The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by skymangrace, 2022-04-03 22:17:55

FULL article eSAHConfEd'21 - Vol. 1

FULL article eSAHConfEd'21 - Vol. 1

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

E- PROSIDING Eseminar Penyelidikan Pendidikan dan Inovasi Peringkat
Kebangsaan 2021
IPG Kampus Sultan Abdul Halim,
Sungai Petani, Kedah

Cetakan Pertama 2022

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian,
ilustrasi, isi kandungan dan istilah dalam dokumen ini dalam apa jua bentuk dan
dengan apa cara sekali pun sama secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau
cara lain sebelum mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah Institut Pendidikan
Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

Perpustakaan Negara Malaysia
Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Malaysia.
Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi IPG Kampus Sultan Abdul Halim,
08000 Sungai Petani.
ISBN 978-967-2703-04-4

Cetakan Pertama 2022

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

SIDANG EDITOR

Penasihat : Dr. Hj. Ridzuan bin Ahmad
Pengarah,
Ketua Editor IPGK Sultan Abdul Halim
Editor
Editor Bahasa : Dr. Aris Fazil bin Haji Ujang
Penyelaras Timbalan Pengarah,
IPG Kampus Sultan Abdul Halim

: Dr. Rohani binti Che Hashim
Ketua Jabatan Penyelidikan dan Inovasi
Profesionalisme Keguruan
IPG Kampus Sultan Abdul Halim

: Dr. Satirah binti Haji Ahmad

: Dr. Rohani binti Che Hashim
Dr. Ahmad Sharani bin Abdul Seliban
Dr. Azman bin Fadzil
Pn Azah binti Zubit
Pn Faridah binti Abdul Rahman

: Datin Dr. Hjh Wan Roslina binti Wan Ismail
Dr. Artiletchemy Suberamaniam
En Ti Hoeng Poy

: Dr. Ahmad Sharani bin Abdul Seliban

Hakcipta Terpelihara – tidak dibenarkan untuk mengeluarkan mana-
mana bahagian dalam Jurnal ini dalam apa-apa jua bentuk atau cara
tanpa mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah IPG Kampus
Sultan Abdul Halim, Sungai. Petani, Kedah Darulaman.

© IPG Kampus Sultan Abdul Halim

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

KATA ALU-ALUAN
PENGARAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulilah, dengan izin Allah SWT Seminar Penyelidikan Pendidikan dan Inovasi
Peringkat Kebangsaan (eSAHConfEd’21) Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul
Halim dapat dilaksanakan. Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada
Jawatankuasa Seminar IPGKSAH 2021 atas usaha gigih bagi menjayakan seminar ini.

Objektif yang digariskan dalam seminar antaranya adalah bagi membina jaringan sokongan
dan kolaboratif pendidikan antara IPGM, IPGK, Jabatan Pendidikan Negeri dan institusi
pengajian tinggi untuk menyemarakkan amalan penyelidikan dan perkongsian amalan terbaik
pengajaran. Hasrat ini dapat dikenal pasti tercapai daripada bilangan kertas penyelidikan dan
inovasi yang dibentangkan dalam eSAHConfED’21 berjaya mencapai sasaran. Justeru keadaan
ini menjadi pemangkin untuk penglibatan yang lebih serius di peringkat yang lebih tinggi pada
pada masa akan datang.

Walaubagaimana pun, isu pandemik Covid 19 yang membataskan pergerakan secara
bersemuka tidak menjadi penghalang kepada kami untuk merealisasikan seminar ini secara
dalam talian sepenuhnya. Usaha yang baik dan murni ini akan diteruskan pada masa akan
datang dengan jaringan kolaborasi dengan institusi pendidikan dari luar negara pula. Insya
Allah, semoga hasrat ini mendapat keizinan daripada Allah swt.

Tema seminar yang dipilih, “Transformasi Pendidikan Bermakna dalam Norma Baharu”
amat tepat bagi menyuburkan perkongsian strategi pedagogi yang berteraskan Konsep
Kapasiti Padagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) kearah menjadikan kehidupan lebih
bermakna.

Tahniah diucapkan kepada para penyelidik yang berjaya menemukan kajian-kajian terkini yang
dapat dikongsi bersama dengan rakan-rakan dalam dunia pendidikan. Sememangnya dalam
sesebuah institusi pendidikan, penyelidikan merupakan faktor terpenting dalam menjadikan
institusi sebagai satu badan yang dinamik, progresif dan inovatif.

Sekali lagi, syabas saya ucapkan kepada Jawatankuasa Pelaksana eSAHConfED21 kerana
telah berjaya menganjurkan eseminar pada tahun ini. Harapan kita semoga dapatan seminar
ini dapat dikongsi dan ditambah nilai demi kemajuan pendidikan di negara kita.
Terima kasih.

Pengarah
Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Abdul Halim

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Isi Kandungan

-1- KEBERKESANAN PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR)................... 1

-2- PENGAJARAN BERDASARKAN KONSEP KARTUN BAGI
MEMBETULKAN MISKONSEPSI MURID-MURID TAHUN 3
DALAM TAJUK AHLI SISTEM SURIA.................................................... 16

-3- MENEROKA PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) DALAM KALANGAN
GURU-GURU PRASEKOLAH PROGRAM INTERVENSI
TAMBAH OPSYEN (PITO) ........................................................................ 25

-4- KAPASITI PEDAGOGI PEMBELAJARAN BERMAKNA (KPPB):
TAHAP KEFAHAMAN PENSYARAH IPG KAMPUS
DARULAMAN............................................................................................. 35

-5- PELAKSANAAN PENDIDIKAN MORAL MELALUI BEBERAPA
PENDEKATAN PENGAJARAN SEMASA PANDEMIK COVID-
19................................................................................................................... 51

-6- HUBUNGAN ANTARA AMALAN ORGANISASI
PEMBELAJARAN DENGAN KEPIMPINAN GURU DI SEKOLAH
PEDALAMAN DAERAH BATANG PADANG, PERAK.......................... 69

-7- PENERIMAAN GOOGLE CLASSROOM DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH
RENDAH DI LAWAS, SARAWAK........................................................... 83

-8- PELAKSANAAN AKTIVITI PEMBELAJARAN KOPERATIF
PEMBELAJARAN ABAD KE 21 BAGI MATA PELAJARAN
PENDIDIKAN SENI VISUAL SEPANJANG PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) ..................................................... 95

-9- GOOGLE CLASSROOM SEBAGAI SISTEM PENGURUSAN
DALAM TALIAN (LMS) UNTUK PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU
SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWAL PERGERAKAN
(PKP)........................................................................................................... 104

-10- KEYAKINAN GURU-GURU NOVIS NEGERI JOHOR DARUL
TAKZIM MELAKSANAKAN PENGAJARAN DALAM TALIAN ........ 113

i

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

-1-
KEBERKESANAN PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR)

Siva Rabindarang
Zulinah Jemon

Kolej Vokasional Slim River

[email protected]

ABSTRAK

Pendidikan sedang melalui paradigma baharu seiring dengan situasi semasa
disebabkan pandemik Covid-19. Amalan pendidikan telah terganggu disebabkan
pandemik Covid-19 dan memerlukan rangkaan semula dalam pelaksanaannya. Oleh
itu, pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) telah menjadi amalan terkini
dalam pelaksanaan pendidikan. Hal ini selaras dengan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013-2025) iaitu setiap murid mendapat akses pendidikan dan
mengikuti pendidikan walaupun dari rumah. Pengajaran dan pembelajaran di rumah
ini memerlukan pendekatan berbeza dengan penggunaan multimedia iaitu teks, audio
dan visual. Tujuan kajian ini dilaksanakan untuk menentukan keberkesanan
penggunaan multimedia iaitu teks, audio serta visual terhadap pelajar vokasional
dalam pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Reka bentuk kajian ini
berbentuk kualitatif iaitu temu bual separa berstruktur. Kesahan soalan temu bual
telah disahkan oleh pakar rujuk. Manakala, kebolehpercayaan dengan kajian rintis
terhadap pelajar vokasional untuk menentukan ketekalan soalan temu bual. Seramai
6 orang pelajar vokasional dipilih menjadi responden kajian ini. Responden kajian
dipilih menggunakan teknik persampelan bertujuan, iaitu pelajar dalam bidang
vokasional. Data kajian dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Data
temu bual dikumpul dan dianalisis dengan melaksanakan transkripsi temu bual secara
verbatim, dikod dan dikategorikan mengikut tema. Dapatan kajian menunjukkan
pengajaran dan pembelajaran di rumah diamalkan mengikut garis panduan yang telah
ditetapkan. Pelajar vokasional dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran di
rumah dengan penggunaan multimedia iaitu teks, audio serta visual. Justeru,
penggunaan multimedia adalah berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran di
rumah terhadap pelajar vokasional. Kajian ini dapat menyumbang kepada
kepentingan serta kesesuaian penggunaan multimedia dalam pengajaran dan
pembelajaran di rumah.

Kata kunci: Pendidikan, Vokasional, Pandemik, multimedia, PdPR

1

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

PENGENALAN

Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) telah menjadi satu kaedah pendidikan
yang perlu dilaksanakan disebabkan pandemik Covid-19. Kaedah ini dilaksanakan
bagi menjamin kelangsungan pendidikan dan selaras dengan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013-2025) iaitu setiap murid mendapat akses pendidikan dan
mengikuti pendidikan walaupun dari rumah (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2020b). Pandemik Covid-19 telah menyebabkan pelbagai implikasi dan mengubah
keadaan semasa khususnya pendidikan di dalam negara kita (Irma, Ugartini & Intan,
2021). Justeru, pengajaran dan pembelajaran di rumah perlu dilaksanakan secara atas
talian serta tidak sesuai dilaksanakan secara bersemuka (Irma, Ugartini & Intan, 2021;
Martha, Junus, Santoso & Suhartanto, 2021; Ghavifekr & Yulin, 2021). Pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran di rumah adalah merujuk kepada arahan dan keadaan
semasa yang disebabkan oleh pandemik Covid-19 (Majlis Keselamatan Negara,
2021; Kementerian Pendidikan Malaysia, 2021a).

Pelbagai pendekatan telah dilaksanakan agar pengajaran dan pembelajaran di rumah
dapat dilaksanakan secara terancang, tersusun serta seragam (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2020a; Kementerian Pendidikan Malaysia, 2020b;
International Labour Organization, 2020; Commonwealth of Learning, 2020;
UNESCO, 2020). Jadual 1 menunjukkan beberapa inisiatif yang telah dilaksanakan
sama ada dalam mahupun luar negara bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Bil Agensi Jadual 1: Inisiatif Pengajaran dan Pembelajaran
Majlis
Inisiatif & Pendekatan
1. Keselamatan
Negara i. KPM-PKP-SOP-Pendidikan

Kementerian i. Peraturan 16 P.U. (A) 243/2021
2. Pendidikan ii. Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian

Malaysia Sekolah dalamNorma Baharu Kementerian
Pendidikan Malaysia 2.0.
iii. Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian
Institut Pendidikan Guru dan Kolej Matrikulasi
dalam Norma Baharu Kementerian Pendidikan
Malaysia
iv. Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
v. Garis Panduan Pengajaran dan Pembelajaran
Norma Baharu SVM/ SKM dan DVM

2

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

International i. ILO-UNESCO Joint Survey on Technical and
3. Labour Vocational Education and Training (TVET) and
Skills Development during the time of COVID-19
Organization
i. Strategies for blended TVET in Response to
4. Commonwealth Covid-19
of Learning
i. Work-based learning and skills demonstrations
5. UNESCO during Covid-19 Promising Practice 2021

Pendekatan yang diambil adalah untuk memastikan pendidikan dapat dilaksanakan
secara berterusan dan tiada keciciran. Pendekatan ini adalah meliputi prosedur operasi
standard, panduan, strategi dan juga kajian penambahbaikan. Malah, pelbagai
pendekatan juga dilaksanakan dalam negara untuk memastikan kelangsungan
pendidikan. Pendekatan semasa yang dilaksanakan untuk memastikan pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran di rumah adalah seperti dalam jadual 2.

Jadual 2: Pendekatan PdPR

Bil Pendekatan PdPR Catatan

Penjajaran Kurikulum – Kandungan Asas,

1. Kurikulum Kandungan Tambahan dan Kandungan Pelengkap

(Peranan guru dan kemenjadian Murid)

2. TV Pendidikan Saluran Khusus TV Pendidikan – Didik TV dan
Tutor TV (Mengikut Silibus Mata Pelajaran)

Murid (Kaunseling & PRS), Guru (Kaunseling,

3. Sokongan Kursus & Latihan) dan Ibu bapa/Penjaga

(Komunikasi dan PIBG)

4. Lain-lain Komputer Riba dan Sambungan Data kepada
kumpulan sasar (murid B40)

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia, 2021c

Bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran di rumah terlaksana, penggunaan
multimedia iaitu teks, audio dan visual telah menjadi satu keperluan penting.
Penggunaan multimedia ini memerlukan pelbagai bahan sokongan serta bahan bantu
mengajar seperti peralatan, gajet, talian internet dan keperluan-keperluan lain.
Menurut Muhammad Zulazizi (2020) penggunaan multimedia adalah dalam pelbagai
pendekatan seperti aplikasi, gajet, pelantar pembelajaran digital, portal dan lain-lain
lagi. Malah, penggunaan multimedia juga telah membantu pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran agar lebih efektif serta interaktif (Umi Faizah, Sarwiji, Andayani
& Ani, 2020; Mohd Noohadi & Zurinah, 2017). Refleksi daripada guru dan pelajar
juga menunjukkan bahawa penggunaan multimedia meningkatkan pemahaman,
motivasi serta kualiti pengajaran (Nur Hazirah & Masayu Dzainudin, 2020; Faridah
& Afham, 2019). Oleh yang demikian, penggunaan multimedia telah menjadi satu
keperluan penting dalam pengajaran dan pembelajaran di rumah.

3

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

PENYATAAN MASALAH

Pengajaran dan pembelajaran di rumah adalah satu keperluan penting dengan situasi
semasa yang berlaku dalam negara yang disebabkan oleh pandemik Covid-19.
Kaedah pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran ialah secara pendidikan jarak jauh
dengan menggunakan pelbagai gajet, aplikasi dan bahan sokongan (Muhammad
Zulazizi, 2020). Walaupun pelbagai kaedah telah disarankan tetapi pelaksanaannya
adalah bergantung kepada kesesuaian, kebolehcapaian internet dan peralatan yang
ada. Kesediaan penggunaan kaedah yang sesuai juga memainkan peranan dalam
pengajaran dan pembelajaran di rumah. Menurut Siti Nurbaizura & Nurfaradilla
(2020) kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah hanya sebagai sokongan
kepada pembelajaran konvensional. Malah, pelbagai cabaran serta kesukaran berlaku
dalam pengajaran dan pembelajaran di rumah seperti komunikasi dua hala, sokongan,
pengetahuan serta kemahiran pelaksanaan kaedah pengajaran ini (Siti Nurbaizura &
Nurfaradilla, 2020). Oleh itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah ini perlu
dipelbagaikan serta disesuaikan dengan keperluan guru dan murid agar dapat
menggantikan pembelajaran secara bersemuka.

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di rumah adalah bergantung kepada
pelbagai aspek dalam penggunaan multimedia. Keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran di rumah memerlukan pemantapan secara berterusan disebabkan
perubahan daripada bersemuka kepada secara dalam talian (Siti Nurbaizura &
Nurfaradilla, 2020). Menurut mereka juga, masalah lain juga berlaku seperti
kesukaran interaksi, kerjasama dan kehadiran dalam kelas secara dalam talian. Di
samping itu, murid masih kabur dan kurang menguasai sesuatu aspek dalam dalam
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini dapat diatasi dengan penggunaan multimedia
yang mana pengajaran dan pembelajaran adalah lebih interaktif dan menyeronokkan
(Syamsulaini & Mashitoh, 2016).

Pengajaran dan pembelajaran di rumah memerlukan penerimaan dan adaptasi
daripada guru dengan murid. Situasi ini penting agar dapat wujudkan hubungan baik
antara kedua pihak untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran di rumah
berkesan serta lancar. Menurut Esteve-Faubel, Oller-Benitez & Aparicio-Flores
(2020) keperluan serta kebolehan murid dalam pengajaran secara dalam talian perlu
difahami agar pendidikan yang dilaksanakan mencapai objektif serta matlamatnya.
Justeru, penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran di rumah perlu
disesuaikan kebolehan dan penerimaan murid.

Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan refleksi pelajar vokasional terhadap
keberkesanan penggunaan multimedia iaitu teks, audio dan visual dalam pengajaran
dan pembelajaran di rumah. Kajian ini adalah berasaskan kepada pandangan pelajar

4

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

vokasional mengenai kaedah, kesan dan refleksi diri berkenaan pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran di rumah dengan penggunaan multimedia.

Berikut merupakan objektif kajian ini;

1. Mengenal pasti kaedah pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan multimedia iaitu teks, audio serta visual.

2. Mengetahui keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan
multimedia iaitu teks, audio serta visual.

3. Menyatakan refleksi pelajar vokasional terhadap pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran dengan menggunakan multimedia iaitu teks, audio serta visual.

Persoalan Kajian

Merujuk kepada objektif, berikut adalah persoalan kajian ini;

1. Apakah kaedah pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan
multimedia iaitu teks, audio serta visual?

2. Bagaimanakah pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan multimedia
iaitu teks, audio serta visual berkesan?

3. Apakah refleksi pelajar vokasional terhadap pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran dengan menggunakan multimedia iaitu teks, audio serta visual?

TINJAUAN LITERATUR

Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) merupakan alternatif kepada
pembelajaran dan pemudahcaraan disebabkan oleh pandemik Covid-19. Pandemik
ini telah membawa impak yang besar dan semua institusi pendidikan terpaksa ditutup
berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) (Irma, Ugartini & Intan, 2021).
Justeru, pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan sepenuhnya di rumah secara
pembelajaran jarak jauh (Irma, Ugartini & Intan, 2021; Martha, Junus, Santoso &
Suhartanto, 2021; Ghavifekr & Yulin, 2021; Siti, Suzana & Zulkurnain, 2021;
Muthuprasad; Aiswarya, Aditya & Girish; 2020). Pandemik ini telah memberikan
implikasi yang besar dalam sistem pendidikan secara global. Menurut
Commonwealth of Learning (2020) pengajaran dan pembelajaran perlu ubah suia dan
tidak lagi dilaksanakan secara konvensional. Commonwealth of Learning (2020)
mencadangkan perlu ada strategi pembelajaran teradun khususnya dalam pendidikan
TVET dan lain-lain secara amnya. Malah, UNECSO (2021) menyarankan agar
pendidikan berasaskan kerja dan demonstrasi kemahiran adalah salah satu cara
pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan.

Merujuk paradigma baharu dalam pengajaran dan pembelajaran di rumah,
pembelajaran dalam talian dan alam maya perlu diadaptasi. Kaedah ini adalah satu

5

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

keperluan agar dapat menjamin kelangsungan pendidikan dalam situasi semasa yang
disebabkan oleh pandemik ini (Irma, Ugartini & Intan, 2021; Siti, Suzana &
Zulkurnain, 2021). Namun begitu, adaptasi ini bukan sahaja peranan satu pihak tetapi
semua yang terlibat dalam pendidikan perlu berganding bahu serta menjayakannya.
Guru dan murid perlu menyesuaikan diri serta menguasai kemahiran multimedia
dalam pengajaran dan pembelajaran di rumah (Roslina, Nik, Hamdzun, 2020; Esteve,
Oller & Aparicio; 2020). Keadaan ini adalah untuk menjamin agar pendidikan dapat
dilaksanakan seperti yang telah dirancang.

Pelaksanaan pendidikan dalam paradigma baharu ini memerlukan pengetahuan dan
kemahiran dalam penggunaan multimedia. Penggunaan multimedia merupakan satu
keperluan dan kemestian dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah.
Justeru, kemahiran dan pengetahuan perlu dimantapkan dengan latihan atau kursus-
kursus sama ada secara dalaman atau luar (Esteve, Oller & Aparicio, 2020).
Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran meliputi pelbagai medium, peralatan dan
gajet yang bersesuaian. Medium pelaksanaan pendidikan ialah perisian, sistem
rangkaian dan sistem internet. Medium ini adalah keperluan penting bagi pelaksanaan
pendidikan dalam paradigma baharu ini (Mohd Noorhadi & Zurinah, 2017). Oleh itu,
pelaksanaan pendidikan dalam paradigma baharu ini perlu penyesuaian dengan
perisian, peralatan dan gajet yang sesuai.

Elemen-elemen multimedia iaitu teks, audio dan visual perlu disesuaikan, diasimilasi
dan diterapkan dalam pengajaran dan pengajaran di rumah. Menurut Syamsulaini &
Mashitoh (2016) penggunaan multimedia dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran,
menyeronokan dan sekaligus memberikan motivasi kepada pelajar. Malah,
multimedia juga menambah pemahaman agar lebih mendalam serta meningatkan
semangat dalam pengajaran dan pembelajaran. Kenyataan ini disokong juga oleh
Muhammad Zulazizi (2020) iaitu pengajaran dan pembelajaran lebih efektif,
sistematik dan dapat mempengaruhi pencapaian akademik. Malah, kawalan
pengajaran dan pembelajaran juga lebih terfokus, interaktif serta mewujudkan
pembelajaran secara kerjasama. Penggunaan multimedia membantu pembelajaran era
digital iaitu memberikan peluang kepada pelajar agar berfikiran kreatif dan inovatif
serta menghasilkan kualiti kerja yang tinggi (Mohd Noorhadi & Zurinah, 2017). Oleh
yang demikian, kebanyakan kajian-kajian lepas menyatakan bahawa penggunaan
multimedia adalah sesuai dan membantu pengajaran dan pembelajaran khususnya di
rumah.

METODOLOGI

Kajian ini adalah berbentuk kualitatif. Pengumpulan data dilaksanakan dengan
kaedah temu bual separa berstruktur. Kajian kualitatif sesuai dengan pendidikan
vokasional kerana data dapat diperolehi secara tepat dan efisien. Kajian kualitatif
dipilih dalam kajian ini kerana masih kurang dan tidak menyeluruh dalam pendidikan

6

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

teknik dan vokasional (Hisyam, 2011). Malah, kajian kualitatif dapat memberikan
maklumat dan skop yang jelas kerana kajian dilaksanakan secara langsung dengan
responden kajian. Soalan telah direka bentuk secara separa berstruktur yang
berkonsepkan semi-formal. Seramai 6 orang tenaga pengajar baharu dipilih menjadi
responden kajian. Pemilihan enam responden adalah selaras dengan keperluan
minima yang diperlukan dalam kajian kualitatif (Creswell & Clark, 2011). Responden
adalah terdiri daripada pelajar vokasional.

Responden kajian adalah dipilih dengan teknik persampelan bertujuan iaitu pelajar
vokasional yang sedang mengikut pengajaran dan pembelajaran di rumah. Teknik
persampelan bertujuan digunakan bagi mendapatkan jawapan yang spesifik dan tepat
mengenai bimbingan dan konsultasi dalam pendidikan teknik dan vokasional.

Temu bual digunakan dalam kajian iaitu satu metod yang dapat memberikan
maklumat secara terperinci (Creswell & Clark, 2011). Kaedah temu bual juga dapat
membantu pengkaji untuk mendapat maklumat yang bersesuaian dan berguna untuk
kajian (Creswell & Clark, 2011). Pengkaji dapat mengumpul maklumat yang sesuai
dan sebanyak mungkin untuk kajian ini. Instrumen soalan direka bentuk dengan
merujuk rujukan lepas dan kesesuaian kajian ini. Soalan-soalan diolah dengan
berpandukan permasalahan dan objektif kajian. Pengolahan soalan adalah dilakukan
dengan nasihat pakar rujuk yang telah dikenal pasti. Kajian rintis dilaksanakan
terhadap seorang tenaga pelajar vokasional untuk menentukan soalan yang diberikan
adalah jelas, mudah, sesuai dan menepati skop kajian. Malah, ia juga bertujuan
memberikan gambaran awal tentang corak kajian terhadap pelajar vokasional.
Kesahan soalan temu bual dilaksanakan dengan pandangan dan saranan pakar rujuk.
Kesahan ini meliputi jenis soalan, susunan soalan, kejelasan soalan dan ketekalan
soalan. Bagi tujuan kebolehpercayaan, transkrip temu bual diberikan semula kepada
responden yang terlibat dalam kajian rintis untuk meneliti serta memberi pandangan
tentang transkrip tersebut. Maklum balas daripada responden berkenaan adalah
kebolehpercayaan soalan temu bual yang telah direka bentuk untuk kajian ini.
Responden kajian dikodkan daripada PV1 hingga PV6 bagi tujuan etika kerahsiaan.
Semua maklumat peribadi responden dirahsiakan bagi menjaga etika kajian.
Penyertaan responden adalah secara sukarela dan tiada paksaan.

Data hasil temu bual dengan keenam responden tersebut seterusnya dikumpulkan
untuk dianalisis. Analisis data temu bual telah dilaksanakan dengan
mentranskripsikan temu bual secara verbatim. Transkripsi ialah hasil temu bual di
antara penulis dengan responden dalam bentuk data mentah yang direkod dan
kemudiannya ditulis semula. Data dikodkan dan dikategorikan dengan penyaringan
data. Penyaringan data ini adalah berdasarkan tema yang telah ditetapkan dalam
kajian. Penyaringan data adalah proses reduksi mengurangkan jumlah data khususnya
yang kurang relevan dengan objektif kajian. Proses ini adalah berterusan agar data

7

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

adalah relevan dan dapat digunakan dalam kajian ini. Tema dianalisis secara
berasingan untuk menjawab persoalan kajian yang telah ditentukan dalam kajian ini.

DAPATAN KAJIAN

Data kajian diperoleh dengan temu bual keenam responden yang telah dikodkan PV1,
PV2, PV3, PV4, PV5 dan PV6. Pemilihan responden ialah pelajar dalam bidang
vokasional. Bahagian ini membincangkan dapatan dan penemuan daripada kajian ini.
Dapatan dan penemuan adalah untuk menjawab tiga persoalan yang merangkumi
kaedah, keberkesanan serta refleksi pelajar vokasional bagi pengajaran dan
pembelajaran dengan menggunakan multimedia iaitu teks, audio serta visual.

Persoalan Kajian 1

Apakah kaedah pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan
multimedia iaitu teks, audio serta visual?

Daripada temu bual yang telah dilaksanakan, dapatan kajian menunjukkan bahawa
pengajaran dan pembelajaran di rumah masih dan sedang dilaksanakan. Kesemua
responden menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran di rumah dilaksanakan
dengan pelbagai kaedah serta pendekatan untuk membantu mereka.

Menurut responden PV1;

“… kaedah yang digunakan bagi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran ialah
melalui teks, audio dan juga visual dengan menggunakan aplikasi google meet dan
juga whatsapp, dengan memberi online kuiz. Bagi google meet pula adalah dengan
penggunaan share screen”.
Menurut responden PV2;

“… apabila kembali pada kelas PdPR, kami diwajibkan memuat turuk aplikasi google
meet, google classroom, google drive dan sebaginya. Manakala luar talian adalah
guru menggunakan inisiatif untuk merakam video pengajaran mereka untuk dijadikan
sebagai sumber pelajar mengulangkaji dan dapat menonton secara berulangkali”.

Menurut responden PV5;

“… menggunakan aplikasi google meet atau telegram video call iaitu visual
pensyarah sebagai host akan membuka slide dan menerangkan topik tersebut”.

8

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Menurut responden PV6;

“… pada awalnya guru akan memberikan tugas kepada murid di dalam google
classroom kemudian guru akan memberitahu murid bahawa mereka telah
memasukkan latihan ataupun kerja di dalam google classroom. Kami perlu
menyiapkan tugasan yang telah diberi dan hantar pada tarikh yang telah ditetapkan”.

Responden menyatakan pengajaran dan pembelajaran di rumah dilaksanakan dengan
pelbagai kaedah iaitu dengan menggunakan google classroom, google meet,
whatsapp dan aplikasi lain. Semua kaedah ini adalah penggunaan multimedia yang
mengandungi elemen-elemen teks, audio dan visual. Penggunaan kaedah ini adalah
membantu responden dalam pengajaran dan pembelajaran di rumah. Kesimpulannya,
bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran di rumah terlaksana; pelbagai kaedah
diterapkan dan digunakan. Oleh yang demikian, kaedah-kaedah pembelajaran ini
merupakan satu keperluan dalam pengajaran dan pembelajaran di rumah.

Persoalan Kajian 2

Bagaimanakah pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan multimedia iaitu
teks, audio serta visual berkesan?

Daripada temu bual yang telah dilaksanakan, dapatan kajian menunjukkan bahawa
pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan multimedia iaitu teks, audio serta
visual yang dilaksanakan memberi kesan terhadap pelajar. Malah, responden juga
menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan multimedia
dilaksanakan secara tersusun dan mengikut panduan sedia ada.

Menurut responden PV3;

“… kaedah perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah membantu sedikit
sebanyak pemahaman saya semasa belajar. Saya boleh ikut kelas dengan guna
komputer dan telefon. Kelas boleh faham dengan ada suara cikgu. Ada juga power
point digunakan, nampak dan dengar. Tapi ada kala tulisan kecil je kalua tengok
dengan telefon. Kadang-kadang susah juga”.

Menurut responden PV4;

“…belajar kat rumah, ada kala susah juga. Tapi boleh ikut arahan cikgu. Cikgu ajar
macam-macam cara. Kita kena ikut. Kalau tak ikut, susah juga. Kita perlu ikut arahan
dan apa yang cikgu cakap. Ada juga tunjuk video dan latihan. Kita kena tengok dan
fahamkan betul-betul. Saya ikut apa yang ditunjukkan dalam slide dan kalau tak
faham, tanya je”.

9

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Menurut responden PV5;

“… menggunakan aplikasi google meet atau telegram video call iaitu visual cikgu
sebagai host akan membuka slide dan menerangkan topik tersebut. Saya ikut apa yang
cikgu suruh buat. Semua guna komputer dan telefon. Adakala putus putus, kami akan
minta cikgu ulang balik”.

Menurut responden PV6;

“… penggunaan multimedia tersebut lebih berkesan dan berjalan lancar dengan
adanya kemudahan internet yang kuat untuk pelajar mengaksesnya tanpa sebarang
gangguan. Saya guna earphone untuk dengar apa yang cikgu cakap. Selalu cikgu guna
power point, video dan audio. Kalau tengok video kena ada suara, kalau tak; tak jelas.
Ada juga video ada, bunyi tak dengar. Kami minta cikgu ulang balik.”.

Responden menyatakan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan
multimedia iaitu teks, audio serta visual berkesan. Mereka menyatakan, boleh
mengikut pengajaran dan pembelajaran di rumah dengan penggunaan multimedia
yang meliputi pelbagai cara serta kaedah. Mereka juga berpeluang untuk berinteraksi
jika ada sebarang permasalahan atau kekangan dalam pelaksanaan kelas. Situasi ini
menunjukkan keberkesanan penggunaan multimedia yang membolehkan mereka
mengikutinya serta berinteraksi. Malah, responden juga berpeluang untuk
berinteraksi secara langsung dengan pengajar agar faham dan jelas. Oleh itu,
penggunaan multimedia adalah sesuai, penting serta berkesan dalam pengajaran dan
pembelajaran di rumah.

Persoalan Kajian 3

Apakah refleksi pelajar vokasional terhadap pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran dengan menggunakan multimedia iaitu teks, audio serta visual?

Daripada temu bual yang telah dilaksanakan, dapatan kajian menunjukkan pengajaran
dan pembelajaran dengan menggunakan multimedia iaitu teks, audio serta visual
sesuai dengan situasi semasa. Kesemua responden menyatakan penggunaan
multimedia adalah suatu keperluan dan penting.

Menurut responden PV1;

“… salah satu kaedah yang sesuai bagi mengajar dan belajar dalam jarak yang jauh.
Saya rasa kena guna multimedia untuk belajar, kalau tak memang tak belajar. Boleh
juga bercakap dengan cikgu. Ada yang tak faham, boleh tanya terus”.

10

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Menurut responden PV2;

“… alternatif ini perlu guna kerana ia dapat memudahkan kami dan cikgu untuk
melaksanakan aktiviti belajar. Boleh ikut kelas dan faham. Ada kala perlu fahamkan
betul betul. Cikgu mesti tunjuk dan selalu bercakap baru jelas dan boleh ikut”.

Menurut responden PV3;

“… perlu dilaksanakan kerana ia dapat memudahkan kami untuk belajar. Saya boleh
ikuti kelas dan boleh berinteraksi dengan semua. Dalam kelas online ini boleh juga
sembang dengan kawan-kawan. Akan tetapi hal dan perkara ini tidak mudah untuk
dilaksanakan sewaktu situasi pandemik yang sedang dilakukan ini. Ini kerana ada
sebilangan pelajar yang tidak mempunyai kemudahan, masa dan ruang ketika berada
di rumah. Saya berharap kami boleh ikut kelas bersemuka secepat mungkin”.

Menurut responden PV4;

“… boleh ikut kelas. Seronok juga. Tapi selalu juga susah nak ikut. Line kadang-
kadang tak ok. Slide juga jelas. Cikgu tunjuk video baru faham dan jelas.”.

Responden menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan
multimedia iaitu teks, audio serta visual adalah satu keperluan dan membantu mereka.
Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan multimedia adalah
berfokus dalam membantu responden. Responden kajian juga menyatakan
pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan multimedia perlu diteruskan.
Malah, perlu ada penambahbaikan dari masa ke semasa agar seiring dengan
perkembangan dan tuntutan semasa dalam pendidikan. Pelbagai perkara diperolehi
dan dipelajari sepanjang pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan
multimedia ini. Kesimpulannya, refleksi pelajar menunjukkan pengajaran dan
pembelajaran dengan menggunakan multimedia adalah sangat penting serta perlu
dilaksanakan secara berterusan.

PERBINCANGAN

Dapatan kajian menunjukkan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan
multimedia membantu pelajar vokasional dalam pelaksanaannya. Merujuk kajian
yang telah dilaksanakan oleh Khairol, Helmi, Norazah & Ruslina (2020) menyatakan
bahawa kaedah penggunaan video yang merangkumi teks, audio dan visual adalah
bersesuaian dengan pelajar dalam bidang vokasional khususnya untuk kerja amali.
Dapatan ini disokong oleh Anesman, Mohd Azlan & Rafeizah (2020) iaitu bahan
sokongan dengan penggunaan teknologi multimedia perlu digunakan secara
menyeluruh dan komprehensif. Malah, penggunaan teknologi terkini seperti
augmented reality juga sangat membantu dalam perubahan pembelajaran dengan

11

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

multimedia yang mana disesuaikan dalam peranti mudah alih serta dalam komputer
pelajar (Rafizah, Noor Azah & Zarulrizam, 2020). Hal ini membolehkan para pelajar
khususnya pelajar teknik dan vokasional dapat menggunakan pelbagai bahan
pembelajaran atau saluran pada bila-bila masa dan sesuai untuk pembelajaran kendiri.
Dapatan kajian ini adalah selaras dengan kajian-kajian lepas iaitu penggunaan
multimedia iaitu atas talian adalah satu keperluan dan sesuai digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran di rumah. Keadaan ini adalah satu alternatif dan
perubahan kepada amalan pendidikan biasa iaitu secara bersemuka yang telah
terganggu. Justeru, penggunaan multimedia perlu diperluaskan, dipelbagaikan dan
ditambahbaik selaras dengan tuntutan serta kehendak semasa dalam pendidikan.

Penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan
kefahaman, pencapaian dan kemahiran berfikir pelajar (Esteve-Faubel, Oller-Benitez
& Aparicio-Flores, 2020; Abd Hakim, Mohhairi & Syadiah, 2018; Ghulam, Khuram,
Naqvi & Nadeem; 2015). Dapatan kajian lepas ini menunjukkan penggunaan
multimedia membantu dan sesuai digunakan dalam pembelajaran. Menurut Nur
Hazirah & Masayu Dzainudin (2020) penggunaan teknologi maklumat merupakan
kaedah penyampaian yang efektif, mudah diakses dan boleh digunakan pada bila-bila
masa. Malah, pengulangan juga boleh dilakukan berulang kali untuk meningkatkan
pemahaman. Faridah & Afham (2019) juga menyatakan bahawa penggunaan
multimedia adalah pendekatan interaktif yang memberikan pelbagai kelebihan serta
secara tidak langsung dapat meningkatkan prestasi pelajar. Di samping itu,
pengajaran dan pembelajaran di rumah dengan multimedia adalah efektif, menarik
dan mudah dilaksanakan berbanding pembelajaran tradisional (Siti Nurbaizura &
Nurfaradilla, 2020). Hal ini selaras dengan dapatan kajian ini iaitu pelajar menyatakan
pengajaran dan pembelajaran di rumah berkesan dan membantu para pelajar. Oleh
yang demikian, multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran di rumah perlu
digunakan dan diperluaskan secara menyeluruh agar pembelajaran adalah berkesan
serta mencapai objektif pengajaran.

Hasil refleksi responden kajian menunjukkan bahawa multimedia adalah penting dan
perlu digunakan secara menyeluruh. Dapatan juga menunjukkan, pelajar dapat
mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah dengan menggunakan pelbagai
aplikasi serta bahan bantu mengajar. Hal ini selaras dengan kajian Siti Nurbaizura &
Nurfaradilla (2020) iaitu pendekatan pembelajaran dalam talian lebih bermakna serta
membantu pelajar agar tidak ketinggalan atau tidak memahami sesuatu konsep. Hal
ini selaras dengan saranan yang ditetapkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013-2025) iaitu setiap murid mendapat akses pendidikan dan mengikuti
pendidikan walaupun dari rumah. Menurut Irma, Ugartini & Intan (2021)
pembelajaran secara dalam talian juga dapat meningkatkan motivasi pelajar. Hal ini
selaras dengan dapatan kajian iaitu pelajar menyatakan boleh berinteraktif dengan
guru serta penggunaan multimedia memudahkan, faham dan jelas. Keadaan ini adalah
peningkatan motivasi pelajar agar untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran
walaupun di rumah.

12

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Implikasi kajian menunjukkan penggunaan multimedia dalam pengajaran dan
pembelajaran di rumah adalah penting dan perlu digunakan secara menyeluruh.
Melalui temu bual yang dilaksanakan, terdapat kepelbagaian dalam penggunaan
multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran di rumah. Malah, penggunaan
multimedia juga berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran di rumah.

RUMUSAN DAN CADANGAN

Pengajaran dan pembelajaran di rumah menunjukkan kesan yang baik terhadap
pelajar. Refleksi pelajar dalam kajian ini adalah positif dan bersesuaian dengan
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah dengan penggunaan multimedia.
Namun begitu, kajian ini tidak diperluaskan secara menyeluruh di pelbagai institusi
pendidikan. Kajian lanjutan boleh dilaksanakan terhadap pelbagai institusi
pendidikan untuk mengenal pasti keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di
rumah. Hal ini dapat memberikan gambaran menyeluruh mengenai pengajaran dan
pembelajaran di rumah dengan penggunaan multimedia.

Komitmen serta kerjasama daripada pelajar dan guru adalah amat penting dalam
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah. Hal ini selaras dengan saranan
Kementerian Pendidikan Malaysia agar pengajaran dan pembelajaran di rumah dapat
dilaksanakan di mana-mana lokasi bersesuaian dengan berstruktur dan terancang
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2020a). Justeru, keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran di rumah dapat dilihat secara menyeluruh dan mencapai matlamat yang
telah ditetapkan.

RUJUKAN

Abd Hakim Abdul Majid, Mokhairi Makhtar & Syadiah Nor Wan Shamsuddin. (2018).
Keperluan Pembelajaran Berasaskan Realiti Maya dalam Konstruk Pemasangan
Komponen Komputer Mata Pelajaran TMK SPM Pendidikan di Malaysia: Satu
Kajian Rintis. Asian People Journal (APJ),1(1), 28-44.

Alias Mat Saad, Nik Mohd. Rahimi Nik Yusoff & Ruhizan Mohammad Yassin. 2011. Kajian
kerelevenan falsafah pendidikan Kebangsaan dengan Kurikulum Pendidikan Islam
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. AJTLHE, 3(2), 60-70.

Anesman B. W., Mohd Azlan Mohammad Hussain & Rafeizah Mohd Zulkifli. (2020).
Teaching Vocational with Technology: A Study of Teaching Aids Applied in
Malaysian Vocational Classroom. International Journal of Learning, Teaching and
Educational Research, 19(7), 176-188.

Badariah Duai & Nurfaradilla Mohd. Nasri. (2021). Pendekatan Pembelajaran Berbantukan
Teknologi dari Perspektif Murid Terpinggir Sewaktu Pandemik Covid19. Jurnal
Penyelidikan Sains Sosial (JOSSR), 4(10), 134 - 147.

Commonwealth of Learning. (2020). Strategies for blended TVET in Response to Covid-19.
Learning for Sustainable Development, 1-18.

Creswell, J. W. & Clark, V. L. (2011). Designing and conducting mixed methods research.
Sage.

13

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Eliza, A, T., Ruzzakiah Jenal & Jamaiah Yahaya. (2020). Penerokaan Penggunaan E-
Pembelajaran dalam Kalangan Pelajar dan Pengajar TVET - Satu Kajian Awal.
Akademika 90 (Isu Khas 3), 5-18 https://doi.org/10.17576/akad-2020-90IK3-01.

Esteve-Faubel, R. P., Oller-Benitez, A., & Aparicio-Flores. M. P. (2020). Perceptions of
Future Teachers of Audiovisual Education and Communication. Challenges in
Training for a Sustainable. Education Sustainability 2020, 12 (10296).

Faridah Che In & Afham Zulhusmi Ahmad. (2019). Kajian Keberkesanan Pembelajaran
Interaktif Berasaskan Aplikasi Kahoot: Satu Kajian Tindakan Terhadap Kursus
Principles of Marketing. Online Journal for TVET Practitioners, 4(1), 1-11.

Ghavifekr, S. & Yulin, S. (2021). Role of ICT in TVET Education: Teaching & Learning amid
COVID-19 Pandemic. International Journal of Advanced Research in Education and
Society, 3(1), 119-131.

Ghulam Shabiralyani, Khuram Shahzad Hasan, Naqvi Hamad & Nadeem Iqbal. (2015).
Impact of Visual Aids in Enhancing the Learning Process Case Research: District
Dera Ghazi Khan. Journal of Education and Practice, 6(10), 226-234.

International Labour Organization. (2020). ILO-UNESCO Joint Survey on Technical and
Vocational Education and Training (TVET) and Skills Development during the time
of COVID-19.

Irma Mahad, Ugartini, M. & Intan Nur Syuhada Hamzah. (2021). Sikap dan Motivasi Murid
Sekolah Rendah terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Talian Sepanjang
Perintah Kawalan Pergerakan. Malay Language Education Journal, 11(1), 16-28.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020a). Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah.
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1-9.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020b). Garis Panduan Pengajaran dan Pembelajaran
Norma Baharu SVM/SKM dan DVM. Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal
Vokasional, 1-35.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020c). Pencerahan Dr. Radzi Jidin, Menteri Kanan
Pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Khairol Azwar Mazin, Helmi Norman, Norazah Nordin & Ruslina Ibrahim. (2020). Student
Self-Recording Videos for TVET Competency in MOOCs. Journal of Physics:
Conference Series 1529(2020) 042061 IOP Publishing.

Majlis Keselamatan Negara. (2021). Sektor Pendidikan (PKP), dikemaskini pada 31 Mei
2021.

Martha, A.S.D., Junus, K., Santoso, H.B. & Suhartanto, H. (2021). Assessing Undergraduate
Students’ e-Learning Competencies: A Case Study of Higher Education Context in
Indonesia. Educ. Sci. 2021, 11(189). 1-18. https://doi.org/10.3390/educsci11040189.

Mohd Noorhadi & Zurinah Tahir. (2017). Kepentingan Penggunaan Media Sosial Teknologi
Maklumat dalam Pendidikan IPTA. Journal of Social Science and Humanities, 12(3),
023 ISSN: 1823-884x.

Muhammad Zulazizi Mohd Nawi (2020). Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran
Multimedia dalam Pendidikan Islam: Satu Perbincangan. Journal of ICT in
Education, 7(2), 14-26.

Muthuprasad. T., Aiswarya. S., Aditya, A.S. & Girish. K. (2020). Students’ Perception and
Preference for Online Education in India During COVID -19 Pandemic. Jha Social
Sciences & Humanities Open 3 (2021) 100101.

14

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Nur Hazirah & Masayu Dzainudin. (2020). Pengajaran Dan Pemudahcaraan Dalam Talian
Semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak
Kebangsaan (Special Issue) 9, 18-28

Rafizah Daud, Noor Azah Abd Raman & Zarulrizam Ab. Jalil. (2020). Penggunaan
Augmented Reality Video Di Dalam Pendidikan TVET. International Journal of
Education and Pedagogy, 2(1), 253-263.

Roslina Mohd Nor, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Hamdzun Haron. (2020). Meneroka
Kaedah Pengajaran Guru Cemerlang Pendidikan Seni Visual Selangor (GCPSV):
Satu Kajian Kes. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH),
5(5), 125-140.

Siti Nurbaizura Che Azizan & Nurfaradilla Mohamad Nasri. (2020). Pandangan Guru
Terhadap Pembelajaran dalam Talian Melalui Pendekatan Home Based Learning
(HBL) Semasa Tempoh Pandemik Covid-19. PENDETA: Journal of Malay
Language, Education and Literature, 11, 46-57.

Syamsulaini Sidek & Mashitoh Hashim. (2016). Pengajaran Berasaskan Video dalam
Pembelajaran Berpusatkan Pelajar: Analisis dan Kajian Kritikal. Journal of ICT in
Education, 3, 24-33.

Umi Faizah, Sarwiji Suwandi, Andayani & Ani Rakhmawati. (2020). The Effectiveness of
Interactive Audio-Visual Learning Media in Speaking Competence for Dakwah.
International Journal of Advanced Science and Technology, 29(6), 1193-1202.

UNECSO. (2021). Work-based learning and skills demonstrations during COVID-19.
Promising Practice 2021.

15

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

-2-
PENGAJARAN BERDASARKAN KONSEP KARTUN BAGI
MEMBETULKAN MISKONSEPSI MURID-MURID TAHUN 3

DALAM TAJUK AHLI SISTEM SURIA

Aida Fitri Bawati binti Bandar

IPG Kampus Pulau Pinang

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dijalankan ke atas murid-murid Tahun 3 yang bertujuan
untuk membetulkan miskonsepsi bagi tajuk Ahli Sistem Suria. Ia juga membantu para
pendidik untuk menambah baik amalan pedagogi mereka dalam aspek menilai
kefahaman murid. Objektif penyelidikan tindakan ini ialah mengkaji sama ada
pengajaran berdasarkan konsep kartun dapat membetulkan miskonsepsi murid-murid
dalam tajuk Ahli Sistem Suria dan menambah baik amalan pedagogi guru dalam
aspek menilai kefahaman murid. Lembaran kerja konsep kartun dijawab oleh murid
bagi membantu mereka menyedari bahawa mereka sedang mengalami miskonsepsi
bagi tajuk Ahli Sistem Suria. Borang soal selidik dijawab dan temu bual diadakan
dengan guru pembimbing Sains bagi mendapatkan pandangan beliau terhadap konsep
kartun. Dapatan kajian telah menunjukkan peningkatan peratusan murid berjaya
menjawab dengan betul lembaran kerja adalah sebanyak 80 peratus. Pada lembaran
kerja fasa ‘engage’ hanya 3 peratus sahaja murid berjaya menjawab dengan betul.
Bagi lembaran kerja fasa ‘explain’ sebanyak 83 peratus murid telah berjaya
menjawab dengan betul. Soal selidik pula menunjukkan 90 peratus murid bersetuju
bahawa penggunaan konsep kartun membantu membetulkan miskonsepsi. Dapatan
temu bual menunjukkan bahawa guru pembimbing menyokong penggunaan konsep
kartun dapat membantu guru menilai kerja murid kerana mudah dan menjimatkan
masa. Justeru, kaedah ini amat bersesuaian untuk mengatasi isu miskonsepsi dalam
kalangan murid serta membantu menambah baik amalan pedagogi guru.

Kata kunci: Konsep Kartun, Miskonsepsi, Ahli Sistem Suria, Amalan Pedagogi Guru,
Kefahaman

16

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Miskonsepsi berkenaan pengetahuan Sains mudah terjadi. Miskonsepsi boleh
diertikan sebagai salah faham, keliru, delusi, salah fikiran, salah perhitungan, salah
pegangan dan contoh-contoh lain lagi (Hisyammudin & Amir, 2012). Fenomena
sebegini selalu dihadapi oleh murid-murid di sekolah rendah dalam lingkungan umur
7-12 tahun iaitu semasa mereka masih lagi dipengaruhi oleh pengetahuan mereka
yang sedia ada. Teori konstruktivisme Jerome Bruner dapat digunakan bagi
mengatasi masalah ini. Teori ini berkonsepkan pembelajaran penemuan, iaitu murid-
murid membina pengetahuan baru daripada pengetahuan sedia ada (PSA) mereka
ataupun melalui kaedah pembelajaran aktif yang dialami oleh diri mereka sendiri.

Fokus Kajian

Fokus kajian ini merupakan tinjauan terhadap miskonsepsi murid-murid Tahun 3
semasa sesi Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) berlangsung bagi tajuk Ahli
Sistem Suria. Murid-murid ini mengalami miskonsepsi yang ketara bagi fungsi antara
Bulan dan Matahari serta miskonsepsi antara meteoroid dan asteroid. Ng (2018) dapat
mengesan muridnya mengalami miskonsepsi yang sama, iaitu miskonsepsi yang
wujud antara ahli-ahli sistem Suria kerana tahap penguasaan mereka bagi tajuk ini
amat lemah. Pengajaran berdasarkan konsep kartun telah dipilih untuk membetulkan
masalah miskonsepsi ini lalu pada masa yang sama membantu amalan pedagogi guru
dalam menilai kefahaman murid bagi tajuk Ahli Sistem Suria. Salih & Mustafa (2010)
telah menggunakan konsep kartun dalam pengajaran 5E Sains bagi tajuk hakisan
tanah. Berdasarkan kajian tersebut, pembelajaran murid adalalah lebih berkesan
kerana murid-murid dapat mengesan dengan sendiri masalah dalam konsep yang
dipelajari. Lalu, murid berusaha untuk mempelajari konsep Sains yang betul.
Ormanci dan Sasmaz-Oren (2011) juga menggunakan konsep kartun untuk dijadikan
sebagai instrumen penilaian. Kajian ini membantu guru dalam menilai kerja murid
pada lembaran kerja konsep kartun. Menurut Ormanci dan Sasmaz-Oren (2011),
aspek penilaian terhadap lembaran kerja konsep kartun jarang dilaksanakan. Justeru,
Ormanci dan Sasmaz-Oren telah memperkenalkan kaedah penilaian konsep kartun
yang bersifat kuantitatif dengan menggunkan kriteria penskoran ( 0 1 1 2 2 3). Kaedah
yang diperkenalkan oleh Ormanci dan Sasmaz-Oren digunakan oleh penyelidik
dalam kaedah menganalisis data yang diperoleh setelah melaksanakan kajian dengan
menggunakan kaedah konsep kartun ini.

Terdapat beberapa kriteria yang perlu diketengahkan dalam pemilihan fokus kajian
ini iaitu kolaborasi, kebolehtadbiran dan kerelevanan kepada sekolah. Penyelidikan
tindakan ini melibatkan kolaborasi penyelidik dengan beberapa pihak. Antara pihak
yang terlibat ialah pihak pentadbir sekolah, guru pembimbing semasa praktikum dan
juga pensyarah. Kesemua pihak tertentu ini telah memberikan kerjasama yang baik
dengan penyelidik agar penyelidikan yang dirancang boleh berjalan dengan lancar.
Penyelidikan tindakan ini mempunyai kebolehtadbiran yang tinggi kerana kaedah
PdPc berdasarkan konsep kartun amat mudah dilaksanakan kerana penyelidik hanya

17

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

membina konsep kartun yang digunakan mengikut keperluan kelas yang diajar
sahaja. Beberapa konsep kartun telah dibina bagi tajuk Sistem Suria untuk
dilaksanakan pada fasa-fasa tertentu mengikut Rancangan Pengajaran Harian (RPH).
Penyelidikan ini mempunyai nilai relevan yang tinggi kepada sekolah kerana
membantu menyelesaikan masalah PdPc seperti miskonsepsi murid-murid dalam
tajuk Ahli Sistem Suria serta pada masa yang sama menambahbaik amalan pedagogi
guru dalam aspek menilai kefahaman murid. Isu-isu miskonsepsi yang wujud semasa
sesi PdPc wajar ditangani untuk melicinkan sesi PdPc dan pembelajaran bermakna
juga boleh berlangsung kepada para peserta kajian. Dengan menggunakan konsep
kartun, guru juga dapat menilai kefahaman murid dengan lebih efisien iaitu dengan
menggunakan kaedah penilaian bersifatkan penilaian kuantitatif, dengan
menggunakan kriteria penskoran yang dibina oleh Ormanci dan Sasmaz-Oren.

Objektif dan Soalan Kajian

Objektif kajian terdiri daripada :

i. Memperihalkan sama ada pengajaran berdasarkan konsep kartun dapat
membetulkan miskonsepsi murid-murid Tahun 3 dalam tajuk ahli sistem
Suria.

ii. Menghuraikan amalan pedagogi guru dalam aspek menilai kefahaman murid
Tahun 3 bagi tajuk ahli sistem Suria.

iii. Soalan kajian terdiri daripada :
iv. Sejauh manakah pengajaran berdasarkan konsep kartun dapat membetulkan

miskonsepsi murid-murid Tahun 3 dalam tajuk ahli sistem Suria?
v. Bagaimanakah amalan pedagogi guru dalam aspek menilai kefahaman murid

Tahun 3 bertambah baik bagi tajuk ahli sistem Suria?

Peserta Kajian

Sebuah sekolah di Georgetown, Pulau Pinang telah dipilih dan kelas yang telah
diperoleh untuk melaksanakan penyelidikan ialah kelas 3 Pintar. Kelas ini terdiri
daripada 15 orang murid lelaki sahaja. Kelas 3 Pintar ini merupakan kelas kedua
setelah kelas 3 Bestari. Walaupun mereka murid kelas kedua, tahap pencapaian
akademik mereka tidak begitu menunjukkan perbezaan yang ketara dengan kelas
hadapan. Selain itu, murid-murid kelas ini juga terdiri daripada pelbagai tahap
pencapaian akademik. Disebabkan oleh pencapaian akademik yang pelbagai ini,
murid-murid kelas ini mempunyai nilai kerjasama yang tinggi antara mereka. Mereka
mempunyai kesedaran untuk membantu rakan-rakan yang mempunyai masalah
memahami isi pelajaran yang baru. Tambahan pula, tidak semua murid melibatkan
diri secara aktif sepanjang PdPc berlangsung. Hanya segelintir sahaja daripada
mereka yang melibatkan diri secara aktif iaitu murid dengan tahap keyakinan diri
yang tinggi serta mempunyai pencapaian akademik yang memberangsangkan. Murid-
murid yang tidak melibatkan diri secara aktif ini mempunyai tahap keyakinan diri

18

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

yang rendah dan mereka juga kurang yakin dengan pandangan serta jawapan mereka.
Oleh itu, tidak kesemua murid boleh melibatkan diri secara aktif sepanjang sesi PdPc
berlangsung. Justeru, bantuan daripada rakan lain sangat membantu mereka belajar
dengan lebih mudah sepanjang PdPc berlangsung. Akan tetapi, murid-murid kelas ini
cenderung untuk bermain-main dengan peralatan tulis masing-masing sekiranya
penyelidik sedang menerangkan perkara-perkara tertentu di hadapan bilik darjah
untuk jangka masa yang lama. Hal ini menunjukkan bahawa murid-murid ini
mempunyai kadar tumpuan yang singkat. Mereka sukar untuk belajar dengan
menggunakan satu kaedah pembelajaran sahaja bagi suatu jangka masa yang panjang.

Tindakan yang Dijalankan

Penyelidikan tindakan ini dilaksanakan berdasarkan model Kurt Lewin (1948) yang
mempunyai empat fasa yang terdiri daripada fasa perancangan, tindakan,
pemerhatian dan refleksi. Seterusnya, kaedah pengumpulan data dilaksanakan pada
fasa tindakan. Kaedah konsep kartun, soal selidik dan juga temu bual adalah
merupakan kaedah pengumpulan data yang telah digunakan. Lembaran konsep kartun
ini mempunyai 3 karakter kartun yang berbeza daripada rancangan kartun yang sama
iaitu, rancangan kartun Boboiboy. Lembaran konsep kartun ini digunakan sebanyak
dua kali sepanjang sesi PdPc dijalankan iaitu pada fasa ‘engage’ dan pada fasa
‘explain’. Akan tetapi, pada kedua-dua fasa tersebut lembaran konsep kartun yang
berlainan telah digunakan. Hal ini kerana tujuan penggunaan lembaran konsep kartun
pada fasa ‘engage’ adalah tidak sama dengan tujuan penggunaan lembaran konsep
kartun pada fasa ‘explain’. Pada fasa ‘engage’, lembaran tersebut digunakan bagi
membuktikan kewujudan masalah miskonsepsi dalam kalangan murid manakala
lembaran pada fasa ‘explain’ pula untuk digunakan bagi membuktikan bahawa isu
miskonsepsi yang dihadapi peserta kajian telah diubahsuai. Borang soal selidik pula
dijawab oleh peserta kajian setelah PdPc tersebut tamat. Satu kajian rintis bagi soal
selidik ini telah ditadbirkan kepada sepuluh orang responden yang juga murid Tahun
3 yang bukan terdiri daripada peserta kajian. Mereka ini adalah murid daripada kelas
sebelah. Tujuan kajian rintis ini dilaksanakan adalah untuk menguji kesahan set soal
selidik ini dan kebolehtadbirannya bagi peserta kajian yang berada di Tahun 3. 6 item
soalan sahaja dibina bagi soal selidik agar peserta kajian tidak berasa terbeban dan
bosan untuk menjawab soalan yang banyak. Temu bual dengan guru pembimbing
dilaksanakan bertujuan untuk mendapatkan persepsi guru pembimbing tentang
penambahbaikan amalan pedagogi guru dalam aspek menilai kefahaman murid
setelah pengajaran berdasarkan konsep kartun dilaksanakan serta berkenaan
kebolehan penggunaan kaedah konsep kartun untuk membetulkan miskonsepsi-
miskonsepsi yang dihadapi murid. Kaedah konsep kartun dan soal selidik adalah
bersifat data kuantitatif manakala kaedah temu bual ialah bersifat data kualitatif.

19

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

Dapatan Kajian

Min 5
4.9
4.8 Item 2 Item 3 Item 4 Item 5 Item 6
4.7 Nombor item
4.6
4.5
4.4
4.3
4.2
4.1

4
Item 1

Rajah 1: Carta Palang Min Soal Selidik (N=15)

Berdasarkan carta palang, penggunaan konsep kartun ini terbukti dapat membetulkan
miskonsepsi murid bagi tajuk ahli sistem Suria. Hal ini kerana maklum balas yang
positif telah diperoleh daripada peserta kajian. Kebanyakan peserta kajian
memberikan nilai mata yang tinggi bagi setiap item pada soalan soal selidik ini.
Secara tidak langsung, hal ini menunjukkan penerimaan positif daripada peserta
kajian. Keputusan item pada soal selidik ini dapat dibuktikan kesahihannya
berdasarkan analisis lembaran kerja konsep kartun yang juga telah dijawab oleh
murid-murid iaitu dengan membuat perkaitan data antara satu sama lain. Dapatan
daripada soal selidik ini digunakan bagi menjawab persoalan kajian yang pertama.

20

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

Jadual 1: Peratusan perbezaan skor miskonsepsi murid berdasarkan lembaran kerja konsep kartun

(N=15)

Kriteria penilaian Skor Kekerapan Peratusan Kriteria

skor (f) (%) penskoran

Jawapan betul – 3 S1 S2 S1 S2
Penerangan betul 2
2 *Penerangan betul
Jawapan betul – 1 2 50 3 83 –Penerangan yang
Penerangan separa betul 1
menyokong
Jawapan salah – jawapan dan
Penerangan betul 2 4 3 7 bertepatan dengan
konsep Sains
Jawapan betul –
Penerangan salah 0000 *Penerangan

Jawapan salah – separa betul –
Penerangan betul
Penerangan yang

7 6 12 10 menyokong

jawapan tetapi

penerangan tidak

9 0 15 0 lengkap.

*Penerangan
salah – Penerangan

Jawapan salah – yang tidak
Penerangan salah menyokong
0 40 0 67 0 jawapan dan juga

bertentangan

dengan konsep

Sains.

S1 S2

Peratus (%) yang 3 83
mendapat skor penuh

Catatan:
S1 - Lembaran kerja konsep kartun pada fasa ‘engage’
S2 – Lembaran kerja konsep kartun pada fasa ‘explain’

Penggunaan lembaran kerja konsep kartun telah memperlihatkan perbezaan nilai min
yang ketara bagi setiap skor semasa fasa S1 dan S2. Oleh itu, berdasarkan data ini
dapat ditafsirkan bahawa pada S1, purata murid-murid telah mendapat nilai 0 dan
terdapat sebilangan kecil sahaja yang mendapat nilai markah 1, 2, dan 3 bagi sesebuah
pernyataan yang ditulis oleh para peserta kajian. Bagi S2 pula, nilai min telah
meningkat kepada 2.7 daripada nilai min S1. Ini menunjukkan bahawa berlaku
peningkatan markah bagi jawapan murid pada lembaran kerja konsep kartun.
Interpretasi kedua-dua data ini telah menunjukkan bahawa kebanyakan murid telah
berjaya memperbetulkan miskonsepsi mereka berkenaan peranan dan fungsi ahli

21

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

sistem Suria. Dapatan data daripada kaedah ini dapat digunakan untuk menjawab
soalan kajian yang pertama dan juga yang kedua.

Transkripsi temu bual dengan guru pembimbing pula telah menunjukkan bahawa
penggunaan konsep kartun ini sangat membantu beliau dalam menyemak kerja murid
disebabkan oleh lembaran kerja konsep kartun ini turut disertakan dengan kriteria
penskoran. Dapatan data daripada kaedah ini kelak digunakan bagi menjawab soalan
kajian yang kedua. Berdasarkan maklum balas daripada guru pembimbing, kriteria
penskoran yang disertakan sekali dalam kaedah konsep kartun amat membantu guru
dalam menilai dan menyemak kerja murid. Menurut beliau:

“Masa menyemak juga makin mudah sebab kriteria markah yang
boleh dibagi kepada murid berdasarkan jawapan mereka juga
disertakan. Jadi, saya taklah perlu nak bingung lagi nak bagi
markah berapa kat anak murid macam selalu kalau bab soalan
subjektif.” (Temu bual 7 November 2020)

Menurut beliau lagi, kriteria penskoran ini membantu guru memberikan nilai markah
yang sewajarnya kepada pernyataan murid dan pada masa yang sama menjimatkan
masa guru menyemak kerja murid. Pernyataan beliau adalah:

“Murid senang hati saya juga senang hati sebab senang nak semak
dan bagi markah pada kerja mereka.” (Temu bual 7 November
2020)

Berdasarkan triangulasi data temu bual dan kaedah konsep kartun, terbukti bahawa
guru dapat menentukan dengan jelas nilai markah yang wajar diberikan kepada
murid-murid tersebut. Hal ini kerana wujudnya perbezaan yang jelas antara keputusan
markah murid pada S1 dan juga S2. Justeru, nilai perbezaan yang ketara ini telah
menunjukkan bahawa guru telah berjaya mengaplikasikan penggunaan kriteria
penskoran yang disediakan bagi menyemak kerja murid untuk mengukur tahap
pemahaman semasa mereka bagi tajuk ahli sistem Suria.

Refleksi

Penggunaan kaedah konsep kartun dalam PdPc ini telah memudahkan proses
pembelajaran murid dan membantu mereka agar tidak lagi mengalami masalah
miskonsepsi dalam sesebuah pembelajaran tersebut. Jadi, mereka lebih yakin dengan
pengetahuan mereka dan tidak lagi berasa ragu-ragu dengan pemahaman sendiri.
Kaedah ini juga telah menggunakan ayat-ayat yang ringkas serta memudahkan murid
dalam memahami dengan jelas maksud setiap pernyataan pada lembaran kerja konsep
kartun. Hal ini membantu mereka mempersoalkan pengetahuan sedia ada dan
memikirkan semula PSA mereka dengan lebih mendalam. Apabila murid telah mula

22

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

memikirkan dan mempersoalkan pengetahuan mereka yang kurang meyakinkan
tersebut, keadaan tersebut merupakan titik tolak perubahan murid kepada pembetulan
konsep Sains yang salah tersebut. Penggunaan kaedah pedagogi yang menarik dan
mudah sebegini menggalakkan murid untuk lebih berminat mempelajari subjek Sains.
Hal ini kerana elemen-elemen kartun yang merupakan perkara kegemaran mereka
turut diterapkan dalam PdPc. Berdasarkan analisis lembaran kerja konsep kartun pada
fasa ‘explain’, tahap pemahaman murid bagi tajuk ahli sistem Suria telah
menunjukkan perubahan yang positif kerana lebih ramai murid dapat menulis peranan
setiap ahli sistem Suria tersebut dengan tepat beserta dengan huraian yang betul.
Justeru, dapat dirumuskan bahawa konsep kartun ini sangat membantu murid dalam
memperbetulkan masalah miskonsepsi mereka bagi tajuk ahli sistem Suria. Dapatan
kajian ini adalah bertepatan dengan kajian Norfarah, Mohd Ali, & Chong (2019) yang
turut menyatakan bahawa penggunaan konsep kartun mempengaruhi perubahan diri
yang positif dalam kalangan muridnya. Pada masa yang sama juga, konsep kartun ini
telah berupaya meningkatkan keyakinan diri murid-murid dalam menyuarakan
pendapat mereka bagi sesebuah konsep Sains dalam keadaan yang tidak memberikan
tekanan terhadap mereka iaitu dalam bentuk penulisan pada lembaran kerja konsep
kartun tersebut (Norfarah et al, 2019). Perkara ini turut mendapat perhatian
penyelidik juga apabila lebih ramai murid bersifat lebih terbuka untuk berkongsi
pemahaman mereka pada lembaran kerja konsep kartun ini. Jadi, penemuan kajian
terdahulu juga dapat ditemukan pada penyelidikan kali ini. Maka, penggunaan konsep
kartun ini terbukti membantu para guru dalam mengesan tahap semasa pemahaman
murid bagi sesuatu konsep Sains tersebut tanpa menyebabkan murid berasa rendah
diri ataupun malu dengan pemahaman semasa tersebut. Seterusnya, penyelesaian oleh
Ormanci dan Sasmaz-Oren (2011) iaitu membina kriteria penskoran telah
membuktikan bahawa penggunaan kaedah konsep kartun ini dapat dijadikan sebagai
salah satu alternatif lain untuk penilaian murid. Kaedah penilaian ini membantu para
guru dalam memberikan nilai markah yang sewajarnya kepada setiap jawapan murid.
Justeru, penggunaan kaedah konsep kartun ini wajar dipraktikkan oleh ramai guru
Sains.

Cadangan Tindakan Susulan

Penyelidikan ini perlu diteruskan lagi pada masa hadapan bagi menambah baik
penemuan-penemuan sedia ada. Tambahan pula, dapatan penyelidik ini mendapati
bahawa penggunaan kaedah konsep kartun dalam pembelajaran tajuk ahli sistem
Suria telah menunjukkan perubahan yang positif dalam kalangan murid bagi aspek
pemahaman mereka terhadap sesebuah topik tertentu. Para murid kelihatan lebih
menikmati masa pembelajaran di dalam bilik darjah apabila kaedah konsep kartun ini
digunakan walaupun pada mulanya mereka kelihatan terkial-kial dan mengambil
masa untuk memahami lembaran kerja konsep kartun yang diedarkan oleh
penyelidik. Beberapa cadangan penambahbaikan wajar diambil kira bagi aspek
kepentingan pendidikan di masa hadapan. Antaranya ialah sesi PdPc yang melibatkan

23

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

penggunaan kaedah konsep kartun pada kali pertama wajar dilaksanakan dalam
beberapa sesi PdPc. Ini adalah untuk membiasakan diri murid-murid dengan kaedah
konsep kartun ini berfungsi kerana kaedah konsep kartun seakan mempunyai format
yang khusus dalam menulis pernyataan tertentu. Oleh itu, proses untuk membiasakan
diri murid dengan perkara baru sebegini sebenarnya mengambil masa untuk murid
faham. Justeru, proses pengulangan aktiviti semasa PdPc adalah amat penting dan
sangat digalakkan untuk dilaksanakan bagi membantu murid memahami sesuatu
konsep Sains dengan lebih jelas lagi. Kaedah ini boleh ditambah baik lagi dengan
digandingkan sekali dengan teknik penyoalan. Teknik penyoalan secara berperingkat
dan berkesan dapat membantu guru mencapai objektif pembelajaran yang telah
mereka tetapkan serta membantu murid untuk lebih menguasai tajuk tersebut (Hao,
2017). Konklusinya, sesebuah penyelidikan tindakan tersebut wajar ditambah baik
dari semasa ke semasa agar bersesuaian dengan keadaan semasa serta kualiti
pendidikan akan bertambah baik dan setaraf dengan pendidikan antarabangsa.

RUJUKAN

Hao Yang. (2017). A research on the effective questioning strategies in class. Science Journal
of Education, 5(4), 158-163. doi:10.11648/j.sjedu .20170504.16

Hisyammudin Abdul Razab & Amir Hamzah Sharaai. (2012). Kaedah nyanyian dalam
mengatasi masalah miskonsepsi dalam kalangan murid tahun 3 dalam topik
magnet.Kertas pembentangan dibentangkan di Persidangan Kebangsaan Pembangunan
dan Pendidikan Lestari 2012. Pulau Pinang, Malaysia.

Ng, H, M. (2018). Penggunaan multimedia untuk meningkatkan penguasaan murid tahun
empat dalam topik ahli sistem suria di Kuching.(Penyelidikan Tindakan yang tidak
diterbitkan). IPG Kampus Batu Lintang.

Norfarah, N., Mohd Ali, S., & Chong, L. Y. (2019). Concept cartoon: a constructivist strategy
to enhance positive attitude towards science in malaysia: an ANCOVA repeated
measures approach. International Journal of Education, Psychology and Counseling,
4(27), 28-40.

Ormanci, U. & Sasmaz-Oren, F. (2011). Assessment of concept cartoons: an exemplary study
on scoring. Procedia Social and Behavioral Science, 15(2011), 3382-3589.

Salih, B. & Mustafa, M. (2010). Developing an instructional material using a concept cartoon
adapted to the 5E model: A sample of teaching erosion. Asia Pacific Forum on Science
Learning and Teaching,11(1), 2-15.

24

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

-3-
MENEROKA PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR) DALAM KALANGAN
GURU-GURU PRASEKOLAH PROGRAM INTERVENSI TAMBAH

OPSYEN (PITO)

Rajmah Othman
Nor Aimi Harun, (PhD)
Hamidah Abdul Hamid
Suzana Abd.Mutalib, (PhD)
Rozana Abdul Rahim, (PhD)

IPG Kampus Sultan Abdul Halim

ABSTRAK

Penularan wabak Covid-19 di Malaysia telah merubah lanskap pendidikan secara
fizikal kepada Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) atas talian. Kajian ini
dilaksanakan untuk memahami bentuk pelaksanaan dan cabaran pengajaran dan
pembelajaran di rumah (PdPR) secara atas talian dalam kalangan guru-guru
prasekolah Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO). Rekabentuk kajian kualitatif
ini menggunakan instrumen temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen untuk
mengumpul data. Peserta kajian terdiri dari 4 orang guru prasekolah yang telah
mengikuti kursus Program Intenvensi Tambah Opsyen (PITO) di sebuah kampus
Institut Pendidikan Guru di utara Semenanjung Malaysia. Dapatan kajian menunjukan
terdapat dua bentuk kaedah pengajaran dan pembelajaran PdPR yang telah digunakan
oleh peserta kajian iaitu pengajaran berasaskan modul berstruktur dan berasaskan
projek. Cabaran yang dihadapi oleh keempat-empat peserta kajian melaksanakan
PdPR adalah berkaitan capaian internet, keseragaman masa PdPR dan komunikasi.
Dari segi implikasi, menunjukkan guru-guru PITO prasekolah masih kurang bersedia
dalam melaksanakan PdPR atas talian. Justeru, perancangan yang lebih mantap harus
dibangunkan segera bagi menjadikan PdPR atas talian menjadi lebih efisyen.

Kata kunci: Program Intenvensi Tambah Opsyen (PITO), Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR), atas talian, prasekolah

25

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

ABSTRACT

The spread of the Covid-19 epidemic in Malaysia has transformed the physical
education landscape to online Teaching and Learning at Home (PdPR). This study
was conducted to understand the forms of implementation and challenges of online
home teaching and learning (PdPR) among preschool teachers of the Program
Intenvensi Tambah Opsyen (PITO). This qualitative study design used interview,
observation and document analysis instruments to collect data. The study
participants consisted of 4 preschool teachers who had attended the Additional
Option Intervention Program (PITO) course at a campus of the Institute of Teacher
Education in the north of Peninsular Malaysia. The findings of the study show that
there are two forms of teaching and learning methods of PdPR that have been used
by the study participants, namely structured module -based teaching and project -
based. The challenges faced by the four study participants in implementing pdpr are
related to internet access, uniformity of pdpr time and communication. In terms of
implications, it shows that PITO preschool teachers are still less prepared in
implementing PdPR online. Therefore, more robust planning should be developed
immediately to make online PdPR more efficient.

Keywords: Program Intenvensi Tambah Opsyen (PITO), Home-Based Learning
(HBL), online, preschool

Lanskap kehidupan manusia pada hari ini telah banyak berubah dengan penularan
pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sejak
penularan wabak pandemik Covid-19, dunia menyaksikan peralihan norma baharu
yang sangat drastik yang tidak diketahui bila akan berakhir. Pendemik Covid-19 yang
mencengkam dunia sejak awal tahun 2020 menuntut kepada perubahan besar dalam
pelbagai aspek kehidupan. Bagi mengekang penularan jangkitan Covid 19 ini,
kerajaan telah mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan
dari masa kesemasa berdasarkan situasi pendemik. Namun Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) yang terus berlanjutan telah memberi impak besar kepada pelbagai
sektor termasuk bidang pendidikan sama ada peringkat prasekolah, sekolah rendah,
menengah mahupun pengajian tinggi. Krisis global akibat penularan wabak COVID-
19 ini bukan sahaja menyebabkan pembelajaran dan pengajaran secara konvensional
tertangguh, bahkan menjadikan tugasan guru semakin mencabar apabila mereka perlu
menyesuaikan diri dengan norma kehidupan baharu yang memerlukan satu bentuk
proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) alternatif dilaksanakan (Norehan dan
Mahaliza, 2021)

Menurut Lee, Shu-Shing dan Kalaivani, (2021), suasana luar biasa atau norma baharu
yang berlaku ini memerlukan tindakan yang luar dari kebiasaan. Para guru yang telah
selesa dengan kaedah pengajaran berbentuk konvensional di sekolah bagi
menyampaikan ilmu secara formal dan bersemuka tidak lagi dibenarkan ke sekolah

26

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

sepanjang tempoh PKP. Akibatnya, aktiviti pembelajaran bersemuka tidak dapat
dilaksanakan secara langsung. Keadaan ini memaksa proses Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR) dalam talian dilaksanakan melalui pelbagai platform
teknologi.

Alternatif Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) norma baharu yang perlu dihadapi oleh
semua komuniti pendidikan dilihat memberi impak yang besar dalam kehidupan serta
amalan pembelajaran (Mansor, Zabarani, Jamaludin, Mohd Nor, Alias, Mansor,
2021). Komuniti pendidikan khususnya di Malaysia perlu belajar untuk
mengadaptasi kepada norma baharu berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran di
Rumah (PdPR) yang menuntut kepada penggunaan kaedah pengajaran dan
pembelajaran dalam talian bagi sesi persekolahan. Melalui pelaksanaan pembelajaran
dan pengajaran dalam talian, guru dan murid tidak perlu bertemu secara bersemuka
tetapi hanya melalui ruang maya. PdPR merujuk kepada aktiviti pengajaran dan
pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan di rumah atau pusat komuniti atau di mana-
mana lokasi yang bersesuaian. PdPR yang dilaksanakan dalam talian dan/ atau luar
talian dan/ atau off-site dengan berstruktur dan terancang bertujuan memastikan
murid-murid mendapat akses penuh kepada pendidikan. Tujuannya adalah bagi
mengelakkan terjejasnya kualiti pendidikan kepada kanak-kanak dan remaja di
Malaysia yang secara asasnya memerlukan pendidikan yang terbaik ketika di usia
mereka (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2020).

PERNYATAAN MASALAH

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) menetapkan setiap murid
mendapat akses kepada pendidikan untuk mencapai potensi diri bagi menghadapi
kehidupan masa hadapan (KPM 2013). Oleh itu, murid berhak mendapat peluang
mengikuti pendidikan, meskipun mereka tidak dapat hadir ke sekolah. Bagi
beradaptasi dengan situasi pendemik yang dihadapi, satu bentuk manual Pengajaran
dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) telah dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia sebagai alternatif pembelajaran norma baharu (KPM, 2020). Justeru, guru
prasekolah atau tadika tidak terkecuali dalam melaksanakan manual Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara atas talian.

Namun, kajian-kajian terdahulu mendapati, guru-guru menghadapi kekangan yang
besar dalam melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Dapatan
kajian Briliannur, Aisyah, Uswatun, Abdy dan Hidayatur (2020), membuktikan
bahawa keupayaan guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara atas
talian kurang efektif disebabkan kekurangan kemahiran, fasiliti dan infrastruktur
dalam persekitaran pendidikan. Siva, Rabindarang dan Vimala, Arjunan (2021) turut
menggariskan beberapa kekangan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
di rumah (PdPR) dengan melihat dari aspek pendekatan, manual kursus, webinar,
gajet dan lain-lain sumber sokongan. Norehan dan Mahaliza, (2021) pula

27

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

membangkitkan soal pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP)
yang digunakan dan menuntut agar para guru lebih kreatif dan positif dengan
mengambil kira kesesuaian kemudahan persekitan murid. Malah Siti Balqis dan
Muniroh, (2020) turut mengaitkan kelemahan tersebut telah memberi kesan terhadap
minat dan kesediaan pelajar terhadap pembelajaran PdPR atas talian.

Dari aspek emosi, Hapini et.al (2020) telah membincangkan tentang kerisauan yang
dilalui oleh para pendidik disebabkan cabaran-cabaran yang terpaksa dilalui sewaktu
melaksanakan pengajaran melalui teknologi maklumat. Dapatan kajian mereka
menunjukkan proses peralihan medium pembelelajaran dari konvesional kepada
berbentuk ICT masih gagal menghilangkan kerisauan dalam kalangan guru
memandangkan statistik lampau menunjukkan kadar keyakinan dan penggunaan
pelantar talian yang sangat rendah. Masalah tersebut berpunca daripada beberapa
kelemahan dan cabaran yang gagal ditangani dengan baik semasa pelaksanaannya.

Oleh itu, cabaran yang wujud dalam melaksanakan PdPR secara maya menuntut
semua pemegang taruh termasuk guru melakukan penambahbaikkan dalam aspek
amalan pengajaran dan pengetahuan (Norazlin dan Siti Rahaimah,2019). Justeru,
kajian ini penting untuk ditadbirkan bagi meneroka kaedah-kaedah pengajaran dalam
talian yang diaplikasikan, dan memahami cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru-
guru prasekolah sewaktu melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
(PdPR) secara atas talian.

Objektif Kajian

1. Meneroka kaedah yang digunakan dalam melaksanakan proses PdPR kepada
murid-murid prasekolah.

2. Memahami bentuk cabaran dalam melaksanakan proses PdPR kepada murid-
murid prasekolah.

Persoalan Kajian

1. Apakah kaedah yang digunakan dalam melaksanakan proses PdPR kepada
murid-murid prasekolah?

2. Bagaimanakah bentuk cabaran dalam melaksanakan proses PdPR kepada
murid-murid prasekolah?

METODOLOGI KAJIAN

Rekabentuk kajian kualitatif telah digunakan dalam kajian ini kerana bersesuaian
dengan objektif dan persoalan kajian untuk meneroka pelaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR) dalam kalangan guru-guru Prasekolah Program
Intervensi Tambah Opsyen (PITO). Ghazali dan Sufean (2016) mencadangkan kajian

28

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

bersifat penerokaan amat sesuai menggunakan rekabentuk kualitatif bagi memahami
punca fenomena secara terperinci. Cadangan tersebut turut disokong oleh Braun dan
Clarke (2013), dengan menjelaskan bahawa penyelidikan kualitatif mampu melihat
isu daripada pelbagai perspektif yang berbeza dengan menggunakan kaedah
pengumpulan data yang pelbagai.

Bagi memahami pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) di
peringkat prasekolah, penyelidik telah memilih empat orang guru Prasekolah
Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) sebagai sampel bertujuan (purposive
sampling) di lokaliti terpilih sekitar Zon Utara Semenanjung Malaysia. Hal ini selaras
dengan dengan saranan Cresswell (2013) agar penyelidik secara khususnya memilih
individu atau lokasi yang dapat menghuraikan fenomena secara mendalam.

Kajian ini menggunakan tiga instrument pengumpulan data iaitu temu bual separa
struktur, pemerhatian, dan analisis dokumen yang dilakukan secara dalam talian.
Instrumen temu bual separa struktur telah dibina berdasarkan konstruk yang telah
ditentukan agar selari dengan objektif dan persoalan kajian. Analisis dokumen juga
digunakan untuk memperkayakan maklumat bagi menyokong dapatan. Selain itu,
kaedah pemerhatian turut dilakukan secara dalam talian menggunakan aplikasi
Google Meet bagi aktiviti pengajaran yang dilakukan oleh peserta kajian. Penyelidik
telah melakukan analisis transkrip data bagi mengenalpasti tema-tema yang muncul
dari data lapangan dan persembahan dapatan dibuat dalam bentuk deskriptif naratif
dengan memperihalkan semula fenomena yang dihuraikan oleh peserta kajian. Selain
itu, petikan verbatim turut dilakukan untuk menyokong penjelasan fenomena.

DAPATAN KAJIAN

Data dianalisis daripada empat orang peserta kajian iaitu Guru 1, Guru 2, Guru 3 dan
Guru 4.

Apakah Kaedah Yang Digunakan Dalam PdPR

Kaedah PdPR yang menjadi pilihan utama keempat-empat peserta kajian ialah
berasaskan modul. Guru-guru menggunakan modul berstruktur untuk memenuhi
keperluan dalam tunjang pembelajaran. Mereka menyediakan sendiri modul
mengikut enam tunjang pembelajaran. Modul disediakan kerana pihak KPM tidak
membenarkan buku aktiviti digunakan sebagai latihan dalam kelas termasuk kelas
PdPR. Murid-murid boleh menggunakan modul bila-bila masa sahaja dan terikat pada
masa PdP. Kaedah modul sangat berkesan terutama murid yang ibu bapa mereka
bekerja; tidak dapat menyertai google meet. Murid boleh merujuk video PdP yang
dihantar oleh guru dalam whatsapp kelas. Murid-murid yang kurang faham dalam
google meet juga boleh menonton berulangkali video yang guru hantar untuk
memahami sesuatu topik. Guru 1 menjelaskan, “modul sangat berguna dimana murid-

29

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

murid sendiri menulis dan membuat latihan yang saya berikan, ini membantu
pembelajaran mereka jadi lebih berkesan” (Int. Guru1).

Selain itu, kaedah modul sangat sesuai dalam musim pandemik ini kerana bukan
semua murid dapat mengikuti kaedah online dan hampir 95% murid tidak mempunyai
kemudahan mencetak bahan dirumah. Oleh sebab itu, guru dan murid masing-masing
memaksimumkan penggunaan modul sebagai latihan dan menyiapkan latihan
tersebut serta akan menyerahkan modul pembelajaran untuk penyemakkan guru.

Kaedah berasaskan projek dilaksanakan mengikut tunjang pembelajaran dengan
mengabungkan beberapa tunjang semasa pelaksanaannya. sebagai contoh guru1
menggunakan kaedah berasaskan projek untuk membina empat projek PdPR
sempena bulan kemerdekaan ini. projek yang beliau laksanakan ialah projek Reka
Cipta Inovasi 3R, Nyanyian Lagu Patrotik Tiktok Merdeka, Fesyen Busana Merdeka,
dan Mewarna Poster Merdeka. Beliau menjelaskan,

“Saya telah memberi tajuk kepada murid dan membimbing murid
untuk mengenal pasti kaedah menyiapkan projek yang diberikan
Saya juga membimbing murid untuk mengenal pasti bahan,
peralatan dan kos yang diperlukan; menentukan jangka masa
menyiapkan projek; membimbing murid menyelesaikan projek
dan membentangkan hasil projek” (Int. Guru1).

Kaedah berasaskan projek ini sangat menarik, di mana murid-murid belajar sambil
membuat aktiviti. Murid-murid menjadi berani untuk menyampaikan persembahan
mereka. Kaedah projek ini juga perlukan bimbingan ibu bapa dan mereka dapat
memahami pembelajaran anak-anak dengan baik. melalui kaedah berasaskan projek,
bakat murid seperti menyanyi, mewarna, penampilan diri dapat dipertingkatkan.
Kaedah berasaskan dapat memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh.
Guru 2 menjelaskan bahawa beliau menjalankan kaedah berasaskan projek seperti
menghasilkan kereta dari bahan kitar semula, projek menghasilkan makanan sihat
seperti sandwich dan burger sihat daripada roti sandwich. ibu bapa akan mengambil
video ketika murid menjalankan projek dan memuatnaik dalam whatsapp kelas.

Guru 3 turut menggunakan kaedah berasaskan projek dengan memberikan tajuk yang
sesuai dengan kemahiran sedia ada murid serta bahan yang mudah diperoleh dari
persekitaran mereka. Beliau selesa menggunakan bahan kitar semula agar tidak
membebankan kewangan serta mudah diperoleh untuk dilaksanakan. kesemua guru
memberikan ruang masa tambahan seminggu untuk murid-murid menyiapkan projek
masing-masing.

30

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Apakah Cabaran Yang Dihadapi Dalam Melaksanakan PdPR

Analisis mendapati keempat-empat orang guru menghadapi masalah yang sama
berkaitan capaian internet, keseragaman masa PdPR dan komunikasi. Masalah yang
dihadapi bukan sahaja dari pihak guru, malahan turut dialami semua pihak termasuk
murid dan ibu bapa.

Masalah capaian internet dialami oleh murid-murid tertentu. walaupun bilangan
dalam kumpulan ini tidak mencapai lebih tiga puluh peratus (30%) dari jumlah
keseluruhan murid, namun ia menjejaskan peluang mereka kepada pembelajaran.
Kumpulan ini tidak mempunyai capaian dan kemudahan internet di rumah
menggunakan data telefon dan adakalanya terganggu talian apabila pdp secara atas
tatian dijalankan. Masalah capaian internet diselesaikan dengan alternatif lain seperti
menyediakan modul untuk membuat aktiviti. Guru juga menghantar video pengajaran
dalam kumpulan Whatsapp. Ibubapa boleh memuat naik video pembelajaran dan
menggunakanya untuk membimbing kanak-kanak menjalani aktiviti pada bila-bila
masa.

Selain masalah capaian internert, alat berkaitan PdPR seperti telefon pintar, komputer
juga menimbulkan cabaran. Hal ini kerana melalui PdPR, tiada pengajaran bersemuka
secara fizikal dapat berlaku, pengajaran bersemuka PdPR adalah menggunakan
medium gajet seperti telefon dan komputer. Terdapat keluarga murid yang
mempunyai hanya satu telefon dan meninmbulkan kesukaran kerana fungsi telefon
kepada seluruh keluarga telah bertambah bukan sahaja terhad sebagai perhubungan
urusan seharian keluarga malahan telah menjadi medium pembelajaran. hal ini
menimbulkan kesukaran akibat penambahan fungsi telefon itu. Terdapat telefon yang
berbingkai saiz kecil yang mengakibatkan paparan kurang jelas. Keadaan ini
menyebabkan murid terima gambar dan video kurang jelas, kurang dapat melihat
paparan lembaran kerja atau gambar kurang jelas

Kekangan yang dihadapi oleh guru pula ialah perubahan platform penyampaian
pengajaran. Guru tidak boleh bergantung pada kaedah tradisional dan perlu
menggunakan teknologi dan menyampaikan pengajaran secara maya menggunakan
platform khas tersedia untuk digunakan seperti Google Meet, Google Classroom,
Zoom, WhatApps, Telegram dan sebagainya. Guru 1 bersetuju bahawa pihak KPM
telah memberikan kursus dan bengkel melalui webinar untuk menambahkan ilmu
pengetahuan dalam penggunaan ICT kepada gurur-guru. melalui pengetahuan ini,
guru 1 telah mengaplikasikan untuk mengadakan kelas google meet sebanyak dua kali
sehari iaitu pada pagi 10.00-11.00 dan 7.00 - 8.00 malam untuk memaksimumkan
penglibatan dan kemenjadian murid-murid beliau. Beliau sangat bertuah kerana
mendapat kerjasama ibu bapa dalam memastikan kehadiran anak-anak mereka dalam
kelas google meet yang dijalankan. Hal yang sama tidak berlaku bagi Guru 2, Guru 3
dan Guru 4, mereka menghadapi masalah untuk mendapatkan penyertaan murid

31

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

dalam kelas bersemuka melalui google meet, hal ini menyebabkan mereka mengubah
mod penyampaian kepada platform yang lain kepada penggunaan modul
pembelajaran.

PERBINCANGAN

Aspirasi yang terkandung di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025 berkehendakkan semua murid mendapat akses pendidikan yang
berterusan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Justeru, pengajaran dan
pembelajaran di rumah (PdPR) telah dilaksanakan dalam tempoh pandemik yang
merupakan kesinambungan dari Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025. Merujuk paradigma baharu yang perlu diadaptasi dalam pengajaran dan
pembelajaran di rumah, guru dan murid mesti menguasai pelbagai pengetahuan dan
kemahiran baharu yang lebih kreatif dalam melaksanakan kaedah pengajaran dan
pembelajaran di rumah. Menurut Norehan dan Mahaliza, (2021), guru perlu
mempertimbangkan kaedah pembelajaran yang terkini dan kreatif melibatkan
interaksi antara teknologi, pedagogi dan kandungan dalam perancangan pengajaran
dalam talian. Guru harus melepaskan ideologi pemikiran pengajaran berbentuk
konvosional dan mula melihat kepada potensi pembelajaran dalam talian yang lebih
positif. Kecekapan guru amat dituntut dalam mewujudkan pengalaman belajar yang
dapat menarik minat murid merangkumi kemahiran, emosi dan cara belajar.
Kecekapan ini dapat dilihat dalam dapatan kajian apabila guru telah melaksanakan
tiga bentuk kaedah pengajaran dan pembelajaran PdPR, iaitu pembelajaran terarah
secara bersemuka dan pembelajaran terarah tidak bersemuka sewaktu menggunakan
kaedah modul berstruktur. Manakala pembelajaran kendiri tidak bersemuka dan tidak
segerak pula dapat dilihat melalui kerja-kerja projek yang dilakukan di rumah oleh
pelajar. Keadaan ini jelas menunjukan bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang dirancang secara sistematik dan mesra pelajar adalah kunci kejayaan PdPR
(Mansor, Zabarani, Jamaludin, Mohd Nor, Alias, Mansor, (2021). Dapatan kajian ini
turut selari dengan pandangan Siti Balqis Mahlan, Muniroh Hamat, (2020) bahawa
guru sememangnya mempunyai pandangan yang positif terhadap elemen
pembaharuan dalam pendidikan, namun, mereka masih perlu melakukan
penambahbaikkan dalam amalan pengajaran.

Selain itu, impak pendemik Covid-19 juga telah mewujudkan cabaran baharu dalam
tugas mengajar para guru (Sumitra Pokhrel dan Roshan Chetri, 2021). Cabaran yang
dihadapi oleh guru prasekolah dalam melaksanakan PdPR dalam kajian ini lebih
menjurus kapada memastikan keberadaan murid semasa kelas berlangsung, diikuti
dengan cabaran dalam menyesuaikan kaedah pengajaran dengan keperluan dan
kesediaan murid, di samping memastikan murid memberi tumpuan, murid faham,
murid seronok belajar. Selain itu, masalah kestabilan internet, kebolehgunaan peranti
mengajar seperti komputer, telefon, komputer tablet dalam kalangan murid, sokongan
ibu bapa dan keprihatinan kepimpinan sekolah merupakan faktor yang menggugat

32

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

semangat dan kredibiliti guru. Hal ini bertepatan dengan pandangan Briliannur,
Aisyah, Uswatun, Abdy, Hidayatur (2020) bahawa kekurangan dari segi fasiliti,
infrastruktur dan kesediaan teknologi telah menjadikan cabaran besar dan menjadikan
PdPR atas talian menjadi kurang efektif.

KESIMPULAN

Secara keseluruhan, kajian mendapati guru prasekolah bersedia dan fleksibel dengan
perubahan dalam persekitaran pendidikan, namun kekurangan kemahiran, latihan dan
insfastruktur memberi cabaran besar kepada para pendidik untuk menjayakan PdPR
atas talian. Selain itu, faktor sokongan dan latihan serta bimbingan yang berterusan
sangat diperlukan dalam melaksanakan PdPR dalam tempoh pendemik Covid-19.
Hasil dapatan kajian ini dapat harap dapat menggerakkan pemegang taruh agar lebih
proaktif dalam membantu guru, serta dapat merancang intervensi strategik terbaik
bagi mencapai hasil yang positif dalam perlaksanaan PdPR atas talian dalam sistem
pendidikan Malaysia.

RUJUKAN

Braun, V. & Clarke, V. (2013). Successful qualitative research. London: SAGE Publications.
Briliannur Dwi C, Aisyah Amelia, Uswatun Hasanah, Abdy Mahesha Putra, Hidayatur

Rahman (2020) Analisis Keefektifan Pembelajaran Online di Masa Pandemi Covid-
19. MAHAGURU. Jurnal Pendidikan guru sekolah Dasar. Universitas Trunojoyo
Madura, (1).1-30
Creswell, J. W. (2013). Qualitative inquiry & research design. Thousand Oaks, California:
SAGE Publications.
Ghazali Darusalam dan Sufean Hussin. (2016). Metodologi penyelidikan dalam pendidikan.
Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Hapini Awang, Zahurin Mat Aji, Wan Rozaini Sheik Osman, Erwani Kamaruddin, Abdul
Razak F. Shahatha Al-Mashhadani & Shakiroh Khamis (2020). Cabaran Dalam
Melaksanakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi: Analisis Kes Persekitaran
Pembelajaran Maya-Frog Serta Strategi Untuk Melestarikan Penggunaan Google
Classroom Dalam Kalangan Guru. Journal of Educational Research and Indigenous
Studies. Volume: 1 (1), 13-23.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2020). Manual Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah.
Putra Jaya. KPM.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025. Putrajaya. KPM
Lee Y. T., Shu-Shing L., Kalaivani R. (2021). Implementation of Online Home-Based
Learning and Students’Engagement During the COVID-19 Pandemic: A Case Study
of Singapore Mathematics Teachers. Asia-Pacific Edu Res (2021) 30(3):299–310
Mansor, A.N, Zabarani, N.H., Jamaludin, K.A.; Mohd Nor, M.Y, Alias, B.S.; Mansor, A.Z.
(2021). Home-Based Learning (HBL) TeacherReadiness Scale: Instrument
Development and Demographic. Vol.13. 222
Norehan Mohd Nasir dan Mahaliza Mansor (2021). Cabaran Guru dalam
MelaksanakanPengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR): Suatu Pemerhatian

33

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Awal. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), Volume 6,
Issue 7. 416 – 421.
Siti Balqis Mahlan, Muniroh Hamat (2020). Pengajaran dan pembelajaran dalam talian
semasa perintah kawalan pergerakan. Pulau Pinang. Universiti Teknologi MARA
Cawangan Pulau Pinang.
Sumitra Pokhre and Roshan Chhetri (2021). A Literature Review on Impact of COVID-
19Pandemic on Teaching and Learning. Higher Education for the Future 8(1) 133–
141.
Siva, Rabindarang dan Vimala, Arjunan (2021). Paradigma Baharu PdPR: Satu Sorotan
Kajian. ASIAN PENDIDIKAN VOL. 2 NO. 1 (2021) P. 19– 24

34

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

-4-
KAPASITI PEDAGOGI PEMBELAJARAN BERMAKNA (KPPB):
TAHAP KEFAHAMAN PENSYARAH IPG KAMPUS DARULAMAN

Mahaya binti Salleh (Ph.D)
Azizah binti Sarkowi (Ph.D)
Fatahiyah binti Elias (Ph.D)

IPG Kampus Darulaman

[email protected]

ABSTRAK

Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) telah dilaksanakan di Institut
Pendidikan Guru Kampus Darulaman sejak Ogos 2019. Cabaran utama untuk
pensyarah adalah aspek kefahaman. Hal ini menimbulkan kesukaran dalam
melaksanakan kurikulum berasaskan KPPB dalam pengajaran dan pembelajaran
(PdP) serta pentaksiran di IPG. Justeru, kajian ini memfokuskan kepada status
kefahaman dan pengaruh pelaksanaan KPPB terhadap tahap kefahaman tersebut di
IPG Kampus Darulaman. Selain itu, kajian ini turut mengenal pasti perbezaan antara
tahap kefahaman pensyarah terhadap elemen-elemen KPPB berdasarkan jumlah
latihan yang diikuti. Kajian tinjauan secara dalam talian ini dilaksanakan terhadap
118 orang pensyarah di IPG Kampus Darulaman. Soal selidik dalam bentuk google
form mengandungi dua bahagian iaitu demografi dan maklumat umum berkaitan
KPPB iaitu kefahaman tentang elemen merungkai dan merangkai standard, Idea
Utama (The Big Idea), Soalan-soalan Penting (Essential Questions), Model
Rekabentuk Pembelajaran (MRP), Model Pembelajaran Pelajar (MPP), Model 3E
(Engage, Enhance,Extend), Model 3R (Rigor, Relevance, Relationship) dan Model
kompetensi 6C (Character, Citizenship, Creative, Critical Thinking, Communication,
Collaboration). Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi T-Test dan ANOVA
berbantukan perisian SPSS 20.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap
kefahaman pensyarah adalah tinggi (M=4.01, SP= 0.67) terhadap Backward Design
(merungkai, merangkai, idea utama dan soalan penting). Manakala tahap kefahaman
pensyarah adalah sederhana tinggi (M=3.74, SP=0.77) bagi lima model (MRP, MPM,
3E, 3R, 6C) dalam KPPB. Analisis T-Test menunjukkan terdapat perbezaan min
yang signifikan terhadap tahap kefahaman apabila lebih 90 peratus pensyarah
melaksanakan KPPB di dalam PdP dan Pentaksiran. Analisis ANOVA pula
menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara jumlah latihan dengan tahap

35

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

kefahaman pensyarah. Kajian ini dapat memberi input kepada tindakan
penambahbaikan pelaksanaan KPPB di IPG kampus Darulaman.

Kata kunci: Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna, Backward Design, Model-
model KPPB, pendidikan guru

Pelan Pembangunan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025) merupakan satu
inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia bagi melahirkan murid yang mempunyai
daya saing di peringkat global. Bagi menzahirkan aspirasi sekolah yang berkualiti dan
kemenjadian murid yang digariskan dalam PPPM 2013-2025, Program Transformasi
Sekolah 2025 (TS25) telah dilaksanakan sebagai satu pemacu bagi mencapai hasrat
pendidikan di Malaysia. Bertitik tolak dari itu, projek New Pedagogies for Deep
Learning (NPDL) (Fullan, Quinn, & McEachen, 2018) telah digerakkan oleh Institut
Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) sebagai peneraju pembelajaran bermakna.
Pelaksanaan projek NPDL melibatkan beberapa negara lain di seluruh dunia
antaranya Australia, Kanada, New Zealand, Amerika Syarikat, Finland dan Uruguay
bermatlamatkan pembelajaran bermakna dalam kalangan pelajar (A Global
Partnership, 2021).

Perkembangan teknologi digital yang bersifat ubiquitous pada masa kini mewujudkan
satu peluang terbaik untuk memantapkan pembudayaan pembelajaran bermakna
secara lebih terancang dan menyeluruh. Bermula pada bulan Februari 2018, projek
rintis NPDL telah dijalankan di IPG Kampus Pendidikan Teknik, IPG Kampus Ipoh
dan IPG Kampus Pulau Pinang. Setahun selepas itu, iaitu pada bulan Februari 2019,
NPDL telah dijenamakan semula kepada Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna
(KPPB) bagi menyesuaikan konsep KPPB yang bersesuaian dengan sistem dan
lanskap pendidikan guru di IPG.

Pelaksanaan KPPB di IPG Kampus Darulaman pula telah dilaksanakan melalui
projek rintis pada semester Jun 2019. Projek rintis ini telah melibatkan 5 jabatan
akademik, 21 orang pensyarah, 438 orang pelajar (24 kumpulan) daripada Tahun
1/Sem. 1 dan Tahun 2/Sem. 1. Fasa persediaan bagi pelaksanaan projek ini telah
bermula seawal 18 hingga 21 Mac 2019 bagi mempersiapkan pensyarah dengan
pengetahuan dan kemahiran KPPB. Kursus peringkat kedua pula telah dijalankan
pada 9 – 11 April 2019. Kedua-dua kursus ini dilaksankan oleh Jurulatih yang dilantik
oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia. Bertitik tolak daripada itu, jawatankuasa
KPPB telah ditubuhkan di peringkat IPG kampus Darulaman dan mengendalikan
pelbagai kursus kepada pensyarah dan pelajar pada setiap semester pengajian.

Sehingga kini pelaksanaan KPPB di IPG Kampus Darulaman telah menjangkau
tempoh 3 tahun. Justeru itu, terdapat keperluan untuk mengenal pasti tentang sejauh
mana tahap kefahaman pensyarah terhadap elemen KPPB. Kajian ini merupakan

36

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

sebahagian daripada proses penilaian bagi mengenal pasti ruang penambahbaikan
bagi memantapkan pelaksanaan KPPB di IPG Kampus Darulaman.

TINJAUAN LITERATUR

Signifikan dalam pembangunan pendidikan, pelajar perlu melalui amalan pedagogi
secara bermakna. Amalan pedagogi tersebut membimbing murid kepada pengalaman
pembelajaran baharu yang menarik, persekitaran yang kondusif, penglibatan rakan
pembelajaran dan pemanfaatan digital (Fullan, Quinn, & McEachen, 2018).
Pembelajaran bermakna berlaku apabila pelajar menggunakan pengetahuan dan
kemahiran isi kandungan untuk meneroka dan mencipta pengetahuan dan kemahiran
yang baharu serta menggunakannya untuk menyelesaikan masalah di dalam
kehidupan dengan kemahiran pemanfaatan digital (IPGM, 2020).

Perubahan dalam bidang pendidikan semakin mencabar keupayaaan dan peranan
guru untuk menangani keperluan pelajar pada zaman ini. Pelaksanaan KPPB sebagai
pedagogi baru diharapkan dapat mengubah peranan guru untuk menjadi penggerak
pembelajaran. Guru perlu bertindak merancang pengalaman pembelajaran yang
membina kekuatan dan keperluan pelajar, mencipta pengetahuan baru menggunakan
penyelesaian masalah kehidupan sebenar dan membantu semua pelajar mengenal
pasti bakat, tujuan dan minat mereka (Fullan, Quinn, & McEachen, 2018).

Justeru untuk memenuhi keperluan sedemikian pengetahuan dan kemahiran guru
perlu seiring dengan hasil yang diharapkan. Bertitik tolak daripada kesedaran ini, IPG
telah mengambil pendekatan supaya pensyarah melaksanakan KPPB dalam
Pengajaran dan Pembelajaran sebagai amalan terbaik agar dapat membudayakannya
dalam kalangan guru pelatih.Oleh itu adalah penting untuk mengkaji tahap
pengetahuan pensyarah terhadap elemen KPPB supaya pelaksanaan KPPB berjaya
menghasilkan impak yang tinggi dalam kalangan guru pelatih.

Terdapat beberapa kajian yang dilaksanakan oleh pengkaji tempatan untuk melihat
impak pelaksanaan KPPB dalam kalangan guru pelatih di IPG. Antaranya adalah
kajian yang dilaksanakan oleh Ellyza Karim (2019) lebih berbentuk perkongsian
pengalaman pelaksanaan KPPB berdasarkan kepada Model Reka Bentuk
Pembelajaran. Beliau memperincikan pelaksanaan setiap elemen bersama guru
pelatih iaitu amalan pedagogi, rakan pembelajaran, persekitaran pembelajaran dan
pemanfaatan digital untuk menghasilkan pembelajaran bermakna. Fokus kajian
adalah lebih kepada perubahan daripada pedagogi lama kepada pedagogi baru serta
kesan kepada pembelajaran pelajar. Kajian ini menyarankan supaya pensyarah
bersedia menghadapi transformasi mencabar dalam bidang pendidikan. Oleh itu
dalam erti kata lain pensyarah perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
berkaitan KPPB.

37

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Kajian oleh Saifudin Azam Shah Ahmad, Mahaya Salleh, Azizah Sarkowi dan Mohd
Fairuz Jafar (2020) memfokuskan kepada pembentukan Model Pembelajaran Pelajar
(MPP) menerusi pedagogi inovasi iaitu Inovasi Pedagogi Mobile Flipped Classroom
Sarana Komuniti (MFC SaKom). Pedagogi inovasi didapati telah membantu
pembentukan model pembelajaran pelajar dengan bantuan elemen pemanfaatan
digital. Hal ini telah memberi impak positif kepada pembelajaran pelajar. Kajian ini
menunjukkan ibu bapa, guru dan pelajar sebagai rakan pembelajaran yang
menyumbang kepada aspek perhubungan dalam MPP dalam merangsang
pembelajaran dan pembinaan pengetahuan baru pelajar.

Banyak kajian kes yang dilaporkan oleh A Global Partnership (2019) mempamerkan
pengalaman pembelajaran pelajar melalui aktiviti yang dirancang berpandukan
elemen KPPB bagi memperoleh pembelajaran bermakna yang berkaitan dengan
realiti kehidupan mereka. Contohnya, berkaitan dengan elemen 6C iaitu
kewarganegaraan di mana pelajar daripada sebuah sekolah di Australia telah
membantu membina perpustakaan mini di salah satu tempat di Malaysia. Amalan
KPPB ini telah meluaskan jaringan dan jalinan pelajar tanpa mengira sempadan serta
berkait rapat dengan elemen kesepunyaan dalam MPP.

Sebenarnya masih banyak perkara perlu dipelajari tentang KPPB supaya pensyarah
lebih mahir dan kompeten dalam penggunaan teknologi maklumat. Penyelidikan
berasaskan bukti masih diperlukan untuk lebih memahami kesan positif pedagogi ini
bagi penggunaan di dalam bilik darjah. Pelaksanaan KPPB menerapkan pendekatan
yang berbeza untuk mengajar, belajar, dan mentaksir secara menyeluruh dan holistik
di samping menghubungkan dengan perkara yang relevan dengan dunia di sekeliling
kita.

Proses Pelaksanaan KPPB di IPG

Peringkat awal proses pelaksanaan KPPB bermula dengan bengke Bimbingan
Perancangan Kurikulum (BPK) dan KPPB iaitu dua minggu sebelum kuliah bermula.
Bengkel selama dua hari ini merupakan suatu proses pensyarah melalui peringkat
perancangan yang melibatkan tiga peringkat dalam elemen Backward Design.
Konsep backward design ialah satu strategi merekabentuk pembelajaran yang
berorientasikan kepada pencapaian hasil pembelajaran yang dihasratkan. Proses
mengundur (backward) bermaksud menetapkan kaedah pentaksiran terlebih dahulu
bagi mengenal pasti bukti atau indikator hasil pembelajaran tertentu yang bermula
dengan penentuan hasil pembelajaran (Wiggin & McThye, 1998).

Peringkat pertama memerlukan pensyarah memperlihatkan konsep kejelasan mereka
terhadap kurikulum melalui proses merungkai dan merangkai kurikulum. Kejelasan
merupakan antara komponen utama dalam memastikan penglibatan pelajar dalam
pembelajaran (Fisher, Frey, Guaglia, Smith & Lande, 2017). Proses kejelasan

38

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

memerlukan pensyarah lebih menguasai dan memahami keseluruhan kursus yang
diajar seperti Hasil Pembelajaran Kursus (HPK), pengetahuan dan kemahiran yang
perlu disampaikan kepada pelajar serta kriteria kejayaan yang perlu dicapai.
Ringkasnya, pensyarah perlu tahu kandungan yang pelajar perlu belajar, tahu
bagaimana cara pelajar belajar, tahu cara menyampaikan ilmu yang pelajar perlu
belajar dan tahu membina kriteria kejayaan pelajar. Pada peringkat ini pensyarah
terlibat membentangkan templat merungkai standard bagi kursus masing-masing
mengikut tahun pengajian serta berbincang bersama-sama dengan kursus-kursus lain
untuk menentukan idea utama yang mewakili konsep interdisiplin bagi semester
berkenaan. Soalan-soalan penting dibina mengikut kursus masing-masing
berpandukan kepada idea utama yang telah dipersetujui Bersama.

Peringkat kedua ialah Bukti Pentaksiran dan pensyarah menentukan tugasan
pembelajaran dan pentaksiran berdasarkan Rancangan Maklumat Kursus (RMK) dan
Maklumat Kursus (MK) masing-masing dengan merujuk kepada Hasil Pembelajaran
Kursus (HPK). Bentuk-bentuk bukti pentaksiran turut dikemukakan untuk setiap
tugasan yang dirancang seperti video rakaman, google form, google classroom,
senarai semak, rubrik dan sebagainya. Model-model interdisiplin dan intradisiplin
KPPB telah dibina untuk memudahkan pensyarah merancang pelan pembelajaran
bermakna.

Pada peringkat ketiga ialah Pelan Pembelajaran Bermakna. Perancangan di peringkat
ini mengambil kira konsep WHERE TO iaitu Where - Ke mana arah tujuan, Hook -
Menarik minta pelajar, Equip - Membantu pelajar meneroka dan menyelami idea
utama, Rethink - Menyediakan ruang dan peluang untuk pelajar berfikir semula dan
menyemak, Evaluate - Pelajar diberi peluang menilai hasil kerja mereka dan
implikasinya, Tailored - Sesuai dengan pelbagai kebolehan atau latar belakang pelajar
dan Organized - Melibatkan pelajar secara optimum dan berkesan. Strategi pelan
pembelajaran bermakna melibatkan lima model KPPB iaitu MRP, MPP, Model
Kompetensi 6C, Model Pemanfaatan digital iaitu Model 3E (Engage, Enhance dan
Extend) dan Model 3R (Rigor, Relevance, Relationship).

Pensyarah menumpukan kepada penghasilan MRP sebagai panduan dengan
menentukan Amalan Pedagogi, Rakan Pembelajaran, Persekitaran Pembelajaran dan
Pemanfaatan Digital. Empat elemen tersebut sebenarnya telah mempunyai
hubungkait dengan pelaksanaan MPP, Model 3E dan 3R yang membawa kepada
pencapaian kompetensi global 6C. Berikut merupakan perbincangan ringkas tentang
model-model yang terlibat.

Model Pembelajaran Pelajar (MPP)

Model pembelajaran pelajar terdiri daripada tiga komponen utama iaitu Belajar Cara
Belajar, Perhubungan dan Aspirasi (Fullan & Quinn, 2016; Institut Pendidikan Guru

39

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Malaysia, 2018). Strategi pembelajaran melibatkan penglibatan pelajar secara
bermakna sebagai rakan pembelajaran (co-designers & co-learners). Pelajar
mengaplikasi tiga komponen Model Pembelajaran Pelajar iaitu perhubungan, belajar
cara belajar dan aspirasi. Pada masa yang sama, pandangan pelajar dan pandangan
oleh agensi luar juga diambil kira. Strategi ini membolehkan pelajar mencapai hasil
pembelajaran dengan maksimum.

Model Reka bentuk Pembelajaran (MRP)

Model Rekabentuk Pembelajaran diaplikasikan dalam KPPB bagi memastikan
pelajar dapat mencapai hasrat kompetensi global 6C (Fullan, et al., 2018). Dalam
usaha memastikan KPPB dapat dilaksanakan dengan pelbagai entiti dalam
pembelajaran seperti pensyarah, pelajar dan persekitaran pembelajaran, model reka
bentuk pembelajaran dijana bagi mencapai hasrat tersebut. Justeru, empat elemen
diintegrasikan seperti berikut;

i. Rakan Pembelajaran

Kerjasama antara pelabagai entiti dari pelbagai peringkat sama ada tempatan,
kebangsaan atau antara bangsa merupakan dimensi baharu dalam elemen rakan
pembelajaran. Gabungan dan kerjasama memberi kesan kepada pembelajaran yang
bersifat auntentik dan relevan dengan suasana sebenar dalam kehidupan pelajar.
Situasi ini merupakan perubahan yang positif terhadap peranan pelajar dan pensyarah.
Pensyarah berperanan sebagai aktivator, pembina budaya dan kolaborator dalam
mewujudkan suasana pembelajaran yang bermakna. Kerjasama antara pensyarah dan
pelajar dalam mengaplikasikan MPP dapat melahirkan pelajar yang aktif, beraspirasi
dan mengisi suasana pembelajaran sebagai ruang untuk meneroka ilmu. Di samping
itu, rakan pembelaajran turut melibatkan ahli keluarga dan kelompok komuniti.

ii. Persekitaran Pembelajaran

Pelaksanaan KPPB melalui elemen persekitaran pembelajaran adalah menggunakan
ruang pembelajaran yang melangkaui persekitaran dalam bilik darjah fizikal. Elemen
persekitaran tersebut menjelaskan bahawa ia melibatkan persekitaran fizikal dan
maya serta persekitaran yang pelbagai budaya dalam merealisasikan pembelajaran
secara bermakna (Niemi, 2002; Khan, Egbue, Palkie & Madden, 2017). Pedagogi
baharu ini bertindak mengembangkan persekitaran pembelajaran yang merentasi
dinding kelas tradisional dalam membina pengetahuan baharu dan mencorak budaya
pembelajaran terkini (Ellyza Karim 2019). Dalam konteks ini pelajar akan diberi
autonomi dan membina kompetensi apabila menghadapi cabaran semasa
melaksanakan pembelajaran (Bonnett, & Cuypers, 2003). Amalan kolaboratif dengan
pakar dalam pelbagai bidang dari seluruh pelosok tempat yang mengaplikasikan

40

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

teknologi dapat dilaksanakan. Konsep kolaboratif secara khususnya dapat
diaplikasikan di peringkat perancangan, pelaksanaan atau pentaksiran pembelajaran.
iii. Pemanfaatan Digital

Dalam usaha memperkasakan pembelajaran, elemen pemanfaatan digital diberi
penekanan melalui penggunaan alat teknologi. Elemen pemanfaatan digital memberi
ruang pembelajaran secara tradisonal dapat dilaksanakan dengan lancar dan mudah.
Para pelajar berpeluang meneroka ilmu baharu melalui sumber dalam talian dan tanpa
sempadan. Terdapat kajian membuktikan pemanfaatan teknologi digital mampu
meningkatkan kualiti pengalaman pembelajaran pelajar khususnya dalam
penghasilan tugasan (Davis, 1993; Lai 2011; Fullan & Langworthy 2014). Teknologi
digital juga memberi pengalaman pembelajaran yang lebih aktif dan fleksibel melalui
pengamalan pedagogi secara partisipatif (Ellyza Karim, 2019; Lai, 2011).

iv. Amalan Pedagogi

Pensyarah boleh mengintegrasikan pedagogi kontemporari bagi mewujudkan
pembelajaran secara bermakna dan berkesan. Pedagogi ini turut memberi ruang
kepada proses merangkai disiplin ilmu dalam proses meneroka pengalaman dan
pembelajaran dalam dunia sebanar (Fullan, et al., 2018). Peningkatan ilmu dalam
kalangan pelajar dapat direalisasikan melalui pengamalan pedagogi berkesan.

Model 3E

Kerangka Model 3E iaitu Engagement, Enhancement, Extension (Liz Kolb, 2011)
yang direka khas untuk para pendidik bertujuan mengukur sejauh mana alatan digital
diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Model ini membantu penglibatan
pelajar, penambahbaikan dan perluasan dalam mencapai pembelajaran secara
bermakna. Kerangka model ini juga membantu para pendidik untuk memilih strategi
arahan yang lebih berkesan apabila mengintegrasikan pembelajaran dengan alatan
digital.

Model 3R

Konsep Model 3 R iaitu Rigor, Relevance dan Relationship adalah model yang
diaplikasikan dalam KPPB. Rigor merujuk kepada kontinum pengetahuan iaitu
berkaitan sejauh manakah pembelajaran itu dilaksanakan dengan teliti dengan
merujuk kepada penguasaan pengetahuan berdasarkan Taksonomi Bloom. Relevance
merujuk kepada kontinum aplikasi berkaitan sejauh manakah pembelajaran itu dapat
dilaksanakan dan diaplikasi dalam dunia sebenar. Manakala Relationship pula
berkaitan dengan perhubungan pihak-pihak yang terlibat dalam proses pembelajaran
untuk mendapatkan sesuatu ilmu pengetahuan.

41

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Model Kompetensi Global 6C

Pembelajaran bermakna ialah satu proses untuk mencapai hasil pembelajaran iaitu
Kompetensi Global 6C. Pelajar membangunkan Kompetensi Global 6C dan dengan
memanfaatkan digital, pelajar akan dapat mengembangkan kompetensi 6C hingga ke
peringkat global melalui kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna. Enam konsep
utama yang akan membentuk pelajar seiring dengan persekitaran di sekeliling mereka
ketika mereka bergerak ke hadapan dalam kehidupan melalui pelaksanaan KPPB iaitu
creativity, critis, communicative, collaborative, character dan citizenship (Wong,
2018; Halim, 2017).

PENYATAAN MASALAH

Pelaksanaan KPPB di IPG kampus Darulaman telah berlangsung hampir tiga tahun.
Namun begitu masih terdapat beberapa isu yang timbul hasil pemerhatian yang telah
dibuat. Masih terdapat kekeliruan dalam kalangan pensyarah terhadap konsep KPPB
dan beberapa konsep lain yang diperkenalkan oleh IPGM seperti Pentaksiran Bilik
Darjah (PBD), Pembelajaran Berasaskan Projek, Kefahaman Melalui Reka Bentuk
(KMR) dan juga pentaksiran autentik. Kekeliruan juga berlaku terhadap fokus KPPB
sama ada pada pedagogi atau pentaksiran.

Isu penolakan pensyarah terhadap KPPB juga berlaku disebabkan oleh beberapa
faktor antaranya pentaksiran terikat kepada Ringkasan Maklumat Kursus (RMK) dan
Maklumat Kursus (MK) menyebabkan padanan antara kursus berlaku kepada Idea
Utama semata-mata. Selain itu, wujud kesukaran untuk memadankan beberapa
kursus dengan Idea Utama yang sama kerana perbezaan bidang fokus pengetahuan
dan kandungan kursus. Sebilangan pensyarah berpendapat pelaksanaan KPPB tidak
mengurangkan beban tugasan pelajar kerana pentaksiran tidak digabungkan secara
keseluruhan melalui konsep interdisiplin.

Faktor lain yang menyumbang kepada penolakan pensyarah adalah kurang
kefahaman tentang konsep KPPB itu sendiri dan kaedah pelaksanaannya. Realitinya
terdapat lebih kurang 19 aktiviti dilaksanakan dalam tahun 2019 dan 2020/2021untuk
memberi pendedahan kepada fasilitator KPPB dan pensyarah seperti dalam Jadual 1.
Berdasarkan jumlah aktiviti berkaitan KPPB yang dilaksanakan, kefahaman
pensyarah sepatutnya berada pada tahap yang tinggi. Justeru kajian ini penting untuk
mengenal pasti tentang sejauh mana tahap kefahaman pensyarah terhadap elemen
KPPB impak daripada aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan di IPG Kampus
Darulaman. Selain itu keputusan kajian ini boleh digunakan untuk merancang ke
hadapan (way forward) tentang perkara-perkara berkaitan KPPB yang perlu kepada
penambahbaikan.

42

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

Jadual 1: Pelaksanaan Aktiviti KPPB Semester 2 2019 – Semester 1 2021

Bil. Tarikh Aktiviti Anjuran
IPGM
1. 03- 04/03/2019 Kursus NPDL Zon Utara IPGM
2. 09 – 11/04/2019 Bengkel Lanjutan NPDL IPGKDA

3. 26/04/2019 Lawatan penanda aras ke IPGK Pulau IPGKDA
IPGKDA
Pinang
4. 12 – 14/05/2019 Bengkel NPDL peringkat IPG IPGM
IPGM
5. 19/08/2019 Bengkel Penyelarasan NPDL peringakt IPGKDA
IPGKDA
IPG IPGKDA
6. 03 – 04/09/2019 Lawatan sokongan profesional IPGM
IPGKDA
7. 30 -31/10/2019 Lawatan sokongan profesional IPGM
IPGKDA
8. 09/10/2019 Showcase peringkat Zon Utara IPGKDA

9. 03 – 07/11/ 2019 Bengkel NPDL peringkat IPG IPGM

101. 23 – 25/2/2020 Kursus Pemantapan KPPB peringkat IPG IPGM
IPGKDA
(fasilitator)
11 11 – 12/8/2020 Bengkel Kemahiran KPPB dalam IPGKDA

Pembinaan JST IPGKDA

12 03/09/2020 Showcase Maya sesi Jan-Mei 2020 IPGKDA

13 13 – 14/1/2021 Bengkel BPK & KPPB SEM 1 Jan-Mei

2021

14 09/02/2021 Program Sokongan Profesional BPK &

KPPB
15 11 – 12/04/2021 Bengkel Pemantapan KPPB (fasilitator)

16 09/05/2021 Taklimat Persediaan Showcase Maya Bil.

1

17 03/05/2021 Taklimat pelaksanaan Showcase Maya

Bil. 2
18 08 – 9/06/ 2021 Bengkel BPK & KPPB sesi Jun – Okt.

2021

19 16/06/2021 Pelaksanaan Showcase Maya peringkat

IPG

Objektif Kajian

Antara objektif kajian ini adalah seperti berikut:

1. Mengkaji tahap pengetahuan pensyarah tentang elemen Kapasiti Pedagogi
Pembelajaran Bermakna (KPPB) iaitu Konsep Backward Design; Model
Pembelajaran Murid; Model Reka bentuk Pembelajaran; Model 3E (Engage,
Enhance, Extend); Model 3R (Rigor, Relevance dan Relationship) dan Model
Kompetensi Global 6C

2. Menganalisis sama ada terdapat perbezaan min yang signifikan antara:
(a) Tahap kefahaman pensyarah dan pelaksanakan KPPB dalam PdP bagi
elemen Backward Design dan model-model KPPB
(b) Tahap kefahaman pensyarah dan pelaksanakan KPPB dalam Pentaksiran
bagi elemen Backward Design dan model-model KPPB

43

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

(c) Tahap kefahaman pensyarah dan kekerapan mengikuti latihan yang berbeza bagi
elemen Backward Design dan model-model KPPB

Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian, berikut merupakan persoalan kajian yang berkaitan:
1. Apakah tahap pengetahuan pensyarah tentang elemen Kapasiti Pedagogi
Pembelajaran Bermakna (KPPB) iaitu: Konsep Backward Design; Model
Pembelajaran Murid; Model Reka bentuk Pembelajaran; Model 3E (Engage,
Enhance, Extend); Model 3R (Rigor, Relevant, Relationship) dan Model
Kompetensi Global 6C?
2. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan skor min antara:
(a) Tahap kefahaman pensyarah dan pelaksanakan KPPB dalam PdP bagi
elemen Backward Design dan model-model KPPB?
(b) Tahap kefahaman pensyarah dan pelaksanakan KPPB dalam Pentaksiran
bagi elemen Backward Design dan model-model KPPB?
(c) Tahap kefahaman pensyarah dan kekerapan mengikuti latihan yang
berbeza bagi elemen Backward Design dan model-model KPPB?

Soalan kajian kedua menyumbang kepada Hipotesis (Ho) berikut:

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan skor min antara:

(a) Tahap kefahaman pensyarah dan pelaksanaan KPPB dalam PdP bagi
elemen Backward Design dan model-model KPPB?

(b) Tahap kefahaman pensyarah dan pelaksanaan KPPB dalam Pentaksiran
bagi elemen Backward Design dan model-model KPPB?

(c) Tahap kefahaman pensyarah dan kekerapan mengikuti latihan yang
berbeza bagi elemen Backward Design dan model-model KPPB?

Metodologi Kajian

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan (survey) sebagai reka bentuk kajian.
Pendekatan kuantitatif adalah lebih objektif dan tidak memerlukan masa yang
panjang kerana data dikumpul dan dianalisis dengan cepat (Gay et al., 2006). Data
daripada sampel di dalam kajian ini diperoleh dengan menggunakan kaedah
pentadbiran instrumen soal selidik dalam bentuk Google Form secara dalam talian.
Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi iaitu Ujian T sampel tidak bersandar
(Independant sample T-Test) dan Analisis Anova satu hala (one way Anova)
berbantukan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) 20.0.

44

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Persampelan

Sampel kajian terdiri daripada 118 orang pensyarah daripada jabatan akademik di
IPG kampus Darulaman. Kaedah persampelan bertujuan digunakan untuk
membolehkan pengkaji menentukan responden yang sesuai dan khusus dengan tujuan
kajian. Persampelan bertujuan adalah teknik persampelan di mana penyelidik
bergantung pada penilaiannya sendiri ketika memilih anggota populasi untuk
mengambil bahagian dalam kajian ini. Persampelan bertujuan adalah kaedah
persampelan bukan kebarangkalian dan ia berlaku apabila elemen yang dipilih untuk
sampel adalah berdasarkan penilaian pengkaji. Para penyelidik sering percaya
bahawa mereka dapat memperoleh sampel yang representatif dengan menggunakan
pertimbangan yang tepat, yang akan menghasilkan penjimatan masa dan kos (Black,
2010).

Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan instrumen kajian yang diadaptasi daripada kerangka
pembelajaran bermakna oleh Quinn, McEachen, Fullan, Gardner & Drummy (2020).
Instrumen kajian bertujuan untuk mengukur tahap kefahaman pensyarah akademik
terhadap elemen KPPB yang terdiri daripada Konsep Backward Design; Model
Pembelajaran Murid; Model Reka bentuk Pembelajaran; Model 3E (Engage,
Enhance, Extend); Model 3R (Rigor, Relevant, Relationship) dan Model Kompetensi
Global 6C. Instumen ditadbir kepada pensyarah secara dalam talian dalam bentuk
Google Form. Soal selidik berskala likert lima mata terdiri daripada Bahagian A
berkaitan maklumat Demografi dan Bahagian B mengukur tahap kefahaman
pensyarah tentang elemen KPPB iaitu: i. Merungkai dan merangkai standard, ii.Idea
Utama (The Big Idea), iii.Soalan-soalan Penting (Essential Questions), iv.Model
Reka bentuk Pembelajaran (MRP), v.Model Pembelajaran Pelajar (MPP), vi.Model
3E (Engage, Enhance,Extend), vii.Model 3R (Rigor, Relevance, Relationship) dan
viii.Model kompetensi global 6C (Character, Citizenship, Creative, Critical Thinking,
Communication, Collaboration).

DAPATAN KAJIAN

Perbincangan pada bahagian ini untuk membincangkan keputusan analisis deskriptif
dan inferensi untuk menjawab persoalan yang dikemukakan dalam kajian ini. Berikut
merupakan dapatan maklumat demografi responden kajian seperti dalam Jadual 2.
Jumlah responden kajian adalah seramai 118 orang yang terdiri daripada 65 orang
lelaki (55.1%) dan 53 orang perempuan (44.9%). Dapatan juga menunjukkan lebih
daripada 90 peratus pensyarah melaksanakan KPPB dalam PdP dan pentaksiran.
Manakala kekerapan mengikuti kursus sebanyak satu kali adalah paling ramai iaitu
33 orang mewakili 28 peratus, diikuti dengan tiga kali seramai 31 orang (26.3%).
Hanya lima orang responden (4.2%) mengikuti kursus lebih daripada lima kali.

45


Click to View FlipBook Version