Mahu sahaja ingin berpatah balik dan berputus asa,
lalu menghasilkan usaha yang sia-sia dan tidak
bermakna. Maka masih ada lagikah bibit-bibit
kejayaan yang ditinggalkan untukmu kenyam dan
nikmatinya ?
Itulah perasaan yang seringkali kamu rasakan apabila
berdepan dengan kegagalan yang seakan tidak mahu
berkesudahan.
Mengertilah, Tuhan sedang mendidik kamu untuk
menjadi kuat. Tuhan mahu kamu mengkaji
dimanakah kekuatan dan kelemahan di dalam setiap
usaha yang kamu rangkulkan.
Carilah titik-titik penyebab kenapa dan mengapa
kamu masih melalui kegagalan ini. Mungkin, dengan
usaha yang kamu lakukan itu sudah memadai, namun
kejayaannya barangkali mungkin kecil sekali, maka
Tuhan membuatmu gagal lagi supaya dengannya
kamu akan terus mendapat kejayaan yang lebih
agung.
Cuma, terus bersabar, tekad dan berusaha, kamu
sangat hampir dengan makna sebuah kejayaan yang
di idamkan.
www.hadifayyadh.com
Mencintai pada angin yang lalu
Sakitnya rasa bukan kepalang apabila melalui
kegetiran ini, cinta yang tidak berbalas bahkan
dikhianati. Apakah definisi sengsara yang mampu
diungkapkan dengan trilogi duka ini, pedih, kecewa
dan malu mungkin yang paling hampir.
Salahkah perasaan kamu di realisasikan bersama
dengan si dia yang kamu cintai, sehingga
diperlakukan sebegini lantas menghilangkan
kemanisan harapan dalam kehidupan. Apakah Tuhan
begitu kejam memperlakukan kamu sedemikian ?
Tentunya tidak, terkadang Tuhan menjadikan cinta
untuk mendidik kamu mengenal sang kehidupan.
Cinta yang hadir terkadang ia tidak berbalas, seperti
orang lain mencintai kamu, tetapi kamu sedikitpun
tidak mencintainya. Adakah dia tidak merasai
kesakitan dan kesedihan? Dia juga turut merasainya.
Adil atau tidak apabila Tuhan juga mengajar kamu
untuk merasainya, supaya kamu tahu bahawa rasa
kepedihan itu sebenarnya akan mendidikmu supaya
menjadi matang seperti orang lain.
Ketahuilah, cinta tidak boleh dibahagikan kepada
sesiapa sahaja yang kamu sukai, ia perlu diselami dan
difahami supaya apabila ia jatuh di atas hati
www.hadifayyadh.com
seseorang, ia turut mampu dihayati. Inilah yang
dinamakan cinta tidak bertepuk sebelah tangan.
Himpitan hidup kamu lalui sendiri.
Semakin membesar dan berusia, kamu melalui
kedewasaan ini. Garam dan asam kamu rasainya
dengan masin, masam dan kelat yang berbeza.
Lurah dan cerun kamu lalui, mendaki sehingga ada
luka yang tercalar pada tubuhmu akan menjadi
kenangan yang pasti kamu tidak akan melupakan.
Banyak kamu menangis sendiri, kamu bercerita
tentang diri juga sendiri, kamu merenung jendela
senja juga sendiri, sehingga kamu benar-benar
merasai setiap himpitan hidup itu kamu jalani sendiri.
Bukan kamu tidak mahu bantuan dan dorongan,
namun setiap kali ia hadir pasti ianya menagihkan
balasan dan ingatan.
Betapa hidupmu yang sempit telah membangunkan
„manusia‟ hebat yang ada dalam dirimu. Ia telah
memecahkan pergantungan, sifat meminta-minta dan
mengharap belas sesiapa sehingga kamu pula menjadi
tempat pergantungan orang lain.
Mereka belajar dengan kamu bagaimana untuk
menjadi kuat, sedang kamu belajar dari Tuhan yang
www.hadifayyadh.com
menyekolahkan kamu di dalam medan pengalaman
yang memedihkan.
Pengajaran Tuhan tiada siapa yang mampu
mencernakan apakah ada sesuatu yang sedang
disembunyikan, melainkan terus berjalan dan jangan
menoleh ke belakang.
Sering dipersalahkan, walhal banyaknya kamu
berkorban.
Kamu berjalan di tepi pantai, bermain dengan air
ombak yang memukul butiran pasir lembut, matahari
kian tenggelam dari pandangan, senja itu memalitkan
kamu pada keresahan. Pertanyaan demi pertanyaan,
membibitkan rasa kesedihan yang mencengkam,
mengapa sering kamu menjadi mangsa kepada
perbalahan.
Maka, kamu dipersalahkan dan dituduh bukan-bukan
sehingga mereka lupa pada segunung kebaikkan yang
pernah kamu curahkan. Apa adanya nilai
pengorbanan yang didustakan ? Tidak, terasa kosong
dan tiada apa-apa.
Bertenanglah, katakan pada hatimu, walaupun
mereka tidak menghargai, bukanlah mereka yang
selayaknya membalasmu. Janganlah kamu
mengungkit-ungkit segala pemberian, menjaja sana
www.hadifayyadh.com
sini kebaikkan yang pernah kamu lakukan, bukankah
ia hanya menghilangkan pahala seluruh ganjaran.
Diam, dan banyakkanlah berfikir adakah selama ini,
apa yang kamu berikan ikhlas atau hanya
mengharapkan pahala atau balasan ? Disinilah Tuhan
mendidikmu lagi agar memberilah hanya untukNYA,
bukan untuk balasan mereka. Mereka tiada apa untuk
diberi melainkan puji, itupun belum tentu datang dari
hati. Kata orang dahulu kala :
“.. Orang yang Ikhlas memberi, tiada siapapun tahu dialah
pemberi sehinggalah semua orang tahu, sudah tiada erti
sebab dia sudah mati ...”
Terasa kehilangan, dan dikhianati mereka yang
kamu percayai
Sesuatu yang pergi dan tidak akan dikembalikan
dalam hidup adalah sukar untuk diterima oleh
sesiapapun. Ia akan menjadi igauan yang kekal di
dalam ingatan seseorang.
Kehilangan apapun adalah lumrah hidup seorang
manusia. Bertemu dan akhirnya berpisah, momentum
kehidupan seseorang yang melaui jalinan
perhubungan.
www.hadifayyadh.com
Namun, kehilangan itu akan lebih dirasai apabila ia
berpunca setelah dikhianati apatah lagi oleh mereka
yang sangat kamu percayai.
Perasaan yang terbentuk daripada rasa kehilangan,
dikhianti oleh mereka yang kamu percayai sukar
sekali untuk digambarkan. Sakit dan pedihnya amat
dalam. Kamu tidak akan sesekali mampu
membayangkan andai kamu belum pernah
merasainya.
Sebab itulah, ada orang Melayu lama mengungkap,
patah hati lebih sakit pedih daripada sakit patah kaki.
Maka, Tuhan menjadikan ia salah satu medan ujian
supaya kamu mampu terdidik menjadi kuat, dengan
kesakitan yang kamu rasakan.
Orang yang merasai kehilangan, akan terus
menjadikan dia kental apabila dia berdepan dengan
kehilangan lain, dan dia akan lebih berhati-hati untuk
tidak lagi dikhianati.
Kamu disisihkan, jadi bahan cemuhan dan cacian.
Merasa terpinggir dan dipinggirkan selalunya terjadi
kepada mereka yang dahulunya kuat, akhirnya rebah
dan lemah dengan tohmah dan fitnah. Siapa suka
kalau dirinya seringkali dijadikan bahan ketawa,
cacian dan cemuhan orang lain.
www.hadifayyadh.com
Tanya Imam Al-Ghazali kepada para muridnya,
apakah benda yang paling tajam di dunia ini ?
Jawabnya adalah Lidah yang tidak bertulang,
mengungkapkan kata-kata nista dan andai ia
melukakan, lukanya sukar sekali untuk disembuhkan
kerana parutnya mungkin akan kekal.
Justeru wahai saudaraku, Allah menciptakan
perasaan tersisih, cemuhan dan cacian untuk menguji
sejauhmana besarnya kesabaran kamu lalu ia juga
menggugurkan segala dosa kamu.
Cukup teruji, dan terkesan dengan didikan dari
Tuhan ini, sekali kamu mendengar apa cacian mereka
benar-benar membuatkan jantung kamu luruh dan
seolah tidak berdegup.
Tetapi percayalah, Tuhan sedang menyiapkan kamu
untuk menjadi seorang yang kuat. Ampuh dengan
kata-kata, tidak peduli dengan pandangan rendah
orang lain, bahkan kamu mampu tersenyum lagi
disaat kamu dicaci.
Tiada siapa akan faham siapa diri kamu sebenar
Bagaimana Tuhan mendidikmu lagi wahai saudaraku,
apabila dia membuatmu ketika tiada orang lain
memahami apa yang kamu rasa dan alami. Dibiarkan
www.hadifayyadh.com
kamu sendiri, bahkan menghadapi kesusahan
kepayahan, tiada siapa membantu walaupun kamu
sebenarnya dikelilingi oleh mereka yang sangat dekat
dan rapat denganmu.
Kamu akan merasakan seolah-olah mereka sangat
pentingkan orang lain lebih daripada diri kamu
sendiri, walaupun sebenarnya kamu sudah lama
menjaga dan mengutamakan hubungan dengan
mereka.
Wujudnya perasaan ini sebenarnya, Tuhan ingin
kamu menjadi seorang yang rasional, walau apapun
tiada sokongan daripada sesiapa, kakimu tidak akan
sesekali lemah longlai untuk berlari mengejar mimpi.
Hanya kamu yang mengerti apakah mimpi yang
kamu lakarkan pada bintang-bintang malam yang
bersinar. Hanya kamu yang tahu siapa diri kamu
sebenar, dan kamu tidak perlu untuk bermati-matian
menerangkan kepada orang lain siapakah diri kamu
yang sebenar.
Tuhan ada disaat kamu tidak difahami, Tuhan ada
disaat kamu rasa sendiri. Maka sebab itu, kamu
terdidik untuk menjadi lebih kuat.
www.hadifayyadh.com
Saudaraku, telah sekian lama Tuhan mendidikmu
dengan semua liku-liku yang kamu lalui. Ia
membuatmu menjadi „orang lama‟ yang disifatkan
sebagai orang berpengalaman hidup lebih matang
daripada orang lain walaupun usiamu sebenar
tidaklah terlalu panjang.
Pengalaman pahit maung itu yang menjadikan kamu
lebih „tua‟ daripada yang lainnya. Kamu terdidik
dengan kesusahan, kamu mengenal erti sebuah
pengorbanan, kamu faham dengan pelbagai ragam
kemanusiaan yang berlegar di sekelilingmu, semua
itu kamu tidak akan miliki jika kamu tidak terdidik
secara terus daripada Tuhan.
www.hadifayyadh.com
Warkah Buat Bidadari
Hadi Fayyadh
SITI ASIAH
RATU PERAIH SYURGA
Di negeri Mesir terdapat kerajaan yang diketuai oleh
raja yang terakhir bernama Fir‟aun yang terkenal
dengan keganasan dan tidak berperikemanusian.
Setelah kematian isterinya beliau hidup bersendirian
tanpa teman hidup. Pada ketika itu tersebutlah satu
kisah di mana seorang gadis jelita dari keturunan
keluarga Imran yang baik-baik dan solehah yang
bernama Siti Asiah yang sentiasa menjadi sebutan di
kalangan pemuda-pemuda Mesir kerana keperibadian
dan kejelitaannya.
Kisah kejelitaan Siti Asiah telah sampai ke telinga
Fir‟aun dan suatu hari beliau teringin untuk
memperisterikan Asiah sebagai permaisurinya. Maka
diutuskan seorang Menteri bernama Haman untuk
merisik.
www.hadifayyadh.com
Ibu bapa Asiah telah bertanya kepada tuan empunya
diri tetapi Asiah telah menolak lamaran tersebut dan
berkata kepada kedua ibu bapanya bahawa Fir‟aun
adalah seorang raja yang ingkar kepada Allah SWT
dan tidak berperikemanusiaan.
Tidak lama kemudian Haman, utusan Fir‟aun datang
kembali untuk bertanyakan tentang lamaran tersebut
dan alangkah marahnya beliau setelah mendapat tahu
yang lamaran Fir‟aun telah ditolak. Ibu bapa Asiah
telah dicaci dan dihina.
Haman kemudian telah pulang dan memberitahu
kepada Fir‟aun akan berita buruk tersebut dan Fir‟aun
telah menjadi marah dan memerintahkan supaya
kedua ibu bapa Asiah ditangkap. Mereka telah
diseksa dan dimasukkan ke dalam penjara. Setelah itu
Asiah ditangkap dengan menggunakan kekerasan dan
kemudian dibawa ke istana Fir‟aun dan bertemu
dengannya.
Di hapadapan Fir‟aun, Asiah kemudiannya telah
diketemukan dengan kedua ibu bapanya di dalam
penjara. Asiah amat sedih melihat keadaan kedua
orang tuanya yang disiksa oleh Fir‟aun
Kemudian Fir‟aun berkata:
“Hai Asiah, jika engkau seorang anak yang baik,
tentulah engkau akan sayang terhadap orang tuamu,
www.hadifayyadh.com
maka oleh kerana itu engkau boleh pilih satu antara
dua. Kalau kau menerima lamaranku bererti engkau
akan hidup senang dan akan aku bebaskan kedua
orang tuamu. Dan sebaliknya jika engkau menolak
lamaranku,maka aku akan perintahkan mereka untuk
membakar hidup-hidup kedua orang tuamu di
hadapanmu.”
Oleh kerana ancaman itu, maka Siti Asiah terpaksa
menerima pinangan Fir‟aun akan tetapi beliau telah
meletakkan beberapa syarat:
1. Bahawa Fir‟aun harus membebaskan kedua
ibubapanya.
2. Harus membuatkan rumah yang indah lengkap
dengan perkakas
3. Bahawa orang tuanya harus dijamin kesihatan
beserta makan dan minumnya.
2. Bahawa Asiah bersedia menjadi isteri Fir‟aun, hadir
dalam acara-acara tertentu tetapi tidak bersedia tidur
bersama Fir‟aun.
Sekiranya permintaan-permintaan tersebut tidak
dipersetujui, beliau rela mati dibunuh bersama kedua
ibu bapanya.
www.hadifayyadh.com
Akhirnya Fir‟aun bersetuju menerima syarat-syarat
tersebut dan memerintahkan agar rantai belengu yang
ada di kaki dan tangan Asiah dibuka. Kini Asiah telah
hidup mewah dan tinggal bersama-sama Fir‟aun di
dalam istana yang indah.
Akan tetapi ia tidak membawa pengaruh terhadap
kehidupan peribadi Asiah. Asiah tidak pernah engkar
terhadap perintah agama dan beliau tetap taat
mengerjakan ibadah kepada Allah SWT. Pada malam
hari beliau selalu mengerjakan solat dan beribadah
kepada Allah SWT.
Beliau sentiasa berdoa agar kehormatannya tidak
disentuh oleh orang kafir miskipun suaminya Fir‟aun.
Bagi menyelamatkan Asiah dan menjaga
kehormatannya, Allah SWT telah menciptakan iblis
yang menyamar dirinya sama seperti rupa Asiah
untuk tidur bersama Fir‟aun.
Fir‟aun sebenarnya mempunyai seorang pegawai
yang amat dipercayai dan rapat dengannya yang
bernama Hazaqil. Hazaqil telah berjaya merahsiakan
identitinya yang sebenar. Hazaqil amat taat dan
beriman kepada Allah SWT. Beliau adalah suami
kepada Siti Masyithah yang bekerja sebagai juru hias
istana yang juga amat taat dan beriman kepada Allah
SWT.
www.hadifayyadh.com
Pada suatu hari maka terjadilah perdebatan yang
hebat antara Fir‟aun dengan Hazaqil di mana Fir‟aun
telah menjatuhkan hukuman mati terhadap ahli sihir
yang beriman kepada Nabi Musa AS.
Hazaqil menetang keras terhadap hukuman yang
dijatuhkan kepada mereka semua kerana mereka
semuanya beriman kepada Allah SWT. Mendengar
akan kata-kata Hazaqil, Fir‟aun menjadi marah.
Akhirnya Fir‟aun dapat tahu yang Hazaqil telah
engkar kepada beliau dan kemudiannya telah
dijatuhkan hukuman mati kepada Hazaqil.
Hazaqil menerimanya dengan tabah dan tidak merasa
gentar demi untuk membela kebenaran. Hazaqil telah
meninggal dunia dengan kedua-dua tangannya diikat
pada pohon kurma dengan tembusan beberapa anak
panah. Isterinya yang bernama Masyitah amat sedih
sekali di atas kematian suaminya yang tersayang itu.
Beliau sentiasa dirundung kesedihan dan tiada lagi
tempat mengadu kecuali kepada 2 orang anaknya
yang masih kecil. Pada suatu hari Masyitah telah
mengadu nasib kepada Asiah mengenai nasib yang
menimpa dirinya.
www.hadifayyadh.com
Di akhir perbicaraan mereka, Asiah juga telah
menceritakan tentang keadaan dirinya yang sebenar.
Hasil dari perbicaraan itu, barulah kedua-duanya
mengetahui perkara sebenar bahawa mereka adalah
wanita yang amat beriman kepada Allah SWT dan
Nabi Musa AS.
ASIAH binti Mazahim merupakan seorang wanita
Mesir yang baik budi pekertinya dan bijaksana dalam
pemikirannya. Oleh kerana dia memiliki kecantikan
yang tiada tolok bandingan, dia dipaksa berkahwin
dengan Firaun, raja Mesir yang berkuasa pada ketika
itu.
Pada suatu hari ketika Asiah sedang duduk bersantai
bersama dayang-dayang istana, dia terlihat sebuah
kotak kayu terapung-apung di tepian sungai yang
mengalir merentasi istana Firaun.
"Ambil kotak itu dan bawa kepada beta," arah Asiah
kepada salah seorang dayang yang berdiri di tepinya.
Dayang itu berlari pantas ke arah kotak yang sedang
terapung-apung di tepian sungai. Dia mengangkat
kotak kayu itu dari permukaan sungai lalu dibawakan
kepada Asiah. Dia berdebar-debar untuk mengetahui
isi kandungan kotak kayu itu.
www.hadifayyadh.com
"Comelnya bayi lelaki dalam kotak kayu ini!," jerit hati
Asiah apabila penutup kotak kayu itu terbuka.
Pada ketika itu, Firaun memerintahkan
masyarakatnya membunuh semua bayi lelaki Bani
Israel kerana dia bermimpi bayi tersebut akan
menghancurkan dan membinasakan kerajaan
pemerintahan Firaun.
Apabila berita penemuan bayi lelaki itu sampai ke
telinga Firaun, maka dia bergegas ke tempat Asiah
dan bayi lelaki itu.
"Pengawal! Bunuh bayi ini sekarang..." Perintah
Firaun kepada pengawal yang mengiringinya ke
kamar Asiah.
"Bukankah kita tidak mempunyai anak lelaki. Anak
lelaki ini dapat kita jadikan anak angkat. Saya merayu
supaya bayi ini tidak dibunuh kerana saya sudah
sayang kepadanya.
' Dia akan memberikan manfaat kepada kita berdua
apabila dewasa nanti," Asiah menghalang niat jahat
Firaun dengan kata-kata bijaksananya.
"Baiklah. Saya tidak akan bunuh bayi ini kerana
perasaan cinta saya pada kamu,"
www.hadifayyadh.com
Firaun akur dengan permintaan isterinya, lalu keluar
dari kamar itu.
Asiah memberi nama Musa kepada bayi tersebut dan
memeliharanya sehingga dewasa di istana Firaun.
Apabila nabi Musa mula berdakwah menyebarkan
ajaran Allah, maka Asiah terus menjadi salah seorang
pengikutnya tanpa pengetahuan Firaun dan orang
sekelilingnya.
Pada suatu hari, Asiah duduk menyisir rambut anak
perempuannya di kamar tidur. Tiba-tiba sikat yang
digunakan Asiah bagi menyisir rambut anaknya jatuh
dengan kehendak Allah.
Asiah yang terkejut dengan kejadian itu terus berkata,
"Binasalah Firaun yang dilaknat Allah dengan
izinnya."
"Dengan nama Allah," ucap Asiah tanpa menyedari
anaknya memerhatikan perbuatannya dengan
perasaan hairan.
"Ibu, adakah tuhan lain selain ayah? Adakah ibu
sudah menganut agama yang dibawa oleh Musa?
Mengapa ibu sanggup mengikut agama Musa?
Bukankah ibu menyelamatkan Musa sewaktu kecil
apabila dia akan dibunuh oleh ayah," anaknya
www.hadifayyadh.com
bertanya pelbagai soalan kepada Asiah dan menanti
jawapannya.
"Firaun, ayah kamu adalah manusia biasa seperti kita
semua dan bukan tuhan. Tuhan sebenar adalah Allah,
tuhan semesta alam!" jawab Asiah tanpa perasaan
takut dan gentar.
"Biar saya adukan perkara ini kepada ayah!," balas
anaknya, lalu dia lari keluar dari bilik itu dan pergi
mengadu kepada Firaun.
Firaun yang mendengar aduan anaknya berasa sangat
marah dengan Asiah. Dia tidak menyangka Asiah
sudah mengikut ajaran Allah walaupun dia melarang
sesiapa sahaja di Negara Mesir mengikuti ajaran
Allah.
Orang yang mengingkari larangan itu akan
dijatuhkan hukuman berat jika diketahui oleh Firaun.
Kini isterinya sudah mengikut ajaran Allah, maka dia
harus berbuat sesuatu supaya isterinya keluar dari
agama Allah.
"Dengarlah nasihat saya, wahai Asiah yang amat saya
cintai dan sayangi.
"Keluarlah dari agama yang dibawa oleh Musa. Saya
akan berikan segala harta dan istana di Mesir sebagai
www.hadifayyadh.com
hadiah," Firaun cuba berlembut dan memujuk Asiah
dengan kata-kata manisnya.
"Saya tidak akan sekali-kali keluar dari agama ajaran
Musa yang benar dan suci. Nanti saya akan dimurkai
oleh Allah, tuhan yang mencipta saya.
"Jika saya tetap dalam agama ini, saya percaya Allah
akan memberikan syurga yang lebih baik dari harta
dan istana kamu," tegas Asiah yang tenang dan berani
bertentang mata dengan Firaun yang menyala dengan
api kemarahan.
Usaha Firaun memujuk isterinya menemui jalan
buntu. Dia tidak mahu menghukum Asiah kerana
perasaan kasih sayang dan cinta yang mendalam
terhadap isterinya. Dia cuba memikirkan cara lain
bagi melembutkan hati Asiah supaya dia tidak
beriman dengan ajaran nabi Musa.
Namun, semua ikhtiarnya gagal dan tidak menemui
jalan penyelesaian. Firaun termenung. Wajahnya
terbayang seribu kekecewaan kerana gagal memujuk
Asiah. Akhirnya, dia mengambil keputusan
menggunakan kekerasan kepada Asiah supaya dia
berpaling dari agama Musa.
"Pengawal, tangkap Asiah dan bawa dia berjumpa
beta sekarang!," perintah Firaun dengan nada keras.
www.hadifayyadh.com
"Oleh kerana kamu masih berdegil mahu mengikuti
ajaran agama Musa, beta jatuhkan hukuman berat ke
atas kamu," kata Firaun lagi.
"Pengawal, bawa perempuan ini ke tanah tinggi dan
ikatkan pada empat batang kayu. Pakukan empat
kayu itu ke bumi dengan menelentangkan badan
perempuan ini menghadap langit.
"Biarkan bahang matahari yang panas, dan sejuk
malam menyeksanya," Firaun meminta para
pengawalnya menjalankan hukuman ke atas Asiah
dengan segera.
"Allah! Allah! Allah!," mulut Asiah tidak henti-henti
menyebut kalimat Allah sepanjang hukuman itu
dijalankan.
"Ya Allah! Saya mohon supaya dilindungi dari
bencana Firaun dan dianugerahkan sebuah rumah di
syurga," doa Asiah yang terseksa dengan pancaran
matahari yang sangat panas dan terik.
Akhirnya Asiah dapat melihat rumahnya di syurga
dengan kehendak Allah yang membuka hijabnya.
Hatinya sangat gembira sehingga lupa pada
penderitaan dan kesakitan yang sedang diharunginya.
www.hadifayyadh.com
Selepas beberapa lama tempoh penyeksaan itu
berlalu, Asiah akhirnya menghembuskan nafasnya
yang terakhir dengan kalimat Allah di mulutnya.
Begitulah kisah wanita yang berhati waja. Dia tetap
dalam keimanannya kepada Allah walaupun diseksa
sehingga mati tanpa belas kasihan.
www.hadifayyadh.com
WarkahHBaduiaFtaByyidadahdari
RABIATUL ADAWIYAH,
WALI ALLAH PENGLIPUR LARA
Rabia‟tul binti Ismail Al-Adawiyyah adalah seorang
wali atau orang yang dekat dengan Allah. Beliau lahir
pada tahun 108 Hijrah berdekatan dengan Basrah,
Iraq. Siapakah srikandi Islam yang telah
menggegarkan sejarah ini? Mari kita telusuri kisah
hidup dan sifatnya bagi diteladani sepanjang masa.
Rabia‟tul Al-Adawiyah terkenal sebagai seorang
penyair yang menukilkan pelbagai syair cinta dan
rasa kehambaannya kepada Ilahi. Riwayat hidup
tokoh yang telah menabur hikmah ini banyak
dirakamkan seorang penulis bernama Fariduddin
Attar.
Rabia‟tul Al-Adawiyyah Seorang Yang Sabar Dan
Redha
Semenjak kecil lagi, Rabia‟tul Al-Adawiyah hidup
dalam kesempitan hidup.
www.hadifayyadh.com
Bagi menampung hidup, beliau sering membantu
ayahnya mendayung sampan yang membawa
penduduk menyeberangi Sungai Dajlah.
Kesusahan hidupnya semakin bertambah apabila
sampan milik ayahnya dirampas penguasa dan
Rabi‟atul dijual menjadi hamba kepada raja.
Melazimi Taubat
Di istana, Rabia‟tul menjadi penghibur yang digemari
raja. Ada riwayat mengatakan beliau sudah terjebak
dalam kancah dosa. Namun dengan limpah hidayah,
beliau mulai insaf dan kembali mengingati Allah.
Pada saat kesunyian dan ketenangan malam ketika
bermunajat kepada Allah:
“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada
Engkau daripada segala yang ada yang boleh
memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala
pendinding yang boleh mendinding antara aku
dengan Engkau!
Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata
telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup
pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.
www.hadifayyadh.com
Sekalian manusia telah tidur dan semua orang telah
lalai dengan hiburannya. Yang tinggal hanya Rabi‟ah
yang banyak kesalahan di hadapan-Mu.
Maka semoga Engkau berikan suatu pandangan
kepadanya yang akan menahannya daripada tidur
supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”
Bersyukur
Setelah menyedari kesalahannya, Rabi‟atul Al-
Adawiyah meninggalkan pentas hiburannya dan
melazimi ibadah. Perbuatan itu menyebabkan raja
menjadi berang dan menyeksanya dengan memberi
kerja-kerja berat.
Rabiah Basri atau lebih dikenali sebagai Rabiah al-
Adwiyah atau Rabiatul Adawiyah adalah antara salah
seorang wanita yang awal memeluk agama Islam.
Beliau telah meninggalkan segala-galanya yang
bersifat duniawi dan mengabadikan sepenuhnya
dirinya kepada Allah وت عال ى س بحان ه.
Rabiatul Adawiyah telah dilahirkan dalam sebuah
keluarga yang miskin. Mempunyai empat orang adik
beradik. Kelahirannya telah diliputi bermacam-
macam cerita yang pelik.
www.hadifayyadh.com
Pada malam beliau dilahirkan, di rumahnya tidak
mempunyai apa-apa bahkan minyak untuk
menyalakan lampu pun tiada. Malahan sehelai kain
untuk membalut dirinya apabila dilahirkan kelak juga
tidak ada.
Ibu Rabiah meminta ayahnya supaya meminjam pelita
minyak daripada jiran mereka. Ini merupakan cubaan
bagi si ayah yang malang itu.
Sebelum itu ayahnya telah berjanji kepada Allah
وت عال ى س بحان هuntuk tidak meminta pertolongan dari
sesiapa. Oleh kerana keadaan terdesak maka ayahnya
pun terpaksa pergi juga ke rumah jirannya.
Sebaik saja tiba di rumah jirannya, ayahnya terus
mengetuk pintu rumah jirannya itu. Malangnya tiada
jawapan pun dari dalam rumah itu. ayahnya berasa
lega dan mengucap syukur kepada Allah س بحان ه
وت عال ىkerana tidak ingkar pada janjinya. Kemudian
ayahnya pun pulang ke rumahnya dan terus tidur
dipembaringan.
Pada malam itu ayahnya bermimpi bertemu Nabi
Muhammad هلا ىلص. Dalam mimpinya itu Nabi
Muhammad هلا ىلصtelah memberikan tanda kepadanya
dengan menyatakan bahawa anaknya yang
bakal dilahirkan itu telah ditakdirkan akan
www.hadifayyadh.com