The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mentality82, 2018-11-27 02:06:24

Tips Hartanah Mudah 99 Tips

Tips Hartanah Mudah 99 Tips

#91. Berusaha jangan gabungkan
pendapatan suami isteri untuk belian
hartanah pertama. Sebaiknya beli
berdasarkan pendapatan sendiri. Ini
tujuan agar kita sekeluarga dapat beli
4 rumah dengan margin 90%
pembiayaan.

*Bagi setiap individu mempunya peluang untuk
membeli rumah pertama dan kedua pada margin 90%
dan kediaman ketiga pada margin 70%.

101 | #TipsHartanahMudah

#92. Bagaimana untuk ada aset
RM1 juta?. Beli apartment yang
berharga RM200,000. Sasarkan
beli 5 kediaman jenis ini dalam
tempoh 10 tahun. Ia tidak susah
dan jika bijak dalam setahun kita
boleh beli 2 rumah.

*Rancang dari sekarang untuk ada aset sebanyak RM
1 juta, ia tidak susah mana. Ayuh kita semua
bermula. Pembiyaan untuk rumah berharga
RM200,000 dengan pembiayaan 90% sekitar RM
924.29 sahaja.

102 | #TipsHartanahMudah

#93. Jika gaji kita masih kecil
iaitu dibawah RM2,000. Sasarkan
beli rumah kos rendah dan
mampu milik dulu. Jangan rasa
malu malu. Makin lama kita
tunggu makin tinggi harganya.

*Manfaatkan gaji kecil untuk melayakkan kita dapat
beli rumah mampu milik, bila gaji kita dan bertambah
nanti kita telah diketogerikan tidak layak memohon
rumah berkenaan nanti. Beli rumah berdasarkan
kelayakkan gaji.

103 | #TipsHartanahMudah

#94. Harga hartanah Pajakan
akan menurun bila tempoh
pajakan berbaki 60 hingga 80
tahun. Bank mula tidak
berminat beri pembiayaan
tinggi.

*Pelabur hartanah lebih berminat membeli hartanah
jenis pegangan bebas (free hold). Jika ada peluang
membeli pegangan bebas jadikan itu keutamaan.
Tetapi jika tiada pilihan beli sahaja pegangan
pajakkan ini, hartanah jenis ini banyak terdapat
dibandar besar. Kita hanya akan dikenakan premium
bayaran untuk memperbaharui nilai status tanah itu
nanti.

104 | #TipsHartanahMudah

#95. Kelebihan hartanah diatas
tanah atau landed property
adalah kenaikan harganya yang
tinggi. Beli tahun ini lepas 5
tahun biasanya sekali ganda dari
harga beli.

*Hartanah jenis ini sukar untuk mendapat aliran
tunai bagi pelaburan kerana harga asalnya yang sedia
tinggi. Kebiasaanya pelabur beli untuk tujuan
kenaikkan tahunan yang tinggi dan lepas lima tahun
mereka akan jualkan kembali.

105 | #TipsHartanahMudah

#96. Kadar keuntungan sewa
sukar untuk dapat aliran tunai
bagi kediaman bertanah. Harga
belian yang tinggi menyukarkan
kita untuk sewa pada kadar yang
tinggi. Mati penyewa bayar nanti.

106 | #TipsHartanahMudah

#97. Kondominum menyediakan

ruang yang lebih sederhana

dengan kemudahan seperti kolam

renang, gym,dewan serbaguna,

kawalan keselamatan dan

sebagainya. Kelemahannya kita

perlu membayar semua

kemudahan ini setiap bulan.

107 | #TipsHartanahMudah

#98. Mulakan rumah pertama
dengan ruangan 3 bilik tidur dan
2 bilik air. Ia merupakan pilihan
umum semua masyarakat umum.

108 | #TipsHartanahMudah

#99. Beli hartanah yang

disediakan tangki air dikawasan
perumahan tersebut. Semakin
banyak tangki air dikawasan
perumahan tersebut semakin
baik. Kawasan perumahan yang
ada tangki air yang besar lebih
baik.

109 | #TipsHartanahMudah

#100. Hartanah lelong walaupun
ianya tidak cantik tetapi nilai
hartanah yang diperolehi
mencantikkan duit akuan dalam
bank kita, belajar membeli
hartanah lelong.

*Banyak hartanah lelong terjual tahun ini. Secara
purata 120 hartanah dilelong setiap hari, takkan tak
ada satu yang kita berkenan dihati.

110 | #TipsHartanahMudah

#101. Semakin padat tempat letak kenderaan
taman perumahan itu atau apartement itu,
semakin cerah peluang kita untuk
mendapatkan penyewa bila yang lama keluar
nanti. Beli hartanah dikawasan yang
mempunyai kepadatan penduduk yang
tinggi.

111 | #TipsHartanahMudah

#102. Jika 70% lampu di
apartment itu bernyala diwaktu
malam ia bermakna kawasan itu
penuh dengan penduduk. Potensi
kenaikkan hartanah dan sewa
akan ada. Beli sahaja jangan
tunggu terlalu lama.

*Buat lawatan waktu malam kekawasan
rumah yang ingin kita beli, kita boleh lihat
persekitaran perumahan tersebut nanti.

112 | #TipsHartanahMudah

#103. Beli hartanah yang ada
potensi untuk dijual kembali
atau mudah untuk disewakan
nanti.

*Buat iklan olok olok sebelum membeli untuk lihat
permintaan dikawasan itu. Jika ramai yang berminat
dan bertanay tentang rumah kita itu, ia petanda baik
untuk kita beli. Jika sehari cuma satu orang yang
telefon sahaja, baik kita lupakan sahaja dan cari
hartanah lain

113 | #TipsHartanahMudah

#104. Hartanah yang mempunyai orentasi
matahari yang betul paling diminati. Jangan
beli menghadap matahari petang. Kita akan
rasa panas macam kentang goreng nanti

#105. Hartanah akan jatuh harga bila
kawasan itu pernah banjir. Jika kawasan itu
banjir dan taman sebelahnya selamat
biasanya harga di taman itu akan naik
harga.

#106. Selain faktor banjir menjadikan
hartanah jatuh, faktor jenayah, bencana
alam seperti tanah runtuh atau mendap,
banyak penjenayah atau penagihan, jiran
kata rumah disitu berhantu, banyak projek
terbengkalai disitu atau banyak rumah
lelong dikawasan itu.

114 | #TipsHartanahMudah

Kesimpulan

Tips ini sekadar panduan dalam kita membuat
keputusan jenis kediaman yang kita ingin
belikan. Banyakkan membaca dan membuat
analisa sebelum membeli rumah pertama dan
rumah pelaburan kita. Pastikan juga kita ada
stategik keluar jika pelaburan kita gagal.
Selamat berusaha dan melaburlah dengan ilmu
pengetahuan yang tenang.

Hartanah bukannya pelaburan yang baik jika
kita bukan pelabur yang bijak

Azizul Azli Ahmad

115 | #TipsHartanahMudah


Click to View FlipBook Version