The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Kolokium v01_merged

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azrilazlan, 2022-09-26 14:25:52

Kolokiu

Buku Kolokium v01_merged

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

PENGGUNAAN ASKit DALAM PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD ) :
ASKit 2021

Siti Marsyitah bt Zakaria
SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakub , Bota

Pembelajaran Abad ke-21 merupakan pendekatan baharu yang sesuai dengan kehendak dan keperluan
pendidikan pada zaman sekarang. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti sejauh mana keberkesanan
penggunaan ASKit 2021 membantu guru dalam proses Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) secara berkesan .
Seramai 40 orang guru daripada seluruh Malaysia terpilih menjadi responden kajian ini . Data dikumpul
melalui kaedah soal selidik yang dijalankan secara atas talian kepada guru-guru. Melalui pemerhatian ,
guru memerlukan masa untuk menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) sebelum memulakan PdPc.
Guru juga perlu menyediakan soalan bagi memudahkan proses PBD secara sistematik. Lanjutan
daripada itu guru mengaplikasikan penggunaan ASKit 2021 yang menjadi sumber utama agar PdPc
menjadi lancar dan bermakna kepada murid-murid . Penggunaan ASKit juga dapat memberi nafas
baharu kepada pembelajaran sedia ada. Rumusannya, kajian ini dapat dimanfaatkan oleh guru dalam
meningkatkan persediaan oleh guru sebelum PdPc selaras dengan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
Gelombang 2 (SKPMG2) Aspek 4.1 iaitu guru sebagai perancang dalam melaksanakan PdPc. Secara
tidak langsung ianya juga dapat mengurangkan kos pembelajaran dan membuka peluang kepada akses
tanpa sempadan.

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

PENGGUNAAN FAIL OSC4P SEBAGAI ALAT KAWALAN PELAKSANAAN
PENJAMINAN KUALITI (4P) PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) DI

KALANGAN GURU OLEH PENGURUSAN PBD SEKOLAH KEBANGSAAN
TITI GANTONG, PERAK
Manoranisa binti Shuhaimi
SK Titi Gantong

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan proses yang berterusan dalam sesi PdPC bagi mendapatkan
maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan penguasaan murid terhadap matlamat
kurikulum yang dihasratkan. Oleh kerana itu, pengurusan PBD di sekolah yang melibatkan perancangan,
pelaksanaan dan pemantauan adalah sangat penting. Namun begitu, di dalam proses pelaksanaan PBD
akan ada beberapa isu dan masalah yang perlu ditangani supaya ianya berjalan lancar. Dalam kes
sekolah saya, proses untuk mengumpulkan rekod perkembangan murid untuk tujuan penjaminan kualiti
sering menimbulkan kesukaran kepada pentadbir. Oleh itu, satu mekanisme diwujudkan bagi mengatasi
masalah ini. Sistem Fail ‘ One Stop Centre Penjaminan Kualiti’ (OSC4P) ini diperkenalkan dengan
tujuan untuk memastikan guru merekodkan pentaksiran secara berterusan, memudahkan pentadbir
melaksanakan penjaminan kualiti dan menjamin PBD disekolah ini lebih berkesan dan berkualiti. Fail
OSC4P ini telah dilengkapkan dengan pelbagai maklumat dan diletakkan di setiap kelas. Semua pihak
boleh mengakses fail ini dengan pelbagai tujuan. Sepanjang Fail OSC4P dilaksanakan, di dapati semua
guru dapat merekod perkembangan murid secara berterusan dan disemak oleh pentadbir pada setiap
bulan. Kesimpulannya, penggunaan fail OSC4P ini telah membantu pengurusan PBD di sekolah
melaksanakan Penjaminan Kualiti secara mudah, pantas dan efisien. Semoga OSC4P ini juga dapat
membantu guru membudayakan pentaksiran PdPC secara berterusan di sekolah ini.

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

PENGGUNAAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK SECARA
KEFAHAMAN MELALUI REKABENTUK DALAM
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
Lo Chai Hoon & Liew Siaw Li
SJKC Choong Hua 2

Kajian ini membincangkan Pembelajaran Berasaskan Projek (Projek Based Learning-PBL) sebagai
fokus kajian. Sistem peperiksaan tradisional yang diamalkan mempunyai pelbagai kelemahan dan
didapati kurang sesuai untuk diamalkan kini. Setiap murid haruslah melalui proses pembelajaran
berkesan agar mereka dapat menguasai standard kandungan pembelajaran yang telah ditetapkan, Untuk
merealisasikan matlamat ini Pentakiran Bilik Darjah (PBD) telah diperkenalkan. Kajian ini bertujuan
untuk melihat keberhasilan proses pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek Secara Kefahaman
Melalui Rekabentuk (KMR) khusus untuk Bab 9 dan 10 bagi mata pelajaran Sains tahun 6 dalam
membuat penilaian PBD. Ini kerana bab-bab ini merupakan ilmu angkasa dan ilmu teknologi yang
kurang diminati oleh murid. Murid sukar mencapai tahap penguasaan TP5 atau TP6 dalam bab-bab ini.
Kegagalan mereka akan memberi impak kepada tahap penguasaan keseluruhan pada akhir tahun. Kajian
kualitatif yang menggunakan pendekatan PBL-KMR ini melibatkan seramai 63 orang murid. Kaedah
pemerhatian dengan instrumen senarai semak digunakan dalam proses pengumpulan data. Tugasan
murid adalah mengaplikasi ilmu angkasa dan teknologi dalam mencipta dan menghasilkan produk
ciptaan autonomi. Data telah dianalisis secara manual. Dapatan kajian ini menampakkan peningkatan
dalam tahap penguasaan murid. Murid yang lemah, sekurang-kurangnya dapat mencapai tahap
penguasaan minimum. Kajian ini dicadangkan agar diteruskan untuk melihat keberkesanan PBL-KMR
dalam pembelajaran murid kerana dapat membantu dalam peningkatan tahap penguasaan murid.

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

PERKONGSIAN AMALAN PENGURUSAN PELAPORAN & PENJAMINAN
KUALITI PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD ) SMK RLKT LASAH
Asmaliani Binti Zakaria
SMK RLKT Lasah

Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang holistik, sepadu , seimbang, fleksible , merujuk
standard dan merupakan sebuah elemen terpenting dalam sebahagian proses PDPC , menyumbang
kepada proses pengurusan PBD yang lebih wibawa. Sistem pengurusan yag sedia ada kurang sesuai dan
kurang menyeluruh untuk diamalkan di zaman ini. Hal ini terbukti dalam tahun-tahun kebelakangan ini
semasa negara dilanda wabak covid-19 dan pengurusan PBD secara bersemuka di anggap mustahil dan
sukar. Masyarakat khususnya ibu bapa dan penjaga murid tidak dapat melihat perkembangan anak
mereka di sekolah . Justeru, pengurusan dalam Pelaksanaan PBD di sekolah telah mengambil kira
perihal ini dan demi menyiasat sejauh mana murid telah mempelajari apa yang telah diajar,
mengupayakan guru menilai sendiri keberkesanan pengajaran dan memastikan semua pemegang taruh
sefaham dan peka dengan budaya pelaksanaan PBD di sekolah maka, penambahbaikan ini adalah
penting. Penyelidikn Kualitatif ini telah memanfaatkan pendekatan kajian kes yang melibatkan seramai
10 orang guru di SMK RLKT Lasah. Kaedah temubual dan permerhatian telah digunakan dalam proses
pengumpulan data. Data-data ini telah dianalisis secara manual dan dapatan penyelidikan menampakkan
perbezaan dalam pengurusan PBD terkini berbanding pengurusan PBD terdahulu dari segi pelaksanaan
pelaporan dan penjaminan kualiti . Penambahbaikan dicadangkan untuk terus menerus dilaksanakan bagi
membantu meningkatkan dan memperkemas lagi kualiti pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah di
sekolah-sekolah.

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

TEKNIK ‘BURRAQ’ : SATU KAEDAH UNTUK MENGUASAI AYAT
HAFAZAN DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
Asiah Binti Mohamad Noor
SMK Pangkalan TLDM, Lumut

Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid Tingkatan 1
yang tidak dapat menghafaz ayat hafazan dengan pantas. Perkataan BURRAQ adalah singkatan
daripada (B-baca, U-Ulang, R-Review, R-Refleks, A-Amal, Q-Quality). Seramai 32 orang murid
tingkatan 1 dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Ayat hafazan merupakan salah satu elemen
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang dijalankan secara lisan. Matlamat yang ingin dicapai untuk setiap
murid ialah pada tahap penguasaan 3. Indikator bagi tahap 3 ialah murid dapat menghafaz mana-mana 8
ayat dengan betul. Tinjauan awal telah dilakukan dengan menggunakan analisis dokumen, pemerhatian
tingkah laku dan temu bual. Hasil tinjauan mendapati terdapat sebilangan murid yang tidak mahir
membaca al-Quran dan kurang minat untuk menghafaz terutamanya melibatkan ayat yang panjang.
Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan daya ingatan murid melalui
kaedah ‘round robin’, ulang ayat dan carta ‘Huffaz Cemerlang’. Murid telah didedahkan kepada teknik
hafazan secara berkumpulan selama 4 sesi pengajaran dengan kaedah ‘Burraq’ ini. Melalui kaedah ini,
guru mempamerkan keratan ayat dan meminta murid melakukan pengulangan sebanyak lima kali bagi
setiap keratan. Guru akan menilai bacaan murid secara individu dan merekod dalam rekod PBD.
Dapatan kajian menunjukkan murid boleh mengingati ayat hafazan dengan cepat dan berlumba-lumba
untuk menyelesaikan hafazan kerana mata ganjaran akan dilekatkan pada carta ‘Huffaz Cemerlang’
dalam kelas. Murid-murid juga tidak berasa terbeban dan sukar untuk menghafaz.

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

TEKNIK ULAT BULU : DIDIK HIBUR UNTUK MENINGKATKAN
KEMAHIRAN KUASAI SIFIR DAN OPERASI BAHAGI SATU NOMBOR

DENGAN SATU DIGIT DI KALANGAN MURID TAHUN 3
Rohana bt Samad
SK Wira Jaya, Ipoh

Kajian yang dilakukan ini adalah tertumpu kepada Teknik atau strategi PDPC bagi meningkatkan tahap
penguasaan murid dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Fokus Kajian ini adalah lebih tertumpu
kepada usaha meningkatkan Tahap Penguasaan murid Tahun 3 daripada TP3 kepada TP4 atau TP5.
Hasil analisis keputusan akhir PBD 2021 menunjukkan 10 orang murid Tahun 3 masih berada di TP3
dalam mata pelajaran Matematik. Salah satu punca hal ini terjadi adalah disebabkan masih lemah dalam
penguasaan sifir dan kemahiran operasi bahagi. Bagi mengatasi masalah ini, saya sebagai Ketua Panitia
Matematik telah mengetengahkan isu ini dalam mesyuarat Panitia. Hasilnya semua guru Matematik cuba
mencari solusi untuk membantu murid menguasai sifir dan operasi bahagi. Ekoran dari itu timbullah satu
teknik yang dipanggil Teknik Ulat Bulu. Teknik Ulat Bulu adalah strategi yang digunakan dalam kajian
ini bagi mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran dalam kemahiran membahagi sebarang
nombor dengan satu digit. Teknik ini mengetengahkan kaedah bahagi dan sifir kreatif yang boleh
digunakan oleh murid Tahap 1 untuk menyelesaikan soalan operasi asas bahagi. Murid – murid yang
terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 10 orang murid Tahun 3 Cekal yang mendapat tahap
penguasaan 3 ( TP3) dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) akhir tahun 2021. Tinjauan awal untuk
mengenalpasti masalah seara mendalam adalah dengan memerhati jawapan latihan bahagi dalam buku
aktiviti dan buku latihan murid – murid tersebut. Kebanyakan murid didapati masih tidak tahu
melakukan operasi bahagi dengan betul terutama semasa menurunkan nombor ke bawah dan menari
hasil sifir yang betul. Teknik ulat Bulu diperkenalkan sebagai usaha untuk membantu murid – murid ini
menguasai kemahiran bahagi. Sebanyak 5 kali sesi pengajaran guru telah mempraktikan Teknik Ulat
Bulu di papan putih semasa sesi PDPC. Tindakan ini telah menarik minat 10 orang murid ini untuk
menjawab soalan bahagi dengan betul. Hasilnya dapat dilihat dalam ujian pre dan pos yang dibuat dalam
kelas dimana dalam ujian pos murid – murid tersebut telah dapat menjawab 8 soalan bahagi dengan
betul.

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

AKADEMI TUNAS STEM’e
PBL SISTEM SOLAR AKUAPONIK PRASEKOLAH SK SERI SELAMAT
Che Azhar bin Ahmad, Juriatul Aini binti Johari & Noorul Amilin binti Omar

SK Seri Selamat

Akademi Tunas STEM’e - PBL Sistem Solar Akuaponik Prasekolah diperkenalkan bagi menyediakan
pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada murid prasekolah SK Seri Selamat selaras matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan modal insan yang holistik dalam semua aspek
perkembangan tunjang. Projek ini memperkenalkan kaedah STEM’e dan AKUAPONIK sejajar dengan
kehendak PAK 21. Ia menekankan elemen praktikal dan realiti yang menghubungkan pembelajaran
dengan persekitaran serta berupaya menarik minat kanak-kanak untuk terus belajar sambil bermain
mengikut kesemua tunjang yang terkandung dalam Dokumen Standard Prasekolah Kebangsaan (DSKP).
Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan melihat kebolehlaksanaan dan keberkesanan pembelajaran
menggunakan kaedah PBL STEM’e terhadap perubahan pengetahuan, tingkahlaku/sikap dan minat serta
kemampuan murid prasekolah menyertai dan menerokai elemen-elemen projek STEM’e menerusi
Akademi Tunas Sistem Solar Akuponik. Sample kajian terdiri daripada 25 orang murid prasekolah SK
Seri Selamat yang berusia 6 tahun. Kaedah bercampur kualitatif dan kuantitatif digunakan secara seiring
dalam kajian ini. Pengumpulan data kajian menggunakan instrumen soalselidik pra dan pasca, borang
senarai semak pemerhatian pra dan pasca dan rekod pemerhatian penglibatan murid sepanjang projek
melalui aktiviti berfokus. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan pendekatan deskriptif
perbandingan data secara peratus dan jumlah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa elemen-elemen
STEM’e dari aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai telah berjaya dikuasai oleh murid semasa
pembelajaran menerusi pendekatan PBL STEM’e. Seterusnya murid berjaya meningkatkan pengetahuan
dan pemahaman berserta perubahan sikap dan tingkah laku positif. Hasil dapatan kajian ini
menunjukkan PBL STEM’e memberi murid peluang terlibat langsung dan menerokai pengetahuan serta
mendapat pengalaman baharu bersesuaian tahap kebolehan mereka. Murid-murid prasekolah merupakan
penggerak kendiri yang menentukan arah pembelajaran mereka menerusi pendekatan PBL STEM’e.
Guru hanya merupakan pemudahcara bagi mereka dalam pelbagai aktiviti. Oleh itu, PBL STEM’e amat
sesuai diterapkan dalam kurikulum pendidikan prasekolah di SK Seri Selamat.

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

JALINAN DAN JARINGAN EFEKTIF
Puteh binti Meh
SK Selama

Anjakan ke-9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu bekerjasama dengan
ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas perlu disambut dan direalisasikan. Pihak SK Selama
telah mengorak langkah dengan mengadakan kolaboratif jaringan dan jalinan dengan pihak luar bagi
membantu murid-murid dan guru-guru dari segi kewangan dan kepakaran. Ini amat penting kerana
penglibatan pihak luar seperti kerjasama dengan pihak kerajaan dan swasta mampu membangun dan
memajukan sekolah. Hubungan ini jika dipelihara dan digunakan sebaiknya dapat memberi kekuatan
kepada pihak sekolah dan juga kemenjadian murid. Jalinan dan jaringan dengan komuniti dalam bentuk
bantuan kewangan, inovasi, pendapat, dan berkongsi idea-idea yang unik juga mampu melonjakkan
pengetahuan murid demi menentukan kejayaan sekolah. Jawatankuasa Induk yang dibentuk telah dapat
memperkasakan jalinan dan jaringan ini dan menjadi tunjang kejelekitan SK Selama dengan pelbagai
agensi luar seperti syarikat swasta, NGO, ahli politik dan pusat pengajian tinggi. Ini bagi berbincang
dan berkongsi pandangan dalam permuafakatan dan perkongsian yang mantap serta akrab. Jaringan dan
jalinan yang dibuat menjadi fokus utama mencemerlangkan murid-murid dalam bidang kurikulum,
kokurikulum dan pembentukan sahsiah yang terpuji dan seterusnya membentuk kemenjadian murid serta
modal insan seperti yang dihasratkan. Pemuafakatan ini juga dapat menjadikan persekitaran sekolah dan
kelas lebih ceria.

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

JOK WEK SEKOLAH
Sazana Binti Aman
SK RPS Kemar

Program “Jok Wek Sekolah” ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kehadiran ke sekolah dalam
kalangan murid prasekolah yang berumur 5 tahun dan 6 tahun. Program ini melibatkan sejumlah 50
orang murid prasekolah yang terdiri daripada murid lelaki dan perempuan berketurunan orang asli suku
kaum temiar yang merupakan penduduk tempatan di kawasan perhutanan RPS Kemar. Objektif program
ini di jalankan adalah untuk memastikan peratus kehadiran murid prasekolah ke kelas prasekolah akan
meningkat dari masa ke masa hingga mampu mencatatkan kehadiran yang mencapai peratus sehingga
melebihi nilai peratus 95% menjelang tahun 2025. Program yang menggunakan Model SWAT sebagai
indikator utama perlaksanaan program dan berteraskan model pembelajaran konstruktivisme sebagai
kaedah pembelajaran berkesan telah digunakan secara alami dalam memastikan program ini berjaya
mencapai objektif yang telah dirancang. Instrumen utama yang digunakan dalam melihat samada
program yang dilaksanakan ini berjaya atau tidak adalah melalui data dari analisis dokumen rasmi iaitu
semakan kehadiran murid yang di buat setiap hari melalui dua kaedah iaitu kaedah manual dengan
menggunakan buku kehadiran murid dan kaedah harian secara online iaitu melalui portal SMPK yang
boleh di akses oleh pihak pentadbiran sekolah, pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN) seterusnya pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Data yang di
perolehi melalui peratus kehadiran murid secara bulanan akan menjadi evidence bagi melihat samada
projek yang dilaksanakan berjaya atau sebaliknya. Berdasarkan dapatan data yang telah di perolehi
sehingga bulan Julai 2022 iaitu selama 5 bulan program ini di laksanakan, di dapati bahawa kadar
peningkatan peratus kehadiran murid mencatatkan pola peningkatan yang baik dari bulan ke bulan
seterusnya. Walau bagaimanapun, melalui pemerhatian berterusan yang di jalankan, adalah di dapati
bahawa terdapat beberapa halangan dan kekangan yang sukar untuk di elakkan bagi memastikan murid
hadir ke sekolah di kelas prasekolah kerana ia merupakan fenomena alam yang semulajadi. Namun
melalui teknologi dan kemodenan arus pembangunan negara, halangan dan kekangan yang di hadapi
pasti dapat di atasi secara berperingkat dari masa ke semasa.

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

KBAT JUNIOR
( KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI JUNIOR)

Normah binti Asran
SK Perwira, Teluk Intan

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) perlu diterapkan dalam kalangan kanak-kanak bermula dari
peringkat pendidikan awal kanak-kanak pada usia empat hingga enam tahun. KBAT Junior merupakan
program yang dijalankan bagi 45 orang murid Prasekolah SK Perwira, Teluk Intan Perak. Isu
pembudayaan KBAT adalah bagi mengatasi masalah melahirkan kanak-kanak yang mempunyai aras
pemikiran yang tinggi untuk ditangani lebih awal selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 yang menekankan kepada konsep kemahiran berfikir aras tinggi . Objektif program
bagi menambahbaik amalan guru prasekolah untuk membudayakan KBAT dalam kalangan murid
prasekolah. Justeru, KBAT Junior digunakan sebagai kaedah yang menekankan beberapa elemen KBAT
untuk membantu murid mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan
dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta
sesuatu yang bersesuaian dengan tahap murid dengan cara yang menyeronokkan. Pembudayaan KBAT
dalam program KBAT Junior dilaksanakan melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta
persekitaran KBAT. Guru menggunakan bahan ransangan yang berkesan, aktiviti menarik dan
menggunakan teknik penyoalan. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah pemerhatian,
borang temu bual dan analisis dokumen. Hasil dapatan mendapati Pembudayaan KBAT dalam kalangan
murid prasekolah telah berjaya menarik minat murid dan aktif dalam aktiviti yang dijalankan serta
mampu membentuk pemikiran yang kreatif dan inovatif. Amalan pembudayaan KBAT ini selaras
dengan matlamat Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bagi memperkembangkan
potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu. Selain itu murid mampu untuk menghadapi cabaran
serta bersedia mengikuti pembelajaran seterusnya.

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

KELESTARIAN STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SKPK)
MELALUI KUALITI KURIKULUM
Sabariah binti Taib
SK Sungai Lampam, Chikus

Tingginya peratusan murid yang tidak menguasai tahap minimum penguasaan 3m menjadi kegusaran
yang bukan sedikit dalam kalangan guru prasekolah dan para pentadbir sekolah. Di antara masalah
utama murid prasekolah kami adalah sukar mengenali abjad a-z. Masalah utama ini membawa kepada
masalah-masalah lain yang terkait dengan kebolehan membaca, mengira seterusnya menaakul. Melalui
ujian diagnosis yang dijalankan pada awal sesi persekolahan didapati seramai lapan (8) orang murid iaitu
40% daripada 20 orang murid 5+ di kelas Pracemerlang tidak mengenal abjad (a-z). Sementara sebelas
(11) murid lagi iaitu 55% tidak dapat membunyikan sukukata (kv). Hanya seorang (1) murid boleh
membaca frasa dan ayat mudah. Daripada diagnosis juga didapati seramai sepuluh (10) murid tidak
dapat mengecam dan mengenal nombor 1 - 20 secara urutan maupun rawak. Usaha perlu dilakukan bagi
melonjakkan tahap penguasaan murid-murid ini. Tidak memadai hanya bergantung kepada proses pdpc
sahaja. Walaupun projek yang dirancang tidak akan terpisah daripada proses pdpc sebenarnya. Projek
Bijak Bacaan dirancang dan dijalankan ke atas semua murid Pracemerlang yang berumur 5+. Sementara
itu untuk Tunjang Sains dan Teknologi guru hanya mengambil Matematik Awal iaitu melalui Projek
Bijak Nombor. Kebanyakan projek-projek yang dirancang dan dijalankan perlaksanaannya
digabungjalinkan dengan Projek Fertigasi Penanaman Pokok Tin yang dijalankan di perkarangan
Prasekolah. Ini menjadikan proses pembelajaran murid lebih menarik dan bermakna. Projek-projek yang
dijalankan menampakkan sedikit perubahan dalam peratusan penguasaan Bahasa Melayu dan Matematik
Awal. Pentaksiran yang dijalankan pada bulan Mei menunjukkan data yang lebih baik. Lima (5)
daripada lapan (8) murid telah boleh mengecam abjad (a-z). Sementara lapan (8) daripada sebelas (11)
murid yang tidak dapat membunyikan sukukata (kv), telah boleh menyebut atau membunyikan sukukata
(kv). Penguasaan asas nombor dalam Matematik Awal juga bertambah baik. Lima (5) daripada sepuluh
(10) yang tidak menguasai telah dapat mengenal dan mengecam nombor 1-20. Dapat dirumuskan
bahawa tahap penguasaan murid boleh dipertingkatkan sekiranya kita mampu merancang dan
menjalankan apa-apa kaedah pun yang bersesuaian dengan tahap murid prasekolah ini.

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

MY PRE SCHOOL SCHOOL BUDDY SUPPORT SYSTEM
( MY PRE SCHOOL SCHOOL BSS)
Azizah binti Jaafar
SK Klian Pauh, Taiping

Amalan My Pre School Buddy System bertujuan untuk membantu Senior Leader Team (SLT) dalam
membimbing guru dan pembantu pengurusan murid prasekolah. Kumpulan sasaran barisan penolong
kanan dalam proses membimbing guru dan pembantu pengurusan murid prasekolah. Tinjauan awal
mendapati sebilangan penolong kanan kurang pengetahuan membimbing guru prasekolah dan pembantu
pengurusan murid dalam skop tugasan mereka. Hasil amalan ini menjadikan penolong kanan dapat
meningkatkan keyakinan untuk memberi bimbingan. Pembimbing menggunakan Instrumen Bimbingan
berpandukan SKPK 2.0. Amalan ini dapat membantu data SKPK yang lebih jelas dan tepat.
Diharapkan pelaksanaan My Pre School BSS berjaya meningkatkan kualiti pengurusan dan bimbingan
kepada SLT.

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

N2T
Faridatulhanim binti Hamzah

SK Tasik Damai, Ipoh

N2T adalah bahan yang boleh digunakan untuk meningkatkan kemahiran mengenal nombor 1 – 10,
membilang nombor secara menaik dan menurun serta boleh digunakan untuk kemahiran menyelesaikan
masalah tambah dan tolak dalam lingkungan 10. Bahan ini boleh digunakan secara individu atau
berkumpulan semasa PdPc. Dalam masa yang sama murid dapat mengenal dan mengira nombor dengan
cara yang mudah. Penggunaan bahan N2T ini, membolehkan murid memperolehi pelbagai kemahiran
dalam satu masa. Rasional bahan ini dihasilkan untuk membantu proses pengajaran di dalam kelas.
Bahan ini adalah satu projek yang dapat menarik minat murid terhadap pengajaran awal Matematik.
Murid mendapat ilmu pengetahuan sambil bermain yang sememangnya bermain itu sinonim dengan
mereka. Selain itu bahan ini juga boleh diaplikasikan dengan pelbagai standard pembelajaran yang
terkandung dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Pernyataan ini telah
menunjukkan bahawa kebanyakan kanak-kanak masih tidak menguasai Matematik dengan baik kerana
menggunakan kaedah yang tidak menarik perhatian dan minat kanak-kanak. Pembilang N2T telah
dicipta bagi membantu meningkatkan kemahiran operasi nombor seperti mengenal nombor, menyusun
nombor mengikut urutan menaik dan menurun, operasi tambah dan operasi tolak dalam kalangan murid-
murid prasekolah. Inovasi pembilang N2T dihasilkan untuk mencapai objektif seperti meningkatkan
kemahiran mengenal nombor 1 – 10 dalam kalangan murid prasekolah, mengatasi masalah operasi
tambah dan operasi tolak dalam lingkungan 1 – 10, meningkatkan minat murid dalam belajar mata
pelajaran Matematik serta menarik minat dan keterujaan memberi motivasi murid terhadap kaedah
pembelajaran yang menyeronokkan. Isu-isu yang telah dinyatakan telah berjaya ditangani dengan
menggunakan amalan ini di mana murid-murid telah menunjukkan peningkatan dalam mengenal
nombor 1-10, menulis nombor 1-10 dan menguasai kemahiran operasi tambah dan operasi tolak. Bahan
N2T ini bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah mengenal nombor, operasi tambah dan tolak,
malahan juga boleh digunakan untuk aktiviti ansur maju atau pengayaan kerana bercirikan fleksibel.

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

#ONE TOUCH
Rozita Binti Ibrahim
SK Batu Melintang

Berdasarkan anjakan 3 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), 2013 - 2025 iaitu
melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai di mana ia adalah sangat bersesuaian dengan budaya
dan amalan masyarakat negara ini.Begitu juga dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
menekankan usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu,melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani ,emosi dan
jasmani.Murid hadir ke sekolah dengan jayanya serta dapat melibatkan diri dengan aktiviti awal pagi
merupakan salah satu elemen yang dapat menyediakan murid berada dalam emosi,mental dan fizikal
yang baik bagi menghadapi sesi pembelajaran dan pelajaran setiap hari.Kehadiran yang menurun
merupakan salah satu masalah kepada usaha untuk memberi ilmu kepada setiap murid terutamanya
anak-anak kecil prasekolah. Untuk itu sekolah telah merancang dan melaksanakan program #ONE
TOUCH supaya dapat menarik minat pelajar ke sekolah dalam masa yang sama menyediakan mereka
dengan emosi yang bersedia untuk belajar setiap hari.Bagi melaksanakan program pihak sekolah
mendapat kerjasama dengan PIBG serta komuniti setempat.Program disusun seawal pagi 30 minit
sebelum murid prasekolah masuk ke dalam kelas mengikuti sesi pembelajaran. Aktiviti senamrobik,
Program Nilam, Mentoo Mentee dan Kerohanian ( bacaan Yassin dan moral kepada murid bukan islam
). Impak daripada aktiviti ini menunjukkan kehadiran murid meningkat dari tiga bulan pertama program
ini dilaksanakan.Program ini kita akan teruskan dan menjadi satu amalan terbaik dan aktiviti wajib
dalam jadual persekolahan murid. Ini akan dapat menyokong hasrat kementerian untuk menyediakan
murid dengan JERIS yang sempurna dan melahirkan kemenjadian murid yang berterusan seawal
pendidikan formal

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

PEDAGOGI BESTARI PEMBELAJARAN BERASASKAN KAJIAN DAN
PENYELIDIKAN(RBL) DENGAN PELAKSANAAN PROJEK SD PENYELIDIK

CILIK MENINGKATKAN KUALITI GURU DAN KEMENJADIAN MURID
Norazani Binti Mahamud
SK Matang Gerdu

Pembelajaran Berasaskan Kajian dan Penyelidikan ini dilaksanakan bagi membantu murid prasekolah
meningkatkan tahap keyakinan diri dan penguasaan dalam setiap tajuk yang dipilih berdasarkan
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Kajian ini melibatkan seramai 35 orang murid prasekolah,
dari 5 buah sekolah di daerah Kerian iaitu SK Matang Gerdu,SK Jalan Baharu, SK Alor Pongsu, SK
Jalan Matang Buluh dan SK Dato Alaudin. Kajian ini bertujuan untuk melahirkan bakat-bakat
penyelidik cilik murid prasekolah dengan bimbingan guru sebagai mentor dengan pelaksanaan pedagogi
bestari RBL yang diperkenalkan oleh Ikon Guru Perpustakaan dan Media iaitu Cikgu Norhafizah binti
Abdul Razak. Kaedah kajian ini adalah secara kualitatif dengan melaksanakan soal selidik, pemerhatian
dan temubual yang melibatkan 15 orang guru dan 35 orang murid dari sekolah-sekolah yang terlibat.
Dapatan kajian menunjukkan bimbingan yang diberikan kepada guru sebagai mentor telah berjaya
meningkatkan kompetensi mereka serta guru dapat memberikan bimbingan kepada murid menjadi lebih
berani dan berkeyakinan dalam pembelajaran. Impaknya, hasil kajian berjaya mencungkil bakat murid
prasekolah sebagai penyelidik yang mampu membuat pembentangan dengan yakin menggunakan
peralatan ICT. Cadangan seterusnya RBL akan lebih berfokus kepada isu dalam penguasaan tunjang
komunikasi iaitu Bahasa Inggeris melalui kaedah pembelajaran ini.

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

PENILAIAN KUALITI PROGRAM PENGURUSAN KECERIAAN KELAS
PRASEKOLAH SK SULTAN ABDUL AZIZ KETIOR, KUALA
KANGSAR,PERAK
Salleh Bin Mohd Nor
SK Sultan Abdul Aziz, Ketior Kuala Kangsar

Pengurusan kelas merupakan salah satu komponen penting bagi meningkatkan kecemerlangan akademik
dan kehadiran murid-murid prasekolah. Ia dilaksanakan untuk memastikan kelas menjadi ceria dan
kondusif supaya dapat menarik minat dan meningkatkan enrolmen prasekolah bertambah. Saya
mendapati terdapat perubahan dalam kehadiran murid yang tidak memberangsangkan selepas dilanda
wabak Covid-19. Oleh itu, saya telah mengesan beberapa kelemahan murid walaupun kelas telah
kondusif. Antara kelemahan yang dikenal pasti ialah teknik pengajaran guru dan gaya pembelajaran
murid di dalam kelas. Hasil daripada itu, saya mencadangkan beberapa langkah yang boleh
meningkatkan keceriaan kelas seperti mewujudkan pelbagai sudut dan aktiviti pembelajaran yang
menarik. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti pengurusan keceriaan kelas prasekolah dalam
meningkatkan jumlah kehadiran murid setiap hari. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka
bentuk kajian tindakan yang melibatkan kumpulan sasaran seramai 20 orang murid Prasekolah Bijak
Bestari Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz. Kajian ini juga menggunakan Modal Kualiti Program
Prasekolah Endslay & Bradbord. Instrument utama yang digunakan untuk mengumpul data dalam kajian
ini ialah pemerhatian, soal selidik, temu bual dan analisis dokumen. Kesemua instrumen tersebut
digunakan bagi menyelaras data utama kajian ini. Hasil kajian menunjukkan terdapat peningkatan
jumlah kehadiran ke sekolah yang signifikan dalam kalangan murid melalui aktiviti-aktiviti yang
dijalankan, seperti mendekati komuniti serta perlaksanaan aktiviti yang sistematik. Ini merupakan dua
strategi yang menyumbang kepada program yang dilaksanakan. Impak utama program termasuklah
keceriaan persekitaran sekolah dan mengeratkan hubungan antara sekolah dengan komuniti. Faktor
utama yang menyokong kejayaan permuafakatan sekolah dengan komuniti ini adalah daripada
kepimpinan Guru Besar.

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

PROMOSI PRASEKOLAH BERKUALITI UNTUK MENINGKATKAN
ENROLMEN PRASEKOLAH DI KAWASAN LUAR BANDAR
Mo Kar Yan & Teh Mee Lee
SJKC Yeong Seng

Pengurusan kelas merupakan salah satu komponen penting bagi meningkatkan kecemerlangan akademik
dan kehadiran murid-murid prasekolah. Ia dilaksanakan untuk memastikan kelas menjadi ceria dan
kondusif supaya dapat menarik minat dan meningkatkan enrolmen prasekolah bertambah. Saya
mendapati terdapat perubahan dalam kehadiran murid yang tidak memberangsangkan selepas dilanda
wabak Covid-19. Oleh itu, saya telah mengesan beberapa kelemahan murid walaupun kelas telah
kondusif. Antara kelemahan yang dikenal pasti ialah teknik pengajaran guru dan gaya pembelajaran
murid di dalam kelas. Hasil daripada itu, saya mencadangkan beberapa langkah yang boleh
meningkatkan keceriaan kelas seperti mewujudkan pelbagai sudut dan aktiviti pembelajaran yang
menarik. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti pengurusan keceriaan kelas prasekolah dalam
meningkatkan jumlah kehadiran murid setiap hari. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka
bentuk kajian tindakan yang melibatkan kumpulan sasaran seramai 20 orang murid Prasekolah Bijak
Bestari Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz. Kajian ini juga menggunakan Modal Kualiti Program
Prasekolah Endslay & Bradbord. Instrument utama yang digunakan untuk mengumpul data dalam kajian
ini ialah pemerhatian, soal selidik, temu bual dan analisis dokumen. Kesemua instrumen tersebut
digunakan bagi menyelaras data utama kajian ini. Hasil kajian menunjukkan terdapat peningkatan
jumlah kehadiran ke sekolah yang signifikan dalam kalangan murid melalui aktiviti-aktiviti yang
dijalankan, seperti mendekati komuniti serta perlaksanaan aktiviti yang sistematik. Ini merupakan dua
strategi yang menyumbang kepada program yang dilaksanakan. Impak utama program termasuklah
keceriaan persekitaran sekolah dan mengeratkan hubungan antara sekolah dengan komuniti. Faktor
utama yang menyokong kejayaan permuafakatan sekolah dengan komuniti ini adalah daripada
kepimpinan Guru Besar.

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

KOPI O SUSU TEPUNG
Mohd Erilzuddin Affendi Bin Mohd Amir

SK Sahom, Kampar

Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan awal kanak-kanak perlu disokong oleh pelbagai pihak khususnya
pendidik, komuniti setempat dan ibu bapa . Sokongan ini akan membantu memenuhi keperluan dan
kejayaan kanak-kanak. Program ini bertujuan untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa secara aktif
dalam setiap aktiviti prasekolah yang dirancang bagi menyokong usaha membangunkan kemenjadian
murid. Program ini melibatkan seramai 12 orang ibu bapa dan 13 orang murid prasekolah SK Sahom
dalam setiap pertemuan. Ianya dilaksanakan sebanyak 12 siri selama 60 minit. Terdapat 4 slot pengisian
yang bermanfaat untuk ibu bapa dan murid dalam tempoh tersebut. Program bual bicara Kopi O Susu
Tepung ini, berupaya membantu meningkatkan motivasi, pengetahuan tentang pendidikan awal kanak-
kanak dan peranan mereka sebagai ibu bapa. Bahkan mereka juga berpeluang menjalinkan hubungan
baik bersama anak-anak dalam pelbagai aktiviti samada di rumah atau anjuran pihak sekolah. Selain itu,
mereka juga dapat mengetahui tentang penyediaan bahan rangsangan pembelajaran di rumah yang boleh
membantu mengukuhkan pendidikan anak-anak mereka. Ibu bapa juga berkesempatan berkongsi tips
dan teknik mendidik anak-anak yang diamalkan oleh mereka serta mengutarakan masalah yang
dihadapi. Kolaborasi sebegini akan merancakkan lagi pertumbuhan anak-anak dalam mencapai matlamat
pendidikan awal kanak-kanak. Dengan terlaksananya program ini, pelbagai isu yang mencakupi
pembelajaran, kesihatan, pemakanan dan penerapan nilai murni dapat dibincangkan dengan berkesan.
Akhirnya, proses pendidikan berlaku secara menyeluruh dalam komuniti dan tidak hanya tertumpu
kepada murid yang mendapat pendidikan langsung di prasekolah sahaja. Maka tertunailah Pendidikan
Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera sebagaimana yang dihasratkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia.

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

KOPI O SUSU TEPUNG
Mohd Erilzuddin Affendi Bin Mohd Amir

SK Sahom, Kampar

Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan awal kanak-kanak perlu disokong oleh pelbagai pihak khususnya
pendidik, komuniti setempat dan ibu bapa . Sokongan ini akan membantu memenuhi keperluan dan
kejayaan kanak-kanak. Program ini bertujuan untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa secara aktif
dalam setiap aktiviti prasekolah yang dirancang bagi menyokong usaha membangunkan kemenjadian
murid. Program ini melibatkan seramai 12 orang ibu bapa dan 13 orang murid prasekolah SK Sahom
dalam setiap pertemuan. Ianya dilaksanakan sebanyak 12 siri selama 60 minit. Terdapat 4 slot pengisian
yang bermanfaat untuk ibu bapa dan murid dalam tempoh tersebut. Program bual bicara Kopi O Susu
Tepung ini, berupaya membantu meningkatkan motivasi, pengetahuan tentang pendidikan awal kanak-
kanak dan peranan mereka sebagai ibu bapa. Bahkan mereka juga berpeluang menjalinkan hubungan
baik bersama anak-anak dalam pelbagai aktiviti samada di rumah atau anjuran pihak sekolah. Selain itu,
mereka juga dapat mengetahui tentang penyediaan bahan rangsangan pembelajaran di rumah yang boleh
membantu mengukuhkan pendidikan anak-anak mereka. Ibu bapa juga berkesempatan berkongsi tips
dan teknik mendidik anak-anak yang diamalkan oleh mereka serta mengutarakan masalah yang
dihadapi. Kolaborasi sebegini akan merancakkan lagi pertumbuhan anak-anak dalam mencapai matlamat
pendidikan awal kanak-kanak. Dengan terlaksananya program ini, pelbagai isu yang mencakupi
pembelajaran, kesihatan, pemakanan dan penerapan nilai murni dapat dibincangkan dengan berkesan.
Akhirnya, proses pendidikan berlaku secara menyeluruh dalam komuniti dan tidak hanya tertumpu
kepada murid yang mendapat pendidikan langsung di prasekolah sahaja. Maka tertunailah Pendidikan
Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera sebagaimana yang dihasratkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia.

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

TINGKAH LAKU PROFESSIONAL GURU BESAR DALAM MENANGANI ISU
GURU DAN PPM SEKOLAH KE ARAH PRA SEKOLAH CEMERLANG
Norizan Binti Ahmad
SK Sungai Buloh, Hutan Melintang

Kajian ini bertujuan untuk merealisasikan Hala tuju Sekolah Sk Sungai Buloh iaitu ke arah Sekolah
Berprestasi Tinggi kerana Allah Insyaallah dapat digapai oleh semua tadbir urus sekolah. Sehubungan
dengan itu dalam usaha untuk mencapai hala tuju Sekolah Berprestasi Tinggi, maka Pra sekolah
merupakan akar keberhasilan yang utama yang harus dibangunkan kecemerlangannya. Amalan terbaik
PBD ini berfokus kepada pembangunan yang dimulai pelaksanaannya pada peringkat Pra Sekolah
berteraskan hala tuju sekolah iaitu ke arah Sekolah Berprestasi Tinggi kerana Allah InshaaAllah.
Amalan terbaik PBD ini dijalankan untuk menyelidik keserasian, kerjasama dan komunikasi antara guru
pra dan pembantu pengurusan murid pra sekolah. Amalan terbaik PBD ini dijalankan melalui
pemerhatian dan temubual pada 2 orang guru pra sekolah dan 2 orang PPM pra sekolah. Soalan
temubual yang dibentuk adalah hasil dari pemerhatian awal yang dijalankan dalam tempoh 5 hari
pertama bekerja. Hasil dari analisis SWOT yang dijalankan, penambahbaikkan perlu dilaksanakan dalam
usaha mencapai hala tuju sekolah. Amalan tingkah laku professional guru besar dalam memimpin
sekolah terutama pra sekolah perlulah dilaksanakan dengan berkesan agar dapat mencapai hala tuju
sekolah yang telah ditetapkan. Sehubungan itu, kajian masa hadapan perlu dijalankan bagi memastikan
isu-isu ini sentiasa terkawal dan pengupayaan tingkah laku professional guru besar di sekolah lebih
berkesan.

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

KEPIMPINAN INSTRUKTIONAL MEMACU KEJAYAAN SEKOLAH
Tuan Haji Mohamad Ridzuan Bin Hasnan, PPT
SK Raja Perempuan Muzwin, Kuala Kangsar

Pemimpin nombor satu di sekolah iaitu guru besar mesti memberi focus kepada tugas utama selaku
ketua di sesebuah organisasi.Pengurusan kepimpinan dan organisasi,pengurusan kurikulum, pengurusan
kokurikulum,, pengurusan hal ehwal murid, pengurusan kewangan,pengurusan pentadbiran
pejabat,pengurusan persekitaran dan kemudahan fizikal sekolah,pengurusan pembangunan sumber
manusia dan perhubungan luar,Bagi menjamin kelancaran pengurusan ke semua bidang perlu
mengamalkan prinsip kepimpinan instruktional. Kepimpinan ialah keupayaan untuk mempengaruhi,
memotivasikan, mengubah sikap dan tingkah laku pengikutnya untuk mencapai sesuatu matlamat
organisasi. Dari aspek kepimpinan di sekolah pula, kepimpinan ialah keupayaan pemimpin
mempengaruhi, memotivasi, mengubah sikap dan tingkah laku pengikutnya (subordinat) untuk
menjayakan sebarang perubahan bagi mencapai matlamat organisasi. Manakala perkataan instruksional
ialah proses mengajar sesuatu.Sebagai pemimpin pengajaran atau instruksional, guru besar mesti
memainkan peranan sebagai pembimbing, penyelia, penilai dan pembekal sumber bagi menggalakkan
dan membaiki pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Kepimpinan juga merujuk kepada “setiap
tindakan yang menumpukan sumber-sumber ke arah matlamat yang benarbenar bermanfaat”. Justeru
amalan kepimpinan di SK Raja Perempuan Muzwin adalah berpandukan konsep kepimpinan
instruktional. Usaha ke arah menambahbaik semua bidang berlandaskan prinsip yang betul bagi
menyokong perkembangan staf yang berterusan, merancang semula sumber-sumber untuk menyokong
program sekolah. Mencipta satu iklim integriti, inkuiri dan penambahbaikan secara berterusan. (Brewer,
2001). Selaku pemimpin instruksional pemimpin sekolah yang mengambil peduli (cakna) terhadap
perkembangan semua bidang bagi memastikan akhirnya kea rah kemenjadian murid di capai
sepenuhnya.

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

KPOP@SKSuBa
Romiezaily Bin Mohd Ali

SK Sungai Batang

Sikap murid Tahap 1 seramai 43 orang menunjukkan tingkah laku yang pasif semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran berlangsung. Hal ini kerana, ada di antara mereka menunjukkan sikap kurang minat
semasa guru sedang mengajar terutama mata pelajaran matematik. Masalah utama yang dikesan adalah
murid kurang mahir dan ada yang tidak menguasai kemahiran asas menambah dan menolak. Murid tidak
boleh menjawab soalan asas tambah dan tolak dengan cepat. Selain itu, murid juga menunjukkan kurang
minat dengan pengajaran guru. Fokus utama kajian adalah menangani masalah dalam penguasaan
kemahiran asas menambah dan menolak bagi tahap 1. Kelas tahun 3 seramai 8 orang murid telah terpilih
untuk melaksanakan kajian ini. Selepas membuat beberapa kali saringan, didapati murid masih lemah
dalam penguasaan tambah dan tolak. Maka timbul satu kaedah pengajaran yang dapat membantu murid
meningkatkan penguasaan kemahiran asas menambah dan menolak. Setelah isu ini dapat ditangani,
wujud satu idea daripada pentadbir supaya semua guru mata pelajaran perlu melakukan satu perubahan
dalam pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan murid secara didik hibur. Hal ini dapat dirujuk
dalam SKPMg2 Standard 4. Kaedah ini diberi nama Kit Pengajaran Orientasi Permainan di SK Sungai
Batang (KPOP@SKSuBa). Beberapa analisis telah dilakukan. Antaranya soal selidik muird bagi
mengukur tahap pengajaran guru terutama mata pelajaran matematik. ‘Student Voice’ juga telah
dilaksanakan. Hasilnya menunjukkan minat murid yang rendah daam mata pelajaran matematik. Hanya
2 orang murid sahaja berminat dalam mata pelajaran matematik. Selepas KPOP@SKSuBa dilaksanakan,
didapati murid-murid dapat menjawab soalan asas menambah dan menolak dengan betul dan cepat. Ada
dalam kalangan mereka yang mendapat markah 100% bagi asas menambah dan menolak. Berdasarkan
pencapaian murid, dapat dirumuskan bahawa kemahiran asas menambah dan menolak murid dapat
ditingkatkan setelah pengenalan KPOP@SKSuBa dilaksanakan. Selain itu, dapat dirumuskan juga
bahawa kajian ini bukan sahaja dapat mengatasi masalah pembelajaran murid malah dapat mengubah
kaedah pengajaran guru-guru mata pelajaran yang lain serta mencungkil kreativiti serta inovasi guru
dalam pengajaran dan pembelajaran. Pada masa akan datang KPOP@SKSuBa akan dilaksanakan
sepenuhnya oleh guru-guru di sekolah dan dibantu oleh ibu bapa di rumah.

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

MAKLUMAT DI HUJUNG JARI
Mohd Azahar Bin Abu Bakar

Sekolah Menengah Agama Al-Hidayah

Data dan maklumat merupakan suatu yang penting bagi setiap organisasi terutamanya bagi pengurusan
sesebuah sekolah. Namun pengumpulan dan pencarian data adakalanya menimbulkan masalah kerana
tidak diuruskan dengan baik dan tidak tersusun. Menyedari kekangan ini, pihak sekolah telah membuat
penambahbaikan dalam pengurusan data dan maklumat sekolah dengan mewujudkan kaedah
pengumpulan data dan maklumat melalui “Dashboard SMAAH”. Melalui kaedah ini, segala data dan
maklumat disatukan secara berpusat supaya mudah untuk diakses oleh pentadbir dan guru-guru secara
online. Hasil daripada inovasi ini, segala data dan maklumat dapat diakses dihujung jari dengan cepat
dan mudah

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

PENGURUSAN STRATEGIK SECARA HYBRID BERFUNGSI
SERAMPANG BANYAK MATA DALAM MEREALISASIKAN

SEKOLAH LESTARI.
Hajah Endok Salwa Binti Abdul Wahab

SMK Tengku Menteri

Projek Sekolah Lestari ini juga merupakan faktor yang menyokong program peningkatan akademik
sekolah. Apabila mata pelajaran aliran kemahiran PVMA Tanaman, 30 orang murid telah mengikuti
aliran kemahiran dan mengambil Mata Pelajaran Aliran Kemahiran (MPAK). Murid-murid aliran
Kemahiran ini ditawarkan kepada murid-murid yang tidak boleh meneruskan pelajaran di aliran perdana
di tingkatan 4. Mereka hanya mengambil 1 mata pelajaran kemahiran (PVMA Tanaman), 2 mata
pelajaran teras (Bahasa Melayu dan Sejarah) dan 3 mata pelajaran MPAK (Matematik, Pendidikan Islam
dan Bahasa Inggeris). Secara tidak langsung murid-murid ini akan layak mendapat Sijil Pelajaran
Malaysia, Sijil Kemahiran Malaysia dan pencapaian sekolah dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
akan meningkat. Strategi ini juga meningkatkan peratus murid mengambil aliran STEM di sekolah iaitu
dari 46.67 pada tahun 2021 menjadi 53.34 pada tahun 2022 iaitu peningkatan sebanyak 6.59%. Pada
tahun 2022 ini, pihak sekolah juga mensasarkan semua murid lulus 100% dalam Sijil Pelajaran
Malaysia. Manakala pada tahun 2023 pihak sekolah mensasarkan 60% murid mengambil aliran STEM
di sekolah ini sebagai menyahut dasar 60:40 seperti yang ditetapkan dalam Dasar Pendidikan
Kebangsaan. Kesimpulannya, saya mencadang supaya pengurusan strategik secara hybrid ini
dilaksanakan oleh pihak pengurusan sekolah kerana pengurusan ini boleh menggabungjalinkan pelbagai
kerja atau projek dalam satu-satu masa, dan boleh merentasi pelbagai bidang sama ada kurikulum, Hal
Ehwal Murid dan kokurikulum. Pengurusan strategik secara hybrid boleh bertindak sebagai serampang
banyak mata bagi melancarkan pentadbiran sekolah seterusnya merealisasikan objektif yang ditetapkan.

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

PROGRAM TRAMSFORMASI SEKOLAH, KREATIF GURU ALAF 21
Raja Hasan Bin Raja Abdullah

SK Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah

Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses yang sememangnya tidak asing lagi bagi
guru. Kepelbagaian dalam menggunakan alat bantu mengajar bagi mewujudkan persekitaran yang boleh
menarik minat pelajar semakin diberi keutamaan kini. Perkembangan teknologi maklumat dan
telekomunikasi kini telah memberi cabaran baru dalam dunia pengajaran dan pembelajaran di kalangan
guru. Namun, ledakan teknologi maklumat dan telekomunikasi ini menjadi beban kepada guru apabila
mereka tidak berjaya menguasai kemahiran menggunakan teknologi terkini dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang sememangnya penting pada abad ke-21 kini. Tuntutan mengaplikasi teknologi secara
berkesan dan bermakna telah menyebabkan kesediaan guru menjadi semakin penting seiring dengan
peningkatan cabaran dalam menggunakan teknologi sebagai satu alternatif pengintegrasian kemahiran
abad ke-21 dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Usaha-usaha harus dijalankan agar guru dapat
mempertingkatkan kemahiran menggunakan teknologi terkini dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Ia bertujuan untuk melahirkan guru yang dapat memanfaatkan revolusi teknologi terkini
seiring dengan perubahan pesat teknologi agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat menarik minat
pelajar disamping melahirkan pelajar kreatif dan inovatif sejajar dengan kepentingan kemahiran abad ke-
21. Kegagalan guru dalam menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses
pengajaran dan pembelajaran menyebabkan kemahiran ini sukar digarap di kalangan guru. Tanpa
kesediaan yang tinggi di dalam diri guru, segala reformasi pendidikan yang dijalankan bagi melahirkan
generasi muda sejajar dengan perkembangan dunia akan menemui jalan kegagalan.

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

SISTEM PEMANTAUAN HEADCOUNT KOKURIKULUM MURID DI
SMK TROLAK

Nor Hashimah Binti Abdul Samat
SMK Trolak

Amalan ini dijalankan bagi meningkatkan kecekapan pengurusan kokurikulum di SMK Trolak
menggunakan sistem headcount e-KoKu SEMETRO. Amalan ini digunakan bertujuan bagi memantau
headcount kokurikulum murid sebelum, semasa dan selepas tempoh aktiviti kokurikulum dilaksanakan
bagi mencapai sasaran yang telah dipersetujui bersama. Pengurusan ini melibatkan Penolong Kanan
Kokurikulum bersama semua guru penasihat unit kokurikulum. Data awal dikumpul melalui analisis
data pencapaian tahun sebelumnya. Data ini dibentangkan di dalam mesyuarat pengurusan kokurikulum
dan penetapan headcount dilakukan secara bersama dengan mengambil kira penetapan sasaran di dalam
Perancangan Strategik Sekolah. Pemantauan dilaksanakan sebanyak 4 kali setahun bagi memastikan
pencapaian sebenar tidak lari jauh daripada sasaran. Hasil dapatan menunjukkan pengurusan
kokurikulum lebih bersistematik dan efektif. Kesimpulannya headcount e-KoKu SEMETRO memberi
impak dalam memastikan integriti pengurusan kokurikulum terjamin

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

SMART PARTNERSHIP PEMANGKIN KEMENJADIAN MURID
DAN KECEMERLANGAN SEKOLAH
Zalina Binti Ahmad
SMK Proton City

SMK Proton City (SMKPC) adalah sekolah harian yang mempunyai murid-murid Tingkatan 1 hingga
6. Ditubuhkan pada 5 Februari 2018 dengan 42 bilik darjah, 9 makmal Sains, 3 makmal komputer, 9
bengkel Kemahiran Hidup, Pusat Sumber Sekolah dan lain-lain kemudahan infrastruktur yang
sepatutnya menyumbang ke arah persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, Masalah
utama yang dihadapi semasa penubuhan sekolah ialah ketiadaan peralatan . Makmal Sains. RBT, Pusat
Sumber dan Bilik Kokurikulum hanya dibekalkan dengan meja dan kerusi tanpa sebarang peralatan.
Setelah membuat analisis SWOT, keputusan diambil untuk melibatkan komuniti setempat untuk
membantu usaha pihak sekolah menjana kemenjadian murid dan kecemerlangan sekolah. . Terdapat
tiga objektif utama di dalam Smartpartnership ini. Pertama, smartpartnership bersama UPSI untuk
membantu mengurangkan beban kewangan yang perlu ditanggung oleh pihak sekolah di dalam
pelaksanaan program di dalam bidang akademik, kokurikulum dan keceriaan. Kedua smartpartnership
bersama Proton di dalam bentuk kewangan dan prasarana di dalam bidang kokurikulum . Ketiga ialah
pelibatan ibubapa untuk bersama-sama dengan sekolah di dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan
hal ehwal murid.. Program Smartpartnership antara SMKPC, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Proton telah menghasilkan impak yang sangat positif pada
sekolah SMKPC secara amnya dan murid secara khususnya. Sebagai sekolah TS25 kohort 4, kewujudan
persekitaran pengajaran dan pembelajaran bermakna yang didokong oleh kepimpinan berkesan, guru
berkualiti dan sokongan ibubapa dan komuniti dapat direalisasikan melalui program smartpartnership.
Ini terbukti dengan pencapaian 100% STPM 2022 dan 2021 serta 93.88% layak sijil SPM 2021 dengan
GPS 4.60 dalam bidang kurikulum dan pencapaian cemerlang di peringkat daerah, kebangsaan dan
antarabangsa di dalam bidang kokurikulum.

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

SOPAN, SANTUN, SUSILA #3S
Josnida Binti Mustafa
SK Jelutong

Sopan, santun dan susila merupakan tingkah laku yang beradab dan berpekerti tinggi. Menurut kamus
Bahasa Melayu, sopan santun menunjukkan sikap lemah lembut, baik budi pekerti, berakhlak
mulia,beradab sopan dan bertatasusila. Hasil kajian yang dilakukan di SK Batu Hampar, hanya 19.1%
murid yang mengamalkan tingkah laku yang beradab iaitu memberi salam, melontar senyuman,
mengucapkan ucapan terima kasih dan membantu guru. Keadaan ini amat membimbangkan kerana jika
dibiarkan berterusan, ia akan menjadikan amalan-amalan baik ini semakin pudar dalam kalangan murid-
murid dan akan memberi kesan kepada masyarakat serta negara. Justeru itu, bagi menghasilkan generasi
yang mempunyai peradaban yang tinggi, usaha penerapan amalan baik perlu dilakukan sejak mereka di
sekolah rendah. Bagi merealisasikan hasrat ini, “Program Sopan,Santun dan Susila (#3S) dilaksanakan
terhadap murid-murid tahap 2, SK Batu Hampar dan seterusnya akan dibudayakan kepada semua murid.
Perlaksanakan program ini sememangnya agak mencabar kerana ia memerlukan kerjasama daripada
semua pihak. Namun, setelah program ini dilaksanakan iaitu dengan cara merekod amalan baik pada
“Kad Rekod Amalan Baik” , ia memberi impak yang tinggi dengan peningkatan peratus pengamalan
baik iaitu daripada 19.1% kepada 74.8%. Semoga dengan peningkatan amalan baik murid-murid tahap 2
ini akan menjadi contoh dan ikutan kepada murid-murid tahap 1 dan seterusnya disebarkan kepada
masyarakat

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

SYNERGY GREEN PEMANGKIN KEBOLEHPASARAN PEKERJAAN MURID
PPKI

Roslina bt Ishak
SMK Kg. Dato’ Seri Kamaruddin

Synergy Green merupakan projek rintis yang dijalankan di Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI)
SMK Kg. Dato’ Seri Kamaruddin bermula dari tahun 2018 hinggalah sekarang. Keadaan kebolehpasaran
pekerjaan murid terutamanya murid Pendidikan Khas masih ditahap rendah telah menyebabkan pihak
pengurusan sekolah telah memilih satu projek bagi menanggani isu kebolehpasaran murid PPKI SMK
Kg. Dato’ Seri Kamaruddin. Pada dasarnya projek ini diaplikasikan kepada murid Pendidikan Khas yang
berada dalam kategori berkefungsian sederhana dan rendah, terdiri daripada Kategori murid Autisme,
ADHA, Kurang Upaya Intelektual dan bermasalah pembelajaran Spesifik. Pada permulaan projek ini
dijalankan dengan mengenalpasti kesediaan dan kemahiran murid PPKI yang mengambil mata pelajaran
masakan dan pertanian. Sebanyak hampir 200 pokok limau telah ditanam di kawasan sekitar sekolah dan
hasil tanaman ini telah diproses dan dijadikan produk akhir untuk dipasarkan. Setelah 4 tahun projek ini
dijalankan dapatan menunjukkan murid-murid di PPKI SMK Kg. Dato’ Seri Kamaruddin telah berjaya
menghasilkan produk-produk hasil daripada buah-buah limau yang telah diproses. Dapatan kajian juga
telah menunjukkan bekas murid ini telah berjaya diterima dalam pasaran pekerjaan. Kebolehpasaran
murid ini semakin meningkat dari tahun ke tahun. Selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan
semua golongan kurang upaya diberi peluang untuk memajukan diri dan diterima dalam pasaran
pekerjaan.

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

Penasihat : Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak
Encik Aznan bin Haji Alias, AMP
Pengerusi
: Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran
Naib Pengerusi Puan Hajah Rahimah Binti Mohamed

Setiausaha : Ketua Penolong Pengarah Kanan TMK
Penyelaras Encik Abu Bakar bin Sulaiman
Ahli Jawatankuasa
: Encik Bakri bin Arsad
: Dr. Najihah binti Mustaffa
:

i. Majlis Pengetua Sekolah Malaysia Negeri Perak
ii. Majlis Guru Besar Negeri Perak
iii. Semua Pegawai Sektor Pembelajaran
iv. Semua Pegawai Sektor Sumber Teknologi Maklumat
v. Majlis Guru Cemerlang Negeri Perak

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

Bacaan doa Perasmian dan Penutupan
Haji Ahmad Lutfi Bin Abu Bakar, PPT Encik S Sophiaan bin Abd Rahman
En Noor Azman Shah bin Mohd Yussof
Publisiti / Profil Pembentang Tuan Haji Mohammad Faisal bin
Encik Amjad Anas bin Abd Malek Mustapa
Encik Mohd Zaki bin Mahmood
Encik Yang Shahrin bin Ab Aziz Juri Pertandingan
Puan Musfirah Salma binti Mohd Radzi

Teknikal Pengurusan Pembentangan
En. Anas bin Mohammad Suffian
Encik S Sophiaan bin Abd Rahman YDP MPSM
YDP MGB
Room 1 : Encik Noor Azman bin Azizi YDP Majlis Guru Cemerlang

Room 2: Encik Mohd Norzaini bin Buku (Flipbook) Kolokium
Mohd Zain
Room 3: Puan Siti Norhaidza Adura Encik Mohd Azril b Mohd Azlan
binti Abu Hamis
Room 4: Encik Mohd Dzulkifly bin Encik Noor Azman bin Azizi
Musanif
Room 5: Cik Khairun Nisa binti
Kamaruddin
Room 6: Encik Mohd Azril bin Mohd
Azlan

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

Pengacara Pemilihan Pembentangan
Puan Nurmazura binti Mohd Yunus Cik Nurizatul Irma binti Mohd
Encik Amjad Anas bin Abd Malek Yazid
Cik Khairun Nisa binti Kamaruddin
Teks Ucapan dan Kata Aluan Perasmi
Haji Azemi bin Md Zuki Encik Abd Razak bin Mohd Yusof

Sijil Penghargaan Puan Kamariah binti Zain’nul
Encik Md Faisal bin Md Yusuf Abidin
Encik Yang Shahrin bin Ab Aziz En. Anas bin Mohammad Suffian

Pendaftaran Persembahan Selingan
Puan A’isah Binti Mohamad Encik Mohd Zaini bin Ahmat
Encik Chandrasegaran a/l Encik Ahmad Tarmizi bin Zainal
Narasimaloo Abidin
Puan Chong Yee Woon

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

FUNDEMIX MODUL
Rozziana binti Mohamad
SK Pos Dipang, Kampar

HEMAT BERWUDUK
Ahmad Rizal Izra bin Zakaria

SK Pendita Za’ba, Tapah

EZI JAWI DEE
Mardiana binti Kamil

SK Jati, Jelapang

“KOTAK BERGETAH (RUBBERBAND BOX)” DALAM AKTIVITI RENJISAN DAN
PERCIKAN

Asihwiniy a/p Francisco
SJKT Mukim Pundut, Lumut

MENINGKATKAN KEMAHIRAN ASAS DARAB DAN PENGUASAAN SIFIR
MURID-MURID TAHUN 2 DENGAN MENGGUNAKAN KITS PEMBELAJARAN

“MATHEMATICS COUNTING KITS” @MCK
Rozilah binti Hashim

SK Seri Kelebang, Chamor

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA STRUKTUR AYAT MUDAH DI DALAM
PENULISAN BAHASA INGGERIS MENGGUNAKAN KAEDAH TRI-SENCE
Wan Rohaini binti Wan Abdul Aziz
SK Changkat Tin, Tanjung Tualang

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

PENGGUNAAN HaTiT DALAM MENYELESAIKAN ASALAH MATEMATIK
YANG MELIBATKAN ZON MASA BAGI MURID TAHUN 6
Kho Ming Hung
SJKC Hwa Lian, Tapah

SMART SPKR SISTEM PENGGERA KESELAMATAN RUMAH
Noraini binti Ibrahim

SMK Dato’ Idris, Pengkalan Baharu

SNOpA WITH EMOJI OPERATIONS: MEMUDAHCARA PEMBELAJARAN
MATEMATIK MENGENAI PENAMBAHAN DAN PENOLAKAN INTEGER

DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN SATU
Leow Tze Wei

SMK Temenggong, Kati

TEKNIK “MAK DAN ANAK” UNTUK MENCARI ANU
DALAM AYAT MATEMATIK DARAB DAN BAHAGI

Haslinda binti Ismail
SK Silibin, Ipoh

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

‘EGGIPHONE’ A TOOL IN TEACHING AND LEARNING OF PHONICS
FOR ENGLISH LANGUAGE
SK Gopeng, Jalan Ilmu

Dewi Hartini binti Mohd Razali

Nur Farhani binti Baharuddin

Nur Izzati binti Ahmad Subri

Khairul helmi bin Naburi

IQROMOJI
SK Sungai Batang, Selekoh

Abdul Fattah bin Yunus

Sularmi binti Amir

Noor Mahirah binti Musa

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

JADUAL SelFWhꝊ
SMK Methodist (ACS) Sitiawan
Nur Adila binti Ibrahim

Nur Adibah binti Ismail
Noorul Syafini binti Musa

Noor Zamzarina binti Zabidi

KITAB AJAIB BAHASA ARAB (KAB)
SK Sri Adika Raja, Gerik

Hasnita binti Md Rejab

Noor Aini binti Awang
Suhaida binti Omar

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

INOVASI KIT PEMBELAJARAN JHBB: KIT BAHAN BANTU BELAJAR
(BBB) YANG DIGUNAKAN SEBAGAI PENDEDAHAN PEMBELAJARAN

TRILINGUAL KEPADA MURID ORANG ASLI SEMAI TAHUN 1

Muhammad Nur Asnawi bin Romly
SK Pos Musoh LZ, Tapah

Mohd Asmadi bin Zainal Abidin
SK Pos Gedong, Bidor

Nur Syazana binti Mohammad Nazer
SK Satu, Tapah

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

PENGGUNAAN CARTA ‘BELONUT’ BAGI MEMBANTU PENGUASAAN
PELAJAR DALAM TOPIK ALAT DASAR EKONOMI TINGKATAN 5 MURNI

Chelvi a/p Ganesan
SMK Jalan Pasir Putih

KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA PEMIKIRAN DALAM PDP SAINS
TAHUN 5 (KEMANDIRIAN SPESIES HAIWAN) BAGI MURID LEMAH
Hafifah binti Mat Hassan
SK Lubok Kawah

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGHITUNG KUANTITI NUTRIEN
DAN KUANTITI BAJA MELALUI KAEDAH 3STEP
Hazaidah binti Abu Hashim
SMK Menglembu

ENHANCING FORM SIX SMK DATO HJ. MOHD TAIB STUDENTS’
SPEAKING SKILL THROUGH THREE-STEP INTERVIEW TECHNIQUE

Yusablina binti Jalaluddin
SMK Dato Hj Mohd Taib Chemor

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK TERRARIUM MEMBANTU
MENINGKATKAN PENGUASAAN DAN PENGLIBATAN MURID TAHUN 5 DALAM

TOPIK SIRATAN MAKANAN
Mohamad Syahmil bin Zakaria
SK Nakhoda Muhammad Taib

JALURMATH MEMBANTU MENINGKATKAN KEMAHIRAN OPERASI DARAB
DALAM KALANGAN ENAM MURID MASALAH PEMBELAJARAN
PPKI SEKOLAH KEBANGSAAN SERI INTAN
Muhammad Anas Murugan bin Abdullah
SK Seri Intan, Teluk Intan

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

PENGINTEGRASIAN PROSES REKABENTUK KEJURUTERAAN
(ENGINEERING DESIGN PROCESS) DENGAN PEMBELAJARAN
BERASASKAN PROJEK BAGI PENGUASAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI

DALAM PEMBELAJARAN BIOLOGI
Nadira binti Ismail

SMK Toh Muda Abdul Aziz, Sungai Siput

MENINGKATKAN PENGUASAAN MENDARAB PECAHAN DALAM
KALANGAN MURID TAHUN 5 MENGGUNAKAN TEKNIK BOW-TIE

Noor Fariza binti Ahmad Sharif
SK Perempuan Methodist, Ipoh

MAGIC RULER: MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TAHUN SATU
DALAM MENAMBAH DAN MENOLAK NOMBOR
DALAM LINGKUNGAN 100
Noorrezan binti Othman
Sk Alor Pongsu, Bagan Serai

KEBERKESANAN JADUAL ULANGKAJI KENDIRI YANG SELARAS BAGI
MENINGKATKAN PENCAPAIAN MATEMATIK TAMBAHAN DALAM PEPERIKSAAN

SPM AMBILAN 2021
Noorul Huda binti Mohd Hashim

SMK Taman Tasik, Taiping

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENULISAN PSEUDOKOD DAN CARTA ALIR
MELALUI JADUAL MIPOT SECARA BERKUMPULAN BAGI MATA PELAJARAN

ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 2A4
Norfatihah binti Idris
SMK Menglembu

PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR G-Ubah
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MATEMATIK UBAHAN TINGKATAN 5 KSSM
Norazhani binti Ibrahim
SMK Methodist (ACS) Parit Buntar

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

SOS KLCC: MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGECAMAN CORAK
ALGORITMA SEARCH DAN SORT MURID TINGKATAN 3RK2
Ros Emiliana Kartina binti Mohamed
SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah

‘TEKNIK INGATAN SAYA’ : MEMBANTU MURID MENGINGAT FAKTOR
YANG MEMPENGARUHI PENGURUSAN SUMBER KELUARGA BERKESAN

DALAM TAJUK PENGURUSAN SUMBER KELUARGA DAN TEMPAT
KEDIAMAN TINGKATAN 4
Suripah binti Muhammad
SMK Trolak, Sungkai

MECHANISM OF MUSCLE CONTRACTION ACCORDING TO THE SLIDING
FILAMENT HYPOTHESIS BY PROCESS WRITING IN 6AB2 to 6AB4 OF
SMJK SAM TET
Kong Yee Leng, Mithra Rajandran
SMJK Sam Tet

Kong Yee Leng Mithra Rajandran

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

FAKTA GANTT: MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT FAKTA
PENGAJIAN PERNIAGAAN SEMESTER 1 TINGKATAN 6BK2
Azrina binti Ariffin
SMK

MELUKIS LUKISAN DIGITAL DENGAN PERISIAN IBISPAINT X
(DI KALANGAN MURID TINGKATAN DUA)
Collin Chong Voon How
SMK Seri Keledang, Ipoh

FOSTERING STUDENTS’ COMPREHENSION STRATEGIES VIA ONLINE
LITERATURE CIRCLES
Ho Lai Ying
SMJK Nan Hwa, Sitiawan

THE INTEGRATION OF WEB 2.0 TOOLS IN THE FORM 4 ENGLISH LANGUAGE
COLLABORATIVE WRITING ACTIVITIES TO IMPROVE WRITING SKILLS
AMONG LOW PROFICIENCY LEARNERS : AN ACTION RESEARCH
Mohana Ram Murugiah
SMK Perempuan Methodist Ipoh

MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID DALAM SUBJEK BAHASA INGGERIS
DALAM KALANGAN MURID PEMULIHAN TAHUN 1 MENGGUNAKAN
PENDEKATAN QuDS (QUIZZIZ DENGAN SUARA)
Mohamad Azrul Azuan bin Mohamad Asri
Sekolah Kebangsaan Parit

MENINGKATKAN PENGUASAAN AYAT SUSUNAN SONGSANG DENGAN
MENGGUNAKAN “PAISANG” DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5
Muhammad Affan bin Ahamad
SK. Sungai Jejawi, Teluk Intan

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TAHUN 6 DLP DALAM BACAAN
MAD 4 DAN 5 HARKAT

Muhammad Affandi bin Md Ujang
SK Gopeng Jalan Ilmu, Gopeng

MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN ASAS MEMBACA BAHASA
CINA MURID TAHAP RENDAH MELALUI KAEDAH PEMBELAJARAN
TERANJAK (FLIPPED CLASSROOM) DALAM KONTEKS PDPR
Ooi Rou Yin
SJKC Khay Hwa

MENINGKATKAN PENGUASAAN PUISI KLASIK TAMIL, CEYYUL
‘ARANERI CHARAM’ DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN 3A5
DENGAN MENGGUNAKAN PEMBELAJARAN INTERAKTIF WORDWALL

Puspavalli a/p Sathival
SMK Tok Perdana, Sitiawan

MENINGKATKAN PENGUASAAN PELAJAR 6 ATAS 2 DALAM MEMBEZAKAN
JENIS-JENIS KATA KERJA AKTIF MENGGUNAKAN
FORMULA “ PIRAMID KATA KERJA AKTIF”
Roziyaton Niza binti Abdul Rahman
SMK Kampong Pasir Puteh, Ipoh

THE EFFECTIVENESS OF PICTIONARY GAME IN THE TEACHING OF
CONCRETE NOUNS AMONG YEAR 2 PUPILS
Shalini a/p Poobalan
SK Parit, Parit

MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN ASAS MENULIS
PERKATAAN BAHASA CINA MURID TAHAP RENDAH
MELALUI KAEDAH RAINBOW STROKE ORDER
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Tan Ke Er
SJKC Padang Grus

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

PENGGUNAAN e-SEMAK TERHADAP PEMUPUKAN MINAT DAN
PENGLIBATAN MURID DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

DI RUMAH (PdPR)
Zuraida binti Abdul Latif
SMK Ahmad Boestamam, Sitiawan

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

GREEN ARENA COMPOST
Shella Devi a/p Govindarajan

SK Silibin, Ipoh

EATING HABITS AND LIFE STYLE FOR HEALTHY HEART
Noor Hafizah binti Hussain
SMK Raja Chulan, Ipoh

EKSPLORASI BUMI
Norizam binti Abdullah
SMK Pengkalan Hulu

EMPANGAN HIDROELEKTRIK
SMK Batu 4, Gerik

Saifuddin Bin Mohamad Safian

Ahmad Hafidz Bin Shafie

Siti Norwahyuni binti Harun

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

FROM GARDEN TO COSMETIC PRODUCT
Wong Choy Wan

SMK Buntong, Ipoh

KEBERKESANAN KAEDAH MODEL TERHADAP AMALAN, MINAT DAN
PENCAPAIAN MURID DALAM MATA PELAJARAN SAINS
Rajathi a/p Ramayah
Sk Gopeng Jalan Ilmu

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBL)
‘DETOX BUTTERFLY PEA’ TERHADAP KEMAHIRAN MENULIS

BAHASA MELAYU MURID
Sk Seri Selamat

Chek Mezuin binti Hamid Shuhida binti Kamaruddin

PBL - MY PORTABLE MACHINE
Kok Hui Sun

SJK(C) Chin Hua, Slim River

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBL) BAGI TAJUK KRIPTOGRAFI
DALAM KESELAMATAN DATA SUBJEK ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN

Farrah Wahilda Bt Khirluddin
SMK Gunung Rapat

KOLOKIUM PENDIDIKAN

NEGERI PERAK 2022

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK– HANDS-ON MINDS ON
LEARNING PLAN ELEVATION
Leow Soo Em
SMK Perempuan Perak, Ipoh

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK:
AHLI SAINS MUDA DAN KOMUNIKATOR SAINS DALAM

MELESTARIKAN SUNGAI
Ong Wei Siang

Kolej Tingkatan Enam Seri Putera, Ipoh

ROBOT PENJAGA AIR TAMAN
Mohd Firdaus bin Mohd Jamil

Sk Tanjong Belanja

POSTER AUTOBIOGRAFI
Hanis Norafatin binti Radzuan
SJKC Khiu Min, Padang Rengas

SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOAL (SDG) 2 : SIFAR LAPAR
Mardiyah binti Rahim

SABK Maahad Al-Ummah

PROSES PEMBUATAN SABUN: MENYEMAI LITERASI STEM DAN
PENGETAHUAN SAINTIFIK MURID ORANG ASLI SUKU JAHA
Ahmad Adnan Mohd Shukri
SK Sungai Tiang, Gerik


Click to View FlipBook Version