Kata Aluan Pegawai Pendidikan Daerah Assalamualaikum wbt. Salam Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara, Negara Sejahtera. Alhamdulillah, segala puji dan syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnianya, Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang telah menghasilkan Buku Kompilasi Inovasi 2022 yang dihasilkan oleh guruguru di daerah ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada pihak yang telah berusaha merealisasikan inovasi mereka pada tahun 2022 dengan jayanya. Pelbagai inovasi sama ada berbentuk kaedah atau produk yang diketengahkan saya pasti mempunyai nilainya yang tersendiri dalam menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian pengajaran dan pembelajaran. Tahukah anda bahawa individu yang berjaya menghasilkan inovasi memiliki tiga perkara dalam diri mereka iaitu kepakaran, pemikiran kreatif dan bermotivasi dalaman. Kepakaran merujuk kepada kecekapan, keupayaan, pengetahuan serta bakat istimewa yang dimiliki oleh seseorang. Memiliki kepakaran akan menjadikan individu tersebut dilihat berupaya untuk melahirkan idea-idea kreatif dan inovatif. Pemikiran kreatif pula merujuk kepada individu yang mempunyai idea inovasi. Hal ini berkait rapat dengan keupayaan kognitif yang dimiliki. Individu yang berdisiplin, tidak bergantung kepada orang lain, bersedia menanggung risiko, bersikap toleransi dikatakan mereka yang mampu untuk berfikir secara kreatif. Manakala faktor ketiga pula ialah motivasi dalaman individu iaitu berkaitan dengan keseronokan untuk terlibat, perasaan ingin tahu yang tinggi serta suka kepada cabaran. Oleh itu, berbanggalah kerana inovasi yang disertai oleh guru-guru ini membuktikan mereka memiliki kriteriakriteria yang dinyatakan. Usaha yang dirancang dan dilaksana ini menjadi pengerak terhadap usaha untuk menyemarakkan budaya inovasi ini dapat meningkatkan produktiviti kerja serta bersedia untuk membuat pembaharuan dalam proses susun atur perkongsian ilmu bagi meningkatkan sistem penyampaian berteraskan kualiti. Dengan lahirnya budaya inovasi ini, pembudayaan kreativiti dan memupuk budaya kerja berpasukan dapat ditingkatkan. Kita patut berbangga kerana telah berjaya mencabar diri untuk menghasilkan inovasi yang memerlukan kreativiti dan komitmen yang tinggi untuk menghasilkan sesuatu yang baharu atau menambah baik sesuatu yang sedia ada seterusnya dapat menyumbang kepada kemenjadian murid dan kecemerlangan pendidikan. Inovasi pada tahun hari ini telah menjadi penanda aras baru global dan sudah pasti menuntut kepada keupayaan penciptaan yang bukan sahaja bersifat baharu, unik dan bermanfaat tetapi juga mampu berfungsi sebagai pemangkin kepada kemantapan pendidikan negara. Sehubungan dengan itu, menyedari pentingnya kemahiran tersebut Pelan Pembangunan Pendidikan telah dihasilkan dan antara teras utama yang ditekankan ialah penyelidikan dan Inovasi. Berdasarkan pelan strategik 2020-2023 ini, kita dituntut untuk memastikan inovasi di institut kita sentiasa disemarakkan dan disebarluaskan. Untuk merealisasi hasrat ini, peserta memerlukan kebijaksanaan untuk mengoptimumkan ilmu yang dimiliki. Akhir kata sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua warga pendidik yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung. Saya yakin kreativiti dan kebebasan berkarya ini dapat menghasilkan lebih banyak inovasi dan reka cipta pada masa hadapan. OSMAN BIN MOHAMED BAHARI, AMP Pegawai Pendidikan Daerah.
Penghargaan dan Dedikasi PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH OSMAN BIN MOHAMED BAHARI TIMBALAN PPD SEKTOR PEMBELAJARAN MOHAMAD HALMI BIN MISWAN PENYUMBANG INOVASI DR. HJH NORAAZIAN BINTI OSMAN, PEN. PPD PEMULIHAN KHAS AZAHZUHRAH BINTI AZHARI, PEN. PPD PEMULIHAN KHAS ITAERDAYU BINTI SHAHIDAN, PEN. PPD PEMULIHAN KHAS ELYANA BT AZMEE, PEN. PPDPEMULIHAN KHAS MUHAMMAD NUR ASNAWI BIN ROMLY MOHD ASMADI BIN ZAINAL ABIDIN NUR SYAZANA BINTI MOHAMMAD NAZER NOR SHALINA BINTI MOHD SHAHAR MARSHITAH BINTI SAIDIN NUR SYAMIMI SYAZWANI BINTI MOHD ZUKRI ABDULLAH AFFAN BIN NASHIRON INTAN SYUHADA BINTI RAZLI ROZITA BINTI PAIMAN NOORHUZAIRY BIN ABDUL MAJID MOHAMAD FAIZ BIN MOHAMED ROFIE EMI SHAM BIN AZAHARI EDITOR TEKNIKAL NURUL NAJIHAH BINTI MOHD ZAINAL
ISI KANDUNGAN BIL TAJUK MUKA SURAT 1 KIT SOLIT 1 - 20 2 STAR 21 - 37 3 KIT PEMBELAJARAN JHBB 38 - 50 4 KIT CAHU 51 -60 5 KIT TPC 61 - 77 6 SMART RULER 78 - 88 7 SMART BOARD 89 - 98 8 KIT LABU 99 - 112 9 IRNOTATO 113 - 120 10 KIT “KIMAPE” 121 - 138 11 DOKTOR MULGUNJAH 139 - 145
1 KIT SOLIT (SOKONGAN LITERASI) DR. HJH NORAAZIAN BINTI OSMAN ITAERDAYU BINTI SHAHIDAN AZAHZUHRAH BINTI AZHARI ELYANA BINTI AZMEE PEJABAT PEDIDIKAN DAERAH BATANG PADANG ABSTRAK Inovasi ini dilakukan bagi memastikan murid pemulihan di sekolah Orang Asli tidak tercicir dalam menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Kit Sokongan Literasi (Kit SoLit) diperkenalkan bagi membantu murid Orang Asli dalam mengenal huruf vokal (a,e,i,o,u) serta membantu guru-guru Pemulihan Khas dalam mempelbagaikan bahan bantu belajar semasa kunjung bantu dan bimbingan di sekolah. Kit ini mengandungi kad lukisan huruf, kad vokal, kad titik, beras berwarna, dawai berwarna, batu berwarna, doh berwarna, sticker, batang aiskrim dan kad kecil. Bahan yang dihasilkan tidak memudaratkan murid, mudah alih, berwarna-warni, kecil dan ringan. Bahan seperti batu, beras, gambar, dawai dan doh mempunyai elemen peribumi yang dekat dengan kehidupan murid. Responden kajian adalah sebanyak sepuluh orang murid Orang Asli Tahun Dua di dua buah sekolah Orang Asli dalam daerah Batang Padang yang masih tidak mengenal huruf vokal. Metodologi kajian yang digunakan adalah melalui ujian pra dan ujian pos untuk melihat tahap kefahaman murid mengenal huruf vokal setelah menggunakan Kit SoLit. Pemerhatian ke atas tingkah laku murid juga dilakukan sepanjang PdPC berjalan. Keputusan Ujian Pasca menunjukkan peningkatan pada tahap kefahaman murid dalam mengenal huruf vokal. Bahan yang berwarna-warni, mengandungi elemen peribumi dan ditambah pula dengan aktiviti hands-on menjadikan murid lebih aktif, seronok dan lebih mudah mengenal huruf vokal tersebut. Kata Kunci: Kit, Sokongan, Literasi, Lukisan Huruf, Vokal
2 1.0 PENDAHULUAN Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 di bawah Inisiatif #57: Transformasi Pendidikan Orang Asli dan Peribumi dilaksanakan bagi memastikan ekuiti, iaitu kesamarataan akses pendidikan murid Orang Asli dan Peribumi seiring dengan pendidikan arus perdana dapat direalisasikan dengan kesungguhan dan komitmen semua pihak. Menurut Wong (2004), kemahiran 3M merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap individu yang juga merupakan teras pendidikan dalam kehidupan mereka. Salah satu aspek penting dalam 3M iaitu kemahiran menulis, memberi peluang kepada murid untuk meluahkan pendapat, maklumat dan idea dalam bentuk tulisan untuk berhubung dengan individu lain ataupun dirinya sendiri. Kebanyakan murid pemulihan di sekolah Orang Asli menghadapi masalah dalam pembelajaran kerana mereka tidak mengenal huruf, tidak tahu menulis huruf, suku kata, ayat dan petikan seterusnya membaca. Ini akan mempengaruhi pencapaian mereka dalam bidang akademik secara tidak langsung (Mohd Hanafi, Mohd Mokhtar, Lokman, Md Amin, Fauzi, & Kamaruddin, 2010). Semua bahasa terdiri daripada simbol-simbol atau huruf-huruf yang dilambangkan dan mempunyai sistem bunyi yang tersendiri. Gabungan bunyi-bunyi akan membentuk perkataan. Simbolsimbol ini berbeza mengikut bahasa-bahasa yang tertentu. Tanpa mengenal bentukbentuk dan bunyi huruf-huruf, proses bacaan tidak dapat berjalan dengan lancar. Terdapat segelintir kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang serius dan memerlukan kaedah bacaan khas untuk mengajar mereka seperti kanak-kanak Disleksia, kanak-kanak pemulihan dan kanak-kanak berkeperluan khas (PKPB). Kaedah Fernald G.M dan Helen, B.K (1943,1988) untuk membantu kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang teruk. Kaedah ini merupakan gabungan pendekatan, pengalaman, bahasa dan pembelajaran berasaskan pelbagai deria iaitu visual (penglihatan), audio (pendengaran), kinestetik (pergerakan) dan tactile (sentuhan). Oleh hal yang demikian, Unit Pemulihan Khas dari Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang telah menjalankan satu kajian tindakan terhadap pemasalahan tersebut. Maka daripada kajian tindakan tersebut telah menghasilkan satu inovasi. Inovasi ini dilakukan bagi memastikan murid pemulihan di Sekolah Murid Orang Asli (SMOA) tidak tercicir dalam menguasai asas membaca dan menulis. Kit Sokongan Literasi (Kit SoLit) bagi membantu murid Orang Asli dalam mengenal huruf vokal (a,e,i,o,u) dengan lebih tekal sekaligus membantu Guru Pemulihan Khas mempelbagaikan kaedah pengajaran terutamanya dalam kemahiran mengenal huruf vokal semasa kunjung bantu dan bimbingan ke sekolah.
3 2.0 OBJEKTIF INOVASI i.Meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran satu Pemulihan Khas Bahasa Melayu iaitu mengenal huruf vokal (a,e,i,o,u). ii.Membantu murid mengecam dan menyatakan huruf-huruf vokal dengan mudah,cepat dan menarik melalui aktiviti hands- on. iii.Mempelbagaikan kaedah pengajaran serta bahan bantu belajar dalam bimbingan dan kunjung bantu kepada Guru Pemulihan Khas. 3.0 KUMPULAN SASARAN Seramai sepuluh orang murid Tahun Dua yang masih tidak mengenal huruf vokal dan konsonan.dari SK Batu 14 dan SK Pos Jernang iaitu Sekolah Murid Orang Asli (SMOA) yang terletak di kawasan pedalaman Daerah Batang Padang. 4.0 LATAR BELAKANG Kebanyakkan murid pemulihan terutama di SMOA tidak mengikuti kelas pra sekolah dan pergi ke sekolah semasa mereka dalam darjah satu atau darjah dua. Ini menyebabkan mereka selalu ketinggalan dalam pembelajaran, lebih-lebih lagi dalam menguasai kemahiran asas 3M. Ini amat menyukarkan guru untuk membantu mereka menguasai kemahiran membaca dengan cepat. Pandemik Covid 19 yang berpanjangan melanda dunia juga menyebabkan murid-murid ini semakin tercicir. Ini kerana murid tidak dapat hadir ke sekolah dan mereka tidak mempunyai peranti dan akses internet untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Tambahan pula lokasi tempat tinggal mereka yang sukar dihubungi menyebabkan mereka lebih tertinggal dalam menguasai kemahiran asas. Daya ingatan yang singkat di kalangan murid Orang Asli menjadi cabaran kepada guru. Sesuatu kemahiran yang hendak diajar biasanya akan diulang berkalikali dan memerlukan latih tubi yang mantap. Kaedah PdPc perlu dipelbagaikan. Pengesanan awal perlu dilakukan agar guru mengetahui kekuatan yang ada pada murid. Kehadiran murid yang agak mengecewakan juga menjadi penyumbang kepada masalah menguasai kemahiran asas. Ada kalanya murid tidak hadir untuk tempoh yang lama, berselang seli sama ada hadir dan tidak hadir dalam seminggu walaupun pihak sekolah telah memainkan peranan mengadakan lawatan ke rumah murid yang telah dikenal pasti. Ini kerana ibu bapa murid tersebut kurang kesedaran tentang pendidikan anak-anak dan masalah pengangkutan untuk menghantar anak-anak ke sekolah.
4 5.0 ISU Berdasarkan Data Pemulihan Kutipan Ketiga tahun 2021, terdapat sepuluh orang murid pemulihan Tahun 2, SK Batu 14 dan SK Pos Jernang yang belum mengenal huruf dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Murid-murid tersebut amat sukar untuk mengecam huruf vokal. Hasil temu bual bersama guru pemulihan di kedua-dua buah sekolah tersebut, murid boleh menyebut dan menyanyikan lagu huruf vokal tetapi sukar menyatakan abjad yang ditunjukkan secara rawak. Murid mudah lupa huruf vokal yang dipelajari dan sukar membentuk abjad dengan cara yang betul. Ada murid yang menulis abjad secara terbalik. Keadaan ini menyebabkan sepuluh orang murid pemulihan tersebut tidak menguasai huruf vokal. Oleh yang demikian, murid-murid ini akan menghadapi masalah apabila mereka berada di kelas perdana semasa PdPC. 6.0 METODOLOGI Metodologi merupakan aspek penting bagi menjelaskan kaedah yang digunakan dalam kajian. Aspek-aspek yang berkaitan amat penting bagi memastikan kaedah pengumpulan data yang digunakan bersesuaian dengan matlamat dan objektif yang hendak dicapai. Oleh itu, bahagian ini akan membincangkan dan menjelaskan kaedah kajian yang digunakan untuk mendapatkan data yang dikehendaki bagi menganalisis keputusan. 6.1 KAEDAH Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Pemerhatian dan ujian pra serta ujian pos digunakan bedasarkan keinginan untuk memahami dengan mendalam masalah pembentukan dan pengenalan huruf. Ia dipilih berdasarkan kepada keinginan untuk memahami dengan mendalam Kajian Tseng, Mei Hui & Cermak, Sharon (1991). 6.2 SAMPEL Melibatkan sepuluh orang murid pemulihan khas Tahun 2 dari dua buah sekolah SMOA di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang. Sampel ini dipilih kerana bilangan murid yang tidak mengenal huruf vokal yang ramai di sekolah tersebut. 6.3 LOKASI Dijalankan di Sekolah Kebangsaan Batu 14 dan Sekolah Kebangsaan Pos Jernang iaitu di Kelas Pemulihan Khas.
5 6.4 INSTRUMEN KAJIAN Kajian ini menggunakan ujian pra dan pos bagi menguji kemahiran murid iaitu kemahiran mengecam dan membunyikan huruf vokal. Soalan-soalan yang digunakan dalam ujian ini adalah soalan-soalan yang terdapat dalam kemahiran Bahasa Melayu Pemulihan Khas. Kaedah pemerhatian digunakan sepanjang PdPc berlaku untuk melihat tingkah laku dan perubahan penguasaan murid dalam mengenal huruf vokal. Hasil kerja murid juga dinilai sepanjang tempoh PdPC. 7.0 .HURAIAN INOVASI Inovasi ini adalah satu strategi yang direka khas untuk membantu aktiviti PdPC supaya lebih fokus kepada aktiviti hands-on untuk murid pemulihan. Peringkat awal, inovasi ini dimulakan dengan perbincangan bersama rakan sejawat. Selepas analisis data APDM yang pertama, didapati masih ramai lagi murid Tahun Dua di SMOA berada pada Konstruk 1 (Huruf Vokal). Perbincangan bertumpu pada bagaimana untuk mengurangkan bilangan murid yang tidak mengenal huruf vokal ini dan membantu guru dalam menangani isu ini. Projek inovasi yang dilakukan adalah menghasilkan satu kit pembelajaran yang dinamakan Kit SoLit (Sokongan Literasi). Kandungan di dalam kit ini adalah lukisan huruf, kad huruf vokal, kad titik, dawai berwarna, beras berwarna, batu berwarna, doh berwarna, batang aiskrim, sticker dan kad kecil. Bahan-bahan yang digunakan adalah daripada bahan yang selamat kepada kanak-kanak, berwarna-warni, mempunyai elemen peribumi dan mudah didapati. Kandungan kit yang dihasilkan adalah seperti gambarajah di bawah:
6 7.1. BAHAN PENGHASILAN INOVASI Bahan-bahan yang digunakan untuk inovasi adalah mesra pengguna, ringan, mudah didapati, berwarna-warni, dan selamat digunakan kepada kanak-kanak. Elemen peribumi dipilih kerana ianya dekat dengan kehidupan dan jiwa kanak-kanak Orang Asli. Bahan-bahan tersebut adalah: a) Kad Lukisan Huruf b) Kad Titik
7 c) Kad Huruf Vokal d) Dawai Berwarna
8 e) Beras Berwarna f) Doh Berwarna dan Batang Aiskrim
9 g) Batu Berwarna h) Sticker dan Kad Kecil
10 7.2. CARA PELAKSANAAN INOVASI Pembelajaran terbeza dan berpusatkan murid digunakan dalam PdPC ini. Aktiviti hands on diutamakan dengan menerapkan unsur didik hibur untuk menceriakan PdPC. 7.2.1.Murid diberikan Kit SoLit dan diminta membuka kit tersebut. Murid melihat kandungan bahan-bahan yang terdapat di dalam kit tersebut. Murid diperkenalkan dengan bentuk huruf melalui kad lukisan huruf dan kad huruf. Murid memadankan kad lukisan huruf dengan kad vokal. 7.2.2. Murid diminta untuk menyurih huruf vokal pada beras bewarna dengan menggunakan jari. Murid diminta menyebut nama huruf yang telah disurih.
11 7.2.3 Murid diminta membentuk huruf pada doh berwarna dengan menggunakan batu berwarna. Murid menyebut nama huruf yang dibentuk. 7.2.4 Murid membentuk huruf menggunakan dawai berwarna dan kad titik. Murid mempamerkan hasil kerja yang telah dihasilkan. 7.2.5 Murid di minta melekatkan sticker pada kad titik. Murid menyebut nama huruf vokal dan membunyikan huruf tersebut. Murid yang masih lemah akan dibimbing oleh rakan secara berpasangan.
12 7.3 KOS PENGHASILAN INOVASI Kos untuk menyediakan Kit SoLit hanya RM 5.15 (satu unit) kerana menggunakan sumber yang sedia ada di rumah. Barangan juga boleh dibeli di Kedai RM2. Bil Bahan Kos Seunit Unit Jumlah Kos 1. Kad Lukisan Huruf RM 1.00 6 RM 6.00 2. Kad Huruf Vokal RM 0.30 6 RM 1.80 3. Kad Titik RM 0.20 18 RM 3.60 4. Beras Berwarna RM 0.50 6 RM 3.00 5. Dawai Berwarna RM 0.05 30 RM 1.50 6. Doh Berwarna RM 0.50 6 RM 3.00 7. Batu Berwarna RM 0.30 6 RM 1.80 8. Sticker RM 0.30 6 RM 1.80 9. Kotak Kecil RM 1.00 6 RM 6.00 10. Bekas Kecil RM 0.20 12 RM 2.40 JUMLAH RM 30.90 Jadual 1: Harga Kos Inovasi
13 7.4 KEBERKESANAN INOVASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN Ujian Pra dan ujian Pos telah dijalankan untuk melihat keberkesanan inovasi yang dihasilkan terhadap sepuluh orang murid pemulihan dalam mengenal huruf vokal. dilihat. Ini ditunjukkan dalam jadual 1 di bawah. Murid Ujian Pra Ujian Pos Jawapan betul Peratus Jawapan betul Peratus 1 4/5 80% 5/5 100 2 2/5 40% 5/5 100 3 2/5 40% 5/5 100 4 3/5 60% 5/5 100 5 3/5 60% 5/5 100 6 3/5 60% 5/5 100 7 2/5 40% 5/5 100 8 3/5 60% 5/5 100 9 4/5 80% 5/5 100 10 2/5 40% 3/5 60 Jadual 2: Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos Hasil dapatan Ujian Pra menunjukkan bahawa dalam Jadual 2 di atas terdapat sepuluh orang murid tidak menguasai kemahiran mengenal huruf vokal a,e,i,o,u. Empat orang mendapat tiga markah, empat orang mendapat dua markah dan dua orang mendapat empat markah. Ini menunjukkan mereka belum menguasai kemahiran mengenal huruf vokal. Setelah menjalankan pengajaran menggunakan Kit SoLit kepada sepuluh orang murid ini, mereka kemudiannya diuji dengan Ujian Pos di mana soalan di dalam Ujian Pos ini adalah sama seperti set pada Ujian Pra. Set soalan yang sama digunakan untuk menilai keberkesanan Kit SoLit. Dapatan ujian pos menunjukkan bahawa tahap pencapaian murid adalah begitu memberangsangkan walaupun terdapat seorang murid yang tidak mendapat markah penuh.
14 Rajah 1: Graf Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos Pemerhatian terhadap murid sepanjang PdPC dijalankan, kelihatan mencuba bersungguh-sungguh untuk membentuk huruf-huruf vokal a,e,i,o,u dengan menggunakan beras berwarna, batu berwarna dan doh, dawai berwarna dan sticker yang disediakan. Pada mulanya terdapat beberapa orang murid yang membentuk huruf a,e dan u secara terbalik. Namun demikian apabila dicuba berulang kali dengan menggunakan bahan-bahan yang dinyatakan mereka dapat membentuk huruf tersebut dengan betul. Melalui aktiviti hands- on yang melibatkan deria sentuhan (sense of touch) murid dapat mengecam bentuk-bentuk huruf tersebut. Ini bermakna inovasi Kit SoLit telah berjaya menarik minat murid untuk memperbaiki kemahiran mengenal huruf vokal. 7.5 POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN 7.5.1 Peringkat Sekolah Projek inovasi ini telah disebar luaskan dan dikongsikan dengan guru pemulihan SK Changkat Sulaiman, SK Batu Tujuh dan SK Kampung Senta. Penggunaan bahan yang dapat merangsang sensori ini telah diaplikasi kepada murid-murid yang tidak mengenal huruf vokal serta mempunyai masalah pembelajaran.
15 7.5.2 Peringkat Daerah Batang Padang i) Projek inovasi ini dikongsikan dengan Guru-guru Pemulihan Khas dan Penyelaras Pemulihan Khas ketika Bengkel Penulisan Inovasi dan Kajian Tindakan Tahun 2022 bagi Daerah Batang Padang pada 9,10 dan 11 Februari 2022 di PKG Tapah Road.
16 ii) Pameran dan Pembudayaan Kajian Tindakan dan Inovasi Peringkat Daerah Batang Padang di SK Perlok pada 20 Januari 2022. 7.5.3 Peringkat Negeri i) Projek inovasi ini telah dibentangkan kepada Ketua Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Timbalan Sektor Pembelajaran Perak dan wakil Pegawai Pemulihan Khas setiap daerah dalam negeri Perak pada 3 Mac 2022 di PPD Batang Padang.
17 ii) Projek inovasi ini juga telah dibentang dan dipamerkan kepada Pegawai Pemulihan Khas Daerah Kinta Utara dan Perak Tengah serta Guru Besar dan guru-guru SK Sungai Lesong. 7.5.3 Peringkat Kebangsaan i) Inovasi ini juga telah dikongsikan dalam Perkongsian Amalan Terbaik antara Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat dengan Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang. 8.0 KESIMPULAN Kit SoLit ini sesuai untuk dipraktikkan oleh guru kepada murid-murid Pemulihan Khas, murid Pendidikan Khas, murid Tahap 1 dan murid Prasekolah serta murid yang menghadapi masalah dan kesukaran mengenal huruf vokal a,e,i,o, dan u. Aktiviti menggunakan Kit SoLit boleh dijalankan secara berkala sehingga murid betul-betul telah mengenal huruf vokal. Tempoh yang digunakan bagi melakukan aktiviti tidak terhad namun haruslah mengikut keupayaan dan pencapaian murid secara individu.
18 Rujukan Itaerdayu Shahidan 2019, Lukisan Huruf dan Nombor, Kertas Projek Inovasi Pengajaran dan Pemudahcaraan Murid orang Asli Pribumi SK Bukit Tampoi Asli, Dengkil, Selangor. Kajian Tindakan Pendidikan Khas 2012, Kementerian Pendidikan Malaysia,Bahagian Pendidikan Khas Mohd Hanafi,Mohd Mokhtar, Lokman, Md Amin, Fauzi, & Kamaruddin 2010 genggaman pensel kanak-kanak bermasalah pembelajarandalam meningkatkan kemahiran menulis, , Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 65 Malay Language Education Journal (MyLEJ). Tseng, Mei Hui & Cermak, Sharon (1991). The evolution of handwriting in children. Sensory Tntegreation Quarterly, 19(4),1-6 Wong, B. (2004). Leaning about Learning Disabilities. 3th Edition. USA: Elsivier Academic Press.
19 LAMPIRAN CONTOH AKTIVITI YANG DILAKUKAN OLEH MURID DI DALAM KELAS
20 CONTOH UJIAN PRA DAN POS
21 STAR (SMART TOOL ACTION RESEARCH) DR. HJH NORAAZIAN BINTI OSMAN ITAERDAYU BINTI SHAHIDAN AZAHZUHRAH BINTI AZHARI ELYANA BINTI AZMEE PEJABAT PEDIDIKAN DAERAH BATANG PADANG ABSTRAK KAJIAN Kajian Tindakan (KT) merupakan satu bentuk penyelidikan ringkas yang telah diperkenalkan di peringkat sekolah. Tujuan pengenalannya adalah untuk memastikan budaya penyelidikan dapat dipupuk dalam kalangan guru-guru. KT juga didapati membantu guru-guru untuk membuat penambahbaikan secara professional dalam pengajaran dan pembelajaran. Budaya ini telah dipupuk melalui beberapa cara yang telah diperkenalkan oleh pihak penggubal dasar. Sekiranya guru-guru mampu untuk menyelesaikan masalah berdasarkan KT maka guru-guru mampu untuk membuat pelbagai perubahan. Namun demikian KT kurang mendapat sambutan di kalangan Guru Pemulihan Khas dalam daerah Batang Padang. Smart Tool Action Research (STAR) diperkenalkan bagi mebantu guru-guru membuat catatan pembudayaaan kajian tindakan di peringkat sekolah. STAR mengandungi Kajian tindakan sehelai (bagi mencungkil idea guru bedasarkan rancangan pengajaran) dan juga Smart Table yang berbentuk jadual bagi guru-guru membuat catatan dalam bentuk jadual setelah mereka melakukan kajian tindakan. Dapatan daripada bengkel kajian Tindakan yang dijalankan di peringkat daerah ternyata Guru-Guru Pemulihan Khas mempunyai berbagai idea dalam pengajaran dan pembelajaran. Hasil dari temu bual bersama beberapa orang guru mereka mengatakan amat sukar untuk membuat penulisan dalam kajian Tindakan jika tidak mempunyai panduan penulisan yang jelas. Seramai 12 orang guru telah berjaya menghantar laporan kajian tindakan walaupun tempoh masa belum berakhir. Ini membuktikan Inovasi STAR yang digunakan dapat menggalakkan guru untuk menulis laporan kajian tindakan di peringkat sekolah. Kata kunci: Kajian Tindakan, Smart Tool Action Research,catatan pembudayaan
22 1.0 PENDAHULUAN Kajian Tindakan (KT) merupakan satu kaedah penyelidikan dalam pendidikan. Ini kerana, setiap guru perlu mengenalpasti setiap masalah yang berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Lebar, 2011). Masalah yang dikenalpasti memerlukan tindakan penyelesaian yang terbaik agar memberi kesan yang positif terhadap pengajaran dan pembelajaran. Setiap langkah yang dilakukan oleh guru perlu melibatkan satu proses agar langkah-langkah yang digunakan menjadi panduan kepada guru-guru lain. Selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk terus membudayakan penyelidikan asas dalam bidang pendidikan, KT disarankan diperingkat sekolah. Pelbagai program yang telah dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing untuk mempergiatkan amalan KT dalam kalangan guru. Namun demikian KT kurang mendapat sambutan dalam kalangan Guru Pemulihan Khas dalam daerah Batang Padang. Oleh yang demikian Unit Pemulihan Khas dalam daerah Batang padang telah memperkenalkan Smart Tool Action Research (STAR) bagi membantu Guru-Guru Khas membuat catatan pembudayakan kajian Tindakan di peringkat sekolah. Smart Tool Action research mengandungi Kajian Tindakan sehelai (mencungkil idea guru bedasarkan rancangan pengajaran harian) semasa benkel kajian tindakan dijalankan dan Smart Table yang berbentuk jadual mengandungi enam langkah yang perlu diikuti ketika membuat catatan kajian tindakan. 2.0 OBJEKTIF i) Menggunakan satu kaedah penulisan yang mudah dalam membudayakan kajian Tindakan di peringkat daerah Batang Padang. ii) Meningkatkan 30% penyertaan guru Pemuihan Khas dalam pembudayaan kajian tindakan di peringkat sekolah dan daerah. iii) Menarik minat guru Pemulihan Khas untuk menulis laporan kajian tindakan menggunakan teknik Star.
23 3.0 KUMPULAN SASARAN Sekurang-kurangnya seramai 12 orang Guru Pemulihan Khas dapat membuat kajian tindakan dan seterusnya membuat catatan di dalam Smart Table yang disediakan. 4.0 LATAR BELAKANG Kajian tindakan adalah satu kajian yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan oleh peserta iaitu pengamal pendidikan, guru atau pendidik sebagai penyelidik dalam situasi sosial itu sendiri. Sebagai penyelidik, mereka melaksanakan tindakan praktik (intervensi) bertujuan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti amalan masing-masing, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan. Ia melibatkan proses membuat refleksi, merancang, melaksanakan dan memerhati. Kemmis & McTaggart (2008), kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif, dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi sosial bertujuan meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan. Walaupun Kajian Tindakan telah lama diperkenalkan di negara ini namun masih ramai guru tidak melaksanakannya di sekolah. Hal ini kerana kurangnya pemahaman guru tentang konsep dan kepentingan kajian tindakan dalam pengajaran dan pembelajaran guru. Ekoran daripada kurangnya pemahaman ini menyebabkan guru tidak melaksanakan kajian tindakan dan kurang inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah terutamanya Guru Pemulihan Khas dalam daerah Batang Padang. 5.0 ISU Hasil daripada soal selidik yang diedarkan kepada Guru Pemulihan Khas kami mendapati rata-rata guru berpendapat bahawa menjalankan kajian tindakan memakan masa yang banyak kerana melibatkan pelbagai aspek. Ini sudah pastilah menambah tugas-tugas guru. Disamping itu guru-guru tidak jelas antara kajian tindakan dan kajian penyelidikan yang menyebabkan mereka kurang berminat untuk membuat kajian tindakan. Hasil dari kunjung bantu dan bimbingan ke sekolah yang dilakukan kami mendapati rata-rata Guru Pemulihan Khas menyatakan mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk membuat catatan walaupun sebenarnya mereka telah melakasanakan kajian tindakan di peringkat sekolah.
24 Disamping itu kurangnya pemahaman tentang kajian tindakan dalam kalangan Guru Pemulihan Khas dan juga mereka tidak mepunyai panduan yang jelas bagaimana untuk menjalankan kajian Tindakan di dalam pengajaran dan pembelajaran. 6.0. METODOLOGI Metodologi merupakan aspek penting bagi menjelaskan kaedah yang digunakan dalam kajian. Aspek-aspek yang berkaitan amat penting bagi memastikan kaedah pengumpulan data yang digunakan bersesuaian dengan matlamat dan objektif yang hendak dicapai. Oleh itu, bahagian ini akan membincangkan dan menjelaskan kaedah kajian yang digunakan untuk mendapatkan data yang dikehendaki bagi menganalisis keputusan. 6.1 KAEDAH Kajian ini menggunakan pendekatan kualitataif dan kuantitatif. Instrumen soal selidik digunakan bagi mengenal pasti kerelevanan STAR yang perkenalkan. Temubual dan analisis dokumen digunakan bagi mendapatkan bukti keberkesanan inovasi yang dijalankan. 6.2 SAMPEL Melibatkan 20 orang Guru Pemulihan Khas dalam daerah Batang Padang yang dipilih secara rawak. 6.3.LOKASI Dijalankan di sekolah kebangsaan (SK), sekolah murid orang asli (SMOA), sekolah jenis kebangsaan cina (SJKC) dan sekolah jenis kebangsaan tamil (SJKT). 6.4 INSTRUMEN KAJIAN Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik untuk mendapatkan kerelevanan STAR yang diperkenalkan. Disamping itu kaedah temubual ketika bimbingan juga telah dilaksanakan bagi mendapatkan maklumbalas daripada Guru Pemulihan Khas yang menjalankan kajian tindakan dan menggunakan Smart Table. Analisis dokumen juga digunakan untuk mendapatkan hasil daripada catatan pembudayaan kajian tindakan oleh Guru Pemulihan Khas.
25 7.0 STRATEGI PELAKSANAAN INOVASI Inovasi ini adalah satu strategi yang direka khas untuk membantu Guru-Guru Pemulihan Khas dalam daerah Batang Padang dalam membudayakan kajian tindakan dan membuat catatan kajian tindakan. Berikut merupakan carta perbatuan yang telah dirancang dan dilaksanakan dalam membudayakan kajian tindakan dengan menggunakan STAR. BIL PERKARA TARIKH PELAKSANAAN TINDAKAN 1. Perbincangan Bersama Tuan PPD dan Unit Pemulihan Khas 3 Februari 2022 Penolong PPD Pemulihan Khas 2. Penataran kepada Guru-Guru Pemulihan Khas 10 & 11 Februari 2022 Penolong PPD Pemulihan Khas 3. Menghantar Laporan Penulisan Kajian Tindakan 11 Mei 2022 Guru Pemulihan Khas 4. Membuat semakan dan penilaian Kajian Tindakan 12 Mei – 18Mei 2022 Penolong PPD Pemulihan Khas/JU 5. Pameran Kajian Tindakan 25 Mei 2022 Penolong PPD Pemulihan Khas dan Guru Pemulihan Khas Jadual 1: Carta Perbatuan 7.1 Perbincangan bersama rakan sejawat bagaimana untuk membudayakan kajian tindakan dalam kalangan Guru Pemulihan Khas daerah Batang Padang. 7.2 Penataran kajian tindakan telah dijalankan pada 9, 10 dan 11 Februari 2022 di PKG Tapah Road melibatkan Guru Pemulihan Khas dan Penyelaras Pemulihan Khas (bagi sekolah yang tiada waran). Semasa penataran tersebut kami telah memperkenalkan STAR kepada Guru Pemulihan Khas ketika berbengkel. Guru diperkenalkan dengan catatan kajian tindakan sehelai dan diminta mengemukakan isu-isu dalam PdPC dan langkah-langkah mengatasinya. Melalui catatan kajian tindakan sehelai guru dapat mengenal pasti isu berdasarkan catatan refleksi, yang dibuat dalam PdPc yang lepas. Disamping itu guru diminta mengenal pasti bahan bantu belajar atau teknik dan intervensi yang akan dirancang. Seterusnya secara ringkas guru diminta merancang pelaksanaan berdasarkan bahan bantu belajar,teknik atau intervensi yang dicadangkan.
26 Gambar 1: Aktiviti semasa bengkel 7.3 Seterusnya guru diminta berkongsi idea mengenai isu melalaui laporan kajian tindakan sehelai yang dilakukan semasa aktiviti bengkel tersebut dijalankan. Gambar 2: Aktiviti pembentangan kajian tindakan sehelai
27 Gambar 3: Hasil kerja kajian tindakan sehela
28 7.4 Seterusnya guru diperkenalkan dengan smart table yang merupakan satu tapak yang telah disediakan bagi membantu Guru-Guru Pemulihan Khas menjalankan kajian tindakan dan menulis laporan kajian berdasarkan langkah-langkah yang di tetapkan ketika membuat kajian tindakan. Gambar 4 : Smart Table Smart table mengandungi langkah-langkah seperti : Isu: Diperolehi daripada kajian tindakan sehelai yang dibuat iaitu masalah yang dihadapi oleh murid dalam sesuatu kemahiran yang diajar berdasarkan catatan refleksi yang ditulis. 1.0 Pemerhatian : Mengandungi ayat-ayat terpandu yang boleh dijadikan contoh untuk guru melakukan pemerhatian ketika membuat catatan. Pemerhatian awal dibuat berdasarkan maklumat yang guru perolehi semasa mengenalpasti isu. Guru akan menyenaraikan masalah-masalah yang murid hadapi sepanjang PdPC. 2.0 Refleksi : Merupakan sebab daripada pemerhatian yang telah dilakukan. Mengandungi ayat-ayat yang terpandu bagi membantu guru membuat catatan refleksi. Guru akan menulis refleksi berdasarkan penyoalan kendiri iaitu sebab berlakunya masalah-masalah yang murid dan guru hadapi. 3.0 Perancangan : Mengandungi; sasaran,objektif dan alat atau intervensi yang dirancang bagi mengatasi isu yang telah dikenal pasti. Perancangan intervensi /alat yang digunakan bagi mengatasi isu dan masalah yang telah dikenalpasti oleh guru. 4.0 Tindakan: Menerangkan dengan terperici langkah demi langkah penggunaan intervensi/alat yang telahdirancang dan dilaksanakan.
29 5.0 Pemerhatian semula: Melihat sama ada terdapatnya perubahan tingkah laku murid dan penguasaan murid terhadap sesuatu kemahiran atau topik yang hendak diajar. 6.0 Refleksi semula: Membuat refleksi keberkesanan bahan/alat intervensi yang digunakan sama ada ianya dapat menyelesaikan masalah PdPC atau tidak. 7.0 Semasa bengkel yang dilaksanakan guru-guru dibekalkan dengan STAR berbentuk QR code bagi memudahkan mereka membuat catatan smart table yang disediakan. Guru boleh merujuk contoh-contoh catatan kajian tindakan yang diberikan dalam bentuk QR-Code tersebut. 8.0 Langkah seterusnya guru diberi tempoh sehingga 12 Mei untuk menghantar catatan kajian tindakan yang telah dilakukan dengan menggunakan smart table yang dibekalkan kepada guru. Peringatan melaui poster dan link google form diberikan di dalam group telegram bagi memudahkan guru untuk menghantar catatan kajian tindakan. 8.0 BAHAN PENGHASILAN INOVASI Bahan-bahan yang digunakan untuk inovasi adalah mudah di dapati dengan hanya menggunakan kertas warna, kertas laminate dan dakwat printer. Gambar 7: Kod QRSTAR
30 9.0. KOS PENGHASILAN INOVASI Kos untuk menyediakan Star hanya RM 1.50 (satu unit) kerana menggunakan sumber yang sedia ada di pejabat. Bil Bahan Kos Seunit Unit Jumlah Kos 1. Kertas warna RM 0.50 10 RM 5.00 2. Kertas Laminate RM 1.00 10 RM 10.00 Jumlah RM15.00 Jadual 2 : Harga Kos Inovasi 10. KEBERKESANAN INOVASI TERHADAP GURU PEMULIHN KHAS DALAM MEMBUAT CATATAN MELALUI SMART TABLE. Keberkesanan inovasi yang dihasilkan terhadap 20 orang Guru Pemulihan Khas dapat dilihat dengan penghantaran smart table. Guru telah diminta menghantar catatan kajian tindakan melalui google form, kumpulan telegram. Sehingga 22 April 2022 seramai 12 orang Guru Pemulihan Khas telah menghantar catatan kajian tindakan. Ini telah mencapai objektif daerah untuk meningkatkan bilangan sebanyak 30% bilangan yang menghantar kajian tindakan walaupun tarikh penyertaan masih belum di tutup.
31 Gambar 8 : Catatan Pembudayaan Kajian Tindakan menggunakan STAR Hasil kunjung bantu semasa pegawai Pemulihan Khas turun ke sekolah mendapati juga, terdapat guru-guru yang masih dalam proses penulisan membuat kajian tindakan dan membuat catatan dengan menggunakan smart table. Dijangkakan jumlah ini akan meningkat kerana setiap penyertaan dan penghantaran catatan akan diberi sijil di peringkat daerah. Hasil soal selidik yang menggunakan skala likert 5 mendapati selepas mengikuti bengkel pembudayaan kajian tindakan dengan menggunakan Smart Tool Action Research adalah seperti beikut: Bil Dapatan 1. Kerelevenan STAR yang digunakan oleh Guru Pemulihan Khas 10% menjawab sangat bersetuju. 80% menjawab setuju,manakala 10% menjawab agak bersetuju. 2. STAR yang digunakan dapat menggalakkan saya untuk mengenal pasti masalah-masalah pengajaran dalam bilik darjah. 50% menjawab sangat bersetuju, 40% bersetuju manakala 10% orang menjawab agak bersetuju.
32 3. STAR yang digunakan dapat membantu guru lain untuk mengenal pasti masalahmasalah pembelajaran murid dalam bilik darjah. 40% sangat bersetuju dan 55% menjawab bersetuju, 5 % menjawab agak bersetuju. 4. STAR yang digunakan dapat membantu melahirkan guru-guru berminat dalam pembudayaan kajian tindakan. 65% sangat bersetuju dan 35% bersetuju. 5. STAR yang digunakan dapat membantu meningkatkan keinginan guru dalam melaksanakan kajian tindakan. 70% sangat bersetuju, 25% bersetuju dan 5% agak bersetuju. 6. STAR seiring dengan seruan KPM untuk melahirkan guru berinovatif. 80% sangat bersetuju, 15% bersetuju dan 5% agak bersetuju. 7. STAR dapat meningkatkan profesionalisme keguruan dalam kalangan guru. 70% setuju, 30% agak bersetuju. 8. Pembudayaan kajian tindakan melahirkan lebih ramai penyelidik di kalangan guru. 75% setuju, 25% agak bersetuju. Jadual 3 ; Jadual hasil soal-selidik Hasil dari soal selidik dapatlah disimpulkan bahawa STAR yang diperkenalkan merupakan alat yang dapat membantu Guru Pemulihan Khas dalam daerah Batang mejalankan Kajian Tindakan dan relevan digunakan sebagai asas untuk membuat catatan dalam pembudayaan kajian tindakan.
33 11.0 POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN 11.1 Peringkat Sekolah ii) Pameran dan Pembudayaan Kajian Tindakan dan Inovasi Peringkat Daerah Batang Padang di SK Perlok pada 20 Januari 2022. Gambar 9: Bengkel di SK Perlok 11.2 Peringkat Daerah Batang Padang i) Projek inovasi ini dikongsikan dengan Guru-Guru Pemulihan Khas dan Penyelaras Pemulihan Khas ketika Bengkel Penulisan Inovasi dan Kajian Tindakan Tahun 2022 bagi Daerah Batang Padang pada 9,10 dan 11 Februari 2022 di PKG Tapah Road. Gambar 10: Bengkel di PKG Tapah Road
34 Ii) STAR juga telah disebarluaskan kepada Guru-Guru Pendidikan Khas dalam Bengkel Kajian Tindakan Guru-Guru Pendidikan Khas pada di PPD Batang Padang. Gambar11: Bengkel bersama Guru-Guru Pendidikan Khas 11.3 Peringkat Negeri i) Projek inovasi ini telah dibentangkan kepada Ketua Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Timbalan Sektor Pembelajaran Perak dan wakil Pegawai Pemulihan Khas setiap daerah dalam negeri Perak pada 3 Mac 2022 di PPD Batang Padang. Gambar 12: Pembentangan Mesyuarat Pemulihan Khas Negeri Perak
35 11.4 Peringkat Kebangsaan i) Inovasi ini juga telah dikongsikan dalam Perkongsian Amalan Terbaik antara Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat dengan Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang. Gamba13: Perkongsian Pintar dengan PPD Batu Pahat 12.0 KESIMPULAN Star ini sesuai untuk dipraktikkan oleh guru dalam memulakan kajian tindakan di peringkat sekolah kerana ia mempunyai langkah-langkah ansur maju yang boleh dijadikan panduan oleh Guru Pemulihan Khas dengan mengenal isu menggunakan kajian tindakan sehelai dan seterusnya guru boleh menggunakan smart table dalam menyusun langkah-langkah seperti memerhati, merefleksi, merancang dan menjalankan tindakan dan seterusnya mencatat kajian tindakan yang dilakukan. Disamping itu, jika guru-guru dapat membudayakan kajian tindakan, ia membantu meningkatkan tahap profesionalisme guru. Hal ini kerana sebagai penyelidik ia dapat memberikan semangat dan minat baru untuk mengenal pasti kaedah pengajaran baru seperti yang dicadangkan dalam literatur. Kajian tindakan juga membantu guru meningkatkan kemahiran memerhati atau mencerap, dan memperbaiki komunikasi dengan pelajar. Kesannya, guru-guru akan dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran berdasarkan penemuan daripada kajian tindakan. Melalui penulisan kajian tindakan juga, para guru mempunyai satu peluang kenaikan pangkat dengan memohon Guru Cemerlang. Ini kerana, guru yang ada membuat kajian tindakan mempunyai satu kelebihan dalam pemilihan Guru Cemerlang tersebut seterusnya diiktiraf sebagai guru pakar dalam sesuatu mata pelajaran.
36 Rujukan Kajian Tindakan Pendidikan Khas 2012, Kementerian Pendidikan Malaysia,Bahagian Pendidikan Khas Kalai Selvan Arumugham,Phd, Kajian Tindakan: Kearah Amalan PdPc Berkesan. https://www.researchgate.net/publication/341042330, Kemmis, S. (2008). Critical theory and participatory action research. The SAGE handbook of action research: Participative inquiry and practice, 2, 121-138. Lebar, O. (2011). Kajian tindakan dalam pendidikan: teori dan amalan. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris
37 LAMPIRAN CONTOH CATATAN KAJIAN TINDAKAN DAN AKTIVITI GURU SEMASA PERBENGKELAN
38 KIT PEMBELAJARAN JHBB MUHAMMAD NUR ASNAWI BIN ROMLY1 , MOHD ASMADI BIN ZAINAL ABIDIN2 , DAN NUR SYAZANA BINTI MOHAMMAD NAZER3 1SK POS MUSOH LZ, TAPAH, PERAK DARUL RIDZUAN 2SK POS GEDONG, BIDOR, PERAK DARUL RIDZUAN 3SK SATU, TAPAH, PERAK DARUL RIDZUAN ABSTRAK Projek inovasi ini berkaitan inovasi Kit Pembelajaran ‘JHBB’ iaitu singkatan kepada ‘Juk Hi Blajar Bahasa’ atau ‘Jom Kita Belajar Bahasa’. Objektif projek inovasi ini ialah sebagai bahan bantu belajar bagi memberi pendedahan pembelajaran trilingual kepada murid Orang Asli Semai Tahun 1. Masalah yang dihadapi oleh pengkaji sehingga mendorong inovasi dilaksanakan ialah tiadanya bahan bagi menyokong proses pembelajaran murid Orang Asli Semai terhadap bahasa Semai, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris secara serentak. Asasnya mudah iaitu penggunaan bahasa Semai sebagai bahasa utama masyarakat Orang Asli Semai untuk mendedahkan murid kepada pembelajaran bahasa asing bagi mereka iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Terdapat bukti yang nyata bahawa inovasi ini mempunyai tahap signifikan yang tinggi dan dapat memberi faedah yang jelas kepada peningkatan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Inovasi ini dapat menyumbang kepada cara bekerja yang lebih cekap, cepat, tepat dan mudah atau memperjelaskan suatu konsep dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian juga mendapati inovasi ini dapat meningkatkan produktiviti, mempermudahkan atau memperjelaskan suatu konsep dalam pengajaran dan pembelajaran dengan kos yang sama atau lebih rendah. Dapatan kajian turut membuktikan inovasi ini telah berjaya dilaksanakan secara percubaan dan mencapai matlamat penciptaannya. Projek inovasi ini mempunyai potensi yang besar untuk disebar luaskan bukan sahaja kepada guru di sekolah yang sama malah kepada pihak yang lain juga. Inovasi ini juga boleh dikomersialkan oleh pihak lain ke dalam bentuk buku bercetak yang lebih berkualiti dari segi pencetakannya. Inovasi ini dapat melonjakkan martabat pendidikan masyarakat Orang Asli Semai ke arus perdana. Kata Kunci : kit bahan bantu belajar, pembelajaran trilingual, Orang Asli Semai
39 1.0 PENDAHULUAN Projek inovasi ini merupakan satu inovasi penciptaan baharu yang dihasilkan bagi membantu memberi pendedahan kepada pembelajaran trilingual kepada murid Orang Asli Semai tahun 1. Pembelajaran trilingual ini melibatkan mata pelajaran Bahasa Semai, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang menggunakan pembelajaran bahasa komuniti atau ‘Community Language Learning’. 1.1 Kupasan Tajuk Inovasi Inovasi Kit Pembelajaran JHBB adalah satu singkatan kepada Kit Pembelajaran ‘Juk Hi Blajar Bahasa’ yang membawa maksud Kit Pembelajaran ‘Jom Kita Belajar Bahasa’. Fokus inovasi ini ialah sebagai kit bahan bantu belajar yang memberi pendedahan bagi transisi sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid tahun 1 Orang Asli Semai. 1.2 Keunikan Inovasi Beberapa kajian yang telah dilakukan oleh para sarjana terhadap masyarakat Orang Asli mendapati terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan keciciran dalam kalangan masyarakat Orang Asli dalam arus perdana pendidikan negara. Antara faktor yang menyebabkan keciciran masyarakat ini ialah kegagalan masyarakat Orang Asli untuk beradaptasi dengan kaum yang lain, kurikulum sekolah yang diajar tidak sesuai dengan budaya masyarakat Orang Asli, stereotaip orang Melayu terhadap Orang Asli dan sikap ibu bapa (Juli, 2006). Menurut Charlie (2008), bahan bantu belajar sama ada elektronik atau bukan elektronik adalah bahan sokongan yang penting untuk meningkatkan kefahaman murid-murid di samping mengekalkan minat belajar. Selain itu, bahan bantu belajar juga dapat menjelaskan mesej yang ingin disampaikan. Proses pengajaran yang disertakan juga dapat menjelaskan mesej yang ingin disampaikan. Dale (1969) menyatakan bahawa pengajaran dapat ditingkatkan dengan berkesan apabila dibantu dengan media yang membolehkan pengalaman dalam ingatan. Penglibatan melalui pengalaman merupakan cara yang paling berkesan dalam pembelajaran (Charlie, 2008). Hal ini telah menyebabkan Kit Pembelajaran JHBB dihasilkan bagi membantu memberi pendedahan kepada pembelajaran trilingual kepada murid Orang Asli Semai tahun 1. Matlamat penghasilan inovasi ini ialah untuk menyokong proses pembelajaran murid Orang Asli Semai
40 terhadap bahasa Semai, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris secara serentak. Asasnya mudah iaitu penggunaan bahasa Semai sebagai bahasa utama masyarakat Orang Asli Semai untuk mendedahkan murid kepada pembelajaran bahasa asing bagi mereka iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. 1.3 Cara Mengenal Pasti Masalah Pengkaji mengenal pasti masalah melalui beberapa instrumen kajian seperti ujian, soal selidik, pemerhatian, temu bual dan catatan jurnal di lapangan iaitu semasa sesi PdP dijalankan. Selain itu, pengkaji telah melakukan sesi perbincangan bersama panitia yang melibatkan panitia Bahasa Melayu, Bahasa Semai dan Bahasa Inggeris. Perbincangan ini bagi mengkaji masalah yang timbul dalam pembelajaran bahasa dalam kalangan murid. Hasil perbincangan dan analisis melalui instrumen kajian telah berjaya mengenal pasti masalah yang dihadapi iaitu:- a. Guru-guru berbangsa Melayu tidak mempunyai pengetahuan asas tentang bahasa Semai menyebabkan sesi PdP mata pelajaran Bahasa Semai kurang efektif. b. Tiada guru opsyen Bahasa Semai atau guru penutur jati di tempatkan di sekolah menyukarkan proses pemindahan ilmu kepada murid. c. Murid-murid tidak dapat memantapkan pengetahuan asas mereka terhadap bahasa Melayu dan bahasa Inggeris secara menyeluruh. d. Murid-murid tidak mendapat input yang betul dan tepat semasa sesi PdP bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. e. Masa sesi PdP bahasa Melayu atau bahasa Inggeris tidak dapat digunakan secara optimum oleh guru. f. Masalah murid tidak memahami maksud perkataan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris kerana guru tidak dapat memberi penerangan maksud dengan menggunakan perkataan dalam bahasa Semai.
41 2.0 IDEA 2.1 Kreativiti Hasil dapatandaripada masalah yang telah berjaya dikenal pasti oleh pengkaji telah menyebabkan pengkaji mencuba untuk mencari satu penyelesaian bagi membantu murid untuk mendapatkan pendedahan berkaitan pembelajaran trilingual mulai tahun 1. Penyelesaiaan ini menggunakan pendekatan berasaskan kaedah bahasa komuniti. Kekurangan bahan bantu belajar yang sesuai dengan iklim dan tahap kefahaman murid Orang Asli Semai juga telah mendorong penghasilan projek inovasi ini. Inovasi Kit Pembelajaran JHBB ini diharapkan dapat membantu bagi menyelesaikan masalah ini supaya murid Orang Asli Semai tidak berasa kekok untuk mula mempelajari bahasa yang asing bagi mereka. Pengkaji telah menggunakan pensampelan bertujuan. Pensampelan bertujuan digunakan kerana responden mempunyai ciriciri yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah dalam aktiviti PdP. Kumpulan sasaran bagi kajian ini adalah murid tahun 1 Perdana. Mereka terdiri daripada 10 orang responden iaitu 4 orang responden perempuan dan 6 orang responden lelaki. Kaedah penggabungjalinan kemahiran asas bahasa dan elemen merentas kurikulum diaplikasikan sepenuhnya melalui inovasi ini. Inovasi ini dilaksanakan semasa minggu pertama dan kedua persekolahan (semasa minggu transisi) bagi murid tahun 1. Inovasi merupakan sesuatu perkara baharu yang dihasilkan bagi memudahkan sesi pembelajaran dan pemudahcaraan serta pengurusan guru. Inovasi ini datang dalam bentuk bahan bantu belajar yang digunakan oleh guru bagi menyokong proses pembelajaran dan pemudahcaraan murid. Elemen yang terkandung di dalam Kit Pembelajaran JHBB ini ialah seperti satu kamus bergambar bahasa Semai-Melayu-Inggeris edisi murid, 26 keping kad imbasan perkataan bahasa Semai, 26 keping kad imbasan perkataan bahasa Semai-Melayu-Inggeris, sebuah buku besar bergambar, dua set persembahan Powerpoint yang mengandungi gambar dan audio sebutan serta satu modul bersepadu iaitu Bei Blajar Engrok Semai (Mari Belajar Bahasa Semai) yang mengandungi daftar kata bagi perkataan dan ayat dalam bahasa Semai ke bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
42 Gambar 1. Antara elemen yang terdapat dalam kit. 3.0 HASIL INOVASI 3.1 Tahap Pelaksanaan Projek inovasi ini masih di peringkat percubaan iaitu prototaipPenambahbaikan masih dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan projek inovasi ini dapat berfungsi dengan baik dan dapat mencapai objektif penghasilan projek inovasi. Pelaksanaan percubaan awal projek inovasi telah diadakan di sekolah bersama-sama murid tahun 1 dan menunjukkan pencapaian yang sangat memberangsangkan bersama Analisis data impak projek inovasi diterangkan dalam bahagian impak inovasi. 3.2 Replicability Projek inovasi ini boleh digunakan terus di pelbagai tempat atau boleh digunakan dengan pengubahsuaian mengikut keperluan tanpa melibatkan kos yang tinggi bagi cetakan keras (hardcopy). Kecanggihan teknologi membolehkan projek inovasi ini boleh dimuat turun secara cetakan lembut (softcopy) daripada Google Drive melalui imbasan kod QR yang disediakan oleh pengkaji. Hal ini akanmenyebabkan tiada kos yang terlibat dalam projek inovasi ini. Ini sekaligus memudahkan lagi bagi guru-guru yang mengajar di Sekolah Murid Orang Asli yang mempunyai murid Orang Asli Semai untuk menggunakannya kerana mereka tidak perlu mengangkut bahan bantu belajar secara fizikal terutamanya guru-guru di sekolah pedalaman.
43 4.0 IMPAK INOVASI (Outcomes) 4.1 Efisien/Kecekapan Projek inovasi ini memberi impak yang sangat positif terutamanya daripada aspek meningkatkan efisien sesi PdP yang dijalankan oleh guru. Gambar 2. Gambar guru ketika menggunakan kit. 4.1.1 Jimat Masa Masa PdP dapat dijimatkan dan digunakan sebaiknya oleh guru. Sekiranya sebelum ini sesi PdP bagi mata pelajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sering terganggu kerana masalah murid tidak memahami istilah yang disebut oleh guru. Guru mata pelajaran terpaksa meminta bantuan pekerja sekolah yang merupakan orang tempatan dan penutur jati Bahasa Semai untuk menterjemahkan istilah tersebut ke dalam bahasa mereka bagi memudahkan pemahaman murid. Murid tahun 1 perlu ditarik perhatian serta fokus mereka terlebih dahulu barulah sesi PdPc dapat berlangsung secara efektif oleh guru. Ini disokong melalui data dapatan kajian yang menggunakan instrumen kajian borang soal selidik. Jadual 1 di bawah menunjukkan analisis data melalui borang soal selidik yang menggunakan skala Guttman (ya / tidak).
44 Jadual Analisis data borang soal selidik. No Item Peratus (%) Beza Peratus Ya (%) Beza Peratus Tidak (%) Sebelum Inovasi Selepas Inovasi Ya Tidak Ya Tidak 1. Saya seronok dengan pelajaran pada hari ini. 40 % 60% 100 % 0% 60% -60% 2. Saya suka bertanyakan soalan kepada cikgu berkaitan pelajaran pada hari ini. 20 % 80% 80% 20% 60% -60% 3. Saya suka menjawab soalan cikgu dalam kelas hari ini. 40 % 60% 80% 20% 40% -40% 4. Saya melibatkan diri semasa kelas pada hari ini. 50 % 50% 100 % 0% 50% -50% Jadual 1 menunjukkan bahawa secara keseluruhannya peratus ya bagi setiap item selepas inovasi dilaksanakan adalah lebih tinggi berbanding peratus ya bagi setiap item sebelum inovasi dilaksanakan. Peratus ya bagi item 1 adalah lebih tinggi selepas inovasi dilaksanakan. Perbezaan peratus ya ialah sebanyak 60%. Ini menunjukkan lebih ramai murid berasa seronok dengan sesi PdP selepas inovasi dilaksanakan. Hal ini menjelaskan berkaitan faktor minat murid yang dapat ditarik dengan masa yang singkat. 4.1.2 Jimat Kos Projek ini tidak melibatkan kos yang tinggi dan sekiranya bersesuaian guru dapat menggunakan bahan terbuang bagi menghasilkan projek inovasi ini. Berikut merupakan perincian kos projek inovasi ini secara cetakan keras (hardcopy).
45 Jadual 2 Butiran kos projek inovasi cetakan keras. Pembangunan bahan bantu belajar secara digital juga membantu menjimatkan kos projek secara menyeluruh. Guru hanya perlu mengimbas kod QR yang dibekalkan dan dapat mengakses kit ini secara keseluruhannya. Gambar 3. Kod QR yang boleh diakses oleh para guru. 4.1.3 Tingkatkan Produktiviti Analisis data kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan projek inovasi ini dapat meningkatkan produktiviti dan kefahaman dalam kalangan murid Orang Asli Semai. Berikut merupakan hasil dapatan inovasi yang telah diperolehi hasil daripada instrumen kajian ujian pra dan pasca bagi bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kertas jawapan ujian telah dinomborkan oleh pengkaji agar identiti responden dirahsiakan. Berikut merupakan analisis data bagi ujian pra dan pasca bagi bahasa Melayu. Bil. Bahan Harga 1. Mounting Board RM 10.00 2. Gegelang Fail RM 2.00 3. Plastik Laminate RM 10.00 Jumlah keseluruhan RM 22.00
46 Jadual 3 Analisis data ujian pra dan pasca bahasa Melayu. Jadual tersebut menunjukkan bahawa peratus markah ujian pasca bagi kesemua responden mencatatkan peningkatan berbanding markah ujian pra. Analisis data ujian pra dan pasca bahasa Inggeris responden seperti dalam jadual 4 di bawah. Jadual 4 Analisis data ujian pra dan pasca bahasa Inggeris Jadual 4 tersebut menunjukkan bahawa peratus markah ujian pasca bagi kesemua responden turut mencatatkan peningkatan berbanding markah ujian pra. Selain itu, dapatan yang telah diperolehi hasil daripada pemerhatian yang telah dilakukan oleh rakan pengkaji semasa pelaksanaan inovasi semasa sesi PdP dijalankan turut menyokong dapatan data instrumen ujian. Analisis data pemerhatian dilakukan berdasarkan No. Responden Markah Ujian Pra (%) Markah Ujian Pasca (%) Beza Markah (%) 1 58% 77% 19% 2 54% 81% 27% 3 50% 77% 22% 4 35% 73% 38% 5 42% 69% 27% 6 42% 69% 27% 7 42% 81% 39% 8 42% 81% 39% 9 35% 62% 27% 10 31% 81% 50% No. Responden Markah Ujian Pra (%) Markah Ujian Pasca (%) Beza Markah (%) 1 27% 73% 46% 2 23% 81% 58% 3 31% 58% 27% 4 35% 46% 11% 5 23% 65% 42% 6 23% 58% 35% 7 31% 81% 50% 8 27% 81% 54% 9 35% 50% 15% 10 23% 73% 50%