The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by skymangrace, 2022-04-03 22:19:49

FULL article eSAHConfEd'21 - Vol. 2

FULL article eSAHConfEd'21 - Vol. 2

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

interpretasi dapatan statistik deskriptif yang dicadangkan oleh Nunally (1976) dan
diguna pakai oleh Azhar (2006) seperti jadual 5 berikut:

Jadual 4: Interpretasi skor min bagi melaporkan dapatan deskriptif statistik

Skor Min Interpretasi
1.00 – 2.00 Rendah (R)
2.01 – 3.00 Sederhana Rendah (SR)
3.01 – 4.00 Sederhana Tinggi (ST)
4.01 – 5.00 Tinggi (T)

Sumber: Nunally (1976)

DAPATAN KAJIAN

Pengetahuan

Dapatan kajian yang diperoleh telah digunakan untuk menjawab objektif kajian
pertama iaitu mengenalpasti pengetahuan Penyelia KAFA.

Jadual 5: Taburan skor min dan sisihan piawai bagi kekerapan penyelia KAFA dalam aspek
pengetahuan

Item Kekerapan (N=384) Min SP Tahap

Bil. STS TS KS S SS

1 23 4 5

Falsafah pengajian

B1 kelas Al-Quran dan 0 0 7 217 160 4.39 0.526 T

fardhu Ain (KAFA)

B2 Wawasan Pengajian 0 0 7 206 171 4.42 0530 T
KAFA

B3 Gagasan Pengajian 0 0 13 208 163 4.38 0.553 T
KAFA

B4 Matlamat Pendidikan 0 0 7 192 185 4.46 0.534 T
Islam KAFA

B5 Tumpuan Pendidikan 0 0 0 222 162 4.46 0.534 T
KAFA

B6 Peneguhan Pendidikan 0 0 0 245 139 4.43 0.494 T
KAFA

B7 Kandungan objektif 0 0 7 222 155 4.36 0.481 T
Pendidikan KAFA

Falsafah pengajian

B8 kelas Al-Quran dan 0 0 0 198 186 4.49 0.500 T

fardhu Ain (KAFA)

B9 Wawasan Pengajian 0 0 0 210 174 4.45 0.490 T
KAFA

B10 Gagasan Pengajian 0 0 0 197 187 4.48 0.501 T
KAFA

Min Keseluruhan 4.42 0.446 T

175

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

Dapatan daripada jadual 5 di atas menunjukkan skor min tertinggi bagi pengetahuan
Penyelia KAFA ialah adalah skor min 4.49 bagi item B8 iaitu Falsafah pengajian
kelas Al-Quran dan fardhu Ain (KAFA dan skor min terendah adalah 4.36 bagi item
B7 iaitu Kandungan objektif Pendidikan KAFA. Secara keseluruhannya bagi
pengetahuan Penyelia KAFA pada tahap tinggi iaitu min 4.42.

Pengurusan

Dapatan kajian yang diperoleh telah digunakan untuk menjawab objektif kajian kedua
iaitu terhadap kekerapan penyelia KAFA dari aspek pengurusan.

Jadual 6: Taburan skor min dan sisihan piawai bagi kekerapan penyelia KAFA dalam aspek
pengurusan

Bil. Item Kekerapan (N=384)
STS TS KS S SS Min SP Tahap

1 23 4 5

mengaplikasi konsep 0.534

dakwah menurut 0 0 11 228 145 4.34 T

C1 pendidikan Islam

C2 etika yang profesional 0 0 6 209 169 4.42 0.525 T
bagi penyelia KAFA

bertindak muddaris, 0.533

mu’alim, mu’addib, 0 0 7 199 178 4.44 T
murabbi, mursyid

C3 (5M)

definisi penyeliaan 0.492

untuk guru KAFA 0 0 0 227 157 4.40 T

C4 yang terperinci

peranan dan 0.494

tanggungjawab 0 0 0 221 163 4.42 T

sebagai seorang

C5 penyelia KAFA

merupakan pemimpin 0.493

kepada guru KAFA di 0 0 0 225 159 4.41 T

C6 daerah dan negeri

konsep kepimpinan 0.549

menurut pandangan 0 0 14 220 150 4.35 T

C7 Islam,

prinsip-prinsip 0.580

kepimpinan dalam 0 0 19 197 168 4.38 T

C8 Islam

gaya kepimpinan 0.557

dalam sesebuah 0 0 12 189 183 4.45 T

C9 organisasi

176

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

bentuk-bentuk 0.546
0 12 215 157 4.37
komunikasi yang yang

efektif antara 0 T

pemimpin dan ahli

C10 organisasi

Min Keseluruhan 4.40 0.416 Tinggi

Dapatan daripada jadual 6 menunjukkan skor min tertinggi bagi penilaian penyelia
KAFA aspek pengurusan ialah adalah skor min 4.45 bagi item C9 iaitu gaya
kepimpinan dalam sesebuah organisasi dan skor min terendah adalah 4.34 bagi item
C1 iaitu konsep dakwah menurut pendidikan Islam. Secara keseluruhannya bagi
penilaian penyelia KAFA terhadap aspek pengurusan adalah skor min berada pada
tahap tinggi iaitu min 4.40.

Penyeliaan

Dapatan kajian yang diperoleh telah digunakan untuk menjawab objektif kajian
ketiga iaitu tahap penyelia KAFA dalam aspek penyeliaan.

Jadual 7: Taburan skor min dan sisihan piawai bagi kekerapan penyelia KAFA dalam aspek penyeliaan

Bil. Item Kekerapan (N=384) Tahap
STS TS KS S SS Min SP T
T
1 23 4 5
T
E1 konsep pemantauan 0 0 12 202 170 4.41 0.552 T
dengan tepat. T
T
proses pelaksanaan 4.39 0.549
T
E2 pemantauan PdP guru 0 0 12 209 163

KAFA di bilik darjah.

proses pelaksanaan 4.41 0.528

E3 pemantauan 0 0 7 211 166
pengurusan KAFA di

sekolah

E4 konsep pemantauan 0 7 7 216 154 4.34 0.610
dengan tepat.

membuat persediaan 4.41 0.557

E5 awal sebelum aktiviti 0 0 13 200 171

PdP.

melaksanakan aktiviti 4.44 0.627

E6 PdP secara terancang 0 7 7 177 193

dan tersusun.

memberi tugasan yang 4.45 0.498

E7 jelas, mudah difahami 0 0 0 209 175
dan sejajar dengan

silibus

177

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

berusaha 4.52 0.499
0 0 182 202
E8 meningkatkan 0 T
penglibatan secara aktif 0 4.35 0.535 T
0
dan menyeluruh. 0 11 226 147

melaksanakan aktiviti

pengajaran dan

E9 pembelajaran yang
merangsang pemikiran

kreatif dan inovatif

guru KAFA.

memberi maklum balas 4.41 0.519
0 5 214 165
E10 dan berusaha memberi T
bimbingan kepada guru

KAFA.

4.47 0.493 Tinggi

Dapatan daripada jadual 7 di atas menunjukkan skor min tertinggi bagi penilaian
penyelia KAFA aspek penyeliaan dan pemantauan ialah adalah skor min 3.73 bagi
item E8 iaitu penglibatan secara aktif dan menyeluruh dan skor min terendah adalah
1.93 bagi item E4 iaitu konsep pemantauan dengan tepat. Secara keseluruhannya bagi
penilaian penyelia KAFA aspek penyeliaan adalah skor min berada pada tahap tinggi
iaitu min 4.47.

Hubungan antara tahap profesionalisme dengan pengurusan penyelia KAFA

Dapatan kajian yang diperoleh telah digunakan untuk menjawab objektif kajian
keempat iaitu hubungan antara tahap profesionalisme dan pengurusan penyelia
KAFA

Jadual 8. Hubungan antara profesionalisme dan pengurusan penyelia KAFA

Perkara r r2 Sig. P
0.627** 0.393 0.000
profesionalisme* pengurusan Penyelia KAFA
**Korelasi adalah signifikan pada aras p<0.001
N=384

Analisis korelasi Pearson seperti yang dipaparkan dalam Jadual 9 mendapati bahawa
terdapat hubungan yang kukuh (r=0.627, p<0.001) antara profesionalisme dan
pengurusan penyelia KAFA. Oleh itu, kekuatan hubungan di antara kedua pemboleh
ubah yang dikaji adalah kukuh. Kecerunan adalah positif. Dalam hal ini menunjukkan
korelasi adalah berkadar terus. Dengan ini HO3 adalah ditolak.

178

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

PERBINCANGAN DAN CADANGAN

Hasil kajian berdasarkan persepsi 384 orang penyelia KAFA dari 6 zon di Malaysia
menunjukkan bahawa tahap profesionalisme Penyelia KAFA pada tahap tinggi.
Namun begitu jika difokus kepad item-item bagi setiap aspek terdapat isu-isu yang
perlu ditambahbaik dan dimantapkan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa
penyelia KAFA perlu memiliki pengetahuan dan keilmuan berkaitan Pengurusan
KAFA secara keseluruhannya. Ia meliputi Falsafah Kelas KAFA hinggalah kepada
merealisasikan hasrat tersebut. Tegasnya, penyelia KAFA juga adalah sebagai juga
pendidik, pengajar dan pembimbing. Berdasarkan peranan ini, Penyelia KAFA
adalah juga harus menjadi guru pembimbing kepada Guru KAFA di sekolah KAFA.
Ianya bukan sahaja bertanggungjawab untuk menyampaikan kandungan ilmu semata-
mata, malah membentuk pelajar sebagai persediaan kepada kehidupan yang seimbang
di dunia dan akhirat. Aspek pedagogi juga penting diketahui dan dikerana ianya
merupakan cabang ilmu pendidikan yang memberi penekanan kepada pengajaran dan
pembelajaran(Borich &Tombari,1997;Santrock, 2001; Muhammad et al .2019; Mohd
Nawi et al. 2020; Mohd Amirul et al. 2021). Ini bermakna, pengetahuan pedagogi dan
psikologi dalam kalangan penyelia KAFA juga akan membantu guru KAFA
mengawal pelajar dan mengawal suasana bilik darjah agar pengajaran dan
pembelajaran dapat dijalankan dengan baik.

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penyelia KAFA perlu memamahi aspek
pengajaran dan pembelajaran Guru KAFA semasa melaksanakan prosese penyeliaan
di sekolah. Walaupun, tahap min yang tinggi berkaitan aspek pengurusan dan
penyeliaan secara keseluruhan, Penyelia KAFA masih belum lagi memahami konsep
penyeliaan yang berkesan dengan baik. Kajian Dapatan Muhammad Amirul Mohd
Nor (2021) menunjukkan pelaksanaan amalan pengajaran guru KAFA dalam
pengajaran tajwid al-Quran di negeri Kedah berdasarkan komponen permulaan
pengajaran, perkembangan pengajaran dan penutup pengajaran berada pada tahap
sederhana tinggi (M=3.81, SP=1.02). Oleh itu, penyelia KAFA semasa penyeliaan
kepada guru KAFA harus memastikan pengajaran guru juga hendaklah dirancang di
samping memberi pertimbangan kepada konsep mengajar dan mendidik. Begitu juga
Brophy dan Good (1986) menyatakan bahawa amalan pengajaran yang membolehkan
ramai pelajar meningkat secara berterusan ke tahap pencapaian yang tinggi.
Kesesuaian pendekatan pengajaran juga berkait rapat dengan jenis pelajar dan jenis
pengajaran guru (Ahmad, 1997; Sulaiman, 1997). Penyelia KAFA hendaklah
memastikan guru KAFA memilih pendekatan yang sesuai kerana tidak ada satu
pendekatan yang dianggap terbaik untuk satu-satu mata pelajaran bagi semua pelajar
dalam semua keadaan. (Al-Hashimi, 1994, Burden et al., 2000).

Dapatan menunjukkan bahawa hubungan profesionalisme penyelia KAFA dengan
pengurusan adalah kukuh dan positif. Sekiranya penyelia KAFA mempunyai tahap
pengetahuan dan profesionalisme yang mantap iakan menghasilkan pengurusan yang

179

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

baik dan berkesan. Oleh itu dicadang diperkemaskan tahap profesionalisme penyelia
KAFA dan aspek penyeliaan dan pemantauan. Penyelia KAFA perlu diberi lebih
banyak latihan dan kursus atau kursus berkala dalam perkhidmatan yang berkaitan
penyeliaan yang sistematik dan bersepadu.Penyelia KAFA juga perlu didedahkan
dengan modul-modul latihan berkaitan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang dapat memantapkan kaedah dan aktiviti pembelajaran yang diminati pelajar.
Disamping itu, Penyelia KAFA perlu memahami teknik pengajaran khususnya dalam
ilmu pedagogi pendidikan

Sekiranya penyelia KAFA diberikan latihan khusus atau latihan yang berkaitan
penyeliaan, kemungkinan besar pengurusan daripada aspek penyeliaan kepada guru
KAFA akan memberi impak yang tinggi. Pemantau yang berterusan yang
dilaksanakan ke atas guru KAFA akan membantu mereka mencapai kecemerlangan
dalam profesion ini. Natijahnya, tahap profesionalisme penyelia KAFA akan lebih
mantap. Guru KAFA memerlukan penyeliaan yang terbimbing dan berfokus
disamping bimbingan dan penyeliaan yang memberi nilai tambah kepada pendidikan
KAFA di sekolah. penyelia KAFA sebagai pengurus dan pentadbir namun juga bukan
sahaja bertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu dan bimbingan berkaitan PdP
dan pembinaan sahsiah Guru dan juga pelajar.

PENUTUP

Hasil kajian juga dapatlah dituntaskan bahawa tahap profesionalisme penyelia KAFA
perlu ditingkatkan lagi . Sehubungan dengan itu jika penyelia KAFA ingin meningkat
kompetensi dalam aspek keilmuan, pengurusan, PdP serta penyeliaan ,maka semua
pihak perlu mendapat sokongan dan galakan dari penyelia KAFA dan warga sekolah
supaya hasrat ini terlaksana. Peranan Penyelia KAFA adalah amat penting dan
diperkasakan dari semasa ke semasa. Dapatan kajian ini sebagai langkah permulaan
kearah kajian yang lebih mendalam dan komprehensif ke arah memantapkan dan
meningkatkan profesionalisme penyelia KAFA di sekolah kelolaan JAKIM di
Malaysia. Keprihatinan pihak yang berwajib amat perlu bagi menyediakan pelbagai
program sistematik dan terancang untuk melatih penyelia KAFA menguasai ilmu
pengurusan, keguruan sangat digalakkan untuk menaiktaraf profesion penyelia
KAFA setanding dengan perjawatan yang lain dalam bidang pendidikan di Malaysia

RUJUKAN

Ahmad Mohd Salleh.(19970. Pendidikan Islam; falsafah, pedogogi dan metodologi. Shah
Alam: Fajar Bakti.

Al-Hashimi, Abid Taufik. (1994). Turuk tadris at-tarbiyyah Islamiyyah. Beirut: Muassasah
Risalah.

Azhar Ahmad. 2006. Strategi pembelajaran dan pengaturan kendiri pendidikan Islam dan
penghayatan akhlak pelajar sekolah menengah. Tesis Ph. D, Universiti Kebangsaan
Malaysia.

180

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Azyumardi Azra. (2014). Pendidikan Islam : Tradisi Dan Modernisasi di Tengah Tantangan
Milenium III. Jakarta : Kencana Prenadamedia Group.

Borich dan Tombari .(1995). Educational Psychology : A Contemporary Approach. New
York : Harper Collins College Publisher

Brophy, J. E and Good, T.L. (1986). Teacher behavior and student achivement. Dlm M.C.
Wittrock (Ed).Handbook of Research on teaching. New York: Mc Millan

Burden, P.R & Byrd, D.M. 2003. Methods for effective teaching. Boston: Allyn & Bacon
Hafizul Rasdi. (2013). Kekuatan Dan Kelemahan Pendidikan Kelas Al-Quran Dan Fardhu

Ain (KAFA) Peringkat Bahagian Betong, (Projek Sarjana). Kuala Lumpur : Open
Universiy Malaysia
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2011). Garis Panduan Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain
(KAFA). Putrajaya : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2014). Laporan Tahunan 2014, Kelas Al-Quran dan
Fardu Ain. Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan: Wilayah
Persekutuan Putrajaya
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2005. Panduan Perlaksanaan Amali Pendidikan Islam.
Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia
King, D. & Menke, J. (1992). Providing the instructors note: An effective additional to student
note taking. Educational Psychologist, 20,33-39.
Mohammad bin Abu Bakar, Mohd Aderi. 2019. Trait Personaliti Guru Kelas Al-Quran Dan
Fardhu Ain (Kafa) Dalam Pembentukan Akhlak Murid. E- Prosiding Persidangan
Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan.
Mohammad Fazli Madiah. (2000). Kelas al-Quran dan fardu Ain (KAFA). Satu tinjauan
tentng masalah pengajaran KAFA di 6 buah sekolah rendah agama rakyat di daerah
Seremban. Sarjana Muda Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Majid Konting. (2000). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mohd Nawi, M., Hashim, A., & Muhamad, N. (2020). Integrasi Penggunaan Teknologi
Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di Maahad Yayasan Islam Kelantan.
Jurnal Sains Sosial Dan Pendidikan Teknikal | Journal of Social Sciences and
Technical Education (JoSSTEd), 1(1), 73-88.
Muhamad, N., Hashim, A., Abdullah, W. H., Kamarul Zaman, M. A., & Zamri, F. A. (2019).
Kaedah Talaqqi Musyafahah dalam pengajaran Al Quran Wa Al-Hifz kurikulum dini
SABK di Perak. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 4
(32), 273-283. https://doi.org/10.35631/IJEPC.4320025
Muhammad Amirul Mohd Nor, Muhammad Zulazizi Mohd Nawi, and Norhisham Muhamad,
(2021). Pelaksanaan amalan pengajaran guru kelas Al-Quran dan Fardhu Ain
(KAFA) dalam pengajaran Tajwid Al-Quran di negeri Kedah. Journal of Research,
Policy & Practice of Teachers &Teacher Education, Vol. 11, No. 1, June 2021, 40-
62
Nazlina Hamil. 2012. Keberkesanan pengajaran Pendidikan Islam di sekolah KAFA
berbanding sekolah kebangsaan bagi bidang jawi: Satu kajian kes. Sarjana Muda
Pendidikan, Universiti Terbuka Malaysia.
Nidzamuddin Zakaria. (2004). Program Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Kangar,
Perlis: Kajian Keberkesanan dan masalah. Sarjana Usuluddin, Universiti Malaya,
Kuala Lumpur.

181

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Nunnally, J. C. (1976). Psycometric Theory. New York: McGraw Hill Book Company.
University Press.

Ruzaimah Zainol Abidin, Azman Md Zain & Mohd Hilmi Hamzah. (2017). Permasalahan
Dalam Perlaksanaan Program Kelas Al-Quran Dan Fardu Ain (KAFA) Di Daerah
Pendang Kedah. Journal of Islamic, Social, Economic & Development (JISED). Vol
2(6) , pp70-82

Santrock. 2001. Educational Psychology, New York : McGraw Hill. Co. Inc.
Sulaiman Ngah Razali. 1997. Pedagogi teori dan praktik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.
Utusan Malaysia, 6 Ogos.2018 www.utusan.com.my
Wiersma, W. (2000). Research methods in education: An inroduction. The ed. Boston: Russel

& Russel.

182

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

-15-
PENGURUSAN KESIHATAN MENTAL SEMASA PANDEMIK
COVID-19: APLIKASI TEKNOLOGI DAN PERANAN KAUNSELOR

MENDEPANI NORMA BAHARU

Norfashadirah Desa
Md Zahir Abdul Hamid

Haryani Hanafi

Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim

[email protected]

ABSTRAK

Pandemik COVID-19 yang mula melanda pada Disember 2019 telah mewujudkan
pelbagai isu kesihatan mental kepada masyarakat dunia. Tiada siapa dapat menyangka
pandemik ini akan berlarutan sehingga sekarang dan mengubah landskap kehidupan
manusia dari segi sosio ekonomi, sistem politik, kesihatan, pendidikan, dan aktiviti
sosial. Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18
Mac 2020 bertujuan menghadkan pergerakan bagi memutuskan rantaian jangkitan
COVID-19. Pelaksanaan ini bagaimanapun telah meningkatkan isu kesihatan mental
kepada individu dan keluarga yang terlibat berikutan tekanan psikologi yang dialami
secara langsung. Tekanan psikologi ini meliputi rasa takut, cemas, tertekan,
kebimbangan, burnout dan kemurungan. Tekanan psikologi ini wujud hasil
pertembungan beberapa faktor iaitu wabak COVID-19 itu sendiri, mereka yang
terlibat secara langsung dengan wabak seperti para petugas barisan hadapan dan
pesakit COVID-19, dan juga mereka yang terpaksa menyesuaikan diri dengan norma
baharu. Perintah Kawalan Pergerakan juga telah menyebabkan perubahan dalam
rangka kerja perhubungan menolong (helping relationship) yang biasanya dibuat
secara bersemuka. Selaras peningkatan isu kesihatan mental, kaunselor juga terpaksa
mengubah strategi dan menggunakan aplikasi teknologi dalam mendepani isu
kesihatan mental klien melalui norma baharu. Kajian ini menggunakan metod kajian
perpustakaan yang menggunakan rekabentuk analisis kandungan. Objektif kajian ini
menumpukan kepada impak COVID-19 terhadap kesihatan mental, strategi daya
tindak menangani isu kesihatan mental dan peranan kaunselor dalam
mengoptimumkan aplikasi teknologi dalam perhubungan menolong secara norma
baharu. Justeru, melalui pemahaman terhadap impak wabak COVID-19 dan strategi
pengurusan kesihatan mental ini, kaunselor dapat membuat rangka kerja melalui
aplikasi teknologi agar perhubungan menolong dapat terus dilaksanakan dalam norma
baharu.

183

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Kata kunci: Pandemik COVID-19, Kesihatan Mental, Aplikasi Teknologi,
Perhubungan Menolong, Norma Baharu

PENGENALAN

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan pandemik COVID-19
sebagai masalah kesihatan awam dunia. Sehingga kajian ini ditulis, wabak COVID-
19 telah mencatat lebih 225 juta kes dengan lebih 4.6 juta kematian di seluruh dunia
(Data WHO 2021). Di Malaysia pula, statistik Kementerian Kesihatan Malaysia
mencatatkan lebih 1.9 juta kes positif, manakala kes kematian pula adalah lebih
20000 orang (Data KKM 2021). Kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020 bertujuan menghadkan pergerakan
bagi memutuskan rantaian COVID-19. Sejak daripada itu, rakyat Malaysia telah
melalui pelbagai jenis dan peringkat perintah kawalan pergerakan dalam usaha
membantu menggerakkan negara ke arah pemulihan daripada pandemik ini. Namun
begitu, penularan wabak COVID-19 ini telah memberikan impak terhadap semua
aspek dalam kehidupan manusia. Transisi dan adaptasi kepada norma baharu juga
memberi kesan kepada segenap lapisan masyarakat dan menimbulkan pelbagai isu
tekanan psikologi dan kesihatan mental.

Secara umumnya, WHO (2021) mentakrifkan kesihatan kesejahteraan dari segi
fizikal, mental dan emosi dan bukan hanya sekadar bebas daripada sebarang penyakit.
Kesihatan mental pula merujuk kepada keupayaan individu untuk menggunakan
kebolehan diri sendiri, menyesuaikan diri dengan tekanan normal dalam kehidupan,
bekerja secara produktif dan mendatangkan hasil, serta memberikan sumbangan
dalam komuniti. Keyes (2014) menjelaskan tiga komponen utama dalam kesihatan
mental iaitu kesejahteraan emosi, kesejahteraan psikologikal, dan kesejahteraan
sosial. Kesejahteraan emosi melibatkan kegembiraan, minat dalam kehidupan, dan
kepuasan. Kesejahteraan psikologikal pula melibatkan menerima personaliti sendiri,
mampu menguruskan tanggungjawab dalam kehidupan seharian, mempunyai
hubungan yang baik dengan orang lain dan berpuas hati dengan kehidupan sendiri.
Kesejahteraan sosial pula melibatkan kemampuan untuk berfungsi secara positif dan
menyumbang kepada masyarakat, merasai diri sebahagian daripada masyarakat,
percaya bahawa masyarakat adalah sebahagian daripada elemen ke arah kehidupan
yang lebih baik. Di negara kita pula, Dasar Kesihatan Mental (2021) mentakrifkan
kesihatan mental sebagai kemampuan individu, kelompok dan persekitaran untuk
berinteraksi antara satu sama lain bagi mempromosikan kesejahteraan subjektif
secara optimum dan penggunaan keupayaan kognitif, efektif dan perhubungan ke
arah pencapaian matlamat individu dan kumpulan.

Malaysia telah mencatatkan rekod negara ke 35 paling bahagia daripada 156 negara
di dunia dalam Indeks Kesejahteraan Dunia 2018. Namun pada tahun 2019, Malaysia
telah mencatat penurunan yang begitu ketara iaitu berada pada tangga ke-80 (Abdul

184

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Rashid et al., 2020). Pada tahun 2020, Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia
mencatatkan skor sederhana iaitu 7.2 (Laporan IKPM, 2020). Namun begitu hasil
kajian tinjauan yang dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati bahawa
pola kenaikan sebanyak dua kali ganda berlaku yang melibatkan isu kesihatan mental
di Malaysia (Abdul Aziz et al., 2020). Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor
Hisham Abdullah dalam ucapannya ketika Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia
melaporkan hingga Julai 2021, sejumlah 638 kes bunuh diri dilaporkan oleh Polis
Diraja Malaysia (PDRM) berbanding 262 kes bagi tempoh sama pada 2020 iaitu
peningkatan sebanyak 143 peratus atau 1.4 kali lebih tinggi daripada tahun
sebelumnya. Bagi tahun 2019, sebanyak 609 kes bunuh diri dicatatkan dan secara
purata dua kes bunuh diri berlaku setiap hari dari tahun 2019 hingga Mei 2021. Angka
ini membuktikan kes bunuh diri yang berkait rapat dengan isu kesihatan mental bukan
lagi perkara yang boleh dipandang ringan oleh semua pihak. Situasi pandemik
COVID-19 yang melanda seluruh dunia pada hari ini dilihat memberikan impak besar
terutamanya dalam isu kesihatan mental.

SOROTAN LITERATUR

Penularan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia terutamanya di
Malaysia telah memberikan kesan yang sangat besar kepada semua lapisan
masyarakat. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia 2021, peningkatan kes
jangkitan COVID-19 yang menyerang negara bukan sahaja memberi kesan terhadap
kesihatan tetapi turut menyebabkan pelbagai konflik terhadap sistem politik,
ekonomi, pendidikan bahkan impaknya turut melibatkan aspek kesihatan mental
(Abd Aziz et.al, 2020). Amir & Haziq (2020) menyatakan bahawa terdapat 11,791
panggilan telefon yang diterima oleh Unit talian bantuan sokongan psikososial setakat
Oktober 2020, di mana 50 peratus adalah berhadapan dengan tekanan emosi. Selain
tekanan emosi, individu juga berasa bimbang dan marah disebabkan pelbagai faktor
sosial seperti masalah pendapatan dan kewangan serta perselisihan dengan keluarga
(Rafidah & Nasaruddin, 2020).

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) pada 2019 mendapati
sebanyak 424,000 (7.9 peratus) kanak-kanak mengalami masalah kesihatan mental.
Separuh daripada masalah gangguan mental ini bermula seawal usia 14 tahun dan tiga
per empat daripadanya berlaku pada pertengahan usia 20-an (Berita Harian, 2020).
Setelah dua tahun negara melalui pandemik COVID-19 ini, fenomena ini dijangka
memburukkan lagi keadaan dengan bertambahnya maklum balas negatif terhadap
gangguan mental kanak-kanak seperti stres dengan pembelajaran dalam talian dan
arahan PKP. Dr Syed Mohamad Syed Abdullah, Pensyarah Kanan (Bimbingan &
Kaunseling) Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia dalam
temuramah beliau bersama Utusan Malaysia menyatakan perkembangan
interpersonal (sosial) kanak-kanak diperoleh dengan banyak apabila mereka hadir ke
sekolah dan menghabiskan masa lapang bersama akan memberi tekanan dan boleh

185

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

menjejaskan kesejahteraan mental mereka. Perubahan emosi dan tingkah laku kanak-
kanak ini boleh berlaku dalam pelbagai bentuk akibat keadaan mereka yang tidak lagi
dibenarkan bebas.

Mohd Nasir, Ramli dan Mohd Som (2021) pula telah menjalankan kajian ke atas 606
orang pelajar bagi mengetahui kesan pandemik terhadap pelajar siswazah. Hasil
kajian menunjukkan responden berhadapan dengan tekanan akibat daripada faktor
kewangan dan pencapaian akademik tetapi tidak memberi kesan terhadap
perhubungan sosial mereka. Dapatan ini di sokong oleh kajian yang dilakukan oleh
Makhtar, Rosli dan Taha (2021) yang mana menerusi kajian yang dilakukan ke atas
113 orang pelajar turut mendapati bahawa pandemik telah menyebabkan motivasi
pelajar menjadi kurang positif dan sikap terhadap pembelajaran adalah rendah kerana
faktor tekanan yang dihadapi oleh pelajar.

Peningkatan kes kematian yang dicatatkan semakin meningkat mengakibatkan
penurunan motivasi diri dalam kalangan individu untuk bersemuka dengan orang
luar. Kesan ini turut disebabkan oleh faktor keraguan individu untuk berkomunikasi
dan lebih mementingkan kesihatan diri. Ini mempengaruhi kesihatan mental kerana
didorong oleh tekanan dan kegelisahan disebabkan faktor pekerjaan dan kesunyian.
Yang paling dikhuatiri adalah sekiranya keadaan ini berterusan tanpa satu langkah
yang berkesan boleh menyebabkan masalah sakit jiwa dan mencederakan diri
(Eikhwan & Mahirah, 2020).

Peranan teknologi dalam pendidikan adalah sangat penting dan menjadi bertambah
relevan dalam keadaan pandemik ini. Malaysia khususnya telah melaksanakan proses
Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPR) dalam usaha memutuskan rantaian
COVID-19. Dalam profesion hubungan menolong pula, Glasheen & Campbell
(2019) menyatakan kunci utama transformasi digital dalam perkhidmatan kaunseling
adalah penerimaan daripada kaunselor itu sendiri. Tanpa penerimaan terhadap
teknologi digital, kaunselor tidak dapat beradaptasi dengan keperluan semasa,
terutamanya apabila proses menolong secara bersemuka tidak lagi dapat dijalankan.
Mason et al (2018) menyatakan ramai kaunselor tidak mengoptimumkan penggunaan
teknologi dalam perkhidmatan kaunseling dan menggunakan teknologi lebih kepada
urusan pentadbiran berbanding untuk berkomunikasi dengan klien. Terdapat
beberapa kajian yang dilakukan sebelum pandemik COVID-19 menunjukkan
kaunselor tidak bersetuju bahawa teknologi maklumat dan digital tidak mampu
membantu meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka. Antara punca pemikiran ini
ialah kurang pengetahuan, keyakinan dan kemahiran dalam kalangan kaunselor untuk
memanfaatkan teknologi dalam perkhidmatan kaunseling (Adebowale & Popoola,
2011).

186

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

METODOLOGI

Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan kaedah kajian perpustakaan
dengan pendekatan analisis kandungan. Pengkaji menggunakan sumber dari buku,
jurnal, artikel, surat khabar dan pelbagai sumber penulisan untuk mengolah
kandungan artikel (Fraenkel & Wallen,1993). Analisis kandungan dimulakan dengan
menyediakan latar belakang atau menjelaskan teori kajian. Pengkaji perlu mengetahui
aspek yang hendak dikaji dan memberikan fokus kepada kandungan yang akan
dibahaskan. Ini dilakukan dengan membaca, membuat analisis, dan menstrukturkan
kandungan yang relevan mengikut topik kajian literatur. Selepas itu, hubungkait
antara cadangan atau topik kajian literatur dengan penyelidikan terdahulu
dilaksanakan. Akhir sekali, bahan ini diintegrasikan dengan hasil kajian iaitu
kandungan yang telah dihubungkait untuk diadunkan dengan pengetahuan sendiri.
Proses ini memerlukan analisis kritikal bagi menyediakan laporan penuh kajian ini.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Impak Pandemik Covid-19 Terhadap Kesihatan Mental

Tahap kesihatan mental boleh mempengaruhi cara berfikir, tingkahlaku dan perasaan
seseorang, di mana ianya mempengaruhi cara seseorang itu membuat keputusan dan
pilihan dalam hidup, menyelesaikan masalah serta berinteraksi dengan orang lain.
Apabila seseorang mempunyai tahap kesihatan mental yang memuaskan, tekanan
hidup seharian yang dilalui akan ditangani dengan berfikir secara positif, tenang dan
tidak membahayakan diri. Namun, sekiranya kesihatan mental terjejas, cara berfikir,
emosi dan perlakuan seseorang itu akan berhadapan dengan suatu keadaan yang
dipanggil maladaptasi. Individu tersebut akan mengalami kesukaran untuk berfikir
dan membuat keputusan yang mudah, cepat terasa dan beremosi. Seterusnya
mempengaruhi perlakuan sehariannya, seperti tidak menghiraukan kesihatan dan
penjagaan diri, mengalami gangguan tidur dan corak pemakanan (Abdul Aziz et.al,
2020).

Sekiranya keadaan ini berlarutan dan tidak dirujuk pakar untuk bantuan emosi, maka
keadaan mental akan terjejas dan boleh berkembang menjadi kecelaruan mental.
Polemik kesihatan mental ini menuntut keperluan kepada integrasi nilai baru yang
ampuh bagi mendepani cabaran besar masa kini iaitu wabak COVID-19. Terdapat
banyak faktor yang menyumbang kepada tekanan dan masalah kesihatan mental
semasa pandemik ini seperti faktor ekonomi (kehilangan sumber pendapatan kerana
tidak dapat bekerja seperti biasa), faktor makanan, faktor kebimbangan yang
dicetuskan oleh berita dan informasi yang tidak sahih dalam media sosial, dan faktor
lebihan bebanan kerja yang dilalui oleh petugas barisan hadapan yang membawa
kepada masalah kesihatan mental seperti burnout, stres, kemurungan dan

187

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

kebimbangan. Tekanan juga berlaku dalam kalangan pesakit dan ahli keluarga yang
dijangkiti wabak ini.

Isolasi daripada rangkaian sokongan keluarga dan sahabat handai boleh memberi
kesan kepada sesetengah individu yang berisiko tinggi untuk mengalami masalah
kesihatan mental termasuk kemurungan. Kekurangan kumpulan sokongan dan
kurang akses kepada perkhidmatan kesihatan mental dilihat boleh memburukkan lagi
kesan wabak COVID19 di negara ini kerana proses adaptasi dengan norma baharu
menyebabkan individu mula bergelut dengan banyak ketidakpastian sepanjang
tempoh isolasi, menyebabkan timbul perasaan bosan, kesepian dan kemarahan dalam
diri mereka.

Tekanan isolasi sosial ini turut dialami oleh golongan warga emas. Hal ini dinyatakan
oleh Dani (2020), iaitu seiring dengan pandemik COVID-19 yang telah menyebabkan
semua lapisan masyarakat terkesan dan terjejas tidak kira latar belakang sosio
ekonomi mereka, khususnya bagi golongan warga emas, mereka juga terkesan akibat
PKP secara fizikal dan psikologi. Ketakutan, tekanan, kesepian, dan isolasi sosial
warga emas semasa pandemik COVID-19 dapat melemahkan daya tahan mereka dan
seterusnya membahayakan kesihatan dan kesejahteraan mereka. (Plagg et al., 2020).
Garcia-Fernandez et al. (2020) menyatakan keadaan isolasi sosial mungkin memberi
kesan buruk terhadap kesihatan mental warga emas terutamanya mereka yang tidak
biasa menggunakan teknologi digital.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Roslan N.S. et. al. (2021) ke atas 893
petugas kesihatan mengenai 'Prevalen dan Faktor-Faktor yang Mempengaruhi
Burnout dalam Kalangan Petugas Barisan Hadapan di Malaysia Semasa Pandemik
Covid-19” mendapati beberapa faktor menyebabkan tekanan. Dapatan kajian
mendapati 53.8 peratus dalam kalangan pegawai farmasi dan petugas kesihatan di
peringkat daerah menghadapi gejala tekanan melampau berkaitan peribadi dan 39.1
peratus pula menghadapi tekanan berkaitan pekerjaan. Sebanyak 17.4 peratus dalam
kalangan paramedik dan petugas kesihatan di hospital swasta pula menghadapi
tekanan berkaitan dengan pesakit. Kebanyakan petugas barisan hadapan yang terdiri
dari pegawai perubatan, jururawat dan mereka yang terlibat dalam bidang kesihatan
dilihat telah mengalami ‘burn out’, depresi, stres dan kebimbangan (Nanda et al.,
2017). Ini kerana, mereka terlalu letih kerana terpaksa bekerja lebih waktu untuk
merawat pesakit, tidak dapat pulang ke rumah untuk berjumpa dengan anak-anak,
suami dan isteri, ibu bapa dan ahli keluarga yang akhirnya menyumbang kepada
ketidakstabilan emosi.

Strategi Daya Tindak Dalam Menangani Isu Kesihatan Mental

Isu kesihatan mental merupakan ketidakseimbangan yang berlaku terhadap emosi,
kognitif, psikologi dan spiritual seseorang individu sehingga menimbulkan masalah

188

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

kecelaruan jiwa. Sekiranya tidak dapat dikawal, keadaan ini boleh menyebabkan
seseorang itu mengalami kemurungan yang sangat teruk akibat stress yang melampau
dan boleh meningkatkan risiko tingkahlaku yang lebih berat iaitu membunuh diri.
Oleh yang demikian, beberapa strategi daya tindak telah dikenalpasti berdasarkan
kajian perpustakaan iaitu seperti berikut:

Pengurusan Emosi

Masalah emosi dikenal pasti menjadi isu utama kesihatan mental rakyat Malaysia
pada ketika ini terutamanya semenjak negara melaksanakan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP). Kesan Pandemik COVID-19 yang kian menular telah
mengganggu emosi kebanyakan individu sehingga mereka mengalami perasaan
sedih, risau, tidak tenang, marah dan berasa bosan. Jika perasaan ini tidak diuruskan
dengan sebaik-baiknya ianya boleh memberi kesan negatif terhadap kesejahteraan
psikologi (Penley, Tomaka, & Wiebe, 2002). Situasi menyalahkan diri sendiri atau
kritik diri merupakan strategi daya tindak negatif dan tidak sesuai digunakan dalam
mengharungi cabaran hidup kerana boleh menyumbang kepada kemurungan dan
tekanan yang tinggi (Kapsou et al., 2010). Dalam kajian Melissa Edora Sanu & Balan
Rathakrishnan (2018), didapati bahawa kritik diri berhubung secara negatif dengan
kesejahteraan psikologi. Strategi daya tindak pengurusan emosi mempunyai kelebihan
untuk mengurangkan tahap tekanan apabila seseorang boleh mencari cara untuk
berhadapan dengan tekanan contohnya menangis yang kadangkala merupakan kaedah
untuk memberikan kelegaan sementara (Abdul Rashid, Nurhafizah dan Nor Hamizah,
2020). Bagaimanapun, kaedah lain seperti mendengar muzik, menyanyi, menonton
televisyen, mempelajari kemahiran baru dan mengimbas memori bahagia melalui
album gambar bersama ahli keluarga serta diisi dengan aktiviti- aktiviti yang sihat dan
menyeronokkan dapat meredakan ketegangan emosi yang tidak stabil.

Secara umumnya, individu yang mempunyai pengurusan emosi yang baik, mampu
mengawal atau mengarahkan emosi yang mengganggu dan cuba menyesuaikan diri
dengan keadaan persekitaran yang berubah-ubah (self- control), menguruskan
hubungan dengan individu lain dengan baik (social skills), mempertimbangkan
perasaan orang lain terutama ketika membuat keputusan (empathy) serta menyedari
apa yang mendorong mereka mencapai matlamat (motivation). Rangkuman kelima-
lima komponen ini dapat membantu individu dalam pengurusan emosi yang baik
(Goleman, 2001; Schutte, 2001). Selain itu, terdapat pelbagai kaedah yang dapat
dilakukan oleh individu untuk meningkatkan kefahaman terhadap emosi sendiri
dalam berhadapan norma baharu iaitu termasuklah bermuhasabah diri, berkongsi
perasaan dengan orang terdekat dan dipercayai, melakukan refleksi kendiri serta
mengenalpasti nilai, sikap dan personaliti diri.

189

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Pengurusan Kesihatan Fizikal

Kesihatan fizikal adalah merujuk kepada sesuatu keadaan diri individu bebas daripada
kesakitan, ketidakupayaan fizikal, penyakit kronik mahupun penyakit berjangkit serta
ketidakselesaan tubuh badan yang memerlukan penjagaan atau perhatian daripada
pakar dalam bidang perubatan (Norliah, 2017). Menurut Polizzi, Lynn dan Perry
(2020), terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan oleh individu sebagai strategi
daya tindak dalam menghadapi stres termasuklah individu tersebut boleh melakukan
hobi dan aktiviti yang mencabar fizikal seperti mendaki gunung, menyelam, berenang
dan sebagainya. Selain itu, individu yang berhadapan dengan tekanan juga boleh
melakukan pelbagai aktiviti relaksasi seperti mengamalkan senaman pernafasan
mendalam (deep breathing exercise), senaman regangan (stretching exercise) dan
aktiviti lain seperti tarian, senamrobik dan zumba. Aktiviti beriadah sambil melakukan
aktiviti di luar rumah sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan dapat
meningkatkan pengurusan kesihatan fizikal seseorang individu. Hal ini kerana, aktiviti
yang dapat menenangkan fikiran dapat meningkatkan penghasilan hormon serotonin
serta endorfin yang membawa rasa gembira dan pada masa yang sama mengurangkan
stress (Abdul Rashid, Nurhafizah dan Nor Hamizah, 2020).

Bagaimanapun, keadaan pandemik yang berlaku memerlukan individu duduk di
rumah dan mengurangkan aktiviti sosial di luar. Namun begitu, setiap individu masih
berupaya untuk menjalani gaya hidup yang sihat termasuklah mengamalkan
pemakanan yang sihat dan seimbang, melakukan aktiviti senaman dan latihan fizikal
serta menguruskan corak tidur yang sihat. Kajian dari Morgan et al., (2011)
menyatakan, corak tidur yang sihat atau sleep hygiene memberi impak yang besar
terhadap kesihatan psikologi. Persekitaran yang menyenangkan dan perkara yang
dilakukan sebelum tidur seperti menutup telefon bimbit atau menukar mod senyap,
tidur dalam suasana gelap, tidak melakukan kerja pejabat atau sekolah di tempat tidur
dan sebagainya membantu meningkatkan kualiti dan kepuasan tidur (Voinescu &
Szentagaotai-Tatar, 2015).

Pengurusan Psikososial

Dalam menghadapi pandemik COVID-19 ketika ini, praktis komunikasi yang
berkesan amat penting untuk menangani masalah kesihatan mental akibat tekanan
yang dihadapi terutama ketika tempoh PKP berlangsung (American Institute of Stress,
2019). Pengurusan psikososial yang memerlukan komunikasi dan interaksi antara
seorang atau lebih individu adalah sangat penting untuk meningkatkan kesejahteraan
hidup. Komunikasi yang berkualiti adalah komunikasi yang berkesan terutamanya
melibatkan dua pihak yang merujuk kepada gaya komunikasi dua hala. Menurut
Kamus Dewan (2016), komunikasi dua hala ditafsirkan sebagai perhubungan secara
langsung melibatkan dua pihak antara penyampai dan penerima. Amalan komunikasi

190

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

boleh berlaku secara bersemuka atau melalui pelbagai medium komunikasi yang
berperanan menyebarkan dan menyampaikan maklumat secara berkesan.

Pengurusan psikososial yang melibatkan komunikasi efektif memerlukan
perhubungan antara individu yang harmoni tanpa wujudnya salah faham yang boleh
menimbulkan konflik (Pietromonaco & Overall, 2020). Dengan meminimumkan
konflik, komunikasi berkesan dan penyelesaian masalah yang lebih sistematik dapat
dicapai yang seterusnya dapat membantu hubungan individu yang bermasalah
(Overall, 2018; Overall & McNulty, 2017). Sekiranya, komunikasi tidak dapat
dilakukan dengan berkesan, maka suasana yang baik dan harmoni sukar untuk
diwujudkan dalam sesebuah keluarga, organisasi atau kumpulan masyarakat. Menurut
Abdul Rashid et. al, (2020) menyatakan bahawa dalam memastikan aspek kesihatan
mental yang baik sepanjang tempoh penularan wabak COVID-19 ini, setiap individu
disarankan agar berinteraksi dengan individu lain secara bersemuka atau dalam talian,
memanfaatkan talian khidmat sokongan seperti MyCare COVID-19, e-kaunseling
dan seumpamanya.

Pengurusan Kesejahteraan Spiritual

Pengurusan kesejahteraan spiritual merupakan salah satu strategi daya tindak untuk
meningkatkan kesejahteraan diri terhadap seseorang individu. Nilai spiritual dan
agama menyediakan suatu kerangka untuk memahami penderitaan emosi dan fizikal,
sehingga mewujudkan rasa redha dalam berhadapan dengan tekanan (Wortmann,
2013). Setiap individu harus mengubah pandangan buruk terhadap wabak COVID-19
ini dan sebagai umat Islam, seseorang individu haruslah yakin kepada Allah SWT
bahawa akan sentiasa menolong dan memberi jalan keluar kepada setiap hamba-Nya.
Justeru, mereka haruslah sentiasa mendekatkan diri dengan Allah SWT melalui
aktiviti beribadah. Ini selaras dengan agama Islam yang menekankan kepada konsep
tawakal apabila berhadapan dengan musibah iaitu dengan meletakkan kembali
pergantungan kepada Allah SWT (Abdul Rashid, 2020). Manakala menurut
Mohammmad Shatar (2005), menyatakan bahawa pengukuhan spiritual dan aspek-
aspek spiritual mampu menyumbang kepada kesejahteraan diri. Ianya berkait rapat
dengan aspek psikologi dan mental manusia dalam konteks kebergantungan manusia
kepada Allah SWT. Oleh yang demikian, dalam menghadapi norma baharu ini,
bersolat dan berdoa adalah aktiviti yang perlu dilakukan secara istiqamah atau
konsisten disamping memperbanyakkan solat sunat bagi mendatangkan ketenteraman
jiwa sekaligus mewujudkan kesejahteraan diri.

APLIKASI TEKNOLOGI DAN PERANAN KAUNSELOR

Peranan profesion perkhidmatan menolong seperti pegawai psikologi, kaunselor,
psikiatris dan pekerja sosial menjadi sangat penting dalam era pandemik ini. Justeru,
semua yang terlibat perlulah merangka satu strategi baharu bagi membantu mereka

191

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

yang terjejas dan mengalami masalah kesihatan mental berikutan penularan wabak
COVID-19 ini. Dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan dan norma baharu,
aplikasi teknologi perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh kaunselor bagi
mengoptimumkan perkhidmatan yang diberikan. Pandemik ini sebenarnya telah
mempercepatkan proses pendigitalan perkhidmatan kaunseling secara menyeluruh.
Jika dahulu, para kaunselor masih teragak-agak untuk menggunakan aplikasi
teknologi dalam perkhidmatan, tetapi kini ia menjadi satu keperluan dalam
perkhidmatan kaunseling di semua peringkat umur.

Selaras dengan perkembangan pengetahuan dan kemahiran dalam teknologi oleh
orang ramai, kaunselor juga perlu selari dengan perkembangan tersebut (Gutterman
& Kirk,1999). Untuk menjadi seorang kaunselor yang efektif dalam penggunaan
aplikasi teknologi, kaunselor perlu menjadi seorang yang bermaklumat dan
berkemahiran dalam aplikasi komputer. Jika dahulu, untuk membina sebuah laman
web memerlukan pengetahuan pengaturcaraan komputer, namun kini dengan
kemajuan teknologi, web 4.0 dan pelantar media sosial boleh dijadikan satu tapak
untuk para kaunselor menjalankan perkhidmatan mereka.

Kaunseling secara atas talian telah terbukti memberi lebih banyak pilihan kepada
klien (Cook & Doyle, 2002) dan adakalanya memberikan pengalaman yang berbeza
daripada sesi secara bersemuka. Selain itu, kaunseling atas talian juga memberikan
lebih pilihan kaunselor silang budaya dan memberikan klien lebih banyak pilihan
teraputik. Berikut adalah antara beberapa perkara yang boleh membantu kaunselor
dalam meningkatkan keberkesanan dan capaian dalam perkhidmatan kaunseling
mereka.

Alat Digital Atas Talian (Online Digital Tools)

Seorang kaunselor yang hendak melaksanakan perkhidmatan secara atas talian
bersama seorang klien perlu memastikan klien yang dimaksudkan mempunyai
keupayaan teknologi yang sekurang-kurangnya setara dengan apa yang dimiliki oleh
kaunselor. Sebagai contoh, jika kaunselor mahu menjalankan sesi secara panggilan
video, kaunselor perlu memastikan klien mempunyai akses seperti peralatan, talian
internet yang stabil, dan klien sendiri mahu bersemuka secara dalam video. Ini kerana
terdapat klien yang hanya mahu mendengar suara dan tidak mahu kaunselor melihat
wajahnya semasa sesi kaunseling. Dalam keadaan ini, panggilan telefon kepada klien
adalah memadai. Diberikan beberapa contoh online tools yang boleh digunakan oleh
kaunselor.

Alat digital segerak dan tidak segerak

Terma yang berbeza membawa maksud perbezaan dari segi masa sesuatu
perkhidmatan diberikan. Sebagai contoh, penggunaan email diklasifikasikan sebagai

192

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

tidak segerak kerana komunikasi tidak berlangsung secara langsung. Apabila email
dihantar kepada klien atau kaunselor, satu tempoh masa diperlukan untuk mendapat
respon daripada penerima. Sesi melalui telefon atau panggilan video pula
diklasifikasikan sebagai alat digital segerak kerana respon yang diterima dan
diberikan adalah secara langsung. Kedua-dua kaedah adalah sama penting dalam
memberikan perkhidmatan terbaik kepada klien.

Telefon

Walaupun telefon selalunya tidak dianggap sebagai teknologi atas talian, ia
merupakan satu alat yang penting sebagai salah satu pilihan kepada kaunselor dan
klien. Dalam tempoh pandemik ini, kebanyakan sesi kaunseling dilaksanakan secara
panggilan telefon. Ini kerana kebanyakan klien mempunyai akses kepada telefon dan
ia merupakan teknologi yang mudah digunakan oleh klien daripada semua peringkat
umur. Kaunselor mempunyai kelenihan dari segi mendengar nada suara klien yang
boleh membantu kaunselor menilai situasi klien. Sebagai contoh, Talian Kasih 15999
yang disediakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
mencatatkan peningkatan jumlah panggilan yang mendadak sepanjang tempoh
Perintah kawalan Pergerakan berbanding sebelum pandemik. Ini menunjukkan
masyarakat sedar tentang keperluan sokongan psikososial dan mencari penyelesaian
dengan cara yang betul melalui sesi kaunseling secara panggilan telefon. Dalam hal
ini, kaunselor berdaftar yang ada perlu memainkan peranan dengan mendaftar untuk
menjadi Sukarelawan Kaunselor Berdaftar untuk berkhidmat melalui Talian Kasih
15999 ini.

Email / laman web

Penggunaan email dan laman web adalah semakin penting terutamanya dalam situasi
pandemik ini. Kaunselor perlu menguasai satu kemahiran penting iaitu kemahiran
mencari maklumat secara digital. Ini kerana terdapat banyak laman web yang
memberikan maklumat mengenai perkhidmatan kaunseling di mana boleh
dimanfaatkan oleh bakal klien, dan oleh kaunselor sendiri sebagai sukarelawan.
Sebagai contoh, laman web www.befrienders.org.my adalah satu laman web badan
bukan kerajaan yang memberikan khidmat sokongan psikososial, emosi dan
kaunseling terutamanya dalam kes bunuh diri. Badan ini sentiasa mengalu-alukan
penyertaan sukarelawan terutamanya kaunselor yang berdaftar. Di Kementerian
Pendidikan Malaysia pula, laman web www.e2pk.moe.gov.my pula menyediakan
capaian kepada perkhidmatan kaunseling bersama Kaunselor Pendidikan yang
berkhidmat di seluruh Malaysia. Ia juga menyediakan perkhidmatan alat ujian
psikometrik yang boleh dimanfaatkan oleh warga Kementerian Pendidikan Malaysia
dan juga masyarakat secara amnya. Selain daripada itu, laman web juga digunakan
untuk mengumpulkan data dengan meluas ketika pandemik ini. Sebagai contoh,
penggunaan Google Form membolehkan kaunselor melaksanakan kajian bagi

193

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

membantu merancang program pembangunan, pemulihan dan intervensi yang boleh
dilakukan kepada bakal klien.

Pelantar Media Sosial

Pelantar media sosial merupakan satu fenomena baru selari dengan perkembangan
teknologi. Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, pelantar media sosial
seperti Facebook, instagram, twitter, tiktok, dan youtube menjadi satu medium
penting kepada kaunselor untuk menyampaikan perkhidmatan. Ini kerana selain
daripada memberikan sesi kaunseling, kaunseor juga berperanan memberikan
perkongsian psikopendidikan, perkongsian isu-isu kesihatan mental dan maklumat
terkini yang relevan dengan situasi semasa. Setiap pelantar media sosial mempunyai
sasaran audien yang berbeza. Sebagai contoh, sebaran maklumat di facebook lebih
tertumpu kepada golongan yang berusia 30 tahun ke atas, manakala generasi yang
lebih muda tertumpu kepada instagram, twitter, tiktok. Justeru, kaunselor perlu
memahirkan diri dengan pelantar media sosial agar dapat memberikan maklumat
kepada golongan sasaran yang dikehendaki. Tinjauan penulis mendapati semakin
ramai kaunselor yang telah menggunakan pelantar media sosial seperti memppunyai
youtube channel sendiri untuk melakukan penstriman secara langsung atau webinar
isu-isu kesihatan mental.

Chat / Instant Messaging

Penggunaan aplikasi Chat / Instant Messaging dalam menjalankan perkhidmatan sesi
kaunseling juga semakin mendapat perhatian luas. Ini kerana generasi muda lebih
selesa menggunakan perkhidmatan ini seperti perisian whatsapps dan facebook
messenger. Perisian ini mudah digunakan oleh semua dan akses kepada perisian ini
juga mudah dikuasai oleh pengguna. Kaunselor juga boleh menggunakan perisian ini
untuk menyebarkan maklumat psikopendidikan dan kesihatan mental yang boleh
dilakukan melalui group chat. Ini membolehkan jumlah capaian maklumat lebih
besar dan berfokus kepada sasaran yang dikehendaki. Sebagai contoh, sepanjang
tempoh PdPR, kaunselor sekolah perlu memberikan maklumat psikopendidikan
kepada pelajar. Justeru, dengan adanya group chat bagi setiap kelas, kaunselor boleh
menyampaikan maklumat secara berfokus dengan lebih cepat. Fungsi whatapps
status dan voice note juga memudahkan penyampaian maklumat oleh kaunselor.

Video Conferencing

Persidangan video atau panggilan secara video mula melonjak apabila berlakunya
Perintah Kawalan Pergerakan. Sebelum berlaku pandemik, aplikasi seperti Skype
telah wujud tetapi tidak mendapat perhatian yang luas. Namun, dengan PdPR dan
keperluan bekerja daripada rumah telah mewujudkan satu gelombang peningkatan
dalam penggunaan persidangan video. Google Meet, CISCO WebEx, dan Zoom

194

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Meeting adalah antara beberapa pelantar persidangan video yang semakin kerap
digunakan. Kaunselor perlu menguasai pelantar ini kerana setiap satu mempunyai
kelebihan dan kekurangan tersendiri. Persidangan video boleh dimanfaatkan oleh
kaunselor samada untuk sesi kaunseling individu, sesi kaunseling kelompok mahupun
melaksanakan webinar dalam talian berskala besar.

RUMUSAN DAN CADANGAN

Pandemik yang berlaku ini sememangnya telah mengejutkan dunia dan mengubah
kehidupan manusia dengan norma baharu yang perlu dimalkan. Adalah normal jika
manusia mengalami tindak balas emosi yang kuat terhadap sesuatu krisis dan
peristiwa traumatik seperti COVID-19 ini, namun pada kebiasaanya gejala tekanan
akan pulih dari semasa ke semasa. Walaubagaimanapun, ada gejala-gejala dalam
reaksi kesihatan mental yang tidak bertambah baik dalam tempoh yang berpanjangan,
maka adalah penting kepada individu yang mengalaminya untuk mendapatkan
bantuan segera daripada ahli profesional seperti kaunselor, pegawai psikologi
mahupun psiakitris bagi mengatasi masalah tersebut. Dari segi perkhidmatan
kaunseling pula, pelbagai kaedah harus diteroka dan digunapakai bagi memastikan
sokongan sosial dan bantuan dapat diberikan kepada semua pihak melali medium
teknologi digital. Pengamal dan penyedia perkhidmatan kaunseling perlu mengambil
beberapa pendekatan baharu dan berikut adalah antara cadangan yang dikemukakan
oleh pengkaji.

Latihan Bakal Kaunselor

Unversiti dan mana-mana institusi pendidikan tinggi yang menawarkan latihan
kepada bakal kaunselor boleh mengambil inisiatif memasukkan aplikasi teknologi di
dalam kurikulum mereka. Penerapan aplikasi teknologi dalam perkhidmatan
kaunseling ini boleh diterapkan secara langsung mahupun secara tidak langsung
dalam kurikukulum universiti. Ini bagi membolehkan bakal kaunselor bersedia
dengan segala kemungkinan apabila berkhidmat sebagai kaunselor pada masa akan
datang.

Rakan Teknologi

Bagi kaunselor pula, satu anjakan perubahan perlu dibuat dalam penyampaian
pekhidmatan. Penguasaan aplikasi teknologi adalah salah satu daripadanya.
Walaupun begitu, pengkaji memahami bahawa terdapat jurang antara generasi dalam
kalangan kaunselor itu sendiri yang terjadi berikutan perbezaan umur dan zaman.
Bagi isu ini, pengkaji ingin mencadangkan kepada kaunselor untuk mencari rakan
teknologi. Rakan teknologi yang dimaksudkan perlulah mempunyai minat yang sama
dengan anda untuk belajar mengenai teknologi dan aplikasi terbahru yang boleh
dimanfaatkan dalam perkhidmatan. Rakan teknologi tidak semestinya perlu

195

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

mempunyai kepakaran yang tinggi, tetapi seseorang yang mempunyai minat yang
sama dalam meneroka pelbagai aplikasi teknologi terkini. Ia boleh dimulakan dengan
aplikasi yang ringkas dan mudah dan kemudiannya terus meneroka aplikasi lain yang
berguna untuk kaunselor. Pengkaji percaya bahawa walaupun setelah pandemik ini
berakhir, perkhidmatan kaunseling tidak lagi akan sama seperti dahulu dan
penggunaan pelbagai aplikasi teknologi seperti sekarang akan terus berkembang.
Justeru, para kaunselor yang terbuka untuk belajar dan menguasai teknologi baharu
akan mempunyai kelebihan pada masa akan datang.

RUJUKAN

Abdul Rashid Abdul Aziz, Amin AlHaadi Shafie, Umi Hamidaton Mohd Soffian Lee, Raja
Nur Syafiqah Raja Ashaari. (2020). Strategi Pembangunan Aspek Kesejahteraan
Kendiri bagi Mendepani Tekanan Akademik Semasa Wabak COVID-19. Malaysian
Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), Volume 5, Issue 12, 16-30.
doi: https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i12.594.

Abdul Rashid Abdul Aziz, Anita Abdul Rani, Umi Hamidaton Soffian Lee, Muhd Khairi
Mahyuddin, Imaduddin Abidin & Mohd Suhardi Mat Jusoh. (2020). Konsep Dan
Perspektif Tauhidik Dalam Meningkatkan Kebahagiaan Kendiri.
http://journal.ump.edu.my/ijhtc International Journal of Humanities Technology
and Civilization (IJHTC) Copyright © Universiti Malaysia Pahang PressISSN:
2289-7216 (PRINT), e-ISSN: 2600-8815 (ONLINE) IJHTC Issue 10, Vol 1 March
2021. pp 64-79

Abdul Rashid Abdul Aziz, Nurhafizah Mohd Sukor & Nor Hamizah Ab Razak. (2020).
Wabak Covid-19: Pengurusan Aspek Kesihatan Mental Semasa Norma Baharu.
International Journal of Social Science Research (IJSSR), 2710-6276/ Vol.2,No.4,
156-174.

Abdul Rashid Abdul Aziz. (2020) Isu Kesihatan Mental: Keperluan Penerapan Nilai Islam
dalam Hubungan Menolong. Contemporary Communication Gazette OffStone
Second Edition, 21-23.

Adebowale, O. F., & Popoola, B. I. (2011). Prospects and Challenges of Online Guidance
and Counselling Services in a Nigerian University. International Journal for the
Advancement of Counselling, 33(1), 64–78. https://doi.org/10.1007/s10447-010-
9109-x

American Psychological Association. (2011). Capaian pada 28 April 2020 dari
http://www.apa.org/about/division/div36.aspx.

Amir Abd Hamid dan Hafiz Ithnin, 10 September 2020. Ramai Rakyat Perlukan Sokongan
Emosi, Kaunseling. My Metro. Capaian pada 2 November 2020 daripada
https://www.hmetro. com.my/mutakhir/2020/09/619047/ramai-rakyat-perlukan-
sokongan-emosi-kaunseling

Dani, M. A. (2020, 13 April). Warga emas dan pandemik COVID-19. The Malaysian
Medical Gazette. Retrieved from https://www.mmgazette.com/warga-emas-dan-
pandemik-covid-19-dr-marain-ahmad-dani/

196

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

Dasar Kesihatan Mental Negara (2012). Kementerian Kesihatan Malaysia.

https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Rujukan/NCD/Kesihatan%20

Mental/8 Dasar_Kesihatan_Mental_Negara.pdf

Eikhwan Ali & Mahirah A Rashid. (2020). Pandemik Covid 19 : Mendepani Impak

Psikososial. Dimuat turun daripada https://www.tsis.my/wp-

content/uploads/2020/04/PERSPEKTIF-Pandemik-COVID-19-Mendepani-Impak-

Psikososial.pdf

Fraenkel, J. R., Wallen, N. E., & Hyun, H. H. (1993). How to design and evaluate research in

Education. (Vol. 7). New York: McGraw-Hill.

García-Fernández, L., Romero-Ferreiro, V., López-Roldán, P. D., Padilla, S., & Rodriguez-

Jimenez, R. (2020). Mental health in elderly Spanish people in times of COVID-19

outbreak. The American Journal of Geriatric Psychiatry, 1040-1045.

Glasheen, K., & Campbell, M. (2009). The use of online counselling within an Australian
secondary school setting: A practitioner’s viewpoint. Counselling Psychology
Review, 24(2), 42–51.

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2021). Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial

Ketika Pandemik Covid-19. Mental Health Psychosocial Support Services

(MHPSS), Kuala Lumpur: Berita Harian

Keyes CLM. (2014). Mental health as a complete state: how the salutogenic perspective

completes the picture. In: Bauer GF, Hämmig O, editors. Bridging occupational,
organizational and public health. Dordrecht: Springer; 2014. pp. 179–92.

Laporan Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia IKPM. (2020). Jabatan Perkhidmatan

Awam. Capaian pada 2 Februari 2020 di https://ikpm.jpa.gov.my/
Mason, E., Griffith, C., & Belser, C. (2018). School Counselors’ Use of Technology for

Program Management. Professional School Counseling, 22(1), 1–10.

https://doi.org/10.1177/2156759X19870794

Mental Health Psychosocial Support Services (MHPSS). (2021). Kesihatan

Mental dan Sokongan Psikososial Ketika Pandemik Covid-19. Kementerian Kesihatan

Malaysia. Capaian pada 29 Jun 2021 dari https://covid-19.moh.gov.my>semasa-

kkm>2021/06
Mohd Nasir, M. I., Ramli, M. W., & Mohd Som, S. H. (2021). Now Look What You’ve Done,

COVID-19! The Impact on Academic Survival among Postgraduate Students in

Malaysia. International Journal of Academic Research in Business and Social

Sciences, 11(2). https://doi.org/10.6007/ijarbss/v11-i2/8430

Nanda, A., Wasan, A., & Sussman, J. (2017). Provider Health and Wellness. The Journal of

Allergy and Clinical Immunology, 5(6):1543-1548.

Plagg, B., Engl, A., Piccoliori, G., & Eisendle, K. (2020). Prolonged social isolation of the

elderly during COVID-19: Between benefit and damage. Archives of Gerontology

and Geriatrics, 89, 1-2.

Polizzi, C., Lynn, S. J., Perry, A. (2020). Stress and Coping in the Time of

COVID-19: Pathways to Resilience and Recovery. Clinical Neuropsychiatry, 17(2), 59-62.

World Health Organization. Coronavirus Disease (COVID-19) Pandemic. Available online:

https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019

World Health Organization. Promoting mental health: concepts, emerging evidence, practice

(Summary Report) Geneva: World Health Organization; 2004.

197

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

-16-
ANALISIS LITERATURE SISTEMATIK TERHADAP

KAEDAH PEMBELAJARAN EKONOMI

Raja Kumari Vijayakumaran1*
Thana Letvhumi P. Thirraja2

FPE/UPSI1
Fpe/UPSI2

krkumari34 @gmail.com

ABSTRAK

Kaedah Pengajaran adalah strategik pembelajaran aktif yang melibatkan PdPc
dilaksanakan bagi menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar. Malah kaedah
pengajaran tidak terbatas di dalam kelas malah menjalar sehingga di luar bilik darjah
dalam PAK 21. Mata pelajaran ekonomi merupakan tunjang kepada pembangunan
sesebuah negara. Maka kaedah pengajaran yang efektif dalam menyampaikan PdPc
ekonomi dititik beratkan bagi menghasilkan modal insan yang berkualiti. Dalam era
globalisasi teknologi membantu mempelbagaikan kaedah mengajar guru masa kini
bersesuaian dengan PAK 21. Keberhasilan murid dinilai berdasarkan peningkatan
dalam pencapaian ekonomi dan motivasi dalam pembelajaran ekonomi. Kertas
konsep ini membincangkan hubungan antara kaedah pengajaran ekonomi dengan
pencapaian pelajar serta motivasi pelajar ekonomi di peringkat sekolah. Kaedah
tinjauan literatur digunakan dalam kajian ini. Kajian lepas di dalam negara dan di luar
negara berkenaan kaedah pengajaran ekonomi digunakan untuk menganalisis kaedah
pengajaran yang diaplikasikan. Pencapaian pelajar serta motivasi pelajar ekonomi
menjadi ukuran dalam keberhasilan kaedah pengajaran ekonomi di sekolah. Dapatan
kajian menunjukkan hasil yang signifikan antara kaedah pengajaran ekonomi dengan
pencapaian serta motivasi pelajar ekonomi. Kesimpulannya pelajar mampu
meningkatkan pencapaian dan motivasi dalam pembelajaran ekonomi dengan
mempelbagaikan kaedah mengajar ekonomi. Artikel ini memberi ruang kepada kajian
akan datang dengan mengenal pasti isu dalam mengaplikasikan kaedah pengajaran
ekonomi. Artikel ini menjadi rujukan bagai kajian akan datang berkenaan kaedah
mengajar ekonomi.

Kata kunci: Kaedah pengajaran, pencapaian, motivasi

198

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

PENGENALAN

Cabaran dalam sistem pendidikan di Malaysia masa kini kian mencabar. Seiring
dengan perkembangan teknologi dalam pendidikan kerajaaan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dalam gelombang ketiga
menyarankan memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.

Artikel ini mengulas konsep dan ciri flipped learning (FL) yang mempengaruhi
minat, penglibatan dan pencapaian pelajar. FL menjadi kegemaran pengkaji dalam
bidang pendidikan yang inginkan pembaharuan dan sejajar dengan perkembangan
masa.

PENYATAAN MASALAH

Kaedah tradisional masih aktif sebagai kaedah utama ia kurang menyumbang dalam
kefahaman pelajar (Muslimin et al., 2017). Menyebabkan pelajar hilang motivasi
dalam diri untuk belajar terutama bagi pelajar ekonomi (Lee, 2018; Sallehin et al.,
2015). Ekonomi antara mata pelajaran yang perlu diberi perhatian berikutan
sumbangannya dalam ekonomi negara di masa akan datang agak besar (Wyk, 2016).
Apabila dikaji antara sebab pendidik memilih kaedah tradisional, masalah berpunca
daripada kekangan masa (Yin et al., 2018). Maka kajian ini membantu mencadangkan
kaedah pengajaran ekonomi yang melibatkan teknologi pada masa yang sama kaedah
tradisional tidak di hapuskan secara sepenuhnya.

Teknologi dalam Pendidikan

Perkembangan IR 4.0 yang menawarkan pelan data yang besar, penggunaan
teknologi yang canggih, dan penggunaan Internet yang berkelajuan tinggi kini
berkembang kepada IR 5.0 dimana masyarakat digabungkan dengan teknologi
sepenuhnya (Fauzi & Didi Suryadi, 2020). Kini teknologi penyumbang terbesar
kepada dunia Pendidikan (Shahroom & Hussin, 2018). Penggunaan multimedia
teknologi tidak asing dalam pendidikan. Malah sedang dunia dilanda pandemik
Covid-19 penggunaan multimedia teknologi menjadi pilihan utama (Fauzi & Sastra
Khusuma, 2020). Penggunaan teknologi dalam pendidikan menjadi trend bagi
menarik minat pelajar dan merangsang kreativiti serta inovatif pelajar (Mohammad
Noor et al., 2012). Guru dan pelajar berpeluang meneroka kaedah pembelajaran
menggunakan kaedah baharu dengan adanya teknologi, pelbagai alat multimedia
digunakan dalam PdPc di talian (Assuncao Flores & Gago, 2020); PdPc
menggunakan teknologi mula dipergiatkan (Bozkurt & Sharma, 2020). Dengan
adanya teknologi pembelajaran dapat dijalankan walaupun wujud kelemahan dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran rumah (PdPr). Pelbagai aplikasi seperti
“whatapp, telegram, google meet, zoom, google classroom” digunakan sepanjang
musim pandemik bagi menjalankan PdPr. Seperti yang diperkatakan oleh Fatimah

199

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Binti Jafri, (2017) penggunaan teknologi dalam pembelajaran perlu
diperkembangkan berikutan kesesuaian sebagai alat bantu mengajar yang sesuai pada
abad ke 21(PAK 21). Malah teknologi membantu guru memotivasikan minat pelajar
(Sharifah & Kamarul, 2011) dan memperkenalkan pelbagai input baharu bagi
melahirkan insan yang berilmu (Che Ibrahim, Nur Farahkanna, Kesavan & Mohd
Ra'in Shaari, 2021)

Teknologi menjadi penghubung utama antara pelajar dengan pembelajaran guru
sebagai pemudah cara (Missildine et al., 2013). Dalam mengaplikasikan kaedah FL
teknologi menjadi asas utama sebagai bahan bantu mengajar. Media teknologi
menyediakan persekitaran pembelajaran berdasarkan prinsip ―just-intime‖ dengan
kompetensi ―anywhere, anytime, anyone‖ (Talesra et al. 2003, Karoulis et al, 2004).
Dengan adanya teknologi dalam FL masa PdPc di dalam kelas digunakan untuk
pembelajaran aktif dan kolaboratif dan meningkatkan komunikasi antara guru dengan
pelajar (Birgili et al., 2021; Roach, 2014).

Flipped Learning

FL merupakan pembaharuan daripada kaedah konvensional dalam PdPc (Awidi &
Paynter, 2019). FL diilhamkan oleh Jonathan Bergman dan Aaoron Sam yang
merupakan seorang guru. Kaedah ini di perkembangkan berikutan niat tidak mahu
pelajar tercicir dalam pembelajaran (Jonathan Bergmann & Sams, 2014). Kaedah FL
merupakan kaedah terbalik dimana PdPc yang berlaku di dalam kelas berlaku di luar
kelas (Lage et al., 2000). FL menggantikan tugas guru dalam memberikan arahan
secara semuka kepada secara video dimana – mana dan bila-bila masa sahaja.
Pembelajaran di dalam kelas lebih berfokuskan perbincangan dan penyelesaian
masalah (Jonathan Bergmann & Sams, 2014; Huseyin Uzunboylu & Karagozlu,
2015). Dalam kajian Flipped Learning Network (2014) menyatakan bahawa kaedah
ini merupakan kaedah dimana arahan bergerak dari ruang pembelajaran dalam kelas
kepada luar kelas. Malah aktiviti yang dijalankan di dalam kelas kini di jalankan di
luar kelas. Terdapat salah tafsiran bagi golongan pendidik dalam pengaplikasian FL
adalah sama dengan berkongsi video yang di rakam oleh guru lebih awal di kongsi
sebagai bahan mengajar atau mengikuti kursus dalam talian (Jon Bergmann et al.,
2013; Rahmah, 2015). Malah terdapat banyak bahan bantu mengajar yang boleh di
kongsi bersama pelajar dalam talian dengan adanya perkembangan teknologi dalam
dunia Pendidikan (Hantla, 2014).

FL menggalakkan perkongsian bahan bantu mengajar di kalangan guru dan pelajar
(Hüseyin Uzunboylu & Karagözlü, 2017) dan penglibatan Pelajar (Boud et al., 2016).
Malah interaksi antara guru dan pelajar menunjukkan hubungan positif serta
membina kefahaman sendiri di kalangan Pelajar dan membimbing rakan sebaya
(Kurshan, 2008) serta kefahaman (Caviglia-Harris, 2016). Minat pelajar

200

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

meningkatkan dengan wujudnya kefahaman dalam pembelajaran (Tafonao, 2018).
FL membantu pelajar mengekalkan minat dalam sepanjang PdPc (Jia et al., 2020).
Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk:
1. Mengenal pasti kaedah pengajaran bagi mata pelajaran ekonomi di peringkat

sekolah
2. Mengenal pasti motivasi diri pelajaran dalam pembelajaran ekonomi.
Persoalan Kajian
Berdasarkan kepada objektif kajian di atas pengkaji telah membentuk beberapa
persoalan kajian seperti berikut:
1. Apakah kaedah pengajaran bagi mata pelajaran ekonomi sesuai dengan PAK

21?
2. Adakah motivasi pelajar meningkat dengan kaedah mengajar di sekolah bagi

mata pelajaran ekonomi?

METODOLOGI
Kajian yang dijalankan menggunakan tinjauan literatur sistematik berdasarkan kajian
lepas melalui carian dalam Scopus, ResearchGate, Mendeley dan Google Scholar dari
tahun 2016 sehingga 2021 berkenaan penggunaan FL dalam Pendidikan. Kajian ini
melalui empat fasa utama bagi menganalisis untuk menjawab persoalan kajian.
Carian kajian digunakan berdasarkan kata kunci iaitu flipped learning, penglibatan,
minat dan pencapaian. belas kajian telah diteliti. Empat fasa yang terlibat diterangkan
dalam rajah 1.

201

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

Fasa • Merangka Persoalan

Pertama

• Mengenal pasti Artikel yang sesuai

Fasa Kedua

• Menilai Kualiti Kajian

Fasa Ketiga

Fasa • Menganalisis dan Mentafsir Dapatan

Keempat

Rajah 1: Fasa kajian

Bagi fasa pertama 250 artikel telah di kumpul bagi merangka persoalan kajian.
Daripada 250 artikel 80 artikel di kenal pasti sebagai artikel yang sesuai bagi kertas
kajian. Dalam penilaian kualiti 20 artikel memenuhi keperluan kajian maka 11 artikel
digunakan bagi menganalisis dan mentafsir dapatan kajian kertas konsep ini.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Jadual 1: Kajian lepas FL

Bil Kajian Isu/ Ruang Kaedah Dapatan Kajian
1 Nazri, dan Azlin, Kajian
Mengenal pasti peranan FL
2016 aplikasi teknologi dalam Kuantitatif meningkatkan
dan
2 Chen, Lui, dan FL serta kefahaman minat dan
Susan ,2017 pelajar Kualitatif kefahaman
pelajar dan guru
Mengkaji skop dan kualiti Kajian menyediakan
kajian mengenai FL dan lepas persekitaran
pembelajaran
kesan yang bermanfaat
FL
meningkatkan
motivasi, dan
penglibatan
pelajar

202

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

3 Fatimah Abd Mengenal pasti Kajian FL menunjukkan

Rahman, Yunus penggunaan FL Lepas peningkatan

dan Hashim, dalam

2019 penglibatan dan

pencapaian

4 Almisad, 2019 Mengkaji tahap akses Kualitatif Pelajar sudah

teknologi digital yang dan bersedia dan

diperlukan untuk Kuantitatif dapat

pembelajaran flip dan memanfaatkan

persepsi mereka terhadap FL

FL

5 Raman, Keberkesanan FL Kuantitatif FL memberi

Rathakrishnan kesan positif dari

dan Thannimalai, penglibatan,

2019 minat dan

kefahaman

namun jantina

tidak

mempengaruhi

kesan FL

6 Singay, 2020 Mengenal pasti sikap dan Kualitatif Pelajar

persepsi pelajar dalam dan mempunyai

penggunaan FL Kuantitatif sikap dan

persepsi positif

terhadap FL dan

meningkatkan

minat pelajar

7 Van Alten, Chris, Mengkaji peranan FL Kuantitatif Menyimpulkan
David Jeroen dan dalam pembelajaran bahawa
Kester, 2020 Kuantitatif sokongan FL
kendiri dan kesan dan bermanfaat
untuk
8 Gunduz dan Kesan penggunaan Kualitatif pembelajaran
pelajar tetapi ia
Akkoyunlu, 2020 gamifikasi dalam harus dirancang
dengan teliti
pembelajaran flip untuk untuk
mengelakkan
menentukan sama ada ia rasa tidak puas
hati Pelajar.
akan meningkatkan Pelajar yang
mempunyai
motivasi tinggi
dan
berkeyakinan

203

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

interaksi, penyertaan, dan dengan
pencapaian penyertaan
dalam aktiviti
Strategi FL perlu kelas dan lebih
dikonseptualisasikan dan memahami isi
difahami kandungan
kursus
Keberkesanan
9 Fisher, pembelajaran kaedah Kualitatif Walaupun FL
Laferriere, dan tradisional dengan FL dapat
Rixon, 2020 Kuantitatif menghasilkan
FL merangsang kemahiran hasil pelajar
10 (Zain & Sailin, berfikir aras tinggi. Kualitatif yang baik.
2020) dan Persediaan dan
penglibatan
11 Lin, Hwang, Kuantitatif rakan sebaya
Chang dan Hsu, perlu diambil
2021 kira dalam FL.
FL menunjukkan
penglibatan
pelajar yang
maksimum dan
meningkatkan
kefahaman
mereka
berbanding
kaedah
tradisional.
Kajian akan
datang menjurus
kepada strategik
pengajaran FL.
FL
meningkatkan
pengetahuan dan
merangsang
pemikiran kritis
pelajar.

ULASAN KAJIAN LEPAS

Jadual 1 menunjukkan beberapa kajian lepas berkenaan FL dari tahun 2016 sehingga
2021. Kajian ini menghimpunkan kajian tempatan dan luar negara berikutan
mengetahui respons dan ruang penggunaan FL di dalam negara dan di luar negara.
Kajian lepas ini menjadi rujukan bagi mengenal pasti ruang bagi kajian akan datang
dengan menilai metodologi kajian. Di dapati majoriti kajian FL menggunakan

204

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Kaedah Kuasi experimental dengan melaksanakan ujian pra dan pasca di ikuti soal
selidik dan temu ramah. Ini bagi mengukur pengalaman pelajar dengan lebih
terperinci. Pada tahun 2016 peranan teknologi dalam pengajaran FL telah dikaji oleh
Nazri dan Azlin,2016. Dapatan kajian menunjukkan teknologi berkait rapat dalam
melaksanakan FL dalam PdPc dengan membatu guru mempelbagaikan bahan bantu
mengajar dan sekali gus menarik minat pelajar. Guru memanfaatkan persekitaran
teknologi bagi meningkatkan kefahaman pelajar. Kajian FL dikembangkan kepada
kajian skop dan kualiti penggunaan oleh Chen Hsieh, Lui dan Susan, (2017) daripada
118 kajian lepas didapati dapatan kajian menunjukan kualiti penggunaan FL
menunjukkan peningkatan dari segi penglibatan dan motivasi pelajar. Rahman,
Yunus, Harwati, (2020) turut bersependapat daripada hasil kajian 19 kajian lepas
mendapati pencapaian dan penglibatan pelajar turut meningkat. Almisad, (2019)
membantu merungkai tahap akses teknologi yang diperlukan bagi melaksanakan FL
dan persepsi pelajar. Di dapati pelajar telah bersedia mengaplikasikan teknologi
dalam pembelajaran bersesuaian dengan IR 4.0. Malah pelajar menunjukkan sikap
positif dalam penggunaan kaedah FL dan menarik minat pelajar (Singay, 2020).
Namun Van Alten et al., (2020) mencadangkan pembelajaran FL disusun dengan
strategik bagi mengelak tidak puas hati pelajar. Sebagai pembaharuan dalam FL
gamifikasi telah diaplikasikan dalam kaedah FL di dapati selain daripada penglibatan,
minat, dan motivasi, interaksi pelajar turut meningkat (Gunduz & Akkoyunlu, 2020).
Dalam kajian Fisher et al., (2020) kaedah pembelajaran FL perlu lebih konseptualisasi
dan mudah difahami. Perancangan awal perlu bagi menjayakan kaedah FL. Jika
dibandingkan kaedah tradisional dengan kaedah FL. FL menunjukkan keberkesanan
dari segi penglibatan, minat dan kefahaman (Zain & Sailin, 2020) walaupun kaedah
tradisional turut di rancang sebelum PdPc ini berikutan pelajar berminat dengan akses
teknologi. Malah FL membantu merangsang pemikiran kritis pelajar (Lin, 2021).

RUMUSAN DAN CADANGAN

FL dalam pendidikan mencetuskan perubahan dalam dunia pendidikan dari segi cara
pengaplikasian kaedah yang berbeza. Malah FL menjadi pilihan ramai warga
pendidik dan pelajar. FL menunjukkan peningkatan positif dalam penglibatan, minat
dan kefahaman pelajar dalam PdPc. FL sesuai diaplikasikan dalam pembelajaran
PAK 21. Kajian dalam FL perlu diperluas bagi mengetahui cara yang sistematik bagi
melaksanakan FL di peringkat sekolah di Malaysia. Selain itu dari segi populasi
sampel kajian turut boleh dikaji di masa akan datang berikutan FL kebanyakan di
gunakan di peringkat tinggi. FL boleh diperluas ke peringkat rendah berikutan
kewujudan teknologi yang canggih masa kini. Di harap kertas kajian ini menjadi
rujukan bagi pengkaji yang lain dalam FL di masa akan datang.

.

205

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

RUJUKAN

Almisad, B. (2019). Perceptions of the “flipped classroom”: A case study from a developing
country. International Journal of Learning Technology, 14(1).
https://doi.org/10.1504/IJLT.2019.100617

Assunção Flores, M., & Gago, M. (2020). Teacher education in times of COVID-19 pandemic
in Portugal: national, institutional and pedagogical responses. Journal of Education
for Teaching. https://doi.org/10.1080/02607476.2020.1799709

Awidi, I. T., & Paynter, M. (2019). The impact of a flipped classroom approach on student
learning experience. Computers and Education.
https://doi.org/10.1016/j.compedu.2018.09.013

Bergmann, Jon, Overmyer, J., & Wilie, B. (2013). The Flipped Class: Myths vs. Reality.
Thedailyriff.Com.

Bergmann, Jonathan, & Sams, A. (2014). Flip Your Classroom Reach Every Student in Every
Class Every Day. In Get Abstract Compressed Knowledge.
https://doi.org/10.1111/teth.12165

Birgili, B., Seggie, F. N., & Oğuz, E. (2021). The trends and outcomes of flipped learning
research between 2012 and 2018: A descriptive content analysis. Journal of
Computers in Education. https://doi.org/10.1007/s40692-021-00183-y

Boud, D., Keogh, R., Walker, D., Reinhart, C., Wyatt, T., Vygotsky, L., Dewey, J., Young,
M. G., Malisius, E., & Dueck, P., Utech, J. L., Maghuyop, A. Z., Sebastien, B., Team,
T. E., Education, D. of, Furco, A., Innotech, Perin, D., Hare, R., Piaget, J.,
Zeidenberg, M., … Dewy, J. (2016). Curriculum development in vocational and
technical education: Planning, content, and implementation. Brooklyn,
NY:Workforce Strategy Center.

Bozkurt, A., & Sharma, R. C. (2020). Emergency remote teaching in a time of global crisis
due to CoronaVirus pandemic. Asian Journal of Distance Education.
https://doi.org/10.5281/zenodo.3778083

Caviglia-Harris, J. (2016). Flipping the undergraduate economics classroom: Using online
videos to enhance teaching and learning. Southern Economic Journal.
https://doi.org/10.1002/soej.12128

Che Ibrahim, N. F. S., Mohd Rusli, N. F., Shaari, M. R., & Kesavan, N. (2021). Persepsi
Pelajar terhadap Aplikasi Multimedia Interaktif dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran Abad ke-21 Students’ Perceptions of Interactive Multimedia
Applications in the 21st Century Teaching and Learning Process. ONLINE
JOURNAL FOR TVET PRACTITIONERS, 6(1).

Chen, F., Lui, A. M., & Martinelli, S. M. (2017). A systematic review of the effectiveness of
flipped classrooms in medical education. In Medical Education (Vol. 51, Issue 6).
https://doi.org/10.1111/medu.13272

Chen Hsieh, J. S., Wu, W. C. V., & Marek, M. W. (2017). Using the flipped classroom to
enhance EFL learning. Computer Assisted Language Learning.
https://doi.org/10.1080/09588221.2015.1111910

Fatimah Abd Rahman, S., Md Yunus, M., & Hashim, H. (2019). An Overview of Flipped
Learning Studies in Malaysia. Arab World English Journal, 10(4).
https://doi.org/10.24093/awej/vol10no4.15

Fatimah Binti Jafri. (2017). Penggunaan Instruksional Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
(Tmk) Terhadap Mata Pelajaran Teras. Laporan Projek Sarjana Pendidikan.

206

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

Fauzi, I., & Didi Suryadi. (2020). Didactical Design Research untuk Mengembangkan

Kompetensi Pedagogik Guru di Sekolah Dasar. INVENTA.

https://doi.org/10.36456/inventa.4.1.a2207
Fauzi, I., & Sastra Khusuma, I. H. (2020). Teachers’ Elementary School in Online Learning

of COVID-19 Pandemic Conditions. Jurnal Iqra’ : Kajian Ilmu Pendidikan.

https://doi.org/10.25217/ji.v5i1.914

Fisher, R. L., LaFerriere, R., & Rixon, A. (2020). Flipped learning: An effective pedagogy
with an Achilles’ heel. Innovations in Education and Teaching International, 57(5).

https://doi.org/10.1080/14703297.2019.1635904
Flipped Learning Network. (2014). What Is Flipped Learning ? The Four Pillars of F-L-I-P.

Flipped Learning Network.

Gündüz, A. Y., & Akkoyunlu, B. (2020). Effectiveness of Gamification in Flipped Learning.

SAGE Open, 10(4). https://doi.org/10.1177/2158244020979837

Hantla, B. F. (2014). Book Review: Flip your classroom: Reach every student in every class

every day. Christian Education Journal: Research on Educational Ministry, 11(1).

https://doi.org/10.1177/073989131401100120

Jia, C., Hew, K. F., Bai, S., & Huang, W. (2020). Adaptation of a conventional flipped course

to an online flipped format during the Covid-19 pandemic: Student learning

performance and engagement. Journal of Research on Technology in Education.

https://doi.org/10.1080/15391523.2020.1847220

Kurshan, B. (2008). OER Models that Build a Culture of Collaboration: A Case Exemplified

by Curriki. ELearning Papers.

Lage, M. J., Platt, G. J., & Treglia, M. (2000). Inverting the classroom: A gateway to creating

an inclusive learning environment. Journal of Economic Education.

https://doi.org/10.1080/00220480009596759

Lin, H. (2021). Facilitating critical thinking in decision making-based professional training:

An online interactive peer-review approach in a flipped learning context -

ScienceDirect. Elsevier.

https://www.sciencedirect.com/science/article/abs/pii/S0360131521001433

Missildine, K., Fountain, R., Summers, L., & Gosselin, K. (2013). Flipping the classroom to

improve student performance and satisfaction. Journal of Nursing Education.

https://doi.org/10.3928/01484834-20130919-03

Mohammad Noor, N. A., Mahamod, Z., Hamat, A., & Embi, M. A. (2012). Persepsi pelajar

terhadap aplikasi perisian multimedia dalam pembelajaran komsas bahasa melayu

tingkatan 1. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.

Nazri, S., Nordin, B., Norhaini, A., & Mansor, B. (2016). " Cross-Cultural Education for
Sustainable Regional Development " Bandung FLIPPED-LEARNING : KAJIAN

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PEMBELAJARAN ABAD KE-21.

International Conference on Education and Regional Development.

Rahmah, A. (2015). Digital Literacy Learning System for Indonesian Citizen. Procedia

Computer Science. https://doi.org/10.1016/j.procs.2015.12.109

Rahman, S. F. A., Yunus, M. M., & Hashim, H. (2020). The uniqueness of flipped learning

approach. International Journal of Education and Practice, 8(3).

https://doi.org/10.18488/journal.61.2020.83.394.404

Raman, A., Rathakrishnan, M., & Thannimalai, R. (2019). Flipping the undergraduate

classroom: A case study. Journal of Social Sciences Research.

https://doi.org/10.32861/jssr.51.134.138

207

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Roach, T. (2014). Student perceptions toward flipped learning: New methods to increase
interaction and active learning in economics. International Review of Economics
Education. https://doi.org/10.1016/j.iree.2014.08.003

Shahroom, A. A., & Hussin, N. (2018). Industrial Revolution 4.0 and Education. International
Journal of Academic Research in Business and Social Sciences.
https://doi.org/10.6007/ijarbss/v8-i9/4593

Singay. (2020). Flipped learning in English as a second language classroom: Bhutanese
students’ perceptions and attitudes of flipped learning approach in learning grammar.
Indonesian Journal of Applied Linguistics, 9(3).
https://doi.org/10.17509/ijal.v9i3.23217

Tafonao, T. (2018). PERANAN MEDIA PEMBELAJARAN DALAM MENINGKATKAN
MINAT BELAJAR MAHASISWA. Jurnal Komunikasi Pendidikan.
https://doi.org/10.32585/jkp.v2i2.113

Tahap kesediaan penggunaan ICT dalam pengajaran dan kesannya terhadap hasil kerja dan
tingkah laku murid prasekolah. (2011). Jurnal Pendidikan Malaysia, 36(1).

Uzunboylu, Huseyin, & Karagozlu, D. (2015). Flipped classroom: A review of recent
literature. World Journal on Educational Technology.
https://doi.org/10.18844/wjet.v7i2.46

Uzunboylu, Hüseyin, & Karagözlü, D. (2017). The Emerging Trend of the Flipped Classroom:
A Content Analysis of Published Articles between 2010 and 2015. Revista de
Educación a Distancia (RED). https://doi.org/10.6018/red/54/4

van Alten, D. C. D., Phielix, C., Janssen, J., & Kester, L. (2020). Self-regulated learning
support in flipped learning videos enhances learning outcomes. Computers and
Education, 158. https://doi.org/10.1016/j.compedu.2020.104000

Zain, F. M., & Sailin, S. N. (2020). Students’ experience with flipped learning approach in
higher education. Universal Journal of Educational Research, 8(10).
https://doi.org/10.13189/ujer.2020.081067

208

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

-17-
PENGGUNAAN KAEDAH NYANYIAN UNTUK MENINGKATKAN
KEFAHAMAN MURID TAHUN 3 DALAM MEMPELAJARI TOPIK

SISTEM SURIA

Nur Syahirah binti Abdul Razak

Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang

[email protected]

ABSTRAK

Topik Sistem Suria bagi Tahun 3 adalah merupakan topik yang disukai oleh
kebanyakan murid namun topik ini juga mempunyai konsep dan fakta yang agak
sukar difahami oleh murid-murid. Hal ini dikatakan demikian kerana murid-murid
Tahun 3 masih memerlukan bantuan bahan bantu mengajar yang sesuai untuk
memudahkan mereka memahami pengajaran dan pemudahcaraan guru. Oleh itu,
penyelidikan tindakan ini adalah bertujuan untuk menentukan penggunaan Kaedah
Nyanyian dapat meningkatkan kefahaman murid Tahun 3 dalam mempelajari Topik
Sistem Suria. Kajian ini melibatkan 10 orang murid Tahun 3 dari sebuah sekolah
untuk menjadi peserta kajian. Data kuantitatif diperoleh melalui soal selidik dan
semak pemerhatian tingkah laku murid dan dianalisis melalui peratusan bilangan
peserta yang menjawab soal selidik dan tingkah laku mereka dalam kelas manakala
data kualitatif adalah daripada analisis temu bual. Dapatan kajian menunjukkan
analisis positif peserta kajian menjawab soal selidik mengikut kefahaman mereka dan
tingkah laku positif ditunjukkan semasa pengajaran dan pemudahcaraan. Dapatan
kajian temu bual juga menunjukkan peserta kajian menyukai Kaedah Nyanyian dan
ingin menggunakannya lagi untuk medium pengajaran yang seterusnya.

Kata kunci: Kaedah Nyanyian, kefahaman, bahan bantu mengajar, Sistem Suria

209

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

USAGE OF SINGING METHODS TO ENHANCE THE MEMORY AND
UNDERSTANDING OF YEAR 3 PUPILS IN LEARNING SOLAR SYSTEM

TOPICS

ABSTRACT

The topic of the Solar System for Year 3 is a topic that is liked by most students but
this topic also has concepts and facts that are quite difficult to understand by students.
This is said to be so because Year 3 pupils still need the help of appropriate teaching
aids to facilitate their understanding of teacher teaching and facilitation. Therefore,
this action research is aimed at determining the use of the Singing Method can
enhance the understanding of Year 3 students in studying the Topic of the Solar
System. The study involved 10 Year 3 students from a school to be study participants.
Quantitative data were obtained through questionnaires and review of student
behavior observations and analyzed through the percentage of the number of
participants who answered the questionnaire and their behavior in class while
qualitative data were from interview analysis. The findings of the study showed a
positive analysis of the study participants answering the questionnaire according to
their understanding and positive behaviors were shown during teaching and
facilitation. The findings of the interview study also showed that the study
participants liked the Singing Method and wanted to use it again for the next teaching
medium.

Keywords: Singing Methods, comprehension, teaching aids, Solar System

PENGENALAN
Semasa proses pembelajaran dan pemudahcaraan, pengkaji mendapati bahawa ada
sebilangan murid yang masih mempunyai masalah untuk mengingat susunan planet-
planet serta sukar untuk membezakan ahli-ahli Sistem Suria yang nampak sedikit
sama bentuknya namun ciri-cirinya adalah berlainan. Pengkaji juga telah menemu
bual guru-guru di sekolah dan mendapati bahawa kebanyakan murid-murid masih
sukar untuk mengingat susunan planet terutamanya apabila ejaan awal planet-planet
tersebut adalah daripada abjad yang sama serta masih ada yang lupa bahawa bulan
merupakan satelit semula jadi manakala Matahari merupakan pusat kepada Sistem
Suria. Oleh itu, pengkaji memperkenalkan Kaedah Nyanyian sebagai medium baru
pengajaran.

FOKUS KAJIAN

Kajian ini bukan sahaja memanfaatkan bagi pengkaji sahaja malahan bagi sekolah
juga kerana berjaya memberikan jalan penyelesaian untuk sekolah dalam
menyelesaikan masalah-masalah murid dalam mempelajari sesuatu topik yang diajar

210

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

oleh guru. Kriteria fokus kajian yang ditekankan oleh pengkaji yang terakhir ialah
kebolehgunaan iaitu boleh digunakan semula (Zulkifli Osman, 2013). Guru-guru di
sekolah juga boleh mencuba untuk mengaplikasikan kaedah ini sebagai kaedah
pengajaran yang baharu demi membantu untuk memudahkan lagi pengajaran serta
meningkatkan kefahaman murid-murid dalam pelajaran.

Objektif dan Soalan Kajian

Objektif kajian ini adalah:

1. Penggunaan Kaedah Nyanyian berjaya meningkatkan kefahaman murid
dalam mempelajari Topik Sistem Suria.

Soalan kajian ini adalah seperti berikut:

1. Bolehkah Kaedah Nyanyian dapat meningkatkan kefahaman murid dalam
Topik Sistem Suria Tahun 3?.

Peserta Kajian

Dalam perlaksanaan penyelidikan tindakan ini, pengkaji telah menjalankan kajian
kepada 10 orang sampel. Pengkaji juga menjalankan kajian pada sampel yang berada
dalam jantina yang sama iaitu perempuan. Ciri-ciri peserta kajian adalah berlatar
belakangkan keluarga sederhana dan berada. Kesemua ibu bapa mereka bekerja di
bandar dan juga mementingkan pendidikan anak-anak mereka. Kebanyakan murid
dalam kelas Tahun 3 ini adalah cerdas dan menumpukan perhatian yang baik semasa
pengajaran dijalankan. Namun masih ada juga yang masih kurang menumpukan
perhatian. Oleh itu, pengkaji memperkenalkan Kaedah Nyanyian sebagai medium
pengajaran yang mudah untuk disampaikan kepada mereka.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Fasa perancangan telah dilaksanakan pada minggu pertama oleh pengkaji di mana
pengkaji memerhati masalah atau isu yang dihadapi oleh murid dalam topik Sistem
Suria. Borang pertama yang digunakan oleh pengkaji adalah soal selidik. Soal selidik
ini telah dianalisis secara kuantitatif kerana boleh dikira dengan mengira peratus dan
min. Kaedah kedua yang digunakan oleh pengkaji ialah dengan kaedah temu bual.
Temu bual yang dijalankan oleh pengkaji adalah pengkaji meneroka dan
melaksanakan kerangka tema atau topik yang dikehendaki dan dijadikan soalan temu
bual untuk mendapatkan data. Instrumen ketiga yang digunakan adalah dengan
menggunakan semak pemerhatian berstruktur responden yang telah dipilih. Tatacara
penganalisisan data secara kuantitatif dan juga tatacara penganalisisan data secara
kualitatif. Menurut (Field, 2009), secara mudahnya min merupakan purata sesuatu

211

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

skor dan biasanya dikira dengan menjumlahkan semua skor (soal selidik) yang
kemudiannya dibahagikan dengan bilangan murid yang menjawab soal selidik
tersebut. Manakala bagi data semak pemerhatian menggunakan peratusan sahaja di
mana pengkaji memerhati setiap 10 orang responden sepanjang dalam kelas dan
menandakan sama ada mereka bertindak sedemikian ataupun tidak. Bagi kaedah temu
bual pula, kaedah ini boleh dianalisis secara menggunakan kaedah tema dan kategori
di mana memerlukan pengkaji mengambil kata kunci daripada responden dan kata
kunci akan dikategorikan lagi mengikut tema.

DAPATAN KAJIAN

Dapatan yang telah diperoleh pengkaji adalah melalui analisis data soal selidik dan
menggunakan skala Likert di mana ianya mempunyai format 1 = sangat tidak setuju
(STS), 2 = tidak setuju (TS), 3 = tidak pasti (TP), 4 = setuju (S) dan 5 = sangat setuju
(SS).

Jadual 1: Data menunjukkan peratusan, frekuensi dan min soal selidik 10 responden

Bil. Soalan 1 (STS) 2(TS) 3 (TP) 4 (S) 5 (SS) Min

1. Rasa seronok % f % f %f % f % f
2. Rasa terhibur 0% 0 0% 0 0% 0 20% 2 80% 8 4.8
3. Mudah ingat fakta
0% 0 0% 0 0% 0 10% 1 90% 9 4.9
0% 0 0% 0 0% 0 30% 3 70% 7 4.7

4. Mudah faham fakta 0% 0 0% 0 0% 0 50% 5 50% 5 4.5

5. Minat belajar 0% 0 0% 0 0% 0 10% 1 90% 9 4.9

6. Suka kaedah nyanyian 0% 0 0% 0 0% 0 30% 3 70% 7 4.7

7. Guna kaedah nyanyian 0% 0 0% 0 0% 0 40% 4 60% 6 4.6
dalam topik Sains lain

8. Mudah mengikuti 0% 0 0% 0 0% 0 20% 2 80% 8 4.8

9. Lebih yakin 0% 0 0% 0 0% 0 60% 6 40% 4 4.4

10. Hafal fakta 0 % 0 0% 0 0% 0 60% 6 40% 4 4.4

Data pemerhatian telah didapati apabila pengkaji memerhati responden-responden
sepanjang perjalanan pembelajaran dan pemudahcaraan yang dijalankan. Dapatan
analisis data menunjukkan di mana terdapat enam tingkah laku pemerhatian yang
digunakan oleh pengkaji semasa kajian tindakan ini dijalankan.

212

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

Jadual 2: Nilai skor dan peratusan (%) dapatan semak pemerhatian berstruktur
Semak Pemerhatian Semasa pelaksanaan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)

Tingkah Laku Murid YA (%) f TIDAK (%) f
Bermain 50% 5 50% 5
Fokus 70% 7 30% 3
Aktif semasa kelas 60% 6 40% 4
Berkhayal 20% 2 80% 8
Minat 90% 9 10% 1
Bertanya soalan 80% 8 20% 2

Dapatan data yang terakhir adalah melalui temu bual di mana pengkaji menemu bual
2 orang responden untuk memberikan pandangan serta pendapat mereka. Tema dan
kod dalam temu bual ini boleh dilihat melalui ayat yang diwarnakan mengikut
kesesuaian.

Jadual 3: Analisis data temu bual responden pertama

Temu bual Jawapan Responden Analisis (Tema)
1. Rasa seronok M: Seronok Minat
2. Mudah faham M: Senang sebab ada lirik Memahami
senang hafal.
3. Minat subjek M: Minat Minat

Transkrip temu bual menunjukkan bahawa murid memahami pembelajaran yang
dijalankan menggunakan Kaedah Nyanyian dan menyebabkan mereka meminati
kaedah ini untuk digunakan sebagai medium pengajaran lagi.

Jadual 4: Analisis data temu bual responden kedua

Soalan Jawapan Responden Analisis (Tema)
1. Rasa seronok M: Sangat seronok Minat
2. Mudah faham M: Buat mudah faham Memahami
4. Minat subjek M: Sangat suka Minat

Responden kedua juga memberikan jawapan yang sama iaitu menunjukkan
kefahaman dan daya ingatan murid-murid menggunakan Kaedah Nyanyian dalam
pengajaran Topik Sistem Suria Tahun 3 ini. Melalui dapatan ini, pengkaji mengetahui
bahawa peserta kajian mudah memahami melalui kaedah ini. Hal ini kerana kedua-
dua responden memberikan jawapan yang menunjukkan kefahaman yang baik.

REFLEKSI

Proses pembelajaran dan pemudahcaraan yang melibatkan penggunaan Kaedah
Nyanyian telah dapat menunjukkan bukti bahawa kaedah ini memberikan impak yang

213

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

positif kepada diri murid khususnya kepada murid-murid yang memerlukan masa
untuk mempelajari sesuatu. Muzik, nyanyian dan lagu memberikan kesan yang positif
terhadap perhatian murid dalam bilik darjah.. Menurut Rini Lestari (2012), beliau
menyatakan bahawa guru haruslah bijak dalam menggunakan kaedah yang kreatif
dan inovatif untuk digunakan dalam pengajaran. Hal ini selaras dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menekankan kepentingan
pendidikan diterapkan inovasi dalam kalangan guru dan murid (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2013). Menurut Reney Pantun (2017), kaedah nyanyian
diperkenalkan kepada murid dengan cara mengajarkan nyanyian yang sudah ada,
mengganti lirik dari lagu yang sudah dikenal sebelumnya dengan lirik lain atau
membuat lagu baru dengan lirik yang sesuai atas tujuan yang diinginkan.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Cadangan tindakan susulan yang telah diutarakan adalah dengan menambah bilangan
responden kepada bilangan yang lebih banyak. untuk kesahan dan kebolehpercayaan
data-data analisis yang akan diperolehi. Cadangan seterusnya adalah mengkaji
melalui data-data yang lebih terperinci di mana praujian dan pascaujian digunakan
bagi menunjukkan data-data yang lebih terperinci. Cadangan tindakan susulan yang
disarankan untuk pengkaji dari pensyarah adalah praujian dan pascaujian demi
menunjukkan lebih banyak analisis-analisis data sebagai bukti. Cadangan ini juga
telah disusulkan iaitu mengadakan lebih banyak lagu berkenaan topik Sains digubal
dan dilaksanakan dalam pembelajaran dan pemudahcaraan oleh guru lain.

RUJUKAN

Field, A. (2009). Discovering statistics using SPSS. Sage Publications Std.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-

2025. Kementerian Pendidikan Malaysia
Reney Pantun. (2017). Penggunaan teknik nyanyian dalam meningkatkan kefahaman murid

tahun dua dalam topik pembundaran. Proceedings of the ICECRS, 1(1), 677–686.
https://doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.541
Rini Lestari. (2012). Nyanyian Sebagai Metode Pendidikan Karakter Pada Anak. Prosiding
Seminar Nasional Psikologi Islami, (pp. 131-136)
Zulkifli Osman. (2013). Kebolehlaksanaan dan kebolehgunaan modul pengajaran bahasa
berlandaskan pendekatan holistik. Pendeta Journal of Malay Language, Education
and Literature (Volume 4, No. 1), 202-230.

214

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

-18-
PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP GURU
MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH

KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM

Norfarahin Mohd Zamri
Mohd Isa Hamzah
Shahlan Surat

Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]

ABSTRAK

Perubahan kurikulum bertujuan ke arah keberhasilan modal insan bagi memenuhi
keperluan abad ke-21. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap
pengetahuan, kemahiran dan sikap guru Pendidikan Islam dalam Pentaksiran Bilik
Darjah (PBD). Fokus kajian adalah kepada pelaksanaan PBD kurikulum Pendidikan
Islam Tahap 1 berdasarkan pemansuhan orientasi peperiksaan bermula pada tahun
2019. Seramai 350 orang guru Pendidikan Islam yang mengajar Tahap 1 di sekolah
dalam negeri Selangor terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian menggunakan soal
selidik dan dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian SPSS versi 21.0.
Dapatan kajian menunjukkan semua purata min pemboleh ubah berada pada tahap
yang tinggi iaitu (min= 4.09) dengan pengetahuan pada tahap tinggi (min= 4.27),
kemahiran guru pada tahap tinggi (min= 4.02) dan sikap guru (min= 3.98). Kajian ini
dapat dijadikan panduan oleh pemimpin sekolah dan guru sebagai pelaksana
kurikulum di peringkat sekolah dalam melaksanakan PBD yang berkesan. Selain itu,
guru perlu sentiasa meningkatkan kompetensi diri dari segi pengetahuan, kemahiran
dan sikap dalam PBD agar dapat mencapai matlamat perubahan kurikulum terkini
seperti yang dihasratkan.

Kata kunci: Pentaksiran Bilik Darjah, Pendidikan Islam, Kompetensi Guru

PENGENALAN

Perubahan pendidikan negara bertujuan menyediakan pendidikan berkualiti ke arah
keberhasilan murid berpengetahuan, berkemahiran dan bersatu padu (KPM, 2013).
Perubahan pentaksiran dalam kurikulum sentiasa diberi penekanan oleh KPM (KPM,
2016) bagi meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi murid dalam pembelajaran
untuk mencapai enam aspirasi murid selari dengan kandungan Falsafah Pendidikan

215

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Kebangsaan (FPK) (KPM, 2013; KPM, 2016). Pentaksiran kategori akademik murid
Tahap 1 mengalami perubahan apabila pentaksiran berorientasikan peperiksaan
dimansuhkan kepada Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) secara berterusan dalam proses
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam semua mata pelajaran (KPM, 2018)
melalui Surat Siaran KPM Bilangan 14 tahun 2018 – KPM100-1/7/2/Jld. 6 (19
Disember 2018).

Tugas guru Pendidikan Islam sangat mencabar untuk merealisasikan matlamat PBD
selari dengan matlamat Falsafah Pendidikan Islam (FPI) dan tranformasi penghayatan
nilai dalam PPPM melalui Pendidikan Islam (KPM 2013; KPM 2020). Pelaksanaan
PBD memerlukan kompetensi guru memenuhi tanggungjawab berdasarkan deskripsi
tugas yang ditetapkan (Jamilah & Siti Noor, 2019; KPM, 2016; Zahari, 2018).
Kompetensi merupakan ciri peribadi, pengetahuan, dan kemahiran untuk
menjalankan tugas dengan efektif (Jamilah & Siti Noor Ismail, 2018). Kompetensi
PBD meliputi aspek pengetahuan, kemahiran, dan sikap tentang PBD untuk mencapai
standard prestasi yang ditetapkan (Sharbain & Tan, 2012; Zahari, 2018). Dalam
konteks kajian ini kompetensi PBD merupakan penilaian kendiri pengetahuan,
kemahiran dan sikap oleh guru Pendidikan Islam yang mengajar Tahap 1.

PENYATAAN MASALAH

Tugas guru memerlukan kompetensi yang tinggi (Saedah & Mohamed Sani, 2012)
dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap positif (Ramlah, Jamil & Analisa, 2015;
Sh. Hauzimah, 2018; Sh. Hauzimah, 2019; Zahari, 2018; Zahari et. al, 2020).
Kompetensi penting untuk melaksanakan tanggungjawab dalam deskripsi tugas
sebagai panduan untuk mengukur tahap prestasi kerja dan menjadi panduan untuk
mencapai sasaran kerja bagi memenuhi matlamat organisasi (KPM, 2016).

Pengetahuan

Pengetahuan PBD guru Pendidikan Islam berada pada tahap sederhana dan
memerlukan penambahbaikan (Artika & Hasmadi, 2019). Terdapat keperluan modul
pentaksiran PBD disebabkan kurang pengetahuan membina instrumen pentaksiran
dan memberi skor kaedah PBD secara lisan (Kumaran & Azali, 2019). Tempoh masa
arahan dan pelaksanaan PBD yang singkat tidak dapat membantu guru memahami
konsep PBD dan pelaksanaan PBD secara menyeluruh (Mazarul, Norazimah dan
Suhaila, 2021).

Pengetahuan yang tidak tepat terhadap konsep pelaksanaan pentaksiran adalah tidak
selari dengan hasrat perubahan pentaksiran (Nor Aniza, 2016; Sh. Siti Hauzimah,
2018) dan tujuan pembentukan kurikulum Pendidikan Islam (Noor Hisyam, 2011).
Pengetahuan guru tentang PBD sangat penting dalam membantu kesediaan

216

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

melaksanakan PBD dari segi perancangan, pelaksanaan dan pelaporan PBD (KPM,
2018; Nor Aniza, 2015; Nor Aniza, 2016; Sh. Siti Hauzimah, 2018).

Kemahiran

Terdapat guru Pendidikan Islam tidak mahir merancang aktiviti PBD dengan baik
mengikut keupayaan murid (Artika & Hasmadi, 2019; KPM, 2013) sedangkan PBD
perlu dilaksanakan berdasarkan keupayaan murid (Fatimah, 2014; KPM, 2018).
Pelaksanaan PBD guru Pendidikan Islam adalah pada tahap sederhana dan
memerlukan penambahbaikan (Artika & Hasmadi, 2019). Guru juga tidak merancang
PdP yang berpusat kepada murid (Suah See, Ong & Shuki, 2013) dan majoriti
pengajaran guru adalah sehala iaitu berpusat kepada guru melalui metod yang kurang
menarik perhatian murid seperti syarahan, hafalan fakta dan menyalin nota (Ab.
Halim et. al, 2012; Artika & Hasmadi, 2019; Noor Shamshinar et. al, 2017; Zuraidah,
2012; Noor Hisham, 2012). PdP tersebut bertentangan dengan PdP secara modular
yang ditekankan oleh KPM iaitu melaksanakan pentaksiran dalam PdP dengan
pelbagai kaedah dan aktiviti (KPM, 2016; KPM, 2018; Suah et. al, 2019).

Sikap

Terdapat persepsi guru bahawa PBD merupakan proses yang rumit dan
membebankan (Siti Hayati & Yeh, 2018). Guru tidak yakin dengan kepentingan
amalan mentaksir murid dalam PdP kerana biasa dengan amalan peperiksaan (Fakhri
& Mohd Isha, 2016). PBD hanya dilaksanakan sekadar untuk mematuhi arahan dari
pihak atasan memenuhi keperluan pelaporan kepada murid (Fakhri & Mohd Isha,
2016; Zahari et. al, 2020) tanpa memahami tujuan sebenar PBD dijalankan (Acar-
erdol & Yildizli, 2018). Sikap guru dalam aspek kepercayaan tentang kepentingan
perubahan terkini dalam pendidikan dan kemahuan guru terhadap perubahan adalah
rendah (Tai, 2017; Tai & Omar, 2017).

Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk:

1. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru Pendidikan Islam dalam melaksanakan
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

2. Mengenal pasti tahap kemahiran guru Pendidikan Islam dalam melaksanakan
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

3. Mengenal pasti tahap sikap guru Pendidikan Islam dalam melaksanakan
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

Persoalan Kajian

217

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Berdasarkan kepada objektif kajian, persoalan kajian adalah seperti berikut:

1. Apakah tahap pengetahuan guru Pendidikan Islam dalam Pentaksiran Bilik
Darjah (PBD)?

2. Apakah tahap kemahiran guru Pendidikan Islam dalam Pentaksiran Bilik Darjah
(PBD)?

3. Apakah tahap sikap guru Pendidikan Islam dalam Pentaksiran Bilik Darjah
(PBD)?

Teori

Teori Sistem Sosial Hoy dan Miskel (2013) merupakan teori yang mendasari kajian.
Teori ini menyatakan sekolah sebagai sistem sosial yang mempunyai matlamat,
struktur tugas, kepimpinan, budaya, iklim dan interaksi. Terdiri daripada tiga
komponen iaitu input, proses perubahan dan output. Kajian ini menumpukan
komponen perubahan pentaksiran murid Tahap 1 di sekolah. Elemen yang menjadi
fokus kajian ini ialah elemen penstrukturan individu melalui kompetensi guru
Pendidikan Islam. Teori ini dianggap paling sesuai dijadikan panduan dalam kajian
bagi menghuraikan interaksi antara komponen dan elemen dalam organisasi sekolah
ke arah pelaksnaan PBD yang berkesan.

Organisasi sekolah perlu akur dengan segala dasar dan ketetapan yang telah dibentuk
(Zaini et. al, 2018) dan guru besar berperanan merancang strategi mencapai matlamat
sekolah manakala guru sebagai pelaksana strategi pengurusan yang ditetapkan (Azlin
& Roselan, 2015). Kajian ini mengkaji dimensi kompetensi guru dalam PBD
kurikulum Pendidikan Islam. Kompetensi merujuk kepada Model kompetensi
Spencer dan Spencer (1993) iaitu kompetensi asas dan kompetensi pembeza
(Mohammed Sani, 2015; Rusmini, 2006; Zahari, 2018). Model kompetensi PBD yang
menjadi rujukan pengkaji ialah Model Amalan Pentaksiran Guru (Yusmini, 2014)
dari segi pengetahuan dan kemahiran sebagai kompetensi asas. Manakala aspek sikap
merujuk kepada Model Sikap dalam Teori Tindakan Munasabah (1975) dalam
mengurus perubahan (Oreg, 2006; Piderit, 2000; Tai dan Omar, 2014).

METODOLOGI

Reka bentuk kajian ini ialah reka bentuk tinjauan yang mempunyai keupayaan untuk
memberi ukuran yang tepat, boleh digeneralisasi dan relevan dalam pelbagai keadaan
(Babbie, 2007; Ghazali & Sufean, 2018; Norhannan, 2016). Kajian ini melibatkan
kaedah kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik untuk mendapatkan
maklumat daripada guru Pendidikan Islam yang mengajar Tahap 1 kerana terlibat
secara langsung dengan perubahan pentaksiran KSSR (Semakan 2017).

218

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Persampelan Kajian

Populasi kajian ialah guru Pendidikan Islam yang mengajar murid Tahap 1 di Sekolah
Rendah dalam negeri Selangor. Populasi negeri Selangor dipilih kerana senario
persekolahan adalah sama dengan sekolah di seluruh Malaysia. Negeri ini juga
mempunyai keseimbangan sekolah bandar dan luar bandar melalui 10 daerah seperti
Klang, Kuala Selangor, Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling Perdana, Petaling
Utama, Sepang, Sabak Bernam, Gombak dan Hulu Selangor (Nor Azni, 2015).

Sampel kajian dipilih secara rawak kelompok dengan menggunakan rumus Krejcie
& Morgan (1970) iaitu menggunakan dua bentuk populasi (N/ n) untuk mendapatkan
sampel selari bagi mengukuhkan data kajian (Ghazali & Sufean, 2018). Cara ini
bersesuaian dengan kajian tinjauan dengan rekabentuk cross-sectional. Rumus bagi
menentukan jumlah sampel dalam populasi ialah s= X²NP(1-P) ÷ d²(N-1) + X²P (1-
P). Berdasarkan kiraan Krejcie dan Morgan (1970), sampel kajian daripada populasi
bagi N= 2803 ialah n= 336 telah dikenalpasti menjadi sampel dalam kajian ini.
Namun, pengkaji mengedarkan 350 soal selidik bagi mengelakkan sebarang
kekangan berlaku semasa mengumpulkan data kajian.

Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik yang diadaptasi
daripada instrumen pengetahuan dan kemahiran oleh Zahari (2018) manakala bagi
sikap pula merujuk kepada instrumen Ramlah, Jamil dan Analisa (2015) serta Mohd
Aizat et. al, (2018). Soal selidik terdiri daripada skala Likert 5 markah.

Kesahan Instrumen Kajian

Kesahan kandungan melalui pembuktian adalah untuk memastikan ketepatan
kandungan, format instrumen, kebolehgunaan variabel (Pallan, 2013), ketepatan dan
kecukupan kandungan item supaya item dapat difahami, diukur dan dinilai oleh
sampel (Ghazali & Sufean, 2018). Kajian ini melibatkan 5 orang pakar rujuk untuk
mengesahkan konstruk dan item dalam instrumen. Pakar merupakan pegawai dan
pensyarah di Unit Penyelidikan dan Pentaksiran Bilik Darjah KPM, Bahagian
Pembangunan Kurikulum KPM, Unit Dasar Bahagian Pembangunan Kurikulum
KPM, Unit Kajian dan Pembangunan Pendidikan Islam Bahagian Pendididikan Islam
KPM serta Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam. Pakar yang dilantik
mempunyai kriteria yang ditetapkan oleh Akbari dan Yazdanmehr (2017) iaitu
mempunyai pengalaman dalam bidang melebihi lima (5) tahun dan mempunyai
pengalaman yang spesifik.

Kebolehpercayaan dan Kajian Rintis

219

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

Kajian rintis dijalankan di 13 buah sekolah dalam daerah Hulu Langat, Selangor.
Nilai Cronbach’s Alpha keseluruhan adalah pada tahap yang terbaik iaitu .987.

Jadual 1: Nilai kebolehpercayaan

Bahagian Perkara/konstruk Jumlah item Alpha Croancbach

1 Pengetahuan PBD 21 0.981
2 Kemahiran PBD 23 0.986
3 Sikap terhadap PBD 12 0.973
56 0.987
Keseluruhan

Analisis Data

Analisis data menggunakan perisian SPSS 21.0 dan skala Likert 5 mata melalui
pengubahsuaian formula Nunally (1994) untuk menentukan 5 tahap interpretasi skor
min. Pengkaji merujuk jadual yang dicadangkan oleh Bahagian Perancangan
Pendidikan dan Dasar Pendidikan (2006).

Jadual 2: Interpretasi skor purata min

Interpretasi Skor Purata

1.00 hingga 1.80 Sangat Rendah
1.81 hingga 2.60 Rendah
2.61 hingga 3.40
3.41 hingga 4.20 Sederhana
4.21 hingga 5.00 Tinggi

Sangat Tinggi

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Keseluruhan kajian menunjukkan pengetahuan, kemahiran dan sikap guru berada
pada tahap tinggi. Kesemua konstruk pengetahuan berada pada tahap sangat tinggi.
Ini menunjukkan guru Pendidikan Islam mempunyai kesediaan untuk melaksanakan
PBD dari segi pengetahuan.

Jadual 3: Tahap Pengetahuan PBD Guru Pendidikan Islam

Bahagian Perkara/konstruk Min Sisihan Piawai Interpretasi Skor
1 Sangat Tinggi
2 Konsep PBD 4.21 0.726 Sangat Tinggi
3 Sangat Tinggi
Ciri Utama PBD 4.32 0.676 Tinggi

Pertimbangan Profesional 4.33 0.357

Keseluruhan 4.17 1.541

Kemahiran PBD guru Pendidikan Islam berada pada tahap tinggi. Dapatan kajian
menunjukkan guru mempunyai kemahiran tinggi melaksanakan PBD namun
memerlukan penambahbaikan kemahiran pelaporan PBD. Pelaporan PBD merupakan
peringkat penting untuk menyampaikan maklumat kepada pihak sekolah, murid dan

220

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

ibu bapa tentang Tahap Penguasaan (TP) murid dalam mata pelajaran Pendidikan
Islam.

Jadual 4: Tahap Kemahiran PBD Guru Pendidikan Islam

Bahagian Perkara/konstruk Min Sisihan Piawai Interpretasi Skor
1 Perancangan PBD 4.06 0.699 Tinggi
2 Pelaksanaan PBD 4.10 0.699 Tinggi
3 Perekodan PBD 3.97 0.699 Tinggi
4 Tindakan Susulan 3.99 0.669 Tinggi
5 Pelaporan PBD 3.96 0.226 Tinggi
Keseluruhan 4.02 0.598 Tinggi

Seterusnya, dapatan kajian sikap menunjukkan kesemua kontruk berada pada tahap
tinggi. Namun, sikap guru terhadap kursus perlu ditambah baik untuk mencapai hasrat
PBD yang berkesan. Guru dilihat sedar akan kepentingan PBD dilaksanakan dalam
kalangan murid Tahap 1 melalui pemansuhan peperiksaan dan bersikap positif
dengan perubahan PBD. Namun, guru perlu meningkatkan sikap positif untuk
melibatkan diri dalam kursus PBD bagi meningkatkan kompetensi PBD. Terdapat
pelbagai kursus yang disediakan tentang PBD dan guru Pendidikan Islam perlu kreatif
mencari inisiatif bagi menghadiri kursus PBD.

Jadual 5: Tahap Sikap Terhadap PBD

Bahagian Perkara/konstruk Min Sisihan Piawai Interpretasi Skor
1 Kepentingan PBD 4.06 0.755 Tinggi
2 Kursus PBD 3.90 0.792 Tinggi
3 Perubahan PBD 3.98 0.724 Tinggi
Keseluruhan 3.98 0.757 Tinggi

RUMUSAN DAN CADANGAN

Kajian ini merupakan kajian persepsi guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah yang
mengajar Tahap 1 di negeri Selangor tentang pelaksanaan PBD. Walaupun semua
guru Pendidikan Islam bersedia dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap untuk
melaksanakan PBD, namun kajian ini menunjukkan terdapat konstruk yang perlu
ditambah baik untuk meningkatkan kompetensi guru melaksanakan PBD.
Walaubagaimanapun, kajian ini hanya untuk negeri Selangor sahaja dan generalisasi
tidak boleh dibuat untuk semua guru Pendidikan Islam yang mengajar Tahap 1 di
seluruh Malaysia.

Kajian ini berjaya mengesan kelemahan guru Pendidikan Islam segi pelaporan PBD.
Pihak sekolah, PPD, JPN dan KPM perlu melaksanakan pelbagai pendedahan yang
lebih terperinci melalui kursus yang berkaitan pelaporan PBD agar pelaksanaan PBD
dapat dijalankan secara berkesan. Pelaporan amat penting diserahkan kepada ibu bapa
untuk mengetahui prestasi pembelajaran anak jagaan mereka dalam semua mata

221

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

pelajaran. Secara tidak langsung, melalui pelaporan PBD, ibu bapa akan mendapat
pendedahan dan penerangan terhadap pelaksanaan PBD.

Kajian ini juga dapat membantu pihak sekolah, guru Pendidikan Islam memainkan
peranan meningkatkan sikap positif untuk melibatkan diri dalam kursus PBD. Guru
perlu kreatif dan berkomitmen untuk melibatkan diri secara kendiri bagi
meningkatkan kompetensi PBD (KPM 2016). Pelaksanaan PBD dalam kalangan
guru yang mengajar murid Tahap 1 sangat penting agar hasrat yang dibentuk dalam
PPPM dapat dicapai ke arah keberhasilan modal insan. Oleh itu, setiap guru perlu
memastikan diri mempunyai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang mampu
mencapai hasrat PBD Tahap 1 selepas pemansuhan peperiksaan dilaksanakan
bermula pada tahun 2019.

RUJUKAN

Ab. Halim Tamuri, Muhamad Faiz Ismail & Kamarul Azmi Jazmi. (2012). Komponen
Asas Untuk Latihan Guru Pendidikan Islam. Global Journal Al-Thaqafah,
2((2), 53-63.

Akbari, R., & Yazdanmehr, E. (2014). A Critical Analysis Of The Selection Criteria
Of Expert Teachers In ELT. Theory And Practice In Language Studies. 4(8),
1653–1658.

Artika Rasul Sulaiman & Hasmadi Hassan. (2019). Tahap Kesediaan Guru
Pendidikan Islam Dalam Pentaksiran Dokumen Standard Kurikulum Dan
Pentaksiran Sekolah Rendah. International Journals of Humanities
Technology and Civilization, 1(1), Issue 6.

Azlin Norhaini Mansor & Roselan Baki. (2015). Amalan Pengurusan Pengetua.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Puskata.

Babbie, E.R. (2007). The practice of social research. Belmont CA: Thomson
Wadsworth.

Fatimah Affendi. (2014). Tahap Kepuasan Kerja Dan Komitmen Organisasi Dalam
Kalangan Guru Kolej Vokasional: Pendekatan Structural Equation Model
2014. Kuala Lumpur: Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.

Ghazali Darusalam & Sufean Hussin. (2016). Metodologi Penyelidikan Dalam
Pendidikan: Amalan dan Analisis Kajian. Kuala Lumpur: UM.

Jamilah Sulaiman & Siti Noor Ismail. (2020). Pengaruh Kompetensi Profesional Dan
Pembangunan Profesionalisme Guru. IJEISR. Vol 4, No. 1, Isu 10.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah).
Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Buku penerangan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (Semakan 2017). Putrajaya: Bahagian Pembangunan
Kurikulum.

222

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
Gelombang ke-2. Putrajaya: Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). KSSR Semakan 2017 Kerangka
Kurikulum Mata Pelajaran. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Panduan Pentaksiran Bilik Darjah.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. Putrajaya: Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Surat Siaran Kementerian Pendidikan
Malaysia. Bilangan 14/2018. Pemansuhan Amalan Peperiksaan
Pertengahan dan Akhir Tahun Murid Tahap 1 Sekolah Rendah KPM Mulai
Tahun 2019. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Pekeliling Perkhidmatan Kementerian
Pendidikan Malaysia Bilangan 1/ 2019. Putrajaya: Dasar Latihan dan
Sumber Manusia.

Krejcie & Morgan. (1970). Determining Sample Size For Research Activities.
Educational And Psychological Measurement. 30, 607-610.

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size For Research
Activities. Educational And Psychological Measurement. 30, 607-610.

Kumaran Gengatharan & Azali bin Rahmat. (2019). Keperluan Modul Pentaksiran
Pendidikan Kesihatan Untuk Guru Tahap Satu Dalam Pelaksanaan
Pentaksiran Bilik Darjah. Jurnal Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani. 8(2),
24-34.

Mazarul Hasan Mohamad Hanapi, Norazimah Zakaria & Suhaila Muner. (2021).
Tahap Kesediaan Guru Sekolah Rendah di Daerah Klang Selangor Dalam
Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Dari Aspek Pengetahuan.
International Journal Of Modern Education (IJMOE). 3(9), 01 - 08.

Mohammed Sani Ibrahim & Saedah Siraj. (2012). Standard kompetensi guru
Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Mohd Aizat Abu Hassan & Faizal Rabani. (2018). Sikap guru terhadap perubahan
dalam sekolah di Malaysia. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Noor Hisham Md Nawi. (2011). Konsepsualisasi Semula Kurikulum Pendidikan
Islam. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Noor Hisham Md Nawi. (2011). Pengajaran dan Pembelajaran; Penelitian Semula
Konsep-konsep Asas Menurut Perspektif Gagasan Islamisasi Ilmu Moden.
Kongres Pengajaran dan Pembelajaran. Bangi: UKM.

Noor Shamshinar Zakaria, Abdul Razif Zaini, Ahmad Zabidi Abdul Razak, Mohamad
Rushdan Hj Azizan, Hasmadi Hamdan, Rofian Ismail & Mohd Redzauddin
Ghazali. (2017). Kompetensi Guru Bahasa Arab dalam Pengajaran dan
Pembelajaran di Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia.
PASAK 2017.

Noorzeliana Idris. (2016). Penilaian Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Dalam Kalangan Guru. Perak: UPSI.

223

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Nor Aniza (2016). Learning Support And Academic Achievement Among Malaysian
Adolescents: The Mediating Role Of Student Engagement. Learning
Environments Research 19 (2), 221-240.

Nor Azni binti Abdul Aziz. (2015). Hubungan Antara Kepimpinan Instruksional
Pengetua Dengan Komitmen Untuk Perubahan Guru Sebagai Mediator
Dalam Melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Universiti Putra
Malaysia.

Pallan J. (2013). SPSS Sevalver Manual: A Step By Step Guide To Data Analysis
Using IBM SPSS. 5th Edition. England: Mc Graw- Hill.

Ramlah Ab Khalid, Jamil Ahmad & Analisa Hamda. (2015). Pembentukan Sikap
Positif Guru Terhadap Pelaksanaan Aktiviti Pentaksiran. Journal of
Personalized Learning, 1(1) 2015, 77-84.

Rusmini Ku Ahmad (2006). Hubungan Antara Kepimpinan, Komitmen Guru,
Kompetensi Guru, Amalan-Amalan Terbaik Dan Keberkesanan Sekolah.
Kedah: Universiti Utara Malaysia.

Saedah Siraj & Mohammed Sani Ibrahim. (2012). Standard kompetensi Guru
Malaysia. Prosiding Seminar Majlis Dekan Pendidikan IPTA. 7-9 Oktober
2012. Johor: Fakulti Pendidikan UTM dan Majlis Dekan Pendidikan IPTA.

Sh. Siti Hauzimah Wan Omar. (2019). Pengetahuan, Kemahiran, Sikap Dan Masalah
Guru Dalam Melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah Bahasa Melayu Di
Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 9 (1): 55 – 56.

Sharbain Abu, I. & Tan, K. E. (2012). Pre-Service Teachers' Level Of Competence
And Their Attitudes Towards The Teaching Profession. Asian Journal of
Social Sciences & Humanities, 1(3).

Spencer, L.M. & Spencer, S. M. (1993). Competence At Work: Models For Superior
Performance. New York: John Wiley & Sons, Inc.

Suah See Ling, Ong Saw Lan dan Shuki Osman. (2013). Pentaksiran Pembelajaran
Pelajar: Amalan Guru-Guru Di Malaysia. Universiti Sains Malaysia.

Zahari bin Suppian. (2018). Pembinaan Instrumen Kompetensi Guru Pelatih Dalam
Pentaksiran Bilik Darjah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zahari Suppian & Jamil Ahmad. (2016). Analisis Darjah Kesahan Dan
Kebolehpercayaan Instrumen Sikap Guru Pelatih Terhadap Pentaksiran
Pendidikan. JPBU Edisi Khas. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zaini Abdullah, Mohmad Noor Mohmad Taib, Ikhsan Othman, Norila Md Salleh,
Abu Bakar Yusof & Abdul Halim Mohamed Hashim. (2018). Perkembangan
Pendidikan Di Malaysia: Falsafah Dan Dasar. Perak: Universiti Pendidikan
Sultan Idris.

Zuraidah Binti Ramdzan @ Ramban. (2012). Kesediaan, Amalan Dan Strategi
Pengajaran Pendidikan Islam Kurikulum Standard Sekolah Rendah Tahun
Satu (KSSR). Johor Bharu: Universiti Teknologi Malaysia.

224


Click to View FlipBook Version