The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MENGHIMPUNKAN PENULISAN KT DAN CATATAN KT BAGI GURU-GURU PEMULIHAN KHAS BATANG PADANG

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noralinus73, 2023-02-15 23:57:37

KOMPILASI KAJIAN TINDAKAN 2022

MENGHIMPUNKAN PENULISAN KT DAN CATATAN KT BAGI GURU-GURU PEMULIHAN KHAS BATANG PADANG

97 CARA MENGANALISIS DATA Setelah menjalankan aktiviti-aktiviti dalam kit ‘Follow Me’ selama empat minggu terhadap enam orang responden tersebut, saya telah menganalisis data yang diperolehi daripada kaedah pengumpulan data yang telah digunakan. Analisis data ini dibuat secara manual kerana bilangan responden adalah sedikit iaitu enam orang sahaja. Dalam kajian ini, data telah dianalisis dengan menggunakan peratusan dan perbandingan peningkatan tindakan dalam penguasaan kemahiran menulis huruf asas Bahasa Tamil (அ, ஆ, இ, ஈ, உ, ஊ, எ, ஏ, ஐ, ஒ, ஓ, ஒள) mengikut bentuk sebenar dengan betul. Saya telah merekod dan mentafsir data yang diperoleh daripada kaedah pengumpulan data iaitu ujian, rakaman gambar dan pemerhatian dalam bentuk jadual dan graf. Hasil keputusan dan data dalam kajian ini telah dianalisis untuk menjawab persoalan kajian yang telah dikemukakan dalam kajian tindakan ini. Analisiss data ini sangat penting untuk membuktikan kebolehpercayaan data-data yang telah dikumpul. Perkara ini juga sangat ditekankan bagi mengukuhkan, membuktikan dan menyokong hasil keputusan data yang diperolehi daripada pengumpulan data dalam kajian tindakan. Oleh hal yang demikian, saya dapat melaporkan hasil atau keputusan kajian saya dengan bukti-bukti yang kukuh. UJIAN Saya telah mengadakan dua jenis ujian iaitu ujian pra dan ujian pos. Kedua-dua ujian ini mempunyai kandungan soalan yang sama tetapi bentuk soalan adalah tidak sama. Data ujian ini dianalisis dari segi bilangan huruf asas Bahasa Tamil (அ, ஆ, இ, ஈ, உ, ஊ, எ, ஏ, ஐ, ஒ, ஓ, ஒள) yang dapat ditulis oleh responden dengan menepati bentuk sebenar dengan cara yang betul iaitu dari segi jarak, saiz dan bentuk serta kebersihan tulisan sebelum dan selepas tindakan dijalani terhadap responden. Matlamat utama instrumen ujian ini ialah untuk melihat peningkatan kemahiran menulis huruf asas Bahasa Tamil (அ, ஆ, இ, ஈ, உ, ஊ, எ, ஏ, ஐ, ஒ, ஓ, ஒள) responden. Data keputusan ujian pra dan ujian pos telah dimasukkan dalam jadual 6.


98 Jadual 6 - Keputusan ujian pra dan ujian pos Responden Markah Bagi Huruf Yang Ditulis Dengan Betul Ujian Pra Ujian Pos A 4 10 B 4 12 C 2 6 D 6 10 E 2 10 F 6 12 *Markah= 1 item soalan yang diuji x 1 markah Data dari jadual 6 di atas, menunjukkan markah bagi bilangan huruf asas Bahasa Tamil (அ, ஆ, இ, ஈ, உ, ஊ, எ, ஏ, ஐ, ஒ, ஓ, ஒள) yang dapat ditulis dengan menepati bentuk sebenar dengan cara yang betul oleh responden sebelum dan selepas tindakan dijalani. Jadual 7 jelas menunjukkan peningkatan penguasaan kemahiran menulis huruf asas Bahasa Tamil (அ, ஆ, இ, ஈ, உ, ஊ, எ, ஏ, ஐ, ஒ, ஓ, ஒள) keenam-enam responden. Berdasarkan jadual 6 tersebut, keenam-enam responden menunjukkan peningkatan dalam kemahiran menulis dengan mendapat markah tinggi dalam ujian pos berbanding dengan ujian pra. Setiap huruf yang ditulis oleh responden diberi satu markah. Selain itu, saya juga telah menganalisis perbandingan keputusan ujian pra dan ujian pos bagi setiap huruf asas Bahasa Tamil iaitu (உ, ஊ, ஐ, ஒ, ஓ, ஒள) ini dengan terperinci dengan menterjemahkannya ke dalam jadual 7. Jadual 7 - Perbandingan keputusan ujian pra dan ujian pos bagi huruf asas Bahasa Tamil iaitu (அ, ஆ, இ, ஈ, உ, ஊ, எ, ஏ, ஐ, ஒ, ஓ, ஒள) Responden Markah Peratus (%) Pra Pos Pra Pos A 4 10 33.34 83.35 B 4 12 33.34 100.02 C 2 6 16.67 50.01 D 6 10 50.01 83.35 E 2 10 16.67 83.35 F 6 12 50.01 100.02


99 Jadual 7 menunjukkan peratus perbandingan ujian pra dan ujian pos bagi dua belas huruf tersebut bagi keenam-enam responden. Markah ujian pra dan ujian pos telah dianalisis dalam bentuk peratus untuk memudahkan proses perbandingan. Jadual 8 adalah untuk menjelaskan perbandingan peratus peningkatan kemahiran menulis huruf asas Bahasa Tamil (அ, ஆ, இ, ஈ, உ, ஊ, எ, ஏ, ஐ, ஒ, ஓ, ஒள) sebelum dan selepas penggunaan kit ‘Follow Me’. Jadual tersebut jelas menunjukkan keberkesanan kit ‘Follow Me’ yang dijalankan kepada setiap responden. Jadual 8- Perbandingan peratusan peningkatan kemahiran menulis huruf asas Bahasa Tamil (அ, ஆ, இ, ஈ, உ, ஊ, எ, ஏ, ஐ, ஒ, ஓ, ஒள) ujian pra dan ujian pos Responden Markah Peratus (%) Perbandingan peratus peningkatan kemahiran Pra Pos Pra Pos (%) A 4 10 33.34 83.35 50.01 B 4 12 33.34 100.02 66.68 C 2 6 16.67 50.01 33.34 D 6 10 50.01 83.35 33.34 E 2 10 16.67 83.35 66.68 F 6 12 50.01 100.02 50.01 *Peratus= Markah yang diperoleh daripada item soalan yang diuji x 1 markah X100 Bilangan keseluruhan item yang diuji x 1 markah diterjemahkan ke dalam bentuk graf bar . Responden A Responden B Responden C Responden D Responden E Responden F Ujian Pra 33.34 33.34 16.67 50.01 16.67 50.01 Ujian Pos 83.35 100.02 50.01 83.35 83.35 100.02 50.01% 33.34 % 33.34% 66.68 % 0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 Responden PERATUS PENINGKATAN KEMAHIRAN MENULIS SECARA KESELURUHAN (%) Ujian Pra Ujian Pos


100 Data keseluruhan perbandingan peratusan peningkatan kemahiran menulis huruf asas Bahasa Tamil (அ, ஆ, இ, ஈ, உ, ஊ, எ, ஏ, ஐ, ஒ, ஓ, ஒள) ujian pra dan ujian pos telah Rajah 6. Peratusan peningkatan penguasan kemahiran menulis huruf asas Bahasa Tamil (அ, ஆ, இ, ஈ, உ, ஊ, எ, ஏ, ஐ, ஒ, ஓ, ஒள) responden A, B, C, D, E, F Berdasarkan rajah 6 dapat dilihat bahawa kit Follow Me memberikan kesan yang ketara terhadap peningkatan tahap penguasan kemahiran menulis huruf asas Bahasa Tamil (அ, ஆ, இ, ஈ, உ, ஊ, எ, ஏ, ஐ, ஒ, ஓ, ஒள) apabila keenam-enam responden berjaya menulis huruf-huruf tersebut dengan mengikuti cara yang betul dan menepati bentuk sebenar. Walaupun beberapa orang responden tidak dapat menulis keenam-enam huruf tersebut dengan betul, namun peningkatan penguasan dalam kemahiran menulis mereka telah meningkat dan ia juga menjadi satu perkara yang perlu dihargai. Mereka mampu menunjukkan perubahan sedemikian dalam tempoh masa empat minggu. RAKAMAN GAMBAR Rakaman gambar merupakan salah satu instrumen pengumpulan data saya. Saya telah menggunakan instrumen ini supaya saya dapat menganalisis semula penguasan kemahiran menulis huruf asas Bahasa Tamil (அ, ஆ, இ, ஈ, உ, ஊ, எ, ஏ, ஐ, ஒ, ஓ, ஒள) responden. Hal ini kerana saya tidak dapat memberi fokus yang sepenuhnya kepada setiap responden semasa melaksanakan tindakan secara bersendirian. Oleh itu, saya telah membuat rakaman gambar dan merekodkannya. Analisis daripada rakaman gambar ini mendapati bahawa murid-murid dapat menguasai kemahiran menulis huruf asas bahasa Tamil. Rakaman gambar ini menjadi bukti yang kukuh untuk menunjukkan responden terlibat dalam tindakan. PEMERHATIAN (SENARAI SEMAK) Pemerhatian merupakan suatu instrumen pengumpulan data yang mudah digunakan oleh seseorang guru. Bukan sahaja mudah digunakan malah ia dapat menjadi suatu bukti dalam pengumpulan data. Bagi kajian tindakan ini saya telah menggunakan senarai semak. Kedua-dua senarai semak ini mempunyai perbezaan yang amat ketara dan ia sangat penting untuk menilai penguasan kemahiran menulis. Hasil analisis data daripada senarai semak telah diterjemahkan dalam bentuk huraian


101 deskriptif. Motif utamanya ialah supaya saya tidak tercicir atau salah mengintepretasi kemajuan muridmurid sebelum dan selepas tindakan. Instrumen senarai semak digunakan sebanyak dua kali iaitu sebelum dan selepas tindakan. Secara keseluruhannya, pemerhatian yang telah dijalankan oleh saya terhadap respondenresponden adalah baik dan semua item yang ditetapkan dalam kedua-dua senarai semak telah mencapai dapatan yang diingini. SENARAI SEMAK KEKEMASAN TULISAN Senarai semak digunakan untuk menilai kekemasan tulisan murid-murid dan ia dibahagikan kepada empat bahagian iaitu bentuk huruf, saiz huruf, jarak huruf dan kebersihan tulisan. Setiap perkara dalam senarai semak ini mempunyai dua item manakala jarak huruf mempunyai empat item yang perlu dinilai pada responden. Jumlah sembilan item telah disenaraikan dan dinilai dalam senarai semak ini. Saya telah membuat pemerhatian terhadap responden-responden sebelum dan selepas tindakan dijalankan. Melalui pemerhatian, saya mendapati, responden dapat menunjukkan peningkatan yang ketara. Hasil pemerhatian semasa ujian pra telah dicatatakan dalam bentuk jadual 9. Jadual 9- Keputusan senarai semak semasa pemerhatian pertama (ujian pra) dan pemerhatian kedua (ujian pos) RESPONDEN PEMERHATIAN PERTAMA PEMERHATIAN KEDUA A 5/9 7/9 B 6/9 8/9 C 6/9 7/9 D 5/9 7/9 E 5/9 8/9 F 7/9 9/9 Melalui keputusan dalam jadual 9 didapati bahawa dalam pemerhatian pertama Responden A mendapat lima daripada sembilan item betul manakala, responden B mendapat enam daripada sembilan item betul. Responden C mendapat enam daripada sembilan item betul manakala, responden D mendapat lima daripada


102 sembilan item betul. Responden E mendapat lima daripada sembilan item betul manakala, responden F mendapat tujuh daripada sembilan item betul. Dalam pemerhatian kedua pula, Responden A mendapat tujuh daripada sembilan item betul manakala, responden B mendapat lapan daripada sembilan item betul. Responden C mendapat tujuh daripada sembilan item betul manakala, responden D mendapat tujuh daripada sembilan item betul. Responden E mendapat lapan daripada sembilan item betul manakala, responden F mendapat sembilan daripada sembilan item betul. Rajah 7. Perbandingan pemerhatian kekemasan tulisan melalui senarai semak Sebelum tindakan, responden-responden tidak dapat menulis huruf-huruf asas Bahasa Tamil mengikut standard bentuk huruf yang sebenar. Mereka tidak mengikut arah hala yang betul semasa menulis huruf. Responden A tidak menulis huruf-huruf mengikut kedudukan yang teratur. Dia juga kurang peka dengan penggunaan jarak bagi satu huruf kepada huruf seterusnya semasa menulis. Responden B dan responden D menulis huruf dengan saiznya yang tidak konsisten seperti pada permulaan menulis huruf dalam saiz yang besar dan akhirnya tulis dengan saiz huruf yang kecil. Responden C juga mempunyai masalah menulis di luar petak walaupun responden C menulis dengan betul. Responden B, responden E dan responden F juga mempunyai masalah dalam kebersihan tulisannya dimana dia tidak memadam huruf yang ditulis dengan bersih sebelum menulis huruf seterusnya. 5 7 6 8 6 7 5 7 5 8 7 9 PERBANDINGAN PEMERHATIAN KEKEMASAN TULISAN Pemerhatian 1 Pemerhatian 2


103 Selepas tindakan, masalah-masalah dalam kekemasan tulisan respondenresponden telah diselesaikan. Namun begitu, mereka masih memerlukan sedikit bimbingan untuk menyelesaikan masalah kekemasan penulisan huruf-huruf asas Bahasa Tamil. Dengan adanya tindakan, saya dapat meningkatkan penguasan kemahiran menulis responden. Walaupun tidak dapat menunjukkan peningkatan yang menyeluruh oleh responden F, responden yang lain dapat menunjukkan peningkatannya. Dalam pemerhatian kedua iaitu selepas tindakan dijalankan, saya mendapati bahawa Responden A mendapat tujuh daripada sembilan item betul manakala, responden B mendapat lapan daripada sembilan item betul. Responden C mendapat enam daripada sembilan item betul manakala, responden D mendapat tujuh daripada sembilan item betul. Responden E mendapat lapan daripada sembilan item betul manakala, responden F mendapat sembilan daripada sembilan item betul. Hasil pemerhatian ini mendapati bahawa selepas menggunakan kit Follow Me terhadap keenam-enam responden, didapati bahawa kaedah ini turut meningkatkan kualiti tulisan responden dari segi kemas, teratur, boleh dibaca, menepati bentuk sebenar huruf dan sebagainya mengikut senarai semak. DAPATAN KAJIAN Kajian tindakan yang dijalankan ini berbentuk kualitatif bagi meningkatkan kemahiran menulis huruf asas Bahasa Tamil dalam kalangan murid-murid Prasekolah Chanthiran dengan menggunakan kit Follow Me. Saya telah mengumpul data berdasarkan objektif kajian dan soalan kajian dengan cara pengumpulan data yang telah dirancang. Terdapat dua soalan kajian dalam kajian tindakan ini untuk dijawab dengan menggunakan dapatan kajian daripada hasil analisis data kajian. Soalan kajian pertama: Adakah kit ‘Follow Me’ dapat meningkatkan kemahiran menulis huruf asas Bahasa Tamil dalam kalangan murid-murid prasekolah Chanthiran? Jawapan: Ya. Murid-murid dapat meningkatkan kemahiran menulis huruf asas dengan betul dalam subjek Bahasa Tamil dengan menggunakan kit Follow Me. Berdasarkan hasil keputusan daripada analisis dan interpretasi data yang telah dijalankan, saya


104 mendapati bahawa keenam-enam responden kajian ini telah menunjukkan peningkatan dalam penguasan kemahiran menulis huruf asas Bahasa Tamil (அ, ஆ, இ, ஈ, உ, ஊ, எ, ஏ, ஐ, ஒ, ஓ, ஒள) dengan mengikut arah hala yang betul supaya dapat menepati bentuk yang sebenar. Selepas menjalankan tindakan dengan menggunakan kit Follow Me, para responden menunjukkan peningkatan dalam ujian pos dan senari semak. Walaupun hanya responden B dan responden F mendapat 12 daripada 12 markah dalam ujian pos dengan menulis (அ, ஆ, இ, ஈ, உ, ஊ, எ, ஏ, ஐ, ஒ, ஓ, ஒள) dua belas huruf tersebut namun, responden yang lain juga menunjukkan peningkatan dalam keputusan ujian pos mereka berbanding dengan keputusan ujian pra. Kit Follow Me dapat menarik minat responden untuk mencuba dan mengetahui cara menulis huruf asas Bahasa Tamil dengan arah alah yang betul. Kit Follow Me juga telah meningkatkan kemahiran motor halus yang membantu untuk meningkatkan kemahiran menulis seseorang. Jadual 10 menunjukkan perbandingan hasil huruf (அ, ஆ, இ, ஈ, உ, ஊ, எ, ஏ, ஐ, ஒ, ஓ, ஒள) sebelum dan selepas penggunaan kit Follow Me. Jadual 10- Perbandingan hasil huruf (அ, ஆ, இ, ஈ, உ, ஊ, எ, ஏ, ஐ, ஒ, ஓ, ஒள) sebelum dan selepas penggunaan Kit Follow Me.


105 Kedua-dua gambar sebelum dan selepas menunjukkan peningkatan kemahiran menulis huruf asas Bahasa Tamil dengan jelas. Keenam-enam responden telah menunjukkan peningkatan dari segi menulis huruf dengan betul dan menepati bentuk sebenar. Dengan ini, saya telah menjawab soalan kajian pertama iaitu adakah muridmurid dapat meningkatkan kemahiran menulis huruf asas dengan betul dalam subjek Bahasa Tamil dengan menggunakan kit Follow Me? Soalan kajian kedua: Adakah Kit ‘Follow Me’ dapat memperbaiki kekemasan menulis huruf asas Bahasa Tamil supaya dapat menepati bentuk huruf yang betul bagi murid-murid prasekolah Chanthiran? Jawapan: Ya. Kaedah Follow Me ini dapat memperbaiki kekemasan menulis huruf asas Bahasa Tamil supaya dapat menepati bentuk huruf yang betul bagi murid-murid prasekolah Chanthiran. Kenyataan ini boleh dibuktikan dengan hasil analisis pemerhatian iaitu senarai semak. Kekemasan menulis dari segi bentuk, huruf, jarak dan kebersihan tulisan telah ditekankan dalam tindakan kajian tindakan ini dan ia telah disenaraikan dan dinilai untuk setiap responden. Tindakan-tindakan aktiviti yang dijalankan dalam kajian ini telah membantu responden untuk mengenali dan menguasai cara menulis iaitu mengikut arah hala yang betul supaya dapat menepati bentuk sebenar semasa menulis huurf-huruf asas Bahasa Tamil. Kit Follow Me merupakan suatu kaedah yang boleh diikuti oleh semua orang dengan mudah di mana-mana sahaja. Langkah-langkah aktiviti juga sangat mudah untuk difahami dan diikuti oleh murid-murid. Perbezaan keputusan ujian pra dan ujian pos menunjukkan bahawa kit Follow Me dapat memperbaiki tulisan muridmurid. Tulisan responden juga telah berubah, kemas dan cantik. Responden A juga telah mula menulis dengan cepat berbanding dengan sebelum tindakan. Hasil dapatan kajian membuktikan bahawa permainan motor halus yang saya rancangkan dalam kajian tindakan ini menerusi kit Follow Me dapat memberi kesan yang postif dalam membantu murid-murid yang mempunyai masalah dalam kemahiran menulis.


106 REFLEKSI Saya telah menjalankan kajian ini kerana kemahiran menulis dalam Bahasa Tamil kurang dititikberatkan dalam kalangan murid-murid. Kemahiran menulis yang meliputi aspek membentuk huruf yang melibatkan koordinasi mata dan tangan tidak diberi penekanan yang tinggi di sekolah secara formal sehinggakan tulisan murid-murid tidak mengikut arah alah yang betul supaya dapat menepati bentuk sebenar tulisan tersebut. Perkara ini menyebabkan tulisan murid-murid tidak kemas dan cantik serta sukar dibaca. Hasil dapatan kajian ini telah membuktikan bahawa kit ‘Follow Me’ dapat membantu responden menguasai kemahiran menulis huruf asas Bahasa Tamil dengan cara yang betul supaya dapat menepati bentuk sebenar. Selepas menjalani kajian tindakan ini, responden-responden telah melahirkan perasaan yakin dan seronok untuk menulis huruf-huruf Bahasa Tamil melalui penggunaan kit ‘Follow Me’. Murid kelihatan seronok dan gembira semasa melaksanakan aktiviti tersebut kerana terdapat aktiviti berbentuk hands on dan permainan. Dalam tempoh pelaksanaan kajian tindakan ini, para responden telah memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada saya. Mereka sentiasa mendengar arahan saya dan memberi perhatian yang tinggi semasa saya memberi penerangan bagi setiap tindakan. Sikap murid yang baik juga membantu mereka untuk belajar cara menulis huruf asas Bahasa Tamil dengan betul supaya menepati bentuk sebenar dengan kadar yang cepat dan lancar. Dengan itu, ia juga memudahkan saya mengawal seluruh tindakan-tindakan yang dijalankan dengan sistematik dan baik. Melalui kajian tindakan ini, hubungan saya dengan enam orang murid menjadi rapat seperti kawan. Hal ini disebabkan saya sering berjumpa mereka dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran di prasekolah dan masa tindakan dijalankan. Respondenresponden juga berani menanyakan soalan dan memberikan pendapat apabila mereka tidak memahami atau tidak mengikuti cara menulis huruf asas Bahasa Tamil. Saya dapat berkomunikasi dengan baik bersama responden dan mewujudkan interaksi dua hala yang aktif semasa tindakan-tindakan dijalankan. Hubungan silaturahim yang wujud antara kami telah memberi manfaat kepada saya dalam proses pengumpulan data.


107 Pada pendapat saya, responden-responden menjadi lebih berani menyuarakan pendapat dan perasaan terhadap penggunaan kit ‘Follow Me’ ini. Respondenresponden didorong untuk menulis huruf-huruf asas Bahasa Tamil dengan mengikut cara yang betul supaya dapat menepati bentuk sebenarnya melalui penggunaan kaedah ini. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kit ‘Follow Me’ telah menunjukkan kemajuan yang besar dalam ujian pos. Kesemua peserta kajian yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan dalam ujian pra telah lulus dengan baik dan menunjukkan peningkatan yang mendadak dalam ujian pos. Melalui kajian ini, terdapat beberapa kelebihan yang membantu saya untuk membuat penambahbaikan dan pencarian kaedah yang lebih baik untuk kajian pada masa hadapan. Saya juga dapat memahami dengan lebih mendalam ciri-ciri dan masalah kemahiran menulis dengan lebih baik. Selain itu, saya juga dapat melihat keadaan sebenar kemahiran menulis yang mencari pelbagai kaedah yang sesuai bagi murid-murid Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Dengan ini saya telah mempelajari kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis untuk mengaplikasikanya dalam kajian ini. Walaupun proses membuat kajian tindakan ini sangat mencabar, tetapi ia sangat berguna kepada seseorang guru. Selain kemahiran berfikir, saya telah mempelajari kemahiran mencari maklumat di laman sesawang. Faktor kejayaan kit ‘Follow Me’ ini adalah kerana responden mempunyai semangat yang tinggi untuk menerokai keinginan untuk mencuba perkara baharu yang diajar oleh guru. Saya berpendapat bahawa responden yang belajar dalam kumpulan dapat menimbulkan semangat kerjasama yang tinggi dalam kalangan responden-responden. Mereka berpeluang untuk berkongsi ilmu dan pengalaman tentang penggunaan kit ‘Follow Me’ dalam proses pembelajaran mereka. Namun begitu, kit ‘Follow Me’ turut mempunyai kelemahan semasa responden membuat tindakan yang dirancang. Kelemahannya ialah, tindakan yang dilaksanakan dalam kajian ini sama di mana murid-murid perlu menulis ikut arah alah yang betul seperti yang diberikan. Perkara ini boleh membosankan murid-murid. Selain itu, kaedah ini sangat tradisional dan tidak mengaplikasikan penggunaan teknologi maklumat. Muridmurid zaman kini lebih cendurung kepada teknologi maklumat dan kurang berminat terhadap kit Follow Me.


108 Setelah melaksanakan kajian tindakan ini, ia telah memberi kesedaran kepada saya bahawa betapa pentingnya guru memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran menulis pada awal peringkat pengajaran dan pembelajaran. Hal ini disebabkan respondenresponden tidak menyedari kesilapan yang dilakukan dalam penguasan kemahiran menulis seperti postur badan, posisi duduk, cara gengaman pensel dan sebagainya. Lagipun, kemahiran menulis sangat penting untuk responden membawa diri ke peringkat seterusnya seperti menulis perkataan, ayat, petikan, karangan dan sebagainya. Tambahan lagi, penguasaan kemahiran menulis responden juga adalah proses yang memakan masa. Proses penguasaan kemahiran menulis amat bergantung kepada cara guru menyampaikannya kepada responden-responden dan juga bergantung kepada responden itu sendiri mengalami pengalaman yang berlaku di persekitarannya. Semasa melaksanakan tindakan yang dirancang, saya mendapati kelemahan beberapa orang responden dalam penguasaan kemahiran menulis ialah sering gagal membuat aktiviti yang dirancang dengan baik kerana kebanyakan mereka tidak akan hadir ke sekolah. Justeru, responden menjadi kurang berminat dan memberi perhatian terhadap arahan guru semasa menjalankakan aktiviti. Pada pendapat saya, guru perlu memainkan peranan penting dalam menyampaikan pengajaran yang berkesan untuk membantu responden memahami dan membina kefahaman. Apabila responden dapat menguasai konsep yang dipelajari, mereka dapat menyimpan maklumat tersebut dalam pemikirannya dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, penekanan terhadap penguasaan kemahiran menulis dapat membuka minda responden untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian mereka. Saya juga berpendapat bahawa guru haruslah mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dengan mengaplikasikan bahan konkrit dalam pengajaran dan pembelajaran. Apabila responden-responden belajar melalui sentuhan dan penglihatan, ia dapat membantu mereka mengingati penguasan dengan berkesan. Di samping itu guru boleh menerapkan bahan interaktif yang sesuai dalam pengajaran untuk mengekalkan minat responden dalam penguasan kemahiran menulis dengan baik. Oleh itu, guru harus memilih teknik dan kaedah


109 pengajaran yang sesuai dengan tahap kebolehan responden dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Secara keseluruhannya, saya telah memilih kaedah pengajaran yang tepat untuk membantu responden menguasai kefahaman dan kemahiran menulis dengan baik. Hasil dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kit ‘Follow Me’ mendatangkan manfaat kepada responden-responden untuk mencapai keputusan yang baik dalam ujian pos. Saya juga amat berpuas hati dengan pencapaian yang diperolehi oleh responden berbanding dengan keputusan sebelumnya. Saya juga berbangga dengan kebolehan diri kerana mampu membuat kajian. Saya sebenarnya telah banyak menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran tentang bidang penyelidikan melalui kajian ini. Saya akan menjadikan pengalaman ini sebagai panduan pelaksanaan penyelidikan tindakan seterusnya. CADANGAN TINDAKAN SUSULAN Kajian tindakan ini menunjukkan bahawa penggunaan kit ‘Follow Me’ telah meningkatkan penguasaan kemahiran menulis huruf asas Bahasa Tamil (அ, ஆ, இ, ஈ, உ, ஊ, எ, ஏ, ஐ, ஒ, ஓ, ஒள) dalam kalangan responden kajian. Secara tidak langsung kajian ini mewujudkan peningkatan dalam kemahiran motor halus iaitu koordinasi mata dan tangan. Terdapat beberapa cadangan kajian yang boleh dilaksanakan bagi kajian ini dan kajian akan datang. Cadangan tindakan susulan ini diperlukan untuk mengubahsuai dan meningkatkan lagi kualiti kajian menjadi lebih baik dan berkualiti. Antaranya ialah, perlu meningkatkan kualiti kit ‘Follow Me’. Guru perlu mempelbagaikan penggunaan bahanbahan dalam tindakan supaya dapat menarik minat murid-murid. Guru perlu mempelbagaikan bahan-bahan pengajaran dalam tindakan supaya murid-murid seronok untuk mengikutinya. Kit Follow Me tidak menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi. Dalam kajian seterusnya, unsur teknologi maklumat dan komunikasi perlu ditambahkan supaya dapat menarik minat murid-murid. Penambahbaikkan sedemikian diperlukan untuk meningkatkan kualiti kit ‘Follow Me’ untuk diapilikasikan pada masa hadapan. Contohnya, guru boleh menyediakan huruf-huruf untuk rujukan dalam bentuk power


110 point, video atau sebagainya dengan menggunkan ilmu teknologi maklumat dan komunikasi. Akhirnya, saya perlu memberi semangat dan motivasi kepada murid-murid untuk meningkatkan keinginan mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dirancang. Hal ini kerana terdapat juga beberapa orang responden yang ponteng sekolah dan tidak menunjukkan kesungguhan dalam aktiviti yang dirancang. Bagi meningkatkan keinginan mereka saya perlu memberi semangat kepada mereka. Teknik peneguhan positif merupakan salah satu kaedah untuk meningkatkan semangat dalaman dan luaran responden-responden. Kata-kata semangat, sistem token, ganjaran merupakan elemen dalam peneguhan positif yang boleh dilaksanakan terhadap responden. Dengan ini muridmurid dapat melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti tindakan yang dirancang.


111 RUJUKAN Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2017). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan . Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia . Christy Serini Anak Awang. (2009). Ada Apa Dengan Tulisan. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP KG , Ms.230-245. Creswell. (2009). Educational Research- Planning Conducting, And Evaluating, Quantitative And Qualitative Research. New Jersey: Merill Prentice Hall . Herniza Mahmud. (2012, Oktober 22). Senarai Semak. Retrieved from: Http://Www. Slideshare.Net/Hermz/Senarai-Semak-11002482 Mathison. (1988, Ogos 04). Cara Semak Data. Retrieved from: Https://Www.Scribd.Com/Document/320227841/Cara-Semak-Data Mieyda. (2012, September 17). Contoh Kajian Tindakan. Retrieved from: Http://Moshi2-Mycorner.Blogspot.My/2012/09/ContohKajianTindakan_17.Html Nourlieda Binti Abdullah. (2012). Cantik Dan Kemas. Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP KG (BM). IPG KBL. Nor Zuhaila bt Mahmad Azmi. (2014, Jun 17). Bermain Meningkatkan Kemahiran Menulis . Retrieved From: Http://Www.Myhealth.Gov.My/Index.Php/My/Bayikanak-Kanak/TumbesaranA-Perkembangan/Bermain-Meningkatkan-Kemahiranmenulis Paul Jernings. (2004). The Reading Bug... And How To Help Your Child To Catch It. Australia : Penguin Books . Qiu Qiu 7734. (2016, Ogos 02). Adaptasi Model Kurt Lewin Dan Laidlaw. Retrieved from: https://Www.Scribd.Com/Presentation/319916181/Adaptasi-ModelKurtLewin-Dan-Laidlaw Raihanah Ahmad. (2014, November 14). Cara Melatih Kemahiran Motor Halus KanakKanak. Retrieved from: Http://Vitamin-Cerdik.Com/Cara-MelatihKemahiranMotor-Halus-Kanak-Kanak/


112 Rosinnah Edinin. (2011). Penyelidikan Tindakan Kaedah Dan Penulisan . Kuala Lumpur : Freemind Horizons Sdn.Bhd. Shila Daly. (2015, Februari 18). Contoh Proposal Pt. Retrieved from: Https://Www.Slideshare.Net/Shiladaly/Contoh-Proposal-Pt Sulaiman Masri. (2003, Mac 15). Kemahiran Asas Menulis . Retrieved from: Http://Cikguhaidi.Wordpress.Com/Category/Bahan Bantumengajar/Html Suzi Suziyana. (2012, September 15). Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan. Retrieved from: Https:www.Slideshare.Net/Suzisuziyana/Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan.


113 MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGIKAT TALI KASUT IKATAN REBEN DENGAN SENDIRI.MENGGUNAKAN TEKNIK BIMBINGAN SECARA BERPERINGKAT DALAM KALANGAN MURID PENDIDIKAN KHAS SK BIDOR 2 NURSURYATI BINTI YAAKOB MUHAMMAD BASID FITRI BIN HAMID LATIF NUR AIN BINTI ABDUL KADIR SEKOLAH KEBANGSAAN BIDOR 2 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN/ISU YANG LALU Kami mengajar di sekolah kebangsaan Bidor 2, Jalan Teluk Intan,35500 Bidor, Perak. Kami mengajar dalam program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).Murid-murid di dalam kelas kami terdiri daripada enam orang murid Kelas K4 Berlian yang terdiri daripada 4 murid lelaki dan 2 perempuan. Dari pemerhatian kami setelah mengajar kelas selama 4 bulan dan beberapa hari, murid telah melalui pelbagai aktiviti seperti mengikat tali apron, mengikat plastik beg, mengikat telekung dan mengikat tali bungkusan didapati mereka masih tidak memahami cara bagaimana untuk membuat ikatan reben pada akhir mereka habiskan ikatan ianya berpunca daripada masalah kemahiran motor halus ,masalah kognitif serta masalah komunikasi yang dihadapi murid. Kegagalan murid menguasai tentang kemahiran mengikat tali kasut ikatan reben adalah kerana : i) Tidak faham cara membentuk ikatan reben ii) Lupa Langkah-langkah ikatan iii) Keliru pusingan ikatan antara tangan kanan dan tangan kiri Di sebalik itu , kami cuba cermin diri dan menyenaraikan masalah yang mungkin berpunca dari kelemahan kami sendiri seperti : i) Tidak mengambil tahu masalah keterampilan murid


114 ii) Kami beranggapan murid sudah menguasai ikatan dengan peralatan harian biasa iii) Murid tidak pula menunjukkan kelemahan mereka semasa mengikat tali kasut Kami sangka dengan bersikap sedemikian murid akan belajar teknik mengikat tali kasut ikatan reben tetapi sangkaan kami meleset apabila murid yang menjangkau usia remaja tidak menunjukkan minat terhadap kasut bertali, yang sering dipakai murid tahap 2 dan murid sekolah menengah. Berdasarkan dari masalah itu ,kami sedar bahawa masalah ini tidak boleh dibiar berlarutan memandangkan murid-murid kami akan berada di dalam masyarakattanpa bantuan daripada guru dan ibu bapa. Masalah ini melibatkan cara mereka bergaya dan mempamerkan personaliti. Disamping memberi impak kepada keterampilan diri, keyakinan diri berhadapan dengan masyarakat dan apabila masuk ke alam pekerjaan. Kami akan cuba membantu murid mengatasi masalah di atas dengan cara mengubah kebiasaan ketika mengajar. kami bercadang menggunakan 3 peringkat penguasaan dalam menguasai kemahiran mengikat tali kasut dengan ikatan reben. Bagi membantu menyelesaikan masalah ikatan reben pada akhir ikatan yang murid lakukan , murid perlu mengikuti proses intevensi ini. Proses ini telah dibahagikan kepada tiga peringkat. Pertamanya ialah bimbingan menguatkan motor halus Kedua ialah bimbingan menguatkan daya ingatan Ketiga pula ialah bimbingan menggunakan saiz tali yang berlainan. 2.0 FOKUS KAJIAN Daripada refleksi di atas didapati murid tidak dapat menyelesaikan ikatan reben pada akhir ikatan kasut kerana : a. Murid tidak dapat membezakan antara tali dan benang b. Murid tidak membezakan tangan kanan dan kiri c. Murid gagal dalam Penguasaan koordinasi mata dan tangan


115 d. Murid tidak dapat mengikat tali kasut ikatan reben mengikut langkah yang betul Masalah ini berlaku dalam kalangan murid-murid terutamanya disebabkan murid yang tidak biasa dengan ikatan dan tali, kelemahan membezakan kanan dan kiri,lemah daya fokus koordinasi mata-tangan dan lupa langkah yang sepatutnya dalam mengikat tali kasut. Murid masih tidak lagi tidak dapat mengikat tali kasut dengan ikatan reben, lebih lagi apabila mereka mahu keluar rehat. Dimana sebelumnya murid dikehendaki untuk menanggal kasut sebelum masuk kedalam kelas. Keputusan ujian menunjukkan semasa pemerhatian awal kami mendapati murid telah menunjukkan semangat yang tinggi dan berusaha untuk menghasilkan satu ikatan reben tali kasut. Akan tetapi, apabila murid telah gagal mengikat tali kasut secara berulangkali, murid semakin kurang kesabaran dan tumpuannya mudah beralih ke tempat lain. Di samping itu, murid juga sentiasa memandang kepada kami untuk mendapat kepastian adakah ikatan yang dibuat olehnya betul atau tidak sehingga meminta bantuan daripada kami. Murid menjadi lemah dalam kemahiran mengikat tali kasut ikatan reben kerana mereka tidak faham langkah-langkah mengikat tali kasut dalam ikatan reben disamping guru kurang memberi tumpuan dalam memastikan langkah ikatan yang dibuat murid itu adalah betul.Kemahiran membezakan tangan kanan dan tangan kiri dalam menyulam tali menjadi ikatan reben haruslah dikuasai murid bagi menjayakan ikatan ini. Keputusan ujian pra ialah murid telah menunjukkan tahap penguasaan terhadap ikatan reben. Peratusan ini sangat rendah dan menunjukkan murid perlu dibimbing secara berperingkat bagi mengatasi maslah ketrampilan murid didalam masyarakat. Kesan masalah ini jika tidak ditangani segera, murid akan terus mengamalkan sikap sambil lewa, malas berusaha dan mudah putus asa dalam berketrampilan. Murid juga akan melepaskan peluang untuk berada setara dengan masyarakat. Jika tiada


116 langkah awal dalam memastikan murid menguasai kemahiran ikatan reben ini, maka murid akan berada dalam self esteem yang rendah. Kami akan cuba mengatasi masalah mengikat tali kasut pada ikatan reben dengan membimbing mereka menggunakan intevensi, bimbingan secara berperingkat. Proses intevensi ini telah dibahagikan kepada tiga peringkat seperti yang telah dinyatakan. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Am: Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran mengikat tali kasut ikatan reben dengan sendiri.menggunakan teknik bimbingan secara berperingkat dalam kalangan murid pendidikan khas Sk Bidor 2. 3.2 Objektif Khusus: i) Kajian ini dibuat untuk membantu murid menggunakan kemahiran motor halus bagi mengikat tali kasut dengan ikatan reben ii) Bagi menyerlahkan lagi keyakinan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas dari segi penampilan iii) Murid dapat meningkatkan kemahiran murid dalam mengikat tali kasut ikatan reben melalui bimbingan secara berperingkat. iv) Mengkaji sama ada bimbingan secara berperingkat dapat meningkatkan minat murid untuk mengikat tali kasut ikatan reben. 4.0 KUMPULAN SASARAN: Murid yang terlibat adalah melibatkan enam orang murid Kelas K4 Berlian yang terdiri daripada 4 murid lelaki dan 2 perempuan. 5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN 5.1 Tinjauan awal masalah Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap masalah telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut.


117 Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti berikut: a. Praujian Pengetahuan murid dalam kemahiran mengikat tali kasut dengan reben, Murid diuji untuk mengetahui masalah mengikat tali kasut ikatan reben dan minat mengikat tali kasut ikatan reben. b. Ujian pengesanan Satu penilaian secara informal yang dijalankan oleh guru, melalui cara pemerhatian atau senarai semak ke atas murid kelas K4 Berlian Dalam menjalankan penilaian pengesanan ini murid tidak diberi latihan awal. Maklumat hasil dari penilaian ini juga bertujuan membantu guru menjalankan penilaian ke atas murid seterusnya bagi merancang aktiviti yang boleh digunakan untuk merancang aktiviti yang boleh meningkatkan keupayaan murid tersebut. c. Temu Bual. Murid diberi soal selidik sebelum dan selepas rawatan . Perbezaan pandangan dan intervensi yang diberikan dapat menjelaskan sama ada rawatan yang diberi brkesan ataupun tidak. 6.0 ANALISIS TINJAUAN MASALAH Hasil Tinjauan mendapati : a. Praujian Ujian pra dan ujian pos dilaksanakan adalah bertujuan untuk menilai dan menguji tahap keberkesanan bimbingan secara berperingkat dalam mengikat tali kasut ikatan reben sebelum dan selepas ujian dijalankan ke atas murid. Semasa menjalankan ujian pra dan ujian pos, pengkaji telah mencatatkan pemerhatiannya pada borang senarai semak bagi memudahkan mengenal


118 pasti sejauh manakah kemahiran murid dalam meningkat tali kasut ikatan reben. Berikut adalah keputusan bagi ujian pra dan ujian pos yang telah dijalankan. Jadual 1: Perbandingan keputusan ujian pra dan ujian pos (Kemahiran mengikat tali kasut ikatan reben) Items yang diuji UJIAN PRA UJIAN POS YA TIDAK YA TIDAK Dapat membezakan antara tali dan benang / / Membezakan tangan kanan dan kiri / / Cara memegang tali dengan betul / / Penguasaan koordinasi mata dan tangan / / Mengikat tali kasut ikatan reben mengikut langkah yang betul / / Menghasilkan satu ikatan tali kasut yang lengkap dengan ikatan reben / / Berdasarkan jadual 1, satu graf perbandingan keputusan ujian pra dan ujian pos telah dibina (rujuk rajah 1). Rajah 1: Perbezaan peratusan keputusan ujian pra dan ujian pos 0 20 40 60 80 100 Ujian Pra Ujian pos 16.7 100 Perbandingan Keputusan Ujian Pra Dan Ujian Pos


119 Berdasarkan rajah 6, peratus peningkatan adalah 83.3% berbanding keputusan ujian pra ialah 16.7%. Murid telah menunjukkan prestasi yang baik selepas intevensi dengan bimbingan secara berperingkat diberi. Ini bermakna penggunaan bimbingan secara berperingkat telah berjaya meningkatkan kemahiran murid dalam mengikat tali kasut ikatan reben. b. Pemerhatian Pemerhatian yang dibuat didapati bimbingan secara berperingkat untuk meningkatkan kemahiran murid dalam mengikat tali kasut ikatan reben. Pada bimbingan peringkat pertama, murid telah dibimbing untuk meningkatkan kemahiran motor halus. Di samping itu, peningkatan kemahiran murid selepas kajian turut dibantu dengan kaedah nyanyian yang telah dilaksanakan dalam proses bimbingan peringkat kedua. Ianya menguatkan lagi daya ingatan kerana disamping mengurangkan kebosanan, ia dapat mempertingkatkan minat dan mendorong penumpuan Peningkatan kemahiran murid dalam mengikat tali kasut ikatan reben turut dibantu dengan proses bimbingan yang ketiga di mana murid telah dibimbing oleh kami untuk mengikat tali kasut ikatan reben dengan penggunaan saiz tali yang berbeza. Penggunaan saiz tali yang berbeza iaitu dari saiz tali yang besar, sederhana dan akhirnya kecil telah membolehkan murid menguasai kemahiran mengikat tali kasut ikatan reben dengan baik. c. Temu Bual Kami telah menjalankan temubual bersama guru lain serta murid tentang tahap kemahiran murid mengikat tali kasut ikatan reben. Temu bual itu berperanan untuk mengesan masalah sebenar yang telah dihadapi murid. Dapatan menunjukkan kemahiran motor halus, kemahiran kognitif serta kemahiran komunikasi murid yang lemah merupakan punca terhadap kelemahan murid menguasai ikatan reben. Kami akan menggunakan pasca ujian nanti untuk mengukur perubahan dari segi minat murid terhadap cara murid mengikat tali kasut dengan ikatan reben Murid diberi


120 bimbingan secara berperingkat. Perbezaan pandangan dan keputusanakan dapat menjelaskan sama ada bimbingan yang diberi berkesan ataupun tidak. 6.1Tindakan (Rawatan) Yang Akan Dijalankan Proses intevensi ini telah dibahagikan kepada tiga peringkat: 1. Pertamanya ialah bimbingan menguatkan motor halus dengan menjalankan aktiviti meningkatkan motor halus seperti aktiviti meramas, memicit, mencubit dan menggolekkan belon berisi tepung di atas meja bagi menggantikan doh. 2. Kedua ialah bimbingan menguatkan daya ingatan dengan menjalankan aktiviti nyanyian lagu yang berkaitan dengan membuat ikatan reben mudah mengikut langkah yang betul mengiku rentak lagu. 3. Ketiga pula ialah bimbingan menggunakan saiz tali yang berlainan untuk mengikat tali kasut ikatan reben. 7.0 BAHAN YANG DICADANGKAN Bahan yang dicadangkan lagu irama senam si tommy


121 8.0 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN 9.0 KOS KAJIAN Bil Aktiviti JANUARI FEBRUARI MAC APRIL 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal. X 2. Menulis proposal kajian. X 3. Merancang tindakan secara berkumpulan malalui pemerhatian. X 4. Melaksanakan tindakan peringkat pertama menguatkan motor halus X 5. Membincangkan masalah yang timbul dalam menguatkan motor halus. X 6. Melaksanakan tindakan peringkat kedua menguatkan daya ingatan. X 7. Membincangkan masalah yang timbul dalam menguatkan daya ingatan. X 8. Melaksanakan tindakan peringkat ketiga Menggunakan saiz tali yang berlainan. X 9. Membincangkan masalah yang timbul dalam menggunakan saiz tali yang berlainan. X 10 Ujian untuk mengesan pencapaian murid. X X X 11 Refleksi kajian. X X 12 Menulis laporan kajian. X X 13 Pembentangan dapatan kajian. X Bil Bahan Unit kos Unit Jumlah kos 1. Tepung RM 1.80 500G RM 1.80 2. Belon berwarna RM 0.20 6 PCS RM 1.20 3. Kertas A4 RM 3.00 1 pack RM 3.00 4. Plastik laminate RM 0.50 3 pcs RM 1.50 5. Playwood terpakai RM 0.00 1 RM 0.00 6. Tali kasut(1 cm) RM3.00 1 RM 3.00 7 Tali kasut 0.7cm RM 3.00 1 RM 3.00


122 10.0 PENUTUP Tuntasnya, disimpulkan bahawa penggunaan bimbingan secara berperingkat dapat meningkatkan kemahiran murid dalam mengikat tali kasut ikatan reben. Di samping itu, bimbingan secara berperingkat juga dapat meningkatkan minat murid dalam mengikat tali kasut ikatan reben. Kajian ini telah berjaya membuktikan bimbingan secara berperingkat dapat meningkatkan kemahiran murid mengikat tali kasut ikatan reben dengan jayanya berdasarkan dapatan dan analisis yang telah diperolehi oleh kami sepanjang kajian ini dijalankan dan seterusnya menjawab persoalan kajian yang telah dinyatakan pada peringkat awal kajian. Adalah diharapkan kajian ini dapat membantu kami membaiki mutu dan amalan bilik darjah dengan baik dan bersistematik melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas mahupun di luar kelas. Kami juga berharap agar sesi bimbingan dan pemulihan kepada murid yang lemah akan diteruskan agar berlaku kesinambungan pembelajaran dan mengurangkan keciciran pembelajaran di kalangan murid yang lemah. 8 Tali Kasut 0.5 cm RM 3.00 1 RM 3.00 9 Kain felt(kasut) Rm 1.50 9 RM 13.50 JUMLAH KESELURUHAN RM 30.00


123 MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA HURUF HIJAIYYAH MENGGUNAKAN KOMIK DALAM KALANGAN MURID TAHUN1 BUKHARI DI SK HAJI HASSAN SITI FATIMAH WATI BINTI HAJI AHMAD AIDA SALWA BINTI ATAN Sekolah Kebangsaan Haji Hassan 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN/ISU YANG LALU Kami mengajar di Sekolah Kebangsaan Haji Hasan Changkat Petai, Tapah Road, Perak. Murid-murid di dalam kelas kami terdiri daripada pelbagai kecerdasan seramai 24 orang murid. Dari pengalaman dan pemerhatian serta ujian setelah mengajar kelas tahun 1 Bukhari selama 4 bulan didapati masih terdapat 5 orang murid belum menguasai dalam membaca huruf hijaiyyah dengan baik. Mereka masih keliru dan tidak dapat membaca huruf hijaiyyah dengan betul. Pemerhatian kami selama murid tahun 1 Bukhari bersekolah selama 4 bulan didapati murid lebih leka dan sambil lewa ketika belajar. Mereka merasa seolah-olah berada di tadika lagi. Mereka suka bermain-main dan tidak fokus ketika belajar. Murid juga tidak dapat menyebut hijaiyyah dengan betul dan mereka merasa jemu. Mereka gagal mengingat dan mengenal huruf alif hingga ya dengan baik. Antara jawapan murid semasa PdP dilaksanakan. “ payah la ustazah nak sebut......’ “depa pandai ...tak pa la ustazah...” “tak kena le bunyinya ustazah...” Berdasarkan pemerhatian dan soal selidik yang telah dibuat, terdapat beberapa masalah yang menyebabkan murid kurang meminati PdP Al-Quran, antaranya tidak memberi fokus kepada guru yang mengajar sebaliknya mereka memberi tumpuan kepada objek lain yang lebih menarik disekeliling mereka. Mereka juga mudah keliru dengan sebutan-sebutan huruf dan sukar mengecam dengan baik kerana huruf hijaiyyah kebanyakannya mempunyai bentuk


124 yang hampir sama dan perbezaannya adalah titik sahaja. Selain itu, sikap mudah bosan dan teknik PdP yang tidak memberangsangkan minda mereka untuk lebih memahami seterusnya mengecam huruf. Kegagalan murid memahami tentang membaca huruf hijaiyyah kerana : i) sikap sambil lewa murid, ii) kurang fokus semasa pdpc berjalan. iii) murid juga tidak memahami dan mengingat huruf-huruf hijaiiyah Di sebalik itu, kami cuba cermin diri dan menyenaraikan masalah yang mungkin berpunca dari kelemahan kami sendiri seperti : i) Selama ini kami mengajar sekadar syok sendiri tanpa mempedulikan tahap kefahaman murid. ii) Kami juga beranggapan mereka telah faham apabila tiada yang bertanya selepas PdP dilaksanakan iii) Murid pula mungkin takut untuk bertanya kerana personaliti kami yang agak tegas dan tiada ciri kecindan bila menjalankan PdP iv) Kami hanya bermatlamat untuk menghabiskan sukatan tanpa mengira murid dapat menguasai huruf hijaiyah atau tidak. Kami sangka dengan bersikap sedemikian murid akan tekun belajar tetapi sangkaan kami meleset. Kerja- kerja latihan murid semakin merosot dan prestasi mereka semakin menurun. Mereka juga lebih suka bermain daripada fokus tentang pelajaran yang dipelajari. Berdasarkan dari masalah itu , kami sedar bahawa masalah ini tidak boleh dibiar berlarutan memandangkan murid-murid kami akan naik ke tahun 2. Jadi amatlah rugi jika kami membiarkan sahaja tanpa ada usaha untuk mengatasi masalah ini. Kami akan cuba membantu murid mengatasi masalah di atas dengan cara mengubah kebiasaan ketika mengajar. Kami bercadang untuk menukar teknik pengajaran kami sengan lebih kreatif dan menyeronokkan dengan melukis komik dengan melukis kartun dan di dalamnya ada huruf hijaiyyah yang dipelajari. Komik tersebut kami panggil Komik Alif.


125 Bagi membantu menyelesaikan masalah tersebut kami telah berbincang untuk menyatukan Gambar kartun bersam huruf-huruf hijaiyyah bagi menarik minat murid untuk belajar. Kami juga Menggabungkan kemahiran–kemahiran tertentu dalam komik Alif tersebut. Mudah-mudahan murid tahun 1 Bukhari yang lemah untuk mampu berusaha mengatasi masalah mereka. 2.0 FOKUS KAJIAN Daripada refleksi di atas didapati murid tidak dapat menjawab latihan berkaitan membaca huruf hijaiyyah kerana : a. Murid tidak cuba untuk menyebut dan membaca. Ini disebabkan murid tidak mengenali hurf hijaiyaah tersebut. b. Murid tidak memahami fungsi setiap huruf hijaiyyah dengan dejalas. c. Murid keliru terutama huruf seakan sama hanya yang membezakan titik. Masalah ini berlaku dalam kalangan murid-murid terutamanya disebabkan sikap murid yang malas membaca, hendak cepat siap, dan tidak pandai membahagi masa yang diperuntukkan. Merenung kembali PdP yang telah dilaksanakan, terdapat beberapa persoalan dalam diri kami, antaranya: Adakah kaedah dan teknik yang kami gunakan tidak sesuai? Adakah Pdp kami tidak menarik? Bertolak daripada itu, kami berhasrat untuk membuat penambahbaikan terhadap PdP supaya murid terkesan dengan pembelajaran dan dapat menyebut huruf hijaiiyah dengan betul, dimana bahan komik dapat menambah minat murid ditambah dengan gambar-gambar berbentuk komik supaya pembelajaran mereka lebih menarik lagi. Oleh itu, kami telah menggunakan “Komik Alif” sebagai bahan bantu belajar di dalam PdP bidang Al-Quran. Kaedah ini bertujuan membantu meningkatkan penguasaan murid tahun 1 Bukhari seramai 4 orang murid dapat membaca huruf hijaiiyah dengan lebih cepat dan pantas. Seterusnya dapat menguasai Al-Quran dengan lebih lancar dan baik. Proses penyampaian maklumat menjadi lebih efektif dan positif dengan unsur-unsur tersebut.(Cik Asmayati,2012). Kami berharap Komik


126 Alif ini dapat membantu mengatasi masalah kemahiran membaca huruf hujiyyah dalam kalangan murid tahun 1 Bukhari. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Am Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran murid membaca huruf hijaiyyah dengan mengikut komik Alif dalam kalangan murid tahun 1 Bukhari. 3.2 Objektif Khusus a) Peratus murid lulus meningkat sekurang-kurangnya sebanyak 50% berbanding pentaksiran yang lalu. b) Murid dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya 10 huruf daripada 28 huruf hijaiyyah dengan betul. c) Guru dapat meningkatkan peratus penilaian pasca ujian sebanyak 50% berbanding praujian. d) Peningkatan minat murid sekurang-kurangnya sebanyak 50% dalam soal selidik yang diedarkan. 4.0 Kumpulan Sasaran: Pelajar yang terlibat adalah dari kelas 1Bukhari terdiri daripada 4 orang murid iaitu tiga orang murid lelaki dan seorang murid perempuan. Kelas ini terdiri daripad 24 orang murid semuanya. Semua responden ini dipilih berdasarkan prestasi akademik yang lemah dalam Pelajaran Al-Quran. Responden1 hanya mengenal 7 huruf. Responden 2 mengenal 12 huruf tetapi masih tertukar-tukar sebutan ketika membaca halaman yang banyak huruf. Responden 3 pula mengenal 9 huruftetapi masih teragak-agak untuk menyebutnya. Manakala, responden 4 mengenal 8 huruf tetapi masih tergagap-gagap ketika menyebutnya. Selain itu, semua responden ini mempunyai ciri unik yang berbeza-beza antara satu sama lain. Responden 1 suka buat hal sendiri semasa PdP. Walaupun


127 telah ditegur oleh guru dan tetap leka dengan bermain alat tulis di atas mejanya. Dia juga kurang memandang ke hadapan sewaktu guru mengajar. Responden 2 pula suka bermain dan bersembang dengan rakan dari sebelahnya. Responden ini mudah hilang fokus dan suka mengganggu rakan-rakannya. Responden 3 tidak mengikut PdP guru dan suka bermain. Walaupun ada buku dihadapannya, responden suka menukar tempat duduknya untuk berkongsi buku dan bersembang. Responden 4 pula seorang pendiam dan kurang respon di dalam kelas. Berdasarkan keterangan di atas, semua responden tersebut perlu dibimbing dan dibantu untuk mengenal dan membaca huruf hijaiyyah. Tumpuan kajian kami adalah kepada empat orang murid tersebut. R1 = Ailani (7 huruf) R2 = Qasha (12 huruf ) R3 = Muhaimin ( 9 huruf ) R4 = Syahmi (5 huruf) 5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN 5.1 Tinjauan awal masalah: Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap masalah telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti berikut: a) Praujian Pengetahuan murid dalam penguasaan membaca huruf hijiyyah diuji untuk mengetahui masalah konsep yang dihadapi walaupun ia telah diajar dalam tahun yang sama. Setelah menyemak jawapan murid, kami mendapati murid tersebut tidak dapat menjawab jawapan yang betul. Terdapat banyak kelemahan jawapan murid. Tulisan huruf hijaiyyah pun banyak kesalahan. Murid-murid tidak menulis dengan cara yang betul.


128 b) Pemerhatian Semakan buku tulis dibuat bagi mendapatkan gambaran tahap penguasaan murid dalam membaca huruf hijaiyyah. Tingkah laku murid sebelum dan selepas rawatan diberikan juga diperhatikan. Sebelum kajian dijalankan, murid kurang respon. Sebagaimana kebiasaannya, murid lelaki kurang bersungguhsungguh dan kurang mengambil bahagian dalam aktiviti PdP yang dijalankan. Selain itu, kami juga membuat semakan buku latihan murid untuk mengenal pasti penguasaan huruf hijaiyyah. Semasa PdP terutamanya dalam tasmik kesemua murid cepat bosan dan tidak dapat meneruskan bacaan di muka surat yang baharu kerana tidak mengenal huruf hijaiyyah dengan baik. c) Soal Selidik Murid diberi soal selidik sebelum dan selepas rawatan . Perbezaan pandangan dan penguasaan kemahiran murid dapat membaca huruf hijaiyyah sebelum dan selepas menggunakan komik Alif dapat menjelaskan sama ada rawatan yang diberi berkesan ataupun tidak. Didapati keempat empat murid dapat menguasai huruf hijaiyyah dengan baik dan lancar. Kami juga mengedarkan borang soal selidik kepada beberapa orang rakan guru agama yang lain untuk mendapatkan pandangan tentang menggunakan komik Alif ini. Didapati komik ini sangat berkesan dan murid mudah untuk mengingat dan membaca huruf dengan cepat dan lancar. 5.2 Analisis Tinjauan Masalah Hasil tinjauan mendapati: a) Praujian Didapati pengetahuan murid dalam penguasaan konsep berkaitan sangat lemah. Ini Menunjukkan kelemahan murid dalam penguasaan membaca huruf hijaiyyah. Keputusan praujian membuktikan segala yang disangka. Berikut ialah pencapaian yang diperolehi.


129 GRED MARKAH PENCAPAIAN MURID Bil % A 80-100 5 21 B 60-79 10 42 C 50-59 5 21 D 40-49 0 0 E 0-39 4 16 LULUS 20 83 GAGAL 4 16 b) Pemerhatian Pemerhatian yang dibuat didapati sebelum kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran didapati : 1. Murid kurang berkeyakinan untuk menjawab soalan yang diajukan oleh guru secara lisan. Murid menjawab dengan suara perlahan dan ada yang diam sahaja terutama ketika guru menyoal. 2. Semakan buku tulis juga didapati mereka tidak menulis huruf hijaiyyah dengan betul. Adakalanya hampir 30% murid tidak menghantar kerja rumah dalam satu-satu masa dengan alasan tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikannya. Tingkah laku murid juga kadangkala menguji kesabaran kami ketika mengajar PdP. 5 21 10 42 5 21 0 0 4 16 20 83 4 16 0 20 40 60 80 100 BIL % PENCAPAIAN MURID MARKAH PRAUJIAN A 80-100 B 60-79 C 50-59 D 40-49 E 0-39 LULUS GAGAL


130 c) Soal Selidik Kami telah mengedarkan soal selidik sebelum rawatan diberi. Soal selidik itu berperanan untuk mengesan kelemahan murid tahun 1 Bukhari membaca huruf hijaiyyah dengan betul. Dapatan menunjukkan 4 orang murid tahun 1 Bukhari tidak dapat menguasai membaca huruf hijaiyyah. Kami akan menggunakan pasca ujian nanti untuk mengukur perubahan dari segi minat murid terhadap penguasaan murid mengenai huruf hijaiyyah tersebut. Murid diberi soal selidik sebelum dan selepas rawatan menggunakan komik Alif. Perbezaan pandangan dan penguasaan membaca huruf hijaiyyah menggunakan komik Alif dapat dijelaskan mengikut soal selidik yang telah dijalankan. Didapati setelah menggunakan komik Alif murid dapat membaca huruf hijaiyyah dengan lancar dan cepat. Manakala guru-guru yang lain pula memberi beberapa respon yang positif tentang penggunaan komik Alif dalam membantu murid yang lemah. Guru Bahasa Arab: • Satu pendekatan yang menarik untuk menarik minat murid yang kurang fokus. Guru Pendidikan Islam: • Bahan ini sangat menarik dan baharu kepada murid-murid terutama murid tahun 1. Guru Pendidikan Seni: • Bahan seperti ini sangat dekat dengan kanak-kanak yang suka kepada kartun dan imaginasi. 5.3 Tindakan (Rawatan) Yang Dijalankan Setelah murid menjalani praujian, kami telah memulakan rawatan seperti berikut:


131 a) Aktiviti 1 Murid diperkenalkan dengan komik Alif. Murid melihat setiap helaian komik sambil mendengar penerangan guru. b) Aktiviti 2 Murid ditanya oleh guru setiap huruf hijaiyyah pada setiap gambar. Murid dibimbing cara mengingat huruf dengan mengingat setiap gambar. c) Aktiviti 3 Murid diminta menyebut setiap huruf setelah selesai membaca komik Alif. 5.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan. Kajian ini kami telah rancang dan laksanakan mengikut jadual perancangan kami. Kami telah memperuntukkan setiap 30 minit di awal PdP untuk murid membaca huruf ini dengan menggunakan komik Alif. Murid telah menjalani praujian, praujian 1 dan praujian 2 di dalam bulan Julai. Selepas praujian 2, murid diedarkan borang soal selidik untuk mendapat pandangan mereka tentang komik Alif ini. Tujuan borang ini diedarkan supaya kami mendapat maklum balas dengan lebih cepat dan jelas. Kami juga telah menerangkan cara menggunakan komik Alif kepada rakan guru untuk mendapat pandangan kepada mereka. Kami mendapati murid-murid berani menyebut dan tidak teragak-agak. Mereka memberi respon dan ada perubahan yang baik. 5.5 Refleksi Kajian Pencapaian murid dalam praujian, pascaujian 1 dan pascaujian 2 menunjukkan peningkatan yang baik. Murid dapat menyebut huruf dengan betul dan cepat. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa komik Alif banyak membantu murid mengenalpasti huruf dan membaca huruf dengan cepat. Ingatan murid juga lebih panjang. Murid lebih seronok semasa PdP berlangsung dan tidak ketinggalan.


132 Peningkatan yang ditunjukkan oleh setiap murid membuatkan kami rasa gembira dan bersyukur. Murid-murid juga memberi respon yang sangat baik apabila melihat gambar-gambar dan kartun yang comel di dalam komik Alif. Secara tidak langsung, merangsang mereka untuk bertanya dan menerangkan komik Alif ini. Justeru itu, kami berasa lebih yakin untuk menggunakan komik ini untuk membantu murid yang lemah. 6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut: 1. Komik berwarna-warni 2. Komik dalam satu muka surat. Hasil dari penyelidikan yang dijalankan, kami dapati terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran murid. Semoga hasil kajian kami dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses PdP lebih menarik dan menyeronokkan. Atau dalam bentuk : Langkah 1 Murid-murid dikehendaki membaca 4 atau 6 huruf hijaiiyah Langkah 2 Tulis huruf di setiap soalan huruf hijaiyyah Langkah 3 Murid-murid dikehendaki menulis dan mewarna huruf dan gambar di dalam ujian Langkah 4 Murid membaca berulang kali Langkah 5 Murid membaca sambil bercerita di dalam komik Alif Langkah 6 Guru akan menilai keberkesanan komik Alif


133 7.0 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN (BOLEH DALAM PELBAGAI BENTUK) Bil Aktiviti Tarikh pelaksanaan Catatan 1. Menulis proposal Kajian 1 Mei 2022 2. Merancang Tindakan 3-5 Mei 2022 3. Melaksanakan Tindakan- aktiviti 1 Minggu 1 (Mei) 4. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan dalam tindakan 1 Minggu 2 5. Melaksanakan tindakan – aktiviti 2 Minggu 3 6. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 3 Minggu 4 7. Melaksanakan tindakan – aktiviti 3 Minggu 5 (Jun) 8. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 3 Minggu 6 9. Melaksanakan tindakan – aktiviti 4 Minggu 7 10. Ujian untuk mengesan pencapaian murid Minggu 8 (Julai) 11. Refleksi kajian Minggu 9 12. Menulis laporan Kajian Minggu 10 Atau dalam bentuk : Bil Aktiviti Bulan A Bulan B Bulan C 1. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data Awal X 2. Menulis proposal kajian X 3. Merancang Tindakan ( Individu / Panitia) X 4. Melaksanakan Tindakan ( Aktiviti 1) X 5. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1 ( Dalam Panitia/Unit ) X 6. Melaksanakan tindakan ( Aktiviti 2) X 7. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2 ( Dalam Panitia/Unit) X 8. Melaksanakan tindakan ( Aktiviti 3) X 9. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 3 ( Dalam Panitia/Unit) X 10. Ujian untuk mengesan pencapaian murid X 11. Refleksi kajian X


134 8.0 KOS KAJIAN Bil Perkara Harga seunit Jumlah 1 Kertas 10 x RM1.00 RM10 2 Pensil 1 x RM 2.00 RM2 3 Buku Catatan Murid 4 x RM 1.00 RM4 4 Buku Catatan Guru 1 x RM 5.00 RM5 5 Kertas A4 1 rim x RM 10.00 RM10 6 Printer Catridge 1 x RM 40.00 RM40 7 Fotostat bahan 40 helai x RM 20.00 RM20 JUMLAH KESELURUHAN : RM 91.00 9.0 PENUTUP Kajian Tindakan kami yang bertajuk meningkatkan kemahiran membaca huruf hijaiiyah menggunakan Komik dalam kalangan murid tahun 1 Bukhari di SK Haji Hasan. Ia juga sekaligus akan membantu murid menguasai huruf hijaiiyah dengan lebih lancar. Kami juga berharap agar kajian ini dapat memberi manfaat kepada murid dan guru-guru untuk meningkatkan penguasaan murid dalam membaca huruf hijaiiyah. 12. Menulis laporan kajian X 13. Pembentangan dapatan kajian X


135 Rujukan Al- Quranul Karim dan Terjemahannya. Kuala Lumpur: Pustaka Darul Iman Sdn Bhd. Ahmad Mohd Salleh. (2008). Pengajian Agama Islam dan j-Qaf. Metodologi dan Pedagogi Pendidikan. Selangor. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Fazlina Fadzil, Nurulazidah Jaafar.(2012) Kajian Pengalaman dan Kesedaran Pembacaan Al-Quran dalam Kalangan Pelajar Muslim Politeknik Port Dickson Negeri Sembilan:Prosiding Seminar Pendidikan Politeknik 2012. Muhammad Farhan Ismail, Siti NurFarhana Zakaria (2010). Kajian Pembacaan Surah Al-Fatihah Di kalangan Pelajar Politeknik Kuching Serawak:Prosiding Seminar Transformasi Pendidikan Teknikal.


KOMPILASI CATATAN KAJIAN TINDAKAN https://drive.google.com/file/d/1TUwi_gzq1yR6yk2TImByKY7mangTua dV/view?usp=share_link


Click to View FlipBook Version