The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

FOLIO PPIM
FATIN NUR FAIZA BINTI ABD RASHID
2021152340091

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 524-12-fatin, 2022-09-11 13:03:15

FOLIO PERSATUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA - MPU3062

FOLIO PPIM
FATIN NUR FAIZA BINTI ABD RASHID
2021152340091

IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

MPU3062
FOLIO PERSATUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

SEMESTER 4

NAMA : FATIN NUR FAIZA BINTI ABD RASHID

NO. KAD PENGENALAN: 020523020552

ANGKA GILIRAN : 2021152340091

PROGRAM : PISMP

AMBILAN : JUN 2021

KURSUS : MPU3062

PENSYARAH : PUAN MANORIZA BINTI ABD MALEK

BIODATA DIRI

NAMA : FATIN NUR FAIZA BINTI ABD RASHID
ANGKA GILIRAN : 2021152340091
NO. KAD PENGENALAN : 020523-02-0552
KUMPULAN / UNIT : PENDIDIKAN ISLAM
KURSUS / SEMESTER : PISMP-SEMESTER 4
AMBILAN : JUN 2021
ALAMAT E-MEL : [email protected]
ALAMAT RUMAH : AT 11, KAMPUNG ALOR TERJUN, KOTA SARANG SEMUT.
06800 ALOR SETAR, KEDAH.
NO TELEFON : 017-4881794

Ii

PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya tugasan
Kokurikulum – Unit Beruniform (MPU3062) dapat dilaksanakan dengan sempurna dalam tempoh masa
yang ditetapkan.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Puan
Manoriza Binti Abd Malek yang telah beri tunjuk ajar, panduan dan bimbingan kepada saya dalam
menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Tanpa tunjuk ajar beliau saya tidak dapat siapkan tugasan
ini dengan sempurna.

Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya kerana telah
memberi sokongan dan dorongan kepada saya dalam proses menyiapkan tugasan ini. Terima kasih
juga kerana sanggup meluangkan masa dengan saya untuk beri tunjuk ajar dan kekuatan dalam
menjalankan tugasan ini.

Selain itu, tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan saya yang telah membantu dan berkongsi
sedikit sebanyak maklumat kepada saya tentang Kokurikulum – Unit Beruniform. Terima kasih juga
kepada semua pihak yang telah bersusah payah membantu saya saat saya menjalankan tugasan ini.
Sekian, terima kasih.

iii

KALENDAR PERJUMPAAN

ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA
BIL. SURAT

1. Biodata Pelajar
2. Kalendar Perjumpaan
3. Sukatan PPIM
4. Sukatan Pelajaran PPIM Sekolah Rendah
5. Falsafah PPIM
6. Matlamat PPIM
7. Objektif Pertubuhan PPIM

• Pengajian Tinggi

8. Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah
9. Visi PPIM
10. Misi PPIM
• Perlembagaan Pertubuhan

• Prinsip-prinsip Asas Pertubuhan

• Perlembagaan Pertubuhan

• Lambang/Logo PPIM

• Cogan Kata PPIM
11.
• Suluh Kata PPIM

• Bendera PPIM
12.
• Lagu PPIM

• Ikrar PPIM

• Undang-undang PPIM
• Sejarah Penubuhan

• Sejarah Pengasas dan Penubuhan
13.
Tujuan Penubuhan

• Istiadat-istiadat Rasmi Pertubuhan PPIM
• Struktur dan Organisasi Pertubuhan

• Carta Organisasi PPIM Peringkat Kebangsaan

• Carta Organisasi PPIM Peringkat Negeri
14.
• Carta Organisasi PPIM Peringkat Daerah/Bahagian

• Carta Organisasi PPIM Peringkat Sekolah
15.
Carta Organisasi PPIM Peringkat IPG Kampus Raja Melewar

Carta Organisasi Unit Kokurikulum IPG Kampus Raja
Melewar

Fungsi Majlis Tadbir
Pengurusan dan Pentadbiran

Pendaftaran Ahli dan Kumpulan

Kuasa Penganjur

Struktur Unit

Pengurusan Buku Log/Folio/Laporan Aktiviti

Tanggungjawab Pemimpin

Pakaian Seragam Ahli dan Pemimpin

Takwin dan Rancangan Akttiviti
Kraf Perkhemahan

Pengurusan dan Penjagaan Khemah

Tujuan dan Faedah Membuat Gajet

Jenis-jenis Gajet dan Kegunaannya
Ikhtiar Hidup

• Masakan Solar/Rimba/Kelompok
• Membuat Perangkap
16. Kebudayaan
• Nyanyian / Lagu Perkhemahan
• Permainan
• Malam Kebudayaan
17. Jalan Lasak dan Pandu Arah

• Tujuan

• Peraturan dan Persediaan

• Prosedur Jalan Lasak dan Pandu Arah

• Membaca Kompas/Global/Positioning Satelite (GPS)
18.
• Komunikasi Radio Amatur/UHF VHF

• Membaca Peta Tapo dan Kegunaannya

• Mengesan Tanda dan Simbol
19.
Laporan Pengembaraan
• Khidmat Kesukarelawan
• Minggu Kerja
• Bantuan Bencana
• Masyarakat Penyayang
• Hari Peringatan
• Alam Sekitar
• Simpulan Dan Ikatan
• -Simpulan
Tali Temali
• Enam Jenis Simpulan Asas
• Simpul Manuk
• Simpul Buku Sila
20. Simpul Tindih Kasih
• Simpul Bunga Geti
• Simpul Balak
• Simpul Belit
21. -Ikatan
• Ikatan Seraya
• Ikatan Serong
• Ikatan Lilit Kacang
• Asas Kawad Kaki
• Bahasa Hukuman
• Kawad Statik dan Dinamik
22. Kawad Formasi
23. Asas Perolongan Cemas
Tujuan dan Prinsip
Anduh dan Bulatan
Merawat Luka dan Gigitan
Melecur, Pitam dan Patah
Keracunan dan Terseliuh
Pemulihan Pernafasan
Rujukan
Lampiran (Jika Ada)

FALSAFAH PPIM

Pergerakan Puteri Islam Malaysia adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak
pada peringkat kebangsaan, negeri dan daerah di institut pengajian tinggi , maktab-maktab
perguruan serta sekolah-sekolah menengah dan rendah. Aktiviti yang dijalankan sebagai ko-
kurikulum secara formal dan tidak formal adalah bertujuan membimbing puteri-puteri ke arah
penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu demi
mewujudkan insan PUTERI yang seimbang dan harmonis dari segi intelek , rohani ,emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah SWT. Usaha ini adalah bertujuan
untuk menterjemahkan ke dalam diri PUTERI ciri-ciri rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan ,
berketerampilan , berakhlak mulia ,bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri
serta mampu dan bersedia memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
bangsa , masyarakat dan negara selaras dengan ajaran Islam.

MATLAMAT PPIM

Menerusi Penggubalan kurikulum yang komprehensif dan perlaksanaan secara gabung jalin dan
bersepadu. PPIM berharap agar mencapai matlamat seperti berikut :
• Mengimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial, fizikal dan spiritual puteri-puteri
melalui penyemaian, penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai pendidikan.
• Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturrahim di kalangan puteriputeri.
• Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di dalam pelbagai bidang gerakerja kokurikulum
sekolah, institut, maktab, kolej dan universiti.
• Meningkatkan disiplin diri puteri-puteri.
• Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan menyeronokkan.
• Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibubapa dan
masyarakat, khasnya masyarakat setempat.

OBJEKTIF PPIM

Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia di peringkat sekolah rendah dan menengah disusun
dengan tujuan seperti berikut:-

1.1 Melahirkan satu masyarakat muda yang
Taat kepada Allah, Raja dan Negara

Berilmu
Berakhlak mulia
Berbakti kepada masyarakat

1.2 Membimbing gadis-gadis dalam segi akhlak, rohani dan jasmani supaya menjadi insan
kamilah, berilmu, mengajar dan memperkenalkan Islam supaya kelak hidup mereka berasaskan
jalan yang diterima Allah S.W.T. dan dapat berbakti untuk Agama, Nusa dan Bangsa.

1.3 Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri, progresif dan di terima masyarakat.

1.4 Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua.

VISI PPIM
Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri berikut :
• Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsip-prinsip Islam.
• Mempunyai kesihatan diri dan mampu ;membangunkan diri secara bersepadu iaitu dari segi
spiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal.
• Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturrahim sesama puteri dan terhadap diri, keluarga,
masyarakat dan negara.

MISI PPIM
• Memperlihatkan kepada puteri kebenaran Al-Quran dan hadith di dalam konteks alam dan
kehidupan yang nyata melalui program- program yang dijalankan
• Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal kepada masyarakat khususnya puteri melalui
aktiviti-aktiviti yang mencabar dan menarik.
• Melengkapkan puteri dan masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran supaya dapat
menyumbang secara positif kepada diri, keluarga dan masyarakat.

1.1 PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN
1.1.1 PRINSIP-PRINSIP ASAS PERTUBUHAN
i. Peringkat Persediaan

PIHAK PENTADBIR

KEBANGSAAN PERHUBUNGAN SEKOLAH
NEGERI

i) Peringkat Sekolah
• Pentadbir di peringkat sekolah perlu mengenalpasti guru-guru untuk lantikan Guru Pemimpin
PPIM dan melantik beberapa orang guru pemimpin yang lain mengikut keperluan dan bilangan
ahli/ kumpulan pasukan di sekolah berkenaan.
• Menyediakan keperluan dengan keadaan optima bagi menjalankan aktiviti PPIM seperti
kemudahan tempat dan peralatan.
• Memberi pendedahan tentang PPIM termasuk konsep, falsafah, objektif, matlamat dan aktiviti
kepada pihak sekolah dan PIBG.
• Menghubungi PPIM Negeri untuk mengemukakan nama-nama guru yang masih belum mengikuti
Kursus Asas (Tahap 1) atau tidak memperoleh Sijil dan Tauliah Pemimpin bagi mendapatkan
surat kebenaran untuk menjalankan aktiviti PPIM di sekolah

Contoh surat kebenaran menjalankan kegiatan PPIM di sekolah

ii) Prosedur Penubuhan PPIM Di Sekolah
• Guru-guru pemimpin memaklumkan kepada Pengetua atau Penolong Kanan kokurikulum
tentang penubuhan PPIM dan menerangkan tentang organisasi di peringkat sekolah.
• Menguruskan pendaftaran penubuhan PPIM sekolah dengan mengisi Borang Pendaftaran
Penubuhan PPIM secara online (Format A). Sila cetak sebanyak 4 salinan

- Salinan 1 kepada setiausaha Perhubungan Negeri
- Salinan 2 kepada Seiausaha Perhubungan Daerah
- Salin 3 kepada Setiausaha Jabatan Pendidikan Negeri
- Salinan 4 untuk simpanan sekolah.

# tidak perlu menghantar Salinan kepada setiausaha kehormatan PPIM di ibu pejabat
PPIM kebangsaan kerana pendaftaran penubuhan telah dilakukan secara online.

• Borang pendaftaran boleh diperolehi daripada PPIM Perhubungan Negeri/ Daerah.

• Ibu Pejabat PPIM akan menghantar surat pengesahan pendaftaran kepada sekolah /
kolej/ university dan Salinan kepada:

- Pengerusi perhubungan negeri
- Setiausaha perhubungan negeri
- Jabatan pendidikan negeri

• Sekolah juga akan menerima “kad perakuan pendaftaran” beserta nombor pendaftaran.

CONTOH PERAKUAN PENDAFTARAN
1.2.2 PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN

CONTOH PERLEMBAGAAN PPIM DI SEKOLAH
PERLEMBAGAAN

Fasal 1: Nama dan Alamat.
i. Persatuan ini adalah dikenali dengan nama
…………………………………………………….
…………………………………………………………………….

ii. Alamat yang didaftarkan bagi persatuan ini adalah
……………………………………………………………
……………………………………………………………………………………..

Fasal 2: Tujuan Persatuan
i. Untuk melatih dan menonjolkan bakat kepimpinan.

ii. Untuk membantu program peningkatan kurikulum, motivasi dan mengurangkan
masalah disiplin murid.

iii. Memberi peluang murid mengambil bahagian secara aktif melalui aktiviti yang
disediakan.

Fasal 3: Keahlian
i. Ahli persatuan ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah.
ii. Pemilihan ahli dibuat berdasarkan minat dan bakat pelajar pada awal tahun.
iii. Guru penasihat boleh mempengaruhi pelajar bagi tujuan menambah bilangan
ahli persatuan.

Fasal 4: Tanggungjawab dan Hak Ahli
i. Setiap ahli bertanggungjawab untuk menghadiri mesyuarat dan mengambil
bahagian dalam semua aktiviti persatuan.
ii. Setiap ahli juga berhak untuk bersuara, memilih dan dilantik memegang
sebarang jawatan dalam persatuan.

Fasal 5: Mesyuarat
i. Satu mesyuarat agung perlu diadakan dalam perjumpaan pertama iaitu pada
awal tahun untuk:
- Memilih Ahli Jawatan Kuasa persatuan.
- Kewangan
- Ucapan penangguhan
- Cadangan-cadangan
ii. Ahli Jawatan Kuasa adalah terdiri daripada:
a. Pengerusi
b. Setiausaha
c. Bendahari
d. Enam orang AJK
iii. Mesyuarat AJK perlu diadakan dua kali setahun iaitu pada awal tahun dan pada
akhir tahun berkenaan.
iv. Mesyuarat kali pertama akan memberi tumpuan untuk merancang aktiviti
tahunan persatuan.
v. Korum-morum bagi mesyuarat agung hendaklah sebanyak 2/3 daripada
keseluruhan ahlu.

vi. Korum bagi mesyuarat AJK hendaklah sebanyak 2/3 daripada bilangan ahli-ahli
jawatankuasa.

Fasal 6: Tugas Pegawai atau AJK Persatuan
i. Pengerusi – menjadi pengerusi mesyuarat, bertanggungjawab untuk
memastikan segala mesyuarat dan aktiviti dijalankan mengikut perlembagaan.
ii. Stiausaha – menjalankan urusan persatuan mengikut perlembagaan,
menyimpan minit dan surat, menulis laporan mingguan, menyimpan segala
rekod dan menyediakan laporan tahunan persatuan.
iii. Bendahari - bertanggungjawab dalam hal kutipan kewangan persatuan, apabila
ada kutipan berlaku beliau perlu menyerahkan wang dan senarai nama ahli
terlibat kepada Guru Penasihat.

Fasal 7: Punca Kewangan / Pendapatan
i. Kewangan persatuan ini diperolehi melalui:
a. Wang SUWA (Kokurikulum).
b. Sumbangan PIBG.
c. Derma daripada ahli dan orang ramai.
ii. Semua kutipan dan perbelanjaan wang untuk sebarang aktiviti persatuam perlu
mendapat kelulusan pihak pentadbir sekolah dan rekod perbelanjaan mesti
disediakan.

Fasal 8: Pindaan Perlembagaan Persatuan
i. Perlembagaan persatuan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan
keputusan mesyuarat agung.
ii. Perubahan atau pindaan itu hanya berkuatkuasa setelah mendapat persetujuan
Guru Besar.

Fasal 9: Tafsiran
i. Sekiranya timbul sesuatu yang tidak jelas mengenai tafsiran dalam
perlembagaan ini, perkara itu hendaklah dirujukan kepada Mesyuarat
Jawatankuasa. Keputusan Jawatankuasa mengenai perkara itu adalah
muktamad.

Fasal 10: Pembubaran

i. Persatuan ini tidak boleh dibubarkan kecuali dengan persetujuan Guru Besar
atau Pentadbir Sekolah.

………………………………… ………………………………………..
(NAMA & T. TANGAN PENGETUA) (NAMA & T. TANGAN PEN KANAN
HEM)

1.1.3 LAMBANG DAN COGAN KATA

PENGERTIAN LOGO

• Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau diapit dengan lingkungan
berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu bertulis PERGERAKAN PUTERI ISLAM
MALAYSIA

• Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan PUTIH dan di dalamnya ditulis dengan huruf jawi
Permulaan daripada perkataan “PERGERAKAN PUTERI ISLAM."(Pa Pa Alif)

• Di bawah logo ini tertulis perkataan:-
“PUTERI" -Bagi Ahli-Ahli Puteri
“PEMIMPIN PUTERI" -Bagi Pemimpin-Pemimpin

PENGERTIAN WARNA:

- Merah Samar: Melambangkan keharmonian dan kelembutan.
- Hijau: Agama
- Putih: Kesucian
- Kuning: Kesetiaan dan ketaatan

COGAN KATA PPIM

SULUH KATA PPIM

Suluh Kata PPIM

P - Patuh kepada ibubapa
U - Ugama/agama berteraskan Al-Quran dan Al-Hadith
T - Taat kepada Allah dan Rasul
E - Erat ukhwah Islamiyah
R - Rela berbakti kerana Allah
I - Iman dipupuk ilmu dituntut
I - Insaf diri: Ia kepunyaan Allah dan kepada Allah ia

kembali ('inna lillahi wa'inna ilayhi raji'un)
S - Solat ditunai setiap waktu
L - Larangan Allah dijauhi
A - Akhlaq mulia pengukuh keimanan
1.1M.4 BE-NDEMRAuDsAliNmLAaGhUMPEuRkTmUBiUnHaAhN rakyat seperjuangan

Bendera PPIM berbentuk segiempat,berwarna merah jambu, dan ditengah-tenga hterdapat lencana
pergerakan. Ukuran lencana adalah sepertiga daripada ukuran bendera

Penggunaan- Setiap upacara rasmi- Tatacara Perjumpaan

Kedudukan Bendera dalam Tatacara Perjumpaan

IKRAR PPIM

IKRAR PPIM

Bahawa kami, ahli-ahli PPIM, berikrar akan:-

·Taat kepada Allah, Rasul,Pemerintah, Guru dan Ibu bapa

·Memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak

·Membangunkan diri dengan sempurna

·Mengukuhkan sillaturrahim sesama puteri

·Berkhidmat untuk keluarga,masyarakat dan Negara.

11. SEJARAH PENUBUHAN

SEJARAH PENGASAS PPIM

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) ditubuhkan pada awal tahun 1960-an oleh Lembaga
Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) melalui ilham Raja Permaisuri Agong pertama, YMM
Tunku Puan Besar Kurshiah yang juga merupakan pemimpin LKPIM. Keanggotaannya pada ketika itu
terbuka kepada pelajar sekolah menengah. Kurikulum PPIM pada ketika itu juga hanya berdasarkan
aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat yang bersifat memberi bantuan kepada golongan miskin.

Pelancaran PPIM secara rasminya telah diadakan pada 17 Jun 1981 oleh DYMM Raja
Permaisuri Agong ke-6 iaitu Almarhumah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang,
Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad Rahimahallah yang
bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia. Y.A. Bhg. Toh Puan
Norashikin Ismail (isteri kepada Tun Dr Ismail Abdul Rahman) telah dilantik sebagai Yang Di-Pertua
PPIM Pertama.

Pada tanggal 17 Jun setiap tahun pula merupakan sambutan Hari Puteri bagi memperingati
kelahiran PPIM dan sambutan yang pertama kalinya diadakan di peringkat kebangsaan pada 20 Jun
1987.

SEJARAH PENUBUHAN PPIM

Pada tanggal 2 Disember 1988, PPIM telah diiktiraf sebagai sebuah pertubuhan yang
berperlembagaan sendiri dan didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan. Pada Hari Puteri 1988 iaitu
sambutan ulang tahun kedua, Majlis Pentadbir PPIM telah diiktiraf sebagai “Puteri Cemerlang” dan
Piala Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri telah disumbangkan oleh DYMM Raja Permaisuri Agong
Tuanku Bainun.
PPIM telah bergerak sebagai Pertubuhan Beruniform dalam Ko-kurikulum (GERKO) di semua maktab
perguruan di seluruh Malaysia pada 11 September 1993. Pada 23 November 1996, Skuad Puteri
telah dilancarkan oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang bertujuan untuk
meluaskan penglibatan remaja dan Wanita lepasan sekolah dalam kerja-kerja khidmat masyarakat
seperti bantuan kepada mangsa banjir dan program ziarah hospital.
Bertarikh 8 April 2000, PPIM sekali lagi menempa sejarah apabila dilancarkan di institusi pengajian
tinggi oleh Y.A.Bhg. Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood di Univeristi Islam Antarabangsa.
Pada awal 2004, ibu pejabat PPIM, di bawah kepimpinan Y.Bhg. Puan Seri Hajah Hazizah Haji Tumin
ketika itu telah berpindah ke Darul Puteri.
Pada 24 Ogos 2005 pula, Perasmian Darul Puteri telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda
Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid.
Pada 24 Mac 2007, kekosongan jawatan Yang Dipertua diisi oleh Y.Bhg. Datin Hajah Badiah Abdul
Manan setelah menang tanpa bertanding pada sesi pemilihan 2007-2009 & 2099-2011.

TUJUAN PENUBUHAN PPIM

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang
bergerak secara sukarela di sekolah-sekolah rendah, menengah, institut dan Institut Pendidikan Guru
serta Institusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia. Aktiviti PPIM dijalankan bertujuan untuk
membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara
menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Allah S.W.T.

ISTIADAT-ISTIADAT RASMI PPIM

1. TATACARA DI DALAM DEWAN

MAJLIS RASMI 0 Semua hadirin berdiri
-Tetamu disambut dengan Selawat Nabi

- Asma Al-Husna
- Lagu Puteri
0 Tetamu dan hadirin duduk
- Bacaan Doa
0 Majlis berlangsung
- Tasbih Kafarah
- Surah Al-Asr

CERAMAH 0 Ketua Puteri memberikan arahan:
1. “Up” (semua ahli berdiri)
2. Kpu memberi laporan
“Kami peserta Kursus Kepimpinan Asas Pergerakan
Puteri Islam Malaysia seramai 37 orang sedia
mendengar ceramah puan”.
(perkataan condong disebut beramai-ramai)
3.Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan surah
Al-Fatihah.
4. Pengerusi memperkenalkan penceramah (jemputan).

0 Tamat ceramah
1. Pengerusi mengucapkan terima kasih.
2. Sudahi dengan Tasbih Kafarah dan surah Al-Asr

0 Kpu memberi arahan:
1. “Up” (Semua ahli berdiri).
2. “Terima kasih puan”.

Penceramah meninggalkan majlis diiringi oleh Pengerusi.

2. TATACARA PERJUMPAAN

LANGKAH
1:

Ketua Pasukan @Ketua kumpulan melakukan latihan Kawad Kaki Asas
• BARIS, SENANG DIRI
• BARIS, BARIS SEDIA
• KE KANAN LURUS
• PANDANG DEPAN, DARI BELAKANG NOMBOR

Ketua Puteri memberi arahan:
• KEKUATAN PASUKAN / KUMPULAN, LAPOR
Ketua Pasukan / Ketua Kumpulan melapor:
• PASUKAN (NAMA PASUKAN) 20 CUKUP
• PASUKAN (NAMA PASUKAN) 16 DARIPADA 20

1.4 Ketua Puteri pusing menghadap tiang bendera. Pasukan sudah bersedia.

Ketua Puteri berkawad menemui Ketua Guru Pemimpin / Guru Pemimpin.
Ucapkan Salam sambil bersalaman dan mohon:
• IZINKAN MEMULAKAN TATACARA PERJUMPAAN

Guru menjawab…
• SILAKAN

Ketua Puteri membalas
• TERIMA KASIH

PUAN

LANGKAH
2:

Ketua Puteri balik ke hadapan barisan untuk menjalankan Tatacara Perjumpaan.
BACAAN DOA

Ketua Puteri memanggil:
PEMBACA DOA, SEDIA

Pembaca dia keluar, berdiri di sebelah Ketua Puteri dan memberi arahan:
• UP, AL-FATIHAH

MENAIKKAN BENDERA
2.4 Ketua Puteri memanggil: PENAIK BENDERA, SEDIA

@ 3 orang penaik bendera berdiri di tiang bender @ kedudukan bendera PPIM
(kiri), Malaysia (tengah) & Negeri Sembilan (kanan)

2.5 Ketua Puteri (menghadap bendera) memberi arahan: NEGARAKU-MULA
@Ketiga-tiga bendera dinaikkan serentak dengan perlahan. Bendera Malaysia lebih
tinggi sedikit kedudukannya daripada bendera PPIM dan bendera Negeri Sembilan.

2.6 Penaik bendera ikat tali pada tiang bendera. Puteri ditengah memberi arahan:
SIAP – UNDUR SELANGKAH KE BELAKANG

. K tua Puteri memberi arahan:
LAGU PUTERI MULA

Penaik Bendera (Puteri di tengah) memberi arahan: KE KANAN PUSING..
@ ketiga-tiga berkawat balik ke dalam barisan, puteri yang terakhir sampai akan

sebut… SIAP
LAFAZ IKRAR PUTERI

Ketua Puteri memberi arahan: UP
@ Semua puteri serentak mengangkat tangan untuk bacaan ikrar oleh Ketua
Puteri.

2.10 Ketua Puteri memberi arahan:
• UP (TURUN TANGAN KE SISI

PEMIMPIN MEMBERI TAKLIMAT ATAU TUGASAN
2.11: Pemimpin datang ke hadapan puteri.2.12:
Ketua Puteri melaporkan:

• KAMI PASIKAN … SERAMAI …… SIAP SEDIA UNTUK
MENERIMAARAHAN PUAN BARIS, SENANG DIRI.

Guru Pemimpin memberi salam- dijawab oleh semua Puteri. Guru Pemimpin
menyampaikan taklimat atau aktiviti yang akan dijalankan sepanjang hari
berkenaan.
Ketua Puteri memberi arahan:
• BARIS, BARIS… SEDIA
• TERIMA KASIH PUAN

KETUA Puteri pulang barisan dan memberi arahan:
• KELUAR BARIS

2.16 Puteri mengambil peralatan / beg untuk pergi ke tempat aktiviti

PERSEDIAAN TATACARA PERJUMPAAN DAN PENUTUPAN

LANGKAH 1:
1.1 PARA PEMIMPIN DAN AHLI MENGAMBIL TEMPAT SEBELUM

KETIBAAN VIP
1.2. SEWAKTU KETIBAAN VIP SEMUA YANG BERADA DI DEWAN

BERDIRI SAMBIL BERSELAWAT HINGGAN VIP SAMPAI KE
TEMPAT DUDUK.
1.3. HADIRIN TERMASUK PESERTA DUDUK SELEPAS VIP DUDUK
DITEMPAT YANG DIKHASKAN.

PERMULAAN PENUTUPAN 3.1 PENGACARA
MAJLIS MAJLIS MERAKAMKAN TERIMA KASIH
DAN SETERUSNYA MENUTUP

MAJLIS DENGAN TASBIH
KAFARAH & SURAH AL-
ASR.

3.2 PENGACARA
MEMPERSILAKAN TETAMU KE

JAMUAN / PAMERAN

3.3 BERSALAM-SALAMAN

LANGKAH 2:
2.1. PENGACARA MEMULAKAN MAJLIS:

MAJLIS DIMULAKAN DENGAN TATACARA PERJUMPAAN
• ASMAUL HUSNA DAN LAGU PUTERI
SEMUA YANG HADIR BERDIRI UNTUK MENYEMPURNAKAN
TATACARA MAJLIS. APABILA SELESAI, TETAMU KHAS
DUDUK DIIKUTI DENGAN SEMUA HADIRIN.
2.2 PENGACARA MENERUSKAN MAJLIS DENGAN MENJEMPUT

STRUKTUR DAN CARTA ORGANISASI PPIM

PEMBACA DOA.

STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN
• Peringkat Kebangsaan

● Peringkat IPGK Raja Melewar

YANG DI PERTUA
DR. MAZLAN BIN ARIS

NAIB YANG DI PERTUA
PN. HJH HALIMAH BT. CHE MAT

KETUA UNIT KOKURIKULUM DAN
PENYELARAS UNIT UNIFORM
PN. AZIBAH BT. BAHAROM

PESURUHJAYA PUTERI ISLAM
PN. MANORIZA BINTI ABDUL MALEK

PEMIMPIN
PN ERANA BINTI ABU SEMAN

PENGHULUWATI
NUR FARHANAH BINTI MOHD TIJAR

● Peringkat Unit Pelajar

PENGHULUWATI
NUR FARHANAH BINTI MOHD

TIJAR

NAIB PENGHULUWATI
ALYAA SHAHILA BINTI MOHD

RAMZI

SETIAUSAHA BENDAHARI
NELLY MAHIRA BINTI MOHD SYAZWA NURHANANI BINTI
MAHAMAD MUHAMEJELAN
YUSOFF

PEN. SETIAUSAHA PEN. BENDAHARI
NURIN FARISYA BINTI AFFANDI
SITI NURSYAHIRAH BINTI
RAMLEE

AHLI JAWATANKUASA

KEROHANIAN SUKAN DAN REKREASI KEBAJIKAN
NURUL IKHWANIS BINTI HASMADI NURFARAH NABILA BINTI AHMAD NUR HUSNA BINTI HIDHER

SAMHARI

MAJLIS/ PROGRAM RENCAM
FAZLIANA ASYIQIN BINTI YUSUF NUR NATASYA ALEYA BINTI YUNOS

KETUA PASUKAN

PASUKAN 1 PASUKAN 2
NUR ALEESA SYAHIDA BINTI AMRI SITI KHADIJAH BINTI MOHAMAD NAZREE

CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM

● Peringkat Unit Kokurikulum

FUNGSI MAJLIS TADBIR

● Memperkasa dan memartabatkan profesionalisme ahli di dalam bidang masing-masing dan
seterusnya menjadi contoh/rujukan kepada semua pihak

● Menjadi salah satu institusi yang menggerak, mengeratkan dan mengukuhkan hubungan
kebajikan, kerjasama dan kesejahteraan bekerja sesama ahli.

● Menjalin hubungan dan kerjasama dengan badan dan pertubuhan lain yang mempunyai
matlamat dan kepentingan yang serupa.

● Menjadi saluran rasmi kepada ahli untuk bertemu dan berbincang sesama ahli serta dengan
pihak pengurusan yang berkaitan.

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN

a. Borang Kebenaran Ibu bapa
Sebelum didaftarkan, kebenaran daripada ibubapa perlu diperolehi.

b. Borang Ahli
Guru Pemimpin perlu mengedarkan Borang Ahli kepada pelajar untuk diisi dan
kemudian disampaikan kepada Jawatankuasa Perhubungan Negeri untuk
mendapatkan Nombor Pendaftaran. Keratan borang hendaklah dikembalikan kepada
sekolah.

c. Pendaftaran Pensyarah/Guru Pemimpin dan Ahli Tidak Beruniform
Guru-guru Pemimpin dan ahli-ahli tidak beruniform perlu mendaftar dengan
menggunakan Borang Permohonan Menjadi Ahli (Tidak Beruniform). Borang
hendaklah disahkan oleh Perhubungan Negeri dan keratan hendaklah dihantar ke ibu
Pejabat PPIM.

PEMBAHAGIAN AHLI MENGIKUT PASUKAN DAN MENAMAKAN KUMPULAN

a. Jumlah ahli setiap pasukan tidak melebihi 40-50 orang dan terdiri daripada beberapa
kumpulan.
b. Setiap kumpulan adalah terdiri daripada 10-15 orang.
c. Nama setiap kumpuian adalah terpulang kepada sekolah berkenaan.
d. Nama setiap pasukan hendaklah ditentukan oleh negeri masing-masing mengikut
format berikut.

Contohnya:
Pada tahun 1988, Sekolah Seri Puteri Kuala Lumpur menubuhkan PPIM dengan
ahlinya seramai 85 orang.

KUASA PENGANJUR

• Memaklumkan pendaftaran tahunan.
• Menyelia dan mengawal kemajuan unit pengakap di sekolahnya.
• Salah seorang dari dua penurun tandatangan rasmi bagi akaun simpanan atau

semasa untuk Pergerakan Puteri Islam Malaysia.
• Mengesahkan penyata akaun unit yang telah disediakan.

STRUKTUR UNIT

PENGERUSI • Mempengerusikan setiap mesyuarat.
• Meneliti minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan
NAIB
PENGERUSI mesyuarat adalah wajar dan mengikut agenda yang ditetapkan.
• Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari
SETIAUSAHA
NAIB semasa ke semasa.
SETIAUSAHA
• Bertanggungjawab menjalankan tugas Pengerusi semasa
BENDAHARI ketiadaannya.

• Bertanggungjawab membantu Pengerusi menyelia tugas AJK
Persatuan.

• Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari
semasa ke semasa.

• Mengurus surat menyurat.
• Mencatat minit mesyuarat atau laporan.
• Menyimpan fail atau dokumen berkaitan dengan persatuan.

• Membantu Setiausaha menjalankan segala tugas dan
tanggungjawabnya.

• Bekerjasama dengan Setiausaha.
• Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke

semasa.
• Bekerjasama dengan Bendahari Kehormat dalam menyediakan

Peruntukan Tahunan dan Penyata Kewangan.

• Bertanggungjawab terhadap hal-hal kewangan persatuan.

• Membuat penyata dan menyimpan kira-kira berkenaan
kewangan persatuan.

• Menasihati Jawatankuasa Persatuan dalam pengawasan
kewangan dana audit.

• Menyediakan laporan perbelanjaan dan dibentangkan semasa
mesyuarat agung.

AJK • Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan
aktiviti yang dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

• Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan.

PENGURUSAN BUKU LOG/ FOLIO/ LAPORAN AKTIVITI

CARA MENULIS CATATAN/ AKTIVITI

1. Tarikh/ hari:
2. Masa:
3. Tempat:
4. Tahap: puteri bongsu/ puteri kecil
5. Aktiviti/ catatan:

1. Tatacara perjumpaan:

a) Pengenalan PPIM
• Membaca ikrar dan menyalin di dalam buku log
• Menyalin suluh kata ppim
• Melukis logo ppim

b) Pendidikan rohani ceramah/ tayangan video
• Sumber makanan
• Adab semasa makan
• Makanan seimbang
• Doa sebelum dan selepas makan

c) Kesihatan dan Pembangunan diri:

• Mencatat dan mengelaskan makanan
• Menampal gambar

d) Pesanan guru pemimpin tentang aktiviti minggu seterusnya

e) Tatacara Penutup:
• Membaca tasbih kafarah dan membaca surah Al asr
• Berselawat sambil bersalam

TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN

Pengerusi
• Menjadi pengerusi mesyuarat, bertanggungjawab untuk memastikan segala

mesyuarat dan aktiviti dijalankan mengikut perlembagaan.

Setiausaha
• Menjalankan urusan persatuan mengikut perlembagaan, menyimpan minit dan

surat,
menulis laporan mingguan, menyimpan segala rekod dan menyediakan laporan
tahunan persatuan.

Bendahari
• Bertanggungjawab dalam hal kutipan kewangan persatuan, apabila ada kutipan

berlaku, beliau perlu menyerahkan wang dan senarai nama ahli terlibat kepada Guru
Penasihat.

Pensyarah Pemimpin/ Ketua Guru Pemimpin/ Guru Pemimpin

• Perlu membeli atau mendapatkan:
a) Buku Perlembagaan
b) Bendera PPIM
c) Kaset lagu PPIM
d) Lencana Pemimpin dan Puteri
e) Kad Ahli
f) Uniform -Kain merah jambu
g) Buku Panduan Pemimpin

h) Buku Pengurusan dan Pentadbiran PPIM
i) Sukatan Pelajaran

• Menyediakan Keperluan Asas
a) Buku/ Rekod Pendaftaran Ahli (Nama dan butir-butir peribadi)
b) Buku/ Rekod Kehadiran Pasukan
c) Buku/ Rekod Yuran Ahli
d) Buku/ Akaun (Penyata Kewangan)

Lain-lain Keperluan:
a) Fail-fail/ Buku Stok/ Cop-cop

PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN

TAKWIM

RANCANGAN AKTIVITI PPIM

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR, SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAN

JABATAN PJK DAN KOKURIKULUM
PANDU PUTERI KADET

/PENGAKAP /PUTERI ISLAM/ PBSM/ APM/ KRS
(EKSTRA KOKURIKULUM)

PERANCANGAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM PERSATUAN PUTERI ISLAM
MALAYSIA

SESI OGOS 2022 HINGGA DISEMBER 2022

KETUA PENASIHAT : PN ERANA JUMLAH AHLI
BINTI ABD SEMAN PELAJAR : 39 ORG

PENSYARAH PENASIHAT: 1. PN JUMLAH AHLI

MANORIZA BINTI ABDUL MALEK PENSYARAH: 2 ORG

PENYELARAS UNIT BERUNIFORM :
PN AZIBAH BT BAHAROM

TAJUK AKTIVITI: SASARAN

P&P/ Pensyarah KATOGERI CATAT
Pelajar PROGRAM AN
BENGKEL/KURSUS/ TARIK TEMPA IPGKRM/L
BI FORUM/KONFERENS/S H T Pihak Luar
L UAR
EMINAR

1. Mesyuarat 10 X .
Jawatankuasa Ogos X
2022 BAIS X
X
2. 12 X
X X
Simpulan dan Ikatan Ogos BAIS XX
X
2022
XX
3. 19 & X

Pembinaan Gajet 26 BAIS
Perkhemahan Ogos

2022

4. Pertolongan Cemas 9

(Balutan Anduh) Sept BAIS

2022

5. Kawad Kaki Statik

dan Formasi

6. Pengurusan

Perkhemahan

7. Perkhemahan Wajib 3-6 Kem
MPU3062: Okt PUSAK
KOKURIKULUM 2022
O,
Negeri

Sembila

n

8. Khidmat

Sukarelawan X
9. Masakan Rimba X
1 Jahitan dan Sulaman XX

0. XX

11 Amalan Gaya Hidup
. Sihat

1 Refleksi dan
2. Penilaian

Disediakan oleh :

Tandatangan : ...................................

...................

Nama : (AZIBAH BINTI

BAHAROM)

KRAF PERKHEMAHAN

1.0 Pengenalan:

i. Konsep Khemah

a. Khemah ialah tempat perlindungan sementara yang selamat dan mempunyai kemudahan
asas yang minima.

b. Maksud tempat perlindungan ialah sebarang jenis dan bentuk tempat perlindungan, sama
ada yang diperbuat daripada kanves, nilon, dedaunan, buluh atau mungkin juga daripada
kayu dan batu. Yang penting, tempat perlindungan tersebut mampu memberikan
perlindungan daripada hujan, panas, angin dan juga kesejukan.

c. Berkhemah pula ialah penghidupan di luar bangunan, sama ada di halaman atau di
belakang rumah, di dalam hutan, di pantai, di bukit, di gunung dan sebagainya. Dahulu,
berkhemah merupakan satu keperluan untuk hidup.

d. Berkhemah berkait rapat dengan ikhtiar hidup secara individua tau berkumpulan.
Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadao
pengurusan peralatan, makanan, dan perlindungan di samping melibatkan diri dalam aktiviti
yang berkaitan dengan perkhemahan.

e. Berkhemah merupakan salah satu cabang ilmu yang menguji kemampuan mental dan
fizikal untuk menggunakan sumber-sumber yang terhad dengan kemudahan yang terhad.
Aktiviti berkhemah akan menguji setakat mana kesanggupan kita menghadapi kekurangan &
ketidakselesaan.

ii. Konsep Kraf Perkhemahan
a. Kraf perkhemahan merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk menghadapi
cabaran alam sekitar dan alam semula jadi dalam kegiatan luar atau perkhemahan.
b. Pengetahuan dalam kraf perkhemahan adalah penting dan digunakan apabila individu
melakukan akitiviti perkhemahan atau pengembaraan.

iii. Rasional
a. Melatih diri untuk menjadi lebih mahir dan berkeyakinan dalam menghadapi cabaran alam
semula jadi dan habitatnya
b. Memupuk perasaaan cinta terhadap alam semula jadi dan mensyukuri akan ciptaan-Nya
dan
c. Mengamalkan nilai-nilai murni dan menghayati akan keindahan alam flora dan fauna yang
terdapat di muka bumi ini.

iv. Objektif
a. Menggalakkan ahli PPIM untuk mengaplikasikan kemahiran dan teknik kraf perkhemahan
dalam aktiviti luar atau aktiviti perkhemahan
b. Mendedahkan ahli PPIM untuk memahami akan habitat dan alam semula jadi serta
mengetahui cara-cara untuk hidup apabila berada di dalam hutan atau tapak perkhemahan
c. Memberikan kesedaran kepada ahli PPIM tentang kepentingan menjaga alam sekitar
dengan cara yang betul dan berkesan.

2.0 Pengurusan dan Penjagaan Khemah

i. Jenis-jenis khemah

a. Ridge tent:

Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung.
Diperbuat daripada material nylon yang ringan supaya
mudah dibawa dan dilipat.

b. Dome tent:

Berbentuk gelembung dan menggunakan material yang sesuai
dan fleksibal. Ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan
untuk berkelah atau perkhemahan seperti di sekolah dan
sebagainya.

c. Frame tent:

Khemah jenis besar yang biasa digunakan untuk perkhemahan
keluarga. Rangka khemah akan dipasang dahulu dan kanvas
dipasang kemudian.

d. Bell tent:

Mempunyai satu tiang tinggi di puncak khemah. Khemas jenis ini
sudah jarang digunakan dan digantikan dengan khemah jenis
“DOME”.

e. Shelter

Shelter sukar untuk dibina dan memerlukan kemahiran yang tinggi. Shelter boleh dilindungi
daripada serangga, panas, hujan, angin, salji dan suhu sejuk. Boleh menyembunyikan diri
daripada musuh bahaya

(i) Jenis-jenis shelter

(a) Phonco-Lean-To

Mudah dan cepat dibina. Diikat pada dua batang pokok. Shelter tertutup
pada satu bahagian sahaja. Pastikan shelter tidak menghala atah angin.

(b) Phonco Tent

Mudah dibina. Diikat antara dua batang pokok. Shelter tertutup pada
dua bahagian, kiri dan kanan.

(c) One man Shelter
Mudah dibina dan terhalang dari rintangan angin. Saiz yang kecil
menjadikan ia lebih sejuk dan nyaman.

(ii) Pengurusan dan Keselamatan Khemah:
a. Ubat nyamuk tidak dibenarkan dipasang di dalam atau terlalu hampir dengan khemah.
b. Khemah bukan sebagai tempat menjemur atau menyidai pakaian.
c. Tidak dibenarkan memasak di dalam khemah
d. Digalakkan makan di luar khemah untuk mengelakkan semut atau binatang lain dari
memasuki khemah
e. Pastikan khemah ditutup jika tiada orang di dalamnya.
f. Pastikan di luar dan dalam khemah sentiasa berkeadaan bersih dan kemas
g. Merokok adalah dilarang sama sekali di dalam khemah
h. Pastikan khemah yang dipasang adalah kukuh dan selamat untuk digunakan

(iii) Penjagaan Khemah:
a. Sentiasa melindungi pancang khemah dan pastikan tiang atau pancang khemah berada
dalam keadaan baik. Letakkan sedikit pelincir untuk memudahkan, memasukkan dan
mengeluarkan tiang atau pancang
b. Letakkan juga pelincir pada zip untuk mengelakkan zip jem dan susah untuk dibuka
c. Jangan menyimpan makanan di dalam khemah untuk mengelakkan daripada binatang
mencari dan merosakkan khemah anda dalam usaha mencari makanan tersebut
d. Saranan yang penting sentiasa bersihkan khemah anda setiap kali selepas trip atau setelah
menggunakannya, dan pastikan anda memeriksa setiap kotoran dan sampah sarap yang
tertinggal
e. Sebelum menyimpan pastikan yang khemah anda betul-betul kering

f. Sekiranya khemah anda basah, elakkan dari menekan, menarik, atau dengan apa cara
sekali pun untuk mengelakkan daripada terkoyak.
g. Jangan menggunakan lilin, mancis atau pembakaran terbuka berdekatan dengan khemah
h. Sentiasa menggunakan peralatan yang menggunakan kuasa beteri di dalam khemah dalam
usaha mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

3.0 Tujuan dan Faedah Membuat Gajet

i. Gajet ditakrifkan sebagai perkakasan atau peralatan atau perabot, seperti pagar, pintu,
kerusi, katil, rak barang, ampaian dan sebagainya yang terdapat di rumah. Gajet-gajet ini
diperbuat daripada kayu dengan menggunakan paku, gam dan sebagainya supaya kelihatan
kemas dan cantik serta sesuai dengan situasi tempat.
ii. Berdasarkan situasi di rumah, gajet juga amat diperlukan dalam aktiviti perkhemahan
kerana satu tapak perkhemahan boleh diibaratkan seperti sebuah rumah yang memerlukan
pintu, pagar, kerusi atau bangku, ampaian, rak kasut, rak kasut, rak dapur dan seumpamanya.
iii. Bezanya, gajet-gajet dalam aktiviti perkhemahan diperbuat daripada buluh atau batang
kayu yang disambung atau diikat menggunakan tali dengan simpulan dan ikatan yang
tertentu. Simpulan dan ikatan ini amat penting agar gajet-gajet yang dibina menjadi kukuh dan
selamat digunakan. Sebaik-baik gajet perkhemahan ialah gajet yang dibina tanpa
menggunakan sebarang paku.

iv. Gajet-gajet ini dikenali sebagai kraf kayu atau wood craft. Gajet penting dalam aktiviti luar
kerana ia mempunyai pelbagai fungsi. Antaranya:
a. Menggantikan perkakasan dan perabot di rumah

b. Memudahkan pengurusan tempat atau kawasan perkhemahan
c. Menjadikan aktiviti perkhemahan lebih tersusun, teratur dan menyeronokkan

v. Tujuan mendirikan gajet adalah untuk:
a. Mempraktikkan ilmu simpulan dan ikatan yang telah dipelajarinya secara teori dan amali
dalam sesi perjumpaan mingguan
b. Membina semangat kekitaan, kerjasama, bertanggungjawab dan
semangat bergotong-royong dalam kalangan ahli Sekawan/ Patrol dalam
suasana yang ceria dan menyeronokkan.

vi. Terdapat beberapa faedah mendirikan gajet. Antaranya:
a. Mewujudkan suasana yang tenteram, selesa, lapang dan selamat
b. Menjimatkan kos
c. Alam sekitar menjadi bersih dan nyaman
d. Barangan dan peralatan mudah disimpan dan diambil
e. Menambahkan pengetahuan dan pengalaman
f. Memanfaatkan sumber alam persekitaran dengan sebaik mungkin

vii. Kaedah mendirikan gajet:
a. Ringkas dan praktikal dengan penggunaan bahan dan peralatan yang minimum
b. Senang dibina dalam jangka masa yang pendek serta boleh serba guna
c. Menggunakan bahan dan alat yang ada di persekitaran atau yang dibekalkan tanpa
memerlukan kos yang tinggi
d. Menggunakan simpulan dan ikatan yang betul dan kemas
e. Susun atur mendirikan gajet di tempat yang sesuai di dalam kawasan perkhemahan
f. Jenis dan bilangan sesuai dengan bilangan peserta dan keluasan tapak.

viii. Bahan-bahan untuk mendirikan gajet:
a. Sebelum sesebuah gajet dibina, beberapa peralatan dan bahan perlu disediakan terlebih
dahulu. Peralatan dan bahan ini bergantung kepada jenis-jenis gajet yang dibina.
b. Antara peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat sesebuah gajet
(mengikut kesesuaian) ialah:
(i) parang
(ii) gergaji
(iii) tali, sama ada tali rafia, rami atau manila, rotan, dawai atau akar
(iv) buluh, sama ada yang lurus, bulat atau yang telah dibelah (boleh juga buluh terpakai)
(v) kayu yang berukuran diameter di antara 10cm hingga 18 cm
(vii) ranting dan dahan pokok, sama ada yang lurus atau yang bercabang
(viii) tin-tin kosong
(ix) batu-bata
(x) olastik
(xi) zink
(xii) papan
(xiii) kad manila
(xiv) dedaunan

4.0 Jenis-jenis Gajet dan Kegunaannya
i. Gajet perlu didirikan mengikut kesesuaian kerana terdapat pelbagai jenis gajet boleh
dibinakan sepanjang aktiviti perkhemahan dijalankan. Namun gajet perlu didirikan pada waktu
yang lapang atau pada waktu yang telah ditetapkan di dalam jadual perkhemahan.
ii. Antara gajet yang boleh dibina ialah:
a. Tiang bendera
b. Pagar

c. Pintu gerbang
d. Papan kenyataan
e. Ampaian
f. Pangkin, tempat duduk dan meja
g. Rak kasut
h, Rak dapur
i. Rak barang
j. Lubang basah dan lubang kering (tempat buangan sampah)
k. Gajet dapur
l. Alas atau rak untukmeletak beg pakaian
m. Menara kawalan
ii. Tiang bendera
a. Tiang bendera didirikan dengan menggunakan kayu atau buluh, tali dan
bendera. Pelbagai bentuk boleh dihasilkan untuk membuat tiang bendera. Walau
bagaimanapun, penghasilannya adalah bergantung kepada sumber bahan yang
ada.
b. Terdapat 2 jenis tiang bendera didirikan dalam aktiviti perkhemahan. Satu berupa tiang
bendera utama yang didirikan di hadapan kawasan lapang atau tapak perhimpunan yang
digunakan untuk mengibarkan bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera PPIM,
manakala satu lagi berupa tiang bendera yang digunakan untuk mengibarkan bendera
Sekawan atau Patrol di dalam kawasan perkhemahan Sekawan atau Patrol itu sendiri.

iv. Pagar:
a. Gajet pagar amat penting dibina untuk menentukan keluasan kawasan perkhemahan
Sekawan atau Patrol. Gajet pagar didirikan dengan menggunakan kayu atau bulu yang
dipacak mengelilingi kawasan khemah kemudian diikat atau dihadang dengan tali untuk
menjadi pagar.

b. Pagar tifak perlu dibina terlalu tinggi. Sebaik-baiknya ketinggian pagar yang dibina sekitar
satu meter sahaja. Untuk memastikan pagar menjadi kukuh, jarak pancangan kayu atau buluh
hendaklah agak rapat sekitar dua meter antara satu pancangan.
c. Sekawan atau Patrol yang kreatif akan menghiasi pagar mereka dengan pelbagai corak
atau gaya agar pagar kelihatan kemas, menarik dan cantik.

KEDUDUKAN / PLAN PERKHEMAHAN
v. Pintu gerbang:
a. Gajet pintu gerbang merupakan satu daripada gajet yang amat penting dibina dalam
aktiviti perkhemahan. Selain sebagai pintu masuk ke dalam kawasan perkhemahan, pintu
gerbang yang baik akan berperanan sebagai pusat kawalan, di samping sebagai tempat
untuk memasang bendera Sekawan / Patrol.
b. Pembinaan pintu gerbang seharusnya bersesuaian dengan bilangan hari dan bahan yang
ada. Jika tempoh perkhemahan agak lama dan bahan untuk mendirikan gajet pintu gerbang
banyak, seharusnya pintu gerbang yang didirikan agak besar dan cantik.
c. Antara bahan dan peralatan yang diperlukan untuk membuat gajet pintu gerbang ialah:
(i) beberapa batang kayu atau buluh pelbagai ukuran
(ii) tali, sama ada rami, jut atau rafia
(iii) cangkul, parang dan gergaji
(iv) tangga (jika ada)

vi. Papan kenyataan:

a. Gajet ini dibuat untuk mempamerkan beberapa kenyataan atau maklumat berkaitan ahli
Sekawan atau Patrol, pengumuman pemimpin, pelan atau gambar rajah kawasan
perkhemahan Sekawan/Patrol dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan.
b. Saiz papan kenyataan yang ingin dibuat bergantung kepada keperluan dan sumber bahan
yang ada. Bagi memastikan agar maklumat yang dipamerkan itu terlindung daripada hujan
dan matahari, kreativiti PPIM amat diperlukan untuk menyediakan bumbung atau
perlindungan yang bersesuaian bagi papan kenyataan berikut.

c. Antara bahan yang diperlukan ialah kayu atau buluh, tali, marker dan bahan-bahan lain
yang sesuai.

PELBAGAI CONTOH PAPAN KENYATAAN

vii. Ampaian:
a. Gajet ampaian boleh dihasilkan dalam pelbagai bentuk bergantung kepada kreativiti
pembuatnya. Walau bagaimanapun, gajet ampaian yang baik ialah gajet yang didirikan tanpa
bergantung kepada pokok atau batang-batang pokok yang hidup.
b. Oleh itu, gajet ampaian digalakkan didirikan di kawasan lapang, khususnya kawasan yang
terdedah kepada cahaya matahari dan angin di bahagian belakang kawasan khemah
kumpulan.

c. Antara bahan yang diperlukan untuk membuat gajet ampaian ialah kayu atau buluh, kayu
bercabang, kayu atau buluh pancang dan tali atau dawai.

Antara Contoh Gajet Ampaian

viii. Pangkin, tempat duduk dan meja:
a. Gajet ini dibuat untuk 2 fungsi. Pertama, sebagai meja makan dan kedua, sebagai meja
persidangan atau perbincangan Sekawan/Patrol.
b. Kebiasaannya gajet ini didirikan di bahagian belakang kawasan khemah kumpulan, iaitu
berdekatan dengan khemah dapur. Ada juga kumpulan yang membuat gajet tersebut di
bahagian hadapan atau kawasan halaman khemah kumpulan.

CONTOH GAJET PANGKIN / MEJA/ TEMPAT DUDUK
ix. Rak kasut:
a. Gajet rak kasut dibina untuk meletakkan kasut-kasut ahli kumpulan dalam kawasan
perkhemahan tersebut. Tempat yang paling sesuai untuk membina rak kasut ialah
berhampiran dengan khemah ahli, khususnya berdekatan dengan pintu khemah.

b. Gajet rak kasut dibina dengan menggunakan beberapa batang bulu atau kayu berukuran
antara suku hingga satu meter dan diikat dengan tali menggunakan simpulan danikatan yang
sesuai.

Contoh Gajet Rak Kasut

x. Rak dapur atau tempat memasak:
a. Rak atau gajet dapur atau tempat memasak merupakan antara gajet yang paling penting
yang perlu dibuat. Rak dapur boleh dibuat secara paling ringkas, yakni tanpa bumbung atau
boleh juga dibuat dengan berbumbung.
b. Gajet dapur yang paling ringkas ialah gajet dapur bergantung yang biasanya digunakan
untuk memasak air. Manakala untuk memasakh makanan pula, gajet yang paling ringkas ialah
yang didirikan di atas tanah dengan menggunakan batu atau tungku. Antara bahan yang
diperlukan untuk membuat gajet dapur ringkas ialah kayu bercabang, kayu lurus atau buluuh,
batu bata, dawai, tanah kering dan kawasan berbukit.

GAJET RAK DAPUR/ TEMPAT MEMASAK

xi. Rak barangan dapur:
a. Gajet ini saiznya agak besar dan agak rumit juga untuk membuatnya. Gajet atau rak ini
digunakan sebagai tempat membasuh pinggan mangkuk yang dilengkapi dengan baldi air

atau besen, tuala kecil, sabun, dan air. Untuk menjimatkan ruang, gajet atau rak ini boleh
dibuat secara bertingkat-tingkat.

CONTOH RAK BARANGAN DAPUR

xii. Rak penyimpanan makanan:
a. Gajet ini dibuat berdasarkan kegunaannya. Sekiranya terdapat pokok di dalam 48awasan
khemah kumpulan, maka gajet jenis bergantung sesuai digunakan. Sekiranya tiada pokok
dalam 48awasan khemah berkenaan, gajet jenis bertingkat berbentuk kon boleh dibuat.
b. Gajet tempat menyimpan makanan yang baik ialah dihasilkan 48awasan penutup yang
diperbuat daripada plastic atau dedaun kering yang dianyam. Antara bahan yang diperlukan
ialah kayu atau buluh yang dibelah dua atau empat, tali, dan plastic atau dedaun kering yang
bersesuaian.

CONTOH RAK MENYIMPAN MAKANAN

xii. Tempat buangan sampah basah (sisa makanan) dan sampah kering:
a. Gajet ini juga amat penting dibuat untuk menjaga akan kebersihan 49awasan khemah.
Gajet buangan sampah basah dan sampah kering boleh dibina di atas seperti gambar rajah
di bawah atau dengan cara mengorek lubang di tanah.
b. Demi menjaga kebersihan, pastikan gajet ini dibina di bahagian belakang berdekatan
dengan rak dapur dan ditutup sentiasa untuk mengelakkan lalat dan serangga lain
mengerumuni atau berkumpul dalam tempat sampah.

CONTOH LUBANG KERING DAN LUBANG BASAH

IKHTIAR HIDUP
1.0 Pengenalan
- Ikhtiar hidup atau lebih dikenali sebagai survival boleh diertikan sebagai suatu situasi atau
keadaan genting serta mengalami kesukaaran dalam usaha untuk meneruskan kehidupan,
terutamanya semasa mengikuti aktiviti perkhemahan di dalam hutan, bukit dan gunung.
- Oleh itu, ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau sesuatu usaha yang dilakukan untuk terus
hidup atau daya usaha yang diutamakan dalam proses kelangsungan hidup. Dalam konteks
aktiviti luar, ikhtiar hidup merupakan satu usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh
sesorang supaya dia terus hidup semasa menghadapi ancaman semasa menjalani aktiviti
luar seperti perkhemahan.
- Situasi ikhtiar hidup ialah apabila berlakunya gejala-gejala seperti yang berikut:

i. Kehabisan bekalan makanan dan minuman
ii. Ancaman binatang buas
iii. Sesat di dalam hutan
iv. Masalah perlindungan

- Ikhtiar hidup terpaksa dilakukan kerana kelalaian manusia itu sendiri, sama ada pada
peringkat perancangan, persiapan ataupun semasa pelaksanaan aktiviti. Selain itu, kurang
pengetahuan, pengalaman dan kemahiran juga boleh menyebabkan situasi ikhtiar hidup.

- Oleh itu, setiap individu yang ingin mengadakan atau menyertai aktiviti luar perlulah
mendalami ilmu dan kemahiran tentang perkhemahan agar situasi ikhtiar hidup akan dapat
dielakkan. Pelbagai cabaran dan risiko akan sentiasa dilalui speanjang aktiviti luar
dilaksanakan.

- Prinsip ikhtiar hidup:

▪ Keselamatan:
o Keutamaan hendaklah diberikan kepada soal keselamatan nyawa. Ini dapat
dilakukan dengan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang
boleh membahayakan keselamatan. Misalnya elakkan daripada memakan
tumbuh-tumbuhan yang tidak diketahui puncanya, sama ada boleh dimakan
atau tidak walaupun dalam keadaan yang sangat lapar. Masalah ikhtiar hidup
akan menjadi leboh rumit jika soal keselamatan diri dan nyawa diabaikan.

▪ Usaha:
o Dalam situasi ikhtiar hidup, pelbagai usaha hendaklah dilakukan dari semasa
ke semasa sebagai ikhtiar bagi mengatasi masalah yang sedang dihadapi.
Sikap berdiam diri dan berseram kepada nasib atau takdir semata-mata tanpa
usaha itu gagal maka hendaklah berusaha dengan cara yang lain pula asalkan
usaha tersebut tidak menjejaskan faktor keselamata. Semakin banyak usaha
yang dilakukan semakin banyak peluang yang akan muncul untuk mengatasi
segala rintangan dan risiko yang dihadapi.

▪ Kawalan diri:
o Dalam situaso ikhtiar hidup,kawalan diri sangat penting dilakukan supaya
segala keputusan dan tindakan dapat memberikan hasil yang positif. Tanpa
kawalan diri, perasaan cemas dan panik serta hilang pertimbangan akan
menyebabkan seseorang itu bertindak secara terburu-buru tanpa berfikir.
Keadaan ini pasti akan menambahkan lagi kerumitan terhadap masalah yang
sedang dihadapi.


Click to View FlipBook Version