www.hadifayyadh.com
HADI FAYYADH
BWIADRKAAHDBAURATI
Inspirasi Tinta Istimewa Buat Wanita
www.hadifayyadh.com
www.hadifayyadh.com
Sabda Rasulullah SAW
“Dunia ini adalah perhiasan
dan sebaik-baik perhiasan adalah
WANITA SOLEHAH”
(HR. Muslim).
www.hadifayyadh.com
ISI KANDUNGAN
1. Apakah yang membuatmu istimewa?
2. Carilah sebuah tugu kekuatanmu.
3. Kerana Dirimu begitu berharga
4. Wanita yang dirindukan Syurga
5. Waktu itu sedang berlari, Kejarlah.
6. Sebening cinta Siti Khadijah Khuwailid
7. Fatimah Az-Zahra Wangian dari Jannah
8. Apa rahsia Tuhan untukmu?
9. Siti Asiah, Ratu peraih Syurga
10. Rabiatul Adawiyyah Wali Allah Penglipur
Lara
www.hadifayyadh.com
“ Warkah ini ditulis “
dari santunan pesan berharga
buatmu duhai wanita,
yang dipetik dari Kisah-kisah wanita
Penghuni Syurga,
lalu, ku susun kemas agar kau
tahu bahawa sebaik-baik hias adalah
dirimu yang tahu segala batas
www.hadifayyadh.com
Warkah Buat Bidadari
Hadi Fayyadh
APAKAH YANG
MEMBUATMU ISTIMEWA?
Jadilah wanita yang menjadi perhiasan dunia.
Keindahannya yang membawa akan membawa ke
Syurga. Apakah ciri-ciri wanita terhebat ini :
1- TUTUPLAH AURATMU.
Wanita terbaik itu menutup auratnya. Aurat wanita
adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan telapak
tangan, menurut pendapat terkuat di antara pendapat
para ulama.
Allah Ta‟ala berfirman,
www.hadifayyadh.com
َِ ٍٍِِْ ٌَب أٌَُّ َٖب اىَّْ ِج ًُّ قُ ْو ِِلَ ْص َٗا ِج َل َٗثََْب ِر َل َٗ ِّ َسب ِء ا ْى َُ ْؤ
ٌُ ْذٍِّ َِ َعيَ ٍْ ِٖ َِّ ٍِ ِْ َج ََل ِثٍ ِج ِٖ َِّ رَ ِى َل أَ ْد َّى أَ ُْ ٌُ ْع َش ْف َِ فَ ََل
ٌُ ْؤرَ ٌْ َِ َٗ َمب َُ َّل َّلاُ َغفُ٘ ًسا َس ِحٍ ًَب
“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak
perempuanmu dan isteri-isteri orang mu‟min: “Hendaklah
mereka mendekatkan jilbabnya (menutup aurat) ke seluruh
tubuh mereka“. Yang demikian itu supaya mereka lebih
mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak di ganggu.
Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.
(QS. Al Ahzab: 59).
Jilbab bukanlah penutup wajah, namun jilbab adalah
kain yang dipakai oleh wanita setelah memakai
khimar. Sedangkan khimar adalah penutup kepala.
Allah Ta‟ala juga berfirman,
َِ َٗقُ ْو ِى ْي َُ ْؤ ٍِ َْب ِد ٌَ ْغ ُض ْض َِ ٍِ ِْ أَ ْث َصب ِس ِٕ َِّ َٗ ٌَ ْح َف ْظ
فُ ُشٗ َج ُٖ َِّ َٗ ََل ٌُ ْج ِذٌ َِ ِصٌ َْزَ ُٖ َِّ إِ ََّل ٍَب َظ َٖ َش ٍِ ْْ َٖب
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah
mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan
janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali
yang (biasa) nampak dari padanya.” (QS. An Nuur: 31).
www.hadifayyadh.com
Warkah Buat Bidadari
Hadi Fayyadh
WAKTU ITU SEDANG
BERLARI, KEJARLAH
Berubah dan berhijrah untuk apa sebenarnya? Buruk
menjadi baik, baik menjadi lebih baik, lebih baik
menjadi cemerlang, dan cemerlang menjadi yang
terbilang. Proses perubahan adalah suatu yang sangat
panjang, sedang masa panjang itu kamu sendiri tidak
mengetahui bilakah jam randik nyawamu akan
tamat. Jangan menunggu, ia akan datang kepadamu.
Jangan ditunggu waktu yang berlalu. Apakah
penantianmu itu suatu yang pasti. Tertangguh dan
menangguh itu bukankah ia amalan mereka yang
gagal mengejar impian? Ketahuilah impian yang
sebenarnya kamu ada setinggi bintang di langit,
mampukah kamu menghulurkan tangga untuk
menggapai kerlipannya di sana? Tangga kamu hanya
akan tinggal angan-angan dan omongan yang nanti
hanya terpadam.
www.hadifayyadh.com
Bersahabatlah dengan masa, jangan biar ia berlalu,
disitu kamu akan temui kekuatan perubahan yang
bakal kamu lakukan.
Berubah sebenarnya bukan lagi pilihan, ia adalah
kewajipan kerana seandainya kamu tidak berubah
menjadi baik, maka adakah kamu sanggup terus
hidup di dalam dilemma kelalaian dan penipuan.
Lalu, bagaimana perubahan ini boleh terjadi ?
Apakah di sana wujud tentangan dan cabaran
untukmu duhai saudaraku ? Ya, benar laluan
untukmu tidak begitu mudah. Maka harunginya
dengan tabah. Ada beberapa peringatan dan pesan
untukmu yang sudah mula memasangkan tekad
untuk berhijrah antaranya :
Percayalah pada tujuan sebenar yang ingin diraih.
Untuk perubahan yang bakal kamu lalui, yakini pada
setiap tujuan akhir apa yang sebenarnya kamu
inginkan. Bayangkan bagaimana kamu pada masa
hadapan setelah melalui perubahan positif ini.
Lihat keindahan, dan ketenangan yang bakal
mewarnai hidupmu kerana itulah impianmu sejak
sekian lama. Kamu adalah apa yang kamu fikirkan.
Sesungguhnya tindakan kamu hari ini akan
www.hadifayyadh.com
menentukan siapa kamu pada hari esoknya. Tetapkan
matlamat sebenar tujuan itu secara jelas.
Sebagai contohnya, “Mulai hari ini aku tidak lagi
meninggalkan Solat Lima waktu” Letakkan Allah adalah
puncak tertinggi apa yang ingin dicapai. Berubah
bukan kerana manusia atau apa jua selain dariNYA
kerana itu antara punca perubahan yang tidak kekal
lama. Dengan izinNYA kamu sesekali tidak akan
kecundang dan terkandas di tengah jalan.
Percayalah pada kemampuan diri.
Setiap manusia ada potensi yang luar biasa, termasuk
diri kamu sendiri. Namun, ada yang memandang
rendah terhadap kemampuan diri sendiri. Perasaan
tidak yakin, lekeh dan „ boleh ke?‟ selalu menjadi
adunan dalam pemikiranmu. Kamu mampu lakukan
perubahan walau sebenarnya ia memang payah.
Tetapi kepayahan itulah yang akan mematangkan
kamu untuk menjadi lebih kuat setelah kamu berubah
dan berhijrah.
Ingatilah firman Allah SWT :
Sesungguhnya Allah tidak akan membebani seseorang itu
melainkan sesuai dengan kesanggupannya
( Surah Al-Baqarah ayat 286 )
www.hadifayyadh.com
Apa yang ditimpakan ke atas diri kamu sebenarnya
adalah sesuatu yang mampu untuk kamu lalui.
Janganlah terlalu manjakan diri, mudah patah
semangat, terlalu bermain dengan emosi dan
perasaan.
Ia mampu menterjerumuskan kamu ke dalam
dilemma „patah hati‟ yang berlarutan. Manusia yang
banyak bermain dengan perasaan lazimnya tidak
kuat, cepat sensitif dan tidak ramai pula teman-
temannya. Sudah tiba masanya untuk kamu menjadi
kuat melalui perubahan ini.
Percayalah Tuhan akan menolong perjalanan
hijrahmu
Ketahuilah duhai saudaraku, selangkah kamu
kepadaNYA, sepuluh langkah Allah kepadamu,
seandainya kamu menuju kepadaNYA sambil
berjalan, Allah akan menuju kepadamu sambil berlari.
Ini adalah perumpamaan bahawa Tuhan tidak akan
memperjalankan hamba yang sedang berusaha untuk
dekat kepadaNYA secara sendirian.
Dia akan memimpinmu, mungkin kamu tidak mampu
menyingkapnya secara zahir, tetapi apa jua yang
dicetuskan di dalam hatimu adalah datang
daripadaNYA jua.
www.hadifayyadh.com
Jangan bersedih, dengan merasakan perubahan dan
penghijrahanmu kamu lalui sendiri. Tentu tidak sama
sekali. Tuhan akan menolongmu, samada pertolongan
itu hampir atau jauh, cumanya kamu perlu bersabar
dan bertawakal terus kepadaNYA.
Jangan ada pergantunggan selain daripadaNYA.
Datanglah walau sebesar apapun rintangannya, kamu
akan mampu hadapi dengan pertolonganNYA.
Jangan gentar, dan bimbang Allah akan sentiasa
bersama dengan orang-orang yang benar.
Iaitu mereka yang cuba sedaya upaya membenarkan
kembali hati yang telah lama tandus daripada
keimanan dan ketaqwaan.
Sedarilah bahawa banyak sekali tentangan yang
menunggu
Fitrah manusia ialah suka menjadi baik, tetapi
lazimnya ramai manusia tidak sekali suka seseorang
itu kelihatan baik. Hasad dan dengki akan melakari
plot-plot kehidupanmu nanti. Benar dikatakan salah,
dan salah apatah lagi dikenang sampai mati.
Kamu berdepan dengan tentangan dan tikaman yang
mungkin datang daripada kawan atau sahabat
terdekat.
www.hadifayyadh.com
Andai itu berlaku, jangan sesekali rebah dan patah
semangat, sungguh mereka ingin lihat keadaanmu
begitu.
Katakan kepada setiap permasalahan yang kamu
hadapi, sebesar-besar masalah, kamu ada Allah yang
maha besar. Dia sedang memerhatikanmu.
Bersedialah untuk ditinggalkan dan dipulaukan,
disisihkan kerana semua itu adat untuk menjadi
seseorang yang hebat.
Anggaplah bahawa semua itu tidak mampu merubah
apa-apapun dalam kehidupan kamu. Ubahlah
persepsi bahawa bukan kamu yang memerlukan
mereka, tetapi mereka yang memerlukan kamu.
Berusahalah menjadi yang terbaik, andai kamu
dilemparkan ke laut kamu akan menjadi sebuah
pulau, andai tenggelam menjadi mutiara.
Sedarilah, bahawa berubah itu perlu kuat.
Kenapa seringkali ada sahaja manusia yang tidak
kekal lama mengharungi penghijrahan hidupnya?
Tentu jawapannya adalah kerana dia tidak kuat
hadapi segala bentuk mehnah ketika berhijrah.
Kamu tahu, untuk berubah bukan sahaja perlukan
ilmu, tetapi kekuatan dalam dan luaran, kamu perlu
menangkis pelbagai tohmahan, cacian dan perlian.
www.hadifayyadh.com