SI COMEL HAKIM
SINOPSIS
Hakim merupakan kanak-kanak ADHD. Hakim tinggal bersama keluarganya. Bapanya bernama Amirul dan ibunya bernama Maisarah. Hakim juga mempunyai seorang Kakak yang bernama Mairah. Mereka hidup dalam keluarga yang bahagia dan saling menyanyangi antara satu sama lain.
Setelah didiagnosis sebagai kanak bekeperluan khas ADHD,Hakim ditempatkan di kelas khas. Di dalam kelas, Hakim sering tidak fokus sewaktu belajar dan suka mengganggu rakan-rakan. Sekiranya cikgu memberi arahan, Hakim tidak akan mengendahkan teguran dan arahan cikgu.
“Cikgu, Hakim ambik pensel saya!”, jerit Aina kepada cikgunya.
“Cikgu, Hakim suka ganggu saya!”.
Cikgu Fatimah rungsing dengan keadaan ini kerana tingkah laku Hakim yang telah mengganggu murid lain dan pengajaran dalam bilik darjah. Cikgu Fatimah mengambil Keputusan untuk berbincang dengan ibu bapa Hakim tentang masalah ini.
-
Follow
-
0
-
Embed
-
Share
-
Upload