The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Kolokium v01_merged

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azrilazlan, 2022-09-26 14:25:52

Kolokiu

Buku Kolokium v01_merged

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

Kata Alu-Aluan

YB ENCIK KHAIRUL SHAHRIL BIN MOHAMED, PMP., AMP.
PENGERUSI JAWATANKUASA BELIA DAN SUKAN, KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA
NEGERI PERAK

Asslamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah kurnia
dan izin-Nya, Kolokium Pendidikan Negeri Perak bagi tahun 2022 dengan temanya “
Pendidikan Berkualiti Pemangkin Generasi Baharu” dapat dilaksanakan dengan jayanya. Syabas dan
tahniah diucapkan kepada warga Jabatan Pendidikan Negeri Perak atas komitmen dan kesungguhan
bagi menjayakan kolokium ini secara dalam talian.

Penganjuran kolokium ini merupakan sebagai satu platform perkongsian Kajian Tindakan dalam
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pembelajaran Berasaskan Projek
(PBL), Inovasi Pendidikan, Amalan Terbaik Prasekolah dan Amalan Terbaik Pengurusan Instruksional
di Negeri Perak. Situasi ini juga memberikan ruang dan peluang dalam kalangan guru untuk
meningkatkan profesionalisme keguruan secara berterusan dengan mengintegrasikan pelbagai teknik
dan pendekatan dalam usaha memantapkan kompetensi dan pengetahuan dalam PdP sekali gudapat
meningkatkan kualiti pedagogi guru.

Seiring perkembangan pendidikan semasa yang menuntut warga guru menunjukkan prestasi melebihi
standard minimum. Oleh itu, inisiatif yang diambil oleh Sektor Pembelajaran, JPN Perak bertepatan
apabila budaya kecemerlangan profesional keteladanan rakan setugas disebarluaskan seperti
perkongsian amalan terbaik yang telah dilaksanakan ini dalam memastikan rakan guru mempunyai
kebertanggungjawaban bagi memenuhi standard profesional yang setara.

Di samping itu, inisiatif ini juga secara tidak langsung dapat memberi suntikan semangat kepada para
pendidik yang merupakan agen perubahan dalam bidang pendidikan bagi memastikan pendidikan di
Negeri Perak terus cemerlang di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Semoga pengisian
kolokium ini dapat memberikan manfaat dan impak yang positif kepada warga pendidik serta sama-
samalah kita memartabatkan sistem pendidikan negara demi melahirkan modal insan yang kalis masa
hadapan.

Sekian, terima kasih

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

Kata Alu-Aluan

YANG BERUSAHA ENCIK AZNAN BIN HAJI ALIAS, AMP.,
PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI PERAK

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Syukur alhamdulillah Kolokium Pendidikan Negeri Perak tahun 2022 secara maya dapat direalisasikan
dengan jayanya. Semoga penganjuran kolokium ini dapat memberi kesan dan pengalaman yang
bermakna kepada semua warga pendidik di Negeri Perak. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada seluruh warga kerja daripada Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri
Perak dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak, Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM), Majlis
Guru Besar (MGB) dan Majlis Guru Cemerlang (MGC) Negeri Perak yang berjaya menganjurkan
kolokium ini bagi tahun kedua penganjurannya.

Penganjuran kolokium ini merupakan satu platform perkongsian amalan terbaik dalam Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL),
prasekolah, pengurusan sekolah rendah & sekolah menengah dan Inovasi Pendidikan di Negeri Perak.
Saya yakin banyak input diperoleh hasil daripada pembentangan kertas kerja, perkongsian idea dan
pengalaman daripada para pembentang yang terdiri daripada guru-guru cemerlang dan berpengalaman
dalam pelbagai disiplin bidang pendidikan di Negeri Perak.

Semoga hasil pembentangan ini akan menjadi sumber rujukan dan panduan kepada warga pendidik
bagi melunaskan seribu persoalan yang berkaitan dengan hal-hal pengurusan kukurikulum, pedagogi
dan pentaksiran di peringkat sekolah. Hasil perkongsian ilmu dan pengalaman ini diharapkan dapat
dijadikan sebagai garis panduan dan sempadan bagi menyusun strategi ke arah memantapkan lagi
pengurusan kurikulum, pedagogi dan pentaksiran di peringkat organisasi masing-masing sama ada di
JPN, PPD dan sekolah.

Saya berharap agar pelaksanaan kolokium ini dapat memberikan ruang dan peluang kepada para
pendidik untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran bagi meningkatkan kualiti pendidikan dan
melahirkan murid yang holistik, kalis masa hadapan dan mampu bersaing pada peringkat global.

Sekian, terima kasih

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

Kolokium ini diadakan untuk memberi peluang kepada semua GRSGC dan pentadbir untuk berkongsi
amalan terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran guru (PdP), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD),
Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) dan Inovasi Pendidikan serta pengurusan instruksional di
sekolah. Pelaksanaan kolokium dengan melaksanakan perkongsian amalan terbaik boleh dijadikan merit
untuk GRSGC memohon jawatan GC bagi merealisasi hasrat JPN untuk meningkatkan kualiti guru
dalam Perancangan Strategik 2020-2024. Secara tidak langsung, perkongsian ini juga memberi idea
kepada Guru Rujukan Sekolah (GRS) berkenaan kaedah melaksanakan kajian tindakan untuk mengatasi
isu pembelajaran dalam topik-topik mata pelajaran masing-masing dan strategi pedagogi yang berkesan.
Kolokium ini juga sebagai salah satu program berterusan dalam menyemarakkan Sambutan Hari Guru
Peringkat Negeri Perak

Pada akhir kolokium, peserta akan dapat :

• a) meningkatkan profesionalisme guru secara berterusan dengan mengintegrasikan pelbagai
teknik untuk pemantapan dan seterusnya dapat meningkatkan kualiti pedagogi guru.

• b) mengaplikasikan amalan terbaik dan penyelesaian masalah serta melaksanakan inovasi
dalam mata pelajaran.

• c) mengaplikasi kaedah PdP berkesan ke arah pemantapan pentaksiran bilik darjah (PBD).
• d) meningkatkan pengetahuan dan kompetensi berkaitan aktiviti pembelajaran berasaskan

projek (PBL) dalam pendidikan
• e) Meningkatkan intervensi bagi pengurusan sekolah untuk para pentadbir.

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

Masa Aturcara
2.15 pm
2.30 pm Pendaftaran Peserta

2.40 pm Alu-Aluan Pengerusi Majlis

Bacaan Doa

Ucapan Perasmian Kolokium Pendidikan Negeri Perak 2022
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan,
YB Encik Khairul Shahril Bin Mohamed

Tayangan Montaj

Bergerak Ke Bilik Maya Masing-Masing

Masa Aturcara
4.30 pm
Alu-Aluan Pengerusi Majlis
5.00 pm
Bacaan Doa

Ucapan Penutupan Kolokium Pendidikan Negeri Perak 2022
Pengarah Pendidikan Negeri Perak
Encik Aznan Bin Haji Alias

Persembahan

Penyampaian Hadiah

Bersurai

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

KOLOKIUM PENDIDIKAN 27 SEPTEMBER 2022

NEGERI PERAK 2022

ROOM 1 : INOVASI PDP (BERKUMPULAN)

PENGERUSI MAJLIS Noraini binti Zainal
Guru Cemerlang,SMK Raja Perempuan Kelsom

PENILAI 1 Dr. Suriati binti Abdul Aziz
Pensyarah Kanan Akademik, IPG Kampus Ipoh

PENILAI 2 Dr. Fauzian Hanim binti Md Yusof
Ketua Unit Penyelidikan dan Inovasi, IPG Kampus Ipoh

PENILAI 3 Dr. Nor Hashimah binti Abu Bakar
Ketua Unit Pengurusan Akademik, IPG Kampus Ipoh

PENCATAT Sabariah binti Mat Isa
Guru Cemerlang, SMK Raja Permaisuri Bainun

ID 001 PEMBENTANG

Nur Adila binti Ibrahim, Nur Adibah binti Ismail,
Noor Zamzarina binti Zabidi, Noorul Syafini binti Musa
SMK Methodist (ACS) Sitiawan
Jadual SelFWhꝊ

ID 002 Muhammad Nur Asnawi bin Romly, Mohd Asmadi bin Zainal Abidin,
Nur Syazana binti Mohammad
SK Pos Musoh LZ, SK Pos Gedong, SK Satu.
Kit Pembelajaran JHBB

ID 003 Hasnita binti Md Rejab, Suhaida binti Omar, Noor Aini binti Awang
SK Sri Adika Raja, Gerik
Kitab Ajaib Bahasa Arab (KAB)

ID 004 Nur Farhani binti Baharuddin, Dewi Hartini binti Razali,

Nur Izzati binti Ahmad Subri, Khairul Helmi bin Naburi

SK Gopeng Jalan Ilmu
‘Eggiphone’ A Tool In Teaching And Learning Of Phonics For English
Language

ID 005 Abdul Fattah bin Yunus, Noor Mahirah binti Musa, Sularmi binti Amir
SK Sungai Batang
IQROMOJI

KOLOKIUM PENDIDIKAN 27 SEPTEMBER 2022

NEGERI PERAK 2022

ROOM 2 : KAJIAN TINDAKAN

PENGERUSI MAJLIS Muhammad Razid bin Razali
Guru Cemerlang,SK Pengkalan Aur

PENILAI 1 Dr. Anis Diyana binti Halim
Pensyarah Kanan, UPSI

PENILAI 2 TS Dr. Suhaimi bin Zakaria @ Othman
Pensyarah Kanan, Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)

PENILAI 3 Dr. Siti Khadijah binti Mohamad
Pensyarah Kanan, USM

PENCATAT Afiq bin Aziz
Guru Rujukan Sekolah, SMK Simpang Pulai

ID 006 PEMBENTANG
ID 007
ID 008 Kong Yee Leng , Mithra a/p Rajandran
ID 009 SMJK Sam Tet, Ipoh
ID 010 Mechanism of Muscle Contraction According To The Sliding Filament
Hypothesis By Process Writing In 6AB2 To 6AB4 of SMJK Sam Tet

Nadira binti Ismail
SMK Toh Muda Abdul Aziz
Pengintegrasian Proses Rekabentuk Kejuruteraan ( Engineering
Design Process) dengan Pembelajaran Berasaskan Projek bagi
Penguasaan Kemahiran Komunikasi dalam Pembelajaran Biologi

Norazhani binti Ibrahim
SMK Methodist (ACS) Parit Buntar
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar G-ubah Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Matematik Ubahan Tingkatan 5 KSSM

Noorul Huda binti Mohd Hashim
SMK Taman Tasik
Keberkesanan Jadual Ulangkaji Kendiri Yang Selaras Bagi
Meningkatkan Pencapaian Matematik Tambahan Dalam Peperiksaan
Spm Ambilan 2021

Noorrezan binti Othman
SK Alor Pongsu
Magic Ruler: Meningkatkan Kefahaman Murid Tahun Satu Dalam
Menambah Dan Menolak Nombor Dalam Lingkungan 100

KOLOKIUM PENDIDIKAN 27 SEPTEMBER 2022

NEGERI PERAK 2022

ROOM 3 : KAJIAN TINDAKAN

PENGERUSI MAJLIS Ahmad Hawari bin Hasnie
Guru Rujukan Sekolah, SMK Methodist, Sungai Siput (U)

PENILAI 1 Dr. Hajah Nor Aziah binti Abdul Aziz
Pensyarah Kanan, IPG Ipoh

PENILAI 2 Dr. Hasnah binti Awang
Timbalan Ketua Jabatan, IPG Ipoh

PENILAI 3

PENCATAT Noor Hailee Mahpot
Guru Cemerlang, SMK Jelapang Jaya, Jelapang

ID 011 PEMBENTANG
ID 012
ID 013 Mohana Ram Murugiah
ID 014 SMK Perempuan Methodist, Ipoh
ID 015 E Integration Of Web 2.0 Tools In The Form 4 English Language
Collaborative Writing Activities To Improve Writing Skills Among Low
Proficiency Learners : An Action Research

Mohamad Azrul Azwan bin Mohamad Azri
SK Parit
Meningkatkan Kefahaman Murid Dalam Subjek Bahasa Inggeris Dalam
Kalangan Murid Pemulihan Tahun 1 Menggunakan Pendekatan QuDS
(Quizziz Dengan Suara)

Ho Lai Ying
SMJK Nan Hwa
Fostering Students’ Comprehension Strategies Via Online Literature
Circles

Shalini a/p Poobalan
SK RPS Kemar
The Effectiveness Of Pictionary Game In The Teaching of Concrete
Nouns Among Year 2 Pupils

Muhammad Affandi bin Md Ujang
SK Gopeng, Jalan Ilmu
Meningkatkan Kefahaman Murid Tahun 6 DLP Dalam Bacaan Mad 4
dan 5 harkat

KOLOKIUM PENDIDIKAN 27 SEPTEMBER 2022

NEGERI PERAK 2022

ROOM 4 : PROJECT BASED LEARNING (PBL)

PENGERUSI MAJLIS Noriza binti Awang
Guru Cemerlang, SMK Anderson

PENILAI 1 Azrina binti Mohamed Zawawi
PENILAI 2 SISC+, PPD Kinta Kerian

Ra’baniah Nor binti Hamdan
SISC+, PPD Kinta Utara

PENILAI 3 Hj. Mohd Ismail bin Shahlan
SISC+ PPD Bagan Datuk

PENCATAT Gokilavani a/p Jagannathan
Guru Cemerlang, SJKT Barathi

ID 016 PEMBENTANG

ID 017 Rajathi a/p Ramayah
ID 018 SK Gopeng, Jalan Ilmu
ID 019 Keberkesanan Kaedah Model Terhadap Amalan, Minat Dan
ID 020 Pencapaian Murid Dalam Mata Pelajaran Sains (Human Digestive
System Kit)

Norizam binti Abdullah
SMK Pengkalan Hulu
Eksplorasi Bumi

Wong Choy Wan
SMK Buntong
From Garden to Cosmetic Product

Ahmad Adnan bin Mohd Shukri
SK Sungai Tiang, Gerik
Proses Pembuatan Sabun: Menyemai Literasi Stem Dan Pengetahuan
Saintifik Murid Orang Asli Suku Jahai

Saifuddin bin Mohamad Safian, Ahmad Hafidz bin Shafie,
Siti Norwahyuni binti Harun
SMK Batu 4, Gerik
Empangan Hidroelektrik

KOLOKIUM PENDIDIKAN 27 SEPTEMBER 2022

NEGERI PERAK 2022

ROOM 5 : AMALAN TERBAIK PBD

PENGERUSI MAJLIS Komathy Veerasinghan
Guru Cemerlang, SMK Ave Maria Convent, Ipoh

PENILAI 1 Rosmaini bin Ibrahim
SISC+, PPD Kinta Selatan

PENILAI 2 Kamarul Azlan bin Ahmad
Ketua Penolong Pengarah, BPK KPM

PENILAI 3 Hjh. Noor Hasiah binti Sulaiman
Ketua Unit Reka Bentuk dan Teknologi, IPG Ipoh

PENCATAT Puspavalli a/p Sathival
Guru Cemerlang, SMK Tok Perdana

ID 021 PEMBENTANG
ID 022
ID 023 Lo Chai Hoon, Liew Siaw Li
ID 024 SJKC Choon Hua 2
ID 025 Penggunaan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) Secara
Kefahaman Melalui Rekabentuk (KMR) dalam Pentaksiran Bilik Darjah

Nurul Wahidayah binti Ramlee
SMK Bidor
Inovasi E-RPM PBD- Meningkatkan Kecekapan Sistem Pengurusan
Rekod Perkembangan Murid

Haslina binti AB Salam
SMK Horley Methodist, Teluk Intan
Merekod Perkembangan Pelajar Mudah dan Tepat

Nik Nur Roshilabanu binti Ramli
SMK Batu 4, Gerik
Amalan Terbaik PBD Bahasa Melayu. Meningkatkan Kemahiran
Menulis Karangan Menggunakan Pendekatan DoKeKuF

Rohana binti Samad
SK Wira Jaya
Teknik Ulat Bulu: Didik Hibur Untuk Meningkatkan Kemahiran Kuasai
Sifir Dan Operasi Bahagi Satu Nombor Dengan Satu Digit Di Kalangan
Murid Tahun 3 Sk Wira Jaya

KOLOKIUM PENDIDIKAN 27 SEPTEMBER 2022

NEGERI PERAK 2022

ROOM 6 : AMALAN TERBAIK PRASEKOLAH

PENGERUSI MAJLIS Nurul Ashikin binti Ahmad Nasir
Guru Cemerlang, SMK Changkat Lada

PENILAI 1 Dr. Lina Lee binti Abdullah
Pensyarah, IPG Pulau Pinang

PENILAI 2 Zuhaila binti Ismail
Nazir Kanan, Jemaah Nazir Negeri Perak

PENILAI 3 Ahmad Jalalulail bin Abd Manab
Pensyarah, IPG Ipoh

PENCATAT Vanitha a/p Subramanian
Guru Rujukan Sekolah, SMK Horley Methodist

ID 026 PEMBENTANG
ID 027
ID 028 Norizan binti Ahmad
ID 029 SK Sungai Buloh
ID 030 Tingkahlaku Profesional Guru Besar Dalam Menangani Isu Guru Dan
Ppm Prasekolah Sk Sungai Buloh Ke Arah Prasekolah Cemerlang

Teh Mee Lee, Moy Kar Mun
SJKC Yeong Seng
Promosi Prasekolah Berkualiti Untuk Meningkatkan Enrolmen
Prasekolah Di Kawasan Luar Bandar

Rozita binti Ibrahim
SK Batu Melintang
One Touch

Sabariah binti Taib
SK Sungai Lampam
Kelestarian Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan (SKPK) Melalui
Kualiti Kurikulum

Normah binti Asran
SK Perwira
KBAT Junior

KOLOKIUM PENDIDIKAN 27 SEPTEMBER 2022

NEGERI PERAK 2022

ROOM 7 : AMALAN TERBAIK PENGURUSAN SM & SK

PENGERUSI MAJLIS Faridah binti Kamal Bashah
Guru Rujukan Sekolah, SMK Jalan Pasir Puteh

PENILAI 1 Dr. Nor Hasimah binti Hashim
Pensyarah Kanan JPPKP, IAB Genting Highlands

PENILAI 2 Dr. Nor Kamsiah Jaafarr
PENILAI 3 Pensyarah Kanan Jabatan Aplikasi Multimedia, IAB Genting
Highlands

PENCATAT Noor Hazami binti Mahpot
Guru Rujukan Sekolah, SMK Sungai Pari, Ipoh

PEMBENTANG

ID 031 Nor Hasimah binti Abdul Samat
SMK Trolak
Sistem Pemantauan Headcount Kokurikulum Murid di SMK Trolak

ID 032 Roslina binti Ishak
SMK Kg Dato’ Seri Kamaruddin

Synergy Green Pemangkin Kebolehpasaraan Pekerjaan Murid PPKI
SMK Kg. Dato’ Seri Kamaruddin

ID 033 Raja Hassan bin Raja Abdullah
SK Toh Indera Wangsa Ahmad
Program Transformasi Sekolah, Kreatif Guru Alaf ke-21

ID 034 Mohd Azahar bin Abu Bakar, Moamed Shahril bin Ibrahim
Sekolah Menengah Agama Al-Hidayah
Maklumat di Hujung Jari

ID 035 Mohamad Ridzuan bin Hasnan
SK Raja Perempuan Muzwin
Kepimpinan Instruksional Memacu Kejayaan Sekolah

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

KOLOKIUM PENDIDIKAN 28 SEPTEMBER 2022

NEGERI PERAK 2022

ROOM 1 : INOVASI PDP (INDIVIDU)

PENGERUSI MAJLIS Narimah Abyad binti Arshad
Guru Cemerlang,SK Seri Samudera

PENILAI 1 Dr. Suriati binti Abdul Aziz
Pensyarah Kanan Akademik, IPG Kampus Ipoh

PENILAI 2 Dr. Fauzian Hanim binti Md Yusof
Ketua Unit Penyelidikan dan Inovasi, IPG Kampus Ipoh

PENILAI 3 Norhani Rebe binti Altamiah
Ketua Unit Pengurusan Akademik, IPG Kampus Ipoh

PENCATAT Norrezan binti Othman
Guru Cemerlang, SK Alor Pongsu, Bagan Serai

ID 036 PEMBENTANG
ID 037
Asihwiniy a/p Francisco
SMJK Mukim Pundut
Kotak Bergetah (Rubberband Box) Dalam Aktiviti Renjisan Dan
Percikan

Mardiana binti Kamil
SK Jati
Inovasi Ezi Jawi Dee

ID 038 Wan Rohaini binti Wan Abdul Aziz
ID 039 SK Changkat Tin
Meningkatkan Kemahiran Membina Struktur Ayat Mudah Di Dalam
ID 040 Penulisan Bahasa Inggeris Menggunakan Kaedah Tri-sence
ID 041
Rozilah binti Hashim
SK Seri Kelebang
Meningkatkan Kemahiran Asas Darab Dan Penguasaan Sifir Murid-
murid Tahun 2 Dengan Menggunakan Kits Pembelajaran "Mathematics
Counting Kits @MCK"

Rozziana binti Mohamad Som
SK Pos Dipang
Fundemix Modul

Noraini binti Ibrahim
SMK Dato’ Idris
Smart SPKR Sistem Penggera Keselamatan Rumah

KOLOKIUM PENDIDIKAN 28 SEPTEMBER 2022

NEGERI PERAK 2022

ROOM 2 : KAJIAN TINDAKAN

PENGERUSI MAJLIS Muhammad Razid bin Razali
Guru Cemerlang,SK Pengkalan Aur

PENILAI 1 Dr. Anis Diyana binti Halim
Pensyarah Kanan, UPSI

PENILAI 2 TS Dr. Suhaimi bin Zakaria @ Othman
Pensyarah Kanan, Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)

PENILAI 3 Dr. Siti Khadijah binti Mohamad
Pensyarah Kanan, USM

PENCATAT Nurashikin binti Muzafar
Guru Cemerlang, SMK Convent Ipoh

PEMBENTANG

ID 042 Kong Noor Fariza binti Ahmad Sharif
SMK Perempuan Methodist, Ipoh
Meningkatkan Penguasaan Mendarab Pecahan Dalam Kalangan Murid
Tahun 5 Menggunakan Teknik Bow-tie

ID 043 Hafifah binti Hassan
SK Lubok Kawah
Keberkesanan Penggunaan Peta Pemikiran Dalam Pdp Sains Tahun 5
(Kemandirian Spesies Haiwan) Bagi Murid Lemah

ID 044 Mohamad Syahmil bin Zakaria
SK Nakhoda Muhammad Taib
Pembelajaran Berasaskan Projek Terrarium Membantu Meningkatkan
Penguasaan Dan Penglibatan Murid Tahun 5 Dalam Topik Siratan
Makanan

ID 045 Muhammad Anas Murugan bin Abdullah
SK Seri Intan, Jalan Maharani
Jalurmath Membantu Meningkatkan Kemahiran Operasi Darab Dalam
Kalangan Enam Murid Masalah Pembelajaran PPKI Sekolah
Kebangsaan Seri Intan

ID 046 Ros Emiliana Kartini binti Mohamed
SMK Sultan Yussuf
SOS KLCC: Meningkatkan Kemahiran Pengecaman Corak Algoritma
Search Dan Sort Murid Tingkatan 3RK2

ID 047 Norfatihah binti Idris
SMK Mengelembu
Meningkatkan Kemahiran Penulisan Pseudokod Dan Carta Alir Melalui
Jadual Mipot Secara Berkumpulan Bagi Mata Pelajaran Asas Sains
Komputer Tingkatan 2A4

KOLOKIUM PENDIDIKAN 28 SEPTEMBER 2022

NEGERI PERAK 2022

ROOM 3 : KAJIAN TINDAKAN

PENGERUSI MAJLIS Ahmad Hawari bin Hasnie
Guru Rujukan Sekolah, SMK Methodist, Sungai Siput (U)

PENILAI 1 Dr. Hajah Nor Aziah binti Abdul Aziz
Pensyarah Kanan, IPG Ipoh

PENILAI 2 Dr. Hasnah binti Awang
Timbalan Ketua Jabatan, IPG Ipoh

PENILAI 3

PENCATAT Murniza binti Md Jidin
Guru Cemerlang, Sekolah Menengah Sains Tapah

ID 048 PEMBENTANG
ID 049
ID 050 Zuraida binti Abdul Latif
ID 051 SMK Ahmad Boestamam
ID 052 Penggunaan E-Semak Terhadap Pemupukan Minat Dan Penglibatan
Murid Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR)

Collin Chong Voon How
SMK Seri Keledang
Melukis Lukisan Digital Dengan Perisian Ibispaint X (Di Kalangan
Murid Tingkatan Dua)

Azrina binti Ariffin
Kolej Tingkatan 6 Seri Putera, Ipoh
Fakta Gantt: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Fakta Pengajian
Perniagaan Semester 1 Tingkatan 6BK2.

Roziyaton Niza binti Abdul Rahman
SMK Kampung Pasir Puteh
Meningkatkan Penguasaan Pelajar 6 Atas 2 Dalam Membezakan
Jenis-Jenis Kata Kerja Aktif Menggunakan Formula “Piramid Kata
Kerja Aktif”

Ooi Rou Yin
SJKC Khay Hwa
Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Asas Membaca Bahasa Cina
Murid Tahap Rendah Melalui Kaedah Pembelajaran Teranjak (Flipped
Classroom) Dalam Konteks PDPR

KOLOKIUM PENDIDIKAN 28 SEPTEMBER 2022

NEGERI PERAK 2022

ROOM 4 : PROJECT BASED LEARNING (PBL)

PENGERUSI MAJLIS Noriza binti Awang
Guru Cemerlang, SMK Anderson

PENILAI 1 Azrina binti Mohamed Zawawi
PENILAI 2 SISC+, PPD Kerian

Ra’baniah Nor binti Hamdan
SISC+, PPD Kinta Utara

PENILAI 3 Hj. Mohd Ismail bin Shahlan
SISC+ PPD Bagan Datuk

PENCATAT Rahuda binti Awang
Guru Rujukan Sekolah, SK Kampung Kenang

ID 053 PEMBENTANG
ID 054
ID 055 Shella Devi Govindarajan
ID 056 SK Silibin
ID 057 "Green Arena Compost" Bersama Murid-Murid Prasekolah SK Silibin
ID 058
Farrah Wahilda binti Khirluddin
SMK Gunung Rapat
Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) Bagi Tajuk Kriptografi Dalam
Keselamatan Data Subjek Asas Sains Komputer Tingkatan 3

Noor Hafizah binti Hussain
SMK Raja Chulan
Eating Habits And Lifestyle For Healhty Heart

Mardiyah binti Rahim
SABK Maahad Al-Ummah
SDG 2: Zero Hunger

Leow Soo Em
SMK Perempuan Perak
Pembelajaran Berasaskan Projek– Hands-on Minds On Learning Plan
Elevation

Hanis Norfatin binti Radzuan
SJKC Khiu Min
Poster Autobiografi

KOLOKIUM PENDIDIKAN 28 SEPTEMBER 2022

NEGERI PERAK 2022

ROOM 5 : AMALAN TERBAIK PBD

PENGERUSI MAJLIS Komathy Veerasinghan
Guru Cemerlang, SMK Ave Maria Convent, Ipoh

PENILAI 1 Rosmaini bin Ibrahim
SISC+, PPD Kinta Selatan

PENILAI 2 Khairulamri bin Sulaiman
SISC+, PPD Kuala Kangsar

PENILAI 3 Hjh. Norhaini binti Abdul Aziz
SISC+, PPD Kinta Utara

PENCATAT Nor Lailawaty binti Ahmad Suhaimi
Guru Rujukan Sekolah, SMK Sri Tapah

ID 059 PEMBENTANG
ID 060
ID 061 Syazwani binti Zailani
ID 062 SMK Sentosa
Pemantapan Dan Pembudayaan Pbd Melalui Kit "Hear, Roll &
ID 063 Interpret" (HRI)
ID 064
Siti Marsyitah binti Zakaria
SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakub
Penggunaan Askit Dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

Ahmad Hafiz bin Ahmad Jamiaauddin
SMK Simpang Pulai
Penggunaan "Vidshow Loud Out" Dalam Meningkatkan TP Murid
Daripada Tiga Kepada Lima Atau Enam Dalam PdP Sains Tingkatan 1

Lok Chui Sun, Wong Ying Fun, Choo Ming Fei,
Suhairi bin Shafie
SJKC Sungai Buloh
Mempertingkat Pengetahuan Dan Kemahiran Penjaminan Kualiti PBD
Dalam Kalangan Guru-Guru SJKC Sungai Buloh Melalui 4 Steps
Empowerment

Asmaliani binti Zakaria
SMK RLKT Lasah
Perkongsian Amalan Pengurusan Pelaporan & Penjaminan Kualiti
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) SMK RLKT Lasah

Ummu Khaulah binti Azhari
SK (P) Treacher Metodist
PBD – One Click

KOLOKIUM PENDIDIKAN 28 SEPTEMBER 2022

NEGERI PERAK 2022

ROOM 6 : AMALAN TERBAIK PRASEKOLAH

PENGERUSI MAJLIS Nurul Ashikin binti Ahmad Nasir
Guru Cemerlang, SMK Changkat Lada

PENILAI 1 Dr. Lina Lee binti Abdullah
Pensyarah, IPG Pulau Pinang

PENILAI 2 Zuhaila binti Ismail
Nazir Kanan, Jemaah Nazir Negeri Perak

PENILAI 3 Ahmad Jalalulail bin Abd Manab
Pensyarah, IPG Ipoh

PENCATAT Nurianah binti Dais
Guru Rujukan Sekolah, SK Pasukan Polis Hutan

ID 065 PEMBENTANG
ID 066
ID 067 Sazana binti Aman, PPT
ID 068 SK RPS Kemar
ID 069 Jok Wek Sekolah: Lonjakkan Peningkatan Kehadiran Murid Orang Asli
Di Kelas Prasekolah Sk RPS Kemar

Mohd Erilzuddin Affendi bin Mohd Amir
SK Sahom
Sembang Santai – Kopi O Susu Tepung

Faridatulhanim Binti Hamzah
SK Tasik Damai
N2T

Norazani binti Mahamad
SK Matang Gerdu
Pedagogi Bestari Pembelajaran Berasaskan Kajian Dan Penyelidikan
(RBL) Dengan Pelaksanaan "Projek SD Penyelidik Cilik"

Salleh bin Mohd Nor
SK Sultan Abdul Aziz Ketior
Penilaian Kualiti Program Pengurusan Keceriaan Kelas Prasekolah

KOLOKIUM PENDIDIKAN 28 SEPTEMBER 2022

NEGERI PERAK 2022

ROOM 7 : AMALAN TERBAIK PENGURUSAN SM & SK

PENGERUSI MAJLIS Faridah binti Kamal Bashah
Guru Rujukan Sekolah, SMK Jalan Pasir Puteh

PENILAI 1 Dr. Nor Hasimah binti Hashim
Pensyarah Kanan JPPKP, IAB Genting Highlands

PENILAI 2 Dr. Nor Kamsiah Jaafar
Pensyarah Kanan Jabatan Aplikasi Multimedia, IAB Genting
Highlands

PENILAI 3 Dr. Noraziah binti Abdul Aziz
Pensyarah Kanan Jabatan Konsultasi Kepimpinan Pendidikan,
IAB Genting Highlands

PENCATAT Halidah Laili binti Shaarani
Guru Rujukan Sekolah, SMK Jalan Pasir Puteh

PEMBENTANG

ID 070 Hajah Endok Salwa binti Abdul Wahab
SMK Tengku Menteri
Pengurusan Strategik Secara Hybrid Berfungsi Serampang Banyak
Mata Dalam Merealisasikan Sekolah Lestari Di SMK Tengku Menteri

ID 071 Josnida binti Mustafa
SK Jelutong
Sopan, santun, Susila #3S

ID 072 Zalina binti Ahmad
SMK Proton City
Sokongan Pibg Dan Komuniti Pemangkin Kemenjadian Murid Dan
Kecemerlangan Sekolah

ID 073 Romiezaily bin Mohd Ali
SK Sungai Batang
KPOP@SKSuBa

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

KOLOKIUM PENDIDIKAN 29 SEPTEMBER 2022

NEGERI PERAK 2022

ROOM 1 : INOVASI PDP (INDIVIDU)

PENGERUSI MAJLIS Nurul Nadia binti Ismail
Guru Rujukan Sekolah,SK Methodist Parit Buntar

PENILAI 1 Dr. Suriati binti Abdul Aziz
Pensyarah Kanan Akademik, IPG Kampus Ipoh

PENILAI 2 Dr. Fauzian Hanim binti Md Yusof
Ketua Unit Penyelidikan dan Inovasi, IPG Kampus Ipoh

PENILAI 3 Norhani Rebe binti Altamiah
Ketua Unit Pengurusan Akademik, IPG Kampus Ipoh

PENCATAT Mohd Fazi bin Abu Hassan
Guru Rujukan Sekolah,SMK Tengku Menteri

ID 074 PEMBENTANG
ID 075
ID 076 Leow Tze Wei
ID 077 SMK Temenggung
SNOpA With Emoji Operations: Memudahcara Pembelajaran
Matematik Mengenai Penambahan Dan Penolakan Integer Dalam
Kalangan Murid Tingkatan Satu

Haslinda binti Ismail
SK Silibin
Teknik "Mak Dan Anak" Untuk Mencari Anu Dalam Ayat Matematik
Darab Dan Bahagi

Kho Ming Hung
SJKC Hwa Lian
Penggunaan HaTiT Dalam Menyelesaikan Masalah Matematik Yang
Melibatkan Zon Masa Bagi Murid Tahun 6

Ahmad Rizal Izra in Zakaria
SK Pendita Za’ba
Hemat Berwuduk

KOLOKIUM PENDIDIKAN 29 SEPTEMBER 2022

NEGERI PERAK 2022

ROOM 2 : KAJIAN TINDAKAN

PENGERUSI MAJLIS Muhammad Razid bin Razali
Guru Cemerlang,SK Pengkalan Aur

PENILAI 1 Dr. Anis Diyana binti Halim
Pensyarah Kanan, UPSI

PENILAI 2 TS Dr. Suhaimi bin Zakaria @ Othman
Pensyarah Kanan, Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)

PENILAI 3 Dr. Siti Khadijah binti Mohamad
Pensyarah Kanan, USM

PENCATAT Norfaiza binti Mohamed Said
Guru Cemerlang, SMK Sultan Abdullah

PEMBENTANG

ID 078 Suripah binti Muhammad

SMK Trolak
‘Teknik Ingatan Saya’ : Membantu Murid Mengingat Faktor Yang

Mempengaruhi Pengurusan Sumber Keluarga Berkesan Dalam Tajuk

Pengurusan Sumber Keluarga Dan Tempat Kediaman Tingkatan 4

ID 079 Chelvi a/p Ganesan

SMK Jalan Pasir Puteh
Penggunaan Carta ‘Belonut’ Bagi Membantu Penguasaan Murid

Dalam Topik Alat Dasar Ekonomi Tingkatan 5 Murni

ID 080 Hazaidah binti AB Hashim
SMK Mengelembu
Meningkatkan Kemahiran Menghitung Kuantiti Nutrien Dan Kuantiti
Baja Melalui Kaedah 3Step

ID 081 Yusablina binti Jalaluddin
SMK Dato’ Hj. Mohd Taib
Enhancing Form Six Smk Dato Hj. Mohd Taib Students’ Speaking Skill

Through Three-step Interview Technique

KOLOKIUM PENDIDIKAN 29 SEPTEMBER 2022

NEGERI PERAK 2022

ROOM 3 : KAJIAN TINDAKAN

PENGERUSI MAJLIS Muhammad Amin bin Abu
Guru Cemerlang, SK Lempor

PENILAI 1 Dr. Hajah Nor Aziah binti Abdul Aziz
Pensyarah Kanan, IPG Ipoh

PENILAI 2 Dr. Hasnah binti Awang
Timbalan Ketua Jabatan, IPG Ipoh

PENILAI 3

PENCATAT Mohamad Nazrul bin Suhaimi
Guru Rujukan Sekolah, SMK Gunung Rapat

ID 082 PEMBENTANG
ID 083
ID 084 Puspavalli a/p Sathival
SMK Tok Perdana
Meningkatkan Penguasaan Puisi Klasik Tamil, Ceyyul 'Araneri Charam'
Dalam Kalangan Murid Tingkatan 3A5 Dengan Menggunakan
Pembelajaran Interaktif Wordwall

Muhammad Affan bin Ahamad
SK Sungai Jejawi
Meningkatkan Penguasaan Ayat Susunan Songsang Dengan
Menggunakan “Paisang” Dalam Kalangan Murid Tahun 5

Tan Ke Er
SJKC Padang Grus
Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Asas Menulis Perkataan
Bahasa Cina Murid Tahap Rendah Melalui Kaedah Rainbow Stroke
Order Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

KOLOKIUM PENDIDIKAN 29 SEPTEMBER 2022

NEGERI PERAK 2022

ROOM 4 : PROJECT BASED LEARNING (PBL)

PENGERUSI MAJLIS Noriza binti Awang
Guru Cemerlang, SMK Anderson

PENILAI 1 Azrina binti Mohamed Zawawi
PENILAI 2 SISC+, PPD Kerian

Ra’baniah Nor binti Hamdan
SISC+, PPD Kinta Utara

PENILAI 3 Hj. Mohd Ismail bin Shahlan
SISC+ PPD Bagan Datuk

PENCATAT Nor Hazli binti Ghazali
Guru Cemerlang, SK Matang Buluh

ID 085 PEMBENTANG
ID 086
ID 087 Shuhida binti Kamaruddin, Chek Mezuin binti Hamid
ID 088 SK Seri Selamat
Keberkesanan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) "Detox Butterfly
Pea" Terhadap Kemahiran Menulis Bahasa Melayu Tahun 6

Ong Eei Siang
Kolej Tingkatan Enam Seri Putera
Pembelajaran Berasaskan Projek: Ahli Sains Muda Dan Komunikator
Sains Dalam Melestarikan Sungai

Kok Hui Sun
SJKC Chin Hua
My Portable Machine

Mohd Firdaus bin Mohd Jamil
SK Tanjong Belanja
Robot Penjaga Tanaman Air

KOLOKIUM PENDIDIKAN 29 SEPTEMBER 2022

NEGERI PERAK 2022

ROOM 5 : AMALAN TERBAIK PBD

PENGERUSI MAJLIS Komathy Veerasinghan
Guru Cemerlang, SMK Ave Maria Convent, Ipoh

PENILAI 1 Kamarul Azlan bin Ahmad
Ketua Penolong Pengarah, BPK KPM

PENILAI 2 Hajah Noor Hasiah binti Sulaiman
Ketua Unit Reka Bentuk dan Teknologi, IPG Kampus Ipoh

PENILAI 3 Hawiah @ Hawayah binti Mohd Tahir
Ketua Penolong Pengarah Jemaah Nazir, KPM

PENCATAT Norziana binti Anuar
Guru Rujukan Sekolah, SMK Sultan Abdul Aziz

ID 089 PEMBENTANG
ID 090
Asiah binti Mohamad Noor
ID 091 SMK Pangkalan TLDM
ID 092 Teknik ‘Burraq’ : Satu Kaedah Untuk Menguasai Ayat Hafazan Dalam
Mata Pelajaran Pendidikan Islam

Manoranisa binti Shuhaimi
SK Titi Gantong
Penggunaan Fail OSC4P Sebagai Alat Kawalan Pelaksanaan
Penjaminan Kualiti (4P) Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Di Kalangan
Guru Oleh Pengurusan Pbd Sekolah Kebangsaan Titi Gantong, Perak

Nurashikin Binti Muzafar
SMK Convent
Jom Skor Tp 5 & Tp 6 Dengan BIOLabPRO

Rohana binti Mohd Noordin @ M.Nuruddin
SMK Mudzaffar Shah
Memantapkan Kemahiran Bacaan Hadis Dengan Menggunakan Rubrik
Pentaksiran Yang Tepat

KOLOKIUM PENDIDIKAN 29 SEPTEMBER 2022

NEGERI PERAK 2022

ROOM 6 : AMALAN TERBAIK PRASEKOLAH

PENGERUSI MAJLIS Nurul Ashikin binti Ahmad Nasir
Guru Cemerlang, SMK Changkat Lada

PENILAI 1 Dr. Lina Lee binti Abdullah
Pensyarah, IPG Pulau Pinang

PENILAI 2 Zuhaila binti Ismail
Nazir Kanan, Jemaah Nazir Negeri Perak

PENILAI 3 Ahmad Jalalulail bin Abd Manab
Pensyarah, IPG Ipoh

PENCATAT Nor Hamizah binti Kasmin
Guru Rujukan Sekolah, SMK Slim

ID 093 PEMBENTANG
ID 094
ID 095 Azizah binti Jaafar
SK Klian Pauh
ID 096 My Pre School School Buddy Support System

Puteh binti Meh
SK Selama
Jalinan dan Jaringan Efektif

Che Azhar bin Ahmad, Juriatul Aini binti Johari
SK Seri Selamat
Akademi Tunas STEM’e - PBL Sistem Solar Akuaponik Prasekolah SK
Seri Selamat

Haji Hasbullah bin Busu
SK Serikaya
Kajian Tindakan Peningkatan Enrolmen Prasekolah

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

EGGIPHON
Dewi Hartini Bt.Mohd Razali, Nur Farhani Bt. Baharuddin, Nur Izzati Bt.

Ahmad Subri ,and Khairul Helmi B. Nabur
Sekolah Kebangsaan Gopeng Jalan Ilmu

The studies focusing on the strategy of phonics in assisting the remedial pupils in their learning
identifying letters, sounding the letters and also blending the words to make a meaning word. Systematic
synthetic phonics (SSP) has been proven beneficial in accelerating the performance of children in their
early literacy. This article presents a description of an innovation of teaching phonics that could inform
teachers on how the strategy can be optimally utilised to accelerate the performance of students who are
possibly at risk of being left behind. This reports an investigation that involve phonics in accelerating the
acquisition of early literacy skills with a group of 10 remedial pupils from Year 1 and 2 children. The
‘Eggiphon’ is a tool that will help to remember the order of the alphabets, sounding the letter (grapheme
– phoneme and blending (synthesizing ) the the sounds into words. The ‘Eggiphon’ consists of the egg
tray which function as board and the bottle tops that are written with letters of vowels, consonants ,
phoneme and grapheme. Data analysis was obtained from the observational analysis and pre and post-
tests . The ‘Eggiphon’ innovation helps the pupils in their acquisition of phonics through fun and
engaging way.

JADUAL SelFWhꝊ
Noor Zamzarina binti Zabidi, Nur Adila binti Ibrahim,

Noorul Syafini binti Musa, Nur Adibah binti Ismail
SMK Methodist (ACS) Sitiawan

Structured Query Language (SQL) di dalam Sains Komputer ialah bahasa untuk mencapai data dan
maklumat dalam pangkalan data. Selain itu, ia juga digunakan untuk menyimpan, memanipulasi dan
mendapatkan data daripada pangkalan data. Murid tingkatan tiga dan lima mempelajari topik ini melalui
standard kandungan 4.1 Pangkalan Data dan SQL dan 2.1 Bahasa Pertanyaan Berstruktur (SQL). Setelah
menyemak latihan yang diberikan ke atas murid, kami dapati mereka tidak boleh menulis pernyataan
SQL dengan tepat berdasarkan output jadual dari pangkalan data. Inovasi ini dibina bagi memberi
panduan serta memudahkan murid menulis arahan SQL baris demi baris untuk mencapai data dari
pangkalan data. Murid sering keliru dengan penggunaan arahan SQL dari aspek susunan sintaks dan
penggunaan atribut dan syarat. Masalah ini dikenalpasti melalui analisis dokumen dari Latihan Topikal 1
yang diberikan kepada murid untuk menulis arahan SQL dengan tepat berdasarkan output yang
diberikan. Metodologi kajian adalah melalui analisis dokumen terhadap Latihan Topikal 1 dan Latihan
Topikal 2 yang bertujuan untuk melihat perbezaan jawapan murid selepas menggunakan Jadual
SelFWhꝊ semasa menulis arahan SQL. Jadual SelFWhꝊ digunakan untuk memberi panduan kepada
murid menentukan arahan SQL baris demi baris dalam jadual selari dengan output yang diingini.
Analisis dokumen terhadap Latihan Topikal 2 menunjukkan peningkatan. Murid dapat menentukan
arahan SQL dengan betul dan tepat. Hasil soal selidik, murid menyatakan mereka boleh menulis arahan
SQL dengan yakin dan mudah dengan menggunakan Jadual SelFWhꝊ. Kesimpulannya, Jadual
SelFWhꝊ ini dapat membantu murid dalam menjawab soalan menulis arahan SQL.

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

IQROMOJI
Abdul Fattah bin Yunus, Sularmi binti Amir

& Noor Mahirah binti Musa
SK Sungai Batang, Selekoh

IQROMOJI adalah gabungan daripada Iqra’ dan Emoji. Iqra’ dari perkataan Bahasa Arab memberi
maksud “bacalah”. Emoji pula merupakan gambar yang memaparkan emosi-emosi yang pelbagai seperti
gembira, sedih, marah dan sebagainya. IQROMOJI merupakan satu aktiviti permainan yang
memfokuskan sebutan huruf hijaiyyah berbaris tunggal. Ia melibatkan dua mata pelajaran sekaligus,
iaitu Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Ia menggunakan emoji atau mimik muka sebagai panduan
dalam menyebut huruf hijaiyyah berbaris tunggal. Emoji tersebut ialah terkejut (surprise) yang
melambangkan sebutan baris di atas, senyum (smile) sebagai sebutan baris di bawah dan meniup (blow)
sebagai sebutan baris hadapan. Menguasai sebutan dan bacaan huruf hijaiyyah berbaris tunggal
merupakan salah satu daripada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang terdapat dalam
DSKP Pendidikan Islam Tahun 1 (Bahagian Tilawah) dan DSKP Bahasa Arab Tahun 1 (sebutan dan
bacaan). Ia merupakan asas pembelajaran bagi kedua-dua subjek ini. Justeru, murid wajib menguasainya
supaya dapat memahami pembelajaran seterusnya dengan baik. Namun, berdasarkan pemerhatian, masih
ramai murid yang keliru dengan pembacaan baris ini terutamanya murid tahap 1 dan sebahagian kecil
murid di tahap 2.Melihat kepada situasi ini, maka guru-guru Panitia Agama Islam berbincang dan
merangka untuk membina satu kaedah yang menarik atau bersifat “fun learning” untuk meningkatkan
kemahiran menyebut dan membaca huruf hijaiyyah berbaris tunggal di kalangan murid. Idea ini bermula
dengan pembentangan Ustazah Noor Mahirah ketika Program Perkongsian Amalan Terbaik Guru-guru
SK Sungai Batang diadakan pada bulan Oktober 2021 yang lalu. Aktiviti ini pada awalnya diberi nama,
“Lihat Emoji, sebut AA-BA-TA”. Konsep emoji atau mimik muka sebagai simbol baris tunggal
diterapkan. Walau bagaimanapun, Ketika ini kit permainan aktiviti masih belum diwujudkan. Setelah
persekolahan diadakan secara bersemuka semula, perbincangan Panitia bersama guru besar telah
diadakan bagi memperkembangkan idea tersebut. Hasil perbincangan dan idea daripada guru besar,
maka kit permainan diwujudkan dan dijenamakan semula sebagai “IQROMOJI”. Dengan aktiviti
permainan ini, minat murid untuk mempelajari Iqra’ dan Al-Quran dapat ditingkatkan seterusnya
menambah kemahiran mereka dalam membaca huruf hijaiyyah berbaris tunggal. IQROMOJI merupakan
salah satu permainan yang dibentuk selari dengan aktiviti PdPC berasaskan PAK 21. Aktiviti ini boleh
digunakan dalam Langkah 1 ketika PdPc dan di luar waktu pembelajaran. Konsep “fun learning”
diaplikasikan dalam permainan ini melalui aktiviti berkumpulan dan berpusatkan murid. Bagi murid
lemah, ini boleh dijadikan satu kaedah ansur maju bagi menarik minat dan meningkatkan penguasaan
mereka dalam pembacaan Iqra’.

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

INOVASI KIT PEMBELAJARAN JHBB: KIT BAHAN BANTU BELAJAR (BBB)
YANG DIGUNAKAN SEBAGAI PENDEDAHAN PEMBELAJARAN
TRILINGUAL KEPADA MURID ORANG ASLI SEMAI TAHUN 1

Muhammad Nur Asnawi bin Romly1, Mohd Asmadi bin Zainal Abidin2,
dan Nur Syazana Binti Mohammad Nazer3

1SK Pos Musoh LZ, Tapah, Perak Darul Ridzuan
2SK Pos Gedong, Bidor, Perak Darul Ridzuan
3SK Satu, Tapah, Perak Darul Ridzuan

Projek inovasi ini berkaitan inovasi Kit Pembelajaran ‘JHBB’ iaitu singkatan kepada ‘Juk Hi Blajar
Bahasa’ atau ‘Jom Kita Belajar Bahasa’. Objektif projek inovasi ini ialah sebagai bahan bantu belajar
bagi memberi pendedahan pembelajaran trilingual kepada murid Orang Asli Semai Tahun 1. Masalah
yang dihadapi oleh pengkaji sehingga mendorong inovasi dilaksanakan ialah tiadanya bahan bagi
menyokong proses pembelajaran murid Orang Asli Semai terhadap bahasa Semai, bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris secara serentak. Asasnya mudah iaitu penggunaan bahasa Semai sebagai bahasa utama
masyarakat Orang Asli Semai untuk mendedahkan murid kepada pembelajaran bahasa asing bagi
mereka iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Terdapat bukti yang nyata bahawa inovasi ini
mempunyai tahap signifikan yang tinggi dan dapat memberi faedah yang jelas kepada peningkatan
kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Inovasi ini dapat menyumbang kepada cara
bekerja yang lebih cekap, cepat, tepat dan mudah atau memperjelaskan suatu konsep dalam pengajaran
dan pembelajaran. Kajian juga mendapati inovasi ini dapat meningkatkan produktiviti,
mempermudahkan atau memperjelaskan suatu konsep dalam pengajaran dan pembelajaran dengan kos
yang sama atau lebih rendah. Dapatan kajian turut membuktikan inovasi ini telah berjaya dilaksanakan
secara percubaan dan mencapai matlamat penciptaannya. Projek inovasi ini mempunyai potensi yang
besar untuk disebar luaskan bukan sahaja kepada guru di sekolah yang sama malah kepada pihak yang
lain juga. Inovasi ini juga boleh dikomersialkan oleh pihak lain ke dalam bentuk buku bercetak yang
lebih berkualiti dari segi pencetakannya. Inovasi ini dapat melonjakkan martabat pendidikan masyarakat
Orang Asli Semai ke arus perdana.

KITAB AJAIB BAHASA ARAB
Hasnita binti Md Rejab, Suhaida binti Omar dan Noor Aini binti Awang

SK Sri Adika Raja, Gerik

Keterujaan murid sekolah rendah untuk mempelajari Bahasa Arab menuntut sedikit cabaran apabila
persekitaran tidak begitu membantu murid mendapat pendedahan di luar dan hanya tertumpu di
dalam bilik darjah sahaja. Teknik Mnemonik digunakan sebagai satu kaedah untuk membantu
mengingati perkataan yang belum pernah didengari. Manakala pendekatan didik hibur seperti nyanyian
telah digabungkan untuk membina inovasi ini. Dengan mengaplikasi Teknik Mnemonik Chaining,
kalimah yang baru dipelajari akan disusun dalam bentuk cerita dan kalimah-kalimah ini dialunkan
melalui kaedah nyanyian.Kaedah nyanyian pula adalah salah satu pendekatan didik hibur untuk
mengingat kalimah Bahasa Arab dalam masa yang singkat tetapi untuk ingatan jangka Panjang.Kedua-
dua elemen ini digunakan sebagai gabungan berkesan untuk mempelajari Bahasa Arab. Rakaman video
hasil nyanyian kalimah Bahasa Arab 20 orang murid menunjukkan mereka bermotivasi untuk belajar
bahasa yang asing bagi mereka. Data dianalisis melalui aspek sebutan dan mengenalpasti makna kalimah
menggunakan langkah yang dijalankan melalui gabungan kaedah ini. Dapatan kajian ini menunjukkan
terdapat peningkatan dalam sebutan dan mengenalpasti makna kalimah setelah inovasi Kitab Ajaib
Bahasa Arab - KAB (Magic Book) ini dipraktikkan.

Kata Kunci : KAB, KAB – Kitab Ajaib Bahasa Arab

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

FUNDEMIX MODUL
Rozziana binti Mohamad Som

SK Pos Dipang

Keberkesanan konsep Fundemix Modul dalam menghasilkan modul pembelajaran matematik Tahun 4
bagi kegunaan murid orang asli dalam PdPR yang lalu. Inovasi modul ini diilhamkan dari konsep latihan
prasekolah yang ceria diterapkan dalam membina modul pembelajaran murid Tahap 2. Penghasilan
modul yang mampu menarik minat murid untuk menyiapkan latihan dan meningkatkan pemahaman
murid dalam menjawab soalan matematik. Bermula dari pdpr 1.0, murid kurang memberi respon
terhadap modul pembelajaran yang disediakan setiap minggu. Ditambah dengan silibus matematik tahap
2 yang semakin mencabar menjadikan mereka tidak berminat belajar. Murid tidak menyiapkan latihan
dan sekaligus tidak menghantar modul yang telah diedarkan kepada mereka semasa tempoh PdPR.
Sebagai pendidik saya harus berusaha, kreatif dan inovatif agar mereka tidak terus ketinggalan dan
tercicir dalam mengikuti pembelajaran sepanjang tempoh pendemik ini. Maka terhasillah konsep
Fundemix Modul yang diinspirasikan dari latihan prasekolah dengan menggabungkan elemen grafik
yang menarik dan ceria, teks, nombor serta kepelbagaian aktiviti dalam menjawab soalan matematik
Tahap 2. Dan ternyata ianya berjaya membuatkan murid-murid semakin berminat dan seronok dalam
menjawab soalan-soalan matematik di dalam modul tersebut. Seramai 21 orang murid SK Pos Dipang,
Kampar yang terdiri dari murid orang asli Tahun 4 telah dipilih sebagai respondan. Instrumen kajian
meliputi pemerhatian, temubual dan maklum balas penggunaan modul digunakan bagi mendapatkan data
keberkesanan modul ini. Dan hasilnya amat memberangsangkan apabila peratus murid yang mengambil,
menyiapkan dan menghantar modul telah meningkat sehingga mencapai 100%. Sesungguhnya,
Fundemix Modul bukan sahaja menarik minat murid malah telah berjaya menarik minat guru-guru
terutamanya guru di pendalaman untuk menggunakan modul ini dan sehingga kini memasuki fasa
endemik, modul matematik yang berkonsepkan fundemix modul tetap menjadi pilihan para pendidik dan
murid sebagai satu lembaran kerja yang paling efektif untuk merangsang dan menarik minat murid
menyelesaikan latihan matematik.

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

HEMAT BERWUDUK
Ahmad Rizal Izra Bin Zakaria

SK Pendita Za’ba

Setiap hari umat Islam diwajibkan untuk solat fardu 5 kali sehari semalam, sebelum solat, kita
diwajibkan untuk mengambil wuduk dengan sempurna sama ada dengan menggunakan air paip atau air
yang ada di dalam kolah. Begitu juga keadaan di dalam sekolah yang mana kebiasaannya murid-murid
yang mengambil air wuduk dengan menggunakan paip air akan membuka kepala paip dengan agak kuat
sehinggakan air yang keluar dengan kuantiti yang banyak dan mengakibatkan pembaziran dalam
penggunaan air ketika berwuduk. Melihat situasi begini yang berlaku setiap kali murid-murid
mengambil wuduk maka, ahli panitia Pendidikan Islam berbincang cara untuk mengelakkan pembaziran
air ketika murid-murid berwuduk. Setelah berbincang maka terhasilah satu alat yang dinamakan hemat
berwuduk. Alat ini kebanyakan menggunakan paip PVC sama ada batang paip, penyambung L.
penyambung T, penutup paip, gabus, getah paip bersaiz 1cm, kayu pemijak dan 1 unit botol air mineral
1.5l. Alat ini dihasilkan bertujuan melatih murid-murid menggunakan air seminimum mungkin ketika
berwuduk dan mengelakkan pembaziran air. Cara alat ini berfungsi adalah dengan memasukkan air ke
dalam botol 1.5l yang diletakkan ditengah paip PVC yang disambungkan berbentuk segi empat panjang.
Pada bahagian bawah botol akan ditebuk dan dimasukkan dengan getah paip bersaiz 1cm yang berfungsi
sebagai kepala paip yang akan mengeluarkan air untuk berwuduk. Apabila pemijak ditekan maka gabus
yang menutupi permukaan botol air mineral akan terangkat. Hal ini menyebabkan air akan keluar dari
pada paip yang diletakkan di bawah botol air mineral tersebut. Sekiranya pemijak dilepaskan, maka
gabus yang menutupi botol air mineral akan tertutup dan air dalam botol mineral tadi akan berhenti
mengalir. Dengan cara ini penggunaan air dapat dijimatkan ketika murid-murid mengambil wuduk.
Murid-murid akan menggunakan air sebanyak 750ml sahaja daripada 1.5l jika murid-murid pandai
menggunakan dengan betul alat hemat berwuduk ini ketika mengambil wuduk.

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

EZI JAWI DEE
Mardiana Binti Kamil

SK Jati

Membaca, membina dan menulis perkataan jawi dengan betul, tepat dan kemas adalah standard
kandungan bagi tajuk jawi. Kemahiran ini telah diaplikasikan seawal mereka berada di Tahun Satu lagi.
Namun begitu, dalam tinjauan awal yang dibuat terdapat sebilangan murid Tahun 6 yang menghadapi
kesukaran untuk memahami dan menguasai hukum dan kaedah jawi ni dan mereka gagal mencapai
Tahap Penguasaan 3 dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah
untuk mementukan keberkesanan Kit Ezi Jawi Dee ini dalam meningkatkan keupayaan murid Tahun
Enam membaca, membina dan menulis perkataan jawi dengan betul dan tepat. Ezi Jawi Dee merupakan
bahan bantu mengajar nota yang berbentuk peta minda secara ringkas dan mudah untuk mempelajari
jawi dengan cepat. Ia dihasilkan dengan secara bahan maujud dan juga pembinaan aplikasi. Ia
merangkumi kaedah dan hukum jawi secara menyeluruh. Kajian ini mengaplikasikan reka bentuk kajian
tindakan berdasarkan empat peringkat dalam Gelung Kajian Tindakan Model Kemmis dan McTaggart
(1988).Kajian tindakan ini dijalankan keatas 5 orang murid Tahun Enam dalam suatu program selama 2
minggu. Hasil daripada ujian pra dan pos menunjukkan peningkatan yang sangat baik dan positif.Ini
menunjukkan bahawa Ezi Jawi Dee ini telah dapat meningkatkan penguasaan membaca, membina dan
menulis perkataan jawi dengan betul dan tepat dalam kalangan murid yang terlibat.Inovasi ini telah
membawa impikasi keatas peningkatan prestasi pembelajaran murid bagi kemahiran membaca, membina
dan menulis perkataan jawi dengan betul dan tepat. Oleh yang demikian, penggunaan Ezi Jawi Dee ini
perlu diperluaskankepada lebih ramai murid Tahun 1 hingga Tahun 6.

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

“KOTAK BERGETAH (RUBBERBAND BOX)” DALAM AKTIVITI RENJISAN
DAN PERCIKAN

Asihwiniy A/P Francisco
SJKT Mukim Pundut

Aktiviti renjisan dan percikan merupakan teknik penghasilan karya menggunakan berus, semburan atau
berus gigi yang melibatkan renjisan dan percikan secara sengaja menggunakan warna cair, cat atau
cairan yang dapat meninggalkan kesan ke atas permukaan sesuatu bahan. Renjisan dan percikan ialah
satu teknik menghasilkan corak tidak sengaja dengan cara menghambur titik-titik warna air yang
berselerak. Kesan warna yang direnjis atau dipercik menimbulkan corak. Reka corak mewujudkan kesan
tampak yang berbeza dan memerlukan kemahiran, kesedaran serta pengetahuan seni secara mendalam
untuk menghasilkannya dengan lebih sistematik berhubungan dengan asas rekaan dan prinsip rekaan.
Seharusnya semua murid di sekolah rendah perlu menguasai kemahiran mengaplikasikan corak tidak
terancang terutamanya dalam aktiviti renjisan dan percikan kerana ia merupakan salah satu aktiviti seni
yang mengoptimumkan kreativiti artistik yang dapat memenuhi keperluan domain kognitif, psikomotor
dan afektif murid.

Kajian ini bertujuan untuk mengatasi masalah murid dalam proses mengawal kesan percikan
warna terkeluar ke garisan luar kertas bagi menghasilkan corak renjisan dan percikan yang lebih kemas
dengan “Kotak Bergetah (Rubberband Box)”. Peserta kajian adalah terdiri daripada enam orang murid
yang terdiri daripada empat orang murid lelaki dan dual orang murid perempuan Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil, Mukim Pundut, Lumut, Perak. Instrumen kajian yang digunakan melibatkan
pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual. Hasil analisis dapatan kajian menunjukkan berlakunya
perubahan positif terhadap penghasilan karya renjisan dan percikan pada peringkat akhir kajian jika
dibandingkan dengan peringkat awal kajian. Analisis data ini disahkan melalui dapatan kajian
berdasarkan instrumen yang digunakan. Pelaksanaan tindakan intervensi dengan menggunaan “Kotak
Bergetah (Rubberband Box)” telah berjaya meningkatkan kemahiran murid merenjis dan memercik
warna pada kertas lukisan dan menghasilkan corak renjisan dan percikan yang lebih kemas. Dengan ini,
diharapkan kajian ini dapat menganjak paradigma guru ke arah pengajaran yang kualiti dan berkesan
semasa melaksanakan aktiviti renjisan dan percikan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Seni Visual.

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

MENINGKATKAN KEMAHIRAN ASAS DARAB DAN PENGUASAAN SIFIR
MURID-MURID TAHUN 2 DENGAN MENGGUNAKAN KITS

PEMBELAJARAN “MATHEMATICS COUNTING KITS” @MCK
Rozilah Binti Hashim
Sk Seri Kelebang

Inovasi yang dihasilkan ialah kits pembelajaran yang diberi nama “Mathematics Counting Kits” atau
Alat Mengira Matematik yang merupakan bahan pengajaran dan pembelajaran berfokus kepada murid
Tahun 2 bagi subjek Matematik. Bahan inovasi ini juga boleh digunapakai oleh semua lapisan murid
dalam subjek Matematik. Objektif penghasilan “Mathematics Counting Kits” ialah memperkenalkan
konsep asas darab sebagai tambah berulang disamping meningkatkan kemahiran asas darab dan
penguasaan sifir. Idea inovasi ini timbul kerana secara pemerhatian guru dalam aktiviti kepung Sifir
dikalangan murid SK Seri Kelebang menunjukkan kelemahan dalam mengingat sifir serta lemah asas
darab. Segelintir murid juga memperlihatkan operasi darab itu ialah tambah melalui lisan mahupun latih
tubi. Semua kekurangan yang dikenalpasti perlu ditangani sebelum parah. Bahan inovasi yang dihasilkan
adalah berdasarkan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Matematik Tahun 2E bagi
mengatasi dilema asas darab diperingkat awal dikalangan murid. Bahan asas yang digunakan untuk
menghasilkan kits ini hanya terdiri daripada bahan terbuang papan telur. Bahan lain terdiri daripada
pembilang berwarna warni bertujuan menarik minat murid dan papan nombor. Murid Tahun 2E telah
dipilih sebagai testimoni. Murid Tahun 2E belum mempelajari Topik 2.0 kemahiran asas (darab).
Setelah tunjuk cara guru, murid tersebut boleh melaksanakan operasi darab satu digit dengan satu digit
tanpa bantuan guru. Pembelajaran kendiri berlaku dalam keadaan kelas terkawal dan menyeronokkan.
Murid belajar sambil membentuk pengalaman kekal dengan penggunaan bahan “Mathematics Counting
Kits” yang mudah dan berwarna warni. Penggunaan bahan ini telah memberi impak yang positif kepada
peningkatan keberkesanan tahap penguasaan asas darab dalam kalangan murid Tahun 2E dalam dapatan
akhir kerja murid. Murid juga menunjukkan minat sepanjang pembelajaran dan meminta untuk
melaksanakannya sendiri tanpa bantuan guru sehingga tamat soalan yang diberikan. Murid cepat faham
istilah darab. Impak kepada guru, ia mampu meningkat keyakinan guru dalam pengajaran dan
pembelajaran dan boleh menjimatkan masa mengajar kerana disitu berlaku pembelajaran kendiri
dikalangan murid. Kesimpulannya hasil inovasi ini bukan sahaja dapat mengatasi masalah pembelajaran
murid malah mengilap kreativiti dan inovasi guru untuk membina kefahaman murid dalam proses
pembelajaran. Justeru memberi manfaat kepada pencipta inovasi, guru-guru Matematik, sekolah-sekolah
dan kepada pihak yang berkenaan termasuk PPD, JPN dan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam
menuju ke arah dunia pendidikan berorientasikan STEM bagi memantapkan Sains dan Matematik di
kalangan murid sekolah sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA STRUKTUR AYAT MUDAH DI
DALAM PENULISAN BAHASA INGGERIS MENGGUNAKAN
KAEDAH TRI-SENCE
Wan Rohaini binti Wan Abdul Aziz
SK Changkat Tin

Kajian ini dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran murid membina struktur ayat mudah dalam
penulisan Bahasa Inggeris bagi menghadapi persediaan untuk ke Tahap 2. Kebanyakan murid
menganggap penulisan Bahasa Inggeris ada sesuatu yang sukar dan mereka tidak mahu mencuba
menulis ayat mudah secara berstruktur kerana kurangnya kosa kata Bahasa Inggeris dan tidak
memahami penggunaan adjective, nouns, verbs dan adverbs dalam sesuatu ayat. Penguasaan yang lemah
dalam asas grammar Bahasa Inggeris merupakan masalah yang sering berlaku di kalangan murid-murid
di sekolah rendah. Inovasi Tri-Sence atau Triangle Sentence boleh memantapkan kefahaman murid
tentang kemahiran tatabahasa (grammar) asas sekaligus meningkatkan lagi kemahiran membina struktur
ayat mudah menggunakan tatabahasa asas tersebut. Kajian ini juga boleh meningkatkan kosa kata di
kalangan murid. Kajian ini melibatkan 15 orang murid dari kelas Tahun 3 Al-Khawarizmi di salah
sebuah sekolah rendah di Perak. Kajian ini menggunakan kaedah triangle (segitiga) yang meliputi
penggunaan tatabahasa noun (kata nama), adjectives (kata sifat), verb (kata kerja) dan adverb (kata
keterangan). Setelah murid mahir dengan semua tatabahasa asas tersebut, murid boleh membina struktur
ayat mudah yang lebih gramatis dan tersusun. Kajian ini menggunakan kaedah gabungan yang
melibatkan data kuantitatif dan kualitatif. Data kuantitatif diperoleh daripada markah murid sebelum dan
selepas inovasi. Manakala data kualitatif diperoleh daripada pemerhatian di dalam kelas dan temubual
bersama murid. Murid mampu menguasai kaedah Tri-Sence ini dan dapat membina struktur ayat mudah
di dalam penulisan Bahasa Inggeris dengan lebih baik.

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

PENGGUNAAN HaTiT DALAM MENYELESAIKAN MASALAH MATEMATIK
YANG MELIBATKAN ZON MASA BAGI MURID TAHUN 6
Kho Ming Hung
SJKC Hwa Lian

Kaedah HaTiT merupakan suatu kaedah inovasi dalam mata pelajaran Matematik. Ia boleh diaplikasikan
dalam tajuk masa dan waktu dengan standard pembelajarannya ialah menyelesaikan masalah harian
melibatkan zon masa. Disebabkan kaedah HaTiT merupakan kaedah matematik berbentuk Hashtag, oleh
itu, ia diberi nama HaTiT di mana mewakili akronim bagi “Hashtag Table in Time”. Setelah
menggunakan kaedah garis nombor, terdapat beberapa isu telah dibangkitkan. Murid mengalami
kesusahan dalam menganalisis maklumat dalam ayat matematik. Justeru, murid sukar untuk
menghubungkait soalan matematik dengan pengetahuan sedia ada dan membawa kepada kegagalan
dalam penyelesaian masalah matematik. Kaedah HaTiT bertujuan untuk membantu murid dalam
memahami dan menganalisis maklumat ayat matematik supaya murid dapat menyelesaikan masalah
dengan lebih sistematik. Selain itu, kaedah ini juga memudahkan murid untuk membuat penyemakan
semula. Kaedah HaTiT terdiri daripada dua cara penyelesaian, murid mempunyai kebebasan untuk
memilih cara yang lebih senang atau lebih sesuai untuk diri sendiri untuk mendapatkan jawapan yang
tepat. Dalam tajuk masa dan waktu, murid sentiasa terdedah kepada soalan matematik yang memerlukan
murid mencari tarikh dan masa tempat destinasi dengan keadaan maklumat seperti tempoh masa
penerbangan, tarikh dan masa penerbangan, tempat bertolak, tempat destinasi dan zon masa diberikan.
Untuk menyelesaikan masalah sebegini, murid boleh mengaplikasikan kaedah HaTiT dengan melukis
garisan berbentuk Hashtag. Setelah pendedahan kaedah ini kepada murid, guru mendapati bahawa
kebanyakan murid dapat menyelesaikan masalah dalam masa yang lebih singkat. Kelemahan bagi
kaedah ini ialah ia mengambil masa dalam membuat garisan berbentuk hashtag. Oleh itu, guru boleh
menggalakkan murid membuat garisan dengan menggunakan pen atau pensel warna dan mengisi
maklumat dengan menggunakan pensel supaya boleh dipadamkan dan diguna semula.

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

SMART SPKR
SISTEM PENGGERA KESELAMATAN RUMAH

Noraini Binti Ibrahim
SMK Dato’ Idris Pengkalan Baharu

Menservis Peralatan Elektrik Domestik (MPED) adalah satu daripada mata pelajaran elektif vokasional
di sekolah menengah akademik. Mata pelajaran ini adalah lanjutan dan peluasan kepada mata pelajaran
Reka Bentuk Teknologi (RBT) di sekolah menengah rendah. Namun, melalui pemerhatian dan
pengalaman guru yang mengajar subjek ini, murid menghadapi masalah lantaran bahan maujud tidak
dibekalkan oleh pihak kementerian semenjak Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
diperkenalkan pada tahun 2019. Selain itu, murid tidak dapat membayangkan peralatan sebenar dan
fungsi SPKR ini. Oleh sebab itu, penyelidik telah mereka bentuk sebuah model permainan pendidikan
yang diinovasikan daripada konsep Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) iaitu pembelajaran berpusatkan
murid. Inovasi SMART SPKR Sistem Penggera Keselamatan Rumah ini direka khusus berdasarkan
keprihatinan penyelidik terhadap masalah yang dihadapi oleh murid Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
MPED. Kaedah yang digunakan penyelidik adalah melalui kaedah pemerhatian, ujian pra-ujian pasca
dan temu bual. Responden kajian yang terlibat dalam kajian ini ialah 19 orang murid tingkatan 503.
Hasil dapatan melalui penggunaan inovasi ini di dalam kelas mendapati inovasi ini berkesan untuk
meningkatkan penguasaan murid bagi topik SPKR. Selain itu, penggunaan inovasi ini menjadikan
suasana pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan, santai dan ceria. Hasil temu bual bersama
guru menunjukkan inovasi SMART SPKR memberi impak yang positif kepada guru dan murid
terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru, inovasi ini dapat memanfaatkan
pendekatan alternatif untuk mengajar topik SPKR . Selanjutnya, inovasi ini dapat menjadi pemacu
kepada bidang kemahiran elektrik untuk terus maju dan berjaya.

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

SNOpA WITH EMOJI OPERATIONS: MEMUDAHCARA PEMBELAJARAN
MATEMATIK MENGENAI PENAMBAHAN DAN PENOLAKAN INTEGER

DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN SATU
LEOW TZE WEI
SMK Temenggong

Kajian ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi tambah dan tolak integer
dalam kalangan murid Tingkatan Satu. Seramai 17 orang murid kelas 1 Theta di SMK Tun Perak,
Padang Rengas dijadikan sebagai kumpulan sasaran. Kajian memfokuskan kepada isu kelemahan murid
untuk melakukan operasi tambah dan tolak ke atas integer. Murid keliru menggunakan garis nombor
untuk melakukan pergerakan anak panah berdasarkan simbol. Kaedah penggunaan garis nombor tidak
sesuai jika melibatkan nombor integer berangka besar. Tinjauan awal dilaksanakan melalui ujian pra
selepas murid belajar menggunakan garis nombor bagi melakukan penambahan dan penolakan integer.
Hasil tinjauan awal, mendapati murid keliru memberi jawapan yang melibatkan tanda positif (+) dan
negatif (-). Murid gagal memahami operasi yang terlibat jika berlaku gabungan operasi tambah dan
tolak. Pelaksanaan tindakan difokuskan kepada inisiatif guru untuk memperkenalkan kaedah SNOpA
with Emoji Operations. SNOpA merupakan langkah pengiraan dalam bentuk lazim. Manakala, Emoji
Operations digunakan untuk mengenal pasti operasi terlibat apabila berlakunya pertemuan antara tanda
positif dan negatif. Kaedah ini terbukti memudahkan pengiraan dimana dapatan ujian pasca
menunjukkan peningkatan bilangan soalan yang dijawab dengan betul. Dapatan soal selidik daripada
guru-guru yang berpengalaman mengenai kaedah ini diperolehi dan dianalisis. Temu bual murid
dilaksanakan setelah belajar kaedah SNOpA with Emoji Operations. Selain itu, kos bahan inovasi yang
rendah dan tahap kebolehgunaan adalah sangat tinggi di mana templat SNOpA dapat disediakan dalam
masa yang singkat dengan hanya menggunakan kertas. Kaedah ini juga dapat diaplikasikan dalam
pengiraan yang melibatkan topik Persamaan Linear dan Ungkapan Algebra.

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

TEKNIK “MAK DAN ANAK” UNTUK MENCARI ANU
DALAM AYAT MATEMATIK DARAB DAN BAHAGI

Haslinda Binti Ismail
SK Silibin

Konsep Anu merupakan satu istilah yang mula diperkenalkan dalam pembelajaran matematik sejak di
tahun 3 sehingga ke tahun 5 pembelajaran matematik sekolah rendah. Meskipun konsep ini telah lama
diperkenalkan, didapati murid-murid tahun 5 di sekolah ini masih mengalami kesukaran dalam mencari
nilai “anu” yang tepat terutama melibatkan operasi darab dan bahagi. Salah satu kekangan murid bagi
mencari nilai anu dengan menggunakan teknik biasa ialah murid masih belum mempelajari konsep
nombor negatif yang mula dipelajari semasa di sekolah menengah. Objektif inovasi teknik “Mak dan
Anak” ini ialah bagi memudahkan murid tahun 5 mencari nilai “anu” dalam ayat matematik darab dan
bahagi. Kemahiran ini akan diajar didalam kelas menggunakan teknik mencari “anu” biasa dan
seterusnya dengan menggunakan teknik “Mak dan Anak”. Keberkesanan kaedah pembelajaran yang
digunakan akan dinilai berdasarkan bilangan jawapan betul yang dapat diberikan murid selepas satu-satu
Teknik pengajaran dilaksanakan. Teknik yang mendapat jawapan betul yang paling banyak akan dinilai
mempunyai keberkesanan yang lebih tinggi dalam meningkatkan kefahaman murid dalam mencari nilai
anu. Keunikan teknik ini ialah ianya mengaitkan proses mencari anu dengan situasi semasa dengan
mengungkapkan nombor yang besar nilainya sebagai “Emak” sementara nombor kecil nilainya
dipanggil sebagai “Anak”. Berdasarkan keputusan ujian, didapati murid yang menggunakan teknik
“Mak dan Anak” mendapat purata markah yang lebih tinggi berbanding menggunakan teknik biasa.
Murid lebih mudah memahami dan mengingat kaedah mencari anu menggunakan teknik “Mak dan
Anak”. Murid juga berasa seronok belajar dan secara tidak langsung meningkatkan motivasi murid
mempelajari subjek matematik.

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

PENGGUNAAN CARTA ‘BELONUT’ BAGI MEMBANTU PENGUASAAN
PELAJAR DALAM TOPIK ALAT DASAR EKONOMI TINGKATAN 5 MURNI

Chelvi A/P Ganesan
SMK Jalan Pasir Puteh

Mata pelajaran Ekonomi merupakan salah satu mata pelajaran Elektif Ikhtisas peringkat menengah atas
yang akan diuji dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Salah satu subtopik dalam isi
kandungan Tingkatan 5, iaitu 5.3 Alat Dasar Ekonomi dalam Bab 1 Ekonomi dan Kerajaan merupakan
konten yang agak mencabar untuk diterangkan kepada murid. Murid perlu memahami isi kandungan
subtopik ini bagi memudahkan mereka menjawab soalan-soalan peperiksaan di samping memahami
keadaan ekonomi negara dan dunia secara umumnya. Guru telah mendapati masalah ini wujud di
kalangan 27 murid 5 Murni SMK Jalan Pasir Puteh menerusi kaedah pemerhatian dan soal-jawab verbal.
Kaedah Flip Note yang digunakan sebelumnya tidak menampakkan hasil yang diharapkan guru. Maka,
setelah melakukan refleksi kali kedua, guru telah mewujudkan Carta Belonut sebagai bahan bantu
mengajar dengan tujuan membantu murid memahami gambaran keseluruhan subtopik 5.3. Guru percaya
peta minda atau carta dapat digunakan dengan mudah bagi membimbing murid melihat pelaksanaan dan
perkaitan alat dasar ekonomi sewaktu inflasi dan deflasi atau kemelesetan ekonomi dengan mudah. Carta
ini dilengkapi dengan bahagian-bahagian yang tertentu dan simbol agar membantu murid melihat
perkaitan antara setiap konsep yang diterangkan guru. Guru mendapati Carta Belonut telah memberi
maklumbalas positif dan guru bercadang untuk terus menambahbaik carta ini bagi tujuan pengajaran dan
pembelajaran.

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA PEMIKIRAN DALAM PDP SAINS
TAHUN 5 (KEMANDIRIAN SPESIES HAIWAN) BAGI MURID LEMAH
Hafifah Binti Mat Hassan
SK Lubok Kawah

Penggunaan peta pemikiran sebagai pemudahcara dalam pembelajaran Sains telah dilaporkan sebagai
satu alat pembelajaran yang berkesan terutamanya kepada murid-murid yang lemah. Penggunaan simbol
verbal dan visual dalam peta pemikiran membantu murid-murid yang lemah ini mengingat atau
mencapai semula maklumat dalam proses pembelajaran.
Tujuan penyelidikan ini dijalankan untuk membantu meningkatkan pengetahuan, pemahaman dan
ingatan murid yang lemah dengan penggunaan peta pemikiran dalam pembelajaran Sains. Data
dikumpul menggunakan kaedah pemerhatian, temubual dan analisis dokumen.
Bilangan sampel adalah seramai 5 orang yang terdiri daripada murid-murid yang pencapaian agak lemah
dalam mata pelajaran Sains Tahun 5 dan mengalami kesukaran untuk memahami konsep Sains yang
diajar.
Hasil dapatan kajian menunjukkan penggunaan peta pemikiran dapat menarik minat murid, membantu
meningkatkan pengetahuan, pemahaman dan ingatan murid berkaitan topik yang diajar dan murid dapat
belajar dengan lebih efektif. Penggunaan peta pemikiran ini juga membantu guru menambah baik teknik
penyampaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGHITUNG KUANTITI NUTRIEN DAN
KUANTITI BAJA MELALUI KAEDAH 3STEP
Hazaidah binti Abu Hashim
SMK Menglembu

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid dalam sub topik Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran, Standard Pembelajaran 1.3.8, iaitu menghitung kuantiti nutrien
yang terdapat dalam satu formulasi baja. Seramai 10 orang murid yang mengambil mata pelajaran
Pertanian dari kelas 4K1 SMK Menglembu dan terdiri daripada 6 orang murid lelaki dan 4 orang murid
perempuan terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui kaedah pemerhatian,
temubual dan semakan dokumen lembaran latihan. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak memahami
kehendak soalan dan seringkali terkeliru dalam penggunaan formula antara menghitung kuantiti nutrien
dengan menghitung kuantiti baja. Ini menyebabkan mereka sentiasa salah dalam menulis jawapan
terhadap topik ini. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan kemahiran
mengenalpasti kehendak soalan dan maklumat yang diperlukan dengan betul dan seterusnya
meningkatkan tahap penguasaan murid terhadap topik pengiraan baja di kalangan murid Pertanian 4K1.
Kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh satu bulan. Keputusan Penilaian 2 menunjukkan peningkatan
ketara dalam prestasi murid terhadap topik ini. Dapatan kajian juga menunjukkan dengan kaedah 3STEP
didapati reaksi dan respon murid terhadap kaedah pengajaran pengkaji adalah jauh lebih baik.

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

MECHANISM OF MUSCLE CONTRACTION ACCORDING TO THE SLIDING
FILAMENT HYPOTHESIS BY PROCESS WRITING IN 6AB2 to 6AB4 OF
SMJK SAM TET
Kong Yee Leng, Mithra Rajandran
SMK Sam Tet

The purpose of this study is to provide an insight to survey the process of essay writing in mechanism of
muscle contraction according to the sliding filament hypothesis and the relationship with Biology
achievement. This study provides an insight to see the difference in the form of progress of Biology
achievement through the pre-test and post-test conducted in 6AB2 to 6AB4. There are about 36 Form
Six students in 6AB2 to 6AB4 in SMJK Sam Tet which are involved in the study. The instrument used
in this study was an essay with blanks in the form to be filled up by students with topic mechanism of
muscle contraction. The overall findings of the action research shows a positive relationship with the
Biology students’ achievement. The findings can be concluded that students received an average
percentage of higher marks in the post-test (91.67%) of the 3 classes compared to the average percentage
in the pre-test (26.67%) of the 3 classes based on the quizzes. The implication of this study is to assess
students’ suitable learning strategy to be further integrated into the competitive Biology education
approach to increase the Biology achievement.

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK TERRARIUM MEMBANTU
MENINGKATKAN PENGUASAAN DAN PENGLIBATAN MURID TAHUN 5

DALAM TOPIK SIRATAN MAKANAN
Mohamad Syahmil Bin Zakaria
SK Nakhoda Muhammad Taib

Kajian tindakan ini dilaksanakan bagi melihat sejauh mana pendekatan pembelajaran berasaskan projek
dalam meningkatkan penguasaan dan penglibatan murid tahun 5 Ibnu Sina dalam topik siratan makanan
bagi mata pelajaran Sains. Topik ini dipilih kerana di dapati majoriti murid-murid kelas 5 Ibnu Sina
tidak menglibatkan diri secara aktif seterusnya tidak menguasai topik-topik sains dalam tema Sains
Hayat. Kumpulan sasaran adalah seramai 31 orang murid tahun 5 yang terdiri daripada pelbagai tahap
pencapaian. Kajian ini telah dilaksanakan selama 7 minggu bermula 1 Jun 2022 sehingga 15 Julai 2022.
Data dikumpul melalui pemerhatian, ujian pra dan pasca, analisis dokumen dan soal selidik. Data-data
yang dikumpul dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Triangulasi data dilakukan bagi meningkatkan
kesahan hasil dapatan dan keputusan kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan pendekatan
pembelajaran berasaskan projek ini berjaya meningkatkan penguasaan dan penglibatan murid tahun 5
Ibnu Sina dalam topik siratan makanan. Kesimpulannya, pendekatan pembelajaran berasaskan projek
telah meningkatkan penguasaan dan penglibatan murid tahun 5 Ibnu Sina dalam topik siratan makanan.
Implikasi kajian ini adalah pendekatan pembelajaran berasaskan projek perlu digunakan secara meluas
agar dapat meningkatkan penguasaan dan penglibatan murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

JALURMATH MEMBANTU MENINGKATKAN KEMAHIRAN OPERASI
DARAB DALAM KALANGAN ENAM MURID MASALAH PEMBELAJARAN

PPKI SEKOLAH KEBANGSAAN SERI INTAN
Muhammad Anas Murugan Bin Abdullah
SK Seri Intan, Teluk Intan

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran operasi darab dalam
kalangan murid Program Pendidikan Khas Integrasi melalui pendekatan JALURMATH . Kemahiran
sifir merupakan asas yang penting dalam Matematik. Tinjauan awal telah dilakukan melalui
pemerhatian, latihan bertulis dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid-murid kurang mahir
dalam penyelesaian operasi darab. Kesukaran mengingat sifir menyebabkan murid-murid mengambil
masa yang panjang untuk menyelesaikan soalan yang berkaitan pendaraban. Suatu perancangan tindakan
dibuat bagi meningkatkan kemahiran operasi darab. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kualitatif
di mana sampel kajian ini terdiri daripada 6 orang murid Masalah Pembelajaran dalam Program
Pendidikan Khas Integrasi dan dijalankan di sebuah Sekolah Rendah Kebangsaan. Data kajian
dikumpulkan melalui pemerhatian, analisis dokumen, dan hasil murid. Dapatan kajian ini telah
membuktikan bahawa JALURMATH sangat membantu murid-murid menyelesaikan soalan – soalan
operasi darab malah meningkatkan semangat belajar mereka. Secara kesimpulannya, kaedah yang sesuai
dan seronok dapat membantu para guru untuk menarik minat murid serta mampu menjadikan pengajaran
dan pembelajaran lebih efektif.


Click to View FlipBook Version