CATATAN PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN TAHUN 2022
NAMA :NORSHALINA BINTI MOHD SHAHAR
NAMA SEKOLAH : SK BATU TUJUH
MATA PELAJARAN: BAHASA MELAYU
TOPIK/KEMAHIRAN: MENGENAL HURUF DAN SUKU KATA KV
Isikan jadual dibawah bermula daripada nombor 1.0 hingga 4.0 untuk merancang
kajian Tindakan.
ISU : Terdapat 8 orang murid pemulihan Orang Asli Tahun 3 belum menguasai
kemahiran mengenal huruf dan suku kata KV
1.0 Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan sewaktu aktiviti PdPc
(PEMERHATIAN) murid didapati
1. Murid tidak fokus di dalam kelas
2. Murid memerlukan bahan dalam bentuk maujud.
3. Murid keliru antara bentuk, nama dan bunyi huruf seperti b ,p
dan d, m dan n, g dan j , c dan s dan huruf - huruf lain lagi
2.0 4. Murid boleh sebut huruf tetapi tidak dapat membunyikan suku
(REFLEKSI) kata dengan betul .
I. Murid tidak dapat mengenal huruf kerana murid sukar
(Penyebab kepada
masalah yang mengingati nama, dan bentuk huruf. Murid menganggap 26
dihadapi) huruf adalah terlalu banyak untuk diingati. Selain itu bentuk
huruf yang hampir sama juga menyebabkan murid keliru
II. Murid dapat menyebut huruf secara tunggal tetapi tidak dapat
membunyikan cantuman dua huruf Konsonan(K) dan Vokal
(V) iaitu suku kata kv.
III. Daya ingatan yang singkat di kalangan murid Orang Asli
menjadi cabaran utama kepada guru. Sesuatu kemahiran
2
yang hendak diajar biasanya perlu diulang berkali-kali dan
memerlukan latih tubi yang mantap. Kaedah atau Teknik
PdPc juga perlu dipelbagaikan
IV. Kehadiran murid yang agak megecewakan juga menjadi
penyumbang kepada masalah pemulihan di sekolah.
Adakalanya murid tidak hadir untuk tempoh masa yang lama
dan diselang seli sama ada hadir atau tidak hadir dalam
seminggu. Walaupun Unit Hal Ehwal Murid (HEM) dan Unit
Bimbingan Dan Kaunseling telah berbincang dengan
keluarga namun tidak mendapat galakan dan sokongan
daripada ibu bapa atau keluarga masing-masing.
V. Pandemik Covid 19 yang berpanjangan melanda dunia
menyebabkan murid - murid pemulihan ini semakin tercicir.
Sistem pembelajaran dan pengajaran di rumah PdPr
menyebabkan murid - murid ini tidak dapat mengikuti
pembelajaran dengan sempurna kerana mereka tidak
mempunyai peranti dan akses internet. Selain itu lokasi
tempat tinggal mereka yang sukar di hubungi menyukarkan
mereka untuk mengikuti Pdpr sekaligus menyebabkan
mereka lebih tertinggal dalam menguasai kemahiran asas
literasi.
Selain itu,masalah penguasaan murid juga mungkin berpunca
daripada kaedah pengajaran saya sendiri seperti:
I. Saya menganggap semua murid boleh menggunakan bahan
yang sama untuk menguasai sesuatu kemahiran.
II. Saya beranggapan murid telah menguasai kemahiran
kerana murid boleh menjawab secara lisan sedangkan murid
sebenarnya hanya menghafal huruf dan suku kata mengikut
turutan dan tidak boleh menyebut apabila ditanya secara
rawak.
3
III. Oleh itu saya perlu menghasilkan satu bahan yang dapat
membantu murid menguasai kemahiran mengenal huruf dan
suku kata.
3.0 1. Sasaran : Lapan orang murid pemulihan tahun 3
(PERANCANGAN)
2. Objektif:
i. Meningkatkan tahap penguasaan murid dalam mengenal
huruf dan suku kata.
ii. Membantu murid mengenal huruf dan suku kata dengan lebih
mudah dan menarik.
iii. Menghasil dan mempelbagaikan Bahan Bantu Belajar (BBM)
yang murah dan menarik bagi memudahkan guru
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pemudahcaraan
3. Alat atau intervensi
Kit TPC dihasilkan bagi memudahkan murid untuk mengenal
huruf dan menyebut suku kata KV. Setiap murid akan dibekalkan
kit TPC yang mengandungi kad huruf berbentuk objek, rumah
besar (huruf konsonan) rumah kecil (huruf vokal) , kad tulis huruf
ikut bentuk, sepasang tapak tangan, dan carta suku kata KV yang
dibina berdasarkan kaedah tepuk tangan. Kad huruf dibina
berdasarkan bentuk objek kerana murid pemulihan Orang Asli
sukar untuk mengingat huruf tanpa objek. Murid lebih mudah
mengingati huruf apabila setiap huruf diwakili oleh objek seperti
a- ayam b- baju, c-cawan. Kaedah tepuk tangan sewaktu
menyebut suku kata pula diperkenalkan supaya murid pemulihan
Orang Asli mudah tahu untuk bezakan antara sebutan huruf dan
bunyi suku kata.
4
4.0 Kit TPC digunakan sewaktu aktiviti Pdpc. Aktiviti dilaksanakan
(TINDAKAN) secara berpusatkan bahan dan berpusatkan murid. Setiap murid
yang terlibat akan dibekalkan dengan satu set Kit TPC ini.
Langkah 1
Murid akan diberikan kad huruf , rumah besar dan rumah kecil.
Murid akan menyusun dahulu kad mengikut rumah iaitu rumah
kecil untuk lima huruf vokal dan rumah besar untuk huruf
konsonan. Kemudian murid akan menyebut huruf mengikut
bentuk objek contoh baju -b. ayam -a dan sebaliknya. Murid juga
akan diminta mengambil huruf berdasarkan objek dan sebaliknya
yang disebut guru atau rakan .
Langkah 2
Setelah murid kenal huruf murid akan diberikan kad tulis huruf
berdasarkan bentuk. Murid akan di uji untuk menulis semula huruf
yang telah dipelajari . Murid boleh diminta menulis huruf secara
rawak dan secara turutan. Guru boleh meminta murid untuk
menulis huruf di dalam objek seperti tulis huruf untuk kucing.
5
Langkah 3
Murid akan diberikan tapak tangan berwarna. Murid akan
memilih kad yang disebut guru dan meletak di tapak tangan. Bagi
membaca suku kata murid akan meletakkan huruf konsonan di
salah satu tapak tangan dan huruf vokal di tapak tangan sebelah
lagi.
Langkah 4
Kemudian murid juga akan menggunakan tapak
tangan untuk membaca suku kata dengan
menggunakan kaedah tepuk tangan . Murid akan
melekat satu huruf konsonan dan satu huruf vokal
murid akan sebut huruf sewaktu tangan di buka dan
membunyikan suku kata ketika tepuk tangan. Murid
dibekalkan carta suku kata yang disusun mengikut
kaedah tepuk pecah cantum
6
Contoh :
b a
ba a
ba
b
ba
5.0 Penggunaan KIT TPC di dapati dapat membantu murid
(PEMERHATIAN mempelajari dan menguasai kemahiran mengenal huruf dan suku
kata dengan lebih baik. Murid juga lebih fokus sewaktu membaca
SEMULA) suku kata. Penggunaan kad huruf berbentuk objek memudahkan
murid untuk mengenal huruf. Selain itu, kaedah tepuk tangan
6.0 yang diperkenalkan untuk murid membaca suku kata
REFLEKSI memudahkan murid untuk membezakan antara sebutan huruf
SEMULA dan suku kata.
BEDASARKAN
PEMERHATIAN Dapatan kajian menunjukkansetelah Kit TPC digunakan tahap
penguasaan murid telah meningkat dalam kemahiran mengenal
huruf dan suku kata. Ini boleh dilihat melalui ujian pra dan ujian
pos yang dijalankan. .
Hasil kajian ini juga dilihat memberi perubahan positif terhadap
tingkah laku murid di dalam kelas kerana murid didapati lebih
fokus, lebih berdaya saing, sentiasa mahu mencuba untuk
menjawab soalan. Malah suasana Pdpc juga lebih ceria dan
menyeronokkan.
Walaupun masih terdapat murid yang agak lambat namun murid
menunjukkan peningkatan penguasaan. Bilangan huruf yang
murid kenal meningkat daripada 5 huruf kepada lebih banyak
huruf setelah menggunakan kad huruf berbentuk.
Penggunaan Kit TPC juga memudahkan guru kerana bahan
tersebut boleh digunakan untuk mengajar dua kemahiran iaitu
huruf dan suku kata. Malahan kit tersebut juga boleh diubah suai
untuk murid mempelajari perkataan sewaktu PdPc yang
seterusnya.
Selain itu, kos pembinaan bahan yang mudah juga menyebabkan
semua murid mampu memiliki bahan tersebut. Selain itu
7
penggunaan bahan yang mudah dan berwarna warni juga
mampu menarik minat murid untuk mengikuti pembelajaran.
8
CATATAN PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN TAHUN 2022
NAMA: ROSMARIA BINTI MOHD NOR
NAMA SEKOLAH : SK BATU MASJID
MATA PELAJARAN : BAHASA MELAYU
TOPIK / KEMAHIRAN : HURUF VOKAL
ISU :Terdapat seorang murid pemulihan Tahun 1 , SK Batu Masjid tidak boleh membunyikan
huruf vokal dengan dengan betul.
1.0 1. Murid menghadapi masalah dalam membunyikan huruf vokal dengan
PEMERHATIAN betul. ( Pemerhatian 1)
2. Murid sukar membunyikan huruf vokal yang ditunjukkan secara
rawak (Pemerhatian 2)
3. Setelah sekolah dibuka dan selepas berlangsungnya PDPR semasa
pandemik Covid 19, murid menunjukkan sikap kurang bermotivasi (
tidak bersemangat) untuk belajar. ( Pemerhatian 3)
4. Murid menunjukkan kurang yakin pada diri sendiri. ( Pemerhatian 4)
2.0 1. Murid ini merupakan murid pemulihan Tahun 1 yang tidak mengenal
REFLEKSI huruf.
2. Murid tidak dapat mengingati dan mudah lupa untuk membunyikan
huruf vokal a,e,i,o, u.
3. Murid mengalami kekeliruan semasa menyebut bunyi huruf vokal
yang ditunjukkan.
4. Murid tidak bersemangat untuk belajar kerana terlalu lama berada di
rumah dan hanya mengikuti PDPR.
5. Kaedah pengajaran saya yang kurang menarik minat murid dan murid
tidak dapat membunyikan huruf vokal dengan betul.
Saya perlu menghasilkan atau menggunakan BBB yang bersifat maujud
bagi memudahkan murid untuk belajar mengecam, membunyikan
huruf vokal dengan betul.
3.0 1. Sasaran : Murid Tahun 1
PERANCANGAN 2. Objektif:
9
i) Meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran 1 Pemulihan
Khas Bahasa Melayu iaitu mengenal, mengecam dan membunyikan
huruf vokal
ii)Meningkatkan keyakinan serta motivasi guru dan murid dalam
pengajaran dan pembelajaran .
iii) Membangunkan pendekatan pengajaran yang menarik minat
murid untuk mempelajari kemahiran huruf vokal.
3. Alat atau invervensi
Roda Fonik dibangunkan bagi membantu murid-murid pemulihan
tahun 1 di SK Batu Masjid. Bahan ini dihasilkan menggunakan span, kad
manila, kertas warna dan gambar. Bahan-bahan yang digunakan adalah
bahan yang mudah didapati. Bahan ini sesuai digunakan untuk kanak-
kanakyang mempunyai masalah bacaan yang teruk kerana
menggabungkan penggunaan deria penglihatan, pendengaran ,
sentuhan dan bunyi semasa proses pembelajaran. Di samping itu,
bahan ini mempunyai ciri-ciri seperti kecil, ringan , mudah alih dan kos
yang digunakan sangat murah.
4.0 Set Induksi : Nyanyian lagu huruf Vokal
TINDAKAN
Langkah 1 : Murid diperkenalkan dengan Roda Fonik. Murid menyebut
huruf vokal. Murid menyatakan ciri-ciri setiap huruf vokal.
Langkah 2 : Murid memilih gambar bentuk mulut yang menunjukkan
bunyi huruf vokal. Murid membunyikan huruf vokal berdasarkan
bentuk mulut yang ditunjukkan.
10
Langkah 3 : Murid menyebut dan membunyikan huruf vokal dan
sambil memusingkan roda Fonik. Murid membunyikan huruf vokal
berdasarkan gambar. Murid menulis huruf vokal berdasarkan bunyi
yang dihasilkan.
5.0 Penggunaan Roda Fonik sangat membantu murid untuk menyebut ,
membunyikan dan menulis huruf vokal dengan betul. Murid kelihatan
PEMERHATIAN seronok semasa melaksanakan aktviti berbentuk hands on.Respons
SEMULA murid sangat baik sepanjang aktiviti dijalankan.
11
6.0 REFLEKSI Hasil dapatan menunjukkan penggunaan roda fonik berjaya
SEMULA meningkatkan kefahaman murid dalam menguasai kemahiran 1
BERDASARKAN pemulihan . Hal ini dapat dinilai dengan hasil kerja murid , ujian pra dan
PEMERHATIAN pos serta pemerhatian sepanjang PdPc.
Murid menunjukkan minat yang dalam mempelajari kemahiran ini.
Penggunaan Roda Fonik ini menjadikan guru lebih kreatif dapat
menjasikan sesi pembelajaran lebih menyeronokkan. Murid juga dilihat
semakin menunjukkan perkembangan yang positif.
12
CATATAN PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN TAHUN 2022
NAMA : SITI ARMA BINTI ABDULLAH
NAMA SEKOLAH : SK TOH TANDEWA SAKTI
MATA PELAJARAN: BAHASA MELAYU PEMULIHAN
TOPIK/KEMAHIRAN: PERKATAAN MELIBATKAN SUKUKATA KVKK (K17-K23)
Isikan jadual dibawah bermula daripada nombor 1.0 hingga 4.0 untuk merancang
kajian Tindakan.
ISU : Terdapat 7 orang murid pemulihan Tahun 4 tidak menguasai
kemahiran/topik Perkataan melibatkan sukukata kvkk
1.0 1.Murid menghadapi masalah mengeja dan membunyikan
(PEMERHATIAN) perkataan melibatkan sukukata kvkk
2. Murid sukar membatang perkataan melibatkan sukukata kvkk
3. Terdapat murid mengalami masalah tidak ingat bunyi
sukukata kvkk dalam perkataan yang telah dieja.
4. Setelah sekolah dibuka dan selepas berlangsungnya PDPR
semasa pandemik Covid 19 murid lemah apabila membaca dan
menulis perkataan melibatkan sukukata kvkk.
5.Murid menunjukkan kurang minat dan tidak fokus belajar
sesuatu topik semasa guru mengajar di dalam kelas.
2.0 1. Murid-murid ini merupakan murid pemulihan yang masih
(REFLEKSI) belum menguasai kemahiran membaca dan menulis.
13
(Penyebab kepada 2. Murid tidak dapat mengingati dan mudah lupa perkataan yang
masalah yang mempunyai lebih daripada 2 sukukata.
dihadapi)
3. Murid mengalami kekeliruan dengan sukukata kvkk.
4. Terlalu terlalu lama berada di rumah semasa PDPR (cuti
disebabkan pandemik Covid 19 menyebabkan murid lupa
kaedah mengeja, membatang dan membunyikan perkataan.
Kaedah pengajaran saya kurang dari segi kepelbagaian media
dan tiada gambar yang menarik gagal menarik minat murid
untuk mengikuti pembelajaran.
5. Saya perlu menghasilkan teknik atau menggunakan BBB
yang bersifat maujud ,dekat dengan murid dan saling berkaitan
dengan kemahiran yang lalu.
3.0 1. Sasaran : Murid Tahun 4
(PERANCANGAN)
2.Objektif:
i) Meningkatkan kemahiran membaca dan menulis melibatkan
perkataan melibatkan sukukata kvkk.
ii)Meningkatkan keyakinan serta motivasi apabila murid diberi
bahan bacaan.
iii)Membangunkan pendekatan pengajaran yang menarik minat
murid mempelajari topik/kemahiran membaca dan menulis
melibatkan sukukata kvkk.
3. Alat atau intervensi
Buku Bacaan Saya Siri 1
14
Buku Bacaan Saya dibina berdasarkan keupayaan dan
keperluan murid bagi memudahkan pembelajaran melibatkan
kemahiran Bahasa Melayu Pemulihan K17 hingga K23
(Perkataan melibatkan sukukata kvkk).
Buku Bacaan Saya memfokuskan kaedah sebut gambar,
eja,bunyikan perkataan,baca ayat mudah dan tulis dengan
cantik.
4.0 Langkah 1
(TINDAKAN)
Setiap murid akan diberi set lembaran bercetak bewarna Buku
Bacaan Saya yang terdiri daripada gambar-gambar perkataan
melibatkan sukukata kvkk.
Terdapat 6 gambar dan perkataan dalam satu siri.
Langkah 2
Dalam sesi pembelajaran pertama: (Perkataan)
• Murid diberi set gambar dan perkataan bercetak.
• Murid ditunjukkan gambar-gambar melibatkan sukukata
kvkk. Murid perlu sebut gambar.
• Guru bimbing murid eja dan bunyikan perkataan hingga
lancar. Kemudian murid akan tulis semula perkataan
dengan tulisan cantik.
• Penutupnya guru pilih secara rawak mana-mana gambar
untuk murid eja.
Langkah 3
Dalam sesi pembelajaran kedua: (Frasa perkataan)
• Murid diberi set gambar bercetak yang telah dipelajari.
• Murid kemudian dibimbing mengeja dan membunyikan
frasa melibatkan perkataan yang telah dipelajari.
• Murid kemudian memadankan gambar dan frasa dengan
betul. Murid surih frasa dengan pensel warna.
Langkah 4
Dalam sesi pembelajaran ketiga: (Ayat mudah)
15
• Murid diberi lembaran bercetak melibatkan perkataan
yang telah dipelajari.
• Melalui frasa perkataan.guru bimbing murid bina 2 ayat
mudah. Murid salin ayat-ayat menjadi satu petikan
mudah.
• Murid baca petikan yang telah ditulis.
• Murid siapkan tugasan hingga lengkap 6 petikan
mudah.(dengan bimbingan)
Langkah 5
Dalam sesi pembelajaran keempat: (Kemasan buku dan
penilaian)
• Murid susun hasil kerja dan hias buku bacaan.
• Murid semak hasil kerja masing-masing.
• Guru membuat penilaian dengan minta murid membaca
setiap helai hasil kerja mereka.
• Murid yang lancar bacaan dan kemas bukunya diberi
ganjaran.
5.0 Penggunaan Buku Bacaan Saya sangat membantu murid
menguasai kemahiran membaca dan menulis. Murid kelihatan
(PEMERHATIAN seronok dan berminat menyiapkan tugasan/projek yang diberi.
SEMULA)
Respon murid terhadap tugasan positif. Keterujaan menyiapkan
tugasan dengan cepat adakala membuatkan hasil kerja tidak
begitu kemas.
Murid boleh membaca sekurang-kurangnya 2 atau lebih petikan
mudah dengan lancar sehingga akhir tugasan.
6.0 Hasil dapatan menunjukkan murid dapat membaca dan menulis
perkataan jika diulang banyak kali.
REFLEKSI
SEMULA Hal ini dapat dikukuhkan dengan penggunaan gambar dan
BEDASARKAN perkataan yang sama membantu murid menghubungkait setiap
PEMERHATIAN sesi pembelajaran..
16
Murid bermotivasi dan menunjukkan minat yang tinggi dalam
mempelajari kemahiran perkataan melibatkan sukukata kvkk jika
mereka telah kuasai sesuatu kemahiran asas.
Penggunaan Buku Bacaan Saya membantu guru mengesan
tahap penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran.
17
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KOHOR
SEKOLAH KEBANGSAAN CHANGKAT SULAIMAN 6
35600 SUNGKAI,PERAK DARUL RIDZUAN
Email:[email protected]
PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN TAHUN 2022.
NAMA : MASTURA BINTI DAUD
NAMA SEKOLAH : SK CHANGKAT SULAIMAN, SUNGKAI
MATA PELAJARAN : BAHASA MELAYU (PEMULIHAN KHAS)
TOPIK / KEMAHIRAN : KP 11 : PERKATAAN KV+KVK
Isu : Terdapat 2 orang murid Pemulihan Khas Tahun 3 SK Changkat Sulaiman tidak
berupaya membaca, memahami dan menaakul bahan grafik dan bukan grafik
perkataan KV+KVK.
1.0 1. Murid menghadapi masalah dalam mencerakinkan perkataan KV
(PEMERHATIAN) + KVK kepada suku kata.
2. Murid sukar membatang perkataan KV+KVK.
3. Terdapat murid mengalami masalah membatang perkataan
KV+KVK.
4. Setelah sekolah dibuka dan selepas berlangsungnya PdPR semasa
pandemik Covid-19, murid menunjukkan sikap kurang
bermotivasi dan kurang berminat untuk belajar.
5. Murid didapati mudah lupa yang telah dipelajari.
2.0 1. Murid-murid ini merupakan murid Pemulihan Tahun 3 yang
(REFLEKSI) masih belum membaca. (Apakah latar belakang murid ini?)
2. Murid tidak dapat mengingati dan mudah lupa perkataan
KV+KVK. (Mengapa murid sukar mengingat suku kata pertama
perkataan KV dan tidak dapat membunyikan dengan tepat suku
kata tertutup KVK.
3. Murid mengalami kekeliruan untuk membunyikan suku kata
kedua iaitu suku kata tertutup KVK dengan tepat dan betul.
(Mengapa murid sukar menyebut dan membatangkan perkataan
KV+KVK?)
4. Terlalu lama berada di rumah semasa PdPR (cuti disebabkan
pandemik Covid-19). (Mengapa murid tidak bersemangat dan
kurang bermotivasi untuk belajar?)
5. Kaedah pembelajaran saya yang tidak menarik iaitu chalk and talk
sahaja dan hanya tekankan kepada hafalan dan latih tubi semata-
mata.
(Mengapa saya tidak berjaya menarik minat murid?)
(Apa yang perlu saya buat untuk menarik minat murid?)
18
3.0 • Saya perlu menghasilkan atau menggunakan BBB yang
(PERANCANGAN) bersifat maujud bagi memudahkan murid untuk belajar
membatang, membaca, menulis perkataan, frasa dan ayat
yang bermakna perkataan KV+KVK.
1. Sasaran : Murid Tahun 3
2. Objektif :
i) Meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran
11 Pemulihan Khas Bahasa Melayu iaitu Perkataan
KV+KVK.
ii) Meningkatkan keyakinan serta motivasi serta
motivasi guru dan murid dalam pengajaran dan
pembelajaran.
iii) Membangunkan pendekatan pengajaran yang
menarik.
3. Alat atau Intervensi
i. a) Buku Cabut Lekat Perkataan KV+KVK
b) Bacaan Asas KVKVK.
** Buku ini dibangunkan bagi membantu murid-
murid Pemulihan Khas Tahun 3 di SK Changkat
Sulaiman. BBB ini terdiri daripada 2 buku.
Buku 1 – Murid dikehendaki membaca suku kata,
cari dan lekatkan gambar.
Buku 2 – Melihat gambar, dan melengkapkan
perkataan.
Di dalam buku ini mengandungi 30 perkataan dan
gambar kemahiran KV+KVK.
Bahan Bantu Belajar ini sesuai digunakan untuk
kanak-kanak yang mempunyai masalah bacaan
kerana ianya menggabungkan penggunaan deria
penglihatan, pendengaran, pengecaman, dan
pengamatan semasa proses pembelajaran.
- Di samping itu, BBB ini kecil, ringan, mudah
alih, mesra pengguna dan kos yang digunakan
adalah murah.
ii. Buku Bacaan Asas KVKVK ini merupakan BBB
yang mengandungi perkataan KVKVK, rangkai kata
KV+KVK dan bacaan bergred KVKVK yang
berwarna dan menarik.
19
• Buku ini membimbing murid membaca dan memahami
perkataan yang mengandungi gabungan suku kata terbuka
dan tertutup (KVKVK).
• Buku ini juga melatih murid membaca dan memahami frasa
yang ada perkataan mengandungi suku kata tertutup.
• Terangkan dengan terperinci langkah demi langkah
intervensi yang dilaksanakan.
Set Induksi : Nyanyian lagu kanak-kanak yang mengandungi
perkataan KVKVK.
Langkah 1 :
Murid diperkenalkan dengan
i) Buku Cabut Lekat Perkataan KVKVK.
ii) Buku Bacaan Asas KVKVK.
4.0 Langkah 2 :
(TINDAKAN)
• Murid menamakan gambar yang ditunjukkan.
• Murid membunyikan suku kata KV dan suku kata KVK.
• Guru membimbing murid memadankan kad suku kata untuk
membentuk perkataan KV+KVK.
Langkah 3 :
• Guru membimbing murid mencantumkan kad suku kata KV
dengan kad suku kata KVK untuk membentuk perkataan
KV+KVK berdasarkan gambar.
• Latih murid membaca perkataan yang telah dicantumkan
atau diletakkan daripada suku kata ini.
20
• Aktiviti diulangi dengan perkataan KV+KVK yang lain.
Penutup
Murid diminta membaca lancar dan mempamerkan hasil kerja
masing-masing.
5.0 Penggunaan BBB Buku Cabut Lekat perkataan KV + KVK dan
Bacaan Asas KVK sangat membantu murid membaca dan memahami
(PEMERHATIAN perkataan yang mengandungi gabungan suku kata terbuka dan
SEMULA) tertutup (KV + KVK). Murid kelihatan seronok semasa
melaksanakan PdPc tersebut kerana bahan tersebut menarik. Respon
murid sangat baik sepanjang aktiviti dijalankan.
Hasil dapatan menunjukkan penggunaan BBB Buku Cabut Lekat
perkataan KV + KVK dan Bacaan Asas KVKVK berjaya
meningkatkan kefahaman murid dalam menguasai kemahiran 11
Pemulihan Khas iaitu perkataan KV + KVK.
6.0 Hal ini dapat dikukuhkan dengan hasil kerja murid, ujian menulis
perkataan KVKVK yang diimlak serta pemerhatian sepanjang PdPc.
(REFLEKSI
SEMULA ➔ Murid bermotivasi dan menunjukkan minat yang tinggi dalam
BERDASARKAN mempelajari kemahiran ini dan guru yakin murid benar-benar
PEMERHATIAN) menguasai kemahiran ini dan hanya perlu memperbanyakkan
membaca dan latih tubi.
➔ Penggunaan BBB Buku Cabut Lekat Perkataan KVKVK dan
Bcaaan Asas KVKVK menjadikan guru lebih kreatif dan inovatif.
Ini penting kerana guru-guru yang hebat perlu memberi perhatian
bukan sahaja kepada pelaksanaan PdPc malah sentiasa menambah
baik amalan dalam pengajaran untuk menjadikan proses PdPc
lebih kreatif dan menyeronokkan pelajar, tambahan murid
pemulihan yang sememangnya sedikit terkebelakang berbanding
rakan-rakan sebaya mereka.
21
CATATAN PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN TAHUN 2022
NAMA: LEE CAI XIN
NAMA SEKOLAH: SJK(C) CHOONG HUA 2 BIDOR
MATA PELAJARAN: BAHASA MELAYU
TOPIK/KEMAHIRAN: MEMBACA
ISU: Terdapat 6 orang murid Tahun 2 , SJK(C) Choong Hua 2 tidak menguasai
kemahiran membaca asas pemahaman dengan baik.
1.0 (PEMERHATIAN) 1. Murid menghadapi masalah dalam memahami ayat atau petikan
yang dibaca dalam bahasa Melayu.
2. Murid sukar mengenali dan memahami kosa kata malahan ayat
serta kandungan petikan.
3. Terdapat murid mengalami masalah membaca kata atau ayat
dengan sebutan yang betul.
4. Setelah sekolah dibuka dan selepas berlangsungnya PDPR
semasa pandemik Covid 19, murid-murid menunjukkan tahap
penguasaan terhadap bahasa Melayu yang lemah di mana mereka
tidak memahami kebanyakan kosa kata dalam bahasa Melayu akibat
pendedahan dan latihan yang kurang.
5. Murid menunjukkan sikap kurang minat terhadap bahasa Melayu
akibat bahasa ini bukan bahasa ibunda mereka maka sukar difahami
oleh mereka.
2.0 (REFLEKSI) 1. Murid-murid ini merupakan murid-murid bangsa Cina yang kurang
didedahkan kepada penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan
harian.
2. Murid sukar mengingati maksud kosa kata atau ayat yang diajar
atau dijelaskan oleh guru.
3. Murid juga tidak menguasai tatabahasa bahasa Melayu
menyebabkan mereka kurang berupaya untuk mehamai ayat atau
petikan yang dibaca.
4. Ibu bapa yang terlalu sibuk atau bekerja di bandar menyebabkan
murid yang kurang cakna dalam penggunaan teknologi tidak dapat
menghadiri kelas atas talian semasa PdPr maka murid lemah dalam
menguasai asas 3M bahasa Melayu.
5. Kaedah pengajaran yang tidak menarik iaitu chalk and talk
mengakibatkan murid kurang berminat untuk mengenali kosa kata
dan memahami petikan yang dibaca.
22
3.0 Saya perlu menghasilkan atau menggunakan BBM yang
(PERANCANGAN) mengoptimumkan bahan-bahan visual bagi menarik minat murid
untuk memahami maksud kosa kata, ayat serta petikan bahasa
Melayu. Saya juga perlu menyediakan pelbagai aktiviti susulan
membaca yang dapat mengukuhkan pemahaman murid-murid
terhadap kosa kata dan petikan yang dibaca di samping
mempamerkan kreativiti dan pemikiran kiritis mereka.
1. Sasaran: Murid Tahun 2
2. Objektif:
i) Meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran membaca
aspek pemahaman.
ii) Memupuk minat dalam kalangan murid terhadap pembacaan cerita
atau petikan dalam bahasa Melayu.
iii) Membangunkan pendekatan pengajaran yang mampu mencungkil
pemikiran kritis dan kreatif dalam kalangan murid.
4.0 (TINDAKAN) 3. Alat atau intervensi
4M- Membaca, Merumus, Menulis dan Mencipta
Intervensi 4M dibangunkan bagi membantu murid-murid tahun 2 di
SJK(C) Choong Hua 2, Bidor untuk meningkatkan kemahiran
membaca aspek pemahaman mereka.
- Membaca: Murid-murid membaca cerita bergambar yang
menarik yang ditunjukkan pada papan putih. Gambar yang
menarik dapat menarik minat murid-murid untuk memahami
cerita yang dibaca. Pada masa yang sama, guru menekankan
maksud kosa kata dan penggunaan tatabahasa semasa
proses pembacaan.
- Merumus: Murid-murid diggalakkan untuk melukis peta minda
yang sesuai bagi merumuskan cerita yang dibaca. Langkah ini
dapat membantu murid-murid untuk mengingat semula jalan
cerita ataupun menyenaraikan ciri-ciri sesuatu watak.
- Menulis: Murid-murid menjalankan aktiviti menulis seperti
menulis jawapan pemahaman, membina ayat berdasarkan
kosa kata yang dipelajari dan sebagainya.
- Mencipta: Murid-murid menghasilkan pelbagai jenis seni
kraftangan yang selaras dengan cerita yang dibaca dengan
bimbingan guru lalu membentangkan produk mereka.
Kali 1 – Buku cerita elektronik: Encik Sotong Menjual Payung
23
Set induksi: Murid-murid menyatakan warna di sekeliling mereka.
Langkah 1:
1. Murid-murid membaca cerita secara mekanis.
2. Murid-murid dibimbing untuk memahami kandungan cerita
tersebut.
3. Murid-murid menjawab soalan KBAT yang ditanya oleh guru
sepanjang proses membaca.
4. Murid-murid berkongsi pendapat dan perasaan sendiri
selepas membaca cerita ini.
Langkah 2:
1. Murid-murid diedarkan lembaran kerja.
2. Murid-murid mengingatkan balik cerita yang dibaca dan
mengisi ruangan dengan warna payung yang dibeli oleh
pelbagai watak.
24
Langkah 3:
1. Murid-murid menulis sama ada mereka suka hari hujan atau
tidak.
2. Murid-murid dibimbing oleh guru untuk menulis sebabnya.
Langkah 4:
1. Murid-murid menghasilkan kraf dengan melipat bentuk payung
secara kreatif.
25
5.0 (PEMERHATIAN Intervensi 4M amat membantu dalam menolong murid-murid untuk
SEMULA) meningkatkan kemahiran membaca. Murid-murid lebih berminat
untuk membaca cerita maka sekali gus membantu mereka untuk
mengukuhkan bacaan mekanis dan pemahaman.
6.0 (REFLEKSI Murid-murid Tahun 2M menunjukkan minat yang lebih membaca
SEMULA cerita buku elektronik berbanding dengan membaca petikan kerana
terdapat gambar dan animasi yang menarik. Murid-murid dapat
BERDASARKAN mengukuhkan bacaan mekanis dengan bimbingan guru. Selain itu,
PEMERHATIAN) mereka juga dapat meningkatkan kemahiran membaca dari aspek
pemahaman. Hal ini kerana melalui soalan yang ditanya sepanjang
proses pembcaan, murid-murid berpeluang untuk berfikir secara kritis
dan kreatif lantas mengukuhkan pemahaman terhadap cerita yang
dibaca.
26
Semasa proses penulisaan, murid-murid turut diberi peluang untuk
menjanakan idea dan pendapat mereka sendiri. Mereka digalakkan
untuk menulis pandangan sendiri dan dibimbing oleh guru bagi
perkataan yang tidak diketahui.
Murid-murid paling menyukai proses mencipta kerana berpeluang
untuk menghasilkan pelbagai jenis kraf tangan yang berkaitan dengan
cerita yang dibaca. Mereka berasa gembira untuk berkongsi atau
mempamerkan hasilan masing-masing.
27
CATATAN PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN TAHUN 2022
NAMA : YEE JUN HENG
NAMA SEKOLAH: SJK(C) HWA LIAN
MATA PELAJARAN: BAHASA MELAYU
TOPIK/KEMAHIRAN: SUKU KATA KVK+KVK
Isikan jadual dibawah bermula daripada nombor 1.0 hingga 4.0 untuk merancang
kajian Tindakan.
ISU : Terdapat seorang murid Tahun 2 tidak menguasai kemahiran
membatangkan dua suku kata yang terdiri daripada pola KVK+KVK dengan betul.
1.0 1. Murid menghadapi masalah untuk mengenalpasti pola suku
(PEMERHATIAN) kata KVK+KVK. (Pemerhatian 1)
2. Kesukaran mengenalpasti pola suku kata dan mencerakinkan
suku kata menyebabkan murid mengalami masalah
membatangkan suku kata KVK+KVK. (Pemerhatian 2)
3. Setelah sekolah dibuka dan selepas berlangsungnya PDPR
semasa pandemik Covid 19, didapati murid kurang
bersemangat untuk belajar dan kurang yakin terhadap diri
sendiri. (Pemerhatian 3)
4. Murid menunjukkan kurang minat semasa belajar topik
tentang kemahiran KVK+KVK. (Pemerhatian 4)
2.0 1. Murid ini merupakan murid pemulihan Tahun 2.
(REFLEKSI) 2. Ingatan murid tentang isi-isi pelajaran tidak berkekal untuk
jangka masa yang panjang.
28
(Penyebab kepada 3. Murid menghadapi kekeliruan apabila diminta untuk
masalah yang membatangkan suku kata KVK+KVK.
dihadapi)
4. Didapati murid kurang bersemangat untuk belajar kerana
terlalu lama berada di rumah dan hanya mengikuti PDPR.
5. Kaedah pengajaran saya yang berkemungkinan kurang
menarik dan lebih menekankan latih tubi semata-mata.
Dengan itu, saya perlu menghasilkan suatu teknik pengajaran
yang lebih menarik minat murid bagi meningkatkan semangat
murid di samping memudahkan murid untuk belajar
membatangkan suku kata KVK+KVK.
3.0 1. Sasaran : Murid Tahun 2.
(PERANCANGAN)
2.Objektif:
i. Meningkatkan penguasaan murid dalam Kemahiran 13
iaitu mengenal dan membatangkan perkataan KV+KVK.
ii. Meningkatkan keyakinan serta motivasi guru dan murid
dalam pengajaran dan pembelajaran.
iii. Membangunkan pendekatan pengajaran yang menarik
minat murid mempelajari kemahiran tentang suku kata
KVK+KVK.
3. Alat atau intervensi
Roda Putar Berbunyi dihasilkan bagi membantu murid Tahun 2
membatangkan suku kata KVK+KVK dengan betul. Roda Putar
Berbunyi mengandungi suku kata-suku kata KVK. Roda Putar
Berbunyi ini diperbuat daripada kad manila, kertas warna dan
gambar. Bahan-bahan yang digunakan adalah mudah untuk
didapati dan selamat untuk digunakan oleh murid. Roda Putar
Berbunyi yang mengandungi gambar, memerlukan murid untuk
29
memusingkkan dan menyebutnya, dilihat dapat merangsang
deria penglihatan, pendengaran dan sentuhan murid. Selain itu,
Roda Putar Berbunyi ini juga bersifat fleksibel. Suku kata pada
permukaan Roda Putar Berbunti boleh ditukarganti bagi
memperbanyakkan lagi kosa kata dari golongan kemahiran yang
sama ataupun kemahiran membatangkan dua suku kata yang
lebih mencabar.
Sudah menjadi fitrah murid-murid gemar akan permainan.
Dengan ini, Roda Putar Berbunyi yang turut merupakan sejenis
permainan dilihat dapat mendatangkan keseronokan dan hiburan
serta merangsang individu mempelajari sesuatu melalui cara
yang aktif. Hal ini akan memudahkan pembelajaran dan
penguasaan murid tentang kemahiran membatangkan suku kata
KVK+KVK.
4.0 Set induksi
(TINDAKAN) Mencari kad suku kata KVK.
Langkah 1
Murid diberi sebuah kad suku kata KVK. Murid dibimbing untuk
menyebut suku kata yang terdapat pada kad berulang kali.
Langkah 2
Murid memusingkan Roda Putar Berbunyi. Apabila roda itu
berhenti berputar, guru membimbing murid untuk memadankan
kad suku kata yang dipegangnya dengan suku kata yang
ditunjukkan di roda putar.
30
Langkah 3
Murid membatangkan suku kata yang dipadankan dengan kuat.
Setelah dapat membatangkan suku kata tersebut, murid akan
menandakan (/) pada carta kosa kata yang dipamerkan.
Penutup
Murid diminta untuk membaca lancar berdasarkan suku kata
KVK+KVK yang ditunjukkan.
5.0 Penggunaan Roda Putar Berbunyi dapat membantu murid untuk
membatangkan suku kata KVK+KVK dengan betul. Murid turut
(PEMERHATIAN dapat memahami maksud perkataan yang mempunyai gabungan
SEMULA) suku kata KVK+KVK. Murid kelihatan lebih bersemangat
terhadap topik pengajaran di mana murid sentiasa mencuba
untuk membatangkan suku kata dengan betul. Respons murid
adalah baik sepanjang aktiviti dijalankan.
6.0 Hasil dapatan menunjukkan Roda Putar Berbunyi dapat
meningkatkan penguasaan murid dalam Kemahiran 13 iaitu
REFLEKSI mengenal dan membatangkan suku kata KV+KVK. Hal ini dapat
SEMULA dikukuhkan dengan hasil kerja murid, ujian bertulis yang diimlak
BEDASARKAN serta pemerhatian sepanjang PdPc.
PEMERHATIAN
31
Murid bermotivasi dan menunjukkan minat dalam mempelajari
kemahiran ini. Hal ini dapat dilihat melalui penglibatan aktif murid
sepanjang PdPc dijalankan.
Penggunaan Roda Putar Berbunyi menjadikan guru lebih kreatif
di samping menjadikan sesi pembelajaran lebih menyeronokkan.
Perkembangan positif murid turut semakin dapat diperhatikan.
32
SJK (TAMIL) LADANG SUNGAI KRUIT, 35600 SUNGKAI, PERAK.
________________________________________________________
PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN TAHUN 2022.
NAMA GURU : RADHA KRISHNAN A/L VEERAPUTRAN
NAMA SEKOLAH : SJK T LADANG SUNGAI KRUIT, SUNGKAI
MATA PELAJARAN : MATEMATIK
TOPIK / KEMAHIRAN : OPERASI ASAS TAMBAH
Isu : Terdapat 2 orang murid Pemulihan ( 1 orang Tahun 2 & 1 orang Tahun 3) SJK T
Ladang Sungai Kruit tidak berupaya mengingati operasi asas tambah dan menyelesaikan
operasi asas tambah dengan format yang betul.
1.0 1. Murid menghadapi masalah dalam mengingati
(PEMERHATIAN) simbol operasi asas matematik.
2. Murid sukar untuk menyelesaikan latihan operasi
asas matematik terutama fakta asas tambah dalam
bentuk lazim.
3. Murid mengalami masalah untuk memindahkan
soalan matematik mudah dalam bentuk lazim
dengan format betul seperti kedudukan
simbol/fakta, dan kedudukan nombor (sa, puluh
dan ratus).
4. Murid didapati mudah lupa apa yang telah
dipelajari.
33
2.0 6. Murid-murid ini merupakan murid Pemulihan Tahun 2
(REFLEKSI) & 3 yang masih belum menguasai kemahiran membaca
dan mengenali nombor asas secara menyeluruh.
3.0 (Apakah latar belakang murid ini?).
(PERANCANGAN)
7. Sikap cuai menyebabkan murid mengambil masa yang
agak lama untuk menguasasi kemahiran asas
matematik seperti fakta asas tambah.
8. Murid mengalami kekeliruan untuk membezakan
simbol dan kegunaan tambah dan tolak. (Mengapa
murid sukar membezakan simbol dan kegunaan
tambah dan tolak?)
9. Murid sukar untuk memindahkan soalan matematik
mudah dalam bentuk lazim mengikut susunan nombor
yang betul serta kedudukan simbol di tempat yang
salah.
10. Terlalu lama berada di rumah semasa PdPR (cuti
disebabkan pandemik Covid-19). (Mengapa murid
tidak bersemangat dan kurang bermotivasi untuk
belajar? memandangkan subjek matematik lebih
konkrit berbanding dengan subjek bahasa.)
11. Saya perlu menghasilkan atau menggunakan bahan
bantu mengajar (BBB) yang bersifat maujud bagi
memudahkan murid gemar belajar matematik,
mengingati kedudukan simbol dan menulis soalan
matematik dalam bentuk lazim dengan teknik betul.
1. Sasaran : Murid pemulihan (PML) –
Tahap 1
2. Objektif :
i. Meningkatkan penguasaan murid dalam
menyelesaikan fakta asas operasi tambah.
34
ii. Meningkatkan keyakinan dan daya ingatan murid
untuk mengenali serta membezakan operasi asas
tambah.
iii. Meningkatkan kemahiran murid untuk
memindahkan soalan matematik dalam bentuk
lazim dengan teknik yang betul.
iv. Membangunkan pendekatan pengajaran yang
menarik.
3. Alat atau intervensi :
i. Intervensi yang dihasilkan ialah penggunaan
teknik “TOG” iaitu:
T-Table, O-Of & G-Guidance
ii. Teknik “TOG” ini dihasilkan berdasarkan
keupayaan dan keperluan murid bagi memudahkan
pembelajaran iaitu aktiviti penyelesaian operasi
asas tambah dengan teknik yang betul.
iii. Dengan adanya teknik ini, murid dapat mengenal
pasti kehendak soalan iaitu fakta asas yang perlu
digunakan untuk menyelesaikan masalah serta
kedudukan simbol dan nombor mengikut turutan
(sa, puluh dan ratus).
iv. Kekerapan penggunaan teknik ini, membantu
murid mengingati simbol fakta asas matematik
secara menyeluruh dan dapat membezakan
kegunaan setiap satunya dengan tepat.
35
4.0 v. Di samping itu, BBB ini kecil, ringan, mudah alih,
(TINDAKAN) mesra pengguna dan kos yang digunakan adalah
murah.
Set Induksi :
Perbincangan mengenai kegunaan matematik dalam
kehidupan seharian. Contoh : Penggunaan duit dalam
urusan jual beli, penggunaan masa dan sebagainya.
Langkah 1 :
i. Murid melihat contoh soalan operasi asas tambah
melalui paparan PPT.
ii. Sesi perbincangan dan penerangan berkaitan
paparan soalan di atas.
Langkah 2 :
i. Murid menerima soalan yang sama dalam bentuk
teknik “TOG”.
ii. Murid diajar cara menggunakan teknik “TOG”.
untuk menyelesaikan operasi asas tambah dengan
cara yang betul.
Soalan dalam bentuk Teknik “TOG”
36
Langkah 3 :
i. Terdapat 8 soalan operasi asas tambah.
ii. Murid menyelesaikan aktiviti operasi asas tambah
menggunakan teknik “TOG”.
Penutup :
i. Murid membentang hasil tugasan.
ii. Guru membuat penilaian terhadap hasil kerja murid
dan diberikan pujian.
5.0 Penggunaan BBB/teknik “TOG” sangat membantu
(PEMERHATIAN SEMULA) meningkatkan penguasaan murid dalam menyelesaikan
fakta asas operasi tambah. Teknik ini juga meningkatkan
keyakinan dan daya ingatan murid untuk mengenali serta
membezakan operasi asas tambah. Pada masa yang sama,
murid juga berjaya memindahkan soalan matematik dalam
bentuk lazim dengan teknik yang betul. Murid kelihatan
seronok semasa sepanjang PdPc kerana teknik tersebut
menarik perhatian. Respon murid sangat baik sepanjang
aktiviti dijalankan.
Murid menyelesaikan aktiviti operasi asas tambah menggunakan
Teknik “TOG” dengan penuh semangat.
37
6.0 i. Hasil dapatan menunjukkan bahawa murid saya
berupaya menyelesaikan latihan operasi asas
(REFLEKSI SEMULA tambah dengan tepat dan format yang betul dengan
BERDASARKAN adanya bahan yang sesuai dan teknik yang
PEMERHATIAN) memberangsangkan minda.
ii. Hal ini dapat dikuhkuhkan dengan hasil latihan
yang diberikan kepada murid menggunakan teknik
“TOG”.
iii. Murid bermotivasi dan menunjukkan minat yang
tinggi dalam penggunaan teknik ini dan guru yakin
murid benar-benar menguasai kemahiran yang
diajar dan perlu memperbanyakkan latih tubi.
iv. Penggunaan teknik “TOG” mewujudkan suasana
pembelajaran yang kondusif dan menjadikan guru
lebih kreatif dan inovatif . Hal ini kerana, dunia
pendidikan kini semakin mencabar. Guru perlu
sentiasa peka dengan perubahan dan teknik-teknik
memberangsangkan minda untuk menyediakan
murid yang mampu berdaya saing di peringkat
global.
Teknik biasa
38
Teknik biasa
Teknik “TOG”
Teknik “TOG
39
CATATAN PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN TAHUN 2022
NAMA : CIK CHOW LING
NAMA SEKOLAH : SJKC KHAI MENG
MATA PELAJARAN : BAHASA MELAYU
TOPIK/KEMAHIRAN : K1 (Huruf-huruf vokal)
Isikan jadual dibawah bermula daripada nombor 1.0 hingga 4.0 untuk merancang
kajian tindakan.
ISU:
Terdapat seorang murid pemulihan Tahun 2, SJKC Khai Meng tidak dapat
mengenal, mengecam dan menulis huruf vokal dengan betul.
1.0 1. Murid menghadapi masalah dalam mengenal huruf vokal.
(PEMERHATIAN) 2. Murid sukar mengecam huruf vokal yang ditunjukkan.
3. Murid mengalami masalah menulis huruf vokal.
4. Setelah sekolah dibuka dan selepas berlangsungnya PDPR
semasa pandemik Covid 19, murid sering tidak hadir ke
sekolah.
5. Murid menunjukkan kurang berminat semasa belajar.
1. Murid ini merupakan murid pemulihan tahun 2 yang tidak
2.0 boleh mengenal, mengecam dan menulis huruf vokal.
(REFLEKSI) (Apakah latar belakang murid ini?)
2. Murid tidak dapat mengingati dan mudah lupa bentuk dan
bunyi huruf vokal. (Mengapakah murid sukar mengingati huruf
(Penyebab kepada vokal?)
masalah yang 3. Murid mengalami kekeliruan semasa membunyi dan menulis
dihadapi)
huruf vokal. (Mengapakah murid sukar mengingati huruf
vokal?)
40
4. Terlalu lama berada di rumah semasa PDPR (cuti disebabkan
pandemik Covid 19) (Mengapakah murid kurang berminat
semasa belajar?)
5. Kaedah pengajaran saya kurang menarik minat murid untuk
belajar. (Mengapakah saya tidak berjaya menarik minat
murid?)
Tindakan yang akan diambil: Saya perlu menghasilkan teknik
atau menggunakan BBB yang bersifat maujud bagi membantu
murid untuk mengenal, mengecam dan menulis huruf vokal
dengan betul.
3.0 1. Sasaran: Murid Tahun 2
(PERANCANGAN) 2. Objektif:
i. Meningkatkan kemahiran murid dalam mengenal,
mengecam dan menulis huruf vokal dengan betul.
ii. Meningkatkan minat murid semasa belajar.
iii. Meningkatkan kegembiraan murid semasa belajar.
3. Alat atau intervensi
➢ (Contoh LATA)- LATA merupakan kombinasi lagu animasi
(LA) dan tanah liat (TA). LATA sesuai digunakan untuk
murid yang mempunyai masa dalam pembelajaran kerana
LATA telah menggabungkan beberapa penggunaan deria
pada masa yang sama iaitu deria penglihatan (menonton
lagu animasi dan membuat aksi), deria pendengaran
(mendengar lagu animasi) dan deria sentuhan
(membentuk huruf dengan tanah liat). Lagu animasi akan
dimainkan sebelum membentuk huruf dengan tanah liat
supaya murid mempunyai pendedahan terhadap huruf
vokal yang akan dipelajari. Selain itu, LATA amat selamat
digunakan dan mudah didapati. Ia juga ringan, kecil,
mudah alih dan kos yang diguna adalah murah.
41
4.0 ➢ LATA dibina bedasarkan keupayaan dan keperluan murid
(TINDAKAN) bagi memudahkan pembelajaran. Lagu animasi diharap
dapat memberi pendedahan awal kepada murid sebelum
belajar. Di samping itu, lagu animasi boleh menarik minat
dan perhatian murid berbanding dengan guru hanya Chalk
and talk sahaja. Aksi-aksi yang dilakukan semasa lagu
animasi juga mampu mendalam peringatan murid
terhadap apa yang mereka dengar. Tanah liat diharap
dapat mendalamkan peringatan murid tentang bentuk
huruf. Murid dapat bina dan sentuh huruf yang dibentuk
dan merasi bentuk tersebut. Seterusnya, tanah liat juga
dapat meningkatkan kegembiraan murid semasa belajar.
➢ LATA bukan sahaja boleh membantu murid dalam
mengenal huruf vokal tetapi juga huruf konsonan. LATA
juga boleh membantu murid untuk mengukuhkan bunyi
dan bentuk setiap huruf dan memudahkan mereka belajar
suku kata terbuka yang akan dipelajari seterusnya.
1. Set induksi
➢ Lagu animasi (a) dimainkan. Murid mendengar dan
menyanyi bersama-sama dengan guru.
2. Langkah 1
➢ Murid dan guru menyanyi tanpa lagu animasi. Murid
menyebut huruf vokal a dengan bunyi yang betul. Guru
mengajar bunyi huruf vokal a sama dengan bunyi orang
berasa sakit kerana terjatuh (a). Guru membuat aksi
terjatuh dan murid menyebut huruf vokal a. Murid
membuat aksi mengikut guru sambil membunyikan huruf
vokal a.
➢ *huruf vokal o (bunyi sudah tahu)
➢ *huruf vokal u (bunyi hantu)
42
➢ *huruf vokal i (tunjuk gigi)
➢ *huruf vokal e (tunjuk 2 dengan jari kerana bunyi 2 dalam
Bahasa Cina sama dengan bunyi e pepet, panggil orang
tanpa sopan sama dengan bunyi e taling)
3. Langkah 2
➢ Murid diberi tanah liat untuk membentuk huruf vokal di atas
kad imbasan huruf. Murid membentuk huruf vokal tanpa
kad imbasan huruf. Guru memainkan lagu animasi
manakala murid mendengar sambil membentuk huruf
vokal. Murid boleh menyanyi sambil membentuk huruf
vokal dengan tanah liat.
43
4. Langkah 3
➢ Murid diminta untuk melukis huruf vokal dengan tanah liat
yang dibentuk. Murid diminta untuk menulis huruf vokal
dalam lukisan huruf yang dilukis tadi. Murid mengulangkan
langkah sehingga memenuhi lukisan tersebut. Murid
menyalinkan huruf vokal dalam buku garis tiga mengikut
garisan yang betul.
5. Penutup
➢ Murid diminta untuk membunyikan huruf vokal a.
5.0 Penggunaan LATA telah membantu murid mengenal, mengecam
dan menulis huruf vokal semasa PdPc dijalankan. Murid kelihatan
PEMERHATIAN seronok sepanjang aktiviti dijalankan kerana terdapat unsur didik
SEMULA hibur (lagu animasi) dan alat permainan (tanah liat) dalam aktiviti.
Respon murid sangat baik sepanjang aktiviti dijalankan. Namun
murid akan lupa bentuk dan huruf vokal yang pernah dipelajari
44
pada PdPc yang akan datang. Murid hanya boleh mengenal dan
menulis huruf vokal pada PdPc yang mengajar huruf vokal
tersebut sahaja.
6.0 Hasil dapatan menunjukkan penggunaan LATA kurang berkesan
terhadap murid ini kerana murid hanya boleh mengingat huruf
REFLEKSI vokal pada hari tersebut sahaja. Murid akan lupa pada hari yang
SEMULA seterusnya walaupun guru telah menggunakan pendedahan
BEDASARKAN terbeza seperti hasil kerja, lembaran, aksi dan pergerakan, aktiviti
PEMERHATIAN bermain dan seumpamanya untuk murid tersebut. Murid juga
cepat hilang tumpuan semasa belajar dan asyik ingin keluar dari
bilik pemulihan dengan menggunakan alasan bahawa dia ingin
pergi ke tandas. Tambahan pula, murid juga kurang dapat
menyampaikan mesej dengan jelas atau memberi respon yang
sesuai kepada guru. Kadang-kadang, dia juga tidak memberi
apa-apa respon kepada guru walaupun guru telah memanggil
namanya beberapa kali.
Walaubagaimanapun, murid bermotivasi dan menunjukkan minat
yang tinggi dalam mempelajari huruf vokal khasnya semasa
bermain iaitu murid membentuk huruf dengan tanah liat. Oleh itu,
guru boleh mengubahsuaikan LATA dengan menambah unsur
bermain lain supaya boleh lebih menarik tumpuan murid semasa
belajar. Guru juga boleh menghasilkan ‘bank huruf’ untuk
menyimpan huruf yang murid benar-benar menguasai. Huruf
yang dalam ‘bank huruf’ akan dikeluarkan jika murid didapati telah
melupakan huruf tersebut. Dengan berbuat demikian, murid
diharap dapat ‘melihat’ perkembangannya dan mampu
meningkatkan motivasi untuk belajar.
45
Akhirnya, penggunaan LATA menjadikan guru memberi
perhatian bukan hanya kepada pelaksanaan PdPc malah
sentiasa menambahbaik aktiviti pengajaran untuk menjadikan
proses pembelajaran lebih kreatif dan menyeronokkan. Dengan
ini, murid diharap dapat dipulih dengan lebih cepat.
46
CATATAN PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN TAHUN 2022
NAMA : CHEONG FUNG MEAN
NAMA SEKOLAH : SJKC TANAH MAS
MATA PELAJARAN: BAHASA CINA TAHUN 2
TOPIK/KEMAHIRAN: TOPIK 3: KELUARGA YANG HARMONI
ISU : Terdapat 4 orang murid tahun dua mengalami masalah dan kurang mahir
untuk menulis ayat yang lengkap bagi topik “Keluarga Yang Harmoni”.
1.0 1. Murid menghadapi masalah dan kurang mahir untuk
(PEMERHATIAN) menulis ayat yang lengkap.
1. Murid menghadapi kesusahan untuk menulis ayat yang
lengkap.
2.0
(REFLEKSI)
2. Terlalu lama berada di rumah semasa PdPr dan banyak
terdedah kepada gajet.
1. Sasaran : Murid Tahun 2
3.0
(PERANCANGAN) 2.Objektif:
i) Meningkatkan kemahiran murid menulis ayat yang lengkap.
ii) Meningkatkan keyakinan serta motivasi guru dan murid
dalam pengajaran dan pembelajaran.
3. Alat atau intervensi
Kad perkataan - kata nama am, kata kerja, kata adjektif
Kad perkataan yang diberikan berdasarkan keupayaan dan
keperluan murid bagi memudahkan murid membina ayat.
47
Kad perkataan menfokuskan aktiviti membina ayat yang
lengkap.
4.0 Set induksi
(TINDAKAN) Guru menjelaskan aktiviti yang dijalankan.
Langkah 1
1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan.
2. Guru menunjukkan beberapa gambar.
3. Murid mencari kad perkataan yang disembunyikan.
4. Murid menunjukkan kad perkataan dan menyatakan
maksudnya.
5. Murid menulis ayat dalam kad ayat yang diberikan
Langkah 2
1. Murid menjalankan “Gallery Walk”.
2. Murid membaca ayat yang dibina.
3. Guru memberikan ulasan.
Penutup
1. Murid menyatakan perkataan atau frasa yang telah belajar.
2. Murid mengulangkan ayat yang telah belajar.
5.0 Kad perkataan sangat membantu murid untuk membina ayat
yang lengkap. Murid kelihatan seronok semasa
(PEMERHATIAN melaksanakan aktiviti tersebut kerana terdapat aktiviti
SEMULA) berbentuk hands on. Respon murid sangat baik sepanjang
aktiviti dijalankan.
6.0 Hasil dapatan menunjukkan penggunaan kad perkataan
meningkatkan kefahaman murid dalam penulisan ayat. Hal ini
REFLEKSI
SEMULA
48
BEDASARKAN dapat dikukuhkan dengan hasil kerja murid, ujian pra dan pos
PEMERHATIAN serta pemerhatian sepanjang pdpc.
Murid bermotivasi dan menunjukkan minat yang tinggi dalam
mempelajari topik ini dan guru dapat merasakan murid benar-
benar menguasai penulisan ayat.
Penggunaan kad perkataan menjadikan guru lebih kreatif dan
inovatif. Ini penting kerana guru bukan sahaja perlu memberi
perhatian bukan hanya kepada pelaksanaan PdPc malah
sentiasa menambah baik amalan di dalam pengajaran untuk
menjadikan proses pembelajaran lebih kreatif dan
menyeronokkan.
49
CATATAN PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN TAHUN 2022
NAMA: HANIZAN BIN MD SIDEK
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN BIDOR
MATA PELAJARAN: MATEMATIK PEMULIHAN KHAS
TOPIK/KEMAHIRAN: NOMBOR 1-9 (4-9)
Isikan jadual dibawah bermula daripada nombor 1.0 hingga 4.0 untuk merancang
kajian Tindakan.
ISU : Terdapat 2 orang murid pemulihan Tahun 2, SK Bidor tidak mengenal dan
mengecam nombor 4-9 dengan betul.
1.0 1. Murid menghadapi masalah dalam mengenal nombor
4 - 9.
(PEMERHATIAN)
2. Murid sukar mengecam nombor 4 - 9 yang ditunjukkan
secara rawak.
3. Terdapat murid mengalami masalah menulis nombor 4 - 9
secara terbalik
4. Setelah sekolah dibuka, murid menunjukkan sikap kurang
bermotivasi (tidak bersemangat) untuk belajar
5. Murid menunjukkan kurang berminat semasa belajar bersama
guru
2.0 1. Murid-murid ini merupakan murid pemulihan tahun 2 yang
(REFLEKSI) tidak boleh mengira
2. Murid tidak dapat mengingati dan mudah lupa nombor 4-9.
(Penyebab kepada 3. Murid mengalami kekeliruan untuk mengenal nombor dengan
masalah yang baik
dihadapi)
4. Murid mengalami kekeliruan untuk menulis nombor 4-9
dengan cara yang betul
5. Terlalu terlalu lama berada di rumah semasa PDPR (cuti
disebabkan pandemik Covid 19)
50