The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MENGHIMPUNKAN PENULISAN KT DAN CATATAN KT BAGI GURU-GURU PEMULIHAN KHAS BATANG PADANG

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noralinus73, 2023-02-15 23:57:37

KOMPILASI KAJIAN TINDAKAN 2022

MENGHIMPUNKAN PENULISAN KT DAN CATATAN KT BAGI GURU-GURU PEMULIHAN KHAS BATANG PADANG

47 Rajah 6 : Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Rajah 6 menunjukkan peratusan pencapaian keseluruhan ujian Pra dan ujian Pos bagi kelas kajian. Dalam kajian ini, tinjauan dapat dilihat dengan jelas bahawa seorang daripada 5 orang murid dalam kelas tersebut telah lulus dalam ujian Pra dan mencapai sebanyak 20 %. Seramai 4 orang murid telah gagal dalam ujian tersebut iaitu sebanyak 80 %. Didapati terdapat perubahan keputusan dalam ujian pos. Peratus kelulusan telah mencapai 100% iaitu semua murid telah lulus dalam kelas tersebut dengan baik. 9.0 RUMUSAN DAN PERBINCANGAN Objektif 1: Murid dapat mengingat sifir dengan membina Model Sifir Segitiga untuk menyelesaikan operasi darab dan bahagi Berdasarkan analisis pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji, murid telah menunjukkan mereka memahami model sifir segitiga kerana seramai 5 orang murid dapat melukis model sifir segitiga dengan betul. Situasi ini menunjukkan murid dapat memahami model sifir segitiga dengan mudah berbanding sebelum ini mereka tidak berminat untuk menghafal sifir. Selain itu, sewaktu sesi melukis sifir segitiga murid kelihatan yakin melukis sifir segitiga dan mengisi nombor mengikut sifir secara penambahan nombor. Contohnya tiga orang murid yang dulunya susah menghafal sifir kini lebih bersemangat untuk melukis dan mengisi nombor dalam sifir segitiga. Situasi ini jelas menunjukkan ada peningkatan dalam menyelesaikan operasi darab dan bahagi. Akhir sekali, sewaktu pengkaji memilih murid secara rawak untuk disoal pada akhir PdP, murid yang dipilih terus menjawab soalan dengan cepat dan semua jawapan adalah betul. Perubahan tingkah laku yang positif ini membuktikan 0 50 100 150 Murid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 4 Murid 5 Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Ujian Pra Ujian Pos


48 keberkesanan model sifir segitiga. Selain itu, berdasarkan kepada analisis dokumen melalui latihan operasi darab dan bahagi yang diberikan kepada murid, mereka telah dapat melukis sifir segitiga dan menyelesaikan soalan dengan betul setelah menggunakan intervensi model sifir segitiga. Contohnya, 2 orang murid sebelum ini tidak berminat untuk menjawab soalan darab dan bahagi dan sering meninggalkan beberapa soalan tanpa menjawab namun, selepas menggunakan model sifir segitiga, 2 orang murid tersebut sudah berjaya menjawab semua soalan dengan betul. Berdasarkan jawapan yang diberikan murid, jelas menunjukkan mereka telah dapat memahami model sifir segitiga dan menyelesaikan operasi darab dan bahagi. Dapatan-dapatan melalui pemerhatian dan analisis dokumen ini, jelas menunjukkan keberkesanan dalam penggunaan intervensi model sifir segitiga kerana murid sudah dapat menyelesaikan operasi darab dan bahagi tanpa menghafal sifir dengan betul. Rajah 7 : Penglibatan murid dalam penghasilan model sifir segitiga Objektif 2: Murid dapat menyelesaikan soalan-soalan dari topik darab dan bahagi dengan menggunakan model Sifir Segitiga


49 Berdasarkan kepada analisis dokumen melalui soalan topik darab dan bahagi yang diberikan kepada murid, mereka telah berjaya menyelesaikan soalan topik darab dan bahagi dengan betul. Sebelum intervensi model sifir segitiga diperkenalkan, kebanyakkan murid tidak berminat untuk menghafal sifir dan mereka tidak dapat menjawab operasi darab dan bahagi dengan betul. Selepas mereka menggunakan model sifir segitiga, pengkaji dapati murid yang dilengkapkan model sifir segitga dengan nombor adalah betul dan jelas menunjukkan kefahaman mereka dalam topik darab dan bahagi semakin meningkat. Selain itu, pengkaji turut mendapatkan analisis dokumen dalam latihan pengukuhan untuk menilai kefahaman murid dalam menyelesaikan operasi darab dan bahagi ternyata kefahaman murid melukis model sifir segitiga dan menyelesaikan topik darab dan bahagi adalah meningkat selepas model sifir segitiga diperkenalkan. Hasil dapatan menunjukkan murid berjaya melukis model sifir segitiga dengan baik dan berjaya menjawab soalan darab dan bahagi dengan betul selepas menggunakan intervensi model sifir segitiga. Hasil dapatan dalam analisis dokumen di atas untuk mengenalpasti kebolehan murid menjawab soalan topik darab dan bahagi, pengkaji mendapati murid telah berjaya menyelesaikan soalan topik darab dan bahagi dengan betul selepas intervensi model sifir segitiga diperkenalkan. Rajah 8 : Penyelesaian darab dengan model sifir segitiga Rajah 9 : Penyelesaian Bahagi dengan model sifir segitiga


50 9.1 Refleksi Kajian Berdasarkan penyelidikan tindakan yang telah pengkaji laksanakan terdapat dua refleksi yang diperolehi seperti rajah dibawah. Rajah 10 : Refleksi kajian 9.1.1 Refleksi terhadap murid Selepas model sifir segitiga diperkenalkan, murid dapat mempertingkatkan minat mereka dalam konsep pendaraban dan bahagi. Penggunaan bahan bantu mengajar dan kaedah pengajaran yang berkesan dapat menarik perhatian murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Menurut kajian Chusnul et al. (2017), pelajar kerap melakukan kesilapan dalam proses pengiraan kerana pelajar keliru dalam memilih formula atau operasi yang digunakan.Terbukti, model sifir segitiga ini akan menjadi satu penyelesaian yang baharu kepada murid. Murid-murid juga dapat menguasai sifir dengan model sifir segitiga dengan teknik tersendiri guru. Model sifir segitiga yang dibina dapat membantu pendidik dalam PdP sejurus menarik minat dan perhatian pelajar. 9.1.2 Refleksi terhadap Guru ( Pengkaji ) Seorang guru harus mempamerkan kreativiti dalam pengajaran agar menarik minat murid supaya terus mengikuti pembelajaran dengan baik dan berfokus. Model sifir segitiga yang dihasilkan dalam kajian ini telah membantu memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran penyelidik. Kajian ini juga telah menyedarkan penyelidik akan kepentingan topik darab dan bahagi kepada setiap murid. Menurut (Suriati, 2016), pengajar harus mempunyai pelbagai kepakaran dan ilmu pengetahuan untuk mengendalikan kaedah pengajaran dengan lebih efektif. Model ini pasti menjadi bahan rujukan dan panduan kepada guru dan murid dalam topik Refleksi kajian Murid Guru


51 darab dan bahagi. Di samping itu, model ini juga dijadikan sebagai contoh dan rujukan kepada semua di Sekolah Rendah untuk menghasilkan model pengajaran dan pembelajaran yang terbaik untuk murid - murid. Justeru, sebagai seorang guru matematik yang kreatif dan inovatif, kita harus meningkatkan tahap penguasaan kemahiran matematik pendidik dan beryakin untuk menghasilkan pelbagai bahan bantu mengajar yang baru untuk membantu murid-murid yang lemah menguasai sesuatu kemahiran. 10.0 KESIMPULAN Melalui penyelidikan tindakan ini intervensi berkenaan model sifir segitiga telah dapat menyelesaikan dan menambahbaik terhadap 2 isu seperti yang telah dibincangkan diawal penulisan ini. Murid telah dapat mengingat sifir dengan membina model sifir segitiga untuk menyelesaikan operasi darab dan bahagi dan murid dapat menyelesaikan soalan - soalan dari topik darab dan bahagi dengan menggunakan model sifir segitiga. Berdasarkan kajian tindakan ini pengkaji juga dapat membuat refleksi terhadap diri pengkaji iaitu guru bagi mata pelajaran ini disebar luas kepada semua guru di sekolah supaya model sifir segitiga ini membantu murid - murid yang lemah dalam menguasai sifir dan membantu menyelesaikan operasi darab dan bahagi dan murid juga dapat memahami fakta asas darab dan bahagi dan masalah hafal sifir diganti dengan model sifir segitiga. Melalui penyelidikan ini pengkaji sedar bahawa seorang guru wajar mengubah landskap pengajaran agar murid berupaya meningkat mutu dan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Pengkaji berharap agar penyelidikan dapat diteruskan pada masa akan datang. Sekiranya kali ini pengkaji menyelesaikan isu operasi darab dan bahagi, pada masa akan datang pengkaji akan meneroka pula isu dalam penyelesaian masalah.


52 RUJUKAN Ali Ab. Ghani (2010). Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah Matematik Tahun Satu. Halaman 1-30. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Bil. (04) 2018, Edisi Julai Ogos Cheah U. H., Teong M. M., Tan K. K., Ng S. M. & Noor Adillah O. 2016. Kesukaran murid menjawab soalan ujian literasi matematik sekolah menengah. Dalam TIMSS dan PISA Kajian Malaysia, pp. 23-62. Chusnul, R. C., Mardiyana, & Retro, D. S. (2017). Errors analysis of problem solving using the Newman stage after applying cooperative learning of TTW type. International Conference and Workshop on Mathematical Analysis and Its Applications (ICWOMAA 2017). doi.org/10.1063/1.5016662 Dick, W., & Carey, L. (1996). The Systematic Design of Instruction (4th Ed.) New York:Harper Collins College Publishers Gustafson, K., Branch, R.M. (1997). Instructional Design Models. NY: ERIC Clearinghouse on Information and Technology. KPM. 2020. Laporan TIMSS 2019 - Trends in International Mathematics and Sciences Study. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Morrison, Gary R. (2010). Designing Effective Instruction, 6th Edition. New York: John Wiley & Sons. Suriati Abdul Aziz (2016). Model Konsep Persembahan Multimedia Bersepadu bagi Guru di Malaysia. Kolej Sastera & Sains. Universiti Utara Malaysia


53 MENGATASI MASALAH MENGAWAL DAN MENARIK PERHATIAN MURID UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA DIKALANGAN MURID PRASEKOLAH DI SK TOH TANDEWA SAKTI. NIRMALA A/P VASU Sekolah Kebangsaan Toh Tandewa Sakti , Tapah , Perak. ABSTRAK Pengajaran dan pembelajaran prasekolah memerlukan bahan bantu mengajar yang menarik perhatian dan bersesuaian mengikut tahap penguasaan murid. Sejak mula pengajaran dan pembelajaran norma baru ini, murid menghadapi masalah untuk mengikuti dan memahami pengajaran dan pembelajaran didalam kelas yang disampaikan oleh guru dihadapan kelas. Guru juga menghadapi masalah untuk memastikan murid mencapai objektif yang ditetapkan. Ini disebabkan murid tidak dapat melibatkan diri didalam sebarang aktiviti secara berkumpulan atau berdiri secara berkumpul dihadapan kelas kerana Pdpc norma baru menekankan penjarakan sosial. Kajian ini menggunakan kaedah Pengumpulan data yang telah dilakukan melalui ujian saringan, ujian pra dan pos, pemerhatian serta temu bual. Selepas intervensi dilaksanakan, didapati bahawa terdapat pencapaian murid yang ketara dalam memahami dan menguasai kemahiran membaca Untuk mengatasi masalah ini saya memerlukan bahan bantu mengajar yang besar dan menarik supaya murid dapat melihat dan menghayati apa yang diajar oleh guru didepan kelas dengan lebih jelas dan mudah. Inovasi Oleh sedemikian ProjeKtor Mini yang dihasilkan ini adalah bahan bantu mengajar yang akan membantu murid untuk melihat dan memahami apa yang disampaikan oleh guru dihadapan kelas. Metodologi Kajian yang digunakan adalah melalui temubual bersama guru dan hasil kerja murid. Setelah mengaplikasikan penggunaan Inovasi ProjeKtor Mini ini, tahap kefahaman murid dapat ditingkatkan . Murid kelihatan seronok dan berminat apabila menggunakan ProjeKtor Mini dalam proses pembelajaran. Manakala guru pula lebih mudah untuk menyampaikan isi kandungan mengikut tajuk yang diajarkan. Kata Kunci: Projektor Mini, Murid Pra Sekolah dan PdPc Norma Baru


54 PENDAHULUAN Mengajar murid-murid Prasekolah adalah satu cabaran yang besar bagi saya sebagai guru Prasekolah yang baru di SK Toh Tandewa Sakti yang bukan opsyen serta tidak berpengalaman mengajar di Prasekolah. Namun ianya bukanlah menghalang saya untuk terus bertindak melakukan intervensi yang terbaik demi meningkatkan pemahaman murid-murid prasekolah ini yang bersifat negatif terhadap pembelajaran dan kurang sikap keyakinan diri semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran didalam kelas. Bagi tujuan meningkatkan pencapaian murid dalam kemahiran asas membaca, pelaksanaan kajian tindakan adalah penting untuk memperbaiki amalan dalam pengajaran dan pembelajaran guru dalam bilik darjah bagi memastikan semua murid menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira).. Kegagalan menguasai bacaan bermakna potensi murid tersebut untuk berbahasa tidak dibangunkan dan dikembangkan (Nor Laila Kuslan 2014). Apatah lagi aktiviti membaca merupakan salah satu kemahiran asas yang amat penting dalam proses pembelajaran Bahasa Melayu (Nurhayati Nasir 2016). 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN /ISU YANG LALU Saya mengajar di Prasekolah Sekolah Kebangsaan Toh Tandewa Sakti. Murid-murid di dalam kelas saya terdiri daripada pelbagai aras dan tahap penguasaan. Dari pengalaman dan pemerhatian saya Sejak mula pengajaran dan pembelajaran norma baru ini, murid menghadapi masalah untuk mengikuti dan memahami pengajaran dan pembelajaran didalam kelas yang disampaikan dihadapan kelas. dan setelah melalui pelbagai aktiviti seperti menggunakan kad imbasan, modul dan sebagainya. Setelah menggunakan pelbagai kaedah yang baru, didapati mereka masih gagal memahami dan menguasai kemahiran membaca dan mengira berpunca daripada. Saya juga menghadapi masalah untuk memastikan murid mencapai objektif yang ditetapkan. Ini disebabkan murid tidak dapat melibatkan diri didalam sebarang aktiviti secara berkumpulan atau berdiri secara berkumpul dihadapan kelas kerana Pdpc norma baru menekankan penjarakan social. Ini menyebabkan murid-murid kurang fokus semasa pengajaran dan pembelajaran. Untuk mengatasi masalah ini saya memerlukan bahan bantu mengajar yang besar dan menarik supaya murid dapat melihat dan menghayati apa yang diajar didepan kelas dengan lebih jelas dan mudah. Penyataan ini disokong dalam kajian Ramlah, Nor Afni Siti Fatimah Az- Zahra


55 (2016). Berdasarkan dari masalah itu , saya sedar bahawa masalah ini tidak boleh dibiar berlarutan memandangkan tahap penguasaan murid-murid saya akan merosot dan mereka akan gagal menguasai kemahiran 3M. Saya akan cuba membantu murid mengatasi masalah di atas dengan cara mengubah kebiasaan ketika mengajar. Saya bercadang untuk menyediakan bahan bantu mengajar yang besar dan menarik supaya murid dapat melihat dan menghayati apa yang diajar didepan kelas dengan lebih jelas dan mudah. KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN Bagi membantu menyelesaikan masalah ini saya melaksanakan kajian tindakan berdasarkan Model Gaya pembelajaran Felder sebagai aplikasi kaedah dalam kelas saya .Felder menyatakan bahawa terdapat empat dimensi gaya pembelajaran yang diterbitkan daripada Index of ` Learning Style of Questionnaire. Saya telah merujuk kepada teori pembelajaran Felder untuk kaedah atau intervensi menggunakan alat bantuan mengajar dalam kelas Prasekolah serta kepentingan motivasi antara guru dengan murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Visual Verbal Input Lebih suka membaca, melihat imej , carta gambarajah dan animasi . Lebih suka mendengar apa yang diucapkan termasuk membaca perkataan bertulis dan mendengar suara hati. Aktif Reflektif Pemprosesan Lebih suka belajar dengan melakukan aktiviti dengan sendiri. Dengan ini proses belajar adalah secara langsung . Lebih suka belajar secara mendengar, menonton dan memikir. Kepekaan Intuisi Pengamatan Membina pandangan daripada data dan eksperimen . Lebih suka kepada teori, model dan pentafsiran . Sequential Global Kefahaman Perlukan maklumat bahagian yang kecil untuk memahami gambaran secara keseluruhan. Pelajar ini memerlukan gambaran keseluruhan sebelum


56 Indeks soal selidik gaya pembelajaran . TUJUAN Kajian ini bertujuan untuk mengatasi masalah mengeja dan membaca dengan meningkatkan tumpuan didalam pdpc dikalangan murid Prasekolah di SK Toh Tandewa Sakti. OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini adalah : 1) Menangani masalah penglihatan murid dengan penjarakan sosial yang tetapkan. 2) Membangunkan pendekatan pengajaran yang menarik minat murid . 3) Meningkatkan kemahiran membaca melalui proses pembelajaran yang menyeronokan. TINJAUAN LITERATUR Berdasarkan kepada isu yang diperhatikan dalam bilik darjah, saya telah merujuk kepada teori ‘Gaya Pembelajaran Felder’ sebagai aplikasi kaedah dalam kelas saya .Felder menyatakan bahawa terdapat empat dimensi gaya pembelajaran yang diterbitkan daripada Index of Learning Style of Questionnaire. Saya telah merujuk kepada teori pembelajaran Felder untuk kaedah atau intervensi menggunakan alat bantuan mengajar dalam kelas Prasekolah serta kepentingan motivasi antara guru dengan murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran . dipersembahkan bahagian yang kecil. Perlukan maklumat dalam konteks sebenar dan gambaran keseluruhan memperlihatkan kejelasan bahgian kecil .


57 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN KEMAHIRAN MEMBACA DAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2012), semenjak merdeka, di negara ini masih terdapat murid-murid sekolah yang tidak menguasai literasi membaca yang merupakan kemahiran yang membolehkan mereka berkomunikasi dan menimba ilmu. Ketidakupayaan membaca dalam kalangan murid-murid sekolah rendah dan pelaksanaan program intensif bagi membantu murid-murid yang lemah dalam kemahiran membaca sering berlaku dalam dunia pendidikan (Fuziati 2012). Tujuan mempelajari kemahiran membaca adalah untuk memperoleh sumber pengetahuan dan sebagai asas pembentukan diri ke arah memperoleh ilmu pengetahuan (Abdul Rashid 2011). Punca kemerosotan akademik dalam kalangan murid sekolah rendah dipengaruhi oleh faktor ketidak lancaran menguasai kemahiran membaca dan menulis (Wan Nurzuliana 2019). Kaedah pengajaran secara konvensional dan Bil Tindakan Bulan Mac Bulan April Bul an Mei 1. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data Awal X 2. Menulis proposal kajian X 3. Merancang Tindakan X 4. Melaksanakan Tindakan X 5. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1 ( Unit Prasekolah SKTTS ) X 6. Melaksanakan tindakan ( Aktiviti 2) X 7. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2 ( Unit Prasekolah SKTTS ) X 8. Melaksanakan tindakan ( Aktiviti 3) X 9. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 3 ( Unit Prasekolah SKTTS ) X


58 bersifat sehala menjadi salah satu faktor murid-murid sukar menguasai kemahiran membaca . Banyak kajian yang telah dijalankan mendapati membuktikan bahawa murid-murid yang bermasalah dalam kemahiran membaca dan memahami biasanya akan turut bermasalah dalam bidang akademik (Abdull Sukor & kalaidevi 2012). Kegagalan menguasai bacaan boleh menjejaskan pembelajaran dan kemajuan dalam prestasi pembelajaran dan dalam semua mata pelajaran, termasuk ujian dan peperiksaan (Abdul Rashid 2011; Scahill, 2010; Nurhayati Nasir 2016), menghalang pembelajaran dan penguasaan ilmu ditahap yang lebih tinggi (Slavin, Cheung, Golf, & Lake,2008; Hirsh, 2019), disamping membantut dan memadamkan minat serta keinginan murid-murid untuk terus belajar dan mencari ilmu pengetahuan (Ruzaini Rani, 2015;Khotijah Kamsul,2017). PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAJAR DALAM PROGRAM PEMULIHAN KHAS Pencapaian objektif dalam sesuatu pengajaran adalah bergantung kepada pemilihan dan perancangan guru dalam aspek pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti (Che Zanariah dan Fadzilah 2011). Guru Bahasa Melayu perlu menggunakan startegi pengajaran yang sesuai dengan kepelbagaian murid di dalam kelas (Zamri 2014). Dale(1969) menyatakan bahawa pengajaran dapat ditingkatkan dengan berkesan bila dibantu dengan media yang membolehkan pengalaman dalam ingatan. Penglibatan melalui pengalaman merupakan cara yang paling berkesan dalam pembelajaran. Penggunaan bahan-bahan rakaman, gambar, papan tanda, pesanan ringkas juga boleh dijadikan bahan bacaan kanak-kanak, dan tidak terbatas kepada bahan bacaan semata-mata (Fauzia Khursheed 2015). Beberapa pengkaji telah menjalankan kajian yang berkaitan dengan didik hibur seperti Zakaria Bin Khalid dan Ariff Fadillah bin Khalil (2010), Saayah Abu, Rohaty Mohd.Majzub & Nor Aishah Buang (2010); Hasnalee dan Zulkifley (2011) dan Noraini Othman (2012) mendapati aktiviti didik hibur berjaya menambahkan minat kanak-kanak untuk membaca. Melalui pendekatan ini juga, aspek perkembangan fizikal, sosioemosi, kognitif dan Bahasa serta potensi kanak-kanak dapat ditingkatkan ketahap maksimum (KPM 2010). Menurut Mazlan (2016), kaedah humor sebagai


59 salah satu pendekatan didik hibur sesuai dijalankan dalam PdP Bahasa Melayu. Muzik juga merupakan terapi (Mok Soon Sang, 2010). Ketiadaan komunikasi secara dua hala antara guru dan murid pula akan mengakibatkan sesi pembelajaran menjadi tidak efektif dan efisien. Isu ini dikeruhkan lagi apabila masih ramai guru yang sukar mengubah teknik PdP kepada kaedah terkini seperti aplikasi teknologi untuk membolehkan mereka menyampaikan bahan pengajaran secara dalam talian (Ahmad Rizal et al. 2016). Penggunaan bahan bantu mengajar mampu mewujudkan tumpuan pelajar sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran serta berupaya meningkatkan pembelajaran yang cekap. METODOLOGI Kajian ini adalah kajian tindakan yang mengikuti langah yang sistematik iaitu : DAPATAN KAJIAN TINDAKAN Setelah mendapati analisis pentaksiran pertama yang dijalankan guru -guru prasekolah berbincang mengenai isu yang timbul semasa pengajaran dan pembelajaran tajuk abjad huruf besar dan huruf kecil. Selepas perbincangan guru dapat mengenalpasti isu yang timbul iaitu murid tidak dapat menguasai topik yang diajar oleh guru kerana bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru iaitu kad ( 1 ) MEREFLEK ( 2) MERANCANG ( 4 ) MEMERHATI KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN ( 3) BERTINDAK


60 imbasan dan carta abjad huruf besar dan huruf kecil itu tidak sesuai mengikut situasi norma baru yang diikuti didalam kelas. Kedudukan murid-murid didalam kelas yang mengikut penjarakan sosial yang ditetapkan itu menyebabkan murid tidak dapat melihat dan menerima apa yang diajar oleh guru didepan kelas. Pada masa yang sama guru juga tidak dapat memanggil mereka berkumpul didepan kelas atau sebagainya kerana peraturan norma baru yang diamalkan . Keadaan ini menyebabkan guru–guru menghadapi masalah untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Berdasarkan isu yang diperhatikan, saya telah membina inkuiri kendiri dan catatan dapatan refleksi seperti yang dinyatakan dalam lampiran . Berdasarkan refleksi, saya membuat perancangan untuk meningkatkan tumpuan dan tahap penguasaan murid. Saya menggunakan pelbagai kaedah didik hibur seperti : Pelaksanaan Aktiviti 1: Murid dibimbing untuk mengeja dan membaca perkataan mudah dan membilang nombor yang ditunjukkan dengan kad imbasan bergambar. Murid mengulang aktiviti mengeja dan membaca dengan menggunakan kad imbasan yang berwarna-warni. Contoh : Aktiviti 1 : Kaedah kad imbasan Aktiviti 2 : Kaedah menyanyi Aktiviti 3 : Kaedah permainan Aktiviti 4 : Kaedah Visual ru


61 Refleksi : Murid tidak dapat menjawab soalan yang diberikan.Ini menunjukkan murid tidak menguasai kemahiran yang diajar kerana kurang tumpuan semasa mengajar. Walaupun aktiviti ini telah diulangi untuk beberapa kali murid masih gagal mengeja dan membaca perkataan mudah dan juga gagal membilang nombor yang ditunjukkan dengan kad imbasan bergambar. Fokus Kajian Daripada refleksi di atas didapati murid tidak dapat menjawab soalan berkaitan kemahiran yang diajar dengan kaedah menggunakan kad imbasan bergambar kerana murid tidak menumpukan perhatian yang sepenuhnya ketika pengajaran dan pembelajaran ini disebabkan murid tidak dapat melihat dengan jelas kad imbasan bergambar yang ditunjukkan didepan kelas. Masalah ini berlaku dalam kalangan murid-murid terutamanya disebabkan sikap murid yang malas membaca perkataan yang ditunjukkan dan cepat hilang tumpuan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran di depan kelas. Murid Ujian Pra Markah penuh (10) Ujian Pos Markah penuh (10) (Aktiviti1 ) 1 0 1 2 0 0 3 0 2 4 0 0 5 0 2 6 0 1 7 0 0 Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos 2. 5 2 1. 5 1 0. 5 0 Ujian Pra Ujian Pos 1 Murid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 4 Murid 5 Murid 6 Murid 7


62 Murid masih tidak melepasi aras yang ditetapkan. Keputusan ujian menunjukkan kenaikan markah hanya sebanyak 1 hingga 2 sahaja dan bilangan murid yang fokus juga hanya lebih kurang 10% dari mereka . Ini menunjukkan kaedah pengunaan kad imbasan bergambar ini kurang berkesan kepada murid-murid ini. Ini membuktikan bahawa masalah ini masih wujud dikalangan murid-murid. Jika masalah ini tidak ditangani segera, murid akan terus bersikap kurang berfokus ketika pengajaran dan pembelajaran. Penyataan ini disokong dalam kajian Abdul Rasid Jamian ( 2011 )Murid juga akan kurang aktif didalam kelas . Oleh sedemikian ini saya telah cuba mengatasi masalah ini dengan mengamalkan kaedah pengajaran yang baru dan bersesuaian dengan kemahiran yang diajar. Pelaksanaan Aktiviti 2: Tajuk kajian : Mengatasi masalah mengeja dan membaca dengan meningkatkan tumpuan didalam pdpc dikalangan murid Prasekolah di SK Toh Tandewa Sakti. Objektif Kajian : - Menangani masalah penglihatan murid dengan penjarakan sosial yang tetapkan. - Membangunkan pendekatan pengajaran yang menarik minat murid . - Meningkatkan kemahiran membaca melalui proses pembelajaran yang menyeronokan. Objektif Khusus: a) Peratus murid lulus meningkat sekurang-kurangnyasebanyak 70% berbanding ujian pos kedua . b) Murid dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya 6 daripada 10 perkataan yang diperkenalkan ketika pengajaran dan pembelajaran . c) Guru dapat meningkatkan peratus penilaian pasca ujian sebanyak 70% berbanding praujian . Pelaksanaan Aktiviti 2 : Murid dibimbing untuk membaca dan mengimbas kembali perkataan mudah yang


63 ditunjukkan dengan kad imbasan bergambar dengan aktiviti menyayi lagu . Murid mengulang aktiviti membaca dan menyanyi lagu dengan menggunakan irama muzik yang digemari dan bersesuaian dengan kemahiran yang diajar. Kenyataan ini di sokong dalam kajian Hanifah Sabin, Vincent Pang & Muhammad Idris Bullare@ Bahari dengan pendapat yang menyatakan bahawa muzik juga merupakan terapi. Contoh : Refleksi : Murid tidak dapat melepasi tahap pencapaian yang ditetapkan, didalam Ujian Pos kedua. Ini menunjukkan murid masih tidak menguasai kemahiran yang diajar kerana kurang tumpuan semasa mengajar. Walaupun aktiviti menyanyi ini telah diulangi untuk beberapa kali murid masih gagal mengeja dan membaca perkataan mudah yang diberikan. Fokus Kajian Daripada refleksi di atas didapati murid masih tidak dapat menjawab soalan berkaitan kemahiran yang diajar dengan mengamalkan kaedah menyanyi lagu kerana murid tidak menumpukan perhatian yang sepenuhnya ketika pengajaran dan pembelajaran ini disebabkan murid tidak dapat mengimbas kembali perkataan mudah yang diperkenalkan dengan aktiviti menyanyi lagu . Masalah ini berlaku dalam kalangan murid-murid terutamanya disebabkan sikap murid yang malas menyanyi lagu dan cepat hilang tumpuan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran di depan kelas. PERKATAAN KVKV


64 Murid Ujian Pra Markah penuh (10) Ujian Pos Markah penuh (10) ( Aktiviti 1 ) Ujian Pos Markah penuh (10) ( Aktiviti 2 ) 1 0 1 2 2 0 0 2 3 0 2 3 4 0 0 1 5 0 2 3 6 0 1 3 7 0 0 2 Murid masih tidak melepasi aras yang ditetapkan . Keputusan ujian menunjukkan kenaikan markah hanya sebanyak 1 hingga 3 sahaja dan bilangan murid yang fokus juga hanya lebih kurang 30% dari mereka . Ini menunjukkan kaedah menyanyi lagu ini kurang berkesan kepada murid –murid ini. Ini membuktikan bahawa masalah ini masih wujud dikalangan murid-murid. Jika masalah ini tidak ditangani segera, murid akan terus bersikap kurang berfokus ketika pengajaran dan pembelajaran . Murid juga akan kurang aktif didalam kelas . Oleh sedemikian ini saya telah berusaha terus untuk mengatasi masalah ini dengan mengamalkan kaedah pengajaran yang baru dan bersesuaian dengan kemahiran yang diajar. Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos 3. 5 3 2. 5 2 1. 5 1 0. 5 Ujian Pra Murid 1 Murid 2 Murid 3 Ujian Pos 1 Ujian Pos 2 Murid 4 Murid 5 Murid 6 Murid 7


65 Pelaksanaan Aktiviti 3: Tajuk kajian: Mengatasi masalah mengeja dan membaca dengan meningkatkan tumpuan didalam pdpc dikalangan murid Prasekolah di SK Toh Tandewa Sakti. Objektif Kajian: - Menangani masalah penglihatan murid dengan penjarakan sosial yang tetapkan. - Membangunkan pendekatan pengajaran yang menarik minat murid . - Meningkatkan kemahiran membaca melalui proses pembelajaran yang menyeronokan. Objektif Khusus: a) Peratus murid lulus meningkat sekurang-kurangnyasebanyak 70% berbanding Ujian pos ketiga . b) Murid dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya 7 daripada 10 perkataan yang diperkenalkan ketika pengajaran dan pembelajaran . c) Guru dapat meningkatkan peratus penilaian pasca ujian sebanyak 80% berbanding praujian . Pelaksanaan Aktiviti 3 : Murid dibimbing untuk membaca dan mengimbas kembali perkataan mudah dengan aktiviti permainan . Murid mengulang aktiviti mengeja dan membaca perkataan mudah dengan permainan puzzle suku kata yang bersesuaian dengan kemahiran yang diajar. Aktiviti permainan didalam Pdpc ini akan membantu untuk menarik minat dan mengawal tumpuan murid . Penyataan ini disokong dalam kajian Ali, A..,& Mahamod, Z. ( 2017). Contoh :


66 Refleksi : Murid tidak dapat melepasi tahap pencapaian yang ditetapkan, didalam Ujian pos ketiga. Ini menunjukkan murid masih memerlukan bantuan dan bimbingan untuk menguasai kemahiran yang diajar kerana kurang tumpuan semasa mengajar. Walaupun aktiviti bermain puzzle ini sesuatu yang baru untuk mereka tetapi murid masih gagal mengeja dan membaca perkataan mudah yang diberikan tanpa bimbingan guru. Fokus Kajian Daripada refleksi di atas didapati murid masih tidak dapat menjawab soalan berkaitan kemahiran yang diajar dengan mengamalkan kaedah bermain kerana murid tidak menumpukan perhatian yang sepenuhnya ketika bermain permainan puzzzle ini disebabkan murid tidak dapat mengimbas kembali perkataan mudah yang diperkenalkan dengan aktiviti bermain ini . Masalah ini berlaku di kalangan muridmurid terutamanya disebabkan sikap murid yang malas dan kurang berminat untuk bermain secara individu dan cepat hilang tumpuan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran di depan kelas. Murid Ujian Pra Markah penuh (10) Ujian Pos Markah penuh (10) ( Aktiviti 1 ) Ujian Pos Markah penuh (10) ( Aktiviti 2 ) Ujian Pos Markah penuh (10) ( Aktiviti 3 ) 1 0 1 2 4 2 0 0 2 4 3 0 2 3 5 4 0 0 1 3 5 0 2 3 5 6 0 1 3 4 7 0 0 2 3


67 Murid masih tidak melepasi aras yang ditetapkan . Keputusan ujian menunjukkan kenaikan markah hanya sebanyak 3 hingga 5 sahaja dan bilangan murid yang fokus juga hanya lebih kurang 50% dari mereka . Ini menunjukkan kaedah bermain ini kurang berkesan kepada murid semua murid ini. Ini membuktikan bahawa masalah ini masih wujud dikalangan murid-murid . Jika masalah ini tidak ditangani segera, murid akan terus bersikap kurang berfokus ketika pengajaran dan pembelajaran . Murid juga akan kurang aktif didalam kelas . Oleh sedemikian ini saya terus berusaha untuk mencipta alat bantu mengajar yang sesuai untuk mengatasi masalah ini dengan mengamalkan kaedah pengajaran yang baru dan bersesuaian dengan kemahiran yang diajar. Pelaksanaan Aktiviti 4 : Tajuk kajian : Mengatasi masalah mengeja dan membaca dengan meningkatkan tumpuan didalam pdpc dikalangan murid Prasekolah di SK Toh Tandewa Sakti. Objektif Kajian: - Menangani masalah penglihatan murid dengan penjarakan sosial yang Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos 6 5 4 3 2 1 0 Ujian Pos 1 Murid 2 Murid 3 Murid 4 Murid 5 Murid 6 Murid 7 Ujian Pra Ujian Pos 2 Ujian Pos 3 Murid 1


68 tetapkan. - Membangunkan pendekatan pengajaran yang menarik minat murid . - Meningkatkan kemahiran membaca melalui proses pembelajaran yang menyeronokan. Objektif Khusus: a. Peratus murid lulus meningkat sekurang-kurangnya sebanyak 80% berbanding Ujian pos ketiga . b. Murid dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya 8 daripada 10 perkataan yang diperkenalkan ketika pengajaran dan pembelajaran . c. Guru dapat meningkatkan peratus penilaian pasca ujian sebanyak 90% berbanding praujian . Pelaksanaan Aktiviti 4 : Murid dibimbing untuk membaca dan mengimbas kembali perkataan mudah dengan menggunakan ``Projektor Mini. Murid mengulang aktiviti mengeja dan membaca perkataan mudah dengan menggunakan ``Projektor Mini’’ yang dicipta dengan bahan kitar semula . “Mini Projektor ’’ ini membantu guru menunjukkan perkataan dan gambar secara besar supaya murid dapat melihat dari tempat duduk masing-masing. Visual yang besar membantu murid memahami maksud perkataan dengan mudah. Kenyataan ini disokong dengan pendapat Dale (1969) menyatakan bahawa pengajaran dapat ditingkatkan dengan berkesan bila dibantu dengan media yang membolehkan pengalaman dalam ingatan.


69 Refleksi : Murid dapat mencapai tahap penapaian yang yang ditetapkan, didalam Ujian pos keempat. Inimenunjukkan murid dapat menguasai kemahiran yang diajar dapat mengimbas kembali perkataan yang dibaca. Fokus Kajian Daripada refleksi di atas didapati setelah saya menggunakan `` Projektor Mini ’’ ini murid dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya didalam pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini telah membawa perubahan ketara dikalangan murid-murid terutamanya sikap murid yang aktif dan berminat untuk mengeja dan membaca perkataan mudah yang dipaparkan didepan kelas. Saya juga dapat membentuk interaksi dua hala dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penyataan ini disokong dalam kajian Ramirez M (1990 ). Murid Ujian Pra Markah penuh ( 10) Ujian Pos Markah penuh ( 10 ) (Aktiviti 1) Ujian Pos Markah penuh ( 10 ) (Aktiviti 2 ) Ujian Pos Markah penuh ( 10 ) (Aktiviti 3) Ujian Pos Markah penuh ( 10 ) (Aktiviti 4 ) 1 0 1 2 4 10 2 0 0 2 4 10 3 0 2 3 5 10 4 0 0 1 3 10 5 0 2 3 5 10 6 0 1 3 4 10 7 0 0 2 3 10 Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos 12 10 8 6 Ujian Pra Ujian Pos 1 Ujian Pos 2 Ujian Pos 3 Ujian Pos 4 Murid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 4 Murid 5 Murid 6 Murid 7


70 Murid dapat melepasi aras yang ditetapkan . Data yang diperolehi daripada keputusan ini Ujian Pos keempat menunjukkan peningkatan markah yang amat ketara dan ini menunjukkan ke semua kumpulan sasaran dapat mencatat peningkatan dalam penguasaan kemahiran yang diajar dengan baik. RUMUSAN DAN PERBANDINGAN Lembaran Kerja Murid Hasil perbandingan keputusan ujian pos yang telah dijalankan, menunjukkan selepas penggunaan bahan inovasi `` Projektor Mini’’ bilangan murid yang menguasai meningkat. Ini membuktikan hasil inovasi ini dapat mencapai objektif yang ditetapkan. . Ini menunujukkan Kaedah visual membantu murid-murid mencapai sesuatu kemahiran yang diajar dengan mudah. Ini disokong dengan kajian Ahmad Faud Muhammad. ( 2007) dan Noraini Othman (2012) .Saya juga dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan yang


71 boleh mengekalkan perhatian murid sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penyataan ini disokong dalam kajian Ahmad Nazir Muhammad Ali. (2006). RUMUSAN Berdasarkan kepada kajian ini tindakan, pembelajaran prasekolah khas ini akan lebih bermakna sekiranya kita sebagai guru beraya menarik minat dan keyakinan murid mempelajari dalam suasana pembelajara yang menyeronokkan . Guru perlu lebih kreatif dan sentiasa mencari jalan penyelesaian untuk memastikan murid-murid berfokus dan aktif sepanjang waktu PDPC . Selain daripada kemahiran membaca suku kata , saya juga akan terus berusaha untuk menggunakan `` Projektor Mini’’ ini didalam matapelajaran bahasa inggeris dan matematik supaya murid-murid dapat mencapai kemahiran asas 3M (membaca , mengira dan menulis ) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan seperti yang dinyatakan didalam agenda nasional yang dihasratkan (Suhaimee 2019). Bil Perkara Harga seunit Jumlah 1 Kad Manila 10 x RM1.00 RM 15.00 2 Pen Marker 6 x RM 2.00 RM 12.00 3 Buku Catatan Murid 7 x RM 1.00 RM 7.00 4 Buku Catatan Guru 1 x RM 5.00 RM 1.00 5 Kertas A4 1rim x RM 8.00 RM 8.00 6 Printer Catridge 1 x RM 60.00 RM 60.00 8 Fotostat bahan 50 x RM 0.10 RM 5.00 9 Binding laporan RM 5.00 RM 5.00 10 Pembalut buku RM 6.00 RM 6.00 JUMLAH KESELURUHAN : RM 119.00


72 RUJUKAN Abdul Rasid Jamian ( 2011) . Permasalahan kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu murid-murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu . ( 1- 11) Ramlah , Nor Afni, Siti Fatimah Az-Zahra ( 2016 ) . Aktiviti Didik Hibur dalam kalangan Guru Prasekolah di Daerah Gombak. ( Edutainment Activities among Pre-school Teacher in Gombak Area ). Jurnal pendidikan awal kanak-kanak Jilid 5( 2016) 19-29 Ali, A..,& Mahamod, Z. ( 2017) Analisis keperluan terhadap penggunaan Sasaran Modul Pendekatakan Berasaskan Permainan bagi pengaaran dan pembelajaran kemahiran bahasa kanak-kanak Prasekolah. Ju.Ku: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 3 (1), 1-8. Hanifah Sabin, Vincent Pang & Muhammad Idris Bullare@ Bahari.- Modul Membaca awal Prasekolah Menggunakan Nyanyian Berasaskan Teori Psikolinguistik Kognitif dan Aplikasi Kaedah Belajar melalui bermain. Jurnal Pendidikan Malaysia 44(1) ( 2019 ): 45-58 Ahmad Nazir Muhammad Ali. (2006). Penyelidikan tentang pembelajaran visual dalam mempertingkatkan pemahaman murid. Felder RM (1996)Understanding Your Learning Style: The Solomon –Felder Indexof Learning Style. Felder RM, Soloman BA (2012) Learning Style and Strategies. Available From:http:www.nsu.edu/umity/lockers/users/f/felder/public/iLSdir/styles.htm. Ramirez M (1990 ) Learning Behaviors. In: Saracho, Olivio N (eds) Cognitive Style In Early Education. Gordon and Breach Science Publishers , London.


73 PENGGUNAAN KIT 'FOLLOW ME' BAGI MEMBANTU KEMAHIRAN MENULIS HURUF ASAS BAHASA TAMIL DALAM KALANGAN MURIDMURID PRASEKOLAH SJKT TUN SAMBANTHAN BIDOR YOGAM A/P MUTHUSAMY Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Tun Sambanthan Bidor, Perak [email protected] ABSTRAK Kajian tindakan ini bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran menulis huruf asas Bahasa Tamil (அ, ஆ, இ, ஈ, உ, ஊ, எ, ஏ, ஐ, ஒ, ஓ, ஒள) dengan betul supaya dapat menepati bentuk yang sebenar dengan menggunakan kit ‘Follow Me’. Kajian ini ditumpukan kepada murid-murid prasekolah di sebuah sekolah di negeri Perak. Seramai 6 orang murid melibatkan diri dalam kajian ini sebagai peserta kajian dan keenamenam peserta kajian ini dipilih melalui kaedah awal seperti pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual. Melalui hasil tinjauan, murid-murid berasa sukar untuk menyalin huruf-huruf asas Bahasa Tamil dengan cara yang betul. Ini jelas menunjukkan bahawa perlu satu pelan tindakan penyelesaian yang baharu untuk mengatasi masalah ini. Pelaksanaan pelan tindakan ini dilaksanakan selama 4 minggu di sekolah tersebut dengan menggunakan kit ‘Follow Me’. Kaedah seperti pemerhatian iaitu senarai semak, ujian pra dan ujian pos dan rakaman gambar digunakan untuk mengumpul data yang dianalisis bagi mendapatkan hasil kajian. Hasil kajian memperlihatkan bahawa kelima-lima responden kajian menunjukkan peningkatan dalam kemahiran menulis huruf asas Bahasa Tamil. Responden B dan responden E mendapat 12 daripada 12 markah dalam ujian pos dengan menulis dua belas huruf tersebut, manakala responden lain menunjukkan peningkatan dalam keputusan ujian pos mereka berbanding dengan keputusan ujian pra. Bagi kaedah pemerhatian, saya mendapati bahawa kekemasan tulisan telah meningkat dalam kalangan kelima-lima responden kajian saya. Kit ‘Follow Me’ dapat meningkatkan kualiti tulisan responden dari segi bentuk, huruf, jarak dan kebersihan tulisan. Rakaman gambar juga menjadi bukti yang kukuh dan dapat memastikan keberkesanan kit ‘Follow Me’. Kata Kunci: kemahiran menulis, kekemasan tulisan, huruf asas Bahasa Tamil, kajian tindakan, Kit Follow Me


74 PENDAHULUAN Pendidikan awal kanak-kanak merupakan pendidikan peringkat awal umur kanakkanak. Pendidikan Awal kanak-kanak merujuk kepada suatu jenis pendidikan yang diberi kepada kanak-kanak sejak lahir hingga umur lapan tahun. Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak merupakan satu program pendidikan tidak formal yang boleh dijalankan mengikut tahap umur di pelbagai pusat pendidikan awal kanak-kanak seperti Pusat Permata, Taska, prasekolah dan sekolah rendah. Program ini mengutamakan perkembangan murid-murid secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang dalam semua aspek. Pendidikan awal kanak-kanak boleh dibahagikan kepada dua peringkat berdasarkan tahap umur kanak-kanak iaitu peringkat pertama ialah Taska untuk kanakkanak di bawah 4 tahun. Peringkat kedua pula merujuk kepada Prasekolah atau Tadika untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun. Pendidikan Prasekolah adalah program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun sekurang-kurangnya selama setahun sebelum memasuki pembelajaran formal di tahun 1. Peringkat ketiga merujuk kepada murid-murid berumur 7 dan 8 tahun yang mengikuti pembelajaran di tahun satu dan tahun dua iaitu pembelajaran formal di sekolah rendah. Pada peringkat pertama iaitu kanak-kanak berumur bawah empat tahun, sistem pendidikannya lebih kepada pra pembelajaran. Hal ini bermaksud kanakkanak diberi pendedahan mengenai pengetahuan asas sahaja. Pada peringkat kedua, 4 hingga 6 tahun, sistem prasekolah menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur 4 hingga 6 tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif. Dalam program pendidikan prasekolah, proses pembelajaran dijalankan melalui bermain sambil belajar. Sistem pendidikan ini menekankan kepada aktiviti yang boleh merangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan koordinasi motor kasar dan motor halus untuk menyediakan mereka mengikuti sistem persekolahan yang lebih formal iaitu Tahun 1 di sekolah rendah. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) 2017 merupakan kurikulum yang digunakan untuk mengajar prasekolah. Terdapat enam tunjang iaitu Tunjang Komunikasi, Tunjang Keterampilan Diri, Tunjang Sains dan Teknologi, Tunjang Kemanusian, Tunjang Kerohanian Sikap dan Nilai, serta Tunjang


75 Perkembangan Fizikal dan Estetika dalam KSPK 2017 yang membantu dan membentuk murid-murid secara holistik seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Tunjang Komunikasi dan Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2017) merupakan tunjang-tunjang yang sangat ditekankan dalam KSPK bagi murid-murid prasekolah. Kedua-dua tunjang ini mengutamakan kemahiran menulis. Dalam pendidikan Prasekolah, kemahiran menulis sangat penting kerana tulisan bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan pandangan dan fikiran murid-murid. Menurut Paul Jennings (2004), menulis adalah keperluan peribadi bukan kerana tugas di dalamnya tetapi ada kesenangan dan ada manfaat untuk kehidupan seharian. Walaupun dunia semakin maju dalam bidang teknologi, kemahiran menulis turut memainkan peranan penting pada zaman ini. Kemahiran menulis ialah kemahiran yang paling tinggi dalam senarai kemahiran berbahasa. Kemahiran menulis bermula dan sering digunakan oleh murid-murid di sekolah. Menulis adalah satu proses yang kompleks dalam meluahkan perkataan melalui cara memegang pensel, pembentukan huruf dan postur badan. Bagi menguasai kecekapan menulis, seseorang murid memerlukan pelbagai kemahiran seperti penglihatan, koordinasi tangan dan mata, postur dan juga kawalan badan. Menurut Nor Zuhaila (2014), kebanyakan murid mula menconteng di atas kertas selepas mereka mula dapat memegang pensel. LATAR BELAKANG Saya merupakan guru Prasekolah Chanthiran yang bertugas di SJKT Tun Sambanthan Bidor. SJKT Tun Sambanthan Bidor terletak di pekan Bidor. Saya telah memilih SJKT Tun Sambanthan Bidor untuk menjalankan kajian tindakan saya. Walaupun SJKT Tun Sambanthan Bidor ini terletak di luar bandar tetapi, murid-murid berasal daripada latar belakang sosioekonomi yang berlainan seperti, miskin, sederhana dan golongan berada. Terdapat dua buah prasekolah di SJKT Tun Sambanthan Bidor iaitu Prasekolah Chanthiran dan Prasekolah Sooriyan. Prasekolah Chanthiran mempunyai 5 orang murid lelaki dan 8 orang murid perempuan.


76 PERNYATAAN MASALAH Saya mendapati dan melihat sendiri pelbagai situasi dan masalah dalam kalangan murid-murid prasekolah khususnya dalam subjek Bahasa Tamil. Daripada hasil pemerhatian saya sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran di prasekolah Chanthiran tersebut saya mendapati bahawa terdapat murid-murid yang belum menguasai kemahiran menulis huruf asas Bahasa Tamil (அ, ஆ, இ, ஈ, உ, ஊ, எ, ஏ, ஐ, ஒ, ஓ, ஒள) dengan cara dan urutan yang betul. Pada mulanya saya tidak mempedulikan tulisan muridmurid saya. Saya hanya mengutamakan dan mementingkan pengajaran dan pembelajaran saya untuk berjalan dengan lancar. Walaupun saya menyemak hasil kerja mereka, namun saya tidak sedar bahawa tulisan murid-murid semakin hari sesmakin merosot. Hal ini kerana saya lebih menumpukan perhatian terhadap 3M murid-murid iaitu membaca, mengira dan menaakul. Tetapi, saya kurang memberi fokus terhadap satu lagi aspek iaitu menulis. Semasa menjalankan aktiviti menulis tulisan cantik baru saya sedar akan kesilapan saya. Selepas itu, saya mula memberi perhatian yang serius terhadap isu ini. Saya mula menyemak semula hasil kerja Bahasa Tamil murid-murid. Saya berasa kurang berpuas hati dengan tulisan huruf asas Bahasa Tamil mereka. Kebanyakkan latihan menulis huruf asas Bahasa Tamil di dalam buku latihan sukar dibaca dan difahami. Rajah 1 menunjukkan hasil kerja murid-murid dalam buku latihan. Gambar hasil kerja murid-murid menunjukkan betapa lemahnya murid-murid ini dalam menulis huruf-huruf asas Bahasa Tamil. Hal ini mungkin disebabkan muridmurid tersebut masih belum atau kurang menguasai kemahiran pra tulis dan ini menyebabkan mereka tidak dapat menulis dengan betul. Setakat untuk menyalin semula huruf-huruf asas yang diberikan dengan cara yang betul juga agak sukar bagi mereka. Sememangnya, murid-murid prasekolah mempunyai masalah tulisan. Terdapat juga murid-murid yang pandai membaca huruf-huruf Bahasa Tamil dengan baik tetapi tidak dapat menulis dengan cara yang betul dan cantik. Terdapat juga murid-murid yang menulis huruf dengan urutan yang salah. Saya juga mendapati bahawa walaupun setiap kali sebelum mula menulis, saya mengulangi ungkapan yang sama iaitu tulis huruf dengan cara yang betul seperti yang ditunjukkan dalam lembaran kerja tetapi kadangkala murid-murid leka dan menganggapnya tidak penting. Justeru itu, saya mendapat gambaran awal


77 bagaimana masalah ini masih lagi berada disekeliling saya sedangkan kita sebagai pendidik sudah terlepas pandang akan kelemahan dan kekurangan murid-murid prasekolah selama ini. Oleh hal yang demikian, saya telah membuat keputusan untuk mencari jalan penyelesaian bagi menangani masalah ini. Walaupun, nampak seperti perkara biasa, namun saya tidak boleh menerima masalah ini. Selain itu perkembangan motor halus tangan dan jari agak lemah dan ini menyukarkan mereka untuk memegang pensel dengan betul. Saya telah memberi teguran kepada beberapa orang murid agar menulis dengan betul dan kemas namun hari-hari berikutnya saya masih menemui masalah yang sama. Justeru itu, saya merasakan bahawa mereka memerlukan bimbingan latihan kemahiran menulis. Saya menyahut semua masalah ini sebagai satu cabaran di mana saya perlu membuat sesuatu dan bertindak bagi mengurangkan masalah yang berkaitan serta berusaha untuk membantu anak murid saya. Jadi, saya telah mengambil masalah ini sebagai tajuk kajian tindakan saya. Selain itu, melalui analisis pemerhatian saya semasa pengajaran dan pembelajaran di prasekolah, saya mendapati bahawa terdapat dua jenis masalah yang wujud dalam tulisan huruf-huruf asas Bahasa Tamil iaitu, terdapat murid-murid yang boleh menulis huruf Tamil dengan betul tetapi tidak kemas dan terdapat muridmurid yang tidak boleh menulis huruf dengan cara yang betul. Perkara ini berlaku kerana dua sebab utama iaitu, cara memegang pensel oleh murid-murid yang kurang kemahiran dalam kemahiran motor halus. Keduanya ialah, murid-murid tidak tahu cara menulis huruf asas Bahasa Tamil dengan betul. Perkara ini berlaku akibat kurangnya pendedahan Bahasa Tamil dalam kalangan murid-murid prasekolah. Murid-murid juga tidak mengambil inisiatif dan menumpukan perhatian untuk belajar Bahasa Tamil dengan baik. Ia juga disebabkan oleh sikap ibu bapa mereka yang tidak sedar dan tidak menghargai kepentingan matapelajaran Bahasa Tamil. Kemahiran menulis dalam Bahasa Tamil amat penting kerana murid-murid tersebut akan mempelajari kebanyakkan matapelajaran dalam Bahasa Tamil dan akan menduduki peperiksaan dalam Bahasa Tamil. Terdapat juga ibu bapa yang


78 berpendapat bahawa matapelajaran Bahasa Tamil tidak begitu penting bagi masa hadapan anak-anak berbanding dengan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Seterusnya, masalah ketidakbolehan menulis huruf dengan cara yang betul ini terjadi disebabkan murid-murid tersebut tidak melalui alam pembelajaran yang sewajarnya semasa sesi pembelajaran. Ini secara tidak langsung memberi kesan negatif kepada mereka, iaitu lambat menyiapkan sesuatu lembaran kerja yang diedarkan oleh guru. Selain itu, faktor ibu bapa juga merupakan salah satu punca bagi masalah ini. Sikap ibu bapa yang menulis atau menyiapkan kerja rumah bagi anak-anak mereka di rumah serta kurang membimbing anak-anak mereka turut membawa kepada masalah menulis huruf secara urutan dan cara yang betul dalam kalangan murid-murid prasekolah ini. Masalah tulisan bagi seseorang murid akan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Menguasai kemahiran menulis dalam subjek Bahasa Tamil adalah penting kepada murid-murid prasekolah yang berbangsa India. Ini kerana, setelah mereka melangkah ke alam persekolahan yang formal, mereka akan mempelajari hampir kesemua matapelajaran dalam Bahasa Tamil. Dengan menguasai kemahiran menulis, murid-murid tidak akan mengalami ketinggalan dalam pelajaran mereka. Perkara yang amat menyedihkan ialah terdapat beberapa murid prasekolah yang berbangsa India ini masih gagal menulis huruf asas Bahasa Tamil dengan cara yang betul. Masalah ini berkemungkinan besar akan menyebabkan murid berasa tidak yakin terhadap diri sendiri semasa mereka menjejak kaki ke pendidikan formal nanti. Kemahiran menulis sangat penting dan menjadi asas kepada murid-murid untuk mempelajari kemahiran-kemahiran lain. Perkara ini juga diutamakan dalam Tunjang Komunikasi dan Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika dalam Kurikulum Standard Kebangsaan Prasekolah (2017). Jadual 1 menunjukkan penekanan bagi kemahiran menulis dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2017). Apabila murid-murid dapat menguasai kemahiran asas ini barulah mereka dapat menguasai kemahiran lain seperti kemahiran menulis huruf, perkataan, petikan, karangan dan sebagainya. Contohnya, kemahiran ini membolehkan murid-murid menyusun huruf-huruf menjadi suku kata, perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi dalam kelompok masyarakat. Kemahiran menulis ini


79 juga penting bagi saya untuk mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang murid itu dapat melahirkan idea, fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan cekap. Akhirnya, kemahiran ini juga penting untuk membolehkan murid-murid berkemahiran dalam satu lagi komponen bahasa dan meluaskan pengetahuan, perhubungan serta matlamat hidup. Selain itu, bagi menyediakan, menyemai, mengasah serta mengukuhkan minat serta bakat murid-murid sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden. Hal ini kerana membaca, menulis dan mengira adalah sebahagian daripada asas utama keperluan hidup masa kini. Justeru, kemahiran ini berperanan untuk menghasilkan bentuk-bentuk penulisan kreatif seperti pantun, syair, sajak dan lain-lain bentuk puisi dan prosa. Ia dapat memberikan kepuasan jiwa dalam diri murid-murid. Rajah 1. Hasil kerja murid-murid dalam menulis huruf asas Bahasa Tamil Jadual 1- Penekanan bagi kemahiran menulis dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dalam tunjang komunikasi bagi mata pelajaran Bahasa Tamil dan tunjang Perkembangan Fizikal Dan Estetika Tunjang Standard Kandungan Standard Pembelajaran Tunjang Komunikasi BT 3.0 சரியான வரிவடிவத்துடன் தூய்மையாக எழுதுவர். BT 3.2.2 சரியான அளவு, இைடவவளி, வரிவடிவை் ஆகியவற்றுடன் தூய்மையாக எழுதுவர்.


80 Tunjang Perkembangan Fizikal Dan Estetika FK 1.1 Meneroka pelbagai aktiviti yang melibatkan motor halus FK 1.1.1 Menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan penggunaan motor halus FK 1.1.12 Menunjukkan koordinasi mata dan tangan dan kemahiran motor halus melalui pelbagai aktiviti TUJUAN KAJIAN Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu, terdapat beberapa orang murid Prasekolah Chanthiran mempunyai masalah menulis huruf asas Bahasa Tamil dengan cara yang betul. Masalah penulisan merupakan satu isu yang perlu dititikberatkan kerana ianya boleh membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran. Masalah ini merupakan masalah yang umum bagi murid-murid prasekolah. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada masalah ini. Antaranya adalah diri sendiri, keluarga, dan fizikal. Sehingga mencari jalan penyelesaian bagi masalah ini, implikasi besar akan berlaku bukan terhadap diri individu tersebut sahaja malah juga kepada individu-individu lain yang turut terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Setelah menganalisis masalah murid-murid prasekolah saya telah membuat satu fokus kajian. Fokus kajian saya ialah untuk meingkatkan kemahiran menulis huruf asas Bahasa Tamil dengan betul supaya menepati bentuk yang sebenar. Hal ini kerana saya mendapati kebanyakan anak murid saya mengalami masalah tulisan iaitu menulis hurufhuruf asas Bahasa Tamil dengan tidak betul. Saya mengetahui perkara ini berdasarkan semakan hasil kerja dan lembaran kerja mereka selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, saya juga mendapati anak murid saya mengalami masalah dari segi menggenggam pensel dengan cara yang betul semasa menulis dan tidak konsisten serta seragam. Saya berpendapat, bahawa perkara ini berlaku disebabkan muridmurid prasekolah tidak didedahkan dengan teknik-teknik atau strategi penulisan yang betul pada peringkat awal lagi. Menurut Shila Daly (2015), cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan. Saya juga mendapati bahawa murid-murid ini mempunyai beberapa masalah yang lain seperti memegang pensel dengan cara yang salah dan tulisan tidak kemas. Masalah tulisan yang tidak


81 kemas ini merupakan salah satu masalah besar kepada murid-murid kerana apabila murid-murid tidak membetulkan masalah ini sejak kecil lagi ia akan menjadi rumit lagi. Mereka tidak boleh menguasai kemahiran-kemahiran lain sehingga menguasai kemahiran ini dengan baik. Oleh sebab banyak masalah yang dihadapi oleh murid-murid, untuk kajian ini saya fokuskan kepada masalah penulisan huruf asas Bahasa Tamil (அ, ஆ, இ, ஈ, உ, ஊ, எ, ஏ, ஐ, ஒ, ஓ, ஒள) dengan betul supaya dapat menepati bentuk sebenar huruf tersebut. Bagi membantu murid-murid yang mempunyai masalah menulis huruf asas Bahasa Tamil, saya telah berusaha lagi memperbaiki pengajaran dengan merancang pelbagai aktiviti menarik dalam bentuk permainan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Pengajaran belajar melalui bermain di prasekolah merupakan satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat, menggembirakan dan bermakna. Menurut Mok Soon Sang (1997), dalam bukunya Pendekatan dan Strategi Pengajaran, main merupakan satu teknik mengajar yang memberi peluang kepada murid-murid melakukan sesuatu aktiviti secara berpura-pura di dalam keadaan terkawal. Pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah berlandaskan prinsip belajar sambil bermain. Saya lebih menumpukan perhatian kepada murid-murid yang bermasalah dari segi menulis huruf dengan cara yang betul supaya menepati bentuk huruf yang sebenar. Saya berasa bimbang kerana berkemungkinan besar tahap pembelajaran murid-murid sebegini akan terjejas kerana ia memberi kesan yang besar kepada mereka jika masalah seperti ini tidak diselesaikan dari awal lagi. Terdapat beberapa kriteria kajian yang digunakan dalam kajian ini. Antaranya ialah, kawalan. Saya dapat mengawal murid-murid dengan baik kerana mereka memberi kerjasama dalam tindakan yang dijalankan dengan rasa seronok. Saya juga tidak mengganggu waktu pengajaran dan pembelajaran untuk menjalankan kajian tindakan saya. Saya menjalankan aktiviti dengan menggunakan kit ‘Follow Me’ ini selama 30 minit sahaja sehari. Saya juga telah merancangkan tindakan yang dijalankan terlebih dahulu dengan menyediakan sekali bahan bantu mengajar yang diperlukan. Bahan-bahan tersebut pula mudah diurus dengan baik oleh murid-murid. Dengan mengawal murid-murid, saya dapat membantu mereka untuk mengelakkan pembaziran masa dan tenaga apabila ingin melaksanakan tindakan tersebut. Saya


82 juga hanya memilih enam orang murid sebagai peserta kajian untuk mengawal kajian saya. Saya telah mengawal bilangan peserta kajian dengan menjalankan ujian diagnosis kepada murid-murid dan memilih murid yang kurang berkemahiran dalam kemahiran menulis sebagai peserta kajian saya. Bagi suatu kajian penyelidikan saya tidak boleh memillih semua murid dalam satu kelas. Ia dianggap sebagai kawalan. Selain itu, koloborasi juga menjadi suatu kriteria kajian. Dari segi koloborasi pula, saya telah menyediakan surat kebenaran kepada pihak ibu bapa untuk mendapatkan kebenaran ibu bapa bagi melibatkan anak-anak mereka dalam kajian saya. Hal ini sangat penting untuk mengelakkan perselisihan faham antara satu sama lain. Akhirnya, kepentingan tindakan-tindakan yang saya rancangkan ialah, untuk membantu murid-murid dalam meningkatkan kemahiran menulis huruf asas Bahasa Tamil. Perubahan ini sangat penting sehingga akhir hayat seseorang murid. Lagipun, tindakan yang saya telah rancangkan juga dapat membantu murid-murid dalam perkembangan fizikal. Perkembangan psikomotor iaitu perkembangan motor halus dapat membantu murid-murid untuk menggerakkan jari murid-murid supaya dapat menulis dengan baik. Saya juga telah melaksanakan kolobarasi dengan murid-murid selepas tindakan-tindakan dilaksanakan untuk mendapat tahu keberkesanan aktiviti yang dijalankan. PENGUMPULAN DATA AWAL Bagi mengenal pasti murid-murid yang menghadapi masalah dalam menulis huruf asas Bahasa Tamil, saya telah membuat satu tinjauan awal dengan menggunakan beberapa kaedah. Menurut Suzi Suziyana (2012), tinjauan awal adalah satu kaedah yang digunakan oleh pengkaji dalam mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid. Saya telah memilih kaedah pengumpulan data awal iaitu ujian diagnosis. Sebagai peringkat awal, saya telah membuat ujian diagnosis terhadap muridmurid untuk mengenal pasti murid-murid yang kurang berkemahiran dalam kemahiran menulis huruf asas Bahasa Tamil. Bagi ujian diagnosis ini, saya telah mengedarkan satu kertas kosong yang mengandungi 12 kotak untuk menulis huruf asas Bahasa Tamil அ, ஆ, இ, ஈ, உ, ஊ, எ, ஏ, ஐ, ஒ, ஓ, ஒள kepada 13 orang


83 murid prasekolah dan meminta mereka untuk menulis 12 huruf asas Bahasa Tamil. Saya telah memberi masa selama 20 minit untuk ujian diagnosis ini. Ujian ini dijalankan di prasekolah juga semasa waktu pengajaran dan pembelajaran saya. Setelah murid-murid menulis 12 huruf asas Bahasa Tamil tersebut pada kertas ujian diagnosis, saya telah menyemaknya dengan terperinci. Semakan ujian diagnosis tersebut telah dirumuskan dalam bentuk jadual 2. Jadual 2- Semakan Ujian Diagnosis Murid-Murid Prasekolah Chanthiran Jadual 2 menunjukkan semakan ujian diagnosis 13 orang murid di prasekolah Chanthiran. Keputusan ujian diagnosis yang telah disemak dan telah diterjemahkan dalam bentuk jadual untuk mengenalpasti kemahiran menulis huruf asas Bahasa Tamil muridmurid prasekolah Chanthiran. Jadual tersebut jelas menunjukkan kebanyakkan muridmurid mempunyai masalah dalam menulis huruf asas bahasa tamil dengan betul. Dengan adanya semakan ujian diagnosis, saya telah mendapat tahu bahawa kebanyakkan huruf asas Bahasa Tamil tidak dapat ditulis dengan baik dan menepati bentuk sebenar oleh murid-murid. Selepas itu, saya telah menganalisis bilangan murid yang membuat banyak kesilapan dalam menulis huruf asas Bahasa Tamil. Murid அ ஆ இ ஈ உ ஊ எ ஏ ஐ ஒ ஓ ஒள Murid 1 / / / / / / / / / / / / Murid 2 / / / / / / / / / / / / Murid 3 / / / / / / / / / / / / Murid 4 / / / / 0 0 0 / / 0 0 0 Murid 5 / / / / / / / / / / / / Murid 6 / / / / / / / / / / / / Murid 7 / / / / / / / / 0 0 0 0 Murid 8 / / / / 0 0 / / / 0 0 0 Murid 9 / / / / 0 0 / / / / / / Murid 10 / / / / 0 0 / / 0 0 0 0 Murid 11 / 0 / / 0 0 / / / 0 0 Murid 12 / / / / / / / / 0 / 0 / Murid 13 / / / / / / / / 0 0 0 0


84 Hasil daripada analisis tersebut, saya dapati bahawa, sebanyak enam orang murid mempunyai masalah tulisan dan mendapat markah kurang dalam ujian diagnosis berbanding dengan murid-murid lain. Saya telah memilih enam orang murid tersebut sebagai peserta kajian saya untuk kajian tindakan. Data-data keputusan ujian diagnosis telah dimasukkan dalam bentuk jadual 3. Jadual 3- Keputusan Ujian Diagnosis Murid-Murid Prasekolah Chanthiran Murid Bilangan huruf Bilangan huruf yang ditulis dengan betul Peratus (%) Murid 1 12 12 100.00 Murid 2 12 12 100.00 Murid 3 12 10 83.33 Murid 4 12 6 50.00 Murid 5 12 7 58.33 Murid 6 12 12 100.00 Murid 7 12 8 66.67 Murid 8 12 7 58.33 Murid 9 12 10 83.33 Murid 10 12 6 50.00 Murid 11 12 7 58.33 Murid 12 12 10 83.33 Murid 13 12 8 66.67 Jadual 3 menunjukkan analisis keputusan ujian diagnosis murid-murid prasekolah Chanthiran. Ujian ini dijalankan kepada 13 orang murid Prasekolah Chanthiran untuk mengetahui masalah mereka dalam kemahiran menulis dan juga untuk mengetahui tahap murid-murid. Hasil daripada ujian diagnosis saya mendapati bahawa terdapat murid yang dapat menulis 12 huruf asas Bahasa Tamil. Tetapi, kebanyakkan murid menulis huruf tersebut dengan arah hala yang salah dan tidak menepati bentuk sebenar. Ia merupakan masalah sebenar yang terdapat pada murid-murid walaupun mereka sudah mengenali 12 huruf asas Bahasa Tamil. Hanya tujuh orang murid daripada 13 orang murid dapat menulis huruf Bahasa Tamil dengan betul tanpa sebarang kesalahan. Terdapat juga beberapa orang murid yang dapat menulis huruf asas Bahasa Tamil tetapi perlu membuat sedikit pembetulan. Daripada hasil analisis tersebut, saya telah memilih enam orang murid


85 yang mendapat markah yang kurang dalam ujian diagnosis dan mempunyai masalah tulisan. Walaupun empat orang murid mendapat lapan markah dalam ujian diagnosis namun, saya hanya memilih seorang murid untuk kajian saya kerana murid tersebut memerlukan sedikit bimbingan untuk mengurangkan masalah tulisannya. Peserta kajian yang saya pilih ialah murid 4, murid 5, murid 8, murid 10, murid 11, dan murid 13. Setelah memilih peserta kajian, saya juga telah mengkaji latarbelakang, sosioekonomi, pencapaian akademik dan rekod-rekod lain tentang keenam-enam orang murid tersebut melalui analisis rekod peribadi murid-muridAspek mengenali murid sangat penting sebelum merancang pengajaran dan pembelajaran. Selepas mengkaji latarbelakang mereka, saya telah merancang langkah seterusnya bagi murid-murid iaitu ujian pra. Akhirnya, ujian diagnosis merupakan kaedah yang saya telah gunakan untuk mengumpul data awal bagi kajian bentuk kualitatif ini. Bagi menjalankan kajian ini dengan lancar dan teratur saya telah menggunakan data-data tersebut dengan baik dan berhati-hati. TINDAKAN Bagi memastikan kajian saya berjalan dengan lancar, saya telah merancang satu pelan tindakan. Tujuan menghasilkan pelan tindakan ialah untuk mendapatkan data yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Saya telah memilih Model Lewin (1946) dan Laidlaw (1992) bagi kajian saya. Menururt Qiu Qiu 7734 (2016), terdapat empat kitaran yang mewakili empat peringkat dalam melaksanakan kajian ini. Kesemua peringkat ini dilaksanakan sepanjang tempoh kajian. Terdapat lima peringkat dalam proses penyelidikan tindakan yang diadaptasi oleh tindakan Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw (1992) iaitu mengenalpasti aspek amalan, perancangan, tindakan dan implementasi, pengumpulan data dan refleksi. Peringkat-peringkat dalam model ini merangkumi refleksi iaitu mengenal pasti aspek amalan bagi penambahbaikan dan kemudian diikuti dengan merancang tindakan iaitu merancang perkara-perkara yang perlu dibuat. Seterusnya ialah, melaksanakan tindakan iaitu membuat perancangan yang komprehensif supaya


86 tindakan bertepatan dengan masalah yang ingin diatasi. Selepas itu, penilaian hasil daripada pelaksanaan kajian sehingga masalah yang dihadapi selesai. Perancangan tindakan ini dimulakan dengan membuat pemerhatian awal. Tindakan pertama yang telah saya lakukan adalah saya mengenalpasti masalah penulisan muridmurid berdasarkan hasil kerja mereka. Setelah itu, saya telah memilih subjek kajian berdasarkan pada kesalahan dalam hasil kerja mereka. Selepas itu, saya mula merancang tindakan atau langkah-langkah intervensi untuk meningkatkan kemahiran menulis huruf asas dengan betul dalam kalangan murid-murid prasekolah ini. Saya menggunakan kit Follow Me untuk mempertingkatkan kemahiran menulis huruf dengan betul supaya menepati bentuk sebenar dalam matapelajaran Bahasa Tamil dalam kalangan murid-murid Prasekolah SJKT Tun Sambanthan Bidor. Terdapat banyak kaedah untuk menyelsaikan masalah ini. Tetapi, saya memilih kit ‘Follow Me’ kerana kaedah ini sangat bagus untuk murid-murid yang berumur lima tahun supaya mereka dapat belajar dengan cepat. Salah satu sebabnya ialah tindakan-tindakan yang saya menggunakan dalam kajian ini berwarna-warni dan sesuai untuk murid-murid mengikutinya. Dengan mengikut langkah demi langkah murid-murid dapat menguasai kemahiran menulis huruf Bahasa Tamil dengan baik.


87 Proses penyelidikan tindakan mengikut Model Kurt Lewin dan Laidlaw OBJEKTIF KAJIAN Berdasarkan pernyataan masalah yang dinyatakan di atas, kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid Prasekolah Chanthiran menulis huruf asas Bahasa Tamil dengan cara yang betul dengan menggunakan kit Follow Me. Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid dapat: 1.1.1 Meningkatkan kemahiran menulis huruf asas Bahasa Tamil dalam kalangan murid-murid prasekolah Chanthiran dengan menggunakan Kit ‘Follow Me’. 1.1.2 Memperbaiki kekemasan menulis huruf asas Bahasa Tamil supaya dapat menepati bentuk huruf yang betul bagi murid-murid prasekolah Chanthiran dengan menggunakan Kit ‘Follow Me’. Mengenal pasti aspek amalan Mengumpul data awal untuk mengenal pasti amalan yang ingin ditambah baik. • Menganalisis hasil kerja • Membuat ujian diagnosis Merancang • Merancang ujian pra • Mencipta kit • Merancang aktiviti bagi kit Follow Me • Menyediakan bahan untuk tindakan Refleksi • Membuat refleksi mengenai keberkesanan Tindakan berdasarkan data yang dikumpul • Menganalisis dan menilai kekuatan dan kelemahan kit Follow Me • Mencadangkan Tindakan susulan jika perlu Melihat kesan tindakan • Senarai semak • Rakaman foto • Ujian pra dan ujian pos Merekod, menganalisis data Tindakan / implementasi • Memperkenalkan kit ‘Folloe Me’ • Jangka masa 4 minggu • Melaksanakan pelan tindakan Merancang 1. Merancang ujian pra 2. Mencipta kit 3. Merancang aktiviti bagi kit Follow Me 4. Menyediakan bahan untuk


88 PERSOALAN KAJIAN 1.1.3 Adakah kaedah ‘Follow Me’ dapat meningkatkan kemahiran menulis huruf asas Bahasa Tamil dalam kalangan murid-murid prasekolah Chanthiran? 1.1.4 Adakah Kit ‘Follow Me’ dapat memperbaiki kekemasan menulis huruf asas Bahasa Tamil supaya dapat menepati bentuk huruf yang betul bagi muridmurid prasekolah Chanthiran? PESERTA KAJIAN Peserta kajian merupakan subjek atau responden yang ingin dikaji dalam sesuatu penyelidikan tindakan. Sulaiman Masri (2003), menyatakan kumpulan sasaran ini mestilah terdiri daripada kumpulan yang terlibat dalam isu permasalahan yang dikaji. Bagi melaksanakan kajian ini, saya telah mengenalpasti enam orang murid daripada 13 orang murid-murid melalui ujian diagnosis. Seramai seorang budak lelaki dan lima orang budak perempuan telah dipilih untuk kajian ini. Kesemua muridmurid ini berasal daripada prasekolah Chanthiran dan berbangsa India. Murid-murid ini dipilih secara rawak berstrata. Mereka menjadi sampel kajian daripada satu populasi murid-murid prasekolah Chanthiran. Hal ini kerana hasil daripada tinjauan awal yang mendapati bahawa mereka mempunyai masalah menulis huruf asas Bahasa Tamil. Responden yang saya mengkaji dalam kajian ini, kebanyakannya berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah. Terdapat juga ibu bapa responden yang tidak berpendidikan dan ada juga responden yang menjadi anak tunggal dalam keluarganya. Perkara begini menyebabkan kurangnya pendedahan mengenai pelajaran dalam kalangan responden. Hasil daripada pemerhatian saya, saya mendapati bahawa seramai enam orang murid-murid tidak dapat menulis huruf asas Bahasa Tamil dengan betul, menepati bentuk sebenar dan mengikut arah alah yang betul kerana kemahiran motor halus mereka masih dalam keadaan yang agak lemah. Maklumat peribadi peserta kajian telah dimasukkan dalam jadual 4.


89 Jadual 4 - Peserta kajian bagi kajian tindakan Bilangan Perkara Catatan 1 Bilangan Responden 6 orang murid 2 Jantina 1 orang murid lelaki 5 orang murid perempuan 3 Umur 5 Tahun 4 Nama Kelas / Jawatan Prasekolah Chanthiran 5 Prestasi Akademik Lemah 6 Ciri-Ciri Unik Yang lain Kemahiran motor halus agak kurang PELAKSANAAN KAJIAN Saya bercadang untuk menggunakan ‘kit Follow Me’ sebagai tindakan bagi kajian saya iaitu meningkatkan kemahiran menulis huruf asas Bahasa Tamil dengan betul supaya menepati bentuk sebenar melalui kit Follow Me dalam kalangan murid-murid prasekolah Chanthiran di SJKT Tun Sambanthan Bidor. Tujuan utama kajian ini ialah untuk membantu murid-murid menulis huruf Bahasa Tamil dengan lebih baik dan mengikut arah hala yang betul. Oleh itu, kemahiran motor halus murid-murid sangat penting dan dalam kaedah Follow Me juga saya banyak mengutamakan aktiviti sedemikian. Menurut Raihanah Ahmad (2014), kemahiran motor halus adalah pergerakan otot-otot kecil, biasanya koordinasi mata dengan tangan, ini juga termasuk pergerakan lidah dan bibir, menggerakkan jari-jari kaki dan koordinasi mata dan kaki. Biasanya motor halus berperanan untuk tujuan komunikasi, kedua-dua fungsi misalnya menulis, menaip, memanipulasi atau kerja-kerja seni. Semasa menggunakan kit Follow Me, murid-murid menggunakan deria penglihatan dan sentuhan. Dengan merancang aktiviti sebegini, murid-murid dapat berinteraksi dengan bahan dan menjana idea melaluinya. Oleh itu, kit ini sangat berguna untuk murid-murid. Kit Follow Me digunakan selama dua kali dalam


90 seminggu di dalam kelas prasekolah. Selama 30 minit sehari akan diambil untuk menjalankan aktiviti tindakan. Sebelum menjalankan tindakan-tindakan yang dirancang, saya telah mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa enam orang peserta kajian yang saya pilih supaya tidak wujud sebarang perselisihan faham semasa kajian dijalankan. Surat kebenaran daripada ibu bapa telah dilampirkan dalam bahagian lampiran. Saya membuat perkara ini sebagai langkah utama dalam pelaksanaan kajian tindakan. Saya juga menjelaskan kepada ibu bapa peserta kajian saya mengenai kajian ini dengan lebih terperinci dan menjawab segala soalan mereka untuk mengelakkan sebarang kesulitan yang akan timbul semasa kajian dijalankan. Selepas itu, saya telah menjalankan ujian diagnosis. Dalam ujian diagnosis ini, saya telah memberi kertas kosong yang mempunyai 12 kotak kosong kepada murid-murid dan meminta murid-murid untuk menulis 12 huruf asas Bahasa Tamil. Saya telah menyemak dan menganalisis ujian diagnosis mereka. Saya hanya memilih dan memfokuskan beberapa huruf yang tidak dapat menulis dengan betul oleh murid-murid. Daripada hasil analisis ujian diagnosis tersebut, saya telah memilih sampel kajian dan juga telah merancang ujian pra untuk mereka pada minggu seterusnya bagi menguji tahap mereka sebelum tindakan dilaksanakan kepada respondenresponden. Saya telah merekodkan markah ujian pra pada jadual dan graf. Saya telah menggunakannya untuk membuat perbandingan dengan ujian pos bagi mengenalpasti keberkesanan tindakan. Ujian pra ini mengandungi 12 soalan dimana, responden perlu menulis semula huruf yang diberi berdasarkan cara menulis yang betul agar mendapat bentuk huruf yang sebenar. Semasa responden menulis huruf, saya telah mencatat huruf yang tidak dapat ditulis dengan betul dalam senarai semak yang telah disediakan. Markah hanya diberi kepada huruf yang ditulis secara urutan yang betul sahaja. Contohnya, satu soalan diberi satu markah. Jadi, dua belas soalan diberi 12 markah. Jumlah markah bagi ujian ini ialah 12. Tindakan telah dijalankan pada minggu seterusnya selepas ujian pra diadakan.


91 Rajah 3: Kit Follow Me (Kit Follow Me)- Kit Follow Me dibangunkan bagi membantu murid Prasekolah Chanthiran di SJKT Tun Sambanthan. Kit ini mengandungi pen marker, pemadam, Basic Tamil Letter Traffic Light Tracing Book, papan putih DIY (kertas warna yang dilaminate), fail poket, pundi kacang dan Jumbo Basic Tamil Letter Traffic Light. Bahan -bahan yang digunakan adalah daripada bahan yang selamat dan seronok kepada murid-murid dan mudah didapati. Kit ini boleh digunakan semula untuk beberapa kali. Kit ini sangat menarik, seronok, ringan, mudah alih dan kos yang diguna adalah murah. (Kit Follow Me) dibina berdasarkan keupayaan dan keperluan murid bagi memudahkan pembelajaran menulis huruf asas Bahasa Tamil dengan cara dan urutan yang betul. (Kit Follow Me) memfokuskan penulisan huruf asas Bahasa Tamil dengan cara dan urutan yang betul supaya menepati bentuk yang sebenar. Set induksi Murid mengimbas kod qr yang ada pada Basic Tamil Letter Traffic Light Tracing Book. Murid menonton video Youtube mengenai cara menulis huruf asas Bahasa Tamil. https://youtu.be/ftcf8poEfgc Rajah 4.Bahan-bahan dalam Kit Follow Me


92 Langkah 1 Murid diperkenalkan dengan bahan-bahan yang terdapat di dalam kit tersebut. Murid diterangkan dengan cara bermain permainan Jumbo Basic Tamil Letter Traffic Light. Murid diminta untuk melontar pundi kacang ke atas huruf pada Jumbo Basic Tamil Letter Traffic Light. Murid berjalan atas huruf yang terkena mengikut warna lampu isyarat iaitu bermula dari warna hijau, bergerak ke warna kuning dan berhenti pada warna merah. Murid bermain mengikut giliran. Rajah 5. Permainan Jumbo Basic Tamil Letter Traffic Light Murid menyurih huruf asas Bahasa Tamil mengikut warna lampu isyarat iaitu bermula dari warna hijau, bergerak ke warna kuning dan berhenti pada warna merah pada Basic Tamil Letter Traffic Light Tracing Book dengan menggunakan pen marker. Murid menyurih huruf mengikut titik pada Basic Tamil Letter Traffic Light Tracing Book. Murid boleh menyurih lebih dari sekali dengan memadam yang sebelumnya. Rajah 6: Menyurih huruf asas Bahasa Tamil pada Basic Tamil Letter Traffic Light Tracking Book Langkah 2 Murid diminta untuk menulis huruf asas Bahasa Tamil pada papan putih DIY. Murid yang masih lagi tidak dapat menulis dengan sendiri diminta untuk menekap huruf tersebut.


93 Penutup Murid diminta mempamerkan hasil kerja masing-masing pada meja hasil kerja murid. Guru memberi ganjaran kepada murid yang mencapai kemahiran pada hari itu. Rajah 8: Pemberian Ganjaran KAEDAH MENGUMPUL DATA Dalam melaksanakan kajian tindakan ini, saya telah menggunakan pelbagai teknik pengumpulan data untuk mendapatkan data yang sesuai dan pelbagai. Pengumpulan data dari pelbagai sumber atau teknik sangat penting agar data yang diperoleh itu mempunyai kriteria kebolehpercayaan. Penggunaan pelbagai kaedah pengumpulan data adalah sebahagian daripada proses pengumpulan data yang dapat menghasilkan dapatan yang lebih tepat dan meyakinkan tentang sesuatu konsep yang dikaji. Saya telah menggunakan beberapa kaedah pengumpulan data iaitu ujian, pemerhatian, rakaman gambar untuk menghasilkan data deskriptif. Teknik pengumpulan data ini mudah dan dapat memberi gambaran yang menyeluruh Rajah 7: Menulis huruf asas Bahasa Tamil pada papan putih DIY


94 tentang proses yang berlaku dalam kajian ini. Saya menggunakan kaedah-kaedah ini semasa melaksanakan tindakan selama empat minggu. Proses pengumpulan data ini sangat membantu saya dalam mendapatkan maklumat sepanjang tindakan dilaksanakan dan peningkatan terhadap penguasaan kemahiran menulis huruf asas Bahasa Tamil dalam kalangan responden. Data-data yang dikumpul ini sangat penting untuk menilai perkembangan murid sebelum dan selepas tindakan dijalankan. UJIAN Ujian merupakan salah satu kaedah yang berbentuk formal. Menurut Creswell (2009), ujian merupakan salah satu teknik khusus bagi kajian kualitatif. Bagi menjawab kedua-dua persoalan kajian, terlebih dahulu saya telah melaksanakan kaedah ujian iaitu ujian pra dan ujian pos untuk mendapatkan data yang diperlukan. Ujian pra dilaksanakan untuk mengetahui tahap responden pada peringkat awal lagi sebelum melaksanakan tindakan-tindakan yang dirancang. Sebanyak 12 huruf asas iaitu (அ, ஆ, இ, ஈ, உ, ஊ, எ, ஏ, ஐ, ஒ, ஓ, ஒள) Bahasa Tamil telah diuji dalam ujian pra. Bagi ujian pra, saya telah menyediakan satu kertas yang mengandungi dua belas huruf asas Bahasa Tamil bersama dengan cara menulis atau arah alah menulis huruf yang betul dan meminta muridmurid untuk menulis semula huruf tersebut. Selepas melaksanakan tindakan, saya telah menjalankan ujian pos. Dalam ujian pos, saya juga telah menyediakan dua belas huruf asas Bahasa Tamil tetapi tidak menyertakan cara menulis atau arah hala yang betul bersamanya. Saya juga telah melaksanakan ujian pos untuk mengetahui keberkesanan tindakan yang dilaksanakan terhadap responden. Isi kandungan ujian pra dan ujian pos adalah sama iaitu dua belas huruf asas Bahasa Tamil iaitu (அ, ஆ, இ, ஈ, உ, ஊ, எ, ஏ, ஐ, ஒ, ஓ, ஒள) tetapi, bentuk soalannya berbeza bagi ujian pra dan ujian pos. Menurut Mieyda (2012), ujian pra dan ujian pos dijalankan untuk menilai kemajuan murid-murid sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Rasional menjalankan kedua-dua ujian ini adalah untuk membandingkan pencapaian responden sebelum dan selepas tindakan dijalankan. Jadual 5 menunjukkan Isi kandungan ujian pra dan ujian pos.


95 Jadual 5 - Isi kandungan ujian pra dan ujian pos yang dijalankan ke atas enam orang murid-murid tersebut Responden Ujian Isi Huruf-Huruf Yang Diuji Bilangan Huruf Yang Diuji Murid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 4 Murid 5 Murid 6 Ujian Pra & Ujian Pos Huruf Asas Bahasa Tamil அ, ஆ, இ, ஈ, உ, ஊ, எ, ஏ, ஐ, ஒ, ஓ, ஒள 12 Rakaman Gambar Rakaman gambar juga merupakan salah satu kaedah pengumpulan data yang lazimnya digunakan dalam kajian tindakan. Menurut Rosinah Edinin (2011), rakaman gambar merekodkan situasi dalam keadaan statik. Saya telah menggunakan rakaman gambar sebagai sumber maklumat untuk mengkaji semula situasi yang dirakam semasa melaksanakan tindakan supaya saya tidak tercicir perkara-perkara penting. Rakaman gambar merekodkan situasi dalam keadaan statik iaitu tidak bergerak seperti rakaman video. Dengan adanya rakaman gambar, saya menjadikannya sebagai salah satu bukti kepada pemerhatian saya semasa tindakan dijalankan. Sebenarnya, rakaman gambar menjadi suatu rekod berguna dalam kajian tindakan berbanding dengan kaedah pengumpulan data yang berlainan. Hal ini kerana ia menjadi bukti penglibatan responden dimana guru tidak boleh menipu dan responden yang betul sahaja boleh melakukan aktiviti yang dijalankan. Semasa menjalankan tindakan, saya tidak dapat melihat responden dengan teliti dan terperinci kerana saya seorang diri melaksanakan aktiviti tersebut. Dengan adanya rakaman gambar saya dapat melihat peristiwa atau situasi yang berlaku dengan lebih jelas. Rakaman gambar ini membantu saya untuk membandingkan dan memperkukuhkan lagi data-data yang diperoleh daripada tindakan yang dilaksanakan.


96 PEMERHATIAN Pemerhatian merupakan antara kaedah yang saya telah gunakan dalam kajian tindakan saya. Untuk mengkaji dan memahami proses yang berlaku dalam tindakan yang dijalankan, permerhatian merupakan teknik berkesan dalam pengumpulan data. Lazimnya dalam pemerhatian, saya melihat, mendengar, memerhati dan bertanya untuk mendapatkan maklumat serta memahami apa yang berlaku dalam tindakan yang dijalankan terhadap responden. Melalui pemerhatian, saya dapat melihat persepsi dari pihak responden dalam menjalani tindakan-tindakan dan memantau sejauhmana keberkesanan tindakan yang dijalankan kepada responden. Saya telah menyediakan senarai semak untuk membantu proses pemerhatian saya. Saya telah menggunakan senarai semak tersebut sebanyak dua kali iaitu semasa ujian pra dan ujian pos. Sambil memerhati murid-murid membuat ujian, saya telah mencatat (/) bagi item-item yang terdapat dalam senarai semak. Senarai semak ini bertajuk senarai semak kekemasan tulisan yang disediakan mempunyai beberapa item seperti saiz, jarak, bentuk, kebersihan tulisan. Menurut Herniza Mahmud (2012), senarai semak ialah alat pentaksiran yang mengandungi senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan dari segi kemahiran fizikal, kognitif, bahasa dan sosial. Semasa murid-murid membuat tindakan, saya telah memerhatikan mereka dan mencatatnya dalam senarai semak yang telah disediakan. Pemerhatian digunakan untuk memerhati perlakuan responden semasa membuat aktiviti tindakan. Semasa menjalankan aktiviti tindakan, responden-responden telah memberi kerjasama dengan baik di samping menguasai dan mempelajari kemahiran menulis huruf asas Bahasa Tamil. Mereka juga teleh memberi tumpuan sepenuhnya dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Data-data yang dikumpul melalui ketiga-tiga kaedah ini telah saya rekodkan dalam bentuk jadual dan graf bar untuk membuat analisis dan tafsiran. Dalam analisis data yang berikut, saya telah melaporkan hasil kutipan data bersama dengan bukti-bukti yang kukuh dalam kajian ini.


Click to View FlipBook Version