The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norizan sohok, 2022-03-06 10:12:33

WARKAH BUAT BIDADARI

WARKAH BUAT BIDADARI

Ada yang bertanya, bagaimana untuk menghadapi
semua itu tanpa terkesan sedikitpun daripadanya.

Ulama‟ pernah mengajar kamu tentangnya, celaan
dan pujian akan terasa sama, tidak memberi kesan
apapun, jika kamu ikhlas dalam setiap amalan kamu.
Ajaib dan sungguh mengagumkan ikhlas ini bukan?

Ikhlaskanlah niat berubah kamu itu kerana Allah,
kamu tidak akan bersedih walau kamu sudah menjadi
yang terbaik namun disana masih ada yang
mengungkit kejahilan silammu. Kamu dihukum
walau sebenarnya itu bukanlah hukuman selayakmu.

Singkirkanlah niat untuk mengejar pujian, atau
menjadi pemburu pujian kerana semua itu bakal
menghapus segala kenikmatan. Nikmat ketika kamu
tidak dipuji kamu akan terasa disakiti.

Banyakkan bertaubat dan lazimi doa.

Sabda Nabi Muhammad SAW ;

“ Setiap Anak Adam (manusia) itu melakukan kesalahan,
sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan ( dosa) ialah
mereka yang bertaubat”

( HR Ahmad & Tarmizi )

www.hadifayyadh.com

Tiada seorang manusia yang dilahirkan ke dunia ini
bebas daripada melakukan dosa. Dosa kecil ataupun
besar. Lalu mengapa Allah menyediakan Syurga
sedangkan semua manusia itu berdosa, bukankah
selayaknya Neraka.

Sedangkan Syurga itu disediakan untuk mereka yang
berdosa, namun segera memohon ampunan
daripadaNYA. Rasulullah SAW sendiri beristighfar
lebih daripada 20 kali setiap waktu, walaupun
baginda itu sebenarnya maksum. Taubat adalah kunci
kepada penyucian dosa yang telah dilakukan. Allah
tidak peduli seberapa besarpun dosa yang dilakukan,
semua itu akan padam saat kamu bertaubat.

Taubatlah dengan berikrar untuk tidak mengulangi
segala kesilapan yang pernah kamu lakukan. Walau
sesukar manapun untuk kamu tinggalkan,
berkorbanlah kerana Allah akan menilai semua itu
dari sudut kesanggupan kamu meninggalkan dosa.

Kamu akan melihat dosa itu nikmat, sukarnya kamu
hanya Allah yang tahu. Maka, pautkanlah hatimu
dengan melazimi doa.

Firman Allah SWT :

“ Hanya kepada Engkaulah kami menyembah, dan hanya
kepada Engkaulah tempat kami meminta pertolongan”

www.hadifayyadh.com

Doa itu sangat hebat, sehingga Rasulullah SAW
menggelarkan doa sebagai „senjata bagi orang-orang
yang beriman‟. Ia adalah pertalian antara manusia
dengan Tuhannya.

Ketika seorang hamba berdoa, maka tiada apa pun
lagi yang dapat menghalang doa seseorang dengan
Tuhannya. Dia mendengar bahkan maha mengetahui
segala doa yang belum dilafazkanmu. Jadi, mengapa
kamu masih meminta-minta selain daripadaNYA?

Jangan lagi buang sisa waktumu.

Waktu itu adalah singkat. Semakin lama ia bergerak
sepantas mungkin tanpa menunggu sesiapapun. Ia
tidak pernah terhenti walau apapun keadaan yang
berlaku.

Tegasnya masa terhadap dirimu. Bersahabatlah
dengannya, supaya kamu faham bahawa kamu tidak
perlu termenung dan termanggu di pintu jendela lalu.

Mengenang dan hanya memikirkan sesuatu yang
tidak lagi berguna untukmu. Setiap detik saat yang
berputar belum pernah ada manusia
mengembalikannya.

www.hadifayyadh.com

Waktu yang berbaki ini, gunakanlah sebaik mungkin.
Rancanglah perubahan dirimu agar kamu tidak
ditinggalkan di belakang. Sentiasa bergerak ke
hadapan dan mendahului mereka yang tidak pernah
memandangmu.
Sungguh waktu itu tidak kenal siapa kawan atau
lawan, dia akan terus berlari maka kejarlah ia supaya
jangan pergi jauh dalam hidupmu, biarkan ia
mengajarmu tentang erti perjalanan ini, perubahan
dan penghijrahan ini.

www.hadifayyadh.com

WarkahHBaduiaFtaByyidadahdari

SEBENING CINTA
“SITI KHADIJAH KHUWAILID”

Suatu hari, seorang nenek datang menemui
Rasulullah SAW. Rasulullah SAW bertanya,
“Siapakah Anda wahai nenek?”

“Aku adalah Jutsamah al-Muzaniah, ” jawab wanita
tua itu. Rasulullah SAW pun berkata, “Wahai nenek,
sesungguhnya saya mengenalmu. Engkau adalah
wanita yang baik hati. Bagaimana khabarmu dan
keluargamu. Bagaimana pula keadaanmu sekarang
setelah kita berpisah sekian lama?”

Nenek itu menjawab, “Alhamdulillah kami dalam
keadaan baik. Terima kasih, Rasulullah.”

www.hadifayyadh.com

Tak lama kemudian, wanita tua itu pergi
meninggalkan Rasulullah SAW. Aisyah RA yang
melihat kejadian itu datang kepada Rasulullah SAW
seraya berkata, “Wahai Rasulullah, seperti inikah
engkau menyambut dan memuliakan seorang wanita
tua? Istimewa sekali.”

Rasulullah menimpali, “Ya, dahulu nenek itu selalu
mengunjungi kami ketika Khadijah masih hidup.
Sesungguhnya melestarikan persahabatan adalah
sebahagian dari iman.”

Setelah kejadian itu, Aisyah mengatakan, “Tak
seorang pun dari isteri-isteri nabi yang aku cemburui
lebih dari Khadijah. Meskipun aku belum pernah
melihatnya, namun Rasulullah SAW seringkali
menyebutnya.

Pernah suatu kali baginda menyembelih kambing lalu

memotong-motong dagingnya dan

membahagikannya kepada sahabat-sahabat karib

Khadijah.”

Jika hal tersebut disampaikan Aisyah, Rasulullah
SAW menanggapinya dengan berkata, “Wahai
Aisyah, begitulah kenyataannya. Sesungguhnya
darinyalah aku memperoleh anak.”

www.hadifayyadh.com

Pada kesempatan lainnya, Aisyah mengatakan, “Aku
sangat cemburu dengan Khadijah kerana sering
disebut Rasulullah SAW, sampai-sampai aku berkata:
Wahai Rasulullah, apa yang kau perbuat dengan
wanita tua yang pipinya kemerah-merahan itu,
sementara Allah SWT telah menggantikannya dengan
wanita yang lebih baik?”

Rasulullah SAW menjawab, “Demi Allah SWT, tak
seorang wanita pun lebih baik darinya. Ia beriman
saat semua orang kufur, ia membenarkanku saat
manusia mendustaiku, ia melindungiku saat manusia
kejam menganiayaku

Beliau adalah seorang sayyidah wanita sedunia pada
zamannya. Dia adalah puteri dari Khuwailid bin Asad
bin Abdul Uzza bin Qushai bin Kilab al-Qurasyiyah
al-Asadiyah. Dijuluki ath-Thahirah yakni yang bersih
dan suci.

Sayyidah Quraisy ini dilahirkan di rumah yang mulia
dan terhormat kira-kira 15 tahun sebelum tahun fill
(tahun gajah). Beliau tumbuh dalam lingkungan
keluarga yang mulia dan pada gilirannya beliau
menjadi seorang wanita yang cerdas dan agung.

Beliau dikenal sebagai seorang yang teguh dan cerdik
dan memiliki perangai yang luhur. Kerana itulah
ramai lelaki dari kaumnya menaruh cinta.

www.hadifayyadh.com

Pada mulanya beliau dinikahi oleh Abu Halah bin
Zurarah at-Tamimi yang membuahkan dua orang
anak yang bernama Halah dan Hindun.Tatkala Abu
Halah wafat, beliau dinikahi oleh Atiq bin „A‟id bin
Abdullah al-Makhzumi hingga beberapa waktu
lamanya namun akhirnya mereka cerai.

Setelah itu banyak dari para pemuka-pemuka Quraisy
yang menginginkan beliau tetapi beliau memberi
keutamaan dan perhatiannya dalam mendidik putera-
puterinya, juga sibuk mengurusi perniagaan yang
mana beliau menjadi seorang yang kaya raya.

Suatu ketika, beliau mencari orang yang dapat
menjual dagangannya, maka tatkala beliau
mendengar tentang Muhammad sebelum bi‟tsah
(diangkat menjadi Nabi), yang memiliki sifat jujur,
amanah dan berakhlak mulia, maka beliau meminta
kepada Muhammad untuk menjualkan dagangannya
bersama seorang pembantunya yang bernama
Maisarah.

Beliau memberikan barang dagangan kepada
Muhammad melebihi dari apa yang dibawa oleh
selainnya. Muhammad al-Amin pun menyetujuinya
dan berangkatlah beliau bersama Maisarah dan Allah
menjadikan perdagangannya tersebut menghasilkan
keuntungan yang banyak.

www.hadifayyadh.com

Pada suatu hari iaitu dikatakan sebelum Nabi
Muhammad mengambil upah mengetuai rombongan
dagangan ke Syam itu, Siti Khadijah dikatakan telah
didatangi satu mimpi yang agak aneh dan ini
menyebabkan beliau segera menemui sepupunya,
pendita atau rahib agama Hanif, Waraqah bin Naufal
atau nama penuhnya Waraqah bin Nawfal bin Assad
bin Abd al-Uzza bin Qusayy Al-Qurashi.

"Malam tadi aku bermimpi sangat menakjubkan. Aku
melihat matahari berputar-putar di atas Kota Mekah,
lalu turun ke arah bumi.

"Ternyata matahari itu turun dan memasuki rumahku.
Cahayanya yang sangat agung itu membuatkanku
terpegun.

"Lalu aku terbangun daripada tidurku itu" kata Siti
Khadijah.

Mendengarkan itu, lalu Waraqah berkata; "Aku
sampaikan berita gembira kepadamu, bahawa
seorang lelaki agung dan mulia akan datang untuk
menjadi teman hidupmu.

"Dia memiliki kedudukan penting dan kemasyhuran
yang semakin hari semakin meningkat," kata
Waraqah.

www.hadifayyadh.com

Khadijah merasa gembira dengan hasil yang banyak
tersebut kerana usaha dari Muhammad, akan tetapi
ketakjubannya terhadap keperibadian Muhammad
lebih besar dan lebih mendalam dari semua itu.

Maka mulailah muncul perasaan-perasaan aneh yang
berbaur dibenaknya, yang belum pernah beliau
rasakan sebelumnya. Pemuda ini tidak sebagaimana
kebanyakan lelaki lain dan perasaan-perasaan yang
lain.

Akan tetapi dia merasa pesimis; mungkinkah pemuda
tersebut mahu menikahinya, mengingat umurnya
sudah mencapai 40 tahun? Apa nanti kata orang
kerana ia telah menutup pintu bagi para pemuka
Quraisy yang melamarnya?

Maka disaat dia bingung dan gelisah kerana masalah
yang mengganggu fikirannya, tiba-tiba muncullah
seorang temannya yang bernama Nafisah binti
Munabbih, Nafisah membesarkan hati Khadijah dan
menenangkan perasaannya dengan mengatakan
bahwa Khadijah adalah seorang wanita yang memiliki
martabat, keturunan orang terhormat, memiliki harta
dan berparas cantik.Terbukti dengan banyaknya para
pemuka Quraisy yang melamarnya.

www.hadifayyadh.com

Tatkala Nafisah keluar dari rumah Khadijah, dia
langsung menemui Muhammad al-Amin hingga
terjadilah dialog yang menunjukan kelihaian dan
kecerdikannya:

Nafisah : Apakah yang menghalangimu untuk
menikah wahai Muhammad?

Muhammad : Aku tidak memiliki apa-apa untuk
menikah .

Nafisah : (Dengan tersenyum berkata) Jika aku
pilihkan untukmu seorang wanita yang kaya raya,
cantik dan berkecukupan, maka apakah kamu mau
menerimanya?

Muhammad : Siapa dia ?

Nafisah : (Dengan cepat dia menjawab) Dia adalah
Khadijah binti Khuwailid

Muhammad : Jika dia setuju maka akupun setuju.

Nafisah pergi menemui Khadijah untuk
menyampaikan kabar gembira tersebut, sedangkan
Muhammad al-Amin memberitahukan kepada bapa
saudara baginda tentang keinginannya untuk
menikahi sayyidah Khadijah.

www.hadifayyadh.com

Kemudian berangkatlah Abu Talib, Hamzah dan yang
lain menemui bapa saudara Khadijah yang bernama
Amru bin Asad untuk melamar Khadijah bagi putera
saudaranya, dan selanjutnya menyerahkan mahar.

Setelah usai akad nikah, disembelihlah beberapa ekor
haiwan kemudian dibahagikan kepada orang-orang
fakir. Khadijah membuka pintu bagi keluarga dan
handai taulan dan diantara mereka terdapat Halimah
as-Sa‟diyah yang datang untuk menyaksikan
pernikahan anak susuannya.

Setelah itu dia kembali ke kampungnya dengan
membawa 40 ekor kambing sebagai hadiah
perkawinan yang mulia dari Khadijah, kerana dahulu
dia telah menyusui Muhammad yang sekarang
menjadi suami tercinta.

Maka jadilah Sayyidah Quraisy sebagai isteri dari
Muhammad al-Amin dan jadilah dirinya sebagai
contoh yang paling utama dan paling baik dalam hal
mencintai suami dan mengutamakan kepentingan
suami dari pada kepentingan sendiri.

Manakala Muhammad mengharapkan Zaid bin
Haritsah, maka dihadiahkanlah oleh Khadijah kepada
Muhammad. Demikian juga tatkala Muhammad
ingin mengambil salah seorang dari putera bapa
saudaranya, Abu Talib, maka Khadijah menyediakan

www.hadifayyadh.com

suatu ruangan bagi Ali bin Abi Talib radhiallâhu
„anhu agar dia dapat mencontoh akhlak suaminya,
Muhammad Sallallahu „alaihi wasallam .

Allah memberikan kurnia pada rumah tangga
tersebut berupa kebahagaian dan nikmat yang
berlimpah, dan menganugerahkan pada keduanya
putera-puteri yang bernama al-Qasim, Abdullah,
Zainab, Ruqqayah, Ummi Kalsum dan Fatimah.

Khadijah adalah seorang yang pertama kali beriman
kepada Allah dan Rasul-Nya dan yang pertama kali
masuk Islam. Beliau adalah seorang isteri Nabi yang
mencintai suaminya dan juga beriman, berdiri
mendampingi Nabi Sallallahu „alaihi wasallam yang
dicintainya untuk menolong, menguatkan dan
membantunya serta menolong beliau dalam
menghadapi kerasnya gangguan dan ancaman
sehingga dengan hal itulah Allah meringankan beban
Nabi-Nya.

Tidaklah beliau mendapatkan sesuatu yang tidak
disukai, baik penolakan mahupun pendustaan yang
menyedihkan baginda Sallallahu „alaihi wasallam
kecuali Allah melapangkannya melalui isterinya bila
beliau kembali ke rumahnya.

www.hadifayyadh.com

Beliau (Khadijah) meneguhkan pendiriannya,
menghiburnya, membenarkannya dan mengingatkan
tidak bererti celaan manusia pada baginda Sallallahu
„alaihi wasallam. Dan ayat-ayat Al-Qur‟an juga
mengikuti (meneguhkan Rasulullah), Firman-Nya:

“Hai orang-orang yang (berselimut), bangunlah, lalu
berilah peringatan! Dan Rabb-Mu agungkanlah, dan
pakaianmu bersihkanlah, dan perbuatan dosa
tinggalkanlah, dan janganlah kamu memberi (dengan
maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak.
Dan untuk (memenuhi perintah) Rabb-Mu,
bersabarlah!”

(Al-Muddatstsir:1-7).

Sehingga sejak saat itu Rasulullah yang mulia
memulakan lembaran hidup baru yang penuh
barakah dan bersusah payah. Baginda katakan kepada
sang isteri yang beriman bahawa masa untuk tidur
dan bersenang-senang sudah habis.

Khadijah radhiallâhu „anha turut berdakwah Islam
disamping suaminya -semoga selawat dan salam
terlimpah kepada beliau.

Maka bermulalah ujian yang keras menimpa kaum
muslimin dengan berbagai macam bentuknya,akan

www.hadifayyadh.com

tetapi Khadijah berdiri kukuh bak sebuah gunung
yang tegar dan kuat.

Firman Allah Ta‟ala:

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka
dibiarkan (saja) mengatakan: „Kami telah beriman‟ ,
sedangkan mereka tidak diuji lagi?” .

(Al-‟Ankabut:1-2).

Allah memilih kedua puteranya yang pertama
Abdullah dan al-Qasim untuk menghadap Allah
tatkala keduanya masih kanak-kanak, sedangkan
Khadijah tetap bersabar.

Beliau juga melihat dengan mata kepalanya
bagaimana syahidah pertama dalam Islam yang
bernama Sumayyah tatkala menghadapi sakaratul
maut kerana seksaan para thaghut hingga jiwanya
menghadap sang pencipta dengan penuh kemuliaan.

Beliau juga harus berpisah dengan puteri dan buah
hatinya yang bernama Ruqayyah isteri dari Uthman
bin Affan radhiallâhu „anhu kerana putrinya hijrah ke
negeri Habsyah untuk menyelamatkan dirinya dari
gangguan orang-orang musyrik.

www.hadifayyadh.com

Beliau saksikan dari waktu ke waktu yang penuh
dengan kejadian besar dan permusuhan. Akan tetapi
tidak ada kata putus asa bagi seorang Mujahidah.
Beliau laksanakan setiap saat apa yang difirmankan
Allah Ta‟ala :

“Kamu sungguh-sungguh akan duji terhadap
hartamu dan dirimu. Dan (juga) kamu sungguh-
sungguh akan mendengar dari orang-orang yang
diberikan kitab sebelum kamu dan dari orang-orang
yang mempersekutukan Allah, ganguan yang
banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar
dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian
itu termasuk urusan yang di utamakan “.

(Ali Imran:186).

Sebelumnya, beliau juga telah menyaksikan seluruh
kejadian yang menimpa suaminya al-Amin ash-
Shiddiq yang mana beliau berdakwah di jalan Allah,
namun beliau menghadapi segala musibah dengan
kesabaran.

Semakin bertambah berat ujian semakin bertambahlah
kesabaran dan kekuatannya. Beliau campakkan
seluruh bujukan kesenangan dunia yang menipu yang
hendak ditawarkan dengan aqidahnya.

www.hadifayyadh.com

Dan pada saat-saat itu beliau bersumpah dengan
sumpah yang menunjukkan keteguhan dalam
memantapkan kebenaran yang belum pernah dikenal
orang sebelumnya dan tidak bergeming dari
prinsipnya walau selangkah semut.

Beliau bersabda:

“Demi Allah wahai paman! seandainya mereka
mampu meletakkan matahari di tangan kananku dan
bulan di tangan kiriku agar aku meninggalkan urusan
dakwah ini, maka sekali-kali aku tidak akan
meninggalkannya hingga Allah memenangkannya
atau aku yang binasa karenannya”.

Begitulah Sayyidah mujahidah tersebut telah
mengambil suaminya Rasulullah Sallallahu „alaihi
wasallam sebagai contoh yang paling agung dan tanda
yang paling nyata tentang keteguhan diatas iman.

Oleh kerana itu, kita mendapatkan tatkala orang-
orang Quraisy mengumumkan pemboikotan mereka
terhadap kaum muslimin untuk menekan dalam
bidang politik, ekonomi dan kemasyarakatan dan
mereka tulis naskah pemboikotan tersebut kemudian
mereka lekatkan pada dinding Ka‟bah;

www.hadifayyadh.com

Khadijah tidak ragu untuk bergabung dengan kaum
muslimin bersama kaum Abu Thalib dan beliau
tinggalkan kampung halamannya untuk menempa
kesabaran selama tiga tahun bersama Rasul dan
orang-orang yang menyertai beliau menghadapi
beratnya pemboikotan yang penuh dengan kesusahan
dan menghadapi kesewenang-wenangan para
penyembah berhala.

Hingga berakhirlah pemboikotan yang telah beliau
hadapi dengan iman, tulus dan tekad baja tak kenal
lelah. Sungguh Sayyidah Khadijah telah mencurahkan
segala kemampuannya untuk menghadapi ujian
tersebut di usia 65 tahun.

Selang enam bulan setelah berakhirnya pemboikotan
itu wafatlah Abu Thalib, kemudian menyusul seorang
mujahidah yang sabar -semoga Allah meridhai beliau-
tiga tahun sebelum hijrah.

Di dalam melalui saat-saat sakarat ditemani suami
tercinta, Rasulullah SAW. Dalam keadaan kesakitan
yang amat itu, dia mengungkapkan kata-kata yang
menyebabkan Jibril juga teruja.

Katanya, ”Wahai rasul utusan Allah, tiada lagi harta
dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku
sumbangkan demi dakwah.

www.hadifayyadh.com

Andai selepas kematianku, tulang-tulangku mampu
ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah
tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang
panjang ini”.

Rasulullah SAW berasa sayu mendengar semua itu.
Jibril naik bertemu Allah. Jibril bertanyakan Allah,
adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina
Khadijah itu? Allah menjawab pertanyaan Jibril –
bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari
malah bisikannya juga. Allah meminta Jibril
menyampaikan salam buat Saidatina Khadijah.

Jibril turun dan memberitahu Rasulullah SAW akan
hal itu. Rasulullah SAW menyampaikan salam
tersebut kepada isteri tercinta. Riwayat turut
menceritakan bahawa dalam sesetengah riwayat
tangan Saidatina Khadijah seakan bersilang saat
menyambut salam itu dan Saidatina Khadijah
melafazkan bacaan yang begitu masyhur yang sering
kita lafazkan selepas solat:

Allaahum ma antas salaam - waminkas salaam
Wa ilaika ya 'uudus salaam
Fahayyina rabbanaa bis salaam
Wa adkhilnal jan nataka daaras salaam
Tabaa rakta rabbanaa wa ta 'aalaita yaa dzal jalaali wal
ikraam.

Ya Allah, Engkaulah kesejahteraan, dariMulah asal

www.hadifayyadh.com

kesejahteraan dan kepadaMu
pula kembali kesejahteraan, maka hidupkanlah aku dengan
kesejahteraan dan
masukkanlah aku kedalam surga kampung kesejahteraan.
Maha Mulia Engkau
Ya Allah yang memiliki kemegahan dan kemuliaan.

Dan pergilah Saidatina Khadijah menghadap Allah
SWT, kekasih yang dirindui. Terlalu hebat wanita ini.
Dialah insan pertama yang mengimani Rasulullah
SAW. Tidak cukup dengan harta, tulang-tulangnya
juga ingin digunakan untuk membantu perjuangan
Rasulullah.

Begitulah Nafsul Muthmainnah telah pergi
menghadap Rabbnya setelah sampai pada waktu yang
telah ditetapkan, setelah beliau berhasil menjadi
teladan terbaik dan paling tulus dalam berdakwah di
jalan Allah dan berjihad dijalan-Nya.

Dalam hubungannya, beliau menjadi seorang isteri
yang bijaksana, maka beliau mampu meletakkan
urusan sesuai dengan tempatnya dan mencurahkan
segala kemampuan untuk mendatangkan keredhaan
Allah dan Rasul-Nya.

Kerana itulah beliau berhak mendapat salam dari
Rabb-nya dan mendapat khabar gembira dengan
rumah di syurga yang terbuat dari emas,

www.hadifayyadh.com

tidak ada kesusahan didalamnya dan tidak ada pula
keserabutan didalamnya.
Kerana itu pula Rasulullah bersabda: “Sebaik-baik
wanita adalah Maryam binti Imran, sebaik-baik
wanita adalah Khadijah binti Khuwailid”.
Dengan wafatnya Khadijah maka meningkatlah
musibah yang Rasul hadapi. Kerana bagi Rasulullah
Sallallahu „alaihi wasallam, Khadijah adalah teman
yang tulus dalam memperjuangkan Islam.
Di dalam kerinduan dan kesedihan Rasulullah SAW
di atas pemergian Abu Talib dan isterinya tercinta,
Allah menggembirakan Rasulullah dengan
membawanya naik ke langit di dalam peristiwa Isra'
dan Mikraj seterusnya memberikan ibadah teragung
iaitu ibadah solat.

www.hadifayyadh.com

WarkahHBaduiaFtaByyidadahdari

FATIMAH AZ ZAHRA
WANGIAN DARI JANNAH

Nama yang indah, Fatimah binti Muhammad, atau
lebih dikenal dengan Fatimah az-Zahra (Fatimah yang
selalu berseri) (Bahasa Arab: ‫ )ال زهراء ف اطمة‬puteri
bongsu Nabi Muhammad dari perkahwinannya
dengan isteri pertamanya, Khadijah.
Siti Fatimah Az Zahra r.a dilahirkan di Makkah, pada
hari Jumaat, 20 Jamadil Akhir, lebih kurang lima
tahun sebelum Rasulullah SAW diangkat menjadi
rasul. Siti Fatimah Az Zahra r.a tumbuh besar di
bawah naungan wahyu Ilahi, di tengah kancah
pertarungan sengit antara Islam dan jahiliyah, di kala
sedang hebatnya perjuangan para perintis iman
melawan penyembah berhala.

www.hadifayyadh.com

Kelahiran Fatimah disambut gembira oleh
Rasulullahu alaihi wassalam dengan memberikan
nama Fatimah dan julukannya Az-Zahra.

Pemimpin wanita pada masanya ini adalah puteri ke 4
dari anak anak Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam,
dan ibunya adalah Ummul Mukminin Khadijah binti
Khuwalid.

Sesungguhnya Allah Subhanahu wa ta‟ala
menghendaki kelahiran Fatimah yang mendekati
tahun ke 5 sebelum Muhammad diangkat menjadi
Rasul, bertepatan dengan peristiwa besar iaitu
ditunjukinya Rasulullah sebagai penengah ketika
terjadi perselisihan antara suku Quraisy tentang siapa
yang berhak meletakan kembali Hajar Aswad setelah
Ka‟bah diperbaharui.

Fatimah lebih muda dari Zainab, isteri Abil Ash bin
Rabi„ dan Ruqayyah, isteri Uthman bin Affan. Juga dia
lebih muda dari Ummu Kalthum. Dia adalah anak
yang paling dicintai Nabi SAW sehingga baginda
bersabda :

”Fatimah adalah darah dagingku, apa yang
menyusahkannya juga menyusahkan aku dan apa
yang mengganggunya juga menggangguku.”

[Ibnul Abdil Barr dalam "Al-Istii'aab"]

www.hadifayyadh.com

Di antara anak wanita Rasulullah s.a.w, Fatimah Az-
Zahra r.a, merupakan wanita paling utama
kedudukannya. Kemuliannya itu diperoleh sejak
menjelang kelahirannya, yang didampingi wanita suci
sebagaimana yang diucapkan oleh Khadijah:

"Pada waktu kelahiran Fartimah r.a, aku meminta
bantuan wanita-wanita Quraish tetanggaku, untuk
menolong. Namun mereka menolak mentah-mentah
sambil mengatakan bahawa aku telah mengkhianati
mereka dengan mendukung Muhammad. Sejenak aku
bingung dan terkejut luar biasa ketika melihat empat
orang tinggi besar yang tak kukenal, dengan
lingkaran cahaya disekitar mereka mendekati aku.

Ketika mereka mendapati aku dalam kecemasan salah
seorang dari mereka menyapaku: „Wahai Khadijah!
Aku adalah Sarah, ibunda Ishak dan tiga orang yang
menyapaku adalah Maryam, Ibunda Isa, Asiah, Puteri
Muzahim, dan Ummu Kalthum, Saudara perempuan
Musa.

Kami semua diperintah oleh Allah untuk
mengajarkan ilmu keperawatan kami jika anda
bersedia". Sambil mengatakan hal tersebut, mereka
semua duduk di sekelilingku dan memberikan
pelayanan kebidanan sampai puteriku Fatimah r.a
lahir."

www.hadifayyadh.com

Meningkat usia 5 tahun, beliau telah ditinggal pergi
ibunya. Tidak secara langsung beliau mengantikan
tempat ibunya dalm melayani, membantu dan
membela Rasulullah s.a.w, sehingga beliau mendapat
gelar Ummu Abiha (ibu dari ayahnya). Dan dalam
usia yang masih kanak-kanak, beliau juga telah
dihadapkan kepada berbagai macam uji cuba.

Beliau melihat dan meyaksikan perlakuan keji kaum
kafir Quraish kepada ayahandanya, sehingga
seringkali pipi beliau basah oleh linangan air mata
kerana melihat penderitaan yang dialami ayahnya.

Fatimah Az-Zahra tumbuh menjadi seorang gadis
yang tidak hanya merupakan puteri dari Rasulullah,
namun juga mampu menjadi salah satu orang
kepercayaan ayahnya pada masa itu. Fatimah Az-
Zahra memiliki keperibadian yang sabar,dan
penyayang serta tidak pernah melihat atau dilihat
lelaki yang bukan mahramnya. Rasullullah sering
sekali menyebutkan nama Fatimah, salah satunya
adalah ketika Rasulullah pernah berkata :

" Fatimah merupakan bidadari yang menyerupai
manusia" Sesungguhnya dia adalah pemimpin
wanita dunia dan penghuni syurga yang paling
utama.

www.hadifayyadh.com

Setelah Fatimah r.a mencapai usia dewasa dan tiba
pula saatnya untuk beranjak pindah ke rumah
suaminya (menikah), banyak dari sahabat-sahabat
yang berupaya meminangnya.

Di antara mereka adalah Abu Bakar dan Umar.

Rasulullah saw menolak semua pinangan mereka.

Kepada mereka beliau mengatakan, “Saya menunggu

keputusan wahyu dalam urusannya

(Fatimah).”[Tazkirah Al-Khawash, hal.306]

Kemudian, Jibril as datang untuk memberitahu
kepada Rasulullah saw, bahawa Allah telah
menikahkan Fatimah dengan Ali bin Ali Talib. Tak
lama setelah itu, Ali datang menghadap Rasulullah
dengan perasaan malu menyelimuti wajahnya untuk
meminang Fatimah.

Sang ayah pun menghampiri puteri tercintanya untuk
meminta pendapatnya seraya menyatakan, “Wahai
Fatimah, Ali bin Abi Talib adalah orang yang telah
kau kenali keakrabatan, keutamaan, dan
keimanannya.

www.hadifayyadh.com

Sesungguhnya aku telah memohon pada Tuhanku
agar menjodohkan engkau dengan sebaik-baik
mahkluk-Nya dan seorang pecinta sejati-Nya. Ia telah
datang menyampaikan pinangannya atasmu,
bagaimana pendapatmu atas pinangan ini?” Fatimah
diam, lalu Rasulullah pun mengangkat suaranya
seraya bertakbir, “Allahu Akbar! Diamnya adalah
tanda kerelaannya.” [Dzkha‟irAl-Ukba, hal. 29]

Rasulullah saw kembali menemui Ali sambil
mengangkat tangan sang menantu seraya berkata,
“Bangunlah! „Bismillah, bi barakatillah, masya‟ Allah
la quwwata illa billah, tawakkaltu „alallah.”

Kemudian, Nabi saw menuntun Ali dan
mendudukkannya di samping Fatimah. Baginda
berdoa, “Ya Allah, sesungguhnya keduanya adalah
makhluk-Mu yang paling aku cintai, maka cintailah
keduanya, berkahilah keturunannya, dan peliharalah
keduanya. Sesungguhnya aku menjaga mereka
berdua dan keturunannya dari syaitan yang
terkutuk.”

Rasulullah mencium keduanya sebagai tanda
ungkapan selamat berbahagia. Kepada Ali, beliau
berkata, “Wahai Ali, sebaik-baik isteri adalah
isterimu.”

www.hadifayyadh.com

Dan kepada Fatimah, baginda menyatakan, “Wahai
Fatimah, sebaik-baik suami adalah suamimu.”

Acara pernikahan itu berlangsung dengan
kesederhanaan. Saat itu, Ali tidak memiliki sesuatu
yang boleh diberikan sebagai mahar kepada sang
isteri selain pedang dan perisainya.

Untuk menutupi keperluan mahar itu, ia bermaksud
menjual pedangnya. Tetapi Rasulullah saw
mencegahnya, kerana Islam memerlukan pedang itu,
dan tidak setuju apabila Ali menjual perisainya.

Dengan mas kawin hanya 400 dirham, dia
memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat
dimuliakan Allah di dunia dan di akhirat. Dan Ali
pun berkahwin dengan Fatimah, dengan
menggadaikan baju besinya kepada Uthman bin
Affan itulah, dan rumah yang semula ingin
disumbangkan kepada kawan-kawannya tapi
Rasulullah berkeras agar ia membayar cicilannya. Itu
hutang.

Kemudian Rosulullah bersabda:

“Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla memerintahkan
aku untuk menikahkan Fatimah puteri Khadijah
dengan Ali bin Abi Talib, maka saksikanlah
sesungguhnya aku telah menikahkannya dengan

www.hadifayyadh.com

maskawin empat ratus fidhdhah (dalam nilai perak),
dan Ali redha (menerima) mahar tersebut.”.

Seterusnya Rasulullah mendoakan keduanya:

“Semoga Allah mengumpulkan kesempurnaan kalian
berdua, membahagiakan kesungguhan kalian berdua,
memberkahi kalian berdua, dan mengeluarkan dari
kalian berdua kebajikan yang banyak.”

(Kitab Ar-Riyadh An-Nadhrah 2:183, bab 4).

Bersuamikan Ali bin Abi Talib bukanlah satu
kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Kerana
Ali bin Abi Talib adalah salah seorang daripada
empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah
merupakan sahabat yang sangat miskin berbanding
dengan yang lain (Abu Bakar Siddiq, Umar bin
Khattab dan Uthman bin Affan).

Namun jauh di sanubari Rasulullah tersimpan
perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam
terhadap Ali bin Abi Talib. Rasulullah pernah
bersabda kepada Ali bin Abi Talib, “Fatimah lebih
kucintai daripada engkau, namun dalam
pandanganku engkau lebih mulia daripada dia.” (HR
Abu Hurairah).

www.hadifayyadh.com

Dengan demikian wanita pilihan untuk lelaki pilihan.
Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak
pernah membebani dan menyakiti suami dengan
kata-kata atau sikap. Senantiasa senyum menyambut
kepulangan suami hingga hilang separuh masalah
suaminya.

Keluarga Azzahra dibangun atas dasar cinta dan kasih
sayang kepada suami dan anak-anaknya. Pada tahun
ke-2 Hijriah, Fatimah melahirkan putera pertamanya
dan Rasulullah saw beri nama “Hasan”. Rasulullah
saw sangat gembira sekali atas kelahiran cucunda ini.
Baginda pun menyuarakan azan pada telinga kanan
Hasan dan iqamah pada telinga kirinya, kemudian
dihiburnya dengan ayat-ayat Al-Qur‟an.

Setahun kemudian lahirlah Husain. Demikianlah
Allah SWT berkehendak menjadikan keturunan
Rasulullah saw dari Fatimah Azzahra r.a.. Rasulullah
SAW mengasuh kedua cucunya dengan penuh kasih
dan perhatian. Tentang keduanya beliau senantiasa
mengenalkan mereka sebagai buah hatinya di dunia.

Bila Rasulullah saw keluar rumah, beliau selalu
membawa mereka bersamanya. Baginda pun selalu
mendudukkan mereka berdua di ribaannya dengan
penuh kehangatan. Suatu hari Rasulullah saw melalui
di depan rumah Fatimah r.a. Tiba-tiba beliau
mendengar tangisan Husain.

www.hadifayyadh.com

Kemudian Nabi dengan hati yang pilu dan sedih
mengatakan, “Tidakkah kalian tahu bahwa tangisnya
menyedihkanku dan menyakiti hatiku.”

Satu tahun berselang, Fatimah r.a melahirkan Zainab.
Setelah itu, Ummu Kalthum pun lahir. Sepertinya
Rasul saw teringat akan kedua puterinya Zainab dan
Ummu Kalthum ketika menamai kedua putri Fatimah
itu dengan nama-nama tersebut. Dan begitulah Allah
SWT menghendaki keturunan Rasul saw berasal dari
puterinya Fatimah Zahra.

Dalam suatu kisah menceriterakan tentang keadaan
rumah tangga Ali bin Abi Thalib yang hidup miskin
dan serba kekurangan setelah menikah dengan
Fatimah binti Rasulullah sallallahu „alaihi wa sallam.
Rasulullah sallallahu „alaihi wa sallam bersabda,

“Wahai anakku bersabarlah. Sesungguhnya sebaik-
baik wanita adalah yang bermanfaat bagi
keluarganya”.

Itulah jawaban Rasulullah sallallahu „alaihi wa sallam
ketika Fatimah mengadukan keadaan keluarganya.
Suatu ketika, Rasulullah keluar dari rumah Fatimah
dengan tanda-tanda kemarahan di wajahnya.

www.hadifayyadh.com

Padahal baginda baru saja sampai di rumah Fatimah.
Sikap itu sebagai reaksi baginda atas penampilan
anaknya yang memakai rantai terbuat dari perak,
serta penyelak pintu rumah yang terbuat dari bahan
sejenis perak. Kerana memahami sifat Rasulullah
sallallahu „alaihi wa sallam, Fatimah segera mencabut
perhiasan dan penyelak pintu dan menyerahkannya
kepada Rasulullah shallallahu „alaihi wa sallam,
seraya berkata. :

“Jadikanlah semua ini di jalan Allah, ya ayahku”.
Rasulullah sallallahu „alaihi wa sallam sangat terharu,
dan bersabda; “Sungguh kamu telah melakukannya,
wahai anakku. Ketahuilah, dunia ini bukan untuk
Muhammad dan keluarganya. Seandainya dunia ini
bernilai di sisi Allah sebesar sayap nyamuk, tak akan
ada orang kafir diberi minum setitispun”.

Bukannya Ali bin Abi Talib tidak mahu menyediakan
seorang pembantu untuk isterinya tetapi memang
keadaan kefakiranlah yang sedemikian rupa. Ali bin
Abi Talib pun cukup memaklumi isterinya yang
setiap hari menguruskan anak-anak, memasak,
membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih
memenatkan lagi bila terpaksa mengambil air melalui
jalan yang berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan
tanda di bahu kiri dan kanannya. Suami mana yang
tidak sayang kepada isterinya.

www.hadifayyadh.com

Pada suatu ketika bila Ali bin Abi Talib berada di
rumah turut menyinsing lengan membantu isterinya
menggiling tepung di dapur.

“Terima kasih suamiku,” bisik Fatimah kepada
suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan
sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan
seorang isteri.

Suatu hari, Rasulullah masuk ke rumah anaknya,
didapati puterinya (Fatimah) yang berpakaian kasar
itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan
air mata. Fatimah segera mengesat air matanya tatkala
menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu.

Lalu ditanya oleh baginda, “Wahai buah hatiku, apakah
yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah
menggembirakanmu.”. Dalam nada sayu, Fatimah
berkata, “Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini
terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan
menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai
ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda
meminta suamiku menyediakan seorang pembantu
untukku?”.

Rasulullah tersenyum seraya bangun mendapatkan
kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Rasulullah
meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu.
Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu
dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan

www.hadifayyadh.com

merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari
ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar
dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada
arahan untuk berhenti, sehingga Rasulullah
menghentikannya.

Bersabdalah Rasulullah dengan kata-kata yang
masyhur, “Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah
ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun
ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di
akhirat.” Jelas, Rasulullah mahu mendidik puterinya
bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk
menjadi solehah.

Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya
dengan pandangan kasih sayang, “Puteriku, mahukah
engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa
yang kau pinta itu?”. “Tentu sekali ya Rasulullah,” jawab
Siti Fatimah kegirangan. Rasulullah bersabda:

“Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap
kali selesai sembahyang, hendaklah membaca
„Subhanallah‟ sepuluh kali, Alhamdulillah‟ sepuluh
kali dan „Allahu Akbar‟ sepuluh kali. Kemudian
ketika hendak tidur baca „Subhanallah‟,
„Alhamdulillah‟ dan „Allahu Akbar‟ ini sebanyak tiga
puluh tiga kali.”

www.hadifayyadh.com

Ternyata amalan itu telah memberi kesan
kepada Fatimah. Semua pekerjaan rumah tangga
dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna
meskipun tanpa pembantu rumah. Itulah hadiah
istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya
sentiasa mengingatiNya.

Suatu hari masuklah Rasulullah menemui
anakndanya Fatimah az-Zahra radhiallahu „anha
didapati anakandanya sedang menggiling syair
(sejenis padi-padian) dengan menggunakan sebuah
penggilingan tangan dari batu sambil menangis.

Rasulullah bertanya kepada anandanya, “Apa yang
menyebabkan engkau menangis wahai Fathimah?, Semoga
Allah tidak menyebabkan matamu menangis”. Fatimah
berkata, “Ayahanda, penggilingan dan urusan-urusan
rumahtanggalah yang menyebabkan anakanda menangis”.

Lalu duduklah Rasulullah di sisinya. Fatimah
melanjutkan perkataannya, “Ayahanda sudikah kiranya
ayahanda meminta „ali (suaminya) mencarikan ananda
seorang jariah untuk menolong ananda menggiling
gandum dan mengerjakan pekerjaan-pekerjaan di rumah”.

Mendengar perkataan anakandanya ini maka
bangunlah Rasulullah mendekati penggilingan itu.

Baginda mengambil syair dengan tangannya yang
diberkati lagi mulia dan diletakkannya di dalam

www.hadifayyadh.com

penggilingan tangan itu seraya
diucapkannya “Bismillaahirrahmaanirrahiim”.

Penggilingan tersebut berputar dengan sendirinya
dengan izin Allah. Rasulullah meletakkan syair ke
dalam penggilingan tangan itu untuk anandanya
dengan tangannya sedangkan penggilingan itu
berputar dengan sendirinya seraya bertasbih kepada
Allah dalam berbagai bahasa sehingga habislah butir-
butir syair itu digilingnya.

Rasulullah berkata kepada gilingan

tersebut, “Berhentilah berputar dengan izin Allah”, maka

penggilingan itu berhenti berputar. Lalu penggilingan

itu berkata-kata dengan izin Allah yang berkuasa

menjadikan segala sesuatu dapat bertutur kata.

Maka katanya dalam bahasa Arab yang fasih, “Ya
Rasulullah, demi Allah, Tuhan yang telah menjadikan
baginda dengan kebenaran sebagai Nabi dan Rasul-
Nya.

Kalaulah baginda menyuruh hamba menggiling syair
dari Masyriq dan Maghrib pun nescaya hamba
gilingkan semuanya. Sesungguhnya hamba telah
mendengar dalam kitab Allah suatu ayat yang
berbunyi :

www.hadifayyadh.com

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu
dan keluargamu dari api neraka yang bahan
bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya para
malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak
menderhakai Allah terhadap apa yang dititahkan-
Nya kepada mereka dan mereka mengerjakan apa
yang dititahkan”.

Maka hamba takut, ya Rasulullah kelak hamba
menjadi batu yang masuk ke dalam neraka.
Rasulullah kemudian bersabda kepada batu
penggilingan itu, “Bergembiralah kerana engkau adalah
salah satu dari batu mahligai Fathimah az-Zahra di dalam
syurga”. Maka bergembiralah penggilingan batu itu
mendengar berita itu kemudian diamlah ia.

Rasulullah bersabda kepada anandanya,

“Jika Allah menghendaki wahai Fatimah, nescaya
penggilingan itu berputar dengan sendirinya untukmu.
Akan tetapi Allah menghendaki dituliskan-Nya untukmu
beberapa kebaikan dan dihapuskan oleh Nya beberapa
kesalahanmu dan diangkat-Nya untukmu beberapa derajat.

Ya Fatimah, perempuan mana yang menggiling tepung
untuk suaminya dan anak-anaknya, maka Allah
menuliskan untuknya dari setiap biji gandum yang
digilingnya suatu kebaikan dan mengangkatnya satu
derajat.

www.hadifayyadh.com

Ya Fatimah perempuan mana yang berkeringat ketika ia
menggiling gandum untuk suaminya maka Allah
menjadikan antara dirinya dan neraka tujuh buah parit.

Ya Fatimah, perempuan mana yang meminyaki rambut
anak-anaknya dan menyisir rambut mereka dan mencuci
pakaian mereka maka Allah akan mencatatkan baginya
ganjaran pahala orang yang memberi makan kepada seribu
orang yang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang
yang bertelanjang.

Ya Fatimah, perempuan mana yang menghalangi hajat
tetangga-tetangganya maka Allah akan menghalanginya
dari meminum air telaga Kautshar pada hari kiamat.

Ya Fatimah, yang lebih utama dari itu semua
adalah keredhaan suami terhadap isterinya. Jikalau
suamimu tidak ridha denganmu tidaklah akan aku do‟akan
kamu. Tidaklah engkau ketahui wahai Fathimah bahwa
redha suami itu daripada Allah dan kemarahannya itu dari
kemarahan Allah?.

Ya Fatimah, apabila seseorang perempuan mengandung
janin dalam rahimnya maka beristighfarlah para malaikat
untuknya dan Allah akan mencatatkan baginya tiap-tiap
hari seribu kebaikan dan menghapuskan darinya seribu
kejahatan. Apabila ia mulai sakit hendak melahirkan maka
Allah mencatatkan untuknya pahala orang-orang yang
berjihad pada jalan Allah yakni berperang sabil.

www.hadifayyadh.com

Apabila ia melahirkan anak maka keluarlah ia dari dosa-
dosanya seperti keadaannya pada hari ibunya
melahirkannya dan apabila ia meninggal tiadalah ia
meninggalkan dunia ini dalam keadaan berdosa sedikitpun,
dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari
taman-taman syurga, dan Allah akan mengkurniakannya
pahala seribu haji dan seribu umrah serta beristighfarlah
untuknya seribu malaikat hingga hari kiamat.

Perempuan mana yang melayani suaminya dalam sehari
semalam dengan baik hati dan ikhlas serta niat yang benar
maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya semua dan
Allah akan memakaikannya sepersalinan pakaian yang
hijau dan dicatatkan untuknya dari setiap helai bulu dan
rambut yang ada pada tubuhnya seribu kebaikan dan
dikurniakan Allah untuknya seribu pahala haji dan umrah.

Ya Fatimah, perempuan mana yang tersenyum dihadapan
suaminya maka Allah akan memandangnya dengan
pandangan rahmat.

Ya Fatimah perempuan mana yang menghamparkan
hamparan atau tempat untuk berbaring atau menata rumah
untuk suaminya dengan baik hati maka berserulah
untuknya penyeru dari langit (malaikat),

“Teruskanlah amalmu maka Allah telah
mengampunimu akan sesuatu yang telah lalu dari
dosamu dan sesuatu yang akan datang”.

www.hadifayyadh.com

Ya Fatimah, perempuan mana yang meminyakkan rambut
suaminya dan janggutnya dan memotongkan kumisnya
serta menggunting kukunya maka Allah akan memberinya
minuman dari sungai-sungai sorga dan Allah akan
meringankan sakarotulmaut-nya, dan akan didapatinya
kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga
seta Allah akan menyelamatkannya dari api neraka dan
selamatlah ia melintas di atas titian Shirat”. (Syarah
„Uquudil lijjaiin-Syaikh Muhammad Nawawi Al-
Bantani).

Sekarang apa rahasia Ali bin Abi Talib mencintai
Fatimah? Fatimah adalah teman karib semenjak kecil,
puteri tersayang Rasulullah, sedangkan Ali bin Abi
Talib adalah sepupu Rasulullah yang mempesona,
baik kesantunannya, ibadahnya, kecekatan kerjanya,
parasnya maupun kecerdasannya.

Ali bin Abi Talib sejak Fatimah masih kanak-kanak
sudah memperhatikan sifat dan tingkah lakunya, iaitu
pada suatu hari ketika ayahnya (Rasulullah) pulang
dengan luka memercik darah dan kepala yang
dilumur isi perut unta. Ia bersihkan dengan hati-hati,
ia suka dengan penuh cinta.

Ia bakar perca, ia tempelkan ke luka untuk
menghentikan darah ayahnya. Semuanya dilakukan
dengan mata gerimis dan hati menangis. Muhammad
ibn ‟Abdullah (sang ayah yang Tepercaya) tidak layak

www.hadifayyadh.com

diperlakukan demikian oleh kaumnya! Maka gadis
cilik (Fatimah) itu bangkit. Gagah ia berjalan menuju
Ka‟bah, di sana, para pemuka Quraisy yang semula
saling tertawa membanggakan tindakannya pada
Sang Nabi tiba-tiba dicekam diam.

Fatimah mengherdik mereka dan seolah waktu
berhenti, tak memberi mulut-mulut jalang itu
kesempatan untuk menimpali.
Ali bin Abi Talib tak tahu apakah rasa itu (selalu
memperhatikan sifat dan tingkah laku Fatimah)
disebut cinta?.

Tapi, ia memang tersentak ketika suatu hari
mendengar khabar yang mengejutkan bahwa Fatimah
dilamar oleh seorang lelaki yang paling akrab dan
paling dekat kedudukannya dengan Sang Nabi. Lelaki
yang membela Islam dengan harta dan jiwa sejak
awal-awal risalah. Lelaki yang iman dan akhlaqnya
tak diragukan iaitu Abu Bakar Ash Shiddiq,
Radhiyallaahu ‟Anhu.

”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin Ali bin Abi
Thalib. Ia merasa diuji kerana merasa, apalah ia
dibanding dengan Abu Bakar. Kedudukan di sisi
Nabi? Abu Bakar lebih utama, mungkin justeru kerna
ia bukan kerabat dekat Nabi seperti Ali bin Abi Talib,
namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan
Rasul-Nya tak tertandingi.

www.hadifayyadh.com

Lihatlah bagaimana Abu Bakar menjadi kawan
perjalanan Nabi dalam hijrah sementara Ali bin Abi
Talib bertugas menggantikan beliau untuk menanti
maut di ranjangnya.

Lihatlah juga bagaimana Abu Bakar berda‟wah.
Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan
saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan
Abu Bakar; ‟Utsman, ‟Abdurrahman ibn ‟Auf,
Thalhah, Zubair, Sa‟d ibn Abi Waqqash, Mush‟ab.
Sedangkan aku (Ali bin Abi Thalib) semasa kanak-
kanak kurang pergaulan.

Lihatlah berapa banyak budak muslim yang
dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar;
Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ‟Abdullah ibn
Mas‟ud. Siapa budak yang dibebaskan Ali bin Abi
Thalib? Dari sisi finansial, Abu Bakr sang saudagar,
insya Allah lebih boleh membahagiakan Fatimah. Ali
bin Abi Talib hanya pemuda miskin dari keluarga
miskin.

”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam Ali bin Abi
Talib. ”Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku
mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku.”

www.hadifayyadh.com

Cinta tak pernah meminta untuk menanti, tapi
mengambil kesempatan atau mempersilakannya. Dan
cinta itu memerlukan keberanian atau pengorbanan.

Beberapa waktu berlalu, ternyata Allah
menumbuhkan kembali tunas harap di hatinya yang
sempat layu. Lamaran Abu Bakar ditolak, dan Ali bin
Abi Talib terus menjaga semangatnya untuk
mempersiapkan diri menyambut Fatimah. Tapi, ujian
itu rupanya belum berakhir.

Setelah Abu Bakar mundur, datanglah melamar
Fathimah seorang laki-laki lain yang gagah dan
perkasa, seorang lelaki yang sejak masuk Islamnya
membuat kaum muslimin berani tegak mengangkat
muka, seorang lelaki yang membuat syaitan berlari
takut dan musuh- musuh Allah bertekuk lutut, iaitu
Umar bin Khathab.

Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan
itu juga datang melamar Fatimah.

Umar bin Khattab memang masuk Islam, sekitar tiga
tahun setelah Ali bin Abi Talib dan Abu Bakar. Tapi
siapa yang menyangsikan ketulusannya? Siapa yang
menyangsikan kecerdasannya untuk mengejar
pemahaman?

www.hadifayyadh.com

Siapa yang menyangsikan semua pembelaan dahsyat
yang hanya Umar bin Khattab dan Hamzah yang
mampu memberikannya pada kaum muslimin?

Dan lebih dari itu, Ali bin Abi Talib mendengar
sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang
bersama Abu Bakar dan Umar bin Khattab, aku keluar
bersama Abu Bakar dan Umar, aku masuk bersama Abu
Bakar dan Umar bin Khattab..”

Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasulullah, di sisi
ayah Fatimah. Lalu cuba bandingkan bagaimana dia
berhijrah dan bagaimana Umar bin Khaththab
melakukannya?. Ali bin Abi Talib menyusul sang
Nabi dengan sembunyi-sembunyi, dalam kejaran
musuh yang frustasi kerana tidak menemukan
Rasulullah sallallaahu ‟alaihi wa sallam, maka ia
hanya berani berjalan di kelam malam. Selebihnya, di
siang hari dia mencari bayang-bayang gundukan
bukit pasir. Menanti dan bersembunyi.

Umar bin Khattab telah berangkat sebelumnya. Ia
tawaf tujuh kali, lalu naik ke atas Ka‟bah. ”Wahai
Quraisy”, katanya. ”Hari ini putera Al Khaththab akan
berhijrah. Barangsiapa yang ingin isterinya menjanda,
anaknya menjadi yatim, atau ibunya berkabung tanpa
henti, silakan hadang ‟Umar di balik bukit ini!” ‟. Umar
bin Khattab adalah lelaki pemberani, sedangkan aku
(Ali bin Abi Thalib), sekali lagi sedar.

www.hadifayyadh.com

Bila dinilai dari semua segi dalam pandangan orang
banyak, dia pemuda yang belum siap menikah,
apalagi menikahi Fatimah binti Rasulillah!
Tidak. Umar bin Khattab jauh lebih layak, dan Ali
bin Abi Talib pun redha.

Sekali lagi cinta tak pernah meminta untuk menanti.
tapi mengambil kesempatan atau mempersilakannya.
Dan cinta itu memerlukan keberanian atau
pengorbanan. Maka Ali bin Abi Talib pun bingung
ketika mendengar khabar lamaran Umar bin
Khattab juga ditolak.

Ingin menantu macam apa kiranya yang dikehendaki
Rasulullah? Yang seperti ‟Uthman bin Affan, sang
jutawan yang telah menikahi Ruqayyah binti
Rasulillah? Yang seperti Abul ‟Ash ibn Rabi‟kah,
saudagar Quraisy itu, suami Zainab binti Rasulillah?
Ah, dua menantu Rasulullah itu sungguh
membuatnya hilang kepercayaan diri Ali bin Abi
Talib. Di antara Muhajirin hanya ‟Abdurrahman ibn
‟Auf yang setara dengan mereka.

Atau justeru Nabi ingin mengambil menantu dari
Ansar untuk mengeratkan kekerabatan dengan
mereka? Sa‟d ibn Mu‟adzkah, sang pemimpin Aus
yang tampan dan elegan itu? Atau Sa‟d ibn ‟Ubaidah,
pemimpin Khazraj yang lincah penuh semangat itu?.

www.hadifayyadh.com

”Mengapa bukan engkau yang mencuba kawan?”,

kalimat teman-teman Ansarnya itu membangunkan
lamunannya.

”Mengapa engkau tak mencuba melamar Fatimah? Aku
punya firasat, engkaulah yang ditunggu-tunggu
Rosulullah.. ”
.
”Aku?”, tanyanya tak yakin.

”Ya. Engkau wahai saudaraku!”.

”Aku hanya pemuda miskin. Apa yang boleh ku berikan?”.

”Kami di belakangmu, kawan! Semoga Allah
menolongmu!”

Ali bin Abi Talib pun menghadap Rasulullah, maka
dengan memberanikan diri untuk menyampaikan
keinginannya menikahi Fatimah.

Ya, menikahi, dengan sedar secara ekonomi tak ada
yang menjanjikan pada dirinya. Hanya ada satu set
baju besi di sana ditambah persediaan tepung kasar
untuk makannya. Tapi meminta waktu dua atau tiga
tahun untuk bersiap-siap? Itu memalukan! Meminta
Fatimah menantikannya di batas waktu hingga ia
siap? Itu sangat kebudakkan.

www.hadifayyadh.com

Usianya telah berkepala dua sekarang.”Engkau pemuda
sejati wahai ‟Ali!”, begitu nuraninya mengingatkan.
Pemuda yang siap bertanggungjawab atas cintanya.
Pemuda yang siap memikul resiko atas pilihannya.
Pemuda yang yakin bahwa Allah Maha Kaya.

Lamarannya terjawab, ”Ahlan wa sahlan!” . Kata itu
meluncur tenang bersama senyum Rasulullah. Dan
Ali bin Abi Talib pun bingung.

Apa maksudnya? Ucapan selamat datang itu sulit
untuk boleh dikatakan sebagai isyarat penerimaan
atau penolakan. Ah, mungkin Nabi pun bingung
untuk menjawab. Mungkin tidak sekarang. Tapi ia
siap ditolak. Itu risiko. Dan kejelasan jauh lebih ringan
daripada menanggung beban tanya yang tak kunjung
berjawab. Apalagi menyimpannya dalam hati sebagai
bahtera tanpa pelabuhan. Ah, itu menyakitkan.

”Bagaimana jawab Nabi kawan?

Bagaimana lamaranmu?”.

”Entahlah..”.

”Apa maksudmu?”.

”Menurut kalian apakah ‟Ahlan wa Sahlan‟ berarti sebuah
jawaban ?”

www.hadifayyadh.com

”Dasar tidak pandai!”, kata mereka.

”Eh, maaf kawan.. Maksud kami satu saja sudah cukup dan
kau mendapatkan dua! Ahlan saja sudah bererti ya. Sahlan
juga. Dan kau mendapatkan Ahlan wa Sahlan kawan! Dua-
duanya bererti ya !”.

Dan ‟ Ali bin Abi Talib pun menikahi Fathimah.
Dengan menggadaikan baju besinya. Dengan rumah
yang semula ingin disumbangkan ke kawan-
kawannya tapi Nabi berkeras agar ia membayar
cicilannya. Itu hutang.

Dengan keberanian untuk mengorbankan cintanya
bagi Abu Bakar, Umar bin Khattab, dan Fatimah.
Dengan keberanian untuk menikah. Sekarang. Bukan
janji-janji dan nanti-nanti.

Ali bin Abi Talib adalah gentleman sejati. Tidak hairan
kalau pemuda Arab memiliki kata-kata, “Laa fatan illa
„Aliyyan! Tak ada pemuda kecuali Ali!” .

Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang
mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan
tanggung jawab. Dan di sini, cinta tak pernah
meminta untuk menanti.

www.hadifayyadh.com

Seperti ‟ Ali bin Abi Talib. Ia mempersilakan, atau
mengambil kesempatan.
Yang pertama adalah pengorbanan, dan yang kedua
adalah keberanian.
Ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Putri
Sang Nabi (Fatimah) dalam suatu riwayat dikisahkan
bahwa suatu hari (setelah mereka menikah) Fatimah
berkata kepada „Ali,“Maafkan aku, kerana sebelum
menikah denganmu. Aku pernah satu kali jatuh cinta pada
seorang pemuda”.
Ali bin Abi Talib terkejut dan berkata, “Kalau begitu
mengapa engkau mahu menikah denganku? dan Siapakah
pemuda itu?”.
Sambil tersenyum Fathimah berkata, “Ya, kerana
pemuda itu adalah dirimu”.

www.hadifayyadh.com

Warkah Buat Bidadari

Hadi Fayyadh

APA RAHSIA
TUHAN UNTUKMU?

Percayalah bahawa kamu sedang diuji dan dalam
pada masa yang sama, kamu dididik oleh Tuhan
untuk menjadikan kamu kuat dan hebat. Kamu akan
melalui beberapa fasa, situasi tertentu dalam
hidupmu yang sebenarnya itulah medan tarbiah dari
Allah. Penuh hikmah, tersembunyi dan sangat
luarbiasa kekuatan yang dipancarkanNYA iaitu
antaranya :
Tuhan menjadikan kamu orang yang gagal
Kamu pernah melaluinya bukan? Sehingga yang
berulang kali merasai kegagalan demi kegagalan lalu
membuntukan segala usaha yang selama ini
bermatian kamu lakukan. Terasa segala perjuangan
sia-sia dan seolah-oleh dipermainkan.

www.hadifayyadh.com


Click to View FlipBook Version