The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SINOPSIS

Hakim merupakan kanak-kanak ADHD. Hakim tinggal bersama keluarganya. Bapanya bernama Amirul dan ibunya bernama Maisarah. Hakim juga mempunyai seorang Kakak yang bernama Mairah. Mereka hidup dalam keluarga yang bahagia dan saling menyanyangi antara satu sama lain.

Setelah didiagnosis sebagai kanak bekeperluan khas ADHD,Hakim ditempatkan di kelas khas. Di dalam kelas, Hakim sering tidak fokus sewaktu belajar dan suka mengganggu rakan-rakan. Sekiranya cikgu memberi arahan, Hakim tidak akan mengendahkan teguran dan arahan cikgu.

“Cikgu, Hakim ambik pensel saya!”, jerit Aina kepada cikgunya.

“Cikgu, Hakim suka ganggu saya!”.

Cikgu Fatimah rungsing dengan keadaan ini kerana tingkah laku Hakim yang telah mengganggu murid lain dan pengajaran dalam bilik darjah. Cikgu Fatimah mengambil Keputusan untuk berbincang dengan ibu bapa Hakim tentang masalah ini.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulfikrah091, 2022-02-04 07:32:23

SI COMEL HAKIM

SINOPSIS

Hakim merupakan kanak-kanak ADHD. Hakim tinggal bersama keluarganya. Bapanya bernama Amirul dan ibunya bernama Maisarah. Hakim juga mempunyai seorang Kakak yang bernama Mairah. Mereka hidup dalam keluarga yang bahagia dan saling menyanyangi antara satu sama lain.

Setelah didiagnosis sebagai kanak bekeperluan khas ADHD,Hakim ditempatkan di kelas khas. Di dalam kelas, Hakim sering tidak fokus sewaktu belajar dan suka mengganggu rakan-rakan. Sekiranya cikgu memberi arahan, Hakim tidak akan mengendahkan teguran dan arahan cikgu.

“Cikgu, Hakim ambik pensel saya!”, jerit Aina kepada cikgunya.

“Cikgu, Hakim suka ganggu saya!”.

Cikgu Fatimah rungsing dengan keadaan ini kerana tingkah laku Hakim yang telah mengganggu murid lain dan pengajaran dalam bilik darjah. Cikgu Fatimah mengambil Keputusan untuk berbincang dengan ibu bapa Hakim tentang masalah ini.

BAB 6: AYUH BELAJAR MENGGUNAKAN
FLASH CARD

Setelah Encik Amirul faham mengenai
pentingnya Hakim untuk mendapatkan
intervensi awal bagi membantu kanak-
kanak berkeperluan khas seperti anaknya
mencapai potensi penuh diri mereka.

Encik Amirul juga ingat akan pesan Dr
Melanie yang mengatakan, “Daripada
terapi profesional kepada permainan di
rumah, terdapat pelbagai cara ibu bapa
boleh membantu anak berkembang maju”

Daripada nasihat Cikgu Bakar dan Dr Melanie, Encik Amirul
telah membuat carian secara atas talian untuk mencari
gambar yang menarik bagi membuat flash card untuk
anaknya. Encik Amirul telah memuat turun beberapa
gambarajah.

Flashcard Hakim

Keluarga Saya

Ayah Ibu
Kakak Saya

Anggota Badan Saya

Rambut Kening
Telinga Mata
Hidung
Gigi Pipi
Leher

Tangan

Emosi Saya

Gembira Sedih

Marah Takut

Permainan Saya

Helikopter Jentolak

Kereta Motorsikal

Semua flashcard sudah disiapkan. Encik Amirul telah
berkongsi dengan isterinya dan mula mengajar Hakim cara
menggunakan flashcard. Hakim mengambil masa yang
agak lama untuk belajar menggunakan flashcard.

Pada suatu hari, Hakim mahu bermain dengan permainannya
namun Hakim mendapati permainan tersebut berada di atas
Almari, Hakim memandang Puan Maisarah tanpa berkata
apa-apa. Hakim hanya menangis dan memberontak sahaja.

“Hakim nak apa ye?
Kalau Hakim nak sesuatu

Hakim kena tunjuk
gambar pada ibu kalau
Hakmi taknak bercakap

dengan ibu”.

Hakim menangis untuk beberapa ketika.

Kemudian dia berlari ke arah meja permainannya untuk
mengambil kad yang mengandungi gambar permainan
kepada ibunya. Apabila Hakim berjaya menunjukkan
flashcard kepadanya, Puan Maisarah sangat gembira. Puan
Maisarah tersenyum kerana usahanya dan suami
membuahkan hasil jua.

“Bagusnya anak ibu!
Anak ibu nak main ye!
Boleh ibu tau, Hakim
nak main toys mana?”

Kemudiaan Puan Maisarah menyambung sambil
mengangkat flashcard yang mempunyai gambar makanan
dan minuman kepada Hakim. Namun Hakim tidak
mengendahkannya.

“Hakim boleh kalau nak
main, tapi ibu nak Hakim

makan dulu tau. Kalau
Hakim tak makan,

Hakim tak boleh main
toys”

Lalu ibunya menunjukkan satu set pinggan yang menarik
untuknya. Set pinggan tersebut dipanggil sebagai Children
Plate Set for Constructive Eating - Construction Line. Set
pinggan ini sangat menarik kerana mempunyai gambar yang
menarik lebih-lebih lagi gambar Bulldozer pusher yang
merupakan gambar kegemaran Hakim.

"Haa, cuba Hakim
tengok pinggan ni!.
Cantik tak pinggan

Hakim ni?"

Set pinggan kanak-kanak ini sangat bagus untuk membantu
kanak-kanak seperti Hakim bagi mengembangkan
kemahiran motor halus dan makan secara berdikari.

Ramai ahli terapi cara kerja, pakar patologi pertuturan dan
guru pendidikan khas menggunakan Alat Bantuan Teknologi
(AT) seperti ini untuk menjadikan aktiviti makan lebih mudah
dan menyeronokkan untuk kanak-kanak bekeperluan khas.

Selepas Hakim selesai makan, Puan Maisarah menunaikan
permintaan anaknya untuk bermainan dengan permainan
kegemarannya.

Dari sini, Puan Maisarah berjaya berinteraksi dengan
anaknya walaupun hanya dengan menggunakan
flashcard.

Puan Maisarah juga berjaya untuk mendisiplinkan
anaknya dengan mengetengahkan konsep, kalau
anaknya mahukan sesuatu, anaknya perlu menunaikan
permintaannya terlebih dahulu. Walaupun banyak kali
Puan Maisarah berbuat perkara yang sama kepada
anaknya, Puan Maisarah tidak jemu dan akhirnya dia
berjaya melihat perubahan dalam diri Hakim akhirnya
sejak hampir 2 bulan berusaha untuk mendidik Hakim
dengan cara permainan interaktif menggunakan
flashcard.

Anak aku dah banyak
berubah. Lega rasanya.

BAB 7: HAKIM BELAJAR DI KELAS PPKI



Seperti yang diceritakan sebelum ini, Hakim telah didiagnos
dengan ADHD. Dengan kata lain, dia telah disahkan oleh
doktor pakar dengan menggunakan borang pemeriksaan
yang disediakan. Setiap butiran adalah tepat dan menerima
pemeriksaan yang terperinci dari pakar. Dengan kelayakan
sebagai individu bekeperluan khas, Hakim telah ditempatkan
di program integrasi yang berhampiran dan sesuai.

Hakim sudah belajar di kelas PPKI ini selama sebulan.
Namun begitu, sikap nakal Hakim telah menimbulkan rasa
tidak senang hati rakan-rakan sekelas dan merungsingkan
guru pendidikan khas. Hal ini kerana dalam kelas tersebut,
Hakim seorang sahaja yang merupakan murid bekeperluan
khas dengan ADHD.

“Cikgu, Hakim suka “Cikgu, Hakim
ganggu saya!”. ambik pensel

saya!"

Keadaan ini cukup menjengkelkan dan merungsingkan bagi
Cikgu Fatimah.

“Aku kena jumpa dengan Ibu
bapa Hakim untuk memberitahu

masalah ini dan berbincang
tentang jalan penyelesaian yang

boleh dibuat bersama untuk
mengurangkan tingkah laku

negatif Hakim dalam bilik
darjah”

Sebelum ini sememangnya cikgu Fatimah pernah
berbincang akan masalah tingkah laku Hakim namun kini,
Hakim kelihatan semakin agresif dan selalu bersikap
impulsif. Oleh itu, Cikgu Fatimah telah bertemu dengan ibu
bapa Hakim di atas keizinan dari Penolong Kanan PPKI.

“Selamat Pagi “Selamat Pagi
juga Encik dan Cikgu”"

Puan”.

Setelah saling bersapa antara satu sama lain, Cikgu
Fatimah mula menerangkan tingkah laku Hakim dalam bilik
darjah. Cikgu Fatimah juga memberitahu bahawa beliau
telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku Hakim

dan ingin berbincang tentang cara untuk membantu
mengurangkan masalah tingkah laku Hakim.

“Hakim suka ganggu rakan-
rakan dalam kelas dan duduk

tidak diam. Suka sangat
bergerak-gerak dalam kelas.

Keadaan ni mengganggu
proses pengajaran”.

Setelah berbincang beberapa ketika, cikgu Fatimah
menyatakan ideanya kepada Puan Maisarah dan Encik Amirul.

“Kalau macam tu saya

akan sediakan satu kerusi

khas untuk Hakim. Kerusi “Kerusi apa tu cikgu?
Kalau memerlukan kami
ni boleh membantu Hakim untuk membelinya, kami

untuk mengawal sikap akan beli dan letak
dalam bilik darjah”
aktifnya.”

“Kerusi itu dipanggil

sebagai Bouncy Band

Wiggle Wobble Chair

Feet............"

Bouncy Band Wiggle Wobble Chair Feet ini telah
diinovasikan dari kerusi standard bilik darjah.

Kerusi ini mengubah kerusi standard dalam bilik darjah
menjadi Kerusi yang mampu digoyangkan menyebabkan
Hakim yang hiperaktif ni mempunyai saluran untuk
menyalurkan tenaga berlebihan semasa dalam bilik
darjah. Selain itu, dapat mengurangkan kebimbangan,
mengurangkan hiperaktif, kebosanan serta meningkatkan
tumpuan Hakim dalam bilik darjah.

Kesannya, apabila Hakim duduk di kerusi ini, dia akan
menggerakkan badan Ke belakang, ke depan dan secara
keseluruhan kerana pergerakan berterusan
meningkatkan pengaliran darah ke otak yang mana
membolehkan perhatian yang lebih tinggi sewaktu
belajar.

Selepas penerangan dibuat mengenai Bouncy Band Wiggle
Wobble Chair Feet, cikgu Fatimah mencari gambar kerusi
tersebut secara atas talian dan menunjukkan gambar itu
kepada ibu bapa Hakim

“Ye Encik Amirul. Ia dapat “Jadi kerusi ini dapat
membantu mengurangkan sikap membantu anak kami
hiperaktif Hakim tetapi tetap sukar kurangkan sikap hiperaktif
untuk buang terus sikap hiperaktif
tu. Kami akan gunakan pelbagai dia ke cikgu?”.
teknik pengajaran yang menarik
untuknya agar dia boleh fokus

dalam bilik darjah”

“Hakim layak mendapat perkhidmatan

pendidikan khas percuma, termasuk
teknologi bantuan. Hal ini sebab pihak
sekolah sudah mempunyai penilaian ADHD
Hakim yang menunjukkan Hakim layak
untuk mendapatkan perhidmatan khusus
untuknya mengikut tahap ketidakupayaan

yang dimiliki."



“Jadi macam
mana kami nak
dapatkan
kerusi ini?”

"Undang-undang IDEA “Ohhh macam tu..
menghendaki sekolah sekurang- Ok baik, terima
kurangnya mempertimbangkan
untuk menyediakan peranti dan kasih cikgu sebab
perkhidmatan teknologi bantuan membantu kami”.
kepada murid bekeperluan khas

seperti Hakim.”

BAB 8: HAKIM DAN BOUNCY BAND WIGGLE
WOBBLE CHAIR FEET

Kini, Hakim telah mendapat kemudahan Bouncy Band Wiggle
Wobble Chair Feet untuk kurangkan masalah tingkah laku
hiperaktifnya.

Hakim kelihatan sangat sukakan tempat duduk yang
fleksibel seperti itu. Hakim menggemari kerusi ini kerana
dia boleh bergoyang dan fleksibel untuk bergerak sambil
belajar. Suasana dalam bilik darjah juga menjadi semakin
harmoni.

Cikgu Fatimah mendapati reka bentuk Bouncy Band Wiggle
Wobble Chair Feet sangat menakjubkan untuk memberi murid
bekeperluan khas dari aspek keupayaan untuk menggoyang,
melantun di kerusi itu. Cikgu Fatimah menyedari bahawa
Hakim mampu duduk untuk jangka masa yang lebih lama
kerana keupayaan kerusi untuk bergerak.

Selama tempoh sebulan, Hakim menggunakan kemudahan
Bouncy Band Wiggle Wobble Chair Feet, Cikgu Fatimah telah
membuat pemerhatian ke atas tingkah laku hiperaktif Hakim
dalam bilik darjah.

Cikgu Fatimah dapat simpulkan bahawa Bouncy Band Wiggle
Wobble Chair Feet, membantu Hakim untuk meningkatkan
fokus ketika proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Secara tidak langsung, Hakim juga sudah tidak
mengganggu rakan sekelasnya lagi. Perubahan tingkah laku
tersebut membuatkan cikgu Fatimah senang hati dan
gembira.

BAB 9: HAKIM BERJAYA MENYERTAI
PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF DI ARUS

PERDANA
Tahap perkembangan Haki
m sepanjang berada di kelas

PPKI di Sekolah Rendah sangat memberangsangkan

kerana Hakim didapati merupakan kanak-kanak ADHD

yang mempunyai kefungsian kecerdasan otak yang tinggi

atau kita sebut sebagai ADHD with High-functioning.

Kanak-kanak yang mengalami masalah ADHD tidak
semestinya mempunyai keterbatasan yang melampau
dalam perkembangan kognitif mereka. Namun kita tidak
boleh beranggapan bahawa IQ yang tinggi menjadikan
segala-galanya dalam hidup lebih mudah, termasuk
pengurusan ADHD kerana mereka tetap mengalami
masalah perkembangan aspek lain seperti masalah
disfungsi eksekutif atau disregulasi emosi tipikal ADHD.

Oleh sebab-sebab sebegini mereka tergolong sebagai
individu bekeperluan khas.

Perkara yang sama berlaku terhadap Hakim yang mana
mempunyai masalah tingkah laku hiperaktif, namun masih
dapat belajar dengan baik kerana keupayaan kognitifnya.

Tingkah Laku Positif Tingkah Laku Negatif

Hakim sudah memasuki pendidikan tahap menengah

Guru pendidikan khas telah membuat pengenalpastian Murid
Bekeperluan Khas di kelas PPKI tersebut yang boleh
diinklusifkan. Cikgu Solah yang merupakan guru pendidikan
khas Hakim telah melengkapkan Senarai Semak Kesediaan
Inklusif (SSKI). Kemudian Hakim telah menjalani satu
menjalani pentaksiran akademik.

Akhirnya Hakim berjaya ditempatkan ke kelas inklusif
bersama dengan murid aliran perdana.

Pada awalnya, Hakim memberontak dan tidak mahu
berpindah dari kelas PPKI. Namun setelah mendapat
rangsangan dan dorongan dari guru pendidikan khas di
peringkat rendah iaitu Cikgu Fatimah serta ibu bapanya,
Hakim akhirnya bersetuju untuk masuk ke program inklusif
bersama dengan murid-murid normal yang lain di kelas
arus perdana.

Cikgu Solah telah berbincang dengan guru kelas Hakim iaitu
Puan Rajesh bagi memastikan Hakim mendapatkan
pendidikan terbaik di kelas inklusif mengikut tahap
kebolehupayaannya dan keperluannya. Puan Rajesh telah
membina satu Rancangan Pengajaran Individu untuk Hakim
dengan maklumat dari ibu bapa, guru PPKI dan juga pakar.

Pada awalnya Hakim tidak banyak bercakap dan tidak fokus
ketika PdP berlangsung. Hakim kerap memandang keadaan
sekeliling dan kelihatan gelisah. Rakan semejanya cuba untuk
menarik perhatian Hakim. Tetapi Hakim tidak
mengendahkannya dan dia kelihatan kurang berminat untuk
belajar di kelas inklusif.

Apabila Cikgu Rajesh melihat keadaan ini, Cikgu Rajesh
bercadang untuk bertemu dengan Hakim dan rakan
semejanya Lin Wei.

“Lin Wei dan Hakim, awak
tunggu cikgu sekejap ye.
Cikgu nak cakap dengan
awak berdua. Hakim faham

cikgu cakap apa?”

Hakim memandang cikgu Rajesh sambil menganggukkan
kepala tanda faham. Kemudian, Cikgu Rajesh mula
bertanya sesuatu kepada Hakim dan Lin Wei

“Hakim tak suka ke duduk
dalam kelas ini? Tak suka ke
berkawan dengan Lin Wei?”

"Ssukaa cikgu"

“Esok kita akan belajar di “Kalau Hakim dapat buat dengan
bengkel. Kita akan belajar baik. Cikgu akan berikan hadiah
kepada Hakim. Hakim suka suka
buat Bekas Pensil
menggunakan batang ais LEGO kan? Cikgu akan
hadiahkan LEGO edisi terbaru
krim. Hakim suka tak?” untuk Hakim kalau Hakim fokus



dalam bengkel esok."

"Sukaa cikgu!!"

Hakim tersenyum lebar mendengar janji Cikgu Rajesh
kepadanya. Hakim juga memandang Lin Wei sambil
tersenyum. Akhirnya mereka berdua berjalan pulang ke
pintu sekolah bersama-sama.

Dengan ilmu pengetahuan yang dikongsi oleh Cikgu
Solah, Cikgu Fatimah dan kedua ibu bapa Hakim, Cikgu
Rajesh merangka beberapa teknik pengajaran yang
dikira mampu merangsang minat Hakim dan juga murid
lain.

BAB 10: HAKIM DAN SMARTWATCH



Hakim kini bersahabat baik dengan Lin Wei. Lin Wei selalu

membantunya. Namun, Cikgu Rajesh kurang senang akan

perkara ini. Hal ini kerana Hakim kelihatan sangat

bergantung dengan rakannya. Contohnya, setiap hari Lin

Wei perlu mengingatkan Hakim tentang kerja sekolah yang

diberikan dan mengingatkan jadual kelasnya.

Oleh itu, Cikgu Rajesh telah bertemu dengan cikgu Solah
untuk berbincang tentang perkara tersebut bagi membantu
Hakim.

“Saya rasakan itu cadangan “Cikgu Solah, saya rasa ada
yang sangat bernas cikgu. Kita baiknya kalau kita dapat

boleh gunakan Smart Watch menyediakan satu alat bantu
sebagai alat bantu teknologi teknologi peringkat tinggi kepada
untuk Hakim ni. Smart Watch ni
pon bagus sangat saya rasa. Sikit Hakim yang boleh bergungsi
sebanyak dapat tolong Hakim sebagai penggera kepada Hakim.
hidup secara berperaturan”
Apa pandangan cikgu?”

“Betul juga tu
cikgu. Smart
Watch ni banyak
fungsinya untuk

Hakim”


Click to View FlipBook Version