Inisiatif Matlamat Pembangunan Lestari zaff taib
( Sustainable Development Goal - SDG )
Sebuah Travelog
ULUH
BAMBOO
DI MALAYSIA
Terjemahan Bahasa Melayu - Bahasa Inggeris
BULUH
AMBOO
DI MALAYSIA
JEJAK BULUH KINI BERMULA ...
Diterbitkan oleh
Hab Media Kreatif & Teknologi
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor
Malaysia
Diterbitkan pada tahun 2021
[email protected]
Penulis:
zaff taib (Mohd Zafrullah Mohd Taib) & Masrur Mohd Khir
Editor:
Hadayat Rahmah Hassan & Azhar Hj. Abd Jamil
Rekabentuk Kulit & Buku:
Mohd Zafrullah Hj Mohd Taib & Mohd Shariman Bin Mat Sopari
Fotografi dan Suntingan Visual:
Mohd Zafrullah Hj Mohd Taib, Muhammad Zharif Bin Zailan Kamaruddin & Nur Yasmin Binti Yusman
Suntingan Teks dan Pembaca Pruf:
Hadayat Rahmah Hassan, Nurul Khairunnisa Khairudin , Nada Nasuha Binti Abdul Rahman
ISBN No. 978-967-18324-4-8
eISBN No. 978-967-25663-5-9
Penerbit
Hab Media Kreatif & Teknologi, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam Selangor
Hak Cipta Terpelihara
Kandungan buku ini adalah berdasarkan pandangan para penulis dan pengkaji semata-mata.Tiada bahagian dalam buku ini boleh diterbitkan semula
dalam sebarang bentuk atau dengan apa jua sama ada secara elektronik atau mekanikal, termasuk penyimpanan maklumat dan sistem perolehan,
tanpa mendapat persetujuan bertulis daripada penerbit, kecuali oleh pengulas yang dibenarkan untuk memetik sebahagian daripada petikan untuk
tujuan ulasan.
Melentur buluh biarlah dari Rebungnya ...
Mana ada Buluh tidak berbuku ...
Peribahasa Melayu berkaitan dengan BULUH
ISI KANDUNGAN
Prakata 1 Timbalan Naib Canselor UiTM v
2 Presiden Malaysia Bamboo Society (MBS) vi
3 Pengarah Kanan Jabatan Komunikasi UiTM vii
4 Pengarah Hab Media Kreatif & Teknologi (CMT HUB) viii
Kata-kata Penulis ix
Pengenalan Buluh 1
Apa itu Buluh? 3
Buluh sebagai Pembinaan 4
Buluh sebagai Perabot 5
Buluh sebagai Seni Kraftangan dan Peralatan 6
Pameran, Seminar dan Ekspo Buluh 8
Buluh Trail 11
Pusat Inkubator Buluh, Negeri Sembilan 14
Terengganu Timber Industry Trainning Center (TTITC) 24
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Jeli, Kelantan 28
Royal Belum & Jam Buluh Hulu Gerik, Perak 30
Maju Perak Go Green 32
Taiping Bamboo Resort 38
Teratak Ihsan & Rumah Loteng ‘Bamboo Jungle Adventures’ 44
Masjid Buluh Kuala Kangsar, Perak 55
Sahom Valley Resort Agro & Eco Park, Gopeng 61
Tadom Hill Resort, Banting 64
Bamboo Installation Central Market, KL 68
Playhouse, Lake Garden KL 69
Bamboo Village, Ulu Langat Selangor 71
Persatuan Buluh Malaysia - Malaysia Bamboo Society (MBS) 75
Berita semasa berkaitan buluh 77
Biodata Penulis
Rujukan
Sekapur Sirih
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Hab Media Kreatif & Teknologi (CMT Hub)
UiTM kerana berjaya menerbitkan sebuah lagi buku mengenai buluh berjudul “Travelog Buluh Bamboo di Malaysia”
pada tahun 2021 ini. Seterusnya, sekalung penghargaan juga kepada Jabatan Komunikasi UiTM dan semua warga
kerja CMT Hub yang telah bertungkus lumus bagi menjayakan buku ini walaupun berada dalam keadaan pandemik
ini.
Ucapan tahniah juga kepada penulis buku buluh ini iaitu Prof. Madya IDr. Dr Mohd. Zafrullah Hj. Mohd Taib atas
kejayaan beliau dalam menyiapkan buku ini meskipun menghadapi pelbagai cabaran. Penulis juga menyatakan bahawa
maklumat-maklumat ini dikumpul sejak tahun 2018, akhirnya berjaya diterbitkan sebagai buku untuk menceritakan
mengenai kegunaan dan kepelbagaian buluh dan banyak lagi keistimewaan yang diceritakan dalam buku ini. Buluh
merupakan topik yang menarik kerana ia adalah perkara yang tidak diketahui oleh orang ramai tentang kegunaan
buluh dan keistimewaan yang ada pada tumbuhan ini.
Tambahan pula, buku ini menarik untuk dibaca kerana ia banyak memberitahu tentang kebaikan buluh dan apa yang
boleh digunakan pada masa hadapan. Selain itu, penerbitan buku ini juga merupakan salah satu inisiatif matlamat
Pembangunan Lestari atau Sustainable Development Goals (SDG) untuk menaikkan taraf Universiti Teknologi MARA
(UiTM) dan ianya dapat menyumbang kepada ketampakan UiTM di persada antarabangsa.
Kejayaan menerbitkan buku “Travelog Buluh Bamboo di Malaysia” ini menunjukkan keterampilan CMT Hub sebagai
tonjak utama dalam merealisasikan dan melonjakkan lagi nama UiTM bukan sahaja melalui pameran, tetapi dari
sudut penghasilan buku yang berbentuk informasi ini. Saya berharap agar CMTHub akan terus menghasilkan buku-
buku yang berkualiti, menarik dan mampu menambahkan ilmu terhadap masyarakat di dalam dan diluar UiTM.
Akhir kata, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada CMT Hub.
Sekian, terima kasih.
PROFESOR DR MOHD NAZIP SURATMAN
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Teknologi MARA
8
Seulas Pinang
Persatuan Buluh Malaysia @ Malaysian Bamboo Society (MBS) adalah sebuah persatuan NGO yang diikhtiraf secara
global dan mempunyai peranan untuk menggalakkan, meningkatkan dan berkongsi pengetahuan dan kepakaran
profesional tentang BULUH.
Alhamdullillah, dengan terbitnya buku “Travelog Buluh Bamboo di Malaysia” ini, sudah tentu ia mendokong visi
dan misi MBS untuk mempertingkatkan keilmuan berkaitan buluh menerusi penulisan sebuah travelog. Cukup unik
lagi santai, buku ini merakamkan program-program kerjasama pelbagai pihak dengan penggiat buluh ke arah
pembangunan industri buluh negara.
Syabas dan sekalung penghargaan diucapkan kepada Prof Madya IDr. Dr Mohd Zafrullah Hj. Mohd Taib yang
menerajui sekumpulan penulis dari UiTM untuk menghasilkan buku ilmiah ini. Semoga catatan perjalanan dalam
mengenalpasti status buluh di Malaysia sedikit sebanyak dapat membuka mata dan minda pelbagai lapisan rakyat
termasuklah penggubal akta agar dapat sama membantu industri buluh dalam peningkatan ekonomi negara.
Ayuh bersama kita lonjakkan paradigma tentang buluh, sebagai komoditi Malaysia kelak.
Salam hormat,
DATO’ DR HJH. MARZALINA HJ. MANSOR
Presiden
Malaysian Bamboo Society (MBS)
(Mantan Timbalan Ketua Pengarah FRIM)
9
Selayang Pandang
Tahun 2020 merupakan tahun yang mencabar bukan sahaja kepada Hab Media Kreatif & Teknologi (CMT Hub) tetapi
juga untuk kita semua akibat daripada pandemik Covid-19 yang melanda dunia secara keseluruhannya. Sungguhpun
begitu, saya amat berbangga kerana segala cabaran ini tidak mengekang CMT Hub untuk terus berfungsi dan
berkarya. Penerbitan buku “Travelog Buluh Bamboo di Malaysia” ini menampilkan keunikan dan kepelbagaian buluh
serta melonjakkan ketampakan CMTHub dan juga UiTM.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pengarah CMTHub UiTM, Prof. Madya Ts. Dr. Azhar Hj Abd Jamil atas
sokongan dan galakan yang diberikan kepada CMTHub dalam menjayakan penghasilan buku “Travelog Buluh Bamboo
di Malaysia” ini. Pada tahun ini, pelbagai dugaan yang melanda dunia dan perkara ini sedikit sebanyak mengganggu
perancangan CMTHub pada tahun 2020 ini. Walau bagaimanapun, di setiap kegelapan, pasti ada sinarnya. Itulah
yang dapat digambarkan dengan penghasilan buku “Travelog Buluh Bamboo di Malaysia” ini.
Sekalung penghargaan juga buat penulis buku ini, iaitu Prof. Madya IDr. Dr Mohd Zafrullah Hj. Mohd Taib kerana
bertungkus-lumus mendapatkan bermacam maklumat mengenai buluh, kepelbagaian kegunaan buluh dan banyak
lagi. Buku “Travelog Buluh Bamboo di Malaysia” ini mampu membuka mata masyarakat dan melihat buluh sebagai
pengganti bahan bagi sektor pembinaan dan juga perabot serta membuka industri yang baru negara ini.
Saya juga ingin mengucapkan sekali lagi tahniah buat pihak CMTHub di atas kejayaan penghasilan buku “Travelog
Buluh Bamboo di Malaysia” dan saya berharap agar kejayaan ini akan berterusan hingga ke masa hadapan.
Insya’Allah.
Sekian.
ENCIK ZULKIPLI ABU BAKAR
Pengarah Kanan Jabatan Komunikasi
Universiti Teknologi MARA
10
Prakata
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana
dengan limpah kurnianya, buat kali kedua buku mengenai buluh telah berjaya dihasilkan oleh Hab Media Kreatif &
Teknologi UiTM (CMT Hub) dan juga berjaya diterbitkan pada tahun 2020.
Saya percaya bahawa penghasilan buku “Travelog Buluh Bamboo di Malaysia” ini bukan sahaja penting,
malahan juga mengetengahkan hasil kreatif dan cara yang telah dihasilkan serta dapat meningkatkan profil CMT Hub
di kalangan warga universiti serta pihak industri.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Prof. Madya IDr. Dr Mohd Zafrullah Hj. Mohd Taib selaku
penulis buku “Travelog Buluh Bamboo” kerana berjaya mengumpul, menyusun maklumat-maklumat mengenai buluh
sehingga terhasillah sebuah buku yang berjudul “Travelog Buluh Bamboo di Malaysia”. Saya juga ingin mengucapkan
tahniah kepada semua kakitangan CMT Hub dalam menjayakan usaha untuk menghasilkan buku “Travelog Buluh
Bamboo di Malaysia” ini. Kandungan tentang “Buluh Trail di Malaysia” pada buku ini banyak memberi informasi
baharu mengenai buluh, syarikat-syarikat yang menghasilkan produk menggunakan buluh, rumah-rumah peranginan
atau percutian yang dibina menggunakan buluh dan macam-macam lagi. Informasi ini telah memberikan saya
persepsi baharu mengenai buluh dan juga kepelbagaian kegunaan buluh yang boleh dikongsikan bersama dalam
mengembangkan usaha untuk menjadikan ia satu keunikan dan secara tidak langsung memberikan identiti kepada
negara kita.
Akhir kata, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah sekali lagi kepada penulis dan juga pasukan CMT Hub kerana
berjaya menghasilkan buku “Travelog Buluh Bamboo di Malaysia” ini dan berharap agar perkongsian maklumat
tentang buluh ini dapat memberikan kejayaan kepada negara. Insya’Allah, Amin.
Sekian, terima kasih
PROF. MADYA Ts. DR AZHAR HJ. ABD JAMIL
Pengarah
Hab Media Kreatif & Teknologi (CMT Hub)
Universiti Teknologi MARA
11
Kata Penulis
Bismillahirrahmanirrahim ... & Alhamdulillah kepada hadrat Ilahi dengan kudrat dan iradatNya,
Melimpahi Rahmat dan NikmatNya pada kita semua.
Pengalaman memberikan kita ilmu jika kita mengambilnya! Sebagaimana firman Allah, dalam surah Taha
menjadikan ia sebagai “tanda-tanda nikmat Allah pada semua umat manusia untuk umat yang berfikir ...”
SubhanaAllah, buku ini adalah perkongsian penceritaan pengalaman bersama rakan-rakan pencinta buluh meliputi
Semenanjung Malaysia. Konsep yang santai dan bersahaja memberikan ianya satu pendekatan terbaik pada masyarakat
untuk menyebarkan maklumat jika digunakan secara betul, pasti akan memberikan manfaat yang tidak terhingga.
Pertumbuhan buluh merupakan salah satu hidupan yang senang dijaga dan boleh tumbuh dengan mudah di mana-
mana sahaja. Mengikut kajian, jika rumput boleh hidup maka buluh yang juga merupakan ‘keluarga dari jenis
rumput’ pasti juga boleh hidup. Terdapat pelbagai jenis buluh di serata dunia dimana ianya merupakan tanaman yang
pertumbuhannya sangat cepat yang boleh mencapai sehingga 70cm panjang sehari!
Dengan ciri-cirinya yang unik, tumbuhan ini juga dikenali sebagai ‘pokok seribu guna’. Kajian melalui beberapa
jurnal mendapati pokok buluh dapat memberikan oksigen kepada manusia berlipat kali ganda jika dibandingkan
dengan pepohon yang lain. Keunikannya bukan sahaja dapat digunakan untuk sektor pembinaan malahan juga
sebagai makanan, perubatan dan lain-lain lagi. Tanaman ini juga digelar sebagai ‘Green Gold’. Tanaman Buluh
telah dikategorikan sebagai bahan yang yang lestari dan ini menyokong Inisiatif Matlamat Pembangunan Lestari
(SDG) oleh UNESCO.
Jika dirujuk kepada sejarah, sememangnya buluh tidak begitu di pandang sebagai tanaman yang tinggi statusnya
ataupun ‘high class’. Persepsi masyarakat hanya memandang ianya sebagai bahan untuk pembinaan yang digunakan
sebagai bahan alatan pembinaan rumah untuk rumah bagi golongan rendah. Hal ini mungkin kerana tumbuhan ini
senang didapati di hutan sekaligus mengambarkan bahawa ianya tidak penting dan sentiasa tidak diendahkan. Tetapi
sebenarnya semua sangkaan ini meleset kerana mengikut kajian yang dibuat oleh seorang saintis di Indonesia, buluh
merupakan satu bahan yang sangat kuat dimana ianya dapat mengatasi kekuatan besi. Dan jika dilihat dari pameran
Expo Dunia pada sekitar lima ke sepuluh tahun lepas seperti di Shanghai World Expo 2010 dan Milan Expo, kita dapat
12
melihat bagaimana buluh digunakan sebagai bahan binaan untuk bangunan-bangunan expo yang gah seiring dengan
penggunaaan teknologi-teknologi terkini.
Malaysia merupakan negara yang mempunyai tanah dan cuaca yang sangat baik buat pertumbuhan buluh, jadi dengan
kurniaan ini kita sewajarnya perlu memanfaatkan peluang ini.
Travelog ini mendedahkan beberapa inisiatif yang telah diambil oleh kerajaan dan beberapa projek yang berkait rapat
dengan buluh. Penggunaannya dari kraftangan ke perabot dan pembinaan menjadikan ianya satu titik tolak yang
bukan hanya dapat menggerakkan ekonomi bahkan dapat menjadi suatu agenda nasional. Agenda ini perlu meliputi
sokongan daripada semua pihak termasuklah di segenap masyarakat dan individu untuk menggerakkan beberapa
industri yang berkaitan dengan buluh seperti industri pelancongan, industri perabot, sektor tanaman komersil bagi
produk berasaskan buluh, kraf, tesktil dan fesyen, makanan dan lain-lain seperti yang digambarkan dalam cadangan
‘Eko Sistem Buluh’ pada halaman terakhir buku ini.
Besarlah harapan agar pembaca dapat memanfaatkan buku ini sebagai pendedahan terbaik demi meningkatkan
inovasi teknologi buluh untuk kesinambungan ciptaan demi merancakkan lagi industri buluh di masa hadapan.
zaff taib
13
PENGENALAN
14
Alam semulajadi adalah yang tercipta
oleh Maha Pencipta ....
memberikan ketenangan dan buluh
pemberian terbaik buat manusia ...
Surah Taha, ayat 53-54,
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“(Dialah Tuhan) yang menjadikan bumi bagi
kamu sebagai hamparan, dan Ia mengadakan bagi kamu
padanya jalan-jalan lalu-lalang dan ...
Ia juga menurunkan hujan dari langit.
Maka Kami keluarkan dengannya berjenis-jenis tanaman
dan buah-buahan yang berlainan keadaannya.
Makanlah kamu daripadanya dan
berilah makan binatang-binatang ternak kamu,
sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda
yang membuktikan kemurahan Allah
bagi orang-orang yang berakal fikiran.”
15
Apa Itu Buluh?
Buluh atau ‘bamboo’ dalam bahasa Inggeris merupakan tumbuhan yang diberi julukan nama “pokok seribu guna”. Menurut Kohl (2015),
paling versatil dan antara tumbuhan yang cepat membesar di muka terdapat lebih 1,000 penggunaan buluh sebagai sumber makanan,
bumi ini, telah menjadi salah satu bahan yang penting dalam kehidupan bahan mentah yang boleh diperbaharui, dan sumber tenaga yang boleh
seharian masyarakat sejak bertahun lama terutama sekali untuk mereka dijana semula.
yang menetap di negara-negara tropika seperti di Malaysia. Buluh
merupakan satu kumpulan yang unik daripada tumbuh-tumbuhan malar Buluh ini boleh digunakan sebagai pembangunan, alat memasak,
hijau dalam keluarga rumput iaitu Graminae. makanan, alat muzik, seni budaya dan banyak lagi. Tambahan pula,
peningkatan permintaan untuk kayu balak dalam industri pembinaan,
Menurut Mohd Tamizi, Hamdan, Abdul Latif dan Amir Saaiffudin buluh semakin dilihat sebagai satu alternatif terhadap kayu buluh.
(2019) menyatakan terdapat 14 genera buluh dalam 120 spesies di Asia Perkara ini dilihat sebagai langkah yang terbaik untuk mengawal
daripada 75 genera dan lebih 1300 jenis buluh di serata dunia. Buluh eksploitasi berlebihan terhadap hutan simpan disebabkan permintaan
boleh membesar dalam anggaran 7.5 cm hingga 70 cm dalam masa satu bahan daripada kayu.
hari. Buluh ini dikenali dengan penggunaan yang pelbagai sehingga
Sektor pelancongan & tempat lawatan
16
Buluh Sebagai Pembinaan
Ini merupakan contoh-contoh bangunan atau pembinaan yang dibuat
menggunakan buluh di Chiang Mai, Thailand dan Pulau Bali,
Indonesia. Bangunan buluh pada gambar memberikan keindahan
dimana jelas dapat dilihat bahawa buluh mampu dijadikan sebagai
alternatif kepada kayu balak untuk membuat bangunan. Rekaan yang
cantik dan saiz yang besar juga mampu dilakukan. Gambar kanan
bawah, adalah salah sebuah rumah peranginan (resort) di Bali di mana
ianya juga diperbuat daripada buluh.
Rumah Rehat di Bali
Binaan buluh di Chiang Mai, Thailand Binaan sebuah resort di Bali
17
Buluh Sebagai Perabut
Meja “Coffee Table” Rak serba guna
Kerusi malas Perabot-perabot ini diperbuat daripada buluh yang juga dihasilkan
di Malaysia. Ini menunjukkan kepelbagaian atau variasi perabot yang
18 boleh dilakukan dengan menggunakan buluh. Selain itu, perabot-
perabot yang dihasilkan juga berkualiti tinggi dan sangat moden.
Buluh Sebagai Seni Kraftangan Dan Peralatan
Peralatan bekas ikan Peralatan rangka basikal dari Buluh
Bekas-bekas buluh Peralatan bekas ikan Peralatan muzik Angklung
19
Sompoton Sushi roll mat
Gambar-gambar yang ditunjukkan adalah contoh-contoh kraftangan dan peralatan yang
diperbuat daripada buluh. Daripada alat muzik seperti “Anklung dan Sompoton”, peralatan
memasak seperti “Sushi roll mat” untuk membuat sushi, alat memancing hinggalah ke basikal,
semuanya diperbuat daripada buluh. Ini juga bukti yang menunjukkan kegunaan yang pelbagai
bagi tumbuhan yang bernama buluh ini. Keunikan penggunaan buluh perlu ditonjolkan kerana
banyak kelebihan yang dapat diberikan kepada industri kraftangan dan peralatan ini.
Rumah burung
20
Pameran, Seminar Dan Ekspo Buluh
Bahagian ini menunjukkan antara pameran dan ekspo mengenai buluh
yang dijalankan di negara Malaysia ini. Pameran atau ekspo yang
diadakan ini adalah untuk memberi pendedahan tentang buluh,
kepelbagaian buluh dan juga kegunaan buluh kepada orang ramai dan
juga industri. Pendedahan yang dilakukan ini dipercayai dapat
membuka mata masyarakat tentang tumbuhan buluh ini.
21
Contoh-contoh pameran atau bengkel buluh yang diadakan di Malaysia
22
Bengkel buluh kebanyakannya yang diadakan di Malaysia diterajui oleh
NGO seperti Bamboo Jungle Adventures, Malaysian Bamboo Society (MBS) dengan kolaborasi oleh FRIM dan MTIB
23
Buluh Trail Malaysia
24
Secebis keindahan dan ketenteraman daripada tumbuhan yang bernama buluh.
Terdapat beberapa tempat pelancongan seperti Potuo Village, Kulai Johor.
Gambar Taman Buluh di Indonesia.
25
Buluh Trail Malaysia
Program ‘Bamboo Trail’ ini dianjurkan oleh MTIB (Malaysia Timber Board) disokong oleh Malaysia Bamboo Society (MBS) dengan kerjasama
Bamboo Jungle Adventure yang menganjurkan lawatan ini. Ini adalah program yang julung kalinya dibuat untuk pencinta-pencinta alam sem-
ulajadi terutamanya tumbuhan yang sangat istimewa ini iaitu buluh. Program ini berjalan pada 5 - 9 Februari 2018, bermula dari Ibu pejabat
MTIB di Cheras direncanakan meliputi hampir seluruh lokasi berkaitan buluh di seluruh Semenanjung Malaysia. Tempat kunjungan yang per-
tama dilawati adalah ke Pusat Inkubator Simpang Pertang, Negeri Sembilan. Rombongan ini terdiri dari pelbagai latar belakang individu yang
berkongsi minat yang sama seramai lebih kurang 25 orang peserta
26
Hari 1 – 05/02/2018
Pusat Inkubator Kraf Buluh
Penulis dan rombongan bertolak jam 10 pagi dari Bangunan MTIB, Berada di kawasan Simpang Pertang, sempadan Pahang - Negeri
Cheras menaiki van khas menuju ke Simpang Pertang melalui Jalan Sembilan. Keluasan kawasan ini hampir 2 ekar dan mempunyai
Kuala Pilah, Negeri Sembilan beberapa buah bangunan terbahagi kepada pusat pameran, bengkel
rawatan asas dan pemotongan buluh, bengkel pembuatan perabot dan
kraf serta bangunan pejabat
27
Buluh Trail Malaysia
Kami diberi taklimat ringkas oleh pegawai Pusat Inkubator Kraf Buluh
tentang objektif dan aktiviti disini. Merupakan satu-satunya Pusat
Inkubator Kraf Buluh di negara ini
28
Hari 1 – 05/02/2018
Pusat Inkubator Kraf Buluh
Kaedah pemotongan belahan buluh secara mesin telah digunapakai
selain secara tradisional
29
Buluh Trail Malaysia
Buluh yang telah dirawat dan ditegakkan
dengan standard batang-batang buluh bersaiz
8 kaki panjang dan 2 inci minima diameter
Pandangan bengkel pemotongan buluh
30
Hari 1 – 05/02/2018
Pusat Inkubator Kraf Buluh
Tempat takungan rendaman buluh untuk rawatan pemuliharaan dari Plat pisau belahan mempunyai beberapa saiz mengikut kehendak
ancaman serangga dan anai-anai pengunaan dan rekaan. Demonstrasi cara-cara penggunaan mesin
oleh pegawai pelatih kepada kami.
31
Buluh Trail Malaysia
Para pelatih sedang sibuk menyiapkan ikatan rotan pada kerusi-kerusi buluh yang direka bentuk di bengkel perabot
Pegawai pelatih memberikan
tunjuk ajar akan ilmu
pertukangan yang berharga
kepada pelatih
32
Hari 1 – 05/02/2018
Pusat Inkubator Kraf Buluh
Kerusi tetamu dan kerusi ‘Malas’ rotan serta
kerusi belahan buluh
33
Buluh Trail Malaysia
Kerusi-kerusi buluh ruang tetamu yang dipamerkan di bilik pameran Pusat Kraf
Reka bentuk kerusi ‘dining’ buluh
34
Hari 1 – 05/02/2018
Pusat Inkubator Kraf Buluh
Penulis di papan tanda Pusat Inkubator Kraf Buluh, Simpang
Pertang, Negeri Sembilan sebagai tanda kenangan
35
Buluh Trail Malaysia
Sambutan dari Dato Pengarah dan pegawai dengan memberikan taklimat ringkas tentang latihan yang diadakan semasa tiba
di perkarangan Terengganu Timber Industry Training Centre
36
Hari 2 – 06/02/2018
Terengganu Timber Industry Training Centre (Ttitc)
Penerangan dari pegawai TTITC, aktiviti yang terbabit dengan kerja-kerja kayu dan buluh.
Salah satu model pondok yang digunapakai oleh Majlis Perbandaran Kuala Terengganu
37
Buluh Trail Malaysia
Pelatih sedang meneliti ukuran jarak kayu pada perabot yang diperkemaskan
Hasil seni yang perlu dipertahankan generasi muda iaitu seni ukiran
38
Hari 2 – 06/02/2018
Terengganu Timber Industry Training Centre (Ttitc)
Kegiatan perabot buluh perlu dikembangkan
kepada generasi muda agar kemahirannya
tidak terkubur dan terhakis dari budaya
masyarakat
Pertukangan membina rumah tradisional didedahkan di TTITC
39
Buluh Trail Malaysia
Bergambar kenangan bersama pegawai Terengganu Timber Industry Training Centre
40
Hari 2 – 06/02/2018
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Jeli, Kelantan
Perjalanan diteruskan ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Jeli,
Kelantan. Taklimat penanaman pohon buluh dan pengunaan bahan reka
bentuk dalaman oleh Pusat Rujukan UMK
41
Buluh Trail Malaysia
Peserta rombongan dari Sarawak, Kedah dan Kuala Lumpur Dalam perjalanan merentasi laluan Timur-Barat Semenanjung
bergambar di tangga Pusat Rujukan UMK di antara sempadan negara Malaysia dengan Thailand
42
Hari 2 – 06/02/2018
Hentian Royal Belum, Perak Darul Ridzuan
Berhenti sebentar melepaskan lelah di Hentian Royal Belum the Oldest Rainforest (130 juta
tahun) Amanjaya, Taman Negara Negeri Perak
43
Buluh Trail Malaysia
Menara Jam Pengkalan Hulu Gerik
yang diperbuat dari buluh menjadi
salah satu mercu tanda Negeri Perak
Merakam kenangan di ‘1st Bamboo Clock
Tower in the world’
44
Hari 3 – 07/02/2018
Maju Perak Go Green Sdn. Bhd
Lawatan ke Maju Perak Go Green Sdn. Bhd Taklimat oleh wakil Maju Perak Go Green Sdn. Bhd menerangkan
fokus dan objektif syarikat yang mementingkan penggunaan buluh
sebagai bahan ‘Sustainable & Go Green’
45
Buluh Trail Malaysia
Bahan-bahan asas buluh dikumpulkan untuk dijadikan perincian produk syarikat
Perincian buluh dibahagikan mengikut pecahan produk
46
Hari 3 – 07/02/2018
Maju Perak Go Green Sdn. Bhd
Mesin menghaluskan pecahan buluh, diraut dan dipotong untuk
produk-produk yang berukuran halus dan tirus
Standard ukuran belahan buluh mengikut spesifikasi produk perlu
dipastikan sebelum belahan dibuat
47
Buluh Trail Malaysia
Susunan pecahan yang diraut dan dihalusi dari pecahan kecil untuk spesifikasi produk berlainan kegunaan
48
Hari 3 – 07/02/2018
Maju Perak Go Green Sdn. Bhd
Rebusan buluh adalah untuk memastikan ketahanan dan rawatan Produk akhir seperti pencucuk sate, chopstik, pencungkil gigi dan lain-
serangan bubuk pada produk lain produk telah siap dibungkus untuk pemasaran
49
Buluh Trail Malaysia
Melalui jambatan besi dan menyeberangi sungai dalam detik-detik Singgah di Tapak Warisan Burmese Pool, Taiping
suasana perjalanan ke Taiping Bamboo Resort, Taiping
50