KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
SEKOLAH PENARAFAN KECEMERLANGAN KBAT: MOD 1
Noor Azizah binti Harun
Guru Besar SK Kampong Berangan
Nik Ismail bin Nik Soh
Penolong Kanan Pentadbiran SK Kampong Berangan
Suhaila binti Jusoh
Setiausaha KBAT SK Kampong Berangan
ABSTRAK
SK Kampong Berangan merupakan sekolah luar bandar yang latar belakang muridnya majoriti
dari keluarga B40. Pada 2017, SK Kampong Berangan dilantik oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) sebagai Sekolah Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Bermula
2017, sekolah perlu berusaha untuk memperoleh Mod 1 atau memperoleh taraf Sekolah
Cemerlang Pembudayaan KBAT. Untuk itu, kepimpinan sekolah telah menyusun beberapa
strategi dengan berpandukan tujuh elemen membudayakan KBAT yang dikeluarkan oleh
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) dan juga Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
Gelombang 2 (SKPMg2) yang dikeluarkan oleh Jemaah Nazir. Pada awal tahun 2020, SK
Kampong Berangan berjaya memperoleh Mod 1 setelah dua kali dinilai oleh BPK dan juga Jabatan
Pendidikan Negeri Kelantan. Seterusnya SK Kampong Berangan dilantik sebagai sekolah mentor
kepada tiga buah sekolah mentee yang berhampiran. Selain daripada ditaraf sebagai Sekolah
Cemerlang Pembudayaan KBAT Peringkat Kebangsaan, sekolah juga banyak memperoleh
kejayaan-kejayaan lain sehingga ke peringkat kebangsaan seperti Johan Pertandingan Musalla
Peringkat Negeri Tahun 2019 yang mana banyak elemen-elemen KBAT diterapkan dan Gangsa
dalam Pertandingan Inovasi dan Rekacipta STEM peringkat Kebangsaan pada tahun 2018 dan
2019. Kejayaan yang diperoleh oleh SK Kampong Berangan merupakan kejayaan barisan
kepimpinan menggembleng dan menggerakkan semua warga sekolah termasuk ibu bapa dan
komuniti ke arah menjadikan Sekolah Cemerlang Pembudayaan KBAT.
Kata Kunci: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, Mod 1,Cemerlang, Pembudayaan.
LATAR BELAKANG SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Kampong Berangan atau nama ringkasnya SK Kampong Berangan, merupakan
sebuah sekolah luar bandar yang terletak di Jalan Kampong Berangan, Selising, Pasir Puteh,
Kelantan. Sekolah ini juga berhampiran dengan Lebuhraya Selising ke Tok Bok, Machang sepanjang
9.7 kilometer. Pada 2020, SK Kampong Berangan memiliki 286 orang murid dengan kekuatan 30
orang guru dan 5 orang kakitangan. Sosio ekonomi keluarga murid majoritinya terdiri daripada B40
iaitu sebanyak 87.06% dengan jumlah miskin tegar isi rumah sebanyak 10.14% dan miskin tegar
perkapita 21.68%.
Walaupun SK Kampong Berangan terletak di kawasan kampong, budaya pembelajaran di
sekolah ini sama seperti pembelajaran di sekolah-sekolah bandar di daerah Pasir Puteh. Ini
bersesuaian dengan slogan sekolah iaitu “An urban school in the country side”.
100
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
Sekolah Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Pembudayaan KBAT dalam Pembelajaran Abad Ke-21 merupakan Inisiatif #20 Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Terdapat 282 Sekolah Penarafan KBAT di seluruh Malaysia
pada tahun 2020 dan dijangka semua sekolah terlibat dalam pembudayaan KBAT menjelang tahun
2024. SK Kampong Berangan telah dilantik sebagai Sekolah Penarafan Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2017. Program ini di bawah
kendalian Bahagian Pembangunan Kurikulum(BPK). KBAT didefinisikan sebagai “keupayaan untuk
mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu”. KBAT
perlu diterapkan dalam sistem persekolahan supaya murid tidak hanya menghafal tetapi juga faham
dan tahu apa yang mereka pelajari dan menggunakan akal fikiran pada tahap yang tinggi dengan
menguasai kemahiran menilai, mengaplikasi, menganalisis dan mencipta.
Persekitaran pembelajaran yang menyokong aktiviti KBAT perlu disediakan oleh semua sekolah
yang terlibat dengan program ini. Dalam persekitaran pembelajaran KBAT, pembelajaran dan
pengajaran (PdP) sepatutnya berubah daripada berpusatkan guru kepada berpusatkan murid. Guru
perlu banyak berperanan sebagai fasilitator. Persekitaran pembelajaran KBAT melibatkan tiga unsur
utama iaitu guru, murid dan bilik darjah.
ISU/PUNCA ISU
Adalah menjadi hasrat KPM, semua sekolah yang terlibat dengan program ini ditarafkan sebagai
sekolah yang membudayakan KBAT atau mencapai kriteria cemerlang (Mod 1- skor melebihi 90%).
SK Kampong Berangan dilantik sebagai Sekolah Penarafan KBAT pada tahun 2017. Pada awal tahun
2020, sekolah berjaya mencapai Mod 1 atau ditarafkan sebagai sekolah yang membudayakan KBAT
peringkat kebangsaan. Dalam tempoh 2017 hingga 2020, sekolah diterajui oleh tiga orang Guru
Besar. Pertukaran Guru Besar yang kerap ini menyebabkan sekolah sukar untuk menyusun strategi
KBAT dan membudayakannya. Beberapa penilaian telah dibuat dalam tahun yang berbeza oleh KPM
dan JPN bagi mengesan pelaksanaan dan pembudayaan KBAT di SK Berangan namun masih belum
berjaya mencapai Mod 1. Berikut adalah pelaksanaan penilaian oleh Jabatan Pendidikan Negeri
Kelantan dan KPM (Jadual 1).
Jadual 1: Pelaksanaan Penilaian Penarafan KBAT
Tarikh Tujuan Bahagian/ Jabatan / PPD
16 Nov. 2017
25 Sept. 2019 Penarafan KBAT Fasa 1 i. En. Mohd Zaid bin Mohd Zain
(JPN Kelantan)
Penarafan KBAT Fasa 2 i. Pn.Hasneeda binti Sarip (BPK, KPM)
ii. Pn. Hang See Im (JPN Kelantan)
PROSES PELAKSANAAN
Di bawah kepimpinan Guru Besar baharu iaitu Puan Noor Azizah binti Harun, strategi yang lebih
mantap disusun bagi memastikan pembudayaan KBAT berlaku di SK Kampong Berangan dan
seterusnya memperoleh Mod 1. Pengalaman yang ada pada Guru Besar baharu yang juga sebelum
ini pernah menjadi Penolong Kanan Pentadbiran di sekolah yang terlibat dengan Program
Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort 1.0 digunakan untuk menyusun dan menggerakkan
barisan Penolong Kanan dan pemimpin pertengahan.
101
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
Rujukan utama pelaksanaan KBAT di SK Kampong Berangan ialah Buku yang dikeluarkan
oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM bertajuk “Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Aplikasi Di
Sekolah” dan “Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang Dua (SKPMg2)”. Buku yang
dikeluarkan oleh BPK mengandungi Tujuh Elemen Membudayakan KBAT seperti Jadual 2 di bawah.
Manakala aspek pengurusan dan kepimpinan KBAT SKPMg2 ditunjukkan
Jadual 2: Tujuh Elemen Membudayakan KBAT
Elemen Kurikulum Perincian
Elemen 1 - Elemen KBAT dalam kurikulum
- Menyediakan standard KBAT dari Prasekolah
Elemen Elemen 2 Pedogogi
utama Elemen 3 Pentaksiran ke Tingkatan 5
Elemen - Pedagogi KBAT yang efektif dalam bilik darjah
sokongan Elemen 4 Kokurikulum
berdasarkan penggunaan alat berfikir seperti
Elemen 5 Sokongan program i-Think
Elemen 6 komuniti dan - Tingkatkan % dan kualiti soalan pentaksiran
Elemen 7 - Menyediakan manual pembina item KBAT
swasta - Menyediakan toolkit untuk menyelesaikan
Bina upaya masalah dan pembuatan keputusan
- Setiap murid terlibat dalam projek 1 Murid 1
Sumber Projek (1M1P) untuk meningkatkan KBAT
- Mewujudkan mekanisme galakan penyertaan
komuniti dan sektor swasta untuk
menyokong KBAT dalam aktiviti di sekolah
- Menyediakan latihan KBAT kepada guru
- Mempertingkatkan dan mempelbagai KBAT
Aspek kepimpinan dan pengurusan KBAT merujuk kepada SKPMg2 sebagaimana Jadual 3 di bawah.
Jadual 3: Aspek kepimpinan dan Pengurusan KBAT Menggunakan SKPMg2
Standard Aspek Pelaksanaan
Standard 1 1.1 GB sebagai peneraju • Merangka pelan strategik dan taktikal
Kepemimpinan 1.2 GB sebagai pembimbing yang mengandungi elemen KBAT
1.3 GB sebagai pendorong
• Bimbingan pelaksanaan KBAT
Standard 2 2.1 Pengurusan Sumber • Guru Besar menjadi suri teladan
Pengurusan Manusia
Organisasi 2.4. Pengurusan Sumber pelaksanaan KBAT terutama dalam
Pendidikan PdPc
2.5 Iklim • Membina upaya kompetensi guru
2.7 Permuafakatan Strategik dalam pelaksanaan KBAT melalui
kursus, PLC dan coaching and
mentoring
• Memastikan pusat sumber dan ABM
diurus dengan baik dan dimanfaatkan
guru dan murid
• Mewujudkan persekitaran
pembelajaran bermakna yang
mengandungi elemen-elemen KBAT
• Melibatkan PIBG dan PIBKS dalam
aktiviti-aktiviti KBAT di sekolah
102
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
Standard 3 3.1.1 Ketetapan pelaksanaan Pengurusan kurikulum, kokurikulum dan
Pengurusan kurikulum HEM membuat ketetapan (dasar kecil)
Kurikulum, 3.2.1 Ketetapan pelaksanaan
Kokurikulum kokurikulum pelaksanaan KBAT dalam bidang
dan Hal Ehwal 3.3.1 Ketetapan pelaksanaan masing-masing. Ketetapan didokumen
Murid hal ehwal murid (HEM)
dan dikongsi dengan semua warga
Standard 4 4.1 Guru sebagai perancang sekolah bagi memastikan pelaksanaan
Pembelajaran 4.6 Murid sebagai pembelajar
dan aktif dan pembudayaan KBAT dapat
Pemudahcaraan dilaksana secara komprehensif dan
(PdPc)
terancang
• Guru merancang pedagogi dan
aktiviti yang melibatkan elemen KBAT
di dalam kelas. Pedagogi dan aktiviti-
aktiviti tersebut perlu dapat
melibatkan (engaged) murid dalam
PdPc secara aktif:
i. Memberi respon
ii. Berkomunikasi
iii. Berkolaboratif
iv. Berfikir secara kritis dan kreatif
v. Dapat kaitkan pelajaran dengan
kehidupan/ isu local/ isu glokal
vi. Membuat keputusan/ selesai
masalah
• Penggunaan alat-alat pemikiran (cth. i-
Think)
• Pembelajaran Teradun (blended
Learning) - Flipped Classroom
Jadual 4 di bawah adalah sebahagian daripada aktiviti-aktiviti KBAT yang dilaksana oleh sekolah:
Jadual 4: Aktiviti Pembudayaan KBAT
Bil Perkara Aktiviti
Latihan atau kursus i-Think kepada guru
dengan kerjasama IPG Sultan Mizan
1 Oleh: • Beberapa siri Kursus i-Think
• Bimbingan pelaksanaan PdPc kepada guru
1. Tn. Hj Mohd Anuar b. Husain
2. Tn. Hj. Sarifudin b. Mat Salleh yang mengandungi elemen KBAT dan
3. Pn. Hjh Roshidah bt Mat PAK21
4. Dr Hjh Azizah bt Husain
2 Professional Learning Community (PLC) PLC melalui Panitia Mata Pelajaran dilaksana
seminggu sekali
• Semua bilik darjah memenuhi kriteria
PAK21
3 Persekitaran Pembelajaran Bermakna • Pengurusan Bilik Darjah PAK21 oleh murid
sendiri
• Membina hub-hub pembelajaran di luar
bilik darjah
4 Dasar membuka dan memberi peluang • Majlis rasmi sekolah
kepada semua murid terlibat dalam • Aktiviti-aktiviti lain sekolah
• Aktiviti kokurikulum
103
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
aktiviti sekolah dan menyertai • Pertandingan anjuran luar
pertandingan anjuran luar
• Mengadakan perjumpaan Jawatankuasa
KBAT setiap bulan
5 Pemantapan kepimpinan dan pengurusan • Melaksana pemantauan/ learning walk
secara berkala
• Bimbingan kepimpinan Guru Besar
menerajui pelaksanaan dan pembudayaan
Bimbingan berkala oleh Pegawai PPD Pasir • KBAT
Puteh, Kelantan: •
Bimbingan pelaksanaan KBAT dalam
• YM. Tuan Rohaizat Bin Tuan Lah bidang kurikulum, kokurikulum dan hal
(Timbalan Sektor Pengurusan ehwal murid
Sekolah)
Bimbingan pelaksanaan KBAT dalam PdPc
• Pn. Haizan binti Zakaria (SIPartners+)
• Pn. Azli Noriani binti Mahmood Zuludin
(SISC+)
• Pn. Norhanizan binti Ibrahim (SISC+) Kekerapan bimbingan:
• 2018 – 4 kali
• 2019 – 5 kali
• 2020 – 5 kali
IMPAK
Impak yang paling besar sekali ialah apabila pada tahun 2020, SK Kampong Berangan diiktiraf
sebagai sekolah yang membudayakan amalan KBAT apabila memperoleh Mod 1. Penilaian ini dibuat
oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum dengan dibantu oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.
Apabila memperoleh Mod 1, bermula 29 November 2020, SK Kampong Berangan telah dilantik
menjadi mentor kepada tiga buah sekolah berhampiran iaitu SK Seligi, SK Bukit Merbau dan SK Bukit
Jawa 2.
Kesan daripada pembudayaan KBAT di SK Kampong Berangan juga menghasilkan banyak
kejayaan –kejayaan lain (Rujuk Jadual 5).
Jadual 5: Senarai Kejayaan Guru dan Murid SK Kampong Berangan
Bil Tarikh Aktiviti / Pertandingan Tempat Peringkat Pencapaian
1 2018 Pertandingan Inovasi dan Terengganu Kebangsaan Gangsa
Rekacipta STEM
2 2019 Pertandingan Inovasi dan Langkawi Kebangsaan Gangsa
Rekacipta STEM
3 2019 Pertandingan Saintis Langkawi Kebangsaan Saguhati
Muda STEM
Pertandingan Musalla SK Daerah Johan
4 2019 Peringkat Daerah, Negeri Kampong Negeri Johan
dan Kebangsaan Berangan Kebangsaan Penyertaan
Daerah
(Tidak dapat ke
5 2019 Pertandingan HePiLi SK peringkat Negeri Johan
Kelab Doktor Muda Kampong atas sebab masa
Berangan dan kewangan
KKM)
104
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
6 2019 Pengurusan Kelab dan JPN Negeri Tempat ke-3
Persatuan Sekolah SK Daerah Johan
Kampong (Tidak dapat ke -
7 2020 Pertandingan HePiLi Berangan peringkat Negeri
Kelab Doktor Muda Sk atas covid 19)
Kampong
8 2020 Penghasilan Video Berangan Negeri
Flipped Classroom Secara
Talian
Pertandingan Secara
Dalam Talian 2020 Secara Saguhati/
9 2020 Peringkat Negeri Talian Negeri Kelantan Penyertaan
Kelantan (Nyanyian Solo) Secara
talian
10 1 -30 #StayAthome Kit Covid- Kebangsaan 5 Terbaik
April 19 Pemenang Lima Secara
2020 Terbaik Pertandingan Talian
Video Tik Tok
Secara
1- 18 Pertandingan Talian Saguhati/
11 Mei #KadRayaHePiLi Kebangsaan Penyertaan
2020 Challenge JPN
Kelantan
Pertandingan Peta Saguhati/
30 Jun Pemikiran I-Think Science Secara Penyertaan
12 2020 Concept Kategori Sekolah Talian Negeri Kelantan
Rendah Secara
Talian
13 4 Julai Pertandingan Digital Negeri Kelantan Saguhati/
2020 Poster Kategori Sekolah Secara Penyertaan
Rendah Talian
10 Jun Pertandingan Mewarna Saguhati/
– 9 Reka Bentuk Setem Penyertaan
14 Julai Covid 19 Peringkat Negeri Kelantan
2020 Negeri Kelantan
1 -17 Pertandingan Video Saguhati/Pen
15 Julai Pendek Peringkat Kebangsaan yertaan
2020 Kebangsaan
16 31 Mei Pertandingan Negeri Kelantan Tempat Ke-4
– 31 Koakademik Bahasa Saguhati/
Julai Secara Dalam Talian Penyertaan
2020 Peringkat Negeri
Kelantan
17 6 – 17 Pertandingan Kebangsaan Saguhati/
Ogos #SukuSukuSeparuh Penyertaan
2020 Challenge Peringkat
Kebangsaan
Rajah-rajah di bawah adalah rakaman aktiviti yang dilaksana dan kejayaan yang diperoleh.
105
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
Rajah 1: Rakaman Kejayaan Rekacipta dan Rajah 2: Karnival STEM Peringkat
Inovasi Saintis Muda STEM Peringkat Kebangsaan
Kebangsaan
Rajah 3: Pertandingan Mussalla Rajah 4: Kursus i-Think di IPG Besut
RUMUSAN
Kejayaan SK Kampong Berangan memperoleh Mod 1 iaitu Sekolah Cemerlang Membudayakan KBAT
bukanlah sesuatu yang mudah dan bukan juga sesuatu yang mustahil. Apa yang penting ialah semua
warga sekolah perlu memahami hasrat KPM, menyusun strategi dan seterusnya menggembleng
tenaga bagi menjayakannya. Hal ini terbukti apabila apabila pelaksanaan KBAT menjadi budaya
dalam semua bidang terutama dalam PdPc, kejayaan demi kejayaan dapat dikecapi oleh semua
warga sekolah SK Kampong Berangan.
RUJUKAN
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (2017). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2
(SKPMg2). Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bahagian Pembangunan Kurikulum (2014). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Aplikasi Sekolah.
Kementerian Pendidikan Malaysia.
106
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
PROGRAM PIBG DAN KOMUNITI: KUMPULAN BELAJAR DINAMIK
Azman bin Jaafar
Guru Besar SK Pasir Puteh (P)
Haizan binti Zakaria
AJK PIBG SK Pasir Puteh (P)
ABSTRAK
Inisiatif #62 Peluasan Pelaksanaan Penglibatan Ibu Bapa Dan Komuniti dalam Ekosistem
Sekolah merupakan salah satu inisiatif utama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025. Menyedari kepentingan penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam ekosistem
sekolah inilah, Persatuan Ibu Bapa (PIBG) SK Pasir Puteh (P) melaksana satu program yang
diberi nama Program Kumpulan Belajar Dinamik. Program ini melibatkan murid Tahun 5
sebagai rintis dan dilaksana bermula Ogos 2019. Objektif program adalah mengurangkan
kebergantungan yang tinggi kepada guru dan sekolah dalam pencapaian akademik dengan
memindahkan sebahagian akauntabiliti dan tanggungjawab pembelajaran kepada murid dan
ibu bapa, menerapkan kemahiran Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) dalam kalangan murid,
menggalakkan amalan pembelajaran sepanjang masa dan meningkatkan pencapaian
akademik murid. Beberapa strategi disusun bagi memastikan program dapat dilaksana dengan
jaya. Antaranya ialah memaklumkan tentang program kepada ibu bapa melalui surat rasmi dan
taklimat, melaksana program secara berjadual, pelaksanaan aktiviti di rumah, sekolah atau
perpustakaan daerah dan aktiviti di bawah pengawasan ibu bapa sepenuhnya. Impak program
dapat dikesan melalui penglibatan dan sokongan ibu bapa dalam setiap aktiviti yang dilaksana
dan kemahiran Pembelajaran Abad Ke-21 yang diperoleh oleh murid.
Kata Kunci: PAK21, kumpulan belajar, penglibatan ibu bapa dan komuniti
LATAR BELAKANG
Pada tahun 1943, Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Puteh telah dipecahkan kepada dua buah sekolah
iaitu SK Pasir Puteh (L) dan SK Pasir Puteh (P). Pada awalnya tapak sekolah ini terletak di atas tapak
yang digunakan oleh TELEKOM sekarang di atas keluasan dua ekar 200 depa. Pada tahun 1949,
sekolah ini telah mendapat tapak baharu dan sebuah bangunan dibina yang mempunyai empat bilik
darjah. Dua tahun kemudian iaitu pada tahun 1951, satu bangunan dibina yang dapat memuatkan
sembilan bilik darjah. Sekarang SK Pasir Puteh (P) atau SKPP(P) mempunyai empat blok bangunan
dengan enrolmen murid seramai 275 melibatkan 13 bilik darjah. Bilangan guru adalah seramai 32
orang dan anggota kakitangan seramai lima orang.
Banyak kejayaan yang telah dicapai oleh SKPP(P) sama ada dalam bidang akademik
mahupun bukan akademik. Jadual di bawah adalah anugerah dan kejayaan yang diperoleh oleh
sekolah dari tahun 2016 hingga 2019 (Jadual 1).
107
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
Jadual 1: Anugerah dan Kejayaan SK Pasir Puteh (P)
Bil. Anugerah/Kejayaan Peringkat Tahun
Negeri 2016
1. Naib Johan Pertandingan Kantin Bersih Kategori Sekolah
Rendah (Bandar), Negeri 2016
2. Anugerah Cemerlang Pengurusan Kewangan Tanpa Daerah 2016
Teguran Audit
Daerah 2016
3. Tempat Ke-3 Terbaik Kategori Penguasaan Minimum Daerah 2016
UPSR 2016 Negeri 2017
Negeri 2017
4. Tempat Ke-10 Terbaik Gred Purata Sekolah (GPS) UPSR Negeri 2017
2016 Negeri 2017
Kebangsan 2017
5. Tempat Pertama Pertandingan PIBG Cemerlang Negeri 2017
Kebangsan 2017
6. Anugerah Cemerlang Pengurusan Kewangan Tanpa
Teguran Audit 3 Tahun Berturut Daerah 2018
7. Anugerah Inovasi Guru Prasekolah Negeri 2018
Kebangsan 2018
8. Anugerah Prasekolah Berbintang 2018
MSSD 2018
9. Johan Pertandingan Catur Terbuka MSSK 2018
MSSM
10. Mewakili Perkhemahan TKRS 2018
Antarabangsa
11. 14 orang murid Pengakap mendapat Sijil RAMBU 2019
Daerah
12. 17 orang Puteri Islam mendapat Sijil Puteri Bongsu 2019
Negeri
84.62% Menguasai Tahap Minimum (MTM) 2019
13. Antara pencapaian terbaik dalam daerah dengan tiga Antarabangsa
mata pelajaran lulus 100% 2019
Negeri
14. Anugerah Cemerlang Pengurusan Kewangan Tanpa 2019
Teguran Audit 4 Tahun Berturut Kebangsaan
15. Mewakili Kelantan dalam Sukan Badminton
16. Tempat Ke-3 Kategori B9 Sukan Catur
17. Tempat Ke-6 Kejohanan Catur
18. Tempat Ke-4 Berpasukan mewakili Kelantan dalam
Kejohanan Catur
19. Terbaik Kategori B12 (P) Faris Petra International Chess
Champion
84.62% Menguasai Tahap Minimum (MTM) antara
20. pencapaian terbaik dalam daerah dengan 4 mata
pelajaran lulus 100%
21. Anugerah Cemerlang Pengurusan Kewangan Tanpa
Teguran Audit 5 Tahun Berturut
Menyertai Perkhemahan KRS International Camp di Kem
22. Lambaian Danau Melaka
- 2 orang murid mendapat Anugerah Kadet
Terbilang
23. 5 orang murid menyertai Perkhemahan KRS Peringkat
Negeri
2 orang murid mewakili Kelantan dalam Kejohanan
24. Program Pembangunan Bakat Badminton di Arena
Badminton Perak
Anugerah dan kejayaan yang dicapai oleh SKPP(P) di atas merupakan usaha padu dan
gabungan tenaga warga sekolah. Peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Penglibatan Ibu
Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) di SKPP(P) lebih berbentuk sumber kewangan dan tenaga.
Menjadi dasar PIBG SKPP(P) menyumbang dan menyokong apa-apa sahaja aktiviti yang dianjurkan
oleh pihak sekolah terutama yang melibatkan murid.
108
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
ISU/PUNCA ISU
Kebergantungan ibu bapa kepada guru dan sekolah sangat tinggi dalam pencapaian atau kejayaan
anak masing-masing terutama dalam pencapaian akademik. Sedangkan masa yang dihabiskan oleh
murid di sekolah hanya 15% manakala selebihnya di rumah. Dapatan soal selidik ringkas yang
diedarkan kepada ibu bapa semasa sesi taklimat Program PIBG dan Komuniti: Kumpulan Belajar
Dinamik Murid Tahun 5 diadakan, mendapati 100% ibu bapa menyatakan kebergantungan yang tinggi
kepada guru dan sekolah dalam kejayaan anak masing-masing.
RASIONAL DAN OBJEKTIF PROGRAM
Inisiatif #62 Peluasan Pelaksanaan Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti dalam Ekosistem Sekolah
merupakan salah suatu inisiatif utama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025. Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak sangatlah penting. Terdapat banyak
bukti yang menunjukkan bahawa penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam pendidikan anak
membawa perubahan yang ketara dalam kejayaannya. Kajian peringkat antarabangsa PISA 2009
(PISA: Programme for International Student Assessment – Program Pentaksiran Murid Antarabangsa),
dijalankan oleh OECD (Organisation for Economic Cooperation and Development – Pertubuhan untuk
Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan) menunjukkan bahawa cara ibu bapa menggunakan masa
bersama-sama dengan anak di rumah mempengaruhi kejayaanya (Sumber KPM: Sarana Ibu Bapa).
Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat kajian menggunakan sampel jadual waktu
murid berumur 7 hingga 16 tahun berdasarkan 42 minggu di sekolah dan purata 5.5 jam di sekolah
setiap hari, 2 jam masa kokurikulum wajib seminggu dan masa tidur 8 jam sehari. Dapatan
menunjukkan 52% masa dihabiskan di rumah dan komuniti, 33% masa tidur dan hanya 15% masa
seseorang anak dihabiskan di sekolah (Sumber KPM: Sarana Ibu Bapa).
Menyedari kepentingan penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam aktiviti pembelajaran anak
ini, PIBG telah merangka satu program yang diberi nama Program PIBG dan Komuniti: Kumpulan
Belajar Dinamik. Objektif program ialah:
1. Mengurangkan kebergantungan yang tinggi kepada guru dan sekolah dalam pencapaian
akademik dengan memindahkan sebahagian akauntabiliti dan tanggungjawab
pembelajaran kepada murid dan ibu bapa
2. Menerapkan kemahiran Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) dalam kalangan murid
3. Menggalakkan amalan pembelajaran sepanjang masa
4. Meningkatkan pencapaian akademik murid
PROSES PELAKSANAAN
Program Kumpulan Belajar Dinamik ini dilaksana bermula bulan Ogos tahun 2019. Kumpulan
sasaran program ialah murid Tahun 5 sebagai rintis. Program ini akan melibatkan semua murid Tahap
2 pada bermula tahun 2020. Beberapa strategi pelaksanaan program digariskan seperti Jadual 1 di
bawah.
109
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
Jadual 1: Strategi Pelaksanaan Program Kumpulan Belajar Dinamik
Bil. Perkara
1 Memaklumkan kepada ibu bapa yang terlibat melalui surat rasmi yang dikeluarkan oleh
PIBG
2 Mengadakan taklimat kepada ibu bapa.
3 Pelaksanaan program adalah secara berjadual dan jadual akan diedarkan kepada ibu
bapa
4 Program diadakan di rumah, sekolah atau Perpustakaan Daerah
5 Pemilihan tempat belajar di rumah akan dibuat secara bergilir mengikut persetujuan ibu
bapa kumpulan masing-masing
6 Pelaksanaan program sepenuhnya di bawah pengawasan ibu bapa (Jadual bertugas ibu
bapa akan dikeluarkan)
7 Pengisian program akan disusun dan bahan pembelajaran akan disediakan mengguna
peruntukan kewangan sepenuhnya oleh PIBG atau sumbangan komuniti
8 Pemantauan dan penilaian akan dilaksana bagi mengesan proses pelaksanaan berjalan
dengan lancar dan berkesan
Penubuhan 10 kumpulan belajar adalah hasil perbincangan Ahli Jawatankuasa PIBG dengan nasihat
dan panduan oleh beberapa orang guru mata pelajaran. Penubuhan kumpulan belajar ini berdasarkan
panduan yang dirangka seperti berikut:
• Penubuhan kumpulan belajar disusun oleh pihak sekolah berdasarkan tempat tinggal murid
yang berdekatan bagi memudahkan mereka belajar secara kumpulan di rumah.
• Saiz kumpulan yang sesuai (4-6 orang setiap kumpulan)
• Ahli kumpulan terdiri daripada pelbagai keupayaan murid.
• Setiap kumpulan memilih nama kumpulan masing-masing dan didaftarkan
• Ketua dan Penolong Kumpulan ditentukan oleh pihak sekolah berdasarkan keupayaan
• Setiap ahli kumpulan menyediakan headcount masing-masing dan perlu diisi setiap kali
selepas pentaksiran dibuat.
• Setiap Ketua Kumpulan akan mengambil kehadiran ahli-ahli kumpulan masing-masing dan
menyerah kepada AJK PIBG
Bagi memastikan kumpulan belajar dapat berfungsi dengan baik dan berkesan. Beberapa prasyarat
pengendalian kumpulan belajar digariskan dan taklimat diberikan kepada semua murid terlibat:
• Setiap ahli kumpulan mesti mempunyai matlamat yang sama
• Mempunyai daya motivasi dan kesungguhan yang tinggi
• Mempunyai kata sepakat yang baik
• Meraikan perbezaan keupayaan dalam kalangan ahli-ahli kumpulan
• Menjadi pemimpin yang baik dan mempunyai pengaruh yang positif (Ketua Kumpulan dan
Penolong)
Sebanyak 10 kumpulan dibentuk yang mengambil kira tempat tinggal murid yang berdekatan
bagi memudahkan aktiviti kumpulan belajar di rumah dapat dilaksana. Aktiviti kumpulan belajar akan
diadakan dua kali sebulan iaitu pada setiap minggu kedua dan keempat setiap bulan seperti Jadual
2 di bawah. Tempat belajar di rumah akan dibuat secara bergilir mengikut persetujuan ibu bapa
kumpulan masing-masing. Aktiviti belajar di sekolah pula adalah pada waktu petang hari
persekolahan dan di Perpustakaan Daerah pada hari sabtu. Bahan-bahan pembelajaran akan
diedarkan kepada Ketua Kumpulan dan Penolong. Ketua dan Penolong akan dibimbing terlebih
dahulu bagi memastikan mereka dapat membimbing ahli-ahli kumpulan yang lain dengan baik.
Selepas UPSR tahun 2019, murid-murid Tahun 6 Inovatif dilantik menjadi fasilitator kepada semua
kumpulan belajar semasa aktiviti dibuat di sekolah.
110
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
Jadual 2: Jadual Pelaksanaan Kumpulan Belajar
Aktiviti Ogos September Oktober November
M2 M4 M2 M4 M2 M4 M2 M4
Belajar di rumah ////
Belajar di sekolah / / / //
Perpustakaan Daerah
Ibu bapa dijemput hadir bersama-sama anak masing-masing semasa taklimat diadakan di
Dewan Seminar PPD Pasir Puteh pada 3 Ogos 2019. Semasa taklimat diberikan, ibu bapa dan anak-
anak dikelompokkan mengikut kumpulan belajar masing-masing sebagaimana yang telah ditetapkan.
Ibu bapa dalam kumpulan ini akan berbincang lokasi aktiviti belajar di rumah dan digalakkan secara
bergilir. Kehadiran dan penglibatan ibu bapa semasa aktiviti belajar dalam kumpulan di sekolah dan
perpustakaan adalah secara sukarela. Setiap kumpulan ibu bapa digalakkan mempunyai WhatsApp
Group masing-masing bagi memudahkan perbincangan. Rajah 1 di bawah adalah contoh senarai ibu
bapa yang secara sukarela bertugas untuk aktiviti di sekolah dan perpustakaan.
Rajah 1: Jadual Bertugas Ibu Bapa
111
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
Rajah 2 sehingga 6 di bawah adalah rakaman aktiviti kumpulan belajar di rumah, sekolah
dan perpustakaan.
Rajah 2: Rakaman aktiviti
kumpulan belajar di sekolah
Rajah 3: Rakaman aktiviti kumpulan
belajar di sekolah. Fasilitator murid
terdiri dari Tahun 6
Rajah 4: Rakaman aktiviti
kumpulan belajar di rumah.
112
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
Rajah 5: Rakaman aktiviti
kumpulan belajar di perpustakaan
Rajah 6: Ibu bapa yang bertugas di
perpustakaan
IMPAK
Keberkesanan Program Kumpulan Belajar Dinamik ini diukur berdasarkan penglibatan dan sokongan
ibu bapa dan kemahiran PAK21 yang diperoleh oleh murid semasa mengikuti aktiviti yang dijalankan.
Penglibatan dan sokongan ibu bapa diukur berdasarkan kehadiran semasa taklimat, kehadiran murid
semasa aktiviti kumpulan belajar diadakan di sekolah atau perpustakaan dan kehadiran semasa
bertugas. Jadual 3 di bawah adalah pengukuran kepada penglibatan dan sokongan ibu bapa. Secara
keseluruhan penglibatan dan sokongan ibu bapa terhadap program yang dilaksana adalah
memberangsangkan.
Jadual 3: Penglibatan dan sokongan ibu bapa
Bulan Aktiviti Belajar di Sekolah/Perpustakaan Bil. %
Ogos Kehadiran Kehadiran
Ogos Kehadiran taklimat
Kehadiran Murid 41/49 83.67%
September Kehadiran ibu bapa bertugas 45/49 91.84%
Kehadiran Murid
Oktober Kehadiran ibu bapa bertugas 4/4 100%
Kehadiran Murid 38/49 77.55%
November Kehadiran ibu bapa bertugas 75.0%
Kehadiran Murid 3/4
Kehadiran ibu bapa bertugas 85.71%
42/49 100%
113 3/3 87.76%
43/49 66.67%
2/3
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
Jadual 4 di bawah adalah dapatan analisis soal selidik ringkas yang dijawab oleh murid bagi
mengesan kemahiran PAK21 yang diperoleh semasa mengikuti aktiviti kumpulan belajar sama ada
di rumah, sekolah atau perpustakaan. Soal selidik dijawab oleh 43 daripada 49 orang murid. Melalui
analisis ini, didapati kemahiran berkomunikasi, berkolaboratif, menyelesaikan masalah dan
kemahiran bersosial berjaya diterapkan kepada murid melalui aktiviti belajar dalam kumpulan
dilaksanakan oleh PIBG.
Jadual 4: Dapatan analisis soal selidik kemahiran PAK21
Bil. Soalan %
100%
1. Saya merasa seronok belajar dalam kumpulan 100%
2. Saya tidak merasa segan untuk bertanya kepada ahli kumpulan 88.37%
lain apabila menghadapi masalah pembelajaran
100%
3. Ahli kumpulan saya saling membantu dalam menyelesaikan aktiviti
atau latihan yang diberi 86.05%
69.76%
4. Saya dan ahli kumpulan bersepakat untuk mendapat keputusan
UPSR yang cemerlang
5. Ketua kumpulan dapat mengurus kumpulan kami dengan baik
seperti menentukan masa belajar dan tempat belajar
6 Ibu bapa membantu kami apabila belajar di rumah
Selain itu, keberkesanan program ini juga dapat dikesan melalui sumbangan kewangan yang
diberikan oleh komuniti untuk percetakan bahan dan penyediaan makanan kepada murid semasa
aktiviti belajar di sekolah dilaksanakan. Sejumlah RM800 diterima daripada orang perseorangan bagi
membantu melancarkan program ini.
PENUTUP
Secara rumusan, program Program Kumpulan Belajar Dinamik anjuran PIBG dan Komuniti ini berjaya
dilaksanakan dengan penglibatan dan sokongan hampir kesemua ibu bapa murid tahun 5 yang
terlibat pada tahun 2019. Selain itu, objektif bagi menerapkan kemahiran PAK21 dalam kalangan
murid juga dapat diterapkan. Walaupun PIBG berhasrat untuk meluaskan lagi program ini kepada
semua murid Tahap 2 pada tahun 2020, namun disebabkan Pandemik Covid-19 yang melanda,
program terpaksa ditangguhkan. Namun, alternatif lain yang diambil oleh PIBG bersama pihak
sekolah ialah membentuk Rakan Bestari yang melibatkan murid Tahap 2. Setiap kelas dipecahkan
kepada beberapa kumpulan belajar dan setiap kumpulan dibimbing dan diketua oleh Rakan Bestari
sama ada di dalam kelas atau secara atas talian.
RUJUKAN
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (2013). Pelibatan Ibu Bapa. Kementerian Pendidikan
Malaysia
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (2013). Sarana Ibu Bapa. Kemeterian Pendidikan Malaysia.
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (2017). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2
(SKPMg2). Kementerian Pendidikan Malaysia
Ringkasan Eksekutif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kementerian
Pendidikan Malysia
114
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
PIBKS PEMANGKIN PEMBANGUNAN MODAL INSAN DI SMK GAAL
Aloha Khana binti Ahmad @ Mohammed
Pengetua cemerlang SMK Gaal
Mastura binti Ismail
Kaunselor Sekolah SMK Gaal
Rohana binti Omar
Ketua Panitia Bahasa Melayu SMK Gaal
Md. Nazife bin Ismail
Setiausaha PIBKS SMK Gaal
ABSTRAK
Anjakan Ke-9 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, memberikan
penekanan terhadap pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak swasta (PIBKS) dalam
memperkasakan sekolah. Mengetahui kepentingan inilah Pengetua Cemerlang Puan Aloha
Khana binti Ahmad @ Mohammed telah membuka ruang yang luas kepada pihak sekolah untuk
mewujudkan jalinan kerja yang positif dengan PIBKS demi membangunkan modal insan pelajar-
pelajar SMK Gaal. Beberapa inisiatif strategi yang terancang telah disusun dengan melibatkan
seberapa banyak pihak luar bagi membantu sekolah menjana kekuatan, kecekapan, kelestarian
serta kejayaan yang dapat ditransformasikan dalam penghasilan modal insan yang berkualiti.
Antara program yang dirancang melibatkan PIBKS ialah Program Seikhlas Budi dan Program Seni
dan Warisan PIBKS. Sumbangan kepakaran yang pelbagai dan berbeza pengalaman dari pihak
luar terbukti berjaya membentuk tingkah laku murid yang unik. Rumusannya, PIBKS turut
menyumbang kepada pembangunan modal insan di SMK Gaal dan berjaya membantu sekolah
mewujudkan ekosistem pembelajaran yang lebih mantap.
Kata kunci: PIBKS, pembangunan modal insan
LATAR BELAKANG SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Gaal atau nama ringkasnya SMK Gaal, merupakan sebuah sekolah
yang terletak di jalan Jerteh ke Kota Bharu. SMK Gaal memiliki seramai 559 orang pelajar yang terdiri
290 pelajar lelaki dan 269 pelajar perempuan manakala keanggotaan guru seramai 85 orang dan 16
staf sokongan. Bermula tahun 2011, SMK Gaal dipilih sebagai Sekolah Rintis i-Think Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) yang sekarang dikenali sebagai Sekolah Penarafan Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT). SMK Gaal juga merupakan sekolah kohort 4.0 di bawah Program Tranformasi
Sekolah 2025 (TS25), KPM.
Kepimpinan SMK Gaal diterajui oleh Pengetua Cemerlang Puan Aloha Khana Ahmad @
Mohammed dan dibantu oleh En. Mohd Abdillih Jusoh yang merupakan Penolong Kanan Pentadbiran,
PK HEM En. Wan Abdullah Wan Daud dan PK KO En. Anua Zuki.
Matlamat sekolah adalah untuk memartabatkan SMK Gaal sebagai sebuah institusi
pendidikan cemerlang dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum, pembangunan insan dan
keceriaan. Objektif sekolah ini adalah untuk meningkatkan KBAT dalam kalangan pelajar,
115
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
meningkatkan prestasi akademik pelajar, mengeratkan lagi hubungan guru dengan pelajar,
melahirkan pelajar yang lebih berfokus, berkeyakinan, kreatif dan inovatif. SMK Gaal juga ingin
mewujudkan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang berkesan dalam suasana yang lebih
kondusif. Matlamat dan objektif ini selari dengan pelibatan sekolah sebagai Sekolah Penarafan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dan TS25.
ISU/PUNCA ISU
Salah satu daripada tujuh elemen utama dalam membudayakan KBAT di sekolah ialah melibatkan
sokongan komuniti dan swasta sebagai salah satu usaha untuk memperkukuh dan memperkasa
kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar. Hal ini dinyatakan dengan jelas di bawah Program
Sekolah Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Pelaksanaan Program TS25 juga merupakan satu
usaha KPM ke arah melahirkan modal insan yang unggul dengan menekankan pelibatan dan
komitmen padu PIBKS. Menyedari keperluan pelibatan dan sokongan PIBKS, pihak sekolah perlu
merancang dan menyusun strategi untuk melibatkan ibu bapa, komuniti dan swasta secara optimum
dalam aktiviti di sekolah.
Secara umumnya, hampir di setiap sekolah, ibu bapa, komuniti dan pihak swasta kurang
melibatkan diri secara aktif dalam pendidikan pelajar dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah
terutamanya pada peringkat sekolah menengah. Antara punca kurangnya pelibatan tersebut adalah
disebabkan kekangan masa, kurang kesediaan untuk terlibat dan tidak berminat terhadap masalah
sekolah. Masalah pendidikan anak-anak dan aktiviti yang dijalankan di sekolah diserah sepenuhnya
kepada guru-guru dan pihak pengurusan sekolah.
RASIONAL/MATLAMAT
Beberapa program dan aktiviti yang melibatkan ibu bapa, komuniti dan swasta telah dirancang dan
dilaksanakan oleh pihak sekolah. Rasional dan matlamat utama adalah untuk meningkatkan
pelibatan dan sokongan ibu bapa, komuniti dan swasta sebagai rakan strategik dalam membantu
membangunkan modal insan pelajar-pelajar SMK Gaal.
PELAKSANAAN PROGRAM
Berikut adalah program dan aktiviti sekolah yang melibatkan PIBKS:
1. Program Seikhlas Budi
Program Seikhlas Budi ini merupakan program kunjungan dan ziarah guru ke rumah pelajar yang
dipilih. Kunjungan dan ziarah adalah untuk menyelesaikan masalah ketidakhadiran pelajar ke
sekolah. Pada masa yang sama juga warga SMK Gaal dapat memberi bantuan kepada pelajar
yang miskin dalam bentuk makanan dan zakat. Sebagai contoh, pelajar yang terlibat diberi kupon
makan di kantin secara percuma. Pada tahun 2020, program ini diteruskan dengan memberi
bantuan bakul makanan melibatkan 150 keluarga pelajar yang terjejas akibat pandemik Covid-
19. Bantuan ini melibatkan peruntukan kewangan yang banyak hasil sumbangan guru-guru, ibu
bapa, komuniti dan pihak swasta.
Kunjungan dan ziarah ini dapat merapatkan warga SMK Gaal dengan ibu bapa di
samping mengenali latar belakang sosio ekonomi mereka dan permasalahan yang dihadapi
pelajar dengan lebih dekat. Perbincangan tentang pendidikan dan masalah anak-anak dapat
116
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
dilaksanakan secara bersemuka dan kata sepakat diambil bagi mengurangkan atau
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Rajah 1 di bawah adalah rakaman kunjungan dan ziarah
yang dilaksana di dalam Program Seikhlas Budi.
Rajah 1: Rakaman Program Seikhlas Budi
2. Program Seni Dan Warisan PIBKS
Program Seni dan Warisan PIBKS bertujuan memangkinkan kemenjadian pelajar atau
pembangunan modal insan pelajar melalui aktiviti pembuatan gasing dan anyaman tikar.
Kegiatan seni ini melibatkan pelajar yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni dan Visual
(PSV). Pendedahan dan kemahiran pembuatan gasing dan anyaman tikar diberikan oleh
komuniti setempat kepada pelajar-pelajar secara teoritikal dan hands-on.
Selain memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar terlibat, program ini juga
dapat menyemarakkan lagi kecintaan dan penghargaan pelajar kepada seni warisan negara di
samping memupuk nilai-nilai murni dan semangat kerjasama antara warga sekolah dengan ibu
bapa dan komuniti. Selain membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar, program ini
juga berjaya menaikkan nama sekolah ke peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa
apabila pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak swasta telah diberi pengiktarafan. Rajah 2 di
bawah merupakan rakaman pelibatan pelajar dalam aktiviti yang dilaksanakan.
117
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
Rajah 2: Rakaman Program Seni dan Warisan PIBKS
3. Galeri Pakaian Untuk Pelajar Asnaf
SMK Gaal mengambil langkah membantu pelajar asnaf dengan mewujudkan Galeri Wakaf
pakaian sejak Julai 2020 hasil sumbangan komuniti setempat dan badan bukan kerajaan (NGO)
atau swasta. Pakaian terpakai dan baharu yang disumbangkan akan diagih mengikut keperluan
pelajar miskin. Pelaksanaan projek ini tercetus apabila pengurusan sekolah dengan sumbangan
PIBKS menziarahi 150 buah rumah pelajar untuk menyampaikan bantuan bakul makanan ketika
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan oleh kerajaan. Guru kelas akan sentiasa
memantau keperluan pelajar masing-masing dan akan merujuk kepada pengurusan galeri untuk
mendapatkan pakaian dan barangan sekolah yang diperlukan.
4. Program-program lain bersama PIBKS
Sumbangan ibu bapa, komuniti dan pihak swasta terhadap pembangunan modal insan pelajar
SMK Gaal adalah dalam bentuk tenaga, idea, masa dan kewangan. Antara program atau aktiviti
tahunan yang melibatkan ibu bapa, komuniti dan pihak swasta adalah seperti berikut:
i. Hari Penetapan Target SPM
ii. Solat Hajat Perdana PT3 dan SPM
iii. Bengkel Teknik Menjawab
iv. Pembinaan Hub-hub Pembelajaran
v. Sambutan Bulan Kemerdekaan Bersama Komuniti
vi. Program Motivasi Kepada Pelajar
vii. Majis Penyampaian Keputusan Peperiksaan
viii. Hari Anugerah Kecemerlangan
ix. Hari Bertemu Waris
x. Kem Kepimpinan Pengawas
118
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
xi. Gotong royong Bersama Komuniti
xii. Sumbangan makanan semasa Kelas Tambahan dan Peperiksaan
xiii. Sumbangan bantuan kewangan dan makanan kepada pelajar miskin
xiv. Galeri pakaian untuk asnaf di SMK Gaal
xv. Kelab Gasing
xvi. Kelab Anyaman
xvii. Kelab Muzik Tradisional
Rajah-rajah di bawah adalah beberapa rakaman program yang melibatkan PIBKS.
Hari Bertemu Waris Solat Hajat Perdana
Penyampaian Slip Keputusan SPM Sambutan Bulan Kemerdekaan
Rajah 3: Rakaman Program-program PIBKS
IMPAK PROGRAM
1. Program PIBKS meningkatkan pencapaian PSV.
Program Seni dan Warisan PIBKS berjaya menarik menarik minat pelajar terhadap seni dan
warisan yang juga turut diterap dalam mata pelajaran PSV. Berlaku peningkatan dalam
pencapaian mata pelajaran PSV SPM seperti Jadual 1 di bawah.
119
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
Jadual 1: Perbandingan Peratus Lulus Dan GPMP Mata Pelajaran PSV SPM
Jenis Peperiksaan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) Peratus Lulus
PSV (%)
SPM 2018
SPM 2019 3.11 100
Percubaan SPM 2020
2.80 100
2.72 100
2. Persembahan dan demonstrasi pelajar-pelajar
SMK Gaal merupakan salah sebuah sekolah pilihan penandarasan PIBKS peringkat negeri dan
kebangsaaan. Saban tahun SMK Gaal sentiasa dikunjungi oleh sekolah-sekolah dari dalam dan
luar negeri, pegawai-pegawai dari JPN dan KPM bagi melihat dan belajar pelaksanaan PIBKS dan
keberkesanannya.
Peluang ini diambil oleh pihak sekolah bagi memberi peluang dan mengetengahkan bakat-
bakat pelajar membuat persembahan muzik tradisional, pertunjukan permainan dan pembuatan
gasing serta pembuatan anyaman tikar. Peluang ini dapat meningkatkan kemahiran pelajar
yang terkandung dalam pembelajaran abad ke-21 (PAK21). Pelajar-pelajar yang terlibat adalah
dari Kelab Gasing, Kelab Anyaman dan Kelab Muzik Tradisional yang jurulatihnya terdiri daripada
komuniti dan swasta.
3. Pengiktirafan dan Penghargaan
Selain dapat meningkatkan pencapaian mata pelajaran PSV dalam SPM dan meningkatkan
kemahiran PAK21 dalam kalangan murid yang terlibat, PIBKS juga banyak membantu sekolah
memperoleh pengiktirafan dan penghargaan di peringkat negeri dan kebangsaan malahan
hingga ke peringkat antarabangsa. Jadual 2 di bawah adalah senarai pengiktirafan dan
penghargaan yang diperoleh oleh sekolah yang melibatkan PIBKS.
Jadual 2: Senarai Pengiktirafan dan Penghargaan Melibatkan PIBKS
Bil. Nama Program/Aktiviti Tahun Peringkat
2020 Negeri
1. Ahli Task Force Inisiatif #62: Penglibatan Ibu Bapa ,
Komuniti dan Swasta Dalam Pendidik (PIBKS)
Penghargaan atas anjuran Kem Bahasa Inggeris (Heritage
Camp) Anjuran Bersama-sama SMK Gaal dengan
Malaysian American Commission On Educational Exchange
(MACEE) dan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Puteh.
Program ini melibatkan:
- Pelajar SMK Gaal dan sekolah TS25 dari beberapa
2 daerah negeri Kelantan 2019 Kebangsaan
- Universiti Malaysia Kelantan
- Enam (6) badan profesional dari agensi kerajaan dan
NGO pembuatan dan pengeluar Batik, Wayang Kulit,
Gasing, Anyaman dan Wau
- English Teacher Assistant (ETA) dari seluruh negeri
Kelantan dan Terengganu.
120
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
Pempamer dalam Pameran Konvesyen PIBKS Peringkat
3 Kebangsaan Sempena Konvensyen PIBKS Kebangsaan 2019 Kebangsaan
anjuran KPM
Persembahan pelajar dalam National ETA Showcase
melibatkan 10 orang pelajar di Kuala Lumpur (Terpilih
4 kerana berjaya menganjurkan Heritage Camp peringkat 2019 Kebangsaan
kebangsaan)
Naib Johan dalam “Young Maker Challenge Competition”
5 anjuran UMK (Jurulatih turut terdiri daripada pelajar-pelajar 2019 Negeri
UMK)
6 Tayangan Khas Dokumentari TV3 Berkenaan Seni Warisan 2018 Antarabangsa
Gasing dan Anyaman di TV Singapura
7 Anugerah 5 Bintang PIBKS (Kokurikulum) Peringkat 2018 Kebangsaan
Kebangsaan
8 Terpilih mewakili Kelantan untuk Program Lawatan 2019 Kebangsaan
Penanda Aras KPM PIBKS Kebangsaan
9 Pengiktirafan Anugerah PIBKS peringkat negeri Kelantan. 2018 Negeri
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Program dan aktiviti PIBKS akan dilaksana secara lebih terancang pada masa hadapan dengan
bertemakan “PBKS Pemangkin Kemenjadian Murid SMK Gaal”. Proses menjadikan PIBKS sebagai
kebitaraan atau niche area sekolah memerlukan perancangan yang lebih terperinci dan menyeluruh
kerana ianya perlu dikaitkan dengan Program Sekolah Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dan
TS25 di bawah KPM.
RUMUSAN
Penyertaan dan suntikan positif daripada pelbagai peringkat sama ada melibatkan ibu bapa, komuniti
dan swasta amat penting untuk membolehkan diversiti proses berlaku dalam pendidikan. Pelbagai
pengalaman pembelajaran dapat diwujudkan yang melibatkan sokongan luar dan seterusnya
memberi kesan kepada pembangunan modal insan pelajar-pelajar SMK Gaal secara holistik. Selain
membantu dalam pembangunan modal insan, sekolah juga berjaya memperoleh pengiktirafan dan
penghargaan peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa yang mana sudah semestinya menjadi
kebanggaan warga sekolah dan komuniti setempat.
RUJUKAN
Halimah B. A. M, Eow, Y. L. & Chuah, B. E/ (2011 ). SMK Putrajaya Presint 11 ( 1 ) Towards An
Effective School.
Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Standard Kualiti Pendidikan
Malaysia - Sekolah: Penyataan Standard (SKPM 1).
Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2008). Kajian Tindakan Kepimpinan dan
Pengurusan.
Alias Bin Puteh (1999). Kajian Tindakan di sekolah - Definisi, Proses dan Cabaran.
Anis Sabarina Abu Bakar (2008). Kompilasi bahan-bahan sebagai panduan menjalankan kajian
tindakan. Kuala Lumpur.
Berthelsen D. & Walker S. (2008). Parents involvement in their children’s education. Australian
Institute of Family Studies,79, 34-42.
121
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
122
KERTAS KERJA AMALAN TERBAIK SEKOLAH
123