The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Himpunan kertas kerja guru-guru dalam menjalankan inovasi.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noralinus73, 2023-03-22 20:20:59

Kompilasi Inovasi 2022

Himpunan kertas kerja guru-guru dalam menjalankan inovasi.

47 frekuensi kekerapan tingkah laku murid seperti dalam jadual 5 di bawah. 4.2 Signifikan 4.2.1 Tinggi Inovasi ini berimpak tinggi kepada perkhidmatan pendidikan terutamanya kepada guru-guru di sekolah Murid Orang Asli yang mempunyai murid Orang Asli Semai. Tidak terdapat bahan bantu belajar yang bersesuaian sebelum ini yang boleh digunakan oleh guru bagi pengajaran bahasa yang menggunakan kaedah bahasa komuniti. Hal ini dibuktikan semasa sesi Taklimat Pembugaran Program Intervensi Khas Murid Orang Asli dan Peribumi (PIKAP) negeri Perak bersama guru daripada 28 buah sekolah Murid Orang Asli di negeri ini. Selain itu, projek ini juga telah dikongsikan kepada guru daerah Batang Padang melalui sesi pameran Inovasi yang telah dijalankan di SK Datuk Kelana, Tapah. Hasil perkongsian mendapati di mana projek inovasi ini telah dikongsi dan disebar luas kepada semua guru dan menerima maklum balas yang positif. Bahan ini juga telah dikawal mutu oleh pihak Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM dan sedang dalam proses untuk diterbitkan secara cetakan keras dengan kerjasama pihak NGO.


48 5.0 PENGURUSAN 5.1 Komitmen Pihak pentadbir sekolah memberi sokongan moral bagi pengkaji dalam melaksanakan projek inovasi ini. Pihak PPD, JPN dan KPM turut memberikan penghargaan kepada pengkaji bagi projek Inovasi ini. 5.2 Penjenamaan Pihak pengkaji sedang berusaha bagi mendaftarkan paten dan nombor ISBN serta e-ISBN projek inovasi ini apabila telah selesai proses penambahbaikan projek ini kelak. Hal ini bagi memastikan kualiti projek inovasi terjamin. Proses sebaran maklumat berhubung projek inovasi ini telah dan sedang dijalankan. Proses sebaran maklumat ini telah bermula di daerah Batang Padang dan negeri Perak. Projek ini akan dikembangkan ke negeri-negeri yang lain pula selepas ini. 5.3 Rumusan Inovasi ini mempunyai potensi yang besar untuk disebar luaskan bukan sahaja kepada guru di sekolah yang sama malah kepada pihak yang lain juga kerana inovasi ini melibatkan kos yang murah dan mudah untuk dikendalikan oleh semua pihak. Inovasi ini juga boleh dikomersialkan oleh pihak lain ke dalam bentuk buku bercetak yang lebih berkualiti dari segi pencetakannya. Hal ini akan dapat membantu memperbanyakkan lagi buku rujukan bahasa Semai-bahasa Melayu-bahasa Inggeris yang kini kurang di pasaran. Hal ini juga sekaligus dapat membantu melonjakkan martabat pendidikan masyarakat Orang Asli Semai ke arus perdana.


49 PENGHARGAAN 1.Murid-Murid SK Pos Musoh LZ, SK Pos Gedong dan SK Satu. 2. Guru-Guru SK Pos Musoh LZ, SK Pos Gedong dan SK Satu. 3. PPD Batang Padang, Perak. 4. JPN Negeri Perak. PENCAPAIAN 1. Anugerah Inovasi Terbaik Tempat Ketiga Emas Kolokium Pemantapan Bahasa Melayu dan Pertandingan Inovasi (KOLOPEM BM) Peringkat Kebangsaan 2022. 2. 7 th Place and Gold Award Winner 1st Sultan Abdul Halim International Conference of Education and Innovation (SAH IConfEd) 2022. 3.Dibentangkan dalam Persidangan Kebangsaan Innovation and Academic Conference (InAC) 2022. 4. Tempat Kedua (Kategori Kumpulan) dan Anugerah Perak Pertandingan Inovasi Pendidikan Kolokium Pendidikan Negeri Perak 2022. 5. Gold Award International Virtual Education Design, Invention and Innovation Competition (IVEDIIC) 2022 organized by UiTM


50 SENARAI RUJUKAN Charlie Anak Ungang. (2008). Penggunaan bahan bantu mengajar dalam kemahiran asas membaca di kelas pemulihan: kajian kes di lima buah sekolah daerah Serian. Jurnal Penyelidikan IPBL. Sarawak: IPG Kampus Batu Lintang. Dale R. Edwards. (1969). Audio Visuals Methods in Teaching. Holt Richert & Wilson Publications. New York. USA. Doris Padmini Selvaratnam, Abdul Hamid Jaafar, Norlida Hanim Mohd Salleh, Redzuan Othman & Siti Hajar Idris. (2012). Transformasi modal insan melalui peningkatan pendidikan: Kajian kes komuniti Orang Asli di Cameron Highlands, Pahang. Prosiding PERKEM vii, Jilid 2, pp. 1215–1224. Jack C. Richards & Theodore Rodgers. (2010). Approaches and methods in language teaching second edition, Cambridge University Press. Juli Edo. (2006). Retorik pembangunan Orang Asli. In: Mohd Fauzi Yaacob (ed) Malaysia menangani perubahan dan pembangunan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia


51 INOVASI KIT CAHU MUHAMMAD NUR ASNAWI BIN ROMLY1* , MOHD ASMADI BIN ZAINAL ABIDIN2 1SK POS MUSOH LZ, TAPAH, PERAK DARUL RIDZUAN 2SK POS GEDONG, BIDOR, PERAK DARUL RIDZUAN ABSTRAK Projek inovasi ini berkaitan inovasi Kit CAHU iaitu singkatan kepada Cawan Huruf. Objektif projek inovasi ini ialah sebagai bahan bantu belajar bagi meningkatkan penguasaan kemahiran membina perkataan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris kepada murid Orang Asli Semai Tahun 3. Masalah yang dihadapi oleh pengkaji sehingga mendorong inovasi ini dilaksanakan ialah murid masih lemah dalam membina perkataan mudah dalam Bahasa Melayu bagi perkataan KV, KVK, KVKV, KVKVK, dan KVKVKV walaupun sudah di tahun 3. Selain itu, kit ini juga bersifat serampang dua mata di mana ianya juga boleh digunakan bagi membantu meningkatkan penguasaan kemahiran membina perkataan Bahasa Inggeris bagi perkataan CVC. Murid bukan sahaja membina perkataan dalam Bahasa Inggeris malah turut dapat meningkatkan kemahiran menggunakan kamus (dictionary skills) mereka dengan mencari makna perkataan tersebut dalam Bahasa Melayu. Asasnya mudah iaitu penggunaan Cawan Huruf sebagai bahan bantu belajar untuk membantu murid tersebut. Terdapat bukti yang nyata bahawa inovasi ini mempunyai tahap signifikan yang tinggi dan dapat memberi faedah yang jelas kepada peningkatan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Kajian juga mendapati inovasi ini dapat meningkatkan produktiviti, mempermudahkan atau memperjelaskan suatu konsep dalam pengajaran dan pembelajaran dengan kos yang sama atau lebih rendah. Dapatan kajian turut membuktikan inovasi ini telah berjaya dilaksanakan secara percubaan dan mencapai matlamat penciptaannya. Projek inovasi ini mempunyai potensi yang besar untuk disebar luaskan bukan sahaja kepada guru di sekolah yang sama malah kepada pihak yang lain juga. Inovasi ini dapat melonjakkan martabat pendidikan masyarakat Orang Asli Semai ke arus perdana. Kata Kunci: kit bahan bantu belajar, Orang Asli Semai


52 1.0 Pengenalan Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), pihak kerajaan berhasrat untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, sosioekonomi, dan tahap keupayaan murid. Bagi merealisasikan hasrat murni ini, jurang pendidikan perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti, dan kualiti dapat dipertingkatkan sama ada daripada aspek lokasi iaitu jurang antara bandar dan luar bandar, jurang teknologi, jurang antara pencapaian murid, jurang antara murid normal dan murid berkeperluan khas serta jurang sosioekonomi (Mazdi Marzuki et. al, 2014). Namun begitu, masih terdapat sebilangan kecil masyarakat yang masih tercicir dalam sektor pendidikan berbanding dengan kaum lain iaitu masyarakat Orang Asli. Doris et. al (2012) menjelaskan bahawa kumpulan minoriti ini masih jauh ketinggalan dan mempunyai kadar keciciran dalam pendidikan yang tinggi dalam semua peringkat pendidikan. Kit CAHU dihasilkan bagi membantu meningkatkan penguasaan kemahiran membina perkataan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris kepada murid Orang Asli Semai Tahun 3. Kit CAHU adalah satu singkatan kepada Kit Cawan Huruf. Elemen bermain diterapkan di dalam pelaksanaan projek inovasi ini seiring dengan fitrah kanak-kanak tersebut. Penggunaan Cawan Huruf sebagai bahan yang dapat menyokong pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Inovasi ini juga menggabungkan beberapa kemahiran khusus seperti membaca dan mendengar, di samping menuntut murid agar dapat berkolaborasi dengan temanteman sekumpulannya. Proses PdP pasca pandemik menuntut guru supaya menjadi lebih kreatif bagi menarik minat murid untuk terus kekal bersemangat bagi meneruskan pembelajaran mereka di dalam bilik darjah dan sekaligus mencapai objektif. Tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga menyebabkan institusi pendidikan ditutup bagi sesi bersemuka telah merencatkan proses PdP murid. Hal ini terbukti di mana murid di tahun 3 pada sesi kali ini masih tidak dapat menguasai kemahiran membina perkataan asas Bahasa Melayu. Selain itu, Kemahiran membina perkataan asas Bahasa Inggeris dan kemahiran menggunakan kamus (dictionary skills) dalam kalangan murid juga masih lemah. Objektif kajian inovasi ini adalah:- a) Inovasi dalam bentuk bahan bantu belajar yang digunakan bagi menyokong proses PdP murid. b) Memenuhi keperluan murid sama ada dari segi fizikal dan mental serta menimbulkan minat murid terhadap pelajaran. c) Bersesuaian dan berkaitan dengan objektif pembelajaran, berfaedah serta dapat diaplikasikan oleh murid-murid secara kendiri. d) Bersifat praktikal dan boleh mempercepatkan kefahaman muridmurid. e) Memberi galakan kepada murid untuk mencetuskan idea yang kreatif, kritis dan bernas.


53 2.0 Metodologi 2.1 Persampelan Pengkaji telah menggunakan teknik pensampelan bertujuan. Teknik Pensampelan bertujuan ini digunakan kerana responden mempunyai ciri-ciri yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah dalam aktiviti PdP. Kumpulan sasaran bagi kajian ini adalah murid tahun 3 Perdana seramai 4 orang responden iaitu 2 orang responden perempuan dan 2 orang responden lelaki. 2.2 Instrumen Kajian Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian pra dan pasca, soal selidik dan pemerhatian. Keempat-empat instrumen kajian ini amat bersesuaian dengan objektif penyelidikan inovasi ini terhadap impak PdP murid. 2.3 Prosedur Kajian Berikut merupakan proses pengendalian bahan Kit CAHU bagi Bahasa Melayu: a. Guru menerangkan cara menggunakan kit kepada murid. Kit boleh dimainkan secara individu atau berkumpulan. b. Murid diminta untuk melontarkan dadu yang mengandungi pilihan suku kata KV, KVK, KVKV, KVKVK, dan KVKVKV. c. Murid diminta untuk membina suku kata atau perkataan berdasarkan pilihan dadu menggunakan cawan huruf. d. Setelah berjaya membina suku kata atau perkataan, murid diminta menulis di dalam borang daftar kata. e. Markah diberikan berdasarkan suku kata atau perkataan tersebut. f. Murid yang mendapat markah tertinggi dikira sebagai pemenang. Berikut pula merupakan proses pengendalian bahan Kit CAHU bagi Bahasa Inggeris: a. Guru menerangkan cara menggunakan kit kepada murid. Kit boleh dimainkan secara individu atau berkumpulan. b. Guru mengulang kaji perkataan CVC bersama murid menggunakan kad imbasan yang disediakan. c. Murid diminta untuk membina perkataan CVC menggunakan cawan huruf. d. Murid kemudiannya menulis perkataan tersebut ke dalam borang daftar kata. e. Murid diminta untuk mencari makna perkataan tersebut dalam Bahasa Melayu menggunakan kamus dan menulis di dalam borang tersebut. f. Murid yang dapat membina perkataan terbanyak dikira sebagai pemenang.


54 Berikut merupakan elemen yang terkandung di dalam Kit CAHU: Gambar 1. Elemen yang terkandung dalam Kit CAHU. 3.0 Dapatan kajian Hasil dapatan kajian yang menggunakan instrumen kajian borang soal selidik ialah seperti di Jadual 1. Analisis data melalui borang soal selidik tersebut menggunakan skala Guttman (ya / tidak). 1. Bekas simpanan kit 2. Borang daftar kata Bahasa Melayu 3. Papan Nota Mini 4. Borang daftar kata Bahasa Inggeris 5. Dadu suku kata 6. Kad imbasan perkataan CVC Bahasa Inggeris 7. Kamus Dwibahasa 8. Cawan Huruf


55 Jadual 1 Analisis data borang soal selidik. Analisis data kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan projek inovasi ini dapat meningkatkan produktiviti dan kefahaman dalam kalangan murid Orang Asli Semai. Analisis data kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan projek inovasi ini dapat meningkatkan produktiviti dan kefahaman dalam kalangan murid Orang Asli Semai. Berikut merupakan hasil dapatan inovasi yang telah diperolehi hasil daripada instrumen kajian ujian pra dan pasca bagi murid telah menunjukkan peningkatan memberangsangkan. Kertas jawapan ujian telah dinomborkan oleh pengkaji agar identiti responden dirahsiakan. Berikut merupakan analisis data bagi ujian pra dan pasca. Analisis data bagi ujian pra dan pasca bagi bahasa Inggeris pula ialah seperti berikut. Jadual 2 Analisis data ujian pra dan pasca Bahasa Melayu No. Responden Markah Ujian Pra (%) Markah Ujian Pasca (%) Beza Markah (%) 1 42% 81% 39% 2 42% 81% 39% 3 35% 62% 27% 4 31% 81% 50% No Item Peratus (%) Sebelum Inovasi Dilaksanakan Selepas Inovasi Dilaksanakan Ya Tidak Ya Tidak 1. Saya seronok dengan pelajaran pada hari ini. 25% 75% 100% 0% 2. Saya suka melibatkan diri secara aktif semasa kelas pada hari ini. 25% 75% 100% 0% 3. Saya semakin faham apa yang dipelajari pada hari ini. 50% 50% 100% 0% 4. Saya suka dengan kaedah pelajaran yang digunakan pada sesi kali ini. 25% 75% 100% 0%


56 Jadual 3 Analisis data ujian pra dan pasca Bahasa Inggeris. Selain itu, dapatan yang telah diperolehi hasil daripada pemerhatian yang telah dilakukan oleh rakan pengkaji semasa pelaksanaan inovasi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan turut menyokong dapatan data instrumen ujian. Analisis data pemerhatian dilakukan berdasarkan frekuensi kekerapan tingkah laku murid seperti dalam jadual 4 di bawah. Jadual 4 Analisis data frekuensi kekerapan tingkah laku murid. Lebih ramai murid melibatkan diri secara aktif ketika inovasi dilaksanakan semasa sesi PdP. Tahap penglibatan aktif murid dapat ditingkatkan dan sekaligus murid dapat meningkatkan tahap kemahiran membina perkataan. Penurunan kekerapan bagi item 3 ini juga merupakan suatu petunjuk positif. 4.0 Perbincangan Projek inovasi ini masih di peringkat percubaan iaitu prototaip. Penambahbaikan masih dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan projek inovasi ini dapat berfungsi dengan baik dan dapat mencapai objektif penghasilan projek inovasi. Pelaksanaan percubaan awal projek inovasi telah diadakan di sekolah bersama murid tahun 3 dan menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan. No. Responden Markah Ujian Pra (%) Markah Ujian Pasca (%) Beza Markah (%) 1 31% 81% 50% 2 27% 81% 54% 3 35% 50% 15% 4 23% 73% 50% No. Item Kekerapan Beza Sebelum Inovasi Kekerapan Dilaksanakan Selepas Inovasi Dilaksanakan 1. Murid melibatkan diri secara aktif. 4 8 4 2. Murid mengangkat tangan untuk menjawab soalan guru. 3 7 4 3. Murid melakukan aktiviti lain. 5 0 -5


57 Projek ini tidak melibatkan kos yang tinggi. Berikut merupakan perincian kos projek inovasi ini. Jadual 2 Butiran kos projek inovasi cetakan keras. Projek inovasi ini sangat mudah digunakan dan mesra pengguna. Pengguna baharu projek ini juga boleh menggunakan projek ini dengan mudah semasa sesi PdP berlangsung. Hasil pelaksanaan di SK Pos Gedong, Bidor telah membuktikan bahawa guru lain juga boleh menggunakan dengan mudah dan mencapai objektif penciptaannya. Inovasi ini mempunyai potensi yang besar untuk disebar luaskan bukan sahaja kepada guru di sekolah yang sama malah kepada pihak yang lain juga kerana inovasi ini melibatkan kos yang murah dan mudah untuk dikendalikan oleh semua pihak. Inovasi ini bukan sahaja boleh digunakan oleh guru ketika sesi pengajaran dan pembelajaran sahaja malah juga boleh diperbanyakkan dan diberikan kepada murid untuk bermain bersama rakan atau adik-beradik mereka ketika waktu senggang di rumah nanti. Berikut pula merupakan bukti bergambar pelaksanaan projek inovasi di sekolah. Gambar 2: Murid kelihatan teruja menggunakan bahan inovasi. Bil Bahan Harga 1. Bekas Plastik x1 bekas RM 2.40 2. Cawan Plastik x6 unit RM 2.40 3. Papan Nota Mini x1 unit RM 2.40 4. Plastik Laminate x15 keping RM 6.00 Jumlah RM 13.20


58 Gambar 3. Murid menggunakan bahan inovasi. Gambar 4. Murid tekun mendengar arahan daripada guru. 5.0 Rumusan Kesimpulannya, pelaksanakan inovasi ini telah mendatangkan impak yang positif dan sewajarnya disebar luaskan kepada pihak lain atau dikomersialkan. Melalui data yang telah diperoleh menunjukkan bahawa Murid Orang Asli Semai Tahun 3 telah berjaya dipertingkatkan penguasaan mereka dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Justeru itu, inovasi ini telah mendatangkan impak yang positif dan sekaligus menepati objektif inovasi.


59 Penghargaan 1.Murid-Murid SK Pos Musoh LZ dan SK Pos Gedong. 2. Guru-Guru SK Pos Musoh LZ dan SK Pos Gedong. 3. PPD Batang Padang, Perak. 4. JPN Negeri Perak. Pencapaian 1. Tempat Ketiga 3 Minutes Pitching sempena Hari Terbuka PPD Batang Padang 2022. 2. Silver Award Winner 1st Sultan Abdul Halim International Conference of Education and Innovation (SAH IConfEd) 2022. 3. Dibentangkan dalam Seminar Penyelidikan Pendidikan Peringkat Kebangsaan Zon Sabah (SepZon) 2022. 4. Dibentangkan dalam Persidangan Kebangsaan Innovation and Academic Conference (InAC) 2022.


60 Rujukan Charlie Anak Ungang. (2008). Penggunaan bahan bantu mengajar dalam kemahiran asas membaca di kelas pemulihan: kajian kes di lima buah sekolah daerah Serian. Jurnal Penyelidikan IPBL. Doris Padmini Selvaratnam, Abdul Hamid Jaafar, Norlida Hanim Mohd Salleh, Redzuan Othman & Siti Hajar Idris. (2012). Transformasi modal insan melalui peningkatan pendidikan: Kajian kes komuniti Orang Asli di Cameron Highlands, Pahang. Prosiding PERKEM vii, Jilid 2, pp. 1215–1224. Juli Edo. (2006). Retorik pembangunan Orang Asli. In: Mohd Fauzi Yaacob (ed) Malaysia menangani perubahan dan pembangunan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Mazdi Marzuki, Jabil Mapjabil & Rosmiza Mohd Zainol. (2014). Mengupas keciciran pelajar Orang Asli Malaysia: suatu tinjauan ke dalam isu aksesibiliti sekolah. Malaysian Journal of Society and Space. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia. Mazdi Marzuki. (2009). Situasi pilihan mod pengangkutan pelajar Sekolah Menengah: Kajian di Daerah Hulu Langat, Selangor. (PhD dissertation). Tidak Diterbitkan. Kuala Lumpur: Jabatan Geografi, Universiti Malaya. Mazdi Marzuki (2010) Situasi pilihan mod pengangkutan pelajar Sekolah Menengah di Kawasan Pedalaman: Kajian di Gua Musang dan Kuala Krai. Projek Penyelidikan Universiti. Tidak Diterbitkan. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.


61 KIT TPC (Kit Tepuk Pecah Cantum) NOR SHALINA BINTI MOHD SAHAR SK BATU TUJUH ABSTRAK Ketidakupayaan murid pemulihan orang asli Tahap 1 di Sekolah Kebangsaan Batu Tujuh, Tapah Perak dalam menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu iaitu mengenal huruf dan suku kata telah menghasilkan KIT TPC. KIT TPC merupakan satu bahan bantu belajar yang dibina bertujuan membantu murid-murid pemulihan di sekolah kebangsaan murid Orang Asli yang belum menguasai asas literasi . Kit ini mengandungi satu set huruf yang di bina berdasarkan objek maujud seperti b- baju , a- ayam , c- cawan dan seterusnya , . Selain itu terdapat juga kad rumah besar (huruf konsonan) dan rumah kecil(huruf vokal), tapak tangan berwarna dan carta suku kata KV. Kit ini dibina berwarna warni bagi menarik perhatian murid malahan murid juga mudah untuk mengingati suku kata kerana elemen tepuk ditambah sewaktu murid menyebut suku kata. Bahan yang digunakan juga murah dan mudah didapati. Metodologi kajian menggunakan kaedah, pemerhatian dan analisis dokumen iaitu hasil kerja murid. Selain itu, ujian pra dan pos digunakan kepada murid tahun 3 menunjukkan peningkatan dalam menguasai kemahiran asas huruf dan suku kata ini. Bahan yang berwarna-warni, dan ditambah pula dengan aktiviti hands-on menjadikan murid lebih aktif, seronok dan lebih mudah mengenal huruf dan suku kata.


62 1.0 PENDAHULUAN Sebagai usaha memastikan murid pemulihan terutamanya murid Orang Asli dan Pribumi tidak ketinggalan dalam menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu (mengenal huruf dan suku kata) pembinaan Bahan Bantu Belajar (BBM) yang bersesuaian perlu di hasilkan. Pembinaan Kit TPC sebagai satu alat BBM yang di harapkan dapat membantu murid - murid pemulihan khususnya murid Orang Asli dan Pribumi dapat menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu dengan lebih mudah dan menarik. 1.1 RASIONAL Pembinaan Kit TPC ini bertujuan untuk: 1.1.1 Sebagai alat bantu belajar bagi murid - murid pemulihan yang belum mengenal huruf dan suku kata 1.1.2 Menarik minat murid untuk mempelajari matematik 1.1.3 Mempelbagaikan penggunaan Bahan Bantu Belajar ( BBM) 2.0 PERNYATAAN MASALAH Ketidakupayaan murid pemulihan Orang Asli menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu menyebabkan pencapaian mereka agak ketinggalan berbanding dengan murid lain di aliran perdana. Murid-murid ini di kenalpasti mempunyai masalah seperti berikut: 2.1 Murid tidak fokus di dalam kelas 2.2 Murid memerlukan bahan dalam bentuk maujud. 2.3 Murid keliru antara bentuk, nama dan bunyi huruf seperti b ,p dan d, m dan n, g dan j, c dan s dan huruf-huruf lain lagi 2.4 Murid boleh sebut huruf tetapi tidak dapat membunyikan suku kata dengan betul.


63 3.0 OBJEKTIF INOVASI Inovasi ini dijalankan bertujuan untuk: i. Membantu murid mengenal huruf dan suku kata dengan lebih mudah dan menarik. ii. Meningkatkan tahap penguasaan murid dalam kemahiran mengenal huruf dan suku kata. iii. Menghasil dan mempelbagaikan Bahan Bantu Belajar (BBM) yang murah dan menarik bagi memudahkan guru melaksanakan aktiviti pengajaran dan pemudahcaraan. 4.0 KUMPULAN SASARAN Tumpuan utama inovasi ini adalah penguasaan kemahiran mengenal huruf dan suku kata. Seramai lapan orang murid pemulihan Orang Asli tahun 3 masih belum menguasai kemahiran operasi asas. Murid-murid ini menunjukkan keputusan yang kurang memuaskan berbanding rakan-rakan yang lain. 5.0 KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DIJALANKAN Sebelum inovasi dihasilkan murid pemulihan agak ketinggalan berbanding dengan murid lain di aliran perdana. Murid pemulihan ini tidak dapat mengenal huruf dengan baik. Murid sering keliru bentuk, nama dan bunyi huruf Murid juga tidak dapat membunyikan suku kata dengan betul. Malahan terdapat murid yang tidak dapat menyebut lebih daripada 5 huruf dengan betul. Selain itu murid juga dapat mengeja suku kata dengan betul tetapi tidak dapat membunyikan suku kata dengan betul. Keadaan ini menyebabkan murid putus asa kerana sering melakukan kesalahan sekaligus menyebabkan murid tidak berminat untuk mempelajari Bahasa Melayu yang merupakan bahasa kedua mereka selepas Bahasa Semai. 6.0 MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI 6.1 Murid tidak dapat mengenal huruf kerana murid sukar mengingati nama, dan bentuk huruf. Murid menganggap 26 huruf adalah terlalu banyak untuk diingati. Selain itu bentuk huruf yang hampir sama juga menyebabkan murid keliru . 6.2 Murid dapat menyebut huruf secara tunggal tetapi tidak dapat membunyikan cantuman dua huruf Konsonan (K) dan Vokal (V) iaitu suku kata.


64 6.3 Daya ingatan yang singkat di kalangan murid Orang Asli menjadi cabaran utama kepada guru. Sesuatu kemahiran yang hendak diajar biasanya perlu diulang berkalikali dan memerlukan latih tubi yang mantap. Kaedah atau Teknik PdPc juga perlu dipelbagaikan. 6.4. Kehadiran murid yang agak megecewakan juga menjadi penyumbang kepada masalah pemulihan di sekolah. Adakalanya murid tidak hadir untuk tempoh masa yang lama dan diselang seli sama ada hadir atau tidak hadir dalam seminggu. Walaupun Unit Hal Ehwal Murid (HEM) dan Unit Bimbingan Dan Kaunseling telah berbincang dengan keluarga namun tidak mendapat galakan dan sokongan daripada ibu bapa atau keluarga masing-masing. 6.5 Pandemik Covid 19 yang berpanjangan melanda dunia menyebabkan murid - murid pemulihan ini semakin tercicir. Sistem pembelajaran dan pengajaran di rumah PdPr menyebabkan murid - murid ini tidak dapat mengikuti pembelajaran dengan sempurna kerana mereka tidak mempunyai peranti dan akses internet. Selain itu lokasi tempat tinggal mereka yang sukar di hubungi menyukarkan mereka untuk mengikuti Pdpr sekaligus menyebabkan mereka lebih tertinggal dalam menguasai kemahiran asas literasi. 7.0 METODOLOGI / PROSES KAJIAN Metodologi merupakan aspek penting bagi menjelaskan kaedah yang digunakan dalam kajian. Aspek-aspek yang berkaitan amat penting bagi memastikan kaedah pengumpulan data yang digunakan bersesuaian dengan matlamat dan objektif yang hendak dicapai. Oleh itu, bahagian ini akan membincangkan dan menjelaskan kaedah kajian yang digunakan untuk mendapatkan data yang dikehendaki bagi menganalisis keputusan. 7.1 SKOP DAN LIMITASI PROJEK Skop projek hanya fokus kepada mengenal huruf dan suku kata KV sahaja. Pelaksanaan projek terhad kepada 8 orang murid pemulihan Orang Asli tahun 3 . Kaedah yang akan digunakan ialah: Penggunaan kad huruf , rumah besar (huruf konsonan) rumah kecil ( huruf vokal ) bagi mengajar murid mengenal huruf. Manakala bagi mengajar suku kata selain daripada 3 bahan di atas murid juga akan diberikan tapak tangan berwarna, carta suku kata dan diperkenalkan kaedah tepuk bagi membaca suku kata.


65 1. Tinjauan Awal Menjalankan proses pemerhatian Mengumpul data melalui 4. Merefleks Respon Terhadap pengguna BB pelaksanaan 2. Merancang Tindakan Membina Bahan Bantu (BBM) van bersesuaian penghasilan KIT 3. Melaksanakan Tindakan Menerangkan penggunaan BBM kepada murid 7.2 KAEDAH Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Pemerhatian dan ujian pra serta ujian pos digunakan bedasarkan keinginan untuk memahami dengan mendalam masalah pembentukan dan pengenalan huruf. Ia dipilih berdasarkan kepada keinginan untuk memahami dengan mendalam Kajian Tseng, Mei Hui & Cermak, Sharon (1991). 7.3 SAMPEL Melibatkan lapan orang murid pemulihan khas Tahun 3 7.4 INSTRUMEN KAJIAN Kajian ini menggunakan ujian pra dan pos bagi menguji kemahiran murid iaitu kemahiran mengenal huruf dan suku kata. Soalan-soalan yang digunakan dalam ujian ini adalah soalan-soalan yang terdapat dalam kemahiran Bahasa Melayu Pemulihan Khas. Kaedah pemerhatian digunakan sepanjang PdPc berlaku untuk melihat tingkah laku dan perubahan penguasaan murid dalam mengenal huruf vokal. Hasil kerja murid juga dinilai sepanjang tempoh PdPC. 7.5 PELAN PERANCANGAN PROJEK Projek ini dilaksanakan berdasarkan kepada pelan Gelung Kajian Tindakan Kemmis & Mc Taggart (1988).


66 8.0 ISU/ MASALAH DI TANGANI OLEH BAHAN INOVASI Sebelum pembelajaran dan pengajaran di jalankan, pra ujian telah diadakan untuk mengenalpasti tahap penguasaan murid. Guru mendapati murid-murid tidak menguasai kemahiran seperti berikut: Bil Isu/Masalah Keberkesanan 1. Murid keliru bentuk , bunyi huruf yang hampir sama seperti b,d,p,g,j,m,n. Penggunaan kad huruf yang menggunakan bentuk objek seperti b - baju, d- daun , p- payung, j- jambu, g- gajah dan sebagainya membolehkan murid mudah untuk membezakan bunyi dan bentuk huruf. 2. Murid sukar mengingati nama huruf. Menamakan huruf berdasarkan bentuk objek seperti nama huruf untuk nanas ( huruf n) ,nama huruf untuk kucing ( huruf k) dan seterusnya memudahkan murid untuk mengingati nama huruf. 3. Murid sukar membunyikan suku kata KV Penggunaan kaedah tepuk tangan bersama kad huruf dan carta suku kata membantu murid menyebut suku kata dengan lebih mudah kerana murid akan membunyikan suku kata sewaktu menepuk tangan.


67 9.0 HURAIAN INOVASI Kit TPC dihasilkan bagi memudahkan murid untuk mengenal huruf dan menyebut suku kata KV. Setiap murid akan dibekalkan kit TPC yang mengandungi kad huruf berbentuk objek, rumah besar (huruf konsonan) rumah kecil (huruf vokal) , kad tulis huruf ikut bentuk, sepasang tapak tangan, dan carta suku kata KV yang dibina berdasarkan kaedah tepuk tangan. Kad huruf dibina berdasarkan bentuk objek kerana murid pemulihan Orang Asli sukar untuk mengingat huruf tanpa objek. Murid lebih mudah mengingati huruf apabila setiap huruf diwakili oleh objek seperti a- ayam b- baju, c-cawan. Kaedah tepuk tangan sewaktu menyebut suku kata pula diperkenalkan supaya murid pemulihan Orang Asli mudah tahu untuk bezakan antara sebutan huruf dan bunyi suku kata. Gambar 1 - set KIT TPC 9.1 BAHAN PENGHASILAN INOVASI Kit TPC dihasilkan menggunakan bahan yang mudah didapati serta murah. Antara bahan yang digunakan ialah kertas A4 Berwarna, mounting board, plastik laminate, velcro tape, printer berwarna. Di dalam setiap KIT TPC mengandungi: i. Papan rumah besar dan rumah kecil iaitu papan besar digunakan untuk huruf konsonan manakala papan kecil untuk huruf vokal.


68 ii. Kad huruf berbentuk objek iii. Papan tulis huruf ikut objek iv. Sepasang tapak tangan berwarna. Tapak tangan dibina berwarna kerana murid suka keliru antara kiri dan kanan


69 v. Carta mini suku kata 9.2 CARA PELAKSANAAN INOVASI Kit TPC digunakan sewaktu aktiviti Pdpc. Aktiviti dilaksanakan secara berpusatkan bahan dan berpusatkan murid. Setiap murid yang terlibat akan dibekalkan dengan satu set Kit TPC ini. 9.2.1 Murid akan diberikan kad huruf , rumah besar dan rumah kecil. Murid akan menyusun dahulu kad mengikut rumah iaitu rumah kecil untuk lima huruf vokal dan rumah besar untuk huruf konsonan. Kemudian murid akan menyebut huruf mengikut bentuk objek contoh baju -b. ayam -a dan sebaliknya. Murid juga akan diminta mengambil huruf berdasarkan objek dan sebaliknya yang disebut guru atau rakan. 9.2.2 Setelah murid kenal huruf murid akan diberikan kad tulis huruf berdasarkan bentuk. Murid akan di uji untuk menulis semula huruf yang telah dipelajari . Murid boleh diminta menulis huruf secara rawak dan secara turutan. Guru boleh meminta murid untuk menulis huruf di dalam objek seperti tulis huruf untuk kucing.


70 9.2.3 Murid akan diberikan tapak tangan berwarna. Murid akan memilih kad yang disebut guru dan meletak di tapak tangan. Bagi membaca suku kata murid akan meletakkan huruf konsonan di salah satu tapak tangan dan huruf vokal di tapak tangan sebelah lagi. 9.2.4 Kemudian murid juga akan menggunakan tapak tangan untuk membaca suku kata dengan menggunakan kaedah tepuk tangan . Murid akan melekat satu huruf konsonan dan satu huruf vokal murid akan sebut huruf sewaktu tangan di buka dan membunyikan suku kata ketika tepuk tangan. Murid dibekalkan carta suku kata yang disusun mengikut kaedah tepuk pecah cantum. Contoh : b a ba ba b a ba


71 10.0 KOS PENGHASILAN INOVASI Kos menghasilkan inovasi adalah rendah dan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapat. Kos menghasilkan 8 set Kit TPC hanya RM 92.00 dan menjadikan kos seunit hanya RM 11.00 sahaja. 11.0 KEBERKESANAN INOVASI TERHADAP PENGAJAN DAN PEMUDAHCARAAN Data dikumpul perdasarkan ujian pra dan ujian pos yang dilaksanakan. Murid menunjukkan peningkatan selepas menggunakan KIT TPC. Bil Bahan Kos seunit(RM) Unit Jumlah Kos(RM) 1. Kertas A4 2.00 8 16.00 2. Dakwat Printer 3.00 8 24.00 3. Plastik laminate 2.00 8 16.00 4. Mounting board 3.00 8 24.00 5. Velcro tape 1.50 8 12.00 Jumlah 92.00 Sampel PRE POST Murid A K1 K3 Murid B K1 K4 Murid C K1 K3 Murid D K1 K4 Murid E K2 K5 Murid F K2 K5 Murid G K2 K6 Murid H K2 K4


72 12.0 POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN KIT TPC berpotensi untuk disebarluaskan sebagai satu alat Bantu Mengajar (BBM) yang boleh membantu murid - murid menguasai kemahiran operasi asas. Selain itu kos pembinaan bahan yang rendah dapat menjimatkan pembelian BBM. KIT TPC juga sangat praktikal untuk digunapakai dalam sesebuah kelas kerana kos yang rendah dan kaedah penyediaan yang mudah membolehkan bahan dibina untuk setiap murid di dalam kelas. i. Peringkat Sekolah KIT TPC telah dikongsikan bersama guru - guru SK Batu Tujuh melalui perkongsian dan perbincangan yang di jalankan bersama panitia Bahasa Melayu. 0 1 2 3 4 5 6 MURID A MURID B MJURID C MURID D MURID E MURID F MURID G MURID H ANALISA PERBANDINGAN KEPUTUSAN UJIAN PRA DAN UJIAN POS UJIAN PRA UJIAN POS


73 ii. Peringkat Daerah KIT TPC juga telah dikongsikan bersama guru-guru pemulihan khas daerah dan mendapat pandangan positif daripada guru-guru dan Tuan PPD Daerah Batang Padang ketika bengkel inovasi dijalankan.


74 iii. Peringkat Kebangsaan KIT TPC telah diperkenalkan kepada Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat sewaktuProgram Jaringan Kepakaran dan Perkongsian Pintar PPD Batang Padang dan PPD Batu Pahat. 13.0 KESIMPULAN Secara keseluruhannya, Pembinaan KIT TPC ini dapat membantu murid menguasai dua kemahiran asas Bahasa Melayu Pemulihan iaitu mengenal huruf dan suku kata. Selain itu, kos pembinaan bahan yang mudah juga menyebabkan semua murid mampu memiliki bahan tersebut. Selain itu penggunaan bahan yang mudah dan berwarna warni juga mampu menarik minat murid untuk mengikuti pembelajaran.


75 RUJUKAN Buku Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu (2019). Putrajaya; Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia. Buku panduan(1998). Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M) Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia. (1998).PekeliingKP (BS) 8594/Jilid2/32.Guru Kha Pendidikan Pemulihan. Bahagian Sekolah - Sekolah, KPM; Kuala Lumpur. Kemmis,S. & McTaggart, R. (1998) . The action research planner. Geelong,Victoria, Australia: Deakin University Press.


76 LAMPIRAN PENGGUNAAN KIT TPC DI DALAM KELAS PENGGUNAAN KIT TPC (MENGENAL HURUF)


77 PENGGUNAAN KIT TPC (MEMBACA SUKU KATA)


78 SMART RULER NORSHALINA BINTI MOHD SHAHAR1 NORAAZIAN BINTI OSMAN2 1SK BATU TUJUH JALAN PAHANG, PERAK DARUL RIDZUAN 2PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANG, PERAK DARUL RIDZUAN ABSTRAK Seramai lapan orang tahun tiga murid pemulihan SK Batu Tujuh masih belum menguasai kemahiran asas matematik. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan murid - murid ini sukar untuk memahami konsep asas matematik. Disamping itu kesukaran murid mengira mengikut arah berlainan seperti mengira secara menaik atau menurun menyebabkan murid tidak dapat mengira operasi tambah dan tolak dengan baik. Keadaan ini telah memberikan idea kepada pengkaji untuk menghasilkan satu Bahan Bantu Belajar(BBM) yang dapat membantu murid menguasai kemahiran asas iaitu Smart Ruler (SR). Smart Ruler merupakan satu BBM yang dibina bertujuan membantu murid-murid pemulihan tahun tiga yang belum menguasai asas numerasi berdasarkan keperluan alat bantuan pembelajaran Matematik. Inovasi SR dihasilkan menggunakan konsep garis nombor untuk meningkatkan kefahaman murid pemulihan dalam operasi asas. Objektif inovasi ini adalah supaya murid-murid pemulihan tahun tiga dapat menyelesaikan operasi asas tambah, tolak darab dengan betul dan murid dapat mempelajari operasi asas dengan lebih mudah serta menarik. Instrumen Kemahiran Asas Matematik Sekolah Rendah (IKAM) digunakan sebagai Ujian Pra dan ujian pos. Dapatan kajian melalui ujian pra yang dijalankan ke atas lapan orang murid pemulihan tahun tiga mendapati semua murid gagal untuk menjawab soalan bagi operasi asas tambah, tolak dan darab tanpa bantuan gambar. Selepas menggunakan Kit Smart Ruler didapati pencapaian murid dalam ujian pos bagi kemahiran asas telah menunjukkan peningkatan yang ketara. Bilangan murid yang menguasai semua kemahiran asas telah meningkat terutamanya kemahiran tambah dan tolak. Pembelajaran aktif berlaku dan murid berminat menggunakan SR dalam proses pembelajaran. Manakala guru pula lebih mudah menerangkan konsep asas Matematik melalui aktiviti secara ‘hands on’ KATA KUNCI: Smart Ruler, Operasi Asas (tambah,tolak darab),Murid Pemulihan Orang Asli


79 Pengenalan Masalah tidak menguasai kemahiran konsep operasi asas Matematik iaitu tambah,tolak darab dan bahagi di kalangan murid Pemulihan Khas sering menjejaskan peratus lulus dalam subjek Matematik di sekolah rendah. Selain itu, minat dan motivasi murid Pemulihan Khas juga kurang memberangsangkan dalam subjek Matematik dan sering menunjukkan tingkah laku introvert semasa sesi pengajaran dan pemudahcara (PdPC). Matematik merupakan satu subjek teras yang penting dan perlu dikuasai oleh semua murid manakala operasi tambah,tolak,darab dan bahagi merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid. Walaubagaimanapun masih terdapat murid terutamanya murid pemulihan Orang Asli sukar menguasai kemahiran ini terutamanya apabila melibatkan kemahiran tersebut. Sebelum inovasi dihasilkan murid pemulihan agak ketinggalan berbanding dengan murid lain di aliran perdana. Murid pemulihan ini tidak dapat mengira secara congak kerana murid tidak dapat menggambarkan bilangan nombor secara ingatan menyebabkan murid sukar untuk menyelesaikan operasi asas. Murid melakukan kesilapan ketika melekatkan objek (sticker, bulatan),melukis bulatan dan lidi serta mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan satu soalan operasi menyebabkan murid rasa bosan. Keadaan ini menyebabkan sembilan orang murid tidak menguasai kemahiran asas dalam pemulihan numerasi tahun 2022. Keadaan ini telah memberikan idea kepada guru untuk membina satu Bahan Bantu Belajar (BBM) yang sesuai bagi mengatasi masalah yang dihadapi murid. Guru telah menghasilkan Smart Ruler. Smart Ruler merupakan satu alat yang dibina bagi membantu murid memahami konsep asas, tambah, tolak,darab. Murid akan dibantu dengan penggunaan Smart Ruler berkonsepkan Garis nombor. Objektif Objektif kajian adalah: i) Membantu murid Pemulihn Khas menyelesaikan operasi asas tambah, tolak dan darab dengan betul. ii) Meningkatkan pencapaian penguasaan murid dalam kemahiran asas pemulihan tambah tolak dan darab. iii) Murid dapat mempelajari operasi asas dengan lebih mudah dan menarik dengan menggunakan Smart Ruler.


80 1. Tinjauan Awal Menjalankan proses pemerhatian Mengumpul data melalui ujian dan latihan Mengenalpasti masalah murid 4. Merefleks Melihat respon murid terhadap penggunaan Smart Board sewaktu aktiviti Pdpc dijalankan 2. Merancang Tindakan Membina BBM yang sesuai . Penghasilan Smart Ruler 3. Melaksanakan Tindakan Menerangkan penggunaan Smart Ruler kepada murid Menggunakan BBM dalam PdPc. Metodologi Metodologi merupakan aspek penting bagi menjelaskan kaedah yang digunakan dalam kajian. Aspek-aspek yang berkaitan amat penting bagi memastikan kaedah pengumpulan data yang digunakan bersesuaian dengan matlamat dan objektif yang hendak dicapai. Oleh itu, bahagian ini akan membincangkan dan menjelaskan kaedah kajian yang digunakan untuk mendapatkan data yang dikehendaki bagi menganalisis keputusan. Penggunaan Smart Ruler yang dicadangkan dalam kajian ini adalah hasil inovasi yang diaplikasikan dalam pengajaran dan pemudahcara (PdPC) Program Pemulihan Khas SK Batu Tujuh. Kitaran ini dilaksanakan berdasarkan kepada pelan Gelung Kajian Tindakan Kemmis & Mc Taggart (1988). Gambarajah 1: Gelung Kajian Tindakan Kemmis & Mc Taggart (1988).


81 1. Tinjauan Awal ⚫ Guru telah mengenalpasti 8 orang murid pemulihan yang terlibat. Kebanyakkan murid pemulihan ini murid sukar mengira mengikut arah berlainan seperti mengira secara menaik atau menurun menyebabkan murid tidak dapat mengira operasi tambah dan tolak dengan baik. ⚫ Murid tidak dapat mengira secara congak kerana murid tidak dapat menggambarkan bilangan nombor secara ingatan menyebabkan murid sukar untuk menyelesaikan operasi asas. Daya ingatan yang singkat di kalangan murid orang asli menjadi cabaran utama kepada guru. Sesuatu kemahiran yang hendak diajar biasanya perlu diulang berkali-kali dan memerlukan latih tubi yang mantap. Kaedah atau Teknik PdPc juga perlu dipelbagaikan. 2. Merancang Tindakan ⚫ Membina Bahan Bantu Mengajar yang sesuai, dengan kemahiran operasi asas. Guru mula merancang jadual dan aktiviti bersesuaian agar murid boleh menguasai kemahiran asas tambah tolak, darab dan bahagi ( melibatkan operasi asas satu digit dengan 1 digit nombor) dalam tempoh 4 minggu. ⚫ Guru membina Smart Ruler berdasarkan konsep garis nombor. Kit dibina mengikut bilangan murid supaya setiap murid dapat memiiki dan menggunakan kit sepanjang waktu Pdpc. Murid diperkenalkan dengan Kit Smart Ruler. Guru menerangkan ciri - ciri Smart Ruler dan cara penggunaannya. ➢ Kit mengandungi satu Smart Ruler, 2 klip kosong dan 12 klip bernombor. ➢ Pembaris dibahagi kepada dua bahagian bewarna iaitu merah jambu ( tambah dan darab) di label bermula dari nombor 0 - 100 hijau (tolak dan bahagi) di label bermula daripada 100 - 0 ➢ Bintang berwarna di atas pembaris mewakili sifir tertentu seperti bintang biru - sifir 2, bintang merah - sifir 3 dan seterusnya. ➢ Penggunaan Smart Ruler akan bergerak kearah yang sama keran murid pemulihan Orang Asli sukar untuk mengira arah berbeza ( menaik dan menurun). Rajah 1: Smart Ruler


82 3. Melaksanakan Tindakan ⚫ Menerangkan penggunaan Smart Ruler kepada murid, Menggunakan Bahan Bantu Mengajar dalam PdPc. Operasi Tambah ⚫ Guru menerangkan cara menggunakan Smart Ruler bagi menyelesaikan operasi tambah. Murid hanya menggunakan satu klip kosong dan Smart Ruler. Murid akan menggunakan Smart Ruler yang berwarna merah jambu. Murid akan menutup satu nombor di hadapan mengunakan penanda mengikut keselesaan murid. Murid akan menggerakkan jari bermula dari penanda mengikut nombor yang kedua berdasarkan soalan. Sebagai contoh soalan 6 + 5 = 11 Murid akan meletakkan penanda di nombor 6 dan menggerakkan jari sebanyak 5 tempat mengikut nombor di soalan. Jawapan adalah berdasarkan tempat terakhir jari berhenti iaitu 11 Rajah 2: Smart Ruler (Operasi tambah) Guru memulakan sesi soal jawab dengan murid mengenai operasi tambah, setelah murid mahir menggunakan pembaris menjawab soalan secara lisan, murid akan diberikan lembaran kerja operasi tambah.


83 Operasi Tolak Bagi operasi tolak murid akan menggunakan pembaris di bahagian berwarna hijau. Hal ini kerana segelintir murid pemulihan Orang Asli sukar untuk mengira arah yang berlainan, oleh itu pembaris bewarna hijau dibina daripada nombor besar kepada nombor kecil (100 - 0). Sama seperti operasi tambah murid hanya menggunakan satu klip kosong dan smart ruler. Murid akan menutup satu nombor di hadapan mengunakan penanda mengikut keselesaan murid. Murid akan menggerakkan jari bermula dari penanda mengikut nombor yang kedua berdasarkan soalan. Sebagai contoh soalan 9 - 4 = 5 Rajah 3: Smart Ruler (Operasi tolak) Guru memulakan sesi soal jawab dengan murid mengenai operasi tolak, setelah murid mahir menggunakan pembaris menjawab soalan secara lisan, murid akan diberikan lembaran kerja operasi tolak. Operasi darab Bagi operasi darab murid akan dibekalkan dengan Smart ruler, 12 klip bernombor dan klip kosong. Murid menggunakan pembaris berwarna merah jambu Guru menerangkan bahawa diatas smart ruler terdapat bintang kecil berwarna yang mewakili sifir - sifir tertentu seperti bintang biru = sifir 2, bintang merah= sifir tiga, bintang hijau = sifir empat dan seterusnya. Murid akan mengira bilangan bintang bewarna mengikut soalan yang diberikan Sebagai contoh: 3x4 =12


84 Murid akan mengira bintang hijau sebanyak 3 kali bermula daripada bintang hijau di petak nombor 4 Jawapan adalah 12. Rajah 4: Smart Ruler (Operasi darab) Selain itu, bagi memudahkan murid mengingati sifir murid akan menggunakan12 klip penanda untuk menanda bintang mengikut sifir yang ingin dibaca. Sebagai contoh murid ingin membaca sifir 2 jadi murid akan menanda dahulu 12 bintang biru diatas Smart ruler menggunakan klip berwarna. 4. Merefleks ⚫ Melihat respon murid terhadap penggunaan Smart Ruler sewaktu aktiviti Pdpc dijalankan Selepas murid didedahkan dengan kaedah mengira operasi asas menggunakan smart ruler, guru menjalankan ujian pasca untuk melihat tahap penguasaan murid dalam operasi asas tambah, tolak dan darab. Ujian pasca dijalankan dan didapati seramai tujuh orang murid telah menguasai tambah dan tolak, lima orang murid belum menguasai operasi darab. Berikut ialah dapatan yang telah diperoleh:- i. Murid memahami dan menguasai kemahiran asas operasi tambah,tolak dan darab. ii. Murid memahami dan menguasai kemahiran asas operasi tambah,tolak dan darab iii. Murid menunjukkan perubahan tingkah laku berminat dalam Matematik. iv. Murid yang tidak menguasai iaitu seramai 2 orang merupakan murid berkeperluan khas (MBK) dan seorang lagi kerap tidak hadir ke sekolah. Skop dan Limitasi Kajian Skop kajian hanya fokus kepada operasi tambah, tolak dan darab sahaja. Kajian ini dalam bidang pengajaran dan pembelajaran Matematik Pemulihan Khas dengan menggunakan Smart Ruler adalah berfokuskan kepada memudahkan murid untuk menguasai penguasaan kemahiran asas dalam Matematik pemulihan iaitu asas tambah,tolak dan darab. Ianya memfokuskan bidang numerasi. Pelaksanaan kajian terhad kepada lapan orang murid pemulihan Orang Asli Tahun 3. 1 2 3


85 Sampel Melibatkan lapan orang murid pemulihan khas Tahun 3 dalam sebuah sekolah orang asli dalam daerah Batang Padang. Dapatan Kajian Selepas menggunakan Smart Ruler didapati pencapaian murid dalam ujian pasca bagi kemahiran asas telah menunjukkan peningkatan yang ketara. Bilangan murid yang menguasai semua kemahiran asas telah meningkat terutamanya kemahiran tambah dan tolak. Jadual 1: Analisis Ujian Pr Jadual 1 diatas menunjukkan penguasaan murid sebelum sebelum menggunakan Smart Ruler didapati pencapaian murid dalam ujian pra bagi kemahiran asas tambah,tolak dan darab amat membimbangkan. Tujuh orang murid tidak menguasai kemahiran asas, tambah,tolak dan darab. Jadual 2: Analisis Ujian Pos MURID KEMAHIRAN (√ ) MENGUASAI ( X) TIDAK MENGUASAI TAMBAH TOLAK DARAB BAHAGI MURID A X X X X MURID B X X X X MURID C √ X X X MURID D X X X X MURID E X X X X MURID F √ X X X MURID G X X X X MURID KEMAHIRAN (√ ) MENGUASAI ( X) TIDAK MENGUASAI TAMBAH TOLAK DARAB BAHAGI MURID A √ √ √ √ MURID B √ √ √ √ MURID C √ √ √ √ MURID D √ √ √ √ MURID E √ √ √ X MURID F √ √ X X MURID G √ √ X X


86 Jadual 2 diatas menunjukkan penguasaan murid selepas menggunakan Kit Smart Ruler. Setelah menggunakan Smart Ruler didapati pencapaian murid meningkat. Tujuh orang murid telah menguasai kemahiran asas tambah dan tolak, dua orang murid sahaja yang masih belum menguasai kemahiran asas kerana seorang murid Pemulihan Khas ini berciri MBK dan seorang lagi kerap tidak hadir ke sekolah. KEMAHIRAN BILANGAN MENGUASAI UJIAN PRA UJIAN POS TAMBAH 2 7 TOLAK 0 7 DARAB 0 5 Jadual 3: Analisis Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Jadual 3 diatas menunjukkan Perbandingan ujian pra dan ujian pos murid sebelum dan selepas menggunakan Kit Smart Ruler. Rajah 5: Graf Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Gambarajah 3 di atas menunjukkan graf perbandingan ujian pra dan ujian pos murid sebelum dan selepas menggunakan Kit Smart Ruler. Penguasaaan murid meningkat setelah menggunakan Smart Ruler. 0 1 2 3 4 5 6 7 8 Ujian Pra Ujian Pos TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN OPERASI ASAS Tambah Tolak Darab Bahagi


87 Perbincangan Sebagai seorang Guru Pemulihan Khas, pengkaji sentiasa berusaha untuk menyampaikan pengajaran sebaik mungkin dengan membuat persediaan awal dari segi perancangan kaedah penyampaian, pengajaran dan penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik dan sesuai dengan murid-murid Pemulihan Khas. Pengkaji juga mempelbagaikan teknik pengajaran kolaboratif dan koperatif menggunakan Smart Ruler agar proses pengajaran tidak terlalu mendatar dan proses pembelajaran murid lebih menarik. Proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusatkan guru iaitu dalam bentuk satu hala yang mana guru menunjukkan demonstrasi penggunaan Smart Ruler dalam menjelaskan konsep tambah dan tolak. Kemudian, teknik PdPC diteruskan dengan kaedah berpusatkan murid yang mana murid bertingkah laku diberi peranan untuk bekerjasama dan main peranan dalam satu kumpulan. Justeru itu guru perlu kreatif dalam menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik bagi membantu murid memahami dan menarik minat murid. Penggunaan Smart Ruler dapat membantu murid menguasai kemahiran asas tambah,tolak dan darab dengan lebih baik. Sebelum menggunakan Smart Ruler tiada murid yang menguasai kemahiran asas tambah,tolak dan darab. Murid juga dilihat dapat memahami kemahiran asas bedasarkan konsep garis nombor dengan lebih baik. Sewaktu latihan diberikan murid didapati kurang melakukan kesalahan berbanding sebelum ini. Murid juga menunjukkan minat untuk mempelajari matematik kerana lebih mudah dan menarik. Gambarajah 6: Penggunaan Smart Ruler dalam operasi tambah,tolak dan darab Berdasarkan kepada analisis dokumen melalui latihan operasi tambah, tolak dan darab yang diberikan kepada murid, mereka telah dapat menyelesaikan soalan dengan betul setelah menggunakan Smart Ruler. Kajian Mohd Rino Mohd Johari (2019) menjelaskan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar untuk mengatasi masalah pemahaman konsep operasi asas Matematik memberi impak yang positif terhadap perubahan tingkah laku murid introvert. Penekanan terhadap penggunaan bahan grafik dalam kaedah pengajaran tradisional bertujuan untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.


88 Rumusan Secara keseluruhannya penghasilan Smart Ruler ini sangat membantu guru untuk mengajar murid pemulihan orang asli mengenai operasi tambah ,tolak dan darab melibatkan operasi dengan lebih mudah kerana murid dapat memahami proses tambah,tolak dan darab. Murid lebih berminat dan seronok mempelajari Matematik, murid dapat membina keyakinan kendiri untuk menyelesaikan operasi tambah, tolak dan darab di luar pengawasan guru. Kemahiran kritis dapat dibentuk kerana murid boleh mencipta soalan dalam kumpulan masing-masing kemudian saling bertukar-tukar soalan. Penyelesaiannya adalah dengan menggunakan Smart Ruler. Malahan Smart Ruler ini juga boleh digunakan oleh murid tahap satu yang berada di aliran perdana. Rujukan Buku Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik (2019). Putrajaya; Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia. Buku panduan(1998). Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M) Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengajaran dan Pembelajaran. Jamaluddin, H., Baharuddin, A. & Zaidatun, T. 2001. Pembangunan Perisian multimedia: Satu pendekatan sistematik. Kuala Lumpur: Venton Publishing. http://www.academia.edu/23519628/Inovasi Kementerian Pelajaran Malaysia. (1998).Pekeliing KP (BS) 8594/Jilid2/32.Guru Khas Pendidikan Pemulihan. Bahagian Sekolah - Sekolah, KPM; Kuala Lumpur. Mohd Rino Mohd Johari (2019), Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan (ISPEN 2019 || eISBN 978-967-2122-77-7) 29 Ogos 2019 || Auditorium Dr. Zainuddin Jaafar, KUIS Norma, Z. 2016, Model Kit Kaedah 4M Kod Jalur Warna sebagai ABBM. Kertas Kerja Seminar Pendidikan Johor:UTHM


89 SMART BOARD NORSHALINA BINTI MOHD SHAHAR1 NORAAZIAN BINTI OSMAN2 1SK BATU TUJUH JALAN PAHANG, PERAK DARUL RIDZUAN 2PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANG, PERAK DARUL RIDZUAN ABSTRAK Operasi tambah dan tolak melibatkan kumpul semula merupakan satu kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh murid. Walaubagaimanapun pengkaji mendapati murid Pemulihan Orang Asli sukar untuk menguasai kemahiran tersebut. Hal ini kerana murid pemulihan tidak dapat memahami konsep kumpul semula. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan pengkaji mendapati murid sering melakukan kesilapan seperti lupa menambah di rumah puluh, murid juga tidak dapat memindahkan nombor mengikut nilai tempat dengan betul. Bagi operasi tolak pula murid tidak memahami kenapa perlu melakukan kumpul semula. Ini telah menjadi pencetus kepada terhasilnya inovasi. Smart Board. Smart Board dibina bagi memudahkan murid memahami konsep tambah dan tolak melibatkan kumpul semula dengan lebih cepat dan mudah. Murid akan dibantu dengan kotak dan anak panah bagi memahami konsep kumpul semula. Smart Board mudah dibina, kos yang rendah dan menggunakan bahan yang mudah diperolehi iaitu kertas A4 dan mesin pencetak berwarna. Metodologi kajian menggunakan kaedah, pemerhatian dan analisis dokumen iaitu hasil kerja murid. Selain itu, ujian pra dan pos digunakan kepada murid tahun 3 menunjukkan peningkatan dalam menguasai kemahiran tambah dan tolak mengumpul semula kerana murid dapat memahami konsep kumpul semula dengan lebih mudah. Kos penghasilan smart board yang murah membolehkan setiap murid memiliki satu set smart board. Penghasilan bahan yang berwarna-warni, dan ditambah pula dengan aktiviti hands-on menjadikan murid lebih aktif, seronok dan lebih mudah menguasai kemahiran operasi tambah dan tolak kumpul semula. Malahan penggunaan smart board juga didapati murid mengambil masa yang lebih singkat untuk menyelesaikan soalan yang melibatkan kumpul semula berbanding sebelum ini Kata Kunci : Kotak Berwarna, Anak Panah, Tambah dan Tolak Kumpul Semula.


90 Pengenalan Matematik merupakan satu subjek teras yang penting dan perlu dikuasai oleh semua murid manakala operasi tambah dan tolak merupakan dua kemahiran asas paling mudah yang perlu dikuasai oleh murid. Walaubagaimanapun masih terdapat murid terutamanya murid pemulihan Orang Asli sukar menguasai kemahiran ini terutamanya apabila melibatkan kumpul semula. Setelah hampir sebulan memperkenalkan operasi tambah dan tolak melibatkan kumpul semula kepada murid pemulihan Orang Asli di Sk Batu Tujuh didapati murid masih belum menguasai kemahiran tersebut. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan didapati murid - murid ini sering tertinggal sewaktu menambah di rumah puluh dan murid juga tidak dapat melakukan proses kumpul semula sewaktu menyelesaikan operasi tolak. Murid juga sukar untuk menyelesaikan operasi tolak yang melibatkan dua nombor. Selain itu, murid juga cepat putus asa dan menganggap matematik adalah subjek yang susah Keadaan ini telah memberikan idea kepada guru untuk membina satu Bahan Bantu Belajar (BBM) yang sesuai bagi mengatasi masalah yang dihadapi murid. Guru telah menghasilkan Smart Board. Smart Board merupakan satu alat yang dibina bagi membantu murid memahami konsep kumpul semula. Murid akan dibantu dengan penggunaan kotak berwarna dan anak panah bagi memahami proses kumpul semula melibatkan tambah dan tolak. Proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai dan menarik bagi memenuhi keperluan setiap murid dalam Program Pemulihan Khas yang mempunyai tahap penguasaan yang berbeza-beza. Menurut Jean Piaget, faktor-faktor yang mempengaruhi proses perkembangan pemikiran individu ialah pengalaman sosial, interaksi individu dengan persekitaran, kematangan biologi dan keseimbangan. Inovasi yang dihasilkan adalah melibatkan kelas Pemulihan Khas murid Tahun 3 pada Tahun 2022. Smart board dihasilkan bertujuan untuk: i. Membantu murid pemulihan Orang Asli tahun 3 menyelesaikan operasi tambah dan tolak melibatkan kumpul semula dengan betul ii. Meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran operasi asas tambah dan tolak. iii. Menjadikan operasi asas tambah dan tolak mudah dan seronok dipelajari.


91 Metodologi Metodologi merupakan aspek penting bagi menjelaskan kaedah yang digunakan dalam kajian. Aspek-aspek yang berkaitan amat penting bagi memastikan kaedah pengumpulan data yang digunakan bersesuaian dengan matlamat dan objektif yang hendak dicapai. Oleh itu, bahagian ini akan membincangkan dan menjelaskan kaedah kajian yang digunakan untuk mendapatkan data yang dikehendaki bagi menganalisis keputusan. Skop dan Limitasi Kajian Skop kajiank hanya fokus kepada operasi tambah dan tolak melibatkan kumpul semula. Pelaksanaan kajian terhad kepada 8 orang murid pemulihan Orang Asli tahun 2. Kaedah yang digunakan: Murid akan menggunakan smart board untuk menyelesaikan operasi tambah dan tolak kumpul semula. Murid akan dibantu dengan kotak dan anak panah berwarna untuk memahami konsep kumpul semula dalam operasi tambah dan tolak. Kaedah Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Pemerhatian dan ujian pra serta ujian pos digunakan ah Ia dipilih berdasarkan kepada keinginan untuk memahami dengan mendalam Kajian Tseng, Mei Hui & Cermak, Sharon (1991). Sampel Melibatkan lapan orang murid pemulihan khas Tahun 3 Instrumen Kajian Kajian ini menggunakan ujian pra dan pos bagi menguji kemahiran murid iaitu kemahiran mengenal huruf dan suku kata. Soalan-soalan yang digunakan dalam ujian ini adalah soalan-soalan yang terdapat dalam kemahiran Matematiku Pemulihan Khas. Kaedah pemerhatian digunakan sepanjang PdPc berlaku untuk melihat tingkah laku dan perubahan penguasaan murid dalam operasi asas tambah dan tolak. Hasil kerja murid juga dinilai sepanjang tempoh PdPC.


92 1. Tinjauan Awal Menjalankan proses pemerhatian Mengumpul data melalui 4. Merefleks Melihat respon murid terhadap penggunaan Smart Board sewaktu aktiviti Pdpc dijalankan 2. Merancang Tindakan Membina BBM yang sesuai . Penghasilan Smart 3. Melaksanakan Tindakan Menerangkan penggunaan smart board Pelan Perancangan Projek Projek ini dilaksanakan berdasarkan kepada pelan Gelung Kajian Tindakan Kemmis & Mc Taggart (1988). Isu/ masalah di tangani oleh Smart Board Sebelum pembelajaran dan pengajaran di jalankan, pra ujian telah diadakan untuk mengenalpasti tahap penguasaan murid. Guru mendapati murid-murid tidak menguasai kemahiran seperti berikut: Bil Isu/Masalah Keberkesanan 1 Murid sukar menyelesaikan operasi tambah melibatkan kumpul semula ⚫ Tidak tahu memindahkan nombor mengikut rumah yang betul. ⚫ Sering tertinggal menambah di rumah puluh Penggunaan Smart Board memudahkan murid untuk menyusun nombor bagi operasi tambah melibatkan kumpul semula kerana board tersebut telah ditanda dengan kotak dan anak panah berwarna. 2 Murid sukar menyelesaikan operasi tolak melibatkan kumpul semula ⚫ Murid tidak faham konsep pinjam (kumpul semula) Penggunaan Smart Board memudahkan murid untuk menyusun nombor bagi operasi tolak melibatkan kumpul semula kerana board tersebut telah ditanda dengan kotak dan anak panah berwarna.


93 Penggunaan Smart Board Dibina kerana kesukaran murid pemulihan Orang Asli menyelesaikan operasi tambah dan tolak melibatkan kumpul semula.Murid akan menyelesaikan operasi tambah dan tolak melibatkan kumpul semula dengan bantuan kotak berwarna dan anak panah. Dua jenis Smart Board dibina iaitu Smart Board bagi operasi tambah dan Smart Board bagi operasi tolak. Smart Board Tambah Langkah - langkah penggunaan Smart Board Tambah i. Murid menyusun persamaan matematik ke dalam kotak mengikut nilai tempat puluh dan sa ii. Murid perlu mengenalpasti jumlah hasil tambah di rumah sa, sekiranya hasil tambah menghasilkan dua nombor , maka murid perlu memindahkan jawapan ke dalam kotak dibahagian tepi di mana kotak kuning mewakili puluh dan kotak biru mewakili sa. iii. Kemudian murid akan memindahkan nombor mengikut anak panah ke dalam kotak yang sama warna. iv. Murid meneruskan proses menambah di rumah puluh. v. Bagi proses menambah melibatkan dua digit nombor dengan dua digit nombor proses yang sama akan dilakukan tetapi sedikit penambahan di rumah puluh di mana murid perlu menambah dua digit nombor di atas dahulu dan memasukkan jawapan ke dalam kotak berwarna biru dahulu sebelum meneruskan proses menambah seperti biasa. + + + + Tambah 2 digit dengan 1 digit nombor Tambah 2 digit dengan 2 digit nombor


94 Contoh: Smart Board Tolak Langkah - langkah penggunaan Smart Board Tolak i. Murid menyusun persamaan matematik ke dalam kotak mengikut nilai tempat puluh dan sa ii. Murid mula menolak di rumah sa. Murid perlu mengenalpasti nombor di atas lebih kecil atau lebih besar. Sekiranya nombor di atas lebih kecil maka proses pinjam perlu dilakukan. iii. Murid melakukan proses pinjam dengan memotong nombor di rumah puluh dan meletakkan nombor 10 di dalam kotak di atas rumah sa. iv. Seterusnya murid mula menolak di rumah sa bermula daripada nombor di bawah yang lebih besar kepada nombor di atas yang lebih kecil dan meletakkan baki di dalam kotak berwarna kuning di bahagian tepi. Kemudian murid menolak baki menggunakan nombor 10 di atas rumah sa. v. Murid meneruskan proses menolak di rumah puluh. 1 2 6 + 9 1 5 5 3 - - - -- Tolak 2 digit dengan 1 digit nombor Tolak 2 digit dengan 1 digit nombor


95 Contoh: Bahan Penghasilan Smart Board Bahan yang digunakan untuk menghasilkan Smart Board hanyalah kertas A4, printer berwarna dan plastik laminate. Pelaksanaan Smart Board Smart Board digunakan di dalam kelas pemulihan sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran subjek matematik pemulihan dijalankan. Setiap murid akan diberikan Smart Board. Guru boleh mengadakan sesi soaljawab bersama murid secara lisan bagi menggalakkan kaedah pengiraan secara congak. Murid juga boleh menggunakan Smart Board bagi menjawab lembaran kerja mengikut topik operasi asas. Kos Penghasilan Smart Board Kos menghasilkan smart board sangat murah iaitu bagi menghasilkan 8 unit smart board adalah sebanyak RM32.50 dan ini menjadikan seunit smart board hanya RM 4.40 sahaja Jadual 2 Kos penghasilan Smart Board Bil Bahan Kos seunit (RM) Unit Jumlah Kos (RM) 1. Kertas A4 0.50 8 4.00 2. Dakwat Printer 3.00 8 24.00 3. Plastik laminate 0.90 8 7.20 Jumlah 35.20 10 6 2 8 - 6 5 4 5 - 10 6 3 2 9 6 3 4 5 - -


96 Dapatan Kajian Dapatan kajian menunjukkan setelah smart board digunakan tahap penguasaan murid telah meningkat dalam kemahiran mengenal huruf dan suku kata. Ini boleh dilihat melalui ujian pra dan ujian pos yang dijalankan. Data dikumpul perdasarkan ujian pra dan ujian pos yang dilaksanakan. Murid menunjukkan peningkatan selepas menggunakan smart board. Jadual 3 Sampel ujian pra *Ujian pra dijalankan menggunakan instrumen saringan linus. Jadual 4 Sampel ujian Pos *Ujian pos dijalankan menggunakan instrumen saringan LINUS MURID KEMAHIRAN (√ ) MENGUASAI ( X) TIDAK MENGUASAI TAMBAH TOLAK MURID A X X MURID B X X MURID C √ X MURID D X X MURID E X X MURID F √ X MURID G X X MURID KEMAHIRAN (√ ) MENGUASAI ( X) TIDAK MENGUASAI TAMBAH TOLAK MURID A √ √ MURID B √ √ MURID C √ √ MURID D √ √ MURID E √ √ MURID F √ √ MURID G √ √


Click to View FlipBook Version