ISI KANDUNGAN BIL TAJUK MUKA SURAT 1. Pengajaran berasaskan media video dalam pembelajaran berpusatkan pelajar dalam mata pelajaran STPM Matematik (t) untuk meningkatkan daya ingatan dan pemahaman pelajar 6AS tentang konsep Matematik 1 2. Meningkatkan keupayaan pelajar tingkatan Enam Atas Bestari mengingat fakta bab 1 semester 2 menggunakan teknik ‘Open’. 20 3. Keberkesanan Model Sifir Segitiga dalam Operasi Darab dan Bahagi bagi murid Tahun 4 34 4. Mengatasi masalah mengawal dan menarik perhatian murid untuk meningkatkan kemahiran membaca dikalangan murid Prasekolah di Sk Toh Tandewa Sakti 53 5. Penggunaan Kit 'Follow Me' bagi membantu kemahiran menulis huruf asas Bahasa Tamil dalam kalangan murid-murid Prasekolah Sjkt Tun Sambanthan Bidor 73 6. Meningkatkan kemahiran mengikat tali kasut ikatan reben dengan sendiri.menggunakan teknik Bimbingan Secara Berperingkat dalam kalangan murid Pendidikan Khas Sk Bidor 2 113 7. Meningkatkan kemahiran membaca Huruf Hijaiyyah menggunakan Komik dalam kalangan murid Tahun1 Bukhari di Sk Haji Hassan 123
SEJALUR AMANAT, PENGGALAK SEMANGAT Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Tahniah dan syabas kepada Unit Pemulihan Khas, Sektor Pembelajaran atas inisiatif memberi bimbingan kepada guru-guru sehingga terhasilnya satu penulisan lengkap Kajian Tindakan pada Tahun ini. Kajian tindakan adalah satu kajian yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan oleh peserta iaitu pengamal pendidikan, guru atau pendidik sebagai penyelidik dalam situasi sosial itu sendiri. Sebagai penyelidik, mereka melaksanakan tindakan praktik (intervensi) bertujuan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti amalan masing-masing, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan. Ia melibatkan proses membuat refleksi, merancang, melaksanakan dan memerhati. Melalui kajian tindakan, diharapkan guru dapat mereflek masalah yang mereka hadapi, memungut dan menganalisis data dan melaksanakan perubahan terhadap amalan mereka berdasarkan dapatan-dapatan yang diperolehi. Kajian tindakan menjurus kepada matlamat menjalankan penyelidikan tindakan, iaitu atas keinginan dan kecenderungan guru untuk membaiki kualiti amalan atau pengajaran pembelajaran serta situasi kerja. Sehubungan dengan itu, guru dapat mengatasi masalah yang dihadapinya dalam konteks amalan mereka sendiri. Disamping itu kajian tindakan meningkatkan sokongan dan dorongan profesional kepada guru-guru bagi membudayakan kajian tindakan. OSMAN BIN MOHAMMED BAHARI, AMP. PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANG.
PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH TIMBALAN PEGAWAI SEKTOR PEMBELAJARAN EN.MOHAMAD HILMI BIN MISWAN PENOLONG PEGAWAI PEMULIHAN KHAS DR HAJAH NORAAZIAN BT OSMAN PN.ITAERDAYU BT SHAHIDAN PN.AZAHZUHRAH BT AZHARI PN ELYANA BT AZMEE PENYUMBANG ARTIKEL LIM YIET PIM MOHD AZLAN BIN MOHD NOOR SELVARANI A/P UTRHA KUMARAN KIRTANAH A/P RAVINTHRAN YOGAM A/P MUTHUSAMY NIRMALA A/P VASU NURSURYATI BT YAAKUB NUR AIN BT ABDUL KADIR SITI FATIMAH BT AHMAD MUHAMMAD BASID FITRI BIN HAMID LATIF EDITOR TEKNIKAL DAN URUS SETIA NURUL NAHIJAH BT MOHD ZAINAL NOR ZAKARIA BT WAHI MASYITAH BT TARMIZI ANWAR BT ABDUL RAHIM NOR AZUAN BIN HASSIM
1 PENGAJARAN BERASASKAN MEDIA VIDEO DALAM PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN STPM MATEMATIK (T) UNTUK MENINGKATKAN DAYA INGATAN DAN PEMAHAMAN PELAJAR 6AS TENTANG KONSEP MATEMATIK LIM YIET IM Kolej Tingkatan Enam Tapah, Tapah, Perak [email protected] ABSTRACT Mengikut buku laporan peperiksaan STPM Majlis Peperiksaan Malaysia, peratusan kegagalan dengan Gred F adalah sangat tinggi untuk mata pelajaran Matematik (T) STPM. Keadaan ini telah berlarutan untuk beberapa tahun dan menjadi lebih ketara sejak serangan Covid-19. Pelajar mendapati mereka sukar untuk memahami konsep Matematik dalam sukatan pelajaran dan lagi sukar untuk memahami kehendak soalan yang diberi. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan kaedah tontonan video secara berulang dalam pengajaran dan pembelajaran untuk menperkukuhkan ingatan pelajar 6AS tentang konsep matematik dalam sukatan pelajaran STPM Matematik (T). Di samping itu, kajian ini dijalankan untuk mengurangkan jurang pemahaman pelajar tentang tajuk atau konsep baharu yang diperkenalkan di dalam kelas. Sampel kajian ini terdiri daripada 12 orang pelajar dari kelas 6AS yang sedang mengikuti pengajian di Kolej Tingkatan Enam Tapah, Perak, sesi pengajian 2021/2022. Selepas penggunakan intevensi ini, pelajar didapati lebih aktif di dalam kelas dan menjawab soalan yang disampaikan dengan lebih spontan. Penggunaan media video yang boleh diulang tayang dalam VMtK, telah berjaya meningkatkan keputusan pelajar secara signifikan. Pelajar didapati lebih yakin semasa menjawab soalan dan dapat mengolah jawapan serta menghasilkan jalan kerja yang lebih tepat mengikut kehendak skema permarkahan STPM Matematik (T). Kata kunci: media video, video pembelajaran, ingatan, pengajaran dan pembelajaran, Virtual Mathematic (T) Kit (VMtK)
2 1.0 PENDAHULUAN Pemilihan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dalam kelas amat penting bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran murid selepas musim PdPr. Teknik pengajaran dan pembelajaran menggunakan bantuan video dapat membantu para pelajar mencapai objektif pengajaran guru dan seterusnya meningkatkan penguasaan ilmu yang disampaikan. Penggunaan unsur grafik dan warna secara langsung dapat menarik perhatian pelajar. Unsur ini penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mempertingkatkan kefahaman dan menghindar salah anggapan dan tafsiran terhadap suatu topik yang diajar. Media video perlu dilihat sebagai suatu yang dinamik yang dapat merangsang tindak-balas luaran atau dalaman yang boleh mempengaruhi minat seseorang terhadap aktiviti pembelajaran. Proses pengajaran selepas penggunaan media video sebelum kelas, dapat berjalan lancar di samping memudahkan kefahaman dan menarik minat serta mempertingkatkan mutu pembelajaran pelajar. Kenyataan ini juga disokong dengan penjelasan Noorazman Abd Samad, Nizamuddin Razali, Wan Mohd Rashid Wan Ahmad, Fatimah Jaafar, Affero Ismail, Erfy Ismail & Hairuddin Harun (2018), dalam penulisan kajian tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menyatakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) boleh dijadikan salah satu alat bantu mengajar sememangnya tepat dalam usaha meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dalam konteks kajian International Society for Technology in Education (ISTE, 2007) telah membangunkan satu piawaian iaitu National Educational Technology Standards for Students (NETS.S) agar lebih memfokus kepada aspek kemahiran dan kepakaran menggunakan teknologi masa kini demi memenuhi tuntutan pembelajaran abad ke-21 yang mengharapkan pelajar menggunakan media digital untuk berkomunikasi, berinteraksi, berkolaborasi serta berkongsi maklumat bersama rakan-rakan dengan menggunakan pelbagai media digital. Dapat dilihat di sini bahawa penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat merupakan di antara kemahiran abad ke-21 perlu diterapkan di kalangan pelajar demi memenuhi tuntutan masa depan. Namun, guru memainkan peranan penting dalam penerapan kemahiran ini dalam diri pelajar. Kaedah penggunaan video ini dilihat memberi potensi yang amat besar sekiranya digunakan oleh pelajar. Pelajar- pelajar tingkatan enam adalah dari golongan remaja yang gemar meneroka sesuatu yang baru di dalam pembelajaran mereka dan menjadi cepat bosan jika hanya tertumpu kepada aktiviti seperti menggunakan bahan pembelajaran berasaskan buku teks semata-mata. Dapatan kajian Noriah, Rosadah dan juga Siti Rahaya (2009) memperkukuhkan bahawa remaja-remaja ini mempunyai keperluan khas yang berlainan daripada pelajar-pelajar dari sekolah aliran perdana.
3 Di dalam jurnal hasil penulisan Sokhibul Anshor ( 2015 ) bertajuk Penggunaan Media pembelajaran berbasis Video Terhadap Aktiviti dan Hasil Belajar Geografi, beliau menyatakan bahawa media video merupakan salah satu dari media audio-visual, di mana media ini menggabungkan dari beberapa indera manusia, pelajar tidak hanya mendengarkan apa yang dijelaskan gurunya saja tetapi juga melihat kenyataan-kenyataan apa yang ditampilkan oleh gurunya dalam media tersebut. 2.0 PERNYATAAN MASALAH Perubahan pesat dalam dunia pendidikan pada musim Covid-19 ini menyebabkan pendekatan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran perlu diubah-suaikan dengan perkembangan yang berlaku. Masalah utama yang saya hadapi ialah kepelbagaian tahap pemahaman pelajar terhadap topik yang telah diajar semasa pembelajaran di dalam talian. Selepas pelajar kembali ke sekolah selepas PdPr, adalah didapati bahawa terdapat jurang pencapaian pelajar yang sangat besar di kalangan pelajar 6AS yang telah dapat saya kesan semasa ujian pra 1 yang telah dikendalikan pada hari pertama pelajar- pelajar saya kembali ke kelas bersemuka. Pelajar yang tercicir semasa PdPr kerana masalah internet di kawasan perumahan mereka pula mendapati bahawa diri mereka sukar untuk memahimi topik-topik baharu yang diajar semasa kelas bersemuka kerana di dalam sukatan pelajaran Matematik (T) STPM, topik-topik ini adalah saling berkait. Kuiz Mengejut ‘Spot Test’ - Tanpa Persediaan ( Ujian Pra 1) Jurang markah dari 100% hingga ke 0% Selepas ujian Pra pertama, adalah didapati bahawa hanya seorang pelajar mencapai markah 100%, 2 orang pelajar mencapai markah lebih kurang 20% , 5 orang pelajar yang mencapai markah lebih kurang 10% dan ada seorang yang mencapai markah 0%. Jurang perbezaan antara pelajar-pelajar ini adalah teramat ketara seperti ditunjukkan dalam Rajah 1 di bawah
4 Pada asalnya, saya beranggapan jurang ini adalah berkemungkinan bahawa pelajar yang baru kembali dari PdPr masih belum bersedia untuk menghadapi peperiksaan. Saya telah memberi masa seminggu untuk membuat ulang-kaji topik pertama Semester 2 yang telah diajar semasa PdPr. Keputusan yang saya perolehi adalah seperti yang ditunjukkan di bawah: Ujian Pra ke-2 - Selepas Persediaan Seminggu Jurang markah dari 100% hingga ke 0% Selepas diberikan masa seminggu untuk membuat ulangkaji, keputusan yang diperolehi ialah Pelajar yang sama masih mencapai markah 100%, seorang yang memperoleh markah lebih kurang 70%, 5 orang pelajar mencapai markah lebih kurang 40% , 2 orang pelajar mencapai markah lebih kurang 20%, 2 orang mendapat markah lebih kurang 10% dan pelajar yang sama masih mendapat 0%. Jurang perbezaan markah mereka masih amat ketara seperti ditunjukkan dalam Rajah 2 di bawah. Selepas menemuduga pelajar-pelajar saya, saya mendapati bahawa cara mereka belajar semasa PdPr menjadi penyumbang terbesar jurang markah ini. Ada pelajar yang menggemari pembelajaran kendiri dan ada pula yang sesuai dengan pembelajaran secara kolaboratif. Hasil temuduga juga telah menunjukkan bahawa, pelajar-pelajar yang tercicir tidak dapat memahami konsep matematik yang diajar semasa PdPr kerana masa pengajaran yang terlalu singkat, kurang dari 60 minit sehari, 4 hari seminggu berbanding 80 minit sehari, 4 hari seminggu. Bilangan contoh soalan yang sedikit dan masa yang singkat adalah penyumbang utama perbezaan tahap pemahaman pelajar-pelajar saya.
5 Dari keputusan ujian pra kedua ini, adalah didapati bahawa tahap pemahaman pelajar terhadap isi kandungan yang diajar semasa PdPr adalah sangat berbeza. Pelajar tidak memahami konsep yang boleh mereka gunakan untuk menjawab soalan yang diberi dan tidak mengetahui teknik menjawab soalan yang mengikut taraf permarkahan skema Majlis Peperiksan Malaysia. Sekiranya masalah ini tidak di atasi, saya akan menghadapi kesukaran untuk mengajar topik lain dan teknik penyelesaian masalah Matematik yang lebih sukar. Pelajar yang tercicir pula, mungkin akan hilang minat menamatkan pendidikannya di tingkatan enam. 3.0 TINJAUAN LITERATUR Merujuk kepada isu yang diperhatikan semasa kelas bersemuka, saya telah merujuk kepada kepentingan kemahiran pembelajaran kendiri dalam meningkatkan pemahaman konsep matematik dan intervensi yang perlu ada untuk menerapkan tabiat pembelajaran kendiri dalam diri pelajar supaya jurang pemahaman pelajar dapat dikurangkan untuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. 3.1 Penggunaan Media Video Sebagai Media Pembelajaran Kendiri Dalam penulisan Arif Yudianto (2017), Penerapan Video Sebagai Media Pembelajaran, Program Pendidikan Teknologi Informasi, Univerisiti Muhammadiyan Sukabumi, beliau mencatatkan bahawa dengan gabungan teks, gambar (image), suara (audio) dan animasi, pelajar dapat menyaksikan sesuatu peristiwa yang tidak biasa disaksikan dan ini akan membina minat dan perasaan ingin tahu pelajar. Videovidio yang boleh dimainkan semula berulang kali mengikut keperluan pemahaman mereka akan membenarkan pelajar mempelajari mengikut kemampuan mereka. Mengikut beliau media video boleh menanam minat serta motivasi pelajar untuk terus belajar. Di dalam kajian beliau, beliau terus menerangkan bahawa pembelajaran menggunakan media video akan lebih cepat diserap oleh pelajar kerana penayangan berupa cahaya titik fokus dapat mempengaruhi fikiran dan emosi manusia. Dengan mendengar suara yang ceria dan senyuman penyampai video, secara langsung dapat mempengarui emosi dan psikologi pelajar untuk terus meminati mata pelajaran yang disampaikan.
6 Dalam penulisan Nur Fatin Shamimi Che Ibrahim1 , Nur Farahkhanna Mohd Rusli1* , Mohd Ra’in Shaari1 , Kesavan Nallaluthan 2 (2020) Persepsi Pelajar terhadap Aplikasi Multimedia Interaktif dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21 Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia, mereka telah membuat kesimpulan bahawa bahawa penggunaan multimedia interaktif sebagai salah satu medium dalam proses pengajaran dan pembelajaran abad ke- 21 dapat memberi kesan yang positif kepada pelajar. Penggunaan bahan multimedia interaktif oleh guru bukan sahaja dapat menarik minat pelajar untuk terus aktif mengikuti pembelajaran di dalam kelas, sebaliknya pelajar juga akan lebih fokus dan lebih faham terhadap kandungan mata pelajaran yang dipelajari apabila guru menggunakan elemen seperti video, grafik, audio dan animasi berbanding penggunaan teks yang bersifat deskriptif semata-mata. Catatan mereka juga memaparkan kajian Norhasyimah Hamzah, Arihasnida Ariffin, Siti Nurkamariah Rubbani & Tamil Selvan Subramanian (2018) yang berpendapat bahawa perkembangan teknologi yang kian pesat ini memerlukan penggunaan perisian multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran dimana ia merupakan suatu pendekatan yang bertujuan untuk melahirkan generasi yang celik maklumat. Mereka juga menyatakan bahawa Fazillah Mohamed Ismail dan Tengku Nurhudah T. M. Khalib (2020) turut berpendapat bahawa penggunaan ICT merupakan kemahiran abad ke-21 yang penting dan diperlukan kerana penggunaan medium tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran ternyata memberi kesan positif terhadap hasil pencapaian pelajar selain menggalakkan pembelajaran kendiri, meningkatkan pengetahuan dan motivasi intrinsik pelajar selain dapat membina keyakinan diri. Dalam erti kata lain, anjakan paradigma diperlukan dengan menerapkan penggunaan teknologi dalam kalangan pendidik di institusi pendidikan yang bukan sering digunakan di institusi pengajian tinggi semata-mata, sebaliknya boleh diguna pakai di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah untuk kebaikan para pendidik dan para pelajar itu sendiri. 3.2 Tabiat Pembelajaran Pelajar Abad Ke-21 Dalam pembentangan kajian Norazlin Mohd Rusdin’ dan Siti Rahaimah Ali (2019), bertajuk Amalan dan Cabaran Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-12 di Proceeing of the International Conference mereka mencatatkan bahawa pengintegrasian teknologi matlumat dan media serta menjadikannya bertepatan dengan pedagogi juga teknik pengajaran akan mempermudah dan menyokong murid mencapai
7 kemajuan dan pembelajaran abad ke-21. Malah, pengintegrasian teknologi menawakan peluang kepada murid untuk menguasai kemahiran-kemahiran abad ke21 seperti kemahiran kolaborasi, kemahiran maklumat dan pembelajaran akses kendiri. Kemampuan guru melaksanakan proses pengajaran dengan bantuan teknologi dapat mempengaruhi hasil pembelajaran pelajar. Pelajar akan dapat menguasai standard kandungan dan standard pembelajaran. Pengetahuan sedia ada pelajar akan dapat ditingkatkan kerana media video menyediakan resos dan pemilihan kombinasi strategi dan kemahiran yang bersesuaian dengan keperluan diri pelajar. Tambahan pula, pembelajaran akan menjadi lebih bermakna melalui pendekatan ‘learning by doing’ di mana pelajar akan dirangsang pemikiran mereka dengan soalan- soalan matematik yang lebih mencabar semasa pengajaran jika pengetahuan asas mereka terhadap sesuatu konsep telah kukuh. Jika kita rujuk kepada teknik pembelajaran remaja kini, mereka ini mempunyai cara dan juga strategi yang berbeza dengan rakan-rakan mereka yang dari aliran perdana di dalam pembelajaran. Sebagai contoh senario pendidikan di Malaysia tidak menekankan kepada perbezaan pembelajaran (dif erentiated learning) yang dapat dimanfaatkan oleh pelajar tingkatan enam. Tanpa mengira lokasi dan tempat tinggal, semua remaja, termasuk pelajar tingkatan enam ini memerlukan satu pendekatan berbeza yang dapat meningkatkan tahap pembelajaran mereka selaras dengan kebolehan mereka yang boleh belajar di aras kognitif yang lebih tinggi. Selain daripada itu, kajian Jamalludin & Zaidatun (2003) telah menyatakan terdapat pelajar yang gemar belajar, sama-ada secara visual atau menggunakan audio. Seterusnya terdapat kalangan murid yang sama ada menggemari kaedah penerokaan bagi mencapai maklumat atau mengakses maklumat terus tanpa perlu mencarinya. 4.0 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN Merujuk kepada permasalahan saya di atas, saya telah melaksanakan kajian tindakan berdasarkan model Kemmis & McTaggert (1988) mengikut Rajah 3 di bawah.
8 Kitaran ini akan berulang selagi objektif belum dicapai. 5.0 TUJUAN Kajian ini bertujuan untuk mengurangkan jurang pemahaman pelajar tentang tajuk atau konsep baharu yang diperkenalkan di dalam kelas. 6.0 OBJEKTIF Objektif kajian ini adalah : 1. Membangunkan alat bantu mengajar yang dapat mengurangkan jurang pemahaman pelajar terhadap suatu konsep baharu yang diajar. 2. Mengkaji keberkesanan penggunaan kaedah tontonan video secara berulang dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mengukuhkan ingatan pelajar terhadap konsep matematik. 7.0 METODOLOGI KAJIAN Kajian tindakan ini mengikut kerangka Model Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart yang mengikuti langkah sistematik seperti berikut: a) Membuat Pemerhati untuk mengenalpasti isu - Menganalisis markah ujian Pra pertama dan kedua - Membuat pemerhatian dan melihat respond pelajar kepada soalan-soalan verbal yang diberikan di dalam kelas - Merekod data proses pemerhatian.
9 b) Membuat Refleksi - Refleksi Kendiri : Mengenal-pasti dan menyenaraikan kelemahan semasa PdPr dan semasa PdPc - Refleksi terhadap bahan inervensi : Mencari kelemahan yang ada pada bahan Virtual Mathematics (T) Kit (VMtK). c) Membuat Perancangan - Intervensi : Virtual Mathematics (T) Kit (VMtK) Indikator / Petunjuk Kejayaan Intervensi : i) Penilaian hasil kerja pelajar dan ujian Pos ii) Keputusan STPM Semester 1 2 d) Melaksanakan Tindakan - Memperkenalkan Virtual Mathematics (T) Kit (VMtK) kepada pelajar dan membuat taklimat teknik penggunaan VMtK - Membuat pemerhatian semula - Membuat refeksi semula - Memperbaiki kelemahan VMtK 7.1 Profil Responden Responden kajian terdiri daripada 12 6AS dari Kolej Tingkatan Enam Tapah, Perak. Daripada aspek jantina, majoriti responden merupakan pelajar lelaki (n = 8, 66.7%) berbanding dengan pelajar perempuan (n = 6, 33.3%). Taburan ini merupakan fenomena biasa di kebanyakan pelajar kolej jurusan kejuruteraan di Malaysia di mana bilangan pelajar lelaki adalah lebih tinggi daripada pelajar perempuan. Daripada aspek bangsa pula didapati bahawa terdiri daripada 3 kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Didapati bahawa responden yang paling tinggi dalam kajian ini ialah terdiri daripada kaum Cina dengan (n = 9, 75.0%) diikuti dengan kaum Melayu ( n = 2, 16.7%) dan India (n = 1, 8.33%). Ini adalah berdasarkan majoriti pelajar yang belajar di aliran Sains di Kolej Tingkatan Enam Tapah adalah dari kalangan pelajar Cina dan diikuti oleh kaum lain. Profil lengkap responden sampel kajian dibentangkan dalam Jadual 1. JADUAL 1 Profil Responden Latar Belakang Kategori Bil Sample N = 12 % Jantina Lelaki 8 66.7 Perempuan 4 33.3 Bangsa Melayu 2 16.7 Cina 9 75.0 India 1 8.33
10 7.2 Kaedah Mengutip Data / Kronologi Kajian Tindakan JADUAL 2 8.0 HURAIAN LANGKAH INTEVENSI 8.1 Bahan Yang Digunakan Untuk Menghasilkan Menangani Masalah Untuk menghasilkan Virtual Mathematics (T) Kit (VMtK) saya hanya memerlukan komputer riba saya dan kemahiran membuat video, kemahiran memuatkan bahan ke google drive serta aplikasi untuk menghasilkan kod QR yang percuma dan senang diperolehi. Sila Scan Untuk Ke Pautan Video 1. Pelajar akan dinasihatkan untuk merujuk kepada buku rujukan Ace Ahead Semester 2 yang telah mereka beli. Mereka perlu membuat nota tentang formula yang diperlukan dan memahami contoh-contoh yang diberikan dalam buku tersebut. 2. Setiap pelajar akan dibekalkan pautan URL ke Virtual Mathematics (T) Kit sebagai contoh : https://rb.gy/rv0er4 3. Virtual Mathematics (T) Kit (VMtK) akan diletakkan di dalam google drive. Tarikh Kaedah Dapatan / Tujuan 9 November 2021 Kaedah Pemerhatian Hari pertama pelajar kembali ke kelas bersemuka selepas PdPr berlangsung sejak permulaan Semester dahulu. Dari pemerhatian yang dibuat, adalah didapati bahawa pelajar mempunyai pemahaman yanberlainan mengenai cara melakarkan graf fungsi yang diberi. Setiap pelajar mempunyai pemahaman konsep yang berlainan untuk graf yang perlu dilukis
11 Bahan-bahan PDF di dalam VMtK boleh dibuka dari computer atau telefon bimbit mereka. Bahan tersebut juga boleh dicetak jika dirasakan perlu. Contoh Bahan PDF Di dalam pautan URL : 4. Selepas membuka PDF memgikut tajuk yang mereka perlukan, pelajar terlebih dahulu perlu mencuba soalan yang diberi.
12 Contoh pdf di dalam Virtual mathematics (T) Kit 5. Selepas mereka membuat soalan tersebut, mereka boleh mengimbas QR kod yang disediakan di sebelah kanan atas bahan PDF tersebut untuk menyemak jawapan mereka atau mendapatkan penerangan lanjut dari video Youtube saya dari Channel Teacher Im . 6. Pelajar boleh menyemak jawapan jika mereka telah menyiapkan kerja Matematik tersebut atau jika mereka tidak faham apa yang mereka baca dari buku mereka boleh menggunakan video tersebut sebagai sesi pembelajaran ilmu asas sebelum PdPR sebenar berlangsung. 7. VMtK boleh digunakan oleh pelajar-pelajar pada bila-bila masa yang bersesuaian dengan mereka seperti yang ditunjukkan oleh analitik di bawah. Video-video ini juga boleh ditonton berulang kali sehingga pelajar itu memahami konsep dan kaedah yang ingin diajar oleh guru.
13 9.0 DAPATAN KAJIAN TINDAKAN Keputusan Ujian Pos Jurang markah dari 9% ke 100% Selepas hampir satu bulan VMtK diperkenalkan, keputusan yang diperolehi amatlah memberangsangkan. Pelajar yang sama masih mencapai markah 100%, tiga orang pelajar telah memperolehi markah lebih kurang 80% ke atas, seorang yang memperoleh markah lebih kurang 70% ke atas, 4 orang pelajar mencapai markah lebih kurang 60% ke atas , seorang pelajar mencapai markah lebih kurang 10% ke atas, dan pelajar yang yang mendapat 0% juga dapat memperolehi 9%. Walaupun sedikit kenaikannya tetapi bagi saya ia masih adalah sesuatu peningkatan. Jurang perbezaan markah mereka telah dapat didekatkan dan
14 pencapaian pelajar telah menunjukkan mereka telah lebih memahami konsep yang telah diajar. Ringkasan keputusan ini dapat dilihat pada Rajah 4 di bawah. Rajah 4 Rajah 5 Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Dari Rajah 5 di atas, adalah didapati bahawa VMtK dapat meningkatkan tahap pemahaman pelajar terhadap sesuatu konsep. Data menunjukkan bahawa kualiti markah pelajar telah meningkat dan pelajar dapat memperbaiki mutu jawapan mereka. Selepas penggunaan VMtK, pelajar juga telah menjadi lebih aktif menjawab soalan di dalam kelas dan lebih responsif. Mereka menjadi lebih yakin dengan jawapan mereka kerana setiap pelajar telah menguasai pengetahuan asas yang dikehendaki sebelum mereka memasuki kelas untuk mendapatkan pengajaran baru. Sikap mereka terhadap matapelajaran Matematik juga telah berubah dan mereka menjadi lebih ceria di dalam kelas berbanding sebelum penggunaan VMtK. Selepas keputusan STPM Semester 1 diumumkan, adalah didapati bahawa
15 pelajar-pelajar ini yang menggunakan VMtK secara konsisten mempunyai keputusan yang lebih cemerlang berbanding senior mereka yang tidak menggunakan VMtK. Kenyataan ini dapat dilihat dari perbandingan markah Keputusan STPM Semester 1 tahun 2021 dan Keputusan STPM Semester 1 pelajar 2022 dalam Jadual 3 di bawah. Selepas penggunaan VMtK, peratusan pelajar yang lulus penuh telah dapat ditingkatkan dari 33.3% pada tahun 2021 ke 58.33% pada tahun 2022 dengan peningkatan sebanyak 25%. Bilangan pelajar cemerlang yang memperolehi A atau A- pula telah meningkat dari 0% pada tahun 2021 ke 16.7% pada tahun 2022. Jumlah pelajar yang gagal juga dapat dikurangkan dari 26.67% pada tahun 2021 ke 16.67% pada tahun 2022 iaitu penurunan sebanyak 10%. Secara keseluruhan, kuantiti pelajar lulus dengan minima gred C telah meningkat dan kualiti keputusan juga telah meningkat selepas penggunaan VMtK. JADUAL 3 Perbandingan Di antara Keputusan STPM Semeseter 1, 2021 dengan Keputusan Semester 1, 2022 TAHUN 2021 2022 ( VMtK ) GRED BIL % BIL % A 2 16.70 AB+ 1 8.33 B 2 13.33 3 25.00 B- 1 6.67 1 8.33 C+ 1 6.67 C 1 6.67 C- 3 20.0 1 8.33 D+ 2 13.33 1 8.33 D 1 6.67 1 8.33 F 4 26.67 2 16.67 TOTAL 15 12 Secara kesimpulannya VMtK telah dapat meningkatkan prestasi pelajar dan meningkatkan pemahaman pelajar terhadap konsep-konsep Matematik dengan tontonan video berulang kali dan pembelajaran kendiri sebelum memasuki kelas.
16 10.0 ISU / MASALAH YANG DITANGANI OLEH KAJIAN TINDAKAN INI JADUAL 4 11.0 KESIMPULAN Penggunaan multimedia kebiasannya menerapkan elemen teks, grafik, audio dan video merupakan penyebab ke arah penerimaan positif di kalangan 12 pelajar 6AS. Perubahan pesat dalam dunia pendidikan menyebabkan pendekatan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran perlu disesuaikan dengan perkembangan yang berlaku. Masalah utama yang dihadapi pendidik adalah kepelbagaian murid Bil Isu / Masalah Keberkesanan 1 Bilangan soalan yang dapat dibincangkan di dalam kelas adala terlalu sedikit menyebabkan pelajar kurang faham isi kandungan mata pelajaran Matematik (T) . VMtK dapat menyediakan pelajar dengan pengetahuan asas tentang sesuatu topik yang bakal diajar. Semua formula matematik dan cara penggunaanya boleh diterangkan dahulu dalam VMtK. Ini memudahkan pelajar memahami soalan yang lebih rumit yang akan dibincangkan di dalam kelas. VMtK juga dapat meningkatkan minat pelajar untuk terus meneroka konsep matematik yang dipelajari dengan lebih mendalam. 2 Jurang daya kemampuan pelajar untuk menyelesaikan masalah matematik adalah terlalu besar di antara pelajar cemerlang, sederhana dan lemah. Semasa waktu pengajaran, guru tidak dapat mendampingi setiap pelajar-pelajar yang lemah dan memberi ‘personal touch’ kepada mereka. Dengan VMtK, setiap pelajar seakan-akan mempunyai seorang guru yang boleh mengajar mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja. VMtK dapat mengurangkan jurang daya kemampuan pelajar kerana setiap pelajar yang menggunakan VMK dengan kaedah yang betul akan mempunyai pengetahuan asas tentang topik yang bakal diajar. Ini akan memudahkan setiap pelajar memahami isi kandungan matapelajaran Matematik (T) di dalam kelas.
17 khususnya daripada aspek teknik mereka belajar. Ada murid yang menggemari pembelajaran kendiri dan ada pula yang sesuai dengan pembelajaran secara kolaboratif. Selain daripada itu, kajian ini telah menunjukkan terdapat kalangan murid-murid yang belajar secara visual dan ada murid yang perlu menggunakan audio. Seterusnya ada murid yang menggemari kaedah penerokaan bagi mencapai maklumat dan ada juga murid yang ingin maklumat terus tanpa perlu mencarinya. Dapatan kajian ini menunjukkan dengan penambahan elemen penggunaan video sebelum kelas bersemuka, ia membolehkan pelajar meningkatkan pemahaman mereka tentang konsep matematik yang diajar. Pengintegrasian elemen multimedia sangat membantu kerana elemen multimedia menerapkan banyak media seperti teks, grafik, audio dan video. Elemen multimedia ini menjadi perangsang bagi pelajar meneruskan pembelajaran mereka dan meningkatkan pemahaman mereka tentang konsep dan teknik yand diperkenalkan dalam suatu topik. Pendekatan penggunaan media video juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan keupayaan murid untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran yang mereka perlukan. Dari sudut guru Matematik (T) pula, kami berhadapatan dengan kurikulum yang padat dan isu peperiksaan berpusat di mana guru perlu menghabiskan silibus dan menyediakan murid untuk peperiksaan. Oleh itu, jika pelajar dapat mempunyai kepengetahuan asas yang kukuh sebelum kelas, dimulakan, ia akan dapat membantu meningkatkan kualiti hasil pengajaran dan pembelajaran pelajar. 11.1 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA Hasil daripada analisis dokumen dan tinjauan kajian saya ini, saya dapati walaupun kuantiti dan kualiti pelajar telah dapat ditingkatkan akan tetapi pelajar-pelajar yang lemah masih lagi tidak dapat menguasai konsep matematik yang boleh membantu mereka menguasai kemahiran menjawab soalan aras tinggi dalam kertas peperiksaan Matematik (T) STPM. Dengan itu, untuk memperbaiki intervensi saya supaya menjadi lebih berkesan, saya masih perlu mengkaji bebeberapa perkara berikut : 1. Adakah persepsi pelajar terhadap penggunaan media video mempengaruhi
18 kejayaan VMtK. 2. Adakah masalah kekurangan dana dan kelajuan rangkaian internet mempengaruhi minat pelajar untuk menggunakan VMtK sebagai bahan persediaan mereka untuk menghadapi topik baharu. Akhir kata, saya adalah besar harapan saya yang kajian dan intervensi saya ini dapat dimanfaatkan dan dapat membantu meringankan beban guru-guru di dalam proses pengajaran mereka. 12.0 PENGHARGAAN Kajian ini telah mendapat sokongan daripada Pengetua dan pelajar Kolej Tingkatan Enam Tapah sebagai salah satu kolej tingkatan enam yang menyediakan pembelajaran yang terbaik bagi pelajar tingkatan enam yang akan menduduki peperiksaan STPM. Di sini juga saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelajar dari kelas 6AS yang sudi menjadi responden kajian tindakan saya ini. Semoga kajian ini dapat memberi manfaat bersama pada bidang pendidikan kini dan pada masa akan datang.
19 RUJUKAN Arif Yudianto (2017), Penerapan Video Sebagai Media Pembelajaran, Program Pendidikan Teknologi Informasi, Univerisiti Muhammadiyan Sukabumi. Fazillah Mohamed Ismail dan Tengku Nurhudah T. M. Khalib. (2020). Penggunaan ICT dalam Pembelajaran InteraksiLisan. Muallim Journal of Social Science and Humanities (MJSSH), Vol. 4(2), 137-149 International Society for Technology in Education (ISTE, 2007) telah membangunkan satu piawaian iaitu National Educational Technology Standards for Students (NETS.S) Norazlin Mohd Rusdin’ dan Siti Rahaimah Ali (2019), bertajuk Amalan dan Cabaran Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-12 di Proceeing of the International Conference Noorazman Abd Samad, Nizamuddin Razali, Wan Mohd Rashid Wan Ahmad, Fatimah Jaafar, Affero Ismail, Erfy Ismail & Hairuddin Harun (2018), kajian tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Norhasyimah Hamzah, Arihasnida Ariffin, Siti Nurkamariah Rubbani & Tamil Selvan Subramanian. (2018). Pembangunan koswer pembelajaran berbantukan komputer bagi topik proses penerbitan animasi. Online Journal for TVET Practitioners. Vol.3, No.2, 1-9 Nur Fatin Shamimi Che Ibrahim1, Nur Farahkhanna Mohd Rusli1*, Mohd Ra’in Shaari1, Kesavan Nallaluthan2 (2020) Persepsi Pelajar terhadap Aplikasi Multimedia Interaktif dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21 Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia Sokhibul Anshor ( 2015 ) Penggunaan Media pembelajaran berbasis Video Terhadap Aktiviti dan Hasil Belajar Geografi
20 MENINGKATKAN KEUPAYAAN PELAJAR TINGKATAN ENAM ATAS BESTARI MENGINGAT FAKTA BAB 1 SEMESTER 2 MENGGUNAKAN TEKNIK ‘OPEN’. MOHD AZLAN BIN MOHAMAD NOOR Guru Akademik Tingkatan Enam Kolej Tingkatan Enam, Tapah ABSTRAK Kajian ini dibuat untuk melihat kesan menggunakan teknik One Page Note (OPEN) atau Nota Satu Muka Surat dalam kalangan pelajar tingkatan enam atas pengajian perniaga kelas 6 Atas Bestari ( 6 AB) dalam mengingat fakta dalam Bab 1 Semester 2 iaitu Pengurusan. Kajian ini dilaksanakan dengan tujuan melihat keupayaan pelajar mengingat fakta terutamanya fakta khusus semaksimum mungkin dalam masa yang paling singkat. Bab ini sering dianggap sebagai bab yang sukar dalam subjek Pengajian Perniagaan Semester 2 kerana mengandungi bilangan fakta yang amat banyak. Oleh kerana pelajar mempunyai hanya sedikit pengetahuan sedia ada berkaitan bab ini, maka teknik ini dilaksanakan bagi membantu pelajar mengingat fakta terutamanya fakta khusus dengan lebih baik melalui bacaan nota sesingkat dan sekerap mungkin. Kajian ini dijalankan selama 15 hari iaitu bermula pada 6 sehingga 20 Julai 2022. Kutipan data dibuat sebanyak dua kali iaitu pada 6 Julai 2022 dalam ujian pra dan pada 14 Julai 2022 untuk ujian pos. Pelajar diberikan ujian pra, melaksanakan teknik dan menjalankan ujian pos untuk melihat keberkesanan teknik ini. Secara umum boleh dikatakan teknik ini telah membantu pelajar untuk mengingat fakta terutamanya fakta khusus dengan lebih baik. Kata kunci: One page Note, Tingkatan 6, Fakta khusus
21 PENDAHULUAN Lupa adalah sifat semulajadi manusia. Ini kerana manusia sentiasa memasukkan memari baharu ke dalam gedung simpanan otaknya setiap masa. Oleh kerana itu, memori yang telah lama akan ditutup oleh memori baharu masa demi masa dan akhirnya mengakibatkan memori itu gagal dikeluarkan apabila diperlukan, atau disebut sebagai lupa. Ebbinghaus (1885) telah memperkenalkan Keluk Terlupa (The Forgetting Curve) yang menunjukkan kehilangan memori manusia sedikit demi sedikit akibat peredaran masa. Beliau juga telah memecahkan memori kepada memori jangka pendek dan memori jangka panjang. Tanpa ulangan, dianggarkan kehilangan memori hampir 90% dalam masa tujuh hari. Rajah 1 : Keluk Terlupa Ebbinghaus Murre (2015) dan pasukannya telah membuat kajian lanjut dan mengekstrak semula hasil kajian Ebbingaus (1885) dan menterjemahnya semula dalam bentuk keluk yang lebih jelas dan terperinci. Ia menunjukkan tahap terlupa yang berlaku dan kesan terhadap terlupa dengan membuat proses ulangan pada tempoh tertentu.
22 Rajah 2 : Keluk Terlupa dan Memori Murre Berdasarkan dapatan yang diekstrak oleh Mure (2015), adalah penting untuk membuat ulangan dengan bilangan tertentu untuk menguatkan ingatan. Disarankan sekurang-kurangnya membuat 3 kali ulangan untuk mengelakkan kelupaan. Rasch (2013) telah membuat kajian lebih klinikal bagi melihat bagaimana proses ulangan akan membantu daya memori jangka pendek yang mana seterusnya akan menjadikannya sebagai memori jangka panjang. Adalah perlu untuk mengutkan memori jangka pendek dalam simpanan sementara (temporary store) sebelum ia menjadi simpanan kekal (long-term store). Rajah 3 : Proses pembinaan memori Rasch Oleh kerana terlupa adalah sifat semulajadi manusia, perlu ada strategi yang berkesan untuk membantu pelajar meningkatkan keupayaan memori mengingat isi pembelajaran terutamanya fakta khusus dalam subjek Pengajian Perniagaan STPM. Maka saya memperkenalkan teknik OPEN ini bagi mengatasi masalah terlupa berkenaan. Teknik OEN ini akan membantu pelajar untuk membuat proses ulangan
23 dengan lebih cepat dan kerap seterusnya membantu membina memori jangka panjang yang lebih baik. Dengan andaian pelajar boleh menghabiskan sekali bacaan OPEN setiap hari dalam masa tidak melebihi 10 minit, pelajar dijangka dapat meningkat ingatan fakta khusus. 1.0 REFLEKSI PDPC LALU Soalan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) untuk subjek Pengajian Perniagaan terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian (A) dan bahagian (B). Bahagian B terdiri daripada satu soalan kajian kes dan dua soalan pilihan. Bagi soalan kajian kes, sebanyak 30 markah diperuntukkan. Daripada PdPc yang lalu, didapati pelajar sukar mengingat fakta dengan baik khususnya dalam bab Pengurusan ini. Ini kerana, di dalam bab ini, bilangan fakta yang terlalu banyak, hampir serupa bahkan mengandungi fakta khusus dan fakta umum yang sukar dibezakan oleh pelajar. Oleh kerana bab ini hanya mengandungi banyak fakta khusus, dan sebahagian fakta agak panjang, maka adalah sukar bagi pelajar mengingat dengan baik. Adalah menjadi keperluan kepada pelajar untuk mengingat fakta khusus dengan tepat seperti yang dinyatakan di dalam Sukatan Pelajaran Pengajian Perniagaan STPM. Daripada pengalaman selaku pemeriksa bagi kertas Pengajian Perniagaan, didapati majoriti calon gagal mengingat fakta dengan tepat serta memberi huraian dengan betul. Pemerhatian ketika pelaksanaan PdPc juga memperlihatkan pelajar tidak bersedia dan tidak mampu menjawab soalan yang diberikan dengan baik. Kegagalan mengingat fakta dengan tepat akan merisikokan pelajar untuk kehilangan markah huraian dan contoh atau kaitan kes di dalam peperiksaan. Maka bolehlah dikatakan, megingat fakta dengan tepat adalah kunci kepada keupayaan pelajar menjawab soalan Pengajian Perniagaan STPM. Kegagalan pelajar mengingati fakta khusus antaranya kerana tidak mempunyai nota yang sesuai. Kadangkala nota yang dihasilkan oleh pelajar terlalu panjang, memuatkan maklumat tidak perlu serta banyak helaian. Sebahagian pelajar pula tidak mempunyai nota dan hanya membaca buku ketika ulang kaji. Ini menyebabkan masa yang panjang diperlukan untuk membuat ulang kaji bahkan banyak fakta yang perlu tidak diberi fokus. Kesannya, pelajar tidak mampu membuat ulangan bacaan nota dengan lebih kerap.
24 2.0 FOKUS KAJIAN Fokus kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan penggunaan OPEN dalam membantu pelajar mengingat fakta bagi bab Pengurusan. OPEN adalah ringkasan bagi “One Page Note” atau Nota Satu Mukasurat. Ertinya, pelajar diminta menyediakan nota fakta khusus dalam satu muka surat sahaja. Dalam penyediaan nota ini, pelajar akan diminta menggunakan ejaan paling ringkas atau simbol, gambar serta tulisan bersaiz paling kecil. Ini bagi membolehkan semua fakta khusus dapat dimuatkan dalam satu muka surat nota sahaja. Ini bagi membantu pelajar membaca dan mengingat semaksimum fakta khusus pada tempoh masa paling minimumn dengan bilangan ulang baca paling tinggi. Dijangkakan pelajar dapat membuat bacaan tidak melebihi 10 minit setiap kali bacaan dan dapat membuat sekurang-kurangnya sekali bacaan OPEN ini setiap hari. Kajian ini dijalankan kepada seramai 16 orang pelajar tingkatan 6 Atas Bestari tahun 2022 yang mengambil subjek Pengajian Perniagaan. Kajian ini dilakukan di dalam dua sesi PdPc. Fokus kajian ini adalah untuk melihat keupayaan pelajar mengingat fakta dengan tepat sahaja tanpa dipanjangkan kepada huraian, contoh atau kaitan kes bagi soalan kajian kes. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif umum kajian ini adalah : 3.1.1 melihat peningkatan keupayaan pelajar Pengajian Perniagaan 6AB 2022 memberi fakta khusus. 3.2 Objektif khusus kajian ini adalah : 3.2.1 melihat keupayaan pelajar Pengajian Perniagaan 6AB membaca sekurangkurangnya empat kali fakta khusus bab Pengurusan dalam masa 10 hari. 3.3.1 melihat keupayaan pelajar Pengajian Perniagaan 6AB menyelesaikan membaca fakta khusus bab Pengurusan tidak melebihi 10 minit setiap bacaan.
25 3.2.3 melihat peningkatan keupayaan pelajar Pengajian Perniagaan 6AB mengingat fakta khusus Pengajian Perniagaan STPM semester dua topik Pengurusan. 4.0 KUMPULAN SASARAN Sasaran kajian ini adalah kepada pelajar Pengajian Perniagaan Kumpulan 6 AB seramai 16 orang yang terdiri daripada pelbagai jantina dan bangsa. Data responden adalah seperti berikut : 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN Kajian ini dilaksanakan pada semester dua. Bagi kajian yang telah dijalankan ini, keberkesanan teknik ini dilihat dengan membandingkan keputusan ujian pra dan ujian pos. 5.1 Ujian Pra Ujian pra telah dilaksanakan pada 6 Julai 2022 di awal sesi PdPc dilaksanakan. Bagi ujuan pra ini, pelajar tidak membuat sebarang ulangkaji bab berkenaan pada hari berkenaan kerana sedang mempelajari bab lain iaitu Kemahiran Pembuatan Keputusan. Bab Pengurusan ini telah dipelajari oleh pelajar bersama guru lain pada bulan Mac sehingga April 2022. Saya mula mengajar kelas 6B kerana rombakan BIL RESPONDEN JANTINA BANGSA 1 R 1 PEREMPUAN CINA 2 R 2 PEREMPUAN CINA 3 R 3 PEREMPUAN CINA 4 R 4 PEREMPUAN MELAYU 5 R 5 LELAKI CINA 6 R 6 PEREMPUAN CINA 7 R 7 PEREMPUAN CINA 8 R 8 PEREMPUAN CINA 9 R 9 PEREMPUAN MELAYU 10 R 10 PEREMPUAN MELAYU 11 R 11 PEREMPUAN CINA 12 R12 LELAKI ORANG ASLI 13 R13 PEREMPUAN CINA 14 R14 PEREMPUAN CINA 15 R15 PEREMPUAN CINA 16 R16 PEREMPUAN CINA
26 jadual bermula bulan Julai 2022. Semasa sesi PdPc dilaksanakan. Pelajar telah mempelajari bab lain sepanjang bulai Mei dan Jun. Hasil ujian Pra berkenaan, markah yang diperolehi pelajar adalah seperti berikut : BIL RESPONDEN MARKAH (%) 1 R 1 8 2 R 2 6 3 R 3 75 4 R 4 14 5 R 5 15 6 R 6 39 7 R 7 38 8 R 8 28 9 R 9 3 10 R 10 33 11 R 11 30 12 R12 67 13 R13 31 14 R14 33 15 R15 44 16 R16 44 5.2 Pelaksanaan Teknik OPEN Teknik OPEN adalah satu kaedah membuat nota bagi tujuan meningkattan keupayaan mengingat fakta. Selepas ujian pra dilaksanakan, pelajar diminta menghasilkan nota satu mukasurat (OPEN) untuk bab Pengurusan sahaja. Pelajar akan menghasilkan nota ini menggunakan saiz tulisan paling kecil, menggunakan mata pena paling halus (0.3 atau 0.5 mm) dan menggunakan sebanyak mungkin singkatan ejaan atau simbol. Ini bertujuan memastikan hanya satu muka surat sahaja bagi nota yang dihasilkan. Pelajar diberikan masa selama 45 minit daripda masa PdPc pada 6 Julai 2022 untuk menghasilkan OPEN. Selepas OPEN ini dihasilkan, pelajar diminta membaca nota berkenaan sebanyak mungkin. Setiap kali sesi PdPc, pelajar diberikan masa selama 5 hingga 10 minit di awal tempoh PdPc untuk membaca OPEN masing-masing. 5.3 Ujian Pos Ujian Pos dilaksanakan selepas sesi PdPc pada 14 Julai 2022.
27 BIL RESPONDEN MARKAH (%) 1 R 1 45 2 R 2 44 3 R 3 91 4 R 4 56 5 R 5 50 6 R 6 64 7 R 7 60 8 R 8 66 9 R 9 42 10 R 10 70 11 R 11 74 12 R12 88 13 R13 54 14 R14 65 15 R15 66 16 R16 72 5.5 Analisis Dan Perbandingan BIL RESPONDEN UJIAN PRA (%) UJIAN POS (%) PERBEZAAN PERTAMBAHAN (%) 1 R 1 8 23 15 + 188 2 R 2 6 27 21 + 350 3 R 3 75 91 16 + 21 4 R 4 14 39 25 + 179 5 R 5 15 50 35 + 233 6 R 6 39 86 47 + 121 7 R 7 38 40 2 + 5 8 R 8 28 42 38 + 50 9 R 9 3 42 39 + 1300 10 R 10 33 67 34 + 103 11 R 11 30 86 56 + 187 12 R 12 67 88 21 + 24 13 R 13 31 88 57 + 184 14 R 14 33 75 42 +127 15 R 15 44 91 47 + 107 16 R 16 44 75 31 + 70
28 Daripada kajian yang dijalankan, didapati teknik OPEN ini telah berjaya membantu pelajar mengingat fakta dengan lebih baik. Kesemua 16 orang responden menunjukkan peningkatan peratus fakta yang mampu diingat. Terdapat pertambahan markah yang dicatat oleh responden iaitu antara 2 sehingga 57 markah yang mana peningkatan markah itu berlaku antara 5% sehingga setinggi 130%. Daripada kajian ini, didapati teknik OPEN ini jauh lebih berkesan kepada responden berprestasi rendah berbanding kepada responden berprestasi tinggi. 6.0 RUMUSAN DAN CADANGAN Rumusan daripada kajian yang dibuat, didapati teknik OPEN ini telah membantu pelajar untuk mengingat fakta dengan lebih baik walaupun sesi PdPc lebih singkat. Peningkatan markah antara 5% sehingga 1300% telah dicatat amat memberangsangkan. Ini membuktikan bahawa dengan bacaan nota sekurangkurangnya empat kali dalam seminggu seperti yang dinyatakan oleh Ebbinghaus adalah terbukti. Dengan penggunaan Open, pelajar dapat membaca keseluruhan fakta khusus dengan lebih cepat dan bilangan yang lebih kerap membantu mencapai keputusan ini. Penggunaan OPEN ini dapat mengawal fokus pelajar daripada membaca perkara yang kurang penting dan dapat memanfaat masa yang singkat dengan optimum. Untuk masa akan datang, saya mencadangkan teknik OPEN diguna pakai juga untuk bab-bab lain untuk semester 2 bagi melihat keberkesanannya juga untuk bab lain. Bahkan teknik ini boleh diaplikasi juga kepada sukatan pelajaran bagi semester satu dan tiga. Kesan sebenar teknik OPEN ini dapat dilihat melalui keputusan Peperiksaan STPM Semester 2 yang akan berlangsung pada penghujung Ogos 2022.
29 RUJUKAN 1.Ebbinghaus, H. (1885). 'Memory: A contribution to experimental psychology,' New York: Dover. 2.Rasch, B., & Born, J. (2013). 'About Sleep's Role in Memory,' Physiological Reviews, National Library Medicine 3.Murre, J. M. & Dros, J. (2015). 'Replication and Analysis of Ebbinghaus' Forgetting Curve,' PloS one,
30 LAMPIRAN 1 - CONTOH OPEN
31
32
33 LAMPIRAN 2 - SOALAN FAKTA KHUSUS DALAM UJIAN PRA DAN UJIAN POS FAKTA KHUSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN SEMESTER 2 - SET 1 (PENGURUSAN) A. 4 elemen pengurusan B. 3 peranan pengurus mengikut Teori Mintzberg C. 4 pendekatan kemahiran pengurusan D. 4 jenis kemahiran pengurusan E. 5 langkah dalam proses perancangan F. 4 unsur perancangan strategik G. 5 langkah proses pengorganisasian H. 4 jenis kuasa pemimpin I. 4 jenis kepimpinan J. 5 langkah proses pembentukan pasukan K. 3 jenis kawalan luaran L. 4 alat kawalan
34 KEBERKESANAN MODEL SIFIR SEGITIGA DALAM OPERASI DARAB DAN BAHAGI BAGI MURID TAHUN 4 SELVARANI A/P UTHRA KUMMARAN Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Banopdane, Bidor, Perak [email protected] ABSTRAK Operasi darab dan bahagi merupakan konsep asas penting dalam Matematik.Namun begitu, sebagai seorang guru, pengkaji mendapati murid tidak dapat mengingat sifir dan murid tidak dapat menyelesaikan soalan - soalan dari topik darab dan bahagi. Hal yang demikian, objektif kajian ini adalah murid dapat mengingat sifir dengan membina model sifir segitiga untuk menyelesaikan operasi darab dan bahagi dan murid dapat menyelesaikan soalan - soalan dari topik darab dan bahagi dengan menggunakan model sifir segitiga.Kajian tindakan ini menggunakan model ADDIE dengan menggunakan dua instrumen iaitu pemerhatian dan analisis dokumen. Kajian ini melibatkan 5 orang murid tahun 4 yang mempunyai tahap penguasaan yang sederhana dalam matematik dan tidak menguasai darab dan bahagi dalam ujian matematik. Intervensi yang digunakan adalah model sifir segitiga dalam darab dan bahagi. Berdasarkan interversi yang telah diaplikasikan murid telah melukis model sifir segitiga untuk menguasai kemahiran sifir dan dapat menyelesaikan operasi darab dan bahagi satu digit. Kata Kunci : Matematik, Model Sifir Segitiga dan Kajian Tindakan
35 1.0 PENDAHULUAN ‘Pendidikan untuk Semua’ merupakan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi memastikan semua kanak-kanak di Malaysia menerima pendidikan yang menyeluruh supaya negara kita menjadi setaraf tinggi dan maju pada Wawasan 2020. Pernyataan ini disokong oleh Menteri Pendidikan, Mantan Dr Maszlee Malik mengikut BPPDP Bil. (04) 2018, Edisi Julai - Ogos. Selaras dengan hasrat tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memberi peluang kepada semua murid di Malaysia untuk mempelajari mata pelajaran matematik sejak kecil lagi. Matematik berkaitan dengan kemahiran pengiraan aritmetik, iaitu penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian nombor bulat, pecahan dan perpuluhan ( Marzita Puteh, 2002). Matematik dianggap sebagai mata pelajaran kritikal dalam pendidikan STEM (Cheah et al. 2016). Dalam skor ujian Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) menunjukkan jurang taburan pencapaian yang besar dalam mata pelajaran matematik di kalangan murid pada kitaran TIMSS 2019 dan perlu mengubahsuai strategi dalam mengendalikan domain kognitif matematik. ( KPM 2020 : TIMSS 2019 ). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang telah menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah di negara kita juga menekankan yang matematik sebagai teras pendidikan Negara. Sang (1995) pula, matematik mengandungi unsur-unsur iaitu simbol dan bahasa matematik serta prinsip, hukum, teorem dan peraturan-peraturan matematik digunakan untuk menjalankan operasinya. Matematik juga menjadi satu mata pelajaran yang penting dalam meningkatkan ekonomi dan pembangunan negara. Murid tidak dapat menyelesaikan soalan - soalan dari topik darab dan bahagi. Hal ini dapat dilihat dalam Ujian Bulanan Matematik Sekolah Rendah. Murid -murid boleh menjawab soalan topik tambah dan tolak dengan betul. Murid - murid menjawab topik darab dan bahagi dengan cara yang salah kerana tidak tahu sifir atau tidak ingat sifir. Dalam penyelesaian topik darab dan bahagi, ada juga terdapat kecuaian murid dalam menjawab soalan darab dan bahagi. Kecuaian murid menyebabkan jawapan yang diperoleh menjadi salah. Hal ini menyebabkan murid kurang minat untuk menyelesaikan soalan - soalan dari topik darab dan bahagi.
36 Mantan perdana menteri Tun Sri Abdullah Ahmad Badawi mengubal Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 -2010. Matlamat utama dasar ini adalah setiap murid dikehendaki memahami konsep asas darab dan bahagi dalam Matematik dan menghayatinya dalam kehidupan seharian. Menurut Hamdan (2000), penguasaan dan kecemerlangan dalam matematik adalah prasyarat bagi negara dalam mencapai kemajuan yang menuju kepada teknologi maklumat. Sistem pendidikan harus mempunyai satu bentuk panduan yang menjadi petunjuk dalam menjalankan pengajaran dan pemudahcaraan yang berkesan. Oleh itu, kurikulum menjadi ilmu teras dalam pendidikan dan memastikan sistem pendidikan mudah dilaksanakan dengan mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Akta Pendidikan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Pengkaji merupakan seorang guru yang mengajar mata pelajaran matematikTahap 2 iaitu tahun 4 di salah sebuah sekolah di daerah Batang Padang, Perak. Dalam pemerhatian dan refleksi oleh pengaji, terdapat dua isu yang wujud semasa mengajar subjek matematik dalam penguasaan operasi darab dan operasi bahagi. Berikut adalah dua isu yang diperhatikan oleh guru semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Antaranya, murid tidak dapat mengingat sifir untuk menyelesaikan operasi darab dan bahagi dan murid juga tidak dapat menyelesaikan soalan - soalan dari topik darab dan bahagi. Rajah 2 : Pemerhatian kelas dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik.
37 3.0 MODEL KAJIAN TINDAKAN Rajah 3: Model ADDIE Hal ini yang demikian, dalam penyelidikan tindakan ini pengkaji ingin melakukan tindakan dengan menggunakan Model ADDIE. Model ini membantu dalam menghasilkan model reka bentuk pengajaran yang lain. Model ini direkabentuk untuk menghasilkan model bahan bantu mengajar supaya pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bermakna. Model pengajaran ADDIE ini meliputi 5 fasa iaitu, fasa analisis masalah murid, fasa rekabentuk yang menghasilkan model, fasa pembangunan bagi membangunkan sifir segitiga yang dihasilkan, fasa pelaksanaan model dalam pengajaran dan fasa penilaian untuk menilai kebolehgunaan model dalam pengajaran kepada murid. Falsafah pendidikan diselitkan dalam model ADDIE yang digunakan semasa menjalankan pembelajaran berpusatkan murid, inovatif dan memberi semangat kepada murid - murid (Morrison, 2010). Model ADDIE yang dicipta oleh Rosset biasa yang diamalkan oleh pengajar supaya mewujudkan suasana persekitaran pembelajaran yang selesa supaya pelajar membina sendiri pengetahuan dan kemahiran (Gustafson & Branch, 1997). Model ini direkabentuk supaya menghasilkan rancangan pengajaran dan bahan pembelajaran yang terancang supaya penyampaiannya jelas dan bersistematik. Dalam penyelidikan ini ANALYSIS ( Analisis ) DESIGN ( Rekabentuk ) DEVELOP ( Pembangunan ) IMPLEMENT ( Pelaksanaan ) EVALUATE ( Penilaian ) Model ADDIE
38 pengkaji telah membina intervensi iaitu “kaedah Sifir Segitiga” bagi membantu murid dalam menangani dua isu tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran kelas Matematik. Murid - murid boleh menghasilkan model sifir segitiga untuk sifir 2 hingga sifir 12 dengan cara penambahan nombor. Murid - murid dapat menyelesaikan operasi darab dan bahagi tanpa menghafal sifir dengan menggunakan model sifir segitiga. TINJAUAN LITERATUR Model Pembangunan Bahan Bantu Mengajar Mereka bentuk pengajaran merujuk satu proses mereka bentuk, membangun, Mereka melaksana dan menilai pengajaran yang dijalankan dengan teratur menurut Dick dan Reiser (1988). Konsep reka bentuk pengajaran memfokus kepada satu proses untuk membina bahan pengajaran dan bahan multimedia secara sistematik. Reka bentuk kajian dihasilkan untuk pelajar mendapat kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diingini oleh murid dalam pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Model rekabentuk pengajaran adalah satu rujukan dan teknik asas dalam pendekatan pengajaran untuk seseorang pendidik. Model ini mewujudkan struktur secara langkah demi langkah "how to practice" dan "how to conduct". Pada masa kini, guru menggunakan pelbagai model pengajaran di sekolah. Model berorientasikan bilik darjah (model ASSURE), model berorientasikan produk (model ADDIE) dan model berorientasikan sistem (model Dick & Carey) yang biasa digunakan oleh guru. Penggunaan model pengajaran dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah membantu guru dalam meneroka rancangan pembinaan dan penggunaan media serta teknik yang betul supaya mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan dan membantu guru membuat persediaan yang rapi mengenai tajukyang akan disampaikan dalam bilik darjah. Model ADDIE Falsafah pendidikan diselitkan dalam model ADDIE yang digunakan semasa
39 menjalankan pembelajaran berpusatkan murid, inovatif dan memberi semangat kepada murid - murid (Morrison, 2010). Model ADDIE yang dicipta oleh Rosset biasa yang diamalkan oleh pengajar supaya mewujudkan suasana persekitaran pembelajaran yang selesa supaya pelajar membina sendiri pengetahuan dan kemahiran (Gustafson & Branch, 1997). Model ini direkabentuk supaya menghasilkan rancangan pengajaran dan bahan pembelajaran yang terancang supaya penyampaiannya jelas dan bersistematik. Model Pengajaran ADDIE melibatkan fasa-fasa analisis, rekabentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Fasa Analisis Pada peringkat ini masalah perlu dikenalpasti untuk menyelesaikan dengan betul dan terancang. Proses analisis akan dijalankan selepas masalah dikenalpasti bagi mencari punca yang menyebabkan masalah tersebut. Proses analisis ini terdiri daripada tiga proses iaitu, analisis tentang pengguna, persekitaraan pembelajaran dan objektif pengajaran. Fasa analisis penting dalam meneliti masalah, mengenalpasti sumber masalah dan menentukan penyelesaian masalah. Fasa Rekabentuk Fasa rekabentuk dijalankan setelah analisis keperluan selesai. Fasa ini menjelaskan pandangan mengenai rupabentuk, struktur, pendekatan teori, jenis media dan teknologi yang digunakan dalam kajian. Proses rekabentuk melibatkan proses pembentukan objektif yang tepat untuk pengajaran, pembinaan item-item untuk ujian dan seterusnya pemilihan kaedah pengajaran. Fasa ini merupakan fasa penting untuk merancang strategi dalam membina pengajaran dan merancang strategi untuk tahap pencapaian. Fasa rekabentuk melalui proses menulis sasaran dalam kajian, menjalani analisis pembelajaran, mencatat objektif dan item ujian, memilih proses penyampaian dan menyusunatur pengajaran. Fasa Pembangunan Pada peringkat pembangunan ini, membina sistem sebenar dengan menggunakan semua elemen media dan teknologi yang terpilih mengikut objektif pengajaran. Fasa ini dibina berpandukan fasa analisis dan rekabentuk. Fasa ini diwujudkan untuk menghasilkan rancangan pengajaran dan bahan pembelajaran. Langkah pengajaran dan media yang akan digunakan dalam pengajaran dan dokumen lain juga
40 4.0 ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN Kajian tindakan yang dijalankan ini merupakan tindakan terhadap proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Tindakan PdP dilakukan kepada matapelajaran Matematik Sekolah Rendah iatu murid tahun 4. Penguasaan darab dan bahagi sangat penting dalam mata pelajaran Matematik. Fokus utama kajian ini adalah memperkenalkan model sifir segitiga untuk murid menguasai darab dan bahagi tanpa menghafal sifir.Pengkaji ingin melihat keberkesanan sifir segitiga untuk topik darab dan bahagi bagi murid Sekolah Rendah. 5.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian tindakan ini dilaksanakan dibahagikan kepada objektif am dan khusus. diperlukan dalam fasa pembangunan Kerja- kerja pembangunan projek mulimedia akan dijalankan mengikut keperluan yang ditetapkan. Setiap pembangunan pengajaran akan diuji supaya ia beroperasi dengan baik dan konsisten terhadap murid. Fasa Perlaksanaan Bahan pengajaran yang dihasilkan akan diguna dalam keadaan sebenar semasa fasa pelaksanaan ini. Model pengajaran yang telah disiapkan akan diuji kepada pengguna sasaran untuk mengenalpasti kesilapan murid semasa pembangunan projek tersebut. Jika terdapat kekurangan dalam penghasilan bahan pengajaran, bahan itu akan diperbaiki sebelum diberi kepada murid. Fasa Penilaian Penilaian terdiri daripada penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif melalui setiap peringkat dalam proses ADDIE. Penilaian formatif hendaklah dijalankan di semua peringkat untuk menilai keberkesanan. Penilaian sumatif adalah rekabentuk pengujian yang khusus iaitu mementingkan pengguna memberi maklum balas kandungan, strategi dan elemen multimedia melalui temubual, soal selidik, penyeliaan dan pengujian. Biasanya, penilaian sumatif dilaksanakan selepas projek pengajaran selesai dilaksanakan pada fasa terakhir.
41 5.1 Objektif Am Selepas kajian tindakan ini selesai dilaksanakan, pengkaji berharap agar proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran matematik dapat dipertingkatkan khususnya berkenaan operasi darab dan bahagi dapat diselesaikan. Seterusnya melalui kajian tindakan ini, guru dapat mereflek amalan pengajaran supaya kualiti dapat dipertingkatkan. 5.2 Objektif Khusus 1. Murid dapat mengingat sifir dengan membina model sifir segitiga untuk menyelesaikan operasi darab dan bahagi 2. Murid dapat menyelesaikan soalan - soalan dari topik darab dan bahagi . Pengkaji dapat memerhatikan murid tidak dapat mengingat sifir untuk menyelesaikan operasi darab dan bahagi. Hal ini dapat diperhatikan semasa PdP dalam kelas. Murid - murid tidak dapat menjawab soalan darab dan bahagi dengan betul kerana murid tidak mengingati sifir. Pengkaji memberi beberapa soalan secara lisan untuk melihat tahap penguasaan darab dan bahagi kepada murid. Murid tidak boleh menjawab soalan yang bertanya kerana tidak tahu sifir. Malah, murid - murid juga tidak berminat membuat soalan darab dan bahagi kerana beranggap operasi darab dan bahagi adalah susah untuk dijawab dengan menggunakan model sifir segitiga 6.0 KUMPULAN SASARAN Kajian tindakan ini melibatkan murid tahap 2 iaitu murid tahun 4 seramai 5 orang dari SJK(T) Ladang Banopdane, Bidor, Perak. Kajian ni melibatkan 3 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan. Kajian tindakan ini dilakukan terhadap murid - murid yang mempunyai tahap penguasaaan yang sederhana dalam mata pelajaran Matematik. Peserta kajian ini didapati tidak menguasai darab dan bahagi dalam Ujian Bulanan Matematik. 7.0 METODOLOGI DAN DAPATAN KAJIAN 7.1 Tinjauan Masalah 7.3 Tindakan yang dijalankan
42 LANGKAH : 1 LANGKAH : 2 LANGKAH : 3 LANGKAH : 4 Rajah 4 : Langkah melukis model sifir segitiga Jadual 1 : Langkah mengisi nombor dalam model sifir segitiga Rajah 5: Model sifir segitiga yang diisi dengan sifir 2 KOTAK JAWAPAN 1 2 2 2 + 2 = 4 3 4 + 2 = 6 4 6 + 2 = 8 5 8 + 2 = 10 6 10 + 2 = 12 7 12 + 2 = 14 8 14 + 2 = 16 9 16 + 2 = 18
43 7.4 Kaedah Penggunaan Model Sifir Segitiga LANGKAH PENYELESAIAN 60 309 x 7 Murid perlu melukis sifir segitiga 7 dengan betul. 9 x 7 Lihat kotak ke -9, nilainya 63.Tulis 6 di atas dan 3 ke bawah 0 x 7 0 + 6 = 6, maka tulis 6 3 x 7 Lihat kotak ke -3, nilainya 21.Tulis 2 di atas dan 1 ke bawah 0 x 7 0 + 2 = 2, maka tulis 2 6 x 7 Lihat kotak ke - 6, nilainya 42. Jadual 2 : Langkah Penyelesaian operasi darab LANGKAH PENYELESAIAN 56 585 ÷ 5 Murid perlu melukis sifir segitiga 5 dengan betul. 5 Lihat kotak yang menunjukkan nilai 5 di sifir segitiga iaitu terdapat di kotak 1 dan tulis 1 di atas. 5 - 5 = 0 6 Nombor 6 diturunkan dan lihat kotak di sifir segitiga yang ada nilai 6 atau kurang daripadanya. Nilai 5 yang ada di kotak 1 dan tulis 1 di atas. 6 - 5 = 1 Nombor 5 diturunkan dan nombornya menjadi 15. Lihat kotak di sifir segitiga yang ada nilai 15 dan nombor itu terdapat pada kotak ke-3 dan tulis 3 di atas. 15 -15 = 0 Nombor 8 diturunkan dan lihat kotak di sifir segitiga yang ada nilai 8 atau J
44 Jadual 3 : Langkah Penyelesaian Operasi bahagi 8.0 DAPATAN KAJIAN TINDAKAN Pengkaji telah menyediakan jadual pelaksanaan tindakan yang mengggunakan model sifir segitiga seperti dibawah. Dengan pembelajaran model sifir segitiga, murid-murid dapat mengembangkan minat mereka terhadap darab dan bahagi untuk meningkatkan prestasi dalam mata pelajaran matematik. Model ini juga membantu murid dalam menumpukan perhatian sepenuhnya untuk menguasai fakta asas darab dan bahagi matematik yang diajar. Model ini mengutamakan pemahamam murid dalam sifir supaya operasi darab dan bahagi diselesaikan dengan betul. Murid-murid dapat terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran dengan lebih aktif dan seronok. Mereka juga tidak berasa bosan kerana fakta asas darab dan bahagi mudah dikuasai dengan model sifir segitiga. Perkara ini pasti dapat meningkatkan kedudukan prestasi pelajar dalam mata pelajaran matematik. Hasil kajian ini juga memberi peluang kepada pendidik untuk menangani masalah tanggapan serta pendapat murid mengenai model sifir segitiga. Justeru, kajian ini dapat meneroka minat dan motivasi murid-murid dalam subjek matematik. Jadual 4 : Jadual Pelaksanaan Tindakan Tindakan yang dijalankan perlulah direkodkan bagi memungut data untuk dinilai secara terperinci terhadap aplikasi model sifir segitiga dalam operasi darab dan bahagi. Hal ini yang demikian, langkah seterusnya pengkaji perlu melakukan proses pemerhatian dalam kajian. Beberapa alat pemerhatian (instrumen) yang digunakan bagi memerhati tindakan dalam kajian ini adalah seperti berikut: kurang daripadanya. Nombor 5 yang terdapat di kotak 1 dan tulis 1 di atas. 8 - 5 = 3 Nombor 5 diturunkan dan nombornya menjadi 35. Lihat kotak di sifir segitiga yang ada nilai 35 dan nombor itu terdapat pada kotak ke-7 dan tulis 7 di atas. Bil Aktiviti Tarikh Pelaksanaan 1 Mengenal pasti isu / masalah 28.3.2022 2 Menulis proposal Kajian 20.5.2022 3 Melaksanakan tindakan 15.6.2022 4 Menulis laporan Kajian 15.7.2022 5 Pembentangan dapatan kajian 25.7.2022
45 Jadual 5: Alat memungut Data (Instrumen) Hasil daripada perlaksanaan intervensi menggunakan model sifir segitiga dalam operasi darab dan bahagi. Murid telah dapat menguasai topik darab dan bahagi dan guru dapat menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Matematik Tahun 4. Berikut adalah dapatan melalui kajian yang telah dilaksanakan ini. Seterusnya pengkaji akan menghuraikan dapatan kajian berdasarkan kepada dua objektif kajian yang telah dirangka sebelum ini. Pemerhatian Di dalam kajian eksperimen ini, saya telah memerhatikan dulu pengajaran dan pembelajaran matematik yang dijalankan di dalam bilik darjah dengan menggunakan lampiran pemerhatian sebelum memulakan kajian. Pemerhatian juga dilakukan sepanjang kajian ini dibuat iaitu dari awal pembelajaran hinggalah di akhir pembelajaran. Jadual 6: Borang Pemerhatian Objektif Alat Pemerhatian (Instrumen) 1. Murid dapat mengingat sifir dengan membina Model Sifir Segitiga untuk menyelesaikan operasi darab dan bahagi Pemerhatian , Analisis Dokumen 2. Murid dapat menyelesaikan soalan - soalan dari topik darab dan bahagi dengan menggunakan model Sifir Segitiga. Analisis Dokumen Murid Pemerhatian Tahu Sifir Tidak Hafal Sifir Lemah dalam darab dan bahagi Murid 1 / / Murid 2 / / Murid 3 / / Murid 4 / / Murid 5 / /
46 Ujian Pra Ujian pra ini telah diberikan untuk mendapatkan tahap prestasi murid dalam operasi darab dan bahagi sebelum model sifir segitiga dimulakan dalam PdP. Ujian Pos Ujian pos ini telah diberikan setelah pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan menggunakan model sifir segitiga untuk mengetahui keberkesanan model sifir segitiga dalam topik darabdan bahagi. Ujian ini dapat membandingkan beza pencapaian murid-murid tersebut. Jadual 7: Jadual Analisis dokumen Dengan pembelajaran model sifir segitiga, murid-murid dapat mengembangkan minat mereka terhadap darab dan bahagi untuk meningkatkan prestasi dalam mata pelajaran matematik. Model ini juga membantu murid dalam menumpukan perhatian sepenuhnya untuk menguasai fakta asas darab dan bahagi matematik yang diajar. Model ini mengutamakan pemahamam murid dalam sifir supaya operasi darab dan bahagi diselesaikan dengan betul. Murid-murid dapat terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran dengan lebih aktif dan seronok. Mereka juga tidak berasa bosan kerana fakta asas darab dan bahagi mudah dikuasai dengan model sifir segitiga. Menerusi analisis dokumen ujian pra dan ujian pos, murid - murid dapat menguasai operasi darab dan bahagi dengan model sifir segitiga. Murid Ujian Pra (%) Ujian Pos (%) Perbezaan Murid 1 30 90 +60 Murid 2 20 80 +60 Murid 3 30 90 +60 Murid 4 40 100 +60 Murid 5 20 100 +80