The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kompilasi Kertas Kerja Amalan Terbaik Sekolah Daerah Pasir Puteh.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by DrOne, 2021-02-02 01:43:22

KOMPILASI AMALAN TERBAIK SEKOLAH 2020

Kompilasi Kertas Kerja Amalan Terbaik Sekolah Daerah Pasir Puteh.

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
0

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
1

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
2

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
3

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
4

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
5

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
6

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
7

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH

MENINGKATKAN KEMAHIRAN TATABAHASA DAN TOPO PEMETAAN
DENGAN MENGGUNAKAN ‘GBM-SEASON’

Noriha@Noriah binti Mohamad
Pengetua SM Sains Pasir Puteh
Norasma binti Mohamed Salleh
Salbiah binti Mohamed Salleh
Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh, Kelantan

ABSTRAK

Pada era globalisasi ini, pendidikan amat penting dalam pembangunan negara ke arah kemajuan
intelektual seseorang pelajar. Gaya Pembelajaran Abad Ke-21 merangsang daya kreativiti pelajar.
Namun begitu, minat pelajar terhadap subjek bahasa Melayu dan Geografi semakin luntur. Jadi,
pengkaji telah mencipta satu prakarsa bagi menarik minat pelajar iaitu produk fizikal yang
berkonsepkan dam. Produk yang pengkaji bawakan ini bukan sahaja produk fizikal semata–mata,
malah pengkaji telah menerapkan unsur teknologi digital yang bersesuaian dengan zaman kini.
Pengkaji menyasarkan pelajar-pelajar tingkatan dua sebagai testimoni kerana pengkaji
mendapati golongan ini sering mempunyai masalah dalam pembelajaran bahasa Melayu dan
mata pelajaran Geografi. Modul inovasi GBM-Season ini dapat disiapkan dalam masa tiga minggu.
Tempoh ini merangkumi carian maklumat, pelaksanaan projek dan pengujian terhadap produk.
Produk yang dinamakan ‘GBM-Seasons’ ini, mampu menarik minat pelajar agar lebih seronok
untuk belajar dan dapat menerapkan elemen didik hibur semasa dalam proses pembelajaran.
Kata kunci: produk fizikal, teknologi, menarik minat, seronok, Geografi, bahasa Melayu

PENGENALAN
Pengajaran dan pembelajaran kini biasanya diajar secara konvensional, iaitu melalui ‘chalk and talk’
dalam kalangan kebanyakan guru. Namun pembelajaran sebegini tidak lagi sesuai jika dilihat dengan
perkembangan pelajar dunia masa ini. Seiring dengan Pendidikan Abad Ke-21 (PAK21), kaedah
konvensional di dalam kelas didapati tidak sesuai lagi untuk diaplikasikan. Hal ini demikian kerana,
menurut Azura & Zakaria (2009) dalam Zaidatol Akmaliah (2005) bahawa strategi pengajaran
tradisional dikenal pasti menjadi punca para pelajar lemah akademik atau berisiko menjadi kurang
bermotivasi terhadap pelajaran yang dikendalikan secara tradisional. Sehubungan itu, amalan
pengajaran tradisional ‘chalk and talk’ juga menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu dilihat kurang menarik, pelajar menjadi kurang minat dan cepat bosan untuk
mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran (Khor & Noraini, 2016; Alizah & Zamri, 2015; Mohd
Fairuz et al., 2011).

Sebaliknya, kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam kelas abad ke-21 pula merupakan
pembelajaran berpusatkan pelajar. Pelajar bertindak aktif dan bertanggungjawab terhadap
pembelajaran sendiri dengan mencari maklumat dan meneroka alam ilmu secara kendiri. Oleh itu,
kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu
dapat mengubah persepsi pelajar terhadap mata pelajaran bahasa Melayu yang dikatakan
membosankan kepada pembelajaran yang menyeronokkan (Alizah & Zamri, 2015). Malahan,
perlunya ada kaedah yang lebih berkesan dan kreatif dengan kandungan pengajaran yang relevan
dengan perkembangan semasa (Khor & Noraini, 2016), khususnya bagi mengajar ini.

Didik hibur merupakan proses pembaharuan yang diperkenalkan kepada pelajar sebagai
kaedah alternatif semasa proses pengajaran bahasa Melayu yang bertujuan agar sesi pengajaran dan

8

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH

pembelajaran bahasa Melayu menjadi seronok untuk diikuti oleh pelajar. Seperkara lagi, didik hibur
diperkenalkan seiring dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah pada tahun 2010
(Abdul Rasid Jamian, Nurul Nadiah & Shamsudin Othman, 2016). Namun, didik hibur dalam kurikulum
bahasa Melayu adalah kurang menerapkan unsur permainan (games) dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu (Melvina Chung et al., 2017).

Hal ini bertepatan dengan kenyataan oleh Junaidah Jamaluddin et al. (2016) bahawa
banyak kajian lalu telah membincangkan penggunaan permainan dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran sama ada dalam bentuk digital atau fizikal seperti produk papan, kad dan sebagainya.
Kajian-kajian tersebut telah membuktikan bahawa kaedah permainan mampu memberikan kesan
yang positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Jadi, kaedah produk yang berbentuk dam
ular telah diperkenalkan bagi menarik minat pelajar untuk mempelajari bahasa Melayu dan juga
Geografi dengan lebih berkesan. Permainan didik hibur ini dinamakan ‘GBM-Season’ telah menaik
minat pelajar untuk memahami penggunaan tatabahasa dan dapat menghafal topo pemetaan
dengan cepat dan berkesan. Dengan menggunakan kaedah permainan ini para pelajar akan berasa
lebih seronok dan teruja. Jika dilihat perkembangan cara belajar, telah banyak kaedah yang telah
diperkenalkan oleh guru namun kita perlu memilih cara mengajar yang efisyen implikasi yang cukup
berkesan.

Topo pemetaan geografi yang diolah menjadi satu produk inovasi yang menarik oleh
pengkaji bagi merangsang kognitif para pelajar amat menarik minat mereka sewaktu PdPC dijalankan
di dalam kelas. Kaedah ini dapat membantu pelajar mengingat kembali apa-apa yang dipelajari
semasa di bilik darjah (Kulhavy dan Stock, 1996). Kulhavy, Stock dan Kelly (1993) menyatakan pelajar
akan lebih berjaya dalam kehidupan seharian mereka dengan memiliki pengetahuan tentang
penggunaan topo pemetaan dengan jelas.

Jika dilihat pada masa ini, pelajar amat tidak gemar untuk menghafal. Dengan
menggunakan produk inovasi yang perkenalkan oleh pengkaji maka akan meningkatkan minat para
pelajar belajar di dalam kelas. Produk ‘GBM-Season’ direka khas dengan bentuk yang eksklusif
dengan menggabungkan kepelbagaian berwarna pada produk tersebut. Produk ‘GBM-Season’ yang
begitu unit rekaan dan dilingkapi lampu led akan merangsang minta belajar dengan lebih
berkesan.Produk ini dapat membantu para pelajar lebih cepat untuk mengingat dan merupakan
produk terbaik dalam menyampaikan maklumat topo pemetaan dengan jelas. Hal ini adalah kerana,
pelajar dapat bermain sambil belajar dan secara tidak langsung mereka dapat menghafal peta ,lokasi
penempatan, iklim, jenis pekerjaan yang sesuai di sesuatu tempat yang diami oleh penduduk. Jika
dilihat, teknologi terkini membuka peluang untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh para
pelajar. ‘Quick response’(QR) kod merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang dapar membantu
para pelajar mengakses makluman dengan lebih tepat. Melalui QR kod para pelajar dapat mendapat
info-info yang lebih dinamik dan membolehkan interaksi pembelajaran dua hala. Perubahan begini
menstrukturkan semula pertalian antara manusia dengan peralatan digital.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Masalah utama kajian ini ialah ketidakbolehan atau ketidakmampuan para pelajar menguasai
kemahiran tatabahasa dan juga topo pemetaan. Bagi pelajar, mereka menganggap tatabahasa
merupakan satu perkara yang remeh kerana sudah dipelajari sejak di bangku sekolah rendah. Bagi
mereka kemahiran ini dan tidak perlu diambil serius semasa pembelajaran di dalam kelas. Kesannya,
pencapaian mereka dalam aspek tatabahasa kurang memberangsangkan. Pelajar sering bermasalah
apabila diminta untuk membina ayat gramatis iaitu dengan menggunakan tatabahasa yang betul.
Pelajar sering kali mengulangi kesalahan yang sama sewaktu membuat latihan. Mereka juga tidak
minat dalam pembelajaran bahasa dan merasakan subjek bahasa Melayu ini mudah dan tidak perlu
diberi perhatian semasa belajar. Adakalanya pelajar sering meniru jawapan rakan kerana tidak yakin
dengan jawapan sendiri. Penggunaan tatabahasa tepat dalam membina karangan oleh pelajar

9

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH

merisaukan para guru. Kegagalan menguasai aspek ini perlu ditangani dengan lebih awal agar
masalah ini tidak bertambah dan berlarutan.

Manakala, bagi mata pelajaran Geografi, anggapan pelajar ialah pembelajaran yang
membosankan kerana perlu menghafal banyak fakta. Kajian Elamarin (2004) membuktikan
pencapaian pelajar dalam bahagian menguji kemahiran mengingat dan tanpa alat bantuan mengajar
agak rendah. Sumbangan markah dari bahagian ini hanya 24.4% sahaja berbanding bahagian fizikal
dan budaya. Pengkaji menyarankan Bahan Bantuan Mengajar (BBM) yang telus perlu direka bentuk
khususnya untuk mengajar kemahiran mengingat yang dapat membantu meningkatkan pencapaian
pembelajaran dalam kemahiran Geografi.

ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN
Seramai 21 orang pelajar Tingkatan Dua Fatimah dari Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh memang
sangat bermasalah dalam aspek tatabahasa dan mata pelajaran Geografi. Pengkaji memfokuskan
kajian kali ini terhadap masalah dalam menghafal topo pemetaan dan membina ayat yang gramatis
dengan menggunakan tatabahasa yang betul.

Manakala bagi mata pelajaran Geografi pula, menurut laporan Prestasi Penilaian Menengah
Rendah (PMR) menyatakan keputusan pelajar dalam bahagian kemahiran membaca topo pemetaan
sangat rendah dan tidak memberangsangkan. Bagi soalan 1 hingga 10 berkaitan dengan kajian peta
pelajar tidak menjawab dengan baik iaitu 27% calon berjaya menjawab soalan dengan betul.
Manakala bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pula menurut laporan hanya 19% pelajar sahaja
yang dapat menjawab soalan 1 hingga soalan 5 dengan baik soalan. Kesemua soalan tersebut ialah
berkaitan dengan topo pemetaan.

Dengan menggunakan aktiviti interaktif iaitu penggunaan produk‘GBM-Season’, pengkaji
berharap teknik pembelajaran ini akan dapat menarik minat para pelajar untuk mengubah sikap fokus
dalam pembelajaran berdasarkan gaya pembelajaran yang berbeza diperkenalkan iaitu gabungan
kaedah visual dan kaedah kinestetik.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk melahirkan para pelajar yang menguasai binaan ayat yang betul dari
segi tatabahasa serta membina ayat dengan gramatis. Di samping itu juga, pelajar juga dapat
menjawab topo pemetaan serta mengingati topo pemetaandengan tepat bagi mata pelajaran
Geografi.

METADOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan yang diperkenalkan oleh Kemmis & Mc Taggart
(1988).

10

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH

Rajah 1: Gelung Kajian Tindakan (Kemmis & McTaggart, 1998)
Kajian ini melibatkan 21 orang pelajar Tingkatan 2 Fatimah dari Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh,
Kelantan. Instrumen kajian yang digunakan ialah ujian pra-trial dan post-trial bagi memperoleh data
dalam kajian.

INTERVENSI YANG DIPERKENALKAN
Cara bermain
l Produk 1 (GEOGRAFI)

1. Pemain membaca nota tentang iklim pada ruangan tengah kadbod.
2. Pemain mengambil dua dadu di dalam bekas yang disediakan.
3. Pemain membaling dadu kemudian menjumlahkan nombor yang terdapat pada dua dadu

tersebut.
4. Pemain perlu membuka penutup kadbod berdasarkan jumlah nombor yang diperoleh

kemudian jawab soalan yang tertera.
5. Jika pemain berjaya menjawab soalan tersebut, markah akan ditambah pada skor box yang

telah disediakan.
6. Pemain yang berjaya mengumpul markah yang tertinggi dikira pemenang.
l Produk 2 (TATABAHASA)
1. Pemain perlu menentukan giliran terlebih dahulu.
2. Pemain perlu membaling dadu dan menggerakkan buah mengikut jumlah nombor pada

dadu.
3. Sekiranya buah berhenti di petak yang mempunyai QR code, Pemain perlu mengimbas QR

code dan menjawab soalan QUIZIZ yang tertera.
4. Sekiranya buah berhenti di petak yang tidak mempunyai QR code, Pemain yang seterusnya

boleh meneruskan produk.
5. Pemain yang berjaya menjawab soalan akan diberikan markah.
6. Pemain yang berjaya mengumpul markah yang tertinggi dikira pemenang.
Rajah 2, 3 dan 4 di bawah adalah Produk ‘GBM-Season’ yang dihasilkan.

11

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH

Rajah 2: Pemilihan kepelbagaian warna dan grafik yang menarik
Rajah 3 : Produk dam ular yang menyeronokkan

Rajah 4 : Papan skor markah-untuk meningkatkan persaingan
12

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
DAPATAN KAJIAN

Sepanjang pemerhatian pengkaji terhadap tingkah laku pelajar, pada mulanya didapati pelajar tiada
motivasi untuk belajar serta malas semasa belajar bahasa Melayu dan juga tidak berminat untuk
belajar mata pelajaran Geografi. Ujian pra-trial telah diberikan kepada kumpulan sasaran untuk
mengesan penguasaan pelajar terhadap kemahiran tatabahasa dan soalan berkaitan dengan topo
pemetaan bagi mata pelajaran Geografi. Ujian ini mengandungi 10 soalan berkaitan tatabahasa dan
10 soalan berkatan dengan topo pemetaan. Hasil daripada ujian tersebut, pengkaji mendapati
bahawa tiada seorang pelajar pun yang mendapat markah penuh dalam ujian yang telah
dilaksanakan.

Selepas dua minggu pelajar telah diberikan untuk menggunakan produk ‘GBM-Season’, amat
jelas sekali apabila pengkaji mendapati bahawa pelajar-pelajar dapat membina ayat yang gramatis
dan dapat mengenal pasti topo pemetaan dengan tepat. Setelah itu, pengkaji telah menjalankan post-
trial untuk membuktikan keberkesanan produk.

Kajian tinjauan telah dilakukan dengan mengutip data seperti dalam Graf 1 dan Graf 2 di
bawah:

Graf 1: Dapatan kajian pra-trial dan post-trial mata pelajaran Bahasa Melayu

Graf 2: Dapatan kajian pra-trial dan post-trial mata pelajaran Geografi
13

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH

Berdasarkan ujian post-trial dan analisis yang telah dilaksanakan, pengkaji mendapati
bahawa ‘GBM-Season’ merupakan salah satu kaedah yang sesuai dan dapat menarik minat pelajar-
pelajar Tingkatan Dua Fatimah dari SM Sains Pasir Puteh untuk belajar dan menguasai bidang
tatabahasa dan juga dapat mengingat dengan cepat berkaitan dengan topo pemetaan bagi mata
pelajaran Geografi. Hasil kajian ini juga telah menunjukkan peningkatan markah bagi kedua-dua mata
pelajaran.

PERBINCANGAN
Dapatan daripada kajian ini, pengkaji melihat kebolehan pelajar dalam membina ayat yang gramatis
dan juga dapat mengingat topo pemetaan dengan baik bagi mata pelajaran Geografi. Melalui teknik
didik hibur ternyata cara ini amat bersesuaian dan bertepatan dengan pembelajaran pada alaf ini
iaitu pembelajaran dan pemudahcaraan abad ke-21. Pembelajaran didik hibur ini merupakan satu
pembaharuan yang cuba diperkenalkan kepada pelajar - pelajar sebagai kaedah alternatif semasa
proses pengajaran seseorang guru. Dapatan kajian ini turut membuktikan bahawa pelajar sekolah
suka belajar melalui produk yang berbentuk interaktif dan disokong oleh kajian lepas Ruphina, Wei
Ting & Yi (2012) bahawa produk adalah bahagian yang penting dalam pembinaan zaman kanak-
kanak, dan pembelajaran biasanya berlaku semasa kanak-kanak itu bermain.

Selain itu, pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan aktiviti produk juga mampu
menghidupkan suasana pembelajaran menjadi aktif kerana pelajar berasa seronok dan bersemangat
mengikuti proses pembelajaran, ini sejajar dengan kenyataan Junaidah Jamaluddin et al. (2016)
bahawa kaedah produk telah terbukti mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih seronok
dan berkesan, di samping mengurangkan kebosanan seperti yang berlaku dalam kaedah pengajaran
konvensional. Dengan erti kata lain, produk yang dirancang secara teliti oleh guru dengan
berpandukan Standard Pembelajaran Bahasa Melayu KSSR dapat mencapai objektif pembelajaran
dengan lebih berkesan. Hal ini demikian kerana, pelajar lebih berfokus dan memberi perhatian
sewaktu dalam proses pembelajaran, malah bermain produk juga memenuhi kaedah pembelajaran
berpusatkan pelajar yang ditekankan dalam PAK-21. Para pelajar amat seronok dalam pembelajaran
produk bahasa dan pengkaji bercadang untuk menjalankan kajian yang seterusnya untuk kemahiran
membina karangan yang cemerlang.

Pengkaji akan cuba menambahkan lagi aktiviti interaktif menggunakan bahan digital.
Sebagai contoh, dengan menggunakan QR Code, AR Code atau Zapcode. Dengan ini, pelajar akan
lebih tertarik dengan unsur kinestetik dan visual seperti lagu yang disertakan gambar menarik.

KESIMPULAN
Berdasarkan dapatan daripada hasil kajian ini telah menunjukkan bahawa elemen didik hibur amat
sesuai diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar sekolah, khususnya dalam
pembelajaran subjek bahasa Melayu dan juga mata pelajaran Geografi. Didik hibur melalui produk
dapat menjadikan suasana proses pembelajaran lebih bersifat santai, tanpa tekanan, dan
menyeronokkan. pelajar juga bertindak secara aktif dan bersemangat dalam proses pembelajaran
tanpa tekanan akan memudahkan pelajar untuk memahami suatu isi pelajaran. Selain itu,
pembelajaran berpusatkan pelajar untuk meneroka alam ilmu dan maklumat secara kendiri serta
melatih sikap berdikari dalam kalangan pelajar adalah sesuai dan memenuhi konsep pembelajaran
abad ke-21. Cadangan pengkaji ialah akan menjalankan kajian lanjutan meliputi skop yang lebih luas
dalam kedua-dua mata pelajaran ini. Selain itu, pengkaji juga mencadangkan akan menyebarluaskan
produk ‘GBM-Season’ ini kepada sekolah-sekolah yang lain.

14

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian & Hasmah Ismail. (2013). Pelaksanaan Pembelajaran
Menyeronokkan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu, Vol.3, Bil.2 (Nov. 2015): 49-63.

Abdul Rasid Jamian, Nurul Nadiah Razali & Shamsudin Othman. (2016).
Pengaplikasian Teknik Didik Hibur Meningkatkan Pencapaian Penulisan Karangan Bahasa
Melayu. Jurnal Pendidikan Malaysia 41 (1)(2016):39-45.

Alizah Lambri & Zamri Mahamod. (2015). Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Melayu Berpusatkan Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi: Pelaksanaan dan Penerimaan
Pelajar. Jurnal Personalia Pelajar 18 (1)(2015):1-2.

Azura Ishak & Zakaria Kasa. (2009). Perbandingan Pengajaran Berasaskan Multimedia
dan Tradisional ke Atas Pencapaian Matematik dan Sikap Matematik di Kalangan Pelajar
Berisiko. Jurnal Teknologi Maklumat & Multimedia 5(2009): 79-89.

Junaidah Jamaluddin, Norlaila Mohd Din, Mohamad Azmi Nias Ahmad, Faizan Abdul
Jabar, Nur Syazwani Mohamad Fadzillah, & Zuhariah Husin. (2016). Keberkesanan Kaedah
produk dalam Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan di Sekolah Menengah.
KONAKA (2016): 53-57.

Khor, Huan Chin & Noraini Mohamed Noh. (2016). Keberkesanan Penggunaan Papan
Putih Interaktif Dalam Pembelajaran Bahasa Malaysia Dalam Kalangan pelajar Tahun 3.
JPBU Edisi Khas (2016): 11-17.

Mohd Fairuz Marian, Mohd Bekri Rahim, Jamil Abd Baser & Mohd Salleh Tahar. (2011).
Keberkesanan Penggunaan CD Interaktif Lukisan Isometrik Terhadap Kemahiran
Visualisasi Pelajar. Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi Dalam Pendidikan
dan Latihan Teknik dan Vokasional (CIETVT) 2011

Melvina Chung Hui Ching, Norazah Mohd Nordin, Jamaludin Badusah, & Nawal
Mustafa. (2017).Analisis Keperluan Terhadap Pembangunan M-Edutainment Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Prosiding Seminar
Pendidikan Transdisiplin (STEd2017), Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia,
16-17 Januari 2017, 380- 387.

Melvina Chung Hui Ching, Norazah Mohd Nordin, Jamaludin Badusah, & Nawal
Mustafa. (2018). Testing The Usefulness of A Mobile Edutainment Software in Learning
Malay Language Grammar in Primary School. Sci. Int. (Lahore),30(1), 73-77, 2018

Ruphina, Anyaegbu., Wei Ting, & Yi, Li. (2012). Serious Game Motivation in an
Classroom in Chinese Primary School. The Turkish Online Journal of Educational Technology,
Vol.11, Issue 1 (January 2012), pp.154-164.

15

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH

“I M JAWI”

Mansor bin Mohamad
Guru Bahasa Arab, Sekolah Kebangsaan Tualang Tinggi

Saupi bin Mat Zain
Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Tualang Tinggi

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesan penggunaan ‘Kad I M Jawi’ terhadap
penguasaan murid Kelas 4 Terbilang seramai 30 orang murid Sekolah Kebangsaan Tualang
Tinggi dalam penguasaan kaedah penulisan jawi. Kaedah pengumpulan data yang digunakan
ialah ujian pra dan pasca, analisis dokumen dan pemerhatian. Data yang dikumpul dianalisis
menggunakan kaedah analisis dokumen. Kaedah triangulasi sumber digunakan untuk
menyemak data. Dapatan kajian menunjukkan berlaku peningkatan terhadap penguasaan
murid dalam mengenal pasti setiap kaedah perkataan atau ejaan dalam tulisan jawi
berpandukan ‘Kad I M Jawi’. Cadangan kajian lanjutan yang boleh dijalankan ialah dengan
menambah baik kaedah yang sedia ada dengan menggunakan carta penulisan bentuk huruf
jawi.
Kata kunci: ‘Kad I M Jawi’, mengenal pasti kaedah penulisan jawi, ujian pra dan pasca,
triangulasi.

PENGENALAN
Tulisan jawi juga merupakan tulisan yang mempunyai hubungan yang erat dengan perkembangan
agama Islam di Malaysia. Namun kebelakangan ini, penguasaan dan minat masyarakat terhadap
tulisan jawi berkurangan. Namun begitu, tulisan jawi diberi nafas baharu oleh pihak kerajaan bermula
dari pemerintahan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi yang mula memperkenalkan j-QAF di sekolah-
sekolah rendah bertujuan untuk memantapkan tulisan jawi, al-Quran dan Fardhu ‘Ain.. Justeru itu,
bagi memastikan tulisan jawi ini tidak terkubur, suatu usaha yang bersepadu secara berterusan harus
dilakukan oleh guru terutamanya Guru Pendidikan Islam (GPI) dan Guru Bahasa Arab (GBA) bagi
memastikan murid-murid benar bersedia dan tertarik dengan tulisan jawi ini dan juga agar tulisan ini
kembali semua menjadi medium komunikasi ke seluruh pelusuk nusantara seperti zaman dahulu.
Oleh itu, saya sebagai Guru Pendidikan Islam telah menjalankan agenda ini dengan menubuhkan
Kumpulan Jawi az-Zahra dan telah memberikan ceramah, bimbingan dan tunjuk ajar terhadap kaedah
dan teknik penulisan jawi kepada ratusan bahkan ribuan guru-guru Pendidikan Islam dan Bahasa
Arab di seluruh Malaysia. Perkembangan ini telah membuahkan hasil sehingga terciptanya teknik
‘Kad I M Jawi’ untuk disebarluaskan kepada seluruh murid-murid dan guru-guru agar tulisan jawi ini
dikuasai oleh semua.

Fokus utama program ini adalah murid-murid yang telah melepasi peringkat asas iaitu murid
yang melepasi markah lulus (60%) dalam program Kem Cemerlang Jawi (KCJ). Setelah melihat data
keseluruhan dari Progaram KCJ dan juga data jawi di dalam e-pelaporan peringkat kebangsaan,
terdapat sebahagian besar murid-murid tidak menguasai teknik penulisan kaedah jawi dengan baik.
Oleh itu, program penggunaan ‘Kad I M Jawi’ ini dirangka untuk mencari jawapan kepada
permasalahan yang timbul di dalam proses pembelajaran jawi dalam kalangan murid di peringkat
sekolah rendah khususnya. Kajian ini melibatkan 30 orang murid kelas 4 Terbilang Sekolah
Kebangsaan Tualang Tinggi untuk menguji tahap penguasaan murid terhadap kaedah penulisan jawi
yang betul berpandukan ‘Kad I M Jawi’.

16

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH

FOKUS KAJIAN
Berdasarkan pengalaman selama 10 tahun dalam pengajaran jawi yang telah saya lalui, saya sering
memerhatikan dan saya dapat mengenal pasti masalah yang sering dihadapi oleh murid-murid dalam
mempelajari kaedah penulisan jawi iaitu kesilapan murid untuk mengetahui ketiadaan huruf dalam
padanan huruf rumi. Contohnya seperti suku kata tertutup yang tiada huruf alif. Masalah ini sering
berlaku apabila murid-murid diminta untuk menulis perkataan dalam tulisan jawi dengan tepat dan
betul berdasarkan kaedah penulisan jawi yang telah diajar. Atas dasar inilah saya mengambil
keputusan untuk melakukan kajian tindakan ini.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian terbahagi kepada dua iaitu objektif umum dan objektif khusus.
Objektif Umum

i. Meningkatkan penguasaan kaedah penulisan jawi dalam kalangan murid Tahun 2 hingga
Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Tualang Tinggi, Pasir Puteh, Kelantan.

ii. Menanamkan minat murid untuk mempelajari teknik dan kaedah penulisan jawi yang betul.

Objektif Khusus
i. Meningkatkan penguasaan murid untuk mengenal pasti bentuk kaedah penulisan jawi
menggunakan ‘Kad I M Jawi’.
ii. Memperbaiki amalan pedagogi yang saya lakukan dalam pengajaran dan pemudahcaraan
mata pelajaran Jawi terutamanya dalam aspek penggunaan ‘Kad I M Jawi’ untuk membantu
murid dalam penulisan kaedah jawi dengan betul.

PERSOALAN KAJIAN
i. Apakah kesan penggunaan ‘Kad I M Jawi’ terhadap penguasaan murid-murid Tahun 4

Terbilang dalam mengenal pasti bentuk dan tajuk kaedah setiap perkataan dalam penulisan
Jawi?
ii. Adakah saya dapat memperbaiki amalan kendiri dalam membantu murid-murid Tahun 4
Terbilang mengenal pasti dan menulis perkataan mengikut pengkaedahan Jawi yang betul
dan tepat?

PELAKSANAAN TINDAKAN
Pelaksanaan kaedah pengajaran tulisan jawi ini ditekankan kepada murid-murid Kelas 4 Terbilang
Sekolah Kebangsaan Tualang Tinggi. Pendekatan yang digunakan adalah bimbingan dan pementoran
secara bersemuka dan diberi latihan yang menyeluruh tentang tajuk-tajuk kaedah penulisan jawi
untuk disebarkan kepada murid-murid di sekolah khususnya kepada murid Kelas 4 Terbilang.Saya
telah merancang untuk menggunakan Teknik ‘Kad I M Jawi’ bagi mengatasi masalah murid yang tidak
mengetahui penulisan jawi yang melibatkan hukum atau kaedah dalam penulisan jawi.

Sebenarnya, rahsia kaedah penulisan jawi ini tidaklah susah dan amat menyenangkan murid-
murid di sekolah apabila murid telah mengetahui rahsia dan teknik pengajaran yang betul dan tepat.
Kaedah ejaan jawi ini terbahagi kepada tiga tajuk yang besar iaitu; Ejaan Kata Melayu Jati, Ejaan Kata

17

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH

Serapan Inggeris dan Ejaan Kata Serapan Arab. Dalam kajian tindakan ini, saya hanya memfokuskan
kepada teknik dan pengajaran yang melibatkan Kata Melayu Jati sahaja.

Ejaan Kata Melayu Jati sebenarnya boleh dibahagikan kepada tiga tajuk utama iaitu: Ejaan
Lazim, Ejaan Tradisi dan Ejaan mengikut hukum. Setiap perkataan yang ditemui sekiranya perkataan
tersebut adalah perkataan yang berasal dalam Bahasa Melayu, maka perkataan itu akan dimasukkan
dalam kategori yang telah disebutkan iaitu sama ada ejaan lazim, tradisi atau ejaan yang mengikut
hukum. Ejaan Lazim misalnya adalah satu ejaan yang menggunakan lambang vokal kecuali ejaan
pada suku kata tertutup [a] di tengah kata dan juga penggunaan e pepet. Maka semua perkataan
yang dikategorikan sebagai ejaan lazim mudah untuk dieja apabila guru telah menguasai tajuk untuk
diletakkan.

Ejaan tradisi pula bermaksud satu ejaan yang menggunakan sistem baris tetapi tidak
dilambangkan barisnya dalam tulisan jawi. Sekurang-kurangnya pada satu suku kata yang sepatutnya
dilambangkan dengan huruf vokal berdasarkan ejaan lazim atau ejaan mengikut hukum. Ejaan tradisi
telah disenaraikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebanyak 24 perkataan sahaja sehingga
kini iaitu: ini, itu, beta, kita, ia, iaitu, di, dia, dari, lima, demikian, daripada, pada, kepada, ada, tiada,
maka, jika, jikalau, syurga, syurgaloka, manusia, manusiawi dan perikemanusiaan.

Ejaan mengikut hukum pula boleh dibahagikan kepada 5 tajuk yang asas iaitu: ejaan hukum
(-a,-a), hukum (-ka,-ga), hukum –aha, hukum (-ewa,-iwa) dan hukum tiga suku kata. Kesemua hukum-
hukum ini sebenarnya boleh dikecilkan tajuknya kepada sistem hukum [-a] yang bermaksud padanan
[a] dalam perkataan ini tidak dilambangkan vokalnya dalam tulisan jawi. Perkataan yang
menggunakan [a] di akhir adalah; hukum -a -a, hukum -ka, ga dan hukum -aha. Perkataan yang
menggunakan [a] di tengah adalah; hukum -ewa dan iwa. Manakala ejaan yang menggunakan [a] di
awal adalah; ejaan tiga suku kata. Kesemua ejaan ini tidak menggunakan lambang vokal [a] apabila
ditulis dalam tulisan jawi. Sebagai contoh perkataan “nama” hendaklah diletakkan dibawah tajuk
hukum -a -a.

Apabila telah dikenal pasti tajuknya, maka formula dalam hukum -a -a adalah mengenal
konsonan terakhir iaitu huruf [d,r,l,w,ng]. Dalam perkataan “nama”, konsonan terakhirnya adalah
huruf [m], maka huruf ini tiada dalam padanan huruf [d,r,l,w,ng], maka perkataan “nama” tidak
dilambangkan vokal [a] diakhirnya iaitu dalam ejaan tulisan jawinya dieja seperti ini (‫)ﻧﺎم‬.

Rajah 1: Bahagian Depan Kad I M Jawi

18

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH

METODOLOGI

Rajah 2: Bahagian Belakang Kad I M Jawi
Peserta Kajian
Dalam kajian ini, sampel yang saya gunakan ialah 30 orang murid dalam Kelas 4 Terbilang, Sekolah
Kebangsaan Tualang Tinggi yang telah dipilih berdasarkan masalah yang mereka hadapi. Jenis
persampelan yang saya gunakan ialah persampelan bertujuan. Persampelan bertujuan merujuk
kepada penyelidik memilih sendiri responden berdasarkan ciri-ciri tertentu yang memenuhi keperluan
spesifikasi kajian (Buku Panduan Penyelidikan).

Ciri-ciri peserta kajian yang saya perlukan bagi kajian ini ialah murid yang mempunyai
masalah dalam membezakan perkataan yang mempunyai padanan dalam jawi dan juga perkataan
yang tidak ada padanan dalam huruf jawi iaitu merujuk kepada huruf ‘a’ di mana dalam tulisan jawi
adalah huruf alif. Berdasarkan ciri-ciri inilah saya memilih peserta kajian untuk kajian tindakan ini.

Teknik Pengumpulan Data
a) Ujian Pra dan Pasca
Ujian pra dan pasca ini dijalankan untuk mengenal pasti murid yang bermasalah dalam
mengenal pasti dan menulis perkataan dalam jawi berdasarkan kaedah tulisan jawi yang
pelbagai. Ujian pra ini memaparkan markah yang diperolehi oleh peserta kajian sebelum
pelaksanaan tindakan dijalankan. Ujian pasca pula memaparkan markah yang diperolehi
peserta kajian setelah pelaksanaan tindakan dijalankan. Hasil perbandingan kedua-dua ujian
ini akan menunjukkan perbezaan pencapaian peserta kajian sebelum dan selepas
pelaksanaan tindakan dijalankan.
b) Analisis Dokumen
Analisis dokumen ialah bahan yang wujud atau bahan yang disediakan oleh subjek (Buku
Panduan Penyelidikan). Dalam kajian ini, dokumen utama yang dianalisis ialah hasil kerja
murid dalam lembaran kerja. Lembaran kerja ini diedarkan kepada murid semasa sesi
pengajaran dan pemudahcaraan dijalankan di dalam bilik darjah. Dalam kajian ini, saya telah
menggunakan kaedah analisis dokumen bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci
bagi kajian yang saya jalankan. Dokumen utama yang dianalisis ialah hasil kerja murid pada
lembaran kerja.
c) Pemerhatian
Pemerhatian ialah kaedah pengumpulan data secara terus. Atkinson dan Hammersley (1994,
dalam Denzin dan Lincoln, dalm Buku Panduan Penyelidikan) menyatakan perlu diingat, “dari
suatu segi, semua kajian melibatkan pemerhatian kerana kita tidak meneliti dunia sosial
tanpa menjadi sebahagian daripadanya”. Semasa menjalankan pemerhatian, saya telah
mengenal pasti beberapa perkara yang ingin diperhatikan. Antara perkara yang saya
perhatikan ialah cara peserta kajian mengenal pasti perkataan dan menulis setiap perkataan
19

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH

dalam pengkaedahan jawi ternyata tersalah dalam pemilihan huruf alif kebiasaannya kerana
ketiadaan ilmu dalam pengkaedahan jawi menyebabkan peserta menulis perkataan dalam
tulisan jawi dengan tidak tepat.

REFLEKSI DAPATAN

Persoalan 1: Apakah kesan penggunaan ‘Kad I M Jawi’ terhadap penguasaan murid-murid Tahun 4
Terbilang dalam mengenal pasti bentuk dan tajuk kaedah setiap perkataan dalam penulisan tulisan
Jawi?

Jadual berikut memaparkan markah yang diperoleh oleh peserta kajian sepanjang pelaksanaan
tindakan.

Jadual 1 : Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca Kelas 4 Terbilang Sekolah Kebangsaan
Tualang Tinggi, Pasir Puteh, Kelantan

Murid Markah (%)

M1 Ujian Pra Ujian Pasca
M2
M3 70 86
M4 50 76
M5 58 96
M6 70 100
M7 72 92
M8 56 90
M9 50 74
M10 40 76
M11 56 96
M12 45 84
M13 60 88
M14 62 88
M15 72 90
70 90
72 96

120
Ujian Pra

100

80

60

40

20

0 M1
M2
M3
M4
M5
M6
M7
M8
M9
M10
M11
M12
M13
M14
M15
M16
M17
M18
M19
M20
M21
M22
M23
M24
M25
M26
M27
M28
M29
M30

Rajah 5: Markah perbandingan hasil kerja murid dalam ujian pra dan pasca
yang telah dijalankan.
20

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
Hasil dan aplikasi ‘Kad I M Jawi’ dalam pengajaran dan pemudahcaraan yang telah saya jalankan ke
atas 15 orang murid Kelas 4 Terbilang Sekolah Kebangsaan Tualang Tinggi, Pasir Puteh kesemua
peserta kajian saya berjaya menguasai aspek mengenal pasti dan menulis pengkaedahan jawi dalam
Ejaan Lazim dengan baik. Ini dapat dibuktikan melalui perkembangan prestasi yang mereka tunjukkan
dalam beberapa bentuk latihan dalam lembaran kerja yang telah saya berikan.

Rajah 3: Kesalahan Menulis Pengkaedahan dalam Jawi

Rajah 4: Tulisan peserta yang tepat dengan pengkaedahan jawi yang betul.
Rajah 4 pula menunjukkan peserta telah berjaya melalui bimbingan dan pengajaran semasa di dalam
kelas di mana peserta dapat mengaplikasi dan hasilnya adalah seperti berikut:
Persoalan 2: Adakah saya dapat memperbaiki amalan kendiri dalam membantu murid-murid Tahun
4 Terbilang mengenal pasti dan menulis perkataan mengikut pengkaedahan Jawi yang betul dan
tepat?
Hasil dari pelaksanaan tindakan yang telah saya jalankan, saya mendapati bahawa saya telah dapat
membantu murid saya mengenal pasti dan menulis pengkaedahan jawi dalam fokus Ejaan Lazim
dengan baik. Hasilnya boleh didapati melalui rajah perbandingan markah yang diperolehi oleh peserta
kajian sepanjang kajian dijalankan.

21

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
IMPLIKASI KAJIAN

Hasil dari kajian ini telah dapat membantu murid dalam mengatasi masalah mereka. Gabungan 70%
penggunaan ‘Kad I M Jawi’ beserta bimbingan dan pementoran daripada guru dan 30% kerjasama
sesama rakan sebaya telah membantu meningkatkan lagi penguasaan mereka dalam bidang jawi
terutamanya kaedah mengeja jawi menggunakan pengkaedahan yang tepat.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN
Kajian ini telah membantu peserta-peserta kajian saya dalam mengatasi masalah mereka. Walau
bagaimanapun, saya merasakan terdapat beberapa cara lain lagi yang mungkin lebih berkesan untuk
mengatasi masalah ini. Carta dan kad ini akan menunjukkan perbezaan kaedah jawi dalam pelbagai
tajuk dan perbezaan hukum bagi perkataan yang ditunjukkan. Ini akan membantu murid memahami
dengan lebih jelas lagi. Carta dan kad ini akan dapat membantu mengurangkan kesalahan yang
dilakukan murid semasa mengeja perkataan dalam tulisan jawi.

RUJUKAN
Ahmad Mohd Salleh. (2008). Siri Pendidikan Guru: Pengajian Agama Islam & j-QAF. Selangor: Oxford

Fajar Sdn. Bhd.
Bahagian Pendidikan Guru. Buku Panduan Penyelidikan.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2020). Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu Dewan. Selangor:

Global Smart Printing Sdn. Bhd.
Normajidah Abdul Rahman. (2008). Panduan Pemilihan Kombinasi Warna bagi Reka Bentuk Skrin

dan Penggunaan Multimedia. Johor: Jabatan Ilmu Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia.

22

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH

PROGRAM SINAR MEMBACA

Mohd Anuar bin Ibrahim
Pengetua SMK Sungai Petai
Wan Ahmad Kamal bin Wan Noh
Penolong Kanan Pentadbiran SMK Sungai Petai

Sabariah binti Shafei
Guru Kanan Bahasa SMK Sungai Petai

ABSTRAK
Isu utama SMK Sungai Petai ialah pencapaian rendah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) dan sekolah ini dikategorikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Sekolah
Berprestasi Rendah. Pelbagai program telah dirancang dan dilaksana oleh pihak sekolah bagi
mengatasi isu tersebut yang melibatkan Bidang Kurikulum dan Hal Ehwal Murid (HEM). Beberapa
isu telah dikenal pasti dan antaranya ialah kegagalan murid menguasai kemahiran 3M iaitu
Membaca, Menulis dan Mengira. Untuk itu, satu program telah dirancang dan dilaksana bagi
menangani isu tersebut yang diberi nama Program Sinar Membaca. Objektif program ini adalah
untuk memastikan semua murid yang terlibat dapat menguasai kemahiran 3M menggunakan
empat modul yang dibina khas. Program ini dilaksana bermula awal tahun sehingga November
2020 yang melibatkan 23 orang murid dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4. Pada akhir Oktober
2020, program ini telah menunjukkan impak yang memberangsangkan apabila 52% (12 orang)
murid telah berjaya melepasi semua modul, manakala 100% (23 orang) murid melepasi Modul 1
dan Modul 2.
Kata Kunci: Program Sinar Membaca

PROFIL SEKOLAH
SMK Sungai Petai terletak di pinggir bandar Pasir Puteh iaitu antara bandar Pasir Puteh dan pekan
Semerak. Kedudukan SMK Sungai Petai berdekatan dengan SMK Dato’ Ismail iaitu sekolah kawalan
Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Puteh. Murid yang memperoleh keputusan baik dalam Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) akan disalurkan ke SMK Dato’ Ismail manakala murid yang
berpencapaian rendah disalurkan ke SMK Sungai Petai. Tahap pencapaian UPSR murid yang
mendaftar masuk ke Tingkatan 1 adalah pada tahap minimun iaitu sifar “A” malahan ada murid yang
masih tidak lancar membaca. Kedudukan sekolah pada tahun 2013 hingga 2015 berada di band 6
manakala pada tahun 2016 berada di band 5. Bermula tahun 2018, sekolah dikategorikan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai Sekolah Berprestasi Rendah.

Sekolah ini mempunyai jumlah murid seramai 331 orang. Majoriti penduduknya adalah
berlatar belakang sosio ekonomi yang terdiri daripada petani. Muridnya pula dari sekolah saluran iaitu
SK Sungai Petai, SK Kampung Tasek, SK Bukit Awang dan SK Bukit Tanah.

SMK Sungai Petai mula menerima murid pada 4 April 2012 seramai 203 orang dan 14 orang
guru. Enam buah kelas dibuka untuk menempatkan murid Tingkatan 1, 2 dan 4. Seorang Pembantu
tadbir, seorang Pembantu Am pejabat dan dua orang Pembantu Makmal.

Dalam tempoh lapan tahun sekolah beroperasi, seramai empat orang Pengetua telah
berkhidmat di sekolah ini iaitu Pn. Hjh. Siti Meriam binti Mohmed (November 2012 - Disember 2016),
Dato Ariffin bin Ab. Rahman (Disember 2016 - Jun 2018), Tn. Hj. Zulkefli bin Mohd Noor (Ogos 2018
– Ogos 2019) dan En. Mohd Anuar bin Ibrahim (Ogos 2018 hingga kini).

23

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH

ISU/PUNCA ISU

Isu utama yang dihadapi oleh sekolah ialah pencapaian yang rendah dalam keputusan peperiksaan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Manakala antara punca isu yang dikenal pasti memberi kesan
terhadap pencapaian ialah kegagalan atau kelemahan murid menguasai 3M.

Merujuk kepada Jadual 1 di bawah, dalam tempoh lima tahun (2014 – 2018), peratus lulus
SPM SMK Sungai Petai adalah di bawah 90%. Pencapaian terbaik sekolah ialah 82.69% iaitu pada
tahun 2018. Situasi yang sama juga berlaku dari segi kualiti iaitu pencapaian gred purata sekolah
(GPS) melebihi nilai 6.0 dengan pencapaian terbaik adalah 6.01 dalam pada tahun 2018.

Jadual 1: Pencapaian Peratus Lulus dan GPS SPM
(Tahun 2014 hingga 2018)

Pencapaia Tahun
n SPM
2014 2015 2016 2017 2018
% Lulus
GPS 65.38 79.25 82.09 80.00 82.69

6.99 6.79 6.13 6.28 6.01

Jadual 2 di bawah menunjukkan pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah
yang menyumbang kepada peratus lulus atau layak mendapat sijil dalam SPM dalam tempoh lima
tahun (2004-2018). Pencapaian mata pelajaran Melayu menunjukkan peningkatan dalam SPM
tahun 2018 berbanding tahun sebelumnya.

Jadual 2: Pencapaian Mata Pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah
(Tahun 2014 – 2018)

Tahun

Mata Pelajaran 2014 2015 2016 2017 2018

Bahasa Melayu (%) 75.00 79.20 85.30 81.40 86.50

Sejarah (%) 76.90 90.30 88.00 88.50 84.60

Jadual 3 di bawah adalah bilangan pelajar yang tidak menguasai kemahiran 3M (Membaca, Menulis,
Mengira) mengikut tingkatan.

Jadual 3: Bilangan Pelajar Tidak Menguasai 3M Mengikut Tingkatan

Tingkatan Bilangan Pelajar
1 5

2 6
3 6
4 6

5 0
Jumlah 23

PELAKSANAAN PROGRAM

Antara program yang dijalankan bagi mengatasi isu yang dihadapi oleh sekolah iaitu pencapaian yang
rendah dalam SPM ialah Program Sinar Membaca. Sebenarnya Program Sinar Membaca ini telah
bermula Januari 2018 lagi namun dilaksanakan secara tidak sistematik dan kurang berfokus.

24

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH

Pada tahun 2020, program ini dilaksana secara lebih sistematik dan berfokus yang
melibatkan 23 orang murid (Lihat Jadual 3 di atas). Program ini dimaklumkan kepada ibu bapa waris
pelajar yang terlibat secara rasmi melalui surat dan juga melalui dua perjumpaan bagi
membincangkan perkembangan anak masing-masing.

Sebanyak empat modul dibina untuk kegunaan program ini iaitu:
i. Modul Gangsa – Membaca Suku Kata
ii. Modul Perak – Membaca Perkataan
iii. Modul Emas – Membina Ayat Ringkas
iv. Modul Platinum – Menulis Karangan Pendek

Pelaksanaan program melibatkan 2 Fasa seperti Jadual 4 di bawah.

Jadual 4: Jadual Pelaksanaan Program Sinar Membaca

Fasa Pelaksanaan Masa Tenaga Pengajar
1 Februari - Mac 20 guru (bergilir-
7.40 pagi - 8.40 pagi
2 (Khamis) gilir)
8.40 pagi - 9.40 pagi
Ogos - Oktober (Kumpulan 1) Raja Mustaqim bin
(Ahad- Khamis) Raja Najib
10.40 pagi- 11.40
pagi (Kumpulan 2) (Bayaran -PIBG)

PENILAIAN/IMPAK
Jadual 5 di bawah menunjukkan penguasaan 3M pelajar selepas mengikuti modul dalam Program
Sinar Membaca mengikut tingkatan.

Jadual 5: Impak Program Sinar Membaca Tahun 2020

Tingkatan Bil. Bilangan Menguasai 3M
Peserta
1 Modul 1 Modul 2 Modul 3 Modul 4
2 5
3 6 5 51 1
4 6 6 5
Jumlah 6 6 65 2
(%) 23
6 62 4
23 12
(100%) 64 (525)

23 12
(100%) (52%)

Walaupun program hanya dapat dilaksanakan sehingga Oktober 2020 sahaja kerana
Perintah Kawalan Pergerakan akibat pandemik Covic-19. Namun, penilaian terhadap program
menunjukkan impak yang agak memberangsangkan iaitu sebanyak 100% (23/23) pelajar telah
berjaya melepasi modul 1 dan 2. Manakala 52% (12 orang) telah melepasi semua modul dan
dimasukkan semula ke kelas arus perdana. Sebelas orang pelajar lagi yang tidak melepasi Modul 3
dan Modul 4 terus mengikut program ini pada tahun 2021.

Selain itu, perjumpaan pertama bersama semua waris pelajar telah diadakan pada 12 Ogos
2020. Namun hanya tiga daripada 23 waris pelajar sahaja yang hadir. Perjumpaan bersama waris
pelajar kali kedua telah diadakan pada 7 September 2020 dan menunjukkan peningkatan kehadiran.
Perjumpaan kali kedua dihadiri sebelas orang waris pelajar.

25

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN

Program ini akan diteruskan lagi pada tahun 2021 bagi membantu sebelas orang pelajar lagi yang
belum menguasai Modul 3 dan Modul 4 dan juga pelajar baharu Tingkatan 1 yang mungkin belum
menguasai 3M. Selain itu, bagi memastikan waris pelajar yang terlibat memberi kerjasama dalam
menjayakan program ini, wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sendiri akan menjemput ibu-bapa
atau waris pelajar menghadiri sesi perjumpaan dengan pihak sekolah. Kos pelaksanaan program ini
akan terus ditanggung sepenuhnya oleh pihak PIBG pada tahun-tahun akan datang. Perancangan
seterusnya ialah pihak sekolah akan memohon khidmat bakti daripada bekas pelajar sekolah (alumni)
yang telah berjaya ke menara gading sebagai tenaga pengajar Program Sinar Membaca.

RUJUKAN
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (2017), Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2.

Kementerian Pendidikan Malaysia

26

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH

KEBERKESANAN PENGGUNAAN KAD KAEDAH JARIAL-‘UQAILI
DALAM PENGUASAAN KATA GANTI NAMADIRI (DHAMIR)
BAHASA ARAB TERHADAP MURID TAHAP DUA
DI SEKOLAH RENDAH

Wan Abdullah Aqili bin Wan Jusoh
Guru Bahasa Arab (GBA) Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa (2)

Mohd Kamal bin Hj A Rahman
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa (2)

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengesan tahap keberkesanan penggunaan kad “Kaedah Jari Al-
‘Uqaili” dalam membantu penguasaankemahiran ilmu morfologi (soraf) dan sintaksis (nahu)
Bahasa Arab terutama dalam memahami, mengaplikasi dan menganalisis penggunaan kata ganti
nama diri (dhamir) Bahasa Arab terhadap murid tahap dua di Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa
(2), Selising, Pasir Puteh. Penggunaan dhamir Bahasa Arab memainkan peranan yang penting
untuk memahami maksud sesuatu ayat (jumlah/ kalimah). Bahkan ianya turut berkait rapat
dengan kefahaman bagi penggunaan yang melibatkan jantina maskulin/ lelaki (muzakkar) dan
feminin/ perempuan (muannath) samada dalam bentuk bilangan seperti satu/ tunggal (mufrad),
dua/ dual (muthanna) atau ramai/ banyak (jamak). Seramai 15 orang murid telah dipilih sebagai
responden. Kajian ini menggunakan kaedah campuran (mixed method) berbentuk deskriptif iaitu
metod kualitatif dan kuantitatif. Melalui metod kualitatif pengkaji menggunakan kaedah
pemerhatian dan analisis dokumen. Manakala metod kuantitatif menggunakan kaedah ujian pra
dan ujian pos. Hasil dapatan kajian menunjukkan impak yang positif dan memberangsangkan.
Secara keseluruhannya kajian mendapati keberkesanan penggunaan kad “Kaedah Jari Al-‘Uqaili”
memberi satu penyelesaian dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan cara cepat,
mudah dan tepat untuk mempelajari dhamir Bahasa Arab.
Kata kunci; “Kaedah Jari Al-‘Uqaili”, dhamir, Bahasa Arab

LATAR BELAKANG SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa (2) atau nama ringkasnya SK Bukit Jawa (2) [Kod Sekolah;
DBA4284], merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak dan beralamat di Kampung Alor
Hijau, Selising, 16810 Pasir Puteh, Kelantan. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1996. Guru Besar
yang pertama sekolah ini ialah Pn. Wan Nizilah binti Wan Sidek. Di peringkat awal sekolah ini
beroperasi dengan hanya menumpang di bangunan-bangunan lama SK Bukit Bukit Jawa. Kemudian
pada tahun 2008 sekolah ini telah berpindah ke bangunan baharu berdekatan dengan Taman
Sentosa dan SMK Selising, Pasir Puteh. Guru Besar sekolah ini ialah En. Mohd Kamal bin Hj. A.
Rahman, beliau merupakan Guru Besar kedua yang masih berkhidmat hingga kini.

Pada 2020, Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa (2) memiliki 232 pelajar lelaki dan 221 pelajar
perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 453 orang bermula dari tahun satu
hingga enam, turut mempunyai 2 kelas pra sekolah dengan bilangan murid seramai 49 orang. Sekolah
ini mempunyai seramai 41 orang guru (13 guru lelaki dan 28 guru perempuan) serta mempunyai staf
sokongan seramai 6 orang dan 5 orang pekerja swasta.

27

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH

ISU/ PUNCA ISU
Pengkaji mula mengajar di sekolah ini pada tahun 2016. Pada awal pengajaran, pengkaji mendapati
majoriti murid terutama di tahap dua kurang penguasaan dhamir Bahasa Arab yang merupakan topik
penting dalam aspek sintaksis dan morfologi (nahu dan soraf) mata pelajaran ini. Sepanjang tempoh
pengajaran sebagai Guru Bahasa Arab (GBA), pengkaji merasakan terdapat kelemahan utama yang
gagal ditangani terutama dalam aspek memberi kefahaman yang jelas terhadap murid berkenaan
penggunaan kata ganti nama diri (dhamir) sebagai topik utama berserta subtopik berkaitan seperti;
kata kerja (fi’il) dan kata nama tunjuk (isim isyarah) yang merupakan aspek teras penguasaan Bahasa
Arab apabila murid melangkah ke tahap dua.

Terdapat beberapa kali pengulangan yang berkisar topik ini dalam sesi PdP yang laksanakan
oleh pengkaji,akan tetapi pengkaji masih gagal memberi kefahaman yang tepat terhadap murid
tentang perubahan kata berkenaan dan murid sering kali terkeliru dalam memahami dan
menguasainya. Sebagai contohnya apabila ditanya kepada murid tentang penggunaan kata ganti
nama diri, mereka sering kali keliru untuk menggunakan perkataan yang sesuai dengan penggunaan
yang betul seperti perkataan saya (ana), awak (anta [lelaki]) dan (anti [perempuan]), kami (nahnu)
dan kamu berdua (antuma [lelaki dan perempuan]) terutama semasa sesi dialog dan menjawab
soalan yang berkaitan. Bahkan isu ini turut mempengaruhi responden semasa menjawab soalan-
soalan ujian pentaksiran dengan kekeliruan sama, terutama soalan-soalan yang berunsurkan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang mengandungi elemen-elemen aplikasi, analisis dan
evaluasi (menilai).

RASIONAL
Lantaran itu, dalam usaha memastikan murid memahami dan menguasai perubahan kata ganti nama
diri tersebut. Pengkaji merasakan pendekatan konvensional dan tradisional yang seringkali
digunakan sebelum ini perlu ditukarkan kepada suatu kaedah khas. Maka pengkaji telah menemui
satu formula yang lebih cepat, mudah dan tepat untuk dikuasai oleh pengkaji sendiri selaku GBA dan
murid selaku individu yang menerima ilmu tersebut.

MATLAMAT INOVASI
Kajian inovasi ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan murid terhadap penggunaan
dan fungsi bagi kata ganti nama diri (dhamir), kata kerja (fi’il) dan kata nama tunjuk (isim isyarah)
serta aplikasi penggunaanya yang betul. Secara khususnya bermatlamatkan kepada aspek-aspek
berikut;-

a. Meningkatkan kemahiran murid untuk menjelaskan penggunaan dan fungsi bagi kata
ganti nama diri (dhamir), kata kerja (fi’il) dan kata nama tunjuk (isim isyarah).

b. Membantu murid mendapat keputusan yang lebih baik dalam ujian Bahasa Arab
(pentaksiran formatif dan sumatif) dan Lughatul Qurandalam Ujian Penilaian Kelas KAFA
(UPKK).

c. Mengubah cara pengajaran guru supaya murid merasakan proses pembelajaran adalah
menyeronokkan dan mudah serta berorientasikan murid dan Bahan Bantu Mengajar
(BBM).

d. Meningkatkan daya ingatan murid dan penggunaan otak kanan melalui kad “Kaedah Jari
Al-‘Uqaili’’.

28

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
PRODUK

Kad “Kaedah Jari Al-‘Uqaili’’ merupakan BBM yang berbentuk kad formula ringkas bagi memudahkan
guru dan murid menguasai topik dan subtopik penting bagi pembelajaran Bahasa Arab iaitu kata ganti
nama diri (dhamir), kata kerja (fi’il) dan kata nama tunjuk (isim isyarah) secara mudah, cepat dan
tepat terutama dari sudut konseptual, fungsian, kata dasar serta imbuhannya. Menggunakan jari
sebagai ilustrasi dengan setiap ruas jari diwarnai mengikut fungsi masing-masing. Kad ini juga bersaiz
poket yang mudah dan senang untuk dibawa.

PROSEDUR/ PROSES KERJA
Untuk memastikan penggunaan Kad “Kaedah Jari Al-‘Uqaili’’ mampu memberi kesan dan impak yang
baik kepada murid, berikut adalah prosedur yang pengkaji lakukan;-

a. Murid atau responden diberi penjelasan berkaitan dengan fungsi asas dalam
penggunaan pembahagian perkataan (kata nama, kata kerja dan partikel) serta
memahami fungsi kata ganti nama diri pertama (mutakallim), kedua (mukhatab) dan
ketiga (ghaib).

b. Responden juga diberi penjelasan berkaitan dengan fungsi asas dalam penggunaan kata
nama mengikut bilangan iaitu satu/ tunggal (mufrad), dua/ dual (muthanna) dan ramai/
banyak (jamak) beserta dengan fungsi kata nama mengikut jantina atau gender iaitu
maskulin (lelaki)/ kejantanan (muzakkar) dan feminin (perempuan)/ kebetinaan
(muannath).

c. Menggunakan jari sebagai bahan atau radas penting yang menunjukkan fungsinya bagi
setiap jemari dan ruasnya masing-masing berpandu kepada Kad “Kaedah Jari Al-‘Uqaili’’
mengikut kod warna seperti biru muda (mufrad), hijau muda (muthanna) dan kuning
(jamak) serta biru tua (muzakkar) dan merah jambu (mu’annath). [sila rujuk Rajah (1)]

29

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH

Rajah (1): Panduan Penggunaan Kad “Kaedah Jari Al-‘Uqaili’’ dan
Kad “Kaedah Jari Al-‘Uqaili’’

d. Memastikan responden benar-benar menguasai setiap topik seperti topik kata ganti
nama diri (dhamir), kata kerja (fi’il) dan kata nama tunjuk (isim isyarah) dan subtopik
seperti pembahagian perkataan (kata nama [isim], kata kerja [fi’il] dan partikel [harf])
serta memahami fungsi kata ganti nama diri iaitu pertama (mutakallim), kedua
(mukhatab) danketiga (ghaib), kata nama mengikut bilangan iaitu satu/ tunggal
(mufrad), dua/ dual (muthanna) dan ramai/ banyak (jamak) beserta dengan fungsi kata
nama mengikut jantina/ gender iaitu maskulen/lelaki/kejantanan (muzakkar) dan
feminin/ perempuan/ kebetinaan (mu’annath) secara berurutan. Meliputi setiap tujuh
topik penting seperti Kata Ganti Nama Berasingan (Dhamir Munfasil) dan Kata Ganti
Nama Bersambung (Dhamir Muttasil), Kata Kerja Masa Lalu (Fi’il Madhie), Kata Kerja
Masa Kini/Akan Datang (Fi’il Mudharie) dan Kata Kerja Perintah (Fi’il Amar) dan Kata
Nama Tunjuk – Dekat (Isim Isyarah; lil Qarib) dan Kata Nama Tunjuk – Jauh (Isim Isyarah;
lil Ba’ied)[sila rujuk Rajah (1)]
METODOLOGI

Dalam kajian ini pengkaji memilih reka bentuk kajian yang berbentuk campuran (mixed method) iaitu
kaedah kualitatif dan kuantitatif. Kajian yang terbaik merupakan kajian yang sering menggabungkan
ciri-ciri yang terdapat di dalam kajian berbentuk kuantitatif dan kualitatif kerana kekuatan dan
kelemahan yang terdapat di dalam kedua-dua bentuk kajian tersebut saling akan menampung di
antara satu sama lain (Azmil Hashim dan Ab. Halim Tamuri, 2012). Pendekatan kuantitatif yang
digunakan ialah ujian pra dan ujian pos. Manakala pendekatan kualitatif dilakukan melalui
pendekatan pemerhatiansemasa proses PdP dan analisis dokumen.

Melalui reka bentuk kajian ini, pengkaji akan dapat mengumpul maklumat secara langsung
daripada responden. Dalam kajian ini, jumlah keseluruhan responden terdiri daripada murid tahap
dua di Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa (2) adalah seramai 15 orang. Maka pengkaji memilih
sebahagian murid (5 orang) bagi setiap tahun 4, 5 dan 6 tersebut untuk dijadikan sampel kajian.
Pemilihan sampel dibuat berdasarkan penentuan saiz sampel (Krejcie dan Morgan, 1970) yang telah
menyenaraikan saiz sampel yang berpadanan dengan saiz populasi kajian dan aras kognitif murid.

30

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH

DAPATAN PENEMUAN (IMPAK)

Sampel kajian yang diambil seramai 15 orang responden ini sebagai mewakili tiga kelompok populasi
murid tahap dua yang berbeza dan mengikut aras utama kognitif seperti rendah, sederhana dan tinggi
sebagai justifikasi awal dalam proses diagnosis kajian dengan berpandukan headcount murid(TOV,
ETR, OTIdan AR) bagi ujian pentaksiran sumatif yang dijalankan sepanjang tahun 2020 dan
kecenderungan pembelajaran serta sikap dan nilai murid terhadap mata pelajaran yang diajar.

Ujian pra dan ujian pos yang telah dijalankan oleh pengkaji menunjukkan kesan yang sangat
positif. Prestasi pencapaian responden telah mengalami peningkatan apabila penggunaan Kad
“Kaedah Jari Al-‘Uqaili" dijalankan. Dengan berpandukan arahan dan formula yang terdapat pada kad
tersebut, responden telah dapat menjawab soalan dengan baik. Berikut adalah data-data yang telah
diperoleh semasa ujian pra dan ujian pos dijalankan seperti mana jadual di bawah:-

Jadual (1): Markah Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos

Bil. Responden Markah Ujian Pra Markah Ujian Pos
(%) (%)
1. Responden (1)
2. Responden (2) 18 72
3. Responden (3) 30 58
4. Responden (4) 38 88
5. Responden (5) 42 68
6. Responden (6) 32 58
7. Responden (7) 20 94
8. Responden (8) 28 78
9. Responden (9) 48 76
10. Responden (10) 26 84
11. Responden (11) 46 86
12. Responden (12) 44 94
13. Responden (13) 36 84
14. Responden (14) 38 92
15. Responden (15) 44 92
34 84
Jumlah Markah 524 1205
Peratus (%) 35% 81%

Berdasarkan jadual di atas, keputusan ujian pos adalah lebih baik berbanding dengan ujian
pra yang diduduki oleh responden. Tiga tahap pencapaian responden yang berbeza pada peringkat
ujian pra iaitu lemah, sederhana dan cemerlang telah berubah kepada tahap yang lebih
memberangsangkan iaitu seramai sembilan orang responden berjaya mencapai tahap cemerlang.
Manakala baki enam orang responden lagi berada pada tahap baik dan sederhana. Walaupun berada
pada tahap sederhana, keputusan ujian responden tersebut turut mengalami peningkatan kerana
semasa ujian pra, pencapaian majoriti responden adalah berada pada tahap yang lemah.
Perbandingan keputusan pencapaian di antara kedua ujian ini dapat dilihat berdasarkan rajah
berikut:-

31

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH Ujian Pra
Ujian Pos
100
90
80
70
60
50
40
30
20
10
0

RRRRRReeeeeeRRRRRRRRRsssssseeeeeeeeeppppppsssssssssoooooopppppppppnnnnnnoooooooooddddddnnnnnnnnneeeeeedddddddddnnnnnneeeeeeeee ((((((nnnnnnnnn (((((((((111111483719652203415)))))))))))))))

Rajah (2): Graf Perbandingan Markah Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos

Hasil daripada ujian pos yang dibuat menunjukkan peningkatan sehingga 81% dengan impak
keberkesanannya sebanyak 46%. Hal ini adalah kerana menurut responden warna yang terdapat
pada setiap ruas jari jemari tersebut dapat membantu mereka mengingat dengan baik ketika
membezakan di antara setiap fungsian mengikut bilangan iaitu tunggal/ satu (mufrad), dua/ dual
(muthanna) dan ramai/ banyak (jamak) beserta dengan fungsi kata nama mengikut jantina/ gender
iaitu lelaki/ maskulen/ kejantanan (muzakkar) dan perempuan/ feminin/ kebetinaan (muannath).
Murid yang memiliki kecerdasan ini peka terhadap warna, garis bentuk dan ruang. Mereka juga
berkebolehan menvisual secara spatial dan mengorientasikan diri dalam matriks ruang (Mok Soon
Sang, 2003). Walau bagaimanapun, kelemahan memahami dan menganalisis seperti mengingat dan
membezakan hal tersebut sebenar masih berada pada tahap sederhana kerana hasil kajian
menunjukkan 15% responden masih memerlukan proses latih tubi yang lebih berkesan terutama
melalui buku modul, aktiviti dan latihan secara berterusan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Pengkaji mencadangkan beberapa cadangan penambahbaikan yang difikirkan sesuai dan berkesan
bagi memantapkan lagi keberkesanan penggunaan Kad “Kaedah Jari Al-‘Uqaili", antaranya adalah
seperti berikut;-

a. Pengunaan ICT seperti LCD dan komputer meja sebagai BBM .
b. Pengunaan Apps yang bersesuaian dengan tajuk disediakan secara interaktif dengan

Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21).
c. Pengunaan modul khas yang bersesuaian dengan aras penguasaan dan kognitif murid.
d. Penggunaan modul permainan bahasa dan teknik nyanyian sesuai dengan proses didik

hibur.
e. Proses latih tubi secara konsisten dan berterusan melalui aktiviti dan latihan yang

bersesuaian dengan minat murid.

RUMUSAN

Secara keseluruhannya kajian ini telah mencapai matlamat iaitu murid berhasil memahami,
mengaplikasi dan menganalisis Penggunaan Kata Ganti Nama Diri (Dhamir) Bahasa Arab setelah
diperkenalkan Kad “Kaedah Jari Al-‘Uqaili". Responden dalam kajian ini telah membuktikan bahawa
dhamir Bahasa Arab tidak sukar untuk dipelajari, walaupun topik ini berkait rapat dengan aspek
sintaksis dan morfologi (nahu dan soraf) yang seringkali dianggap sebagai punca utama kepada murid

32

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
sukar mempelajari Bahasa Arab dengan baik. Mereka memberikan satu petanda dengan penguasaan
dhamir Bahasa Arab yang baik ini lebih memantapkan lagi kualiti pembelajaran mereka terhadap
penguasaan memahami intipati ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa yang sering dibaca setiap hari
terutama di dalam ibadah seharian. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan mungkin di suatu masa
nanti ada di kalangan mereka yang mendapat pendedahan awal, betul dan tepat berkaitan
penggunaan dhamir Bahasa Arabdi peringkat sekolah rendah ini akan menjadi murid yang lebih
cemerlang (mumtaz) Bahasa Arab ke peringkat menengah dan pengajian yang lebih tinggi di masa
hadapan.

RUJUKAN
Azmil Hashim dan Ab.Halim Tamuri. (2012). Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah Pembelajaran Tahfiz

al-Quran di Malaysia. JIAE: Journal of Islamic and Arabic Education, 2 (4). pp. 1-10. Bangi :
UKM
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Sizes For Research Activities.
Educational and Psychological Measurement, 607-610
Mok Soon Sang. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan Perancangan dan Pelaksanaan
Penyelidikan Tindakan, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

33

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH

PULSE GLOSSARY POCKET BOOK (PUGLOP)

Hajah Maziah binti Mohammad
Pengetua SMK Padang Pak Amat

Martini binti Ali
Guru Kanan Bahasa SMK Padang Pak Amat

ABSTRAK
Pencapaian mata pelajaran Bahasa Inggeris yang rendah dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
SMK Padang Pak Amat amat membimbangkan dan dikhuatiri akan berterusan sekiranya tindakan
tidak diambil untuk mengatasinya. Satu perbincangan telah dibuat oleh Pengetua bersama-sama
Panitia Bahasa Inggeris untuk mengesan faktor yang menyumbang kepada pencapaian Bahasa
Inggeris yang rendah dalam kalangan pelajar menengah rendah. Masalah utama yang dapat
dikenal pasti ialah pelajar-pelajar mempunyai pengetahuan sedia ada perbendaharaan kata yang
sangat lemah menyebabkan mereka gagal menguasai kemahiran asas berbahasa seperti
mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Bagi mengatasi dan mengurangkan masalah ini,
satu buku glosari yang diberi nama PULSE Glossary Pocket Book (PUGLOP) diterbitkan. PUGLOP
bertujuan membantu pelajar-pelajar memajukan pengetahuan kosa-kata yang seterusnya akan
meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris mereka. Buku ini diterbitkan dalam saiz kecil
bagi memastikan ianya mudah dibawa oleh para pelajar. PUGLOP padat dengan perkataan-
perkataan yang dikumpulkan daripada buku teks PULSE berserta maksud yang telah dicari dan
dikumpulkan oleh para pelajar tingkatan 1 dan 2. PUGLOP bertujuan untuk membantu pelajar
mengujarkan perasaan dan buah fikiran mereka (komunikasi berkesan) selain membantu mereka
memahami lebih banyak bahan bacaan dalam Bahasa Inggeris. Buku kecil ini juga membantu
pembinaan ilmu pengetahuan dan menambahkan minat mereka terhadap bidang lain selain
bidang pendidikan. Impak kepada penggunaan buku ini dapat dilihat melalui peningkatan
pencapaian Bahasa Inggeris Peperiksaan Akhir tahun bagi pelajar yang sama (kohort sama)
semasa mereka berada pada Tingkatan 1, 2 dan 3.
Kata kunci: Bahasa Inggeris, Glossary, Pocket Book

LATAR BELAKANG SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Pak Amat atau nama ringkasnya SMKPPA, merupakan
sebuah sekolah harian biasa satu sesi yang terletak di Kampong Padang Pak Amat iaitu 7 kilometer
dari bandar Pasir Puteh, Kelantan. Sekolah ini dibuka pada tahun 1995. Pelajar-pelajar asal terdiri
daripada sebahagian pelajar Tingkatan 1 dan 2 dari SMK Tok Janggut, Pasir Puteh, Kelantan.
Sekolah-sekolah saluran bagi SMKPPA ialah dari SK Padang Pak Amat, SK Kampong Nara dan SK
Panggung. Latar belakang sosio ekonomi ibu bapa para pelajar kebanyakannya terdiri daripada kaum
petani dan bekerja sendiri.

PUNCA ISU
Permasalahan akademik yang sering dibangkitkan dalam kalangan pelajar-pelajar SMKPPA ialah
tahap pencapaian yang rendah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Beberapa punca masalah
telah dapat dikesan hasil perbincangan antara Pengetua dengan Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa
dan Panitia Bahasa Inggeris. Masalah utama yang dapat dikenal pasti ialah pelajar-pelajar
mempunyai pengetahuan sedia ada perbendaharaan kata yang sangat lemah menyebabkan mereka

34

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
gagal menguasai kemahiran asas berbahasa seperti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.
Sedangkan kemahiran menguasai perbendaharaan kata ini atau ‘lexical knowledge’ adalah tunjang
kepada kejayaan pelajar berbahasa.

RASIONAL
Kajian ilmiah menunjukkan bahawa perbendaharaan kata adalah merupakan satu elemen yang
penting dalam penguasaan bahasa asing. Menurut M. Alqahtani (2015), “Vocabulary learning is an
essential part in foreign language learning as the meanings of new words are very often emphasized,
whether in books or in classrooms. It is also central to language teaching and is of paramount
importance to a language learner...”.
Manakala SB. Neuman, J. Dwyer (2009) pula menyatakan “Recognizing the importance of starting
early, the purpose of our article is to examine if and how vocabulary is taught in commercially prepared
early literacy curriculum for pre-K. Ten curriculum programs are reviewed to determine the prevalence
of vocabulary instruction and …”.

Atas kesedaran inilah maka Panitia Bahasa Inggeris di bawah Bidang Bahasa yang diketuai
oleh Puan Martini binti Ali, merancang untuk menerbitkan 3 jilid buku kecil yang diberi nama PULSE
Glossary Pocket Book (PUGLOP). Buku ini menghimpunkan 500 perkataan-perkataan yang diambil
saripada buku PULSE; buku teks yang disediakan mengikut standard CEFR (Common European
Framework of Reference for languages). Setiap perkataan-perkataan yang dihimpunkan disertakan
dengan maknanya sekali. Buku kecil ini digunakan oleh guru sebagai bahan bantu mengajar (BBM)
semasa proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc), manakala oleh murid sebagai bahan
pembelajaran dan rujukan.

Rajah 1: Cover Buku PUGLOP

35

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH

Rajah 2: Isi Kandungan Buku PUGLOP

METODOLOGI

Mana-mana kajian memerlukan kepada metodologi sebagai cara memperoleh dapatan.
Metodologi kajian ini merujuk kepada tatacara mendapatkan maklumat bagi mencapai
matlamat kajian. Bagi pelaksanaan kajian ini, penulis telah menggunakan data keputusan
peperiksaan yang dirasakan amat sesuai dengan permasalahan isu ini. Bagi mendapatkan data-
data mentah berkaitan dengan kajian, penulis telah menggunakan instrumen kajian jenis ujian
bertulis.

Responden kajian terdiri daripada pelajar-pelajar sama (kohort sama) sewaktu
mereka berada pada Tingkatan 1, 2 dan 3 pada tahun-tahun yang berlainan kerana mereka
adalah kumpulan pertama yang menggunakan buku teks PULSE sejajar keperluan KSSM.

DAPATAN PENEMUAN (IMPAK)

Berikut adalah hasil dapatan kajian yang diperoleh menerusi instrumen ujian bertulis yang
dijalankan ke atas kumpulan responden yang disasarkan. Dapatan kajian ini juga dibentangkan
dengan mudah dan jelas serta dipapar menggunakan jadual dan perbezaan ditunjukkan dalam
bentuk peratus.

Jadual 1: Perbandingan Keputusan Peperiksaan Bahasa Inggeris Pelajar Kohort Sama

Peperiksaan Bilangan Calon Lulus Gagal
Daftar Ambil Bil % Bil %
Peperiksaan Akhir 15 20.27 59 79.73
Tahun/Pertengahan 78 74 34 41.98 47 58.02
88 81 44 54.32 37 45.67
2018 88 81
(Tingkatan 1)

2019
(Tingkatan 2)

2020
(Tingkatan 3)

36

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH

Data di dalam Jadual 1 di atas diambil daripada responden yang sama semasa mereka
berada pada Tingkatan 1 pada tahun 2018, Tingkatan 2 pada tahun 2019 dan Tingkatan 3 pada
tahun 2020. Tahun 2018 merupakan tahun dimana PUGLOP baru digunakan iaitu pada pertengahan
bulan September 2018. Dapatan menunjukkan jumlah pelajar yang lulus hanyalah 15 orang daripada
74 calon memberikan peratus lulus 20.27%. Manakala calon yang gagal ialah seramai 59 orang iaitu
79.73%. Pada tahun 2019, penggunaan PUGLOP lebih giat dijalankan terhadap pelajar yang sama.
Dapatan menunjukkan berlaku peningkatan bilangan pelajar lulus iaitu seramai 34 orang dengan
peratus lulus sebanyak 41.98%. Keadaan yang sama berlaku pada tahun 2020, peningkatan
penguasaan Bahasa Inggeris pelajar-pelajar jelas dapat dilihat apabila peratus kelulusan meningkat
kepada 54.32% manakala peratus pelajar yang gagal menurun kepada 45.67%. Kesimpulan yang
dapat dibuat adalah PdPc yang berbantukan PUGLOP telah berjaya meningkatkan peratus lulus murid
dalam peperiksaan Bahasa Inggeris dan seterusnya dapat mengurangkan peratus pelajar yang gagal.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Berikut adalah beberapa cadangan untuk penambahbaikan PUGLOP:
1) Menambah bilangan perkataan (perbendaharaan kata) dengan maknanya
2) Sertakan satu ayat contoh bagi setiap perkataan yang terdapat pada glosari.
3) Membuat perubahan dari segi persembahan muka depan buku PUGLOP ke arah yang lebih

menarik.
4)

RUMUSAN
PULSE Glossary Pocket Book (PUGLOP) merupakan sebuah buku kecil kompilasi perkataan-perkataan
Bahasa Inggeris berserta dengan maknanya sekali. Buku ini dihasilkan bagi membantu
meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar-pelajar
menengah rendah SMKPPA. Penggunaan buku ini sebagai BBM oleh guru dalam PdPc dan oleh murid
sebagai bahan pembelajaran dan rujukan telah berjaya meningkatkan pencapaian pelajar dalam
peperiksaan. Adalah diharapkan pelajar dapat memanfaatkan buku yang berkonsepkan ‘mudah-
bawa’ ini sebaiknya dan sentiasa membawa buku ini bersama ke mana sahaja mereka berada

RUJUKAN
Alqahtani, M. (2015). The importance of vocabulary in language learning and how to be taught.

Retrieved November 11, 2020, from
https://www.scirp.org/reference/ReferencesPapers.aspx?ReferenceID=1716537
Margaret G. McKeown, I., Isabel L. Beck, University of Pittsburgh Search for more articles by this
author, Margaret G. McKeown, & Pittsburgh, U. (2007, January 01). Increasing Young Low-
Income Children's Oral Vocabulary Repertoires through Rich and Focused Instruction.
Retrieved November 11, 2020, from
https://www.journals.uchicago.edu/doi/10.1086/511706
Newman, S. (2009). (PDF) Missing in Action: Vocabulary Instruction in Pre-K. Retrieved November
11, 2020, from
https://www.researchgate.net/publication/228632895_Missing_in_Action_Vocabulary_Instr
uction_in_Pre-K

37

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH

MEMPERKASA PENGUASAAN BAHASA INGGERIS
MELALUI PROGRAM “LeWVoSS”

Wan Abdull Hamid bin W. Ahmad
Guru Besar SK Kampung Sepulau

ABSTRAK
Antara isu yang dihadapi oleh SK Kampung Sepulau adalah isu pencapaian Bahasa Inggeris
dalam kalangan murid. Sebagai contoh, dalam ujian penggal bagi murid Tahap 2, pencapaian
menunjukkan peratus lulus adalah kurang dari 50%. Di samping itu, kurang minat dan keyakinan
diri dalam kalangan untuk berkomunikasi dan berinteraksi dalam Bahasa Inggeris juga
merupakan faktor penyumbang kepada kegagalan murid dalam pencapaian Bahasa Inggeris.
Program “LeWVoSS” yang diperkenalkan pada Januari 2019 adalah bertujuan memberi ruang
yang lebih luas pelibatan murid dalam aktiviti Bahasa Inggeris yanag dilaksanakan. Di samping
itu, program ini juga diharap dapat meningkatkan prestasi pencapaian Bahasa Inggeris dalam
peperiksaan dalaman dan juga pusat. “LeWVoSS” adalah akronim kepada gabungan lima aktiviti
iaitu Learn A Word A Day, Write A Sentence A Day, Vocab Explore Race, Speak English On Tuesday
dan Spell It Wright. Aktiviti ini dijalankan di luar dari waktu pembelajaran dan pengajaran (PdPc)
biasa dan diurus sendiri oleh murid-murid dengan pemantauan dan nasihat daripada guru.
Setelah hampir sepuluh bulan program ini dilaksanakan dalam tahun 2019, pencapaian murid
Tahun 6 dalam ujian Latihan Kecemerlangan (LK) yang diadakan secara berkala menunjukkan
berlaku peningkatan yang memberangsangkan dalam pencapaian Bahasa Inggeris. Selain itu,
perubahan sikap murid juga dapat dilihat apabila mereka semakin berani menggunakan Bahasa
Inggeris yang mudah dalam perbualan harian serta menunjukkan minat untuk mempelajari mata
pelajaran tersebut. Murid juga didapati tidak kekok dan mula berani untuk tampil beraksi di
pentas dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah.
Kata Kunci: LeWVoSS, Vocab, Latihan Kecemerlangan

LATAR BELAKANG
Sekolah SK Kampung Sepulau terletak di kawasan perkampungan dan luar bandar daerah Pasir
Puteh, Kelantan. Latar belakang murid sekolah ini rata-ratanya dari keluarga berpendapatan rendah
dan sederhana serta taraf pendidikan ibu bapa yang rendah. Oleh itu, murid-murid kurang terdedah
kepada penggunaan Bahasa Inggeris di rumah dan juga persekitaran. Situasi ini turut memberi kesan
kepada pencapaian Bahasa Inggeris murid-murid di sekolah.

Bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran yang agak sukar dikuasai oleh murid. Sejak dulu,
pelbagai kaedah dan program telah dilaksanakan oleh pihak sekolah, namun pencapaian dan tahap
penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid masih tidak konsisten dan terus merosot. Oleh
itu, langkah-langkah strategik dan tersusun perlu dilaksanakan bagi memastikan keberkesanan
program yang dijalankan. Bermula tahun 2018, aktiviti Vocab Explore Race telah diperkenalkan
kepada murid tahun 5. Pada tahun 2019, program ditambahbaik dengan tambahan beberapa lagi
aktiviti secara pakej dan dikenali sebagai “LeWVoSS” dan diperluaskan kepada semua murid Tahap
2. Program ini telah dirasmikan pelancarannya oleh Tuan Haji Harun bin Yusof, Pegawai Pendidikan
Daerah (PPD) Pasir Puteh pada 29 Januari 2019.

38

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH

ISU / PUNCA MASALAH
Data keputusan UPSR dari tahun 2016 hingga 2018 menunjukkan pencapaian mata pelajaran
Bahasa Inggeris agak rendah berbanding mata pelajaran lain. Graf 1 di bawah menunjukkan
pencapaian Bahasa Inggeris Kefahaman (BIK) dan juga Bahasa Inggeris Penulisan (BIP).
Kemerosotan mata pelajaran Bahasa Inggeris ini memberi kesan kepada pencapaian Mencapai
Tahap Minimum (MTM) sekolah. Mata pelajaran Bahasa Inggeris menjadi killer subject dalam UPSR
dan menghantui guru-guru setiap kali keputusan UPSR diumumkan. Bagi murid-murid Tahun 4 dan
Tahun 5, bilangan murid yang lulus Bahasa Inggeris dalam ujian yang dilaksanakan adalah di bawah
50%.

100 83.9 86.4 70.6
80 69.6 70.5 58.8

60 2017 2018 BIK
BIP
40

20

0

2016

Graf 1: Pencapaian Bahasa Inggeris UPSR Tahun 2016 - 2018

Kurang minat untuk belajar Bahasa Inggeris dalam kalangan murid juga merupakan isu yang
tidak boleh di kesampingkan atau dipandang remeh ditambah dengan persekitaran pembelajaran
yang tidak menyokong mereka di luar sekolah. Ia merupakan punca kemerosotan pencapaian dalam
sebarang ujian yang dilaksanakan di sekolah. Kecenderungan dan sikap sebegini menjadi faktor
penting dalam menentukan perkembangan dan kemajuan mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam
kalangan murid-murid. Sebilangan besar murid tidak yakin untuk berkomunikasi dalam Bahasa
Inggeris. Sikap malu dan rendah diri menghalang mereka untuk berkomunikasi dan berinteraksi
dalam Bahasa Inggeris secara meluas walaupun dalam bahasa percakapan harian yang mudah. Ini
menunjukkan penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah dalam kalangan murid-murid.

Pelibatan atau pengajaran Bahasa Inggeris yang berpusatkan guru juga merupakan isu yang
harus diberi perhatian khusus oleh pihak pentadbir dan semua guru. Hal ini menyebabkan
kefahaman murid menjadi terbatas kerana mereka tidak diberi peluang untuk beraksi dan melibatkan
diri secara langsung dalam aktiviti pembelajaran Bahasa Inggeris. Selaras dengan Pembelajaran
Abad Ke-21 (PAK21), pembelajaran berpusatkan murid akan menjadi lebih bermakna jika dijalankan
oleh guru-guru.

Kedudukan sosio ekonomi dan taraf pendidikan ibubapa wajar diberi perhatian sebagai
penyumbang kepada kesukaran pembelajaran Bahasa Inggeris. Kebanyakan ibu bapa tidak berupaya
memberi dorongan dan bimbingan untuk belajar Bahasa Inggeris di rumah. Mereka harus diberi ruang
dan peluang untuk turut terlibat dalam pembelajaran Bahasa Inggeris melalui program yang jelas,
mudah dan menarik yang dianjurkan oleh sekolah.

39

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH

Isu-isu dan punca masalah yang diterangkan di atas telah dikenal pasti melalui analisis dan
perbincangan antara pentadbir, guru-guru dan juga pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk
mengambil kata sepakat dalam merungkai permasalahan yang dihadapi agar ia memberi kesan
positif terhadap kemajuan pembelajaran Bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid. Ibu bapa
perlu melangkah bersama-sama dalam aktiviti Bahasa Inggeris sebagai langkah mendorong dan
memberi semangat kepada anak masing-masing.

RASIONAL

Menyedari tentang kemerosotan pencapaian dalam ujian dan peperiksaan serta lemahnya
penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid khasnya murid Tahap 2, langkah-langkah
yang sesuai dan boleh memberikan impak yang positif perlu dilaksanakan. Melalui pemerhatian
serta pencerapan semasa PdPc Bahasa Inggeris, jelas menunjukkan berlaku pembelajaran
berpusatkan guru masih berlaku. Hal ini memberi keberkesanan terhadap pemahaman murid dalam
pembelajaran Bahasa Inggeris. Oleh sebab itu, aktiviti yang berpusatkan murid perlu dilaksanakan
bagi mengatasi masalah yang dihadapi dan seterusnya menampung kekurangan yang berlaku di
dalam kelas. Program “LeWVoSS” yang dilaksanakan ini memberi peluang dan ruang yang seluasnya
kepada murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran Bahasa Inggeris secara aktif di luar kelas.
Keadaan ini boleh membantu murid mengingati, memahami dan mempelajari Bahasa Inggeris secara
meluas dan pelbagai melalui beberapa aktiviti yang disediakan. Program ini juga turut melibatkan
para ibubapa untuk menambah minat serta kefahaman mereka dalam Bahasa Inggeris terutama
dalam aktiviti projek mudah dan komunikasi.

MATLAMAT

Program “LeWVoSS” dilancarkan untuk diamalkan bagi meningkatkan pencapaian dan penguasaan
Bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid. Di samping itu, pogram ini juga dapat meningkatkan
pencapaian dalam UPSR dan juga ujian-ujian lain bagi murid Tahun 4 dan Tahun 5. Melalui program
ini, disasarkan 65% murid Tahap 2 akan lulus dalam ujian Bahasa Inggeris samada Bahasa Inggeris
Kefahaman mahupun Bahasa Inggeris Penulisan. Program ini diharap akan dapat meningkatkan
keberanian, keyakinan serta kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dalam kalangan
murid-murid. Matlamat ini selari dengan Aspirasi Murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPM) 2013-2025 iaitu setiap murid akan mempunyai “Kemahiran Dwibahasa” dan Anjakan
2 iaitu setiap murid profisien dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

INOVASI

Secara umumnya Program “LeWVoSS” boleh dinyatakan sebagai satu pakej aktiviti Bahasa Inggeris
yang mengandungi lima aktiviti kesemuanya, iaitu:

a) Learn A Word A Day
b) Write A Sentence A Day
c) Vocab Explore Race
d) Speak English On Tuesday
e) Spell It Wright
Learn A Word A Day dan Write A Sentence A Day dijalankan secara serentak. Beberapa orang
murid ditugaskan menulis perkataan Bahasa Inggeris dan satu ayat yang mengandungi perkataan
tersebut pada papan putih yang disediakan khas untuk aktiviti ini. Manakala murid lain menulis
perkataan dan ayat tersebut dalam sebuah buku khusus.

40

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH

Vocab Explore Race merupakan aktiviti untuk memperkembangkan perbendaharaan kata
Bahasa Inggeris dalam kalangan murid. Bahan yang diberikan guru ditampalkan dalam sebuah buku
khas dan murid dikehendaki menulis perkataan dan maknanya sekali berdasarkan objek yang
terdapat dalam gambar atau bahan yang disediakan.

Speak English On Tuesday merupakan aktiviti pertuturan oleh semua murid di mana mereka
berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris mudah. Semua guru juga digalakkan berbual dengan
murid menggunakan Bahasa Inggeris sebagai galakan untuk berkomunikasi. Aktiviti ini dijalankan
pada setiap hari Selasa.

Akiviti Spell It Wright merupakan aktiviti yang dijalankan juga pada setiap Selasa semasa
waktu rehat. Aktiviti ini diuruskan oleh murid di mana ada dua orang murid dilantik sebagai konduktor
yang akan menyebut lima perkataan secara lisan untuk dieja oleh peserta (murid lain) yang menyertai
aktiviti ejaan tersebut. Murid yang mendapat markah yang tertinggi akan diberi hadiah.

Kaedah pengutipan data Program “LeWVoSS” ini adalah melalui kaedah pemerhatian,
temuramah, ujian, rekod aktiviti dan soal selidik terhadap guru-guru serta murid. Sebagai contoh
melalui analisis data ujian murid, kelemahan dan kemerosotan pencapaian Bahasa Inggeris dapat
dikenal pasti. Manakala melalui pemerhatian dan soal selidik, penguasaan dalam Bahasa Inggeris
yang lemah melalui komunikasi dan interaksi dapat dikesan.

Guru Besar berperanan menyebarkan ilmu serta penerangan tentang perjalanan program
kepada pemimpin pertengahan sekolah iaitu Ketua-ketua Panitia serta guru-guru lain. Guru Penolong
Kanan berfungsi sebagai pemantau kepada pelaksanaan program ini melalui kaedah Coaching and
Mentoring terhadap pemimpin pertengahan dalam memastikan kelancaran perjalanan program
“LeWVoSS” ini. Profesional Leaning Community (PLC) digerak secara aktif dalam kalangan guru-guru
bagi mengenalpasti isu serta cara penyelesaian melalui intervensi yang berinovatif agar
keberkesanan dapat dirasai dan dilihat dengan jelas.

Perbincangan profesional merupakan satu kaedah untuk meningkatkan keberkesanan
program ini. Mesyuarat post morterm terhadap Latihan Kecemerlangan sentiasa diadakan bagi
melihat perkembangan mata pelajaran Bahasa Inggeris selain dari mesyuarat panitia mata pelajaran.
Melalui perbincangan profesional ini boleh mencungkil langkah-langkah penambahbaikan dalam
pelaksanaan program “LeWVoSS”. Dalam PLC umpamanya, guru dapat mengenalpasti permasalahan
dalam pembelajaran Bahasa Inggeris dan seterusnya merancang intervensi sebagai langkah inovatif
yang baru.

Selain pihak pentadir sentiasa mengingat dan menggalakkan guru-guru mengajar secara
berpusatkan murid di dalam kelas masing-masing, Program “LeWVoSS” ini adalah penting bagi
memberi peluang dan ruang yang seluas-luasnya kepada murid-murid untuk melibatkan diri secara
langsung dalam aktiviti yang dilaksanakan di luar kelas. Kebanyakan aktiviti-aktiviti “LeWVoSS” ini
adalah diuruskan oleh murid-murid sendiri. Sebagai contoh, murid-murid secara bergilir-gilir
ditugaskan untuk menulis perkataan dan ayat Bahasa Inggeris pada papan putih dalam aktiviti Lean
A Word A Day dan Write A Sentense A Day setiap hari sebelum aktiviti melibatkan murid-murid lain.
Begitu juga dalam aktiviti Spell It Wright, juga diuruskan oleh murid di bawah pemantauan guru
Bahasa Inggeris. Aktiviti Vocab Explore Race bukan sahaja melibatkan murid malah diberi peluang
juga kepada ibu bapa untuk turut terlibat sama menjayakan aktiviti ini.

CABARAN PELAKSANAAN

Oleh kerana pelaksanaan Program “LeWVoSS” banyak dikendalikan oleh murid-murid sendiri,
pemantauan yang berterusan dan penuh perhatian oleh pihak pentadbir dan guru-guru amat
diperlukan bagi memastikan keberkesanan dan impak program. Walaupun guru-guru mempunyai

41

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH

tugas-tugas lain yang banyak, namun pemantauan sentiasa dilakukan secara berkala bagi
memastikan program ini berjalan lancar dan memberi impak pembelajaran kepada murid. Program
“LeWVoSS” yang dilaksana scara komprehensif dan berpakej ini mengandungi lima aktiviti, maka
sudah tentu kerja pemantauan juga memerlukan komitmen yang padu daripada semua guru.

Murid-murid pula sentiasa perlu diberi peringatan agar terus melaksanakan aktiviti-aktiviti
yang dirancang. Guru-guru turut sentiasa memberi teguran dan ingatan agar murid-murid tidak lupa
terhadap tugas dan tanggung jawab melaksanakan aktiviti yang disediakan tanpa henti. Sikap murid
yang mudah lupa dengan tugas dan tanggungjawab, memerlukan kesabaran dan komitmen tinggi
guru-guru dalam usaha menjayakan program ini. Pepatah Melayu mengatakan “kalau tidak
dipecahkan ruyong masakan dapat sagunya”. Walau apapun jua cabaran dan halangan yang
dihadapi, program yang dirancang ini mesti dilaksana demi kejayaan yang diharapkan.

Untuk memastikan setiap program berjaya dilaksanakan dan memberi impak, kerjasama
daripada ibu bapa atau penjaga sangatlah diperlukan. Namun usaha ke arah melibatkan ibu bapa ini
bukanlah mudah kerana hanya sebilangan kecil sahaja daripada mereka mempunyai kesedaran
tentang kepentingan memberi sokongan terhadap program atau aktiviti yang dilaksanakan di sekolah.
Dalam usaha merapatkan hubungan dan menarik pelibatan ibu bapa, aktiviti yang sesuai digunakan
seperti aktiviti Vocab Explore Race. Aktiviti ini menarik pelibatan ibubapa dan boleh dilaksanakan
bersama anak-anak, semasa berada di rumah.

DAPATAN

Setelah lebih lapan bulan Program “LeWVoSS” ini dilaksanakan, hasil pencapaian dalam ujian Bahasa
Inggeris dapat dikesan. Sebagai contoh berlaku peningkatan dalam Latihan Kecemerlangan (LK)
Bahasa Inggeris Kefahaman (BIK) dan Bahasa Inggeris Penulisan (BIP) bagi murid Tahun 6 (lihat Graf
2). Pencapaian dalam BIK menunjukkan peningkatan berbanding TOV manakala BIP pula
menunjukkan peningkatan bermula LK 1.

60 57.3 50.8
52.6 39.5

47.9 48.9 48.9

50 42.9 TOV
LK1
40 LK2
LK3
30 27.7
22.9 PRA UPSR

20

10

0 BIK BIP

BIK BIP

Graf 2: Pencapaian Mata Pelajaran Bahasa Inggeris Tahun 6 Dalam Latihan Kecemerlangan 2019

Aktiviti Speak English On Tuesday dan Spell It Right telah memberi suntikan sikap berani dan
yakin diri kepada murid-murid. Ramai murid diberi peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti ini.
Aktiviti Spell It Right yang dilaksanakan di Pentas Speaker’s Corner melatih murid berani tampil
dipentas untuk beraksi. Lantaran itu juga ia memberi keyakinan diri untuk murid berkomunikasi dan
berinteraksi dalam Bahasa Inggeris walaupun melibatkan jumlah murid yang tidak begitu besar.

42

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH

Murid-murid juga berani berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris mudah. Murid
sentiasa dibantu dan didorong oleh guru untuk menggalakkan murid berbual sesama rakan dengan
Bahasa Inggeris. Budaya inilah yang sedang dipupuk di sekolah dengan menggunakan aktiviti Speak
English On Tuesday dan Spell It Right. Sebahagian murid telah berjaya menjadi juruacara dengan
menggunakan Bahasa Inggeris dalam Majlis Perhimpunan Mingguan dan majlis-majlis besar yang lain
yang dihadiri oleh Timbalan Menteri, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan, Rektor UiTM
Machang dan Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Puteh. Inilah keberanian dan keyakinan diri yang
telah ditunjukkan murid sekolah ini hasil dari program yang dilaksanakan.

KESIMPULAN
Pelaksanaan Program “LeWVoSS” dengan baik akan memberi impak dan hasil yang boleh
dibanggakan. Perancangan yang menyeluruh dan difahami secara mendalam oleh Guru Besar, Guru
Penolong Kanan dan semua guru memudahkan pelaksanaan program ini. Pemantauan ternacang
dan penambahbaikan tidak diabaikan bagi memastikan program berjalan sebagaimana dirancang
dan menampakkan keberkesanan.

Walaupun tugas dan tanggungjawab bertambah, komitmen serta rasa tanggungjawab dan
pengorbanan guru jualah dituntut untuk membawa program yang dirancang berjaya dilaksanakan.
Program “LeWVoSS” ini adalah selaras dengan Pembelajaran Abad 21 di mana ia memberi peluang
seluas-luasnya kepada murid untuk melibatkan diri dalam semua aktiviti yang dianjurkan itu. Latihan
kepimpinan juga terserlah melalui program ini selain membimbing dan mendorong murid untuk
berkomunisi dalam bahasa yang bukan bahasa ibunda mereka. Namun berkat usaha ini, sikap berani
dan yakin diri dapat dilatih dengan berkesan.

Walau apapun program yang hendak dilaksanakan, komitmen dan kesungguhan seluruh
warga sekolah atau ibubapa adalah kunci kejayaan. Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa ada
rasa tanggungjawab dan pengorbanan semua pihak.

RUJUKAN
Hairuddin Mohd.Ali & Muhammad Bustaman Abdul Manaf (2009), Perancangan

Strategik Sekolah, PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Mohd Mahzan Awang, Abdul Razaq Ahmad, Muhammad Nuri Hussin dan Mohd Edzlam

Edros, (2018), Transformasi Sekolah 2025 Memacu Kemenjadian Murid,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kes-Kes Pengurusan Sekolah Menengah, Kajian Kes Pengurusan Dan Kepimpinan
Sekolah, Jilid 9, 2007, Instititut Aminudin Baki Genting Highland.
Mohd Sahandri Gani Hamzah, Roselan Baki dan Saifuddin Kumar Abdullah, (2012)
Amalan Penilaian Guru, Utusan Publication And Distributors Sdn.Bhd.
Mok Soon Sang (2006), Ilmu Pendidikan Untuk KPLI Sekolah Menengah, Edisi Ketiga,
Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

43

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK:
IMPAK TERHADAP KEMENJADIAN MURID BERKEPERLUAN KHAS

Zalina binti Zakaria
Pengetua SMK Cherang Ruku
Ahmad Tarmizi bin Che Mat
Guru Kemahiran Vokasional PPKI SMK Cherang Ruku
Wan Muhammad Hafiz bin Wan Mohamad Ali
Guru Kemahiran Vokasional PPKI SMK Cherang Ruku

ABSTRAK
Projek ini melibatkan murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Kelas KSSMPK
Tanaman merupakan usaha sekolah meningkatkan peratus kehadiran murid bagi mencapai
Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sekolah iaitu sebanyak 95%. Projek ini juga bagi mendorong
kepada kemenjadian murid ke arah kehidupan yang lebih bermakna. Projek ini berfokuskan
kepada pendekatan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) luar bilik darjah yang berteraskan
kepada Kemahiran Vokasional melalui Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP). Projek ini juga
dijalankan bagi mengatasi masalah tumpuan murid di dalam bilik darjah. Murid-murid Pendidikan
Khas bermasalah pembelajaran adalah antara golongan yang lemah dari aspek penguasaan
kemahiran belajar berikutan masalah pengekalan tumpuan yang singkat. Namun begitu, masalah
ini dapat diatasi dengan kaedah pelaziman yang diperkenalkan melalui projek ini. Pelaksanaan
PBP menekankan kepada aspek kerja lapangan yang berjadual dan tersusun. Pelaksanaan projek
ini telah memberikan impak positif kepada kemenjadian murid Pendidikan Khas seperti
kemahiran urus diri, sahsiah diri dan kemahiran keusahawanan iaitu transisi ke kerjaya. Selain
itu, masalah kepadatan murid di dalam bilik darjah turut dapat diatasi. Seterusnya, peratus
kehadiran murid ke sekolah turut meningkat. Secara tidak langsung, projek ini juga turut
membantu meningkatkan sumber kewangan Kelas Pendidikan Khas.
Kata Kunci: Pembelajaran Berasaskan Projek, Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

PENGENALAN
Pendidikan untuk semua menegaskan tentang hak semua kanak-kanak untuk diberi pendidikan
tanpa mengira latar belakang sosial mahupun perkembangan intelek kanak-kanak tersebut. Selari
dengan Falsafah Pendidikan Khas iaitu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang
berkemampuan, berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan
menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli
masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Keperluan
untuk memberi pendidikan kepada semua kanak-kanak adalah satu daripada tanggungjawab sosial
yang penting dalam masyarakat. Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang berada dalam Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di SMK Cherang Ruku merupakan mereka yang terdiri daripada
pelbagai kategori antaranya ialah Sindrom Down, Slow Learner, Autisme, Terencat Akal Ringan,
Spastik dan Hiperaktif.

Dalam usaha menyediakan pendidikan yang berkualiti secara optimum kepada murid-murid
PPKI. Mereka perlu diberikan pendedahan tentang aktiviti pendidikan sosial dan alam sekitar di luar
bilik darjah untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian agar mereka dapat berfungsi sebagai

44

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH

individu yang berdikari, berjaya dalam hidup dan memberi sumbangan bakti kepada masyarakat.
Diharap mereka akan dapat mempertingkatkan perkembangan sosial dan pengalaman mereka
selaras dengan perkembangan semasa yang berlaku dalam persekitaran mereka.

Dalam merealisasi capaian maksimum pembelajaran kepada murid, kehadiran ke sekolah
menjadi isu utama bagi kami di Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Cherang Ruku. Sedar dengan
permasalahan ini, guru-guru merancang satu projek yang menekankan kepada
kebertanggungjawaban dan amalan rutin kerja mereka kepada projek yang dilaksanakan di sekolah
terutama aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di luar bilik darjah serta memberi impak
kepada kemenjadian murid.

Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025, isu kemenjadian murid menjadi tumpuan. Murid dinilai dalam semua
program iaitu dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang dijalankan oleh guru dan pihak sekolah.

Kemenjadian Murid
Menjadinya murid itu bukan hanya dinilai berdasarkan pencapaian akademik sahaja. Hallahan dan
Kauffman (1997), menyatakan Pendidikan Khas bermakna pengajaran yang direka khas untuk
memenuhi keperluan-keperluan luar biasa untuk kanak-kanak luar biasa. Kemenjadian murid dilihat
melalui hasil keberkesanan proses PdPc secara holistik. Kualiti murid bukan sahaja dilihat dari segi
pencapaian akademik berdasarkan keputusan peperiksaan semata-mata. Penilaian aspek
kemenjadian murid, PPPM 2013-2025 boleh dijadikan rujukan. Intipati PPPM memfokuskan kepada
enam ciri murid yang menjadi aspirasi negara, iaitu murid berpengetahuan, berkemahiran berfikir,
berkemahiran memimpin, berkemahiran dwibahasa, beretika dan berkerohanian, serta mempunyai
identiti nasional. KPM (2018), Warga pendidik perlu sentiasa bersatu hati dan komited dalam
melaksanakan transformasi dan amalan terbaik yang menyokong peningkatan sasaran keberhasilan
pada peringkat mikro dalam sistem pendidikan negara iaitu kualiti sekolah dan kemenjadian murid.

Kemenjadian Murid Berkeperluan Khas (MBK)
Bertujuan menentukan kemenjadian murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan
intelek. Bagi mencapai kesamarataan yang dihasratkan dalam PPPM dengan berfokus kepada
kemenjadian murid seperti cadangan berikut:

1. Berusaha meningkatkan keseimbangan antara perkembangan mental, perkembangan sosial
serta bakat mbk kearah kecemerlangan korikulum dan koakademik selari dengan hasrat
PPPM.

2. Meningkatkan penglibatan, kerjasama dan sumbangan dua hala antara MBK dan murid
perdana, guru, ibu bapa dan kakitangan sekolah

3. Melaksanakan garis panduan disiplin MBK melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan
sikap positif serta berfikiran terbuka.

4. Merancangkan peningkatan kemahiran dalam sesuatu bidang mengikut kemahiran yang ada.
5. Merancang dan menyediakan peruntukan bagi pembangunan kokurikulum dan koakademik.
6. Menggalakan semangat kerjasama dan daya saing dalam kalangan MBK dan murid perdana.
7. Merancang dan menjalankan program secara bersama dengan penglibatan penuh semua

murid sekolah, guru, staf dan PIBG.

AMALAN YANG DILAKSANAKAN

Projek Tanaman Sayuran Berdaun yang dijalankan bertujuan untuk meningkat dan menampakkan
keterampilan murid dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Secara tidak langsung memberi impak
kepada kemenjadian murid khususnya. Perancangan yang dirancang mengandungi komponen
khusus yang memerlukan murid hadir ke sekolah dan melaksanakan rutin harian yang telah
dijadualkan. Setiap murid diamanahkan untuk menjalankan projek tanaman kangkung dari
permulaan tanaman sehinggalah menuai hasil. Program ini melibatkan 2 orang guru kelas kemahiran

45

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH

tanaman iaitu En. Ahmad Tarmizi Bin Che Mat dan Wan Muhammad Hafiz Bin Mohamad Ali, 8 orang
murid kelas Tanaman serta dibantu oleh guru-guru PPKI dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM).

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) telah dijalankan sebagai satu kaedah kepada
program untuk meningkatkan kemenjadian murid MBK. Program yang dijalankan melibatkan
pembentukan jawatankuasa khusus berdasarkan kertas cadangan yang telah dipersetujui melibatkan
guru Pendidikan Khas, Pembantu Pengurusan Murid, ibu bapa dan murid MBK yang terlibat. Jadual
aktiviti dan pelaporan secara bertulis disediakan bertujuan mendapat maklum balas serta membuat
tindakan penambahbaikan.

PELAKSANAAN PROJEK

Projek Tanaman Sayuran Berdaun dimulakan pada awal bulan Ogos secara teori dan awal September
secara amali selepas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengeluarkan makluman
membenarkan aktiviti amali boleh dijalankan di sekolah berpandukan prosedur operasi standard yang
ditetapkan. Projek ini mengikut sukatan kemahiran yang disediakan oleh KPM. Fokus projek ini ialah
menekankan peri penting perancangan, jadual dan pengawasan serta rutin dalam melaksanakan
sesuatu projek. Menurut Kail (1998) tingkah laku merujuk kepada respon perbuatan, persembahan
dan prestasi seseorang yang boleh diukur dan dilihat. Ianya dilakukan oleh individu apabila individu
berkenaan menerima rangsangan. Tingkah laku yang tidak sesuai dalam suasana normal
menyebabkan tingkah laku tersebut tidak diterima oleh rakan sebaya, di luar perlakuan masyarakat
dan budaya sekelilingnya. Kanak-kanak yang mempunyai masalah tingkah laku mempunyai sikap
yang impulsif tidak boleh diduga kerana mungkin terlalu aktif, suka mengusik orang lain, mudah
marah, merajuk, tidak boleh menerima kegagalan dan tidak boleh memberi tumpuan mengikut
kesesuaian. Projek ini juga membina keyakinan dan sahsiah diri murid berkeperluan khas kerana
mereka dididik untuk mengikut jadual kerja di samping mementingkan keselamatan diri, rakan dan
peralatan yang digunakan. Sepanjang tempoh projek ini dijalankan, peratus kehadiran murid
meningkat dan perkembangan serta pembentukkan sahsiah diri murid semakin baik.

PBP ini bermula pada 03.08.2020 dan tamat pada 21.10.2020. Pelaksanaan projek ini
melibatkan beberapa aktiviti yang dijalankan mengikut jadual. Pada peringkat permulaan, murid akan
diberi taklimat tentang projek yang akan dilaksanakan melibatkan kumpulan sasaran yang telah
ditetapkan. Projek ini akan dijalankan secara berkumpulan dan individu dengan bimbingan guru.
Model Slavin (1989) menyarankan bahawa terdapat empat unsur utama mempengaruhi pengajaran
yang berkesan iaitu 1) kualiti pengajaran (pelbagai kaedah pengajaran dan pelbagai bahan bantu
mengajar), 2) kesesuaian aras pengajaran (pengemaskinian kandungan dan sistem penilaian serta
mengikut aras kebolehan murid), 3) insentif (perancangan isi pengajaran serta memberi motivasi
sama ada ganjaran atau dendaan) dan 4) masa (engaged time and time on task). Guru akan
menerangkan proses kerja yang murid akan jalankan. Antara proses kerja yang terlibat ialah pertama,
penyediaan kawasan tanaman. Antara aktiviti yang terlibat ialah membersihkan kawasan tanaman,
membajak tapak tanaman, membina batas tanaman, dan menyedia lubang tanaman.

Proses kerja yang kedua ialah penyediaan semaian tanaman. Aktiviti yang terlibat dalam
proses kerja yang kedua ini ialah menyedia tapak semaian di dalam dulang semaian benih anak
pokok. Semaian ini disediakan untuk aktiviti menyulam anak pokok. Proses kerja yang ketiga ialah
penanaman bahan tanaman. Aktiviti yang terlibat dalam proses kerja yang ketiga ini ialah menanam
biji benih secara terus, sulaman atau mengganti anak pokok yang rosak dan penjarangan anak pokok
di batas tanaman sayuran.

Manakala proses kerja yang keempat ialah penyelenggaraan bahan tanaman. Dalam proses
ini melibatkan aktiviti merangsang pertumbuhan anak pokok dengan semburan hormon tanaman
(foliar) secara berjadual. Aktiviti kawalan rumpai dan pembajaan anak pokok sayuran juga dijalankan
dalam proses kerja ini. Proses kerja yang terakhir ialah kendalian hasil tanaman. Aktiviti yang
dilakukan dalam proses ini ialah tuaian hasil tanaman, pengendalian hasil tanaman (pembersihan,

46

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH

penggredan, timbangan, pembungkusan), dan penjualan hasil tanaman dilakukan secara runcit dan
borong dalam kawasan sekolah dan pasaran luar sekolah. Di akhir projek ini, guru akan membuat
penilaian berdasarkan pemerhatian sepanjang aktiviti kerja dan juga senarai semak proses kerja.

Jadual 1: Jadual Kerja Projek Tanaman Sayur Berdaun (Kangkung)

TARIKH AKTIVITI/ TUGASAN
03.08.2020
Perbincangan dan taklimat tentang projek yang akan
02.09.2020 dijalankan
07.09.2020
10.09.2020 Aktiviti 1
21.09.2020 Penyediaan kawasan tanaman
1.1 Bersih kawasan tanaman
21.09.2020
1.2 Bajak tapak tanaman
21.09.2020 1.3 Buat batas tanaman
28.09.2020 1.4 Sedia lubang tanaman

06.10.2020 Aktiviti 2
08.10.2020 Sedia tapak semaian
12.10.2020 Aktiviti 3
Penanaman bahan tanaman
21.10.2020
21.10.2020 3.1 Tanam biji benih secara terus
21.10.2020 3.2 Sulam anak pokok
Aktiviti 4
Penyelenggaraan bahan tanaman
4.1 Rangsang pertumbuhan tanaman
4.2 Kawalan rumpai

4.3 Membaja (seminggu sekali mengikut sukatan)
Aktiviti 5
Pengendalian Hasil Tanaman
5.1 Tuaian hasil

5.2 Kendalian hasil pasca tuai
5.3 Jual hasil

Rakaman aktiviti Projek Tanaman Sayur ditunjukkan dalam rajah-rajah di bawah.

Rajah 1: Rakaman aktiviti bajak tapak semaian dan buat batas tanaman
47

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH

Rajah 2: Rakaman aktiviti sedia lubang tanaman dan semaian tanaman
Rajah 3: Rakaman aktiviti sedia tapak semaian dan penanaman bahan tanaman

Rajah 4: Rakaman aktiviti tanam biji benih secara terus dan sulaman anak pokok
48

KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH

Rajah 5: Rakaman aktiviti penyelenggaraan bahan tanaman dan
rangsang pertumbuhan tanaman

Rajah 6: Rakaman aktiviti tuaian hasil dan jualan hasil tanaman

Rajah 7: Ganjaran dan penghargaan.
49


Click to View FlipBook Version