KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
PENGINTEGRASIAN PROSES REKABENTUK KEJURUTERAAN (
ENGINEERING DESIGN PROCESS) DENGAN PEMBELAJARAN
BERASASKAN PROJEK BAGI PENGUASAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI
DALAM PEMBELAJARAN BIOLOGI
Nadira binti Ismail
SMK Toh Muda Abdul Aziz, Sungai Siput
Pembangunan modal insan yang berdaya saing dan kompeten dalam bidang Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bergantung kepada penguasaan ilmu dan konsep serta penguasaan
terhadap kemahiran abad ke-21 seperti kemahiran kolaborasi, kemahiran berkomunikasi, kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif serta pemikiran komputasional. Kemahiran komunikasi adalah salah
satu kemahiran yang penting untuk murid mempunyai nilai kompetitif di peringkat global. Kemahiran
komunikasi boleh dipupuk dalam pembelajaran yang bukan hanya berorientasikan pembangunan
kemahiran kognitif tetapi lebih kepada praktikal. Namun begitu, didapati kemahiran komunikasi murid
masih rendah terutamanya dalam menyoal dan mengeluarkan idea dalam melaksanakan tugasan yang
diberikan guru. Antara sebabnya adalah kurang pendedahan teknik kemahiran komunikasi kepada
murid. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk melihat bagaimana integrasi Proses Rekabentuk Kejuruteraan
dalam pembelajaran berasaskan projek subjek Biologi dapat meningkatkan tahap serta memperluaskan
kemahiran komunikasi murid. Seramai 15 orang murid tingkatan empat yang mengambil subjek Biologi
telah dijadikan sebagai subjek kajian. Murid dikehendaki mencipta produk makanan dari proses
fermentasi dan seterusnya memasarkan produk tersebut kepada warga sekolah. Kaedah kajian
dilaksanakan secara kuantitatif dan kualitatif. Data secara kuantitatif diperolehi daripada Rubrik
Penilaian Kemahiran Komunikasi. Hasil temu bual semi struktur dianalisis secara bertema. Kajian
mendapati, kesemua murid berjaya memperolehi tahap kemahiran komunikasi dengan yang tinggi. Hasil
analisis temu bual mendapati, murid berupaya memperluaskan kemahiran komunikasi mereka. Mereka
memperolehi maklumat daripada pelbagai sumber termasuk guru subjek lain dalam melaksanakan
projek mereka. Kesimpulan kajian ini mendapati bahawa integrasi Proses Rekabentuk Kejuruteraan
dalam pembelajaran berasaskan projek mampu meningkatkan kemahiran komunikasi dalam pelbagai
aspek seterusnya dapat memberikan impak positif terhadap perkembangan STEM di dalam negara
Malaysia.
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
MENINGKATKAN PENGUASAAN MENDARAB PECAHAN DALAM
KALANGAN MURID TAHUN 5 MENGGUNAKAN TEKNIK BOW-TIE
Noor Fariza binti Ahmad Sharif
Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist, Ipoh
Mendarab pecahan merupakan satu kemahiran yang sangat penting dalam mata pelajaran Matematik.
Kemahiran ini diperlukan untuk menjawab soalan dalam kebanyakkan topik seperti pecahan, peratus,
wang, ukuran panjang, jisim dan isipadu. Kegagalan menguasai kemahiran mendarab pecahan akan
menyebabkan kesukaran murid untuk menyelesaikan masalah matematik. Kajian ini bertujuan untuk
mengatasi masalah mendarab pecahan dalam kalangan murid kumpulan sederhana di Sekolah
Kebangsaan Perempuan Methodist Ipoh dengan menggunakan teknik Bow-Tie. Rekabentuk kajian yang
telah digunakan di dalam kajian ini ialah dengan menggunakan rekabentuk kajian tindakan. Fokus kajian
ini adalah untuk melihat bagaimanakah murid tahun 5 dapat menyelesaikan soalan mendarab pecahan
dengan menggunakan teknik Bow-Tie. Kumpulan sasaran pelaksanaan kajian ialah seramai 19 orang
murid tahun 5 di kelas 5 Progresif pada tahun 2022. Data yang dikumpul dalam pelaksanaan kajian ini
adalah menggunakan soalan kuiz yang dianalisis secara deskriptif. Dapatan data daripada kajian yang
telah dijalankan menunjukkan pelaksanaan intervensi yang digunakan ini telah berjaya meningkatkan
penguasaan dan pencapaian murid tahun 5 Progresif dalam operasi mendarab pecahan serta dapat
menambah baik amalan guru di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dari aspek
merangka, merancang dan melaksanakan aktiviti tersebut dengan baik tanpa menjejaskan elemen isi
kandungan DSKP kurikulum yang telah ditetapkan.
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
MAGIC RULER: MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TAHUN SATU
DALAM MENAMBAH DAN MENOLAK NOMBOR DALAM LINGKUNGAN 100
Noorrezan Bt Othman
Sk Alor Pongsu, Bagan Serai
Operasi asas menambah dan menolak merupakan topik yang sangat penting dalam Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran sekolah rendah. Topik Operasi Asas Nombor telah mula diajar sejak dari
tahun 1 hingga tahun 6. Namun begitu masih terdapat murid Tahap 1 dan Tahap 2 yang tidak memahami
dan menguasai konsep dalam operasi tambah dan tolak. Magic Ruler ini disediakan untuk guru
Matematik sekolah rendah bagi membantu murid menguasai fakta dan konsep sekaligus memenuhi
peringkat tertinggi dalam pembelajaran iaitu penyelesaian masalah matematik dalam topik nombor yang
merupakan topik yang paling penting untuk dikuasai oleh murid. Fokus kajian adalah untuk
meningkatkan kefahaman murid dalam menambah dan menolak nombor bulat dalam lingkungan 100
hanya dengan menggerakkan anak panah pada magic ruler sama ada secara ke depan atau ke belakang.
Seramai 10 orang murid Tahun 1 SK Alor Pongsu telah terpilih menjadi sampel kajian. Dapatan awal
menunjukkan murid belum mencapai tahap penguasaan minimum dalam ujian pra yang dijalankan
Metadologi yang digunakan ialah pemerhatian tingkahlaku ketika pdpc dan temubual selepas PDP
manakala ujian pra dan ujian pos dijalankan untuk menguji konsep dan kefahaman murid dalam
menambah dan menolak nombor.Ujian pos menunjukkan peningkatan ketara dalam penguasaan konsep
menambah dan menolak. Justeru penggunaan Magic Ruler mampu menarik minat murid dalam PDP
matematik. Maka penggunaan Magic Ruler mampu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dan
murid secara kritis dan kreatif. Reka bentuk Magic Ruler ini yang ringan dan mudah dibawa amat
bersesuaian digunakan oleh pelbagai tahap murid termasuk dalam aktiviti pengayaan dan pemulihan..
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
KEBERKESANAN JADUAL ULANGKAJI KENDIRI YANG SELARAS BAGI
MENINGKATKAN PENCAPAIAN MATEMATIK TAMBAHAN DALAM
PEPERIKSAAN SPM AMBILAN 2021
Noorul Huda Binti Mohd Hashim
SMK Taman Tasik, Taiping
Keputusan Peperiksaan Percubaan SPM bagi murid-murid tingkatan 5 (2021) menunjukkan pencapaian
yang kurang memberangsangkan di dalam mata pelajaran Matematik Tambahan. Antara rungutan yang
diterima daripada murid-murid adalah mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk menjawab
soalan peperiksaan. Masalah ini mungkin berpunca daripada kurangnya persediaan yang rapi oleh
murid-murid untuk setiap kali menghadapi peperiksaan.
Dengan ini idea Jadual Ulangkaji Kendiri yang selaras telah dibuat untuk persediaan sebelum
peperiksaan SPM bagi mencapai objektif kajian iaitu untuk meningkatkan pencapaian murid bagi subjek
Matematik Tambahan dengan kaedah persediaan yang rapi. Murid telah disediakan Jadual Ulangkaji
Kendiri yang selaras dan setiap topik telah disusun selama empat minggu. Sebagai bahan bantu bagi
Jadual Ulangkaji Kendiri ini, penyusunan modul soalan topikal daripada soalan Percubaan SPM Negeri
dan video penyelesaian soalan Percubaan SPM Negeri telah dibina untuk rujukan murid. 30 orang murid
dipilih secara rawak daripada 2 kelas yang berbeza untuk membandingkan pencapaian mereka
berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan SPM 2021 dan keputusan peperiksaan SPM 2021.
Analisis data telah dibuat dengan menggunakan perisian Statistical Pakage For Social Studies (SPSS).
Hipotesis kajian ini adalah untuk melihat sama ada Jadual Ulangkaji Kendiri yang selaras ini memberi
impak atau tidak kepada pencapaian murid. Hasil dapatan daripada kajian ini, didapati bahawa
terdapatnya peningkatan pencapaian murid dalam Matematik Tambahan pada peperiksaan SPM 2021
berbanding peperiksaan percubaan SPM 2021. Selaian daripada itu dapat dibandingkan dalam kumpulan
jantina murid di mana pencapaian murid perempuan adalah lebih baik daripada pencapaian murid lelaki.
Kesimpulan yang dapat dibuat daripada kajian ini, adanya Jadual Ulangkaji Kendiri yang selaras untuk
murid-murid, serba sedikit telah membantu bagi proses meningkatkan pencapaian murid terutamanya
dalam subjek Matematik Tambahan amnya.
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENULISAN PSEUDOKOD DAN CARTA
ALIR MELALUI JADUAL MIPOT SECARA BERKUMPULAN BAGI MATA
PELAJARAN ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 2A4
Norfatihah Binti Idris
SMK Menglembu
Bidang algoritma dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran bagi mata pelajaran Asas
Sains Komputer (ASK) Tingkatan Dua merangkumi kaedah membina algoritma melalui pseudokod dan
carta alir dalam penyelesaian masalah. Topik ini mula dipelajari oleh murid sejak tingkatan 1
sehinggalah tingkatan 3 dan perlu dikuasai oleh murid yang mengambil mata pelajaran ini. Hasil
pemerhatian pengkaji, kebanyakan murid menghadapi masalah untuk menulis pseudokod dan carta alir.
Terdapat kekangan mempelajari topik perwakilan data sekiranya seseorang murid itu tidak menguasai
penulisan pseudokod dan carta alir ini. Sejajar dengan itu, kajian tindakan dibuat dengan
memperkenalkan Jadual MIPOT bagi membantu murid dalam topik ini. Perkataan “MIPOT” adalah
akronim daripada “Mula Input Proses Output Tamat”. Jadual MIPOT diperkenalkan untuk
meningkatkan kemahiran murid dalam penulisan pseudokod dan carta alir bagi penyelesaian masalah.
Responden kajian terdiri daripada 15 orang murid yang terdiri daripada murid kelas 2A4 yang
mengambil mata pelajaran Asas Sains Komputer. Kajian ini juga mengenalpasti keberkesanan jadual ini
apabila dilaksanakan secara berkumpulan. Pembelajaran berkumpulan melibatkan suatu kumpulan di
mana murid bertukar-tukar idea melalui perbincangan, saling bekerjasama dan membantu untuk
menyelesaikan masalah. Pengumpulan data kajian dilakukan melalui pemerhatian dan soal selidik yang
diedarkan secara atas talian. Analisis kajian menunjukkan bahawa murid lebih mudah memahami tajuk
ini kerana ia mampu menarik minat murid apabila mengggunakan teknik ini secara berkumpulan.
Kesimpulannya, penggunaan Jadual MIPOT secara berkumpulan dapat meningkatkan kemahiran murid
dalam penulisan pseudokod dan carta alir.
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR G-Ubah
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK UBAHAN
TINGKATAN 5 KSSM
Norazhani Binti Ibrahim
SMK Methodist (ACS) Parit Buntar
Matematik Ubahan merupakan topik yang paling senang difahami. Walaubagaimanapun, terdapat
segelintir murid sukar untuk menguasai konsep asas yang perlu dikuasai dalam tajuk Ubahan Matematik
KSSM Tingkatan 5. Murid kurang bermotivasi apabila pengajaran dilaksanakan semasa guru mengajar
tajuk Ubahan. Murid kelihatan bosan dan kurang berminat untuk memahami dan menguasai tajuk
Ubahan.
Objektif kajian tindakan dilakukan adalah untuk menarik minat murid belajar Matematik dan mengusai
konsep asas dalam tajuk Ubahan Matematik KSSM Tingkatan 5. Bahan bantu mengajar yang dinamakan
sebagai G-Ubah direka bagi membantu guru mendapatkan hasil maksimum semasa kajian dijalankan.
Perkataan G-Ubah di ambil dari perkataan G-“Game” atau pemainan, manakala Ubah di ambil dari
singkatan tajuk Ubahan. Kaedah pelaksanaan juga berbeza dengan membuat ujian Pra secara individu
dan Ujian Pos secara berkumpulan.
Aktiviti murid secara berkumpulan semasa Ujian Pos membolehkan murid melalui satu pengalaman
bekerjasama dalam kumpulan dan murid diberi peluang meneroka sepuas-puasnya aktiviti tersebut.
Hasil dapatan menunjukkan bahawa 100 peratus murid murid Kelas 5V1 menunjukkan peningkatan
markah Ujian Pos berbanding Ujian Pra.
Kesimpulannya, kajian tindakan telah berjaya meningkatkan kefahaman murid dalam menguasai konsep
Ubahan dalam Mata Pelajaran Matematik. Penggunaan bahan bantu mengajar G-Ubah juga boleh
disebar luas untuk mata pelajaran lain seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan, Fizik dan boleh digunakan oleh guru “Relief” kerana bahan bantu mengajar ini sangat ringan
dan mudah dibawa ke mana sahaja.
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
SOS KLCC: MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGECAMAN CORAK
ALGORITMA SEARCH DAN SORT MURID TINGKATAN 3RK2
TINGKATAN 5 KSSM
Ros Emiliana Kartina Binti Mohamed
SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah
Algoritma merupakan salah satu bab yang terdapat dalam sukatan mata pelajaran Asas Sains Komputer
Tingkatan 3. Algoritma merupakan urutan langkah demi langkah bagi menyelesaikan suatu masalah atau
tugas. Pemerhatian awal guru menunjukkan murid keliru untuk menentukan sama ada algoritma yang
diberikan dalam soalan merujuk kepada algoritma search atau sort kerana tidak menguasai pengecaman
corak algoritma tersebut. Pengecaman corak algoritma search dan sort penting dalam menulis pseudokod
dan melukis carta alir sebuah kod atur cara. Kajian tindakan ini dilakukan untuk membantu murid
meningkatkan kemahiran pengecaman corak algoritma search dan sort menggunakan mnemonic SOS
KLCC. Dengan menggunakan kaedah kajian tindakan, guru menjalankan ujian pra, ujian pasca dan
pemerhatian ke atas 21 orang murid Tingkatan 3RK2 untuk menguji keberkesanan penggunaan
mnemonic SOS KLCC bagi membantu murid meningkatkan kemahiran pengecaman corak untuk topik
algoritma seterusnya membantu murid menjawab soalan peperiksaan dengan lebih mudah. Kajian ini
mendapati pengaplikasian mnemonic SOS KLCC yang mewakili ciri-ciri utama algoritma search dan
sort dilihat dapat membantu murid menguasai topik dan kemahiran pengecaman corak dalam pemikiran
komputasional dengan lebih baik. Kajian seperti ini dilihat dapat menyediakan alternatif kaedah
pengajaran untuk membantu guru dalam pengajaran dan memaksimumkan proses pembelajaran serta
penguasaan dalam kalangan murid.
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
‘TEKNIK INGATAN SAYA’ : MEMBANTU MURID MENGINGAT FAKTOR
YANG MEMPENGARUHI PENGURUSAN SUMBER KELUARGA BERKESAN
DALAM TAJUK PENGURUSAN SUMBER KELUARGA DAN TEMPAT
KEDIAMAN TINGKATAN 4
Suripah Binti Muhammad
SMK Trolak,Sungkai
Kajian Tindakan ini dijalankan setelah mengenalpasti masalah pembelajaran Sains Rumah Tangga
Tingkatan 4 dalam Bab 2, tajuk Pengurusan Sumber Keluarga Dan Tempat Kediaman, di SMK Trolak,
Sungkai, Perak. Fokus kajian ini adalah penyelesaian kepada masalah atau soalan yang diberikan
sekaligus menarik minat murid untuk melibatkan secara aktif dalam PdPc. Masalah utama murid adalah
murid hilang minat dan hilang fokus kerana gagal mengingat Faktor Utama Pengurusan Sumber
Keluarga. Populasi kajian terdiri daripada 12 orang murid Tingkatan 4 Ibnu Rushd yang mengambil
aliran SRT. Pemilihan sampel murid adalah 5 orang yang dipilih berdasarkan markah Ujian Pra yang
sangat rendah iaitu markah 0 hingga 2. Intervensi yang telah diambil oleh pengkaji ialah dengan
memperkenalkan Teknik Ingatan Saya. Dapatan dikumpulkan berdasarkan ujian pra dan ujian pos. Hasil
kajian selepas teknik ini digunakan ialah didapati daya ingatan murid semakin tinggi sekaligus menarik
minat murid untuk terus belajar. Perbandingan dapatan ujian pra dan pos telah menggambarkan kaedah
ini dapat membantu murid mengatasi kelemahan mereka dalam mengingat fakta. Diharapkan dengan
menggunakan Teknik Ingatan Saya ini dapat memberi lebih peluang kepada murid untuk menjawab
soalan berkaitan tajuk Faktor Pengurusan Sumber Keluarga Berkesan.
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
ENHANCING FORM SIX SMK DATO HJ. MOHD TAIB STUDENTS’
SPEAKING SKILL THROUGH THREE-STEP INTERVIEW TECHNIQUE
Yusablina Binti Jalaluddin
SMK Dato Hj Mohd Taib Chemor
This research was carried out to assist the students in enhancing their speaking skills in responding to
Part 1 in their MUET Speaking Test by using three-step interview. There were 6 students who were
involved. Early observations had been carried out through speaking exercises in classrooms. Through
the observations, it was seen that the students were having difficulty in fulfilling the two tasks- Part 1
(Individual Presentation) and Part 2 (Group Discussion). Thus, this research focuses on enhancing the
students' speaking skills in Part 1, that is the Individual Presentation. In this task, the students need to be
able to have the skills of stating and justifying their points of view. 5 lessons were carried out by using
the three-step interview technique. Students show their understanding and positive attitude -towards
participating in all the activities carried out in the lessons. Lessons via three-step interview technique
should be carried out more often especially in introducing speaking skill to the new form six students as
it gives a clearer guideline to the students in mastering English Language as their second language in
speaking and writing.
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
FAKTA GANTT : MENINGKAT KEMAHIRAN MENGINGAT FAKTA MATA
PELAJARAN PENGAJIAN PERNIAGAN PELAJAR SEMESTER 1 PELAJAR
TINGKATAN 6 BK2
Azlina Binti Ariffin
Kolej Tingkatan Enam Seri Putera, Ipoh
Kajian ini bertujuan untuk menambah baik amalan PdPc guru menggunakan Fakta Gantt bagi
meningkatkan kemahiran Mengingat Fakta dalam mata pelajaran Pengajian Perniagaan. Kumpulan
sasaran seramai 20 orang murid Tingkatan 6BK2 semester 1. Data yang dikumpulkan dalam kajian ini
menggunakan kaedah kuantitatif dan kualititatif. Tinjauan awal guru menggunakan kaedah analisis
dokumen kertas Peperiksaan Percubaan Semester 1 dan kaedah pemerhatian iaitu melihat gaya
pembelajaran pelajar. Selain itu, kaedah soal selidik juga digunakan untuk mendapat maklum balas
pelajar selepas menggunakan Fakta Gantt. Dapatan kajian mendapati aktiviti yang telah dirancang dalam
kajian ini menunjukkan keputusan peperiksaan mata pelajaran Pengajian Perniagaan semester 1 telah
berlakunya peningkatan prestasi. Dalam peperiksaan Pengajian Perniagaan Semester 1 2022. Oleh itu,
Fakta Gantt ini akan diperkenalkan kepada pelajar Semester 2 dan 3 bagi membantu pelajar
meningkatkan daya ingatan semasa mengulang kaji dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
lebih menarik.
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
MELUKIS LUKISAN DIGITAL DENGAN PERISIAN IBISPAINT X
(DI KALANGAN MURID TINGKATAN DUA)
Collin Chong Voon How
SMK Seri Keledang
Kajian tindakan ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran murid melukis lukisan digital dengan
menggunakan perisian percuma iaitu Ibispaint X. Objektif umum bagi kajian ini adalah meningkatkan
kemahiran melukis lukisan digital dalam sesuatu sesi pengajaran dan pemudahcaraan(pdpc) Pendidikan
Seni Visual dan semangat ingin mencuba melukis dengan menggunakan teknik melukis yang moden ini.
Kajian kali ini, pengkaji fokus kepada murid menengah rendah berbanding dengan kajian pengkaji pada
tahun 2019 iaitu menengah atas. Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah mengarahkan murid
untuk muat turun perisian percuma Ibispaint X di google playstore. Kajian ini telah dilaksanakan ke atas
4 orang murid tingkatan 2 2022, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keledang. Pengkaji telah
menggunakan satu instrument utama dalam menganalisis dapatan kajian iaitu temu bual. Hasil analisis
dapatan kajian, pengkaji mendapati berlaku peningkatan yang ketara selepas intervensi dijalankan.
Dapatan kajian menunjukkan kaedah penggunaan perisian Ibispaint dalam menghasilkan karya digital
dapat meningkatkan minat, dan kemahiran dalam seni digital di kalangan murid menengah rendah.
Murid menunjukkan minat ulang menghasilkan karya demi mendapat hasil yang lebih baik lagi. Justeru
disarankan semua pihak yang bertanggungjawab menjalankan sesi pdpc Pendidikan Seni Visual
menggunakan kaedah ini untuk semua tingkatan.
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
FOSTERING STUDENTS’ COMPREHENSION STRATEGIES VIA ONLINE
LITERATURE CIRCLES
Ho Lai Ying
SMJK Nan Hwa, Sitiawan
Online literature circles are meetings for a group of students to discuss the reading texts that they have
read independently. This study explored the comprehension strategies implemented by a group of ESL
students during online literature circles. The findings showed that the students implemented different
comprehension strategies such as questioning, evaluating, using prior knowledge, predicting, making
connections, interpreting, visualising, inserting oneself in the text and summarising during the
discussions. The role sheets used during the online literature circles also assisted the students to enhance
their comprehension strategies. Conducting online literature circles provide opportunities for students to
implement comprehension strategies and this approach allows students to be more engaged in their
learning
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
THE INTEGRATION OF WEB 2.0 TOOLS IN THE FORM 4 ENGLISH
LANGUAGE COLLABORATIVE WRITING ACTIVITIES TO IMPROVE
WRITING SKILLS AMONG LOW PROFICIENCY LEARNERS : AN ACTION
RESEARCH
Mohana Ram Murugiah
SMK Perempuan Methodist Ipoh
The purpose of this study is to examine the use of web 2.0 tools for collaborating writing activities
during online learning sessions. The study involves 24 low – proficiency four form students who
underwent three cycles of intervention after problem was identified in the teacher’s style of teaching.
The activities for the intervention were carried out taking into account the process writing approach.
Before the collaborative writing tasks pupils were required to develop the elementary skills required for
writing such as grammar, vocabulary as well as sentence structures. Students’ development was assess
by examining their essays in the pretest and posttest, student interviews as well as teacher’s own
reflective journal. The outcome of the study showed that the use of online tools to develop writing skill
sthrough collaborative writing activities were proven to be effective.
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID DALAM SUBJEK BAHASA
INGGERIS DALAM KALANGAN MURID PEMULIHAN TAHUN 1
MENGGUNAKAN PENDEKATAN QuDS (QUIZZIZ DENGAN SUARA)
Mohamad Azrul Azuan bin Mohamad Asri
SK Parit, Perak Tengah
Kajian Tindakan ini dijalankan adalah untuk membantu murid-murid pemulihan di dalam kelas Tahun 1
Juara yang menghadapi masalah membaca. Disebabkan masalah membaca yang murid-murid pemulihan
ini alami, mereka tidak dapat menjawab soalan-soalan bertulis yang diberikan oleh guru. Jadi, satu
pendekatan QuDS telah diperkenalkan kepada murid-murid pemulihan ini di mana guru menggunakan
aplikasi Quizziz tetapi dengan menambah suara guru ke dalam aplikasi tersebut. Kajian ini melibatkan
seramai 6 orang murid pemulihan di dalam kelas Tahun 1. Kajian ini menggunakan pendekatan
kualitatif dan kuantitatif. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah pemerhatian dan
temubual. Di akhir kajian, murid-murid pemulihan menunjukkan peningkatan yang agak
memberansangkan di dalam kefahaman mereka dalam topik Bahasa Inggeris Tahun 1. Diharapkan
kajian ini dapat menambah baik pendekatan guru dalam perancangan PdPC mereka.
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
MENINGKATKAN PENGUASAAN AYAT SUSUNAN SONGSANG DENGAN
MENGGUNAKAN “PAISANG” DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5
Muhammad Affan bin Ahamad
SK. Sungai Jejawi, Teluk Intan
“PAISANG” dicipta untuk membantu para murid menguasai topik ayat susunan biasa dan ayat susunan
songsang dengan lebih baik iaitu menekankan belajar sambil bermain. “PAISANG” ini amat sesuai
dimainkan secara berkumpulan agar dapat mewujudkan kerjasama bagi menyelesaikan sesuatu masalah
(pembelajaran koperatif dan sosial) dan membentuk pengetahuan baharu berdasarkan pembelajaran
sedia ada dan menekankan scaffolding. Reka bentuk kajian tindakan ini adalah kuantitatif dan kualitatif
yang melibatkan murid tahun 5. Ia melibatkan kaedah pengumpulan data iaitu ujian pra dan ujian pasca,
pemerhatian turut dan soal selidik. Inovasi “PAISANG” amat mudah digunakan kerana ringan dan
mudah dibawa dan digunakan. “PAISANG” amat membantu pencapaian para murid dalam penguasaan
topik ayat susunan songsang bagi subjek Bahasa Melayu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
kemahiran bahasa dapat dikuasai oleh murid iaitu kemahiran membaca dan menulis, kemahiran sosial
yang positif dalam kalangan ahli kumpulan mewujudkan pembelajaran Abad Ke-21, memberi
keseronokan, memudahkan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) serta melahirkan murid Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT). Ia berpotensi untuk disebarluaskan kepada murid sekolah berhampiran iaitu
sekolah anak sungai yang berada di kawasan Teluk Intan, boleh digunakan oleh murid pemulihan kerana
membantu mereka menyusun perkataan bagi membentuk ayat yang mudah dan boleh digunakan oleh
murid tahun enam. Diharapkan ia dapat memberi manfaat kepada guru dan murid yang
menggunakannya.
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TAHUN 6 DLP DALAM BACAAN
MAD 4 DAN 5 HARKAT
Muhammad Affandi Md Ujang
Sekolah Kebangsaan Gopeng, Jalan Ilmu
Penguasaan hukum tajwid merupakan asas penting bagi murid ketika mentilawahkan al-Quran. Namun,
kandungan ilmu tajwid yang kompleks menjadikan murid keliru dalam menentukan hukum dan cara
bacaan mad 4 dan 5 harkat. Justeru, kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk membuat
penambahbaikan kepada amalan guru-penyelidik dalam usaha membimbing murid untuk mengenal pasti
hukum dan cara bacaan mad 4 dan 5 harkat dengan betul. Pembinaan jadual Tanda, Huruf dan Rumah
(THR) merupakan inisiatif guru sebagai intervensi dan pemudah cara kepada murid untuk mengeluarkan
kalimah mad wajib dan mad jaiz daripada al-Quran seterusnya dapat membaca kalimah dengan
sempurna. Model kajian tindakan dengan satu kitaran tindakan-refleksi merangkumi enam langkah
utama iaitu proses memerhati, mereflek, bertindak, menilai, mengubahsuai dan merancang tindakan
baharu bagi menjawab persoalan kajian. Pengumpulan data di buat secara kualitatif seperti pemerhatian
tidak berstruktur, rakaman foto dan dokumen hasil kerja murid. Seterusnya data dianalisis secara
penulisan naratif untuk melihat perkembangan bimbingan yang dijalankan kepada lapan orang murid
dari kelas enam DLP. Implikasi kajian adalah penting kepada guru-penyelidik dalam melihat proses
pengubahsuaian amalan pengajaran kendiri dengan menggabungkan kaedah tradisional seperti talaqqi
musyafahah dan bahan bantu mengajar yang dibangunkan iaitu jadual THR. Secara keseluruhannya,
terdapat impak positif dalam penguasaan murid melalui latihan dan bacaan secara individu.
Perkembangan ini merupakan pembelajaran utama guru-penyelidik sebagai guru pendidikan Islam
dalam meningkatkan kemahiran pedagogi dan penyampaian kandungan pelajaran bagi murid sekolah
rendah.
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN ASAS MEMBACA BAHASA
CINA MURID TAHAP RENDAH MELALUI KAEDAH PEMBELAJARAN
TERANJAK (FLIPPED CLASSROOM) DALAM KONTEKS PDPR
Ooi Rou Yin
Sekolah Kebangsaan Gopeng, Jalan Ilmu
Kajian tindakan ini dilaksanakan untuk mengkaji cara penggunaan kaedah pembelajaran teranjak
(Flipped Classroom) yang dapat membantu murid tahap rendah untuk menguasai kemahiran asas
membaca Bahasa Cina. Sasaran kajian ini merupakan 9 orang murid tahun dua dari sebuah SJK(C)
daerah Larut Matang dan Selama, Perak, yang tidak berupaya untuk memahami isi tersurat dan
menaakul isi tersirat teks. Justeru, mereka menghadapi kekangan semasa menjawab soalan pemahaman.
Tempoh kajian ini adalah selama tiga bulan. Melalui kaedah pengumpulan data yang berbentuk rekod
PdP, lembaran kerja murid dan rekod temu bual, didapati bahawa penetapan satu objektif pembelajaran
yang jelas, media pembelajaran kendiri dalam bentuk video dan tugasan amali dapat membantu murid
untuk menguasai kemahiran memahami isi tersurat dengan lebih efektif. Selain itu, adanya sistem
ganjaran dan platform pembentangan tugasan jenis umum dapat memotivasikan murid untuk
menjalankan pembelajaran kendiri tanpa memerlukan pengawasan orang dewasa. Tambahan lagi, PdPR
bersemuka yang berasaskan soalan murid serta digerakkan oleh tugasan meningkatkan keberkesanan
membantu murid menguasai kemahiran menaakul isi tersirat teks. Pengkaji mendapati, interaksi antara
murid masih tidak mencukupi untuk perkongsian idea, justeru komuniti pembelajaran secara atas talian
perlu dibentuk.
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
MENINGKATKAN PENGUASAAN PUISI KLASIK TAMIL, CEYYUL
‘ARANERI CHARAM’ DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN 3A5
DENGAN MENGGUNAKAN PEMBELAJARAN INTERAKTIF WORDWALL
Puspavalli a/p Sathival
SMK Tok Perdana
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan minat dan tahap pemahaman murid mengenai puisi klasik,
Ceyyul ‘Araneri Charam’ Tingkatan 3 melalui pembelajaran interaktif wordwall. Seramai 18 orang
murid dari Tingkatan 3A5, SMK Tok Perdana, Perak telah dipilih sebagai responden. Tinjauan awal
dilaksanakan melalui kaedah pra-ujian. Hasil daripada analisis markah pra-ujian didapati kesemua murid
3A5 belum menguasai penuh puisi klasik, Ceyyul ‘Araneri Charam’. Tinjauan kedua dilaksanakan
dengan menjalankan pasca-ujian. Pelaksanaan tindakan difokuskan kepada inisiatif guru menjalankan
pembelajaran interaktif menggunakan aplikasi wordwall. Hasil kajian menggunakan kaedah
pembelajaran ini menunjukkan kesemua 18 orang murid 3A5 dapat menunjukkan peningkatan markah
dalam pemahaman dan pengingatan fakta dalam topik Ceyyul ‘Araneri Charam’. Kajian ini diharap
dapat disebarluar kepada guru-guru dan murid-murid dalam usaha untuk membantu guru dalam
pengajaran dan memaksimumkan proses pembelajaran supaya murid dapat menguasai puisi klasik ,
Ceyyul menggunakan grafik dan rajah secara interaktif.
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
MENINGKATKAN PENGUASAAN PELAJAR 6 ATAS 2 DALAM
MEMBEZAKAN JENIS-JENIS KATA KERJA AKTIF MENGGUNAKAN
FORMULA “ PIRAMID KATA KERJA AKTIF”
Roziyaton Niza bt. Abdul Rahman
SMK Kampong Pasir Puteh, Ipoh.
Kajian ini bertujuan untuk menambah baik amalan PdP saya dalam pengajaran Kata Kerja Aktif iaitu
salah satu tajuk yang agak mengelirukan para murid disebabkan setiap jenis kata kerja itu ada yang
menggunakan imbuhan yang sama tetapi membentuk kata kerja yang berbeza. Saya menggunakan
“Formula Piramid Kata Kerja Aktif” dengan menjadikan 7 akronim sebagai lambang kepada jenis- jenis
kata kerja tersebut. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk Kajian Tindakan yang
melibatkan kumpulan sasaran seramai 12 orang murid 6 Atas 2 SMK Kampong Pasir Puteh, Ipoh pada
tahun 2022. Data yang digunakan dalam kajian ini diperoleh daripada markah Ujian Diagnostik, Ujian
Pos 1 dan Ujian Pos 2. Markah yang diperoleh daripada ketiga-tiga ujian tersebut telah dianalisis secara
diskriptif. Dapatan kajian mendapati bahawa aktiviti yang telah dirancang dalam kajian ini telah
membantu guru dalam menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran dari aspek merangka,
merancang, dan melaksanakan strategi yang berpusatkan murid tanpa menjejaskan elemen isi kandungan
yang perlu dikuasai oleh para murid. Formula Piramid Kata Kerja Aktif ini bukan sahaja membantu para
murid untuk menguasai topik Kata Kerja Aktif bahkan dapat membantu saya memahami proses
pelaksanaan kajian Tindakan secara keseluruhannya.
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
THE EFFECTIVENESS OF PICTIONARY GAME IN THE TEACHING OF
CONCRETE NOUNS AMONG YEAR 2 PUPILS
Shalini a/p Poobalan
SK RPS Kemar, Gerik
Teaching of nouns is very crucial as nouns are considered as one of the basic elements in the learning of
English language. Teaching English as second language to young learners in Malaysia is often
challenging due to learners’ inability to understand unfamiliar words and short attention span. This study
was conducted by Shalini a/p Poobalan from Sekolah Kebangsaan RPS Kemar, Gerik on a group of
Year 2 pupils aged 8-year-old to identify the effectiveness of using Pictionary game to teach concrete
nouns. As most of the pupils in Year 2 class are weak in concrete nouns, the researcher implements
Pictionary Game as the teaching strategy. The aim of this research is to determine either the usage of
Pictionary game is effective or not to enhance the pupils’ understanding on concrete nouns and to
discover their interest in using games. 32 respondents were selected for this study. The study engaged
the quasi-experimental method which involved two-group pretest-posttest design and self-administered
questionnaire. Data were then analysed using SPSS version XXV. The findings indicated that the usage
of Pictionary game had a significant effect on pupils’ score in learning of concrete nouns. With the
intervention of Pictionary game, the achievement scores for the experimental group improved
significantly as compared to the scores of the control group. Nevertheless, the study did not find any
significant difference in achievement scores in concrete nouns between genders after the use of
Pictionary game. In conclusion, this study establishes evidence that educational games such as
Pictionary is appropriate in helping young learners to learn new English words and teachers should use it
as a strategy to make the students interested in learning English especially concrete nouns.
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN ASAS MENULIS
PERKATAAN BAHASA CINA MURID TAHAP RENDAH
MELALUI KAEDAH RAINBOW STROKE ORDER
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Tan Ke Er
SJKC Padang Grus
Kajian ini bertujuan untuk membantu murid yang lemah dalam menguasai kemahiran asas menulis
perkataan Bahasa Cina yang merupakan satu komponen penting dalam mata pelajaran Bahasa Cina.
Sampel kajian melibatkan seramai 7 orang murid dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan
awal telah dibuat melalui ujian pra yang menunjukkan murid lemah dalam penguasaan urutan stroke
dalam penulisan perkataan Bahasa Cina. Melalui tinjauan awal, didapati murid menghadapi masalah
pengingatan urutan stroke perkataan menyebabkan pembelajaran pasif murid terhadap pengajaran dan
pembelajaran formal dalam kelas. Oleh itu, kaedah Rainbow Stroke Order diperkenalkan kepada murid
sebagai satu cara untuk mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi murid terutama murid tahap
rendah. Kajian juga telah menjalankan pelan tindakan berdasarkan kaedah yang diperkenalkan dan
mendapati penguasaan kemahiran murid dalam menulis perkataan mengikut urutan stroke semakin
memuaskan jika dibandingkan dengan sebelumnya. Murid tersebut lebih menunjukkan sikap positif
dengan menunjukkan pembelajaran aktif untuk menguasai kemahiran menulis perkataan Bahasa Cina
dan mempunyai keyakinan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
PENGGUNAAN e-SEMAK
TERHADAP PEMUPUKAN MINAT DAN PENGLIBATAN MURID
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
DI RUMAH (PdPR)
Zuraida binti Abdul Latif
SMK Ahmad Boestamam, Perak
E-Semak merupakan aplikasi web Google yang mengadaptasikan penggunaan pangkalan Data Studio
dalam rangka memvisualisasikan data kehadiran dan tugasan murid. Berdasarkan fungsi ini, maka kajian
ini diwujudkan bagi melihat sejauh mana kesan penggunaan e-Semak di kalangan 25 orang murid dari
kelas 2A2 yang mengikuti subjek Pendidikan Islam di sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad
Boestamam Perak. Kajian ini juga ingin mengenal pasti faktor kekangan murid dalam menggunakan
e-Semak dalam sesi PdPR yang dijalankan. Pengumpulan data kajian dilakukan melalui instrumen
analisis dokumen, pemerhatian dan soal selidik yang diedarkan secara atas talian. Dapatan instrumen
pemerhatian jelas menunjukkan tahap penurunan yang ketara dalam jumlah ketidakhadiran murid
daripada 8 (32%) orang kepada 2 (8%) orang murid sahaja selepas intervensi dilakukan. Analisis SPSS
pula menunjukkan tahap persepsi murid terhadap kesan penggunaan e-Semak berada pada tahap
sederhana tinggi sama ada dalam pemupukan minat dan membantu pembelajaran PdPR (min=4.245;
s.p=0.443) atau meningkatkan penglibatan mereka (min=4.05; s.p=0.405). Sementara itu, dapatan
analisis turut mendapati permasalahan capaian internet menjadi faktor utama yang menghalang
kekerapan murid dalam menggunakan e-Semak dalam sesi PdPR. Kesimpulannya, pelaksanaan e-Semak
sebagai bahan bantu mengajar (BBM) yang dapat menyokong pembudayaan ICT wajar diteruskan
memandangkan sistem ini dapat menjadi platform yang sesuai bagi menggantikan kaedah manual sedia
ada dalam merekod bahkan menvisualkan data kehadiran dan tugasan PdPR.
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
PENGGUNAAN e-SEMAK
TERHADAP PEMUPUKAN MINAT DAN PENGLIBATAN MURID
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
DI RUMAH (PdPR)
Zuraida binti Abdul Latif
SMK Ahmad Boestamam, Perak
E-Semak merupakan aplikasi web Google yang mengadaptasikan penggunaan pangkalan Data Studio
dalam rangka memvisualisasikan data kehadiran dan tugasan murid. Berdasarkan fungsi ini, maka kajian
ini diwujudkan bagi melihat sejauh mana kesan penggunaan e-Semak di kalangan 25 orang murid dari
kelas 2A2 yang mengikuti subjek Pendidikan Islam di sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad
Boestamam Perak. Kajian ini juga ingin mengenal pasti faktor kekangan murid dalam menggunakan
e-Semak dalam sesi PdPR yang dijalankan. Pengumpulan data kajian dilakukan melalui instrumen
analisis dokumen, pemerhatian dan soal selidik yang diedarkan secara atas talian. Dapatan instrumen
pemerhatian jelas menunjukkan tahap penurunan yang ketara dalam jumlah ketidakhadiran murid
daripada 8 (32%) orang kepada 2 (8%) orang murid sahaja selepas intervensi dilakukan. Analisis SPSS
pula menunjukkan tahap persepsi murid terhadap kesan penggunaan e-Semak berada pada tahap
sederhana tinggi sama ada dalam pemupukan minat dan membantu pembelajaran PdPR (min=4.245;
s.p=0.443) atau meningkatkan penglibatan mereka (min=4.05; s.p=0.405). Sementara itu, dapatan
analisis turut mendapati permasalahan capaian internet menjadi faktor utama yang menghalang
kekerapan murid dalam menggunakan e-Semak dalam sesi PdPR. Kesimpulannya, pelaksanaan e-Semak
sebagai bahan bantu mengajar (BBM) yang dapat menyokong pembudayaan ICT wajar diteruskan
memandangkan sistem ini dapat menjadi platform yang sesuai bagi menggantikan kaedah manual sedia
ada dalam merekod bahkan menvisualkan data kehadiran dan tugasan PdPR.
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
“GREEN ARENA COMPOST”
Shella Devi A/P Govindarajan
Sk Silibin
Sisa makanan semakin meningkat dan tidak diurus dengan menggunakan kaedah yang baik, ia
menyebabkan sampah yang dibuang ke tapak pelupusan sampah semakin meningkat.Sisa makanan
bukan sekadar sampah yang kita hasilkan atau terkumpul semasa atau selepas makan.Banyak lagi
perkara yang boleh dianggap sebagai sisa makanan atau bahan makanan yang ditolak.Selain itu, kerajaan
juga telah mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk mengurus sisa-sisa berkenaan.Oleh itu,
mewujudkan satu kesedaran kepada murid-murid prasekolah mengenai kepentingan menguruskan sisa
makanan dengan lebih baik supaya alam sekitar dijaga melalui pembelajaran Pendidikan Alam
Sekitar.Pembelajaran berasaskan projek ini dijalankan di Prasekolah Seri Cahaya,Sk Silibin daerah
kinta utara.Murid-murid yang terlibat adalah terdiri daripada 25 orang murid prasekolah iaitu 7 orang
murid berusia 5 tahun dan 18 orang murid prasekolah berusia 6 tahun dan seramai 20 orang
ibubapa.Dengan ini, projek “ Green Arena Compost”ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti
pengurangan sisa makanan yang dihasilkan masyarakat setempat dengan menggunakan kaedah tanah
kompos.Tanah kompos ini digunakan untuk menghasilkan tanaman seperti halia bentong dan
terung.Permasalahan ini menunjukkan bahawa pengendalian sisa makanan yang dilakukan kebanyakkan
masyarakat masih tidak menggunakan kaedah yang betul.Projek ini dijalankan sebagai satu usaha
menyelesaikan permasalahan pembuangan sisa makanan dengan lebih berkesan. Selain itu, mewujudkan
kesedaran di kalangan murid-murid prasekolah permasalahan yang dihadapi di negara dan
tanggungjawab menjaga alam sekitar.Metodologi kajian berbentuk dengan persampelan berfokus untuk
memperolehi data dalam kajian ini.Data primer merupakan data yang paling dominan iaitu data asli yang
dicerap dari lapangan.Data primer ini diperolehi melalui pemerhatian dan gambar projek.Kaedah
pemerhatian dalam projek ini telah dibahagikan kepada tiga fasa iaitu sebelum,semasa dan selepas
projek.Antara cadangan penambaikan adalah “Green Arena Compost” perlu dijadikan amalan terbaik
setiap murid di rumah masing-masing. Selain itu, melalui hasil tanaman yang ditanam menjalankan
program keusahawaan menjual hasil tanaman kepada masyarakat setempat..
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
EATING HABITS AND LIFE STYLE FOR HEALTHY HEART
Noor Hafizah binti Hussain
SMK Raja Chulan
Sejak 2005, penyakit jantung menjadi salah satu punca utama kematian dalam kalangan rakyat Malaysia.
Didapati, isu ini berkait rapat dengan tabiat pemakanan dan gaya hidup seseorang. Secara asasnya murid
maklum tentang situasi ini tetapi masih mengamalkan tabiat pemakanan dan gaya hidup yang kurang
baik. Berdasarkan idea ini, Pentaksiran Berasaskan Projek (PBL) dipilih untuk dilaksanakan dengan
melibatkan 9 kumpulan yang terdiri daripada 39 murid dari kelas 3KAA dan 3RK. Setelah beberapa
guru Tingkatan Tiga duduk bersama merungkai DSKP masing-masing, 4 mata pelajaran dipilih untuk
bergabung dalam 1 PBL iaitu Sains (DLP) sebagai mata pelajaran utama diikuti Matematik (DLP),
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Bahasa Inggeris. Pelaksanaan PBL ini akan memberi
pendedahan yang lebih mendalam tentang jenis, sebab, dan kaedah mengelakkan penyakit jantung.
Melalui PBL, murid dapat meningkatkan kesedaran tentang jantung yang sihat dan disebarkan kepada
seluruh warga sekolah. PBL juga bertujuan merangsang murid untuk belajar secara aktif dan
menyeronokkan, memandangkan murid-murid ini antara yang terkesan dengan pelaksanaan PdPr sejak
2020. Maka, PBL secara tidak langsung dapat membina ruang dan peluang agar murid lebih yakin dan
berani menyuarakan pendapat di hadapan orang ramai. PBL ini melibatkan 5 fasa yang telah
dilaksanakan sepanjang 3 minggu yang mana guru memberi penerangan projek, murid mencari bahan,
menyediakan bahan, membuat pembentangan dan penilaian oleh guru. Refleksi yang baik diterima
daripada murid selepas pembentangan. Murid menyatakan peningkatan dari segi keyakinan diri,
kerjasama antara ahli kumpulan, dan kesungguhan setiap murid menyiapkan tugasan wajar diberi pujian.
Kesimpulannya, PBL ini diharap dapat memberi impak positif meningkatkan kesedaran tabiat
pemakanan dan gaya hidup yang baik menyumbang kepada jantung yang sihat.
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
EKSPLORASI BUMI
Norizam Binti Abdullah
SMK Pengkalan Hulu.
Pembelajaran berasaskan projek dapat menggalakan murid berfikir, menghayati dan bertindak
seterusnya mengintegrasikan maklumat serta kandungan pembelajaran. Namun, ramai murid
beranggapan bahawa setiap mata pelajaran perlu diajar secara berasingan dan tiada kesinambungan
antara satu sama lain. Sebenarnya terdapat topik-topik dalam mata pelajaran tertentu boleh digabungjalin
dan diajar secara bersama, seperti projek ini yang menggabungkan 5 mata pelajaran iaitu Geografi,
Sains, Asas Sains Komputer, Pendidikan Seni Visual dan Bahasa Melayu. Objektif utama projek ini
adalah untuk membina model 3 dimensi dan permainan interaktif yang dapat menunjukkan kesan
pergerakan plat tektonik. Model 3D tersebut perlu mempunyai kesinambungan antara lima mata
pelajaran gabungan. Seramai 19 orang murid dari tingkatan 1 Zaaba yang dipecahkan kepada 6
kumpulan telah dijadikan responden. Kajian ini dilaksanakan secara kualitatif dan kuantitatif. Data
kuantitatif dikumpul dengan menggunakan student’s voice melalui google form manakala data kualitatif
melalui analisis dokumen penjurian PBL. Pada awal projek, seramai 53% murid berpendapat bahawa
setiap mata pelajaran tidak mempunyai kesinambungan dan perlu belajar secara berasingan. 63% tidak
berminat dengan tajuk bumi dalam mata pelajaran Geografi dan Sains. 79% menyatakan tajuk kod
arahan dalam mata pelajaran ASK sangat sukar dikuasai dan membosankan. Namun, selepas projek ini
dijalankan 100% murid dapat membina sendiri model 3D dan permainan interaktif menggunakan
aplikasi scratch. Dapatan juga menunjukkan impak positif pada kemenjadian murid apabila hasil
pembentangan 2 kumpulan responden telah memenangi kategori produk inovatif, 2 kumpulan lagi
mendapat jolokan pembentangan terbaik. Manakala 2 kumpulan lain masing-masing memenangi
kategori kaloboratif terbaik dan eco-friendly product dengan julat markah 76-95%. Kesimpulannya,
projek ini telah membantu murid dalam membina model pembelajaran sendiri dan permainan interaktif
dalam mengukuhkan pemahaman sedia ada dan harus diperkasakan
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK
EMPANGAN HIDROELEKTRIK
Saifuddin Bin Mohamad Safian, Ahmad Hafidz Bin Shafie
dan Siti NorWahyuni Binti Harun
SMK Batu 4, Gerik
Projek empangan hidroelektrik ini menggabungkan tiga mata pelajaran iaitu Geografi, Reka bentuk dan
Teknologi / Asas Sains Komputer dan Bahasa Inggeris. Hasil perbincangan para guru pembimbing telah
menetapkan idea besarnya ialah 'Kelestarian Tenaga' dan antara soalan utamanya ialah 'Dimanakah
punca tenaga elektrik?'. Murid 3KAA telah dipilih bagi melaksanakan projek ini. Beberapa langkah
utama perlu dilalui mereka iaitu kajian dan penyelidikan, lakaran, perancangan, penyediaan bahan dan
peralatan, pembinaan, pengujian, penambahbaikan dan pembentangan. Pada peringkat kajian, murid
membuat penyelidikan berkaitan reka bentuk empangan, bentuk muka bumi dan kontur di sekitar
empangan, kefungsian turbin, litar bersiri dan selari dan komponen elektronik dan mekanikal yang
berkaitan. Seterusnya, murid membuat lakaran kasar berkaitan model empangan yang dibuat beserta
perincian bahan yang digunakan. Setelah dimuktamadkan, murid menggunakan aplikasi Google Sketch
Up untuk melukis lakaran dalam bentuk 3 dimensi dan mengolahkanya menjadi animasi. Ini disusuli
dengan penggunaan carta Gantt sebagai instrumen perancangan projek. Berikutnya, murid dan guru
membuat persediaan pembelian bahan dan peralatan daripada kedai berhampiran dan juga secara dalam
talian.Di antara komponen utama yang perlu disediakan ialah sistem perpaipan, pam air, mini turbin,
wayar dan lampu LED, polistrene, lapisan kalis air, papan lapis dan juga kepingan zink. Pada peringkat
pembinaan pula, komitmen yang tinggi daripada murid amat diperlukan kerana tempoh pembinaan
projek yang agak lama serta masalah yang dihadapi seperti kebocoran sistem perpaipan dan kegagalan
litar berfungsi. Hasil uji lari yang dilakukan berkali-kali pada peringkat pengujian akhirnya dapat
menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan khidmat bantu selia daripada pihak Tenaga Nasional
Berhad. Lawatan ke empangan Temengor pada peringkat awal pembinaan juga amat membantu murid
memahami proses penjanaan elektrik di empangan serta struktur-struktur sebenar yang berada di
sana.Hasil daripada maklum balas daripada pihak luar, guru-guru dan murid-murid,proses
penambahbaikan dilakukan sebelum membuat pembentangan di peringkat sekolah dan pameran di luar.
Impak yang paling jelas hasil daripada pelaksanaan projek ini dapat dilihat dari segi peningkatan
kefahaman dalam aspek teori yang di pelajari di dalam kelas serta kemahiran menyelesaikan masalah
secara berkumpulan. Selain itu, murid-murid juga dapat membina keyakinan diri ketika membuat
pembentangan.
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
FROM GARDEN TO COSMETIC PRODUCT
Wong Choy Wan
SMK Buntong, Ipoh
The use of hand sanitiser has become everyone’s habit after the outbreak of COVID-19. Hand sanitiser
has proven its usefulness in killing germs, but the overuse of hand sanitiser can lead to dry, redness and
cracked skin. Hand cream which is rich in antioxidant from natural source is a good choice to reduce the
side effects of hand sanitiser. Butterfly pea plant is commonly used in Asian cuisine and as one of the
ingredients in making cosmetics products. This flower which is rich in anthocyanin is suitable to make
hand cream to keep our skin moist. This project-based learning (PBL) which is carried out for 3 weeks
involves 24 Form 5 pupils with the aim to produce a cosmetic product from butterfly pea plant that
relates chemistry to daily life as well as to promote fun and meaningful learning in chemistry classroom.
The findings of the study were analyzed quantitatively. Descriptive statistics show that 100% of pupils
find that this is a meaningful activity with 66.7% rated a 5-star while 23.8% rated a 4-star for this lesson.
57.1% of pupils find this activity interesting. 42.9% of pupils are excited over this activity because they
could relate chemistry to daily life while 33.3% think that producing a product from simple materials is
fun and meaningful. In conclusion, this PBL has promote meaningful learning. Making hand cream that
contains anthocyanin from butterfly pea flower has linked the chemistry curriculum with pupils’ lives in
a fun learning.
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
KEBERKESANAN KAEDAH MODEL TERHADAP AMALAN, MINAT DAN
PENCAPAIAN MURID DALAM MATA PELAJARAN SAINS
Rajathi A/P Ramayah
Sk Gopeng Jalan Ilmu
Sikap dan tingkah laku beberapa orang murid daripada 15 orang murid Tahun 3 DLP semasa proses
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains kurang berminat dengan pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Sains. Punca masalah yang utama ialah kerana mereka tidak memahami
konsep Sains dalam Bahasa Inggeris. Maka fokus kajian ini adalah untuk menangani masalah tersebut
dengan menjalankan proses pengajaran dengan menggunakan kaedah Model bagi membantu murid
memahami konsep Sains yang diajar oleh guru. Selain itu, kajian tindakan ini juga dijalankan untuk
mengkaji sejauh manakah penggunaan kaedah model dapat meningkatkan amalan pengajaran guru,
minat dan pencapaian murid Tahun Tiga DLP dalam Tajuk " Sistem Pencernaan Manusia " atau “Human
Digestive System”. Tinjauan awal menunjukkan 15 orang murid tersebut kurang memahami tajuk
“Sistem Pencernaan Manusia” iaitu “Flow of Food“ dalam badan manusia dalam Bahasa Inggeris.
Peserta kajian terdiri daripada 15 orang murid Tahun tiga DLP di Sekolah Kebangsaan Gopeng Jalan
Ilmu. Temubual dan pemerhatian bagi mengukur minat mereka terhadap PdPc mata pelajaran Sains.
Dalam temubual dan pemerhatian dapat mengukur murid tidak menguasai tajuk yang diajar oleh guru.
Setelah Kaedah Model digunakan, maka didapati 15 orang murid tersebut dapat memahami tajuk
“Sistem Pencernaan Manusia” lebih mudah dan lebih minat untuk belajar mata pelajaran Sains. Kaedah
soal selidik, temu bual, pemerhatian, hasil karja murid dalam aktiviti kumpulan daripada hands-on
activity dan lembaran kerja murid telah digunakan untuk mengumpul data tentang kajian tindakan ini.
Data yang dikumpul telah dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan dan kualitatif.
Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan kaedah model didapati berjaya untuk meningkatkan
minat dan pencapaian murid dalam tajuk tersebut, di samping amalan pengajaran kendiri saya juga telah
ditingkatkan. Pada masa yang akan datang, saya ingin mengkaji kesan penggunaan kaedah model ke atas
tajuk-tajuk Sains yang lain.
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
KEBERKESANAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBL)
‘DETOX BUTTERFLY PEA’ TERHADAP KEMAHIRAN MENULIS
BAHASA MELAYU MURID TAHUN 6
Shuhida Binti Kamaruddin & Chek Mezuin Binti Hamid
Sk Seri Selamat
Perubahan yang berlaku di dalam bidang pendidikan bukan sahaja meliputi aspek pembangunan ilmu
yang meliputi perubahan dan perkembangan ilmu malah merangkumi kaedah menyampaikan ilmu dan
pembelajaran. Pembelajaran masa kini lebih berfokuskan kepada pengalaman sebenar murid. Kajian ini
bertujuan untuk melihat keberkesanan kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) ‘Detox Butterfly
Pea’, yang dilaksanakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Bahasa Melayu
sebagai usaha meningkatkan kefahaman murid dalam melaksnakan sesuatu projek mengikut proses yang
sepatutnya. Murid dikatakan kurang berupaya menguasai kemahiran menulis dengan baik. Ayat yang
dibina dan ditulis bukanlah ayat yang gramatis walaupun murid berada di Tahun 6. Bagi memperbaiki
keadaan ini guru Bahasa Melayu SK Seri Selamat telah mengambil langkah melaksanakan pendekatan
Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL). PBL sebagai satu proses pembelajaran secara alami untuk
meningkatkan kefahaman, kebolehan daya ingatan dan penciptaan. Pemerhatian yang dijalankan
terhadap pendekatan PBL dalam kajian ini menunjukkan bahawa murid-murid yang terlibat iaitu
seramai 12 orang telah menguasai kemahiran menulis dengan baik.
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
MY PORTABLE MACHINE
Kok Hui Sun
SJK (C) Chin Hua, Slim River
Project Based Learning (PBL) yang dilaksanakan ialah My Portable Machine. Projek ini merupakan satu
tugasan yang terkandung dalam DSKP KSSR Semakan Sains Tahun 6 Bab 12 iaitu, Mesin. Melalui
projek ini, murid mereka bentuk model mesin kompleks dengan menggabungkan konsep sains yang
telah dipelajari, seperti: sifat bahan, kestabilan dan kelajuan. Masalah utama yang dihadapi oleh murid
dalam topik ini ialah mengenali keseluruhan sistem mesin kompleks. Ini disebabkan murid hanya belajar
topik ini secara atas talian semasa PdPR. Disamping itu, murid kurang memahami fungsi dan kegunaan
mesin ringkas. Objektif projek ini adalah untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap fungsi dan
kegunaan mesin ringkas dalam mesin kompleks serta dapat mencungkil bakat dan kreativiti murid dalam
pembinaan model mesin. Projek ini melibatkan 20 orang murid Tahun 6 dari SJK (C) Chin Hua, Slim
River, Perak. Instrumen projek yang digunakan ialah rubrik penilaian sepanjang proses pembelajaran.
Teknik pengumpulan dilaksanakan melalui pembinaan model dan video. Projek ini dimulakan dengan
mencetuskan idea murid untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kelas iaitu, mengangkat
objek berat dari tingkat bawah. Hasil dapatan projek ini, murid dapat melakar model mesin yang dibina,
menentukan jenis mesin ringkas yang digunakan, memilih jenis bahan yang sesuai untuk dibina dan
mencipta model mesin mudah alih. Oleh yang demikian, projek ini diharapkan dapat meningkatkan
penguasaan murid dalam mata pelajaran Sains.
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
KRIPTOGRAFI DALAM KESELAMATAN DATA SUBJEK
ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 3
Farrah Wahilda Bt Khirluddin
SMK Gunung Rapat
PAK 21 menerapkan proses pembelajaran yang berpusatkan murid berteraskan elemen komunikasi,
kolaboratif, pemikiran kritis, dan kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. pembelajaran berasaskan
projek adalah satu pendekatan pedagogi yang merangsang kemahiran abad ke 21 murid. Ia adalah
pendekatan jangka masa panjang yang meraikan kebolehan, kemahiran berfikir serta bakat murid.
Meningkatkan kemahiran dan minat murid untuk mudah memahami konsep pengunaan kod sifer
terutamanya Caesar Chiper dalam kriptografi keselamatan data. Tajuk Kriptografi Dalam Keselamatan
Data merupakan salah satu tajuk yang sukar difahami oleh murid yang wajib dipelajari dalam
mata pelajaran Asas Sains Komputer. Tambahan pula dengan kaedah PdPR itu pendekatan pembelajaran
dan pengajaran di rumah ketika Covid19 membuat murid kurang jelas tentang penghasilan dan
penterjemahan mesej menggunakan kaedah kod sifer. Jadi satu projek telah dijalankan bagi
menghasilkan Caesar Wheel untuk memudahkan murid menyulit dan menyahsulitkan teks biasa dan teks
sifer. Objektif yang kedua ialah mencipta satu kaedah sifer baharu yang boleh digunakan untuk
menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian. Sampel kajian terdiri daripada 22 orang murid
tingkatan tiga yang mengambil mata pelajaran Asas Sains Komputer. Hasil dari aktiviti ini murid lebih
cekap dan lebih berminat untuk mempelajari topik berkaitan kriptografi dalam keselamatan data di
samping meningkatkan kemahiran murid bagi menyelesaikan penyulitan dan penyahsulitan kod sifer
terutamanya soalan yang melibat Caesar Chiper. Justeru, diharap pengetahuan ini dapat merealisasikan
pembelajaran berkesan dengan cara yang mudah dan lebih menarik.
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
AHLI SAINS MUDA DAN KOMUNIKATOR SAINS DALAM
MELESTARIKAN SUNGAI
Ong Wei Siang
Kolej Tingkatan Enam Seri Putera, Ipoh,
Projek ini dirancang dan dilaksanakan oleh murid Tingkatan enam Kolej Tingkatan Enam Seri Putera
(KTESP), Ipoh, Perak, sebagai aktiviti Kelab Alam Sekitar, dengan bimbingan guru. Projek ini
melibatkan kolaboratif antara KTESP dan Fakulti Sains dan Matematik (FSM), Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI). Seramai 22 orang murid daripada KTESP terlibat dalam projek ini. Projek ini
terbahagi kepada dua fasa: (1) Ahli sains muda, (2) Komunikator sains. Dalam fasa pertama, murid perlu
merancang aktiviti berkaitan sungai dengan bimbingan guru. Guru mengadakan perbincangan
profesional dengan pakar-pakar dari FSM untuk memurnikan projek yang akan dilaksana. Selepas
pemurnian projek, murid melaksanakan projek itu dengan membersihkan kawasan sungai sambil
mengumpul sampel air dari lokasi sungai yang ditetapkan. Murid berperanan sebagai ahli sains muda
untuk menyelidik sampel air tersebut dengan kaedah penyiasatan saintifik telah dibincang dengan
bimbingan pakar FSM, guru, dan pelajar FSM. Penyiasatan saintifik tersebut meliputi kaedah biologi,
kimia dan fizik yang menggunakan peralatan sains dan aplikasi dalam telefon bimbit pintar
(smartphone). Kemudian, murid membentang hasil penyelidikan mereka di kalangan rakan sebaya, guru
dan pakar FSM. Dalam fasa kedua, hasil penyelidikan murid dikemas kini dan disebarluaskan kepada
murid Tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah di Ipoh dalam satu Kempen pembangunan lestari
sekitar sungai, sebagai satu aktiviti pasca PT3. Kempen ini telah memperkenalkan ilmu pengetahuan
berkaitan dengan kelestarian alam terutamanya sungai dan mendapat sambutan yang baik daripada
murid Tingkatan tiga. Refleksi guru dan murid bagi kedua-dua fasa dikumpul dan dianalisis secara
kualitatif untuk penambahbaikan projek.
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
PENGGUNAAN KAEDAH VISUALISASI DALAM MENINGKATKAN
TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN LIMA
DALAM TOPIK PLAN DAN DONGAKAN
Leow Soo Em
SMK Perempuan Perak
Secara umumnya, pelajar menghadapi masalah dalam memahami konsep unjuran ortogonal semasa
melukis pelan, dongakan sisi dan dongakan depan. Topik pelan dan dongakan ini telah dipelajari oleh
pelajar semasa tingkatan lima secara atas talian di mana pelajar tidak dapat memahami langsung konsep
unjuran orthogon Oleh yang demikian, ramai pelajar 5 Sains tidak dapat melukis pelan, dongakan sisi
dan dongakan depan dengan baik. Lukisan mereka salah dari segi ketepatan ukuran panjang dan sudut.
Lukisan mereka menunjukkan hasil kerja kerja yang tidak teratur. Ini secara langsung menjejaskan
pemarkahan pelajar semasa peperiksaan. Objektif mini projek ini adalah untuk meningkatkan tahap
penguasaan terhadap topik pelan dan dongakan di kalangan pelajar tingkatan 5 . Pembelajaran melalui
mini projek ini berfokuskan kepada meningkatkan pemahaman pelajar terhadap melukis pelan ,
dongakan depan dan sisi melalui dua kaedah iaitu Kaedah VISUALISASI dan pelajar belajar secara
‘Hands On dan‘minds on‘. Kajian ini dijalankan ke atas 19orang pelajar kelas 5 Sains, di SMK
PEREMPUAN PERAK pada tahun 2022. Model kajian tindakan yang digunakan berdasarkan kepada
Kemmis & McTaggart (1988). Pengumpulan data yang digunakan adalah: a) Soal-selidik b) Ujian
diagnostik dan c) Temubual. Dapatan kajian menunjukkan perwakilan visualisasi melalui Kaedah
“hands on ” dan Kaedah “minds on ” dapat meningkatkan pemahaman pelajar terhadap topik pelan dan
dongakan, iaitu pelajar dapat melaksanakan teknik visualisasi secara skematik untuk melukis pelan,
dongakan sisi dan depan.. Pemerhatian pengkaji mendapati pelajar terlibat secara aktif dan interaksi
antara pelajar dengan pengkaji sebagai fasilitator turut meningkat. Hasil temubual bersama pelajar
menunjukkan impak positif dalam pembelajaran subjek Matematik. Kajian ini juga membantu pengkaji
meningkatkan amalan baik dalam PdPc bagi topik tersebut.
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
POSTER AUTOBIOGRAFI
Hanis Norafatin Binti Radzuan
SJKC Khiu Min, Padang Rengas
Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai dalam mata pelajaran bahasa
Melayu oleh setiap murid. Antaranya adalah kemahiran menulis karangan imaginatif dan deskriptif.
Manakala ‘Project Based Learning’ atau Pembelajaran berasaskan projek merupakan satu elemen yang
diketengahkan untuk mengintegrasikan pengetahuan secara teori melalui projek atau aktiviti yang
dijalankan. Melalui PBL ini juga dapat menghasilkan kerjasama yang baik antara murid dengan guru.
Pembelajaran berasaskan projek ini telah dijalankan terhadap murid tahun empat Sekolah Jenis
Kebangsaan Khiu Min. Projek ini juga bertujuan membantu murid dalam membina karangan
autobiografi. PBL ini dilakasanakan kerana didapati murid-murid kurang faham cara menulis karangan
Autobiografi . Dapatan ini diperoleh melalui refleksi awal yang dijalankan. Kelemahan menulis ayat
secara perenggan menyebabkan murid tidak dapat menyampaikan idea mereka dengan baik. Seterusnya,
menjejaskan minat murid dalam pembelajaran bahasa Melayu. Guru membuat perancangan terhadap
pemerhatian yang dijalankan. Oleh itu, pembelajaran berasaskan projek membina Poster Autobiografi
ini dihasilkan untuk membantu murid tahun empat Sekolah Jenis Kebangsaan Khiu Min menulis
karangan dengan betul dan kemas. Pemerhatian daripada tingkah laku murid serta hasil kerja murid telah
dianalisis bagi mengenal pasti masalah murid. Kemudian, analisis terhadap kerja murid dijalankan.
Kemudian, guru membuat perancangan untuk melaksanakan pembelajaran berasaskan projek.
Pembelajaran berasaskan projek yang dilaksanakan mempunyai empat fasa iaitu menggambar, merangka
/ mendraf, menulis karangan dan perbentangan. Pembelajaran berasaskan projek ini dilaksanakan secara
kumpulan. Seterusnya, guru menjalankan pemerhatian semula terhadap hasil kerja murid dan membuat
analisis semua data Guru juga menyarankan penambahbaikan serta membuat refleksi semula kajian yang
dijalankan.
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
PROSES PEMBUATAN SABUN: MENYEMAI LITERASI STEM DAN
PENGETAHUAN SAINTIFIK MURID ORANG ASLI SUKU JAHAI
1Ahmad Adnan Mohd Shukri
2Mohd Suffian@Syed Mohd Suffian Syed Mohamad Yusof
3Dr. Nur Jahan Ahmad
1SK Sungai Tiang, Peti Surat No. 13, 33300 Gerik, Perak
2Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak, 33300 Gerik, Perak
3Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap literasi STEM dan pengetahuan saintifik murid sekolah
rendah dalam era pandemik COVID-19 melalui integrasi STEM bersepadu dalam proses pembuatan
sabun bagi topik Jirim (Pendekatan STEM-SAJI). Reka bentuk pra-eksperimen bagi ujian pra-ujian pos
satu kumpulan digunakan dalam kajian ini. Seramai 32 orang murid Orang Asli suku Jahai tahun lima
dan tahun enam dari SK Sungai Tiang, Gerik, Perak dipilih sebagai responden melalui pensampelan
bertujuan. Dua jenis instrumen digunakan iaitu Ujian Literasi STEM (UL-STEM) dan Ujian
Pengetahuan Saintifik Jirim (UPSJ) bagi mengukur tahap literasi STEM dan tahap pengetahuan topik
Jirim. Hipotesis kajian diuji melalui statistik inferens menggunakan ujian ANOVA bagi pengukuran
berulang pada aras p = .001. Dapatan menunjukkan terdapat kesan utama waktu ujian yang signifikan
bagi tahap literasi STEM secara keseluruhan [Wilks’ Lambda = .05, F (1,31) = 569.97, p = .000],
multivariate partial eta squared = .95. Dapatan juga menjelaskan terdapat kesan utama waktu ujian yang
signifikan bagi literasi teknologi [Wilks’ Lambda = .12, F (1,31) = 237.17, p = .000], multivariate partial
eta squared = .88; literasi kejuruteraan [Wilks’ Lambda = .09, F (1,31) = 319.12, p = .000], multivariate
partial eta squared = .91; dan literasi matematik [Wilks’ Lambda = .47, F (1,31) = 35.33, p = .000],
multivariate partial eta squared = .53. Selain itu, dapatan mengesahkan terdapat kesan utama waktu ujian
yang signifikan bagi tahap pengetahuan saintifik [Wilks’ Lambda = .15, F (1,31) = 173.07, p = .000],
multivariate partial eta squared = .85. Kesimpulannya, pendekatan STEM-SAJI dapat meningkatkan
tahap literasi STEM dan pengetahuan saintifik murid dengan signifikan. Implikasinya, pendekatan
STEM-SAJI yang mengetengahkan pengintegrasian STEM dalam proses pembuatan sabun merupakan
strategi PdPc alternatif yang boleh digunakan para guru untuk meningkatkan kefahaman murid bagi
topik Jirim
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
ROBOT PENJAGA AIR TANAMAN
Mohd Firdaus Bin Mohd Jamil
SK Tanjong Belanja
Revolusi Industri 4.0 ini bakal membawa manusia ke abad super digital dimana robot dan
kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) akan merubah kehidupan dan cara berkerja manusia.
Justeru itu, penggunaan sistem robotik dalam kehidupan seharian banyak membantu memudahkan
urusan manusia. Bagi mendepani transformasi Pendidikan seiring dengan kemajuan satu projek PBL
telah dijalankan melalui subjek Reka Bentuk Teknologi Tahun 6 bertajuk Robot Penjaga Air Tanaman
dengan menggunakan papan mikropengawal Arduino UNO yang disambung dengan peranti LCD 16X2
dan sensor kelembapan tanah. Projek ini dijalankan bagi mengesan kandungan air sistem tanaman
hidroponik sekolah dan ia menepati sukatan pelajaran buku teks RBT Tahun 6 Semakan 2017. Projek
bermula dengan murid membuat lakaran idea model robot penjaga air tanaman. Setelah lakaran telah
dibuat murid membuat penilaian dan menambah baik lakaran dengan mengambil kira emelen reka
bentuk dari segi rupa, bentuk, saiz dan ruang menggunakan rubrik yang disediakan oleh guru.
Pengaturcaraan dibina terlebih dahulu menggunakan perisian aplikasi IDE Arduino (Integrated
Development Environment) oleh murid semasa sesi PdPc yang berikutnya. Murid kemudiannya
membina robot penjaga air tanaman menggunakan bahan kitar semula yang terdapat di sekitar mereka.
Proses membina badan robot dan menyambung perkakasan telah mengambil masa selama 3 minggu.
Pengujian litar telah dijalankan sebelum menyambung dan memasang perkakasan robot. Proses
pemasangan wayar telah dibuat dengan teliti supaya robot dapat berfungsi dengan baik. Setelah selesai
murid memuat turun atur cara pada papan mikropengawal robot. Robot kemudiannya telah di tempatkan
pada bekas air tanaman hidroponik. Implikasi projek PBL murid secara tidak langsung dapat membuat
rumusan mengenai kepentingan sistem robotik, elemen sistem robotik, pengaturcaraan dan sistem
robotik. Murid juga telah menjangkau dan melangkah bidang yang pelbagai dan luas melalui PBL.
Tuntasnya, PBL yang dijalankan telah memudahkan murid memahami isi pelajaran dan mengaplikasi
apa yang mereka belajar dalam situasi yang sebenar.
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
SUSTINABLE DEVELOPMENT GOAL (SDG) 2: SIFAR LAPAR
Mardiyah Binti Rahim
SABK Maahad Al-Ummah
Sustainable Development Goal (SDG) telah diterima bersama oleh Malaysia. Melalui Education for
Sustainable Development (ESD), KSSM terkini telah memasukkan elemen kelestarian global. Matlamat
SDG kedua ialah sifar lapar (Zero Hunger). Maka, satu projek Pembelajaran Berasaskan Projek (PjBL)
telah dijalankan melibatkan bidang pembelajaran Nutrisi dan Teknologi Makanan. Bidang pembelajaran
ini terdapat dalam DSKP tingkatan 5 bagi mata pelajaran Sains. Tiga standard kandungan yang
dilengkapkan dalam projek ini iaitu 2.1 Gizi Seimbang dan Nilai Kalori; 2.4 Teknologi Pengeluran
Makanan; dan 2.5 Teknologi Pemprosesan Makanan. Terdapat tiga objektif projek iaitu murid berupaya
menyediakan label pek makanan untuk dihantar ke kem pelarian, melibatkan murid dalam usaha SDG
yang berfokus kepada sifar lapar, dan menerangkan elemen merentas kurikulum (kelestarian global).
Projek ini mengambil masa 2 minggu melibatkan 12 waktu pengajaran. Terdapat 5 peringkat projek
yang dilakukan secara langsung dalam bilik darjah iaitu penerokaan, penyiasatan, mengeksperimen,
merancang label pek makanan dan pembentangan. Hasil pemerhatian, murid dapat menyediakan pek
makanan mengikut akta makanan. Murid juga mendapat pengetahuan baharu tentang lokasi dan keadaan
di kem pelarian. Selain itu, penglibatan murid dalam projek adalah menggalakkan dan murid terlibat
secara aktif dalam projek. Tujuan projek ini tidak hanya berfokus kepada penghasilan produk akhir
tetapi murid dapat menguasai kandungan pembelajaran. Projek ini boleh ditambah baik dengan
menjalinkan kolaborasi luar dengan agensi yang terlibat secara aktif dengan bantuan kemanusiaan.
Selain itu, kajian lanjutan boleh dijalankan terhadap murid bagi menguji pengekalan pembelajaran
selepas satu tempoh masa.
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN MENGGUNAKAN
PENDEKATAN DoKeKuF
Nik Nur Roshilabanu Binti Ramli
SMK Batu 4, Gerik
Kajian ini bertujuan untuk membantu meningkatkan penguasaan kemahiran menulis karangan murid
yang lemah dalam bahasa melayu. Memandangkan karangan merupakan salah satu komponen penting
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 1 Peringkat SPM. Sampel kajian melibatkan seramai 21
orang murid dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Saya memfokuskan kepada penulisan karangan.
Tinjauan awal telah dibuat melalui ujian pra berdasarkan amalan terbaik PBD yang menunjukkan murid
lemah terhadap penulisan karangan. Oleh itu, didapati murid menghadapi masalah penguasaan
penulisan karangan yang pasif dalam kelas. Oleh yang demikian, pendekatan DoKeKuF diperkenalkan
kepada murid sebagai satu cara untuk mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi murid terutama
dalam penulisan karangan. Kajian juga telah menjalankan pelan tindakan berdasarkan pendekatan
DoKeKuF yang diperkenalkan dan mendapati penguasaan kemahiran murid dalam menulis karangan
semakin memuaskan jika dibandingkan dengan sebelumnya. Murid tersebut lebih menunjukkan sikap
positif dengan menunjukkan pembelajaran aktif untuk menguasai kemahiran menulis karangan dan
mempunyai keyakinan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas bagi mencapai
keputusan yang cemerlang dalam Bahasa Melayu di peringkat SPM dan pencapaian terbaik PBD
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
INOVASI E-RPM PBD- MENINGKATKAN KECEKAPAN SISTEM
PENGURUSAN REKOD PERKEMBANGAN MURID
Nurul Wahidayah Binti Ramlee
SMK Bidor
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan elemen penting yang perlu dilaksanakan di setiap sekolah.
Menyedari kepentingan PBD dilaksanakan di sekolah dan seiring dengan penggunaan online, maka
terhasil lah satu Inovasi E-RPM PBD yang dicipta khas untuk meningkatkan kecekapan sistem
pengurusan Rekod Perkembangan Murid (RPM) . Beberapa kajian menunjukkan jika pengurusan rekod
perkembangan murid (RPM) yang kurang berkesan sama ada di kalangan guru dan pentadbir akan
mempengaruhi pelaksanaan pengurusan perekodan itu sendiri sebagai kayu ukur terhadap kemenjadian
murid. Di samping itu, kesahihan dan kesahan data pelaporan PBD yang dilaporkan juga diragui apabila
tahap pencapaian murid ditentukan tanpa melalui rekod perkembangan murid (RPM) yang cekap dan
sistematik . Permasalahan ini wujud kerana tiadanya satu sistem perekodan perkembangan murid (RPM)
yang sistematik serta memudahkan guru sebelum ini kerana pada hakikatnya perekodan perkembangan
murid yang terlalu banyak yang sepatutnya perlu direkod oleh guru bagi setiap tafsiran tahap penguasaan
(TP) yang terkandung dalam DSKP subjek. Antara permasalahannya juga ialah guru perlu membuka
DSKP setiap kali hendak merancang pelaksanaan PBD, penggunaan perekodan secara kertas, maujud
atau bukan online yang kurang efisyen berbanding secara online hanya dihujung jari sahaja dan sukar
mengesan data apabila melibatkan pengulangan murid secara menyeluruh, guru yang mengambil alih
kelas berisiko mengalami keciciran data jika menggunakan rekod manual direkodkan guru sebelumnya
dan pihak pentadbir memerlukan masa yang agak lama bagi menyemak data secara manual. Objektif
inovasi E-RPM PBD ini ialah untuk menjimatkan masa dan mempercepatkan guru merekod dengan
sistematik, memudahkan guru merekod data perkembangan murid dalam satu paparan secara lebih
efisyen dan mudah mengesan dan merekod pengulangan bagi TP murid, mengelakkan keciciran data
RPM bagi guru yang mengambil alih kelas guru lain dan membantu pentadbir menjimatkan masa
menyemak data dan meningkatkan kecekapan pengurusan. Satu kajian soal selidik telah dijalankan
berkaitan sebelum dan selepas penggunaan sistem E-RPM PBD. Soal selidik telah melibatkan responden
yang terdiri daripada 30 orang guru termasuk pihak pentadbir. Berdasarkan dapatan hasil kajian soal
selidik menunjukkan 85 % responden bersetuju bahawa penggunaan sistem E-RPM PBD dapat
meningkatkan kecekapan pengurusan rekod perkembangan murid di kalangan pentadbir dan guru.. Ini
terbukti jelas menunjukkan dapatan sistem E-RPM PBD sangat berkesan dan sistematik bagi pihak
pentadbir dan guru itu sendiri bagi merekod rekod perkembangan murid sekaligus dapat meningkatkan
kemenjadian murid dalam menguasai PBD. Sistem E-RPM PBD ini boleh diakses secara online
melalui link spreadsheet yang disediakan untuk setiap guru mengikut kelas yang diajar.
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
JOM SKOR TP 5 & TP 6 MENGGUNAKAN BIOLaBPRO
Nurashikim Binti Muzafar
SMK Convent, Ipoh
Kajian ini dijalankan ke atas 15 orang murid kelas 4 Kekwa di SMK Convent Ipoh pada bulan Jun 2022.
BIOLabPRO merupakan satu kaedah yang digunakan bagi membantu murid untuk mendapat tahap
penguasaan 5 atau tahap penguasaan 6 dalam pentaksiran bilik darjah. Pelaksanaan BIOLabPRO ini
dapat memudahkan murid untuk memahami prosedur bagi melaksanakan amali secara sistematik dengan
hanya merujuk gambar dan arahan ringkas yang tersusun dalam sekeping kertas A4. Selain itu, murid
diberi tugasan untuk merekacipta projek amali menggunakan bahan dan alatan yang mudah didapati di
rumah mereka. Projek ini dapat mencungkil kreativiti saintifik murid kerana mereka perlu menghasilkan
model atau projek berkaitan amali tersebut. Kaedah pengumpulan data yang digunakan oleh pengkaji
ialah pemerhatian, temu bual dan hasil kerja murid. Pemerhatian yang dijalankan mendapati murid-
murid dapat menjalankan amali dengan teratur tanpa bertanya soalan yang sama dengan guru dan
mereka kelihatan lebih yakin. Temu bual yang dijalankan bersama murid-murid menunjukkan respon-
respon positif dan kelihatan gembira dengan hasil kerja mereka. Produk yang dihasilkan berfungsi dan
dapat memberikan keputusan amali seperti yang diharapkan..
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
MEMANTAPKAN KEMAHIRAN BACAAN HADIS DENGAN MENGGUNAKAN
RUBRIK PENTAKSIRAN YANG TEPAT
Rohana binti Mohd Noordin @ M.Nuruddin
SMK Mudzaffar Shah
Kajian ini dijalankan ke atas 15 orang murid kelas 4 Kekwa di SMK Convent Ipoh pada bulan Jun 2022.
BIOLabPRO merupakan satu kaedah yang digunakan bagi membantu murid untuk mendapat tahap
penguasaan 5 atau tahap penguasaan 6 dalam pentaksiran bilik darjah. Pelaksanaan BIOLabPRO ini
dapat memudahkan murid untuk memahami prosedur bagi melaksanakan amali secara sistematik dengan
hanya merujuk gambar dan arahan ringkas yang tersusun dalam sekeping kertas A4. Selain itu, murid
diberi tugasan untuk merekacipta projek amali menggunakan bahan dan alatan yang mudah didapati di
rumah mereka. Projek ini dapat mencungkil kreativiti saintifik murid kerana mereka perlu menghasilkan
model atau projek berkaitan amali tersebut. Kaedah pengumpulan data yang digunakan oleh pengkaji
ialah pemerhatian, temu bual dan hasil kerja murid. Pemerhatian yang dijalankan mendapati murid-
murid dapat menjalankan amali dengan teratur tanpa bertanya soalan yang sama dengan guru dan
mereka kelihatan lebih yakin. Temu bual yang dijalankan bersama murid-murid menunjukkan respon-
respon positif dan kelihatan gembira dengan hasil kerja mereka. Produk yang dihasilkan berfungsi dan
dapat memberikan keputusan amali seperti yang diharapkan.
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
MEMPERTINGKAT PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN PENJAMINAN
KUALITI PBD DALAM KALANGAN GURU-GURU SJKC SUNGAI BULOH
MELALUI 4 STEPS EMPOWERMENT
Lok Chui Sun, Wong Ying Fun, Choo Ming Fei & Suhairi bin Shafie
SJKC Sungai Buloh
Dalam tempoh 34 tahun ini, ramai pelajar, ibu bapa dan guru hanya mementingkan UPSR, seolah-olah
pendidikan rendah kita berkisar pada UPSR. Sejak Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan
pemansuhan UPSR dan memperkukuh pentaksiran bilik darjah, soalan yang paling kerap ditanya ialah:
Adakah pentaksiran bilik darjah (PBD) adil? Adakah PBD mengukur kebolehan pelajar dengan tepat?
Adakah keputusan PBD boleh dipercayai?
Untuk PBD, keadilan dan kesaksamaan bukanlah kunci, tetapi sama ada ia boleh menggalakkan
pembelajaran secara berkesan adalah kuncinya. Dalam erti kata lain, PBD bukanlah tentang
membuktikan betapa baik atau teruknya pelajar belajar, tetapi tentang membantu pelajar belajar dengan
lebih baik melalui pengumpulan data.
Kajian-kajian yang lepas menunjukkan pengurusan PBD yang kurang berkesan memberikan implikasi
buruk terhadap kemampuan PBD itu sendiri sebagai kayu ukur terhadap kemenjadian murid. Guru Besar
sebagai peneraju sekolah dalam pelbagai aspek perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan
kemahiran pelaksanaan PBD. Seseorang Guru Besar yang memiliki pengetahuan dan kemahiran yang
cukup dalam aspek berkenaan dapat mengupayakan penolong-penolong kanan dan ketua-ketua panitia
supaya golongan SLT dan MLT pun dapat dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan dalam aspek
pelaksanaan PBD dan penjaminan kualiti PBD bagi memastikan pelaksanaan PBD di sekolah mengikut
prosedur dan garis panduan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
MEREKOD PERKEMBANGAN PELAJAR MUDAH DAN TEPAT
Haslina Binti Ab Salam
SMK Horley Methodist, Teluk Intan
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian
pelajar. Bagi memastikan pemberian tahap penguasaan PBD pelajar yang adil dan telus, para guru perlu
merekod semua maklumat yang diperolehi hasil daripada kaedah pentaksiran yang telah dijalankan
samaada melalui kaedah lisan, bertulis dan pemerhatian, Para guru boleh merekod tentang pencapaian
pelajar mengikut kreativiti masing-masing seperti mencatat dalam rekod mengajar, buku catatan harian,
senarai semak dan templet pelaporan sebelum melaporkan tahap penguasaan pelajar. Seterusnya
maklumat dalam rekod perlu dikemaskini untuk memudahkan guru membuat rujukan tentang
pembelajaran pelajar. Namun begitu, kekangan masa dengan tugas-tugas harian akan menyebabkan guru
berasa agak sukar untuk mencatat tahap penguasaan pelajar sebaik sahaja subtopik mata pelajaran
selesai diajar. Sebenarnya tidak susah untuk merekod tahap penguasaan pelajar sekiranya para guru telah
menyediakan rekod perkembangan pelajar lebih awal sebelum memulakan aktiviti Pdpc. Rekod
perkembangan pelajar yang saya ingin kongsikan ialah borang perkembangan pelajar atau dikenali
sebagai rekod berterusan. Borang ini direka dengan menyediakan ruang khas untuk mencatat tahap
penguasaan pelajar dengan berpandukan DSKP mata pelajaran berserta ruang tarikh untuk mencatat
tarikh pentaksiran yang telah dijalankan. Diharap perkongsian ini akan membantu para guru untuk
membuat rekod perkembangan pelajar secara berterusan iaitu menyimpan rekod tersebut sebagai
maklumat untuk sesi perbincangan antara guru dan ibu bapa untuk melihat kemajuan yang dicapai oleh
pelajar. Secara kesimpunlannya, rekod perkembangan pelajar perlu diuruskan dengan baik dan
sistematik agar rekod dapat diperolehi dengan segera apabila dikehendaki. Fail yang sistematik akan
memudahkan guru atau guru pengganti mengambil alih tugas-tugas yang ditinggalkan.
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
PBD – ONE CLICK
Ummu Khaulah binti Azhari
SK (P) Treacher Methodist, Taiping
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian
murid. Pentaksiran ini berlaku secara formatif dan sumatif dan berkait rapat dengan Tahap Penguasaan
Murid yang menunjukkan perkembangan pembelajaran setiap murid. Inovasi ini dijalankan untuk
membantu guru membuat perekodan Tahap Penguasaan Murid di dalam Templat Pelaporan Pentaksiran
Bilik Darjah (PBD) secara atas talian sepenuhnya melalui ‘dashboard’ SKPTM/Mylink di mana pautan
pengisian PBD telah dimasukkan di dalam ‘dashboard’ tersebut. Sebelum inovasi ini dicetuskan, guru –
guru membuat pengisian data Tahap Penguasaan Murid secara ‘offline’ dan pengisian perlu dilakukan di
peranti yang telah ditetapkan. Guru tiada kebebasan dan menghadapi kekangan masa berikutan jadual
waktu yang padat dan sebagainya. Setelah inovasi ini diaplikasikan, seramai 27 orang guru telah terlibat
secara langsung dalam pengisian data Tahap Penguasaan Murid mengikut mata pelajaran dan kelas yang
terlibat. Data pengisian dikumpul melalui ‘activity dashboard’ di mana pautan ‘viewers’ akan
memaparkan guru yang telah melayari templat PBD dan ‘viewer trend’ memaparkan kadar kekerapan
templat ini telah dibuka mengikut tarikh. Melalui pemerhatian , trend pengisian PBD agak perlahan pada
minggu pertama namun trend pengisian melonjak apabila memasuki minggu kedua dan ketiga. Inovasi
ini memberi nafas baharu kepada guru untuk membuat pengisian data dengan tenang dan selesa.
Rumusannya, inovasi PBD – One Click ini telah menjimatkan masa guru serta aktiviti penjaminan
kualiti penyelarasan dan pemantauan telah berjalan secara tidak langsung.
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
INOVASI HEAR, ROLL & INTERPRET (HRI)
Syazwani Binti Zailani
SMK Sentosa, Kampar
Dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), terdapat banyak elemen yang berunsurkan
KBAT terhadap Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPC) Perniagaan Tingkatan 4. Beberapa topik yang
sukar dalam silibus Tingkatan 4 menjadi satu cabaran untuk murid untuk memahami topik dan
menjawab soalan-soalan peperiksaan disamping untuk mencatat skor TP 6.
Salah satu topik yang agak menyukarkan murid untuk mengingat fakta dalam subjek
Perniagaan ialah tentang penubuhan Perkongsian Liabiliti Terhad, PLT. Oleh hal demikian, guru
membina sebuah KIT PdPC yang diberi nama KIT HRI bagi membantu murid memahami dan
menghuraikan penubuhan PLT. Sebelum pembinaan KIT HRI ini, guru melaksanakan temubual dengan
guru subjek tentang cara untuk memudahkan murid dapat memahami proses-proses perniagaan yang
terdapat dalam subjek Perniagaan. Selain itu, kaedah pemerhatian juga dilaksanakan. Murid-murid
berasa sukar untuk menghafal proses-proses yang terdapat dalam subjek Perniagaan. Maka tercipta lah
KIT HRI ini diperkenalkan bagi memudahkan murid untuk menghafal proses penubuhan PLT.
Inovasi diberi tajuk “HEAR, ROLL THE BOX & INTERPRET” (HRI). HRI berkonsepkan
PDPC Didik Hibur iaitu mengetengahkan elemen muzik dalam pembelajaran. Bahan-bahan yang
digunakan bagi menghasilkan inovasi ini ialah bahan-bahan yang terpakai dan mudah didapati di kedai-
kedai runcit.
Inovasi HRI ini berpusatkan murid iaitu penglibatan murid sepenuhnya dalam PDPC. Murid
akan banyak berkomunikasi dengan menggunakan inovasi dalam kelas. Inovasi dibina berpandukan
Dokumen Kurikulum Standard Pentaksiran (DSKP) Tingkatan 4 dibawah tajuk Perkongsian. Dibawah
tajuk Perkongsian terdapat Perkongsian Liabiliti Terhad yang agak sukar bagi murid-murid. Elemen
PAK 21 seperti “HOT SEAT”, “ROUND ROBBIN” dan “GALLERY WALK” diketengahkan dalam
inovasi ini. Murid akan bermain dalam kelas dalam sesi pembelajaran menggunakan inovasi ini. Selain
itu, dengan penggunaan inovasi ini akan melahirkan murid yang kreatif, berkolaboratif dan berfikiran
kritikal.
Inovasi Kit HRI ini bukan sahaja dapat membantu memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran guru dalam memaksimumkan pemahaman murid, bahkan Kit HRI ini turut membantu
Guru dalam menentukan Tahap Prestasi (TP) yang bersesuaian dengan aras murid berteraskan kepada
Standard Prestasi [SPi].
Sasaran awal inovasi KIT HRI ini adalah untuk semua murid Tingkatan 4 di SMK Sentosa
sebelum diperluaskan kepada sekolah menengah lain di daerah Kinta Selatan ini.
Akhir kata, semoga inovasi KIT HRI ini bukan sahaja memberikan impak maksima kepada
murid-murid Tingkatan 4 di SMK Sentosa tetapi boleh dimanafaatkan kepada murid -murid Tingkatan 4
di Negeri Perak.
KOLOKIUM PENDIDIKAN
NEGERI PERAK 2022
PENGGUNAAN “VIDSHOW LOUD OUT” DALAM MENINGKATKAN TP
MURID DARIPADA TIGA KEPADA LIMA ATAU ENAM DALAM PDP SAINS
TINGKATAN SATU
Ahmad Hafiz Bin Ahmad Jamiaauddin
SMK Simpang Pulai, Kg. Kepayang
Kajian ini bertajuk Penggunaan “VidShow Loud Out” Dalam Meningkatkan TP Murid Daripada Tiga
Kepada Lima Atau Enam Dalam PdP Sains Tingkatan Satu telah dilaksanakan oleh pengkaji yang
bernama Ahmad Hafiz Bin Ahmad Jamiaauddin daripada SMK Simpang Pulai. Pentaksiran Bilik Darjah
(PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi
mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD
berlaku secara formatif dan sumatif; sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang
pembelajaran. Isu kajian ini berfokuskan kepada meningkatkan pencapaian PBD murid daripada tiga
kepada lima atau enam dengan menghasilkan video yang dinamakan “VidShow Out Loud”
menggunakan apa-apa aplikasi yang sesuai. Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan tahap PBD
murid Tingkatan 1 Amanah dan 1 Ceria daripada tiga kepada lima atau enam. Selain itu, meningkatkan
kemahiran guru dalam membantu murid menghasilkan video menggunakan aplikasi yang sesuai. Peserta
kajian melibatkan 7 orang murid iaitu 1 murid daripada kelas 1 Amanah dan 6 murid 1 Ceria. Kaedah
pelaksanaan data digunakan secara kuantitatif dan kualitatif. Kaedah pengumpulan data yang digunakan
adalah: a) Pemerhatian b) Penghasilan video c) Refleksi. Kaedah analisis data menggunakan graf dan
jadual. Dapatan kajian menunjukkan ‘VidShow Loud Out’ menggunakan kaedah penghasilan video ini
meningkatkan TP murid daripada tiga kepada lima atau enam, Kesimpulan daripada kajian ini didapati
murid lemah mampu menghasilkan video yang baik, kemas dan teratur. Di samping itu guru juga dapat
meingkatkan profesionalime dalam dirinya dengan mampu membentuk murid lemah untuk menjadi
insan yang serba boleh serta mampu menunjukkan keupayaan diri mereka kepada yang lain.