KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
IMPAK PROJEK
1. Terhadap peratus kehadiran kelas
Peratus kehadiran meningkat dari 59% (Ogos) kepada 84% (September) iaitu jumlah peningkatan
ialah sebanyak 25%. Peningkatan peratus kehadiran ini membantu untuk pencapaian petunjuk
prestasi utama (KPI) sekolah iaitu 95% kehadiran murid keseluruhan serta meningkatkan
penguasaan dalam pembelajaran murid secara umumnya.
Jadual 2: Peratus kehadiran murid Pendidikan Khas ke sekolah Januari - November 2020
NAMA MURID CUTI PKP PENDEMIK COVID -19 APR BULAN
JAN FEB MAC CUTI PKP PENDEMIK COVID -19 MEI JULAI OGOS SEPT OKT NOV
CUTI PKP PENDEMIK COVID -19 JUN
Che Hakimi 79 60 40% 29% 35% 48% 80 83%
Kamaruzaman % % %
Bin Che Hassan
Hairul Azhar 47 45 40% 5% 41% 67% 60 33%
Bin Harun % % %
Mat Zulkifli Bin 79 85 50% 48% 82% 90% 10 100
Mohamed % % 0% %
Mohamad 95 85 90% 48% 76% 95% 95 100
Norsyakin Bin % % % %
Zakaria
Muhammad 95 80 80% 33% 82% 90% 10 83%
Kamarul Azhar % % 0%
Bin Mustapha
Muhammad 89 85 50% 38% 24% 62% 45 67%
Shahrulnizam % % %
Bin Ibrahim
Muhammad 84 95 90% 48% 65% 95% 90 100
Syazuwan Bin % % % %
Shamsol Bahari
Nik Fazrol 95 90 70% 48% 65% 81% 10 83%
Hakim Bin % % 0%
Zamre 83 78 68% 68% 59% 79% 84 81%
% % %
Peratus
Kehadiran
Keseluruhan
2. Terhadap tingkah laku murid
Penilaian dan refleksi terhadap PdPc terutama perubahan tingkah laku murid sangat memberi kesan
kepada pembelajaran mereka. Selain daripada meningkatkan pengetahuan murid, PBP dapat
membantu memperbaiki sikap dan tingkah laku mereka terhadap sesuatu perkara melalui projek
yang dijalankan. Murid berupaya bertindak menyelesaikan masalah, contohnya murid mampu
menyelesaikan masalah serangan serangga perosak tanaman. Murid juga mampu membuat
keputusan sendiri contohnya semasa aktiviti menggred kualiti hasil tuaian.
50
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
3. Terhadap motivasi murid
Projek ini juga meningkatkan motivasi murid yang didorong sifat ingin tahu, contohnya perkembangan
tumbesaran tanaman dari peringkat anak semaian, kepada tanaman yang telah matang dan sedia
untuk dituai. Murid juga lebih bermotivasi pada peringkat tuaian hasil apabila mendapat imbuhan dari
hasil tuaian yang dipasarkan.
Jadual 3: Catatan Tuaian Hasil Dan Jualan
Tarikh Nama Murid Batas Jumlah Jumlah
Hasil Jualan
21.10.2020 Mat Zulkifli Bin Mohamed B1 (KG) (RM)
22.10.2020 Muhammad Kamarul Azhar Bin B2
Mustapha Mohamad 14.0 72.80
25.10.2020 Norsyakin Bin Zakaria
27.10.2020 Hairul Azhar Bin Harun 11.0 57.20
01.11.2020 Che Hakimi Kamaruzaman Bin
Che Hassan B3 11.3 58.76
01.11.2020 Nik Fazrol Hakim Bin Zamre
04.11.2020 Syazuwan Bin Shamsol Bahari B4 12.45 64.74
05.11.2020 Muhammad Shahrulnizam Bin B5 11.0 57.20
Ibrahim
B6 11.4 59.28
JUMLAH KESELURUHAN
B7 10.5 54.60
B8 9.7 50.44
91.35 475.02
4. Terhadap Elemen Merentas Kurikulum
Pemilihan kaedah ini dalam proses PdPc memberi impak kepada kaedah pengajaran
menggabungjalinkan banyak kemahiran dan konsep. Contohnya ialah melibatkan kemahiran
manipulatif (kemahiran motor halus) melalui aktiviti menyemai biji benih dalam dulang semaian.
Manakala aktiviti penyediaan tapak tanaman (mengukur batas), sukatan dan timbangan (tuaian hasil)
pula melibatkan konsep pengukuran dan jisim dalam mata muridan Matematik. Penggabungjalinan
pelbagai kemahiran dan konsep ini akan memberi keseronokan kepada murid untuk mengikuti projek
yang dijalankan. Murid akan menghargai dan merasai kepuasan hasil kerja mereka sendiri.
5. Terhadap kemahiran komunikasi
Pemilihan kaedah PBP ini juga memberi impak kepada kemahiran komunikasi murid. Kemahiran
Komunikasi itu penting bagi murid menyatakan perasaan dan pendapat. Komunikasi yang berkesan
dapat mengeratkan hubungan baik murid dalam kalangan rakan sekelas, guru, warga sekolah dan
komuniti setempat. Latihan komunikasi secara tidak langsung berlaku sepanjang pelaksanaan proses
kerja contohnya pada peringkat pembersihan tapak tanaman, penanaman bahan tanaman, tuaian
hasil dan pemasaran hasil tuaian.
51
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
RUMUSAN PROJEK
Individu berkeperluan khas merupakan sumber modal yang kurang diberi perhatian dalam
pembangunan ekonomi negara, namun berpotensi tinggi untuk dibangunkan. Pendedahan kepada
latihan dan kemahiran yang sesuai, selain motivasi serta dorongan mampu melibatkan dan
menggerakkan mereka dalam perkembangan ekonomi negara satu hari nanti. Lantaran itu, projek ini
merupakan platform ke arah membentuk sifat keusahawanan kepada mereka. Projek ini dilihat
mampu membentuk jati diri dan sikap berdikari kepada golongan MBK. Permintaan yang sentiasa
positif daripada warga sekolah dan komuniti terhadap hasil tuaian, jelas menjamin pasaran sayuran
dan membuka peluang untuk terus berkembang. Walau bagaimanapun, program ini tidak mampu
berdiri dengan sendirinya dan berjaya tanpa sokongan pelbagai pihak. Barisan kepimpinan dan
pengurusan pelbagai peringkat perlu memainkan peranan dalam memastikan hala tuju MBK tercapai.
Masa kini, sasaran utama dalam Pendidikan khas adalah untuk mengupayakan MBK belajar bersama
sama di aliran pendidikan arus perdana atau inklusif dan meningkatkan nilai kebolehpasaran MBK
setelah tamat persekolahan. Sokongan utama daripada pihak pentadbir sekolah, guru, Pembantu
Pengurusan Murid dan ibu bapa amat penting terhadap kelangsungan projek ini.
RUJUKAN
Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia (2015). Kod Amalan Pendidikan
Murid Berkeperluan Khas.
Hallahan, D. P., & Kauffman, J. M. (1997). Exceptional children: Introduction to special education.
Edition 7. Boston: Allay & Bacon.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2018). Melangkah ke Hadapan. Gerak kerja & Fokus Tumpuan
KPPM 2018.
Mook, S. S. (2009). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku. Puchong, Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
Noraini Zainal Abidin. ( 2004). Peranan ibu bapa dalam mendidik kanak-kanak berkeperluan khas
dalam seminar kebangsaan pendidikan khas. Kejayaan kanak-kanak berkeperluan khas:
Perkongsian bersama. Jilid 1 Fakulti Pendidikan.
Noraini Mohd Salleh, Faridah Serajul Haq, Manisah Mohd. Ali & Safani Bari. (2001). Pendidikan khas
di Malaysia: Kepelbagaian pengajaran dan pembelajaran. Prosiding seminar pendidikan
kebangsaan 2001, hal; 13-29.
Noraini Mohd Salleh. (1998). Dasar dan isu pendidikan khas. Prosiding seminar kebangsaan: Isu-
isu pendidikan negara. 91-100.
Nor Anisa Musa. (2005). Modifikasi tingkah laku melalui kemahiran asas guru dan guru sebagai
kaunselor dan motivator dalam pembentukkan tingkah laku kanak-kanak. Pendidikan
Psikologi. Fakulti Pendidikan: Univerisiti Malaya.
Norlaini Bt. Che Mat. (2003). Penggunaan token dalam pengurusan tingkah laku kanak-kanak
bermasalah pembelajaran. Tesis M.Ed yang tidak diterbitkan: UKM, Bangi.
Rahimah Hj. Ahmad. (1999). Pembangunan pendidikan ke arah kecemerlangan pada
alaf baru. Seminar kebangsaan pembangunan pendidikan. Fakulti Pendidikan:
Universiti Malaya.
52
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
“NARAVENGERS”
Zailan bin Mesran
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampong Nara
ABSTRAK
Sikap dan pelibatan murid Sekolah Kebangsaan Kampong Nara semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran menunjukkan mereka kurang melibatkan diri secara aktif di dalam aktiviti
pembelajaran. Punca utama masalah ini ialah kerana kurang diberi pendedahan dan latihan
kemahiran teras (core skills) yang meliputi “Communication and Collaboration,Student’s
Leadership and Personal Development, Critical Thinking and Problem Solving, Citizenship,
Creativity and Imagination”. Pungutan data berdasarkan Pentaksiran Lisan di dalam Pentaksiran
Bilik Darjah (PBD), 16 ahli NARAVENGER murid Tahun 4 (pada tahun 2017) menunjukkan skor
tahap penguasaan (TP) yang dicapai berada pada TP3 (56.25%) danTP4 (43.75%). Satu program
yang dijenamakan sebagai NARAVENGERS ditubuhkan semenjak tahun 2017 bertujuan
menangani masalah tersebut. Melalui program ini pelbagai aktiviti telah dirancang dan
dilaksanaberkonsepkankepada didik hibur (fun learning). Ahli-ahli NARAVENGERS terdiri daripada
murid Tahun 4, 5, dan 6 telah diberi peluang mengasah bakat dan kepimpinan serta memperoleh
kemahiran teras yang lain dengan mengendalikan pelbagai aktiviti dan majlis rasmi sekolah dan
luar sekolah.Pengalaman dan kemahiran yang diperoleh juga dapat dilihat melalui pelibatan aktif
mereka di dalam bilik darjah. Dapat dirumuskan bakat kepimpinan dan kemahiran teras dalam
kalangan muridyagterlibat dapat ditingkatkan melalui program NARAVENGERS yang
dilaksanakan secara berterusan dan terancang sepanjang tahun.
Kata Kunci: NARAVENGERS, kemahiran teras, didik hibur
LATAR BELAKANG
Sekolah Kebangsaan Kampong Nara merupakan sekolah Kohort 1.0 Transformasi Sekolah 2025
(TS25) bermula Tahun 2016. Sekolah Kebangsaan Kampong Nara, Pasir Puteh terletak di sebuah
kawasan perkampungan dan majoriti penduduknya adalah petani dan bekerja sendiri.Sosio budaya
dan ekonomi mereka telah memberi kesan kepada keupayaan murid-murid sekolah secara akademik
dan juga pembangunan diri.Kurangnya rangsangan daripada rakan sebaya dan ditambah pula dengan
pembelajaran di bilik darjah yang berteraskan peperiksaan juga menjadi faktor penolak kepada
situasi yang ada.
Justeru, perlu ada di kalangan rakan sebaya murid-murid yang berada di barisan hadapan
dan diyakini mampu menjadi perangsang,contoh teladan serta penggerak kepada murid lain sebagai
pembelajar aktif semasa berlakunya proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dan juga aktiviti
luar kelas. Maka lahirlah kumpulan murid yang dijenamakan sebagai NARAVENGERS yang
ditubuhkan semenjak tahun 2017. Pemilihan keahlian NARAVENGERS berlakusama ada
dicadangkan oleh guru atau murid sendiri menawarkan diri.
Lima kemahiran teras (core skills) yang diterapkan kepada NARAVENGERS iaitu komunikasi
dan kolaborasi (communication and collaboration), kepimpinan murid dan pembangunan personal
(student’s leadership and personal development), pemikiran kritis dan penyelesaian masalah(critical
thinking and problem solving), kewarganegaraan (citizenship) serta kreativiti dan daya imaginasi
(creativity and imagination).
53
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
NARAVENGERS telah diberi peluang memperoleh dan mengembangkan kemahiran teras
mereka melalui majlis-majlis rasmi dan juga aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah dan luar sekolah.
Konsep didik hibur adalah wadah kepada pengembangan bakat ahli-ahli NARAVENGERS dan menjadi
faktor penarik kepada pelibatan aktif murid semasa pembelajaran berlaku.
Penerapan kemahiran teras kepada NARAVENGERS merupakan satu bentuk pembelajaran
bermakna (meaningful/deep learning) kepada mereka dan berkaitan rapat dengan kemahiran berfikir
aras tinggi (KBAT). Hal ini kerana pelaksanaan aktiviti adalah secara langsung dan hands-on.
ISU/MASALAH
Terdapat tiga isu yang dikenal pasti:
1. Murid malu dan kurang berkeyakinan untuk berkomunikasi dan berkolaboratif
2. Skor Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) murid pada Tahap Penguasaan(TP) 3 dan
3. Skor Pencerapan SKPMg2 Aspek Std 4.6.: Murid Sebagai Pembelajar Aktif berada pada Taraf
Baik
OBJEKTIF
Tiga objektif yang ingin dicapai dalam penubuhan NARAVENGERS iaitu;
1. Membangunkan kemahiran teras dalam kalangan NARAVENGERS
2. Meningkatkan tahap penguasaan NARAVENGERS dalam PBD
3. Meningkatkan pelibatan aktif NARAVENGERS semasa PdPc
KAEDAH PELAKSANAAN
Bagi merealisasikan objektif penubuhan NARAVENGERS, beberapa kaedah atau strategi
dilaksanakan iaitu;
1. Melibatkan NARAVENGERS dalam aktiviti/majlis sekolah atau luar sekolah
2. Menerapkan konsep didik hibur (fun learning) melalui pelibatan NARAVENGERS dalam
aktiviti/majlis sekolah dan PdPc.
Kaedah atau strategi yang dirancang oleh sekolah merupakan satu pembelajaran bermakna
kepada NARAVENGERS kerana ianya dilaksanakan secara langsung dan hands-on melalui
aktiviti/majlis anjuran sekolah atau luar sekolah. Bagi memastikan murid yang terlibat tidak merasa
terbeban dan bosan, elemen didik hibur atau fun learning diterapkan sepanjang proses pelaksanaan.
DAPATAN/PENEMUAN
Jadual 1 di bawah adalah antara pendedahan dan penerapan kemahiran asas kepada NARAVENGERS
melalui pelibatan mereka dalam aktiviti atau majlis besar anjuran sekolah dan luar sekolah. Kesan
atau impak terhadap NARAVENGERS sangat besar kerana aktiviti dan kemahiran yang diperoleh oleh
merekamerupakan pembelajaran bermakna kepada mereka kerana ianya dilaksana secara langsung
dan hands-on.
54
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
Jadual 1: Senarai aktiviti/majlis sekolah yang melibatkan NARAVENGERS
BIL AKTIVITI /MAJLIS OBJEKTIF OUTCOME
1. Karnival Core Meningkatkan keupayaan murid NARAVENGERS berani
Skills Kelab dan yang diketuai oleh berkomunikasi untuk
Persatuan 2018 NARAVENGERS untuk menyampaikan idea dan
merancang,menyediakan bahan persembahan projek
dan peralatan, mereka. Selain itu
melaksana,mengumpul data NARAVENGERS juga diberi
dan menilai projek kelab dan peranan sebagai;
persatuan masing-masing
dengan bantuan seminima • pengiklan
mungkin daripada guru • pengacara majlis
penasihat. Kemahiran teras • hakim/penilai projek
yang diterapkan ialah: • juru kuiz
i. Kepimpinan murid dan • urusetia booth
pembangunan kendiri
ii. Komunikasi dan
kolaboratif
iii. Kreativiti dan imaginasi
iv. Pemikiran kritis dan
penyelesaian masalah
2. Pameran TS25 Memberi pendedahan dan Selain mengurus booth
2018 kemahiran teras kepada pameran, NARAVENGERS
NARAVENGERS. Kemahiran berpeluang berkomunikasi
teras yang diterapkan ialah: dan berkolaboratif dengan
i. Kepimpinan murid dan para pengunjung melalui
pembangunan kendiri persembahan bahan
ii. Komunikasi dan pameran dan menjawab
kolaboratif persoalan daripada
iii. Kreativiti dan imaginasi pengunjung.
iv. Pemikiran kritis dan
penyelesaian masalah
v. Kewarganeraan
3. Program Jelajah Memberi pendedahan dan Selain mengurus booth
Pendidikan KPM kemahiran teras kepada pameran, NARAVENGERS
2018 NARAVENGERS. Kemahiran berpeluang berkomunikasi
teras yang diterapkan ialah: dan berkolaboratif dengan
i. Kepimpinan murid dan para pengunjung melalui
pembangunan kendiri persembahan bahan
ii. Komunikasi dan pameran dan menjawab
kolaboratif persoalan daripada
iii. Kreativiti dan imaginasi pengunjung.
iv. Pemikiran kritis dan
penyelesaian masalah
v. Kewarganeraan
4. Majli Besar Memberi pendedahan dan NARAVENGERS berperanan
Sekolah seperti kemahiranteras kepada sebagai:
Mesyuarat Agong NARAVENGERS membantu guru • pengacara majlis tiga
PIBG dan Hari mengendali majlis besar Bahasa (Bahasa
Anugerah Kualiti sekolah. Kemahiran teras yang
Sekolah diterap ialah: Melayu, Bahasa
Inggeris dan Bahasa
i. Kepimpinan murid dan Arab
pembangunan kendiri • pembaca doa
55
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
ii. Komunikasi dan • mengurus hadiah dan
kolaboratif penyampaian hadiah
iii. Pemikiran kritis dan • pengurus peserta
penyelesaian masalah penerima hadiah
5. Penyambut Memberi pendedahan dan • juru kamera.
Tetamu kemahiran teras kepada NARAVENGERS berperanan
NARAVENGERS. Kemahiran sebagai:
• mengurus pasukan
teras yang diterapkan ialah:
i. Kepimpinan murid dan penyambut tetamu
pembangunan kendiri • berkomunikasi dan
ii. Komunikasi dan
kolaboratif berkolaboratif dengan
rakan, guru dan tetamu
6. Memantapkan Memberi pendedahan dan NARAVENGERS berperanan
Ekosistem Bilik kemahiran teras kepada sebagai penilai Ekosistem
Darjah Abad Ke-21 NARAVENGERS. Kemahiran Bilik Darjah Abad Ke-21
secara berkala.
teras yang diterapkan ialah:
i. Kepimpinan murid dan NARAVENGERS mengendali
pembangunan kendiri Majlis Bacaan Yasin setiap
ii. Komunikasi dan minggu secara bergilir.
kolaboratif
iii. Pemikiran kritis dan
penyelesaian masalah
iv. Kewarganegaraan
7. Bacaan Yasin Memberi pendedahan dan
Mingguan kemahiran teras kepada
NARAVENGERS.
Kemahiran teras yang
diterapkan ialah:
i. Kepimpinan murid dan
pembangunan kendiri
ii. Komunikasi dan
kolaboratif
iii. Kewarganegaraan
8. Program Program Memperkasa Peranan NARAVENGERS memahami
Memperkasa dan Motivasi kepada peranan mereka dan
Peranan dan NARAVENGER sebagai salah seterusnya dapat
Motivasi ahli program membangunkan melaksanakan tugas
NARAVENGERS kepimpinan murid dan dengan baik, berkeyakinan
pembangunan personal dan bermotivasi tinggi.
NARAVENGERS.
Jadual 2 di bawah menunjukkan analisis tahap penguasaan 16 orang ahli NARAVENGERS yang terdiri
daripada murid Tahun 6 dalam Pentaksiran Lisan dari Tahun 2017 (TOV) hingga Jun 2019. Dapatan
menunjukkan berlaku peningkatan yang memberangsangkan dari tahun 2017 sehingga Jun 2019.
Sebagai contoh, tahun 2017 murid hanya memperoleh TP3 dan TP4 sahaja iaitu sebanyak sembilan
orang murid memperoleh TP3 (56.25%) dan tujuh orang memperolehTP4 (45.75%); tahun 2018 a
dua orang memperoleh TP3 (12.5%), sembilan orang memperoleh TP4 (56.25%) dan lima orang TP5
(43.75%); tahun 2019 pula dua orang memperoleh TP4 (12.50%), lapan orang TP5 (50.0%) dan enam
orang TP6 (37.50%). Jadual 3 adalah perincian TP mengikut senarai nama Murid Tahun 6 yang
terlibat sebagai NARAVENGERS.
56
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
Jadual 2: Tahap Penguasaan Murid Tahun 6 (NARAVENGERS)
Tahun Tahap Penguasaan (TP)
2017
(TOV) TP3 TP4 TP5 TP6
2018 9 -
7 -
2019 (56.25%) (47.75%) -
2 6
95 (37.50%)
(12.50%) (56.25%) (43.75%)
- 28
(12.50%) (50.0%)
Jadual 3 di bawah merupakan perincian tahap penguasaan Murid Tahun 6 sebagai NARAVENGERS
mengikut secara individu
Jadual 3: Tahap Penguasaan Murid Tahun 6 Sebagai NARAVENGERS Secara Individu
TAHAP PENGUASAAN (TP)
BIL NAMA KELAS 2017 TOV 2018 JUN 2019
1. Ahmad Fakrul Hafiz Bin A.Suzani 6AB 3 4 5
2. Mohd Faizal Bin Mohd Fauzi 6AB 4 5 6
3. Muhd Athir Haikal Bin A.Noordin 6AF 4 5 6
4. Muhammad Danish Aiman B. Najmi 6AF 4 5 6
5. Muhamad Afiq Bin Zainal Abidin 6AJ 3 4 5
6. Muhammad Haris Bin Badrolzawi 6AJ 3 4 4
7. Alya Arissa Bt Mohd Razewan 6AJ 3 4 4
8. Fatin Zulaikha Bt Mat Zani 6AB 3 4 5
9. Nur Adrianna Bt Ghazali 6AF 4 4 6
10. Nur Afiqah Syamila Bt Mohamed 6AF 4 5 6
11. Nurul Sarihah Bt Ruslan 6AB 4 5 6
12. Nur Faiqah Bt Mohd Yunan 6AB 3 4 5
13. Nur Nadia Nabila Bt Che Mat 6AJ 3 4 5
14. Nur Fatnin Umairah Bt Faizul 6AF 3 3 5
15. Nur Aleesya Husna Bt M.Azhar 6AF 3 3 5
16. Ainun Mardhiah Bt Mohd Zawawi 6AJ 4 4 5
Jadual 4 di bawah adalah dapatan pencerapan Aspek 4.6 SKPMg2: Murid Sebagai Pembelajar Aktif
bagi kelasyang terdapat ahli NARAVENGERS dari Tahun 2017 hingga 2019 yang terlibat terdiri dari
Tahun 4, 5 dan 6. Dapatan menunjukkan peningkatan dari Fasa 1 (Januari – Mac) hingga Fasa 3
(Ogos – 15 November) setiap tahun. Peranan NARAVENGERS dalam PdPc ialah sebagai penggerak
utama pembelajar aktif dan merangsang murid-murid lain turut sama aktif. Kemahiran teras yang
diperoleh boleh meliputi kesemua kemahiran yang diperlukan bergantung kepada perancangan guru.
57
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
Jadual 4: Dapatan Pencerapan Aspek 4.6 SKPMg2: Murid Sebagai Pembelajar AKtif
TAHUN FASA 1 FASA 2 FASA 3
2017 JAN – MAC (TOV) APRIL - JUL 0G0S – 15 N0V
2018
2019 - 16.85 16.93
(84.25%) (84.65%)
16.50
(82.50%) 17.85 18.34
(89.25%) (91.70%)
16.68
(83.40%) 17.51 -
(87.55%)
Gambar-gambar di bawah adalah antara aktiviti atau majlis yang melibatkan NARAVENGERS.
Gambar 1
NARAVENGERS sebagai pengurus
pameran, TS25 Peringkat Negeri
Kelantan 2018
Gambar 2
NARAVENGERS sebagai pengurus
pameran, Program Pendidikan
Jelajah KPM 2018
Gambar 3
NARAVENGERS sebagai pengurus
hadiah
58
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
Gambar 4
NARAVENGERS sebagai penyambut
tetamu
Gambar 5
NARAVENGERS dalam Karnival
Core Skills Kelab dan Persatuan
Sekolah
Gambar 6
NARAVENGER sebagai instructor
senamrobik
59
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
Gambar 7
NARAVENGERS sebagai
juru kamera
Gambar 8
NARAVENGERS sebagai
juru acara majlis
Gambar 9
NARAVENGERS sebagai
pengacara tiga bahasa (Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris dan
Bahasa Arab) dalam majlis besar
sekolah
60
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
Gambar 10
NARAVENGERS sebagai penilai
ekosistem Bilik Darjah
Abad Ke-21
Gambar 11
NARAVENGERS sebagai pembaca
doa dalam majlis
RUJUKAN
British Council (2015). Connecting Classroom: An Introduction To Cores Skills For Leaders.
Participant Resources.
British Council (2015). Connecting Classroom: Embedding The Core Skills. Leading Curriculum
Development In Schools. Participant Resources.
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (2017). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2:
SKPMg2. Putrajaya. Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pendididkan
Malaysia.
Mel Silberman (2010). Pembelajar Aktif: 101 Strategi Untuk Mengajar Apa Jua Subjek. Kuala
Lumpur. Institiut Terjemahan Negara Malaysia.
Norhailmi Abdul Mutalib (2017). Pembelajaran Abad Ke-21: Bukan Sekadar Susun Kerusi dan
Meja. Perlis. Percetakan Perlis Sdn. Bhd.
61
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
INOVASI SENI PRODUKSI FILEM DALAM PENDIDIKAN
Hj Che Alias bin Che Embong
Pengetua SMK Tok Janggut
Mohammad Faiz bin Yaakob
Guru penolong, SMK Tok Janggut
ABSTRAK
Artikel ini membincangkan tentang Kelab Drama Semerak Baiduri Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) Tok Janggut yang ditubuhkan bertujuan untuk menggilap bakat terpendam
dalam kalangan pelajar. Ramai di antara pelajar kini yang mempunyai masalah keyakinan diri
serta tiada semangat berkerjasama. SMK Tok Janggut menggunakan pendekatan pembikinan
filem sebagai platform untuk mengatasi masalah tersebut dan mengetengahkan bakat mereka
melalui struktur produksi yang melatih mereka untuk berada di hadapan kamera dan di belakang
tabir serta bertindak sebagai tulang belakang produksi. Pelajar diberikan pendedahan tentang
cara menghasilkan filem bermula dari proses sumbangsaran idea (brainstorming), penulisan
skrip, pemilihan pelakon, pembuatan ‘props’, solekan kesan khas, penggambaran, penggunaan
kamera, penyuntingan dan juga bagaimana menjawab soalan media jika diperlukan. Impak
utama daripada aktiviti ini ialah pelajar dapat menghasilkan filem pendek secara kreatif dan
inovatif, bekerja secara koperatif dan kolaboratif, belajar mengurus, berkomunikasi, membina
keyakinan diri, sahsiah dan jati diri. Filem pendek yang dihasilkan adalah filem yang membawa
mesej penting tentang dunia sejagat. Kelab ini mengetengahkan konsep di mana setiap filem
pendek yang dihasilkan perlu mempunyai nilai murni yang tinggi serta memberi impak kepada
setiap lapisan penonton. Hasil usaha yang telah dilakukan juga memberikan impak positif kepada
pelajar dan sekolah. Kelab ini telah berjaya melahirkan pelajar yang berkeyakinan dan
mempunyai semangat berkerja secara koperatif dan kolaboratif yang tinggi memandangkan
setiap ahli produksi amat bergantung kepada satu sama lain bagi menjayakan satu projek filem
pendek. Pihak sekolah juga mendapat manfaat dengan meletakkan nama sekolah SMK Tok
Janggut di dalam peta Malaysia dan dunia, sebaris dengan sekolah sekolah hebat lain dengan
menjadikan produksi filem pendek sebagai etos dan karakter sekolah.
Kata Kunci: Berkerja secara koperatif dan kolaboratif, kreatif dan inovatif, filem pendek
LATAR BELAKANG
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Janggut ialah sebuah sekolah harian biasa bantuan
penuh kerajaan yang terletak di pekan kecil Pasir Puteh. Sekolah ini ditubuhkan pada 1 Januari 1965
dengan nama Sekolah Aneka Jurusan dan kemudian pada 1 Januari 1998 bertukar nama kepada
SMK Tok Janggut selaras dengan peraturan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pelajar SMK Tok Janggut terdiri daripada golongan pelajar yang mempunyai pencapaian
akademik yang sederhana dalam daerah Pasir Puteh. Biasanya pelajar yang mempunyai pencapaian
cemerlang akan berhijrah ke SMK Kamil atau SMK Dato’ Ismail yang merupakan sekolah kawalan
Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Puteh, atau ke sekolah berasrama penuh iaitu Sekolah Menengah
Sains Pasir Puteh. Sekolah-sekolah ini adalah sekolah pilihan utama pelajar dan ibu bapa.
Bagi memastikan pelajar-pelajar dan ibu-bapa memilih SMK Tok Janggut sebagai sekolah
pilihan mereka, satu inisiatif atau niche area perlu diwujudkan. Niche area ini akan menjadi karakter
dan etos kepada SMK Tok Janggut selain daripada pencapaian akademik.
62
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
Menyedari juga bahawa ramai dalam kalangan pelajar kini yang kurang keyakinan diri dan
kurang semangat bekerja secara berpasukan, timbul idea mewujudkan satu produksi filem pendek
untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan. Produksi ini diwujudkan di
bawah kelab drama sekolah dengan nama Kelab Drama Semerak Baiduri.
ISU/MASALAH
Pembelajaran tidak semestinya hanya berlaku di dalam kelas. Keyakinan diri dan semangat berkerja
secara berpasukan tidak boleh diperoleh melalui pembacaan buku semata. Malahan, pembelajaran
yang paling berkesan adalah pelajar belajar melalui pengalaman mereka sendiri dan memperoleh
pelbagai kemahiran sebagaimana disenaraikan di bawah kemahiran PAK21.
MATLAMAT
Penghasilan produksi filem pendek di bawah Kelab Drama Semerak Baiduri bertujuan untuk:
1. Meningkatkan interaksi pembelajaran antara pelajar dan guru, pelajar dengan pelajar dan
antara pelajar dengan dunia luar
2. Membentuk dan meningkatkan keyakinan diri, sahsiah dan jati diri pelajar
3. Memberi pengalaman kepada pelajar memperoleh dan mengembangkan kemahiran
teknologi dan komunikasi
4. Pelajar dapat menghasilkan filem pendek secara kreatif dan inovatif.
5. Memperkenal dan menaikkan nama SMK Tok Janggut di peringkat daerah, negeri,
kebangsaan dan antarabangsa
INOVASI
Amalan yang dihasilkan telah memberi pendedahan dan peluang kepada pelajar tentang proses
penghasilan filem pendek. Pada masa yang sama pelajar dapat meningkatkan kemahiran PAK21
mereka seperti bekerja secara koperatif dan kolaboratif, kemahiran berkomunikasi, berfikir secara
kreatif dan inovatif, kemahiran mengurus dan seterusnya meningkatkan keyakinan diri, sahsiah dan
jati diri. Pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan secara fleksibel bagi memenuhi keperluan
individu pelajar mampu memberikan pendedahan tentang penggunaan beberapa gajet dan alatan
kamera yang canggih. Menurut Ng, C.T. (2013), pelajar perlu membuat banyak keputusan,
menggunakan pemikiran kritikal mereka dan bekerjasama bersama ahli yang lain untuk memastikan
kejayaan produksi.
Berikut adalah langkah-langkah penghasilan sesuatu filem pendek yang dilaksanakan oleh Kelab
Drama Semerak Baiduri:
Langkah 1:
Pelajar dibahagikan dalam kumpulan yang terdiri daripada 10 orang pelajar mengikut satu produksi
filem pendek. Proses pertama adalah dengan mengadakan sesi sumbangsaran untuk mencari idea
bagi sesebuah filem mengikut tema yang telah diberikan.
Langkah 2:
Kemudian pelajar akan membentangkan idea masing-masing kepada mentor. Idea yang bagus dan
dirasakan sesuai akan dibawa terus kepada proses penulisan skrip di mana penulis skrip akan
mengolah skrip tersebut mengikut kesesuaian dan sebagai panduan kepada jurukamera ketika
proses penggambaran.
63
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
Langkah 3:
Setelah skrip siap, ketua projek atau pengarah akan memilih pelakon yang sesuai daripada proses uji
bakat, melantik krew khas serta bekerjasama dengan jurusolek. Krew khas adalah seperti pengurus
props, lokasi dan logistik. Jika skrip memerlukan lokasi khas seperti di hospital, pelajar sendiri yang
akan dilatih untuk berkomunikasi bagi mendapatkan kebenaran menggunakan tempat tersebut untuk
penggambaran.
Langkah 4:
Sesi penggambaran dijalankan oleh pengarah mengikut skrip yang telah ditulis, kehadiran guru pada
ketika ini adalah sebagai mentor dan pembimbing. Jurukamera pula diajar untuk mengambil video
mengikut shoot dan sudut yang bersesuaian.
Langkah 5:
Selesai proses penggambaran, penyunting akan menyunting dengan menggunakan teknik suntingan
dan software yang berkaitan. Satu aspek penting yang perlu dititikberatkan dalam proses suntingan
adalah penggunaan warna yang bersesuaian dengan mood filem dan juga penggunaan muzik latar
bebas royalti. Hasil kerja akhir akan dipertontonkan sebelum dihantar kepada mana-mana
pertandingan.
IMPAK/DAPATAN PENEMUAN
Sejak dari tahun 2016, SMK Tok Janggut bersama-sama pasukan dramanya telah mencapai
beberapa kejayaan di peringkat negeri, kebangsaan dan juga antarabangsa. Di samping itu, kejayaan
ini juga telah berjaya memperkenal dan menaikkan nama SMK Tok Janggut sebagai sebuah sekolah
dengan niche area tersendiri iaitu penghasilan filem pendek. Kelab ini telah berjaya menghasilkan
sebanyak 30 filem pendek semenjak ianya ditubuhkan dan kesemuanya telah mendapat anugerah
atau tempat dalam pertandingan yang disertai.
Sepanjang proses pembikinan, pelbagai kemahiran PAK21 yang diperoleh oleh pelajar
terlibat yang sudah semestinya dapat meningkatkan keyakinan diri, sahsiah dan jati diri
mereka.Antara kemenangan yang diperoleh oleh Kelab Drama Semerak Baiduri SMK Tok Janggut
ialah seperti pada Jadual 1 di bawah.
Jadual 1: Senarai Anugerah Pencapaian Kelab Drama Semerak Baiduri
Bil. Anugerah/Pencapaian Tahun Peringkat
Naib Johan Video Inspirasi Kreatif
1 Antidadah (i-KAD) Anjuran Agensi Antidadah 2020 Kebangsaan
Kebangsaan Malaysia
2 Johan Pertandingan Video Antibuli, Anjuran 2020 Kebangsaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Tempat Ketiga Pertandingan Digital Video
3 STEM, Anjuran Kementerian Pendidikan 2020 Kebangsaan
Malaysia
Tempat Ketiga, Pertandingan Video Normal
4 Baharu Covid 19, Anjran Kementerian 2020 Kebangsaan
Pendidikan Malaysia
5 Best Entertainment Award. KWN Global 2019 Antarabangsa
Panaonic, Video Contest, Tokyo Jepun.
6 Special Award, KWN Panasonic Video 2019 Kebangsaan
Contest Malaysia
7 Special Jury Award, Malaysia Digital Film 2019 Kebangsaan
Award
64
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
Naib Johan, Pertandingan Video Pendek
8 Merdeka, Jabatan Penerangan Negeri 2019 Kebangsaan
Perak 2019 Kebangsaan
2019 Kebangsaan
9 Johan Drama Festival Kuala Lumpur 2019 Kebangsaan
Anjuran TV3 2019 Kebangsaan
2018 Kebangsaan
10 Anugerah Filem Terbaik Kategori Sekolah.
15th. Mini Short Film Festival, UNIMAS 2018 Kebangsaan
2018 Kebangsaan
Anugerah Khas Juri, Pertandingan Digital 2018 Kebangsaan
2018 Kebangsaan
11 Video STEM, Anjuran Kementerian 2018 Kebangsaan
Pendidikan Malaysia 2018 Kebangsaan
2018 Kebangsaan
12 Naib Johan Fita Wave Short Film Festival
UiTM
Johan Pertandingan Video Pendek Nilai-
13 Nilai Murni “Adab” – Anjuran Jabatan
Warisan Negara
Johan Video Pendek – Semerak Baiduri
14 Drama Team Sempena Simposium Hal
Ehwal Murid Peringkat Kebangsaan
15 Johan Pertandingan Video Buddy Not Bully,
Anjuran JCI Bandar Klang
16 Naib Johan Pertandingan Video Drama
Festival Kuala Lumpur, Anjuran TV3
17 Johan Pertandingan Video KWN Panasonic,
Anjruran Panasonic
18 Tempat Ketiga Pertandingan Video Pendek
Hak Asasi Manusia, Anjuran SUHAKAM
19 Johan & Naib Johan 14th Mini Short Film
Festival, Anjuran UNIMAS
20 Promising Young Mind Award, Indie Short
Film Festival, Anjuran UUM
Berikut adalah rakaman kejayaan yang diperoleh:
Anugerah Khas Juri Katagori Video,
Pertandingan Petrosains Show
65
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
Anugerah Best Script Writing,
Pertandingan Filem Pendek
My Sekolah
Anjuran IACT College
Johan, Naib Johan dan Anugerah
Skrip Terbaik Pertandingan Video
Pendek Patriotik, Anjuran UPSI
Role Model Award, Pertandingan
Filem Pendek MySekolah, anjuran
IACT College
Young Promising Mind Award, Asian
Youth Indie Film Festival 2018
anjuran Universiti Utara Malaysia
66
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
Johan dan Naib Johan 14th Mini
Short Film Festival, Anjuran
Universiti Malaysia Sarawak.
Excellent Award di Festival Filem
Kanak-kanak Antarabangsa
Hokaido Jepun anjuran Kedutaan
Jepun
Naib Johan Pertandingan Iklan
Pendek Thalasemia, Anjuran
Kementerian Kesihatan Malaysia
Johan Drama Festival Kuala
Lumpur 2019 Anjuran TV3
67
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
Naib Johan FitaWave Short Film
Festival, Anjuran Universiti
Teknologi Mara
Johan 15th Mini Short Film
Festival, Anjuran Universiti
Malaysia Sarawak
Best Entertainment Award,
Panasonic KWN Global
Video Contest, Tokyo Japan
Anjuran Panasonic Global
RUMUSAN
Aktiviti produksi Kelab Drama Semerak Baiduri telah banyak membuka pintu pengalaman baharu
kepada pelajar-pelajar yang menyertainya. Mereka telah diberi peluang untuk menceburi idea-idea
yang mungkin tidak mampu diaplikasikan di dalam kelas namun sesuai dilontarkan melalui medium
penghasilan filem pendek. Keyakinan diri, tahap pemikiran aras tinggi dan kritikal serta semangat
kerjasama mereka juga berkembang dan menjadi lebih baik. Sekolah pula secara tidak langsung
mendapat peningkatan kecemerlangan kokurikulum melalui kemenangan yang mereka peroleh. Ini
menunjukkan bahawa pelajar-pelajar yang terlibat dan sekolah mendapat impak positif melalui
penyertaan mereka dalam aktiviti filem pendek.
RUJUKAN
Ng, C. T. (2013). Classroom video project: an investigation on students’ perception.
68
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
PEMBANGUNAN BRILLIANT CHESS DAN IMPAK KEPADA
KEMENJADIAN MURID DI SK KAMIL (1)
Samsul Bahari bin Mohd. Jali
Guru Besar SK Kamil 1 Pasir Puteh Kelantan
Mohammad Sharidan bin Harun
Penolong Kanan Kokurikulum SK Kamil 1 Pasir Puteh
Sahila binti Hassan
Setiausaha Hal Ehwal Murid SK Kamil 1 Pasir Puteh
ABSTRAK
Kecemerlangan aktiviti kokurikulum diberi perhatian pada masa kini kerana kemenjadian murid
dalam bidang kokurikulum menjadi aspek penting dalam sistem pendidikan yang seimbang.
Pencapaian kecemerlangan kokurikulum di Sekolah Kebangsaan (SK) Kamil (1). Pada tahun
2017 dan 2018, mengikut Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2)
pencapaian kokurikulum berada pada Tahap Sederhana iaitu 66% dan 68%. Projek
Pembangunan Brilliant Chess dirancang dan dilaksanakan di SK Kamil (1) bermula Januari 2019
sehingga November 2020. Anjakan tranformasi sekolah dalam bidang kokurikulum dirancang
khas untuk menghasilkan kemenjadian murid yang berterusan dalam sukan catur di peringkat
daerah, negeri dan kebangsaan. Seramai 125 orang murid terlibat dalam Pembanggunan Brilliant
Chess. Pada tahun 2019 Peratus Kecemerlangan Kokurikulum telah meningkat kepada 80%.
Pembangunan Briallint Chess berjaya memberi impak positif kepada kemenjadian murid dalam
sukan catur. Matlamat amalan terbaik ini tidak mungkin akan dicapai sekiranya tanggungjawab
ini hanya terletak di bahu pihak sekolah sahaja. Proses kemenjadian murid adalah hasil daripada
usaha dan kolaborasi semua pihak iaitu ibu bapa yang sentiasa menyokong minat dan bakat anak-
anak, sokongan Persatuan Ibu bapa dan Guru, PPD, JPN, KPM serta agensi luar seperti kelab dan
persatuan swasta. Diharap perkongsian amalan terbaik ini dapat memberikan input kepada pihak
sekolah untuk merancang strategi, mengurus dan melaksanakannya secara sistematik, cekap
dan berkesan agar hasrat kerajaan untuk melahirkan kemenjadian murid yang seimbang selaras
dengan 6 aspirasi murid dalam PPPM (2013-2025) dapat direalisasikan.
Kata Kunci: Pembangunan Brilliant Chess, catur, kemenjadian murid
LATAR BELAKANG
Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S) telah diperkenalkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada tahun
2011. Kepentingan dasar ini adalah untuk program pembangunan sukan di sekolah-sekolah. Dasar
1M1S merupakan serampang dua (2) mata untuk melengkapkan skop pembangunan sekolah iaitu
melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi rohani dan intelek. Dasar ni juga berupaya
untuk meningkatkan kadar penglibatan dan penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis
sukan atau permainan di sekolah. Melalui dasar ini, membolehkan guru-guru mencungkil bakat murid
dalam bidang sukan atau permainan. Selain itu, kerajaan juga telah melancarkan Pelan
Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013-2025 pada 6 September 2013. Antara komponen utama
PPPM adalah fokus kepada 6 aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran befikir, kemahiran
memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional. Amalan terbaik yang
dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kamil (1) adalah garapan daripada komponen aspirasi
murid dan dasar 1M1S.
69
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
Antara sukan yang dapat melahirkan murid yang seimbang dan meningkatkan kecerdasan
minda murid ialah sukan catur. Adolf Anderssen (dalam Wilson & Alberston, 199:5) menyatakan
bahawa catur adalah gimnazium minda. Manakala Anatoly Karpov (dalam Kasparof, 2017:4)
menyatakan catur adalah segalanya, seni sains dan olahraga. Pendapat tesebut jelas menunjukkan
catur adalah suatu permainan minda yang menuntut seseorang pencatur menyediakan diri, bukan
sahaja dalam mengatur strategi dan taktikal permainan di atas 64 petak catur, malahan pencatur
yang baik memerlukan persiapan aspek pengetahuan, kesediaan fizikal dan mental serta kawalan
emosi selain pengalaman bermain. Penyusunan program dan latihan yang terancang akan melahirkan
pemain catur yang mampu bersaing di peringkat yang tertingi.
Terdapat ramai tokoh-tokoh pencatur dunia yang hebat seperti Bobby Fisher, Antioly Karpov,
Garry Kasparof dan Viswanathan Anand yang bermula bermain catur pada usia kana-kanak dan
mendapat gelaran grandmaster pada usia muda. Terdapat banyak kajian dijalankan tentang sukan
catur, Menurut (Farhad, Mozafa, & Ali (2012), catur dapat meningkatkah daya ingat dan
meningkatkan kemampuan fikiran dalam penyelasaian masalah matematik. Jerad, Anders & Ralf
(2012). Menyatakan pemain catur menggunakan Kajian oleh Ayperi (2016). Mendapati kanak-kanak
yang mendapat latihan catur memperolehi markah lebih tinggi dalam perkembangan minda yang
kreatif. berbanding kanak-kanak yang tidak mengikuti latihan catur. Anique, Ellen & Jimmie. (2014).
Mendapati keseronokan darjah kecedasan pemain catur akan meningkat dengan adanya motivasi
dan sokongan. Dapatan daripada kajian lepas dapat mengukuhkan lagi Pembangunan Brilliant Chess
di SK Kamil (1).
ISU/MASALAH
Pembangunan Briliant Chess tercetus apabila pihak pentadbir melihat peratus pencapaian
kecemerlangan kokurikulum di sekolah berada pada tahap yang kurang memberangsangkan. Pada
tahun 2017 dan 2018, menurut penilaian Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2
(SKPMg2), pencapaian kokurikulum sekolah berada pada Tahap Sederhana iaitu 66% dan 68%.
Justeru, kepentingan aktiviti kokurikulum perlu diberi perhatian kerana pencapaian murid dalam
bidang kokurikulum merupakan landasan terbaik dalam usaha meningkatkan kemenjadian murid
dalam sukan catur.
Rajah 1: SWOT analisis untuk sukan catur di SK Kamil (1)
70
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
Hasil perbincangan bersama Unit Kecemerlangan Kokurikulum sekolah didapati sukan yang
dapat meningkat kecemerlangan kokurikulum murid adalah sukan catur, Menyedari hakikat ini, pihak
sekolah mengambil keputusan membuat analisis SWOT untuk mengesan faktor dalaman iaitu segi
kekuatan dan kelemahan serta faktor luaran iaitu peluang dan cabaran seperti ditunjukkan dalam
Rajah 1 seperti berikut:
Analisis SWOT dapat membantu sekolah merancang strategi dan langkah proaktif
melaksanakan pembangunan catur yang intensif untuk menarik minat murid seawal umur 7 tahun.
Guru-guru catur juga dapat mencungkil bakat baru serta melatih murid supaya mempunyai asas
permainan catur seperti fungsi buah catur, pergerakan peraturan sehingga mahir membuat
pergerakan opening, middle dan endgame.
Pembangunan Brilliant Chess dirangka supaya murid yang dikesan mempunyai kebolehan
sukan catur dapat menguasai pelbagai kemahiran kognitif yang penting seperti pemikiran yang kreatif
dan kritis supaya murid berupaya menganalisis maklumat secara logik bagi penyelesaian masalah
dan berani membuat keputusan. Selain itu, sukan catur juga dapat melatih murid untuk mengawal
emosi serta mempunyai semangat dan daya saing yang tinggi. Diharap Pembangunan Brilliant Chess
mampu memperkasakan sukan catur di sekolah dan melahirkan murid yang mempunyai kemahiran
permainan catur yang tinggi seterusnya mewujudkan catur sebagai penanda aras untuk
kecemerlangan kokurikulum sekolah.
RASIONAL/MATLAMAT
Melalui Pembangunan Brilliant Chess diharap dapat:
i. Memupuk minat dan mencungkil bakat murid dalam permainan catur seawal umur 7
tahun.
ii. Melahirkan lebih ramai pencatur yang kompetetif dan mampu membawa cabaran ke
daerah, negeri dan kebangsaan anjuran KPM serta agensi luar
iii. Meningkatkan peratus kecemerlangan kokurikulum murid dan sekolah.
iv. Mengeratkan hubungan sekolah dengan dengan ibu bapa melalui PIBG, PPD, JPN, KPM
dan agensi luar.
INOVASI (PROSEDUR DAN PROSES KERJA)
Pelaksanan amalan terbaik dalam Pembangunan Brilliant Chess bermula pada Januari 2019
sehingga November 2020. Inovasi ini diilhamkan sendiri oleh Encik Samsul Bahari bin Mohd. Jali,
Guru Besar SK Kamil (1) dan kolaborasi bersama Jawatankuasa Kecemerlangan Kokurikulum yang
diketuai oleh Encik Mohammad Sharidan bin Harun selaku Guru Penolong Kanan Kokurikulum.
Inovasi ini juga telah mendapat sokongan penuh oleh En. Hishamuddin bin Rashid, Yang Dipertua
PIBG SK kamil (1). Pembangunan Brilliant Chess dilaksanakan di luar waktu pengajaran dan
pembelajaran (PdP) iaitu pada waktu luang murid. Latihan diadakan pada waktu pagi dan waktu rehat
setiap hari Ahad sehingga Selasa dan pada setiap hari Jumaat. Jadual Brilliant Chess adalah seperti
dalam Jadual 1:
71
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
Jadual 1: Jadual waktu latihan Pembangunan Brilliant Chess
HARI / MASA 7.00 -7.30 pagi 10.00-10.15 Pagi (Tahap 1) 10.30-10.45 pagi (Tahap 2)
AHAD – 7.00 -7.30 pagi 10.00-10.15 10.30-10.45 pagi
SELASA
Latihan di sekolah 9.00 pagi -12.00 tengahari
JUMAAT Menyertai pertandingan anjuran Persatuan catur Negeri Kelantan
SABTU (8.00 pagi-5.30 petang)
Pembangunan Brilliant Chess melibatkan 125 orang murid dari tahun 1 sehingga tahun 6.
Inovasi dalam Pembangunan Brilliant Chess melalui proses kerja yang dirancang seperti Rajah 2
seperti berikut:
Rajah 2: Proses Kerja Pembangunan Brilliant Chess.
Pembangunan Brilliant Chess menggunakan modul yang terancang. Pendedahan awal
adalah memperkenalkan permainan catur supaya dapat membuka minda dan memupuk minat murid
untuk bermain catur. Pada peringkat awal pihak sekolah menyediakan set permainan catur di ruang
legar sekolah dan menggalakan murid bermain catur secara santai untuk mengisi masa lapang
seperti waktu awal pagi dan semasa waktu rehat. Setiap kelas juga di sarankan menyediakan sudut
catur di dalam bilik darjah supaya murid dapat membudayakan permainan catur di sekolah dan di
rumah. Projek ini mendapat sokongan padu daripada PIBG. Pihak sekolah juga memaklumkan Projek
Pembangunan Brilliant Chess kepada ibu bapa dan penjaga murid supaya dapat sama-sama
menjayakan projek ini. Hal ini bertepatan dengan matlamat Pembangunan Brilliant Chess iaitu untuk
mengeratkan hubungan dan kolaborasi yang lebih baik antara sekolah dan ibu bapa.
Pembangunan Brilliant Chess menggunakan 9 modul yang dibina untuk mengesan bakat
murid dalam sukan catur supaya dapat digilap sebelum menyertai pertandingan. Modul ini juga
digunakan untuk menyediakan pelapis cilik supaya pembangunan catur ini dapat dilaksanakan
secara berterusan. Modul Pembangunan Brilliant Chess adalah merujuk jadual 2 seperti berikut:
72
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
Jadual 2: Sembilan (9) Modul Pembangunan Brilliant Chess
MODUL TAJUK TEMA OBJEKTIF AKTIVITI
1 Pengenalan Nama setiap Memperkenalkan 1.Memperkenalkan nama
2 permainan buah catur dan nama setiap buah
3 kedudukan setiap buah catur
4 catur buah catur catur dan 2.Menunjukkan kedudukan
5 menerangkan
Peraturan Peraturan kedudukan setiap yang betul bagi setiap buah
6 permainan permainan buah catur dalam catur
Fungsi buah Fungsi buah
7 catur dalam permainan 1.Menerangkan peraturan-
catur permainan Memperkenalkan peraturan dalam permainan
8 Teknik Asas Teknik asas peraturan permaian catur
9 permainan
Teknik catur 1.Menerangkan fungsi buah
gerakan catur Menerangkan fungsi catur dalam permainan.
-Kenaikan
khas buah catur dalam 1.Menerangkan teknik asas
Bidak permainan permainan catur.
Teknik
gerakan -Kingside Menerangkan teknik 1.Menerangkan cara untuk
castling asas permainan melakukan teknik kenaikan
khas catur bidak
-Queenside
Teknik castling Menerangkan teknik 2.Murid berlatih bermain
gerakan kenaikan bidak menggunakan teknik
-En passant kenaikan bidak.
khas Menerangkan teknik
Latihan dan fungsi Kingside 1.Menerangkan cara untuk
Teknik permainan melakukan teknik Kingside
gerakan castling castling
catur
khas Menerangkan teknik 2.Menerangkan
dan fungsi fungsiKingside castling
Latihan
catur yang Queenside castling 3.Murid berlatih bermain
berterusan menggunakan teknik
Menerangkan teknik Kingside castling
dan fungsi En
passant 1.Menerangkan cara untuk
melakukan teknik
Melatih murid teknik
yang betul dalam Queenside castling.
permainan catur 2.Menerangkan fungsi
73
Queenside castling.
3.Murid berlatih bermain
menggunakan teknik
Queenside castling
1.Menerangkan cara untuk
melakukan teknik En
passant
2.Menerangkan fungsi En
passant
3.Murid berlatih bermain
menggunakan teknik En
passant
1.Murid-murid berlatih
bermain catur bersama-
sama rakan sambil
dibimbing oleh guru
penasihat
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
Semua murid yang terlibat akan melalui modul yang disediakan dan murid yang dikesan
memiliki bakat dan minat dalam sukan catur akan dipilih untuk dilatih secara intensif termasuk
latihan secara individu bersama jurulatih sekolah atau jurulatih luar. Pada peringkat ini komitmen dan
semangat daripada peserta dan ibu bapa berada pada tahap yang sangat tinggi.
DAPATAN PENEMUAN
Hasil daripada amalan terbaik Pembangunan Brilliant Chess di SK Kamil (1) yang telah
bermula Januari 2019 sehingga November 2020, 125 orang murid yang terlibat dalam Pembangunan
Brilliant Chess telah menunjukkan impak yang sangat besar kepada sekolah. Matlamat
Pembangunan Brilliant Chess untuk memupuk minat dan mencungkil bakat murid dalam permainan
catur seawal umur 7 tahun berjaya dicapai di mana 20 orang murid yang berumur 7 tahun berminat
untuk bermain catur.
Seramai 27 orang murid tahun 2 dan tahun 3 dengan jumlah keseluruhan adalah seramai
67 orang termasuk murid Tahun 1 terlibat dalam pembangunan Brilliant Chess. Apa yang lebih
membanggakan seramai 10 orang murid Tahap 1 iaitu yang berumur 8 hingga 9 tahun terpilih dan
layak ke pertandingan catur MSSD. Penyertaan Brilliant Chess daripada Tahap 2 adalah seramai 58
orang murid.
Pembangunan Brilliant Chess diharap dapat melahirkan lebih ramai pencatur yang
kompetetif dan mampu membawa cabaran ke peringkat daerah, negeri dan kebangsaan anjuran
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta agensi luar. Bermula Januari 2019 sehingga
November 2020, pencatur SK Kamil (1) yang dibangunkan melalui Brilliant Chess sentiasa menyertai
pertandingan catur untuk mempraktikkan apa yang telah dipelajari dan mengasah bakat serta minat
mereka dalam menyertai pertandingan catur MSSD, MSSK, MSSM, Kementerian Pendidikan
Malaysia, Persatuan Catur Negeri Kelantan, Institusi Pengajian Tinggi, dan sekolah-sekolah sekitar
Kelantan, anjuran sektor awam atau swasta. Selain itu, semasa berlakunya Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) jurulatih sekolah mengambil langkah yang proaktif di mana para peserta
Pembangunan Brilliant Chess berlatih dan bertanding di platform atas talian Lichess.org. Jadual 3
menunjuk senarai penyertaan pertandingan catur dan kejayaan yang di peroleh sepanjang Januari
2019 sehingga November 2020.
Merujuk kepada Jadual 3, Pembangunan Brilliant Chess membuktikan minat dan bakat
sememangnya boleh digilap dengan perancangan yang berkesan berserta sokongan pelbagai pihak.
Pada tahun 2019, Nur Athilah binti Rizani 12 tahun telah membuktikan SK Kamil (1) merupakan
sekolah yang mampu melahirkan pemain-pemain yang berbakat untuk diketengahkan ke peringkat
kebangsaan (MSSM). Pada Januari 2020, 2 orang peserta Pembangunan Brilliant Chess iaitu
Muhammed Ammar Rayyan bin Abd. Shukur mendapat Naib Johan kategori bawah 8 tahun manakala
Alya A’isyah binti Amiruddin 9 tahun menerima kategori terbaik bawah 10 dalam Kuala Krai
International Chess Festival 2020. Pada Februari 2020, 2 orang pencatur SK Kamil (1) berjaya beraksi
kali pertama di Majlis Sukan Sekolah Kelantan (MSSK) pada usia 9 tahun. Kemenjadian murid dalam
sukan catur telah membantu meningkatkan peratus kecemerlangan kokurikulum di sekolah kepada
80% pada 2019 Hal yang demikan, selayaknya SK Kamil (1) Pasir Puteh Kelantan telah dinobatkan
Johan Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2019 kategori Sekolah Cemerlang Kokurikulum
Sekolah Rendah (Bandar) Negeri Kelantan.
Kolaborasi dan permuafakatan bersama komuniti dan organisasi luaran penting dalam
menggarap kemenjadian murid dan kejayaan sekolah. Pembangunan Brilliant Chess dilihat dapat
menjalin konsep kerjasama yang boleh dilaksanakan di pelbagai peringkat seperti diantara ibu bapa,
bersama pihak PIBG, guru-guru dan jurulatih di antara sekolah, PPD, JPN, KPM, institusi pendidikan
tinggi, kelab catur negeri, serta bersama komuniti dan agensi swasta lain.
74
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
Jadual 3: Senarai penyertaan dan kejayaan Brilliant Chess.
2019
Januari 2019 Pembangunan Brilliant Chess SK Kamil (1) bermula
BIL TARIKH KEJOHANAN PERINGKAT PENCAPAIAN
Tertutup PPD P.Puteh Daerah Johan 12 (P)
1 28 Mac Terbaik (9P)
2019 N. Johan 12(P)
terbaik (10L)
2 20 April Tertutup PPD Machang Daerah Johan 12(P)
2019 Ke 6 12(P)
3 24 April MSSD Daerah Nur Athilah binti Rizani
2019 Negeri
Open Piala Pusingan
4 Mei 2019 Dato' Azhar hj. Yusof Negeri
4 18-22 Ogos MSSK
2019
MSSM Kebangsaan Nur Athilah binti Rizani
5 1-8 Ogos
2019 PKB Merdeka Negeri N. Johan 12(P)
Chess Tournament Negeri ke 4 (12L)
6 14 Sept Negeri Terbaik (8L)
2019 Catur Jemputan Terbaik (8L)
Kolej Poly-Tech MARA Negeri
7 29 Sep.2019 KPTM Age-Open Chess Penyertaan
8 9-10 Nov Festival ke 5 (12P)
2019 Kejohanan Catur
Penyertaan
9 29 Nov 2019 Kampus USM
UiTM Open
10 23 Nov 2019
Championship
Rector Cup
2020
1 23-25 Jan MRSM Kuala Krai Antarabangsa N.Johan (10L)
2020 International Terbaik (10P)
Chess Festival
2 1 Feb 2020 Kejohanan Catur Negeri ke 5 (12P)
PCNK-KPTM ke 4 (12L)
3 11-13 Feb MSSD Daerah ke 3 (12P)
2020 Ke 4 (12L)
5 15 Feb 2020 Kejohanan Catur Negeri Johan (12P)
Cabaran Pra MSSK
6 22-25 Feb MSSK Negeri Muhammed Amsyar
2020 Rayyan b. Abdul Shukur
Alya A'isyah bt. Amiruddin
Tempoh Perintah Kawalan pergerakan (PKP)
7 10 Okt 2020 Kej. Catur 10 Tahun Negeri Penyertaan
8 17 Okt 2020 PCNK
Junior Superstar Kebangsaan Penyertaan
Championship (online)
9 12 Dis. 2020 Kej. Catur Bandar Kebangsaan Penyertaan
Patin, Pahang (online)
75
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
Gambar-gambar di bawah adalah rakaman aktiviti yang disertai oleh murid-murid SK Kamil (1) dalam
sukan catur.
Rakaman Aktiviti Pembangunan Brilliant Chess 2019-2020
76
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
Rakaman Aktiviti Pembangunan Brilliant Chess 2019-2020
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Beberapa cadangan penambahbaikan akan dilaksanakan oleh pihak sekolah dalam memperkasakan
Pembangunan Brilliant Chess SK Kamil (1):
1. Membaikpulih satu bilik yang sesuai dan kondusif untuk kegunaan sesi latihan catur murid-
murid pada 2021.
2. Menggalakkan guru penasihat atau mana-mana guru yang berminat mengikuti kursus
kejurulatihan bagi mengurangkan kebergantungan yang tinggi kepada kepakaran jurulatih
luar yang melibatkan sejumlah dana apabila menggunakan perkhidmatan mereka
3. Mempergiatkan aktiviti jaringan dan jalinan dengan ahli sistem sosial di sekolah, PIBG, PPD,
JPN, KPM serta komuniti setempat dan swasta untuk memohon kerjasama dalam pelbagai
bentuk sama ada bentuk sumber dana, peralatan catur seperti set catur, set jam atau
menganjurkan klinik catur percuma kepada murid-murid SK Kamil 1.
4. Senario kejohanan catur di peringkat kebangsaan dan antarabangsa menunjukkan 90%
peserta-perserta catur adalah di kalangan anak-anak jurulatih yang telah didedahkan dengan
77
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
permainan catur di rumah seawal usia 4 tahun lagi. Ibu bapa akan disarankan memberi
peluang dan sokongan kepada anak masing-masing untuk mengembangkan bakat dan minat
mereka melalui sukan catur sebelum mereka ke sekolah rendah lagi.
5. Permainan catur akan diperkenalkan kepada murid prasekolah sebagai usaha menyediakan
pelapis Pembangunan Brilliant Chess pertandingan di peringkat PPD supaya bakat catur
dapat dikesan pada awal usia.
RUMUSAN
Menurut Nor Suhara dan Jamil (2010), kegiatan kokurikulum di sekolah perlu dirancang, diurus dan
dilaksanakan secara sistematik, cekap dan berkesan agar pelaksanaan kokurikulum selari dengan
kecemerlangan kurikulum untuk melahirkan generasi muda yang holistik serta seimbang dari segi
intelek, emosi, jasmani dan rohani. Kemenjadian murid yang memberangsangkan melalui projek
Pembangunan Brilliant Chess ini tidak mungkin akan dicapai sekiranya tanggungjawab ini hanya
terletak di bahu pihak sekolah sahaja. Proses kemenjadian murid adalah hasil daripada usaha dan
kerjasama semua pihak iaitu ibu bapa yang sentiasa menyokong minat dan bakat anak-anak, PIBG,
sokongan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Puteh, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan serta agensi
luar seperti Akademik Catur Negeri Kelantan.
Pembangunan Brilliant Chess di SK Kamil (1) merupakan projek jangka masa yang panjang
kerana usaha untuk melahirkan pelapis dan generasi pencatur yang hebat memerlukan proses yang
berterusan dan sokongan daripada semua pihak. Semoga usaha dalam amalan terbaik di SK Kamil
(1) dapat memberi panduan kepada sekolah-sekolah di Daerah Pasir Puteh, khasnya dan semua
sekolah amnya.
RUJUKAN
Garry Kasparof (2017). Deep Thinking: Where Machine Intelligent and Human Creativity Begins. Public
Affairs, New York.
Wilson & Alberston. (2002). Tactical Chess Puzzles. Goodwill Publishing House. New Delhi.India
Anique, Ellen & Jimmie (2014). Practice, Intelligence, and Enjoyment in Novice Chess Players: A
prospective study at the earliest stage of a chess career. Journal of
Intelligence 45, 18-25
Ayperi.(2016). An Investigation on The Effectiveness of Chess Training on Creativity and Theory of
mind development at early childhood. Journal of Academic11, 056-1063
Farhad, Mozafa & Ali, (2012). Investigation The Impact of Chess Play on Developing Meta-cognitive
Ability and Math Problem-solving Power of Students at Different Levels of Education. Journal
of Social and Behavioral Sciences 32, 372 -379
Jerad, Anders, & Ralf. (2012). The Role of Intuition and Deliberative Thinking In expertsSuperior
Tactical Decision-making. Journal of Cognition 124, 72–78
Nor Suhara Fadzil, & Jamil Ahmad. (2010). Kepentingan Kokurikulum Dalam Pendidikan di Sekolah
Menengah. In Proceedings of The 4th International Conference on Teacher Education; Join
Conference UPI & UPSI (pp. 8–10).
78
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
PROGRAM SIMULASI TEMU DUGA SMK KAMIL
Mohd Razak bin Che Yaakob
Pengetua SMK Kamil Pasir Puteh
Nik Nurul Hayati binti Nik Ahamad Sukri
Noor Laili binti Ab Manaf
Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa
Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil
ABSTRAK
Amalan terbaik Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Kamil ialah Program Simulasi Temu Duga
dan Penulisan Resume. Program ini dilaksanakan kepada semua pelajar tingkatan 5 dan 6 di
SMK Kamil. Program ini merupakan program tahunan Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan
kerjasama Panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Program simulasi menghadapi temu
duga kepada pelajar-pelajar Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
merupakan usaha awal untuk memberi pendedahan kepada mereka sebagai persediaan awal
menghadapi temu duga kemasukan sama ada ke pusat pengajian tinggi atau ketika menghadapi
temu duga memohon pekerjaan. Persaingan sengit antara pelajar untuk mendapat tajaan
biasiswa atau penempatan ke universiti awam jelas menunjukkan bahawa hanya pelajar yang
benar-benar berkualiti dan berkelayakan akan terpilih. ‘Berkualiti’ bukan hanya disandarkan
kepada pencapaian akademik yang cemerlang semata-mata tetapi yang lebih penting ialah
penampilan mereka semasa ditemu duga. Cara atau gaya mereka menyampaikan maklumat atau
pandangan dengan lancar dan jelas terutama sekali dalam bahasa Inggeris adalah eleman
terpenting dalam kejayaan calon temu duga. Program ini merupakan salah satu usaha pihak
sekolah untuk memastikan pelajar-pelajar mendapat pengalaman menghadapi temu duga yang
sebenar. Program ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang persediaan
yang perlu dilakukan oleh pelajar dalam proses menghadapi temu duga sama ada ketika
memohon pekerjaan, mendapatkan tajaan biasiswa atau untuk kemasukan ke universiti. Melalui
program ini, diharapkan pelajar juga dapat berkongsi pengalaman dan tip-tip positif untuk
menghadapi temu duga dengan rakan-rakan yang lain.
Kata Kunci: Program Simulasi Temu Duga dan Penulisan Resume
LATAR BELAKANG SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil atau ringkasnya dikenali sebagai SMK Kamil, merupakan
Sekolah Kawalan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Puteh. SMK Kamil lebih dikenali sebagai KCS
(Kamil Cluster School) dalam kalangan warganya setelah mendapat anugerah Sekolah Kluster
Kecemerlangan.
SMK Kamil ditubuhkan pada tahun 1954. Pada awal penubuhannya, sekolah ini dinamakan
‘Government English School’. Kemudian, pada tahun 1955, nama sekolah ditukar kepada ‘Kamil
English’ mengambil sempena nama Dato’ Nik Ahmad Kamil Bin Dato’ Nik Mahmood yang pada masa
itu merupakan Menteri Besar Kelantan. Pada tahun 2015, SMK Kamil telah berjaya meraih gelaran
Sekolah Kluster Kecemerlangan.
79
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
ISU DAN PUNCA
Pihak sekolah merancang dan melaksanakan program ini disebabkan ramai dalam kalangan pelajar
SMK Kamil masih tidak mampu untuk bersaing dengan pelajar lain terutamanya bukan bumiputera
dalam menghadapi temu duga berbentuk kumpulan. Pasaran kerja sangat dinamik dan tempat untuk
mendapatkan tajaan pelajaran juga sangat terhad. Kelulusan sahaja belum memadai untuk
mendapat tempat dalam sesuatu bidang yang diingini. Pasaran terbuka memerlukan calon dinamik
dan ‘multitasking’. Lantaran itu, persediaan yang mantap perlu dilakukan sebelum menghadapi
sebarang temu duga. Faktor ini mendorong pihak sekolah untuk mengadakan Program Simulasi Temu
Duga untuk pelajar SPM dan STPM.
Pencapaian cemerlang dalam akademik bukan penentu mutlak untuk lulus temu duga.
Terdapat calon yang cemerlang dalam akademik, tetapi tidak berjaya mendapat tempat dalam tajaan
pelajaran atau pekerjaan kerana gagal dalam temu duga. Pencapaian akademik yang cemerlang
bukanlah satu-satunya kriteria yang wajib, tetapi penemuduga akan memilih calon yang mempunyai
perwatakan yang menunjukkan kematangan berfikir, daya análisis yang tinggi, mudah bergaul,
peramah, senang berkawan serta boleh bekerja secara sepasukan. Pengalaman ini tidak terdapat
dalam sijil akademik tetapi melalui Program Simulasi Temu Duga.
Faktor kedua pihak sekolah mengadakan Program Simulasi Temu Duga ialah tahap
kemahiran komunikasi pelajar yang sederhana. Kemahiran berkomunikasi memainkan peranan yang
penting untuk menjadikan diri pelajar sebagai calon terbaik untuk terpilih mendapat tajaan pelajaran
atau kursus yang dipohon oleh pelajar. Melalui teknik komunikasi yang berkesan, pelajar boleh
memikat panel penemuduga untuk memilih mereka berbanding calon-calon yang lain. Oleh itu,
melalui program ini pelajar dapat meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi.
Program Simulasi Temu Duga ini juga melatih pelajar untuk menonjolkan kemahiran komunikasi yang
baik, pemikiran yang kritis, peka kepada isu-isu semasa terutamanya dalam kursus pengajian yang
dipohon oleh pelajar.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri pelajar bagi menghadapi temu
duga kerana kebanyakan pelajar bersikap pasif iaitu tidak menonjolkan diri dan kurang yakin dalam
mengemukakan idea. Pelajar lebih banyak mendengar daripada menyatakan sebarang pandangan
kepada calon-calon lain ketika sesi perbincangan. Pelajar tidak yakin dengan jawapan yang diberi
serta tidak dapat mengembangkan idea dan hanya menjawab ‘ya’ atau ‘tidak’ sahaja.
Walau bagaimanapun, terdapat juga pelajar yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
Mereka ingin menguasai kumpulan dan hanya dirinya sahaja yang ingin bercakap dan melahirkan
idea. Mereka tidak memberi peluang kepada orang lain untuk menyatakan idea dan bercakap.
Keadaan ini juga tidak seharusnya berlaku semasa proses temu duga.
Pelajar juga tidak membuat persediaan yang rapi mengenai program pengajian yang ingin
diikuti di universiti. Mereka kurang membuat persediaan atau mencari maklumat berkaitan program
pengajian yang ingin dipohon dan senarai kementerian, agensi atau badan berkanun yang
menawarkan tajaan biasiswa atau pinjaman pendidikan. Pelajar juga lemah dalam pengetahuan am
dan amat sedikit pengetahuan tentang isu-isu semasa yang berlaku sama ada di dalam ataupun di
luar negara.
Setelah pelajar menduduki Program Simulasi Temu Duga pelajar mendapat pengalaman
baharu dan mereka dapat membaiki kesilapan yang pernah dilakukan apabila menghadiri temu duga
yang sebenar. Guru Bimbingan dan Kaunseling juga akan membuat refleksi dari kelas ke kelas untuk
menerangkan hasil atau dapatan daripada program ini iaitu kelebihan dan kelemahan yang telah
dilakukan oleh pelajar.
80
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
PROSES KERJA / METODOLOGI KAJIAN
Sebelum Program Simulasi Temu Duga dijalankan, para pelajar akan mengikuti ceramah Persediaan
Menghadapi Temu Duga dan Penulisan Resume. Unit Bimbingan dan Kaunseling akan mengundang
penceramah jemputan untuk berkongsi tip-tip menghadapi temu duga dan penulisan resume sebagai
persiapan awal sebelum pelajar menduduki simulasi temu duga. Guru Bimbingan dan Kaunseling
akan memberi tempoh selama satu minggu kepada pelajar untuk membuat resume dan persiapan
menghadapi simulasi temu duga.
Seterusnya, Guru Bimbingan dan Kaunseling akan memberi surat tawaran menghadiri temu
duga tajaan pelajaran kepada semua pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6. Surat tawaran yang hampir
menyamai surat tawaran sebenar mengandungi pelbagai maklumat yang perlu dipatuhi oleh calon
temu duga seperti jenis tawaran, tarikh, masa dan pelbagai maklumat lagi. Kesemua arahan yang
terkandung dalam surat tawaran temu duga perlu dipatuhi oleh pelajar dan surat tersebut wajib
dibawa bersama semasa menghadiri sesi temu duga.
Program Simulasi Temu Duga ini diadakan selama tiga hari yang melibatkan dua tempat sesi temu
duga. Program Simulasi Temu Duga dilakukan secara berkumpulan iaitu pelajar akan ditetapkan
seramai lima atau enam orang dalam satu kumpulan. Masa yang ditetapkan untuk setiap sesi temu
duga ialah selama 20 minit bagi setiap kumpulan.
Semasa sesi Program Simulasi Temu Duga dijalankan, pelajar akan berpakaian kemas dan
bersih sebagaimana menghadiri temu duga yang sebenar iaitu menjaga penampilan diri. Pelajar
perempuan akan memakai pakaian yang berwarna lembut dan tidak berwarna-warni, manakala
pelajar lelaki memakai kemeja berlengan panjang, bertali leher dan berseluar ‘slack’. Pelajar
dikehendaki memakai kasut dan tanda nama kerana markah penampilan diri akan diambil kira
semasa program ini dijalankan.
Panel penemuduga adalah terdiri daripada dua orang guru untuk setiap bilik temu duga. Guru
yang terlibat ialah guru Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Soalan akan dikemukakan dalam
dwibahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Soalan yang akan ditanyakan oleh panel
penemuduga adalah berkaitan dengan bidang pengajian yang ingin diceburi, jenis tajaan yang
dipohon dan pengetahuan am serta isu-isu semasa. Panel penemuduga akan dibekalkan dengan
borang pemarkahan dan senarai nama calon. Tujuannya adalah untuk memudahkan panel
penemuduga membuat penilaian memilih pelajar terbaik bagi setiap tingkatan yang akan diberikan
hadiah dan sijil penghargaan. Penilaian panel adalah berdasarkan kepada penampilan, komunikasi,
pengetahuan, motivasi, persediaan dan kualiti personal.
Calon dikehendaki datang awal ke tempat temu duga untuk sesi pendaftaran. Mereka akan
ditempatkan di ruang menunggu. Semasa berada di ruang menunggu, fail calon yang mengandungi
resume, siji-sijil penghargaan dan pelbagai maklumat yang berkaitan akan disemak oleh guru-guru
kaunseling untuk melihat susun atur kedudukan sijil-sijil pencapaian akademik dan kokurikulum dan
juga penyediaan resume. Penyediaan fail ini sekali gus dapat menunjukkan kesungguhan, inisiatif
dan kreativiti pelajar.
81
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
Program Simulasi Temu Duga
DAPATAN KAJIAN
Sebanyak dua instrumen soal selidik diedarkan kepada 10 orang pelajar (sebagai sampel) iaitu soal
selidik pra-ujian dan soal selidik post-ujian untuk mengesan keberkesanan Program Simulasi Temu
Duga yang dilaksana. Soal selidik ini diedar bagi mengesan keyakinan diri pelajar, kemahiran
komunikasi, pandangan berkenaan kepentingan temu duga kepada pelajar, keterampilan diri dan
matlamat diri. Soal selidik ini menggunakan pilihan 5 skala iaitu skala 1 Tidak Setuju; 2 Kurang
Setuju; 3 Tidak Pasti; 4 Setuju dan 5 Sangat Setuju. Berikut adalah dapatan soal selidik yang
diedar (rujuk Jadual 1 dan 2).
Jadual 1: Dapatan Pra-Ujian 10 orang pelajar
Isu Pelajar A B C D E F G H I J
Keyakinan diri 3433223423
Kemahiran komunikasi 3222344433
Kepentingan temu duga 4343333233
Keterampilan diri 3334434334
Matlamat diri jelas 3323333334
Jumlah 16 15 14 15 15 15 17 16 14 17
Min 3.2 3.0 2.8 3.0 3.0 3.0 3.4 3.2 2.8 3.4
Jadual 2: Dapatan Post-Ujian10 orang pelajar
Isu Pelajar A B C D E F G H I J
Keyakinan diri 4 54 43 4 4534
Kemahiran komunikasi 4 33 33 5 5544
Pengetahuan 5 44 34 4 4434
Keterampilan diri 4 44 44 4 4444
Matlamat diri jelas 4 34 33 4 4434
Jumlah 21 19 19 17 17 21 21 22 17 20
Min 4.2 3.8 3.8 3.4 3.4 4.2 4.2 4.4 3.4 4.0
82
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
Dapatan dalam Jadual 1 dan 2 di atas menunjukkan berlaku peningkatan dalam post-ujian
berbanding para-ujian dalam semua aspek yang dikemukakan terhadap 10 orang pelajar yang
terlibat. Sebagai contoh skor min keseluruhan aspek bagi murid A menunjukkan peningkatan dari
skor 3.2 dalam para-ujian kepada 4.2 dalam post-ujian.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Setelah selesai Program Simulasi Temu Duga pihak jawatankuasa akan mengadakan ‘Post Mortem’
untuk mengenalpasti aspek kelemahan yang ada dan akan membuat penambahbaikan yang sesuai
agar Program Simulasi Temu Duga ini terus memberi impak yang terbaik kepada pelajar SMK Kamil.
merancang dan melaksanakan program ini. Ahli Jawatankuasa juga perlu mengadakan mesyuarat
dan perjumpaan sekurang-kurangnya dua kali bagi memastikan perjalanan program yang dirancang
berjalan dengan lebih baik.
RUMUSAN
Melalui Program Simulasi Temu Duga yang dijalankan di SMK Kamil ini, diharap akan dapat
melahirkan pelajar yang semakin matang khususnya apabila berhadapan dengan penemuduga di
samping memiliki tahap keyakinan diri yang tinggi. Kematangan fikiran dan keyakinan diri yang tinggi
amat penting kepada setiap pelajar dalam merebut peluang mendapatkan penajaan pendidikan atau
berjaya menempatkan diri dalam kursus pilihan dan juga universiti pilihan masing-masing. Realitinya,
merlalui Program Simulasi Temu Duga yang dijalankan ini akan dapat melihat sejauh mana kesediaan
pelajar untuk bersaing dengan pelajar-pelajar lain.
Oleh yang demikian, program ini perlu diteruskan kerana pelajar perlu mendapat
pendedahan awal menghadiri temu duga kerana sewaktu sesi simulasi dapat dilihat kemampuan dan
kesediaan pelajar menjawab soalan penemuduga. Pendedahan seperti ini amat perlu dilaksanakan
memandangkan kebanyakan program atau kursus yang ditawarkan oleh Universiti Awam memerlukan
pelajar menjalani temu duga sebelum dipilih mengikuti kursus yang ditawarkan. Hanya pelajar yang
berkualiti, berkelayakan, berpengetahuan dan bersedia sahaja yang terpilih.
RUJUKAN
https://www.ipendidikan.my/tips-temu duga-program-pendidikan.html
www.myhealth.gov.my/persediaan -menghadapi-sesi-temu duga/
www.cikgukaunseling.com/2016/05/tips-temu duga.medsi-guru.html
http://hafizan.malik.blogspot.com/2013/04adab-berpakaian-ketika-menghadiri.html
83
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
PROGRAM 4S: SAYA SAYANG SEKOLAH SAYA
Azman bin Awang
Pengetua SMK Bukit Jawa
Wan Zainal bin Wan Jaafar
Penolong Kanan HEM SMK Bukit Jawa
ABSTRAK
Masalah penurunan peratus kehadiran murid tingkatan 5 dilihat sebagai satu isu yang
memerlukan intervensi segera oleh pihak sekolah. Ini adalah kerana murid-murid ini akan
menduduki peperiksaan SPM 2020 dan ketidakhadiran mereka pastinya akan mempengaruhi
pencapaian dalam peperiksaan tersebut. Perintah Kawalan Pergerakan yang dikenakan kepada
rakyat Malaysia turut menyumbang kepada penurunan peratus kehadiran ini. Motivasi murid
selepas sekolah dibuka semula menurun kerana mereka telah terbiasa dengan kehidupan tanpa
persekolahan selama 3 bulan di rumah. Program Saya Sayang Sekolah Saya (Program 4S)
dilaksanakan untuk memujuk murid- murid hadir ke sekolah dengan menawarkan ganjaran
bulanan kepada pelajar. Bagi menghargai usaha ibu bapa dalam memastikan anak mereka hadir
ke sekolah, ganjaran juga diberikan kepada ibu bapa yang dikenal pasti dalam golongan susah.
Seramai 38 orang murid daripada 3 buah kelas aliran sastera dilibatkan dalam intervensi ini.
Kejayaan diukur berdasarkan data kehadiran (berdasarkan APDM) yang menunjukkan
peningkatan kehadiran melebihi 90% pada bulan September.
Kata kunci: Kehadiran, ganjaran, ibu bapa
LATAR BELAKANG SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa (SMKBJ) mempunyai 1013 orang pelajar dan 113 orang
guru. Kebanyakan daripada ibu bapa adalah dari golongan B40 yang berkerja sebagai buruh binaan,
peniaga kecil-kecilan atau melakukan kerja-kerja kampung dan menerima gaji berdasarkan bilangan
hari bekerja. Secara keseluruhanya, hanya 34.5% daripada ibu bapa / penjaga murid yang
mempunyai pendapatan tetap. Jarak rumah kebanyakan murid (arus perdana) yang belajar di sini
adalah dalam lingkungan 12 kilometer. Oleh itu kebanyakkan murid-murid sekolah ini datang ke
sekolah dengan menunggang motosikal atau dihantar oleh ibu bapa mereka kerana tiada
perkhidmatan kenderaan awam disediakan di kawasan ini. Secara puratanya,wang saku yang dibawa
ke sekolah hanyalah di antara 3 hingga 5 ringgit.
SMKBJ mempunyai kemudahan asrama tetapi hanya untuk pelajar perempuan sahaja.
Sebahagian daripada penghuni asrama sebelum ini memilih untuk berulang alik ke sekolah dan
keluar daripada asrama kerana selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka yang mendaftar
masuk ke asrama, tidak dibenarkan pulang selagi tiada arahan daripada Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM). Tindakan penghuni asrama untuk berulang alik ini juga mempengaruhi kedatangan
mereka ke sekolah.
84
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
ISU / PUNCA ISU
Program 4S dilaksanakan pada 23 Ogos 2020 di SMKBJ. Pelaksanaan program ini bertujuan untuk
meningkatkan kehadiran murid tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM 2020. Program
ini menggunakan pendekatan yang digunakan didalamTeori Maslow iaitu motivasi manusia akan
meningkat jika dihargai dan diberikan pengiktirafan dan kasih sayang. Justeru itu, pendekatan yang
digunakan adalah dengan cara memujuk dan memberi ganjaran bagi kumpulan sasaran. Program 4S
adalah salah satu program intervensi SMKBJ untuk menarik minat murid untuk hadir ke sekolah
dengan memberi ganjaran yang pelbagai kepada murid danjuga ibu bapa
Isu yang dihadapi oleh pihak sekolah ialah peratus kehadiran murid tingkatan 5 bagi pelajar
Aliran Sastera pada bulan Julai dan Ogos menunjukkan penurunan yang mendadak berbanding
dengan bulan-bulan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Selaras dengan Garis Panduan
Pembukaan Semula Sekolah yang dikeluarkan oleh KPM, perhimpunan untuk mengumpulkan pelajar
yang tidak hadir ke sekolah tidak dapat dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, pendekatan baharu
diperlukan untuk menukar bentuk hukuman/ denda bagi pelajar yang tidak hadir kepada bentuk
ganjaran, kasih sayang dan motivasi kepada mereka.
Jadual 1: Rekod Kehadiran Murid Januari Hingga Ogos 2020 (Kelas Sastera)
TINGKATAN/ BULAN JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS
5 DEDIKASI
5 GIGIH 93.41 93.33 95.56 Perintah 91.11 85.19 89.87
5 TEKUN 86.61 84.09 91.54 Kawalan 87.69 89.10 78.49
80.30 93.01 82.22 Pergerakan 80.00 79.76 70.59
Penurunan peratus kehadiran ini berpunca daripada sikap pelajar dan kecaknaaan ibu bapa
terhadap kehadiran ke sekolah pelajar tersebut. Alasan jangkitan Covid-19 juga dijadikan alasan
untuk mereka tidak hadir ke sekolah. Dapatan yang diperoleh daripada Guru Bimbingan dan
Kaunseling dan guru-guru menunjukkan punca murid-murid ini tidak hadir ke sekolah adalah kerana:
1. Mereka tidak mempunyai kemahuan yang tinggi untuk berjaya dalam akademik.
2. Mereka memilih untuk melakukan kerja sambilan untuk membantu keluarga.
3. Ibu bapa kurang memberi galakan kepada mereka dan sikap ketidakperdulian yang tinggi
terhadap kehadiran anak ke sekolah.
4. Pengaruh rakan sebaya yang mana murid-murid ini terpengaruh dengan ajakan dan pujukan
rakan selaku orang yang paling hampir dengan mereka.
Kebimbangan timbul apabila data kehadiran dalam APDM menunjukkan pola penurunan
peratus kehadiran oleh murid-murid tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan SPM tidak
lama lagi. Justeru itu, bagi memastikan peratus kehadiran murid tingkatan 5 meningkat, intervensi
ini dilaksanakan untuk murid kelas 5 Dedikasi (18 orang), 5 Gigih (10 orang) dan 5 Tekun (8 orang).
Jumlah murid yang terlibat secara keseluruhan adalah 36 orang.
85
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
RASIONAL
Program ini berfokus kepada 3 kelas tingkatan 5 yang menunjukkan penurunan kehadiran yang
ketara. Satu intervensi perlu dilakukan kerana pelajar-pelajar ini akan menduduki peperiksaan SPM
tidak lama lagi. Adalah penting untuk mereka hadir ke sekolah bagi memastikan mereka tidak
ketinggalan dalam proses pembelajaran dalam memastikan mereka mendapat keputusan yang baik
dalam peperiksaan SPM nanti.
MATLAMAT
Matlamat program adalah seperti berikut:
1. Meningkatkan peratus kehadiran murid tingkatan 5 melebihi 90%
2. Mengenal pasti punca dan masalah murid yang kerap tidak hadir ke sekolah
3. Mengenal pasti sebab ketidakprihatinan ibu bapa terhadap kehadiran anak mereka ke
sekolah.
PROSES KERJA
Bagi menjayakan Program 4S ini, beberapa siri pertemuan telah diadakan bagi memastikan program
ini berjaya dilaksanakan.Proses kerja yang telah dilaksanakan bagi Program 4S ini
adalahsebagaimana berikut:
Jadual 2: Proses Kerja Program 4S
BIL AKTIVITI TARIKH/TEMPOH MASA TINDAKAN
Mesyuarat Khas
19 Ogos 2020 Unit HEM
1 Jawatankuasa Pengurusan
Hal Ehwal Murid 23 Ogos 2020 (5 Tekun) Pengetua
24 Ogos 2020 (5 Gigih) PK Pentadbiran
Pertemuan Pentadbir-
2 Pentadbir sekolah dengan 25 Ogos 2020 (5 PK HEM
Dedikasi) Pengetua
murid PK Pentadbiran
PK HEM
Pertemuan secara 26 Ogos 2020 SU Disiplin
personal dengan ibu bapa 27 Ogos 2020 Guru Bimbingan dan
3 murid yang kerap tidak Kaunseling
Pengetua
hadir ke sekolah PK Pentadbiran
PK HEM
Kunjungan (Ziarah Cakna) 30 Ogos 2020 SU Disiplin
ke rumah pelajar yang ibu 01 September 2020 Guru Bimbingan dan
4 bapanya tidak dapat hadir 02 September 2020 Kaunseling
ke sekolah untuk
perjumpaan personal 06 September 2020 Guru Bimbingan dan
07 September 2020 Kaunseling
Sesi motivasi bersama 08 September 2020
5 Guru Bimbingan dan
Kaunseling sekolah
86
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
Penyampaian Hadiah 30 September 2020 Unit HEM
6 kepada pelajar yang hadir 27 Oktober 2020
30 November 2020 Pengetua
penuh ke sekolah 01 Oktober 2020 PK Pentadbiran
05 November 2020
Penyampaian sumbangan PK HEM
kepada ibu bapa yang Guru Bimbingan dan
7 memerlukan dan anaknya
telah hadir 100% ke Kaunseling
sekolah
Bagi menjayakan intervensi ini, Mesyuarat JawatanKuasa Pengurusan Unit Hal Ehwal Murid
bersetuju untuk mengunakan sumbangan yang dikutip oleh Unit Kebajikan Pelajar SMK Bukit Jawa
digunakan untuk memberi ganjaran kepada murid dan ibu bapa yang berkeperluan
DAPATAN PENEMUAN
Dapatan daripada program Program 4S ini telah menunjukkan peningkatan kehadiran yang
memberangsangkan dan ianya bukan sahaja menarik minat pelajar, malahan ibu bapa juga turut
membantu memastikan anak-anak mereka hadir ke sekolah. Intervensi peningkatan kehadiran
pelajar Tingkatan 5 dibuat dengan mengambil kira budaya masyarakat setempat. Analisis data dari
APDM membuktikan kehadiran pelajar-pelajar kelas-kelas tersebut meningkat bermula bulan
September hingga November.Walaupun program ini hanya dilaksanakan untuk 3 kelas sahaja, ianya
berpotensi untuk diperluaskan kepada bilangan sasaran yang lebih besar dengan peruntukan yang
lebih.
Jadual 3: Data kehadiran murid Jun hingga November 2020
TINGKATAN / BULAN JUN JULAI OGOS SEPT OKT NOV
5 DEDIKASI 91.11% 85.19% 89.87% 91.27 90.56% 95.37%
5 GIGIH
5 TEKUN 87.69% 89.10% 78.43% 90.83% 92.50% 94.44%
80.00% 79.76% 70.59% 90.48% 100.00% 100.00%
Intervensi Tempoh pelaksanaan
bermula
Sumber data daripada APDM KPM
87
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Ganjaran adalah kunci utama untuk mengubah tingkah laku murid dalam usaha untuk memujuk
mereka datang ke sekolah. Cadangan penambahaikan yang dicadangkan adalah seperti berikut:
1. Program ini diperluaskan kepada semua murid dan melibatkan semua guru serta Persatuan
Ibu bapa dan Guru (PIBG)
2. Sumber kewangan perlu ditambah dengan meminta tajaan untuk menyediakan ganjaran
kepada murid dan ibu bapa yang berkeperluan
3. Guru-guru yang bukan guru kelas dilantik menjadi mentor kepada murid-murid yang dikenal
pasti
RUMUSAN
Intervensi ini berjaya dilaksanakan kerana adanya sokongan daripada semua pihak dan sumber
kewangan daripada Unit Kebajikan Pelajar memandangkan peruntukan yang ada tidak digunakan
kerana sekolah bercuti ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
RUJUKAN
Hairuddin Mohd.Ali &Muhammad Bustaman Abdul Manaf(2009),Perancangan Strategik
Sekolah,PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Mohd Mahzan Awang,Abdul Razaq Ahmad,Muhammad Nuri Hussin dan Mohd Edzlam
Edros,(2018), Transformasi Sekolah 2025 Memacu Kemenjadian Murid,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
88
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
KEMENJADIAN PELAJAR MELALUI AKTIVITI KOPERASI
Kamariah binti Mat Noor
Setiausaha Koperasi SMK Seri Aman
Abd Aziz bin Zakaria
Pemangku Pengerusi Koperasi SMK Seri Aman
Siti Hajar binti Aminuddin
Pembantu Perakaunan Koperasi SMK Seri Aman
ABSTRAK
Salah satu matlamat pelaksanaan aktiviti dan latihan kepada pelajar ahli Kelab Koperasi Sekolah
Menengah kebangsaan (SMK) Seri Aman ialah untuk membangunkan kemahiran-kemahiran
insaniah kepada mereka. Kemahiran berkomunikasi, berfikir dan kepimpinan telah diterapkan
kepada 35 orang ahli Kelab Koperasi sekolah melalui aktiviti dan latihan yang dilaksana secara
terancang semenjak tahun 2016 lagi. Pengesanan impak kepada pelaksanaan tersebut dibuat
melalui soal selidik yang diedarkan kepada semua ahli Kelab Koperasi pada awal setiap tahun
dan akhir tahun. Dapatan analisis soal selidik menunjukkan berlaku peningkatan terhadap
semua aspek kemahiran yang diberikan. Sebagai contoh, pada awal tahun 2019, hanya seramai
15 (42.86%) daripada 35 ahli menyatakan mereka mempunyai keyakinan berkomunikasi.
Setelah mengikut aktiviti dan latihan yang disediakan oleh koperasi, bilangan ahli yang
mempunyai keyakinan berkomunikasi meningkat kepada 22 orang (62.86&). Situasi yang sama
berlaku pada semua kemahiran yang lain. Bermula tahun 2016, nama SMK Seri Aman mula
dinobatkan antara koperasi terbaik di Kelantan. Pelbagai anugerah peringkat negeri dan
kebangsaan diperoleh setiap tahun. Antara kejayaan terkini yang diperoleh ialah mendapat
tempat ke-7 Anugerah Kecemerlangan Koperasi Peringkat Kebangsaan. Secara rumusan,
kemenjadian ahli kelab ini bukan sahaja membantu mereka memperoleh dan meningkatkan
kemahiran insaniah masing-masing, malahan menjadi aset apabila menyambung pelajaran di
peringkat kolej atau universiti pada masa hadapan.
Kata Kunci: Kemahiran berkomunikasi, berfikir, kepimpinan
LATAR BLAKANG
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Aman merupakan salah sebuah sekolah di Kelantan yang
berjaya membawa nama koperasi ke peringkat kebangsaan. Koperasi sekolah ini bukan sahaja aktif
dalam kegiatan jualan barangan, malah aktif dalam pelbagai jenis aktiviti lain seperti aktiviti
pengurusan dan latihan kepada pelajar.
Bermula tahun 2016 sehingga 2019, keahlian Kelab Koperasi setiap tahun ialah 35 orang
ahli. Mereka terdiri daripada pelajar tingkatan 1 sehingga 5. Sebahagian besar daripada ahli koperasi
ini merupakan pelajar atau calon peperiksaan yang juga bergiat aktif dalam aktiviti koperasi. Hal ini
bagi membolehkan mereka memperoleh sijil penyertaan di mana sijil ini sangat berguna di masa
hadapan.
Terdapat tiga jenis aspek kemahiran insaniah yang akan diberikan kepada ahli Kelab
Koperasi iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran berfikir dan kemahiran kepimpinan. Selain
penekanan diberikan terhadap kemahiran-kemahiran insaniah, ahli-ahli kelab juga dicungkil potensi
keusahawanan mereka melalui aktiviti atau latihan yang diberikan.
89
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
ISU / PUNCA MASALAH
Guru Koperasi akan menghadapi pelbagai kerenah dan masalah dalam mengurus koperasi sekolah
kerana setiap daripada ahli kelab mempunyai sikap dan sifat yang berbeza. Sebagai contoh, terdapat
ahli koperasi yang tidak mengikut jadual bertugas yang ditetapkan, tidak menjalankan tugas dengan
dedikasi, penyelewangan kewangan serta tidak mengikut arahan guru atau ketua. Masalah-masalah
yang dinyatakan tersebut dikelompokkan kepada tiga kemahiran yang perlu diterapkan kepada ahli
kelab.
Kemahiran yang pertama ialah kemahiran berkomunikasi. Komunikasi antara ahli kelab
dengan rakan-rakan sekolah yang lain mungkin tidak terlalu membimbangkan tetapi kemahiran
berkomunikasi dengan orang luar yang menjadi kegusaran kepada pihak sekolah. Hal ini bertambah
rumit apabila melibatkan murid yang mempunyai sikap introvert.
Kemahiran kedua ialah kemahiran berfikir bagi menyelesaikan masalah. Pelajar-pelajar atau
ahli yang terlibat dalam aktiviti koperasi sukar untuk berfikiran jauh malah takut untuk membuat
keputusan. Ahli koperasi kurang berkemahiran mencari jalan alternatif bagi membantu mereka untuk
membuat keputusan yang tepat.
Kemahiran seterusnya ialah kemahiran memimpin. Antara isu yang dihadapi ialah terdapat
ketua yang dilantik tidak dapat melaksanakan tugas kepimpinan dengan baik dan ini menyumbang
kepada masalah disiplin ahli-ahli yang lain seperti tidak bertanggungjawab, tidak komited dan
penyelewengan kewangan.
Jadual 1 di bawah menunjukkan analisis soal selidik pada awal tahun berkaitan kemahiran-
kemahiran yang ada dalam kalangan 35 orang ahli Kelab Koperasi SMK Seri Aman.
Jadual 1: Analisis Kemahiran Ahli Kelab Setiap Awal Tahun
Kemahiran 2016 2017 2018 2019
Bil % Bil. % Bil. % Bil. %
Kemahiran Awal
Berkomunikasi Tahun 8 22.86 11 31.43 14 40.0 15 42.86
Kemahiran Berfikir Awal 5 14.29 7 20.0 9 25.71 9 25.71
Tahun
Kemahiran Awal 10 28.57 12 34.29 14 40.0 15 42.86
Kepimpinan Tahun
Pada setiap awal tahun, soal selidik akan diedarkan kepada ahli-ahli kelab bagi mengesan kemahiran
komunikasi, berfikir dan kepimpinan yang ada pada mereka. Analisis menunjukkan pada tahun 2016,
peratus ahli yang menyatakan mempunyai ketiga-tiga kemahiran tersebut kurang dari 30%. Pada
tahun 2017, 2018 dan 2019, dapatan menunjukkan berlaku peningkatan namun kurang daripada
50% ahli masih menyatakan mereka tidak berkemahiran dalam berkomunikasi, berfikir dan
memimpin.
90
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
MATLAMAT
Mengikut Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran 1979, aktiviti di
luar bilik darjah adalah penting untuk melatih pelajar menjadi seorang yang lebih berdisiplin, berdikari
dan berkemahiran tinggi. Hal ini selari dengan aktiviti dan latihan yang disediakan oleh Koperasi SMK
Seri Aman yang banyak memberi peluang kepada pelajar atau ahli Kelab Koperasi untuk
meningkatkan lagi kemahiran insaniah mereka.
Matlamat utama pihak koperasi dalam menganjurkan aktiviti dan program latihan kemahiran
ini ialah bagi memperoleh kemenjadian pelajar yang berkemahiran dalam tiga jenis aspek iaitu :
i) Kemahiran komunikasi – Pelajar dapat mengaplikasikan cara yang betul dalam
berkomunikasi dengan semua jenis golongan.
ii) Kemahiran kepimpinan – Pelajar dapat mempelajari cara untuk menjadi seorang ketua
mahupun ahli kelab yang bertanggungjawab dalam mencapai matlamat organisasi.
iii) Kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah – Pelajar dapat belajar cara untuk
mencari idea yang tepat bersesuaian dengan situasi dan mampu menyelesaikan masalah
berdasarkan keputusan yang tepat.
INOVASI
Aktiviti dan program latihan yang dianjurkan oleh pihak koperasi ini merupakan satu cabang utama
dalam menjana kemenjadian pelajar ahli Kelab Koperasi. Bagi menjayakan aktiviti dan program
latihan kepada pelajar, semua guru yang terlibat dalam pengurusan koperasi memainkan peranan
yang sangat penting. Jadual 2 di bawah merupakan pengisian program dan kemahiran yang diberikan
kepada ahli kelab.
Jadual 1 : Pengisian Program dan Kemahiran Mengikut Aktiviti dan Porgram Latihan
Kelab Koperasi SMK Seri Aman
BIL NAMA AKTIVITI / PENGISIAN PROGRAM DAN KEMAHIRAN YANG JUMLAH PELAJAR
LATIHAN
DIPEROLEH TERLIBAT
Kursus Modal Pelajar membuat pembentangan tentang 35 orang
1. Insan pengetahuan mereka tentang koperasi
mengikut kumpulan. Membentangkan
(Setiap tahun) tentang tanggungjawab dan Kerjasama yang
diperlukan dalam mencapai matlamat
koperasi.
(Kemahiran berfikir dan kepimpinan)
2. Taklimat YESS Pelajar diberi peluang untuk mereka atau 35 orang
(Tahun 2019) mencipta sesuatu produk yang baru
berdasarkan taklimat yang telah disediakan
(Kemahiran berfikir)
91
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
Pelajar dibahagikan kepada beberapa
tugasan
3. Mesyuarat Agung - Urusetia 35 orang
Koperasi - Pencatat Minit Mesyuarat 35 orang
(Setiap tahun) 8 orang
- Jurugambar 4 orang
(Kemahiran kepimpinan dan komunikasi)
Latihan
Keusahawanan Pelajar diberikan tanggungjawab untuk
- Jualan PIBG
- Jualan Hari
Sukan
4. - Jualan Hari Raya menguruskan urusan jualan dan mencari
- Jualan hari idea untuk menarik lebih ramai pelanggan
keputusan PT3, (Kemahiran komunikasi dan berfikir)
SPM & STPM
- Jualan Hari Guru
-Kiosk
(Setiap Tahun)
5. Gamelan Pasukan gamelan telah ditubuhkan bagi
mencungkil bakat ahli kelab dalam bermain
alat muzik. Diasah dan dilatih oleh guru
koperasi.
(Kemahiran berkomunikasi)
6. Rawatan Ear Satu produk yang dihasilkan oleh koperasi
Candling sendiri dan telah melatih beberapa orang
pelajar untuk menjadi wakil dalam
perbentangan serta pengurusan bagi
rawatan ini.
(Kemahiran berfikir dan komunikasi)
7. Projek Homestay Semua pelajar terlibat dalam pengurusan 35 orang
homestay dan mereka diberi tanggungjawab
8. Projek Arnab untuk memastikan homestay sentiasa dalam 3 orang
9. Pasukan Tarian keadaan bersih dan tersusun. 4 orang
(Kemahiran kepimpinan dan berfikir)
Beberapa orang pelajar dipilih bagi
menguruskan projek ini.
(Kemahiran kepimpinan dan berfikir)
Mencungkil bakat ahli kelab dalam tarian
dan mereka dilatih oleh guru koperasi.
(Kemahiran berkoumunikasi)
Semua aktiviti mahupun program latihan yang dianjurkan turut melibatkan pakar dari luar
dan pihak Angkasa sama ada dalam aktiviti perjumpaan, kata nasihat mahupun kursus. Segala kos
ditanggung oleh Tabung Koperasi iaitu Tabung Aktiviti Pelajar.
92
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
IMPAK
Penganjuran dan pelaksanaan aktiviti dan program latihan Kelab Koperasi SMK Seri Aman ini telah
menghasilkan kemenjadian pelajar yang seiring dengan matlamat utama koperasi sekolah serta
dapat mencungkil bakat terpendam ahli kelab. Impak dikesan melalui peningkatan bilangan ahli yang
mempunyai kemahiran insaniah dan juga pencapaian Kelab Koperasi SMK Seri Aman di peringkat
negeri dan kebangsaan.
Jadual 2 di bawah menunjukkan berlaku peningkatan dalam bilangan ahli yang mempunyai
kemahiran insaniah iaitu kemahiran komunikasi, kepimpinan. Penilaian dibuat terhadap pelajar
sama yang menjadi ahli kelab. Sebagai contoh pada tahun awal tahun 2016, bilangan ahli yang
menyatakan mempunyai kemahiran berkomunikasi ialah 8 orang (22.86%). Pada akhir tahun,
bilangan ahli meningkat kepada 16 orang (45.71%). Situasi yang sama berlaku pada semua
kemahiran yang diukur dan setiap tahun.
Jadual 2: Perbandingan analisis soal selidik kemahiran pelajar Kelab Koperasi
Kemahiran 2016 2017 2018 2019
Bil. % Bil. % Bil. % Bil. %
Awal 8 22.86 11 31.43 14 40.0 15 42.86
Tahun
Kemahiran Akhir
Berkomunikasi Tahun
16 45.71 18 51.43 20 57.14 22 62.86
Kemahiran Awal 5 14.29 7 20.0 9 25.71 9 25.71
Berfikir Tahun 15 42.86 16 45.71 17 48.57 19 54.29
10 28.57 12 34.29 14 40.0 15 42.86
Kemahiran Akhir 17 48.57 18 51.43 21 60.0 22 62.86
Kepimpinan Tahun
Awal
Tahun
Akhir
Tahun
Nota: Jumlah keseluruhan ahli ialah 35 orang
Kelab Koperasi SMK Seri Aman mula dikenali dan diiktiraf peringkat negeri bermula tahun 2016.
Seterusnya, kelab mendapat pengiktirafan peringkat kebangsaan bermula tahun 2018. Rujuk Jadual
3 di bawah.
93
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
Jadual 3: Pengiktirafan dan Penghargaan Yang Diperoleh (2018-2019)
2016 2017 2018 2019
• Johan Hari
• Johan Anugerah • Johan Anugerah • Naib Johan
Koperasi Sekolah Kecemerlangan Kecemerlangan Anugerah
Peringkat Negeri Koperasi Koperasi Sekolah Kecemerlangan
Kelantan Sekolah Peringkat Koperasi Sekolah
• Tempat Ke-10 Peringkat Negeri Kebangsaan Peringkat Negeri
Hari Koperasi Kelantan Kelantan
Sekolah Peringkat • Tempat Ke-5
Negeri Kelantan Terbaik Lawatan • Tempat Ke-7
Mengejut AKKS Anugerah
• Tempat Ke-16 Kecemerlangan
Hari Koperasi • Tempat Ke-20 Koperasi Sekolah
Peringkat AKSS Peringkat Peringkat
Kebangsaan Kebangsaan Kebangsaan
• Tempat Ke-15 • Tempat Ke-3
Pembentangan Anugerah
Produk Peringkat Pendeklamasi
Kebangsaan Puisi AKKS Terbaik
• Anugerah
Pengurusan
Amalan Terbaik
Kemenjadian
Pelajar
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Guru koperasi SMK Seri Aman hanya dianggotai 5 orang sahaja. Semua aktiviti dan program latihan
yang dianjurkan diuruskan oleh guru koperasi dan kurang melibatkan guru-guru lain. Penglibatan
yang menyeluruh semua guru akan menjadikan kemenjadian pelajar ahli Kelab Koperasi lebih mantap
dan banyak pengiktirafan akan diperoleh. Hal ini kerana kejayaan program di sekolah bukan sahaja
bergantung kepada hebatnya seorang guru malah bergantung kepada kerjasama di antara semua
guru di sekolah.
RUMUSAN
Tiga aspek kemahiran insaniah iaitu kemahiran berkomunikasi, berfikir dan kepimpinan sangat
penting kepada pelajar ahli Kelab Koperasi SMK Seri Aman. Kemahiran ini diterapkan secara
terancang melalui aktiviti dan program latihan yang dilaksanakan sepanjang tahun. Selain dapat
meningkatkan kemenjadian pelajar dalam aspek insaniah, ianya juga secara langsung membantu
koperasi memperoleh pelbagai kejayaan dan pengiktirafan di peringkat negeri dan kebangsaan.
RUJUKAN
Rohaida Mohamad Dhalan & Razaleigh Muhamat (2014). Penilaian Kepada Koperasi Sekolah
Dalam Membentuk Gaya Kepimpinan Pelajar Satu Kajian Awalan
Ahmad Marzuki Ismail (2004). Jati Diri Dalam Gerakan Koperasi Sekolah. Utusan
Publication & Distributors Sdn Bhd. Kuala Lumpur
94
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
GPLUS SEMESRA (GPS)
PEMANTAPAN PROFESIONALISME GURU MENERUSI KONSEP 4M
Mohd Rozaki bin Bakar
Pengetua SMK Sri Maharaja
Siti Norzailah binti Che Daud
GKTV SMK Seri Maharaja
ABSTRAK
GPLUS SEMESRA dilaksanakan pada 1 Januari 2019 di SMK Sri Maharaja. Pelaksanaan GPLUS
SEMESRA ini bertujuan untuk pemantapan profesionalisme guru menerusi konsep 4M iaitu
mudah, mesra pengguna, menjimatkan masa dan menjimatkan kos. GPLUS SEMESRA
menggunakan sistem atas talian (online) manakala aplikasi yang digunakan adalah seperti
Google Classroom (GC), Google Drive (pangkalan data), Google Forms, Google Sheets, Google
Docs, Google Meet, eBook-Flip dan QR Code. Dapatan daripada penggunaan SEMESRA GC eRPH
yang bermula 1 Januari 2018 memberikan maklum balas yang cukup positif daripada warga guru
SMK Sri Maharaja, maka tercetusnya inovasi baru dibawah kepimpinan En.Mohd Rozaki bin
Bakar (Pengetua) untuk menyediakan sistem fail secara digital bagi mengurangkan beban guru
serta memudahkan segala capaian data dilakukan dengan cepat oleh pihak pentadbir atau guru
menerusi konsep 4M. Pelaksanaan GPLUS SEMESRA dimulakan dengan bermesyuarat di
peringkat Senior Leader Team (SLT) dan Middle Leader Team (MLT) untuk mendapat kata sepakat
mengikut keperluan sekolah bagi pemantapan profesionalisme guru. Kaedah pemerhatian juga
turut dibuat terhadap penggunaan sistem secara konvensional yang kurang efisyen. Impak yang
cukup berkesan daripada GPLUS SEMESRA kerana semua guru mampu menggunakan TMK
dalam profesionnya walaupun kemahiran TMK bagi guru SMK Sri Maharaja 74.5% adalah pada
tahap sederhana, namun GPLUS SEMESRA mampu menyelesaikan masalah guru malahan dapat
memantapkan lagi profesionalisme guru SMK Sri Maharaja.
Kata kunci : 4M (mudah, mesra pengguna, menjimatkan masa dan menjimatkan kos)
LATAR BELAKANG KAJIAN
Selaras dengan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) bertemakan “TS25 Pemangkin Memacu
Kemenjadian Murid”, pemimpin berkesan adalah satu agen yang memainkan peranan cukup besar
sebagai pemangkin guru dan murid cemerlang. Disamping itu, bimbingan dan pementoran yang
efektif akan mencorakkan iklim sekolah yang kondusif. Anjakan ketujuh dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menyatakan bahawa setiap pemimpin di sekolah perlu
memanfaatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran
di Malaysia. Sebagai pemimpin digital, pengetua perlu mempunyai kemahiran dalam TMK, berfikiran
kreatif dan inovatif serta menjadi pendorong utama kepada pelbagai program sekolah yang diadakan.
Inovasi untuk profesion perguruan perlu dilakukan oleh guru dengan menekankan konsep TMK bagi
melancarkan proses dalam aspek urusan pentadbiran pejabat dan pengurusan berkaitan dengan
urusan pentadbiran rekod serta Pembelajaran dan Pemudahcara (PdPc).
95
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
Penulisan RPH telah mengalami perubahan seiring dengan kemajuan TMK dan juga sekolah
TS25 yang menginginkan pemimpin berkesan memainkan peranan untuk membuat suatu inovasi
bagi sekolah. Pada mulanya, RPH ditulis menggunakan pen dan penggunaan buku, seterusnya
penggunaan fail diperkenalkan dan guru perlu menulis menggunakan aplikasi komputer dan
mencetaknya. Namun begitu, melalui aplikasi TMK, penulisan RPH secara online mula diguna pakai
untuk sesetengah sekolah. Sistem ini dibangunkan bagi memudahkan guru menulis RPH selaras
dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3 Tahun 1999 yang menyatakan bahawa rekod pengajaran dan
pembelajaran boleh disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi
semasa. Penggunaan RPH secara online telah dibuktikan lebih kemas dan teratur berbanding rekod
mengajar secara konvensional (Esah et.al.,2003).
GPLUS SEMESRA menggunakan sistem atas talian (online) manakala aplikasi yang
digunakan adalah seperti Google Classroom (GC), Google Drive (pangkalan data), Google Forms,
Google Sheets, Google Docs, Google Meet, eBook-Flip dan QR Code. Aplikasi Google Classroom (GC)
yang merupakan salah satu aplikasi yang terdapat dalam Google yang boleh dipraktikkan dalam
urusan pentadbiran pejabat dan pengurusan dengan urusan pentadbiran rekod serta dijadikan
pembelajaran maya untuk PdPc kerana ia mudah, mesra pengguna, menjimatkan masa dan
menjimatkan kos (4M) malah boleh digunakan secara percuma.
MASALAH KAJIAN
GPLUS SEMESRA secara online diwujudkan bagi tujuan membina satu sistem fail secara digital
menerusi konsep 4M untuk memudahkan pemantauan secara maya oleh pihak atasan ke atas
guru-guru pada setiap masa dengan menggunakan pelbagai peranti seperti desktop, laptop,
notebook, tab dan telefon pintar. GPLUS SEMESRA ini yang menggunakan aplikasi Google
Classroom (GC) akan memudahkan semua guru untuk menggunakan aplikasi ini kerana pelbagai
peranti boleh digunakan oleh guru disamping mesra pengguna. Guru-guru perlu menyiapkan
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) secara online sebelum masuk ke kelas dengan lebih cepat
dan mudah untuk PdPc, membuat pelaporan bagi setiap aktiviti yang telah diadakan dan juga minit
curai setiap kali selepas menghadiri kursus, menghantar panggilan mesyuarat dan minit mesyuarat,
mengisi penilaian kendiri dan pencerapan standard 4, mengisi tahap penguasaan murid bagi
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) mengikut subjek bagi semua tingkatan, mengakses jadual waktu,
DSKP dan RPT dengan cepat, proses mendapatkan data melalui soal selidik menggunakan Google
Forms, membuat buku pengurusan, buku program, buku anugerah dan seumpamanya menggunakan
eBook-flip dan qr code. Seterusnya menggunakan Google Classroom (GC) untuk pembelajaran maya
(PdPc).
GPLUS SEMESRA diharapkan mampu melengkapkan lagi keperluan guru di seluruh
negara. Walau bagaimanapun sejauh manakah pelaksanaan secara online dalam kalangan guru-
guru ini dapat dilaksanakan memandangkan pengaplikasiannya bergantung kepada jaringan
internet. Sehubungan dengan itu, kajian ini diharap dapat meninjau apakah tahap keberkesanan,
kesediaan dan kemahiran guru dalam melakukan ativiti pengurusan dan PdPc secara online. Kajian
ini juga meninjau adakah terdapat perbezaan kemahiran menggunakan komputer berdasarkan
pengalaman mengajar serta mengenalpasti apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh para
guru dalam melaksanakan sistem secara online.
96
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
MATLAMAT KAJIAN
Matlamat kajian adalah seperti berikut:
1. Mengenalpasti tahap keberkesanan pelaksanaan GPLUS SEMESRA secara online lebih
mesra pengguna, cepat dan menjimatkan masa serta kos.
2. Mengenalpasti GPLUS SEMESRA dapat diakses menggunakan peranti seperti telefon
pintar, tab, notebook, desktop dan laptop.
3. Mengenalpasti tahap kemahiran guru menggunakan komputer / TMK dalam
melaksanakan GPLUS SEMESRA.
4. Mengenalpasti sama ada GPLUS SEMESRA mengunakan data internet yang tinggi atau
tidak.
INOVASI (PRODUK, PROSEDUR, PROSES KERJA)
Google Classroom (GC) merupakan perkhidmatan web percuma yang dibangunkan oleh Google.
Menggabungkan aplikasi Google Drive untuk membuat tugasan, komunikasi, membuat jadual serta
untuk berkomunikasi. Mempermudah, mengedarkan dan mengukur tugasan tanpa kertas.
Menyelaraskan proses perkongsian fail antara guru dan pelajar. Pelajar akan disediakan kod
persendirian atau diambil dari domain sekolah. Setiap kelas membuat fail berasingan dalam Drive
pengguna masing-masing dan pelajar boleh menghantar kerja untuk dinilai oleh guru. Boleh
digunakan untuk perisian IOS dan Android. Pengguna boleh mengambil gambar dan melampirkan
pada tugasan, berkongsi fail daripada aplikasi lain dan mengakses maklumat di luar talian. Guru boleh
memantau kemajuan setiap pelajar dan selepas dinilai guru boleh memberi komen kepada setiap
tugasan tersebut. Ciri-ciri aplikasi Google Classroom membantu sinkronisasikan dengan Google Docs,
Google Sheets, Google Forms, Drive dan Gmail dalam melakukan semua kerja normal seorang guru
seperti memungut hasil kerja pelajar, menyemak, memberi markah, memberi maklum balas secara
langsung tanpa menggunakan sebarang kertas.
GPLUS SEMESRA merupakan satu inovasi kedua yang telah dibuat oleh SMK Sri Maharaja
selepas inovasi pertama iaitu SEMESRA GC eRPH. Pelaksanaan GPLUS SEMESRA dimulakan
dengan bermesyuarat di peringkat Senior Leader Team (SLT) dan Middle Leader Team (MLT) untuk
mendapat kata sepakat mengikut keperluan sekolah bagi pemantapan profesionalisme guru. Kaedah
pemerhatian juga turut dibuat terhadap penggunaan sistem secara konvensional yang kurang efisyen.
Data yang dikehendaki adalah tidak berpusat untuk diakses dalam masa yang cepat. Maka
tercetuslah beberapa inovasi di bawah kepimpinan En. Mohd Rozaki bin Bakar (Pengetua) bagi
memantapkan lagi profesionalisme guru menerusi konsep 4M. Produk yang telah dibuat dan
digunakan di SMK Sri Maharaja melalui aplikasi Google Classroom (GC) ialah GC eRPH, GC
ePelaporan, GC eKeberhasilan, GC eSKPMg2, GC ePBPPP, GC eMyPortfolio, GC eMesyuarat, GC ePLC
Lesson Study, GC eSijil, GC eSlide, GC eKmR, GC eOPPM Pintas, GC eKehadiran, GC eBuku
Pengurusan, GC eDSKP, GC eRPT, GC eJadual Waktu, GC eSurat Siaran & Info, GC ePBD, GC ePdP
PKP dan GC ePdPc. Manakala Google Sheets pula digunakan untuk membina tapak bagi eRPH,
ePelaporan, eKeberhasilan, eSKPMg2, ePdP PKP dan ePBD. Seterusnya Google Forms yang telah
diguna pakai di SMK Sri Maharaja ialah ePonteng SEMESRA, eDisiplin SEMESRA, eDiari Redaksi
SEMESRA, eTuisyen SPM, eData Guru, eKehadiran (untuk LDP/Benchmark), eSoalSelidik (untuk
GC/LDP) dan ePenilaian (untuk LDP/Benchmark). Aplikasi eBook-Flip turut digunakan bagi buku
pengurusan, buku anugerah, buku program dan slide untuk penanda arasan.
Kaedah yang digunakan bagi merealisasikan GPLUS SEMESRA adalah melalui kaedah pemerhatian,
soal selidik dan pengalaman sendiri atau orang lain. Kaedah pemerhatian dibuat dengan
menganalisis kaedah konvensional yang digunakan oleh guru. Di samping itu juga adalah
97
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
pemerhatian melalui tingkah laku serta emosi guru. Kaedah soal selidik telah dibuat kepada 47 orang
responden yang terdiri daripada guru SMK Sri Maharaja, Pasir Puteh Kelantan melalui Google Forms
di pautan http://gg.gg/soalselidikeRPH.
Melalui kaedah pengalaman sendiri atau orang lain pula adalah penyebaran ilmu GPLUS
SEMESRA melalui Senior Leader Team (SLT) dan Middle Leader Team (MLT). Pengetua berperanan
sebagai ketua yang menyebarkan ilmu kepada penolong-penolong kanan, guru-guru kanan dan
seterusnya mereka akan memberi sesi bimbingan kepada guru-guru di bawah bidang masing-masing
menggunakan kaedah Coaching & Mentoring. Guru yang menggunakan telefon pintar pula perlu
install Google Classroom dan juga Google Sheets dari Play Store. Guru-guru akan berada di bawah
bidang masing-masing iaitu Bidang Teknik & Vokasional, Bidang Bahasa, Bidang Bahasa Inggeris,
Bidang Sains & Matematik serta Bidang Kemanusiaan. Pengetua dapat memantau dan membuat
semakan bagi semua bidang manakala guru-guru kanan akan memantau dan membuat semakan
hanya guru di bawah bidang masing-masing sahaja.
Pengetua juga telah menjadi rintis menggunakan Google Classroom (GC) dalam PdPc di SMK
Sri Maharaja bagi mata pelajaran matematik sebaik sahaja id gmail KPM diberikan pada tahun 2019.
Beliau mengaplikasikan GC dan mengunakan id gmail yang diberikan oleh KPM untuk digunakan
bersama murid tingkatan empat bagi mata pelajaran matematik. Murid mampu menggunakan GC
ePdPc kerana ia aplikasi yang mesra pengguna dan sesuai dengan pembalajaran abad ke-21.
CABARAN PELAKSANAAN
Cabaran pelaksanaan GPLUS SEMESRA adalah seperti berikut:
1. Jaringan internet.
2. Faktor kemahiran ICT atau komputer.
3. Faktor umur.
Berdasarkan kajian soal selidik yang telah dibuat kepada 47 orang guru SMK Sri Maharaja, GPLUS
SEMESRA tidak menggunakan data internet yang tinggi. Purata data internet yang digunakan
dalam tempoh sebulan 2gb adalah mencukupi. Dari segi faktor kemahiran ICT / komputer, kategori
baik 23.4%, sederhana 74.5% dan lemah 2.1%. Manakala dari segi faktor umur, kategori 25-35
tahun 4.3%, 36-45 tahun 29.8%, 46-55 tahun 61.7% dan 56-60 tahun 4.2%. Rumusannya faktor
kemahiran ICT / komputer guru SMK Sri Maharaja adalah pada tahap sederhana sebanyak 74.5%
dan faktor umur pula adalah sebanyak 61.7% di bawah kategori 46-55 tahun.
PENEMUAN
Penemuan GPLUS SEMESRA adalah seperti berikut:
1. Google Classroom (GC);
- GC eRPH, GC ePelaporan, GC eKeberhasilan, GC eSKPMg2, GC ePBPPP, GC eMyPortfolio,
GC eMesyuarat, GC ePLC Lesson Study, GC eSijil, GC eSlide, GC eKmR, GC eOPPM Pintas,
GC eKehadiran, GC eBuku Pengurusan, GC eDKSP, GC eRPT, GC eJadual Waktu, Gc eSurat
Siaran & Info, GC ePBD, GC ePdP PKP dan GC ePdPc.
- Google Sheets pula digunakan untuk membina tapak bagi eRPH, ePelaporan,
eKeberhasilan, eSKPMg2, ePdP PKP dan ePBD.
98
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
2. Google Forms dan Qr Code;
- Google Forms yang telah diguna pakai di SMK Sri Maharaja ialah ePonteng SEMESRA,
eDisiplin SEMESRA, eDiari Redaksi SEMESRA, eTuisyen SPM, eData Guru, eKehadiran
(untuk LDP/Benchmark), eSoalSelidik (untuk GC/LDP) dan ePenilaian (untuk
LDP/Benchmark).
- Qr Code pula digunakan bagi mempercepatkan lagi segala pengurusan dan
mengurangkan penggunaan kertas.
-
3. eBook-Flip dan Qr Code;
- Flip turut digunakan bagi buku pengurusan, buku anugerah, buku program dan slide untuk
penanda arasan.
- Qr Code pula digunakan bagi mempercepatkan lagi segala pengurusan dan
mengurangkan penggunaan kertas.
KESIMPULAN
Menurut laporan kaji selidik Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) bertajuk
`Pandangan dan Syor NUTP: Beban Guru meliputi sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah
teknik dan politeknik yang diserahkan kepada Kementerian Pelajaran, baru-baru ini mendapati
bahawa guru-guru di empat buah negeri iaitu Selangor, Melaka, Johor dan Kuala Lumpur
menanggung beban kerja yang berlebihan, iaitu 74 jam seminggu berbanding maksimum 48
jam seminggu seperti mana yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO). Ini
berikutan daripada beban tugas mereka yang bukan setakat mengajar malah turut dibebani dengan
lima tugas lain iaitu mengurus data, fail, buku rekod dan laporan, menjalankan kerja-kerja
pentadbiran, melaksanakan kegiatan kurikulum dan ko-kurikulum, serta menjaga urusan hal ehwal
murid.
Pelaksanaan GPLUS SEMESRA ini diharap dapat membantu para guru dalam menjayakan
dasar kerajaan untuk memartabatkan penggunaan TMK dalam dunia Pendidikan selaras dengan
konsep 4M iaitu mudah, mesra pengguna, menjimatkan masa dan menjimatkan kos. Selain itu,
diharap GPLUS SEMESRA ini dapat mengurangkan beban kerja guru dan seterusnya meningkatkan
kualiti pengajaran guru. Secara tidak langsung, dapat memantapkan profesionalisme dalam kalangan
guru agar sentiasa bersedia sebelum memulakan proses PdPc, semasa PdPc dan juga untuk segala
pengurusan yang berkaitan rekod dan pentadbiran. GPLUS SEMESRA ini telah mendapat NAIB JOHAN
semasa pembentangan “ Seminar Perkongsian Amalan Terbaik Sekolah Program Transformasi
Sekolah 2025 (TS 25) JPN 2019.
RUJUKAN
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999 ‘Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran’.
Laporan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan NUTP. (2005). Pandangan dan Syor NUTP:
Beban Guru.
Esah Sulaiman et. al., (2003). Penyeliaan Latihan Mengajar Secara Electronik
(E-Supervision): Satu Kajian Kes di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012) . Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025. Putrajaya : Kementerian Pelajaran Malaysia.
Modul Program Transformasi Sekolah 2025
99