97 Rajah 1 Analisa perbandingan keputusan ujian pra dan ujian pos Perbincangan Sebagai seorang Guru Pemulihan Khas, pengkaji sentiasa berusaha untuk menyampaikan pengajaran sebaik mungkin dengan membuat persediaan awal dari segi perancangan kaedah penyampaian, pengajaran dan penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik dan sesuai dengan murid-murid Pemulihan Khas. Pengkaji juga mempelbagaikan teknik pengajaran kolaboratif dan koperatif menggunakan Smart Board agar proses pengajaran tidak terlalu mendatar dan proses pembelajaran murid lebih menarik. Proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusatkan guru iaitu dalam bentuk satu hala yang mana guru menunjukkan demonstrasi penggunaan Smart Board dalam menjelaskan konsep tambah dan tolak. Kemudian, teknik PdPC diteruskan dengan kaedah berpusatkan murid yang mana murid bertingkah laku introvert diberi peranan untuk bekerjasama dan main peranan dalam satu kumpulan. Justeru itu guru perlu kreatif dalam menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik bagi membantu murid memahami dan menarik minat murid. Penggunaan Smart Board dapat membantu murid menguasai kemahiran asas tambah dan tolak dengan lebih baik. ebelum menggunakan smart board hanya 2 orang murid menguasai operasi tambah dan tiada murid menguasai operasi tolak. Walaubagaimanapun selepas smart board digunakan terdapat peningkatan ketara bilangan murid dalam menguasai kedua–dua operasi tambah dan tolak. Murid juga dilihat dapat memahami konsep kumpul semula dengan lebih baik. Sewaktu latihan diberikan murid didapati kurang melakukan kesalahan berbanding sebelum ini. Murid juga menunjukkan minat untuk mempelajari matematik kerana lebih mudah dan menarik. 0 1 2 3 4 5 6 7 8 Ujian Pra Ujian Pos TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN OPERASI ASAS TAMBAH DAN TOLAK Tambah Tolak
98 Kajian Jamaluddin dan Zalizan (2001) menjelaskan bahawa penggunaan grafik sebagai media pengajaran telah lama digunakan untuk menyalurkan maklumat. Penggunaan grafik juga dapat menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan kerana segala bentuk mesej yang diterima oleh manusia melalui penglihatan mempunyai daya ketahanan serta daya ingatan yang lebih tinggi sekiranya direka bentuk dengan tepat. Norma, Z. 2016, pula menyatakan penekanan terhadap penggunaan bahan grafik dalam kaedah pengajaran tradisional bertujuan untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Rumusan Secara keseluruhannya penghasilan Smart Board ini sangat membantu guru untuk mengajar murid pemulihan orang asli mengenai operasi tambah dan tolak melibatkan kumpul semula dengan lebih mudah kerana murid dapat memahami proses kumpul semula dengan cepat berdasarkan anak panah dan kotak berwarna. Murid lebih berminat dan seronok mempelajari Matematik, murid dapat membina keyakinan kendiri untuk menyelesaikan operasi tambah dan tolak di luar pengawasan guru. Kemahiran kritis dapat dibentuk kerana murid boleh mencipta soalan dalam kumpulan masing-masing kemudian saling bertukar-tukar soalan. Penyelesaiannya adalah dengan menggunakan Smart Board. Malahan Smart Board ini juga boleh digunakan oleh murid tahap satu yang berada di aliran perdana. Rujukan Buku Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik (2019). Putrajaya; Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia. Buku panduan(1998). Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M) Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia. Jamaluddin, H., Baharuddin, A. & Zaidatun, T. 2001. Pembangunan Perisian multimedia: Satu pendekatan sistematik. Kuala Lumpur: Venton Publishing. Kementerian Pelajaran Malaysia. (1998).Pekeliing KP (BS) 8594/Jilid2/32.Guru Khas Pendidikan Pemulihan. Bahagian Sekolah - Sekolah, KPM; Kuala Lumpur. Norma, Z. 2016, Model Kit Kaedah 4M Kod Jalur Warna sebagai ABBM. Kertas Kerja Seminar Pendidikan Johor:UTHM Pengajaran dan Pembelajaran. http://www.academia.edu/23519628/Inovasi
99 KIT LABU MARSHITAH BINTI SAIDIN NUR SYAMIMI SYAZWANI BINTI MOHD ZUKRI SK FELDA SUNGAI KELAH 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN YANG LALU Saya merupakan guru opsyen bagi mata pelajaran Pemulihan Khas Bahasa Melayu dan Matematik. Pendemik Covid-19 yang berlaku menyebabkan murid-murid pemulihan semakin parah keciciran malah turut melupakan pelajaran yang telah dipelajari contohnya huruf vokal dan konsonan. Murid juga seperti tiada semangat untuk belajar disebabkan telah berada di rumah dalam tempoh masa yang lama. Mereka sering kali tidak hadir ke sekolah apabila sekolah sudah diumumkan pembukaannya kembali. Hal ini amat membimbangkan saya kerana mereka mereka bukan sahaja tidak dapat membaca dan menulis, malah huruf juga sudah tidak kenal lagi. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, saya dapati murid-murid suka menyanyi dan bermain permainan. Oleh itu, berdasarkan permasalahan yang timbul serta minat murid, saya telah membina satu inovasi yang diberi nama Kit LaBu (Lagu Bunyi) untuk digunakan oleh murid-murid bagi Membantu murid-murid mengecam, menyebut dan menulis huruf-huruf vokal dan konsonan dengan mudah dan cepat melalui aktiviti nyanyian lagu bunyi huruf dan aktiviti permainan. 2.0 OBJEKTIF INOVASI Inovasi yang dijalankan ini, terdapat beberapa tujuan yang ingin dicapai, iaitu: a) Meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran 1 dan 2 Pemulihan khas Bahasa Melayu iaitu mengenal huruf kecil huruf vokal dan konsonan. b) Membantu murid mengecam, menyebut dan menulis huruf-huruf vokal dan konsonan dengan mudah dan cepat melalui aktiviti nyanyian lagu bunyi huruf dan aktiviti hands-on. c) Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan membantu murid focus kepada aktiviti PdPc yang berpusatkan murid.
100 Sampel bermaksud sebahagian daripada pupulasi yang dipilih (Parmjit, 2012). Inovasi ini melibatkan seramai 6 orang murid yang terdiri daripada 4 orang murid Tahun 2 dan 2 orang murid Tahun 3 yang kesemuanya adalah dari kaum Orang Asli. Sampel ini dipilih kerana murid ini masih lagi belum menguasai kemahiran K1 dan K2 iaitu mengenal huruf vokal dan konsonan. 4.0 LATAR BELAKANG 4.1 Metodologi Metodogi kajian merupakan suatu proses, suatu set perkakasan bagi melaksanakan suatu pengkajian dan perolehan maklumat, serta juga suatu seni bagi melaksanakan suatu karya sains (Ang, K.H. (2016). 4.2 Kaedah Kajian ini menggunakan pendekatan kuatitatif dan kualitatif. Pemerhatian dan ujian pra dan ujian pos digunakan berdasarkan keinginan untuk memahami dengan mendalam masalah pembentukan dan pengenalan huruf. Ia dipilih berdasarkan kepada keinginan untuk memahami dengan mendalam Kajian Tseng, Mei Hui & Cermak, Sharon (1991). TINJAUAN AWAL MASALAH Tarikh Kaedah Tujuan Oktober 2021 Langkah 1 Tinjauan laporan Data Pemulihan (DPEM) • Meninjau masalah yang paling ketara untuk tujuan intervensi dan perancangan 2022. • Didapati jumlah murid pemulihan yang belum menguasai Konstruk 1- 2 ialah seramai 12 orang. 3.0 KUMPULAN SASARAN/ SAMPEL
101 Mac 2022 Langkah 2 Ujian Diagnostik Membaca dan Menulis • Mengesan tahap penguasaan murid bagi memulakan PdPc sesi 2022. • Murid tidak dapat mengecam, menyebut dan menulis huruf-huruf vokal dan konsonan. Jadual 1: Kutipan Data Awal 4.3 INSTRUMEN KAJIAN Kajian ini menggunakan ujian pra dan pos bagi menguji kemahiran murid iaitu kemahiran mengecam, menyebut dan menulis huruf-huruf vokal dan konsonan. Soalan yang digunapakai dalam ujian ini adalah menggunakan instrumen Saringan Literasi Bahasa Melayu,Ssaringan 2 2018 bagi Tahun 2 dan Tahun 3. Selain itu, kaedah pemerhatian juga turut digunakan sepanjang PdPc berlaku bagi melihat tingkah laku dan perubahan penguasaan murid dalam mengenal huruf vokal dan konsonan. Gambar 1: Instrumen Kajian-Saringan Literasi Bahasa Melayu Saringan 2 Tahun 2018
102 5.0 ISU Berdasarkan Data Pemulihan Khas 2022 (DPEM) yang berakhir pada 31 Mac 2022 yang lalu, jumlah murid SK Felda Sungai Kelah yang berada di konstruk 1 (K1) dan konstruk 2 (K2) adalah seramai 12 orang iaitu 10 orang murid Tahun 2, 2 orang murid Tahun 3. Ujian diagnostik yang dilakukan untuk mengesan tahap pencapaian murid mendapati, murid tersebut amat sukar untuk mengecam dan menulis huruf vokal dan konsonan. Selain itu, murid juga mudah lupa dan keliru dengan beberapa huruf terutamanya yang mempunyai bentuk yang hampir serupa. Gambar 2: Ujian Saringan Literasi Projek inovasi yang dilakukan adalah membuat satu kit pembelajaran yang dinamakan Kit LaBu (Lagu Bunyi). Kandungan Kit LaBu ada kombinasi satu set kad gambar lagu bunyi beserta tiga set permainan. Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan inovasi ini adalah terdiri daripada bahan-bahan terbuang dan mudah didapati seperti kotak, roll tisu, penutup botol, batang aiskrim, dan bekas kecil berisi makanan. Selain itu, kit ini juga mengandungi kad bergambar. Gambar 3: Kit LaBu (Lagu Bunyi) 6.0 HURAIAN INOVASI
103 6.1 BAHAN PENGHASILAN INOVASI Bahan-bahan yang digunakan untuk inovasi adalah mudah didapati dan selamat digunakan kepada kanak-kanak. BAHAN INOVASI HURAIAN 1. Kad Gambar Lagu Bunyi Bahan: Gambar hitam putih Lagu Bunyi Bacalah Anakku. (Separuh Kertas A4) Cara Membuat: Murid mewarnakan dengan cantik gambar yang diberikan dan guru memberikan penghargaan kepada murid-murid yang mewarnakan gambar dengan cantik. Guru laminate gambar berkenaan. 2. Permainan 1 (Aiskrim Gambar) Bahan: Kotak (bahan terpakai), batang aiskrim, dan gambar Lagu Bunyi. Cara Membuat: Kotak ditebuk untuk meletakkan batang aiskrim yang dilekatkan gambar Lagu Bunyi yang dipotong kecil. Di setiap bahagian yang ditebuk, ditulis huruf vokal dan huruf konsonan di bawahnya. 3. Permainan 2 (Cekup-cekup) Bahan: Kad manila, bekas makanan kecil (bahan terpakai) dan gambar Lagu Bunyi. Cara Membuat: Sekeping kad manila digunakan untuk membuat bulatan menggunakan bekas makanan kecil. Di setiap bulatan, dituliskan huruf vokal dan huruf konsonan. Manakala di bahagian atas bekas makanan kecil dilekatkan gambar Lagu Bunyi. 4. Permainan 3 (Pusing-pusing) Bahan: Kotak, roll tisu, penutup botol (bahan terpakai), gambar lagu bunyi. Cara Membuat: Kotak ditebuk dan dimasukkan rol tisu di bahagian dalam kotak. Kemudian gambar Lagu Bunyi dilekatkan. Gambar akan dapat digerakkan. Di bahagian luar
104 kotak, dilekatkan penutup botol bagi menulis huruf vokal dan konsonan. 6.2 CARA PELAKSANAAN INOVASI BIL PERKARA CARA PELAKSANAAN 1 Nyanyian Lagu Bunyi. Langkah 1.1 Guru bersama-sama murid menyanyikan Lagu Bunyi Abu Ada Ayam menggunakan kad Lagu Bunyi. Langkah 1.2 Murid menyanyikan Lagu Bunyi berdasarkan gambar bersama-sama dengan rakan dan secara individu. Contoh: Abu ada ayam a,a,a Bobo main bola b,b,b Nani nagis-nangis n,n,n
105 2 Permainan Aiskrim Gambar Langkah 2.1 Murid menyanyikan Lagu Bunyi yang terdapat pada batang aiskrim. Langkah 2.1 Murid melekatkan batang aiskrim bergambar berkenaan pada lubang huruf yang betul. Permainan ini boleh dimainkan secara individu, berpasangan ataupun berkumpulan. 3 Permainan 2 (Cekupcekup) Langkah 3.1 Murid melihat huruf yang terdapat pada kad manila dan menyanyikan Lagu Bunyi huruf tersebut. Contoh: Huruf s------> Sani hisap susu s,s,s Langkah 3.2 Murid mencari gambar yang betul serta menekup huruf berkenaan. Permainan ini boleh dimainkan secara individu, berpasangan ataupun berkumpulan.
106 Di akhir PdPc murid diminta menulis huruf vokal dan konsonan yang disebut oleh guru pada lembaran kerja yang disediakan atau di dalam buku tulis. Gambar 4: Lembaran kerja dan buku tulis 4 Permainan Pusingpusing Langkah 4.1 Murid memusingkan roll tisu bagi melihat 3 gambar yang muncul. Kemudian murid menyanyikan Lagu Bunyi berdasarkan gambar. Langkah 4.2 Murid menulis huruf berdasarkan gambar. Permainan ini boleh dimainkan secara individu, berpasangan ataupun berkumpulan secara bergilir-gilir.
107 6.3 KOS PENGHASILAN INOVASI Bil Bahan Unit Jumlah Kos 1. Kertas A4 (20 helai) 20 helai RM0.60 2. Plastik liminate 20 keping RM5.70 3. Kad Manila 1 helai RM0.50 4. Dakwat Pencetak - RM 2.00 5. Batang Aiskrim 1 set RM5.90 6. Bahan Terpakai (kotak, bekas makanan kecil, penutup botol) - - JUMLAH RM14.70 Jadual 2: Kos Penghasilan Inovasi 6.4 KEBERKESANAN INOVASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN Ujian Pra dan Ujian Pos (gambar 4) telah digunakan untuk melihat keberkesanan inovasi yang dihasilkan terhadap 6 orang murid pemulihan Orang Asli dalam mengenal huruf vokal dan huruf konsonan. Keberhasilan inovasi ini dapat dilihat dalam Jadual 3 di bawah. Merujuk kepada Jadual 3 di atas, hasil dapatan Ujian Pra menunujukkan enam orang murid tidak dapat menguasai kemahiran mengenal huruf vokal dan huruf konsonan. Dua orang memperolehi markah sebanyak 7 markah, dan 4 orang yang lain masingmasing memperolehi markah sebanyak 1 markah, 8 markah, 4 markah dan 5 markah. Ini menunjukkan mereka belum menguasai kemahiran mengenal huruf. Setelah guru menjalankan PdPc menggunakan Kit LaBu kepada enam orang murid ini, mereka kemudiannya diuji dengan Ujian Pos di mana instrumen yang sama digunakan semasa Ujian Pra iaitu Ujian Saringan Literasi Bahasa Melayu saringan 2 Murid Ujian Pra Ujian Pos Jawapan betul Peratus Jawapan betul Peratus 1 1/15 7% 10/15 67% 2 8/15 53% 15/15 100% 3 7/15 47% 15/15 100% 4 4/15 27% 15/15 100% 5 5/15 33% 15/15 100% 6 7/15 47% 15/15 100%
108 2018. dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pencapaian murid adalah begitu memberansangkan iaitu hanya seorang sahaja yang tidak berjaya menjawab kesemua soalan dengan betul. Penggunaan Kaedah Nyanyian dan permainan ini akan diteruskan kepada seorang murid ini bagi memastikan dia turut mengenal dan dapat menulis kesemua huruf dengan betul. Pemerhatian terhadap murid sepanjang PdPc dilakukan mendapati, muridmurid seronok dan bersemangat untuk menyanyi dan melakukan aktiviti permainan yang terdapat dalam Kit LaBu. Mereka bersungguh-sungguh dan sentiasa bersaing sesama sendiri bagi memberikan jawapan yang betul. Pengkaji mendapati bahawa murid yang dahulunya tidak mengenal huruf dan hanya memperoleh 1 markah sahaja telah dapat mengenal huruf dengan cepat dan mudah. Hal ini membuktikan inovasi Kit LaBu amat berkesan dalam pembelajaran serta berjaya menarik minat murid untuk memperbaiki penguasaan kemahiran mengenal dan menulis huruf vokal dan huruf konsonan. 6.5 POTENSI UNTUK DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN PERINGKAT SEKOLAH Projek inovasi ini telah dapat disebarluas dan dikongsikan dengan semua guru di SK Felda Sungai Kelah serta dibentangkan dalam Mesyuarat Kurikulum Bil 2 2022 dan Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu kali ke-2. Gambar 5: Mesyuarat Kurikulum Bil 2: 2022
109 PERINGKAT DAERAH Inovasi ini juga telah disebarluaskan dan dikongsikan dengan guru-guru Pemulihan Khas Daerah Batang Padang dalam Bengkel Pembudayaan Kajian Tindakan Negeri Perak Tahun 2022 Daerah Batang Padang. Gambar 7: Bengkel Pembudayaan Kajian Tindakan Negeri Perak Tahun 2022 Daerah Batang Padang 7.0 KESIMPULAN Inovasi ini dianggap berjaya kerana ia dapat mencapai objektif pelaksanaannya iaitu meningkatkan kemahiran mengecam, menyebut dan menulis huruf-huruf vokal dan konsonan dalam kalangan murid Pemulihan Khas. Selain itu alat inovasi ini juga dapat digunakan oleh guru-guru pra sekolah dan guru tahun satu bagi mempercepatkan dan memudahkan murid-murid mengenal dan mengingat huruf vokal dan huruf konsonan. Bahan yang digunakan untuk membuat Kit LaBu ini juga mudah didapati dan senang digunakan. Ianya boleh dilakukan secara individu, berpasangan mahupun berkumpulan.
110 8.0 RUJUKAN Ang, K.H. (2016). Pengenalan Rangkakerja Metodologi dalam Kajian Penyelidikan: Satu Kajian Kes. Malaysia Journal of Sains and Humanities Vol. 1, 17-23. Parmjit Singh, Chan, Y. F., Gurnam Kaur Sidhu & Ranjit Kaur. (2012). Panduan Komprehensif Penulisan Cadangan Penyelidikan. Shah Alam: Penerbit Universiti Teknologi Mara. Tseng, Mei Hui & Cermak, Sharon (1991). The Evolution of handwriting in Children. Sensory Integreation Quarterly,19 (4), 1-6
111 9.0 LAMPIRAN
112 CONTOH UJIAN PRA DAN UJIAN POS
113 IRNoTaTo INTAN SYUHADA BINTI RAZLI ROZITA BINTI PAIMAN SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI LESONG ABSTRAK IRNoTaTo dibangunkan bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran asas nombor, menambah dan menolak dua nombor di kalangan murid pemulihan, khususnya pelajar tahun 1. Pendekatan khusus yang cuba diketengahkan tertumpu kepada penggunaan IRNoTaTo dalam pengajaran. IRNoTaTo merupakan bahan yang dilengkapi dengan pelbagai kegunaan untuk pelajar dalam pengajaran. Kajian telah dijalankan bagi melihat keberkesanan alatan IRNoTaTo. Tinjauan awal dilakukan terhadap buku latihan pelajar, temu bual dan ujian pra. Dapatan menunjukkan bahawa seramai 5 orang murid Tahun 1, menghadapi masalah dalam menambah dan menolak dua nombor. Hasil dapatan kajian melalui ujian pos yang dijalankan membuktikan bahawa IRNoTaTo telah berjaya membantu murid dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan penambahan dan penolakan dua nombor. 5 orang murid kumpulan sasaran telah berjaya menjawab 10 soalan dengan betul dalam ujian pos. Pelajar lebih bersemangat dan seronok membuat pengiraan menggunakan IRNoTaTo. Mereka lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan yang diberikan. Situasi ini dapat dilihat sepanjang aktiviti dijalankan.
114 1.0 Maklumat Kategori Pertandingan : Kumpulan Sekolah Rendah Tajuk : IRNoTaTo Nama Peserta : 1. Puan Intan Syuhada binti Razli 2. Puan Rozita binti Paiman Institusi : SK Sungai Lesong 2.0 Sinopsis Inovasi Topik asas dalam pembelajaran Matematik merangkumi tajuk nombor dan operasi. Pelajar perlu menguasai tajuk-tajuk berkaitan nombor, tambah dan tolak. Kesukaran wujud kepada para pelajar pemulihan untuk menguasai topik ini. Mereka masih memerlukan bahan maujud dalam menguasai tajuk ini. Melihat kemelut isu ini maka terciptalah bahan inovasi IRNoTaTo bagi mengatasi masalah dan mengerakkan pemahaman kepada topik yang dipelajari. IRNoTaTo sangat menarik, sesuai dengan konsep belajar melalui bermain, ringan, mudah dibawa dan mesra pengguna. Nama IRNoTaTo adalah gabungan nama guru dan topik dalam pengajaran matematik. I – Intan R – Rozita No - Nombor Ta – Tambah To – Tolak 4.0 Objektif Inovasi 4.1 Objektif Umum Meningkatkan kemahiran penguasaan nombor, asas tambah dan tolak dua nombor dengan menggunakan IRNoTaTo.
115 4.2 Objektif Khusus 4.2.1 Mengira menggunakan IRNoTaTo. 4.2.2 Menambah menggunakan IRNoTaTo 4.2.3 Menolak menggunakan IRNoTaTo. 5.0 Kumpulan Sasaran Kumpulan sasaran terdiri daripada pelajar yang baru memulakan pemahaman tentang konsep asas nombor, penambahan dan penolakan. Juga sesuai kepada pelajar yang lemah dalam penguasaan nombor, tambah dan tolak. 6.0 Masalah yang ditangani oleh bahan inovasi Semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran didapati bahawa pelajar sukar memahami konsep asas nombor, tambah dan tolak. Pelajar memerlukan bahan konkrit yang dapat membantu murid memahami konsep asas tersebut. IRNoTaTo telah berjaya mengatasi masalah pemahaman pelajar tentang konsep asas nombor, tambah dan tolak. Di samping itu IRNoTaTo juga telah berjaya menarik minat pelajar untuk belajar dan mengatasi masalah pembelajaran seperti bosan, tiada minat dan tidak dapat mengingati fakta atau pengetahuan. Pelajar kelihatan ceria apabila bermain sambil belajar. Mereka kelihatan lebih yakin kerana dapat memberikan jawapan yang betul dalam aktiviti berbantukan bahan inovasi yang dihasilkan. Murid-murid juga dapat menyelesaikan latihan yang diberi dalam masa yang ditetapkan. 7.0 Inovasi yang dilaksanakan 7.1 Bahan-bahan yang digunakan BIL BAHAN-BAHAN 1 Kertas kotak (bahan terbuang) 2 Kertas warna 3 Straw board 4 Plastik liminating
116 7.2 Kos bagi penghasilan bahan BIL BAHAN-BAHAN JUMLAH 1 Kertas warna RM 1.00 2 Straw board RM 3.00 3 Plastik liminating RM 1.00 JUMLAH RM 5.00 7.3 Bentuk bahan IRNoTaTo telah dihasilkan dalam bentuk yang menarik, ringan dan mudah dikendalikan. 7.4 Pengendalian IRNoTaTo telah dihasilkan dalam usaha meningkatkan kemahiran pelajar dalam penguasaan tajuk nombor, tambah dan tolak. Ianya direka khusus dalam membantu pelajar yang lemah dalam penambahan dan penolakan.
117 8.5.1 Cara-cara penggunaan bahan Contoh penggunaan bahan dalam penambahan. Langkah 1 : Tarik kad di bahagian atas. Langkah 2 : Nombor di dalam petak merah adalah jawapan untuk penambahan nombor atas dan nombor bawah. 8.6 Bentuk Kejayaan 8.6.1 Refleksi Pencapaian Murid Kajian telah dilakukan bagi menilai keberkesanan bahan ini dalam proses pembelajaran pelajar. Peningkatan pencapaian pelajar dapat dilihat dalam ujian pos. Jadual 1 : Perbandingan Pencapaian Individu Dalam Ujian Pra dan Ujian Pos MURID JUMLAH JAWAPAN YANG BETUL UJIAN PRA UJIAN POS Murid 1 0 10 Murid 2 0 10 Murid 3 1 10 Murid 4 1 10 Murid 5 1 10
118 Dapatan ini menunjukkan penggunaan bahan ini telah membantu murid dalam menyelesaikan pemasalan pembelajaran. Merujuk jadual di atas, 5 orang yang pada gagal dalam ujian pra telah berjaya memperolehi keputusan yang amat membanggakan. 5 orang murid tersebut telah berjaya menjawab kesemua soalan yang dikemukakan dengan betul. 8.6.2 Refleksi Sesi Temubual Sesi temubual dijalankan secara tidak formal selepas selesai menjalani aktiviti bimbingan. Ianya dijalankan bagi mendapatkan pandangan pelajar sasaran terhadap bahan yang telah diperkenalkan. Dari sesi temubual yang dijalankan dapat disimpulkan bahawa pelajar amat berminat apabila menggunakan bahan ini. Mereka merasakan bahawa bahan ini telah dapat membantu mereka menyelesaikan soalan tambah dan tolak dengan mudah. 8.6.3 Refleksi Pemerhatian Bahan ini telah membantu murid menjawab soalan dengan mudah. Pelajar lebih bersemangat dan seronok membuat pengiraan menggunakan bahan ini. Mereka lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan yang diberikan. Situasi ini dapat dilihat sepanjang aktiviti dijalankan. 9.0 Kesimpulan Pengajaran dan pembelajaran yang berdasarkan kaedah dan teknik mengajar yang kreatif dan berkesan melalui penggunaan bahan bantu belajar, IRNoTaTo telah merangsang pelajar untuk belajar. Sebagai guru kita sepatutya sentiasa bersikap dinamik, cekap dan sentiasa berusaha untuk memajukan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan merancang teknik mengajar dan menghasilkan bahan bantu mengajar yang menarik. Mok Soon Sang, (2012) mengatakan bahawa strategi pengajaran perlu diubah suai untuk keperluan muridmurid yang mengalami ketidakupayaan dalam pembelajaran.
119 Kaedah pengajaran perlu dipelbagaikan mengikut keperluan pelajar yang mempunyai tahap pengetahuan yang berbeza untuk memudahkan pelajar memahami pengajaran guru. Sehubungan itu, murid yang lemah mesti diberi pemulihan seperti mana yang dinyatakan dalam konteks Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), program pemulihan merupakan langkah-langkah khas yang diusahakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu. Selepas tinjauan dijalankan, produk atau pengajaran dan pembelajaran inovatif ini bukan saja dapat membantu murid-murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran, ia juga boleh dijadikan aktiviti pengukuhan dan pengayaan bagi murid yang telah menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran. 10.0 Sebar Luas Perkongsian penggunaan telah dilakukan kepada rakan-rakan guru Matematik di dalam sekolah. Ianya turut telah digunakan dalam pengajaran di dalam kelas. Perkongsian bersama rakan-rakan guru Mat di SK Sungai Lesong.
120 Perkongsian dengan murid ketika pdp. BIBLIOGRAFI: Ee Ah Meng (1994). Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur : Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (2012). Perkembangan Kanak-kanak. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
121 KIT “KiMaPe” B NUR SYAMIMI SYAZWANI BINTI MOHD ZUKRI MARSHITAH BINTI SAIDIN ABDULLAH AFFAN BIN NASHIRON SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA SUNGAI KELAH ABSTRAK Kajian ini melibatkan murid pemulihan orang asli yang lemah dalam matematik dan masih keliru dengan simbol operasi tolak dan sukar untuk menyelesaikan soalan matematik operasi tolak dalam lingkungan 10 di Sekolah Kebangsaan Felda Sungai Kelah yang terletak di daerah Batang Padang. Kaedah yang gunakan adalah secara kualitatif dan kuantitatif iaitu menggunakan ujian pra dan pos serta pemerhatian. Data dianalisis dalam bentuk jadual dan carta palang bagi menunjukkan perbezaan hasil yang diperoleh daripata dapatan kajian. Kit KiMaPe terdiri daripada bahan dan alatan yang mesra pengguna serta selamat digunakan. Responden kajian adalah seramai 4 orang murid pemulihan khas yang terdiri daripada murid orang asli Tahun 2. Keputusan Ujian Pasca menunjukkan peningkatan pada tahap kefahaman murid dalam menyelesaikan soalan matematik operasi tolak dalam lingkungan 10. Aktiviti hands-on menjadikan murid lebih aktif dan lebih mudah menguasai tajuk ‘Operasi Tolak Lingkungan 10” dengan cepat dan betul.
122 1.0. PENGENALAN Matematik merupakan suatu cabang ilmu yang mengajar manusia berfikir secara logik melalui pembuktian dengan bahasa tersendiri yang mampu mengungkapkan konsep yang terkandung di dalamnya. Namun matematik dianggap sukar dan ‘kering’ oleh segelintir murid berbanding mata pelajaran lain seperti bahasa, sains dan pendidikan jasmani. Masalah ini dikatakan terjadi berpunca daripada cara murid melihat matematik dan perkaitannya dengan kehidupan seharian. Kesedaran, pengetahuan, kefahaman dan seterusnya penghayatan terhadap kepentingan matematik boleh membangkitkan perasaan seronok ketika mempelajarinya yang secara langsung meningkatkan penguasaan dan pencapaian dalam matematik. Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013), transformasi Pendidikan Orang Asli dan Peribumi dilaksanakan bagi memastikan ekuiti, iaitu kesamarataan akses pendidikan murid Orang Asli dan Peribumi seiring dengan pendidikan arus perdana dapat direalisasikan dengan kesungguhan dan komitmen semua pihak. Sejajar dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang menekankan kemenjadian murid, maka inovasi dalam sistem pendidikan perlu diberi penekanan sewajarnya. Oleh itu, inovasi bahan bantu mengajar sangat penting dalam membantu guru untuk memastikan objektif pengajaran berjaya dicapai (Abdul Rahim & Hayazi, 2010). Dalam subjek Matematik khususnya tajuk operasi tolak, inovasi perlu diketengahkan agar murid dapat melalui proses pengajaran dan pembelajaran dalam suasana pembelajaran yang pelbagai dan tidak hanya terbatas dengan penggunaan buku teks. Lantaran itu, hasil penelitian terhadap murid pemulihan yang terdiri daripada orang asli (OA) di Sekolah Kebangsaan Felda Sungai Kelah menghadapi masalah dalam mengenal simbol operasi asas serta sukar untuk menyelesaikan soalan berkaitan operasi asas terutamanya operasi tolak. Kesannya, mereka ketinggalan dalam pelajaran dan secara tidak langsung menjejaskan pencapaian mereka dalam bidang akademik bahkan menyukarkan mereka menjalani rutin harian (Mohd Hanafi, Mohd Mokhtar, Lokman, Md Amin, Fauzi, & Kamaruddin, 2010). Justeru itu, penghasilan inovasi ini dilakukan bagi memastikan murid pemulihan orang asli di Sekolah Kebangsaan Felda Sungai Kelah (SKFSK) tidak tercicir dalam menguasai asas mengira dan operasi asas matematik iaitu operasi tolak dengan baik.
123 1.1. OBJEKTIF • Meningkatkan penguasaan murid pemulihan orang asli dalam menyelesaikan soalan matematik operasi tolak dalam lingkungan 10. • Meningkatkan penguasaan murid pemulihan orang asli dalam mengenal nombor sehingga 10. • Meningkatkan penguasaan murid pemulihan orang asli dalam menyelesaikan soalan matematik operasi tolak sehingga 10 menggunakan Kit “KiMaPe”. • Meningkatkan keseronokan dan minat murid terhadap pengajaran guru. • Mewujudkan interaksi mesra antara guru dengan murid, murid dengan guru, dan murid dengan murid. 1.2. KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan murid pemulihan orang asli yang lemah dalam matematik serta masih keliru dengan simbol tolak dan sukar untuk menyelesaikan soalan matematik operasi tolak di Sekolah Kebangsaan Felda Sungai Kelah yang terletak di daerah Batang Padang. 1.3. LATAR BELAKANG Menurut K. A Razhiyah (2005), dalam kajian menyatakan murid pemulihan sering menunjukkan tingkah laku negatif seperti dungu, lembab, nakal dan sukar mengikuti pembelajaran di sekolah. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa murid pemulihan terutamanya murid asli mempunyai pelbagai masalah sehingga membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kebanyakkan murid pemulihan orang asli di Sekolah Kebangssan Sungai Kelah tidak mengikuti kelas tadika mahupun kelas pra sekolah. Mereka ini hanya hadir ke sekolah apabila masuk Tahun 1. Impaknya, murid pemulihan orang asli ini ketinggalan dalam pembelajaran terutama pada penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, mengira (3M). Keadaan ini amat menyukarkan guru untuk membantu murid tersebut menguasai kemahiran asas 3M terutamanya kemahiran mengira dalam kalangan murid pemulihan orang asli.
124 Susulan penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia turut menjejaskan pendidikan dalam kalangan murid terutamanya murid asli. Hal ini kerana, murid pemulihan orang asli tergolong dalam golongan yang kurang berkemampuan dan tidak mempunyai kemudahan peranti, kemudahan capaian internet dan sebagainya. Lokasi kediaman mereka yang berada di pedalaman, sekaligus menyukarkan guru pemulihan mahupun pihak sekolah untuk berhubung secara terus dengan mereka. Selain itu, kehadiran murid pemulihan Orang Asli juga kurang memuaskan. Mereka hadir ke sekolah secara berselang-seli dan tidak hadir ke sekolah sepenuhnya. Ini kerana ibu bapa murid pemulihan orang asli kurang kesedaran tentang pendidikan anak-anak dan masalah pengangkutan untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Keadaan ini menyumbang kepada masalah menguasai kemahiran asas mengira. Keupayaan daya ingatan yang singkat di kalangan murid Orang Asli menjadi cabaran kepada guru masa kini. Sesuatu kemahiran yang akan diajar biasanya akan diulang berkali-kali dan memerlukan latih tubi yang kukuh serta kaedah PdPc yang pelbagai. Pengesanan awal perlu dilakukan agar guru mengetahui kekuatan yang ada pada murid. Jadi, perlaksanaan dan perancangan amalan pengajaran yang sistematik melalui amalan praktikal dan penggabungjalinan ilmu pengetahuan perlu dititikberatkan sebagai seorang guru agar murid dapat menguasai kemahiran asas mengira dan mampu belajar seperti biasa bersama murid-murid lain (Shulman, 1998). Masalah ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana akan memberi kesan kepada banyak pihak bahkan turut menggangu proses pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah. 1.4. ISU Berdasarkan hasil dapatan Data Pemulihan 2022 (DPEM) bagi kutipan bulan Mac 2022, terdapat empat orang murid pemulihan orang asli di SK Felda Sungai Kelah yang berada pada kemahiran 5 iaitu operasi tolak. Murid-murid ini sukar untuk mengenalpasti simbol operasi asas seperti operasi tambah dan tolak. Keadaan ini secara tidak langsung menyukarkan mereka untuk menyelesaikan soalan matematik berkaitan operasi tolak. Data daripada hasil ujian diagnostik terhadap murid berikut turut menunjukkan murid orang asli lemah dalam operasi tolak. Hasil temu bual bersama beberapa orang guru seperti guru kelas dan guru matapelajaran, di dapati murid ini boleh mengenal nombor dan mengira dengan baik. Namun mereka sering keliru sekiranya diberi soalan berkaitan operasi asas. Kesannya, murid pemulihan orang asli ini tidak dapat menyelesaikan soalan matematik tersebut dengan betul. Ada juga murid yang masih memerlukan bahan maujud untuk memudahkan mereka mengira dengan betul. Mereka boleh mengira secara turutan nombor tetapi mereka sukar mengecam nombor dengan baik. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada murid untuk menulis nombor dan menyelesai soalan matematik berkaitan nombor terutama dalam soalan matematik
125 operasi tolak. Oleh yang demikian, murid-murid ini akan menghadapi masalah apabila mereka berada di kelas perdana semasa PdPc. 2.0. METODOLOGI Metodologi merupakan aspek penting bagi menjelaskan kaedah yang digunakan dalam kajian. Aspek-aspek yang berkaitan amat bagi memastikan kaedah pengumpulan data yang digunakan bersesuaian dengan matlamat dan objektif yang hendak dicapai. Oleh itu, bahagian ini akan membincangkan dan menjelaskan kaedah kajian yang digunakan untuk mendapatkan data yang dikehendaki bagi menganalisis keputusan. 2.1. KAEDAH Kajian ini menggunakan pendekatah kuantitatif dan kualitataif. Pemerhatian dan ujian pra serta ujian pos digunakan berdasarkan keinginan untuk memahami dengan mendalam masalah pembentukan dan pengenalan huruf. Ia dipilih bedasarkan kepada keinginan untuk memahami dengan mendalam (Tseng, Mei Hui & Cermak, Sharon ,1991). 2.2. SAMPEL KAJIAN Kajian ini telah memilih seramai empat orang murid pemulihan orang asli Tahun 2 sebagai sampel kajian di Sekolah Kebangsaan Felda Sungai Kelah. 2.3. LOKASI Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan SK Felda Sungai Kelah dalam Daerah Batang Padang iaitu di Kelas Pemulihan Khas . 2.4. INSTRUMEN KAJIAN Kajian ini menggunakan ujian pra dan pos bagi menguji kemahiran murid iaitu kemahiran matematik operasi tolak. Soalan-soalan yang digunakan dalam ujian ini adalah soalan-soalan yang di bina sendiri mengikut buku panduan pemulihan Matematik. Kaedah pemerhatian digunakan sepanjang PdPc berlaku untuk melihat tingkah laku dan perubahan penguasaan murid dalam kemahiran operasi tolak. 2.5. HURAIAN INOVASI Inovasi merupakan satu strategi yang direka untuk membantu aktiviti PdPc supaya lebih kepada lebih menarik. Oleh yang demikian, penghasilan Kit Inovasi “KiMaPe” adalah satu kaedah dan strategi yang dibina khusus untuk masalah murid pemulihan berkaitan tajuk operasi tolak. Inovasi ini juga membolehkan murid pemulihan belajar secara hands-on di mana mereka akan menggunakan kaedah sentuhan dan tangan mereka untuk meneroka kit tersebut. Pemilihan kit inovasi KiMaPe tersebut adalah kerana petai adalah makanan yang sinonim dengan kehidupan mereka. Oleh sebab itu, saya telah memilih untuk menghasil kit yang berkait rapat dengan cara hidup
126 masyarakat asli dengan harapan murid pemulihan orang asli akan lebih mudah faham dan menguasai tajuk operasi tolak sekaligus meningkatkan penguasaan mereka dalam subjek Matematik. 2.6. BAHAN PENGHASILAN INOVASI Bahan-bahan yang digunakan untuk inovasi adalah mudah didapati dan selamat digunakan kepada kanak-kanak. Bahan-bahan tersebut adalah seperti berikut : I. Kertas warna hijau a4 untuk dijadikan papan petai dan mata petai II. Plastik liminate III. Velcro tape IV. Gunting V. Gam VI. Raga 2.1. KOS PENGHASILAN INOVASI Kos penghasilan inovasi bagi Kit “KiMaPe” adalah sangat rendah. Hal ini kerana, majorit bahan dan alatan telahpun sedia ada. Malahan ada juga yang boleh dibeli di Kedai RM2. Jumlah keseluruhan kos penghasilan inovasi adalah seperti berikut: Jadual 1 – Pengiraan Kos Penghasilan Inovasi Bil Bahan Unit Kos Unit Jumlah Kos 1. Kertas Warna a4 RM14.90 1 RM14.90 2. Plastik Liminate RM0.50 20 RM10.00 3. Velcro Tape RM0.70 3 RM 2.10 Jumlah RM 27.00
127 3.0. MANUAL PELAKSANAAN INOVASI Pembelajaran berpusatkan murid digunakan dalam PdPc ini. Aktiviti hands on dimana murid-murid diminta untuk mengeluarkan bahan-bahan yang terdapat di dalam kotak yang diberikan. Berikut adalah langkah-langkah pelaksanaan aktiviti PdPc menggunakan Kit “KiMaPe” : Langkah 1 - Guru menjalankan Pra Ujian kepada murid. Murid menulis 8 jawapan berdasarkan soalan yang diberikan oleh guru. Langkah 2 - Murid diberikan Kit KiMaPe dan diminta memegang kit tersebut. Murid diperkenalkan dengan bahan-bahan yang terdapat di dalam kit tersebut. Murid diminta membilang nombor (mata petai) yang terdapat pada petai. Guru menunjukkan cara penggunaan kit KiMaPe tersebut untuk menyelesaikan soalan matematik operasi tolak. Gambar 1 menunjukkan guru memperkenalkan Kit “KiMaPe’’ kepada murid orang asli Langkah 3 - Murid menggunakan kit KiMaPe untuk menyelesaikan soalan Matematik operasi tolak dengan bimbingan guru. Langkah 4 - Guru mengedar semula ujian pos bagi menentukan tahap penguasaan murid bagi operasi tolak dalam Matematik pemulihan. Gambar 2 menunjukkan murid melaksanakan ujian menggunakan Kit “KiMaPe”
128 Langkah 5 - Latihan pengukuhan dan penggayaan bagi murid diberikan bagi melihatan keberkesanan murid dalam PdPc dalam menyelesaikan soalan matematik operasi tolak. Gambar 3 menunjukkan murid sedang membuat latihan pengukuhan dan pengayaan menggukan kit “KiMaPe” dan penggunaan TMK dalam PdPc 4.0. HASIL KAJIAN Perlaksanaan Ujian Pra dan Ujian Pos telah dijalankan kepada murid pemulihan orang asli SK Felda Sungai Kelah bagi melihat keberkesanan dalam mengimplementasi inovasi Kit KiMaPe yang dihasilkan terhadap murid berkaitan tajuk operasi tolak dalam lingkungan 10 dalam subjek Matematik. Keberhasilan ini dapat ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah. Manakala Kertas Ujian Pra dan Ujian Pos yang digunakan adalah seperti dalam Lampiran 1. 5.0. PERBINCANGAN DAN KEPUTUSAN KAJIAN Jadual 2 menunjukkan data pemarkahan murid bagi Ujian Pra: Sampel Kajian Ujian Pra Markah Peratus Murid A 0/8 0% Murid B 0/8 0% Murid C 2/8 25% Murid D 3/8 37.5%
129 Jadual 2 menunjukkan markah bagi Ujian Pra yang telah dijalankan terhadap sampel kajian. Berdasarkan skrip jawapan murid, saya mendapati bahawa sampel kajian mempunyai masalah yang berbeza seperti tidak memahami kehendak soalan sukar untuk memahami istilah soalan, kurang pengetahuan am dan tidak dapat menjawab dengan betul soalan-soalan pada aras rendah bagi soalan-soalan matematik operasi tolak. Jadual 3: Skor Pemarkahan Bagi Penggredan Murid GRED MARKAH (%) A (Cemerlang) 80-100 B (Baik 60-79 C (Sederhana) 50-59 D (Lemah) 40-49 E (Sangat Lemah) 0-39 Bagi memudahkan penganalisaan saya telah membahagikan markah ujian kepada gred seperti Jadual 3. Gred A, B dan C merupakan gred lulus iaitu tahap pencapaian prestasi sederhana, baik dan cemerlang. Manakala gred D dan E merupakan gred gagal iaitu tahap pencapaian prestasi lemah dan sangat lemah. Dengan adanya gred ini, saya dapat mengesan tahap pencapaian prestasi sampel kajian dalam mata pelajaran Matematik operasi tolak. Jadual 4: Skor Pemarkahan Bagi Ujian Pos Jadual 4 menunjukkan hasil dapatan Ujian Pasca. Analisis menunjukkan bahawa tahap pencapaian prestasi murid pemulihan khas orang asli meningkat dalam tajuk “Operasi Tolak”. Saya mendapati tiada murid yang mendapat gred E 0% dan seramai empat orang murid telah memperoleh gred A iaitu 100%. Sampel Kajian Ujian Pos Markah Peratus Murid A 8/8 100% Murid B 8/8 100% Murid C 8/8 100% Murid D 8/8 100%
130 Rajah 1 : Graf Perbandingan Ujian Pra dan Pos Murid Pemulihan Orang Asli Melalui analisis data yang telah dijalankan, saya dapat membuat rumusan bahawa penggunaan kit “KiMaPe” dalam menjawab soalan matematik bertajuk “Operasi Tolak” dapat membantu meningkatkan tahap prestasi murid pemulihan orang asli dalam mata pelajaran matematik. Dapatan dari analisis yang telah dijalankan telah menunjukkan berlaku peningkatan skor yang ketara ke atas semua sampel kajian. Ini dapat dibuktikan apabila kesemua sampel kajian menunjukkan peningkatan prestasi dalam mata pelajaran matematik operasi tolak. Hal ini jelas dilihat melalui peningkatan gred sangat lemah kepada gred baik melalui perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pasca yang telah dijalankan. Pemerhatian yang dilakukan terhadap kelakuan sampel kajian yang telah dikaji menunjukkan peningkatan. Sepanjang minggu pembelajaran, kelakuan sampel kajian telah menunjukkan perubahan positif yang amat ketara dan telah terbukti berdasarkan dapatan telah saya perolehi. Sampel kajian menunjukkan minat dan seronok semasa menjalankan aktiviti PdP. Selain itu, sampel kajian juga aktif semasa PdP dan mampu menjawab soalan yang diajukan oleh guru. Kesemua perkara yang dikaji menunjukkan perubahan yang ketara sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Penggunaan Kit “KiMaPe” dalam mata pelajaran matematik operasi tolak juga telah membantu murid untuk mengingati nombor dengan lebih mudah dan cara yang lebih menyeronokkan. Selain itu, ia juga membantu perkembangan murid dalam pelbagai aspek semasa PdP seperti aspek psikomotor melalui pergerakan yang dilakukan, aspek kognitif melalui soalan yang diajukan dan aspek afektif apabila 0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 Murid A Murid B Murid C Murid D Perbandingan Ujian Pra dan Pos Ujian Pra Ujian Pos
131 murid menunjukkan perasaan yang seronok semasa proses pembelajaran berlangsung. Selain itu, penggunaan “Kit KiMaPe” juga dapat meningkatkan mutu pengajaran guru dengan lebih berkesan. Amalan pengajaran guru yang dulunya membosankan telah bertukar kepada suasana pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna. Murid telah mengambil bahagian secara menyeluruh dalam aktiviti yang dijalankan. Secara tidak langsung, minat dan motivasi murid terhadap pelajaran semakin meningkat yang menjadi punca kepada peningkatan prestasi dan pencapaian mereka dalam mata pelajaran sejarah. Soalan-soalan yang diajukan menggunakan Kit KiMaPe dalam tajuk operasi tolak ini merangsang pemikiran murid untuk berfikir dengan lebih kritis dan membantu murid mengaplikasikan cara pembelajaran Kaedah Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Guru juga dapat memperbaiki amalan pengajaran dari semasa ke semasa. Secara kesimpulannya, hasil dapatan daripada inovasi yang telah dijalankan ini telah membuktikan bahawa penggunaan Kit KiMaPe dalam matapelajaran matematik operasi tolak dapat meningkatkan prestasi murid yang lemah dalam mata pelajaran ini kepada prestasi yang lebih baik. Ia juga dapat membantu guru menyampaikan maklumat dengan cara yang lebih kreatif dan murid lebih mudah mengingati nombor dan fakta. Inovasi ini juga telah membuktikan bahawa penggunaan kaedah permainan dam ular dapat meningkatkan mutu pengajaran guru dengan lebih berkesan. Hasil dapatan kajian inovasi saya diperkukuhkan lagi dengan hasil dapatan kajian Hairul (2010) dalam kajiannya yang bertajuk “Using an Edutainment Approach of a Snake and Ladder game for teaching Jawi Script” dan kajian yang telah dijalankan oleh Nur Hanis (2009) dalam kajiannya iaitu “Keberkesanan Kaedah Bermain dalam Pengajaran dan Pembelajaran Asuhan Tilawah Al-Quran Tahun 4”. Dengan ini, kajian inovasi ini telah mengesahkan bahawa penggunaan kaedah permainan seperti Kit KiMaPe dalam proses pembelajaran dan pengajaran mampu meningkatkan tahap prestasi murid yang lemah dalam mata pelajaran matematik yang bertajuk “Operasi Tolak”. 6.1. POTENSI UNTUK DISEBARLUAS Projek inovasi ini amat berkesan dan dapat dimanfaatkan kepada banyak pihak terutama kepada guru pemulihan. Inovasi ini juga boleh dimanfaatkan oleh guru aliran perdana prasekolah, guru pendidikan awal kanan-kanak, guru pendidkan khas (masalah pembelajaran) dan sebagainya. Oleh itu, inovasi ini telah disebarluaskan diperingkat sekolah dan daerah Peringkat Sekolah Projek inovasi ini telah disebar luaskan dan dikongsikan dengan guru-guru SK Felda Sungai Kelah. Pemilihan inovasi dapat merangsang minat murid dan meningkatkan
132 kemahiran psikmotor dengan menerapkan penggunaan Kit KiMaPe dalam sesi pembelajaran matematik operasi tolak. Gambar 4 menunjukkan perkongsiaan Kit KiMaPe dengan pihak sekolah Gambar 5 menunjukkan hasil kerja murid menggunakan Kit KiMaPe Peringkat Daerah Projek inovasi ini dikongsikan bersama-sama Pegawai Pendidikan Daerah dan Guruguru Pemulihan Khas Daerah Batang Padang ketika Bengkel Penulisan Inovasi dan Kajian Tindakan Tahun 2021 bagi Daerah Batang Padang pada 10 Februari 2022. Gambar 6 – Perkongsian Inovasi dengan PPD Batang Padang
133 7.0. KESIMPULAN Daripada perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan Kit KiMaPe dalam PdPc Matematik dapat meningkatkan tahap pencapaian prestasi murid yang lemah dalam mata pelajaran matematik dalam tajuk operasi tolak. Guru yang berpengetahuan dan kreatif memberi banyak kebaikan kepada murid yang diajarnya. Salah satu caranya adalah dengan melakukan inovasi dan pengubahsuaian dalam kaedah pengajaran. Setiap kaedah dan cara perlu berlainan supaya murid tidak mudah berasa bosan terhadap pengajaran yang disampaikan oleh guru. Kaedah permainan Kit KiMaPe merupakan salah satu cara bagi mengelakkan murid daripada tidak menyukai mata pelajaran Matematik terutamanya dalam tajuk “Operasi Tolak”. Kit ini secara tidak langsung telah mengubah tingkah laku negatif murid kepada positif yang memberikan impak terhadap pencapaian prestasi mereka dalam mata pelajaran sejarah. Para guru sebagai pencorak modal insan kelas pertama perlu menerapkan pendidikan berasaskan nilai-nilai yang menarik dalam pengajarannya. Pengajaran yang berkesan akan mendatangkan kepuasan terhadap pembelajaran murid. Penggunaan Kit KiMaPe akan mewujudkan suasana yang menyeronokkan kepada murid. Hubungan dua hala antara guru dan murid juga dapat diwujudkan. Situasi ini akan menyebabkan murid lebih berminat untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Matematik.
134 RUJUKAN Abdul Rahim & Hayazi. (2010). Psikologi abnormal. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Hairul (2010) Hairul Aysa Abdul Halim Shitiq & Rohana Mahmud. (2010). Using an Edutainment Approach of A Snake and Ladder game for teaching Jawi. Di akses pada 16 Mac 2017 daripada https://umexpert.um.edu.my/file/publication/00001321_67765.pdf K. A Razhiyah. (2005), K. A. Razhiyah. (2005). Menjadi guru pendidikan khas. Bentong: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd Kementerian Pelajaran Malaysia. (2013). Kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas(masalah pembelajaran) pengurusan kehidupan tahun empat. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Mohd Hanafi,Mohd Mokhtar, Lokman, Md Amin, Fauzi, & Kamaruddin 2010 genggamanpensel kanak-kanak bermasalah pembelajaran dalam meningkatkan kemahiran menulis, , Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 65 Malay Language Education Journal (MyLEJ). Nur Hanis (2009) Nur Hanis Mohd Hatta. (2009). Keberkesanan Kaedah Bermain dalam Pengajaran dan Pembelajaran Asuhan Tilawah Al-Quran Tahun 4. Kuching: Institut Pendidikan Kampus Batu Lintang. Shulman, L. S. (1998). Theory practice and education of professionals. The Elementary School Journal, 98(5), 511–526 Tseng, Mei Hui & Cermak, Sharon (1991). The evolution of handwriting in children. Sensory Tntegreation Quarterly, 19(4),1-6
135 Lampiran 1 Gambar Menunjukkan Kertas Ujian Pra Dan Pasca
136 GAMBAR HASIL AKHIR INOVASI KIT KiMaPe
137 GAMBAR PERLAKSANAAN PdPc MENGGUNAKAN KIT KiMaPe
138 HASIL UJIAN PRA DAN UJIAN PASCA MURID PEMULIHAN
139 DOKTOR MULGUNJAH OLEH MOHAMAD FAIZ BIN MOHAMAD ROFIE, NOORHUZAIRY BT ABDUL MAJID & EMI SHAM BIN AZAHARI ABSTRAK Utusan Malaysia (2021), kesan pandemik Covid-19 dikhuatiri menjadikan 70% murid buta huruf. Dengan masalah ini, guru telah mencipta “Doktor MulGunJah” khas bagi meningkatkan kemahiran murid pemulihan yang masih buta huruf khususnya mengenal huruf yang bertiang. Ahmad Fadzli Fauzi. (2009), menyatakan pengajaran guru perlu bersifat kreatif untuk menarik minat murid. Apakah yang lebih menarik minat murid selain kaedah main peranan. “Doktor MulGunJah” membolehkan murid menjadi seorang doktor untuk belajar kemahiran sebut huruf dengan bentuk mulut yang betul sambil melihat cermin, gunting huruf digabungkan lagi dengan aktiviti kraft iaitu menjahit huruf, khas untuk memulihkan tiga orang murid pemulihan orang asal (Semai) tahun 2 di SK Chenderiang. Data dikumpulkan melalui ujian pra dan pos, pemerhatian serta temu bual. Keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan 100% kuasai huruf bertiang bagi murid A, 100% bagi murid B dan 71% bagi murid C. Dapatan dari pemerhatian yang dijalankan oleh guru juga menunjukkan semua murid lebih seronok dan lebih mudah memahami isi kandungan pembelajaran ketika guru mengajar dengan menggunakan “Doktor MulGunJah”. Kata kunci : Mengenal huruf bertiang, main perananan, cermin, gunting, jahit.
140 4.0 PENDAHULUAN D.P. Hallahan dan J.M. Kauffman (2003) menyatakan bahawa pendidikan pemulihan merupakan satu program pengajaran khas yang dirangka bagi memenuhi keperluan pendidikan bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kalangan murid-murid di sekolah-sekolah perdana. Mereka cuma mempunyai daya ingatan dan tumpuan yang lemah berbanding dengan murid-murid biasa. Dalam mengatasi masalah murid yang gagal mengenal huruf kecil bertiang b, d, f, h, k, l dan t, beberapa kaedah dan strategi yang sesuai telah diterapkan. Dari pandangan guru, penggunaan kaedah main peranan yang di integrasikan bersama pendekatan multisensori atau “hands on” maka terhasil Doktor MulGunJah. Nama ini di pilih kerana murid akan memainkan peranan sebagai seorang Doktor semasa belajar. MulGunJah pula adalah singkatan kepada aktiviti Mul (sebut dan lihat bentuk Mulut), Gun (gunting huruf yang dipelajari) dan akhir sekali Jah (menjahit benang membentuk huruf). 4.1 Objektif Kajian 4.1.1 Memastikan murid pemulihan yang masih belum mengenal huruf sepenuhnya dapat menyebut, membaca dan menulis huruf kecil khususnya huruf bertiang b, d, f, h, k, l dan t. 4.1.2 Menjadikan murid yang telah tertinggal dalam pelajaran akibat Covid-19 untuk berjaya dan minat hadir ke sekolah untuk belajar. 4.2 Kumpulan Sasaran 4.2.1 Masih tidak mengenal huruf bertiang b, d, f, h, k, l dan t. 4.2.2 Aktif tetapi sukar menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru. 4.2.3 Sangat berminat terhadap aktiviti kraft mungkin kerana orang asal. 4.3 Kronologi Inovasi (Sebelum) Jaidah Ripin (2012) Mengenal abjad dari segi bentuk dan namanya adalah penting pada peringkat permulaan kanak-kanak belajar membaca. Di SK Chenderiang, masih terdapat 36 orang murid pemulihan yang mempunyai masalah dan perlu dipulihkan. Rujuk data murid pemulihan dibawah. Bagi kelas Tahun 2 Arif sahaja terdapat 9 orang murid pemulihan dan 3 yang masih kritikal. Melalui pemerhatian guru, terdapat empat masalah utama murid ini yang perlu ditangani segera. Antaranya adalah fokus untuk menarik minat dan perhatian murid ini untuk hadir ke sekolah dan belajar. Kedua, bentuk mulut murid semasa menyebut huruf tersebut perlu betul dan tepat. Ketiga, cara murid untuk ingat dan mengecam semua huruf yang diajar supaya tidak lupa lagi
141 pada masa akan datang. Yang terakhir, cara dan arah menulis yang betul supaya masalah menulis huruf secara terbalik dapat diatasi. Sumber: Kutipan Data (DPem) berakhir 2021. 4.3 Isu / Masalah yang ditangani Doktor MulGunJah 4.4.1 Masalah murid tidak berminat belajar dan sering tidak hadir ke sekolah. Doktor MulGunJah yang membolehkan murid belajar sendiri dengan kaedah main peranan sebagai seorang doktor menyiapkan tugas-tugasnya seperti periksa gigi, gunting kertas, jahit huruf dan tulis di papan tulis doktor. Murid sangat teruja dan gembira bermain sambil belajar, bertepatan dengan konsep pendidikan zaman kini iaitu didik hibur. 4.4.2 Masalah menyebut huruf dengan betul. Doktor MulGunJah akan menggunakan kajian Ng Fei Fern et.al (2008) iaitu kaedah Melofonik dalam mempercepatkan proses bacaan. Kaedah Melofonik yang akan digunakan guru adalah dengan menggunakan perkataan asas yang biasa disebut murid kemudian mengaitkannya dengan huruf yang bakal dipelajari sambil murid melihat cermin. 4.4.3 Masalah mengecam huruf. Dalam hal ini, penggunaan bahan maujud berunsur Kraft iaitu gunting huruf dan jahit huruf sangat sesuai. Murid orang asal (OA) yang terdiri dari Suku Semai dilihat sangat minat dan tekun jika membuat aktiviti kraft. Hal ini kerana aktiviti tersebut sudah ada dalam darah daging mereka seperti mengayam tikar dan sebagainya. Seperti yang dinyatakan oleh Cheu (2013) kaedah VAKT (V - visual, A- Auditori, K – Kinestatik, T - Taktil (sentuhan), murid yang melakukan aktiviti hands on pasti dapat mengukuhkan lagi ingatan dan pengecaman mereka terhadap perkara yang dipelajari. terdapat arah untuk menulis huruf ketika menjahit huruf dan terdapat papan tulis doktor di bahagian bawah untuk murid tulis semula huruf yang dipelajari. Guru akan bimbing murid untuk tulis dengan betul supaya kesilapan seperti saiz huruf yang bercampur, cara atau arah menulis yang salah dan masalah menulis huruf secara terbalik dapat dikurangkan serta diatasi.
142 5.0 METODOLOGI / PROSES KAJIAN 5.1 Huraian Doktor MulGunJah (Elemen Kurikulum) Doktor MulGunJah akan menggunakan pendekatan pembelajaran Masteri. Abdull Sukor dan Kalaidevi (2012) pendekatan pembelajaran Masteri menjadi satu pendekatan alternatif yang berkesan. Intervensi dijalankan sebanyak dua sesi seminggu. Oleh demikian, dalam setiap sesi intervensi, guru hanya akan mengajar tiga atau empat huruf sahaja sehingga murid mahir. Guru berpendapat murid akan sukar untuk mengingat apa yang diajar jika terlalu banyak huruf diajar dalam satu-satu masa. Kaedah main peranan juga membolehkan murid untuk pakai pakaian doktor dan berlakon menjadi seperti doktor untuk menyelesaikan tugasan selaras dengan elemen didik hibur yang ditekankan KPM. Pembelajaran berpusatkan murid dan bahan dengan murid sendiri belajar kenali huruf kecil bertiang b, d, f, h, k, l dan t yang terdapat dalam kotak Doktor MulGunJah sambil dibimbing guru. Berikut ialah langkah intervensi Doktor MulGunJah. Rajah 5.1.1 Garis masa perlaksanaan Doktor MulGunJah •Lihat data murid pemulihan. •Mengenalpasti masalah utama mereka. •Rancang intervensi 29 - 31 MAC 2022 •Bincang semasa mesyuarat panitia BM. (perlu fokus tahun 2A) • Cipta bahan inovasi untuk murid kenal dan cam huruf bertiang. 4 - 8 APRIL 2022 • Jalankan intervensi Doktor MulGunJah. • Dijalankan 3 minggu iaitu 6 kali kelas. 11-28 APRIL 2022
143 5.3 Cara gunakan Doktor MulGunJah Langkah Aktiviti Gambar 1 - Murid diminta untuk menyarung pakaian doktor dan berperanan sebagai seorang doktor. - Murid juga diberikan Doktor MulGunJah kemudian diajar megenai cara menyebut huruf tersebut dengan sebutan yang betul. (secara melihat pergerakkan mulut guru). - Murid kemudian melihat cermin untuk pastikan kedudukan alat artikulasi mereka sama. 2 - Setelah ingat, murid akan cari huruf tersebut dan gunting dengan betul. mengunting, murid perlu sentiasa menyebut nama huruf yang telah dipelajari dengan betul. 3 - Murid kemudian diberikan benang bewarna dan kemudian menjahit huruf tersebut dengan teliti dan kemas. - Murid perlu menyentuh benang yang telah siap disusun bagi menajamkan lagi ingatan mereka terhadap bentuk huruf tersebut.
144 4 - Dengan melihat huruf pada benang yang disusun, murid perlu menulis huruf tersebut beberapa kali di papan tulis doktor. - Murid akan mengulangi langkahlangkah ini untuk huruf seterusnya. 5.4 Bahan dalam Doktor MulGunJah Cermin untuk murid melihat bentuk mulut mereka. Gambar mulut supaya murid dapat buat bentuk mulut seperti dalam gambar ketika menyebut. Gunting bergerigi, tidak merbahaya untuk murid guna guntinh huruf. Jahit benang juga tidak menggunakan jarum, hanya rantai besi yang selamat.
145 Pen marker guru untuk murid tulis kembali huruf yang telah dipelajari. Papan tulis doktor dari kertas A4 yang dilaminate mudah ditulis dan dipadam kembali. Gambar 5.4.1 Bahan-bahan dalam Doktor MulGunJah
146 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANG JALAN PAHANG, 35000 TAPAH PERAK NO. TEL : 05-4011363 / 05-4010605 NO. FAKS : 05-4013527 / 05-4018701