuk mengenalpasti makanan yang rosak:

• Lihat
• Hidu
• Rasa

3. Kesan pengambilan makanan yang rosak.
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1. Elak keracunan makanan
2. Mari Lihat, Hidu dan Rasa
3. Adoi, Sakit Perutku

48 MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA

SKOP 2 - MAKANAN SIHAT DAN SELAMAT

ELAK KERACUNAN MAKANAN

KAEDAH PELAKSANAAN
1. Guru menunjukkan contoh gambar makanan yang rosak dan tidak rosak.
2. Guru menyatakan ciri-ciri makanan yang rosak.
3. Guru meminta kanak-kanak menentukan makanan yang rosak pada Lembaran Aktiviti 2.2.1 -

Lawan Kuman.
4. Guru menilai hasil kerja murid dan bersoal jawab.

SUMBER
1. Lembaran Aktiviti 2.2.1 - Lawan Kuman.
2. Gambar makanan yang rosak dan tidak rosak.

MASA
30 minit.

PENILAIAN

Pemerhatian terhadap hasil kerja.
Bersoal jawab.
Hasil kerja murid.

MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA 49

Makanan
yang telah
dihinggapi

lalat

Makanan
di hidang
di bawah
tudung saji

.

Makanan
yang disediakan
tanpa memakai

sarung tangan

Makanan
yang disediakan
menggunakan

penyepit
makanan

Makanan yang
disediakan

menggunakan
pembalut
makanan

Makanan
yang tidak

dimasak
dengan

betul

Makanan
dimasak dalam
periuk sehingga

mendidih

Makanan
yang tidak

ditutup

SKOP 2 - MAKANAN SIHAT DAN SELAMAT

MARI LIHAT, HIDU DAN RASA
KAEDAH PELAKSANAAN
1. Guru membawa contoh makanan yang rosak.
2. Guru meminta murid meneroka deria – Lihat, Hidu dan Rasa ke atas makanan

tersebut.
3. Kanak-kanak menyatakan ciri-ciri makanan tersebut contoh: masam, berbuih,

berlendir.
4. Guru menerangkan kesan pengambilan makanan yang rosak.
5. Kanak-kanak diminta menerangkan semula pentingnya Lihat, Hidu dan Rasa sebelum

makan atau minum.
6. Guru menayangkan video Pesanan Penghantaran dan Keselamatan Makanan (Upin

& Ipin)

SUMBER
1. Sampel Makanan – Rosak dan Tidak Rosak.
2. Video Pesanan Penghantaran & Keselamatan Makanan (Upin & Ipin) (boleh dimuat

turun di http://hepili.moh.gov.my).

MASA
30 minit.

PENILAIAN
Bersoal Jawab.

54 MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA

SKOP 2 - MAKANAN SIHAT DAN SELAMAT

ADOI, SAKIT PERUTKU

KAEDAH PELAKSANAAN
1. Guru bercerita Adoi, sakit perutku.
2. Guru dan kanak-kanak bersoal jawab tentang cerita yang dibacakan.

SUMBER
1. Buku Cerita - Adoi, sakit perutku
MASA
30 minit.

PENILAIAN
Bersoal Jawab

MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA 55







SKOP 3 - SAYA AKTIF, CERIA

PENGENALAN

Unit ini mendedahkan kanak-kanak kepada pergerakan asas senaman dan
aktiviti fizikal.

MATLAMAT

Pada akhir sesi pembelajaran, kanak-kanak dapat melakukan senaman dan
aktiviti fizikal setiap hari.

ISI KANDUNGAN

Skop ini mengandungi unit berikut:

1 1

SAYA AKTIF,
CERIA

PENILAIAN / PETUNJUK PRESTASI YANG DINILAI
1. Kemahiran bersenam.

MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA 59

SKOP 3 - SAYA AKTIF, CERIA

1

SAYA AKTIF,
CERIA

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Di akhir sesi pembelajaran, kanak-kanak dapat:

• Menjadi aktif secara fizikal setiap hari di sekolah dan di rumah.
• Melakukan senaman dan aktiviti fizikal yang sesuai dengan peringkat umur

mereka.

KANDUNGAN
1. Kemahiran Imbangan.
2. Kemahiran Lokomotor.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1. Pentingnya Senaman.
2. Mari Bersenam.

60 MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA

SKOP 3 - SAYA AKTIF, CERIA

PENTINGNYA SENAMAN

KAEDAH PELAKSANAAN
1. Guru menerangkan kepada kanak-kanak tentang kepentingan senaman dengan

merujuk kepada Carta Selak Aktif dan Ceria.
2. Guru bersoal jawab dengan kanak-kanak mengenai kepentingan senaman.
3. Kanak-kanak diminta untuk menerangkan semula kepentingan senaman.

SUMBER
1. Carta Selak - Aktif dan Ceria.

MASA
60 minit (mungkin berubah mengikut kesesuaian).

PENILAIAN
Bersoal Jawab.

MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA 61

SKOP 3 - SAYA AKTIF, CERIA

MARI BERSENAM

KAEDAH PELAKSANAAN

1. Guru akan memilih aktiviti pergerakan senaman yang sesuai mengikut waktu
sepanjang sesi persekolahan berdasarkan cadangan kemahiran/permainan di bawah.

2. Guru membimbing kanak-kanak untuk melakukan aktiviti pergerakan senaman.
3. Guru bersoal jawab dengan kanak-kanak mengenai aktiviti pergerakan senaman

yang telah dilakukan.

A) Kemahiran Imbangan (30 minit)
Posisi SPtaotsikisi Statik

Gambar Kemahiran Arahan kemahiran

Berdiri tegak. Kemudian depakan tangan dan angkat
sebelah kaki. Kekalkan sehingga kiraan lapan.

Buat garisan lurus merentasi kelas. Minta setiap
murid untuk berjalan di atas garisan tersebut.

Buat 2 poin; poin A dan poin B. Anggaran jarak antara
poin adalah 3 meter. *Lompat menggunakan sebelah
kaki dari poin A ke poin B. *meniti sebelah kaki.

62 MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA

SKOP 3 - SAYA AKTIF, CERIA

B) Kemahiran Lokomotor (30 minit) Arahan kemahiran
1) Gerakan asas
PPeettikikBBininttaanngg
Gambar Kemahiran

• Gantungkan gambar bintang pada tali yang direntang
dalam kelas atau di antara dua objek.

• Minta setiap kanak-kanak untuk melompat dan cuba untuk
menyentuh bintang tersebut dengan kedua-kedua belah
tangan.

FiFeisetsataBBoloala Arahan kemahiran
Gambar Kemahiran
• Gunakan kon/gelung rotan/bakul sebagai lubang gol.
• Minta kanak-kanak untuk membuat 2 kumpulan.
• Minta kanak-kanak untuk menyepak bola ke dalam lubang

gol.
• Jika berjaya, minta kanak-kanak untuk merangkak ke arah

pintu gol.
• Ambil bola dalam lubang dan baling kepada rakan

seterusnya.
• Rakan yang menangkap bola menyepak bola ke dalam

pintu gol.
• Ulangi proses ini beberapa kali.

ZoZoooSaSyaaya Arahan kemahiran
Gambar Kemahiran
• Minta kanak-kanak untuk membuat pergerakan
berdasarkan haiwan tersebut:

a. Gajah - merangkak di lantai
b. Ular - menyusur ke kiri dan kanan
c. Kuda - congklang (gallop)
d. Burung - terbang
• Tukar pergerakan setiap lima minit. Untuk setiap haiwan,

bunyikan haiwan tersebut semasa melakukan aktiviti.

MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA 63

22 SKOP 3 - SAYA AKTIF, CERIA

Tarian Hawaii

Gambar Kemahiran Arahan kemahiran

• Dengan menggunakan hula hoop, minta kanak-kanak untuk
memusingkan hula hoop di pinggang dan cuba kekalkan
10 pusingan.

• Kanak-kanak yang berjaya menyelesaikan 10 pusingan
diminta untuk melompat dengan tali skipping sebanyak 10
kali tanpa henti.

• Kanak-kanak yang dapat menyempurnakan kedua-kedua
aktiviti dengan tempoh masa yang paling singkat akan
dikira sebagai pemenang.

2. Gerakan melalui permainan
Permainan - Cikgu Cakap

Gambar Kemahiran Arahan kemahiran

1. Permainan ini boleh dimainkan dalam kumpulan besar.
2. Pilih seorang kanak-kanak untuk menjadi jurucakap dalam

permainan ini.
3. Kanak-kanak yang dipilih diminta untuk bercakap seperti

berikut:

Cikgu cakap, awak perlu…
- Melompat
Cikgu cakap, awak perlu…
- Menari
Cikgu cakap, awak perlu…
- Berdiri macam patung

**Pelbagai pergerakan untuk menjadikan permainan ini
menarik.

64 MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA

22 SKOP 3 - SAYA AKTIF, CERIA

Permainan Siapa Punya

Gambar Kemahiran Arahan kemahiran

1. Minta kanak-kanak untuk membuat bulatan yang besar.
2. Pilih seorang kanak-kanak untuk mengelilingi bulatan

tersebut sambil memegang sapu tangan.
3. Minta kanak-kanak tersebut untuk meletakkan sapu

tangan tersebut secara senyap di belakang salah seorang
rakannya dan kemudian berjalan terus.
4. Jika sapu tangan itu dikesan oleh rakannya, rakan tersebut
perlu mengambil sapu tangan tersebut dan cuba mengejar
rakannya yang pertama sebelum rakan tersebut duduk di
tempat yang telah dikosongkan tadi.
5. Jika dapat kejar, sentuh sapu tangan tadi pada rakannya
dan serakan tugas.
6. Jika tidak dapat kejar, terpaksa ulangi proses tadi.

Permainan Musang Dan Ayam

Gambar Kemahiran Arahan kemahiran

1. Bahagikan kanak-kanak kepada beberapa kumpulan kecil
yang terdiri dari 6 orang kanak-kanak setiap kumpulan.

2. Seorang kanak-kanak perlu dipilih menjadi musang dan ibu
ayam manakala 4 lagi rakan akan menjadi anak ayam.

3. Minta kanak-kanak yang menjadi ibu ayam dan anak ayam
untuk memegang bahu rakan. Ibu ayam akan berada di
hadapan.

4. Kanak-kanak akan bertindak sebagai musang akan cuba
menangkap anak ayam dan ibu ayam perlu pertahankan
anak-anaknya sebaik mungkin.

MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA 65

SKOP 3 - SAYA AKTIF, CERIA
3. Gerakan tarian
Kiddydance

Gambar Kemahiran Arahan kemahiran

1. Pergerakan dalam regim senaman ini adalah berdasarkan
lagu-lagu yang biasa didengar.

2. Ikut pergerakan yang dibuat berdasarkan tayangan video
Kiddydance.

SUMBER

1. Gegelung hula.
2. Tali skipping.
3. Tali rafia.
4. Pita pelekat.
5. Sapu tangan/kain.
6. Komputer dan projektor LCD.
7. Video Kiddydance - (boleh dimuat turun di http://hepili.moh.gov.my).

MASA

• 60 minit bagi setiap aktiviti.
• Tempoh masa mungkin berubah mengikut jumlah kanak-kanak dan umur kanak-

kanak.

PENILAIAN

Pemerhatian guru.

66 MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA





SKOP 4 - DUNIA BARU: BERSIH DAN SEGAR

DUNIA BARU:
BERSIH DAN SEGAR

PENGENALAN
Skop ini mendedahkan kanak-kanak kepada tanggungjawab menjaga kebersihan
persekitaran bagi menjamin kesihatan yang baik.
MATLAMAT
Pada akhir sesi pembelajaran, kanak-kanak dapat menjalankan tanggungjawab menjaga
kebersihan persekitaran, membantu guru membersihkan kelas di sekolah dan membantu
ibu bapa menjaga kebersihan di dalam dan luar rumah serta mahir mengatakan tidak
kepada asap rokok.
ISI KANDUNGAN
Skop ini mengandungi unit berikut:

PENILAIAN / PETUNJUK PRESTASI YANG DINILAI 69

1. Kemahiran membuang sampah di tempat yang betul.
2. Membantu menjaga kebersihan di sekolah dan di rumah.
3. Kemahiran tunjuk cara menyatakan TIDAK kepada asap rokok.

MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA

SKOP 4 - DUNIA BARU: BERSIH DAN SEGAR

INDIKATOR 1: MEMBUANG SAMPAH DI TEMPAT YANG BETUL

Skala Pencapaian

Skala Penerangan Kriteria Penilaian akhir ( / )

TM Telah Menguasai Amalan membuang sampah ke
dalam tong sampah.

SM Sedang Tahu dan boleh buat dengan
Menguasai bimbingan.

BM Belum Menguasai Tahu beberapa perkara asas
tetapi tidak boleh buat (sentiasa
perlukan bimbingan)

** Nota guru: Guru perlu menggunakan carta selak bagi tujuan penilaian.

Kriteria yang dinilai

i. Mengetahui dan mengenal pasti tempat membuang sampah yang betul.
ii. Mengetahui sikap yang tidak baik tentang amalan membuang sampah (merujuk carta selak

Membuang Sampah di Tempat yang Betul).
iii. Kemahiran menyatakan TIDAK kepada asap rokok.

NOTA

Guru boleh merujuk kepada Modul Pengajaran dan
Pembelajaran Merentas Kurikulum Prasekolah :
Pengurusan Sisa Pepejal dan Amalan 3R terbitan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
(KPKT) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal
dan Pembersihan Awam (SWCorp)
Modul ini boleh dimuat turun di : https://www.swcorp.gov.my/info3r/

70 MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA

SKOP 4 - DUNIA BARU: BERSIH DAN SEGAR

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Di akhir sesi pembelajaran, kanak-kanak dapat:
1. Membuang sampah di tempat yang betul.
2. Mengetahui kesan membuang sampah di tempat yang betul.

KANDUNGAN

1. Mengenal pasti jenis-jenis sampah yang biasa dibuang di sekolah dan di rumah.
2. Mengenal pasti tempat membuang sampah yang betul dan tidak betul.
3. Mengetahui kesan membuang sampah dengan betul.
4. Mengetahui konsep Kitar Semula.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. Buang Sampah Dengan Betul.
2. Hidup Sehelai Kertas.
3. Jom Kitar Semula.

MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA 71

SKOP 4 - DUNIA BARU: BERSIH DAN SEGAR

BUANG SAMPAH DENGAN BETUL

KAEDAH PELAKSANAAN
1. Guru menerangkan jenis-jenis sampah yang biasa dibuang di sekolah dan di rumah

serta tempat membuang sampah yang betul dengan merujuk kepada Carta Selak –
Membuang Sampah di Tempat yang Betul.
2. Guru meminta kanak-kanak untuk mengenal pasti tabiat membuang sampah di tempat
yang betul dan tidak betul menggunakan Lembaran Aktiviti 4.1.1 - Buang Sampah di
Tempat yang Betul.
3. Guru menerangkan kepentingan membuang sampah di tempat yang betul.
4. Guru bersoal jawab dengan kanak-kanak tentang pelaksanaan dan kepentingan
membuang sampah di tempat yang betul.

SUMBER
1. Carta Selak – Membuang Sampah di Tempat yang Betul.
2. Lembaran Aktiviti 4.1.1 – Buang Sampah di Tempat yang Betul.

MASA
40 minit.

PENILAIAN
Hasil kerja murid.
Bersoal Jawab.

72 MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA

SKOP 4 - DUNIA BARU: BERSIH DAN SEGAR SSKKOOPP 44 -- DDUUNNIIAA BBAARRUU:: BBEERRSSIIHH DDAANN SSEEGGAARR

Buang
sampah dari
tingkap bas

73 MMODOUDLULLALTAITHIAHNANPRPORGORGARMAMTUTUNNASASDODKOTKOTRORMMUUDADA



SKOP 4 - DUNIA BARU: BERSIH DAN SEGAR

HIDUP SEHELAI KERTAS

KAEDAH PELAKSANAAN
1. Guru bercerita Hidup Sehelai Kertas.
2. Guru dan kanak-kanak bersoal jawab tentang cerita yang dibacakan.
3. Guru meminta murid menyatakan semula kepentingan kitar semula kepada bumi.

SUMBER
Buku Cerita - Hidup Sehelai Kertas.

MASA
30 minit.

PENILAIAN
Bersoal Jawab.

MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA 75

SKOP 4 - DUNIA BARU: BERSIH DAN SEGAR

JOM KITAR SEMULA

KAEDAH PELAKSANAAN
1. Guru meminta kanak-kanak membawa kotak terpakai ke sekolah.
2. Guru menunjukkan cara untuk membuat kotak kitar semula menggunakan kotak

terpakai dengan membalut/ mewarnakan/ melabel kotak terpakai tersebut - Kertas,
Kaca, Tin & Plastik.
3. Guru juga menerangkan bahawa kotak kitar semula boleh dibuat dengan menggunakan
bakul / tin biskut yang tidak digunakan lagi.
4. Guru menggalakkan kanak-kanak untuk menamakan bahan yang boleh dikitar
semula.
5. Guru menerangkan bahawa aktiviti kitar semula adalah tanggungjawab semua orang
di dalam kelas.
6. Guru bersoal jawab dengan kanak-kanak tentang kitar semula.

SUMBER
1. Kotak Terpakai.
2. Alat Tulis.

MASA
60 minit.

PENILAIAN
Hasil Kerja Murid.
Bersoal Jawab.

76 MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA

SKOP 4 - DUNIA BARU: BERSIH DAN SEGAR

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir sesi pembelajaran, kanak-kanak dapat:

• Mengamalkan cara penjagaan kebersihan persekitaran dalam kehidupan seharian.

KANDUNGAN
1. Penjagaan kebersihan kelas di sekolah dan kebersihan rumah adalah tanggungjawab

semua.
2. Kepentingan menjaga kebersihan persekitaran – sekolah dan rumah.
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1. Ceriakan Sekolah Kita

MODMULODLAUTLIHAePNiLPIRPORGARSAEMKOTLUANHADSADNOTKATBOIRKAMUDA 77

SKOP 4 - DUNIA BARU: BERSIH DAN SEGAR

CERIAKAN SEKOLAH KITA

KAEDAH PELAKSANAAN

1. Guru menetapkan satu hari dalam seminggu sebagai hari keceriaan sekolah.
2. Guru meminta kanak-kanak untuk bersama-sama membersihkan kelas dan

mengemas barang-barang yang terdapat di dalam kelas.
3. Guru meminta kanak-kanak untuk menggunakan bahan pencuci yang sesuai dengan

bimbingan guru bagi membersihkan kelas.
4. Guru membahagikan kanak-kanak kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan

kanak-kanak akan diberikan tugasan seperti berikut:
i. Menyapu/mengemop lantai.
ii. Membersihkan papan hitam / putih.
iii. Mengelap meja.
iv. Menyusun buku / kasut.
v. Membuang sampah.
5. Guru memastikan setiap kumpulan mendapat tugas yang berbeza setiap minggu.
6. Setiap kali aktiviti ini dijalankan, guru memberi penerangan mengenai kepentingan
menjaga kebersihan persekitaran dan menjaga kebersihan adalah tanggungjawab
semua.

SUMBER

• Penyapu
• Kain pengelap
• Mop
• Plastik sampah
• Pencakar daun
• Sarung tangan getah / sarung tangan kain
• Baldi
• Bahan pencuci yang sesuai
• Jadual tugas atau jurnal tugas

MASA

60 minit (mengikut kesesuaian)

PENILAIAN

Hasil Kerja Murid.
Bersoal Jawab.

78 MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA

SKOP 4 - DUNIA BARU: BERSIH DAN SEGAR

IMFree (KATAKAN TIDAK
KEPADA ASAP ROKOK)

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir sesi pembelajaran, kanak-kanak akan dapat :

• Kemahiran menyatakan TIDAK kepada asap rokok.

KANDUNGAN
1. Langkah-langkah kemahiran menyatakan TIDAK kepada asap rokok.
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1. Tunjuk cara.

MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA 79

SKOP 4 - DUNIA BARU: BERSIH DAN SEGAR

TUNJUK CARA
KAEDAH PELAKSANAAN
1. Guru menayangkan video pengajaran - Asap Rokok Sekunder.
2. Guru meminta semua kanak-kanak untuk meniru perlakuan ekspresi Katakan Tidak

Kepada Asap Rokok seperti di Lembaran Aktiviti 4.3.1
3. Guru meminta semua kanak-kanak mengulangi dan melakukan secara serentak dan
beramai-ramai.
SUMBER
1. Video Pengajaran - Asap Rokok Sekunder - (boleh dimuat turun di http://hepili.moh.gov.my)
2. Kad Imbasan ekspresi - Katakan Tidak kepada Asap Rokok (Lembaran Aktiviti 4.3.1)
3. Komputer
4. Projektor LCD.
MASA
10 minit.
PENILAIAN
Bersoal Jawab.
Tunjuk cara.

80 MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA

SKOP 4 - DUNIA BARU: BERSIH DAN SEGAR

MODUL LATIHAN PROGRAM TUNAS DOKTOR MUDA 81











SKOP 5 - KENALI DIRI, FAHAMI DIRI

KENALI DIRI,
FAHAMI DIRI

PENGENALAN

Skop ini mendedahkan kanak-kanak kepada kepentingan mengawal diri, menjaga
keselamatan diri dan menjalinkan persahabatan yang sihat.

MATLAMAT

Pada akhir sesi pembelajaran, kanak-kanak dapat mengenalpasti emosi mereka,
mengawal emosi, mewujudkan persahabatan baik di sekolah atau di rumah dan menjaga
keselamatan diri daripada diancam.

ISI KANDUNGAN

Skop ini mengandungi unit berikut:

1 2

JOKMAWKAITnA SENSTEULHAAMNaYtANG

PENILAIAN / PETUNJUK PRESTASI YANG DINILAI
1. Pengetahuan mengenai sentuhan OK dan Tak OK.

MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA 87

SKOP 5 - KENALI DIRI, FAHAMI DIRI

INDIKATOR 1: TAHU MENGENAI SENTUHAN OK DAN TAK OK

Skala Pencapaian

Skala Penerangan Kriteria Penilaian akhir ( / )

TM Telah Menguasai Menyatakan Sentuhan Yang OK
dan Tak OK dengan betul.

SM Sedang Menyatakan sebahagian
Menguasai Sentuhan Yang OK dan Tak OK
dengan betul.

BM Belum Menguasai Tidak dapat menyatakan
Sentuhan Yang OK dan Tak OK.

** Nota guru: Guru perlu menggunakan carta selak bagi tujuan penilaian.

Kriteria yang dinilai

i. Mengenal pasti sentuhan yang selamat dan tidak selamat (menggunakan Carta Selak
Sentuhan OK dan Tak OK).

88 MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA

SKOP 5 - KENALI DIRI, FAHAMI DIRI

11

JOKMAWKAITnA

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

• Menyatakan dan mengekspresikan 8 jenis perasaan asas seperti gembira, tenang,
malu, sedih, marah, keliru, takut dan risau.

• Menyatakan kaitan antara penyebab dan emosi yang terhasil.
• Mengawal emosi diri.
• Menangani emosi orang lain.
• Menyatakan ciri-ciri kawan yang baik.

KANDUNGAN
1. 8 jenis perasaan asas.
2. Kaitan antara penyebab dan emosi.
3. Ciri-ciri kawan yang baik.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1. Ekspresi Wajah.
2. Kenali Diri.
3. Kawal Marah.
4. Tarik Nafas dan Hembuskan.
5. Jalan-jalan, Cari Kawan.
6. Main Bersama.

MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA 89

EKSPRESI WAJAH

KAEDAH PELAKSANAAN

1. Guru menunjukkan 8 jenis gambar ekspresi wajah seperti berikut:

• Gembira • Marah
• Tenang • Takut
• Malu • Keliru
• Sedih • Risau

2. Guru meminta kanak-kanak menyatakan setiap ekspresi dan emosi wajah tersebut.

3. Ulangi proses ini untuk kesemua 8 ekspresi asas emosi.

4. Guru meminta kanak-kanak menyatakan situasi yang berkaitan dengan punca emosi
terjadi. Contohnya:

• Marah – disebabkan oleh barang permainan/ peribadi dirampas.

5. Ulangi proses ini sehingga semua emosi dan situasinya dapat dikenalpasti.

SUMBER

1. Lembaran Aktiviti 5.1.1 – Ekspresi Wajah.


MASA

30 minit.

PENILAIAN

Pemerhatian guru.
Bersoal Jawab.

90 MODUL HePiLI PRASEKOLAH DAN TABIKA

SKOP 5 Lembaran Aktiviti 5.1.1

Kenali Diri, Fahami Diri

EKSPRESI WAJAH

SKOP 5 Lembaran Aktiviti 5.1.1

Kenali Diri, Fahami Diri

EKSPRESI WAJAH

SKOP 5 Lembaran Aktiviti 5.1.1

Kenali Diri, Fahami Diri

EKSPRESI WAJAH

SKOP 5 Lembaran Aktiviti 5.1.1

Kenali Diri, Fahami Diri

EKSPRESI WAJAH


Click to View FlipBook Version