i) Meningkatkan kemahiran 9 Pemulihan Khas Bahasa
Melayu, iaitu membaca Suku Kata KVK
ii) Kerjasama daripada ibu bapa untuk mendapatkan
galakkan dan motivasi untuk murid berusaha belajar di tempat
kediaman mahupun di sekolah.
iii) Merancang strategi pengukuhan dan peningkatan
kemahiran murid dalam pembacaan.
3. Alat atau intervensi
DENGAR , PADAN dan BACA (DPB) – Penggunaan ICT,
membuat suara rekod di Power Point, murid dengar perkataan
yang disebut, kemudian baca sambil padankan pilihan bunyi
yang betul.
DPB dibina berdasarkan keupayaan dan keperluan murid bagi
memudahkan pembelajaran
DPB dibina berdasarkan kemahiran murid yang perlu dicapai.
Penggunaan ICT bukan sahaja mencungkil minat pelajar,
malahan memenuhi penggunaan BBM abad-21.
DPB ini menggabungkan penggunaan deria penglihatan,
pendengaran, kinestetik dan sentuhan semasa proses
pembelajaran.
DBP juga merupakan satu jenis BBM yang menarik dan mudah
digunakan oleh murid.
101
4.0 (TINDAKAN)
Langkah 1
Permainan DPB bermula dengan Suku Kata KVK.
Murid menekan butang “Mula”, bunyi perkataan KVK akan
disebutkan di PPT Slide.
3 pilihan perkataan KVK akan dipaparkan.
3 soalan ditanyakan.
102
CATATAN PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN TAHUN 2022
NAMA: KIRTANAH A/P RAVINTHARAN
NAMA SEKOLAH : SJKT TUN SAMBANTHAN
MATA PELAJARAN: MATEMATIK AWAL
TOPIK/KEMAHIRAN: MA 2.1.10 Menulis nombor dengan cara yang betul.
Isikan jadual dibawah bermula daripada nombor 1.0 hingga 4.0 untuk merancang kajian Tindakan.
ISU : Terdapat tiga orang murid yang berumur 6 tahun yang belum menguasai
kemahiran menulis nombor dengan cara yang betul.
1.0 1. Murid menghadapi masalah untuk menulis nombor
(PEMERHATIAN) dengan cara yang betul.
2. Murid menunjukkan kurang minat dan bosan untuk
menulis di atas kertas secara berulang-ulang.
3. Murid-murid menunjukkan minat terhadap pembelajaran
melalui permainan.
2.0 1. Pengetahuan sedia ada murid-murid yang mendorong
(REFLEKSI) mereka untuk menulis dengan cara yang tidak betul di
rumah.
(Penyebab kepada 2. Murid-murid kurang dipantau atau dibimbing dengan teliti
masalah yang ketika mereka belajar menulis nombor.
dihadapi)
3.0 1. Sasaran :
103
(PERANCANGAN) Murid-murid yang berumur 4 hingga 6 tahun, murid-murid
pemulihan, dan murid pendidikan khas yang mempunyai
masalah dalam menulis nombor dengan cara yang betul.
2. Objektif:
i. Meningkatkan kemahiran menulis nombor dengan
cara yang betul.
ii. Meningkatkan keyakinan serta motivasi murid untuk
belajar menulis nombor dengan cara yang betul
melalui permainan.
iii. Membangunkan permainan yang dapat diterapkan
dalam pengajaran untuk menarik minat murid
mempelajari kemahiran menulis nombor dengan cara
yang betul.
3. Alat atau intervensi
Rajah 1.0 di atas menunjukkan reka bentuk keseluruhan
Kit Squid Zip Game 1.0 dari arah tepi, hadapan dan atas. Rajah
2.0 menunjukkan reka bentuk nombor dalam Kit Squid Zip Game
1.0. Kit Squid Zip Game 1.0 mempunyai sepuluh nombor dalam
104
bentuk tiga dimensi. Setiap nombor yang dibina mempunyai zip
yang menunjukkan arah atau cara menulis nombor dengan betul.
Manakala,warna merupakan penunjuk bagi murid-murid untuk
mengetahui zip mana yang harus ditutup terlebih dahulu.
Penunjuk ini diletakkan dalam Kit Squid Zip Game 1.0.
Aktiviti kedua dalam Kit Squid Zip Game 1.0 adalah untuk
membantu murid-murid untuk meningkatkan kemahiran berfikir
dengan menyelesaikan puzzle nombor dan dapat menyusun
nombor dalam urutan yang betul. Melalui aktiviti ini murid-murid
dapat menulis nombor dengan cara yang betul dan urutan yang
betul. Nombor yang dibina dalam bentuk tiga dimensi ini juga
membantu murid-murid mengenal pasti bentuk nombor (Zulkifley,
2006). Hal ini kerana, bahan maujud dapat membantu murid-
murid untuk merasa bentuk setiap nombor dengan
memegangnya ketika menggunakan Kit Squid Zip Game 1.0 ini.
105
4.0 Kit Squid Zip Game ini dihasilkan untuk membantu murid-
(TINDAKAN) murid prasekolah yang berumur 4 hingga 6 tahun untuk
menguasai standard pembelajaran MA 2.1.10 dalam KSPK iaitu
menulis nombor mengikut cara yang betul. Objektif Inovasi ini
ialah untuk melatih murid-murid prasekolah untuk mengamalkan
rutin menggunakan kit ini dalam mata pelajaran main bebas.Kit
ini dihasilkan dengan mengambil kira beberapa elemen seperti
warna, saiz, gambar dan teknik untuk menarik minat murid untuk
melakukan aktiviti ini prasekolah dengan inisiatif sendiri.
Kit Inovasi ini juga akan membantu murid untuk
mengamalkan pembelajaran kendiri tanpa bimbingan. Jangka
masa seminggu merupakan jangka masa yang sesuai bagi murid
-murid menguasai cara menulis nombor dengan cara yang betul.
Tambahan lagi, kit ini memberikan beberapa impak kepada
murid-murid setelah melibatkan kaedah didik hibur dan teknik
Belajar melalui bermain kerana ini meningkatkan minat murid-
murid untuk belajar menulis nombor dengan cara yang betul dan
meningkatkan kemahiran motor halus.
Rentetan itu, kos penghasilan kit ini adalah RM 50. Kit ini
akan membantu semua murid -murid menikmati kebaikan kit ini
kerana bahan yang digunakan adalah tahan lasak. Kit ini disebar
luas kepada guru kelas prasekolah lain di SJKT TUN
SAMBANTHAN untuk membantu murid-murid yang belum
menguasai standard pembelajaran MA 2.1.10. Inovasi ini juga
dimuat naik di dalam laman YouTube supaya dapat membantu
guru-guru prasekolah, ibu bapa dan murid-murid yang lain.
Kit Squid Zip Game 1.0 diberikan sebagai rawatan
selama satu minggu kepada murid-murid prasekolah yang
berumur 4 hingga 6 tahun yang belum menguasai MA 2.1.10
menulis nombor dengan cara yang betul. Murid-murid yang dipilih
akan menggunakan Kit ini setiap hari dalam mata pelajaran main
106
bebas selama satu minggu. Minggu seterusnya murid-murid lain
akan menggunakan Kit ini.
Berikut merupakan Prosedur Menggunakan Kit Squid Zip Game
1.0:
Langkah Prosedur
Kit Squid Zip Game 1.0 diletakkan di sudut
permainan murid-murid.
1
Penerangan guru mengenai cara penggunaan Kit
Squid Zip Game 1.0.
Murid yang dipilih akan menggunakan Kit Squid
2
Zip Game 1.0 selama satu minggu.
Murid A akan menulis nombor mengikut urutan
dalam notepad sebelum menggunakan kit.
3 Murid A akan berbanding beza nombor yang
ditulis dengan nombor yang ada dalam Kit Squid
Zip Game.
Murid A akan berlatih menutup zip yang ada pada
4
permukaan nombor yang berbentuk tiga dimensi.
Murid A akan melengkapkan puzzle nombor
5 mengikut warna dan bentuk yang ada dalam bod
Solve Me!.
Murid A akan menulis semula nombor mengikut
6 urutan dalam notepad yang ada dalam Kit Squid
Zip Game 1.0.
107
7 Murid A akan mengulang aktiviti dalam seminggu
. sehingga menjadi amalan.
Murid B akan mengikuti rawatan dan prosedur
yang sama pada minggu seterusnya.
5.0 Guru mengumpul data melalui kaedah menganalisis dokumen
iaitu lembaran kerja murid A. Sebelum melaksanakan inovasi ini
(PEMERHATIAN terhadap murid-murid prasekolah SJKT Tun Sambanthan, Bidor,
SEMULA) guru telah memberikan latihan untuk menulis nombor 1 hingga
10. Hasil kerja murid dianalisis untuk mengenalpasti isu dan
murid yang belum menguasai standard pembelajaran MA 2.1.10.
Penggunaan Kit Squid Zip Game 1.0 berjaya membantu murid
A mengatasi isu melalui pembelajaran kendiri. Kaedah belajar
melalui bermain dan teknik latihan secara berulang-ulang
mengubah amalan murid-murid untuk menulis nombor dengan
cara yang betul.
Murid-murid menunjukkan minat dan melibatkan diri secara
aktif ketika menggunakan kit ini. Murid-murid juga tidak bosan
untuk mengulangi aktiviti yang ada dalam kit ini kerana
penggunaan bahan yang berwarna-warni dan saiz nombor dalam
bentuk 3 dimensi menarik minat mereka.
108
109
Murid A dapat menulis semula nombor dua dengan cara yang
betul tanpa bimbingan guru atau ibu bapa. Murid A berasa
sangat gembira atas pencapaiannya.
110
CATATAN PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN TAHUN 2022
NAMA: PN.INDRANI A/P RAMAN
NAMA SEKOLAH : SJK (T) LADANG BANOPDANE
MATA PELAJARAN: BAHASA MELAYU
TOPIK/KEMAHIRAN: KP31 MEMBACA DAN MEMBINA AYAT MUDAH
Isikan jadual dibawah bermula daripada nombor 1.0 hingga 4.0 untuk merancang
kajian Tindakan.
ISU : Terdapat 1 orang murid pemulihan dari Tahun 4, SJK (T) Ladang
Banopdane (SKM) tidak dapat mengingati kata kerja dan membina ayat mudah
dalam susunan yang betul dan tepat.
1.0 1.Murid menghadapi masalah dalam mengenalpasti kata
(PEMERHATIAN) kerja (Pemerhatian 1)
2.Murid sukar untuk mengingat kembali kata kerja yang
diajar. (Pemerhatian 2)
3. Terdapat murid mengalami masalah untuk menulis ayat
dalam susunan yang betul. (Permerhatian 3)
4. Setelah sekolah dibuka dan selepas berlangsungnya
PDPR semasa pandemik Covid 19, murid menunjukkan
sikap kurang bermotivasi (tidak bersemangat) untuk
belajar. (Permerhatian 4)
5. Murid kurang berminat semasa belajar bersama guru.
(Permerhatian 5)
2.0 1. Murid ini merupakan murid pemulihan tahun 4 yang
(REFLEKSI) tidak melepasi ujian saringan literasi Tahun 3 yang
mempunyai masalah dalam kemahiran membaca dan
membinaan ayat mudah.
Apakah Latar belakang murid ini?
2. Murid tidak dapat mengingat dan mudah lupa perkataan-
perkataan (kata kerja) yang diajar kerana tidak tahu cara
untuk menyusun perkataan menjadi ayat yang
betul.(Mengapa murid sukar mengingati kata kerja dan
membina ayat mudah?)
111
3.Murid sukar mengenalpasti kata kerja dan membina ayat
mudah kerana keliru dengan maksud kata kerja. ((Mengapa
murid sukar mengenal pasti kata kerja dan membina ayat
mudah?)
5. Terlalu lama berada di rumah semasa PDPR akibat
pendemik Covid-19. (Mengapa murid tidak bersemangat
dan kurang bermotivasi untuk belajar)?
6. Kaedah pengajaran saya yang tidak menarik iaitu Chalk
and talk sahaja dan saya hanya tekankan kepada hafalan
semata-mata.
(Mengapa saya tidak berjaya menarik minat murid)?
(Apa yang saya perlu buat untuk menarik minat murid)?
Saya perlu menghasilkan atau menggunakan Bahan Bantu
Mengajar yang bersifat maujud , kreatif dan menarik bagi
murid untuk memudahkan murid mengenalpasti perkataan-
perkataan (kata kerja) dengan baik dan menulis susunan ayat
dengan betul.
3.0 1. Sasaran : Murid Tahun 4 (Seorang Murid Pemulihan)
(PERANCANGAN)
2.Objektif:
i) Meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran 31
Pemulihan Khas Bahasa Melayu iaitu membaca dan
membina ayat mudah.
ii) Meningkatkan keyakinan serta motivasi guru dan murid
dalam pengajaran dan pembelajaran.
iii) Membangunkan pendekatan pengajaran yang menarik
minat murid mempelajari kemahiran membaca dan
membina ayat mudah.
3. Alat atau intervensi
(Kit VIRA)- Kit VIRA (Virtual Reality Ayat) dibangunkan
bagi membantu murid pemulihan tahun 4 di SJK (T)
Ladang Banopdane. Kit ini mengandungi cermin mata VR
(VR Glasses), tapak jadual susunan ayat SKO (Siapa, Kata
Kerja & Objek), kad-kad perkataan,gambar dan pelekat.
4. Bahan-bahan
Bahan -bahan yang digunakan adalah daripada bahan
yang pengaplikasian teknologi,selamat dan seronok kepada
kanak-kanak dan mudah didapati dalam pasaran dengan
112
harga yang berpatutan.(Untuk kelompok murid yang
banyak, boleh menggunakan cermin mata VR
daripada kotak).
Kit ini sangat sesuai digunakan untuk kanak- kanak yang
mempunyai masalah dalam mengenalpasti kata kerja dan
menulis ayat mudah dalam susunan yang betul kerana
menggabungkan penggunaan deria penglihatan,
pendengaran,kinestetik dan pengamalan didik hibur
semasa proses pembelajaran.Disamping itu kit ini juga
sangat menarik, seronok, ringan, mudah alih dan kos
yang diguna adalah berpatutan.
4.0 Set induksi : Nyayian Lagu Goyang Upin Ipin
(TINDAKAN) https://youtu.be/bqPqp_XLLTU
Langkah 1: Murid diperkenalkan dengan bahan-bahan yang
terdapat di dalam kit tersebut. Murid diminta untuk
mengeluarkan jadual bina ayat SKOP dan kad- kad perkataan
serta gambar daripada kotak yang disediakan. Murid diminta
membaca dan memahami perkataan berikut dengan
bimbingan guru. Kemudian, murid bersama guru
membincangkan penggunaan jadual bina ayat SKOP.
Langkah 2: Seterusnya, murid diminta memakai cermin mata
VR dan menonton cerita video Upin dan Ipin”
https://youtu.be/VP9IsLdfSDo?t=19” .Murid diminta
mengenalpasti dan menyebut kata kerja yang terdapat dalam
113
video berikut.Setelah tamat menonton, murid diminta
mengingati sekurang-kurangnya 5 kata kerja daripada video
tersebut dan menyusun kad-kad perkataan berikut dalam
jadual bina ayat (SKO) yang disediakan.
Langkah 3:
Murid diminta menyemakkan jawapan secara berpasangan.
Kemudian, murid diminta membaca ayat yang dibina tadi di
hadapan kelas. Guru memberi ganjaran kepada murid yang
mencapai kemahiran pada hari itu.
Penutup
Murid diminta mempamerkan hasil kerja masing-masing pada
papan hasil kerja murid.
5.0 Penggunaan Kit ViRA ini sangat membantu untuk murid
(PEMERHATIAN mengenal, mengecam dan menulis ayat dalam susunan ayat
dengan betul dan kreatif secara santai. Murid kelihatan
SEMULA) seronok semasa melaksanakan aktiviti tersebut kerana
terdapat aktiviti berbentuk Virtual learning dan hands on.
Bukan itu sahaja,revolusi teknologi iaitu cermin mata Virtual
Reality ini membolehkan pendekatan baru digunakan dalam
proses P&P (Piovesan et al., 2012). Justeru itu, teknologi VR
yang digunakan dalam kemahiran ini memang menunjang
pendidikan serta meningkatkan kualiti pembelajaran dalam
114
kalangan murid pemulihan. Respon murid pemulihan sangat
baik dan berkesan sepanjang aktiviti dijalankan.
6.0 Hasil dapatan menunjukkan penggunaan Kit Vira ini berjaya
REFLEKSI meningkatkan kefahaman murid dalam menguasai kemahiran
SEMULA 31 Pemulihan Khas iaitu membaca dan menulis ayat mudah
BEDASARKAN dengan betul. Hal ini dapat dikukuhkan dengan hasil kerja
PEMERHATIAN murid, ujian pra dan pos serta pemerhatian sepanjang PdPC.
Murid bermotivasi dan menunjukkan minat yang tinggi dalam
mempelajari kemahiran ini dan guru dapat merasakan murid
benar-benar menguasai kemahiran membaca dan menulis
ayat mudah dengan betul.
Penggunaan kit VIRA ini menjadikan guru lebih kreatif dan
inovatif. Ini penting kerana guru guru yang hebat perlu
memberi perhatian bukan hanya kepada pelaksanaan PdPc
malah sentiasa menambah baik amalan di dalam pengajaran
untuk menjadikan proses pembelajaran lebih kreatif dan
menyeronokkan.
CATATAN PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN TAHUN 2022
NAMA : YOGAM A/P MUTHUSAMY
NAMA SEKOLAH: SJKT TUN SAMBANTHAN BIDOR
MATA PELAJARAN: BAHASA TAMIL
TOPIK/KEMAHIRAN: BT 3.2.2
Isikan jadual dibawah bermula daripada nombor 1.0 hingga 4.0 untuk merancang
kajian Tindakan.
ISU : Terdapat lima orang murid Prasekolah Chanthiran mengalami masalah
menulis huruf asas Bahasa Tamil dengan cara dan urutan yang betul.
1.0 1. Murid menghadapi masalah dan belum menguasai kemahiran
(PEMERHATIAN) menulis huruf asas Bahasa Tamil dengan cara dan urutan yang
betul.
115
2. Murid masih belum atau kurang menguasai kemahiran pra
tulis dan ini menyebabkan mereka tidak dapat menulis dengan
betul.
3. Murid berasa sukar untuk menyalin huruf-huruf asas Bahasa
Tamil dengan cara yang betul.
4. Murid menunjukkan kurang minat dan tidak menumpukan
perhatian dengan baik semasa belajar kemahiran ini dalam
Bahasa Tamil.
2.0 1. Murid mengalami kekeliruan dari segi arah mula dan henti
(REFLEKSI) untuk menulis sesuatu huruf asas Bahasa Tamil.
(Penyebab kepada 2. Perkembangan motor halus agak lemah dan ini menyukarkan
masalah yang mereka untuk menulis huruf mengikut bentuk, saiz, jarak dan
dihadapi) kebersihan tulisan yang betul.
3. Murid leka dan menganggap tidak penting untuk menulis
huruf dengan cara dan urutan yang betul seperti yang
ditunjukkan oleh guru.
4. Terlalu lama berada di rumah semasa PDPR akibat pandemik
Covid-19 dan terlalu banyak terdedah kepada gajet.
3.0 1. Sasaran : Murid Prasekolah Chanthiran
(PERANCANGAN)
2.Objektif:
i) Meningkatkan kemahiran menulis huruf asas Bahasa Tamil
dalam kalangan murid-murid prasekolah SJK (T) Tun
Sambanthan dengan menggunakan Kit ‘Follow Me’.
ii) Meningkatkan kemahiran menulis huruf asas Bahasa Tamil
supaya dapat menepati bentuk huruf yang betul bagi murid-
murid prasekolah SJK (T) Tun Sambanthan dengan
menggunakan Kit ‘Follow Me’.
iii) Meningkatkan keyakinan serta motivasi guru dan murid
dalam pengajaran dan pembelajaran.
iv) Membangunkan pendekatan pengajaran yang menarik minat
murid mempelajari kemahiran menulis huruf asas Bahasa Tamil
dengan cara dan urutan yang betul.
116
3. Alat atau intervensi- Kit Follow Me
(Kit Follow Me)- Kit Follow Me dibangunkan bagi membantu
murid Prasekolah Chanthiran di SJK (T) Tun Sambanthan. Kit ini
mengandungi pen marker, pemadam, Basic Tamil Letter Traffic
Light Tracing Book, papan putih DIY (kertas warna yang
dilaminate), fail poket, pundi kacang dan Jumbo Basic Tamil
Letter Traffic Light.
Bahan -bahan yang digunakan adalah daripada bahan yang
selamat dan seronok kepada murid-murid dan mudah didapati.
Kit ini boleh digunakan semula untuk beberapa kali. Kit ini
sangat menarik, seronok, ringan, mudah alih dan kos yang
diguna adalah murah.
4.0 Bahan-bahan dalam Kit Follow Me
(TINDAKAN)
(Kit Follow Me) dibina berdasarkan keupayaan dan keperluan
murid bagi memudahkan pembelajaran menulis huruf asas
Bahasa Tamil dengan cara dan urutan yang betul.
(Kit Follow Me) memfokuskan penulisan huruf asas Bahasa
Tamil dengan cara dan urutan yang betul supaya menepati
bentuk yang sebenar.
(Terangkan dengan terperinci Langkah demi Langkah intervensi
yang dilaksanakan)
Set induksi
Murid mengimbas kod qr yang ada pada Basic Tamil Letter
Traffic Light Tracing Book. Murid menonton video Youtube
mengenai cara menulis huruf asas Bahasa Tamil.
https://youtu.be/ftcf8poEfgc
Langkah 1
Murid diperkenalkan dengan bahan-bahan yang terdapat di
dalam kit tersebut. Murid diterangkan dengan cara bermain
permainan Jumbo Basic Tamil Letter Traffic Light. Murid diminta
untuk melontar pundi kacang ke atas huruf pada Jumbo Basic
117
Tamil Letter Traffic Light. Murid berjalan atas huruf yang terkena
mengikut warna lampu isyarat iaitu bermula dari warna hijau,
bergerak ke warna kuning dan berhenti pada warna merah.
Murid bermain mengikut giliran.
Langkah 2
Murid menyurih huruf asas Bahasa Tamil mengikut warna lampu
isyarat iaitu bermula dari warna hijau, bergerak ke warna kuning
dan berhenti pada warna merah pada Basic Tamil Letter Traffic
Light Tracing Book dengan menggunakan pen marker. Murid
menyurih huruf mengikut titik pada Basic Tamil Letter Traffic
Light Tracing Book. Murid boleh menyurih lebih dari sekali
dengan memadam yang sebelumnya.
Langkah 3
Murid diminta untuk menulis huruf asas Bahasa Tamil pada
papan putih DIY. Murid yang masih lagi tidak dapat menulis
dengan sendiri diminta untuk menekap huruf tersebut.
Penutup
Murid diminta mempamerkan hasil kerja masing-masing pada
meja hasil kerja murid. Guru memberi ganjaran kepada murid
yang mencapai kemahiran pada hari itu.
5.0 Penggunaan Kit Follow Me sangat membantu murid untuk
(PEMERHATIAN menulis huruf asas Bahasa Tamil dengan urutan dan cara yang
betul. Murid kelihatan seronok dan gembira semasa
SEMULA) melaksanakan aktiviti tersebut kerana terdapat aktiviti berbentuk
118
6.0 hands on dan permainan. Respon murid sangat baik sepanjang
REFLEKSI aktiviti dijalankan.
SEMULA
BEDASARKAN Hasil dapatan menunjukkan penggunaan Kit Follow Me ini
PEMERHATIAN berjaya meningkatkan kemahiran BT 3.2.2 dalam Kurikulum
Semakan Prasekolah Kebangsaan (KSPK Semakan 2017) iaitu
menulis huruf asas Bahasa Tamil dengan cara dan urutan yang
betul. Hal ini dapat dikukukan dengan hasil kerja murid, ujian pra
dan pos, senarai semak serta pemerhatian sepanjang pdpc.
Murid bermotivasi dan menunjukkan minat yang tinggi dalam
mempelajari kemahiran ini dan guru dapat merasakan murid
benar-benar menguasai kemahiran menulis huruf asas Bahasa
Tamil dengan betul.
Penggunaan Kit Follow Me ini menjadikan guru lebih kreatif dan
inovatif. Ini penting kerana guru-guru yang hebat perlu memberi
perhatian bukan hanya kepada pelaksanaan PdPc malah
sentiasa menambah baik amalan di dalam pengajaran untuk
menjadikan proses pembelajaran lebih kreatif dan
menyeronokkan.
119
120