▪ Kerjasama:
o Jika dalam pasukan atau kumpulan, kerjasama yang erat dan berterusan
dalam pasukan atau kumpulan amat penting untuk diberikan keutamaan agar
segala kerumitan dan kesulitan dapat diatasi secara bersama. Kesepakatan
membawa berkat. Jika tiada kesempatan, segala masalah sukar diatasi.
i. Masakan Solar:
a. Masakan solar merupakan satu cara penyediaan makanan tanpa menggunakan peralatan
dapur dan hanya menggunakan cahaya matahari sebagai sumber tenaga pembakar.
b. Kaedah memasak menggunakan tenaga solar mempunyai banyak kebaikan. Antaranya
ialah:
- Satu cara untuk mendidik ahli supaya sentiasa melindungi alam sekitar yang semakin
terancam
- Mengurangkan pencemaran pembakaran bahan api
- Mengurangkan bahaya gas dan kebakaran
- Salah satu ikhtiar hidup jika kehabisan bekalan gas / bahan bakar untuk memasak makanan
c. Cuaca yang sesuai ialah semasa musim panas terik
d. Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
- aluminium foil
- periuk memasak nipis yang telah disembur cat aerosol hitam
- kertas kadboard yang tebal atau kotak besar yang kosong
- gam/glue
- pelekat kertas / paper binding tape
- plastic lut sinar
- tali rapia
- tiga batu kecil di bawah periuk semasa memasak
ii. Masakan Rimba
a. Masakan rimba atau backwoodsman iaitu satu cara memasak makanan semasa di dalam
hutan tanpa menggunakan periuk atau lain-lain peralatan memasak.
b. Memasak dengan kaedah ini adalah lebih sukar berbanding kaedah masakan solar namun
ianya boleh menjadai aktiviti yang menyeronokkan sebagai salah satu ikhtiar hidup semasa
berkhemah
c. Pelbagai bahan boleh digunakan sebagai bekas untuk memasakh seperti buluh, kerajang
aluminium, tanah, buah contoh kelapa dan lain-lain.
d. Kegunaan buluh semasa perkhemahan:
- buluh sangat penting untuk membuat gajet, pioneering dan projek penerokaan
- bekas makanan / minuman
- memasak makanan
e. Masakan rimba menggunakan buluh:
- pilih ruas buluh yang nipis dan besar saiznya
- pastikan buluh yang dipilih tidak retak
- basuh bahagian dalam buluh hingga bersih
- sediakan bahan yang hendak dimasak dalam buluh contoh nasi atau lauk
- jika memasak nasi di dalam buluh, pastikan sukatan air adalah sama banyak dengan
sukatan beras
- masak nasi atau lauk dengan kaedah yang dtunjukkan dalam rajah 1.
iii. Membuat perangkap
a. Perangkap atau jerat dibina untuk memerangkap dan menangkap haiwan atau binatang
ketika kehabisan makanan semasa menyertai kegiatan perkhemahan di dalam hutan.
Terdapat beberapa jenis perangkap dan jerat yang digunakan antaranya:
- perangkap atau jerat pelanduk
- perangkap atau jerat ayam hutan
- perangkap atau jerat hempap dan jerut
- perangkap kurungan
b. Perangkap atau jerat pelanduk:
- Mudah untuk dibuat kerana ia hanya memerlukan beberapa bahan sahaja. Bahan-
bahan yang perlu disediakan ialah:
o kayu pelentik
o tali pesawat yang kuat dengan ukuran panjang yan sesuai
o kayu cabang berbentuk “Y” yang ditajamkan kedua-dua belah hujungnya
o kayu pesawat
o alat pemijak
- Tali jerut atau alas pemijak perlu ditutup dengan menggunakan daun-daun. Daun-
daun juga digosok ke tengkuk dan tubuh untuk menyembunyikan bau badan
c. Perangkap atau jerat ayam hutan:
- Jerat jenis ini mempunyai mekanisme yang sama dengan jerat simbat dan jerat sentak
yang dibuat bagi memerangkap buruk ruak-ruak. Di antara bahan-bahan yang
digunakan ialah:
o sebatang kayu lentik dengan ukuran panjang yang sesuai
o dua batang kayu yang bercabang
o tali pesawat
o dua batang kayu Pelepas
o sebatang kayu pesawat (kayu pembingkas) sepanjang 5 cm
o beberapa batang kayu pemijak
- Namun begitu, car aini kurang popular kerana badan ayam mungkin akan tersekat
oleh kayu lengkung yang digunakan
d. Perangkap atau jerat hempap dan jerut
- Perangkap atau jerat hempap biasanya dibuat untuk mencederakan haiwan atau
binatang. Perangkap jenis ini mudah dibuat dan dapat dilihat dengan jelas. Beberapa
jenis bahan yang perlu disediakan ialah:
o tali pesawat yang cukup kuat dan mempunyai panjang yang sesuai
o umpan
o tali pemberat tambahan
o batang kayu penghempap
o dua batang kayu penghalang hadapan
o dua batang kayu penghalang belakang
o kayu pesawat
o dua batang kayu Pelepas
o beberapa batang kayu pemijak
- Perangkap atau jerat hempap akan memastikan kaki haiwan terjerut serta dihempap
oleh batang kayu. Namun begitu, masalah yang timbul ialah mendapatkan kayu
Pelepas dan kayu pesawat yang kuat serta dapat menampung berat kayu
penghempap serta kayu pemberat tambahan.
e. Perangkap atau jerat kurungan:
- Perangkap kurungan digunakan untuk membolehkan kita menangkap haiwan hidup-
hidup. Sungguhpun begitu car aini kurang popular dan tidak praktis kerana ia
mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan serta banyak membazirkan tenaga.
Bahan yang diperlukan bagi membuat perangkap jenis ini ialah:
o batang-batang kayu yang secukupnya untuk dijadikan dinding, kayu alang,
pintu dan sebagainya
o umpan
o gelang rotan
o kayu pesawat
o tali pesawat
- Tiang-tiang perangkap hendaklah ditanam ke dalam tanah bagi memastikan
perangkap atau jerat tidak terbalik akibat dirempuh binatang liar.
KEBUDAYAAN
Nyanyian / Lagu Perkhemahan
Puteri Lembaga Islam Riang Gembira
Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja
Berkorban Untuk Agama Dan Negara
Dunia Akhirat Mendapat Bahagia
Berusaha Mencari Pengetahuan
Berbakti Membuat Kebajikan
Belajar Mencapai Kemajuan
Bersemangat Penuh Keimanan
Puteri Lembaga Islam Riang Gembira
Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja
Berkorban Untuk Agama Dan Negara
Dunia Akhirat Mendapat Bahagia
PERMAINAN
1. API UNGGUN
• Api unggun dinyalakan di tempat terbuka dan dinyalakan saat malam hari.
• Cara membuatnya dengan menggunakan kayu-kayu kering.
• Setelah dibakar, duduklah bersama mengelilingi api unggun itu.
2. ICE BREAKING
• Bertujuan untuk membantu kumpulan untuk memulakan proses
membentuk diri mereka ke dalam pasukan.
• Permulaan perbualan biasanya dibentangkan sebagai permainan untuk
‘memanaskan’ kumpulan dengan membantu ahli-ahli mengenali antara
satu sama lain.
3. PERMAINAN TRADISIONAL
• Api unggun dinyalakan di tempat terbuka dan dinyalakan saat malam
hari.
• Cara membuatnya dengan menggunakan kayu-kayu kering.
• Setelah dibakar, duduklah bersama mengelilingi api unggun itu.
4. SARANG GAGAK
• Api unggun dinyalakan di tempat terbuka dan dinyalakan saat malam
hari.
• Cara membuatnya dengan menggunakan kayu-kayu kering.
• Setelah dibakar, duduklah bersama mengelilingi api unggun itu.
MALAM KEBUDAYAAN
• Merupakan acara kemuncak yang terdapat pelbagai aktiviti bagi tujuan menghibur.
Tujuan adalah untuk mengurangkan rasa bosan selepas penat berkhemah.
1. TARIAN BOLLYWOOD
• Pakaian bertemakan bollywood.
• Penggunaan alat muzik gitar dan sebagainya.
• Tarian yang disertai oleh semua ahli kumpulan.
2. TARIAN TRADISIONAL
• Pilihan muzik tradisional yang sesuai dan menarik.
• Contoh tarian tradisional : Inang, Joget, Endang, Sumazau dan sebagainya.
• Berpakaian mengikut tema tarian.
3. SKETSA CERITA RAKYAT
• Sketsa cerita rakyat yang berunsur teladan.
• Boleh diselitkan dengan lawak jenaka.
• Contoh: Si Tanggang, Batu Belah Batu Bertangkup, Bawang Putih Bwang
Merah.
4. NYANYIAN KUMPULAN
• Pilihan melodi lagu yang terkini dan terkenal.
• Aktiviti diadakan secara berkumpulan semua ahli terlibat.
• Dengan bantuan alat muzik dan sebagainya.
JALAN LASAK & PANDU ARAH
Pengenalan
Jalan Lasak merupakan aktiviti berjalan atau berlari sejauh 10 km hingga 25 km di mana
individu akan bergerak secara berkumpulan. Trek yang dilalui melibatkan pelbagai bentuk
muka bumi samada jalan raya atau kawasan denai yang kering atau berlumpur. Aktiviti ini
dapat memberikan perspektif baru untuk kumpulan sasaran dalam dalam meningkatkan
ketahanan fizikal dan mental serta semangat kerjasama dalam pasukan. Kumpulan sasaran
juga akan membawa bersama bebanan bagi menambahkan lagi cabaran dalam pelaksanaan
aktiviti ini. Untuk pelatih kursus asas, aktiviti ini dilaksanakan sebelum Rutin Bravo.
Tujuan
● Menguji tahap kekuatan mental dan fizikal kumpulan sasaran
● Memupuk semangat setia kawan dan kerjasama (team building dalam kalangan
kumpulan sasaran
● Untuk melatih kecekapan pancaindera (tanda, simbol dsb)
● Melatih kesabaran dan ketabahan dalam kesusahan
● Memberikan pengalaman baharu
● Mendisiplinkan diri untuk patuh kepada arahan
● Mewujudkan pengurusan aktiviti pandu arah dengan berkesan
● Melaksanakan aktiviti yang terancang mengikut prosedur pengendalian aktiviti
Matlamat
● Membina ciri-ciri sosial yang baik.
● Kebolehan berkomunikasi dalam keadaan tegang.
● Membina jati diri yang tinggi serta semangat berpasukan yang jitu.
● Membentuk sikap kepimpinan dan pengikut yang baik leadership dan followership.
Peraturan dan Persediaan
1. Kebenaran
● Sebelum kita memulakan sesuatu aktiviti perkhemahan, perkara yang amat
penting sekali ialah memohon kebenaran. Kebenaran daripada ibu bapa
ataupun penjaga adalah perlu dan kita harus memaklumkan mengenai aktiviti
serta tujuannya kepada mereka ataupun orang yang terdekat dengan kita.
2. Persediaan Alatan
● Titik kawalan (control point)
● Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati
oleh peserta.
● Biasanya merupakan ciri-ciri muka bumi atau ciri-ciri buatan manusia yang
jelas.
● Titik kawalan bukanlah "check-point" kerana ia tiada penjaga dititik.
❖ Penanda Kawalan
● Tujuannya bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang betul.
● Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih
sebagai tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m).
● Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik.
❖ Kad Kawalan
● Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika
menyertai acara sebagai bahan bukti atau pengesahan.
● Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start
time) dan tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik
kawalan nanti.
● Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa di garisan penamat
untuk mencatat masa penamat.
❖ Peta Utama
● Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan
keterangan kawalan
● Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan
❖ Keterangan Kawalan
● Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan
berkenaan. Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalan
dan keterangan mengenai kedudukan titik kawalan.
● Di peringkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk 'teks' tetapi
dalam bentuk kod/gambar rajah.
❖ Landasan
● Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke titik
kawalan yang lain hingga ke penamat. Landasan ini akan dilukis di atas peta
utama dan akan disalin oleh peserta kemudiannya.
● Tanda yang berkenaan landasan adalah :
➔ Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
➔ Titik kawalan dengan tanda bulatan.
➔ Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertindih.
➔ 'Leg' adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan.
Prosedur Jalan Lasak dan Pandu Arah
Sebelum Aktiviti
1.Persiapan landasan
2.Taklimat pemimpin kepada ahli-ahli
3.Semakan alatan dan logistik
4.Semakan peralatan kecemasan
Semasa Aktiviti
1.Semua ahli berkumpul di tempat permulaan aktiviti
2.Pihak bertugas berada di setiap stesen sebelum ahli dilepaskan
3.Ketua aktiviti memberi taklimat kepada ahli
4.Ahli diberikan peralatan/keperluan pandu arah
5.Kumpulan pertama dibawa ke lokasi permulaan dahulu
6.Ahli memulakan aktiviti mengikut prosedur yang ditetapkan
7.Membaca kompas, mengira jarak dan membuat catatan
8.Ahli diminta bergerak mengikut kemahiran dan kefahaman sendiri secara berkumpulan
Selepas Aktiviti
1.Pemimpin mengumpulkan semua ahli dan memastikan bilangannya mencukupi
2.Pemimpin mengenal pasti tahap kesihatan dan kecergasan ahli
3.Semua alatan hendaklah dikembalikan
4.Sesi renungan / refleksi
5.Bersalaman antara pemimpin dan ahli
6.Semua barang disimpan di stor
7.Laporan aktiviti disediakan
Membaca Kompas / Global / Positioning Satellite (GPS)
Kompas
● Untuk menentukan arah.
● Dijadikan panduan asas bagi ahli- ahli pengembara menentukan hala tuju di dalam
hutan.
● Kompas hendaklah digunakan dengan teliti bagi mendapatkan arah yang tepat
Kompas Bearing Sudut
● Diukur mengikut arah pusingan jarum jam dan jumlah sudutnya ialah 360
darjah.
Kompas mata angin 16
● Berpandukan empat mata angin yang utama.
Perkara-perkara penting semasa guna kompas
● Memeriksa bearing kompas (arah yang hendak dituju) bagi memastikan arah yang
betul dan tepat.
● Tentukan sesuatu objek sebagai tanda supaya anda boleh terus menghala ke arah
yang hendak dituju dengan mudah, misalnya pokok besar, benda yang ganjil atau batu
besar yang berada di persekitaran.
Langkah-langkah bagi mencari kedudukan sesuatu tempat di atas peta
1. Letakkan peta di atas permukaan yang rata.
2. Tandakan kedua-dua tempat yang hendak dicari bearing sudutnya, misalnya A dan B.
3. Lukiskan kedudukan arah mata angin utara selatan. Ini dapat dilakukan dengan
melukis garisan yang selari dengan mana-mana garisan gred yang berhampiran.
4. Sambungkan kedua-dua titik A dan B dengan satu garis lurus.
5. Gunakan jangka sudut bagi mengukur sudut bermula dari utara mengkut arah
pusingan jarum jam sehingga ke garisan yang menyambungkan kedua-dua titik
tersebut.
Aktiviti Penggunaan Kompas
● Mengenal arah mata angin.
● Mencari arah mata angin.
● Mencari arah kiblat.
● Praktikal mencari bearing (arah mata angin).
● Latihan di kawasan sekolah.
● Menggunakan peta.
● Merintis hutan menggunakan kompas.
● Pertandingan mencari bearing di hutan.
● Mencari harta karun.
● Aktiviti orienteering atau pandu arah.
Komunikasi Radio Amatur / UHF VHF
Merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan
elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat
digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada sama ada di dalam kawasan atau ke
seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang
tertentu.
Peggunaan radio amatur boleh dibahagikan kepada 4 perkara
1. Aktiviti komunikasi
Pegendali radio amatur akan berpeluang berhubung dengan jutaan pengguna dunia
menggunakan frekuensi tertentu kerana liputanya tidak terbatas.
Digambar kelihatan angkasawan negara Dr. Sheikh Muzaffar sedang berkomunikasi
menggunakan radio amatur.
2. Aktiviti ujikaji teknikal
Pegendali radio amatur akan berpeluang membina, menguji-kaji dalam pembuatan radio,
antena dan perkara-perkara yang berkaitan dengan teknikal
3. Perkhidmatan komunikasi semasa kecemasan
Di dalam keadaa darurat peranan radio amatur amat membantu dalam memberikan
kemudahan perhubungan. Contohnya semasa berlaku bencana alam seperti gempa bumi,
tsunami, banjir dan lain-lain memberikan kemudahan perhubungan komunikasi di antara
petugas-petugas terutama di kawasan pedalaman. Begitu juga semasa menjalankan operasi
SAR mengesan orang yang hilang atau sesat.
4. Memantau (monitoring)
Pegendali radio amatur akan berpeluang memantau frekuensi-frekuensi didalam dan diluar
negara serta stesen angkasa lepas.
Membaca Peta Topo dan Kegunaannya
Peta Topografi adalah peta yang menunjukkan keadaan muka bumi sesebuah kawasan,
selalunya menggunakan garisan kontur dalam peta moden. Peta topografi mestilah
mempunyai garisan lintang dan garisan bujur dan titik pertemuannya menghasilkan koordinat.
Koordinat ialah titik persilangan antara garisan lintang dan bujur. Peta topografi yang piawai
biasanya menggunakan skala 1:50,000. Skala begini dapat menunjukkan sesebuah kawasan
seluas Putrajaya dengan lebih lengkap dan sempurna. Peta topografi memiliki beberapa
kesamaan dan perbezaan dengan peta rupa bumi.
Mengesan Tanda dan Simbol
Tanda atau simbol digunakan semasa pengembaraan di dalam hutan atau mendaki bukit. Kita
perlu mempelajari supaya apabila sesat di dalam hutan, kita boleh memberikan isyarat supaya
ahli yang lain boleh menjejaki dengan mudah. Isyarat boleh dibuat menggunakan batu,
rumput, ranting kayu, lorekkan pada tanah dan sebagainya.
Laporan Pengembaraan
Disediakan Oleh :
-Setiausaha aktiviti
Isi Laporan :
- masa, tempat dan aktiviti
- Lakaran kawasan peta jalan lasak disertakan
- Catatan perjalanan
- Pembagian tugasan ahli
- Gambar-gambar sepanjang aktiviti jalan lasak dan pandu arah disertakan
Contoh laporan
Laporan Pengembaraan unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia Pada Perkhemahan
Unit
Beruniform IPGKSM tahun 2013
Tarikh : 19 September 2013
Tempat : Pantai Merang
Peserta : Unit BSMM Semester 4, Ambilan Januari 2012
Semasa perkhemahan Unit Beruniform yang lalu, Pasukan Bulan Sabit Merah dan Badan
beruniform yang lain telah menjalani satu Kembara dan diikuti dengan slot masakan rimba.
Setiap badan beruniform mempunyai laluan masing-masing semasa mengembara Sebelum
kembara bermun, kami diberikan sedikit taklimat oleh pensyarah-pensyarah penasihat
mengenai aspek keselamatan, laluan, serta mereka memberikan tugasan untuk kami lakukan
semasa aktiviti kembara
Bagi kumpulan BSMM laluan kami bermula di kawasan pantai dan kemudiannya kan bergerak
mendaki bukit Merang. Perjalan kami dianggarkan sejauh 5 km sebelum kami mendaki bukit
sekali lagi peringatan mengenai keselamatan diberikan kepada kami Selain mendaki bukit
dan mengembara, kami telah ditugaskan untuk mengenalpasti serta mengambil sampel
pokok-pokok yang boleh dijadikan ubat ubatan atau lebih dikenali sebagai herba.
Perjalanan kami agak mencabar dan ianya bermula ketika kami mulakan perjalanan Bagaikan
sudah ditakdirkan pada hari pengembaraan kami, cuaca panas terik, kebetulan, kebanyakan
daripada kami tidak membawa topi lantas kami menjadikan kain anduh yang kami bawa
sebagai alat untuk melindungi kami dan panahan cahaya matahari yang membahang
daripada membakar kulit kami. Apabila kami mulakan aktiviti menjadi pula, pendakian agak
sukar berikutan laluannya yang licin dan sempit. Selain itu, terdapat pokok-pokok yang
tumbang yang turut menghalang laluan kami.
KHIDMAT KESUKARELAWANAN
Takrif & Makna:
Kerja sukarela atau khidmat sukarela adalah suatu kegiatan yang dilakukan secara
rela hati, tanpa paksaan, ikhlas dan tanpa mengharapkan balasan yang
mendatangkan manfaat kepada sesuatu pihak yang lain. Kegiatan ini banyak
melibatkan perkara yang kemasyarakatan dan khidmat ini juga dapat memberikan
manfaat kepada golongan / pihak sasaran.
Matlamat kesukarelawanan: (Tujuan jangka panjang)
Membentuk suatu masyarakat, malah peradaban, yang
adil, makmur dan sejahtera.
Perkara-perkara yang boleh memberi makna dalam kita bersukarela:
⮚ Rasa kesetiakawanan
⮚ Ajaran atau nilai-nilai agama
⮚ Keinginan untuk sentiasa menolong atau melakukan kebaikan
⮚ Perasaan belas kasihan
Tujuan-tujuan jangka pendek kerja sukarela:
⮚ Kasih sayang
⮚ Kejasama
⮚ Keperihatinan sosial
⮚ Persaudaraan / persahabatan
⮚ Menjana modal insan & modal sosial
⮚ Patriotisme
⮚ Pengupayaan masyarakat
⮚ Ketahanan nasional
⮚ Perpaduan
⮚ Nilai-nilai kemanusiaan (universal)
Mengapa kerja sukarela?
Anggota masyarakat yang aktif Memperbaiki perhubungan dalam
menyumbang masyarakat
Meningkatkan kualiti hidup Menyumbang kepada
masyarakat pembangunan negara-bangsa
Scenario masa kini: Para sukarelawan
kurang
Kerja sukarela Pengurusan
kurang sukarela lembab pendedahan asas
yang penting
sistematik Tahap kesedaran &
kefahaman Sokongan &
komitmen pihak
masyarakat rendah berkuasa terhad
Bentuk – bentuk kerja sukarela:
Pengalaman Berkongsi Meluangkan
/ kearifan / idea / fikiran masa
kepakaran
BENTUK- Ilmu
Menyumban BENTUK pengetahua
g tenaga KERJA
fizikal SUKARELA n
Kebolehan /
kemahiran
SASARAN:
❖ Individu
❖ Kumpulan - kanak-kanak, pesakit, OKU, mangsa bencana, remaja, warga tua,
pelarian perang, dan lain-lain
❖ Keluarga
❖ Komuniti
❖ Pertubuhan (organisasi)
❖ Alama sekitar
❖ Masyarakat umum
Kaedah:
Bimbingan
Khidmat nasihat Kaunseling
Gotong – royong
Motivasi / ransangan Kerja kumpulan
Prinsip – prinsip: Aneka terapi / proses
pemulihan
1) Sedia berkongsi
2) Tiada pilih kasih
3) Tidak mengharapkan balasan atau ganjaran material
4) Mementingkan pihak sasaran
5) Manusia sebagai sumber utama (dalam kerja sukarela)
6) Setiap orang boleh menyumbang
MINGGU KERJA
BANTUAN KERJA
MASYARAKAT PENYAYANG
HARI PERINGATAN
ALAM SEKITAR
SIMPULAN DAN IKATAN
SIMPULAN
TALI TEMALI
i. Sejarah Tali
Orang Mesir merupakan orang pertama yang menggunakan tali dalam aktiviti mereka. Tali
yang mereka gunakan diperbuat daripada rami yang halus, dahan kurma, bulu unta dan akar
kayu. Kajian yang dilakukan menunjukkan terdapat kesan penemuan di makam lama Mesir
Penduduk Mesir menggunakan tali lebih kurang 5000 tahun yang lalu (Syed Hasyim, 1983).
Setengah-setengah pendapat mengatakan bahawa bangsa Yunani prasejarah, iaitu seorang
dewa Og adalah pembuat tali yang pertama (Tak joeddin, 1981).
Lagenda tali dan simpulan dihubungkaitkan dengan Raja Iskandar Zulkarnain dari
Mekandonia. Beliau telah diuji kepintarannya dengan diberikan satu longgokan tali. Beliau
gagal mencari hujung tali tersebut walaupun telah melakukan pelbagai cara. Akhirnya kerana
terlalu marah, beliau telah hilang sabar dan memotong longgokan tali itu dengan pedangnya
sehingga terdapat beberapa hujung tali.
Pada abad-abad pertengahan, tukang tilik dan tukang shir menerapkan jampi serapah pada
simpulan untuk digunakan sabagai azimat. Pengaruh kepercayaan ini masih lagi terdapat
dalam beberapa masyarakat di masa kini. Setengah-setengah tempat masyarakat Melayu
masih mengamalkan kepercayaan ini.
Tali terdapat dalam pelbagai saiz lilitannya dan digunakan untuk berbagai-bagai kegunaan.
Contohnya tali digunakan untuk mengangkut, menarik, mengikat dan menyelamat. Ini
menunjukkan ketahanan sesuatu jenis tali berbeza di antara satu sama lain. Umpamanya, tali
yang digunakan untuk mengikat binatang tidak sesuai digunakan untuk menarik.
Contoh aktiviti rekreasi yang melibatkan penggunaan tali ialah:
1) Aktiviti panjat-mamanjat
2) Aktiviti perkhemahan yang melibatkan pembinaan gadget dan permainan.
3) Aktiviti menyelamat seperti menurunkan atau menaikan mangsa dari tebing yang tinggi.
4) Aktiviti ikhtiar hidup seperti memasang jerat.
5) Aktiviti memancing.
DEFINISI SIMPULAN & IKATAN
SIMPULAN
-Menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya
-Digunakan pada benda, tempat dan masa, mengikat kasut, bungkusan mahupun memulakan
jahitan
IKATAN
-Mengikat kayu, buluh, tiang bendera, menara dan sebagainya
-Memerlukan tali dan objek yang perlu diikat bersama
NOTA SIMPULAN & IKATAN
ENAM JENIS SIMPULAN ASAS
1. Simpul Manuk
2. Simpul Tindih Kasih
3. Simpul Bunga Geti
4. Simpul Balak
5. Simpul Belit
6. Simpul Buku Sila
SIMPUL BUKU SILA
Ikatan Buku Sila digunakan untuk mengikat kain pembalut atau kain anduh, menyambung tali
yang sama besar saiznya dan boleh digunakan untuk mematikan sebarang ikatan. Ikatan ini
direka agar kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula.
Fungsinya ialah:
Untuk menyambung 2 tali yang sama saiz.
Untuk Mengikat pembalut segi tiga semasa pertolongan cemas.
Tekni
1. Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain.
2. Masukkan hujung A dibawah B.
3. Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah.
SIMPUL TINDIH KASIH
Fungsi :
Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.
Untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan mangsa.
Teknik :
a) Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan.
b) Kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut.
c) Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan kembali ke dalam bulatan tersebut.
SIMPUL BUNGA GETI
Fungsi :
Menyambung 2 tali yang tidak sama saiz.
Mengikat tali kesuatu tanjul.
Teknik :
a) Mulakan simpul.
b) Kemudian masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk simpul seperti rajah
c) Seterusnya tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul.
SIMPUL MANUK
Fungsi :
Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.
Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan selamat.
Juga digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silang gunting.
Teknik :
a) Mulakan simpul pada kayu.
b) Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi.
c) Tarik hujung tali
LILIT BALAK
Fungsi :
Untuk mengikat hujung tali ke tiang atau pokok dengan mudah.
Agar kayu itu tidak licin dan mudah digerak-gerakkan.
Untuk memulakan ikatan serong.
Teknik :
a) Gunakan tali dengan mengelilingi kayu.
b) Tarik bahagian tali yang panjang supaya menjadi kemas
SIMPUL BELIT
Fungsi:
Digunakan bagi mengikat tali pada tiang
Mengikat tali khemah pada pasaknya
Teknik:
a. Mulakan simpul seperti dalam rajah
b. Kemudian buat dua lengkungan
c. Tarik bahagian B untuk kemaskan simpul
IKATAN
Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk membuat jambatan,
tiang bendera, menara dan sebagainya. Kebiasaannya dalam kegiatan unit beruniform,
beberapa ikatan digunakan.
• Ikatan Seraya
-Digunakan untuk mengikat dua batang kayu/dua batang buluh yang bersilang
-Digunakan apabila dua batang kayu atau buluh bersilang dengan sudut tepat.
Teknik:
A. Dimulakan dengan simpul manuk.
B. Kemudian dililitkan dengan kemas dan ketat.
C. Seterusnya dililit dicelah kayu.
D. Akhirnya matikan ikatan dengan simpul manuk.
• Ikatan Serong
-Untuk membuat jambatan, menara dan sebagainya. Mulakan dengan simpulan pengikat
balak pada tempat kayu bersilang. Belitkan membujur kemudian melintang dan matikan
dengan simpulan manok.
-Untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu yang bersilang.
-Digunakan untuk membina jambatan, menara, gejek dan pioneering.
Teknik:
A. Mulakan dengan lilit balak pada kayu atau buluh yang bersilang.
B. Kemudian belitkan membujur dan melintang.
C. Seterusnya dicelah-celah silang supaya lebih kuat dan kemas.
D. Akhirnya matikan ikat serong dengan menggunakan simpul manuk.
• Ikatang Lilit Kacang
-Digunakan untuk mengikat kayu atau buluh bagi membuat lantai sesuatu gadjet.
Teknik :
a) Mulakan dengan memggunakan simpul manuk atau lilit balak.
b) Ikat selang-seli pada buluh lantai dari atas ke bawah tiang sehingga selesai.
PERGERAKAN ASAS KAWAD KAKI
Berkawad adalah asas unutk membentuk disiplin dan tatatertib dalam pasukan. Perbuatan
adalah bertujuan untuk membentuk seseorang ahli mempunyai tahap disiplin yang tinggi,
cergas dan taat perintah.
Kawad kaki mengandungi 5 elemen:
• Kawad statik
• Kawad dinamik
• Kawad asas
• kawad formasi
• Kawalan kehormatan
Kawad Statik dan Diinamik
• Asas kepada pergerakan kawad
• Hanya melibatkan pergerakan statik
• Penting keranan ia merupaka perkara asas pembentukan disiplin kawad persendirian
Pergerakan Kawad Statik
• Sedia
• Senang diri
• Sedia dari senang diri
• Rehatkan diri
• Masuk baris
• Membetulkan barisan
• Pusing kiri/ kanan
• Menghadap ke hadapan/ belakang
a. Sedia
Hukumannya:
SKUAD...SEDIA
Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak padat di sebelah kiri
supaya terdengar satu bunyi sahaja. Kedudukannya ialah kedua-dua tumit rapat dan
sebaris; hujung kaki terbuka 30 darjah: kedua-dua lutu bertahan lurus: badan tegak:
timbang keneratan badan antara tapak kaki dengan tumit: kedua-dua bahu Tarik
kebawah dan kebelakang (supaya dada terbuka tanpa perlu dikeraskan) sama rata:
kedua-dua tangan lurus ke bawah: kedua-dua siku rapat ke badan: pergelangan
tangan lurus:jari-jari genggan: belakang jari rapat ke peha: ibu jari lurus menghala ke
bawah dan rapat kepada telunjuk serta di belakang sedikit daripada penjahtan
seluar: pastikan kepala memandang terus ke hadapan.
b. Senang Diri
Hukuman:
SENANG….DIRI
Perbuatan:
Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak ke sebelah kanan
sejauh 12 inci. Dalam masa yang sama kedua-dua tangan ke belakang dan letakkan
belakang tangan kanan rapat di atas tapak tangan kiri, ibu jari bersilang, empat-
empat jari bersusun lurus menuju ke bumi, siku lurus, dan kebertan badan di atas
kedua-dua kaki. Masa angkat kaki kanan, kaki kiri mesti tegap dan tidak bergerak.
Kesalahan Biasa
I.Siku bengkok
II.Lutut tidak tegap dan tidak dapat bertahan
III.Bukaan kaki kanan tidak cukup 12 inci
IV.Menggerakkan kakikiri menyebabkan rosak lurus barisan
V.Pinggang bengkok sewaktuu mengangkat kaki kanan
VI.Jatuh tumit atau hujung kaki dahulu
VII.Bahu jatuh dan badan mengenjut
c. Rehatkan Diri
Hukuman:
REHATKAN…DIRI
Perbuatan:
Dalam kedudukan senang diri, naikkan tangan dari punggung ke pinggang dalam
satu pergerakan dan rehatkan semua anggota badan (1, 2, rehat) kedudukan kaki
tidak berubah.
Kesalahan Biasa:
I.Kedua kaki bergerak dan menyebabkan hilang lurus barisan
II.Menggeliat dan bercakap-cakap
Ingatan:
- Dalam keadaan “Rehatkan… Diri” skuad dibenarkan untuk melakukan
pergerakan setakat pinggag sahaja.
• Apabila dapat perintah “Skuad” dengan serta merta balik ke kedudukan senang
diri.
d. Masuk Baris
Arahan masuk baris:
“ Denagr sini semua sekali, apabila mendapat hukuman tid=ga barisan di hadapan
saya, skuad hedaklah sedia, berlari, berbaris dalam tiga barisan, di hadapan, di
tengah-tengah, di mana saya menghaadap. Faham itu skuad”.
Hukuman:
TIGA BARISAN DI HADAPAN SAYA… GERAK
Perbuatan:
Semua anggota hendaklah bersedia, berlari dengan pantas, berbaris dalam tiga
barisan kira-kira 6 langkah di hadapan ketua/ jurulatih iaitu setiap orang mestilah
mengambil tempatnya, barisan hadapan, barisan tengah dan barisan belakang.
Jarak di antara satu barisan dengan barisan yang lain ialah 30 inci. Jarak di dalam
barisan di antaraseorang dengan yang lain ialah sekadar satu tangan dan dalam
keadaan sedia.
Kesalahan Biasa:
I.Datang berbaris tidak berlari
II.Tidak melakukan perbuatan sedia sebelum lari
III.Bercakap- cakap
IV.Barisan terlalu rapat atau terlalu jauh daripada jurulatih.
e. Membetulkan Barisan
Hukuman:
KE KANAN… LURUS
Perbuatan:
Penanda kanan diam. Yang lain Langkah kaki kanan 6 inci ke hadapan dan angkat
kaki kiri serta hentak disebelah kanan, kedua-dua tangan lurus dan rapat ke badan.
Diam dan kira masa sendiri (2-1). Kemudian palingkan muka ke kanan: melainkan
anggota yang nombor satu dalam barisan: serentak dnegan itu, anggota dalam
barisan hadapan angkat tangan ke paras bahu melaluisebelah belakang anggota di
kanannya, gari genggam dalam keadaan ibu jari di kedudukan atas mencecah bahu
anggota di sebelah kanan diam dan kira masa sendiri (2-1) diikuti dengan hentak
kaki kaki (pendek-pendek) sehingga barisan lurus.
Penanda kanan hendaklah diam. Anggota di sebalah kanan barisab tengah dan baris
nelakang hendaklah mengangkat tangan sekadar menyentuh bahu anggota di
hadapannnya. Setiap barisan ini hendaklah berdiri setenteng dengan anggota-
anggota di hadapan, sesudah barisan lurus, smeua diam dan menunggu hukuman
pandang depan
Hukuman:
LURUSKAN…BARISAN
Perbuatan: Pergerakan seperti di atas juga tetapi tidak perlu melangkah ke hadapan,
Cuma hentakkan kaki kanan dan kiri bertururt-turut dan terus bergerak betulkan
barisan. Apabila barisan telah lurus, turunkan tangan dan palingkan muka ke depan
dalam masa sendiri. Barisan yengah dan barisan belakag hendaklaj mengikuti
anggota hadapan.
f. Berpusing ke Kanan/ Kiri/ Belakang
Hukumannya:
BERGERAK KE KANAN, KANAN… PUSING
Perbuatan:
Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak 90 darjah
ke kanan, dia atas tumit kanan dan hujunh kaki kiri dengan mengangkat hujung kaki
kanan dan tumit kaki kiri. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kanan terletak
atas bumi menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-dua lutuut lurus,
badan tegak seperti kedudukan sedia. Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat
kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia.
Kesalahan Biasa;
I.Tangan tidak rapat ke badan
II.Hentak kaki tentang kuda
III.Membongkok
IV.Lutut bengkok
V.Angkat peha melebihi 45 darjah
g. Menghadap Kehadapan/ Belakang
Hukumannya:
MENGHADAP KE BELAKANG.. BELAKANG PUSING
MENGHADAP KE HADAPAN … BELAKANG PUSING
Perbuatan:
dengan mentepakan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing 180 darjah
mengikut pusingan jam (ikut bahu kanan), dia atas tumit kaki kanan dan hujunh kaki
kiri dengan mengangkat hujung kaki kakanan dan tumit kaki kiri. Apabila sampai ke
hala yang baru tapak kaki kanan terletak atas bumi menyerong ke kanan dan tumit
kaki kiri terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia.
Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki
kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia.
Kesalahan Biasa:
I.Tangan tidak rapat
II.Hentak kaki tending kuda
III.Membongkok
IV.Angkat paha melebihi 45 darjah
V.Badan melonjak ketika berpusing
Kawad Formasi
Kawad formasi melibatkan pergerakan Kawad Asasdan juga pergerakan bukan
Kawad Asas yang diselitkan dengan pelbagai unsur gerak yang menarik.
Kawad formasi dipelajari untuk menghasilkan kepelbagaian gerak kawad yang unik.
• Unsur Gerak
• Keindahan Gerak
• Kekayaan gerak formasi
• Unsur penghayatan
• Unsur suara
• Gerakan penutup
Syarat- syarat Kawad Formasi
• Tidak boleh memberi isyarat pergerakan atau bunyi seperti hentak kaki, up,
atau psst, sama ada oleh individu dalam platun atau luar platun, bagi
mengendalikan platun.
• Isyarat memulakan formasi dibenarkam daripada ketua platun sahaja.
• Unsur suara
• Insur suara yang dibenarkan dalam platun adalah BUKAN bertujuan
untuk memberikan hukuman/ arahan kawad formasi
• Contoh unsur suara yang dibenarkan iailah seperti teriakan slogan secara
serentak atau berkumpulan.
• Ketua skuad boleh masuk dalam persembahan formasi
• Pergerakan setiap formasi hendaklah menghadap ke hadapan dan perlu
dimulakan dan ditamatkan dengan 3 barisan rakan ke kanan lurus
• Pergerakan hormat (tabik) hanhyha untuk hormat sahaja iaitu mengikuti
prosedur tabik yang sah dalam disiplin kawad kaki. Contoh seperti tabik
sambil melompat atau dengan sebelah kaki atau seumpamanya tidak
dibenarkan sama sekali.
ASAS PERTOLONGAN CEMAS
• Pengertian Pertolongan Cemas:
Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada mangsa
yang mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yang
terdapat di tempat kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum
mangsa mendapat rawatan perubatan yang sempurna.
• Objektif
a. Menyelamat nyawa
b. Mengelak mangsa cedera lebih serius
c. Mengurangkan kesakitan
d. Menguruskan pemindahan ke hospital
• Tujuan dan Prinsip
Rawatan sementara waktu yang diberikan kepada mangsa; sebelum tibanya bantuan
perubatan.
• Tujuan- tujuan Pertolongan Cemas
a) Membantu menyelamatkan nyawa mangsa.
b) Mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk.
c) Membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa
• Prinsip Pertolongan Cemas
Prinsip-prinsip penting yang patut anda patuhi apabila memberi pertolongan
cemas:
1. Bertindak segera, 3. Hentikan darah jika 5. Jangan gerakkan
cekap dan penuh berdarah pesakit melainkan perfus
keyakinan
2. Longgarkan pakaian 4. Kurangkan kejutan dan 6. Dapatkan rawatan
jika perlu tenangkan pesakit segera jika keadaan teruk
atau mencemaskan
berhubung dengan doktor
di klinik atau rumah sakit
yang terdekat.
• Jenis Anduh Contoh
Jenis Anduh
Anduh Besar
Anduh Kecil
Anduh Pergelangan Tangan
Anduh Menaik
• Jenis Balutan Anduh
Jenis Balutan Anduh Contoh
ANDUH LENGAN.
1. Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan
yang tercedera.
2. Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu.
3. Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh
dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam untuk lebih kemas.
ANDUH LUTUT
1. Lipat sedikit kain anduh dan letakkannya (seperti gambarajah
di bawah) di atas lutut yang tercedera.
2. Tarik kedua-dua hujung kain anduh melintasi bawah lutut
kemudian ikatkan buku sila pada atas bahagian lutut
3. Tutup ikatan tersebut dengan bucu atas kain anduh untuk lebih
kemas.
ANDUH KEPALA.
1) Lipatkan sedikit kain anduh tersebut dan letakkannya pada
atas dahi mangsa dan biarkan bucu atas kain anduh berada di
belakang kepala.
2) Pegang kedua-dua hujung kain anduh dan silang ke belakang
kepala
kemudiandibawa ke dahi dan diikat buku sila.
3) Lipat kain lebihan di belakang untuk lebih kemas.
ANDUH TAPAK KAKI
1. Letakkan tapak kakiyang tercedera di atas kain anduh,
kemudian tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas kaki.
2. Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan
bawah.
3. Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan
tangan.
4. Ikatan buku sila diikat pada belakang tumit jika terdapat
kecerderaan pada bahagian kaki yang mesti dibalut.
ANDUH PERGELANGAN TANGAN
1. Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh,
kemudian tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas tangan
2. Silangkon kedua-dua bucu hujung
kain anduh di atas dan bawah.
3. Ikatan buku sila kemudian diikat pada atas pergelangan
tangan.
• Pertolongan Cemas
1. Melengkapkan satu kotak Pertolongan Cemas persendirian dan
mengetahui penggunaan bahan-bahan yang ada di dalamnya.
2. Mengetahui cara-cara mengambil suhu badan dan denyutan nadi untuk
tindakan dan rawatan selanjutnya.
3. Memberi pertolongan cemas dan bertjndak apabila menghadapi keadaan
tertentu seperti:
o Luka
o Terseliuh
o Muntah-muntah
o Terbakar
o Melecur
o Perut masuk angin
o Sengatan serangga
o Sawan
o Tidak sedar diri.
MERAWAT LUKA DAN GIGITAN
I. Merawat luka:
a. Luka ialah sejenis kecederaan kepada tisu-tisu badan yang mengakibatkan
berlakunya pendarahan atau pengaliran darah, sama ada di bahagian luar atau
dalam badan disebabkan oleh benda atau alat yang tajam atau tumpul.
b. Penda rahan ada tiga jenis, iaitu:
(i) pendarahan luaran (externaO:
(a) Iuka terhiris - disebabkan benda yang tajam seperti pisau;
(b) Iuka terkoyak - disebabkan cakaran binatang atau dawai;
(c) Iuka berdarah - kena pukulan tepat benda yang tumpul; dan
(d) Iuka tembus - Iuka yang disebabkan oleh tikaman pisau, jarum dan tembakan.
(ii) pendarahan dalaman (internal):
(a) perut - muntah berdarah,
(b) rahim -tumpah darah;
(c) tali usus - darah pada dubur;
(d) buah pinggang - kencing berdarah;
(e) paru-paru/saluran pernafasan - batuk berdarah; dan
(f) tengkorak - darah mengalir melalui telinga atau hidung
(iii) pendarahan dalaman tanpa kesan:
(a) limpa dan hati pecan; dan
(b) pendarahan dalam otak.
(c) Luka terbahagi kepada dua kategori, iaitu:
Luka terbuka:
Luka teruk yang melibatkan organ-organ lain yang mengakibatkan pendarahan atau
tumpahan darah yang banyak, renjetan dan jangkitan kuman.
(ii) Luka tertutup:
Kebiasaannya kulit tidak pecah tetapi pendarahan atau tumpahan darah berlaku
dalam tisu yang mengakibatkan bahagian yang cedera menjadi lebam.
d. Cara merawat Iuka terbuka:
Luka-luka kecil:
(a) Memerlukan pembalutan kecil seperti plaster sahaja;
(b) Perlu dilakukan untuk mengelakkan jangkitan kuman.
(c) Langkah-langkah rawatan:
• Bersihkan tangan dengan sabun.
• Jangan sentuh Iuka dengan tangan yang kotor.
• Cuci Iuka supaya tidak dijangkiti kuman.
• Keringkan Iuka menggunakan tisu atau tuala yang steril.
• Lekatkan plaster mengikut ukuran Iuka
• Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat Iuka.
• Gunakan pembalut untuk memegang plaster.
(ii) Luka-luka kecil yang ada benda asing:
a. Sekiranya terdapat bende asing yang sukar dikeluarkan dari Iuka seperti kaca
atau serpihan kayu yang terbenam, jangan keluarkan objek tersebut kerana
dibimbangi akan menyebabkan lebih banyak kerosekan peda tisu dan pendarahan.
b. Cara terbaik yang perlu dilakukan ialah:
• • Bersihkan tangan dengan sabun.
• • Jangan sentuh Iuka dengan tangan yang kotor.
• Cuci Iuka agar tidak dijangkiti kuman.
• Keringkan Iuka secara perlahan-lahan menggunakan
tisu atau tuala yang sudah disteril.
• Kawal penda rehan atau pengaliran darah dengan menggunakan tekanan yang
teguh ke atas kedua-dua bahagian atau atau persekitaran objek.
• Tutup Iuka dengan sekeping pembalut kasa untuk mengurangkan risiko jangkitan
kuman.
• Buat balutan sekeling objek sehingga boleh membalut tanpa menekan objek.
• Bawa mangsa/pesakit ke hospital.
ii. Merawat gigitan:
a.Gigitan binatang biasanya meninggalkan Iuka yang dalam dan memindahkan
kuman ke tisu badan manusia kerana kuman terdapat pada mulut kebanyakan
binatang. Semua gigitan memerlukan rawatan perubatan dengan segera.
b. Tanda-tanda gigitan:
(i) Luka yang dalam di daging.
(ii) Luka mungkin berdarah banyak atau sedikit.
c. Kaedah rawatan:
i.Cuci air liur binatang dengan air sehingga bersih.
(ii) Cuci dengan larutan cecair antiseptik/sapukan krim antiseptic.
(iii) Balut dengan pembalut steril.
(iv) Dapatkan bantuan perubatan, dail 991 atau pergi ke klinik atau hospital
berdekatan.
d. Jika digigit anjing:
(i) Galakkan pendarahan di sekeliling tempat gigitan.
( ii) Cuci Iuka secara menyeluruh dengan air dan sapukan dengan
larutan cecair antiseptik.
(iii) Letakkan pembalut di atas Iuka dan balutkannya.
(iv) Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.
Perhatian: Pesakit perlu diperiksa untuk memastikan rabies
jika gigitannya adalah daripada anjing yang tidak dikenali.
Melecur, Pitam dan Patah:
Melecur dan terbakar:
a. Melecur:
Kecederaan disebabkan oleh haba lembab seperti air mendidih, wap atau minyak
panas. Terbakar den melecur biasanya serius. Selain daripada kesakitan dan
renjatan yang serius selepas kernalangan, ia juga akan meninggalkan kesan pan-it.
b. Terbakar:
Kecederaan kepada kullit dan tisu badan yang lain disebabkan terkena haba kering.
Terbakar boleh disebabkan aleh api yang menyela, bahan api, objek panas, bahan
kimia atau arus elektrik.
c. Ketenatan mangsa bergantung kepada:
Luas permukaan yang cedera.
(ii) Tempat yang terbakar atau melecur.
(iii) Tahap terbakar.
(iv) Umur, keadaan fizikal dan kesihatan mangsa.
d. Jenis terbakar atau melecur:
(i) Luar- Terbakar pada bahagian kulit.
(ii) Dalam - Terbakar dalam rongga atau perut.
e. Sebab-sebab terbakar atau melecur:
JENIS SEBAB-SEBAB
Panas kering Bahan api atau api.
Terkena dengan objek panas seperti perkakas dapur atau
Panas lembab puntung rokok.
Bahan kimia Geseran.
Wap, cecair panas seperti teh, kopi atau minyak.
Radiasi Kimia perindustrian seperti asap dan gas korosif.
Elektrik Kimia domestik seperti peluntur cat, racun rumput
atau alkali.
Terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari (ultra violet)
Terdedah kepada punca-punca radioaktif.
Terbakar disebabkan arus elektrik akan melibatkan dua
tempat Iuka sahaja.
f. Tahap kecederaan:
(i) Tahap pertama (Sepefficial burn):
Kecederaan terbakar/melecur pada bahagian kulit luar sahaja. la melibatkan
bahagian epidermis dan terasa sangat sakit. Kulit kelihatan kemereh-merahan.
(ii) Tahap kedua (Intermidiate burn)
Terbakar lapisan kulit pertama dan kedua (epidermis dan dermis). Kulit kelihatan
kemerah-merahan gelap, lepuh dan mengelembung. Terasa sakit.
(Iii) Tahap ketiga (Deep burn):
Semua lapisan kulit telah rosak. Kulit akan nampak terbakar hitam atau putih kering.
Rasa sedikit sakit atau tidak sakit langsung jika saraf rosak.
g. Tande-tanda terbakar atau melecur:
(i) Sakit yang amat sangat bagi tahap pertama dan tahap kedua.
(ii) Bahagian anggota yang terlibat bewarna kemerah-merahan pada tahap awal,
merah gelap, lepuh dan mengelembung pada tahap kedua.
(iii) Pengaliran keluar plasma.
(iv) Renjatan.
h. Tindakan yang perlu diambil:
Tindakan „3Bft
(a) Burning stop - Padamkan.
(b) Breathing maintain - Periksa pernafasan.
(c) Body examine - Periksa tahap terbakar/melecur.
(i)Tindakan „3Cff:
(a) Cool - Sejukkan.
(b) Cover - Tutup bahagian yang terbakar.
(c) Carry - Bawa ke tempat selamat. Hantar ke hospital.
(iii) Pengendalian am:
(a) Hentikan kebakaran - air.
(b) Alihkan punca dari mangsa atau mangsa dari punca
(mengikut keadaan)
(c) Tentukan ia bernafas.
(d) Alirkan air bagi terbakar/melecur tahap pertama dan kedua selama 20 minit atau
sehingga kesakitan berkurangan.
(e) Pefiksa A, B, C dan tentukan tahap terbakar.
(f) Tenangkan mangsa dan pastikan kecederaan tidak
merebak supaya tidak berlaku renjatan.
(g) Selimutkan dengan kain yang telah dibasahkan.
(h) Beri rawatan renjatan, jika perlu dan hantar ke hospital
dengan segera.
ii. Pitam
a. Pengsan dan Pitam merupakan peringkat tidak sedarkan diri yang singkat. Gejala
ini terjadi disebabkan oleh otak seseorang yang tidak berfungsi dengan betul.
b. Antara penyebabnya ialah:
(i) Kekurangan darah di dalam otak;
(ii) Kekurangan oksigen di dalam otak apabila pernafasan terganggu;
(iii) Merasa sakit kepala yang teramat sangat sehingga menyebabkan pengsan.
c. Cara merawat:
(i) Baringkan pesakit dengan kedudl]kan kepalanya rendah-
(li) Longgarkan pakaian ketat.
(iii) Lap mukanya dengan tuala basah ATAU biarkan dia menyedut larutan harum
ammonia.
(iv) Apabila dia telah sedar semula, suruhlah ia bangun sendili.
(v) Apabila ia sudah mampu bangun, berikan minuman sama ada air, kopi atau teh
panas.
iii. Patah:
a. Patah ialah tulang pecah atau retak. la mungkin disebabkan oleh daya secara
langsung, misalnya, jika seseorang dilanggar oleh sebuah kenderaan yang bergerak
ATAU daya tidak langsung, contohnya jika seorang pemain bola sepak telah tersepak
tanah dan bukannya bola maka daya mungkin dialihkan untuk memecah tempurung
lututnya.
b. Tanda-tanda patah tulang:
(i) Pesakit mungkin teresa atau terdengar bunyi patah tulang.
(ii) Bengkak dan lebam.
(iii) Kecacatan bentuk di tempat yang patah atau terkehel.
(iv) Pesakitjuga mungkin menunjukkan tanda-tanda kejutan, ini amat
ketara jika patah berlaku di tulang paha atau pelvis.
c. Langkah rawatan yang akan dilakukan ini bertujuan untuk mencegah pergerakan
di sekeliling tempat yang terlibat .
d. Cara merawat:
Suruh pesakit baring sehingga bahagian yang patah telah dicegah pergerakannya
dengan sempurna. Jika nyawa pesakit terancam, barulah dia dipindahkan.
(ii) Gunakan kayu belat di tempat yang terlibat. Balut atau ikat untuk mencegah
pergerakan.