The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by skymangrace, 2022-04-03 22:17:55

FULL article eSAHConfEd'21 - Vol. 1

FULL article eSAHConfEd'21 - Vol. 1

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Kata kunci: Pendidikan Seni Visual (PSV), Pembelajaran dan Pemudahcaraan
(PdPc), Pembelajaran Abad Ke 21, Pembelajaran Koperatif, dan Pengajaran Dan
Pembelajaran Di Rumah (Pdpr), Kognitif, Psikomotor dan Afektif

PENGENALAN

Dalam sistem pendidikan, guru merupakan pengaruh utama semasa proses
pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC) berlangsung selain daripada murid (Chik
& Abdullah, 2018). Anjakan paradigma dan pengubahsuaian pada kurikulum
pendidikan adalah untuk membina dan mengembangkan kuasa berfikir guru dan
kemenjadian murid dari segi pengetahuan, kemahiran, dan perwatakan khususnya
dalam Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21). Konsep dan cabaran pembelajaran
berpusatkan murid merupakan satu anjakan paradigma dalam dunia pendidikan
kerana berlakunya perpindahan daripada pembelajaran berpusatkan guru kepada
pembelajaran yang memberikan empowerman kepada murid. Pembelajaran yang
pasif dan hanya memberikan fokus kepada penyampaian pengetahuan digantikan
dengan pendekatan alternatif yang menegaskan peranan guru sebagai pemudahcara
dalam proses pembelajaran (Cubukcu, 2013). Pembelajaran koperatif dan kolaboratif
sering dirujuk sebagai Pembelajaran Abad Ke-21. Pembelajaran berasaskan aktiviti
perlu mengambil kira kepelbagaian murid supaya potensi setiap murid dibangunkan
secara optimum (Buku Standard Prestasi Sekolah PAK21, JPNJ, 2107).

Pembelajaran koperatif didefinisikan sebagai pendekatan bekerjasama untuk
memperoleh matlamat kumpulan yang tidak dapat di capai dengan bekerja sendiri
atau secara kompetitif (Johnson, Johnson dan Smith, 1991). Tujuan utama
pembelajaran koperatif adalah untuk melibatkan pelajar secara aktif dalam proses
pembelajaran.

Pendidikan Seni Visual bukan lah seperti mata pelajaran yang lain. Dalam Dokumen
Standard Pendidikan Seni Visual, adalah berpusatkan murid dan memberi peluang
kepada mereka untuk mempertingkatkan daya imaginasi, kreativiti, dan bakat ke
tahap optima dalam proses penghasilan karya. Kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang menarik minat dan dapat mencetus idea seperti penerokaan amatlah digalakkan
sama ada secara manual atau berbantukan teknologi.

Namun, Krisis global COVID-19 telah memberi ancaman terhadap negara dan
masyarakat sejagat. Ancaman terbesar bukan sahaja kepada kesihatan manusia tetapi
juga memberi kesan kepada sosioekonomi termasuklah bidang pendidikan kepada
hampir seluruh negara di dunia (LekhrajRampal, 2020; Rohayati Junaidi et al. 2020).
Ekoran wabak ini landskap pengajaran telah berubah dari kaedah bersemuka kepada
penggunaan aplikasi dalam talian. Kehidupan dan pendidikan norma baharu di
negara kita muncul ekoran berkuat kuasanya perintah kawalan pergerakan (PKP)
pada 18 Mac 2020. Malaysia secara rasmi melaksanakan pendidikan secara dalam

96

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

talian di semua peringkat pendidikan dari sekolah rendah hinggalah ke institusi
pengajiantinggi. Keadaan ini memberi cabaran baharu bagi setiap pendidik dan
pelajar untuk menyesuaikannya dalam aspek pengajaran dan pembelajaran (Aliza &
Rosseni, 2020).

Semasa PKP, semua guru telah aktif dalam penggunaan alat digital terutama Google
Classroom dalam PdP secara dalam talian. Satu carian di laman Google Trends bagi
mencari penggunaan kata kunci Google Classroom di negara mana yang paling
popular di dunia ketikapandemik ini, statistik pada 6 Jun 2020 menunjukkan guru di
Malaysia dikesan kedua aktif di dunia selepas negara Amerika Syarikat dalam
memberi tugasan kepada pelajar dalam penggunaan medium Google Classroom. Ini
menerangkan guru di Malaysia telah kerap menggunakan alat digital Google
Classroom dalam PdP secara segerak dan tidak segerak.

PENYATAAN MASALAH

Terdapat tiga kategori cabaran yang timbul adalah berpunca daripada guru, murid
dan persekitaran. Bagi guru, antara cabaran pembelajaran dalam talian yang tidak
dapat dielakkan adalah penyambungan internet dan kesukaran untuk memahami
kandungan subjek. Terdapat cabaran untuk menggunakan platform seperti
WhatsApp, Telegram dan Instagram untuk pembelajaran murid sekiranya capaian
internet rendah. Pengajaran guru yang tidak seimbang kerana pengalaman guru yang
berbeza-beza mengikut tahap pengetahuan. Ada guru yang tidak mempunyai
pengalaman dan kemahiran dalam pemilihan aktiviti koperatif yang sesuai semasa
PdPR. Mereka kurang di dedahkan dengan kreativiti dan inovasi dalam memikirkan
strategi dan kaedah pembelajaran yang sesuai. Selain itu, kesan guru bukan opsyen
mengajar subjek PSV sambil lewa menimbulkan kesukaran kerana penggunaan dan
penyampaian pedagogi, kaedah, strategi, dan teknik pengajaran kurang sesuai.

Ada murid yang menghadapi kekangan dalam memahami kandungan mata pelajaran
semasa pembelajaran secara dalamtalian. Di dalam bilik darjah, guru dapat bertanya
soalan untuk mengetahui kefahaman murid,tetapi guru menghadapi kesukaran
untuk mendapat maklumbalas daripada murid semasa pembelajaran dalam talian.
Ada juga murid yang kurang berminat kerana aktiviti PSV yang tidak mencabar dan
tidak dapat berkerja sama di dalam kumpulan. Selain itu, berkongsi komputer atau
peranti bersama adik beradik yang lain menyebabkan mereka tidak dapat memberi
komitmen dalam mata pelajaran PSV.

Bagi cabaran fasiliti pula, tiada fasiliti kemudahan alat dan bahan PSV yang
mencukupi menyebabkan murid sukar melakukan tugas seni yang diberi. Ini kerana
jika pembelajaran di sekola, kemudahan alat bahan seni telah pun disediakan.

97

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Objektif Kajian

Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti pelaksanaan dan
kemahiran guru semasa memilih aktiviti pembelajaran koperatif yang sesuai untuk
diaplikasikan bagi mata pelajaran PSV sepanjang PdPR.
Antara objekrif kajian ini adalah:

1. Mengenal pasti kemahiran guru dalam pemilihan aktiviti pembelajaran
koperatif PAK 21 bagi mata pelajaran PSV semasa PdPR.

2. Mengkaji kaedah pelaksanaan guru bagi aktiviti pembelajaran koperatif
PAK21 mata pelajaran PSV semasa PdPR.

METODOLOGI

Kajian ini dilaksanakan secara kajian kes dengan kajian pelbagai kes (multicase
studies) (Merriam & Tisdell, 2016). Kajian ini dijalankan di empat buah sekolah
rintis Showcase Abad Ke-21 di daerah Johor Baharu dan pemilihan peserta kajian
seramai enam orang guru major dan minor Pendidikan Seni Visual yang terdiri
daripada dua orang guru lelaki dan empat orang guru perempuan. Peserta kajian
terdiri daripada guru opsyen dan minor yang mengajar PSV. Walau bagaimanapun,
mereka merupakan guru panitia guru penolong kanan (GPK) dan guru yang mengajar
mata pelajaran PSV.

Kaedah temu bual semi struktur dijalankan untuk memperoleh data dari segi
pemahaman, penerimaan dan kemahiran pemilihan aktiviti guru-guru PSV dalam
pembelajaran koperatif. Temu bual yang dijalankan untuk mengumpul dapatan kajian
sebagai kerangka data utama kajian. Selain itu, pemerhatian dijalankan semasa guru-
guru terlibat dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan di dalam kelas atau bilik
Seni Visual sebagai menyokong data temu bual. Pemerhatian adalah secara individu
menggunakan borang pemerhatian dan senarai semak untuk memudahkan penyelidik
membuat penilaian dari segi aspek pemahaman dan pemilihan aktiviti pembelajaran
koperatif yang sesuai oleh guru-guru semasa proses pengajaran dan pemudahcaraan
dilaksanakan. Pemerhatian dilakukan sepanjang sesi pengajaran iaitu selama satu jam
iaitu 2 waktu pengajaran. Seterusnya, kaedah analisis dokumen dilakukan bagi
menyokong data daripada pemerhatian. Dokumen yang dilihat adalah daripada
Rekod Pengajaran Harian (RPH) semasa pengajaran dan pemudahcaraan
dilaksanakan.

Analisis data adalah berbentuk deskriptif. Data dianalisis secara manual dengan
membaca transkripsi untuk mendapatkan konteks kajian yang lebih jelas. Proses
pengekodan dan menganalisis tema adalah dengan bantuan perisian NVIVO. Dapatan
kajian menjurus kepada objektif kajian dan menjawab persoalan kajian. Penyelidik

98

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

melalui beberapa langkah untuk kebolehpercayaan data iaitu pengesahan inventori
soalan temu bual oleh penyelia dan pakar bidang, kajian rintis, triangulasi data dan
laporan nota lapangan. Triangulasi data adalah menerusi pengumpulan data iaitu temu
bual, pemerhatian dan analisis dokumen dengan disokong oleh nota lapangan
penyelidik. Peserta kajian yang terpilih sangat berpengalaman dan beridea kreatif
mengajar seni di sekolah rendah. Peserta kajian juga merupakan guru yang mengajar
Pendidikan Seni Visual. Profil peserta kajian adalah seperti ditunjukkan dalam Jadual
1.

Peserta kajian Jadual 1: Profil peserta kajian

GPSVIn.1(1.1) Jawatan
GPSVIn.2(1.2) Guru Penolong Kanan (GPK)-Major PSV
GPSVIn.3(2.1) Guru Panitia PSV-Major PSV
GPSVIn.4(2.2) Guru Panitia PSV-Major PSV
GPSVIn.5 Guru PSV-Major PSV
GPSVIn.6 Guru Panitia PSV-Minor PSV
Guru Panitia PSV-Minor PSV

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Kemahiran guru dalam pemilihan aktiviti pembelajaran koperatif PAK 21 bagi
mata pelajaran PSV semasa PdPR

Kemahiran pemilihan aktiviti pembelajaran koperatif yang bersesuaian semasa PdPR
PSV PAK21 adalah penting bagi semua guru. Pemilihan aktiviti mestilah bersesuaian
mengikut tahap murid dan standard kurikulum itu sendiri supaya PdPR yang jalankan
lebih berkesan dan menarik. Dengan mengaplikasikan pelbagai aktiviti murid-murid
dapat berfikir dan berkongsi idea bersama ahli kumpulan. Pada permulaannya, agak
susah untuk mereka mengaplikasikan aktiviti pada murid-murid namun apabila telah
biasa mereka laksanakan di dalam PdPC, mereka dapat menerima dengan baik. Hal
ini dibuktikan melalui peserta kajian kedua yang menyatakan

Hal ini dinyatakan oleh Informan pertama dan di sokongan oleh informan kedua,
kelima dan keenam iaitu:

….”Selalunya saya pilih aktiviti Think-Pair-Share di bahagian
standard pertama dan Gallery Walk di bahagian standard terakhir
PnP. Saya juga menayangkan video penerokaan yang telah saya
rakam terlebih dahulu serta di muatnaik kan di dalam Google
Meet. Selain itu juga saya akan memberikan link YouTube,
Pinterest Art Attack atau 5Minuts Crafts bagi membantu
perkembangan idea kreativiti murid-murid.
(In.1/TB1/110118/(SIGS1) /144-147)

99

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

….”Saya pilih aktiviti Think-Pair-Share di bahagian standard
pertama.. Saya akan memberi masa dan peluang murid-murid
berkerjasama di dalam kumpulan kemudian mereka akan bentang
di dalam meet di mana semua rakan-rakan akan dengar bersama-
sama. (In.2/TB1/181018/(SIGS2) /467-471)

….”Saya pilih aktiviti Think-Pair-Share di bahagian standard
pertama dan Gallery Walk di bahagian standard apresiasi karya..
Saya akan beri tajuk di dalam Teleram atau Whatsapp sebelum
kelas bermula mengikut kumpulan untuk membincangkan idea dan
bertukar-tukar pendapat. Kalau time apresiasi tu saya akan mintak
mereka tayang karya mereka dengan cara Gallery Walk lah...
(In.5/TB1/221118/(STAR1-1) /827-834)

...Kalau ada masa saya akan buat video sendiri lah.. Saya rakam

penerokaan alat bahan yang saya buat... Kadang-kadang saya

memberikan link YouTube dan link Pinterest Art bagi membantu

perkembangan idea kreativiti murid-murid.
(In.6/TB1/150119/(STAR1-2)/838-841)…

Manakala bagi pendapat informan ketiga dan di sokong oleh informan keempat ialah:

….”Saya pilih aktiviti kuiz, Hot Seat atau Gallery Walk di standard
terakhir pembelajaran. (In.3/TB1/160617/(SKP) /522-524)

….”Kadang-kadang saya pilih aktiviti kuiz dan Hot Seat di
standard terakhir pembelajaran. (In.4/TB1/180917/(SKTA) /245-
247)…

Kaedah pelaksanaan guru bagi aktiviti pembelajaran koperatif PAK21 mata
pelajaran PSV semasa PdPR.

Kaedah PdPC sangat penting dan mempengaruhi dalam usaha guru menyampaikan
pembelajaran koperatif secara berkesan. Dapatan kajian mendapati kebanyakan guru
menggunakan pendekatan, kaedah, strategi dan teknik yang hampir sama. Walaupun
menggunakan pendekatan pembelajaran koperatif, guru-guru mestilah tahu
bagaimana teknik penyampaian yang berkesan di dalam PdPR PSV PAK21. Guru-
guru mengaplikasikan pendekatan mudah kepada kompleks, pendekatan masteri,
kaedah penerangan, demonstrasi, perbincangan dan penyelesaian masalah. Dari segi
strategi ada yang berfokuskan guru, bahan dan pelajar

100

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Dapatan kajian menunjukkan kesemua informan dapat melaksanakan aktiviti
koperatif semasa PdPR PSV. Namun bukan semua bahagian Standard Kandungan
yang mereka dapat laksanakan. Hal ini dinyatakan oleh Informan pertama dan di
sokong oleh informan kelima iaitu:

….”Selalunya saya aplikasikan aktiviti Think-Pair Share di
bahagian Persepsi Estetik dan aktiviti Gallery Walk di bahagian
Apresiasi Seni. Manakala rakaman video, YouTube, Pinterest, Art
Attactk, dan 5 Minuts Crafts saya akan aplikasikan di bahagian
Aplikasi Seni.. (In.1/TB1/110118/(SIGS1) /144-147)

….”Saya aplikasikan aktiviti Think-Pair Share di bahagian
Persepsi Estetik dan aktiviti Hot Seat di bahagian Apresiasi Seni.
Manakala rakaman video, YouTube dan Pinterest, saya aplikasikan
di bahagian Aplikasi Seni.. (In.5/TB1/221118/(STAR1-1) /827-
834)

Bagi pendapat informan kedua dan disokong informan keenam iaitu:

…”Saya mengaplikasikan aktiviti Think-Pair-Share di bahagian
Persepsi Estetika dan link YouTube akan saya aplikasikan di
bahagian Aplikasi Seni. Saya akan masukkan semua video dan link
YouTube melalui Google Classroom. (In.2/TB1/181018/(SIGS2)
/467-471)

…”Saya mengaplikasikan aktiviti Think-Pair-Share di bahagian
Persepsi Estetika dan rakaman video yang saya buat sendiri saya
aplikasikan di bahagian Aplikasi Seni. Saya juga akan masukkan
video dan link YouTube melalui Telegram dan Whatsaap bagi yang
mempunyai masalah internet. (In.6/TB1/150119/(STAR1-2)/838-
841)

Manakala bagi pendapat informan ketiga dan disokong oleh informan keempat ialah:
….”Saya mengaplikasikan aktiviti Hot Seat atau Gallery Walk di
bahagian Apresiasi Karya. Murid akan terang dan menceritakan
pengalaman atau proses sepanjang penghasilan karya. Selain itu,
saya juga akan membuat kuiz di bahagian akhir
pembelajaran.(In.3/TB1/160617/(SKP) /522-524)

….”Saya mengaplikasikan aktiviti Gallery Walk di bahagian
Apresiasi Karya. Murid akan menceritakan pengalaman
sepanjang penghasilan karya di rumah.
(In.4/TB1/180917/(SKTA) /245-247)

101

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

RUMUSAN DAN CADANGAN

Dapatan menunjukkan guru-guru dapat melaksankan aktiviti pembelajaran koperatif
yang bersesuaian mengikut keupayaan dan tahap penguasaan murid seperti aktiviti
Think-Pair-Share, Hot Seat Gallery Walk, Kuiz dan aktiviti yang bersesuaian dengan
topik pembelajaran. Dalam tempoh PdPR ini, pergerakan murid agak terbatas.

Oleh itu, agak sukar untuk murid berinteraksi dan berbincang dalam menjalankan
aktiviti kumpulan. Hal ini mencabar tetapi tidak mustahil dengan idea, kaedah dan
strategi yang kreatif guru PSV dapat mengekalkan kemahiran personal dan
interpersonal, kerja berpasukan, menerapkan nilai murni dan etika serta mewujudkan
komunikasi yang efektif melalui kaedah dan platform yang sesuai iaitu dengan
menggunakan aplikasi Google Classroom, Google Meet, Telegram, Youtube,Pinteres
dan lain-lain

Bagi mendepani kekangan PdPR, warga pendidik perlu menguasai kemahiran
pedagogi secara digital dan lebih mendalami teknologi baharu untuk berkomunikasi
dengan murid secara lebih efektif. Pendidik perlu melengkapkan diri dengan pelbagai
ilmu pengetahuan mengenai penguasaan dalam teknologi digital yang baharu dan
menguasai ilmu berkaitan e- pembelajaran supaya lebih senang untuk menyampaikan
ilmu kepada murid. Pengaplikasian teknologi digital yang berkesan dalam
penyampaian PdPR memudahkan pembelajaran dijelmakan dengan lebih berkesan
walaupun terdapat beberapa kekangan atau cabaran yang harus ditempuhi oleh pihak
guru, ibu bapa, PPD, JPN dan KPM.

RUJUKAN

Aliza Adnan & Rosseni Din. (2020). Pembelajaran Teradun; Impak dan Sumbangan.
Penerbit UKM.

Asbah Razali, Fauziah Ani & Siti Nor Azhani Mohd Tohar. (2020). Cabaran Masyarakat
Hari Ini: Malaysia Dalam Menghadapi Perubahan Sosial Dan Revolusi Industri
4.0. Pusat Pengajian Teras, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains
IslamMalaysia, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.

Bakalar, B. (2018). Book Review: Justice on both sides: Transforming education through
restorative justice. American Journal of Qualitative Research, 2(2), 145-149.

Bernama (2021, Januari 24). Tiada capaian internet Retrieved, gajet seperti belajar di sekolah
daif. Berita Harian. on 15 Mei 2021 from 15https://www.bharian.com.my/berita/
nasional/2021/01/779410/tiada-capaian-internet-gajet-seperti-belajar-di-sekolah-
daif

Che Azizan, S. N. & Mohamad Nasri, N. (2020). Pandangan Guru Terhadap Pembelajaran
dalam Talian Melalui pendekatan Home Based Learning (HBL) semasa tempoh
Pandemik COVID-19. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and
Literature, 11, 46-57. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol11.edisikhas.4.2020

102

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Manual Pengajaran Dan Pembelajaran Di
Rumah. Dilihat 28 Februari 2021 dari https://www.moe.gov.my/muat-
turun/lainlain/manual-pdp-di-rumah/3728-slaid-manual-pdpdr/file

Putri, R. S. Purwanto, A. Pramono, R. Asbari, M. Wijayanti, L. M. & Hyun C. C. (2020).
Impact of the COVID-19 pandemic on online home learning: An explorative study
of primary schools in Indonesia. International Journal of Advanced Science and
Technology,29(5), 4809-4818.

Radzi Jidin, (2020). Teks ucapan Sidang Media Pembukaan Semula Sekolah bagi Murid
Bukan Kelas Peperiksaan Awam; 1 Julai 2020.

Rohayati Junaidi, Tengku Intan Marlina & Madiawati Mamat. (2020). Pandemik COVID-19
dalam persekitaran kanak-kanak menerusi engkaulah adiwiraku. PENDETA:
Journal of Malay Language, Education and Literature, 11, 31-45.

Tan Wee Hoe (2015). Gamifikasi Dalam Pendidikan Pembelajaran Berasaskan Permainan.
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim.

Yahya Don, Azizah Sarkowi, Yaakub Daud (2014). Pembentukan dan Peningkatan Kualiti
Guru di Malaysia. Universiti Utara Malaysia.

Zaharah Hussin, Ahamd Arifin Sapar, Saedah Siraj dan Nurul Hasna
Hasan.(2014).Transformasi Buku Teks Pendidikan Islam.dalam Balakrishnan,
Vishalache.(2014).(ed).

Zamri Mahamod (2014). Inovasi P&P Dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Universiti
Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim.

_______ (2009). Buku Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan. Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi

_______ (2017). Buku Panduan Pelaksanaan Pendidikan Abad Ke 21. Pasukan Pemiir
Pendidikan Abad Ke 21. Institut Aminudin Baki.

_______ (2017) Buku Panduan IMPak21, Modul Latihan Pembelajaran Abad Ke 21. Institut
Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Jabatan Pelajaran Negeri Johor,
Pejabat Menteri Besar Johor.

103

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

-9-
GOOGLE CLASSROOM SEBAGAI SISTEM PENGURUSAN DALAM
TALIAN (LMS) UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU SEPANJANG TEMPOH
PERINTAH KAWAL PERGERAKAN (PKP)

Seow Sieu Kian,
Dr. Rathi Devi A/P Shanmugam,

Sumati A/P Muniandy,
Nor Hida binti Ibrahim,

Wong Mai Sze

Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn
SMJK Chan Wa, Seremban, Negeri Sembilan

sieukian @iptho.edu.my

ABSTRAK

Wabak Pandemik Coronavirus (Covid-19) telah melanda seluruh dunia semenjak
akhir tahun 2019 yang bermula dari wilayah Wuhan, Cina dan terus mengubah cara
hidup manusia. Manusia disekat pergerakan, terpaksa dikurung di dalam rumah untuk
menyekat jangkitan virus dan ianya telah membawa perubahan yang drastik dalam
sistem pendidikan di negara kita. Warga pendidik telah mengharungi kebiasaan
baharu (the new norm) dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan
pelbagai cara dan kaedah agar pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dapat
diteruskan. Pengkaji telah memilih Google Classroom (GC) sebagai salah satu
pelantar untuk pendekatan pembelajaran digital yang tersedia dengan percuma.
Tujuan artikel ini adalah mengkaji tahap penerimaan pelajar terhadap pelantar GC
sebagai medium PdPR subjek Teknologi dan Media Pengajaran (EDUP 2112
sepanjang tempoh Perintah Kawal Pergerakan (PKP). Soal selidik terdiri daripada
konstruk Usability, Information Quality dan Service Interaction. Seramai 13 orang
responden kajian dipilih dari Program Diploma Pasca siswazah Pendidikan (PDPP)
Ambilan Jun 2020 opsyen Matematik yang sedang berada di Tahun 1 Semester 2.
Kajian ini merupakan kajian kes yang menggunakan pendekatan kuantitatif dalam
pengumpulan data dan disokong dengan data suara pelajar. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa responden menunjukkan penerimaan yang sangat tinggi (min=
4.42, SP=0.745) terhadap penggunaan dan penerimaan GC sebagai media PdP.
Malah, dapatan refleksi suara pelajar turut menunjukkan responden sangat positif
terhadap penerimaan GC. Justeru, GC sesuai dijadikan sabagai satu alat digital dalam
e-pembelajaran dan memenuhi tuntutan pembelajaran bermakna masa kini.

104

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Kata kunci: Google Classroom, PdPR, PKP, pelajar PDPP

PENGENALAN

Malaysia telah mencatat rekod pencarian frasa Google Classroom di Chorme
tertinggi di dunia pada 14 April 2020 (Sinar Harian) sehari selepas pengisyhtiharkan
PKP oleh Perdana Menteri. Perkara ini telah membuktikan para pendidik dan pelajar
begitu prihatin dan mengambil berat terhadap pelaksanaan PdP akibat daripada kesan
penularan wabak Coronavirus (Covid-19). Rekod yang tinggi ini juga menunjukkan
impak terhadap usaha pendidik dan pelajar menggunakan medium GC sebagai pilihan
aplikasi dalam talian. Artikel ini cuba membincangkan penerimaan GC sebagai
sistem pengurusan pembelajaran aktif dalam PdPR secara dalam talian dalam tempoh
PKP. Menurut Okmawati M. (2020), GC merupakan salah satu aplikasi dalam Google
Suite dan merupakan satu bentuk Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) yang
percuma dan berfungsi berdasarkan konsep 24x7 apabila dibekalkan sambungan
internet. Menurut Herlia Nursyahrina et.al (2021), LMS GC merupakan sejenis sistem
yang dapat membantu pengajar dari segi memuat naik dan memuat turun bahan PdP,
medium untuk berkomunikasi secara dua hala antara pelajar dan pensyarah dan antara
pelajar dan pelajar, memberi maklum balas dan menilai tugasan, menjalankan
pentaksiran dan memberi gred kepada tugasan pelajar serta mengawal, menyelia dan
memantau tingkah laku pelajar yang berdaftar dengan kursus. Pensyarah juga boleh
mewujudkan kelas dalam domain mereka, memasukkan pensyarah lain sebagai rakan
pembelajaran, menjemput pihak atasan organisasi untuk membuat pemantauan PdP
pensyarah. Menurut Noor Hazliezah Tamil dan Maslawati Mohamad (2021), GC
memberi peluang kepada pelajar belajar tanpa batasan dan mengikut kadar
pembelajaran kendiri serta dapat melibatkan diri dengan aktif dalam pelbagai aktiviti
yang diadakan oleh pensyarah seperti memuat naik dan menurun bahan PdP,
menerima maklum balas, dan menerima penilaian semula daripada pensyarah. Di
samping itu juga, GC boleh digunakan sebagai alat untuk melaksanakan latihan dalam
organisasi, mengumpul dan merekodkan kemajuan sesuatu kursus untuk tujuan
pemantauan organisasi (Watson, 2007). Sehubungan itu, artikel ini akan
membincangkan fungsi serta pelaksanaan PdP secara dalam talian dengan
menggunakan sistem LMS GC untuk menyokong pelaksanaan PdPR.

PENYATAAN MASALAH

Proses PdP pelajar terganggu akibat daripada pengisytiharan PKP sejak tahun 2020.
Ini bermakna pelajar tidak dibenarkan kembali ke dalam bilik kuliah secara fizikal
untuk menyekat penularan virus Covid-19. Pelbagai amalan dan Standard Operation
Procedure (SOP) perlu dipatuhi dalam norma baharu (New Norm) di kalangan rakyat
jelata masyarakat. Ekoran itu, institusi pendidikan terpaksa ditutup sementara waktu
sehingga arahan baru dikeluarkan. IPGKTHO telah mengambil inisiatif untuk melatih

105

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

pensyarah tentang penggunaan GC. Dalam masa yang sangat tersingkat, kaedah PdP
pensyarah telah berubah dan dilaksanakan secara dalam talian.

Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk:

1. Mengenal pasti tahap penerimaan pelajar PDPP Ambilan Oktober 2020
opsyen Matematik terhadap penggunaan GC sebagai alat digital menerusi e-
pembelajaran.

2. Mengenal pasti suara pelajar Ambilan Oktober 2020 opsyen Matematik
dalam penerimaan GC dalam mengikuti kursus PDPP.

Persoalan Kajian

1. Apakah tahap penerimaan GC dalam kalangan pelajar PDPP Ambilan
Oktober 2020 opsyen Matematik?

2. Apakah suara pelajar dalam mengikuti kursus PDPP Ambilan Oktober 2020
opsyen Matematik?

Teori yang Digunakan

Teori yang digunakan dalam kajian ini ialah teori perkembangan kognitif Lev
Vygotsky di mana pengkaji menitikberatkan pembelajaran koperatif dan kolaboratif
serta aktiviti kumpulan. Menurut Haliza Hamzah and Joy N. Samuel (2010), pelajar
belajar melalui interaksi sosial dan kemahiran berbahasa. Dengan bantuan yang
diperoleh daripada rakan-rakan dalam kumpulan heterogenus yang mempunyai
pelbagai kebolehan yang berbeza, pelajar memperoleh pengalaman baharu melalui
teknik perancah (Scaffolding). Proses ini digelar Zon Perkembangan Proksimal
(ZPD). Menurut Goos,2004; Gray and Feldman 2004), terdapat dua had iaitu had atas
dan had bawah dalam perkembangan kognitif pelajar. Had atas membawa maksud
peringkat kemahiran pelajar yang boleh dicapai dengan bantuan rakan-rakan yang
lebih mahir. Dalam kajian ini, pengkaji telah meminta ketua kumpulan menyediakan
kumpulan Telegram masing-masing. Ahli-ahli berbincang dan menyuarakan
pemikiran dalam kumpulan ini. Akhirnya mereka berupaya mencapai suatu
kesepakatan dan menyelesaikan masalah tugasan bersama. Ini jelas kelihatan dalam
tugasan Pembelajaran Tidak Segerak dan tugasan Tutorial yang diberikan oleh
pensyarah. Teknik perancah dapat diterapkan melalui model reka bentuk instruksi
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (IPGM, 2020), contohnya Model Reka
Bentuk Pembelajaran. Bantuan daripada alatan teknologi, pelajar boleh belajar
sesama rakan, belajar dengan ahli komuniti, pakar perunding daripada agensi dalam
atau luar negara, pakar bidang tertentu dan juga termasuk ibu bapa terutama dalam

106

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

tempoh PKP. Mereka memperoleh banyak tacit knowledge melalui pengalaman
hidup ibu bapa.

METODOLOGI

Reka Bentuk Kajian

Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kes kuantitatif
berdasarkan soal selidik dan refleksi suara pelajar Program Diploma Pascasiswazah
Pendidikan (PDPP) Ambilan Oktober 2020 opsyen Matematik Tahun 1 Semester 2
untuk kursus Teknologi dan Media Pengajaran (EDUP 2112).

Persampelan Kajian

Sampel kajian ini terdiri daripada 13 orang guru pelatih PDPP opsyen Matematik
Ambilan Tahun 1 Semester 2, 2021. Teknik persampelan bertujuan (purposive
sampling) telah digunakan dalam pemilihan peserta kajian ini. Teknik ini memberi
kemudahan kepada pengkaji memilih peserta kajian yang mempunyai ciri-ciri
tertentu sahaja. Dalam konteks kajian ini, peserta kajian dipilih kerana mereka
dicirikan sebagai individu yang sedang mengikuti kursus major Matematik dan
Teknologi dan Media Pengajaran (EDUP 2112).

Instrumen Kajian

Data dalam kajian ini dikumpulkan dengan menggunakan satu set soal selidik Barnes
and Vidgen (2003) dan refleksi suara pelajar PDPP Ambilan Oktober 2020 terhadap
13 orang guru pelatih opsyen Matematik.

Analisis Data

Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the
Social Sciences (SPSS) versi 22. Statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis
profil responen dan analisis soal selidik terhadap responen. Statistk deskriptif yang
digunakan dalam kajian ini ialah kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Tahap
penerimaan dalam kalangan pelajar PDPP Ambilan Oktober 2020 telah dikategorikan
kepada lima tahap seperti Jadual 1. Pengkaji telah menggunakan sumber Chew dan
Zul Hazmi (2018) untuk jadual skor purata min dan interpretasi min dalam kajian ini.

107

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

Jadual 1: Skor purata dan interpretasi min

Skor Purata Tafsiran
1.00-1.89 Sangat Rendah
1.90-2.69
2.70-3.49 Rendah
3.50-4.29 Sederhana
4.30-5.00
Tinggi
Sangat Tinggi

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Profil Pelajar

Jadual 2 menunjukkan profil pelajar yang mengikuti kursus PDPP Ambilan Jun 2020
opsyen Matematik yang terlibat dalam kajian ini. Seramai 11 orang pelajar
perempuan (85%) dan 2 orang pelajar lelaki (15%) terlibat sebagai responen dalam
kajian ini.

Jadual 2: Bilangan responen berdasarkan jantina

Bil Jantina Bilangan Peratus

1 Perempuan 11 85%
2 Lelaki 2 15%
13 100%
Jumlah

Jadual 3 menunjukkan pengalaman mengajar responen. Seramai 11 orang responen
(85%) telah mengajar di antara 1-5 tahun dan seramai 2 orang responen (15%) telah
mengajar lebih 6 tahun dan ke atas.

Tahun Jadual 3: Pengalaman mengajar pelajar Peratus
1-5 tahun 85%
6 tahun dan ke atas Bilangan 15%
Jumlah 11 100%
2
13

Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap penerimaan GC dalam kalangan guru pelajar
PDPP Ambilan Oktober 2020 opsyen Matematik pada tahap yang sangat tinggi.

Jadual 4: Tahap penerimaan GC dalam kalangan pelajar mengikut konstruk

Konstruk Usability Min SP Tahap penerimaan

Users feel easy to operate the 4.38 .768 Sangat Tinggi

website.

The interaction between the 4.38 .768 Sangat Tinggi

site and the user is clear and

easy to understand

108

Users feel easy to navigate the 4.31 Prosiding eSAHConfEd 2021
website. 4.46
Users feel this site is easy to 4.46 Vol. 1
use 4.46 ISBN 978-967-2703-04-4
This website has an attractive 4.62
appearance © 2021
Design according to the type of
website .855 Sangat Tinggi
The website has clear .776 Sangat Tinggi
instruction .660 Sangat Tinggi
.660 Sangat Tinggi
Konstruk Information Quality Min .506 Sangat Tinggi
The website presents accurate 4.62
information 4.69 SP Tahap penerimaan
The website presents reliable 4.46 .506 Sangat Tinggi
information. 4.46 .480 Sangat Tinggi
. The website presents 4.15 .776 Sangat Tinggi
information in a timely manner .660 Sangat Tinggi
The website presents relevant 4.23 .987 Tinggi
information. 4.31
The website presents .927 Tinggi
information that is easy to .855 Sangat Tinggi
understand.
The website presents SP Tahap penerimaan
information at the right level. .776 Sangat Tinggi
The website presents .768 Sangat Tinggi
information in the appropriate .776 Sangat Tinggi
format. .855 Sangat Tinggi
855 Sangat Tinggi
Konstruk Service Interaction Min .660 Sangat Tinggi
The website has a good 4.46
reputation. 4.38
Users feel safe to access the 4.46
website. 4.31
Users feel safe about their 4.31
personal infomation. 4.46
The website provides space for
personalization
The website provides space for
the community such as lecturers
The website make it easy
communicate with organizations
such as lecturers and other
stakeholders.

109

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

Hasil dapatan menunjukkan tahap penerimaan guru pelatih berada pada tahap sangat
tinggi. Konstruk Information Quality adalah pada tahap yang sangat tinggi
(min=4.44, sp=.713) diikuti oleh konstruk Usability (min=4.42, sp=.742) dan
konstruk Service Interaction ((min=4.40, sp=.781). Secara keseluruhannya skor min
tahap penerimaan GC adalah pada tahap sangat tinggi (min=4.42, sp=.745) seperti
yang ditunjukkan dalam Jadual 5.

Jadual 5: Jumlah skor min dan SP bagi tiga konstruk

Bil Konstruk Min SP Tahap Penerimaan
1 Usability 4.42 .742 Sangat Tinggi
2 Information Quality 4.44 .713 Sangat Tinggi
3 Service Interaction 4.40 .781 Sangat Tinggi
4.42 .745 Sangat Tinggi
Skor Keseluruhan

Jadual 6 menunjukkan refleksi suara pelajar PDPP Ambilan Oktober 2020 opsyen
Matematik dari segi hubungan pensyarah dengan pelajar. Secara keseluruhannya
penerimaan GC dalam kalangan pelajar PDPP Ambilan Oktober 2020 opsyen
Matematik adalah sangat positif.

Jadual 6: Refleksi suara pelajar

S2 Pensyarah sangat aktif dalam menggunakan kepelbagaian kaedah
pengajaran/induksi semasa kuliah seperti penggunaan Jamboard, kuiz Mentimeter
dan lain-lain lagi di mana kaedah ini membantu pelajar memahami isi kandungan
pelajaran yang disampaikan selain penglibatan aktif semasa interaksi. Pensyarah
juga memanfaatkan penggunaan alat teknologi serta persekitaran pembelajaran
maya semaksimum mungkin dalam menyampaikan isi kandungan pelajaran
sebagai mendukung keperluan kehendak kursus ini. Pensyarah juga menggunakan
model Taksonomi Bloom dalam pengajaran bagi mewujudkan satu suasana
pembelajaran yang baik dan bermakna. Dari segi hubungan, pensyarah membina
hubungan yang sangat baik dengan pelajar. Hal ini menyebabkan pelajar sentiasa
berasa dekat dan seronok dalam pembelajaran. Tahniah Madam Teresa! Thank you
so much for your great effort.

Pelajar mempunyai hubungan yang baik dengan pensyarah. Pelajar juga dapat
memahami objektif yang ingin dicapai sepanjang pembelajaran. Kandungan
pembelajaran adalah selari dengan objektif dan Maklumat Kursus yang telah
ditetapkan. Pembelajaran tidak segerak dalam bentuk tutorial dapat membantu
pelajar untuk mendalami pengetahuan secara Hands-on dan dapat meningkatkan
lagi kemahiran pelajar. Pensyarah membimbing pelajar dengan baik sepanjang
kuliah dan tutorial. Hubungan pensyarah dan pelajar sangat baik. Pensyarah
membimbing pelajar mengikut keperluan murid.

Pensyarah menunjukkan usaha yang baik dalam memberi kefahaman kepada
S8 pelajar tentang isi kandungan pelajaran. Tutorial-tutorial yang diberikan kepada

110

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

pelajar memberi ruang kepada pelajar untuk meneroka dan meningkatkan
kemahiran diri dalam teknologi maklumat yang pelbagai. Pelajar menunjukkan
kerjasama mereka dengan menyiapkan tugasan tutorial yang diberikan. Hubungan
yang baik antara pensyarah dan pelajar, memudahkan pelajar bertanya apabila
tidak memahami sesuatu topik.

Dalam penyampaian pengajaran, pensyarah selalu akan memastikan penglibatan
S12 pelajar adalah semaksima mungkin dan semua pelajar memberikan tumpuan. Cara

penyampaian pensyarah membolehkan pelajar dapat memahami konten dengan
baik. Selain itu, pensyarah mengambil berat mengenai kesemua pelajarnya dalam
meningkatkan hasil mutu pembelajaran. Pensyarah mudah mesra dengan pelajar
mengakibatkan suasana pembelajaran bertambah seronok. Pensyarah mempunyai
pengetahuan meluas dalam bidang teknologi dan dapat membantu pelajar bagi
meningkatkan hasil pembelajaran. Pensyarah sering berkongsi ilmu dengan pelajar
dan selalu memberi ruang kepada pelajar melontarkan idea dan pendapat.

RUMUSAN DAN CADANGAN

Kajian ini merupakan kajian kes yang melibatkan 13 orang pelajar yang sedang
mengikuti Program PDPP di IPGKTHO. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
responden menunjukkan penerimaan yang sangat tinggi (min= 4.42, SP=0.745)
terhadap penggunaan dan penerimaan GC sebagai media PdP. Pelajar sangat positif
terhadap pelaksanaan GC oleh pensyarah dan secara langsung telah meningkatkan
keyakinan pensyarah untuk maju ke depan. Menurut Deci & Ryan, 2017; Tough,
2016 dalam buku Deep Learning, Engaged the World, Changed the World oleh
Michael Fullan (2017), hubungan merupakan asas keperluan untuk manusia menjalin
kemesraan, membina hubungan akrab sesama sendiri dan juga dengan orang lain.
Pensyarah mengambil berat tentang hubungan dengan pelajar terutama dari aspek
penerapan budaya penyayang. Keperluan asas manusia ialah penghormatan dan
kepunyaan. Sifat kepunyaan dapat merapatkan pelajar IPGKTHO dan berjaya
mengerakkan mereka ke arah pencapaian efikasi kendiri. Ini dapat dikesan melalui
refleksi suara pelajar. Pada masa yang sama, pensyarah perlu meningkatkan lagi
kemahiran dan penguasaan teknologi yang terkini seperti penerapan unsur
gamification melalui aplikasi yang sesuai seperti Quizizz, Kahoot, Blooklet, Socrates,
Coogle, Mindmeister, Jamboard, Canva, Mentimeter dan lain-lain lagi sebagai alat
pentaksiran dan pengukuhan untuk menguji kefahaman pelajar selepas selesai
sesuatu topik pengajaran.

RUJUKAN

Chew, F.P. & Zul Hazmi Hamad. (2018). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam
Pembelajaran dan Pemudahcaraan Bahasa Melayu Melalui Teknik Penyoalan.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8(1), 2018, pp1-12.

111

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Fullan M., Quinn J., & McEachen J. (2017). Deep Learning: Engage the World, Change the
World. Pearson.

Fullan M. (2014). A Rich Seam: How Pedagogies Find Deep Learning. Pearson.
Haliza Hamzah & Joy N. Samuel (2010). Perkembangan Kanak-kanak. Kumpulan Budiman

Sdn Bhd. Kuala Lumpur.
Herlia Nursyahrina, Lady H. Retami, Rika Pratama, Syahla Putri Salsabil, Muhammad Taufik

Ihsan. (2021). The Use of Google Classroom in English Teaching and Learning
Process at Senior High School Level. Jurnal Riset dan Inovasi
Pembelajaran.Retrieved from https://etdci.org/journal/jrip/article/download/41/28.
ISSN 2776-8872
Institut Pendidikan Guru Malaysia. (2020). Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna.
Cyberjaya: Institut Pendidikan Guru.
J.S. Barnes & R. Vidgen, (2003) An Integrative Approach to the Assessment of E-Commerce
Quality. Retrieved from http://www.jecr.org/sites/default/files/03_3_p02_0.pdf
Noor Hazliezah Tamil, & Maslawati Mohamad (2021). Google Classroom
for Teaching and Learning in Malaysia Primary School During Movement Control
Order (MCO) Due To Covid - 19 Pandemic: A Literature Review. International
Journal of Multidisciplinary Research and Publications. ISSN (online) 2581-6187.
Nurhidayah, H. (2020). Carian ‘Google Classroom’di Malaysia
Tertinggi Di Dunia. Retrieved from
https://www.sinarharian.com.my/article/79328/BERITA/Nasional.
Okmawati M. (2020). The Use Of Google Classroom During Pandemic. Journal of English
Language Teaching. Vol. 9, No 2, e-ISSN 2302-3198.
Watson, W., & Watson, S.L. (2007). An Argument for Clarity: What Are Learning
Management Systems, What Are They Not, And What Should They Become. Tech
Trends. Retrieved from https://www.researchgate.net/publication/261177582.
WHO (2020).Coronavirus Disease (COVID-19) Pandemic. World Health Organization
Regional Office of Europe.

112

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

-10-
KEYAKINAN GURU-GURU NOVIS NEGERI JOHOR DARUL
TAKZIM MELAKSANAKAN PENGAJARAN DALAM TALIAN

Mohd Hanapiah bin Khamis, Ph.D
Abdul Latif bin Ahmad, Ed.D
Nor Hida binti Ibrahim

Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keyakinan guru-guru novis negeri Johor
Darul Takzim melaksanakan pengajaran dalam talian. Seramai 239 orang guru novis
daripada populasi 375 orang guru novis Negeri Johor yang menghadiri Kursus
Program Transformasi Minda (PTM) Negeri Johor 2020 di Institut Pendidikan Guru
Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor Darul Takzim telah dipilih sebagai
responden dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan bagi tujuan kajian ini ialah
soal selidik yang diubah suai dan diadaptasi daripada instrumen The Faculty
Readiness to Teaching Online (FRTO) yang telah dibina oleh Martin, Budhrani dan
Wang (2019). Penganalisisan data dan maklumat yang diperolehi daripada responden
dianalisis menggunakan program perisian komputer Statistical Package For Social
Sciences (SPSS version 16.0 For windows). Secara keseluruhannya dapatan kajian
menunjukkan bahawa guru-guru novis negeri Johor mempunyai keyakinan yang
tinggi terhadap terhadap perlaksanaan pengajaran dalam talian mereka di sekolah.
Dapatan kajian juga mendapati bahawa guru-guru novis kurang berkemahiran dari
aspek menggunakan email untuk berhubung dengan murid-murid dan mengguna alat
perbincangan web. Kekangan akses teknologi seperti ketidakcukupan alatan dan
ketidakupayaan sambungan talian yang dihadapi oleh guru dan murid perlu ditangani
dengan segera. Para guru perlu diberi latihan terutama sekali dalam pembinaan dan
penggunaan laman sesawang bagi menggalakan pembelajran kolaboratif. Institut
Pendidikan Guru harus memimpin dalam mempraktikkan pedagogi dalam talian yang
berkesan dan konstruktif. Kajian masa depan yang memberi fokus kepada pembinaan
dan penilaian prinsip reka bentuk instruksional guru-guru untuk mengadaptasikan
pengajaran dalam talian ke dalam amalan pengajaran mereka di sekolah adalah
diperlukan.

Kata kunci: Guru novis, pengajaran dalam talian, keyakinan, kompetensi

113

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

PENGENALAN

Wabak penyakit korona virus-19 (COVID-19) telah memberi kesan kepada berjuta-
juta orang dan mengancam nyawa manusia di seluruh dunia. Pandemik yang
berterusan ini menyebabkan penutupan bilik darjah di seluruh dunia dan memaksa
berbilion pelajar dan pendidik untuk secara tiba-tiba mengubah suai amalan
pengajaran dan pembelajaran mereka. Situasi ini juga membawa cabaran baru kepada
untuk sistem pendidikan di seluruh dunia. Pengajaran jarak jauh (Hodges et al., 2020)
harus dilaksanakan dalam kerangka masa yang sangat terhad untuk memastikan anak-
anak mendapat akses pendidikan secara berterusan. Pengajaran dan pembelajaran
berterusan hanya mungkin dilakukan melalui kaedah alternatif iaitu pengajaran dalam
talian. Guru harus beralih ke pengajaran dalam talian, yang mengharuskan mereka
menggunakan pelbagai alat dan sumber digital untuk menyelesaikan masalah dan
melaksanakan pendekatan baru untuk pengajaran dan pembelajaran (Eickelmann &
Gerick, 2020). Pelaksanaan kawalan pergerakan dan penjarakkan sosial
menyebabkan guru yang mengajar di sekolah mula bekerja dari rumah dengan
mempraktikan pengajaran dalam talian bagi memastikan pelajar tidak mengalami
penyusutan akademik.

Pengajaran dalam talian adalah konsep yang agak baru di negara-negara membangun
seperti negara kita Malaysia. Konsep baru ini memerlukan perubahan terhadap
strategi instruksional dan kesediaan teknologi untuk guru melaksanakan
pembelajaran dalam talian. Segala perubahan ini memerlukan masa, usaha dan
tumpuan dari guru. Untuk mengintegrasikan teknologi dalam kurikulum, guru harus
dilengkapi dengan asas pengetahuan dan kemahiran yang kuat dalam media digital
dan mengembangkan pemahaman, pendekatan, peranan dan sikap baru tentang
integrasi teknologi (Ruggiero & Mong, 2015). Kejayaan pelaksanaan pengajaran
dalam talian sangat bergantung pada kesediaan dan kesanggupan guru untuk
menggunakan teknologi (Singh & Chan, 2014).

Ramai yang bersetuju bahawa guru paling berkesan sekiranya mereka yakin dengan
profesion yang mereka ceburi (Quigley, 2016). Guru novis, khususnya, menghadapi
pelbagai cabaran untuk dihadapi semasa tahun-tahun awal mereka di sekolah
(Ergunay & Adiguzel, 2019). Kesediaan dan keyakinan terhadap kompetensi untuk
mengajar adalah amat penting kepada guru novis. Ianya merupakan titik permulaan
atau tahap kesediaan mereka ketika memasuki kerjaya sebagai guru. Menurut
Darling-Hammond et al., (2016) seorang guru novis harus mempunyai pelbagai
kemahiran untuk melakukan pelbagai tugas dan mengatasi pelbagai dilema yang
berlaku di dalam kelas. Berhadapan dengan situasi pandemik COVID – 19 memberi
lebih tekanan dan cabaran kepada guru novis. Sebagai guru baru yang kurang
kemahiran dan pengalaman, mereka perlu berhadapan dengan situasi pengajaran
dalam talian yang agak kompleks. Oleh yang demikian guru novis yang mengajar
dalam talian mesti mempunyai set kemahiran dan kecekapan yang lebih luas untuk

114

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

memastikan kejayaan pembelajaran pelajar. Lacy dan Guirguis (2017), mengatakan
bahawa guru novis mungkin mengalami ganguan emosi seperti tekanan, kekurangan
dan merasa tidak bersedia untuk menangani tingkah laku dan akademik pelajar.
Terdapat kajian yang mendapati bahawa terdapat penggunaan teknologi yang sangat
rendah oleh guru pra-perkhidmatan dalam penyampaian pelajaran mereka (Liu,
2012). Adalah sangat penting untuk guru novis mempunyai kesediaan dan keyakinan
untuk melaksanakan pengajaran dalam talian ini kerana ianya akan mengembangkan
dan meningkatkan lagi kepercayaan serta kompetensi mereka terhadap pengajaran
dan pembelajaran di sekolah. Menurut Jones dan Leagon (2014), kepercayaan guru-
guru adalah dipengaruhi oleh pengetahuan formal dan pengalaman mereka di sekolah.

Walaupun banyak penyelidikan yang berkaitan dengan perkembangan profesional
guru mengenai teknologi dan pengajaran dalam talian dilakukan dewasa ini (Hughes,
2013; Muilenburg & Berge, 2015; Pierce & Stacey, 2013), namun lebih banyak
maklumat yang diperlukan, terutama berkaitan dengan kesediaan dan keyakinan guru
novis melaksanakan pengajaran dalam talian. Pemahaman mengenai keyakinan guru
novis melaksanakan pengajaran dalam talian adalah penting kerana keyakinan ini
adalah sangat kritikal bagi guru novis yang dapat menentukan falsafah dan sikap
mengajar mereka sepanjang karier mereka akan datang.

Penyataan Masalah

Situasi pandemik COVID-19 telah menimbulkan cabaran yang belum pernah terjadi
sebelumnya yang memerlukan guru untuk menyesuaikan diri dengan pengajaran
dalam talian. Para guru terutama sekali guru novis, menghadapi cabaran yang besar
dalam menyesuaikan diri mereka dengan pengajaran dalam talian, khususnya untuk
sekurang-kurangnya mengekalkan komunikasi minimum dengan pelajar seterusnya
menyokong pembelajaran dan perkembangan pelajar. Permintaan dan keperluan
untuk guru menukar kaedah pengajaran mereka kepada kaedah pengajaran dalam
talian meningkatkan tahap tekanan dan kegelisahan dalam kalangan guru novis.
Pengasingan di rumah, tahap pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan
teknologi serta akses terhadap teknologi dilihat sebagai faktor utama yang
mempengaruhi kesediaan dan keyakinan mereka untuk melaksanakan proses
pengajaran dalam talian.

Beberapa penyataan yang dinyatakan di atas mencetuskan keinginan penyelidik
untuk meninjau secara lebih mendalam tentang keyakinan guru novis, terutama sekali
terhadap keyakinan mereka berkaitan kompetensi reka bentuk, kompetensi
komunikasi dan kompetensi pengurusan masa pengajaran dalam talian di sekolah.
Persepsi guru novis terhadap keyakinan mereka berkaitan ketiga-tiga kompetensi ini
dijangka sama ada dapat mempromosikan atau menghalang perlaksanaan pengajaran
dalam talian mereka di sekolah. Dapatan dari kajian ini dapat membantu

115

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

membimbing guru novis menghadapi cabaran peralihan pengajaran bersemuka ke
pengajaran dalam talian.

Objektif Kajian

Objektif khusus kajian ini adalah:

1. Mengenal pasti tahap keyakinan guru-guru novis negeri Johor terhadap
perlaksanaan pengajaran dalam talian mereka di sekolah?

2. Mengenal pasti tahap keyakinan kompetensi reka bentuk guru-guru novis
negeri Johor dalam melaksanakan pengajaran dalam talian di sekolah?

3. Mengenal pasti tahap keyakinan kompetensi komunikasi guru-guru novis
negeri Johor dalam melaksanakan pengajaran dalam talian di sekolah?

4. Mengenal pasti tahap keyakinan kompetensi pengurusan masa guru-guru
novis negeri Johor dalam melaksanakan pengajaran dalam talian di
sekolah?

TINJAUAN LITERATUR

Peranan guru dalam era abad kedua puluh satu kini telah berubah, terutama ketika
berpindah dari kelas tradisional yang mengaplikasikan kelas bersemuka kepada
pembelajaran dalam talian. Segala perubahan ini mengharuskan guru untuk
mengintergrasikan sumber teknologi ke dalam pelajaran mereka sehingga dapat
memenuhi keperluan literasi hari ini (Kong et al., 2014). Amalan pengajaran yang
baik harus mendorong penggunaan teknologi dan bukannya teknologi yang
mendorong amalan tersebut (Johnson, 2013). Adalah penting bagi guru novis untuk
mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran mereka dengan segera ketika mereka
mula menyertai lapangan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Tahun pertama
kerjaya seorang guru menurut Sozen (2018), adalah penting kerana ianya
memberikan gambaran tentang apakah guru akan kekal terhadap kerjayanya di
sekolah. Kajian menunjukkan bahawa terdapat batasan-batasan dalam sistem
pendidikan untuk meningkatkan keyakinan guru terhadap teknologi (Ertmer et al.,
2012). Batasan-batasan tersebut adalah seperti sikap dan kepercayaan guru terhadap
integrasi teknologi, kualiti pendidikan profesional, waktu untuk mempraktikkan apa
yang telah dipelajari, dan infrastruktur serta sumber yang sesuai.

Keyakinan terhadap kecekapan mengajar menurut Christensen et al., (2011),
digambarkan sebagai keberkesanan diri seseorang melaksanakan pengajaran. Hari
ini, hampir semua program latihan guru di seluruh dunia mempunyai komponen
latihan teknologi (Yuksel & Kavanoz, 2011). Berbanding dengan guru-guru senior,
guru novis pada masa kini berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk
menyelitkan teknologi sebagai sebahagian daripada pengajaran mereka berdasarkan
budaya dan latihan teknologi yang telah mereka terima semasa latihan keguruan.

116

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Mereka berupaya memulakan pengajaran mereka di sekolah dengan teknik
pengajaran yang inovatif yang menyokong penggunaan teknologi. Sebilangan besar
penyelidikan berkaitan penggunaan teknologi dalam kalangan guru pra-perkhidmatan
menumpukan pada penyiasatan program pendidikan guru untuk mengetahui sejauh
mana program latihan perguruan mempersiapkan guru pelatih untuk menggunakan
teknologi dalam pengajaran mereka (Murley, Jukes, & Stobaugh, 2013). Namun
demikian tidak semua guru pelatih yang yakin dan selesa menggunakan teknologi
pendidikan untuk menyokong pengajaran dan pembelajaran setelah pembelajaran
perguruan mereka di universiti (Sutton, 2011; Tondeur et al., 2012). Kajian oleh
Finger et al. (2010), mendapati bahawa dua daripada setiap lima pelajar dari dua buah
universiti di Australia yang meninggalkan program pendidikan guru pada awal
kerjaya mereka tidak mempunyai keyakinan atau kurang yakin untuk menggunakan
ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian oleh Lee (2017), mendapati bahawa
guru novis menyedari bahawa kurikulum dan bahan yang dirancang untuk mereka
dalam program profesional di universiti adalah berbeza dengan apa yang mereka
gunakan dalam konteks sekolah. Sebaliknya, Lloyd (2013), menyatakan dalam
kajiannya bahawa guru pra-perkhidmatan secara amnya menunjukkan tahap
kecekapan yang tinggi dan disposisi yang sangat positif terhadap integrasi ICT dalam
bilik darjah.

Sikap boleh mempengaruhi keyakinan guru novis melaksanakan pengajaran dalam
talian di sekolah. Supaya perubahan sikap boleh berlaku, guru novis perlu meneliti
pengalaman, kepercayaan, dan nilai budaya mereka sendiri untuk membentuk gaya
pengajaran mereka (Souto-Manning, 2013). Menurut Prestridge, (2012), halangan
pertama kepada para pendidik untuk mempelajari teknologi baru adalah masa untuk
menyediakan bahan dan keyakinan kemahiran digital. Peningkatan keperluan untuk
kecekapan teknologi, peningkatan permintaan di luar tugas pedagogi, perubahan
kurikulum yang kerap, kerja pentadbiran tambahan dan peningkatan kepelbagaian
dalam kalangan pelajar merupakan antara cabaran getir yang perlu dihadapi guru-
guru novis (Collie & Martin, 2016).

Kompetensi mengajar adalah gabungan perlaksanaan teori, praktikal dan pengajaran
di bilik darjah dengan berkesan (Valentina Gulevska, 2015). Menurut Martin et al.
(2019), antara kompetensi yang sangat diperlukan oleh tenaga pengajar dalam talian
adalah kompetensi reka bentuk kursus, kompetensi komunikasi dan kompetensi
teknikal. Vang et al. (2020) menyatakan bahawa secara keseluruhan pengajar dalam
talian memerlukan perancangan yang berkesan, pengetahuan mengenai prinsip reka
bentuk instruksional dan penggunaan pelbagai alatan teknologi untuk merangka reka
bentuk kursus pengajaran dalam talian. Fakulti dan pereka instruksional perlu
memberi tumpuan kepada teknologi dan elemen multimedia semasa merancang
pengajaran dalam talian (Afifi & Alamri, 2014).

117

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Salah satu faktor utama yang membezakan pengajaran dalam talian berbanding
pengajaran bersemuka adalah cara bagaimana seorang guru berkomunikasi dengan
para pelajarnya. Kajian-kajian terdahuu menunjukkan bahawa pembelajaran dalam
talian yang berkesan dapat ditingkatkan melalui komunikasi (Haythornthwaite &
Andrews, 2011). Kepentingan kompetensi komunikasi diutarakan oleh Meyer dan
McNeal (2011), yang mendapati bahawa peningkatan interaksi atau komunikasi
pensyarah dengan pelajar semasa pengajaran peringkat sarjana dan kedoktoran adalah
sangat penting untuk meningkatkan produktiviti pembelajaran dalam talian pelajar.

Kajian lampau mendapati bahawa pengajaran dalam talian memerlukan lebih banyak
masa berbanding pengajaran secara bersemuka. Kajian yang dijalankan oleh Van de
Vord dan Pogue (2012) mendapati tenaga pengajar melaporkan kesan positif terhadap
kejayaan dan kepuasan mereka mengendalikan kursus dalam talian tetapi terdapat
kebimbangan dalam kalangan mereka berkaitan masa yang diperlukan untuk
mengendalikan kursus secara bersemuka. Menurut mereka lagi, pengajar dalam talian
meluangkan masa yang banyak untuk berinteraksi dengan pelajar melalui alat
teknologi tak segerak, menilai kerja pelajar, merakam nilai dan menyelesaikan
masalah teknikal.

METODOLOGI KAJIAN

a. Reka Bentuk Kajian

Kaedah untuk kajian ini menggunakan pendekatan perbandingan kuantitatif dengan
reka bentuk tinjauan. Menurut Creswell (2014), reka bentuk ini membolehkan
penyelidik mengumpulkan maklumat berdasarkan `trend’, sikap, atau pendapat
populasi dengan mempelajari sampel populasi tersebut. Tinjauan sampel dilakukan
untuk mengenal pasti keyakinan guru-guru novis negeri Johor Darul Takzim
melaksanakan pengajaran dalam talian. Kajian berbentuk deskriptif secara tinjauan
ini menggunakan borang soal selidik untuk mengumpulkan maklumat-maklumat dan
data-data kajian.

b. Populasi dan Sampel Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Sampel kajian terdiri
daripada 239 orang guru novis daripada populasi 375 orang guru novis Negeri Johor
yang menghadiri Kursus Program Transformasi Minda (PTM) Negeri Johor 2020 di
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor D.T.
Pengiraan saiz sampel adalah berdasarkan Krejcie dan Morgan (1970).

118

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

Jadual 1: Jadual penentuan saiz sampel, Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining
samplesize for research. Educational and Psychological Measurements, 30, 607-610

NS N S N S
10 10 220 140 1200 291
15 14 230 144 1300 297
20 19 240 148 1400 302
80 66 420 201 3500 346
100 80 500 217 6000 360
150 108 750 254 15000 375
200 132 1000 278 75000 382

Petunjuk: N = Bil. Populasi dan S = Bil. Sampel

c. Instrumentasi

Soal selidik yang digunakan untuk kajian ini adalah soal selidik yang diubah suai dan
diadaptasi daripada instrumen The Faculty Readiness to Teaching Online (FRTO)
yang telah dibina oleh Martin, Budhrani dan Wang (2019). Soal selidik ini
mengandungi dua bahagian. Bahagian A merupakan bahagian yang menampilkan
maklumat personal responden iaitu jantina, lulusan, pengkhususan dan daerah
sekolah tempat mengajar. Bahagian B pula mengandungi item-item soalan berkaitan
aspek tahap keyakinan guru novis terhadap kompetensi-kompetensi pengajaran
dalam talian. Aspek kompetensi dan agihan jumlah item ditunjukkan dalam jadual 2
di bawah.

Jadual 2: Aspek dan Agihan Item Item

Aspek 9 item
1. Kompetensi Reka Bentuk 10 item
2. Kompetensi Komunikasi 6 item
3. Kompetensi Pengurusan Masa 25 item

Jumlah

Resonden dikehendaki untuk memberikan respon mereka dengan menggredkan
pilihan berdasarkan skala 4 mata Likert (1 = Sangat Tidak Yakin kepada 4 = Sangat
Yakin)

d. Analisis Data

Data-data yang diperolehi dianalisis berdasarkan objektif kajian. Analisis kekerapan
dan peratus digunakan untuk melihat taburan latar belakang responden seperti jantina,
lulusan, pengkhususan dan daerah sekolah tempat mengajar. Min skor digunakan bagi
menentukan tahap keyakinan guru novis melaksanakan pengajaran dalam talian di
sekolah . Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan komputer. Program yang
digunakan adalah `Statistical Package for the Social Science version 16.0 (SPSS).
Bagi menentukan tahap keyakinan guru novis terhadap kompetensi-kompetensi

119

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

pengajaran dalam talian, intepretasi dibuat berdasarkan Skim Tafsiran Mengukur
Sikap Skala Likert 4-mata (Scheme of a 4-point Likert Scale Measuring Attitude)
yang disarankan oleh Pornel, Balinas, dan Saldana (2011) seperti Jadual 3.

Jadual 3: Tafsiran tahap keyakinan perlaksanaan pengajaran dalam talian

Julat Skor Min Interpretasi Tahap
SANGAT TINGGI
3.50 – 4.00
2.50 – 3.49 TINGGI
1.50 – 2.49 RENDAH
1.00 – 1.49 SANGAT RENDAH

e. Kajian Rintis

Dalam kajian ini, kebolehpercayaan alat kajian ditentukan berdasarkan nilai Alpha
Cronbach. Kajian rintis dilaksanakan bagi menguji kebolehpercayaan alat kajian .
Oleh yang demikian, kajian rintis telah dijalankan terhadap 30 orang guru novis
negeri Johor yang menghadiri Kursus Program Transformasi Minda (PTM) 2020
Negeri Johor Kohort 1 di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn yang
bukan responden dalam kajian ini. Nilai kebolehpercayaan `Alpha Cronbach’ setiap
konstruk ditunjukkan dalam Jadual 4.

Jadual 4: Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach setiap konstruk

Konstruk Alpha Cronbach
Reka Bentuk 0.810
Komunikasi 0.753
Pengurusan Masa 0.807

Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi kesemua 25 item memberikan nilai α
= 0.891. Berdasarkan kepada pandangan Field (2013) nilai kebolehpercayaan Alpha
Cronbach antara 0.74 hingga 0.92, menunjukkan tahap kebolehpercayaan yang kuat,
maka indeks kebolehpercayaan bagi soal selidik ini adalah baik dan boleh diterima
pakai.

DAPATAN KAJIAN

a. Profil Responden

Jadual 5: Profil responden: Taburan mengikut jantina

TABURAN MENGIKUT JANTINA

Jantina Bilangan Responden Peratus Jumlah Responden
Lelaki
Perempuan 76 31.8 239
163 68.2

120

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

Guru novis perempuan merupakan responden yang paling ramai iaitu seramai 163
orang (68.2%) manakala guru novis lelaki adalah seramai 76 orang (31.8%).

Jadual 6: Profil responden: Taburan mengikut lulusan institusi

TABURAN MENGIKUT LULUSAN INSTITUSI

Lulusan Bilangan Responden Peratus Jumlah Responden

PISMP 81 33.9
UNIVERSITI 239

158 66.1

Guru novis lulusan universiti merupakan responden yang paling ramai iaitu seramai
158 orang (66.1%) manakala guru novis lulusan PISMP dari Institut pendidikan Guru
adalah seramai 81 orang (33.9%).

Jadual 7: Profil responden: Taburan opsyen

Opsyen TABURAN MENGIKUT OPSYEN Jumlah Responden
TESL Bilangan Responden Peratus
B MELAYU
PRA SEK 32 13.4
P JASMANI 31 13.0
P SENI VISUAL 3 1.3
B KAUNSELING 39 16.3
B TAMIL 9 3.8
MATH 10 4.2
P CINA 5 2.1
SEJARAH 17 7.1
P ISLAM 1 0.4
B ARAB 8 3.3
RBT 9 3.8
SAINS 6 2.5
PEND. 5 2.1
PEMULIHAN 16 6.7
PEND KHAS 3 1.3
GEOGRAFI
KIMIA 22 9.2 239
ERT 9 3.8
MUZIK 1 0.4
BIOLOGI 4 1.7
P ELEKTRIK 3 1.3
FIZIK 1 0.4
SENI TARI 1 0.4
SENI TEATER 2 0.8
Total 1 0.4
1 0.4
239 100

121

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

Responden kajian ini mewakili 25 opsyen. Guru novis dari opsyen Pendidikan
Jasmani merupakan responden yang paling ramai iaitu seramai 39 orang (16.3%)
manakala guru novis dari opsyen Pengajian Cina (1 orang: 0.4%), Kimia, Biologi (1
orang: 0.4%), Pendidikan Elektrik (1 orang: 0.4%), Seni Tari (1 orang: 0.4%) dan
Seni Teater (1 orang: 0.4%) merupakan responden yang paling sedikit sekali.

Jadual 8: Profil responden: Taburan daerah mengajar

TABURAN MENGIKUT DAERAH MENGAJAR

DAERAH Bilangan Peratus Jumlah Responden
Responden

J Bahru 84 35.1

P Gudang 49 20.5

Kota Tinggi 23 9.6

Kulai 18 7.5

Kluang 13 5.4

Pontian 6 2.5

Batu Pahat 16 6.7

Mersing 2 0.8 239
Muar 8 3.3

Tangkak 4 1.7

Segamat 16 6.7

Responden terdiri daripada guru novis dari 11 daerah di negeri Johor. Guru novis dari
daerah Johor Bahru seramai 84 orang (35.1%) merupakan responden yang paling
ramai dalam kajian ini manakala guru novis dari daerah Mersing seramai 2 orang
(0.8%) merupakan responden yang paling sedikit.

b. Tahap keyakinan guru-guru novis negeri Johor Darul Takzim
melaksanakan pengajaran dalam talian di sekolah.

Jadual 9: Tahap keyakinan guru-guru novis negeri Johor Darul Takzim melaksanakan pengajaran
dalam talian di sekolah

Tahap Keyakinan Guru Novis Min Tahap
Kompetensi Reka Bentuk 3.29 Tinggi
Kompetensi Komunikasi 3.14 Tinggi
Kompetensi Pengurusan Masa 3.19 Tinggi
Keseluruhan 3.21 Tinggi

Dalam kajian ini, keyakinan guru novis melaksanakan pengajaran dalam talian dinilai
berdasarkan tiga kompetensi iaitu kompetensi reka bentuk, kompotensi komunikasi
dan kompetensi pengurusan masa. Guru novis melaporkan bahawa mereka
mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap ketiga-tiga kompetensi pengajaran dalam
talian (reka bentuk: min skor 3.29, kompetensi pengurusan masa; min skor 3.19 dan

122

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

kompetensi komunikasi; min skor 3.14). Secara keseluruhannya, guru-guru novis
negeri Johor melaporkan bahawa mereka mempunyai tahap keyakinan yang tinggi
(min skor 3.21) untuk melaksanakan pengajaran dalam talian di sekolah.

c. Tahap keyakinan kompetensi reka bentuk guru-guru novis negeri Johor
Darul Takzim melaksanakan pengajaran dalam talian di sekolah.

Jadual 10: Aspek keyakinan kompetensi reka bentuk guru-guru novis negeri Johor Darul Takzim
melaksanakan pengajaran dalam talian di sekolah

Aspek Kompetensi Perlaksanaan Min Tahap
Pengajaran Dalam Talian
Tinggi
Kompetensi Reka Bentuk 3.29 Min Skor

Item Pernyataan 3.36
3.39
S1a Membina set induksi pelajaran. 3.30
3.13
S1b Menulis objektif pengajaran yang boleh diukur. 3.09
3.25
S1c Mereka bentuk aktiviti pembelajaran.
3.44
S1d Mengurus bahan pembelajaran ke dalam bentuk unit atau modul. 3.43
3.25
S1e Membina video pembelajaran.

S1f Menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dalam persekitaran
dalam talian.

S1g Membina kuiz dan ujian dalam talian.

S1h Membina tugasan dalam talian.

S1i Mengurus penilaian dan pentaksiran dalam talian

Guru-guru novis melaporkan bahawa mereka mempunyai keyakinan kompetensi reka
bentuk yang tinggi (min skor 3.29) bagi melaksanakan pengajaran dalam talian di
sekolah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa membina kuiz dan ujian (min skor
3.44) serta membina tugasan dalam talian (min skor 3.43) merupakan kompetensi
reka bentuk yang paling diyakini oleh guru-guru novis manakala membina video
pembelajaran merupakan kompetensi reka bentuk yang paling kurang diyakini (min
skor 3.09).

d. Tahap keyakinan kompetensi komunikasi guru-guru novis negeri Johor
Darul Takzim melaksanakan pengajaran dalam talian di sekolah.

Jadual 11: Aspek keyakinan kompetensi komunikasi guru-guru novis negeri Johor Darul Takzim
melaksanakan pengajaran dalam talian di sekolah

Aspek Kompetensi Perlaksanaan Min Tahap
Pengajaran Dalam Talian
Tinggi
Kompetensi Komunikasi 3.14 Min Skor

Item Pernyataan 3.29
3.26
S2a Menghantar pengumuman, peringatan email 2.91

S2b Membina dan mengurus perbincangan dalam talian.

S2c Menggunakan email untuk berhubung dengan murid-murid.

123

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

S2d Memberi respons kepada soalan-soalan murid dengan segera. 3.27
3.41
S2e Memberi maklum balas terhadap hasil tugasan murid. 2.92
3.18
S2f Mengguna alat perbincangan web. 3.09

S2g Menyampaikan pengharapan tingkah laku murid 3.04

S2h Menyampaikan kepuasan mengenai dasar intergriti akademik 3.04
murid

S2i Menerapkan undang-undang hak cipta dan panduan penggunaan
wajar ketika menggunakan bahan yang mempunyai hak cipta.

S2j Menerapkan dasar kebolehcapaian untuk menampung keperluan
murid.

Guru-guru novis mempunyai keyakinan kompetensi komunikasi yang tinggi (min
skor 3.14) bagi melaksanakan pengajaran dalam talian di sekolah. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa memberi maklum balas terhadap hasil tugasan murid (min skor
3.41) merupakan kompetensi komunikasi yang paling diyakini oleh guru-guru novis
dalam melaksanakan pengajaran dalam talian di sekolah. Namun demikian guru-guru
novis melaporkan bahawa mereka kurang berkeyakinan terhadap kompetensi mereka
dalam mengguna alat perbincangan web (min skor 2.92) dan menggunakan email
untuk berhubung dengan murid-murid (min skor 2.91).

e. Tahap keyakinan kompetensi pengurusan masa guru-guru novis negeri
Johor Darul Takzim melaksanakan pengajaran dalam talian di sekolah.

Jadual 12: Aspek keyakinan kompetensi pengurusan masa guru-guru novis negeri Johor Darul Takzim
melaksanakan pengajaran dalam talian di sekolah

Aspek Kompetensi Perlaksanaan Min Tahap
Pengajaran Dalam Talian

Kompetensi Pengurusan Masa 3.19 Tinggi

Item Pernyataan Min Skor

S3a Menjadualkan masa untuk merancang pengajaran sebelum waktu 3.50
mengajar.

S3b Menjadualkan waktu mingguan untuk memudahkan pengajaran 3.32
dalam talian.

S3c Menggunakan rubrik penilaian, kalendar dan pengredan dalam 3.08
talian untuk menguruskan masa.

Menggunakan strategi fasilitasi seperti ruang perbincangan, 3.04

S3d moderasi, maklum balas kolektif dan skala pengredan untuk

menguruskan masa yang dihabiskan dalam mata pelajaran.

S3e Mempercepatkan waktu mingguan untuk menilai tugasan. 2.98

S3f Memperuntukan masa untuk belajar tentang strategi dan 3.26
peralatan baru.

Tahap keyakinan kompetensi pengurusan masa guru-guru novis dalam melaksanakan
pengajaran dalam talian berda pada tahap yang tinggi (min skor 3.19). Guru novis
melaporkan bahawa mereka mempunyai keyakinan yang tinggi dalam menjadualkan

124

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

masa untuk merancang pengajaran sebelum waktu mengajar (min skor 3.50)
manakala mereka kurang yakin untuk mempercepatkan waktu mingguan untuk
menilai tugasan (min skor 2.98).

PERBINCANGAN

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru novis negeri Johor mempunyai
keyakinan yang tinggi terhadap terhadap perlaksanaan pengajaran dalam talian
mereka di sekolah. Keyakinan terhadap kemampuan diri ini menurut Niederhauser
dan Perkmen, (2010) adalah peramal kuat bagi guru pra-perkhidmatan untuk
menggunakan pelbagai perisian dan kesediaan mereka untuk menggunakan teknologi
dalam pengajaran di bilik darjah pada masa depan. Kajian terdahulu oleh Umar dan
Yusof, (2014) berkaitan tahap kemahiran dan amalan ICT guru Malaysia dan
kesannya terhadap pengajaran dan pembelajaran, mendapati bahawa secara
umumnya guru-guru di Malaysia mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap
tekonologi komunikasi (ICT). Seiring dengan keyakinan tinggi untuk melaksanakan
pengajaran dalam talian ini, guru-guru novis negeri Johor juga melaporkan bahawa
mereka juga mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap kompetensi reka bentuk,
komunikasi dan pengurusan masa pengajaran dalam talian. Tahap kecekapan dalam
penggunaan teknologi ini menurut Wang da Wu, (2015) dikaitkan dengan
peningkatan keyakinan dan kompetensi diri guru untuk melaksanakan pengajaran.

Dapatan kajian ini membuktikan kepada kita bahawa, generasi abad ini merupakan
generasi yang mesra maklumat atau lebih dikenali dengan generasi digital (digital
natives). Berkembang di zaman maklumat, pelajar sarjana pada abad ke-21 menurut
Ding dan Stapleton, (2015) merupakan generasi digital atau masyarakat digital yang
mengaplikasikan komunikasi mudah alih dan rangkaian sosial dalam talian yang
meluas di antara mereka. Generasi digital ini menurut Katai, (2015) lebih biasa dan
selesa dengan penggunaan teknologi berbanding dengan kaedah kuliah tradisional.
Guru-guru novis dijangka tidak akan menghadapi masalah untuk melaksanakan
pengajaran dalam talian di sekolah.

Walaupun guru-guru novis ini mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap
perlaksanaan pengajaran secara dalam talian namun mereka juga melaporkan bahawa
mereka kurang berkemahiran dari aspek menggunakan email untuk berhubung
dengan murid-murid dan mengguna alat perbincangan web. Guru novis menghadapi
cabaran yang besar untuk mengekalkan sekurang-kurangnya komunikasi minimum
dengan pelajar dan menyokong pembelajaran dan perkembangan pelajar. Walaupun
teknologi digunakan secara meluas di sekolah, persoalan paling penting adalah
bagaimana guru-guru mengintergrasi teknologi dengan sebaik-baiknya, dan
bukannya sama ada teknologi digunakan (Ertmer et al., 2012).

125

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Ketidakupayaan dan kekurangan dalam kompetensi ini dijangka akan menjadi
penghalang kepada kelancaran perlaksanaan pengajaran dalam talian pada masa akan
datang. Ini ialah kerana para pelajar di sekolah memerlukan bimbingan dan tunjuk
ajar yang lebih berkesan melalui media komunikasi mudah alih ini. Menurut Weshah,
(2012) laman sesawang atau website berpotensi untuk digunakan sebagai alat
komunikasi, dan sumber instruksional dalam persekitaran pendidikan. Sifat laman
web yang banyak dan pelbagai ini membolehkannya diakses dengan cepat, meluas
dan mudah bagi pendidik untuk berkomunikasi dan bekerjasama dengan pelajar.
Laman sesawang ini menurut Jimoyiannis et al., (2013) memudah, mendorong dan
menyokong komunikasi dan kerjasama dua hala digital, yang akhirnya membolehkan
peralihan dari pembelajaran individu kepada pembelajaran sosial.

KESIMPULAN

Kajian mengenai keyakinan perlaksanaan pengajaran dalam talian penting kerana
dapatan kajian akan memberikan maklumat mengenai bagaimana pengajar terutama
sekali guru-guru novis bersedia untuk melaksanakan pengajaran dalam talian dalam
pelbagai konteks di sekolah.

Berdasarkan hasil dapatan kajian, penyelidik ingin mencadangkan supaya kekangan
akses teknologi seperti ketidakcukupan alatan dan ketidakupayaan sambungan talian
perlu ditangani dengan segera. Sekiranya guru dan pelajar tidak memiliki peranti
elektronik yang mencukupi dan sambungan internet yang pantas dan konsisten maka
pelaksanaan pengajaran dalam talian tidak dapat dilaksanakan dengan lancar dan
berkesan.

Selain dari itu penyelidik ingin mencadangkan supaya para guru perlu diberi latihan
pengembangan profesional bagi meningkatkan kemahiran pengajaran dalam talian
terutama sekali dalam pembinaan dan penggunaan laman sesawang bagi
menggalakan pembelajran kolaboratif antara murid dengan guru dan di antara murid
dengan murid.

Untuk memenuhi keperluan pelajar abad ke-21, program pendidikan guru di institut
pendidikan guru harus memimpin dalam mempraktikkan pedagogi dalam talian yang
berkesan dan konstruktif, yang menampung gaya pembelajaran yang berbeza,
memupuk penglibatan dan pemilikan pembelajaran yang aktif, mempromosikan
kemahiran berfikir secara kritis, menyokong interaksi reflektif pelajar, pengajar,
teknologi dan kandungan.

Penyelidik juga mencadangkan supaya kajian masa depan yang memberi fokus
kepada pembinaan dan penilaian prinsip reka bentuk instruksional guru-guru untuk
mengadaptasikan pengajaran dalam talian ke dalam amalan pengajaran mereka di
sekolah.

126

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

RUJUKAN

Afifi, M. K., & Alamri, S. S. (2014). Effective principles in designing e-course in light of
learning theories. Turkish Online Journal of Distance Education, 15(1), 128-142.

Christensen, R., Knezek, G., Tyler-Wood, T., & Gibson, D. (2011). SimSchool: An online
dynamic simulator for enhancing teacher preparation. International Journal of
Learning Technology, 6(2), 201–219

Collie, R. J., & Martin, A. J. (2016). Adaptability: An important capacity for effective
teachers. Educational Practice and Theory, 38(1), 27-39.

Creswell, J. (2014). Research design: Qualitative, quantitative, and mixed methods
approaches. SAGE Publications, Inc.

Darling-Hammond, L., Furger, R., Shields, P. M., & Sutcher, L. (2016). Addressing
California’s emerging teacher shortage: An analysis of sources and solutions.
Learning Policy Institute.

Ding, F., & Stapleton, P. (2015). Self-emergent peer support using online social networking
during cross-border transition. Australasian Journal of Educational Technology,
31(6), 671–684.

Eickelmann, B., & J. Gerick. (2020). Learning with Digital Media: Objectives in Times of
Corona and under Special Consideration of Social Inequities. The German School,
16: 153–162.

Ergunay, O., & Adiguzel, O. C. (2019). The First Year in Teaching: Changes in Beginning
Teachers’ Visions and Their Challenges. Qualitative Research in Education, 8(3),
276.

Ertmer, P. A., Ottenbreit-Leftwich, A. T., Sadik, O., Sendurur, E., & Sendurur, P. (2012).
Teacher beliefs and technology integration practices: A critical relationship.
Computers and Education, 59(2), 423-435.

Field, A. (2013). Discovering Statistics Using IBM SPSS Statistics. Sage.
Finger, G., Jamieson-Proctor, R., & Albion, P. (2010). Beyond pedagogical content

knowledge: The importance of TPACK for informing preservice teacher education
in Australia. In Key competencies in the knowledge society (pp. 114-125). Springer.
Haythornthwaite, C., & Andrews, R. (2011). E-learning theory and practice. London,
England: Sage.
Hodges C, Moore S, Lockee B, et al. (2020) The difference between emergency remote
teaching and online learning. Educause Review.
Hughes, J.E. (2013). Descriptive indicators of future teachers’ technology integration in the
pk-12 classroom: trends from a laptop-infused teacher education program. Journal
of Educational Computing Research, 48(4), 491-516.
Jimoyiannis, A., Tsiotakis, P., Roussinos, D., & Siorenta, A. (2013). Preparing teachers to
integrate Web 2.0 in school practice: Toward a framework for Pedagogy 2.0.
Australasian Journal of Educational Technology, 29(2), 248- 267.
Johnson, D. (2013). Technology skills every teacher needs. Educational Leadership, 70(6),
84-85.
Jones, M. G., & Leagon, M. (2014). Science teacher attitudes and beliefs. In N. Lederman &
S. Abell (Eds.), Handbook of research on science education (Vol. II, pp. 830-843).
New York, NY: Routledge.

127

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Katai, Z. (2015). The challenge of promoting algorithmic thinking of both sciences‐and
humanities‐oriented learners. Journal of Computer Assisted Learning, 31(4), 287–
299.

Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research. Educational
and Psychological Measurements, 30, 607-610.

Kong, S. C., Chan, T.-W., Griffin, P., Hoppe, U., Huang, R., Kinshuk Yu, S. (2014). E-
learning in school education in the coming 10 Years for developing 21st century
skills: Critical research issues and policy implications. Educational Technology &
Society, 17(1), 70–78.

Lacy. S.L.D & Guirguis. R.V. (2017). Journal of Education and Learning; Published by
Canadian Center of Science and Education.Vol. 6, No. 3.

Lee, J. S. J. (2017). Hidden Challenges of Novice English Teachers in a Korean Independent
School: Through an Ethnographic Lens. Qualitative Report, 22(6).

Liu, S. (2012). A multivariate model of factors influencing technology use by pre-service
teachers during practice teaching. Educational Technology & Society, 15(4), 137–
149.

Lloyd, M. (2013). Something’s coming, something good: Identifying TPACK competence in
pre-service teachers’ analyses of learning objects. Australian Educational
Computing, 28(1), 71-82.

Martin, F., Budhrani, K., & Wang, C. (2019). Examining faculty perception of their
readiness to teach online. Online Learning Journal, 23(3), 97-119.

Meyer, K. A., & McNeal, L. (2011). How online faculty improve student learning
productivity. Journal of Asynchronous Learning Networks, 13(2), 57-56.

Muilenburg, L.Y. & Berge, Z.L. (2015). Revisiting teacher preparation: Responding to
technology transience in the educational setting. Quarterly Review of Distance
Education, 16(2), 93-105.

Murley, L. D., Jukes, P., & Stobaugh, R. (2013). Raising expectations for pre-service teacher
use of technology. International Journal of Humanities and Social Science, 3(14).

Niederhauser, D. S., & Perkmen, S. (2010). Beyond self-efficacy: Measuring pre-service
teachers' instructional technology outcome expectations. Computers in Human
Behaviour, 26(3), 436-442.

Pierce, R. & Stacey, K. (2013). Teaching with new technology: four ‘early majority’ teachers.
Journal of Mathematics Teacher Education, 16(1), 323-347.

Pornel, J., Balinas, V., Saldaña, G. (2011). Nearest integer response from normally distributed
opinion model for likert scale. The Philippine Statistician, 60(1): 87-103.

Prestridge, S. (2012). The beliefs behind the teacher that influences their ICT practices,
Computers & Education, 58(1).

Quigley, A. (2016). The confident teacher: Developing successful habits of mind, body and
Pedagogy. Routledge.

Ruggiero, D., & Mong, C. J. (2015). The teacher technology integration experience: Practice
and reflection in the classroom. Journal of Information Technology Education
Research, 161-178.

Singh, T. K. R., & Chan, S. (2014). Teacher readiness on ICT integration in teaching-learning:
A Malaysian case study. International Journal of Asian Social Science, 4, 874-885.

Souto-Manning, M. (2013). Multicultural teaching in the early childhood classroom:
Strategies, tools, and approaches, PreK-2nd grade. New York, NY: Teachers
College Press.

128

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 1
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Sözen, P. H. (2018). Challenges of Novice Teachers. International E-Journal of Advances in
Education, 4(12), 278-282.

Sutton, S. R. (2011). The preservice technology training experiences of novice teachers.
Journal of Digital Learning in Teacher Education, 28(1), 39–47.

Tondeur, J., van Braak, J., Sang, G., Voogt, J., Fisser, P., & Ottenbreit-Leftwich, A. (2012).
Preparing pre-service teachers to integrate technology in education: A synthesis of
qualitative evidence. Computers & Education, 59(1), 134–144.

Umar, I., & Yusoff, M. (2014). A study on Malaysian teachers’ level of ICT skills and
practices, and its impact on teaching and learning. Procedia. Social and Behavioral
Sciences 116, 979-984.

Valentina Gulevska, T. A. (2015). Enhancing teacher competencies with emotional and ethical
capacity. International Journal of Cognitive Research in Science, Engineering and
Education (IJCRSEE), 3(2), 85–90.

Van de Vord, R., & Pogue, K. (2012). Teaching time investment: Does on-line really take
more time than face-to-face? International Review of Research in Open and Distance
Learning, 13(3), 132-146.

Vang, Kao & Martin, Florence & Wang, Chuang. (2020). Examining Community College
Faculty Perceptions of Their Preparedness to Teach Online. Journal of Applied
Research in the Community College, 27, 45-63.

Wang, L. J., & Wu, Y. T. (2015). The exploration of elementary school teachers’ Internet self-
efficacy and information commitments: A study in Taiwan. Educational Technology
& Society, 18(1), 211–222.

Weshah, H. (2012) Understanding the Pedagogies of Blogs, Wikis and Discussion Boards,
International Journal of Instructional Technology and Distance Learning, 9. (6), 59-
77.

Yüksel, G., & Kavanoz, S. (2011). In search of pre-service EFL certificate teachers’ attitudes
towards technology. Procedia Computer Science, 3, 666-671.

129


Click to View FlipBook Version