The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mentality82, 2018-11-27 02:06:24

Tips Hartanah Mudah 99 Tips

Tips Hartanah Mudah 99 Tips

99#Tips

Hartanah

99Mudah
Hartanah bukanlah pelaburan yang baik
jika kita bukan pelabur yang bijak

1 | #TipsHartanahMudah

Azizul Azli Ahmad

99

#Tips
Hartanah

Mudah

9999AzizulAzliAhmad
2 | #TipsHartanahMudah

#Tips
Hartanah

Mudah

Azizul Azli Ahmad

Hak cipta terpelihara. TIDAK DIBENARKAN menerbit, mencetak,
mengeluar ulang mana mana bahagian artikel, ilustrasi, fotografi
dan isi kandungan buku ini dalam apa bentuk dan cara sekalipun
sama ada elektronik, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran
maklumat dalam bentuk softcopy melalui CD, disket dan bahan-bahan

3 | #TipsHartanahMudah

lain sebelum mendapat izin bertulis dari Penerbit Rumah Buku,
Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti dan hanorarium.

Hakcipta Terpelihara 2017 @ AZIZUL AZLI AHMAD . Sekiranya anda
telah menerima modul ini secara percuma atau berbayar dari sumber
selain daripada Rumah Buku, sila laporkan kepada
[email protected]

Kerjasama anda amat kami hargai di dalam menangani kesalahan
harta intelek.

Di cetak dengan kebenaran oleh:

Hak Cipta Terpelihara @ 2017
LEGAL DISCLAIMER:

Penulis tidak akan bertanggungjawab jika terdapat apa-apa masalah
berhubung
kesilapan atau kesalahan maklumat, apa-apa risiko, sama ada secara
peribadi
atau tidak, yang berlaku atas penggunaan dan aplikasi buku ini secara
langsung
atau tidak langsung. Hasil kandungan buku ini adalah berdasarkan
pengalaman
kalian dan pemerhatian yang dilakukan oleh penulis semasa tulisan
buku ini dibuat.
Edisi Pertama 2017

Azizul Azli Ahmad 2017 #Tips Hartanah Mudah

ISBN NO:

1. Property
2. Finance Wealth
3. Saving and Investment

Diterbitkan oleh :
Rumah Buku
(IP 0422508-H)
15 jalan Metro 7, Taman Metro Pengkalan
31550 Pusing, Perak

4 | #TipsHartanahMudah

Prakata
Semua
dari kita ada impian menjadi kaya, tanyalah siapa
sahaja walaupun orang gila mesti nak jadi kaya.
Ramai orang kaya memiliki hartanah dan ramai orang
menjadi kaya dengan hartanah. Anggapan bahawa
hartanah hanya dimiliki oleh golongan kaya sahaja itu
tidak tepat, mereka menjadi kaya selepas memiliki
hartanah. Dengan memiliki ilmu pengetahuan ramai
orang boleh mencipta hartanah dengan lebih mudah
hari ini, tetapi kita perlu hati hati. Ramai juga orang
menjadi miskin dan papa dengan hartanah.

Falsafah bahawa semua hartanah adalah
menguntungkan adalah pemikiran bukan pelabur
hartanah. Bagi pelabur hartanah, bukan semua
hartanah itu menguntungkan. Malah ada hartanah
yang membawa mimpi ngeri kepada pembelinya
malah ada yang rugi. Kesilapan dalam membeli
hartanah memerlukan masa yang lama untuk kita
perbaiki kesilapan itu. Belajar dengan baik dan
carilah ilmu hartanah secara betul bagi menjadikan
kita bijak hartanah.

Hartanah merupakan pelaburan yang paling stabil
dan paling lambat bertindak balas dalam apa apa
perubahan ekonomi. Hingga hari ini hartanah
merupakan pelaburan yang paling popular dimuka
bumi ini. Jika kita ingin memiliki harta dan aset
sejati, hartanah adalah pilihan yang paling unggul
dan diminati. Mulakan membeli sewaktu awal usia
kita kerana ramai gadis gadis manis mudah jatuh
cinta, pada lelaki yang ada hartanah berekar
banyaknya. Wajah walau tidak Korea, tapi jika
hartanah banyak yang kita ada, mereka mesti kejar
punya.

5 | #TipsHartanahMudah

Pengenalan

“Minum tepi jika air masih panas”,
Jika kita belum mampu membeli hartanah
dibandar besar. Bermulakan dengan
hartanah pinggir bandar dahulu.

“Beli hartanah dan tunggu dan jangan
tunggu untuk membeli hartanah”

Jangan buang masa menunggu hartanah
jatuh harga, semakin kita tunggu semakin
mahal harganya.
“Gadis bistari ada rumah sendiri, tidak
tunggu suami yang beli. Lelaki seksi yang
beli rumah untuk isteri”

6 | #TipsHartanahMudah

Kandungan

#1. Rumah Sewa
#2. Rumah Idaman
#3. Panduan Pilih Penyewa
#4. Jenis Hartanah
#5. Belian Hartanah
#6. Siapa Peguam Saya
#7. Lokasi Hartanah
#8. Motivasi Hartanah
#9. Hartanah Lelong
#10. Hartanah Sekunder

7 | #TipsHartanahMudah

Raja & Kulit Sapi

UBAH DIRI SEBELUM MENGUBAH DUNIA

Disebuah negeri yang kaya raya terdapat
seorang raja yang kacak, kaya dan beriman
orangnya. Pasa suatu hari sang raja yang mulia
ini ingin memburu ke penjuru negeri jajahan
takluknya. Setelah berhari hari memburu dan
kembali semula ke istana, baginda mula
mengeluh kerana berasa kakinya sakit dan
tegang uratnya dimana mana. Hampir semua
jalan yang baginda lalui penuh dengan batu
kelikir dan kayu disepanjang jalannya.

Baginda kemudiannya memerintahkan agar
setiap bahagian negeri tersebut dilapisi dengan
permaidani dari kulit sapi, ia lembut dan
membuat kaki kita berasa nyaman bila berjalan
diatasnya. Jika hal ini terlaksana tentu saja ia
memerlukan beribu lembu untuk dikorbankan
agar kulit mereka boleh menjadi permaidani
dipelusuk negeri, perbelanjaan besar sedang
menanti.

8 | #TipsHartanahMudah

Seorang dari menteri yang bijaksana
memberanikan diri berbicara dengan Sang Raja
yang kacak ini, “Ampun Tuanku yang bijak
sana, kenapa Tuanku ingin menghabiskan
biaya negeri untuk suatu perkara yang sangat
sederhana, Bukankah lebih baik sekiranya kaki
Tuanku dibalut dengan selembar kulit agar
melindungi dari batu kikil yang keras itu”.?

Paduka raja terkejut dengan sarana menteri itu,
tetapi akhirnya bersetuju dengan pandangan
yang sederhana itu, dari pada membalut
seluruh negeri dengan permaidani dari kulit
sapi, lebih baik diciptakan kasut melindungi
kaki.

Pengajaran :

Dalam hidup ini kita seringkali kita berwawasan
besar untuk mengubah dunia, berazam untuk
mengubah diri sendiri dulu baru mengubah
dunia dipersekitaran kita. Lakukan hal hal kecil
dalam kehidupn untuk menciptakan hal yang
besar dan indah. Belajar bagaimana membeli
rumah rumah kecil sebagai pelaburan pertama,
barulah kita membeli hartanah yang lebih
besar.

9 | #TipsHartanahMudah

Berlumbalah Anak Muda

Disebuah safari

1. Seekor anak rusa yang baru bangun dari tidurnya
harus berlari lebih pantas dari singa jika ia ingin
kekal hidup.

2. Seekor singa yang baru bangun harus berlari lebih
pantas dari rusa untuk bekalan makanan hari itu.

3. Kita harus menyertai perlumbaan ini, menang atau
kalah bergantung pada diri sendiri.

4. Kita ada satu kelebihan dalam perlumbaan ini,
kebanyakkan orang tidak tahu adanya 'perlumbaan'.
Mereka hanya ingin bersiar siar.

5. Bila mereka tewas, mereka cenderung salahkan
'singa'. Mereka kata, singa zalim. Sedangkan ia telah
usaha.

6. Ada manusia yang masih menanti nanti untuk beli
rumah, mereka ini masih 'bersiar siar'.

7. Hidup ini adalah satu perlumbaan, jika kita lewat
kita akan ketinggalan.

Berlumbalah kita membeli rumah pertama
agar kita tak ketinggalan dalam pemilikan
harta.

10 | #TipsHartanahMudah

#1. Anda tidak perlu
ada hartanah sendiri

untuk belajar
menguruskan hartanah.
Anda boleh bermula
dengan ‘sublet’ tanpa
perlu membeli hartanah.

*Mohon kebenaran dari pemilik hartanah untuk
sewakan kembali hartanah yang kita sewakan
darinya. Masukkan sebahagian perabot dan sewakan
pada kadar yang baru pula.

11 | #TipsHartanahMudah

#2. Sebagai pelabur baru,
mulakan dengan hartanah
yang kecil dan sederhana.
Jangan membeli hartanah
yang tinggi harganya hingga
semua orang tak mampu
sewa.

*Pelabur muda saya galakkan membeli dari
‘pasaran umum’ dimana hartanah jenis ini
senantiasa ada permintaan dalam apa keadaan
ekonomi sekali pun. Pasaran umum ialah jenis
kediaman yang semua orang mampu miliki
seperti pangsapuri kos sederhana, kondominium,
rumah teres setingkat.

12 | #TipsHartanahMudah

#3. Jika belum pernah ada
pengalaman membeli

hartanah disarankan
anda membeli hartanah
yang bawah RM300,000
sahaja dahulu. Bermula

dengan kecil dan sederhana.

*Belajar menguruskan risiko harta yang
kecil dahulu, semakin kita bijak belajar
uruskan hartanah yang lebih besar nilainya

13 | #TipsHartanahMudah

#4. Anda boleh bermula
dengan pelaburan rumah
sewa atau pun homestay,
bergantung keperluan
pasaran sekitarnya. Tak
semua tempat boleh ada
homestay dan tak semua
tempat boleh ada rumah
sewa.

*Kawasan yang mempunyai tarikan
pelancongan dan kunjungan ramai paling
sesuai laksanakan projek homestay.
Kawasan yang menyediakan banyak peluang
pekerjaan lebih sesuai disediakan rumah
sewa.

14 | #TipsHartanahMudah

#5. Mudahkan orang untuk

melihat rumah sewa kita,

bina laman web sendiri dan

kita tak perlu buka pintu bila

ada yang nak sewa nanti.
Mereka boleh lihat diatas
talian sahaja.

*contoh website rumah sewa :
www.sewaidaman.com. Masa kita lebih
banyak dijimatkan nanti.

15 | #TipsHartanahMudah

#6. Jika mula kerja dan
masih bujang mulakan
dengan rumah yang murah
dan sederhana. Duduk satu
bilik dan sewakan bilik
lainnya, itu lebih berhikmah
untuk poket kita. Jika setiap
bilik disewa, kita dapat duduk
secara percuma.

*Mulakan dengan hartanah yang ada 3 bilik
dan 2 bilik air. Hartanah jenis ini paling
diminati. Masukkan sedikit perabot dan
boleh sewakan perkepala semua penghuni
yang ada.

16 | #TipsHartanahMudah

#7. Elakkan beli hartanah

yang kurang orang guna, beli

jenis hartanah yang semua

orang ada minat yang sama

seperti rumah teres,

apartment, kondominium.

Jenis hartanah bunglo, semi

D, SOHO, SOVO dan SOFO
biasanya hanya diminati
golongan tertentu saja. Ada

yang minat tetapi tidak
mampu beli pula. Hartanah
pasaran semasa senantiasa
menjadi pilihan utama.

*Beli hartanah yang tidak mudah terjejas
sewaktu ekonomi kita tidak sihat.

17 | #TipsHartanahMudah

#8. Cantikkan rumah sewa
kita dan senaraikan
kemudahan yang ada.

*Semakin banyak kemudahan yang ada
semakin ia menjadi pilihan utama dan
semakin tinggi harga yang kita boleh
kenakan.

18 | #TipsHartanahMudah

#9. Jika nak beli satu
hartanah jangan hanya lihat
satu faktor tarikan sahaja,
lihat faktor tarikan lain juga.
Semakin banyak daya tarik
semakin baik.

*Kita kenali sebagai ‘boster’ hartanah
dimana hartanah yang dekat dengan segala
kemudahan awam seperti hospital, IPTA,
pasaraya, sekolah, MRT, LRT dan jalan raya
senantiasa menjadi pilihan.

19 | #TipsHartanahMudah

#10. Tiada satu hartanah pun
yang sempurna, kita tak akan
jumpa. Jika memenuhi
keperluan kita dan matlamat
pelaburan beli sahaja.

*Jika matlamat kita untuk tujuan sewa,
pastikan kawasan itu sentiasa padat dengan
penduduk.

20 | #TipsHartanahMudah

#11. Beli rumah yang kita
juga rasa selesa nak tinggal,
bayangkan perasaan penyewa
yang tinggal disitu.

*selesakan rumah sewa kita supaya kita rasa
teruja. Begitu juga dengan penyewa

21 | #TipsHartanahMudah

#12. Rumah pelaburan
sebaiknya dilokasi yang
berkepadatan penduduk
tinggi, semakin ramai orang
semakin tinggi peluang dapat
penyewa.

*lihat kepadatan tempat letak kereta pada
waktu pagi dan malam , semakin banyak
kereta semakin bagus. Lihat juga
keseluruhan kawasan perumahan tersebut,
jika 70% lampu bernyala pada waktu malam,
kawasan itu mempunyai kepadatan
penduduk yang tinggi.

22 | #TipsHartanahMudah

#13. Beli kediaman yang
minimum ada 3 bilik dan 2
bilik air, ini tetap menjadi
pilihan sepanjang zaman.

23 | #TipsHartanahMudah

#14. Elakkan beli hartanah
rumah percutian, ia hanya
bersifat popular dan biasanya
tidak kekal sepanjang zaman

*Hartanah jenis ini mempunyai tempoh
waktu tertentu sahaja, biasanya populariti
kawasan itu tidak kekal lama. Orang tidak
akan suka ke tempat yang sama berkali kali.

24 | #TipsHartanahMudah

#15. Jangan beli kediaman
pangsapuri unit yang paling
tinggi. Selain gayat, tekanan
air kita paling gawat waktu
pagi sebab semua orang nak
mandi.

*Makin tinggi makin rendah tekanan air,
kediaman jenis mewah terdapat pam air
yang menyedut air naik. Itu tidak mengapa.

25 | #TipsHartanahMudah

#16. Beli hartanah dikawasan
matang, jangan beli
dikawasan jin bertendang

*Jika kita beli terlalau awal atau tidak
matang kita akan menunggu tempoh masa
yang lama untuk menikmati hasilnya, jika
kita belum mampu. Beli sahaja dikawasan
yang separa matang, bak kata orang Jawa “A
rising tide lifts all boats”. Semua hartanah akan naik
bila kawasan semakin membangun.

26 | #TipsHartanahMudah

#17. Jika belum mampu beli
di pusat bandar boleh
bermula dengan pinggir
bandar. bak kata bijak pandai
" jika air masih panas
minumlah dari tepi".

*Kawasan pinggir bandar juga banyak
memiliki hartanah berpotensi, kawasan
Bangi, Selayang, Dengkil yang satu masa
dahulu tidak dipedulikan kini nilai hartanah
menjadi sangat luar biasa. Lihat hartanah
yang mudah dicapai dengan jalan raya yang
baik.

27 | #TipsHartanahMudah

#18. Beli dikawasan yang
lengkap dengan kemudahan
jaringan pengangkutan, lebih
baik sarana pengangkutan
lebih tinggi nilai hartanah.

*Masyarakat cina beranggapan bahawa
laluan atau lebuh raya ini sebagai ‘naga’
mereka akan beli kediaman yang ada laluan
pengangkutan yang baik serta boleh keluar
dan masuk dengan mudah nanti.

28 | #TipsHartanahMudah

#19. Kawasan yang
berhampiran dengan
pasaraya utama selalu jadi
pilihan.

*Riadah bagi orang Malaysia adalah
pasaraya, mereka sangat sukakan pasaraya.
Ini tidak berlaku di Barat dimana pasaraya
dianggap sebagai sumber pencemaran. Lihat
juga jenis pasaraya yang jadi pilihan.
Kebiasaannya AEON dan Parkson menjadi
pilihan utama kerana gaya hidup yang dijual
dipasaraya ini lebih tinggi.

29 | #TipsHartanahMudah

#20. Jika sasaran penyewa
kita adalah keluarga, mereka
selalunya sukakan sekolah,
klinik dan pasaraya.

*Kemudahan sekolah memudahkan golongan
keluarga, guru dan kakitangan sokongan
menjadi penyewa budiman kita.

30 | #TipsHartanahMudah

#21. Persekitaran hospital

menyediakan peluang

penyewa yang baik seperti

doktor, doktor pelatih, doktor

pakar, jururawat, jururawat

pelatih, ahli famasi, vendor

pembekal dan ramai lagi.

Semua mereka ini bergaji

tetap dan tinggi!

*Kebanyakkan pekerja dihospital bekerja
secara shift dan mereka tidak banyak masa
dirumah, sediakan kediaman sewa yang baik
mereka biasanya akan kekal lama disitu.
Semakin banyak kemudahan yang kita
sewakan semakin lama mereka menjad
penyewa yang setia

31 | #TipsHartanahMudah

#22. Service Apartment

mengenakan bayaran

pengurusan, cukai pintu, bil

elektrik dan bill air yang

tinggi. Mereka dibina diatas

tanah komersial!!

*Jika ada pilihan yang lain belilah kediaman
diatas tanah kediaman bukannya diatas
tanah komersial, bayaran utiliti lebih rendah
dan tidak membebankan kita.

32 | #TipsHartanahMudah

#23. Rumah yang kita duduk
tempoh pembiayaan biasanya
lebih pendek, lebih baik.

*Jika belian kediaman untuk tujuan tempat
tinggal kita sebaiknya pendekkan tempoh
pembiayaan. Jika tujuan belian untuk
pelaburan, maka tempoh pembiayaan
sebaiknya panjangkan. Manfaatkan duit
‘orang lain’ untuk menjana simpanan dan
aset kita.

33 | #TipsHartanahMudah

#24. Rumah Pelaburan sebaiknya
tempoh pembiayaan bank biar
lama dan panjang. Kita mahukan
ansuran bulanan yang kurang.
Lebihan bayaran sewa boleh
jadikan simpanan.

*Semakin panjang tempoh pembiayaan
semakin rendah bayaran bulanan. Lebihan
dari sewa ini sebaiknya kita gunakan untuk
simpanan anak kita.

34 | #TipsHartanahMudah

#25. Belilah rumah 10%
dibawah harga pasaran,
semakin besar peratusan
semakin tinggi kadar
keuntungan kita.

*Dalama pasaran sekunder (subsale) kita
ada pilihan harga rumah. Sebaiknya beli
kediaman yang kurang 10% dari harga
pasaran. Ini dikenali sebagai ‘keuntungan
sewaktu membeli’, waktu kita beli kita telah
untung 10% dari harga sebenar dan kita tak
perlu tunggu lama baagimana opah opah kita
dahulu kala.

35 | #TipsHartanahMudah

# 26. Pelabur mengunakan

formula "Keuntungan
sewaktu membeli, bukan

sewaktu menjual hartanah
nanti".

*Bagi orang biasa mereka membeli hartanah
dan akan menuai keuntungan sewaktu
menjual nanti, itu formula dahulu kala.
Formula hartanah kini sewaktu kita beli
sahaja kita dah untung. Jika hari ini harga
pasaran kediaman tersebut RM120,000 dan
kita berjaya membeli pada harga RM102,000
kita memperolehi keuntungan sewaktu
membeli adalah 15% dibawah harga pasaran.
Hebat bukan!

36 | #TipsHartanahMudah

#27. Jangan tunggu lama
untuk beli hartanah pertama,
beli dan tunggu.

*Kenaikkan hartanah setiap tahun secara
purata adalah RM30,000. Semakin kita
lambat membeli hartanah semakin
merugikan kita sebanarnya. Disesetengah
kawasan kenaikkan hartanah antara 7%-
12% setahun. Semakin kita tertunggu tunggu
dan tidak membeli hartanah semakin kita
yang rugi. Belilah awal dan bermulalah
sebagai pemilik hartanah.

37 | #TipsHartanahMudah

#28. Kepadatan penduduk
dapat dilihat diwaktu malam
bila mana 70% lampu
pangsapuri itu bernyala pada
waktu malam, ia bermakna
sesuai membeli.

*Semakin padat sesebuah kawasan semakin
baik untuk tujuan sewakan atau pelaburan.
Jika kawasan tersebut penuh dengan pekerja
atau penduduk, sudah pasti peluang untuk
mendapatkan penyewa juga meningkat
dengan baik. Buat tinjauan pada waktu
malam dan lihat berapa banyak lampu yang
terpasang. Semakin banyak lampu semakin
baik. Jangan beli dikawasan yang tiada
penghuni, kita nak manusia yang menyewa
bukan hantu dan jin yang ada.

38 | #TipsHartanahMudah

#29. Jangan serahkan wang
tunai pada mana mana agen
hartanah, buat bank cek dan
buat salinan sebelum
menyerah deposit atau
tempahan pertama.

*Jika kita tiada buku cek, pergi sahaja ke
bank dan minta bank yang sediakan cek
tersebut, kosnya tidak mahal mana. Ia lebih
menjamin keselamatan wang anda untuk
menuntut jika anda tak jadi beli. Seperkara
lagi, mohon pastikan terdapat peruntukan
dengan agen atau pemaju “Jika pembiayaan
bank tidak berjaya, deposit kita akan
dikembalikan”. Jika peruntukan ini tiada
dalam perjanjian, silalah cari kediaman lain
atau buat semakkan kelayakkan bank dulu
yang kawan!.

39 | #TipsHartanahMudah

#30. Berurusanlah dengan agen
hartanah berdaftar, mereka ada
kad REN berdaftar. Jangan beli
dari orang tengah atau broker
haram. Haram sungguh jika
deposit kita hilang nanti :-p

*Agen hartanah berdaftar memiliki kad nama
REN yang jelas, biasanya terdapat no
pendaftaran bersama. Jika kita ragu ragu, mohon
semak di lppeh.gov.my untuk memastikan
bahawa agen yang kita berurusan itu sah atau
sama taraf dengan pendatang tanpa izin. Biar
susah sekarang dari susah lepas duit kita hilang.
Hati hati kawan, nak simpan deposit rumah
bukan sebulan, tetapi makan masa bertahun
lamamnya.

40 | #TipsHartanahMudah

#31. Setiap hari orang mencari
rumah, apa yang bezakan rumah
sewa kita berbanding rumah sewa
orang lain. Masukkan sebahagian
perabot dan cantikkan.

*Di Barat menyewakan kediaman adalah
bersama dengan perabot. Kita masih lagi
sewakan kediaman dengan lantai, dinidng dan
siling yang kosong. Malah ada rumah sewa yang
kipas pun tiada. Masukkan sebahagian perabot
agar penyewa tidak perlu belikan semua untuk
memulakan kehidupan. Jangan penuhnya
sepenuhnya kerana ada penyewa yang ada
sebahagian perabot sendiri. Sebahagian rumah
sewa saya saya masukkan perabot untuk
menjadikan penyewa rasa selesa. Rujuk di
www.sewaidaman.com

41 | #TipsHartanahMudah

#32. Jika kita sukakan pelajar
dan tahan kerenah mereka,
belilah hartanah
bersebelahan Institut
Pengajian Tinggi Awam atau
Swasta. Jika sasaran kita
pensyarah dan kakitangan
universiti, silakan sahaja.

*Terdapat IPT yang ditutup disebabkan faktor
tertentu, pastikan IPT yang dipilih adalah
kampus utama dan bukannya cawangan kecil.
Pastikan IPT bukan hanta satunya daya penarik
lokasi hartanah disitu. Lihat juga faktor
pemangkin lain seperti hospital, pejabat,
pasaraya dan laluan keluar masuk.

42 | #TipsHartanahMudah

#33. Niat membeli hartanah
mestilah untuk kebaikkan
agama, bukan untuk bergaya
atau bangga diri. Beli
hartanah untuk pelaburan
keluarga agar keluarga kita
senang dan tidak meminta
minta dikemudian hari.

*Semakin banyak harta kita semakin tinggi
zakat yang kita keluarkan, semakin banyak
kebaikkan yang kita dapat lakukan. Niat beli
hartanah untuk kebaikkan agama supaya kita
tidak menjadi fitnah pada agama bila hidup
miskin dan meminta minta. Umat Islam mesti
kaya agar dapat membantu golongan kurang
upaya.

43 | #TipsHartanahMudah

#34. Ramai orang kaya
membeli hartanah, Ramai
orang menjadi kaya dengan
hartanah. Berazamlah untuk
membeli dan menyimpan
hartanah. Semua orang ada
impian menjadi kaya dan
mulia.

*Orang yang benar benar kaya bila mereka
banyak memiliki hartanah bukannya
memiliki kereta mewah. Amalan semua
orang kaya didunia adalah memiliki
hartanah. Belajar dan ikut bagaimana
mereka mengumpul hartanah mengunakan
‘wang orang lain’

44 | #TipsHartanahMudah

#35. Orang biasa akan tunggu
untuk membeli hartanah
tetapi pelabur hartanah beli
rumah dan tunggu. Mereka
tidak buang masa kerana
hartanah senantiasa naik
sepanjang masa pada mereka.
Semakin lama mereka tunggu
semakin tinggi harganya.

*Jangan dengar pandangan yang salah
tentang hartanah. Degar pandangan dari
mereka yang ‘membeli’ hartanah bukan
‘menganalisis’ hartanah.

45 | #TipsHartanahMudah

#36. Jana ilmu sebelum
melabur, jangan membeli
sebab ramai yang beli
hartanah, ingat pesanan ini ;

Bukan semua yang ramai
orang lakukan itu betul yang
sedikit orang lakukan itu
salah.

Ada juga yang beli hartanah
bukan hanya rugi malah
terjual harta. Jana ilmu
sebelum bermula.

*Peruntukkan sedikit wang untuk mencari ilmu
dan hadir seminar agar tidak sesat dalam
mengumpul kekayaan.

46 | #TipsHartanahMudah

#37. Jadilah pelabur dan
bukannya spekulator. Pelabur
lebih bersifat jangka panjang
dan berwawasan. Spekulator
bersifat jangka pendek.

Hartanah merupakan
pelaburan secara jangka
panjang, jika kita
meramalkan secara jangka
pendek risiko besar menanti
kita nanti.

*Budaya membeli hartanah untuk tujuan jual
kembali dalam masa singkat berisiko tinggi. Kita
perlukan modal yang besar untuk bertahan dan
menjana keuntungan. Sekali tiada pembeli kita
akan tanggung kerugian dan bertahan waktu
yang lama. Jangan mudah ikut rentak pelabur
‘segera’ ini.

47 | #TipsHartanahMudah

#38. Jangan terlalu lama
menyewa, bina wawasan ada
rumah sendiri. Jika sebulan
sewa RM500, jika setahun
kita dah bayar RM6,000
kepada tuan rumah yang
jelita. Jika menyewa dah 10
tahun? dah dapat deposit
sebuah rumah RM500,000.
Jangan terlalu lama menyewa
jika nak hidup bahagia.

*Secara jangka panjang melabur tetap tidak
menguntungkan. Jika kita membeli kediaman
kecil jika kita kembali kepada Pencipta, ada
takaful yang melindungan. Isteri dan anak anak
tidak akan diusir pergi, meraka kita wariskan
sebuah rumah sendiri.

48 | #TipsHartanahMudah

#39.Kenapa perlu ada rumah
sendiri supaya kita tak
berpindah randah lagi. Bila
tuan rumah naikkan sewa,
kita semua rasa nak marah
sahaja. Tak semua tuan
rumah berhati mulia macam
saya

*Jika kita hilang upaya dan tidak mampu
membayar sewa kita juga yang akan ditimpa
bencana. Jika pembiayaan rumah kita
dilindungai oleh Takaful, hilang upaya dan
kematian kediaman kita akan kekal selamanya
menjadi milik kita.

49 | #TipsHartanahMudah

#40. Jika dapat belilah hartanah
Pegangan Bebas (freehold) tapi
jika lama sangat mencari, boleh
saja beli hartanah Pegangan
Pajakkan (Leasehold).

Dibandar besar mencari hartanah
Pegangan Bebas seperti mencari
gadis seperti Nelofa dipejabat kita
yang ramai orang tua tua, susah
nak jumpa bukan?

*Beli sahaja hartanah yang sesuai dengan
kemampuan kita, semakin terlalu lama kita
mencari dan tak jumpa. Akhirnya kita tidak
membeli. Di Malaysia hartanah Pajakan ini
berjumlah 99 tahun, di Indonesia hartanah
pajakkan Cuma berusia 50 tahun sahaja, di
China semua hartanah mereka adalah status
pajakan dan tiada hartanah pegangan bebas!

50 | #TipsHartanahMudah


Click to View FlipBook Version