The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by skymangrace, 2022-04-03 22:17:55

FULL article eSAHConfEd'21 - Vol. 1

FULL article eSAHConfEd'21 - Vol. 1

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

Seramai 29 orang responden (24.6%) mengikuti kursus lebih daripada tiga kali tetapi
kurang daripada lima kali. Keputusan analisis menunjukkan bahawa semua
responden pernah mengikuti pendedahan tentang KPPB.

Jadua 2: Maklumat demografi responden kajian
Maklumat Demografi (N=118)

Jantina Pelaksanaan KPPB Pelaksanaan Kekerapan
dalam PdP KPPB dalam mengikuti
Pentaksiran bengkel
Lelaki Perempuan Ya Tidak Ya Tidak 1 33(28.0%)
08 107 11 2 20(16.9%)
65 53 110 (6.8%) (90.7%) (9.3%)
3 31(26.3%)
(55.1%) (44.9%) (93.2%) 4 19(16.1%)
5 10 (8.5%)
> 5 5 (4.2%)

Persoalan kajian yang pertama adalah Apakah tahap pengetahuan pensyarah tentang
elemen Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) iaitu: Konsep Backward
Design; Model Pembelajaran Murid; Model Reka bentuk Pembelajaran; Model 3E
(Engage, Enhance, Extend); Model 3R (Rigor, Relevant, Relationship) dan Model
Kompetensi Global 6C? Analisis deskriptif dilaksanakan untuk menjawab persoalan
ini.

Interpretasi skor untuk menentukan tahap kefahaman pensyarah berdasarkan skor
min adalah merujuk kepada jadual penetapan skor oleh Nunnally dan Bernstein
(1994) seperti dalam Jadual 3.

Jadual 3: Interpretasi skor

Skor Min Interpretasi Skor Min
1.00 – 2.00 Rendah
2.01 – 3.00 Sederhana rendah
3.01 – 4.00 Sederhana tnggi
4.01 – 5.00 Tinggi

Sumber: Nunnally dan Bernstein (1994)

Dapatan analisis deskriptif untuk menjawab soalan pertama adalah seperti dalam
Jadual 4.

46

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

Jadual 4: Dapatan Analisis Deskriptif Tahap Kefahaman Pensyarah Terhadap Elemen KPPB

Bil. Item Min Sisihan Piawai Tahap
0.71 Sederhana tinggi
1 Merungkai standard 3.99 0.71 Tinggi
0.70 Tinggi
2 Merangkai standard 4.01 0.72 Sederhana tinggi
3 Idea Utama (Big Idea) 4.07
0.75 Sederhana tinggi
4 Soalan Penting (EQ) 3.97

5 Model Pembelajaran Pelajar 3.86

6 Kerangka 3E 3.64 0.86 Sederhana tinggi
Sederhana tinggi
7 Kerangka 3R 3.67 0.83 Sederhana tinggi
Sederhana tinggi
8 Elemen 6C 3.85 0.81 Tinggi
Sederhana tinggi
9 Reka bentuk Pembelajaran 3.67 0.86

10 Backward Design 4.01 0.67

11 Model-model KPPB 3.74 0.77

Jadual 4 menunjukkan bahawa tahap kefahaman pensyarah adalah tinggi pada item
merangkai standard dan Idea Utama iaitu antara skor min 4.01 dan 4.07. Elemen
merungkai standard dan Soalan Penting berada pada tahap sederhana tinggi iaitu
antara 3.97 dan 3.99. Konsep Backward design yang melibatkan proses peringkat
pertama iaitu merungkai dan merangkai standard, Idea Utama dan Soalan Penting
adalah berada pada tahap yang tinggi iaitu M=4.01, SP=0.67. Keadaan ini
menunjukkan bahawa pensyarah memahami dan jelas tentang kursus masing-masing.
Manakala kefahaman pensyarah bagi model-model KPPB adalah pada tahap
sederhana tinggi iaitu di antara skor min 3.64 dan 3.85. Secara keseluruhan
kefahaman terhadap lima model KPPB adalah pada tahap sederhana tinggi iaitu
M=3.74, SP=0.77. Kefahaman pensyarah terhadap kerangka Model 3E menunjukkan
nilai terendah (M=3.64, SP=0.86) berbanding item-item lain.

Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi iaitu Ujian T sampel tidak bersandar
(Independant sample T-Test) dan Analisis Anova satu hala (one way Anova)
berbantukan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) 20.0 untuk
menjawab persoalan kajian yang kedua.

2(a) Adakah terdapat perbezaan skor min antara tahap kefahaman pensyarah dan
pelaksanaan KPPB dalam PdP bagi elemen Backward Design dan model-model
KPPB? Ujian T sampel tidak bersandar telah dilaksanakan untuk membandingkan
tahap kefahaman pensyarah tentang elemen backward design dan pelaksanaan KPPB
pensyarah di dalam PdP. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan skor min
yang signifikan untuk jawapan “Ya” (M= 4.05, SP=0.63) dan jawapan “Tidak”
(M=3.34, SP=0.79); t(116)=3.03, p=0.03. Keputusan ini menunjukkan bahawa
pelaksanaan KPPB di dalam PdP mempunyai kesan terhadap kefahaman pensyarah
tentang elemen Backward Design. Secara spesifiknya, keputusan ini mencadangkan

47

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

bahawa pelaksanaan KPPB di dalam PdP akan meningkatkan kefahaman pensyarah
tentang elemen Backward Design dan Hipotesis nul ditolak.

Ujian T sampel tidak bersandar bagi tahap kefahaman pensyarah tentang model-
model KPPB dan pelaksanaan KPPB oleh pensyarah di dalam PdP menunjukkan
perbezaan skor min yang signifikan untuk jawapan “Ya” (M= 3.78, SP=0.76) dan
jawapan “Tidak” (M=3.12, SP=0.65); t(116)=2.37, p=0.02. Keputusan ini
menunjukkan bahawa pelaksanaan KPPB di dalam PdP mempunyai kesan terhadap
kefahaman pensyarah tentang model-model KPPB. Secara spesifiknya, keputusan ini
mencadangkan bahawa pelaksanaan KPPB di dalam PdP akan meningkatkan
kefahaman pensyarah terhadap model-model KPPB dan Hipotesis nul ditolak.

Perbincangan seterusnya adalah untuk menjawab persoalan 2(b) Adakah terdapat
perbezaan skor min antara tahap kefahaman pensyarah dan pelaksanaan KPPB dalam
Pentaksiran bagi elemen Backward Design dan model-model KPPB? Dapatan Ujian
T sampel tidak bersandar menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan skor min
yang signifikan antara pelaksanaan KPPB di dalam pentaksiran kursus dan tahap
kefahaman terhadap Backward Design (M= 4.04, SP=0.68); t(116)=1.48, p=0.14.
Keputusan ini menunjukkan bahawa pelaksanaan KPPB di dalam pentaksiran tidak
mempunyai kesan terhadap kefahaman pensyarah tentang elemen Backward Design.
Secara spesifiknya, keputusan ini menunjukkan bahawa pelaksanaan KPPB di dalam
pentaksiran kursus tidak meningkatkan kefahaman pensyarah dan Hipotesis nul
diterima.

Manakala dapatan menunjukkan terdapat perbezaan skor min yang signifikan antara
pelaksanaan KPPB di dalam pentaksiran (M= 3.79, SP=0.76); t(116)=2.57, p=0.01
dan tahap kefahaman terhadap model-model KPPB. Oleh itu hipotesis nul ditolak.

Analisis Anova satu hala telah dilaksanakan untuk menjawab persoalan 2(c) Adakah
terdapat perbezaan skor min antara tahap kefahaman pensyarah dan kekerapan
mengikuti latihan yang berbeza bagi elemen Backward Design dan model-model
KPPB? Keputusan ujian ini mendapati nilai p adalah signifikan bagi Backward
Design (F (5,112) =2.538, p=0.032, p <0.05. Begitu juga dengan Model KPPB (F
(5,112) =4.066, p=0.002, p <0.05. Keputusan ini menunjukkan bahawa kekerapan
pensyarah mengikuti kursus atau bengkel memberi kesan terhadap kefahaman
pensyarah terhadap elemen Backward Design dan model-model KPPB. Oleh itu
hipotesis nul ditolak. Jadual 5 menunjukkan dapatan analisis Anova satu hala.

48

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

Jadual 5: Dapatan analisis Anova Satu Hala

Punca variasi Jumlah df Min F Sig.
kuasa dua kuasa dua 2.538 .032
Backward Antara kumpulan
Design Dalam kumpulan 5.296 5 1.059 4.066 .002
Jumlah 46.753 112 .417
Model Antara kumpulan 52.049 117
KPPB Dalam kumpulan 10.665
Jumlah 58.751 5 2.133
69.416 112 .525
117

PERBINCANGAN

Dapatan analisis deskriptif memberi gambaran yang memberangsangkan tentang
tahap kefahaman pensyarah yang tinggi terhadap elemen Backward Design.
Kekerapan melaksanakan bengkel BPK dan KPPB memberi sumbangan terhadap
tahap kefahaman pensyarah terhadap elemen Backward Design. Pensyarah
memahami proses merekabentuk pembelajaran yang berorientasikan kepada
pencapaian hasil pembelajaran dengan menetapkan kaedah pentaksiran terlebih
dahulu bagi mengenal pasti bukti atau indikator hasil pembelajaran tertentu yang
bermula dengan penentuan hasil pembelajaran seperti saranan Wiggin dan McThye
(1998). Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa terdapat kejelasan pensyarah
terhadap kurikulum yang hendak disampaikan kepada pelajar seperti yang
dinyatakan oleh Fisher et al., (2017) apabila membincangkan tentang konsep
kejelasan. Elemen Model 3E perlu diberi perhatian kerana kebanyakan pensyarah
menunjukkan tahap kefahaman paling rendah berbanding elemen KPPB yang lain.

Kekeliruan pensyarah terhadap konsep-konsep lain seperti Pentaksiran Bilik Darjah,
Pembelajaran Berasaskan Projek dapat ditangani sekiranya pensyarah lebih kerap
melibatkan diri di dalam bengkel yang dianjurkan samada oleh IPG kampus atau
IPGM. Hal ini terbukti daripada dapatan analisis Anova yang signifikan terhadap
kekerapan pensyarah menghadiri bengkel dan tahap kefahaman mereka. Selain itu
hasil dapatan kajian mencadangkan bahawa pelaksanaan KPPB di dalam PdP
memberi kesan terhadap kefahaman pensyarah yang tinggi terhadap elemen
Backward Design dan sederhana tinggi bagi model-model KPPB.Oleh itu pensyarah
perlu melaksanakan KPPB untuk memastikan tahap kefahaman mereka meningkat
serta menyelesaikan isu kefahaman yang rendah terhadap konsep dan kaedah
pelaksanaan KPPB.

Namun begitu pelaksanaan KPPB dalam pentaksiran tidak memberi kesan terhadap
tahap kefahaman tentang elemen Backward Design. Hal ini menunjukkan bahawa
pensyarah mempunyai kemahiran yang tinggi di dalam perkara-perkara berkaitan
dengan pentaksiran proses yang terlibat di dalam Backward Design. Berbeza pula
dengan pelaksanaan KPPB di dalam pentaksiran yang telah menunjukkan
peningkatan kefahaman pensyarah terhadap model-model KPPB. Manakala

49

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

kekerapan pensyarah mengikuti kursus atau bengkel memberi kesan terhadap
kefahaman pensyarah terhadap kedua-dua elemen Backward Design dan model-
model KPPB.

RUMUSAN

Hasil daripada perbincangan terperinci dapatan kajian, beberapa tindakan
penambahbaikan perlu diambil untuk meningkatkan kefahaman pensyarah terutama
berkaitan model-model KPPB. Kekerapan menghadiri bengkel menunjukkan
perbezaan yang signifikan terhadap tahap kefahaman pensyarah. Oleh itu bengkel
KPPB perlu lebih kerap dilaksanakan di dalam IPG dan pensyarah perlu digalakkan
untuk lebih kerap mengikuti bengkel-bengkel yang dianjurkan. Ringkasnya bengkel
dan kursus yang kerap adalah perlu untuk meningkatkan tahap kefahaman pensyarah
terhadap elemen Backward Design dan model-model KPPB. Pengisian bengkel juga
perlu berfokus untuk menangani kekeliruan pensyarah terhadap elemen-elemen
tertentu seperti Model 3E, 3R dan Model Reka bentuk pembelajaran. Pelaksanaan
KPPB di dalam PdP perlu dipertingkatkan untuk membantu pemahaman pensyarah
dan menghasilkan pembelajaran bermakna kepada pelajar.

RUJUKAN

Black, K. (2010) “Business Statistics: Contemporary Decision Making” 6th edition, John
Wiley & Sons

Davis, B.G. (1993). Tools for teaching. San Francisco: Josey Bass Inc.
Ellyza Karim. (2019). Reka Bentuk Pembelajaran dalam Kapasiti Pedagogi Pembelajaran

Bermakna di IPG Kampus Pendidikan Teknik. Jurnal Refleksi Kepemimpinan (II),
144 – 159.
Galloway, A. (2004). Intimations of everyday life: Ubiquitous computing and the city.
Cultural Studies, 18(2-3), 384- 408. doi: 10.1080/0950238042000201572
Fullan, M. & Langworthy, M. (2014). A rich seam: How new pedagogies found a deep
learning. London: Pearson.
Fullan, M., Quinn, J. & McEachen, J.J. (2018). Deep learning: Engage the world change the
world. Thousand Oaks: SAGE.
Institut Pendidikan Guru Malaysia (2020). Konsep Pembelajaran Bermakna, Kementerian
Pendidikan Malaysia. https://mynpdl.ipg.edu.my/pembelajaran-bermakna/ dicapai
pada 30 September 2021.
Kolb, L. (2017). Learning first, technology second: The educator’s guide to designing
authentic lessons. Portland; Oregon: International Society for Technology in
Education.
Lai, K.W. (2011). Digital technology and the culture of teaching and learning in higher
education. Australasian Journal of Educational Technology, 27(8), 1263-1275.
New Pedagogies for Deep Learning: A Global Partnership. (2016). Capaian di https://deep-
learning.global pada 13 Oktober 2021
Prensky, M. (2000). Digital native, digital immigrants, Part 1. On the horizon, 9(5),1-6.
Wiggins, G., & McTighe, J. (1998). Understanding by design. Alexandria, VA: ASCD

50

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

-5-
PELAKSANAAN PENDIDIKAN MORAL MELALUI BEBERAPA
PENDEKATAN PENGAJARAN SEMASA PANDEMIK COVID-19

Hairul Faiezi Bin Lokman, Ph.D.
Estella Kong Xin Tze
Aizat Bin Azhar

Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

ABSTRAK

Ketika pandemik COVID-19 melanda dunia, corak serta pendekatan dalam proses
pengajaran berubah daripada pembelajaran secara bersemuka kepada pembelajaran
secara dalam talian. Pendidikan Moral yang merupakan sebahagian daripada mata
pelajaran yang wajib dilaksanakan di sekolah, turut melalui evolusi pembelajaran.
Salah satu strategi yang boleh digunakan adalah dengan menggunakan beberapa
pendekatan pengajaran. Hal ini yang demikian, objektif kajian ini dilaksanakan adalah
untuk meneroka pendekatan pengajaran yang sesuai diaplikasikan dalam proses PdPR
Pendidikan Moral di sekolah. Artikel ini akan membincangkan berkenaan dengan
beberapa pendekatan pengajaran Pendidikan Moral yang boleh dilaksanakan semasa
pandemik berlaku. Kajian ini menggunakan metodologi berbentuk kualitatif iaitu
berasaskan kepada kajian kepustakaan berdasarkan hasil rujukan Jurnal, artikel,
akhbar dan buku berkenaan dengan pendekatan pengajaran yang sesuai dipraktikkan.
Hasil daripada dapatan kajian yang telah dilakukan, beberapa pendekatan pengajaran
boleh dipraktikkan semasa pandemik covid-19 ini iaitu, pendekatan Kemahiran
Teknologi Maklumat dan Komunikasi, pendekatan Kemahiran Penyelesaian Konflik,
pendekatan pembelajaran Berasaskan Projek (PBPj) dan pendekatan Pembelajaran
Berkhidmat.

Kata Kunci: Pendidikan Karakter, Pendekatan Pengajaran, Pandemik Covid-19

PENGENALAN

Ancaman pandemik Covid-19 telah mengubah keseluruhan struktur kehidupan
manusia termasuklah dari segi kehidupan bersosial, aktiviti ekonomi dan tidak
terlepas juga dalam bidang pendidikan yang merupakan sebahagian daripada aktiviti
seharian (Novel, 2020). Kemunculan wabak Covid-19 yang berlaku secara global
pada tahun 2020 dan telah membawa banyak implikasi dan perubahan terhadap cara

51

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

hidup masyarakat. Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang turut terjejas,
apabila pandemik Covid-19 telah mula melanda negara sekitar bulan Januari tahun
2020 (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2020). Pada 18 Mac 2020, Kerajaan
Malaysia telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada seluruh
masyarakat di dalam negara kerana penyebaran dan penularan wabak pandemik
Covid-19 semakin menular. Hal ini yang demikian, semua aktiviti berkenaan dengan
pekerjaan, aktiviti sosial dan juga aktiviti pendidikan tidak boleh dilakukan secara
bersemuka (Pejabat Perdana Menteri Malaysia, 2020). Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) yang dikemukakan telah mengehadkan pergerakan rakyat Malaysia di seluruh
negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya dan juga menyebabkan
seluruh sekolah di Malaysia terpaksa ditutup (Novel, 2020).

Dalam mendepani ancaman wabak ini, para pendidik harus kreatif dalam merancang
proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang menyeronokkan untuk menarik
minat murid terhadap pembelajaran dengan pelbagai strategi, kaedah dan teknik yang
telah digariskan dalam pembelajaran abad ke-21 (Norazlin Rusdin & Siti Rahaimah,
2019) lebih-lebih lagi dalam situasi corak pembelajaran berubah dari pengajaran
secara PdPc kepada Pengajaran dan Pembelajaran Secara di Rumah (PdPR) (Mahad
et.al 2021). Hal ini demikian kerana, penguasaan kemahiran dalam pengajaran
tersebut dapat diaplikasikan dalam pembelajaran murid secara berkesan. Bukan itu
sahaja, dalam usaha mendepani pelbagai arus perubahan, pendidikan dan cabaran-
cabaran global yang berlaku akan mengancam proses pembelajaran murid yang
tersusun dan bermakna. Hairul Faiezi et. Al (2021), menjelaskan bahawa perubahan
dalam sistem pendidikan sewajarnya dilakukan bagi memastikan kelangsungan
sebuah proses pembelajaran dan penyampaian di setiap institusi pendidikan.

Bagi memastikan perubahan disambut berserta kemampuan dan kapasiti seorang
guru, maka beberapa metodologi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan
pendekatan tertentu wajar dipraktikkan. Begitu juga dengan mata pelajaran
Pendidikan Moral di sekolah. Mata pelajaran Pendidikan Moral memerlukan
pendekatan pengajaran yang sesuai agar pemupukan nilai dapat disampaikan. Hal ini
yang demikian, setiap guru sewajarnya menguasai kemahiran-kemahiran beberapa
pendekatan pengajaran tersebut. Rentetan itu, guru akan mendapat banyak impak
yang positif apabila menguasai kemahiran semasa dunia diancam oleh Covid-19 ini.

Pernyataan Masalah

Kajian yang telah dilakukan oleh Nasir dan Mansor (2021) terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran semasa Pandemik melanda negara, memerihalkan
beberapa isu utama dalam semasa sesi PdPR berlangsung. Antara yang diutarakan
adalah berkenaan isu tumpuan dan perhatian murid semasa sesi PdPR dilaksanakan
oleh guru secara dalam talian. Murid-murid tidak memberikan maklum balas serta
menyambut pertanyaan guru semasa sesi PdPR, sekaligus keupayaan penyampaian

52

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

mata pelajaran tidak dapat diberikan secara menyeluruh. Kajian lain yang telah
dilakukan oleh Thannimalai dan Baloh (2021) pula telah menghuraikan bahawa fokus
murid dalam sesi pengajaran PdPR sangat membimbangkan kerana terdapat murid
yang tidak memberi tumpuan semasa sesi pengajaran disampaikan oleh guru. Lebih
mendukacitakan, terdapat murid yang tidak menyiapkan tugasan-tugasan yang
diberikan oleh guru dalam keadaan pandemik kini.

Setelah diteliti, kajian oleh Ibrahim dan Razak (2021) menjelaskan, antara faktor
murid tidak memberikan tumpuan adalah disebabkan kaedah serta pendekatan sesi
pengajaran secara dalam talian berbanding fizikal menyebabkan murid kurang minat
untuk hadir, di samping pengupayaan capaian internet dan pelbagai isu kendiri lain.
Perihal ini tidaklah mengejutkan kerana pengupayaan terhadap kesungguhan dan
minat dalam belajar adalah berdasarkan keupayaan individu di samping sokongan
ahli keluarga seperti peranan dari ibu bapa. Ia telah dibuktikan melalui kajian oleh
Siti Nurbaizura (2020) yang menghuraikan bahawa kurangnya perhatia dan tumpuan
ibu bapa menyebabkan fokus dan tumpuan murid juga terjejas. Ianya juga dikaitkan
dengan kaedah serta pendekatan yang dibawakan oleh seorang guru. Kaedah serta
pendekatan yang dilakukan oleh guru dalam sesi PdPR juga sangat penting.
Berdasarkan kepada isu-isu yang dipaparkan ini, jelaslah wujudnya keperluan dalam
penerokaan pendekatan yang relevan dan memberi makna dalam sebuah proses
pengajaran semasa pandemik.

Objektif dan Persoalan Kajian

Kajian ini dilakukan untuk meneroka pendekatan pengajaran yang sesuai
diaplikasikan dalam proses PdPR Pendidikan Moral di sekolah. Persoalan kajian pula
apakah pendekatan pengajaran yang sesuai diaplikasikan dalam proses PdPR
Pendidikan Moral di sekolah?

METODOLOGI

Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian
kepustakaan. Beberapa sumber kepustakaan yang menjadi rujukan bagi memperoleh
dapatan kajian adalah berdasarkan rujukan jurnal, artikel, penulisan pembentangan,
prosiding, akhbar dan juga buku. Hasil daripada carian kepustakaan, pengkaji telah
membuat saringan dapatan untuk menghuraikan apakah pendekatan-pendekatan
relevan yang boleh digunakan semasa sesi PdPR Pendidikan Moral dilaksanakan.
Bagi menganalisis dapatan kepustakaan, pengkaji telah menggunakan Model
Pembudayaan Dauber (2012). Dengan berpandukan model ini pemilihan beberapa
pendekatan yang rasional telah dipilih. Dapatan ini dihuraikan secara naratif iaitu
penghuraian berkenaan beberapa pendekatan akan diulas secara mendalam.

53

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan kajian kepustakaan yang dilakukan, terdapat tiga pendekatan pengajaran
yang relevan digunakan dalam sesi PdPR. Tiga pendekatan tersebut adalah hasil
analisis secara mendalam dan kesesuaian berdasarkan analisis keperluan berdasarkan
Model Pembudayaan Dauber (2012) yang menjelaskan asas dan konsep dalam
memupuk pembudayaan dalam sesuatu matlamat adalah sistem nilai, strategi,
struktur penjanaan, operasi dan tindakan serta faktor persekitaran seperti asas
pertimbangan jadual 1 di bawah:

Jadual 1: Pemilihan pendekatan pengajaran berdasarkan Model Dauber (2012)

Langkah Model Huraian Analisis Pemilihan Pendekatan
Sistem Nilai
Sistem nilai berdasarkan konsep guru sebagai pendidik dan murid
Strategi sebagai pelajar. Pendekatan yang dipilih perlulah wujudnya nilai
pembelajaran (hemah tinggi, bertanggungjawab, kerajinan).
Struktur Penjanaan Strategi yang dipilih merupakan pendekatan yang relevan dalam
keadaan norma baharu pada masa kini (misalnya sesuai dengan
Operasi dan Tindakan keupayaan teknologi)
Faktor Persekitaran Struktur peranan pula merangkumi pendekatan-pendekatan yang
melibatkan keupayaan murid (situasi pademik PdPR), bagaimana
murid dalam menggunakan pendekatan ini.
Dalam mengoperasi sesuatu tindakan, pendeatan yang digunakan
sewajarnya diketahui dan boleh diupayakan pelaksanaannya.
Oleh sebab negara dilanda Pandemik, maka pendekatan yang
dipilih hendaklah relevan dan tepat .

Berdasarkan saringan pendekatan pengajaran dengan menggunakan Model
Pembudayaan Dauber (2012) berikut adalah dapatan kajian. Dapatan ini
dipersembahkan melalui rajah 1 di bawah:

Pendekatan Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL)

Pendekatan Pembelajaran Berkhidmat

Rajah 1: Dapatan kajian pendekatan pengajaran pendidikan moral semasa pandemik Covid-19

54

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Dapatan seterusnya akan menghuraikan pendekatan-pendekatan tersebut secara
terperinci.

Pendekatan Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi merupakan kemahiran abad ke-21
yang memberi impak besar dan dijadikan asas dalam perkembangan pedagogi
pembelajaran abad ke-21. Kemahiran ini harus dikuasai oleh guru agar dapat
mengatasi kekangan yang dihadapi dalam proses PdPR. Dalam pembentukan
kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, tiga komponen yang boleh
dimanfaatkan dalam sesi PdPR seperti rajah 2 berikut:

Sistem
Pengurusa

n
Pembelaja
ran (LMS)

Penggun Rangkaia
aan n Media

Peranti Sosial
Teknolog (SMN)

i

Rajah 2: Gabungan elemen pendekatan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi

Dalam mengupayakan pembelajaran secara digital, penggunaan peranti digital adalah
sangat penting khususnya dalam memastikan sesi pembelajaran dapat disampaikan
kepada murid. Ardi (2017) menyatakan bahawa seorang pendidik perlu memiliki
celik teknologi dalam mendepani dunia pembelajaran, ini bermakna selain memiliki
peranti, pengupayaan dan pemanfaatan teknologi juga wajar dikuasai oleh seorang
pendidik. Aziz et.al (2020) menyatakan dalam keadaan pandemik yang melanda
dunia tanpa diketahui bilakah berakhirnya keadaan ini, kemahiran menggunakan
peranti digital adalah sangat perlu. Antara beberapa peranti teknologi yang boleh
digunakan dalam sesi PdPR ialah capaian internet, komputer/ komputer riba, telefon
pintar, tablet, peranti tulis (seperti surface) dan beberapa peranti asas yang boleh
dimanfaatkan oleh pendidik dan murid (Ling dan Surat, 2021). Setelah memiliki
peranti, setiap pendidik wajar menggunakan peranti teknologi secara kolektif,
misalnya mengupayakan fungsi dan peranan peranti dengan disesuaikan mengikut
keperluan mata pelajaran.

55

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Dalam mata pelajaran Pendidikan Moral, penggunaan peranti teknologi sangat perlu.
Oleh kerana Pendidikan Moral menyampaikan nilai, elemen perkuliahan (beri dan
sampai kandungan mata pelajaran) bukanlah satu-satunya pendekatan yang efisien
dalam sesi pengajaran (Balakrishnan, 2015). Maka kepelbagaian cara dan kaedah
wajar dimanfaatkan oleh seorang guru Pendidikan Moral (Hairul Faiezi, 2020) seperti
penggunaan visual, audio dan gambar. Kepelbagaian cara ini akan memberi variasi
kepada murid lebih-lebih lagi dalam situasi keadaan pandemik yang melanda, murid
tidak mudah jemu dan bosan dengan sesi PdPR yang disampaikan. Maka sebagai guru
Pendidikan Moral, penghasilan bahan video nilai, perkongsian bahan-bahan
rangsangan melalui YouTube misalnya sangat perlu. Guru boleh menjadikan peranti
sebagai alat perakam video mahupun audio di samping menangkap gambar sebagai
perkongsian berkenaan tajuk yang dipelajari (SC 2016).

Seterusnya, setiap pendidik Pendidikan Moral boleh memperkasakan sesi PdPR
dengan mengguna dan mengeksplorasi Sistem Pengurusan Pembelajaran atau
Learning Management System (LMS). LMS menggabungkan aspek pengurusan
sumber berasakan manusia dengan sumber pembelajaran secara maya. Ini bermakna
LMS adalah sebuah tapak pembelajaran mengganti alih fungsi kelas fizikal sedia ada
(David Mallon, 2011). Dalam keadaan pandemik, kelas maya LMS dapat membantu
para pendidik dalam sesi pengurusan kelas secara efektif dengan fungsi LMS, seperti
tapak kelas/kuliah, berkongsi nota/bahan pembelajaran, pengurusan peperiksaan dan
urusan pentadbiran lainnya seperti kehadiran dan maklumat-maklumat yang boleh
disampaikan (Raza et.al, 2021). Dengan LMS penyepaduan sistem pembelajaran
sangat komprehensif, murid guru dan ibu bapa boleh mengakses dan saling
berhubung dalam komuniti pembelajaran maya (Sicat, 2015) apatah lagi ketika
pandemik ini melanda.

Dalam mata pelajaran Pendidikan Moral, fungsi LMS boleh diimplementasikan
dengan menjadikan ia sebagai platform pewujudan ruangan antara pendidik dan
murid dalam menyampaikan kandungan. Secara psikologi, emosi moral dapat
dipupuk apabila wujud interaksi dua hala secara dalam talian misalnya dengan
menggunakan peranti segerak Google Meet, sesi pengajaran dapat disalurkan secara
emosi moral yang berdepan-depan (face to face) walaupun secara maya (Assunção
Flores dan Gago,2020). Dalam sesi kelas yang dilakukan, pengajaran Pendidikan
Moral boleh dilakukan secara berkumpulan misalnya dengan mewujudkan fungsi
breakout room (aplikasi Google Meet) yang mengagihkan murid kepada beberapa
kumpulan kecil. Ianya dapat mewujudkan pembelajaran kolaboratif walaupun secara
dalam talian (Bamidele, 2021). Dengan pembelajaran secara kolaboratif ini,
pemikiran moral murid dapat dikembangkan selain, perkembangan moral secara
kognitif juga dapat dibudayakan kepada murid.

56

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Selain pengupayaan peranti teknologi dan penggunaan LMS, penjanaan dan
pemanfaatan penggunaan Rangkaian Media Sosial atau Social Media Network
(SMN) juga wajar digunakan oleh guru Pendidikan Moral semasa pandemik.
Jonathan (2015) menghuraikan bahawa SMN ialah pusat rangkaian komuniti sosial
yang di dalamnya terhimpun minat yang sama, aktiviti yang dilakukan dan pelbagai
tujuan termasuk juga perkongsian pendidikan. Dalam keadaan pandemik, para
pendidik wajar mewujudkan beberapa akaun media sosial seperti YouTube,
Facebook, Instagram ataupun Twitter dalam mempelbagaikan cara serta kaedah
pembelajaran. Mellado et.al (2021) dalam kajian nya menunjukkan pemanfaatan
fungsi SMN semasa pandemik sangat besar khususnya dalam penyampaian info
sesuatu maklumat. Begitu juga dalam bidang pendidikan, ianya wajar dijadikan
sebagai tapak hubungan komunikasi (Chawinga, 2017), tempat penghebahan
maklumat berkaitan pembelajaran (Tur, Marin dan Carpenter, 2017) dan penjanaan
idea bagi murid (Yakin dan Tinmaz, 2013).

Melalui penggunaan SMN pendidik Pendidikan Moral dapat menjadikan platform
media sosial untuk menyebarkan mesej-mesej nilai dengan penghasilan kandungan
mata pelajaran yang relevan berasaskan nilai. Misalnya penggunaan aplikasi
YouTube dalam memberikan nota rujukan kepada murid. Di dalam YouTube tersebut
kandungan mata pelajaran boleh dimuat naikkan sekaligus dikongsi pada halaman
SMN lain seperti Facebook, Twitter dan Instagram. Murid pula boleh melakukan
rujukan pada bila-bila masa. Pembelajaran sebegini dikenali sebagai rujuk ulang yang
membolehkan murid melihat dan menonton berkali-kali. Dalam dimensi kemoralan,
hasil-hasil video yang dihasilkan mampu membangkitkan emosi moral (Hairul Faiezi,
20210) kepada murid dengan pemanfaatan video dan audio.

Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBPj)

PdPC telah beralih kepada PdPR kerana pandemik Covid-19 ini. Oleh itu, guru
haruslah menyesuaikan diri dan menguasai kemahiran baharu untuk mendidik anak
murid dengan cara yang luar biasa daripada di bilik darjah. Salah satu pendekatan
pengajaran yang amat digalakkan untuk diaplikasikan untuk mata pelajaran
Pendidikan Moral ialah Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBPj).
Pembelajaran berasaskan projek ini merupakan salah satu kemahiran Abad Ke-21
yang memberi impak besar terhadap guru dalam proses PdPR. PBPj mewujudkan
pembelajaran sistematik yang berpusatkan kepada murid dan guru dikenali sebagai
fasilitator (Bell, 2010). Bell (2010) pula juga menyatakan bahawa PBPj adalah
pembelajaran berpusatkan murid dan pengajar bertindak sebagai fasilitator, penilaian
adalah bersifat autentik, murid diukur menggunakan rubrik dan belajar melalui proses
yang dilalui. Rajah 3 di bawah menghuraikan serba ringkas berkenaan PBPj:

57

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

Dilaksana secara individu atau kumpulan

Dinilai bermula awal proses pelaksanaan sehingga selesai

Integrasi Pengetahuan dan Kreativiti

Guru beri bimbingan, beri tahu prosedur pelaksanaan

Murid perlu kumpul maklumat, bahan, data, laporan hasil serta
refleksi
Berasaskan kemahiran, pengetahuan , pengalaman dan kebolehan
murid

Rajah 3: Pembelajaran berasaskan projek

Menurut Ibrahim dan Razak (2021), cabaran utama yang dihadapi pada proses PdPR
ini ialah minat dan tumpuan murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran
semakin terjejas. Oleh itu, guru boleh mengaplikasikan PBPj untuk menarik minat
murid selain daripada cara penyampaian ilmu moral dengan bercakap sahaja. Dalam
PBPj ini, murid dapat belajar secara sistematik dengan mencari idea, menyelesaikan
masalah sebenar, mewujudkan reka bentuk projek, bekerja bersama dengan rakan-
rakan untuk menghasilkan produk (Sadrina dan Mustapha, 2017). Sesungguhnya,
guru boleh merealisasikan pembelajaran berasaskan projek dengan memberi tugasan
yang sesuai dan berkenaan kepada topik pengajaran serta kemahiran secara teliti,
akhirnya murid boleh menghasilkan produk serta rekaan dalam pembelajaran (Wan
Hafiidzull et.al, 2020). Misalnya guru memberikan PBPj kepada dua aspek perkaedah
seperti rajah 4 di bawah:

Kajian Kes Guru beri situasi moral dan murid perlu selesaikan
dengan melaksanakan projek. Contohnya, adakan
Khidmat kempen kesedaran patuh SOP semasa Pandemik
Masyarakat berdasarkan keadaan semasa dunia (Nilai
Bertaggungjawab)

Guru beri tugasan projek yang melibatkan murid
dengan aktiviti kemasyarakatan. Contohnya,
laksanakan projek kerja amal dengan hasilan satu
platform info bantuan sumbangan di kejiranan (Nilai
Bertaggungjawab)

Rajah 3: Contoh dua perkaedah dalam PBPj

58

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Muh Musait (2020) telah membuktikan bahawa PBPj dapat dijadikan teknik
pembelajaran menjadikan pra karya daripada bahan keras agar dapat menyeronokkan
anak murid. Misalnya, PBPj ini boleh dijalankan dalam bentuk kajian kes atau
khidmat masyarakat. Dengan ini, guru boleh menetapkan satu tema dan tajuk
berasaskan objektif pembelajaran. Contohnya, dalam pengajaran nilai kasih sayang,
guru boleh memberi tugasan penghasilan projek kepada murid seperti menghasilkan
satu blooket. Guru boleh memberitahu prosedur pelaksanaan projek ini, misalnya
dalam blooket ini mesti mengandungi cara bersikap kasih sayang, kepentingan kasih
sayang, kesan jika tidak kasih sayang, dan perasaan jika bersikap kasih sayang.
Dengan sedemikian, murid boleh bermula dengan mencari idea, dan mengumpul
maklumat, bahan dan data yang diperlukan supaya dapat menghasilkan blooket
tersebut.

Dalam PBPj ini, murid diberi peluang untuk melaksanakan projek ini secara individu
atau kumpulan. Murid boleh berbincang dan bekerjasama dengan rakan-rakan atau
ahli kumpulan untuk berkongsi idea menghasilkan blooket dan juga maklumat yang
telah dicari. Dengan ini, jelasnya PBL dapat meningkatkan penglibatan murid dalam
pembelajaran dan pemudahcaraan yang mewujudkan komunikasi dua hala (Seman,
M. S., & Khairani, M. Z., 2020). Dalam proses ini, nilai bekerjasama telah dipupuk
kerana murid-murid dapat saling bantu-membantu untuk berkongsi idea sehingga
menggalakkan murid yang lebih lemah supaya produk ini dapat dihasilkan.

Menurut Sugihartono, Sutisyana, Sugiyanto (2020), PBPj adalah salah satu model
pembelajaran yang inovatif dan memiliki banyak kelebihan, iaitu PBL dapat
memotivasikan murid untuk belajar, aktif melibatkan diri dalam kelas, meningkatkan
keterampilan diri dan juga mengembangkan lagi dalam mengorganisasikan sesuatu
projek. Dengan ini, PBPj ini dapat mengintegrasi pengetahuan dan kreativiti murid
untuk menghasilkan sesuatu produk. Hal ini dikatakan demikian kerana guru tidak
akan mengehadkan idea murid dan memberi peluang untuk murid mencari maklumat
sendiri dan mencuba untuk menghasilkan projek yang istimewa. Dengan ini, murid
akan mengkaji dan berfikir secara mendalam untuk menyediakan maklumat yang
diperlukan dalam blooket ini pada masa yang sama dapat belajar cara merealisasikan
nilai kasih sayang dalam kehidupan dan objektif kelas dapat dicapai. Dalam proses
ini, nilai berdikari telah dipupuk kerana murid-murid dapat mencari ilmu pengetahuan
sendiri untuk menghasilkan produk.

Menurut Noriati A. Rashid, Boon, Sharidah Fakhriah (2017), guru memainkan
peranan sebagai fasilitator dan memberi bimbingan kepada murid apabila mereka
memerlukan bantuan adalah kerana PBPj ialah strategi pemusatan murid dan bahan.
Oleh itu, guru harus sentiasa memberi galakkan dan sokongan kepada murid supaya
dapat memupuk semangat dan keinginan hati mereka untuk menghasilkan produk ini.
Kejayaan PBL ini akan memberikan motivasi intrinsik serta memberikan pengalaman

59

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

yang berguna kepada murid. Sudah terang lagi bersuluh, nilai kerajinan dan
bertanggungjawab juga dapat dipupuk dalam kalangan murid semasa mereka
menjalankan PBPj ini. Hal ini dikatakan demikian kerana PBPj ini akan
menggalakkan murid memikul dan melaksanakan tugasnya yang diberi dengan
sempurna. Sokongan guru akan membantu murid menunjukkan usaha yang
berterusan penuh dengan semangat ketekunan dalam proses PBL ini.

Apabila projek ini telah berjaya dihasilkan, guru boleh mengadakan sesi refleksi.
Murid boleh menyediakan satu laporan hasil terhadap produk tersebut dan guru
membimbing murid untuk membuat refleksi terhadap projek ini. Dalam pada itu,
PBPj ini adalah berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kebolehan
murid untuk menghasilkan satu produk. Menurut Kuncoro, T. (2015), PBPj adalah
berkesan untuk membantu murid mengenalpasti topik bagi projek sehingga naluri
ingin tahu dikembangkan dan pembelajaran bercorak pengarahan kendiri ini dapat
menekankan pencapaian objektif pembelajaran murid. Guru boleh menilai
penguasaan murid terhadap topik tersebut berdasarkan produk mereka. Penilaian
terhadap murid ini boleh bermula dari awal proses pelaksanaan sehingga selesai.

Tuntasnya, PBPj ini amat digalakkan untuk dijalankan dalam kelas Pendidikan Moral
supaya membantu murid bukan sahaja belajar dalam kelas tetapi juga mendapat
peluang untuk khidmat masyarakat. Menurut Shulman dan Grossman (1987),
pengetahuan yang ada pada seseorang guru berserta kaedah penyampaian mereka
merupakan integrasi dominan dalam memastikan murid-murid menerima
pembelajaran yang dinamik dan responsif. Guru haruslah mengenali, memahami dan
mengaplikasikan kemahiran pedagogi abad ke-21 ini agar dapat meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran.

Pendekatan Pembelajaran Berkhidmat

Pendekatan pengajaran Pendidikan Moral yang turut boleh dilakukan semasa tempoh
PdPR dijalankan ialah Pendekatan Pembelajaran Berkhidmat. Pendekatan
Pembelajaran Berkhidmat adalah pendekatan yang menggabungkan objektif
pembelajaran akademik, kemahiran interpersonal dan khidmat dan bakti murid dalam
memberikan sumbangan bermakna kepada masyarakat. Hal ini sejajar dengan
peranan guru dalam bertindak sebagai pemudahcara pembelajaran kepada murid
sepanjang tempoh PdPR berlangsung demi keberhasilan pengajaran walaupun tidak
bersemuka di dalam bilik darjah (Norehan Mohd Nasir, Mahaliza Mansor, 2021).
Seterusnya, Pendidikan Moral perlu menegaskan tiga perkara di dalam setiap
pengajaran dan pembelajaran murid iaitu dimensi moral yang terdiri daripada
penaakulan moral, tindakan moral dan perasaan moral (Hairul Faiezi, 2020). Hal ini
demikian kerana, dimensi moral ialah satu faktor utama dalam perkembangan moral
murid di sekolah (Thambu, 2014). Bukan itu sahaja, Pendekatan Pembelajaran
Berkhidmat ini menegaskan tindakan murid itu sendiri dalam melakukan khidmat

60

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

bakti terhadap masyarakat di sekeliling mereka. Bertitik tolak daripada itu, guru dapat
melihat dan menganalisis tindakan atau perlakuan murid semasa pendekatan
pembelajaran berkhidmat ini berlangsung khususnya untuk sesi PdPR masa kini.

Terdapat dua model yang boleh digunakan dalam pembelajaran berkhidmat dan ianya
disarankan dilaksanakan dalam tempoh pandemik bagi mata pelajaran Pendidikan
Moral seperti rajah 4 berikut:

Model 1 - Model Model 2 - Model
Hibrid Secara Langung

Penglibatan Murid laksanakan
pantas murid khidmat berkenaan
dalam program kehidupan seharian
komuniti secara misalnya khidmat
dalam talian bersama keluara

Rajah 4: Dua Model Pembelajaran Berkhidmat Semasa Pandemik

Model Hibrid ini menegaskan penglibatan pantas murid dalam program komuniti
secara atas talian. Bertitik tolak daripada itu, Model Hibrid ini amat sesuai digunakan
dalam melaksanakan sesi PdPR terhadap murid kerana melibatkan medium
perantaraan teknologi secara alam maya iaitu internet. Hal ini demikian kerana, murid
dan guru juga perlu melindungi diri mereka daripada jangkitan wabak Covid-19
sekali gus berusaha mencegah penularan wabak tersebut dengan meneruskan sesi
PdPR di rumah. Penggunaan internet dan gadget secara menyeluruh terhadap sesi
PdPR di rumah merupakan satu inisiatif pihak kerajaan dalam mencegah penularan
wabak Covid-19 daripada semakin merebak (Siti Aisyah, Khadijah Abdul Razak,
2021). Jelaslah, para guru boleh menggunakan Pendekatan Pembelajaran Berkhidmat
ini khususnya Model Hibrid yang memudahkan murid untuk mengakses
pembelajaran secara alam maya.

Antara aktiviti pengajaran yang boleh diketengahkan sekiranya guru menggunakan
Model Hibrid ialah kempen menderma. Hal ini demikian kerana, kempen menderma
ini amat sesuai dilakukan secara langsung mahupun secara tidak langsung. Sesuai
dengan perkembangan teknologi masa kini yang hanya berada di hujung jari
pengguna, proses menderma secara atas talian kini lebih mudah menerusi DuitNow
sekali gus mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap keselamatan pengguna dan
wang yang didermakan tersebut terus sampai kepada penerima (Suliati Asri, 2020).
Bertitik tolak daripada itu, murid boleh menyertai kempen tersebut kerana mudah
untuk dilakukan dan mempunyai penghayatan nilai yang tinggi. Hal ini demikian
kerana, murid akan mengetahui ke mana wang mereka disumbangkan dan mengapa
penerima memerlukannya. Dengan cara ini, murid akan dapat merasakan perkara
daripada tiga aspek iaitu pemikiran moral yang menegaskan murid untuk berfikir

61

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

dalam melakukan sesuatu perkara. Kemudian, tindakan moral yang memerlukan
perbuatan murid untuk menderma kepada orang lain. Akhir sekali, perasaan moral
iaitu perasaan murid sendiri apabila menderma kepada orang yang memerlukan.

Terdapat banyak lagi pembelajaran yang boleh diterapkan di dalam Model Hibrid ini
sepanjang tempoh PdPR berlangsung seperti pertandingan sajak dan kuiz bersama
komuniti setempat. Sebagai contoh, murid menyertai satu pertandingan sajak
sempena sambutan Hari Kebangsaan anjuran satu badan kerajaan secara alam maya
sekali gus turut memeriahkan sambutan tersebut. Penglibatan murid dalam aktiviti
seperti ini sudah dikira sebagai penglibatan berdasarkan Model Hibrid walaupun
secara alam maya. Hal ini juga sejajar dengan aspek yang digariskan dalam
Pendekatan Pembelajaran Berkhidmat yang menggabungkan objektif pembelajaran
akdemik iaitu tujuan dan pencapaian yang akan murid capai sepanjang tempoh PdPR
berlangsung. Bukan itu sahaja, murid juga dapat meningkatkan kemahiran
interpersonal diri dengan orang lain. Contohnya, murid dapat mewujudkan hubungan
dan suasana yang baik bersama masyarakat dengan menyertai pertandingan-
pertandingan yang dianjurkan oleh pelbagai pihak komuniti. Akhir sekali, murid
dapat memberikan sumbangan bermakna kepada masyarakat dengan cara turut serta
dan memeriahkan program yang dianjurkan tersebut.

Selanjutnya, model kedua yang terdapat dalam Pendekatan Pembelajaran Berkhidmat
ialah Model Secara Langsung. Model Secara Langsung ini dilaksanakan dengan cara
murid memberikan khidmat berkenaan kehidupan seharian mereka. Misalnya, dalam
suasana PdPR di rumah, murid boleh melakukan khidmat kepada ahli keluarga atau
jiran tetangga berdekatan di rumah. Oleh hal yang demikian, Model Secara Langsung
ini juga turut membantu para guru dalam menjalankan sesi PdPR di rumah kerana
murid boleh menyumbangkan khidmat secara langsung walaupun tidak berada di
dalam sekolah. Guru perlu sentiasa kreatif dalam menyediakan aktiviti pembelajaran
yang berkesan serta memberikan impak yang besar terhadap objektif pembelajaran
murid ke tahap yang optimum secara atas talian (Siti Balqis, Muniroh Hamat, 2020).
Oleh hal yang demikian, penggunaan Model Secara Langsung ini sememangnya
memenuhi kriteria dalam menjadikan pembelajaran yang berkesan dan
menyeronokkan dengan pelbagai khidmat yang murid boleh sumbangkan terhadap
keluarga dan masyarakat sekeliling tanpa melanggar peraturan PKP.

Antara aktiviti pengajaran yang boleh diketengahkan sekiranya guru menggunakan
Model Secara Langsung ialah projek khidmat langsung terhadap keluarga. Hal ini
demikian kerana, Model Secara Langsung ini menegaskan tindakan yang dapat murid
lakukan secara terus tanpa menggunakan apa-apa medium perantaraan antara murid
dan orang di sekeliling mereka. Aktiviti PdPR yang baik akan mengambil kira
persekitaran pembelajaran dan kemudahan mengakses murid kerana ianya
menyumbang kepada keberkesanan aktiviti pembelajaran ke tahap yang optimum
(Siti Azura, Suzana Zainol Abidin, Zulkurnain Hassan, 2021). Bertitik tolak daripada

62

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

itu, penggunaan Model Secara Langsung dalam pendidikan Moral amat sesuai
dilakukan dalam tempoh pembelajaran secara PdPR murid di rumah kerana mudah
dilaksanakan walaupun tidak mendapat perhatian secara langsung daripada guru.
Misalnya, guru boleh memberikan projek tugasan kepada murid seperti bantuan
kepada ahli keluarga dalam melakukan sesuatu perkara iaitu membantu mengemas
rumah. Sebagai buktinya, murid perlu menghantar gambar mengemas rumah mereka
kepada guru terhadap khidmat yang murid lakukan tersebut. Jelaslah, Model Secara
Langsung ini sememangnya menjadi satu model yang sangat baik dalam menjalankan
sesi PdPR semasa tempoh PKP.

Penggunaan Pendekatan Pembelajaran Berkhidmat dalam pendidikan Moral
sememangnya membantu para guru untuk menjalankan sesi PdPR ke tahap yang
optimum. Hal ini demikian kerana, guru boleh memilih mana-mana model yang
sesuai untuk tahap dan prestasi pembelajaran murid tunjukkan walaupun dari rumah
masing-masing. Terdapat dua model yang diketengahkan dalam Pendekatan
Pembelajaran Berkhidmat iaitu Model Hibrid dan Model Secara Langsung.
Selanjutnya, Model Hibrid menegaskan penglibatan pantas murid dalam program
komuniti secara atas talian manakala Model Secara Langsung pula dilaksanakan
dengan cara murid memberikan khidmat berkenaan kehidupan seharian mereka.
Rentetan itu, banyak aktiviti dan kaedah pembelajaran yang guru boleh laksanakan
berdasarkan kedua-dua model tersebut di dalam pembelajaran murid. Guru perlulah
sentiasa kreatif dalam menjalankan sesi PdPR dengan memperbanyakkan
kemudahan-kemudahan pembelajaran atas talian dalam suasana pandemik Covid-19
ini (Noorizan Mohammed, 2021). Jelaslah, dalam menelusuri arus pendidikan kini
terutamanya dalam usaha bersama menangani penularan wabak Covid-19, mutu
pendidikan seharusnya lebih baik jika dibandingkan dengan yang terdahulu kerana
sudah banyak kajian-kajian dan penemuan yang baharu dalam menjadikan sesuatu
pembelajaran itu lebih bermakna.

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN KAJIAN

Berdasarkan kepada dapatan kajian kepustakaan, penggunaan beberapa pendekatan
ini dapat dijadikan sebagai langkah, kaedah dan cara dalam melaksanakan sesi
pengajaran ketika PdPR kini. Pendekatan-pendekatan ini memerikan manfaat dalam
usaha menyampaikan proses pengajaran menggunakan kepelbagaian kaedah dan
cara. Pengkaji telah merangkumkan beberapa pendekatan ini dalam sebuah model
cadangan seperti rajah 5 berikut:

63

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Rajah 5: Model pendekatan pengajaran pendidikan moral semasa pandemik

Melalui tiga pendekatan iaitu Kemahiran Teknologi Maklumat, Pembelajaran
Berasaskan Projek dan Pembelajaran Berkhidmat kaedah PdPR boleh
merangsangkan penyuburan aspek nilai-nilai dalam Pendidikan Moral. Terdapat 18
nilai universal Pendidikan Moral yang boleh dijana hasil penggunaan pendekatan
tersebut sekaligus dapat mengembangkan pula model insan menyeluruh melalui
aspek pemikiran moral, perasaan moral dan tindakan moral. Pendekatan ini bukanlah
satu-satunya kaedah terbaik tetapi ianya adalah sebagai satu cadangan yang dapat
membantu para pendidik dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Melalui pendekatan kemahiran teknologi maklumat, pemerkasaan dari aspek peranti
teknologi maklumat, LMS dan SMN akan dapat mempelbagaikan cara pengajaran
yang sangat diperlukan ketika pandemik. Pengajaran pendidikan Moral yang
menekankan aspek nilai, memerlukan sokongan terhadap aspek visual dan audio, agar
murid dapat memahami kandungan pengajaran nilai secara nyata (real) tentang
pengajaran nilai. Sudah tentulah penggunaan beberapa peranti adalah sangat
diperlukan sebagai sokongan bagi melaksanakan sesi PdPR. Selain memiliki peranti,
kemahiran dalam penggunaan LMS dan SMN juga sangat penting. Hasil dari
penggunaan LMS dan SMN serta sokongan peranti teknologi maklumat, aspek model
insan menyeluruh dalam kalangan murid boleh dirangsangkan kerana teknologi
memangkin kepada pemikiran, sekaligus perasaan dan tindakan-tindakan bermoral
boleh disuburkan. Misalnya melihat visualisasi kisah motivasi menyentuh emosi
ianya dapat memberi kesedaran nurani dalam diri seseorang.

64

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Seterusnya dalam aspek pembelajaran berasaskan projek, dua kaedah yang
disarankan ketika pandemik iaitu, kajian kes dan khidmat masyarakat. Kajian kes
yang diberikan memberikan satu gambaran sebenar tentang isu-isu nilai dalam
masyarakat. Selain itu, kes semasa yang dipaparkan akan membawa nilai kesedaran
langsung lantas nilai-nilai di sebaliknya boleh diluaskan. Contoh, guru memberikan
kajian kes berkenaan langkah menjaga SOP ketika pandemik, maka murid akan
memikirkan keperluan yang relevan berdasarkan situasi semasa, sekaligus nilai-nilai
yang wajar dipraktikkan turut diimplementasikan oleh murid. Begitu juga dengan
khidmat masyarakat, murid membentuk tugasan berpandukan arahan yang diberikan
tentang tugasan yang membabitkan komuniti. Pendekatan pembelajaran ini secara
langsung mengupayakan aspek dimensi moral kerana projek yang dijanakan
membabitkan hubungan emosi, perasaan dan tindakan yang disasarkan (projek yang
dilakukan).

Dalam pembelajaran berkhidmat pula, guru dan murid melaksanakan satu konsep
pembelajaran yang mengesampingkan nilai akademik, kemahiran interpersonal serta
khidmat bakti murid. Ketiga-tiga asas dalam konsep pembelajaran ini boleh
dibudayakan dengan menggunakan dua modul iaitu hibrid dan modul secara
langsung. Nilai akademik mengisi ruang silibus dan kandungan mata pelajaran moral
seperti nilai kasih sayang, bertanggungjawab dan sebagainya. Ianya adalah
pemupukan dimensi berfikir dalam diri murid. Seterusnya kemahiran interpersonal
dapat mewujudkan hubungan sesama komuniti melalui hubungan dua hala dalam
melaksanakan tugasan. Sudah tentunya perasaan dan emosi dalam dimensi moral
dapat diwujudkan sekiranya khidmat yang dilakukan dengan sepenuh hati.
Seterusnya tindakan bermoral dalam dimensi moral dapat diimplementasikan melalui
khidmat bakti akan dilaksanakan murid kepada kumpulan sasar dalam pembelajaran
berkhidmat ini.

Secara kesimpulannya, melalui ketiga-tiga pendekatan ini, guru dan murid boleh
merangka dan melaksana sebuah konsep pengajaran PdPR yang sistematik dan
dipelbagaikan caranya. Semua guru dan murid wajar berubah demi kemaslahatan.
Penggunaan beberapa pendekatan adalah sangat perlu demi melangsungkan proses
pengajaran masa kini. Pengupayaan dan panduan yang diberikan ini adalah satu usaha
yang boleh membantu para guru dan murid. Peralihan dunia dari fasa pandemik
kepada endemik sudah pasti memberi satu buah fikir dan idealisasi yang lebih
pelbagai dan menjadi tuntutan kepada pemikir akademik, bagaimanakah langkah,
kaedah dan pendekatan yang perlu digunakan dalam mengharungi fasa endemik yang
belum pasti apakah bakal terjadi. Sudah tentu kesiapsiagaan dan kesungguhan para
pendidik serta pemikir pedagogi pendidikan sangatlah diharapkan lebih-lebih lagi
pengajaran Pendidikan Moral yang sangat penting dikala dunia menghadapi pelbagai
cabaran.

65

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

RUJUKAN

Ardi, P. (2017). Promoting learner autonomy through schoology m-learning platform in an
EAP class at an Indonesian university. Teaching English with Technology 17(2): 55-
76.

Assunção Flores, M., & Gago, M. (2020). Teacher education in times of COVID-19 pandemic
in

Portugal: national, institutional and pedagogical responses. Journal of Education for
Teaching, 46(4), 507-516.

Aziz, A. R. A., Shafie, A. A. H., Lee, U. H. M. S., & Ashaari, R. N. S. R. (2020). Strategi
pembangunan aspek kesejahteraan kendiri bagi mendepani tekanan akademik
semasa wabak Covid-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
(MJSSH), 5(12), 16-30.

Bamidele, A. (2021). Student-Centered Interactions within an ESL Classroom using Online
Breakout Room. Available at SSRN 3878774.

Bell, S. (2010) Project-Based Learning for the 21st Century: Skills for the Future. The
Clearing House, 83, 39-43. http://dx.doi.org/10.1080/00098650903505415

Chawinga, W. D. (2017). Taking social media to a University Classroom: Teaching and
Learning using Twitter and Blogs. International Journal of Educational Technology in Higher

Education 14 (1). doi:10.1186/s41239-017-0041-6.
David Mallon. (2011). Learning Management Systems 2011. https://www.td.org/

magazines/td-the-evolution-of-the-LMS [12 September 2021].
Balakrishan, V. (2015). Thinking maps in moral education. Journal Issues in Education 39:

49 – 62
Hairul Faiezi Lokman, Jainudin Ngah, Fariza Khalid & Nurfaradilla Nasri. (2021). Moral

values practices of students based on the use of facebook application. Technical and
Social Science Journal, 13 (1), 19-30.
Hairul Faiezi Lokman. (2020). Thambu, N. (2014). Kerja Amal Pendidikan Moral
Mengintegrasi LMS dan SMN. Tesis Dr. Fal, Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Ibrahim, S. A., & Razak, K. A. (2021). PANDEMIK COVID-19: CABARAN DAN IMPAK
DALAM PENDIDIKAN ISLAM DAN PEMBELAJARAN MURID [COVID-19
PANDEMIC: CHALLENGES AND IMPACT IN ISLAMIC EDUCATION AND
STUDENT LEARNING]. International Journal of Advanced Research in Islamic
Studies and Education, 1(1), 89-94.
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2020). Latest COVID-19 statistic in Malaysia.
http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2019-ncov-wuhan
Kuncoro, T. (2015). Mengoptimalkan Kemandirian Mahasiswa dalam Menyelesaikan Projek
Akhir melalui Penerapan Metode Project Base Learning. Ilmu Pendidikan: Jurnal
Kajian Teori dan Praktik Kependidikan, 32(1).
Jonathan A. Obar. 2015. Social Media Definition and The Governance Challenge: An
Introduction to The Special Issue. Journal of ICT Economy, Governance and Society
39 (9): 745-750
Ling, T. C., & Surat, S. (2021). persepsi ibu bapa terhadap pembelajaran atas talian
berdasarkan tahap kepuasan dan halangan yang dihadapi [parent’s perception of
online learning based on the satisfaction and barriers that occur]. International
Journal of Advanced Research in Islamic Studies and Education, 1(4), 1-15.

66

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

Mahad, I., Ugartini, M. & Hamzah, I. N. S. (2021). Sikap dan Motivasi Murid Sekolah Rendah

terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Talian Sepanjang Perintah Kawalan

Pergerakan. Malay Language Education Journal,11(1), 16-28.

Mellado, C., Hallin, D., Cárcamo, L., Alfaro, R., Jackson, D., Humanes, M. L., ... & Ramos,

A. (2021). Sourcing pandemic news: A cross-national computational analysis of

mainstream media coverage of Covid-19 on Facebook, Twitter, and Instagram.

Digital Journalism, 1-25.

Muh Musait (2020). Upaya meningkatkan hasil belajar siswa materi kerajinan bahan keras

melalui projek based learning. Jurnal Penelitian Tindakan Kelas, 20(1), 1-7. ISSN

2087-3557

Nur Hazirah, Masayu Dzainudin. (2020). Pengajaran dan Pemudahcaraan Dalam Talian

Semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Norehan Mohd Nasir, Mahaliza Mansor. (2021). Cabaran Guru Dalam Melaksanakan

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) : Suatu Pemerhatian Awal.

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH).

Novel, C. P. E. R. E. (2020). The epidemiological characteristics of an outbreak of 2019

novel coronavirus diseases (COVID-19) in China. Zhonghua liu xing bing xue za

zhi= Zhonghua liuxingbingxue zazhi, 41(2), 145.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, & Sharifah Fakhriah Syeh Ahmad. (2017). Murid dan

pembelajaran. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Noorizan Mohammed. (2021). Guru Perlu Lebih Kreatif Mengajar Ketika Pandemik. Diakses

daripada: Berita Harian Online:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/05/817228/guru-perlu-lebih-

kreatif-mengajar-ketika-pandemik

Raza, S. A., Qazi, W., Khan, K. A., & Salam, J. (2021). Social isolation and acceptance of the

learning management system (LMS) in the time of COVID-19 pandemic: an

expansion of the UTAUT model. Journal of Educational Computing Research,

59(2), 183-208.

Sadrina, S., & Mustapha, R. (2017). The evaluation of project-based learning at the

mechanical engineering department, Polytechnic Malaysia: A Prosess dimension

assessment. CIRCUIT: Jurnal Ilmiah Pendidikan Teknik Elektro, 1(1).

https://doi.org/10.22373/crc.v1i1.1383

SC, M.A. 2016. Designing instructional materials for blended learning by schoology for

speaking class of english education study program of teacher training and education

faculty of bandar lampung university. In International Conference on Education and

Language (ICEL): 34-42

Seman, M. S., & Khairani, M. Z. (2020). Pendekatan Project Base Learning Mural Pendidikan

Seni Visual Dalam Kalangan Murid Masalah Pembelajaran. Journal of Applied

Arts, 2(Issue 1), 158-163.

https://journal.scientiaca.org/index.php/Jappa/article/view/80

Siti Aisyah, Khadijah Abdul Razak. (2021). Pandemik Covid-19: Cabaran dan Impak Dalam

Pengajaran dan Pembelajaran Murid . International Journal of Advance Research In

Islamic Studies And Education Arise.

Siti Balqis, Muniroh Hamat (2020). Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Talian Semasa

Perintah Kawalan Pergerakan. Jurnal Pendidikan Sains Komputer dan Sains

(JSKM).

67

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

Siti Azura, Suzana Zainol Abidin, Zulkurnain Hassan. (2021). Keberkesanan Pembelajaran

dan Pengajaran Dalam Talian (E- Pembelajaran) Terhadap Pembelajaran Pelajar.

International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC).
Sicat, A.S. 2015. Enhancing College Students’ Proficiency in Business Writing Via

Schoology. International Journal of Education and Research 3(1): 159-178

Shulman, L.S. & Grossman, P.L. (1987). Final report to the Spencer Foundation. Stanford,

CA: School of Education, Stanford University

Sugihartono, T., Sutisyana, A., & Sugiyanto, S. (2020). Produktivitas Lembar Kerja Peserta

Didik (Lkpd) Pjok Dengan Penerapan Model Projek Base Learning Pada Prodi

Penjas Fkip Unib. Kinestetik: Jurnal Ilmiah Pendidikan Jasmani, 4(1), 63-72.

Suliati Asri. (2020). Derma Lebih Mudah, Selamat Dengan DuitNow. Diakses daripada:

Harian Metro Online:

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/01/536810/derma-lebih-mudah-

selamat-dengan-duitnow

Thambu, N. (2014). Penggunaan teater forum dalam pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Moral di sekolah menengah. Tesis Dr. Fal, Fakulti Pendidikan, Universiti

Malaya.

Tur, G., V. I. Marín, and J. Carpenter. 2017. Using Twitter in Higher Education in Spain and

the USA. Comunicar 25 (51): 19-27. doi:10.3916/C51-2017-02.

Wan Hafiidzull Wan Rashid, Che Ghani Che Kob, & Arman Shah Abdullah. (2020). Effect

of project-based learning to intrinsic motivations in the final year project 1 (Pta1)

subject in slim river vocational college. International Journal of Education,

Psychology and Counseling, 5(34), 197-

211. https://doi.org/10.35631/ijepc.5340016

Yakin, I. and H. Tinmaz. 2013. Using Twitter as an Instructional Tool: A Case Study in

Higher Education. Turkish Online Journal of Educational Technology 29: 209-218.

68

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

-6-
HUBUNGAN ANTARA AMALAN ORGANISASI PEMBELAJARAN

DENGAN KEPIMPINAN GURU DI SEKOLAH PEDALAMAN
DAERAH BATANG PADANG, PERAK

Muhammad Nur Asnawi bin Romly

SK Pos Musoh LZ

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji hubungan antara amalan organisasi
pembelajaran dengan kepimpinan guru di sekolah pedalaman daerah Batang Padang,
Perak. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan yang
menggunakan instrumen berbentuk soal selidik untuk memperolehi data. Seramai 34
orang guru sekolah pedalaman dari daerah Batang Padang, Perak telah dipilih untuk
menjadi responden kajian. Soal selidik yang telah dijadikan instrumen primer dalam
proses pengumpulan data bagi kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu,
demografi responden, amalan organisasi pembelajaran dan kepimpinan guru.
Kesemua item menunjukkan kebolehpercayaan dengan nilai Cronbach Alpha .943
bagi amalan organisasi pembelajaran dan .966 bagi kepimpinan guru. Program
perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23.0 telah digunakan
untuk penganalisisan data yang terkumpul. Data kajian ini telah dianalisis
menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi iaitu ujian korelasi Pearson.
Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan organisasi pembelajaran dan tahap
kepimpinan guru adalah tinggi (min = 4.26, sisihan piawai = .480) dan (min = 4.48,
sisihan piawai = .371). Seterusnya, analisis korelasi Pearson menunjukkan
wujudnya hubungan yang positif dan signifikan antara amalan organisasi
pembelajaran dengan kepimpinan guru di sekolah pedalaman (r = .541, p = .000).
Dari segi implikasinya, kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru di sekolah
pedalaman mempunyai tahap kepimpinan guru yang baik apabila mereka
mempraktikkan amalan organisasi pembelajaran.

Kata kunci: Organisasi pembelajaran, kepimpinan guru, sekolah pedalaman

PENDAHULUAN

Sesebuah organisasi boleh mencapai kejayaan dan mengekalkan kecemerlangannya
sekiranya melakukan pembelajaran (Mahaliza, 2013). Berdasarkan pernyataan ini,
sekolah perlu bergerak sebagai sebuah organisasi pembelajaran sekiranya mereka

69

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

mahu mengekalkan kejayaan dan kecemerlangan dalam kitaran perubahan yang
sentiasa berubah ini. Organisasi pembelajaran merupakan sebuah organisasi aktif
melalui aktiviti pembelajaran berterusan dalam pekerjaan seharian (Senge, 1990).
Menurut Watkins dan Marsick (1996) pula, “organisasi yang melaksanakan
organisasi pembelajaran menyediakan peluang kepada semua individu di dalam
organisasi tersebut untuk terus belajar supaya organisasi tersebut dapat terus untuk
berfungsi secara berkesan, dinamik, dan efisien”. Oleh itu, sekolah sebagai organisasi
pembelajaran sepatutnya diterajui oleh mereka yang mampu untuk membentuk dan
mengekalkan kecemerlangan dalam organisasi mereka. Organisasi pembelajaran
sewajarnya menjadi perkara penting bagi sesebuah organisasi yang mahu
mengekalkan kecemerlangannya (Rosnah & Muhammad Faizal, 2012).

Guru perlu untuk meningkatkan kepimpinan guru supaya mereka dapat menjadi
pemimpin dalam memimpin perubahan kepada pelajar, rakan sekerja dan rakan-rakan
lain dalam komuniti sekolah. Sesetengah pengkaji seperti Senge (1990), Watkins dan
Marsick (1996), Rosnah (2013) dan Azhar (2016) mencadangkan agar organisasi
pembelajaran dipraktiskan di sekolah bagi memperbaiki kualiti guru dan sekolah.
Menurut Barth (2001), Murphy (2005) dan Norashikin (2016), guru wajar menjadi
pemimpin dalam organisasi yang disertai mereka dan kepimpinan guru sepatutnya
dititikberatkan bagi memastikan kejayaan organisasi. Kowalski (2010) menekankan
berkenaan kepimpinan guru di sekolah bagi mewujudkan organisasi pembelajaran di
mana guru berinteraksi dalam aktiviti kepimpinan dan membuat keputusan, berkongsi
matlamat, bekerjasama dalam semua cara dan bersama menerima sebarang
tanggungjawab bagi mencapai kejayaan. Kepimpinan guru tidak hanya meningkatkan
pembelajaran bagi orang lain tetapi juga membantu pembelajaran diri sendiri. Sebagai
contoh, guru memerlukan sokongan dalam membangunkan amalan kepimpinan
dalam pembelajaran terutamanya yang melibatkan guru dengan membuat keputusan,
bekerjasama bersama orang lain, sokongan berterusan dan juga latihan (Katzenmeyer
& Moller, 2009).

PERNYATAAN MASALAH

Terdapat tiga permasalahan utama yang ingin dikaji dalam kajian ini. Pertama,
walaupun organisasi pembelajaran merupakan suatu perkara yang menarik dan sudah
lama diperkenalkan oleh pengkaji terdahulu namun masih rendah tahap pengetahuan
berkenaan konsep sebenarnya dalam kalangan warga di institusi pendidikan
terutamanya di sekolah. Menurut Rosnah (2019), semua sekolah merupakan institusi
pendidikan namun belum tentu sesebuah sekolah tersebut dapat menjadi organisasi
pembelajaran. Hal ini kerana, ianya bergantung kepada keupayaan sekolah tersebut
untuk memenuhi ciri-ciri organisasi pembelajaran. Organisasi menjadi organisasi
pembelajaran apabila mengamalkan struktur dan strategi yang mendorong
pembelajaran (Dodgson, 1993; Schechter & Qadach, 2012; Avidov-Ungar, 2016).
Justeru itu, ia membawa kepada persoalan kajian yang pertama iaitu sejauhmanakah

70

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

guru di sekolah mempraktikkan amalan organisasi pembelajaran dalam urusan kerja
seharian mereka di sekolah tersebut?

Kedua, berdasarkan kajian Sharifuddin (2012) menunjukkan kesudian guru untuk
menjadi pemimpin masih rendah. Guru masih tidak bersedia menerima konsep
kepimpinan guru dan tahap kefahaman tentang konsep kepimpinan guru juga adalah
rendah. Kebiasaanya guru baharu akan ditempatkan di sekolah pedalaman sebagai
sekolah pertama mereka berkhidmat. Guru yang baharu ini sudah semestinya tidak
mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman berkenaan kepimpinan guru
ini. Hal ini akan mempengaruhi profesionalisme dan keyakinan guru tersebut. Kajian
Childs-Bowen, Moller dan Scrivner (2001) pula mendapati kebanyakan guru yang
mengambil peranan kepimpinan tidak melihat diri mereka sebagai pemimpin dan
mereka selalu menyamakan takrifan pemimpin dengan orang yang memegang
jawatan pentadbiran sahaja. Walhal menurut Bush (2015), pemimpin guru boleh
berlaku secara formal dan tidak formal, dimana secara tidak formal apabila guru
tersebut memilih untuk memimpin bagi aspek khusus di sekolah. Oleh itu, ia
membawa kepada persoalan kajian kedua, sejauhmanakah tahap kepimpinan guru di
sekolah tersebut?

Ketiga, sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa kepimpinan guru semakin
menjadi tumpuan bagi mewujudkan pembangunan, reformasi sekolah serta mampu
mempengaruhi kecemerlangan sesebuah sekolah (Davies, 2009; Katzenmenyer &
Moller, 2009; Harris, 2014; Norashikin, 2016). Kepimpinan guru dapat ditingkatkan
melalui perkongsian kepakaran dan pengetahuan dalam kalangan guru secara
optimum. Hal ini merujuk kepada amalan organisasi pembelajaran. Namun jika
dilihat dari perspektif di Malaysia, bilangan kajian yang dijalankan bagi mengkaji
hubungan amalan organisasi pembelajaran dengan kepimpinan guru adalah terhad
(Saraswathy, 2017). Oleh itu, persoalan ketiga adakah amalan organisasi
pembelajaran mempunyai hubungan dengan tahap kepimpinan guru di sekolah?

Berdasarkan pertimbangan kepada beberapa kajian terdahulu berkaitan amalan
organisasi pembelajaran, masalah yang kekal menjadi faktor utama yang belum dikaji
ialah hubungan antara amalan organisasi pembelajaran dengan kepimpinan guru.
Sesetengah pengkaji seperti Rosnah, Muhammad Faizal dan Saedah (2013);
Mahaliza, Jamal, Fanny, Khalip dan Mohd Asri (2019) hanya melihat berkenaan
hubungan amalan organisasi pembelajaran dengan kepimpinan guru dalam konteks
sekolah bandar dan luar bandar, tetapi masih tiada kajian yang dijalankan tentang
hubungan amalan organisasi pembelajaran dengan kepimpinan guru dalam konteks
sekolah pedalaman. Kajian yang dijalankan dalam konteks sekolah pedalaman ini
akan memberikan suatu penemuan baharu terhadap bidang organisasi pembelajaran
ini. Ketiga-tiga masalah ini menjadi masalah utama yang ingin dikaji dalam kajian
ini.

71

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

OBJEKTIF KAJIAN

Berikut merupakan perincian objektif kajian:

a) Mengenal pasti apakah tahap amalan organisasi pembelajaran yang
terdapat di sekolah pedalaman daerah Batang Padang, Perak.

b) Mengenal pasti apakah tahap kepimpinan guru yang terdapat di sekolah
pedalaman daerah Batang Padang, Perak.

c) Mengenal pasti hubungan antara amalan organisasi pembelajaran dengan
kepimpinan guru di sekolah pedalaman daerah Batang Padang, Perak.

SOROTAN KAJIAN

Guru yang menganggap diri mereka sebagai pemimpin memberi tumpuan kepada
pembangunan diri dan professionalisme mereka (Azhar, Ramli, Zaidatol & Soaib
(2016). Guru-guru yang menjadi pemimpin guru menunjukkan kompetensi dalam
beberapa dimensi seperti autonomi, komunikasi terbuka, kepercayaan, fokus
pembangunan, dan pengiktirafan dan penyertaan. Hal yang demikian menjelaskan
bahawa guru yang menjadi pemimpin akan berusaha menjadikan persekitaran kerja
mereka ke arah yang lebih positif. Selanjutnya, Berry, Daughtrey dan Weider (2010)
mendapati bahawa kepimpinan guru mempunyai hubungan yang rapat dengan
pencapaian akademik pelajar. Ini disokong oleh Akert dan Martin (2012), dalam
kajian mereka yang mendapati bahawa pengaruh kepimpinan guru secara kolektif
melalui motivasi guru mempunyai hubungan yang kuat terhadap pencapaian
akademik pelajar. Kajian lain oleh Foster (2004) juga mendapati kepimpinan guru
telah mempengaruhi peningkatan pencapaian akademik pelajar dan menyumbang
kepada prestasi sekolah. Kepimpinan guru merupakan elemen penting dalam institusi
pendidikan sekiranya prestasi guru menjadi indikator untuk pencapaian sekolah.
Villiers dan Pretorius (2012) menyimpulkan bahawa kepimpinan guru yang berkesan
adalah aspek utama dalam mencapai peningkatan sekolah. Pengupayaan kepimpinan
guru menggambarkan guru sebagai kepimpinan yang disumbangkan oleh semua guru
melalui pembelajaran sepanjang hayat, pembangunan dan peningkatan keupayaan
guru serta menunjukkan kualiti kepimpinan yang lebih tinggi (Norashikin, Ramli &
Foo, 2015). Justeru, guru yang ingin meningkatkan keupayaan kepimpinan mereka
perlu sentiasa belajar. Belajar dalam organisasi adalah proses belajar yang bermula
dengan individu, berkembang dalam kumpulan dan seterusnya membina budaya
dalam organisasi yang kemudiannya membentuk sebuah organisasi pembelajaran.

Organisasi pembelajaran telah dikenal pasti sebagai suatu model organisasi yang
paling ideal, di mana pembelajaran berkembang, tingkah laku bertambah baik dan
satu iklim dicipta bagi memudahkan pembelajaran (Gil & Carrillo, 2016; Opengart,
2015; Santa & Nurcan, 2016). Selain daripada limaprinsip yang diperkenalkan oleh
Senge (1990), organisasi pembelajaran juga dikaji dalam pelbagai dimensi seperti

72

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

kepimpinan, budaya, struktur dan peluang untuk belajar (Goh, 2003; Holton, 2011;
Randeree, 2006). Idea tentang organisasi pembelajaran yang pada awalnya
diperkenalkan untuk organisasi berasaskan perniagaan, kemudiannya berkembang
dan mendapat perhatian meluas organisasi berasaskan pendidikan. (Retna & Ng,
2016; Senge, Cambron-McCabe, Lucas, Smith, Dutton & Kleiner, 2000). Perubahan
dinamik dalampendidikan menuntut organisasi pendidikan menjadikan pembelajaran
sebagai strategi tindakan sepanjang hayat (Lahn, 2016). Organisasi pembelajaran
didapati memberi kesan yang lebih baik kepada hasil organisasi (Bhaskar & Mishra,
2017). Hal yang demikian adalah kerana sesebuah organisasi pembelajaran dilihat
sebagai sebuah organisasi yang berkesan dalam mencipta, memperoleh dan
mengubah pengetahuan (Davis & Lopuch, 2016), terutamanya melalui pembangunan
budaya yang menggalakkan keyakinan dan nilai yang dikongsi bersama (Chu, 2016;
Palos & Stancovici, 2016). Menurut Berkowitz, Bowen, Benbenishty & Powers
(2013), sekolah yang berfungsi sebagai organisasi pembelajaran mempunyai
keupayaan untuk menggunakan pengetahuan berjaya merancang, melaksanakan dan
menilai strategi dengan lebih berkesan bagi meningkatkan prestasi murid dan sekolah
secara keseluruhannya.

KERANGKA TEORI DAN KONSEPTUAL KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan berasaskan kerangka teoritikal kajian yang berdasarkan
rumusan Model Profil Amalan Terbaik Organisasi Pembelajaran Sekolah Malaysia
(PATOP-SM) oleh Rosnah (2019) dan Model Perkembangan Kepimpinan Guru yang
dikenali sebagai Model Leadership Development for Teacher (Model LDT) oleh
Katzenmeyer dan Moller (2009). Rajah 1 menunjukkan kerangka konseptual
hubungan amalan organisasi pembelajaran dengan kepimpinan guru.

PEMBOLEH UBAH PEMBOLEH UBAH
BEBAS BERSANDAR

AMALAN ORGANISASI KEPIMPINAN GURU
PEMBELAJARAN
a) Penilaian Kendiri
a) Visi dan Misi Sekolah b) Membawa Perubahan
b) Iklim dan Struktur Sekolah c) Komunikasi
c) Kepimpinan Sekolah d) Kepelbagaian
d) Pembelajaran Individu e) Kemahiran Pengajaran
e) Budaya Pembelajaran f) Penambahbaikan yang

Kolektif Berterusan

Rajah 1: Kerangka konseptual hubungan amalan organigsa)siOpregmabneilasjaasrainKdeengdainrikepimpinan guru

73

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

METODOLOGI

Reka bentuk kajian

Reka bentuk kajian korelasi digunakan bagi mencari atau mengkaji perhubungan yang
wujud antara amalan organisasi pembelajaran dengan kepimpinan guru di sekolah
pedalaman daerah Batang Padang, Perak. Reka bentuk korelasi ialah hubungan yang
wujud di antara pemboleh ubah bebas dengan pemboleh ubah bersandar (Gay, 2009).
Perkara yang perlu dipastikan merupakan kesesuaian hubungan yang munasabah dan
mempunyai atau tidak mempunyai hubungan. Namun begitu, kajian jenis ini hanya
berupaya menjelaskan hubungan yang signifikan atau tidak dan bukannya
menerangkan punca atau faktor sesuatu fenomena berlaku (Gay, 2009).

Populasi dan persampelan

Populasi yang dipilih bagi kajian ini adalah guru yang bertugas di tiga buah sekolah
pedalaman di daerah Batang Padang, Perak. Sekolah-sekolah yang dipilih merupakan
sekolah murid Orang Asli iaitu SK Pos Musoh LZ (Pedalaman 2), SK Pos Gedong
(Pedalaman 1) dan SK Jernang (Pedalaman 1). Seramai 34 orang guru telah dipilih
bagi kajian ini dan tidak melibatkan guru besar. Kesemua populasi diambil sebagai
sampel kajian memandangkan saiz populasi adalah kecil dan terhad.

Instrumen kajian dan Prosedur Kajian

Pengkaji menggunakan satu set borang soal selidik bagi memperolehi data yang
diperlukan. Tujuan soal selidik bagi memudahkan proses mengutip data responden
yang mempunyai kekangan dari aspek lokasi, dan masa yang terhad bagi
mendapatkan maklumat yang tepat. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen
pengumpulan data yang utama. Soal selidik dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu
bahagian A berkaitan demografi responden, bahagian B meliputi dimensi amalan
organisasi pembelajaran manakala bahagian C berkaitan kepimpinan guru. Sebanyak
64 item dibentuk dalam soal selidik ini. Pengkaji menggunakan soal selidik PATOP-
SM oleh Rosnah (2019) bagi menilai amalan organisasi pembelajaran. Soal selidik
untuk meninjau amalan organisasi pembelajaran ini mempunyai 22 item dan
dipecahkan kepada lima dimensi. Kepimpinan guru dinilai melalui instrumen Teacher
Leadership Self-Assessment (TLSA) yang telah direka bentuk oleh Katzenmeyer dan
Katzenmeyer (2004). Soal selidik bagi menilai kepimpinan guru ini mempunyai 42
item yang terpecah kepada tujuh dimensi kepimpinan guru.

Alat pengukur bagi soal selidik ini menggunakan skala Likert 5 markah bagi melihat
perhubungan antara amalan organisasi pembelajaran dengan kepimpinan guru di
sekolah pedalaman. Skala tersebut melibatkan pilihan jawapan daripada skala satu
hingga lima iaitu (1) sangat tidak setuju, (2) tidak setuju, (3) kadang-kala, (4) setuju

74

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

dan (5) sangat setuju. Item soal selidik telah diperolehi daripada pengkaji sebenar dan
pengkaji lain.

Kajian rintis dijalankan dan merangkumi 34 orang responden iaitu semua guru kecuali
guru besar dari tiga buah sekolah pedalaman di daerah Kuala Kangsar iaitu SK Pos
Poi, SK Pos Kuala Mu dan SK Pos Legap. Berdasarkan keputusan yang diperoleh,
didapati kebanyakan konstruk di dalam soal selidik ini telah mencatatkan skor
Cronbach Alpha yang melebihi .500. Ini bermaksud instrumen tersebut mempunyai
tahap kebolehpercayaan yang sangat baik. Mohd Majid (2005) juga menyatakan tahap
α = .71-.99 adalah tahap terbaik.

DAPATAN KAJIAN

Tahap Amalan Organisasi Pembelajaran

Jadual 1 menunjukkan analisis skor min dan sisihan piawai item di bawah dimensi
amalan organisasi pembelajaran.

Jadual 1: Analisis skor min dan sisihan piawai item dimensi amalan organisasi pembelajaran

Dimensi Skor Sisihan
Min Piawai

Amalan Organisasi Pembelajaran 4.26 .480
Visi dan misi 4.14 .584
Sekolah mempunyai pasukan pembentuk visi dan misi sekolah yang 4.18 .716
mantap
Visi dan misi sekolah adalah hasil kesepakatan bersama guru dan ibu 3.94 .776
bapa
Pernyataan visi dan misi sekolah adalah jelas 4.18 .716
Pembinaan visi memenuhi syarat SMART (khusus, boleh diukur, 4.26 .710
boleh dicapai, relevan dan berjangka masa)
Iklim dan struktur 4.14 .584
Sekolah mempunyai iklim yang menggalakkan pembelajaran guru 4.18 .716
Sekolah mempunyai struktur (kemudahan fizikal spt ruang, 3.94 .776
bangunan dan peralatan) yang menyokong pembelajaran
Pemindahan dan aliran maklumat di sekolah adalah cekap dan 4.18 .716
berkesan
Sekolah mengamalkan sistem yang terbuka kepada sebarang 4.26 .710
maklum balas
Kepimpinan 4.31 .666
Pemimpin sekolah menyediakan ruang dan peluang pembelajaran 4.15 .784
yang mencukupi untuk guru
Pemimpin sekolah menjadi suri teladan dari segi pembelajaran 4.15 .892
kepada guru
Pemimpin sekolah memberi galakan kepada guru untuk 4.35 .734
menghasilkan inovasi

75

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

Pemimpin sekolah memberikan penghargaan dan pengiktirafan 4.47 .788
terhadap pencapaian guru dan murid
Pemimpin sekolah berusaha membangunkan potensi guru 4.44 .660
Pembelajaran individu 4.41 .484
Guru mempunyai kesungguhan untuk mempelajari pelbagai perkara 4.47 .662
baru
Guru belajar secara berterusan secara formal atau tidak formal 4.59 .500
Guru mengambil initiatif (dalam melaksanakan P&P, aktiviti dan 4.26 .751
program) serta berani menanggung risiko atas percubaan tersebut
demi pembelajaran 4.32 .684
Guru membuat refleksi (kendiri dan berbantukan rakan) dan
mengaplikasikan pengetahuan dari proses pembelajaran tersebut 4.29 .531
Pembelajaran kolektif 4.18 .673
Sesi dialog dan diskusi antara guru dilaksanakan secara berterusan
di sekolah 4.44 .561
Guru sedia berkongsi ilmu dalam medium yang disediakan oleh
pihak sekolah 4.32 .684
Guru melakukan refleksi dan mengambil tindakan secara berpasukan 4.15 .784
Guru memantau perkembangan pembelajaran rakan sepasukan (guru
baharu dibantu, guru senior membantu) 4.38 .604
Guru mengamalkan budaya kerja (belajar) berpasukan yang
cemerlang dengan mewujudkan rasa kekitaan (sense of belonging)
dalam pasukan

Skor min amalan organisasi pembelajaran adalah tinggi iaitu 4.26 dan sisihan
piawai .480. Secara deskriptifnya, julat min antara 3.68 hingga 5.00 menunjukkan
guru di sekolah pedalaman daerah tersebut berkecenderungan mengamalkan kelima-
lima dimensi amalan organisasi pembelajaran tersebut. Berdasarkan Jadual 2 didapati
dimensi empat iaitu “pembelajaran individu” mencatat skor min paling tinggi, 4.41
dan sisihan piawai .484 serta keempat-empat item yang diuji dalam dimensi ini
mencatat skor min melebihi 4.00. Keseluruhannya, pandangan guru terhadap amalan
organisasi pembelajaran adalah tinggi. Dimensi empat, pembelajaran individu adalah
antara dimensi paling dominan dan menunjukkan mereka bersetuju dengan peranan
individu dalam mengamalkan organisasi pembelajaran di sekolah. Namun begitu,
mereka juga mempunyai pandangan bahawa visi dan misi serta iklim dan struktur
kurang diberikan penekanan dalam mengamalkan organisasi pembelajaran di sekolah.
Walau bagaimanapun, keseluruhannya semua dimensi tersebut menunjukkan tahap
amalan organisasi pembelajaran yang tinggi. Ini sekaligus telah menjawab
permasalahan pertama berkaitan tahap amalan organisasi pembelajaran di sekolah
pedalaman adalah tinggi.

Tahap Kepimpinan Guru

Jadual 2 menunjukkan analisis skor min dan sisihan piawai item di bawah dimensi
kepimpinan guru.

76

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

Jadual 2: Analisis skor min dan sisihan piawai item dimensi kepimpinan guru

Dimensi Skor Min Sisihan
Piawai
Kepimpinan Guru 4.48
4.58 .371
Penilaian kendiri 4.50 .405
.663
Saya membuat refleksi tentang kelebihan saya dan bagaimana 4.50
boleh meningkatkan kepimpinan saya sebagai seorang guru .508
dalam bilik darjah 4.65
Saya memahami bagaimana kekuatan dan keperluan untuk 4.56 .485
memajukan diri saya boleh memberi implikasi kepada saya .561
sebagai seorang pemimpin di sekolah 4.65
Saya jelas dengan proses pengajaran dan pembelajaran 4.62 .544
Saya berpegang kepada nilai dan falsafah hidup saya apabila 4.44
berurusan atau berkomunikasi dengan murid dan rakan sekerja 4.44 .493
saya 4.26
Saya menerima pandangan tentang bagaimana saya boleh 4.41 .387
meningkatkan prestasi saya dalam bidang tugas saya 4.44 .561
Di tempat kerja, saya menjaga etika diri saya supaya sesuai 4.53
dengan harapan untuk mencapai prestasi professional yang tinggi 4.53 .567
Membawa perubahan 4.44 .500
Saya menjemput rakan sekerja untuk bekerja ke arah mencapai 4.44
visi dan misi sekolah 4.26 .561
Saya memimpin rakan sekerja dalam menjalankan tugas 4.41
Saya melibatkan rakan sekerja semasa merancang sesuatu 4.44 .507
perubahan .507
Saya faham kepentingan perubahan budaya kerja di peringkat 4.53
sekolah dan daerah untuk meningkatkan prestasi murid 4.53 .387
Saya bekerja kearah meningkatkan budaya sekolah 4.49 .561
Saya sanggup meluangkan masa dan tenaga untuk membentuk 4.47 .567
kumpulan bagi meningkatkan pencapaian sekolah
Komunikasi .500
Saya mendengar pendapat orang lain dengan teliti
Saya mengubahsuai pembentangan saya mengikut keperluan dan .561
tahap pendengar
Saya melihat kelebihan orang lain dan juga boleh memahami .507
pemikiran dan perasaan orang lain
Apabila memimpin kumpulan yang kecil, saya memastikan .507
semua ahli kumpulan menepati kehendak kursus dan juga
menepati masa .483
Apabila menjalankan mesyuarat, saya berupaya memastikan .615
semua peserta mengambil bahagian
Saya menggunakan teknologi elektronik secara berkesan untuk
berkomunikasi dengan individu dan kumpulan
Kepelbagaian
Saya faham wujudnya perbezaan pendapat disebabkan oleh
budaya, agama, kaum dan status sosioekonomi seseorang

77

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

Dimensi Skor Min Sisihan
Piawai
individu 4.47
Saya menghormati nilai dan kepercayaan seseorang individu .563
yang mungkin berbeza daripada saya 4.56
Saya suka bekerja dalam kumpulan di sekolah 4.50 .504
Saya boleh menjalankan tugas dengan berkesan dengan orang .508
yang tidak berpendidikan tetapi mempunyai minat khas 4.41
Saya memberi tumpuan khas untuk memahami kepercayaan dan .743
nilai hidup seseorang 4.50
Saya sanggup berkongsi kepercayaan saya walaupun .707
kepercayaan kami berbeza antara satu sama lain 4.43
Kemahiran pengajaran 4.41 .444
Saya mewujudkan persekitaran yang kondusif di dalam bilik .557
darjah 4.06
Saya menggunakan latihan yang berbentuk kajian tindakan 4.56 .776
Saya memastikan kejayaan yang berterusan bagi semua murid 4.35 .561
Saya mempunyai reputasi untuk bersaing di dalam kelas 4.62 .691
Saya boleh dirunding (budi bicara) dan sedia berkongsi .493
maklumat dengan rakan sekerja saya 4.56
Saya lebih integriti (bekerjasama) dan lebih adil semasa bertugas .504
dengan murid atau orang dewasa 4.43
Penambahbaikan yang berterusan 4.41 .444
Saya mengumpul maklumat daripada semua sumber sebelum .557
membuat sesuatu keputusan atau mengambil tindakan 4.06
Saya menetapkan target (goals) dan memerhatikan perjalanan .776
proses kerja-kerjanya demi mencapai target saya 4.56
Saya menganalisis dan menggunakan maklumat penilaian untuk .561
merancang sesuatu 4.35
Saya mengambil bahagian dalam aktiviti perkembangan .691
professional dan pembelajaran 4.62
Saya aktif dalam mengenal pasti masalah dan mencari jalan .493
penyelesaian bagi masalah tersebut 4.56
Saya bekerja bersama ahli kumpulan yang lain, para ibu bapa dan .504
orang lain untuk kemajuan sekolah atau daerah 4.47
Organisasi kendiri 4.41 .445
Saya merancang dan membuat jadual yang lengkap untuk .557
menyiapkan tugasan dan mencapai objektif 4.53
Saya menunjukkan motivasi diri yang tinggi apabila berada .507
dalam tekanan atau situasi yang agak merumitkan 4.41
Saya bekerja secara berkesan dalam kumpulan 4.41 .500
Saya mempunyai daya saing dan motivasi yang tinggi untuk .557
mencapai keputusan yang terbaik 4.47
Saya menyusun tugas saya mengikut keutamaan, untuk .563
memastikan saya mempunyai masa untuk tugas yang paling 4.56
penting .504
Saya mewujudkan keadaan yang seimbang antara profesion dan

78

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

Dimensi Skor Min Sisihan
Piawai

urusan peribadi saya

Secara keseluruhannya tahap dimensi kepimpinan guru adalah tinggi dengan skor min
4.48 dan sisihan piawai .371. Perkara ini membuktikan kebanyakan daripada guru di
sekolah pedalaman daerah Batang Padang, Perak mempunyai kesedaran berkenaan
kepimpinan guru. Berdasarkan maklumat di atas, didapati bahawa dimensi satu,
penilaian kendiri merupakan dimensi dominan bagi keseluruhan konstruk kepimpinan
guru dengan nilai skor min 4.58 dan sisihan piawai .406. Kesimpulannya, tahap
kepimpinan guru di sekolah pedalaman adalah tinggi. Ini sekaligus menjawab
permasalahan kajian kedua iaitu tahap kepimpinan guru di sekolah pedalaman adalah
tinggi.

Hubungan Antara Amalan Organisasi Pembelajaran Dengan Kepimpinan
Guru

Jadual 3 memaparkan dapatan hasil analisis korelasi Pearson antara dimensi amalan
organisasi pembelajaran dengan dimensi kepimpinan guru.

Jadual 3: Hubungan antara amalan organisasi pembelajaran dengan kepimpinan guru

Amalan Organisasi Pembelajaran Kepimpinan Guru Kekuatan
Hubungan
r sig
.541 .000 Kuat / Tinggi

**Aras signifikan = 0.01 (2-tailed)

Merujuk pada Jadual 3, amalan organisasi pembelajaran mempunyai hubungan positif
dan signifikan dengan kepimpinan guru di sekolah pedalaman daerah Batang Padang,
Perak (n = 34, r = .541) pada tahap signifikan p = 0.00. Hubungan amalan organisasi
pembelajaran dengan kepimpinan guru menunjukkan hubungan positif yang
signifikan pada tahap tinggi. Ini menujukkan amalan organisasi pembelajaran dengan
kepimpinan guru saling berhubung kait.

PERBINCANGAN

Secara keseluruhannya, kajian ini memberi gambaran jelas berkenaan tahap amalan
organisasi pembelajaran dan tahap kepimpinan guru di sekolah pedalaman. Gambaran
yang jelas ini diharap akan membantu pihak KPM, JPN dan PPD untuk menggalakkan
lebih ramai guru mempraktikkan amalan organisasi pembelajaran yang terbukti
berkesan bagi memastikan tahap kepimpinan guru di sekolah pedalaman sentiasa pada
tahap terbaik bagi menaikkan prestasi dan kecemerlangan sekolah tersebut. Walaupun

79

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

terdapat banyak kajian yang melihat hubungan amalan organisasi pembelajaran
dengan kepimpinan guru, namun masih kurang kajian yang dijalankan bagi melihat
hubungannya dalam konteks sekolah pedalaman.

Hasil kajian mendapati tahap amalan organisasi pembelajaran (min = 4.26) adalah
tinggi. Kesemua dimensi amalan organisasi pembelajaran diamalkan oleh responden
kajian ini dan berada antara julat 4.11 sehingga 4.31. Dapatan ini menunjukkan guru
sekolah pedalaman di daerah Batang Padang, Perak mengamalkan organisasi
pembelajaran di sekolah mereka. Ini adalah sama dengan dapatan kajian
Thilagavathy, Aziah dan Abdul Ghani (2012); Norisyah (2018); Badrul dan Mahaliza
(2019); Gil, Carrillo & Fonseca-Pedrero (2018). Kesemua kajian ini mendapati
bahawa amalan organisasi pembelajaran yang diamalkan oleh responden kajian
adalah tinggi.

Merujuk pada kajian yang dilaksanakan, tahap kepimpinan guru (min = 4.48) adalah
tinggi. Tahap yang tinggi secara keseluruhannya menunjukkan guru sekolah
pedalaman di daerah Batang Padang, Perak mempunyai tahap kepimpinan guru yang
baik apabila kebanyakan item mencatatkan nilai skor min melebihi 4.05 ke atas. Ini
mencerminkan bahawa guru tersebut sedar tentang kepentingan aspek kepimpinan
dalam diri mereka sebagai seorang guru. Ini adalaah sama dengan dapatan Azhar,
Ramli, Zaidatol dan Soaib (2016); Norashikin, Ramli dan Foo (2015); Villiers dan
Pretorius (2012) yang mendapati bahawa tahap kepimpinan guru adalah terkenal
dalam kalangan responden kajian mereka. Hal ini sekaligus membuktikan kepimpinan
guru yang berkesan adalah aspek utama dalam mencapai peningkatan sekolah
tersebut.

Hasil kajian mendapati hubungan yang signifikan dan positif bagi dimensi amalan
organisasi pembelajaran dengan tahap kepimpinan guru. Ini membuktikan sekolah
yang di mana gurunya mengamalkan organisasi pembelajaran dapat meningkatkan
tahap kepimpinan gurunya. Dapatan ini selari dengan analisis korelasi Pearson
menunjukkan dimensi amalan organisasi pembelajaran ada hubungan signifikan
antara julat .000 hingga .001 dengan tahap kepimpinan guru. Dapatan ini menjelaskan
bahawa amalan organisasi pembelajaran telah meningkatkan tahap kepimpinan guru
dalam kalangan guru di sekolah tersebut.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, demi merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara
yang maju, maka transformasi perlu dilakukan dalam bidang pendidikan. Ini adalah
kerana hanya sekolah yang cemerlang mampu melahirkan modal insan yang holistik.
Kecemerlangan sekolah ini bukan hanya dimiliki oleh pemimpin sekolah semata-
mata, malah sumbangan guru juga adalah sama penting. Sumbangan guru berlaku
apabila mereka mengamalkan organisasi pembelajaran di sekolah tersebut. Dapatan

80

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

kajian dengan jelas mengesahkan amalan organisasi pembelajaran sememangnya
memberi impak yang positif terhadap tahap kepimpinan guru. Dimensi dalam amalan
organisasi pembelajaran menunjukkan hubungan signifikan yang kuat dengan
dimensi kepimpinan guru. Akhir kata, guru perlu menyedari peluang-peluang yang
ada untuk mengamalkan organisasi pembelajaran dalam organisasi masing-masing.
Hal ini dapat membantu guru dalam mengetahui kapasiti dirinya melalui amalan
kepimpinan guru bagi meningkatkan lagi tahap profesionalisme keguruan mereka.

RUJUKAN

Avidov-Ungar, O. (2016). School-based professional development as an organizational
learning mechanism the significance of teachers’ involvement. International Journal
of Educational Reform, 25, 16-37.

Azhar, H. (2016). Distributive leadership relationships and teacher leadership in East Zone
High Schools in Peninsular Malaysia. Disertasi Doktor Falsafah. Serdang, Malaysia:
Universiti Putra Malaysia.

Azhar Harun, Ramli Basri, Zaidatol Amaliah Lope Pehei & Soaib Asimiran. (2016).Amalan
Kepimpinan Guru Di sekolah Menengah Zon Timur Semenanjung Malaysia. Jurnal
Kepimpinan Pendidikan, 3, 1-24.

Barth, R.S. (2001). Teacher leader. Phi Delta Kappan, 82, 443–449.
Bush, T. & Glover, D. (2015). School leadership models: what do we know?. School

Leadership & Management, 34(5), 553-571.
Childs-Bowen, D., Moller, G. & Scrivner, J. (2000). Principals: Leaders of Leaders. Nassp

Bulletin, 84, 27-34.
Davies, B. (2009). The essentials of school leadership (2nd. Ed). Thousand Oaks, California:

Sage Publication.
Dodgson, M. (1993). Organizational learning: A review of some literatures. Organization

Science, 14(3), 375–394.
Gay, L.R. (2009). Educational Research: Compentencies for Analysis and Applications.

New Jersy: Person Prentice Hall.
Gil, A.J, Carrillo, F.J. & Fonseca-Pedrero, E. (2018). Assessing a learning organization model:

a teacher’s pespective. Management in Education, 23(1), 21–31.
Harris, A. (2014). System improvement through collective capacity building. Journal of

Educational Administration, 49(6), 624-636.
Katzenmeyer, M. & Moller, G. (2009). Awakeing the Slepping Giant: Leadership

Development for Teachers (3rd Edition). Thousand Oaks, California: Corwin Press
Inc.
Kowalski, T.J. (2010). The School Principal: Visionary Leadership and Competent
Management. Routledge Taylor & Francis Group: New York & London.
Mahaliza Mansor. (2013). Construction of a school-based professional learning module in
daily high school in Malaysia. Disertasi Doktor Falsafah. Tanjong Malim, Malaysia :
Sultan Idris Education University.

81

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Mahaliza Mansor, Jamal @ Nordin Yunus, Fanny Kho Chee Yuet, Khalip Musa & Mohd Asri
Mohd Noor. (2019). The Influence of Learning Organization Practices toward
Teacher Leadership among Secondary School Teachers in State of Perak.
International Journal of Academic Research in Progressive Education and
Development, 8(4), 91–102.

Mohd Majid Konting. (2000). Kaedah penyelidikan pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur.

Murphy, J. (2005). Connecting teacher leadership and school improvement. Thousand Oaks,
CA: Corwin Press.

Norashikin Abu Bakar, Ramli & Foo Say Fooi. (2015). Hubungan Kepimpinan Guru dengan
Pencapaian Akademik Pelajar. International Journal of Education and Training
(InJET), 1(2), 1-11.

Norashikin, A.B. (2016). The relationship of teaching leadership to principals and teachers'
presidencies with academic performance in secondary schools in Johor, Malaysia.
Tesis Sarjana. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Rosnah Ishak & Muhammad Faizal A. Ghani. (2012). Amalan Kepimpinan terbaik untuk
Sekolah “Organisasi Pembelajaran”. Jurnal Pendidikan Malaysia, 37(2), 35-41.

Rosnah Ishak, Muhammad Faizal A. Ghani & Saedah Siraj. (2013). Amalan Pembelajaran
Dalam Kalangan Guru Sekolah Berprestasi Tinggi Malaysia. Jurnal Kurikulum &
Pengajaran Asia Pasifik, 1(2), 52-60.

Rosnah Ishak. (2019). Amalan terbaik organisasi pembelajaran di sekolah. Dewan Bahasa
dan Pustaka: Kuala Lumpur.

Saraswathy, K. (2017). Hubungan antara amalan organisasi pembelajaran dengan kepimpinan
guru di sekolah kebangsaan (asli) daerah Kuala Langat, Selangor. Tesis Sarjana.
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim.

Schechter, C. & Qadach, M. (2012). Toward an Organizational Model of Change in
Elementary Schools: The Contribution of Organizational Learning Mechanisms.
Educational Administration Quarterly - EDUC ADMIN QUART, 48, 116-153.

Senge, P.M. (1990). The Fifth Discipline: The Art and Practice of the Learning Organization.
New York: Doubleday.

Sharifuddin Abdul Syukor. (2012). Konsep Kepimpinan Guru dalam Kalangan Guru di
Tiga Buah Sekolah Menengah di Segamat. Tesis Sarjana Pendidikan. Skudai:
UTM

Thilagavathy Aramugam, Aziah Ismail & Abdul Ghani Kanesan Abdullah. (2014). Pengaruh
Organisasi Pembelajaran Terhadap Komitmen Kualiti Pengajaran Guru Sekolah
Berautonomi Di Malaysia. Pulau Pinang: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti
Sains Malaysia.

Watkins, E.K. & Marsick, V.J. (1996). In action: Creating the learning organization.
Alexandra, VA: American Society for training and Development.

82

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

-7-
PENERIMAAN GOOGLE CLASSROOM DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

DI LAWAS, SARAWAK

Lau Zheng Lian
[email protected]

Mimma Sayuti binti Mat Khalid
[email protected]

1,2 Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Lembah Pantai, 59990 Kuala Lumpur

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap persepsi kegunaan, tahap persepsi
kemudahgunaan, dan tahap kesediaan penggunaan Google Classroom dalam
pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu di sekolah rendah. Reka bentuk
kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan. Instrumen
soal selidik digunakan untuk mengumpulkan data. Responden yang terlibat dalam
kajian ini ialah seramai 85 orang guru Bahasa Melayu daripada 10 buah sekolah
rendah di daerah Lawas, Sarawak yang dipilih berdasarkan teknik pensampelan
rawak mudah. Data dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan Statistical
Packages for the Social Science (SPSS) versi 27.0. Statistik deskriptif digunakan
untuk melihat analisis kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Analisis
deskriptif mendapati min bagi persepsi kegunaan (3.44) berada pada tahap sederhana,
tahap persepsi kemudahgunaan (3.69) berada pada tahap tinggi, dan tahap kesediaan
penggunaan (3.49) Google Classroom dalam kalangan guru Bahasa Melayu di
sekolah rendah berada pada tahap sederhana. Rumusannya, guru Bahasa Melayu
masih kurang menyedari penggunaan Google Classroom dan kepentingannya dalam
PdP Bahasa Melayu. Kajian ini mencadangkan agar pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia sebagai pemegang taruh dalam pelaksanaan Google Classroom sebagai
medium PdP bagi guru dan murid terus meningkatkan kesedaran guru melalui kursus
dan bengkel yang berkenaan.

Kata kkunci: Google Classroom, tahap persepsi kegunaan, tahap persepsi
kemudahgunaan, tahap kesediaan penggunaan, pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu

83

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

ABSTRACT

This study aims to assess the level of perceived usefulness, perceived ease of use, and
the readiness to use Google Classroom in teaching and learning of Malay Language
in primary schools. The design of this study used quantitative approach through
survey method. Questionnaire instruments were used to collect data. Respondents
involved in this study consisted of 85 English teachers from 10 primary schools in
Lawas, Sarawak selected by simple random sampling technique. Data were analysed
descriptively using Statistical Packages for the Social Science (SPSS) version 27.0.
Descriptive statistics were used to look at frequency, percentage, mean and standard
deviation. Descriptive analyses found the mean of perceived usefulness (3.44) at a
moderate level, the level of perceived ease of use (3.69) is at high level, and the level
of readiness to use (3.49) Google Classroom among Malay Language teachers in
primary schools are at moderate level. In conclusion, Malay Language teachers are
less aware of the use of Google Classroom and its importance in the teaching and
learning of Malay Language. This study suggests that the Ministry of Education
Malaysia as a stakeholder in the implementation of Google Classroom as a medium
of teaching and learning for teachers and students continues to increase teachers’
awareness through relevant courses and workshops.

Key Words: Google Classroom, Level of Perceived Usefulness, Level of Perceived
Ease of Use, Level of Readiness to Use, Teaching and Learning of Malay Language

PENGENALAN

Kemunculan teknologi yang canggih semakin hari semakin banyak terutamanya dari
aspek teknologi capaian internet. Teknologi capaian internet ini telah berubah corak
kehidupan komuniti dan masyarakat di seluruh dunia dalam pelbagai bidang iaitu
pendidikan, politik dan sosial. Penggunaan internet terus berkembang dari semasa ke
semasa (Noraini et al., 2010). Lantaran itu, antara bidang yang muncul dan
berkembang dalam era internet ini ialah pembelajaran maya (virtual learning
education). Zaman teknologi digital dalam bidang pendidikan ini berkembang dengan
pesat selari dengan era globalisasi.

Setiap murid perlu mempunyai akses kepada pendidikan berkualiti dan teknologi
yang mencorak dunia masa kini. Elemen-elemen teras untuk disiplin keseluruhan
pembelajaran abad ke-21 ialah kolaboratif berpusatkan murid, komunikasi, kreativiti,
nilai positif dan pemikiran kritis (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016). Sejajar
dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memutuskan untuk
menggunakan pelantar Google Classroom bagi menggantikan Frog VLE pada Jun
2019 dengan susulan berakhirnya perkhidmatan 1 BestariNet Fasa 2 (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2019). Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran (PdP), hal
ini bermakna guru Bahasa Melayu perlu memperlengkap dirinya dengan pengetahuan

84

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

yang mendalam terhadap penggunaan aplikasi Google Classroom dalam proses PdP
bagi mencapai hasrat pendidikan negara yang menuju ke arah Revolusi Industri 4.0.

PERNYATAAN MASALAH

Pembelajaran maya di Malaysia khususnya murid sekolah rendah merupakan satu
konsep pembelajaran yang baharu tetapi di negara lain seperti United Kingdom,
Ireland, Amerika Syarikat, Hong Kong, dan Singarpura sudah lama bertapak dan
diamalkan (Siti Aminah Khasiman, 2013).

Sebelum Google Classroom menggantikan Frog VLE, Frog VLE merupakan satu
projek Transformasi sistem pendidikan yang telah dilaksanakan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Projek 1 BestariNet mulai tahun 2011. Dalam
projek ini, sekolah-sekolah dilengkapi dengan penyelesaian bersepadu mengenai
urusan pentadbiran sekolah, kaedah maya pengajaran dan pembelajaran, dan
maklumat-maklumat terkini persekolahan murid-murid menerusi capaian internet.
Persekitaran Pembelajaran Maya (Frog VLE) dibagaikan sebuah bilik darjah secara
atas talian dan ruang sosial di sekolah serta berfungsi sebagai sistem pembelajaran
berteraskan laman web yang menyerupai pendidikan dunia realiti dengan
menyatukan konsep maya dalam pendidikan konvensional. Namun begitu,
diperhatikan bahawa isu tahap penggunaan persekitaran pembelajaran maya (VLE)
yang rendah telah didebatkan secara konsisten dan dibincangkan dalam kalangan
penyelidik terdahulu (Cheok et al., 2017), manakala sorotan kajian mengenai
persekitaran pembelajaran maya (VLE) terletak pada penyelidikan yang tidak
mencukupi dari segi jalan penyelesaiannya dan lebih banyak perhatian pula telah
ditumpukan kepada masalah dan isu-isu sebelum ini. Oleh hal yang demikian, trenda
penyelidikan yang dinyatakan menunjukkan bahawa penyiasatan empirikal yang
lebih lanjut diperlukan (Hapini et al., 2019).

Google Classroom boleh ditingkatkan untuk menjadi alat pedagogi bagi membantu
guru dalam perubahan fokus bilik darjah daripada yang berpusatkan guru diubah
kepada yang berpusatkan pelajar serta terbuka untuk inkuiri, dialog, dan pemikiran
kreatif dalam kalangan pelajar sebagai penglibatan aktif. Namun, kekurangan kajian
dalam Google Classroom, khususnya dalam konteks negara sedang membangun telah
mendorong kepada keperluan untuk melaksanakan kajian lebih lanjut terhadap
keberkesanan alat tersebut dalam proses PdP di bilik darjah (Azhar dan Iqbal, 2018).

Menurut Rohiman, Rohizani dan Azlinda (2021), pembelajaran menggunakan e-
pembelajaran dilihat lebih popular dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi tetapi
tidak di sekolah. Namun begitu, kehadiran pandemik COVID-19 telah menjadikan
pembelajaran secara dalam talian sebagai satu perkara wajib untuk dilaksanakan oleh
guru seluruh Malaysia bagi memastikan murid menerima ilmu yang disampaikan.
Berdasarkan situasi pandemik ini, kesediaan dan kemampuan guru menjalankan

85

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam talian turut menjadi isu penting dalam hal
memastikan keberkesanan penyampaian PdP terhadap murid. Pelaksanaan PdP
secara dalam talian dalam situasi ini membuka persoalan terhadap persepsi guru
mengenai penerimaan alat digital seperti Google Classroom dalam PdP.

Wujudlah persoalan sejauh mana penerimaan Google Classroom dalam kalangan
guru Bahasa Melayu khususnya dalam proses PdP Bahasa Melayu memberi impak
positif dalam peningkatan keberkesanan proses PdP di sekolah rendah. Oleh itu,
kajian ini lebih menumpukan aspek persepsi kegunaan, persepsi kemudahgunaan, dan
tahap kesediaan penggunaan Google Classroom dalam proses PdP Bahasa Melayu
dengan lebih mendalam dan holistik.

OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan kajian tersebut, objektif kajian ini adalah bertujuan untuk:

i. Mengenal pasti tahap persepsi kegunaan Google Classroom dalam kalangan
guru Bahasa Melayu di sekolah rendah.

ii. Mengenal pasti tahap persepsi kemudahgunaan Google Classroom dalam
kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah rendah.

iii. Mengenal pasti tahap kesediaan penggunaan Google Classroom dalam
kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah rendah.

SOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif kajian tersebut, kajian ini telah membina tiga soalan kajian.
Soalan kajian adalah seperti berikut:

i. Apakah tahap persepsi kegunaan Google Classroom dalam kalangan guru
Bahasa Melayu di sekolah rendah?

ii. Apakah tahap persepsi kemudahgunaan Google Classroom dalam kalangan
guru Bahasa Melayu di sekolah rendah?

iii. Apakah tahap kesediaan penggunaan Google Classroom dalam kalangan guru
Bahasa Melayu di sekolah rendah?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Reka bentuk kajian ini berbentuk
tinjauan menggunakan set soal selidik untuk mengumpul data. Kajian tinjauan ini
digunakan untuk mengenal pasti tahap persepsi kegunaan, tahap kemudahgunaan,
dan tahap kesediaan penggunaan Google Classroom dalam kalangan guru Bahasa
Melayu di sekolah rendah.

86

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Dalam kajian yang dijalankan ini, populasi dan sampel ditentukan berpandukan
jadual penentu saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970) dengan ralat lima peratus atau
aras keyakinan kajian sebanyak 95 peratus. Berdasarkan jadual penentu saiz sampel
tersebut, jumlah saiz sampel minimum yang diperlukan bagi populasi 110 orang
adalah seramai 86 orang guru. Oleh itu, responden sebenar yang digunakan dalam
kajian ini pula adalah seramai 85 orang guru Bahasa Melayu daripada 10 buah
sekolah rendah di sekitar daerah Lawas, Sarawak yang dipilih berdasarkan teknik
persampelan rawak mudah.

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada satu set soal selidik yang
dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu Bahagian A, B, C, dan D. Bahagian A ialah
soalan-soalan yang berkaitan dengan demografi responden. Bahagian B meliputi 10
item mengenai tahap persepsi kegunaan Google Classroom dalam kalangan guru
Bahasa Melayu di sekolah rendah. Bahagian C meliputi 10 item mengenai tahap
persepsi kemudahgunaan Google Classroom dalam kalangan guru Bahasa Melayu di
sekolah rendah. Bahagian D pula meliputi 10 item mengenai tahap kesediaan
penggunaan Google Classroom dalam kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah
rendah. Kesemua item telah diuji rintis untuk memperolehi kebolehpercayaan.

Indeks Kesahan Kandungan (Content Validation Index, CVI) telah digunakan bagi
menentukan kebolehpercayaan antara pakar dicapai dalam kajian ini. Nilai CVI yang
diterima bagi empat orang pakar ialah 1.00 (Polit et al., 2007). Dalam kajian ini, nilai
CVI untuk instrumen kajian boleh diterima, iaitu 0.98 kerana menghampiri nilai CVI
yang ditetapkan oleh Polit et al. (2007). Seterusnya, tahap kesahan dan
kebolehpercayaan item diuji menggunakan pekali Alpha Cronbach. Nilai alpha yang
kurang daripada 0.6 dianggap lemah manakala nilai alpha 0.7 ke atas dianggap baik.
Hasil analisis menunjukkan nilai pekali kebolehpercayaan bagi keseluruhan data
kajian ini adalah sangat baik, iaitu 0.977. Oleh itu, pernyataan item boleh diterima
pakai dalam kalangan sampel kajian sebenar. Data kuantitatif dianalisis
menggunakan statistik deskriptif dengan bantuan perisian Statistical Package for the
Social Science (SPSS) versi 27.0. Analisis deskriptif bertujuan mendapatkan data
kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai bagi mengukur tahap persepsi kegunaan,
tahap persepsi kemudahgunaan, dan tahap kesediaan penggunaan Google Classroom
dalam kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah rendah. Bacaan skor min bagi
konstruk tahap persepsi kegunaan, tahap persepsi kemudahgunaan, dan tahap
kesediaan penggunaan adalah berpandukan interpretasi daripada Riduwan (2012)
sebagaimana yang dikemukakan dalam Jadual 1.

87

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

Skor Min Jadual 1: Interpretasi min
1.00 – 1.50
Interpretasi Min
1.51 – 2.50 Kurang Memuaskan
2.51 – 3.50
3.51 – 4.00 Rendah
Sederhana
Sumber: Riduwan (2012)
Tinggi

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Tahap Persepsi Kegunaan Google Classroom dalam Kalangan Guru Bahasa
Melayu di Sekolah Rendah

Jadual 2 menunjukkan skor min bagi tahap persepsi kegunaan Google Classroom

dalam kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah rendah dengan merujuk kepada skala

pengukuran mengikut Riduwan (2012). Berdasarkan Jadual 2, dapatan kajian
menunjukkan item yang mempunyai min paling tinggi ialah item B8, iaitu “Google

Classroom menyokong aspek pedagogi yang dianggap kritikal dalam pembelajaran
Bahasa Melayu” dengan min (μ=3.89), sisihan piawai (SP=.310) dan berada pada
tahap tinggi. Seterusnya, bagi min yang terendah pula ialah item B2, iaitu “Google
Classroom meningkatkan tahap kefahaman murid saya” dengan min (μ=3.14),

sisihan piawai (SP=.804) dan berada pada tahap sederhana.

Secara keseluruhannya, skor min dan sisihan piawai bagi tahap persepsi kegunaan
Google Classroom dalam kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah rendah ialah
(μ=3.44) dan (SP=.638) dengan skor interpretasi keseluruhan pada tahap sederhana.
Penemuan kajian ini memaparkan bahawa sebahagian guru Bahasa Melayu di sekolah
rendah masih kurang berpengetahuan dalam pengaplikasian Google Classroom dalam
pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu. Oleh itu, tujuh item yakni item
B1, B2, B3, B5, B6, B9 dan B10 perlu diberi perhatian supaya persepsi kegunaan
dalam kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah rendah dapat ditingkatkan.

Jadual 2: Min dan sisihan piawai tahap persepsi kegunaan Google Classroom dalam kalangan guru
Bahasa Melayu di sekolah rendah

No. Item Tahap Persepsi Kegunaan Google Min SP Tahap
Item Classroom dalam Kalangan Guru Bahasa μ .721 Sederhana

B1. Melayu di Sekolah Rendah 3.30
Google Classroom meningkatkan prestasi
pembelajaran murid saya.

B2. Google Classroom meningkatkan tahap 3.14 .804 Sederhana
kefahaman murid saya.

B3. Google Classroom meningkatkan keberkesanan 3.26 .758 Sederhana
pembelajaran murid saya.

88

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

B4. Google Classroom sangat berguna untuk saya. 3.58 .585 Tinggi
3.41 .678 Sederhana
B5. Google Classroom memudahkan murid saya
mempelajari isi kandungan mata pelajaran Bahasa 3.27 .730 Sederhana
Melayu. 3.79 .465 Tinggi

B6. Google Classroom meningkatkan kualiti tugasan 3.89 .310 Tinggi
murid saya.
3.38 .654 Sederhana
B7. Google Classroom membolehkan saya 3.41 .678 Sederhana
mengagihkan satu tugasan yang sama kepada 3.44 .638 Sederhana
beberapa kelas dalam satu masa.

B8. Google Classroom menyokong aspek pedagogi
yang dianggap kritikal dalam pembelajaran
Bahasa Melayu.

B9. Google Classroom membolehkan penyediaan
tugasan disiapkan lebih cepat.

B10. Google Classroom meningkatkan produktiviti
saya dalam penyediaan tugasan murid.

Keseluruhan

Tahap Persepsi Kemudahgunaan Google Classroom dalam Kalangan Guru
Bahasa Melayu di Sekolah Rendah

Jadual 3 menunjukkan skor min bagi tahap persepsi kemudahgunaan Google
Classroom dalam kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah rendah dengan merujuk
kepada skala pengukuran mengikut Riduwan (2012). Berdasarkan Jadual 3, dapatan
kajian menunjukkan item yang mempunyai min paling tinggi ialah item C7 dan C9,
iaitu “Google Classroom membolehkan saya mencipta kuiz seperti Google Forms
melalui “Classwork” ” dan “Google Classroom membolehkan saya
mengintegrasikan aplikasi lain seperti Quizizz melalui “Classwork” ” dengan min
(μ=3.78), sisihan piawai (SP=.497) dan berada pada tahap tinggi. Seterusnya, bagi
min yang terendah pula ialah item C3, iaitu “Google Classroom bersifat mesra
pengguna” dengan min (μ=3.51), sisihan piawai (SP=.610) dan berada pada tahap
tinggi.

Secara keseluruhannya, skor min dan sisihan piawai bagi tahap persepsi
kemudahgunaan Google Classroom dalam kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah
rendah ialah (μ=3.69) dan (SP=.558) dengan skor interpretasi keseluruhan pada tahap
tinggi. Penemuan kajian ini menunjukkan bahawa guru Bahasa Melayu di sekolah
rendah memang memahami bahawa penggunaan Google Classroom berupaya
memudahkan penyampaian guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

89

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

Jadual 3: Min dan sisihan piawai tahap persepsi kemudahgunaan Google Classroom dalam kalangan
guru Bahasa Melayu di sekolah rendah

No. Item Tahap Persepsi Kemudahgunaan Google Min SP Tahap

Item Classroom dalam Kalangan Guru Bahasa μ

Melayu di Sekolah Rendah

C1. Google Classroom dapat menjimatkan masa untuk 3.61 .656 Tinggi

berkongsi bahan rujukan mengenai pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu.

C2. Google Classroom memberi keselesaan kepada 3.59 .603 Tinggi

saya semasa menggunakannya.

C3. Google Classroom bersifat mesra pengguna. 3.51 .610 Tinggi

C4. Google Classroom membolehkan saya melakukan 3.60 .602 Tinggi

pengurusan murid dengan mudah.

C5. Google Classroom membolehkan saya 3.76 .503 Tinggi
berkomunikasi dengan murid melalui “Stream”.

C6. Google Classroom membolehkan saya 3.74 .538 Tinggi
menyediakan tugasan melalui “Classwork”.

C7. Google Classroom membolehkan saya mencipta 3.78 .497 Tinggi
kuiz seperti Google Forms melalui “Classwork”.

C8. Google Classroom membolehkan saya 3.74 .538 Tinggi
menyediakan bahan bacaan melalui “Classwork”.

C9. Google Classroom membolehkan saya 3.78 .497 Tinggi

mengintegrasikan aplikasi lain seperti Quizizz
melalui “Classwork”.

C10. Google Classroom membolehkan saya memantau 3.75 .532 Tinggi

pencapaian murid dalam setiap tugasan melalui
“Grades”.

Keseluruhan 3.69 .558 Tinggi

Tahap Kesediaan Penggunaan Google Classroom dalam Kalangan Guru
Bahasa Melayu di Sekolah Rendah

Jadual 4 menunjukkan skor min bagi tahap kesediaan penggunaan Google Classroom
dalam kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah rendah dengan merujuk kepada skala
pengukuran mengikut Riduwan (2012). Berdasarkan Jadual 4, dapatan kajian
menunjukkan item yang mempunyai min paling tinggi ialah item D7, iaitu “Saya
mengakses Google Classroom dengan mudah kerana mempunyai kemudahan
komputer di rumah ” dengan min (μ=3.79), sisihan piawai (SP=.514) dan berada pada
tahap tinggi. Seterusnya, bagi min yang terendah pula ialah item D10, iaitu “Saya
mengakses Google Classroom dengan mudah kerana mempunyai kemudahan
Internet di sekolah” dengan min (μ=3.00), sisihan piawai (SP=.817) dan berada pada
tahap sederhana.

90

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

Secara keseluruhannya, skor min dan sisihan piawai bagi tahap kesediaan
penggunaan Google Classroom dalam kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah
rendah ialah (μ=3.49) dan (SP=.667) dengan skor interpretasi keseluruhan pada tahap
sederhana. Penemuan kajian ini mendapati bahawa masalah akses terhadap jaringan
Internet merupakan isu utama bagi penggunaan Google Classroom dalam kalangan
guru Bahasa Melayu di sekolah rendah. Oleh itu, empat item yakni item D2, D6, D9
dan D10 perlu diberi perhatian supaya kesediaan penggunaan Google Classroom
dalam kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah rendah dapat ditingkatkan.

Jadual 4: Min dan sisihan piawai tahap kesediaan penggunaan Google Classroom dalam kalangan guru
Bahasa Melayu di sekolah rendah

No. Item Tahap Kesediaan Penggunaan Google Min SP Tahap
Item Classroom dalam Kalangan Guru Bahasa μ .643 Tinggi
D1. .690 Sederhana
Melayu di Sekolah Rendah 3.73 .617 Tinggi
D2. Saya bersedia menggunakan Google Classroom .590 Tinggi
D3. dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa 3.38
Melayu. 3.62
D4. Saya mempunyai akses terhadap jaringan
Internet. 3.72

Saya berinteraksi bersama murid mengenai
masalah pembelajaran Bahasa Melayu melalui
Google Classroom.
Saya memantau interaksi murid sesama murid
seperti perbincangan melalui Google Classroom.

D5. Saya menggunakan Google Classroom pada luar 3.56 .606 Tinggi
waktu persekolahan untuk berinteraksi dengan 3.19 .824 Sederhana
murid. 3.79 .514 Tinggi
3.55 .627 Tinggi
D6. Saya menggunakan Google Classroom di bilik 3.36 .738 Sederhana
darjah semasa menjalankan pengajaran dan 3.00 .817 Sederhana
pembelajaran Bahasa Melayu. 3.49 .667 Sederhana

D7. Saya mengakses Google Classroom dengan
mudah kerana mempunyai kemudahan komputer
di rumah.

D8. Saya mengakses Google Classroom dengan
mudah kerana mempunyai kemudahan Internet di
rumah.

D9. Saya mengakses Google Classroom dengan
mudah kerana mempunyai kemudahan komputer
di sekolah.

D10. Saya mengakses Google Classroom dengan
mudah kerana mempunyai kemudahan Internet di
sekolah.
Keseluruhan

91

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa kajian ini menunjukkan tahap persepsi
kegunaan Google Classroom dalam kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah rendah
berada pada tahap sederhana, tahap persepsi kemudahgunaan Google Classroom
dalam kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah rendah berada pada tahap tinggi, dan
tahap kesediaan penggunaan Google Classroom dalam kalangan guru Bahasa Melayu
di sekolah rendah berada pada tahap sederhana. Dapatan mengenai tahap persepsi
kegunaan menunjukkan kontroversi dengan dapatan kajian Ida Norini (2013) yang
mendapati bahawa pembelajaran maya mendatangkan banyak manfaat, iaitu
mewujudkan suasana kondusif dan ruang realiti maya, meningkatkan penglibatan ibu
bapa selain memudahkan pengguna untuk mengakses aplikasi VLE Frog tanpa
mengira masa dan tempat.

Dapatan mengenai tahap persepsi kemudahgunaan selari dengan dapatan kajian Siti
Zaharah et al. (2018). Kajian tersebut mendapati bahawa penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK) menjadi salah satu bahan bantu mengajar yang
dapat membantu memudahkan urusan guru di samping menarik minat murid dengan
gabungan pelbagai elemen multimedia seperti teks, grafik, audio, video, animasi dan
uji minda secara interaktif. Dalam konteks kajian ini, dapatan kajian selari dengan
fungsi Google Classroom, iaitu mengintegrasikan semua elemen multimedia dalam
aktiviti pembelajaran murid yang menepati ciri-ciri pembelajaran abad ke-21.

Dapatan mengenai tahap kesediaan penggunaan pula selari dengan dapatan kajian
Suzlina dan Jamaludin (2015). Dapatan kajian tersebut menunjukkan tahap
penggunaan Web 2.0 dalam kalangan guru Bahasa Melayu adalah rendah. Walaupun
sebahagian guru mengalami masalah akses terhadap jaringan Internet, dapatan kajian
ini juga menunjukkan bahawa sebahagian besar guru dapat memantau interaksi murid
sesama murid melalui Google Classroom. Dapatan ini juga selari dengan dapatan
kajian Liu dan Chuang (2016) yang menunjukkan bahawa guru dapat memantau
proses pembelajaran murid dan menilai pencapaian objektif pembelajaran murid
melalui Google Classroom. Dapatan kajian tersebut mendapati pelajar menunjukkan
persepsi positif dan pemahaman membaca turut meningkat.

Hasil kajian ini telah memberi beberapa implikasi penting dan bermakna kepada
pihak berkepentingan seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai
pemegang taruh dalam pelaksanaan Google Classroom sebagai medium PdP bagi
guru dan murid secara berterusan. Dengan itu, hasil kajian dapat memberikan
justifikasi bahawa kajian ini telah memberi nilai tambah kepada kajian-kajian sedia
ada dan berupaya merapatkan jurang antara penyelidikan. Dari aspek pengetahuan,
kajian ini berupaya memberi pengetahuan yang jelas kepada guru tentang kebolehan
dan keupayaan pengaplikasian Google Classroom dalam pendidikan. Aplikasi
Google Classroom merupakan satu inovasi dalam teknologi yang perlu

92

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

dititikberatkan oleh guru bagi memastikan PdP dapat dilaksanakan dengan lebih
berkesan dan memenuhi ciri-ciri pembelajaran abad ke-21.

Bertitik tolak daripada hasil dapatan kajian, kajian ini mencadangkan pihak KPM
melaksanakan kursus atau bengkel kepada guru-guru di sekolah mengenai cara-cara
mengaplikasikan Google Classroom dalam proses PdP. Kursus atau bengkel ini dapat
memberikan pendedahan kepada guru-guru khususnya guru yang masih kurang mahir
dalam pembelajaran digital. Lantaran itu, pihak KPM berupaya menggubal dasar
penggunaan Google Classroom yang wajib dipatuhi oleh guru, misalnya, penggunaan
sekali dalam sebulan. Hal ini bertujuan memperlengkap murid dengan kemahiran
teknologi yang wajib diaplikasikan pada masa depan.

Sebagai cadangan kepada kajian lanjutan, pengkaji akan datang disarankan untuk
mengkaji keberkesanan Google Classroom dalam PdP Bahasa Melayu melalui
kaedah kuasi eksperimental yang mengkaji dua kumpulan sampel kajian, iaitu
kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Selanjutnya, pengkaji seterusnya boleh
mengkaji hubungan signifikan antara ciri demografi guru yang merangkumi
kemudahan akses Internet peribadi dengan penerimaan Google Classroom. Jelaslah
bahawa melalui penyelidikan kuasi eksperimental, dapatan kajian mampu
membuktikan keberkesanan Google Classroom dalam kemahiran bahasa bagi PdP
Bahasa Melayu.

Selain itu, pengkaji seterusnya juga disarankan untuk melaksanakan pendekatan
kualitatif. Kajian lepas menggunakan pendekatan kualitatif seperti kajian Kaukab
Abid Azhar dan Nayab Iqbal (2018) yang menilai persepsi guru terhadap
keberkesanan Google Classroom di Pakistan. Pengkaji seterusnya boleh
menggunakan instrumen temu bual bagi mengkaji kekangan yang dihadapi oleh guru
untuk menggunakan Google Classroom dalam PdP Bahasa Melayu di sekolah rendah.
Melalui pendekatan ini, pengkaji boleh melihat penerimaan Google Classroom dalam
kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah rendah dengan menyeluruh.

Cadangan juga diberikan kepada pengkaji akan datang untuk melaksanakan kajian
menggunakan pendekatan gabungan kualitatif dan kuantitatif. Kajian lepas seperti
kajian Hapini Awang et al. (2019) menggunakan pendekatan gabungan kualitatif dan
kuantitatif untuk mengenal pasti kesesuaian strategi implementasi persekitaran
pembelajaran maya untuk diaplikasikan terhadap penggunaan Google Classroom di
sekolah. Oleh itu, pengkaji seterusnya boleh mengkaji impak sebelum dan selepas
pelaksanaan strategi implementasi Google Classroom dalam PdP guru Bahasa
Melayu. Dapatan kualitatif dan kuantitatif saling menyokong dapatan supaya lebih
sahih dan boleh dipercayai.

93

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

RUJUKAN

Awang, H., Aji, Z. M., Osman, W. R. S., Nasir, A. A., Deli, M. M., & Hamat, W. Y. W.
(2019). Virtual Learning Environment (VLE) implementation strategy: An analysis
of practicality for Google Classroom implementation in Malaysian schools. Journal
of Educational Research and Indigenous Studies, 2(1).

Azhar, K. A., & Iqbal, N. (2018). Effectiveness of Google classroom: Teachers’
perceptions. Prizren Social Science Journal, 2(2), 52-66.

Cheok, M. L., Wong, S. L., & Ahmad Fauzi Ayub. (2017). Teachers’ Perceptions of E-
Learning in Malaysian Secondary Schools. Malaysian Online Journal of Educational
Technology (MOJET), 5(2), 14.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21).
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Kenyataan Media: Perkhidmatan Talian Internet
di Sekolah bertarikh 27 Jun 2019. Unit Komunikasi Korporat KPM.

Khasiman, S. A. (2013). The observation for early usage of Frog VLE in school.
Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities.

Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.
Liu, H. C., & Chuang, H. H. (2016). Integrating Google Classroom to Teach Writing in

Taiwan. Minnesota Summit on Learning & Technology.
Mohid, S. Z., Ramli, R., Abdul Rahman, K., & Shahabuddin, N. N. (2018, Ogos).

Teknologi multimedia dalam pendidikan abad 21. In 5th International Research
Management & Innovation Conference, Putrajaya, Malaysia.
Noraini Mohd Noh, Mohd Arif Ismail & Jamil Ahmad. (2010). Tahap Penerimaan
Inovasi EduwebTV dalam Kalangan Guru. Jurnal Penyelidikan Pendidikan.
3(5), 118-128.
Polit, D. F., Beck, C. T., & Owen, S. V. (2007). Is the CVI an acceptable indicator of content
validity? Appraisal and recommendations. Research in nursing &
health, 30(4), 459-467.
Riduwan. (2012). Metode & Teknik Menyusun Proposal Penelitian. Alfabeta.
Subri, M. R., Yaakub, R., & Nudin, A. B. (2021). Pelaksanaan Pengajaran Guru Cemerlang
dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu ketika Pandemik COVID-19: Satu Kajian
Kes. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 12, 21-
32.
Suzlina Hilwani Baharudin & Jamaludin Badusah. (2015). Tahap penggunaan web 2.0 dalam
pengajaran guru Bahasa Melayu sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 5(2), 38-48.
Tajudin, I. N. M. (2013). Kajian tinjauan mengenai keberkesanan penggunaan konsep
persekitaran pengajaran maya frog (VLE Frog) di kalangan pelajar SK Haji
Mahmud Chemor, Perak. Kertas Projek Penyelidikan. Fakulti Bahasa dan
Komunikasi, Universiti Perguruan Sultan Idris.

94

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

-8-
PELAKSANAAN AKTIVITI PEMBELAJARAN KOPERATIF
PEMBELAJARAN ABAD KE 21 BAGI MATA PELAJARAN
PENDIDIKAN SENI VISUAL SEPANJANG PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR)

Nurul `Ain Binti Saffar Ullah
Abd Manaf Bin Bejau

IPGK Temenggong Ibrahim
[email protected]

ABSTRAK

Pembelajaran Koperatif merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang perlu di
kuasai dan difahami oleh guru dan murid semasa Pembelajaran dan Pemudahcaraan
(PdPc). Secara umum, strategi koperatif memerlukan murid bekerjasama dalam
kumpulan bagi mengatasi sesuatu masalah, memberi maklum balas dan
berkomunikasi serta berinteraksi antara satu sama lain secara berstruktur. Namun,
dalam tempoh PdPR ini, pergerakan murid agak terbatas. Oleh itu, agak sukar untuk
murid berinteraksi dan berbincang dalam menjalankan aktiviti kumpulan. Hal ini
mencabar tetapi tidak mustahil dengan idea, kaedah dan strategi yang kreatif guru
PSV dapat mengekalkan kemahiran personal dan interpersonal, kerja berpasukan,
menerapkan nilai murni dan etika serta mewujudkan komunikasi yang efektif melalui
kaedah dan platform yang sesuai iaitu dengan menggunakan aplikasi Goggle
Classroom.Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pelaksanaan dan kemahiran
guru semasa memilih aktiviti pembelajaran koperatif yang sesuai untuk diaplikasikan
bagi mata pelajaran PSV sepanjang PdPR. Kajian ini dijalankan di lima buah sekolah
rintis pembelajaran Abad ke 21. Kajian kes dipilih untuk mengumpul data secara
empirikal. Data dikumpul dengan menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan
analisis dokumen daripada enam guru dalam bidang major dan minor PSV. Data-data
yang diperoleh akan dianalisis secara berterusan semasa di lapangan dengan
menggunakan model alir Miles & Huberman. Hasil dapatan kajian menunjukkan
guru-guru mempunyai pengetahuan dalam pemilihan aktiviti yang sesuai dengan
mengaplikasikan aktiviti pembelajaran koperatif sepanjang proses PdPR. Walau
bagaimanapun, guru-guru masih berusaha untuk memperbaiki teknik dan kaedah
pengajaran untuk mengoptimumkan pembelajaran murid dari segi kognitif,
psikomotor dan afektif.

95


Click to View FlipBook Version