The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by skymangrace, 2022-04-03 22:19:49

FULL article eSAHConfEd'21 - Vol. 2

FULL article eSAHConfEd'21 - Vol. 2

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

E- PROSIDING Eseminar Penyelidikan Pendidikan dan Inovasi Peringkat
Kebangsaan 2021
IPG Kampus Sultan Abdul Halim,
Sungai Petani, Kedah

Cetakan Pertama 2022

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian,
ilustrasi, isi kandungan dan istilah dalam dokumen ini dalam apa jua bentuk dan
dengan apa cara sekali pun sama secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau
cara lain sebelum mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah Institut Pendidikan
Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

Perpustakaan Negara Malaysia
Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Malaysia.
Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi IPG Kampus Sultan Abdul Halim,
08000 Sungai Petani.
ISBN 978-967-2703-04-4

Cetakan Pertama 2022

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

SIDANG EDITOR

Penasihat : Dr. Hj. Ridzuan bin Ahmad
Pengarah,
Ketua Editor IPGK Sultan Abdul Halim
Editor
Editor Bahasa : Dr. Aris Fazil bin Haji Ujang
Penyelaras Timbalan Pengarah,
IPG Kampus Sultan Abdul Halim

: Dr. Rohani binti Che Hashim
Ketua Jabatan Penyelidikan dan Inovasi
Profesionalisme Keguruan
IPG Kampus Sultan Abdul Halim

: Dr. Satirah binti Haji Ahmad

: Dr. Rohani binti Che Hashim
Dr. Ahmad Sharani bin Abdul Seliban
Dr. Azman bin Fadzil
Pn Azah binti Zubit
Pn Faridah binti Abdul Rahman

: Datin Dr. Hjh Wan Roslina binti Wan Ismail
Dr. Artiletchemy Suberamaniam
En Ti Hoeng Poy

: Dr. Ahmad Sharani bin Abdul Seliban

Hakcipta Terpelihara – tidak dibenarkan untuk mengeluarkan mana-
mana bahagian dalam Jurnal ini dalam apa-apa jua bentuk atau cara
tanpa mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah IPG Kampus
Sultan Abdul Halim, Sungai. Petani, Kedah Darulaman.

© IPG Kampus Sultan Abdul Halim

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

KATA ALU-ALUAN
PENGARAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulilah, dengan izin Allah SWT Seminar Penyelidikan Pendidikan dan Inovasi
Peringkat Kebangsaan (eSAHConfEd’21) Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul
Halim dapat dilaksanakan. Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada
Jawatankuasa Seminar IPGKSAH 2021 atas usaha gigih bagi menjayakan seminar ini.

Objektif yang digariskan dalam seminar antaranya adalah bagi membina jaringan sokongan
dan kolaboratif pendidikan antara IPGM, IPGK, Jabatan Pendidikan Negeri dan institusi
pengajian tinggi untuk menyemarakkan amalan penyelidikan dan perkongsian amalan terbaik
pengajaran. Hasrat ini dapat dikenal pasti tercapai daripada bilangan kertas penyelidikan dan
inovasi yang dibentangkan dalam eSAHConfED’21 berjaya mencapai sasaran. Justeru keadaan
ini menjadi pemangkin untuk penglibatan yang lebih serius di peringkat yang lebih tinggi pada
pada masa akan datang.

Walaubagaimana pun, isu pandemik Covid 19 yang membataskan pergerakan secara
bersemuka tidak menjadi penghalang kepada kami untuk merealisasikan seminar ini secara
dalam talian sepenuhnya. Usaha yang baik dan murni ini akan diteruskan pada masa akan
datang dengan jaringan kolaborasi dengan institusi pendidikan dari luar negara pula. Insya
Allah, semoga hasrat ini mendapat keizinan daripada Allah swt.

Tema seminar yang dipilih, “Transformasi Pendidikan Bermakna dalam Norma Baharu”
amat tepat bagi menyuburkan perkongsian strategi pedagogi yang berteraskan Konsep
Kapasiti Padagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) kearah menjadikan kehidupan lebih
bermakna.

Tahniah diucapkan kepada para penyelidik yang berjaya menemukan kajian-kajian terkini yang
dapat dikongsi bersama dengan rakan-rakan dalam dunia pendidikan. Sememangnya dalam
sesebuah institusi pendidikan, penyelidikan merupakan faktor terpenting dalam menjadikan
institusi sebagai satu badan yang dinamik, progresif dan inovatif.

Sekali lagi, syabas saya ucapkan kepada Jawatankuasa Pelaksana eSAHConfED21 kerana
telah berjaya menganjurkan eseminar pada tahun ini. Harapan kita semoga dapatan seminar
ini dapat dikongsi dan ditambah nilai demi kemajuan pendidikan di negara kita.
Terima kasih.

Pengarah
Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Abdul Halim

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

Isi Kandungan

-11- KAJIAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN DIPLOMA WBL DI
POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU................................................... 130

-12- PENGURUSAN DATA MENGGUNAKAN GOOGLE SHEET
SLICER, VLOOKUP DAN IMPORTRANGE DALAM PROGRAM
FLIPPED CLASSROOM PEMBELAJARAN MAYA .............................. 141

-13- TEKNIK MEMPELAJARI AL QURAN MEMPENGARUHI
MINAT PELAJAR TERHADAP AL QURAN: KAJIAN DALAM
KALANGAN PELAJAR ISLAM POLITEKNIK SULTAN ABDUL
HALIM MUADZAM SHAH...................................................................... 158

-14- HUBUNGAN PROFESIONALISME DAN PENGURUSAN
DALAM KALANGAN PENYELIA KAFA (KELAS AL-QURAN
DAN FARDU AIN) JAKIM ....................................................................... 171

-15- PENGURUSAN KESIHATAN MENTAL SEMASA PANDEMIK
COVID-19: APLIKASI TEKNOLOGI DAN PERANAN
KAUNSELOR MENDEPANI NORMA BAHARU .................................. 183

-16- ANALISIS LITERATURE SISTEMATIK TERHADAPKAEDAH
PEMBELAJARAN EKONOMI ................................................................. 198

-17- PENGGUNAAN KAEDAH NYANYIAN UNTUK

MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TAHUN 3 DALAM

MEMPELAJARI TOPIK SISTEM SURIA................................................ 209

-18- PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP GURU
MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM ..................................................... 215

-19- PEMBANGUNAN KEMAHIRAN INSANIAH PEMANGKIN
KEMENJADIAN WATAK GURU TERHADAP PELAJAR MAJOR
DAN ELEKTIF PENDIDIKAN JASMANI DI INSTITUT
PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM................. 225

-20- PENGGUNAAN VIDEO MENINGKATKAN MINAT DAN
KEMAHIRAN MURID DALAM SUBJEK PENYEDIAAN DAN
PEMBUATAN MAKANAN KSSMPK ..................................................... 237

i

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

-11-
KAJIAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN DIPLOMA WBL DI

POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU

Hazlin Binti Jamari

Politeknik METrO Johor Bahru, MALAYSIA

[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui kebolehpasaran lulusan Diploma Work Based
Learning (WBL) Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) pada tahun 2020. Reka
bentuk kuantitatif deskriptif digunakan dalam kajian ini. Teknik persampelan rawak
berstrata digunakan dalam memilih responden kajian ini. Borang soal selidik
digunakan sebagai instrumen kajian. Sampel kajian ini hanya tertumpu kepada
graduan yang berkonvokesyen untuk tahun 2020. Ini adalah kerana kajian ini ingin
melihat kebolehpasaran graduan pada masa wabak covid 19. Oleh itu, sampel yang
dipilih ialah Batch Disember 2018 seramai 104 graduan dan Jun 2019 berjumlah 101
graduan. Semua kumpulan graduan berjaya dikesan 100%. Kajian ini mendapati
bahawa majoriti graduan berjaya diambil bekerja. Graduan bekerja PMJB telah
berjaya dicapai dengan peratusan melebihi 80% iaitu 89.76%. Sementara kadar
respon graduan juga berjaya dicapai 100%. Sedikit kajian dijalankan untuk
menentukan kebolehpasaran lulusan Diploma khususnya graduan WBL. Hasil kajian
ini dapat menyumbang sebagai asas untuk proses penambahbaikan pengajaran dan
perkhidmatan yang boleh disediakan oleh institusi. Seterusnya, ia juga bertujuan
untuk mengumpulkan input mengenai program WBL yang boleh digunakan untuk
meningkatkan kualiti pendidikannya.

Kata kunci: Graduan Diploma WBL, kebolehpasaran, respon graduan

LATAR BELAKANG KAJIAN

Gines (2014) menyatakan kajian kebolehpasaran menyediakan data kuantitatif
mengenai pekerjaan dan kerjaya graduan, ciri-ciri pekerjaan dan kompetensi-
kompetensi yang berkaitan serta saluran informasi tentang pengalaman graduan. Oleh
yang demikian, kajian kebolehpasaran graduan boleh dijadikan sebagai asas untuk
memberi maklumbalas kurikulum atau penambahbaikan untuk diambil tindakan oleh
institusi untuk penambahbaikan program.

130

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Kajian kebolehpasaran graduan Diploma WBL Politeknik METrO Johor Bahru
(PMJB) meliputi semua graduan program di Jabatan Perdagangan. Diploma-diploma
WBL yang ditawarkan di PMJB merupakan antara program yang mempunyai
permintaan yang tinggi di kalangan industri.

Adalah diharapkan institusi yang menawarkan Diploma WBL akan menghasilkan
graduan yang berdaya saing di peringkat global. Walaubagaimanapun, ianya
bukanlah bermaksud bahawa graduan seharusnya bekerja di syarikat antarabangsa
atau di luar negara. Graduan masih berhak memilih syarikat yang diminati dan budaya
kerja yang diinginkan. Kejayaan pelaksanaan sesuatu program ini bergantung kepada
pencapaian kebolehdapatan kerja graduan dan kesesuaian dengan kursus yang
diambil. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk menentukan kebolehpasaran graduan
Diploma WBL PMJB bagi tahun 2020.

OBJEKTIF KAJIAN

Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk menentukan dan menerangkan kadar
respon kajian, kadar kebolehpasaran graduan, status pekerjaan graduan, kadar
graduan yang bekerja, kadar kebolehpasaran mengikut program pengajian, kadar
pendapatan bulanan graduan yang bekerja, kadar graduan PMJB yang bekerja
mengikut sektor pekerjaan, taraf pekerjaan, kumpulan pekerjaan utama dan sebab
graduan PMJB belum bekerja.

KAJIAN LITERATUR

Kebolehpasaran adalah konsep yang sukar untuk diukur dan ditakrifkan (Harvey,
2001; Pegg, Waldock, Hendy-Isaac & Lawton, 2012; Kolam Sewell & Dacre, 2010).
Konsep kebolehpasaran nampaknya berkembang seiring dengan perubahan dalam
corak kerja dan model tenaga kerja. McQuaid dan Linda (2005) menyatakan bahawa
walaupun kebolehpasaran adalah konsep yang tidak jelas dalam dekad yang lalu, kini
memainkan peranan penting dalam menentukan Dasar pasaran buruh UK, di beberapa
negara Eropah dan negara-negara lain juga. Pekerjaan sekarang adalah dipandang
sebagai sasaran utama dalam kebanyakan dasar pasar tenaga kerja dan strategi tenaga
kerja di kebanyakan negara terutamanya untuk kebolehpasaran graduan. Lulusan
universiti memegang kedudukan tinggi dalam ekonomi dan banyak negara
menganggap mereka sebagai golongan elit sosial dan akibatnya sebagai kumpulan
kerja untuk mencapai tahap tinggi pendapatan dengan potensi untuk memenuhi
kerjaya pekerja pengetahuan.

METODOLOGI KAJIAN

PMJB menawarkan tiga (3) Diploma WBL iaitu Diploma Keusahawanan, Diploma
Kewangan dan Perbankan Islam dan Diploma Logistik dan Pengurusan Rantaian
Bekalan. Pensampelan rawak berstrata (Stratified random sampling) adalah kaedah

131

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

persampelan yang melibatkan pembahagian populasi menjadi subkumpulan yang
lebih kecil yang dikenali sebagai strata. Dalam persampelan rawak berstrata, atau
stratifikasi, strata dibentuk berdasarkan sifat atau ciri bersama anggota seperti
pendapatan atau pencapaian pendidikan. Hanya graduan yang berkonvo bagi tahun
2020 sahaja yang dipilih sebagai responden. Sampel kajian ini fokus bagi tahun 2020
kerana ingin melihat kebolehpasaran graduan pada ketika pandemik covid 19. Oleh
itu, sampel yang dipilih adalah Batch Disember 2018 dan Jun 2019. Batch Disember
2018 berjumlah 104 graduan dan Jun 2019 berjumlah 101 graduan. Semua batch
graduan berjaya dikesan 100%.

Bagi menjalankan kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kuantitatif descriptive
research design, yang mana ia menerangkan tentang data dan ciri-ciri kajian. Objektif
kajian telah pun dirangka dengan jelas dalam kajian ini. Sejumlah 205 graduan PMJB
telahpun dikenalpasti bagi tahun 2020. Borang soal selidik digunakan sebagai
instrumen kajian. Ianya telah diedarkan melalui platform media sosial dan lain-lain
platform digital untuk mencapai objektif kajian. Pengumpulan data adalah
bergantung basic descriptive statistical tools data, contohnya peratusan jumlah
kekerapan.

Jadual 1: Struktur borang soal selidik

Struktur soalan SUSUNAN STRUKTUR
SOALAN

1) MAKLUMAT LATAR BELAKANG GRADUAN BAHAGIAN A

2) STATUS TERKINI BAHAGIAN B

3) BEKERJA (bagi graduan yang bekerja/usahawan) BAHAGIAN C

4) BELUM/ TIDAK BEKERJA /LAIN-LAIN (bagi graduan BAHAGIAN D
tidak bekerja)

5) MELANJUTKAN PENGAJIAN BAHAGIAN E

6) PENGALAMAN SEMASA MENGIKUTI PENGAJIAN DI BAHAGIAN F
INSTITUSI

7) SOALAN UMUM BERKENAAN KESEDIAAN

GRADUAN MENERIMA MAKLUMAT DARIPADA BAHAGIAN G

PIHAK KETIGA

DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN

Penyertaan Graduan PMJB 2020

132

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

Rajah 1: Kadar respon graduan

Jadual 2: Bilangan graduan

Tahun/Ambilan Jumlah Graduan %

2020 205 100%

Terdapat seramai 205 graduan Diploma WBL PMJB pada tahun 2020. 205 siswazah
memberi respons terhadap kajian ini. Kajian ini dilakukan dari Oktober hingga
November 2020.

Para graduan dihubungi melalui media sosial - e-mel, Google Classroom, Google
drive dan Messenger, kerana mereka adalah cara termudah untuk menjangkau para
graduan. Setiap responden diberi questioanire yang terdiri daripada 7 bahagian:
profil, kemas kini terkini, bekerja, tidak bekerja, kajian lanjutan, pengalaman semasa
belajar, kesediaan graduan untuk berkongsi maklumat kepada pihak ketiga.
Sebilangan daripada mereka menjawab borang soal selidik sebenarnya; yang lain
menjawabnya di utusan. Sebilangan responden, karena mereka tidak mudah

133

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

dihubungi melalui telefon, diwawancara untuk mendapatkan penjelasan mengenai
sifat dan fungsi pekerjaan mereka.

Kajian ini menggunakan taburan kekerapan dan peratusan untuk menganalisis status
penempatan pekerjaan graduan.

Kadar Kebolehpasaran Graduan

Jadual 3: Status Pekerjaan Graduan WBL Diploma

Bekerja f %
184 89.76
Menunggu penempatan 4
pekerjaan 1.95
4
Tidak bekerja 13 1.95
6.34
Sambung belajar

Jadual 3 menunjukkan peratusan kebolehpasaran graduan pada tahun 2020. Ini
menunjukkan bahawa pada tahun 2020, daripada 205 graduan, 89.76% (n = 201) atau
majoriti graduan kini bekerja. Dengan kata lain, kursus mereka sesuai dengan
pekerjaan mereka sekarang. Sebaliknya, terdapat 4% (n = 4) menganggur yang
bermaksud bahawa pekerjaan mereka sekarang tidak berkaitan dengan diploma
mereka dan 4% (n = 4) tidak diambil bekerja. Terdapat 6.34% (n = 13) kajian lanjutan.
Ini dapat disiratkan bahawa terdapat permintaan yang tinggi pada lulusan Diploma
WBL dan mereka dapat mencari pekerjaan dengan mudah. Kajian ini menyokong
penemuan keberkesanan pelaksanaan WBL (Fell & Wray, 2007; Leitch Report,
2006). Oleh itu, dengan penemuan ini, tujuan untuk memenuhi permintaan Diploma
WBL ke industri dapat dicapai.

134

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

KADAR KEBOLEHPASARAN GRADUAN (%)
POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU
(2015-2020)

105

100 99.26 99.09 98.05
95
96.59 96.59

90

85 84.44
80

75 2016 2017 2018 2019 2020
2015 KADAR…

Rajah 2: Perbandingan kadar kebolehpasaran graduan bermula tahun 2015 hingga 2020

Status Pekerjaan Responden, Politeknik Metro Johor Bahru

Rajah 3: Status pekerjaan graduan

Kadar Graduan Politeknik Metro Johor Bahru Yang Bekerja

135

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Rajah 4: Kadar graduan yang bekerja

Kadar Kebolehpasaran Graduan Mengikut Program Pengajian

KADAR KEBOLEHPASARAN GRADUAN MENGIKUT
PROGRAM PENGAJIAN

POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU
2020

101
100

99
98
97
96
95
94
93
92

DEN DIB DLS
Rajah 5: Kadar kebolehpasaran graduan mengikut program pengajian

Kadar Pendapatan Bulanan Graduan Politeknik Metro Johor Bahru Yang
Bekerja

136

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

KADAR PENDAPATAN BULANAN
GRADUAN POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU YANG BEKERJA, 2020

RM1000 & ke bawah
RM5001 - RM10000

RM4001 - RM5000
RM3001 - RM4000
RM2501 - RM3000
RM2001 - RM2500
RM1501 - RM2000
RM1001 - RM1500

0 10 20 30 40 50 60 70 80 90

Rajah 6: Kadar pendapatan bulanan graduan

Jadual 4: Pendapatan/gaji kasar bulanan

Pendapatan/Gaji f %
RM1001 - RM1500 10 5.43
77.72
RM1501 - RM2000 143 3.8
4.89
RM2001 - RM2500 7 0.54
RM2501 - RM3000 9 2.72
0.54
RM3001 - RM4000 1 4.35

RM4001 - RM5000 5
RM5001 - RM10000 1

RM1000 & ke bawah 8

Pendapatan / gaji bulanan yang diterima oleh responden menunjukkan kedudukan
yang mereka pegang di syarikat / industri di mana mereka berhubung. Sebaliknya, ia
juga menggambarkan kualiti graduan yang dihasilkan oleh PMJB. Jadual 4

137

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

menunjukkan julat gaji bulanan graduan yang bekerja dari Diploma Perbankan dan
Kewangan Islam WBL, Pengurusan Logistik Dan Rantaian Bekalan dan
Keusahawanan. Kira-kira 143 graduan yang bekerja atau 77.72% memperoleh gaji
tidak lebih daripada RM2000 / bulanan. 10 atau (5.43%) menerima RM 1001 ke atas.
Walaupun data juga menunjukkan bahawa 9, 8 dan 7 atau (4,89%), (4,35%) dan
(3,8%) dibayar dengan gaji antara RM2501-3000, RM1000 & ke bawah dan RM2001
- RM2500 masing-masing. Hasil tinjauan hanya menggambarkan daya saing graduan
Diploma WBL. Walaupun data menunjukkan perbezaan yang jelas dari pengagihan
pendapatan bulanan di antara 205 responden dan mungkin kebanyakan graduan ini
tidak dinaikkan pangkat sehingga mendapat skala pengambilan untuk jawatan
peringkat kemasukan.

Kadar Graduan Politeknik Metro Johor Bahru Yang Bekerja Mengikut Sektor
Pekerjaan

Jadual 5: Kadar graduan yang bekerja mengikut sektor pekerjaan

Sektor Pekerjaan Bil %

Swasta multinasional 4 2.29
Swasta tempatan 167 95.43
Kerajaan Persekutuan 1.14
Kerajaan Negeri/Tempatan 2 1.14
2
100
Jumlah 175

Kumpulan Pekerjaan Utama, Politeknik Metro Johor Bahru 2020

Jadual 6: Kumpulan pekerjaan utama

Kumpulan Pekerjaan Utama Bil %
5 2.84
Pengurus 10 5.68
Profesional 56 31.82
Juruteknik dan profesional bersekutu 50 28.41
Pekerja sokongan perkeranian 33 18.75
Pekerja perkhidmatan dan jualan
Pekerja kemahiran dan pekerja pertukangan yang 3 1.70
berkaitan
Operator mesin dan loji, dan pemasang 8 4.55
Pekerja asas 11 6.25
176 100
Jumlah

138

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Sebab Graduan Politeknik Metro Johor Bahru Belum Bekerja, 2020

Rajah 7: Sebab graduan belum bekerja

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kebolehpasaran graduan Politeknik METrO Johor Bahru
(PMJB) telah dicapai dengan jayanya dengan peratus kebolehpasaran melebihi 80%.
Kadar Respon Graduan juga adalah tercapai dengan jayanya dengan catatan 100%.
Berdasarkan ringkasan penemuan, tahap kebolehpasaran lulusan WBL Diploma
PMJB boleh dijangkakan kerana mereka semua dilatih dalam profesion pilihan
mereka. Dari hasil kajian didapati graduan mempunyai peluang yang lebih besar
untuk kenaikan pangkat, kenaikan gaji, lebih banyak faedah dan keistimewaan di
masa hadapan. Untuk penyelidikan lebih lanjut, kajian ini akan menjadi menarik jika
kaedah kualitatif diterapkan.
RUJUKAN

Alcantara, N. V., Cruz, L. T., & Ramirez, T. L. (2014). Tracer Study of RTU Graduates. An
Analysis. Researchers World Journal of Arts, Science & Commerce, Volume 5, issue
1. (pp. 66-76).

Anders, Sandra., (October 27,2019). Use of Alumni Tracer Study to maintain Curriculum
Relevancy. Sunday

Cervantes, Maria Lourdes D, Centeno., Dayao. (2016), Tracer study on the employability of
La ConsolacionUniverity, Phils.

139

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Fluid Surveys University. Descriptive Research: Defining your Respondnets and Drawing
Conclusions. Retrieved from http://fluidssurveys.com/university/descriptive-
reserachdefining-respondents-drawing-conclusions. (July 18,2014).

Gines, A. C. (2014). Tracer Study of PNU Graduates. American International Journal of
Contemporary Research. Volume 4, No. 3. (pp.81-98)

Harvey L (2001) Defining and measuring employability. Quality in Higher Education 7 (2),
97-109.

Leitch Review of Skills (2006) Prosperity For All in the Global Economy – world class skills,
Final Report, London: HMSO.

Martin, Jessie Grace S., Lang- ay, Pinky D. Guidangen, James, ( December, 2015). Tracer
study of the Kalinga State University

140

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

-12-
PENGURUSAN DATA MENGGUNAKAN GOOGLE SHEET SLICER,

VLOOKUP DAN IMPORTRANGE DALAM PROGRAM FLIPPED
CLASSROOM PEMBELAJARAN MAYA

Khou Jerome
Choo Eng Chiang

Sim Hong Chin
Tay Ying Shian

SJKC Union
SJKC Chung Sun
SJKC Jalan Davidson
SJKC Kuo Kuang

ABSTRAK

Pengurusan data amat penting dalam bidang pendidikan untuk memastikan
kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Aplikasi
teknologi maklumat yang terkini diperlukan dalam proses pengurusan data khasnya
dalam Program Flipped Classroom Pembelajaran Maya yang melibatkan penyertaan
82 buah sekolah SJKC, 113 orang guru dan 1318 orang murid di seluruh negara.
Program ini merupakan inisiatif untuk mengoptimumkan pembelajaran murid
sepanjang PdPR di Malaysia. Sistem pengurusan data dibentuk untuk menyelaraskan
data yang banyak. Justeru, kajian ini meneroka keberkesanan penggunaan Google
Sheet Slicer, VLookUp dan Importrange dalam sistem pengurusan data dan
penyemakan tugasan murid. Soal selidik digubal untuk mengumpulkan maklumat
tentang kepuasan guru menggunakan aplikasi sistem yang dibentuk. Data dianalisis
secara deskriptif menggunakan min, sisihan piawai dan Cronbach’s Alpha. Dapatan
kajian secara keseluruhannya telah menunjukkan tahap kepuasan guru berada pada
tahap yang tinggi (M = 4.21, SD = 0.81). Secara terperinci, aspek manfaat
penggunaan (M = 4.28, SD = 0.76) dan aspek mesra pengguna (M = 4.12, SD = 0.87)
juga menunjukkan tahap kepuasan guru berada pada tahap yang tinggi. Kajian
kuantitatif ini menggunakan persampelan bertujuan manakala soal selidik digubal
dan disahkan oleh dua orang pakar dalam bidang teknologi. Data yang diperoleh
dianalisis menggunakan statistik deskriptif melalui Microsoft Excel (Versi 2017).
Kajian mendapati instrumen yang dibina telah mencapai tahap kebolehpercayaan
yang tinggi (nilai Cronbach’s Alpha = 0.98), yang bermakna semua item yang dibina
adalah sesuai digunakan. Dapatan ini memberi implikasi bahawa sistem yang
dibentuk melalui penggunaan aplikasi teknologi dapat membantu guru untuk
menguruskan data dengan berkesan.

141

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Kata Kunci: pengurusan data, Google Sheet Slicer, VLookUp, Importrange,
pembelajaran maya

Sejak awal tahun 2020, Coronavirus Diseases 2019 (COVID-19) telah melanda ke
seluruh dunia. Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka yang
telah diamalkan sejak zaman dahulu terpaksa dihentikan dalam tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP). Menurut Antonio Guterres, setiausaha United Nation
menyatakan bahawa hampir semua kanak-kanak secara berminggu-minggu tidak
dapat bersekolah di seluruh dunia (United Nation, 2020). Beliau juga menyatakan
banyak sekolah telah menawarkan pendidikan jarak jauh demi memastikan
pembelajaran kekal dijalankan. Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) telah
dikemukakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sejak 1 April 2020.
Platform seperti Google Meet, Google Classroom, Whatsapp dan Telegram telah
digunakan oleh guru untuk menjalankan PdPR (Hasnah, 2020).

PdPR yang mengambil masa beberapa bulan telah mendorong pelaksanaan flipped
classroom dengan lebih luas. Menurut Torstein dan Rannveig (2019), flipped
classroom adalah model pengajaran yang memindah aktiviti pembelajaran
berpusatkan guru ke luar kelas dan meluangkan masa yang lebih banyak untuk
menjalankan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid di dalam kelas. Robinson,
Scott dan Gottfried (2019) juga berpendapat bahawa Flipped classroom melibatkan
lebih banyak interaksi antara guru dan murid serta dapat meningkatkan pencapaian
dan kegigihan akademik murid. Kini, pemerolehan peranti mudah alih semakin
popular dalam kalangan murid, maka flipped classroom dapat dilakukan dengan
lancar. Murid dapat mengakses bahan pengajaran tanpa dibatasi oleh masa dan
maklumat yang dikumpulkan dalam peringkat pra-kelas dapat diakses serta dikongsi
di dalam kelas (Hwang, Yin & Chu, 2019). Sepanjang PdPR dijalankan, ramai murid
belajar secara kendiri dan menyiapkan tugasan yang disediakan oleh guru sebelum
pembelajaran siaran langsung dijalankan melalui Google Meet. Segala tugasan yang
disiapkan oleh murid ketika ini dihantar secara softcopy termasuk gambar, video,
kuiz, dokumen dan sebagainya. Maklumat yang terkumpul menjadi data yang agak
besar dan perkara ini membebankan guru untuk menganalisis serta menyemak
tugasan murid. Dengan ini, suatu aplikasi atau sistem pengurusan data amat
diperlukan untuk menangani data dengan lebih berkesan.

Menurut Samah Waleed, Mohd Zainuri dan Salama (2020), sistem pengurusan
pangkalan data adalah sekumpulan program yang saling berkaitan yang digunakan
untuk menghasil, menyimpan, mengambil dan mengurus data dalam pangkalan data
dengan berkesan. Sistem pengurusan data yang berkesan dapat menyimpan jumlah
data yang besar dan menjamin kerahsian data tersebut (Samah Waleed et al., 2020).
Azhar dan Meiryani (2019) juga menyatakan sistem maklumat yang berkesan
memberikan maklumat yang tepat, terkini dan relevan kepada pengguna sehingga
dapat digunakan untuk membuat keputusan. Samah Waleed et al. (2020) juga sokong

142

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

bahawa pengurusan data yang berkesan membolehkan seseorang menyimpan dan
mengakses data dengan laju serta memantau perubahan dalam data yang disimpan.
Sistem pengurusan data juga sediakan persekitaran penyimpanan yang tidak
kehilangan data dan benarkan pengekstrakan maklumat dari data yang ada. Tambahan
pula, sistem pengurusan data yang berkesan juga membolehkan pelbagai pengguna
mencapai maklumat tersebut pada masa yang sama dan kelajuan pengambilan data
tidak terjejas (Azhar dan Meiryani, 2019).

Secara ringkasnya, pandemik COVID-19 telah mempengaruhi PdP dan
menggalakkan pelaksanaan flipped classroom. Namun perubahan ini pula membawa
kesan data yang banyak. Maka suatu sistem pengurusan data yang sesuai dan
berkesan amat diperlukan demi mengatasi masalah ini serta membolehkan guru
menjalankan tugas dengan lebih efisien.

Pernyataan Masalah

Sejak wabak COVID-19 melanda dunia, semua guru perlu melaksanakan sepenuhnya
pembelajaran dalam talian bagi menggantikan pembelajaran secara bersemuka (Siti
Nurbaizura Che Azizan & Nurfaradilla Mohamad Nasri, 2020). Hal ini secara
langsung telah memberi impak kepada kemahiran guru dalam melaksanakan pdp
melalui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran. Ini selaras dengan Faris Jazli
dan Shahlan Surat (2021) yang menyatakan bahawa Wabak Covid-19 telah memberi
kesan kepada landskap mod pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka kepada
dalam talian sepenuhnya dengan persediaan dan kemahiran yang minimum. Masalah
yang sama berlaku juga dengan pelaksanaan pdp dengan menggunakan kaedah
flipped classroom malahan lagi melibatkan 113 orang guru dan 1318 murid dari
seluruh negara.

Dengan penglibatan guru dan murid dengan kuantiti yang besar, bukan sahaja
pedagogi perlu dirancang dengan teliti, sistem pengurusan data bagi memudahkan
guru mengenal pasti kemajuan murid untuk tujuan Pentaksiran Bilik Darjah turut
amat penting. Kaedah ini juga membolehkan guru mengenal pasti tahap penglibatan
murid dalam tugasan flipped classroom.

Untuk menyelesaikan masalah ini, satu sistem Google Sheet Slicer, Vlookup dan
Importrange telah diperkenalkan. Rasional memilih aplikasi ini adalah kerana
aplikasi ini adalah aplikasi yang lazim digunakan oleh guru.
Dalam sistem pengurusan data ini, Google Sheet Slicer berperanan untuk
menyelesaikan masalah untuk memudahkan guru memperoleh data kemajuan murid
dengan efisien dan mudah untuk mencari data kelas sendiri untuk melaksanakan
PBD.

143

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Selain masalah yang dihadapi oleh guru sebagai pengguna, guru yang menguruskan
program ini juga menghadapi masalah dalam mengenal pasti sama ada murid telah
hantar tugasan kerana program ini telah melibatkan 1318 orang guru dan hanya
mempunyai 4 orang guru yang berperanan untuk menyemak. Oleh hal yang demikian,
Vlookup dan Importrange menjadi kaedah bagi mengenal pasti data sama ada murid
hantar tugasan. Tambahan pula, kaedah ini juga dapat memastikan data yang
diperoleh oleh guru di Google Sheet Slicer sentiasa adalah yang terkini.

Objektif kajian

Secara terperinci, objektif kajian ini adalah untuk

1. mengenal pasti tahap kepuasan guru ketika menggunakan Google Sheet
Slicer, VLookUp dan ImportRange dari aspek manfaat penggunaan.

2. mengenal pasti tahap kepuasan guru ketika menggunakan Google Sheet
Slicer, VLookUp dan ImportRange dari aspek mesra pengguna.

Soalan kajian

Selaras dengan objektif kajian, dua persoalan kajian adalah

1. Apakah tahap kepuasan guru ketika menggunakan Google Sheet Slicer,
VLookUp dan ImportRange dari aspek manfaat penggunaan?

2. Apakah tahap kepuasan guru ketika menggunakan Google Sheet Slicer,
VLookUp dan ImportRange dari aspek mesra pengguna?

METODOLOGI

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini merupakan tinjauan ringkas yang menggunakan borang soal selidik untuk
mengukur tahap kepuasan guru ketika menggunakan Google Sheet Slicer, VLookUp
dan Importrange ketika pengurusan data. Hasil dapatan kajian dianalisis secara
kuantitatif dengan menggunakan teknik statistik deskriptif.

Peserta Kajian

Pengkaji telah melaksanakan kajian ini secara dalam talian terhadap sekumpulan guru
yang terlibat dalam pengurusan data bagi program Flipped Classroom Pembelajaran
Maya. Justeru, peserta kajian yang dipilih adalah melalui teknik persampelan
bertujuan. Daripada sejumlah 113 orang guru yang menyertai program ini, terdapat
95 orang guru (85.07%) telah memberi respons terhadap Google Form yang diedar,
di mana bilangan saiz sampel adalah memenuhi syarat Jadual Penentuan Saiz Sampel

144

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

Krejcie dan Morgan (1970). Berdasarkan dapatan soal selidik, terdapat 13 orang guru
lelaki (13.68%) dan 82 orang guru perempuan (86.32%) dari seluruh Malaysia terlibat
dalam kajian ini. Jadual berikut menunjukkan maklumat demografi peserta kajian dari
segi umur dan lokasi mengajar.

Umur (Tahun) Jadual 1: Demografi peserta kajian Peratus (%)
≤ 20 Kekerapan
1.1
21 – 30 1 13.7
31 – 40 13 45.3
41 – 50 43 31.6
30

>50 8 8.4
Lokasi Mengajar
62 65.3
Bandar 33 34.7
Luar Bandar
Peringatan: Jumlah peserta kajian ialah 95

Instrumen Kajian

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik. Soal selidik
telah diberi kepada guru yang menyertai program Flipped Classroom Pembelajaran
Maya dalam bentuk Google Form.

Borang soal selidik ini terdiri daripada 3 bahagian yang mesti dijawab. Bahagian A
merangkumi 5 soalan yang bertujuan untuk memperoleh maklumat demografi
responden, iaitu umur, jantina, negeri, pengalaman mengajar, dan lokasi sekolah.
Bahagian B merangkumi 12 soalan yang bertujuan untuk mengenal pasti tahap
kepuasan guru ketika menggunakan Google Sheet Slicer, VLookUp dan ImportRange
dari aspek manfaat penggunaan, manakala Bahagian C merangkumi 9 soalan yang
berkaitan dengan tahap kepuasan guru ketika menggunakan Google Sheet Slicer,
VLookUp dan ImportRange dari aspek mesra pengguna. Pada kedua-dua bahagian B
dan C, responden diminta untuk menandakan nombor yang mewakili maklum balas
bagi setiap pernyataan yang dikemukan berdasarkan skala likert lima mata (1 = sangat

145

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

tidak setuju, 5 = sangat setuju) yang diadaptasi daripada Yaakub et al. (2020),
sebagaimana yang ditunjuk dalam Jadual 2.

Skala Jadual 2: Skala Likert 5 Mata
1 Justifikasi

Sangat Tidak Setuju

2 Tidak Setuju
3 Tidak Pasti
4
5 Setuju
Sumber: Yaakub et al. (2020) Sangat Setuju

Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

Menurut Asbulah (2021), kesahan sesuatu pengukuran itu bergantung kepada sejauh
mana ia berjaya mengukur apa yang hendak diukur. Oleh itu, kesahan muka (face
validity) dan kesahan kandungan (content validity) perlu dilakukan bagi memastikan
instrumen yang digunakan dalam kajian ini menepati permasalahan yang ingin dikaji
(Noor et al., 2021). Kepentingan kesahan instrumen turut dipersetujui oleh Yaakub et
al. (2020) yang menyatakan hanya instrumen soal selidik yang sah, boleh dipercayai
dan sistematik sahaja dapat menjana data yang betul dan tepat.

Bagi memastikan item soal selidik yang digubal oleh pengkaji mempunyai kesahan,
item yang digubal telah disemak oleh dua orang pakar yang berpengalaman dalam
bidang teknologi. Hasil penyemakan pakar telah menunjukkan kesemua item yang
digubal oleh pengkaji adalah selari dengan objektif kajian dan sesuai digunakan untuk
mengukur tahap tahap kepuasan guru ketika menggunakan Google Sheet Slicer,
VLookUp dan ImportRange dari aspek manfaat penggunaan dan aspek mesra
pengguna.

Menurut Musa dan Othman (2020), kebolehpercayaan sesuatu alat ukuran

bermaksud ketekalan alat ukuran yang dihasilkan oleh alat ukur tersebut,

manakala menurut Alwayi et al. (2021), kebolehpercayaan item soal selidik boleh
diuji dengan menggunakan nilai pekali Cronbach’s Alpha. Jadual 3 menunjukkan
interpretasi nilai Cronbach’s Alpha seperti yang dicadangkan oleh Noor et al. (2021).

146

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

Jadual 3: Jadual Interpretasi Cronbach’s Alpha

Cronbach’s Alpha (α) Interpretasi

>0.90 Sangat baik

>0.80 Baik

>0.70 Memuaskan

< 0.50 Lemah
Sumber: Noor et al. (2021)

Untuk memastikan kepercayaan item yang digubal, kajian rintis dijalankan ke atas 30

orang guru yang terlibat dalam program Flipped Classroom Pembelajaran Maya.
Nilai Cronbach’s Alpha soal selidik kajian rintis telah dikira dengan menggunakan
perisian Microsoft Excel. Jadual 4 menunjukkan kebolehpercayaan Cronbach’s

Alpha soal selidik tahap kepuasan guru ketika menggunakan Google Sheet Slicer,

VLookUp dan ImportRange.

Jadual 4: Kebolehpercayaan Cronbach’s Alpha soal selidik tahap kepuasan guru ketika menggunakan
Google Sheet Slicer, VLookUp dan ImportRange

Konstruk Bilangan Cronbach’s Alpha Cronbach’s Alpha
Item Sub-Konstruk

Manfaat Penggunaan 12 0.98 0.98
Mesra Pengguna 9 0.95

Hasil analisis daripada Jadual 4 telah membuktikan bahawa nilai Cronbach’s Alpha
bagi kedua-dua konstruk dan nilai Cronbach’s Alpha secara keseluruhan adalah
berada pada tahap sangat baik (α > 0.90). Hal ini menunjukkan bahawa setiap item
dalam soal selidik ini mempunyai kepercayaan yang tinggi dan sesuai dijadikan
sebagai instrumen dalam kajian. Kesesuaian penggunaan item tersebut turut disokong
oleh Darusalam dan Hussin (2018) yang menyatakan bahawa pekali Cronbach’s
Alpha (α) yang berada dalam julat nilai 0.71 hingga 0.99 merupakan tahap terbaik
bagi item-item instrumen.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan mengenai tahap kepuasan guru ketika menggunakan Google Sheet
Slicer, VLookUp dan ImportRange dari aspek manfaat penggunaan

147

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Pada bahagian ini, pengkaji akan membincangkan tahap kepuasan guru ketika
menggunakan Google Sheet Slicer, VLookUp dan ImportRange untuk tujuan
pengurusan data dari aspek manfaat penggunaan. Terdapat 12 item berkaitan dengan
aspek ini. Hasil dapatan dipaparkan dalam bentuk carta palang seperti dalam Rajah
1.

Rajah 1. Tahap kepuasan guru ketika menggunakan Google Sheet Slicer, VLookUp dan ImportRange
dari aspek manfaat penggunaan

Untuk mendapat maklumat lebih terperinci, dapatan data akan dianalisis dengan
mendapatkan min, sisihan piawai, tahap dan ranking bagi setiap item dalam soal
selidik. Jadual 5 merujuk kepada pengkelasan min berserta tafsirannya.

Jadual 5: Pengkelasan Min Berserta Tafsiran Tahap Kepuasan

Pengkelasan Skor Min Tahap Kepuasan

< 2.33 Rendah

2.34 - 3.67 Sederhana
Tinggi
>3.68
Sumber: Khamis & Phang (2021)

Terdapat tiga tahap kepuasan guru ketika menggunakan menggunakan Google Sheet
Slicer, VLookUp dan ImportRange dari aspek manfaat penggunaan, iaitu tahap
rendah, sederhana dan tinggi. Ketiga-tiga tahap tersebut dikira berdasarkan

148

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

pengkelasan min berserta tafsiran tahap dari Khamis dan Phang (2021). Skor kurang
daripada 2.33 dikelaskan kepada tahap kepuasan yang rendah, skor 2.34 hingga 3.67
dikelaskan kepada tahap kepuasan yang sederhana, manakala skor yang lebih
daripada 3.68 dikelaskan kepada tahap kepuasan yang tinggi.

Selain daripada min, sisihan piawai, dan tahap, ranking juga diberi kepada setiap
item. Ranking 1 diberikan kepada item yang mempunyai min tertinggi, manakala
Ranking 12 diberi kepada item yang mempunyai min terendah. Jadual 6 menunjukkan
perincian tahap kepuasan guru dari aspek manfaat penggunaan.

Jadual 6: Perincian tahap kepuasan guru dari aspek manfaat penggunaan

Item Penggunaan Google Sheet Slicer, Vlookup Min SP Tahap Ranking
dan Importrange

1 memudahkan pengaksesan data 4.31 0.74 Tinggi 4

2 membantu penyusunan data dengan sistematik 4.37 0.71 Tinggi 1

3 memudahkan kerja penganalisisan data 4.33 0.70 Tinggi 3

4 membolehkan pengurusan data secara segerak 4.31 0.81 Tinggi 4

5 memudahkan penyimpanan data 4.36 0.77 Tinggi 2

6 memastikan penyimpanan data adalah selamat 4.21 0.74 Tinggi 11

7 memudahkan perkongsian data dalam kalangan 4.27 0.77 Tinggi 9
rakan sekerja

8 memudahkan perkongsian data dalam kalangan 4.14 0.82 Tinggi 12
ibu bapa

9 memudahkan perkongsian data dalam kalangan 4.23 0.84 Tinggi 10
murid

10 membantu pengaksesan data dalam masa yang 4.31 0.75 Tinggi 4
singkat

11 membantu penganalisisan data dalam masa 4.28 0.75 Tinggi 8
yang singkat 7
-
12 menggalakkan kerja kolaboratif dalam kalangan 4.29 0.69 Tinggi
pendidik secara segerak

Purata Min Keseluruhan 4.28 0.76 Tinggi

149

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Berdasarkan Rajah 1 dan Jadual 6, pengkaji telah mendapati majoriti guru adalah
setuju bahawa penggunaan sistem ini amat bermanfaat, diikuti oleh tahap sangat
setuju. Bagi item yang mencapai tahap kepuasan guru yang tertinggi, ia dapat dilihat
dengan jelas pada item 2 yang mencatat min yang paling tinggi, iaitu min 4.37
(Ranking 1), di mana terdapat 45 orang guru (47.4%) sangat setuju dan 42 orang guru
(44.2%) setuju bahawa sistem ini dapat membantu penyusunan data dengan
sistematik. Hal ini adalah selaras dengan pernyataan Poochinya dan Ongkunaruk
(2020) yang menyatakan penggunaan Google Sheet dapat membantu untuk merekod
dan menyusun data dengan sistematik. Seterusnya, item yang mencatat Ranking 2
adalah item ke 5 (min = 4.36), di mana terdapat 46 orang guru (48.4%) sangat setuju
dan 41 orang guru (43.2%) setuju bahawa penggunaan sistem ini memudahkan
penyimpanan data. Selain itu, terdapat 41 orang guru (43.1%) sangat setuju dan 46
orang guru (48.4%) setuju bahawa sistem ini memudahkan kerja penganalisisan data
(item 3). Item ini berada pada Ranking 3 dengan mencatat min 4.33. Hasil dapatan
ini telah membuktikan bahawa tahap kepuasan guru ketika menggunakan sistem ini
dari aspek manfaat penggunaan adalah tinggi dan guru-guru bersetuju bahawa sistem
ini memudahkan penyimpanan data, membolehkan data disusun dengan sistematik,
serta memudahkan kerja penganalisisan data.

Seterusnya, pendapat guru bahawa penggunaan sistem ini amat bermanfaat jelas
terpapar pada item 1, 4, dan 10. Ketiga-tiga item ini mempunyai min 4.31 dan berada
pada Ranking 4. Bagi item 1, terdapat 41 orang guru (43.1%) sangat bersetuju dan 45
orang guru (47.4%) bersetuju bahawa sistem ini memudahkan pengaksesan data. Hal
ini adalah selaras dengan pernyataan Harvey dan Yan (2019) yang menyatakan
Google Sheet Slicer sememangnya memudahkan pengaksesan data, di mana
maklumat data yang ingin didapati boleh diperoleh dengan mudah melalui fungsi
Slicer. Selain itu, bagi item 4, terdapat 44 orang guru (46.3%) sangat bersetuju dan
41 orang guru (43.1%) bersetuju bahawa sistem ini membolehkan pengurusan data
secara segerak. Hal ini kerana dalam suatu masa yang sama, lebih daripada seorang
pengguna dapat akses kepada sistem ini untuk menguruskan data. Bagi item 10 pula,
terdapat 41 orang guru (43.1%) sangat bersetuju dan 46 orang guru (48.4%) bersetuju
bahawa sistem ini membantu pengaksesan data dalam masa yang singkat. Secara
jelasnya, hasil dapatan tersebut menunjukkan bahawa guru-guru mempunyai tahap
kepuasan yang tinggi dan bersetuju bahawa sistem ini bermanfaat untuk memudahkan
pengaksesan data, membolehkan pengurusan data secara segerak, dan membantu
pengaksesan data dalam masa yang singkat.

Item seterusnya yang berada pada Ranking 7 adalah item 12 (min = 4.29), di mana
terdapat 38 orang guru (40%) sangat bersetuju dan 49 orang guru (51.6%) bersetuju
bahawa sistem ini menggalakkan kerja kolaboratif dalam kalangan pendidik secara
segerak. Hal ini kerana sistem ini bukan sahaja membolehkan guru-guru mengakses
data pada masa yang sama, malah membolehkan guru melihat hasil kerja murid dari
sekolah yang berbeza untuk menggalakkan kerja kolaboratif. Dari segi penganalisisan

150

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

data, item 11 telah mencatat Ranking 8 (min = 4.28), di mana terdapat 39 orang guru
(41%) sangat bersetuju dan 48 orang guru (50.5%) bersetuju bahawa sistem ini
membantu penganalisisan data dalam masa yang singkat. Hal ini menunjukkan
bahawa secara keseluruhannya guru bersetuju sistem ini mampu membantu mereka
untuk menjimatkan masa dalam proses penganalisisan data.

Dari segi perkongsian data, item 7 telah mencatat Ranking 9 (min = 4.27), di mana
terdapat 39 orang guru (41%) sangat bersetuju dan 48 orang guru (50.5%) bersetuju
bahawa sistem ini memudahkan perkongsian data dalam kalangan rakan sekerja.
Selain itu, item 9 yang berada pada Ranking 10 (min = 4.23) menunjukkan bahawa
terdapat 40 orang guru (42.1%) sangat bersetuju dan 43 orang guru (45.2%) bersetuju
bahawa sistem ini memudahkan perkongsian data dalam kalangan murid. Tahap min
yang tinggi pada kedua-dua item 7 dan item 9 menunjukkan bahawa tahap kepuasan
guru terhadap sistem ini dari segi perkongsian data adalah tinggi. Hal ini kerana
sistem ini membolehkan perkongsian data dalam kalangan rakan sekerja dan dalam
kalangan murid dengan mudah, iaitu guru-guru hanya perlu kongsikan pautan laman
web sistem kepada rakan sekerja dan murid, dan data dapat diakses secara terus tanpa
perlunya memuat turun perisian yang lain.

Bagi item 6 yang berada pada Ranking 11 (min = 4.21), terdapat 34 orang guru
(35.8%) sangat bersetuju dan 50 orang guru (52.6%) bersetuju bahawa sistem ini
dapat memastikan penyimpanan data adalah selamat. Hal ini adalah selaras dengan
pernyataan Titarenko et al. (2020) yang menyatakan Google Sheet mampu
menyimpan data dengan selamat, di mana pada ia mempunyai fungsi simpan secara
automatik (auto save) untuk mengelakkan kehilangan data, dan Google Sheet yang
dihasilkan akan disimpan dalam server Google yang spesifik. Akhir sekali, item yang
mencatat min terendah (min = 4.14) dalam aspek manfaat penggunaan adalah item 8
(Ranking 12), di mana terdapat 32 orang guru (33.7%) sangat bersetuju dan 50 orang
guru (52.6%) bersetuju bahawa sistem ini memudahkan perkongsian data dalam
kalangan ibu bapa. Walaupun item ini mencatat min terendah dalam aspek manfaat
penggunaan, namun min item ini masih berada pada tahap yang tinggi dan
menunjukkan guru berpuas hati dengan manfaat sistem ini dari segi perkongsian data
dalam kalangan ibu bapa.

Secara kesimpulannya, nilai min secara keseluruhan bagi aspek manfaat penggunaan
adalah 4.28, dengan sisihan piawai 0.76. Oleh itu, pengkaji dapat merumuskan
bahawa tahap kepuasan guru ketika menggunakan sistem ini dari aspek manfaat
penggunaan adalah pada tahap yang tinggi.

Dapatan mengenai tahap kepuasan guru ketika menggunakan Google Sheet
Slicer, VLookUp dan ImportRange dari aspek mesra pengguna

151

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Pada bahagian ini, pengkaji akan membincangkan tahap kepuasan guru ketika
menggunakan Google Sheet Slicer, VLookUp dan ImportRange untuk tujuan
pengurusan data dari aspek mesra pengguna. Terdapat 9 item berkaitan dengan aspek
ini. Hasil dapatan dipaparkan dalam bentuk carta palang seperti dalam Rajah 2.

Rajah 2. Tahap kepuasan guru ketika menggunakan Google Sheet Slicer, VLookUp dan ImportRange
dari aspek mesra pengguna

Untuk mendapat maklumat lebih terperinci, min dan sisihan piawai telah dicari untuk
membekalkan gambaran yang lebih lanjut seperti dalam Jadual 3. Dapatan data juga
merujuk kepada interpretasi skor min (Jadual 1) bagi menilai tahap kepuasan guru
terhadap setiap item. Malahan, ranking 1 hingga 9 juga dinyatakan di mana Ranking
1 merujuk kepada item yang mempunyai min tertinggi, manakala Ranking 9 merujuk
kepada item yang mempunyai min terendah.

Jadual 7: Perincian tahap kepuasan guru dari aspek mesra pengguna

Item Google Sheet Slicer, Vlookup dan Min SP Tahap Ranking
Importrange

13 adalah lancar dari segi teknikal 4.16 0.80 Tinggi 4

14 boleh disalin (make a copy) untuk kegunaan 4.08 0.84 Tinggi 6
Pentaksiran Bilik Darjah

15 boleh dimuat turun untuk kegunaan luar talian 4.12 0.83 Tinggi 5

152

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

16 tidak memerlukan penggunaan data internet 3.95 0.81 Tinggi 8
yang banyak
4.27 0.80 Tinggi 3
17 mudah dicapai melalui komputer 3.79 1.06 Tinggi 9
18 mudah dicapai melalui telefon bimbit 4.06 1.96 Tinggi 7
19 mudah dicapai pada bila-bila masa 4.28 0.80 Tinggi 2
20 memaparkan data dengan tepat 4.34 0.72 Tinggi 1
21 memaparkan data secara sistematik 4.12 0.87 Tinggi -

Purata Min Keseluruhan

Berdasarkan Rajah 2 dan Jadual 7 di atas, pengkaji telah mendapati majoriti guru
adalah setuju bahawa sistem ini adalah mesra pengguna dalam semua aspek, diikuti
dengan tahap sangat setuju. Bagi item yang mencapai tahap kepuasan guru yang
tertinggi, ia dapat dilihat dengan jelas pada item 21, iaitu terdapat 42 orang guru
(44.2%) sangat setuju dan 46 orang guru (48.4%) setuju bahawa sistem ini dapat
memaparkan data secara sistematik dengan mencatat min yang paling tinggi iaitu 4.34
(Ranking 1). Ia dituruti dengan item 20 iaitu terdapat 41 orang guru (43.16%) sangat
setuju dan 45 orang guru (47.4%) setuju bahawa sistem ini dapat memaparkan data
secara tepat dengan min 4.28 (Ranking 2). Dapatan ini selaras dengan pandangan Li,
Kaneria, Zhao dan Manchaiah (2019) yang menyatakan bahawa pengumpulan data
melalui Google Sheet menjamin ketepatan informasi kerana data-data dikemas kini
secara automatik daripada pangkalan data. Hasil dapatan ini sekali lagi telah
membuktikan bahawa guru-guru berpuas hati ketika menggunakan sistem ini untuk
tujuan pengurusan dan penganalisisan data murid yang banyak kerana sistem ini
memastikan ketepatan data, di samping membekalkan penyusunan data secara
sistematik. Selain item 21 dan item 20, pendapat guru bahawa sistem ini adalah mesra
pengguna telah jelas terpapar pada item 17, iaitu terdapat 40 orang guru (42.1%)
sangat setuju dan 46 orang guru (48.4%) setuju mengenai sistem ini mudah dicapai
melalui komputer. Item ini berada pada Ranking 3 dengan mencatat min 4.27.
Dapatan ini telah dipersetujui oleh Andriyani et al. (2019) bahawa aplikasi ini mudah
diakses melalui pelbagai peranti termasuk laptop, dan pendapat ini telah disokong
lagi oleh Handayani, Kusumahati dan Badriah (2017) yang mengemukakan bahawa
Google Spreadsheet adalah satu alat yang dapat diakses di mana-mana sahaja.

Seterusnya, respons guru yang baik terhadap sistem ini dapat dilihat pada item 13,
iaitu terdapat 33 orang guru (34.7%) sangat setuju dan 48 orang guru (50.5%) setuju
bahawa sistem ini adalah lancar dari segi teknikal, dengan mencatat min 4.16 dan
berada pada Ranking 4. Dapatan ini telah menunjukkan bahawa sistem ini adalah
mudah dikendalikan dan hal ini dipersetujui oleh Habraken (2019) yang menyatakan

153

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

slicer yang digunakan untuk menapis data merupakan suatu alat yang senang diakses
sama ada terhadap pengguna ataupun admin yang berniat untuk mencipta lebih
banyak slicer. Manakala, item yang berada pada Ranking 5 iaitu data boleh dimuat
turun untuk kegunaan luar talian masih berada pada tahap tinggi dengan min 4.12. Ia
diikuti oleh item 14 iaitu data boleh disalin untuk kegunaan Pentaksiran Bilik Darjah
(Ranking 6) dengan min 4.08. Hal ini demikian memandangkan sistem ini memang
membenarkan pengguna untuk memuat turun dan membuat salinan (make a copy)
demi penyimpanan sendiri. Selain itu, terdapat 34 orang guru (35.8%) sangat setuju
dan 43 orang guru (45.3%) setuju bahawa sistem ini mudah dicapai pada bila-bila
masa dengan mencatat min 4.06 (Ranking 7). Hal ini disebabkan pengguna dapat
mengakses kepada data sama ada melalui komputer ataupun telefon pintar asalkan
berada di kawasan yang mempunyai saluran internet.

Dengan merujuk kepada Rajah 2 dan Jadual 7, guru-guru bersikap neutral jelas dilihat
pada item 18 (Ranking 9) dengan mencatat min terendah iaitu 3.79. Item ini
menandakan statistik yang tertinggi, iaitu terdapat 20 orang guru (21%) bersikap
neutral untuk memutuskan sama ada sistem ini mudah dicapai melalui telefon bimbit.
Hal ini demikian kerana slicer yang digunakan dalam Google Sheet pada masa kini
masih tidak dapat disokong oleh telefon bimbit. Walau bagaimanapun, masih terdapat
26 orang guru (27.4%) sangat setuju dan 38 orang guru (40%) setuju bahawa mereka
dapat mengakses data melalui telefon bimbit. Dapatan ini telah membuktikan bahawa
data-data masih dapat diakses oleh pengguna melalui telefon bimbit kerana fungsi
lain masih wujud melainkan butang slicer. Manakala, guru-guru yang menunjukkan
sikap neutral kedua tinggi terpapar pada item 16 (Ranking 8) dengan min 3.95, iaitu
terdapat 19 orang guru (20%) bersikap neutral mengenai sistem ini tidak memerlukan
penggunaan data internet yang banyak. Hal ini berkemungkinan besar bergantung
pada lokasi tempat tinggal mereka iaitu sama ada bandar atau luar bandar, dan juga
dipengaruhi oleh jenis syarikat telekomunikasi yang dipilih. Walau bagaimanapun,
masih terdapat 23 orang guru (24.2%) sangat setuju dan 49 orang guru (51.6%) setuju
bahawa sistem ini hanya memakan sedikit data internet, begitu juga tahap kepuasan
guru bagi item ini masih kekal berada pada tahap yang tinggi.

Secara kesimpulannya, nilai min secara keseluruhannya bagi aspek mesra pengguna
adalah 4.12 (SP = 0.87). Oleh itu, pengkaji dapat merumuskan bahawa tahap
kepuasan guru ketika menggunakan sistem ini adalah berada pada tahap yang tinggi
kerana ia adalah mesra pengguna.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan tahap kepuasan guru adalah tinggi
ketika menggunakan Google Sheet Slicer, VLookUp dan ImportRange dari aspek
manfaat penggunaan. Guru berasa puas hati terhadap sistem ini terutamaya dalam
membantu penyusunan data secara sistematik dan penyimpanan data yang mudah.

154

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Pengaksesan data yang singkat dan pengurusan data secara segerak juga mendorong
kepuasan guru terhadap penggunaan sistem ini. Selain itu, kajian ini juga
menunjukkan kepuasan guru yang tinggi ketika menggunakan Google Sheet Slicer,
VLookUp dan ImportRange dari aspek mesra pengguna. Guru setuju bahawa sistem
ini dapat memaparkan data secara sistematik dan tepat. Begitu juga pengguna mudah
mencapai maklumat melalui komputer atau telefon bimbit pada bila-bila masa. Data
yang diingini juga boleh dimuat turun untuk kegunaan luar talian, aspek ini dapat
memudahkan guru-guru menjalankan tugas dengan lancar walaupun pada kawasan
yang kurang capaian talian. Dengan ini, kedua-dua persoalan kajian terjawab dan
objektif kajian juga tercapai. Hasil kajian ini memberikan impak terhadap sistem
pengurusan data pada masa depan terutamanya dalam bidang pendidikan. Kini, dunia
sedang mengalami revolusi perindustrian 5.0 dan perkara ini juga memberi impak
terhadap sistem pendidikan. Pendidikan yang memusatkan murid dan melibatkan
penggunaan teknologi telah semakin diberi tumpuan. Dengan ini, data selepas aktiviti
PdP akan menjadi sesuatu data yang berbilang besar dan penganalisis data menjadi
suatu bebanan kepada guru. Maka, sistem pengurusan data yang diperkenalkan dalam
kajian ini diharap dapat membantu guru menjalankan tugas dengan lebih berkesan.

RUJUKAN

Alwayi, Z. M., Embong, R., & Hashim, H. A. (2020). Perancangan Pengajaran Guru dalam
Pembelajaran dan Pemudahcaraan: Satu Kajian Rintis. Asian Journal of
Civilizational Studies, 3(1), 11-18.

Andriyani, D., Harahap, E., Badruzzaman, F. H., Fajar, M. Y., & Darmawan, D. (2019).
Aplikasi Microsoft Excel Dalam Penyelesaian Masalah Rata-rata Data
Berkelompok. Jurnal Matematika, 18(1), 41-46.

Asbulah, L. H. (2021). Tahap Pengetahuan Kolokasi Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar
Universiti Awam Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
(MJSSH), 6(7), 127-138.

Azhar Susanto, Meiryani (2019). Database Management System. International Journal of
Scientific & Technology Research, 8(6), 309-312.

Che Azizan, S. N., & Mohamad Nasri, N. (2020). Pandangan Guru Terhadap Pembelajaran
dalam Talian melalui pendekatan Home Based Learning (HBL) semasa tempoh
Pandemik COVID-19. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and
Literature, 11, 46-57. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol11.edisikhas.4.2020

Darusalam, G., & Hussin, S. (2018). Metodologi Penyelidikan Dalam Pendidikan: Amalan
Dan Analisis Kajian (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Habraken, J. (2019). Microsoft Office 2019 Inside Out. United Kingdom: Pearson Education,
Inc.

Handayani, I., Kusumahati, H., & Badriah, A. N. (2017). Pemanfaatan Google Spreadsheet
Sebagai Media Pembuatan Dashboard pada Official Site iFacility di Perguruan
Tinggi. Jurnal Ilmiah SISFOTENIKA, 7(2), 177-186.

Harvey, C. R., & Yan, L. (2019). A Census of the Factor Zoo. SSRN Electronic Journal, 1-7.
doi: 10.2139/ssrn.3341728

155

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

Hasnah Hussin (2020). Kesan Covid-19 Kepada Pelajar UMP: Satu Kajian Ringkas. Diakses

pada 10 Ogos 2021 daripada http://news.ump.edu.my/experts/kesan-covid-19-

kepada-pelajar-ump-satu-kajian-ringkas

Hwang, G. J., Yin, C. J., & Chu H. C. (2019). The era of flipped learning: promoting active

learning and higher order thinking with innovative flipped learning strategies and

supporting systems. Interactive Learning Environments, 27(8), 991-994.

Jamidi, F. J., & Surat, S., (2021). Efikasi Kendiri dan Keterlibatan Pelajar Belajar dalam

Talian Sepanjang Tempoh Kawalan Pergerakan COVID-19. Malaysian Journal of

Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(8), 80-92. doi:

https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i8.945.

Khamis, N., & Phang, F. A. (2021). Pengaruh Pemilihan Aliran dengan Minat, Sikap Dan

Persepsi Pelajar Tingkatan Tiga Terhadap Mata Pelajaran Fizik. Sains Humanika,

13(3), 61-69. doi: https://doi.org/10.11113/sh.v13n3.1813

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities.
Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607–610.

Li, Y., Kaneria, A., Zhao, X., & Manchaiah, V. (2019). Learning Drivers’ Behaviour Using

Social Network Service. Advance in Human Factors of Transportation. Proceeding

of the AHFE 2019 International Conference on Human Factors in Transportation,

USA, 341-350. doi: https://doi.org/10.1007/978-3-030-20503-4_32

Musa, W. A., & Othman, N. (2020). Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Kokurikulum

Sebagai Mediator Dalam Membentuk Sahsiah Pelajar. Jurnal Dunia

Pendidikan, 2(1), 195-203.

Noor, N., Beram, S., & Janan, D. (2021). Penerokaan & Pengesahan Instrumen Penerimaan

Aplikasi Flipgrid Berdasarkan Modifikasi Model Tam Dalam Pembentangan Video

Pelajar: Analisis Faktor Penerokaan (EFA). Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia

Pasifik, 9(2), 1-11.

Poochinya, P., & Ongkunaruk, P. (2021). The Improvement of The High Value-added Supply

Chain: A Cordyceps Beverage Case Study. The International Conference on

Materials Research and Innovation (ICMARI), 773, 1-5. doi: 10.1088/1757-

899X/773/1/012016

Robinson, C. D., Scott, W., & Gottfried, M. A. (2019). Taking it to the next level: A field

experiment to improve instructor-student relationships in college. AERA Open, 5(1),
1–15.

Samah Waleed Abu Salim, Mohd Zainuri Saringat, Salama A. Mostafa (2020). A

Comparative Study of Data Management Systems. Journal of Soft Computing and

Data Mining, 1(1), 10-16.

Titarenko, S., Tsys, D., Loboda, V., Khlus, N., Buzhyna, I., Kurilova, V., Butenko, H., Tsys,

N., & Kasyan, A. Improving the Quality of Physical Education Classes Using Google

Services in Higher Educational Institutions. Universal Journal of Educational

Research, 8(11), 5081-5091. doi: 10.13189/ujer.2020.081108

Torstein, L., Rannveig, G. S. (2019). Does the flipped classroom improve student learning

and satisfaction? A systematic review and meta-analysis. AERA Open, 5(3), 1-17.

United Nation (2020) Shared Responsibility, Global Solidarity: Responding to the Socio-

Economic Impacts of Covid-19. Diakses pada 10 Ogos 2021 daripada

https://www.un.org/sites/un2.un.org/files/sg_report_socio-

economic_impact_of_covid19.pdf

156

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Yaakub, M. Y., Hamzah, M. I. M., Nor, M. Y. M. (2020). Pengesahan Instrumen Soal Selidik
Kepimpinan Distributif Menggunakan Kaedah Fuzzy Delphi. Jurnal Kepimpinan
Pendidikan, 7(2), 58-70.

157

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

-13-
TEKNIK MEMPELAJARI AL QURAN MEMPENGARUHI MINAT

PELAJAR TERHADAP AL QURAN:
KAJIAN DALAM KALANGAN PELAJAR ISLAM
POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH

Khodzirah Binti Ahamd

Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Polimas)

ABSTRAK

Di Malaysia, kepelbagaian teknik belajar Al Quran diperkenalkan dan ada di
antaranya telah pun diguna pakai di dalam sistem pendidikan di sekolah. Pelbagai
teknik diperkenalkan bertujuan memudah dan memahirkan setiap individu Muslim
untuk membaca Al Quran dalam tempoh masa yang diperlukan, bergantung kepada
tahap penguasaan dan minat terhadap teknik yang dipelajari sehingga boleh membaca
Al Quran. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana teknik belajar Al
Quran yang dipelajari mempengaruhi minat pelajar terhadap Al Quran. Kajian ini
merupakan kajian tinjauan menggunakan kaedah soal selidik melalui borang online
yang melibatkan respondan seramai 120 orang pelajar Islam POLIMAS dalam
pelbagai jurusan pengajian. Dapatan kajian dianalisa menggunakan perisian
Statistical Package For Socila Science (SPSS). Nilai Cronbach Alpha yang diperolehi
daripada ujian ini akan menjadi penentu kebolehpercayaan setiap soalan yang telah
dikemukakan dalam questionnaire ini. Dapatan kajian mendapati teknik belajar
secara hattawiyah atau tradisional mendominasi berbanding teknik-teknik
kotemporari lain yang terdapat di Malaysia. Responden juga menunjukkan minat
yang amat tinggi terhadap Al Quran berdasarkan faktor kebolehan yang sederhana
dalam membaca Al Quran. Minat yang amat tinggi terhadap Al Quran sepatutnya
disusuli dengan memahami, mentadabbur dan menyebarkan risalah Al Quran. Hasil
kajian ini juga menunjukkan kepada semua pihak yang berkaitan untuk
memperkenalkan teknik yang lebih praktikal serta berkesan dalam menarik lebih
minat pelajar terhadap Al Quran bukan sekadar membaca dan membaiki mutu bacaan
malah mampu menghafaz dan menghayati kandungan Al Quran yang merupakan
mukjizat bagi ummat Islam.

Kata kunci: Teknik mempelajari Al Quran, Minat Terhadap Al Quran

158

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Allah S.W.T mengutus Nabi Muhammad S.A.W sebagai Rahmatan Lilalamin iaitu
rahmat kepada sekalian alam. Kerasulan baginda S.A.W bertunjangkan paling agung
iaitu Al Quran sebagai pedoman hidup kepada seluruh umat manusia. Melalui
malaikat Jibril A.S, Nabi Muhammad S.A.W diajarkan membaca Al Quran. Dalil
Naqli atau bukti autentik ialah Firman Allah SWT dalam Surah Al Hijr ayat 9 :

‫إِ َّنا نَ ْح ُن نَ َّز ْل َنا ال ِذ ْك َر َوإِ َّنا َلهُ لَ َحافِ ُظون‬
Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan sesungguhnya Kami
benar-benar memeliharanya.

Masalah penguasaan bacaan Al Quran yang tartil dalam kalangan masyarakat umum
merupakan satu realiti. Menurut Mohd Faisal, Zawawi & Rahimi (2008) Isu
permasalahan membaca Al Quran yang meliputi aspek kemahiran lisan, kelancaran
bacaan secara tadwir dan tartil di kalangan pelajar Islam berlaku sama ada di
peringkat rendah, menengah atau institusi pengajian tinggi. Pendapat ini disokong
dengan dengan satu kajian yang dijalankan oleh Unit Kemajuan Islam, UITM Shah
Alam (2002) menunjukkan terdapat sebilangan Mahasiswa UITM sesi pengambilan
November 2000 hingga April 2001 dikenalpasti tidak lancar membaca Alquran yang
mana dari 376 mahasiswa seramai 79 atau 21 peratus sahaja yang melepasi tahap
pembacaan lancar dan 89 peratus lagi tahap sederhana. Justeru teknik atau kaedah
yang pelbagai diperlukan dalam mempastikan pelajar Islam mampu menguasai Al
Quran sepenuhnya.

Kamus Dewan edisi ketiga mendefinisikan teknik adalah kaedah mencipta sesuatu
hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Bagi Hassan
Langgulung (1981) teknik adalah jalan untuk mencapai tujuan dengan melakukan apa
sahaja untuk memahamkan pelajar. Menurut Abdol Raof (1998) gabungan pelbagai
aktiviti pengajaran yang melibatkan strategi pendekatan, kaedah dan teknik akan
membawa pengajaran yang berkesan Abu Saleh 1988 menyatakan teknik adalah
aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah tersusun dan mempunyai
kemahiran dan latihan terancang. Dalam konteks mempelajari Al Quran teknik sangat
diutamakan bagi memastikan individu Muslim yang belajar Al Quran dengan teknik-
teknik tertentu dapat menguasai Al Quran dengan baik dan sempurna. Menurut
Yuhanis Mohd Yusof, 2002 menyatakan tahap penguasaan alquran adalah segala
aspek yang meliputi tajwid, taranum dan makhraj huruf dan pengetahuan menyeluruh
berkaitan Al Quran itu sendiri. Berdasarkan pernyataan Misnan Jemali (2005),
terdapat banyak kajian yang telah dijalankan di Negara ini berkaitan tahap
penguasaan dalam pembacaan Al Quran seperti kajian oleh Azman Wan Chik (1986),
Nor Kamaliah Mohamed (1987), Madihah Haji MOhamad (1992), Maimunah Ismail
(1995) dan Mohd Aderi Che Noh (2004).

Dapatan kajian semua pengkaji ini mendapati tahap penguasaan pembacaan Al Quran
dalam kalangan responden yang dikaji oleh mereka berada di tahap yang sederhana

159

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

dan agak lemah. Tahap sederhana dan agak lemah ini mempengaruhi minat pelajar
terhadap Al Quran. Kajian Aminah Idris (1997) menjelaskan minat dan sikap yang
sederhana terhadap program tilawah Al Quran tidak akan berjaya mengubah sikap
pelajar terhadap nilai-nilai Islam sepenuhnya. Menurut Mushgrove (1965) pengaruh
persekitaran dan peranan keluarga memainkan peranan penting dalam menentukan
minat dan pencapaian keupayaan akademik seseorang. Syeikh Abdullah Nasih Ulwan
dalam kitabnya Tarbiyatul Awlad Fil Islam menerangkan bahawa tanggungjawab
utama ibubapa adalah untuk memastikan anak-anak mereka dapat membaca,
memahami dan beramal dengan Al Quran sejak mereka masih kecil lagi.

Menurut pendapat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal agama Datuk Sri
Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri (Utusan Malaysia online (komuniti Nasional
bertarikh:12 September 2020) menyatakan pendekatan dan pembelajaran Al Quran
harus di pelbagaikan bagi membolehkan anggota masyarakat berkemampuan
menghafaz dan menghayati kitab suci Al Quran. Kajian mereka juga mendapati faktor
utama yang menyumbang kepada situasi ini ialah teknik pembelajaran atau kaedah
penyampaian ilmu Al Quran kurang berkesan. Justeru pelbagai kaedah moden telah
diperkenalkan bagi menyelesaikan masalah ini seperti Kaedah Qiraati, Kaedah
Baghdadiyah, Kaedah Hattawiyah, Kaedah Pannipati dan lain-lain lagi.

SOROTAN KAJIAN

Kaedah Baghdadi / Baghdadiyah

Kaedah ini dikatakan sebagai Kaedah Pembelajaran Al Quran yang tertua. Pernyataan
merujuk kepada kaedah yang digunakan oleh Malaikat Jibril A.S ketika mengajarkan
baginda Rasulullah SAW untuk kali pertama di Gua Hira’. Justeru kaedah ini amat
popular digunakan di Kota Baghdad yang pada ketika itu terkenal sebagai kota ilmu
Islam. Kaedah ini merujuk kepada guru membaca dan dikuti oleh murid secara thalaqi
atau musyafahah. Menurut Mustaffa Abdullah (2014) sejarah perkembangan
pendidikan Al Quran di Malaysia terangkum dalam sejarah berkembangnya
pendidikan Islam yang bermula sejak Islam bertapak di Alam Melayu. Ianya
diasaskan oleh Abu Mansur Hifzul Fiqry Al Baghdadi pada tahun 376 Hijriah pada
zaman pemerintahan Bani Abasiah dan dikenali sebagai Kaedah Baghdadi.

Kaedah Qiraati

Kaedah Qiraati pula diperkenalkan pada tahun 1963 di Semarang, Indonesia oleh
seorang guru Al Quran yang bernama Bapak Haji Dachlan Salim Zarkasyi. Melalui
kaedah ini pelajar di ajar secara bersistematik. Ungkapan atau patah-patah ayat Al
Quran diajar secara berperingkat berkonsepkan mudah kepada yang lebih susah.
Pelajar akan diajar menggunakan buku yang telah dipecahkan kepada beberapa
peringkat sehingga akhirnya pelajar dapat membaca Mushaf Al Quran Usthamani.

160

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Menurut Dr. Harun Din (1991), Kaedah Qiraati merupakan satu alternatif untuk
membantu generasi baru menguasai pembacaan Al Quran dengan berkesan. Ustaz
Masruh bin Ahmad adalah individu yang bertanggungjawab memperkenalkan kaedah
ini di Malaysia dengan saya sebagai Penasihat Qiraati Malaysia.

Kaedah Iqra’

Kaedah Iqra’ atau cara cepat belajar Al Quran Rasm Uthmani juga adalah berasal dari
Indonesia. Ianya merupakan Kaedah Qiraati yang diberi nafas baru. Beberapa orang
pengajar Al Quran mendapati Kaedah Qiraati mempunyai kelemahan khususnya
dalam makhraj huruf hijaiyah. Elemen yang dianggap kurang penting telah
digugurkan dan diganti dengan elemen yang difikirkan dapat membantu pelajar
mengenal Al Quran. Justeru, Kaedah Iqra’ diperkenalkan pada tahun1984 sebagai
kaedah alternatif untuk mempelajari Al Quran. Kaedah ini telah dinaiktarafkan
sebagai kaedah Qiraati pada tahun 1991.

Kaedah Hattawiyah

Sementara kaedah Hattawiyyah pula adalah satu kaedah membaca Al Quran dengan
berpandukan tulisan rumi. Kaedah ini diperkenalkan bagi membantu pelajar yang
terlalu lemah dalam tulisan jawi. Oleh kerana itu syarat utama untuk mengajar atau
menggunakan kaedah ini ialah pelajar tersebut benar-benar buta Al Quran dan pelajar
tersebut boleh membaca rumi. S. Soesilawati (2013) dari Sekolah Tinggi Agama
Islam Negeri Gajah Putih, Takengon, Acheh Tengah menulis dalam kajiannya
bahawa Kaedah Hattawiyah ini diperkenalkan oleh Drs. Haji Mohd Usman dari Riau
Sumatera sekitar tahun 1974.

Kaedah Nurani/Panipati

Kaedah Nurani amat popular di kalangan penghafaz Al Quran dan digunakan dengan
meluas di India, Pakistan, Afrika dan di beberapa belahan dunia. Pada masa ini, guru
utama yang mengembangkan kaedah ini ialah Syeikhul Qari Maulana Muhammad
Yaasin yang mempelajari kaedah ini dari guru beliau Syeikhul Qari Maulana Abdul
Rahim Bakhs yang bersanad sehingga Baginda Nabi SAW. Dato’ Mursyid Di Raja
Dato’ Syeikh Hasbullah bin Haji Abdul Halim, Timbalan Yang Dipertua Majlis
Agama Islam Negeri Kedah (2016) menyebut bahawa Kaedah Nurani atau juga
dipanggil sebagai aliran Panipati merupakan kaedah pembelajaran Al Quran yang
amat berkesan dan telah digunapakai di banyak negara Timur Tengah.

Diharapkan melalui kajian ini pengkaji dapat mengetahui teknik yang paling
bersesuaian untuk mempengaruhi minat pelajar terhadap Al Quran dan seterusnya
menyumbang kepada penghayatan Al Quran sebagai sumber ilmu yang sangat baik
dan menyumbang kepada nilai-nilai positif dalam diri mereka seterusnya

161

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

memberikan kesan yang baik kepada diri, masyarakat, keluarga dan pembangunan
negara apatah lagi dalam suasana akhir zaman yang penuh dugaan dan cabaran

PENYATAAN MASALAH

Fenomena tidak berminat atau kurangnya minat terhadap Al Quran merupakan satu
fenomena yang amat membimbangkan dalam kalangan generasi muda pada hari ini.
Justeru Al Quran yang mulia ini adalah mukjizat yang menjadi panduan untuk
kejayaan hidup insan di dunia dan akhirat. Tinjuan berasaskan pemerhatian
menunjukkan hilangnya minat terhadap Al Quran ini berpunca dari lemahnya
penguasaan dalam membaca dan memahami Al Quran.

Pemerhatian menunjukkan setiap individu yang akan memulakan pengajian Al Quran
tidak pernah melalui sebarang Ujian Diagnostik bagi menentukan teknik belajar yang
sesuai dengan kesediaan belajar mereka dari segi kognitif. Keseluruhan pelajar
diletakkan dalam aras dan teknik yang sama tanpa mengambil kira keupayaan belajar
mereka. Terdapat pelajar yang boleh menguasai Al Quran melalui teknik tanpa
pilihan ini. Tetapi pemerhatian saya mendapati masih terdapat kelompok yang gagal
menguasai Al Quran dengan baik. Kelompok yang tidak dapat menguasai Al Quran
dengan baik ini akhirnya akan menjadi kelompok yang tidak memberi perhatian
terhadap Al Quran lantaran hilang minat.

Pakar-pakar dalam pendidikan seperti Robert Gagne menyebut, teknik pembelajaran
setiap individu adalah tidak sama bagi individu yang berbeza. Gagne (1977) pernah
mengemukakan perspektifnya tentang belajar. Salah satu definisi belajar yang cukup
ringkas namun mudah diingat adalah yang dikemukakan oleh Gagne: “Learning is
relatively permanent change in behaviour that result from past experience or
purposeful instruction”. Belajar adalah suatu masa lalu atau pun dari pembelajaran
yang bertujuan/direncanakan. Pengalaman diperoleh individu dengan lingkungan,
baik yang tidak direncanakan maupun yang direncanakan, sehingga menghasilkan
perubahan yang bersifat relatif menetap.

Lazimnya sesorang pelajar Al Quran dihantar memulakan pembelajaran tanpa
sebarang rujukan terhadap kebolehan kognitif pelajar tersebut. Ini menjadikan pelajar
yang belajar melalui teknik yang tidak serasi dengannya tidak dapat menguasai Al
Quran dengan baik dan lama kelamaan pelajar ini akan hilang minat untuk membaca
dan menguasai Al Quran secara keseluruhannya.

Kajian saya yang berkaitan teknik-teknik pembelajaran Al Quran yang diamalkan
oleh Masyarakat Malaysia ini adalah bertujuan membuktikan pengaruh teknik
pembelajaran Al Quran ini sebenarnya mempunyai perkaitan dengan kebolehan
pelajar menguasai Al Quran serta minat mereka terhadap Al Quran. Semoga kajian
ini dapat membantu pengajar Al Quran menentukan kaedah yang bersesuaian dengan

162

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

aras kognitif pelajar mereka dalam mebangkitkan minat yang mendalam terhadap Al
Quran secara keseluruhannya.

Objektif Kajian

a. Untuk mengenalpasti teknik belajar Al Quran yang paling bersesuaian untuk
menarik minat terhadap Al Quran

b. Mengenalpasti tahap kecenderungan dan minat pelajar terhadap Al Quran
c. Mengenal pasti sama ada wujud signifikan antara teknik membaca Al Quran

dan minat pelajar terhadap Al Quran

Persoalan Kajian

Persoalan kajian adalah mengenai persoalan berikut :
a. Apakah teknik pembelajaran awal Al Quran dalam kalangan pelajar
b. Apakah sikap pelajar terhadap Al Quran
c. Apakah signifikan terhadap teknik membaca Al Quran dan minat pelajar

terhadap Al Quran.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini dijalankan terhadap pelajar muslim Politeknik Sultan Abdul Halim
Muadzam Shah yang melibatkan 120 orang pelajar sesi Jun 2020 yang terdiri
daripada pelbagai bidang di 3 jabatan iaitu Jabatan Perdangangan, Jabatan
Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrik.

Populasi dan Sampel Kajian

Populasi ditakrifkan sebagai kumpulan individu yang memiliki ciri-ciri yang tertentu
(Azizi yahya et al., 2007). Sampel pula ialah bahagian kecil yang mewakili populasi
berkenaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Oleh kerana jumlah populasi yang sangat
besar, penyelidik hanya mengambil 120 orang sahaja sebagai responden. Untuk
mendapat sampel di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan persampelan secara
rawak mudah dengan menngunakan instrument borang online bagi memungut data.
Instrumen berfungsi sebagai alat pengukur dan menjadi alat perantaraan antara
penyelidik dan peserta kajian. Pemilihan 120 orang respondan daripada keseluruhan
pelajar muslim berjumlah lebih kurang 1000 pada sesi tersebut. Menurut Mohd Najib
Abdul Ghafar (1999), jumlah 30% sampel sudah mencukupi. Oleh yang demikian
penyelidik berpendapat jumlah tersebut mampu mewakili populasi.

163

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

Instrumen Kajian

Instrumen kajian merupakan alat untuk mendapatkan data dari sampel kajian.
Menurut Mohd Najib Abdul Ghafar (1999), instrument kajian juga menentukan jenis
data yang diperolehi dan ini mempengaruhi jenis analisis penyelidik. Semasa
melaksanakan kajian ini, terdapat dua jenis data diperlukan iaitu data primer dan
sekunder

1. Pengumpulan data primer

Kaedah soal selidik digunakan dalam kajian ini. Menurut Mohd Majid
Konting (1994) soal selidik merupakan alat ukur yang digunakan dalam
penyelidikan pendidikan bagi mendapatkan maklumat berkenaan fakta-fakta,
kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya. Penyelidik boleh
menggunakan instrumen yang telah dibina oleh orang lain atau membinanya
sendiri.

2. Pengumpulan Data Sekunder

Bagi mendapatkan maklumat tertentu, data yang dikumpul dan sesuai bagi
menyokong penyataan tersebut. Data ini diperolehi melalui buku rujukan,
akhbar, majalah, makalah, laporan dan penyelidikan, risalah dan lain-lain.

Set soal selidik ini diedarkan kepada pelajar sesi Jun 2020 untuk mendapatkan data.
{merujuk kepada jadual penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan 1970}

Set soalan ini dibahagikan kepada 2 bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian
A mewakili demografi respondan iaitu jantina, umur dan kaum.

Bahagian A

Jadual 1: Jantina responden

Jantina Responden Bilangan

Lelaki 45
Perempuan 75

Jumlah 120

164

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

Jadual 2: Umur responden

Umur Bilangan

19-20 tahun 79
21-22 tahun 28
23-25 tahun 12
26 tahun dan ke atas
1

Jumlah 120

Jadual 3: Kaum responden

Kaum Bilangan

Melayu 117
India Muslim 1
Lain-lain 2

Jumlah 120

Bahagian B

Set soalan bahagian B mewakili kaedah awal belajar Al Quran, kebolehan membaca
Al Quran, pembacaan dengan hukum tajwid yang betul, pendidikan awal, kekerapan
membaca Al Quran dan sikap terhadap Al Quran.

Jadual 4: Soalan kaedah awal belajar Al Quran

Kaedah awal belajar awal Al Quran Bilangan

Kaedah Al Baghdadi 5
Kaedah Panipati 1
Kaedah Qiraati 53
Kaedah Tradisional 61

Jumlah 120

165

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

Jadual 5: Soalan kebolehan membaca Al Quran

Kebolehan membaca Al Quran Bilangan

Lancar 31
Sederhana 79
Tersekat-sekat 10

Jumlah 120

Jadual 6: Soalan pembacaan dengan hukum tajwid yang betul

Pembacaan hukum tajwid yang betul Bilangan

Lancar 31
Sederhana 79
Tersekat-sekat 10

Jumlah 120

Jadual 7: Soalan pendidikan awal Al Quran

Pendidikan awal Al Quran Bilangan

Belajar sendiri 13
Pengajian KAFA 40
Pengajian tradisional (kampung) 50
Pusat pengajian Al Quran 17

Jumlah 120

Jadual 8: Soalan kekerapan membaca Al Quran

Kekerapan membaca Al Quran Bilangan

Setiap hari 26
Sekali sekala 80
Amat Jarang 14

Jumlah 120

166

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

Jadual 9: Soalan sikap terhadap Al Quran

Sikap terhadap Al Quran Bilangan

Amat berminat 63
Berminat 52
Kurang berminat 5

Jumlah 120

ANALISIS DAN PERBINCANGAN

Dalam kajian ini, sebanyak 6 soalan telah dikemukakan kepada 120 responden yang
berbeza latar belakang jantina, umur dan kaum. Semua maklum balas yang diterima
telah dikumpul untuk pelaksanaan Ujian Kebolehpercayaan (Reliability Test)
menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Nilai Cronbach
Alpha yang diperoleh daripada ujian ini akan menjadi penentu kebolehpercayaan
setiap soalan yang dikemukakan dalam questionnaire ini.

Berikut merupakan keputusan Ujian Kebolehpercayaan (Reliability Test) yang
dijalankan untuk menguji soalan-soalan yang dimuatkan dalam questionnaire,
samada boleh dipercayai atau tidak sekaligus mempengaruhi keputusan kajian yang
dijalankan. Hasil ujian perlu berada dalam julat Cronbach Alpha untuk memastikan
kebolehpercayaan di tahap yang diperlukan. Berikut merupakan julat yang ditetapkan
untuk nilai Cronbach Alpha:

Nilai Penerangan
Cronbach Alpha
Cemerlang
α > 0.9 Bagus
α > 0.8 Boleh diterima
α > 0.7 Boleh dipersoalkan
α > 0.6 Lemah
α > 0.5 Tidak boleh diterima
α < 0.5

(Sumber: Sekaran & Bougie, 2009)

Secara asas, nilai Cronbach Alpha melebihi 0.7 adalah diperlukan untuk sesuatu
questionnaire menghasilkan keputusan maklum balas yang boleh dipercayai. Untuk
kajian ini, kesemua soalan telah diuji dan nilai Cronbach Alpha untuk keseluruhan

167

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

data yang dikumpul dari questionnaire ini adalah 0.867, yang mana nilai ini berada
pada julat bagus dan boleh dipercayai.

Selain itu, nilai Cronbach Alpha untuk setiap soalan secara individu juga berada pada
julat bagus, iaitu antara 0.8 ke 0.9. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa semua data
yang dikumpulkan dalam kajian ini adalah boleh dipercayai (reliable).

DAPATAN KAJIAN DAN CADANGAN
Berdasarkan analisa yang telah dibuat, julat dari Alpha Cronbach menunjukkan
pengaruh teknik pembelajaran Al Quran amat mempengaruhi kebolehan membaca
atau menguasai Al Quran. Ini secara jelas memberi impak terhadap minat pelajar

168

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

terhadap Al Quran. 61 peratus dari sampel kajian menunjukkan teknik pembelajaran
Al Quran secara Bahgdadiyah atau tradisional ini adalah yang paling meluas
digunapakai dalam kalangan masyarakat Malaysia. Apa yang membimbangkan ialah,
penggunaan teknik ini secara meluas telah menunjukkan julat bagi kekerapan
membaca Al Quran bagi persampelan ini amat rendah. Kekerapan membaca Al Quran
ini sebenarnya menjadi petunjuk kepada kejayaan sesuatu teknik dalam mempelajari
Al Quran. Walaupun pada bahagian minat menunjukkan julat peratusan yang
menjawab bahawa mereka minat mereka terhadap Al Quran mencapai 63 peratus. Ini
tidak memberi erti apa-apa kerana minat sahaja tidak memadai. Ianya mestilah di
susuli dengan tindakan yakni membaca, memahami, mengamal dan menyebarkan
kandungan Al Quran itu sendiri.

Fenomena ini amat merisaukan pihak-pihak yang berkaitan seperti JAKIM, Institut
Kefahaman Al Quran dan Pusat Pengajian Al Quran. Ahli agama harus segera
menilai semula dan mengenal pasti teknik yang lebih relevan selaras perkembangan
arus perdana. Pendidikan Al Quran harus dinaik taraf supaya minat pelajar terhadap
Al Quran tidak statik. Fenomena tidak berminat terhadap pembacaan Al Quran
adalah berpunca dari buta Al Quran. Satu perkara yang patut diberi perhatian ialah
cara bagaimana ilmu Al Quran itu diperkenalkan kepada pelajar sehingga mereka
merasakan pembelajaran Al Quran itu satu hal yang sukar dan membebankan. Pada
hal Al Quran itu adalah wahyu Allah SWT yang jika dipelajari, dibaca dan diamalkan
dengan sempurna akan mendatangkan manfaat dan kelazatan kepada setiap individu.
Hal ini perlu diberi perhatian serius dan pemilihan kaedah yang betul perlu diambil
untuk memperbaiki keadaan ini.

Dalam kajian kali ini saya ingin mencadangkan supaya Kaedah Nurani diberi
perhatian untuk dikaji keberkesanannya. Kaedah pembelajaran asas Al Quran ini
telah diamalkan secara meluas di Timur Tengah, Afrika, India dan Pakistan. Kaedah
ini amat popular di kalangan pelajar Tahfiz Al Quran yang belajar menghafaz Al
Quran melalui pengajian aliran Panipati. Mengikut setengah riwayat, Kaedah Nurani
ini dikatakan kaedah bagaimana Jibril A.S mengajari Nabi Muhammad SAW
membaca untuk kali yang pertama di Gua Hira’. Lazimnya, melalui Kaedah Nurani
seorang pelajar akan diajar mengenal huruf-huruf hijaiyyah dan menyebut ayat-ayat
dengan sebutan yang tepat dan bertajwid. Ayat-ayat terpilih dikumpulkan dalam
sebuah buku kecil yang dipanggil buku “Kaedah Nurani”. Sepanjang tempoh
beberapa bulan pelajar akan dilatih tubi menyebut huruf dan ayat-ayat terpilih dengan
tepat. Setelah menjalani latihan ini selama tiga atau empat bulan, barulah pelajar
diajarkan untuk membaca Al Quran. Ini mungkin akan dapat membantu menaikkan
julat Alpha Cronbach yang menunjukkan kebolehan membaca dengan tajwid yang
betul masih berada di tahap yang rendah.

Hasil kajian mendapati, pelajar yang melalui proses pembelajaran menggunakan
kaedah ini akan lebih mengenali Al Quran, mudah untuk membaca selain dapat

169

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

menyebut huruf-huruf arab dengan tepat dan bertajwid. Sekiranya kaedah ini
diajarkan kepada masyarakat umum khususnya para pelajar Politeknik Sultan Abdul
Halim Mu’adzam Shah dengan cara yang betul, kita amat yakin masalah buta Al
Quran ini dapat dikurangkan ke tahap yang paling minima. Masalah kurang minat
dengan Al Quran juga dapat diatasi apabila pelajar tahu membaca dan dapat merasai
sendiri nikmat pembacaan Al Quran ini.

KESIMPULAN

Kajian ini bermanfaat secara umumnya kepada para pengajar dan pelajar Al Quran
kerana hasil daripada dapatan kajian ini membolehkan pihak tertentu untuk
mengambil langkah yang sewajarnya bagi meningkatkan minat dan penguasaan
pelajar dalam kemahiran Al Quran. Manakala setiap pelajar yang beragama Islam di
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sedar akan kepentingan penguasaan
Al Quran dalam kehidupan. Sememangnya menjadi tanggungjawab setiap umat Islam
untuk menguasai ilmu Al Quran dengan baik dan saling membantu dalam
menyebarkan ilmu kepada orang lain. Hal ini bagi memastikan setiap kita dapat
beriman dan beramal dengan sumber wahyu yang agung iaitu Al Quran Nul Karim.

RUJUKAN

Abdul Raof Dalip. (1998). Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Agama Islam di Sekolah
Menengah. UKM: Bangi

Ajmain Safar (1996). “Program Membudayakan Al Quran Di Kalangan Mahasiswa Universiti
Teknologi Malaysia.” Universiti Teknologi Malaysia: Laporan Penyelidikan.

Aminah Idris. (1997). Penilaian Program Tilawah Al Quran Sekolah Menengah Rendah.
UKM: Bangi.

Awang Had Salleh. (1986). Kaedah Kaunseling yang Kemaskini, Kertas kerja Seminar ke-2
Kaunseling USM, Pulau Pinang.

Mohammad Naim Mat Salleh. (2003). Pencapaian Tilawah Al Quran Melalui Penggunaan
Kaedah Iqra’ di Sekolah-Sekolah Rendah Kebangsaan Daerah Setiu,
Terengganu.UKM: Bangi.

Mohd Aderi Che Noh & Rohani Ahmad Tarmizi. (2009). Persepsi pelajar terhadap amalan
pengajaran tilawah Al Quran. Jurnal Pendidikan Malaysia. UKM: Bangi.

Mohd Faisal, Mohammad Zawawi & Rahimi. (2008). Celik Al Quran: Cabaran dan Realiti
dalam Pendidikan Islam di Sekolah. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Mohd Zainul Arifien bin Mohd. (2006). Kaedah Pembelajaran Tajwid dan Hafazan Al Quran.
Fakulti Pendidikan: UKM.

Muhammad Fauzan Abdul Wahid. (2006). Meningkatkan Kemahiran Membaca Al Quran
Menerusi Latihan Amali & Tasmik Al Quran. Institut Perguruan Bahasa-Bahasa:
Kuala Lumpur.

Siti Haryaney Bachok @ Daud (2001). “Tahap Penguasaan Pembacaan Al Quran Di Kalangan
Pelajar Sekolah Menengah Johor Bahru: Satu Tinjauan.” Universiti Teknologi
Malaysia: Laporan Projek Ijazah Sarjana Muda.

Dr Yuberti M.Pd. (2014). Teori Pembelajaran dan Pengembangan Bahan Ajar Dalam
Pendidikan. Anugerah Utama Raharja (AURA).

170

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

-14-
HUBUNGAN PROFESIONALISME DAN PENGURUSAN DALAM
KALANGAN PENYELIA KAFA (KELAS AL-QURAN DAN FARDU

AIN) JAKIM

Bani Hidayat bin Mohd Shafie PhD

IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi, Selangor

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan tahap profesionalisme dan pengurusan
penyelia KAFA JAKIM di di Malaysia. Kajian ini memfokuskan tiga aspek iaitu
tahap pengetahuan, pengurusan, dan penyeliaan. Kajian menggunakan soal selidik
sebagai instrumen kajian. Kajian ini telah melibatkan 384 orang penyelia KAFA dari
dari 6 zon di Malaysia iaitu Zon utara, Zon tengah, Zon Selatan, Zon Timur, Zon
Sabah dan Sarawak. Statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratusan, min dan sisihan
piawai serta statistik inferensi korelasi Pearson digunakan dalam melaporkan dapatan
kajian. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa min bagi ketiga-tiga aspek adalah
tinggi iaitu: pengetahuan: (min=4.42, sp=0.446), pengurusan: (min=4.40, sp=0.416),
dan penyeliaan (min=4.47, sp=0.493). Terdapat hubungan yang kukuh signifikan
(r=0.627, p<0.01) antara profesionalisme dengan pengurusan penyelia KAFA.
Implikasi kajian ialah profesionalisme penyelia KAFA perlu dipertingkatkan melalui
bengkel, kursus latihan yang berkala dan berfokus. Usaha-usaha ini mampu untuk
memperkasakan kewibawaan dan kompetensi penyelia KAFA dalam memartabatkan
pendidikan sekolah KAFA JAKIM di Malaysia.

Kata kunci: Penyelia KAFA, Pengetahuan, Pengurusan, Profesionalisme,
Penyeliaan. JAKIM

PENDAHULUAN

Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) diuruskan secara seragam di seluruh negara
oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-negeri yang diselaraskan oleh Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM) melalui Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan
Pendidikan Agama Islam (LEPAI) yang mula dilaksanakan pada tahun 1990 di
seluruh negara. Penekanan ditumpukan kepada pendidikan agama secara latihan
amali dan kemahiran membaca al-Quran dengan bertajwid disamping memberi
kemahiran dalam menulis dan membaca jawi. Ia ditujukan bagi kanak-kanak yang
berumur di antara 7 hingga 12 tahun atau murid darjah 1 hingga 6 di sekolah
kebangsaan.

171

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Matlamat kelas KAFA adalah untuk membantu memperkukuhkan lagi asas-asas
pembelajaran al-Quran dan pendidikan Islam yang diajar di Sekolah rendah
kebangsaan. Begitu juga matlamat kelas KAFA selaras dengan matlamat Falsafah
Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang mahu melahirkan
insan yang kamil dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (Kementerian
Pendidikan Malaysia 2005, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.2011). Ia juga
bertepatan juga dengan tujuan akhir daripada matlamat Pendidikan Islam adalah
menjadikan seseorang muslim tunduk kepada Allah SWT baik secara peribadi,
komuniti dan juga seluruh umat manusia (Azyumardi Azra, 2014).

PERMASALAHAN KAJIAN

Penyelia KAFA dilantik oleh JAKIM bertanggungjawab untuk memantau
pelaksanaan Kelas KAFA di peringkat pusat, negeri dan daerah. Penyelia KAFA yang
dilantik oleh JAKIM berdasarkan Garis Panduan ini dan Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 2 Tahun 2008, Dasar dan Prosedur Pelantikan secara kontrak (Contract of
Service) serta tertakluk kepada Pekeliling-Pekeliling Penjawat Awam yang berkuat
kuasa; Tugas-tugas hakiki sebagai penyelia KAFA, pengurusan pemantauan,
pengurusan peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK), pengurusan
latihan/program Keguruan, hal ehwal urus tadbir KAFA, pengurusan Sistem
Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI), kewangan dan Tatatertib.(JAKIM, 2011)

Jumlah murid KAFA sekarang berjumlah 973,555 orang, manakala guru KAFA
berjumlah seramai 31,460 yang bertugas di 5,609 premis yang beroperasi sebagai
kelas KAFA di Malaysia (Utusan, 2018). Dari segi hari pengajaran dan pengajaran
kelas KAFA terdapat perbezaan antara negeri-negeri. Pelaksanaan kurikulum Kelas
KAFA agak berbeza dengan pelaksanaan pendidikan di sekolah kebangsaan di arus
perdana. Ia memperuntukkan masa minimanya selama 360 minit seminggu
berbanding dengan masa 240 minit seminggu dalam mata pelajaran Pendidikan Islam
sekolah rendah KSSR. Ia dilaksanakan dipelbagai tempat seperti Sekolah
Kebangsaan, Sekolah Agama, masjid, surau, dewan orang ramai/balai raya, rumah
persendirian dan bangunan KAFA sendiri.

Peranan Penyelia KAFA amat penting dalam menggerakkan dan menguruskan Guru
serta kelas KAFA. Isu-isu kompetensi penyelia KAFA , pengurusan, P&P ,penyeliaan
dan pemantauan masih perlu ditinjau dengan lebih mendalam untuk memastikan
Matlamat Kelas KAFA dapat direalisasikan dengan jayanya.Namun apa yang berlaku
menerusi kajian yang berterusan sejak tahun 2010 sehingga 2020 daripada pelbagai
institusi dan penyelidik menunjukkan bahawa tahap kompetensi kalangan penyelia
KAFA masih boleh diperbincangkan terutamanya profesionalisme iaitu daripada
aspek keilmuan, pengurusan, Pengajaran dan Pembelajaran dan pengurusan.
penyelia KAFA sebagai pengurus dan pentadbir namun juga bukan sahaja
bertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu dan bimbingan berkaitan PdP dan

172

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

pembinaan sahsiah Guru dan juga pelajar.(Mohammad Fazli 2000,Nidzamuddin
2004, Nazlina 2012, Hafizul Rasdi 2013; Ruzaimah, 2017).Justeru, kajian ini akan
mengenalpasti tahap profesionalisme dan pengurusan Penyelia KAFA di Malaysia.

Objektif Kajian

1. Mengenalpasti sejauhmana tahap penyelia KAFA dalam aspek pengetahuan.
2. Mengenalpasti sejauhmana tahap tahap penyelia KAFA dalam aspek

pengurusan.
3. Mengenalpasti sejauhmana tahap penyelia KAFA dalam aspek penyeliaan.
4. Mengenalpasti hubungan yang signifikan antara tahap profesionalisme

dengan pengurusan dalam kalangan penyelia KAFA.

Soalan Kajian

1. Bagaimanakah tahap penyelia KAFA dalam aspek pengetahuan?
2. Bagaimanakah tahap tahap penyelia KAFA dalam aspek pengurusan?
3. Bagaimanakah tahap tahap penyelia KAFA dalam aspek penyeliaan?
4. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap profesionalisme

dengan pengurusan dalam kalangan penyelia KAFA?

Hipotesis Kajian

1. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap profesionalisme
dengan pengurusan dalam kalangan penyelia KAFA

METODOLOGI

Kajian ini adalah satu kajian berbentuk tinjauan yang melibatkan pentadbiran soal
selidik kepada penyelia KAFA. Mohd. Majid (2000) berpendapat bahawa kelebihan
utama menggunakan soal selidik ini ialah mudah ditadbir, mudah memperoleh
kerjasama responden dan soalan-soalan yang dikemukakan serta cadangan-cadangan
jawapan yang diberi memudahkan subjek menjawab dengan tepat dan cepat.
(Wiersma 2000).

Data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif yang
melibatkan analisis kekerapan, peratusan dan min. Nilai alfa Cronbach yang
diperoleh bagi pelbagai bahagian dalam soal selidik penyelia KAFA adalah seperti
yang tertera dalam Jadual 1:

173

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

Jadual 1: Tahap kebolehpercayaan instrumen kajian

Aspek Cronbach's Bil. Item
Alpha
1. Pengetahuan 10
2. Pengurusan 0.856 10
3. Penyeliaan 0.810 10
0.823

Profil Responden

Jadual 2: Bilangan responden penyelia KAFA mengikut Zon di Semenanjung Malaysia

Zon N %

Utara 76 19.8
Tengah 87 22.7
Timur 72 18.6
Selatan 70 18.2
Sabah 45 11.6
Sarawak 34 8.9
Jumlah 384 100

Kajian ini melibatkan seramai 384 orang Penyelia KAFA yang mewakili 6 zon di
Malaysia iaitu zon utara, tengah, selatan, timur, Sabah dan Sarawak. Penyelia KAFA
yang mewakili zon utara adalah seramai 76 orang (19.8%), zon tengah seramai 87
orang (22.7%), zon timur seramai 72 orang (18.6%), zon selatan seramai 70 orang
(18.2%), zon Sabah seramai 45 orang (11.6%) dan zon Sarawak seramai 34 orang
(8.9%).

Jadual 3: Bilangan responden guru mengikut pengalaman mengajar

Pengalaman Penyelia N%

1 hingga 3 tahun 84 21.8
4 hingga 6 tahun 112 29.1
7 tahun ke atas 188 49.1
Jumlah 384 100

Daripada segi pengalaman penyelia KAFA, Jadual 3 menunjukkan seramai 84 orang
(21.8%) guru berpengalaman antara 1 – 3 tahun, 112 orang (29.1%) berpengalaman
antara 4 – 6 tahun manakala 188 orang (49.1%) berpengalaman 7 tahun ke atas. Jadual

ini menunjukkan bahawa penyelia KAFA berpengalaman atas 7 tahun paling ramai

terlibat dalam kajian ini.

Analisis statistik deskriptif digunakan untuk melaporkan dapatan menggunakan
peratus, min dan sisihan piawai. Min yang diperoleh ditafsirkan menggunakan cara

174


Click to View FlipBook Version