The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by skymangrace, 2022-04-03 22:19:49

FULL article eSAHConfEd'21 - Vol. 2

FULL article eSAHConfEd'21 - Vol. 2

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

-19-
PEMBANGUNAN KEMAHIRAN INSANIAH PEMANGKIN
KEMENJADIAN WATAK GURU TERHADAP PELAJAR MAJOR

DAN ELEKTIF PENDIDIKAN JASMANI DI INSTITUT
PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

Azizah binti Mohamad
Junaidy Mohamad Hashim Ph.D

Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim

[email protected]

ABSTRAK

Kemahiran insaniah atau juga dikenali sebagai kemahiran generik merupakan satu
kemahiran yang penting dan wajib diterapkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Institut Pendidikan Guru adalah pusat utama latihan
perguruan melahirkan watak guru dalam menggalas tugas menyemai kemahiran
insaniah kepada murid bermula di awal persekolahan. Justeru, setiap pelajar IPG
harus mengungguli pembangunan kemahiran insaniah ini sebagai pemangkin
kemenjadian watak guru dalam usaha menggerakkan wawasan kerajaan. Pelajar perlu
bersiapsiaga dengan kemahiran insaniah sebagai nilai tambah (value-added) untuk
meneruskan legasi dan ‘survival’ dalam mendokong usaha murni kerajaan. Kajian ini
memfokuskan aspek kesediaan kemahiran insaniah pelajar Major dan Elektif
Pendidikan Jasmani di IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Sampel terdiri daripada 28
lelaki dan 35 perempuan yang telah dikenalpasti secara bertujuan (purposive
sampling). Kajian ini berbentuk tinjauan dan dianalisis secara deskriptif berdasarkan
min dan peratus. Nilai min yang tinggi menunjukkan kesediaan yang tinggi dan nilai
min yang rendah menunjukkan kesediaan yang rendah Dapatan kajian menunjukkan
pelajar ini memiliki tahap kemahiran insaniah yang tinggi terhadap tiga daripada
empat kemahiran insaniah yang dikaji iaitu kemahiran menggunakan komputer (min:
4.23), kemahiran bekerja dalam kumpulan (min:4.16) dan kemahiran menyelesaikan
masalah (min:4.06). Namun, tahap kemahiran berkomunikasi masih lagi pada tahap
sederhana iaitu (min: 3.87). Secara keseluruhannya, hasil kajian ini mendapati
bahawa pelajar major dan elektif Pendidikan Jasmani di IPG Kampus Sultan Abdul
Halim memiliki kesediaan yang tinggi terhadap kemahiran insaniah yang dikaji.
Keupayaan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris masih lagi peringkat
sederhana dan dicadangkan program bimbingan dan tambahan perlu dirancang untuk
usaha tersebut.

225

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Kata kunci: Pelajar Major dan Elektif Pendidikan Jasmani, Kemahiran Insaniah,
Kemahiran menggunakan komputer; Kemahiran bekerja dalam kumpulan;
Kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran berkomunikasi

ABSTRACT

National Transformation era now requires every IPG’s students have a variety of
skills that enable them to compete in the global market without borders. IPG’s
Students who are the main characters in the headline-grabbing sowing generics skills
to pupils starting school early. Thus every IPG’s students themselves must and should
be ready with generics skills as a value added to continue the legacy and the survival
of the ruling upholding the government's noble efforts. This study focuses on generic
skills for Major and Minor Physical Education’s students in Institute of Teacher
Education Sultan Abdul Halim Campus. The samples were 63 consisting of 28 males
and 35 females were selected as purposive sampling and analysis by descriptive
form. High mean values indicate high readiness and low mean values suggest low
readiness. Results showed, samples had levels high generic skills against three of four
generic skills assessed the skills to use a computer (mean: 4.23), skills to work in
groups (mean: 4.16), skills to solve the problem (mean 4.06) and relatively low
communication skills (min: 3.87). Conclusion, the results of this study found that
Major and Minor Physical Education’s students had high readiness to all generics
skills studied. However, student’s readiness in communicating skills, especially in
English are still moderate. As such, additional guidance and programs need to be
planned and implemented in an effort to improve the generics skills of
communicating.

Pendahuluan

Kemahiran iInsaniah atau juga dikenali sebagai kemahiran generik merupakan satu
kemahiran yang penting dan wajib diterapkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Kemahiran insaniah perlu diterapkan sebagai satu nilai
tambah dalam melahirkan pelajar yang kompeten dan memiliki modal insan yang
cemerlang seperti yang dihasratkan oleh kerajaan melalui Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013-2025). Kemahiran ini merupakan kemahiran yang boleh
dipindahkan berdasarkan organisasi dan situasi sesuatu pekerjaan. Justeru, dalam era
globalisasi dunia tanpa sempadan ini negara sedang bergerak ke arah
transformasional bagi menyaingi negara-negara maju dan moden dalam semua aspek
termasuk pendidikan. Justeru, bidang pendidikan di semua institutsi pendidikan
memerlukan setiap pelajar memiliki pelbagai kemahiran yang membolehkan mereka
bersaing dalam pasaran global untuk mendepani teknologi terkini.

226

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Secara dasarnya, kemahiran insaniah atau generik ini boleh divariasikan dalam
pengetahuan asas, nilai dan kemahiran hidup yang diperlukan dalam bidang
perkerjaan. Menurut Shakir dan Roselina (2009), kemahiran insaniah dan hard skills
adalah saling melengkap. Kemahiran insaniah amat diperlukan dalam sesebuah
organisasi dalam penghasilan prestasi di bidang perkerjaan hari ini dan kepimpinan
perniagaan masa depan yang memberi penekanan kepada kemahiran insaniah
(Kahirol Mohd, Nor Lisa Sulaiman & Khairul Nazry Talib, 2010; Nealy Chynette,
2005).

Kemahiran insaniah amat penting kepada pekerja dan bakal pekerja kerana kemahiran
ini memberikan nilai tambah dalam pencapaian secara keseluruhan. Kebanyakan
organisasi memerlukan pekerja yang mempunyai kemahiran insaniah yang cemerlang
untuk bekerja di syarikat mereka. Oleh itu, mahasiswa perlu membentuk kemahiran
insaniah mereka dari universiti lagi supaya dengan kemahiran ini mereka akan mudah
menyesuaikan diri dengan pekerjaan apabila mereka sudah menamatkan pengajian
kelak. Menurut Mohd Salleh, Kamaruddin, Abu Bakar, Ibrahim, Megat Zakaria dan
Bunyamin (2010), kemahiran insaniah merupakan kemahiran yang perlu dimiliki
oleh seseorang untuk digunakan semasa melakukan pekerjaan yang melibatkan
kemahiran-kemahiran khusus dan ianya boleh berkembang melalui proses
tumbesaran, kematangan dan penuaan.

Selari dengan Megat Aman (2007) dan Kearns (2001), kemahiran insaniah
merupakan kemahiran yang perlu ada pada seseorang untuk berfungsi dengan
berkesan pada kadar minima sewaktu melakukan pekerjaan mengikut kemahiran-
kemahiran khusus yang dimiliki. Kemahiran insaniah harus dikuasai sebagai ‘key
competencies’ kepada semua pekerja dan bakal pekerja ke arah pencapaian
keberhasilan yang maksimum, berkesan dan berkualiti (Junaidy Mohamad Hashim,
Mohd Foazi Md. Nor, Syed Ahmad Ezahar Syed Ambon, Syed Idrus Syed Mudayah
& Zul Aizam Yassin, 2018).

Terkini, Norazila Mat, Muhammad Syaqif Noordin, Nur Atiqah Abdullah, Nazri
Muslim dan Jamsari Alias.(2017), mendapati kebanyakan mahasiswa sukar mendapat
pekerjaan setelah tamat pengajian kerana mereka lemah dalam kemahiran insaniah
walaupun mempunyai pencapaian akademik yang baik. Kecemerlangan akademik
tidak dinafikan masih menjadi keutamaan, tetapi menjadi seseorang graduan itu
cemerlang dalam bidang teori semata-mata tanpa nilai tambah yang lain didapati tidak
mencukupi. Nilai tambah yang dimaksudkan adalah penguasaan kemahiran insaniah
yang perlu ada pada kerjaya seorang guru (Norazila Mat, Muhammad Syaqif
Noordin, Nur Atiqah Abdullah, Nazri Muslim dan Jamsari Alias, 2017; Mansor
Zulkifli, 2008; Dawe, 2002; Mohamad Najib Abdul Ghafar, 2003; Kearns, 2001).

Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) merupakan salah satu institusi yang bakal
melahirkan tenaga kerja dinamik untuk melahirkan modal insan yang kreatif serta

227

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

inovatif melalui pendidikan dan transformasi nasional. Bagi mencapai matlamat
tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui IPG telah melaksanakan
kurikulum dan kokurikulum yang berorientasikan kemahiran dalam konteks
menyediakan individu sebagai bakal guru dan guru yang menguasai kemahiran
insaniah secara maksimum dan optimum.

Pelbagai usaha dilakukan dalam sistem pendidikan negara ke arah yang lebih maju
dengan menerapkan unsur-unsur kepelbagaian ilmu dan teknologi dalam pendidikan.
Menurut kandungan Falsafah Pendidikan Negara yang dilaksanakan pada tahun 1989
menyatakan bahawa :

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan

rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.

Dalam konteks kajian ini, pelajar di IPG merupakan watak utama yang perlu
menguasai kemahiran insaniah dalam usaha meningkatkan kemenjadian murid. Bagi
mencapai matlamat tersebut, guru pelatih seharusnya menguasai kemahiran insaniah
di samping menguasai konten subjek yang akan diajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Bertepatan dengan Junaidy Mohamad Hashim (2017), guru yang
kompeten dan berkualiti bukan setakat menguasai konten subjek tetapi juga perlu
menguasai kemahiran insaniah dalam memastikan kualiti pengajaran dan kualiti
pembelajaran terpelihara

Pendapat tersebut menyokong kenyataan Mohamad Najib Abdul Ghafar (2003),
bahawa pendidikan adalah proses yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran di
mana pengajaran adalah memberi pengalaman manakala pembelajaran adalah proses
menerima pengalaman. Dalam merealisasikan matlamat proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan, guru adalah penentu dalam menentukan kualiti
pendidikan yang terdapat di sesebuah sekolah. Oleh yang demikian seseorang guru
perlu mempunyai pengetahuan asas yang kukuh dalam bidang yang diceburi
termasuklah kemahiran pedagogi serta pengetahuan bagaimana untuk
mengaplikasikan kemahiran insaniah bagi melengkapkan diri sebelum menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah kelak (Australian Education Council,
Mayer Committee, 1992)

Berdasarkan Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah (2006), antara kelemahan
graduan termasuklah tidak ketrampilan dan tidak memiliki kemahiran, khususnya

228

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

kemahiran insaniah sebagaimana yang dituntut oleh majikan, di samping pasaran
kerja yang kompetitif. Oleh yang demikian, IPGM perlu untuk menjana graduan-
graduan agar memiliki kemahiran yang seimbang dan menyeluruh sama ada dari
sudut kualiti intelektual mahupun ketrampilan insaniah yang merangkumi aspek
akhlak, sikap dan sebagainya.

Penerapan kemahiran insaniah dalam pengajaran dan pembelajaran untuk
memastikan para graduan diterapkan dengan kemahiran generik, khususnya yang
akan memasuki pasaran pekerjaan seterusnya menjadi pilihan majikan.
Kecemerlangan akademik tidak dinafikan masih menjadi keutamaan, tetapi menjadi
seseorang graduan itu cemerlang dalam bidang teori semata-mata tanpa nilai tambah
yang lain didapati tidak mencukupi. Nilai tambah yang dimaksudkan adalah
penguasaan kemahiran insaniah yang perlu ada pada karier dan watak seorang guru.

Seseorang guru dianggap tidak kompetan dalam arus pendidikan negara sekiranya
tidak memiliki kemahiran insaniah. Ini termasuk kemahiran yang perlu diterapkan ke
dalam setiap pengajaran dan pembelajaran iaitu kemahiran menyelesaikan masalah,
kemahiran bekerja secara berkumpulan dan kemahiran berkomunikasi (Julismah Jani,
2006). Malah, penerapan kemahiran insaniah bukan sahaja untuk memberi
pendedahan awal kepada pelajar tentang keperluan memiliki kemahiran itu, tetapi
juga sebagai satu cara untuk memberi keyakinan terhadap kebolehan dan keupayaan
diri masing-masing. Ini termasuklah kemahiran berkomunikasi, berkeupayaan untuk
berhubung dengan orang ramai, kebolehan untuk berinteraksi melalui persembahan
atau dalam menguasai pelbagai bahasa khususnya Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris. Antara kemahiran insaniah yang perlu diterapkan di kampus adalah
kemahiran menggunakan komputer, kemahiran bekerja dalam kumpulan, kemahiran
menyelesaikan masalah dan kemahiran berkomunikasi (Ahmad Esa & Noreen, 2007).

Permasalahan Kajian

Alam pekerjaan kini kian mencabar, rumit dan kompleks. Kelayakan akademik belum
pasti dapat menjamin seseorang itu memperoleh pekerjaan walaupun dalam bidang
kepakarannya (Norazila Mat, Muhammad Syaqif Noordin, Nur Atiqah Abdullah,
Nazri Muslim dan Jamsari Alias, 2017). Menurut Junaidy Mohamad Hashim (2017),
Ahmad Esa dan Noreen (2007), seseorang itu perlu memiliki keterampilan diri,
memiliki kemahiran dan memiliki pengalaman untuk meyakinkan majikan untuk
memilih mereka memegang tanggungjawab. Bagi pelajar yang sudah menamatkan
latihan di IPG dan ditempatkan untuk mengajar di sekolah-sekolah pastinya kurang
pengalaman berbanding dengan guru-guru terlatih yang telah mengajar beberapa
tahun.

Pengalaman semasa latihan perguruan tidak mampu menandingi pengalaman guru-
guru terlatih tersebut. Kajian-kajian lepasjelas menunjukkan, majikan pada dekad ini

229

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

sebenarnya memerlukan pelajar yang lengkap dengan pendedahan kepada alam
pekerjaan, mempunyai sikap yang baik dan mempunyai perseimbangan dalam latihan
praktikal dan pendidikan am serta kemahiran seperti kemahiran menggunakan
komputer, kemahiran bekerja dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah
dan kemahiran berkomunikasi. (Julismah Jani, 2006; Norliza, 2000; Zaidatol
Aklaliah, 1993; Cheung & Lewis, 1998).

Kemahiran insaniah merupakan kemahiran yang perlu ada pada setiap pelajar di mana
ia merupakan kemahiran yang tidak tertumpu pada perkara-perkara yang mereka
pelajari dalam bidang mereka. Tanpa kemahiran ini, pelajar tersebut dianggap sebagai
tidak kompeten dalam elemen berkaitan. Menurut Turner (2000), kemahiran insaniah
di alam pekerjaan yang paling dikehendaki oleh majikan ialah kebolehan bekerja
berpasukan, kemahiran berkomunikasi serta keupayaan untuk pemikiran kritis dan
kemahiran menyelesaikan masalah. Ini menunjukkan ketiga-tiga elemen kemahiran
merupakan kriteria utama yang dikehendaki oleh majikan dalam pengambilan
pekerja. Pernyataan diatas juga disokong oleh Pua Poh Keong, (2014) dan Ali @ Alik,
(2012), yang menyatakan bahawa sebahagian pelajar yang kurang menguasai
kemahiran insaniah, antaranya ialah penyelesaian masalah dan komunikasi.
Kebanyakan bakal graduan setelah tamat pengajian kurang menguasai kemahiran dari
aspek komunikasi, dimana ia merupakan komponen yang penting dalam pengurusan.

Berdasarkan masalah yang dinyatakan, kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau
sejauhmanakah pelajar Major dan Elektif Pendidikan Jasmani di IPG Kampus Sultan
Abdul Halim bersedia dengan kemahiran insaniah dari aspek kemahiran
menyelesaikan masalah, kemahiran bekerja secara berkumpulan dan kemahiran
berkomunikasi.

Objektif Kajian

1. Mengenalpasti kesediaan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar Major
dan Elektif Pendidikan Jasmani di IPG kampus Sultan Abdul Halim

Persoalan kajian

1. Sejauhmanakah tahap kesediaan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar
Major dan Elektif Pendidikan Jasmani di IPG kampus Sultan Abdul Halim?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini berbentuk tinjauan dan dianalisis secara deskriptif. Kaedah ini digunakan
kerana penyelidik boleh mendapatkan maklumat secara langsung daripada sampel
dalam tempoh yang singkat (Chua Yan Piaw, 2006; Cicciarella, 1997). Sampel kajian
seramai 63 orang pelajar Major dan Elektif Pendidikan Jasmani yang terdiri daripada

230

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

28 orang pelajar lelaki dan 35 pelajar perempuan dipilih secara bertujuan (purposive
sampling) kerana sampel tersebut memiliki karekteristik yang diperlukan dalam
kajian ini. Menurut Patton (1990), sampel bertujuan (purposive sampling) sesuai
digunakan sekiranya karektor atau ciri-ciri yang diperlukan dimiliki oleh sampel yang
dipilih dan ciri-ciri tersebut menggambarkan populasi yang sebenar (Uma Sekaran,
2000; 1992; Cicciarella, 1997). Data-data dalam kajian ini diperoleh dengan
menggunakan instrumen soal selidik. Kaedah memperoleh data secara soal selidik
mampu mengukur konsep yang berkaitan dengan sikap, persepsi serta pandangan
(Mohamad Najib Abdul Ghafar, 1999; Alias Baba, 1999; Uma Sekaran, 2000; 1992).

Dapatan Kajian

Bahagian A : Profil pelajar

Jadul 1 di bawah menunjukkan jumlah sampel yang terlibat dalam kajian mengikut
jantina. Jumlah sampel lelaki ialah 28 orang (44.4%) dan jumlah sampel perempuan
ialah 35 orang (55.6%).

Jantina Bilangan %
Lelaki 28 44.4
Perempuan 35 55.6
Jumlah 63 100

Jadual 2 di bawah menunjukkan taburan pelajar mengikut CGPA. Jumlah pelajar
yang memperolehi CGPA 4.00-3.50 ialah 29 orang (46.0%), CGPA 3.49-3.00 ialah
34 orang (54.0%) dan CGPA 2.99-2.50 tiada.

CGPA Bilangan %
4.00 – 3.50 29 46.0
3.49 – 3.00 34 54.0
2.99 – 2.50 0
0 100
Jumlah 63

Bahagian B : Kemahiran insaniah

Persoalan kajian

1. Analisa kajian merujuk kepada persoalan kajian iaitu “Sejauhmanakah tahap
kesediaan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar Major dan Elektif
Pendidikan Jasmani di IPG Kampus Sultan Abdul Halim?” Aspek kemahiran
insaniah yang dikaji adalah kemahiran menggunakan komputer, kemahiran
bekerja dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran
berkomunikasi

231

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

Tahap kesedian kemahiran insaniah siswa siswi diukur dengan menggunakan min
skor bagi setiap soalan. Jadual 3 di bawah menunjukkan dapatan min skor bagi tahap
kemahiran insaniah yang dikaji.

Jadual 3: Min Keseluruhan bagi Tahap Kemahiran Insaniah Pelajar Major dan Elektif Pendidikan
Jasmani

Kemahiran generik Min Tahap
Kemahiran Menggunakan Komputer 4.23 Tinggi
Kemahiran bekerja dalam kumpulan 4.16 Tinggi
Kemahiran menyelesaikan masalah 4.06 Tinggi
Kemahiran komunikasi 3.87 Sederhana

Total Min 4.09 Tinggi

Dapatan daripada analisis telah menunjukkan bahawa pelajar mempunyai tahap
kesediaan yang tinggi terhadap empat kemahiran generik yang dikaji. Ini dibuktikan
dengan nilaian min skor yang diperoleh adalah tinggi iaitu diantara 3.50-5.00.

Kemahiran menggunakan komputer, menunjukkan tahap kesediaan yang paling
tinggi dan ini menunjukkan graduan sangat menguasai teknologi maklumat.

Kemahiran berkerja dalam kumpulan juga menunjukkan tahap tinggi kerana kerja
secara berkumpulan boleh menimbulkan suasana persaingan untuk meningkatkan
semangat dan motivasi diri individu.

Kemahiran menyelesaikan masalah juga menunjukkan tahap yang tinggi dan ini
membuktikan bahawa pelajar mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi terhadap
kemahiran generik untuk melakukan sesuatu tugasan atau berhubung dengan orang
lain.

Walaubagaimanapun, dalam aspek kemahiran komunikasi menunjukkan tahap
sederhana kerana graduan tidak mampu berkomunikasi secara lisan dan bertulis
dalam Bahasa Inggeris dengan baik

Secara keseluruhannya, hasil keputusan yang diperoleh ini mendapati bahawa pelajar
mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi terhadap kemahiran insaniah untuk
melakukan sesuatu tugasan atau berhubung dengan orang lain. Hasil kajian ini juga
bertepatan dengan konsep kemahiran insaniah yang diperkenalkan oleh Finn (1991),
yang menyatakan keperluan kemahiran insaniah adalah merujuk kepada sesuatu
perkara yang sangat diperlukan oleh pelajar sebagai persediaan ke arah pekerjaan
sebenar selaras dengan sasaran dan visi Institut Pendidikan Guru Malaysia untuk

232

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

melahirkan graduan sebagai bakal tenaga kerja yang memiliki minda kelas pertama
termasuk pemikiran yang berkualiti dan berkemahiran.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, hasil kajian ini mendapati bahawa pelajar mempunyai tahap
kesediaan yang tinggi terhadap kemahiran insaniah yang dikaji. Walaubagaimanapun
tahap kemahiran pelajar dari aspek kemahiran berkomunikasi di dalam Bahasa
Inggeris masih lagi sederhana. Oleh yang demikian, bimbingan tambahan perlu
diberikan kepada aspek ini supaya kesinambungan dapat dihasilkan dari
penambahbaikan ini. Selain itu penerapan kemahiran insaniah ini juga perlu di
titikberatkan kepada semua pelajar IPGK. Justeru, kerjasama daripada semua pihak
yang terdiri daripada bahagian pengurusan, pensyarah mahupun pelajar itu sendiri
perlu di integrasikan secara keseluruhan bagi memastikan kemahiran insaniah yang
di adaptasikan dalam pendidikan releven dengan keperluan dan kehendak pasaran
pekerjaan semasa.

RUJUKAN

Ahmad Esa & Noreen (2007). Penerap An Kemahiran Generik Menerusi Kokurikulum Di
Politeknik Bagi Memenuhi Keperluan Industri di Malaysia. Tesis Doktor Falsafah,
UTHM.

Ali @ Alik, A. (2012). Keberkesanan Penerapan Kemahiran Generik Dalam Kalangan Pelajar
Institut. Kemahiran Mara di Sabah dan Sarawak. Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia. Tesis Sarjana.

Australian Education Council, Mayer Committee (1992), Key competencies. Report of the
Committee to Advise the Australian Education Council and Ministers of Vocational
Education, Employment and Training on Employment-related Key Competencies for
Postcompulsory Education and Training, Australian Education Council and
Ministers of Vocational Education, Employment, and Training, Canberra.

Cicciarella, C. F. (1997). Research in physical education, exercise science, and sport: An
introduction. Scottsdale, AZ: Gorsuch Scarisbrick

Dawe, S. (2002), ‘Focussing on generic skills in training packages’, NCVER, Adelaide
Ahmad Esa & Noreen (2007). Peranan Ko-Kurikulum Di Politeknik Dalam Memenuhi

Keperluan Pihak Industri di Malaysia di Persidangan Pengajaran dan Pembelajaran
Di Peringkat Pengajian Tinggi 2007.12-14 Disember 2007, Selangor , Malaysia.
Adibah Abdul Latif. (2005). Perkaitan Antara Tahap Kemahiran Generik Dengan Pencapaian
Prestasi Pelajar. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Ijazah Sarjana.
Alias Baba.(1999). Statistik Penyelidikan Dalam Pendidikan Sains Sosial. Edisi Pertama.
Selangor: Penerbit America : Johan Wiley & Sons Inc.
Buliten Pengajaran dan Pembelajaran. (2004).” Bengkel Pembinaan Artibut Graduan dan
Penerapan Kemahiran Generik di Kalangan Pelajar UTM.” Centre for Teaching and
Learning UTM.
Cho, Y. Y. & Wong, K. K. F. (2001). Determinants of hotel employment in Hong Kong.
Cornell Hotel and Restaurant Administration Quarterly, 42 (1), 50-59.

233

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah Penyelidikan Buku 1.Kuala Lumpur: Mc Graw Hill (M) Sdn.
Bhd.

Chua Yan Piaw. (2009). Kaedah Penyelidikan Buku 4. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill (M) Sdn.
Bhd.

Chua Yan Piaw. (2009). Kaedah Penyelidikan Buku 5. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill (M) Sdn.
Bhd.

Chueng , Chi-Kim., and Lewis.D. (1998). Expectation of Employees of High School Leavers
in Hong Kong. Journal of Vocational Education and Training”. No. (1). 97-111.

Esa Abd. Samad. (2000). “Pencapaian Akademik Bukan Jaminan Kerjaya.” Siswa Julai.
Dewan Bahsa dan Pustaka . Kuala Lumpur.

Finn, B. (1991). Young People’s Participation In Post Compulsory Education and Training .
Report of The Australian Edication Council Review Committee Canberra :
Government Publishing Service.

Imel, S. (1999). “Work Force Education: Beyond Technical Skills.” The Ohio State
University.

Julismah Jani. (2006). Peranan guru dalam memacukan pembangunan sukan di Malaysia.
Kertas kerja ini telah dibentangkan di Konvensyen Sukan Antarabangsa Telok
Danga, Johor Bahru, Johor

Junaidy Mohamad Hashim, Mohd Foazi Md Nor, Syed Ahmad Ezahar Syed Ambon, Syed
Idrus Syed Mudayah & Zul Aizam Yassin. (2018). Kemahiran Insaniah Sebagai ‘Key
Competencies’ Guru Pelatih Elektif Pendidikan Jasmani di Institut Pendidikan Guru.
E-Proceeding MDEC, 978-967-2231-03-5 UnisZa (7-8 Nov 2018) pg141-150.

Junaidy Mohamad Hashim. (2017), Paradigma Baharu Guru Pendidikan Jasmani & Sains
Sukan (Edisi Pertama). Sri Damansara, Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.
ISBN:978-967-388-325-7 TBBS: 1041.

Kearns, P. (2001). Generic Skills for the New Economy. Kensington Park: National Centre
for Vocational Education Research (NCVER) Ltd.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). (2006). Modul Pembangunan Kemahiran
Insaniah (Soft Skills) untuk Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Serdang: Universiti
Putra Malaysia.

Mansor Zulkifli. (2008). Pelaksanaan dan Penilaian Kemahiran Insaniah dalam Mata
Pelajaran Kokurikulum di UTHM. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis
Sarjana.

Mat Assain @Hashim, F. & Mat Safar, H. (2011). Penerapan Kemahiran Insaniah Di Sekolah
Menengah Teknik: Satu Analisis Perbandingan.

Megat Aman Zahiri Megat Zakaria. (2007). “ Hubungan Antara Kemahiran Generik Dengan
Jantina, Pengkhususan Dan Pencapaian Guru-Guru Pelatih UTM : Satu Tinjauan.
Online : eprints.utm.my

Megat Zakaria, M. A. Z. (2007). Hubungan antara kemahiran generik dengan jantina,
pengkhususan dan pencapaian guru-guru pelatih UTM: Satu Tinjauan.

Mohamad Najib Abdul Ghafar.(1999). Penyelidikan Pendidikan. “ Edisi Pertama. Johor :
Universiti Teknologi

Mohd Salleh, A., Kamaruddin, M. I., Abu Bakar, Z., Ibrahim, M. A., Megat Zakaria, M. A.
Z. & Bunyamin, M. A. H. (2010). Penguasaan Kemahiran Insaniah Dalam Kalangan
Guru Pelatih Fakulti Pendidikan UTM. Kertas Institusi. Fakulti Pendidikan, UTM

234

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Nealy, C. (2005). Integrating Soft Skills Through Active Learning in the Management
Classroom. Journal of College Teaching & Learning (TLC), 2(4).
https://doi.org/10.19030/tlc.v2i4.1805.

Norazila Mat, Muhammad Syaqif Noordin, Nur Atiqah Abdullah, Nazri Muslim & Jamsari
Alias (2017). Pembentukan Kemahiran Insaniah Pelajar melalui Badan Beruniform
di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar 20: 33 – 46.

Pua Poh Keong. (2014). Tahap Kemahiran Insaniah Dalam Kalangan Pelajar Kejuruteraan
Tahun Akhir Di Politeknik KPM. Tesis Sarjana UTHM

Turner, M. (2000). The Role of Higher Education In Workforce Preparation: An Assessment
of Workplace Skills Desired by Employers and Perceived by Graduates. Georgia:
Georgia State University.

Mohd Salleh Abu dan Zaidatun Tasir. (2001). Pengenalan Kepada Analisis Data Berkomputer
: SPSS 10.0 For Relation To Entrepreneurship. Journal of Small Business
Management October.

Muhammad Shahrim Ab. Karim. (2007). Kerjaya dalam bidang perhotelan. 1Edition, Kuala
Lumpur. PTS Professional Pub.

Noor Afizah Atan, Mohd Amin Zakaria, Farhana Sabidin. (2015). Tahap kesediaan kemahiran
generik pelajar semester akhir diploma hotel dan katering: kajian kes. Tourism and
Hospitality Essentials (THE) Journal, Vol.V No.2.2015- 947

Noreen Mohd Esam, Mohd Nihra Haruzuan Mohamad Said, Mohd Fadzli. (2007). Tahap
Kemahiran Generik Pelajar Tahun Akhir Yang Mengambil Mata Pelajaran Fizik di
Fakulti Pendidikan UTM, Skudai di Persidangan Pengajaran dan Pembelajaran Di
Peringkat Pengajian Tinggi 2007. 12-14 Disember 2007, Selangor , Malaysia

Norliza Mat Abu .(2000). “ Tahap Kompeten Pelajar Dalam Menghadapi Alam Pekerjaan :
Satu Kajian Kes”. Kolej Universiti Tun Hussien Onn.

Patton, M. 1990. Qualitative evaluation and research methods (pp. 169-186). Beverly Hills,
CA: Sage.

Sandwith, P. (1993). A hierarchy of management training requirements. A competency
domain model. Public Personnel Management, 22(1), 43-62

Shakir, Roselina. "Soft skills at the Malaysian institutes of higher learning." Asia Pacific
Education Review 10, no. 3 (2009): 309-315. https://doi.org/10.1007/s12564-009-
9038-8

Salleh, Kahirol Mohd, Nor Lisa Sulaiman & Khairul Nazry Talib. (2010). "Globalisation’s
impact on soft skills demand in the Malaysian workforce and organisations: What
makes graduates employable." In Proceedings of the 1 st UPI International
Conference on Technical and Vocational Education and Training, pp. 10-11. 2010.

Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin. (2006). Kerangka Kelayakan Malaysia. Lembaga
Akreditasi Negara.

Siti Hajar Razali. (2005). “Persepsi Mahasiswa IPTA Terhadap Kepentingan Kemahiran
Generik: Satu Kajian Kes di Kalangan Mahasiswa Tahun Akhir di UTM, Skudai.”
Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda.

Uma Sekaran. (1992). Research Method for Business : A Skill Building Approach. “2nd
Edition. United States of University.

Uma Sekaran. (2000). Research Method for Business : A Skill Building Approach. “4th.
Edition. United States of University.

Weirma, W. (1995). Research Methods in Education : An Introduction. 6th Edition, London:
Allyn and Bacon.Windows. Edisi Perta,a. Kuala Lumpur : Venton Publishing.

235

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Zaidatol Akmaliah Lope Pilie. (1993). “Kemahiran Keusahawanan Dalam Pendidikan
Vokasional Satu Jaminan Kerjaya”. Jurnal Pendidikan Kementerian Pendidikan
Malaysia”. Jilid (7)30-37.

236

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

-20-
PENGGUNAAN VIDEO MENINGKATKAN MINAT DAN
KEMAHIRAN MURID DALAM SUBJEK PENYEDIAAN DAN

PEMBUATAN MAKANAN KSSMPK

Roslina Ishak
Mohamad Kazi Wahi
Nik Norhaslinaiza Nik Azlan
Noor Maznah Mohd Azlan

Salina Mohamad
Nurul Ain Ismail

SMK Kg. Dato’ Seri Kamaruddin

ABSTRAK

Penyediaan dan pembuatan makanan (PPM) merupakan salah satu mata pelajaran
penting diajar bagi murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
Pembelajaran Keadaan pendamik Covid-19 telah menyebabkan murid-murid kurang
berminat untuk mengikuti kelas secara dalam talian. Kajian ini di jalankan bagi
mencari penyelesaian untuk meningkatkan minat dan kemahiran murid dalam subjek
PPM melalui penggunaan rakaman video. Kajian ini dilaksanakan di Sekolah
Menengah Kebangsaan Kg. Dato’ Seri Kamaruddin (SMK KDSK) di bawah PPKI
yang melibatkan murid kefungsian sederhana yang terdiri daripada kategori murid
Autisme, ADHA, Kurang Upaya Intelektual dan Bermasalah Pembelajaran Spesifik.
Pengumpulan data kajian dilakukan melalui soal selidik dan temubual terhadap 20
orang murid PPKI SMK KDSK.Terdapat 10 item soalan yang dibina daripada
penyelidik terdahulu dan kesemua murid telah menjawab soal selidik tersebut.
Analisis yang digunakan adalah analisis deskriptif dan kualitatif. Kaedah yang
digunakan adalah melalui kajian tinjauan. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan,
dalam minat murid mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR)
secara dalam talian. Kaedah pengajaran ini juga boleh di perluaskan ke atas mata
pelajaran lain. Murid juga memperlihatkan kesungguhan dan minat yang tinggi dalam
subjek PPM. Kaedah pengajaran ini juga berpotensi untuk sekolah rendah dan
menengah serta berupaya dibangunkan sebagai satu inovasi pengajaran dan
pembelajaran, berasaskan blended learning atau pembelajaran teradun, iaitu satu
kombinasi antara teknologi atas talian dan luar talian.

Kata kunci: Penggunaan Video, Pendidikan Khas, Penyediaan dan Pembuatan
Makanan.

237

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

PENGENALAN

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) menetapkan setiap murid
mendapat akses kepada pendidikan untuk mencapai potensi diri bagi menghadapi
kehidupan masa hadapan. Oleh itu, murid berhak mendapat peluang mengikuti
pendidikan, meskipun mereka tidak dapat hadir ke sekolah. Manual Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
bertujuan untuk membantu guru melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di
Rumah (PdPR) sebagai alternatif pembelajaran norma baharu. Manual PdPR juga
telah perkenalkan sebagai rujukan untuk pentadbir sekolah, pegawai pejabat
pendidikan daerah (PPD) dan jabatan pendidikan negeri (JPN) serta Bahagian di
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
(PdPR) ialah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan di rumah atau
pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian. PdPR boleh dilaksanakan
dalam talian dan/ atau luar talian dan/ atau off-site dengan berstruktur dan terancang.

PdPR dilaksanakan apabila murid tidak dapat hadir ke sekolah dalam satu tempoh
yang tertentu atas sebab bencana atau wabak atau sebab-sebab lain dengan kelulusan
pendaftar negeri. PdPR boleh dilaksanakan secara dalam talian atau luar talian atau
secara off-site. Guru boleh melaksanakan PdPR dengan menggunakan satu daripada
kaedah ini atau gabungan kaedah mengikut kesesuaian. PdPR secara dalam talian
berlaku apabila terdapat capaian Internet pelantar pembelajaran seperti Digital
Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa), Cikgootube, EduWebTV dan
aplikasi media sosial; atau aplikasi seperti Google Meet atau Microsoft Teams secara
lintas langsung (live streaming) atau ePermainan (gamification), video, klip audio,
eBuku, rakaman atau tugasan dalam talian.Pelaksanaan PdPR memerlukan murid
menggunakan peranti berskrin seperti komputer, komputer riba, tablet atau telefon
pintar dalam tempoh tertentu. Masa penggunaan peranti ini dikenali sebagai tempoh
layar (screen time) murid. PdPR perlu dirancang mengikut keupayaan murid dan
kesediaan sumber yang ada. Guru berperanan melaksanakan perkara seperti
menyusun semula Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) berdasarkan Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan takwim persekolahan yang berkuat
kuasa, merancang RPH berdasarkan RPT yang telah disusun dan jadual waktu PdPR
supaya kandungan kurikulum dapat disampaikan secara optimum, menentukan
kaedah penyampaian yang fleksibel mengikut situasi semasa dengan mengambil kira
sumber yang ada pada murid, menyediakan bahan yang mudah didapati, diakses dan
bersesuaian dengan kaedah PdPR yang digunakan, menggunakan pelbagai kaedah
pentaksiran seperti kuiz, tugasan/latihan dan projek untuk menentukan pencapaian
murid.

Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas (KSSMPK) mula
dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dengan perintis murid Tingkatan 1 pada
tahun 2017. KSSMPK ini diguna pakai oleh semua Murid Berkeperluan Khas (MBK)

238

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

yang berada di tahap kefungsian sederhana dan rendah. KSSMPK meliputi kumpulan
mata pelajaran teras dan mata pelajaran yang menyediakan dan mengukuhkan
pengetahuan dan kemahiran asas meningkatkan kemahiran vokasional sebagai
persediaan MBK untuk berdikari menempuh alam dewasa dan alam pekerjaan selepas
menamatlan alam persekolahan.

Untuk itu, kajian ini memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran mata
pelajaran Penyediaan dan Pembuatan Makanan (PPM) di kalangan murid pendidikan
khas pembelajaran kategori kefungsian sederhana yang menggunakan Kurikulum
Standard Sekolah Menengah (KSSM) Pendidikan Khas. Berdasarkan kepada
KSSMPK, mata pelajaran Penyediaan dan Pembuatan Makanan adalah bersandarkan
Kemahiran Vokasional Spesifik (KVS). Masa yang diperuntukan adalah 14 jam
seminggu untuk murid tingkatan 2 hingga 5 dan 12 jam seminggu untuk murid
tingkatan satu. Walau bagaimanapun bagi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
waktu pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) adalah tertakluk kepada Peraturan-
Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013.

Justeru, mata pelajaran PPM ini harus diberi penekanan sewajarnya walaupun dalam
situasi pandemik covid 19 yang melanda dunia sekarang, walaupun ia hanya subjek
kemahiran tetapi ia juga suatu subjek yang penting kepada murid pendidikan khas
untuk persediaaan transisi kerjaya mereka. Demi memenuhi matlamat ini, kaedah
video boleh dijadikan pemangkin untuk mencapai objektif semasa sesi PdPR.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Menonton video bagi kebanyakan orang merupakan satu perkara biasa dilakukan
dalam kehidupan harian, ia boleh ditonton melalui televisyen, komputer, dan juga
telefon bimbit. Tujuan video di buat ialah untuk menyampaikan mesej yang dapat
diterima dan mudah diingat bagi setiap orang yang menontonnya.

Video juga digunakan sebagai media untuk sesi Pengajaran dan Pemudahcaraan
(PdPc). Penggunaan video untuk PdPc atau PdPR memiliki dua elemen iaitu visual
dan audio. Elemen visual berguna untuk menyediakan sumber utama informasi yang
mudah dipahami dan dilaraskan dengan elemen audio yang digunakan untuk
menguraikan informasi. Penggunaannya amat bertepatan untuk digunakan oleh
murid -murid yang mempunyai IQ kefungsian sederhana dan rendah di Kelas
Pendidikan khas Integrasi (PPKI).

Isu berkaitan dengan ponteng kelas atau murid tidak berminat mengikuti PdPR
menjadi masalah kepada guru dan murid. Kebiasaannya, murid pendidikan khas tidak
berminat jika guru mengajar dengan cara yang sama seperti menyalin nota dan
menjawab kuiz . Tambahan pula ada murid yang tidak mahir membaca dan ada yang
lebih berminat kepada kemahiran terutama kepada subjek Penyediaan dan Pembuatan

239

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Makanan (PPM). Video merupakan salah satu daripada kaedah dalam pembelajaran
teradun atau blended learning. Belajar menggunakan video akan memberikan
pengalaman belajar yang baru bagi murid, kerana melalui video ia dapat
menghadirkan keseronokan belajar. Pengalaman baru akan lebih dirasakan lagi bila
murid disajikan video interaktif. Di mana murid akan melihat video yang dihantar
oleh guru sehari sebelum kelas yang sebenar. Murid akan melihat dahulu video
tersebut. Semasa PdPR guru akan menunjukkan cara memasak melalui google meet
dan murid di kehendaki merakam video mereka memasak untuk dihantar kepada
guru. Kaedah ini akan menghasilkan suatu pengalaman baru dan menambah
pemahaman bagi murid tersebut.

PENYATAAN MASALAH

Proses pengajaran dan pembelajaran di rumah PdPR memerlukan murid yang aktif
dan juga berkeupayaan menangani masalah dengan bijak serta secara teratur, kreatif
dan inovatif. Penggunaan kaedah konvensional dalam menghasilkan pembelajaran
yang berkualiti serta berkesan tidak dapat diperolehi disebabkan oleh penggunaan
masa yang terhad dan juga isi pembelajaran yang banyak (Kurniawan,2020). Bagi
subjek PPM, yang kadar waktu PdPR sebanyak 14 jam seminggu ia menjadikan
penglibatan guru dan murid dalam kadar yang paling banyak di dalam jadual waktu
mingguan. Akibatnya, murid semakin kurang berminat dalam mengikuti kelas PPM
dalam seminggu. Ditambah pula dengan kekangan bahan masakan yang digunakan
untuk membuat latihan amali. Maka, sesuatu yang telah lama menjadi kebiasaan perlu
diubah dengan menggunakan pendekatan teknologi (Annisa, 2020). Dalam kajian
Robiatul A’dawiyah dan Halimah (2010) menyatakan apabila guru menggunakan
pembelajaran secara digital, maka tingkah laku positif akan terhasil dalam kalangan
pelajar. Kaedah penggunaan video boleh mengubah cara pengajaran serta stail yang
berbeza sehingga dapat menarik minat pelajar semasa PdPR berbanding mengajar
secara konvensional yang menggunakan kad bergambar dan buku teks. Melalui
permasalahan yang di sebutkan, maka pendekatan pengajaran yang releven boleh di
aplikasikan dalam sesi PdPR agar murid mampu menguasai kemahiran dan
pemahaman dengan lebih baik.

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan mengenal pasti adakah penggunaan video dapat meningkatkan
minat dan juga kemahiran pembelajaran murid, seterusnya untuk mendapatkan
peratus minat murid dalam penggunaan video bagi pembelajaran PPM, serta
hubungan antara penggunaan video dalam pembelajaran PPM terhadap kemahiran
murid. Persoalan-persoalan kajian adalah seperti berikut:

1. Adakah penggunanan video dapat menarik minta murid dalam pembelajaran
PPM?

240

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

2. Adakah tahap kemahiran murid bagi pengajaran dan pembelajaran untuk
subjek PPM meningkat semasa penggunaan video dalam PdPR?

Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk:

1. Meningkatkan minat murid dalam pembelajaran PPM.
2. Meningkatkan kemahiran murid sepanjang PdPR untuk subjek PPM.

Kepentingan Kajian

1. Menggalakkan guru membudayakan teknik pengajaran yang berkesan
melalui kaedah penggunaan video dalam PdPR.

2. Menarik minat murid sepanjang PdPR
3. Meningkatkan kemahiran murid dalam penguasaan kemahiran memasak.

Batasan Kajian

Terdapat beberapa kekangan sepanjang menjalankan kajian ini. Pertama sekali ialah
kekangan untuk mendapatkan maklumat daripada respondan yang hanya dijalankan
secara atas talian disebabkan pengisytiharan perintah kawalan pergerakan (PKP)
seluruh Malaysia oleh pihak kerajaan. Keduanya, kajian ini hanya dijalankan ke atas
responden yang mengikuti kelas Kemahiran Asas Vokasional PPM yang melibatkan
3 kelas sahaja. Respondan juga merangkumi pelbagai kelainan upaya terdiri daripada
Autisme, ADHD, Kurang Upaya Intelektual dan Ketidak Upayaan Pembelajaran
Spesifik. Kekangan terakhir ialah kebergantung kepada tahap emosi dan keupayaan
responden yang pelbagai, memberi impak ketika ujian yang dijalankan atas
respondan. Walau bagaimanapun, kajian ini boleh dijadikan sebagai rujukan kepada
pihak guru sekolah, pentadbir sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabtan
Pendidikan Negeri (JPN) dan Bahagian Pendidikan Khas (BPK) Kementerian
Pendidikan Malaysia sepanjang PdPR.

METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan menggunakan metod deskriptif
kuatitatif dan kualitatif yang bertujuan untuk mengkaji minat dan meningkatkan
kemahiran murid dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Penyediaan dan
Pembuatan Makanan murid Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan
Khas (KSSMPK).

241

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

Sampel kajian

Seramai 20 orang murid Program Pendidikan Khas Integrasi dari kelas Tingkatan 2
PKKS, Tingkatan 3 PKKS dan Tingkatan 5 PKKS telah dipilih sebagai responden
untuk menjawab soal selidik dan pemerhatian. Manakala enam orang murid dari kelas
yang berbeza telah dipilih secara rawak untuk sesi temu bual.

Instumen Kajian
Dapatan data kajian ini berdasarkan kepada instrument kajian yang telah digunakan
iaitu borang soal selidik, soalan temu bual dan video memasak. Soal selidik ini
berbentuk skala Likert mengandungi lima pilihan jawapan iaitu;

Jadual 1: Pilihan jawapan skala likert

Kod Skala
1 Sangat tidak setuju
2 Tidak setuju
3 Kurang Setuju
4 Setuju
5 Sangat setuju

Item soal selidik dimasukkan ke dalam aplikasi Google Form bagi memudahkan
pengedaran soal selidik dalam tempoh PKP. Pautan Google Form yang lengkap
diberikan kepada responden kajian melalui aplikasi Whatsapp dan Telegram. Masa
yang diberikan untuk menjawab soal selidik adalah dalam tempoh seminggu.
Manakala sesi temu bual telah dijalankan melalui panggilan telefon kepada
responden. Setiap responden akan diajukan lima soalan tentang keberkesanan
penggunaan video dalam PdPR subjek PPM. Bagi sesi pemerhatian pula, pemerhatian
dan penilaian dijalankan terhadap video memasak yang dihantar oleh responden
selepas tugasan diberi.

DAPATAN KAJIAN

Seramai 20 orang responden yang terdiri daripada murid-murid PPKI yang mengikuti
kelas PPM telah menajalani kajian soal selidik.

Jadual 2: Taburan responden mengikut jantina

Jantina Kekerapan Peratus (%)

Lelaki 11 55
Perempuan 9 45
Jumlah 20 100

242

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

Berdasarkan jadual 2, murid pendidikan khas lelaki lebih ramai iaitu 11 orang
(55.0%) berbanding murid pendidikan khas perempuan dengan kekerapan 9 orang
(45.0%) daripada jumlah keseluruhan responden.

Kaum Jadual 3: Taburan responden mengikut kaum Peratus (%)

Melayu Kekerapan 90
Lain-lain 18 10
Jumlah 2 100
20

Keberkesanan Penggunaan Video Masakan Dalam Kelas PPM semasa PDPR

Berdasarkan Jadual 4, majoriti responden bersetuju penggunaan video membantu
mereka minat mengikuti Pdpr semasa kelas PPM. Kajian soal selidik yang dijalankan
mendapati 11 responden setuju suka menghadiri kelas Pdpr yang menggunakan video.
Sebanyak 6 responden yang sangat setuju pembelajaran PPM berbantukan video
berbanding menggunakan modul sahaja. 10 responden setuju untuk mencadangkan
rakan agar menggunakan video dalam mempelajari sesuatu topik. Majoriti responden
juga menyatakan pengajaran menggunakan video lebih menarik dengan 7 kekerapan
setuju dan 9 kekerapan sangat setuju. Dapatan kajian Purnamasari dan Hafnita (2019)
menyokong dapatan kajian yang dilakukan. di mana murid lebih cenderong kepada
pengajaran berunsurkan video disebabkan paparan yang menarik dengan grafik yang
berwarna-warni. Ia juga gabungan multimedia yang menarik sehingga menarik minat
murid dalam mengikuti pembelajaran harian.

Kekerapan responden dalam menjawab tentang suka mempelajari topik baru pula 9
setuju dan 5 kekerapan responden sangat setuju. Responden yang sangat setuju
mengulang kaji subjek PPM menggunakan video adalah sebanyak 10 dan setuju 7
responden. 9 kekerapan memilih setuju menggunakan video lebih mudah mengingati
isi pelajaran. Manakala 9 responden kurang setuju nota dalam bentuk video mudah
difahami. Dengan penggunaan video majoriti 12 responden setuju tidak ponteng kelas
dan 9 kekerapan memilih sangat setuju bahawa penggunaan video sentiasa menaikkan
semangat untuk belajar.

Berkaitan dengan peningkatan kemahiran pula, 9 responden bersetuju bahawa mereka
semakin cekap menggoreng dengan cara yang betul. Hanya 2 responden yang sangat
tidak bersetuju dan 3 responden kurang setuju dengan pernyataan ini. 11 responden
menjawab sangat setuju dan 5 setuju boleh menamakan kaedah memasak dengan lebih
mudah berpandukan video pembelajaran yang diberi. Video juga membantu responden
mengenal bahan-bahan masakan dengan cara yang lebih mudah dipersetujui oleh
majoriti responden berbanding responden yang kurang setuju. 8 responden masing-
masing setuju dan sangat setuju kaedah pengajaran menggunakan video dapat
membezakan antara kaedah merebus dan mencelur. Majoriti responden juga semakin

243

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

cekap menggunakan peralatan dan perkakasan dapur. Hanya seorang sangat tidak
setuju, 2 tidak setuju dan 2 kurang setuju.

Kekerapan responden berdasarkan skala Likert dapat disimpulkan seperti jadual 4 di
bawah ini.

Jadual 4: Analisis deskriptif keberkesanan penggunaan video dalam kelas PDPR PPM

Item Sangat Kekerapan Sangat
Tidak Tidak Kurang Setuju setuju
Saya suka menghadiri kelas yang diajar setuju Setuju Setuju
dengan menggunakan video kerana ianya 3
menarik. 1 2 3 11 6
Saya lebih suka mempelajari topik 0 1 3 10
Pembelajaran Penyediaan dan Pembuatan 5
Makanan dengan berbantukan video 2 0 3 10
berbanding menggunakan modul sahaja. 9
Saya akan mencadangkan kepada Rakan 0 227 5
agar menggunakan video dalam 2 049 10
mempelajari suatu topik Penyediaan dan 0 137 4
pembuatan Makanan. 0 1 3 12 3
Penggunaan video dalam pengajaran dan 0 296 3
pembelajaran lebih menarik berbanding 0 2 3 12 9
modul. 1 226
Saya lebih suka mempelajari topik baru 3
dalam Penyediaan dan Pembuatan 0 232
Makanan berbantukan video.
Saya suka mengulang kaji subjek
Penyediaan dan Pembuatan Makanan
menggunakan video pembelajaran.
Melalui video agak senang untuk Saya
mengingat topik dalam Penyediaan dan
Pembuatan Makanan dengan mudah.
Saya lebih senang faham Pembelajaran
penyediaan dan Pembuatan makanan jika
melihat nota dalam bentuk video.
Saya tidak suka ponteng kelas
Penyediaan dan Pembuatan Makanan.
Saya sentiasa bersemangat untuk belajar
subjek penyediaan dan Pembuatan
makanan terutamanya
melalui video.
Saya tidak suka ponteng kelas Penyediaan
dan Pembuatan Makanan.

244

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

Saya sentiasa bersemangat untuk belajar 1 2 2 69

subjek penyediaan dan Pembuatan

makanan terutamanya melalui video.

Saya semakin cekap menggoreng 2 0 3 69

berpandukan video yang diberi oleh guru.

Saya boleh menamakan kaedah memasak 0 1 3 5 11

dengan lebih mudah berpandukan video

pembelajaran.

Video membantu saya mengenal bahan- 0 2 1 89

bahan masakan dengan cara yang lebih

mudah.

Melalui video saya dapat membezakan 0 0 4 88

antara kaedah merebus dan mencelur.

Saya semakin cekap menggunakan 1 2 2 87

peralatan dan perkakasan di dapur.

Analisis Temubual Keberkesanan Penggunaan Video Dalam Pdpr subjek PPM

Berdasarkan temubual yang telah dijalankan, kesemua responden berpendapat

bahawa pengajaran menggunakan video lebih menarik berbanding dengan
penggunaan modul sahaja. Menurut Amar (bukan nama sebenar), “video

memudahkan saya belajar dan melakukan tugasan memasak kerana saya tidak
pandai membaca dan memahami ayat.” Responden berpendapat, dengan cara

menonton video mereka boleh melihat dan mendengar berulang kali sehingga faham.

Bagi aspek minat pula, 4 responden memberikan jawapan bahawa penggunaan video
dalam PdPR menarik minat mereka untuk mengikuti kelas kerana mudah faham dan
tidak perlu membaca. 2 responden berpendapat PdPR tetap tidak menarik walaupun
menggunakan video. Ini kerana jika berlaku kesilapan dalam aktiviti memasak
teguran dan pembetulan tidak dapat dilakukan pada masa tersebut. Seterusnya, 4
responden berpendapat bahawa pengajaran dan pembelajaran menggunakan video
dapat meningkatkan kemahiran mereka. Mereka boleh melakukan tugasan memasak
berpandukan video yang diberi. Manakala 2 responden berpendapat pengajaran dan
pembelajaran bersemuka adalah cara terbaik. PdPR walaupun menggunakan video
masih tidak mampu menggantikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
bersemuka.

Bagi soalan ke empat, “adakah penggunaan video dapat membantu anda
meningkatkan keyakinan diri untuk memasak di rumah?” 5 responden menjawab
“ya”. Responden menyatakan bahawa mereka tidak lagi kekok berada di dapur dan
memasak makanan yang mudah untuk diri sendiri atau keluarga. Ketiadaan penjaga
semasa memasak juga bukanlah lagi satu masalah untuk mereka memasak. Seorang
responden menyatakan tidak pernah memasak di rumah kecuali ianya adalah tugasan
yang diberikan oleh guru. Dirumah, biasanya tugas memasak dilakukan oleh emak

245

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

dan kakaknya. Bagi soalan yang terakhir, “adakah anda menghantar video
memasak?”. Semua responden menghantar video kepada guru sebagai bukti tugasan
dijalankan dan bagi penilaian guru.

Analisis pemerhatian

Penggunaan video bukan sahaja digunakan oleh guru untuk menghantar bahan
pengajaran kepada para murid. Murid juga dikehendaki menghasilkan video
berdasarkan tugasan yang diberikan oleh guru. Ini secara tidak langsung
mendedahkan murid kepada penggunaan teknologi maklumat dan penghasilan bahan
interaktif dalam proses PdPR. Melalui dapatan daripada setiap guru, didapati bahawa
semua responden menghantar video yang baik kepada guru. Analisa dapatan ini dapat
dirangkum dalam carta pai di bawah.

RUMUSAN

Kesimpulannya, penggunaan video dalam proses pdpr subjek PPM memberikan
kesan yang positif dalam meningkatkan minat dan kemahiran murid pendidikan khas.
Kajian ini telah berjaya menunjukkan minat dan kemahiran dapat ditingkatkan
melalui dapatan yang diperolehi. Penggunaan video dalam proses Pdpr memberi
manfaat kepada murid pendidikan khas semasa tempoh PKP ini. Secara ringkasnya,
penggunaan video dalam pendidikan memudaratkan pembelajaran yang lebih
berkesan walaupun terdapat beberapa kekangan.

Walau bagaimana pun kekangan tersebut dapat diatasi sekiranya kerjasama dari
pelbagai pihak untuk meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia. Komitmen dari
semua pihak amat diperlukan dalam memberikan mutu pendidikan yang terbaik
setanding dengan pendidikan di negara-negara maju.

RUJUKAN

Annisa (2020). Environmental Education in Grammar Learning Process for Junior High
School students by using Multifunctional English Learning Media (MELDe). Journal
of Physics: Conference Series 1655(1).

Kurniawan, E. (2020). A teaching based technology in geography learning. Cypriot Journal
of Education 15(4): 61–74.

Purnamasari, I. & Hafnita, S. D. (2019). The Utilization of YouTube Media in Learning
Antropology in Higher Education. Journal of Physics: Conference Series 1387(1).

Robiatul A’dawiah Jamaluddin & Halimah Badioze Zaman. (2010). Pakej pembelajaran sains
kanak-kanak prasekolah untuk tema meneroka angkasa menggunakan pendekatan
cerita animasi interaktif. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Ke-4,
715-725.

246

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016) Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah
Menengah Secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2017. Surat Pekeliling Ikhtisas
Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 9 Tahun 2016.

247

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

-21-
PELAKSANAAN DAN PENGGUNAAN INOVASI KIUB EMOJI

PERASAAN MENINGKATKAN KEBERKESANAN
PERHUBUNGAN MENOLONG DALAM KALANGAN PELAJAR

KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI PETANI 2

Ruzaina Binti Ahmad @ Abdul Razak1
Noraini Binti Mohamed Noor1
En Mohamad Satir Bin Hamid2
Mohd Nadzim Bin Ariffin3

Kolej Vokasional Sungai Petani 21
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda/ Yan2

Kolej Vokasional Sungai Petani 13

[email protected]
[email protected]

[email protected]
[email protected]

ABSTRAK

Kiub Emoji Perasaan (KEP) ini dihasilkan untuk memudahkan kaunselor menolong
dan merefleksikan perasaan kepada klien sewaktu sesi kaunseling dijalankan. Tujuan
kaunselor melakukan refleksi perasaan adalah untuk memberi tumpuan kepada klien
mengenai perasaan atau sikap yang sedang dialami oleh klien dan memberi ruang
untuk klien mengeluarkan perasaan dengan cara yang baik dan memberi kelegaan
kepadanya. Idea dan kreativiti inovasi ini menggunakan sumber daripada
“Interviewing Strategies for Helpers : A Guide to Assessment, Treatment and
Evaluation” yang dihasilkan oleh L.S. Cormier dan W.H. Cormier (1979). Kiub ini
berkonsepkan senarai perkataan-perkataan afektif yang selalu digunakan dan
diterjemahkan melalui konsep 5 tema perasaan/afektif dengan 5 warna berbeza yang
menggambarkan kegembiraan, kesedihan, ketakutan, ketidakpastian dan kemarahan.
Di bawah setiap tema konsep ini mempunyai 12 sub perkataan-perkataan afektif
yang selalu digunakan. Tujuan inovasi ini dilaksanakan adalah untuk menolong
kaunselor mengenali dan boleh merefleksikan perasaan klien dengan berkesan.
Keadaan ini membantu klien untuk merasai yang ia difahami dan diterima oleh
kaunselor dan seterusnya ingin membuat perubahan. Pengkaji menggunakan dua
kaedah kajian iaitu eksperimen dan tinjauan secara soal selidik. Kajian eksperimen
bertujuan untuk mendapatkan tempoh masa klien memulakan perbualan manakala
kajian tinjauan bertujuan untuk mengenal pasti tahap kepuasan penggunaan KEP.

248

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Dapatan kajian mendapati masa yang diambil bagi kumpulan yang tidak
menggunakan KEP (kawalan) adalah pada purata 15 minit 18.4 saat manakala
kumpulan yang menggunakan KEP (rawatan) adalah selama 4 minit 42.06 saat.
Klien merasakan KEP dapat membantu mereka memulakan perbualan (min 4.96).
Selain itu klien merasakan KEP ini juga membantu mereka kenal pasti perasaan
dengan lebih tepat (min 4.98) dan merasakan kaunselor dapat merefleksikan
perasaan mereka dengan lebih berkesan (min 4.98) serta merasakan kaunselor dapat
menzahirkan rasa empati terhadap mereka (min 4.98). Inovasi KEP ini akan
dikomersialkan supaya semua kaunselor seluruh Malaysia samada di kolej
vokasional, sekolah, sektor awam atau swasta dapat menggunakan KEP sebagai alat
bantu di dalam proses menolong/sesi kaunseling.

Kata Kunci: Emoji, Kemahiran Refleksi Perasaan, Sesi Kaunseling, Afektif,
Berkesan, Klien

PENGENALAN

Dalam menangani isu pelajar yang pelbagai, perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling perlu ditambahbaik dari masa ke semasa. Selain itu, peranan kaunselor
bukanlah hanya mendengar semata-mata tetapi ia juga mesti memahaminya dengan
jelas apa yang ingin disampaikan oleh kliennya. Selaras dengan idea Patterson (1969)
dalam Tang Chee Yee (1987) menyatakan kaunselor hendaklah dapat mengalami
perasaan yang sedang dialami oleh klien, serta mendengar apa sahaja yang
diperkatakan oleh klien dan memberi peluang supaya klien dapat menceritakan
masalah dan pandangannya. Dengan adanya cetusan idea KEP ini, dapatlah
membantu kaunselor membuat refleksi perasaan dengan lebih berkesan dan
seterusnya mewujudkan suasana yang teraputik sewaktu sesi berlangsung.

PENYATAAN MASALAH

Seringkali kita diperdengarkan isu kaunselor sukar untuk menterjemahkan perasan
klien sewaktu sesi perhubungan berlangsung dan klien kadangkala sukar untuk
menzahirkan apa yang dirasakan oleh dirinya. Oleh itu, kemahiran kaunselor dalam
membuat refleksi adalah sangat penting kerana ia memberi gambaran kepada klien
bahawa kaunselor berada bersama-samanya dan ketidakupayaan kaunselor membuat
refleksi perasaan yang baik akan mengagalkan proses membantu (Sapora Sipon &
Wan Anor, 2002). Menurut Muhd Mansur dan Siti Nordinar (1996) menyatakan
tujuan membuat refleksi perasaan ini ialah untuk memberikan pemusatan kepada
perasaan sebenar klien dan bukan helah semata-mata. Perasaan yang agak kabur,
terselindung, kepura-puraan itu tidak dapat menolong kaunselor memahami masalah
itu secara penuh perasaan. Oleh itu, nyatalah perasaan klien lazimnya tidak terpancar
dengan mudah semasa bercerita itu.

249

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Kadang-kadang masih ada lagi perasaan takut, khuatir dan curiga terhadap kaunselor
sehingga sukar melahirkan perasaan yang sebenar. Atas konsep ini, mendorong guru
bimbingan dan kaunseling untuk melaksanakan inovasi Kiub Emoji Perasaan (KEP).

Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk:

1. Membantu klien yang resistant memulakan perbualan
2. Memudahkan klien mengenalpasti perasaan mereka.
3. Menolong kaunselor mengenali dan merefleksikan perasaan kepada klien

dengan berkesan.
4. Membantu guru kaunseling menggunakan kenyataan berbentuk afektif yang

dapat menyampaikan perasaan klien.

Persoalan Kajian

Berdasarkan kepada objektif kajian di atas pengkaji telah membentuk beberapa
persoalan kajian seperti berikut:

1. Apakah dapatan analisis data kajian keberkesanan dalam kalangan pelajar
Kolej Vokasional Sungai Petani 2?

2. Apakah kaedah pelaksanaan yang dilakukan sebagai penerapan KEP dalam
kalangan pelajar Kolej Vokasional Sungai Petani 2?

3. Apakah impak keberkesanan penerapan KEP dalam kalangan pelajar Kolej
Vokasional Sungai Petani 2

METODOLOGI

Reka bentuk Kajian

Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kaedah eksperimen dan tinjauan secara soal
selidik. Kajian eksperimen bertujuan untuk mendapatkan tempoh masa klien
memulakan perbualan manakala kajian tinjauan bertujuan untuk mengenal pasti tahap
kepuasan penggunaan KEP.

Persampelan Kajian

Bagi kajian eksperimen, penyelidik telah mengambil 50 orang responden secara
rawak. Responden terdiri daripada pelajar yang telah mendapatkan perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling bagi kali pertama. Tempoh masa mereka memulakan
perbualan semasa sesi kaunseling telah diambil. Bagi kajian tinjauan pula, penyelidik
mengambil 50 orang pelajar yang telah mendapat perkhidmatan bimbingan dan

250

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

kaunseling bagi kali pertama, yang terdiri dari 25 orang pelajar perempuan dan 25
orang pelajar lelaki di Kolej Vokasional Sungai Petani 2.

Instrumen Kajian

Kaedah soal selidik digunakan untuk mencari data-data yang bersesuaian dengan
persoalan kajian. Kesemua soalan dalam kaji selidik ini mengikut Skala Likert iaitu
dalam bentuk kenyataan pilihan, skala 5- sangat setuju, 4- setuju, 3- tidak pasti, 2-
tidak setuju dan 1- sangat tidak setuju.

Analisis Data

Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang berbentuk deskriptif. Penyelidik
menggunakan kaedah statistik asas kekerapan dan peratusan. Menurut Mohamad
Najib (2002) menganalisis data mengunakan kaedah statistik asas kekerapan dan
peratusan untuk menerangkan jumlah kekerapan bagi setiap pembolehubah

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Soalan Kajian 1: Apakah dapatan analisis data kajian keberkesanan KEP
dalam kalangan pelajar Kolej Vokasional Sungai Petani 2?

Analisis data menunjukkan bahawa secara keseluruhan peratus skala jawapan Setuju
ialah di antara 90.00% hingga 98.00%. Manakala skala 1- Sangat Tidak Setuju, 2-
Tidak Setuju, dan 3- Tidak Pasti tiada menunjukkan peratusan skala. Rujuk jadual 1
dibawah:

Jadual 1: Borang soal selidik kajian keberkesanan Kiub Emoji Perasaan (KEP) KVSP2 hasil dapatan
pelajar (50 orang responden)

Item Pernyataan 12345

1 Saya tahu nama penuh KEP 0 0 0 0 50

2 Emoji dan grafik yang digunakan ini kelihatan menarik 0 0 0 3 47

3 KEP ini sangat mudah untuk difahami dan dipegang oleh 0 0 0 3 47
saya

4 kaunselor dapat merefleksi perasaan saya dengan lebih 0 0 0 1 49
berkesan

5 KEP ini membantu saya memulakan perbualan 0 0 0 2 48

6 Saya merasakan lebih gembira dan tenang apabila KEP 0 0 0 3 47
digunakan dalam sesi kaunseling

7 Kaunselor dapat membimbing saya dalam menyelesaikan 0 0 0 5 45
isu yang saya hadapi

8 KEP ini membantu saya kenal pasti perasaan sendiri 0 0 0 1 49
dengan lebih tepat

9 Saya merasakan kaunselor lebih empati 0 0 0 1 49

10 KEP ini telah berjaya mewujudkan persekitaran yang 0 0 0 3 47
kondusif sewaktu sesi kaunseling

251

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Soalan Kajian 2: Apakah kaedah pelaksanaan yang dilakukan sebagai
penerapan KEP dalam kalangan pelajar Kolej Vokasional Sungai Petani 2?

KEP telah mula dilaksanakan pada awal persekolahan 2021. Ia dimulakan melalui
penerapan yang diberikan kepada semua pelajar kolej yang mendapatkan
perkhidmatan Bimbingan Kuanseling di Kolej Vokasional Sungai Petani 2, yang
merangkumi pelajar Tahun 1 SVM hinggalah Tahun 2 Diploma.

Pelaksanaan KEP ini adalah seperti berikut :

a) Kegunaan :Bermula seawal peringkat membina hubungan dan peringkat
penerokaan masalah dalam proses perhubungan menolong ataupun sesi
kaunseling tersebut.

b) Tema Warna: Klien akan diberikan kiub yang mempunyai 5 tema warna iaitu
hijau, biru, merah, hitam dan kuning. Setiap tema warna mempunyai 12
perkataan afektif. Kaunselor akan meminta klien memilih perasaan mana yang
klien alami atau rasai pada ketika itu pada kiub tersebut.

c) Fungsi: Setelah klien memilih warna, kaunselor akan meneroka
perasaan/masalah klien menggunakan kemahiran kaunseling (refleksi perasaan,
refleksi isi, parafrasa, membuat rumusan, dan lain-lain) dan seterusnya
menentukan matlamat, memilih alternatif dan membuat tindakan.

d) Kesan: Refleksi perasaan menggunakan perkataan afektif dapat menyampaikan
perasaan klien. Ini dapat membantu klien untuk merasai yang ia difahami dan
diterima oleh kaunselor. Apabila keadaan ini wujud, ia membantu klien untuk
membuat perubahan.

Soalan Kajian 3: Apakah impak keberkesanan penerapan KEP dalam kalangan
pelajar Kolej Vokasional Sungai Petani 2?

Penerapan KEP yang dilaksanakan bermula awal tahun dan berterusan hingga kini
telah menunjukkan impak positif.

Antara impak keberkesanan penerapan Kiub Emosi Perasaan (KEP) yang diperolehi
ialah :

a) Kaunselor dapat menzahirkan rasa empati terhadap klien dengan
memperolehi skor tertinggi dalam item 4, 5, 8 dan 9 (rujuk rajah 1)

252

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

Peratusan Tertinggi Dapatan Kajian

99% 98% 98%

98%
98%

98%

97%

97%

96%
96%

96%

95% Item 5 Item 8 Item 9
Item 4

Rajah 1: Peratusan tertinggi dapatan kajian

b) Menjimatkan waktu proses kaunseling
Selain itu, dapatan kajian sebelum penggunaan KEP, masa yang diambil sewaktu
proses kaunseling adalah seperti jadual berikut:

Jadual 2: Masa yang diambil oleh klien sewaktu proses kaunseling

Kumpulan Perkara Masa
Kawalan Terpantas 3 minit 5 saat

Terlewat 30 minit

Min 15 minit 18.4 saat.

Rawatan Terpantas 2 minit 30 saat

Terlewat 6 minit 36 saat

Min 4 minit 42.06 saat.

e) Peningkatan jumlah pelajar yang mendapatkan perkhidmatan Bimbingan
& Kaunseling. Jadual dibawah (rajah 2) menunjukkan peningkatan bilangan
pelajar yang mendapatkan perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling di Kolej
Vokasional Sungai Petani 2, yang bermula pada bulan januari (39 orang pelajar),

253

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2

ISBN 978-967-2703-04-4
© 2021

Februari (50 orang pelajar), Mac (65 orang pelajar) dan April (72 orang pelajar).
Data ini merangkumi perkidmatan sesi bimbingan/ kaunseling individu dan
bimbingan/ kaunseling kelompok.

Jumlah Pelajar yang Mendapatkan Perkhidmatan
Bimbingan & Kaunseling

80 65 72
70 Mac April
60 50
50
40
30
20
10

0
Februari

Jumlah Pelajar yang Mendapatkan Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling

Rajah 2: Bilangan pelajar yang mendapatkan perkhidmatan bimbingan & kaunseling

RUMUSAN DAN CADANGAN

Mengaplikasikan Kiub Emosi Perasaan (KEP) dalam proses perhubungan menolong
dan sesi kaunseling telah memberi implikasi yang positif dalam kalangan pelajar
Kolej Vokasional Sungai Petani 2. Pelaksanaannya pada peringkat membina
hubungan dan penerokaan masalah telah membantu pelajar untuk membuat
perubahan. Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi iaitu klien merasakan KEP
dapat membantu mereka memulakan perbualan (min 4.96). Selain itu klien
merasakan KEP ini juga membantu mereka kenal pasti perasaan dengan lebih tepat
(min 4.98) dan merasakan kaunselor dapat merefleksikan perasaan mereka dengan
lebih berkesan (min 4.98) serta merasakan kaunselor dapat menzahirkan rasa empati
terhadap mereka (min 4.98). Selaras dengan pandangan Brammer dan Shostrom
(1982) dalam DeWayne J. Kurpius (1986) yang telah diterjemahkan oleh Amir
Awang (1989), menyatakan bahawa apabila seseorang itu bergerakbalas secara
berempati dengan seseorang klien, ia sedang cuba untuk berfikir bersama dan bukan
untuk atau tentang kliennya. Gerakbalas sebegini merupakan juga suatu keupayaan
untuk bergerakbalas kepada perasaan dan pengalaman orang lain seolah-olah
perasaan dan pengalaman ini kepunyaan kita sendiri. Selain itu, rupabentuk KEP yang
kreatif telah menarik minat pelajar untuk mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling dan membantu klien yang resistant untuk memulakan perbualan.

254

Prosiding eSAHConfEd 2021

Vol. 2
ISBN 978-967-2703-04-4

© 2021

Realitinya, bukan mudah untuk menarik pelajar yang tidak mahu bekerjasama
ataupun resistant, tetapi dengan adanya KEP ini dapat membantu kaunselor dalam
mendalami apa yang dirasai oleh klien. Secara langsung, hal ini membantu
peningkatan jumlah pelajar yang mendapatkan perkhidmatan tersebut. Penggunaan
KEP juga diharapkan dapat memberikan implikasi baik kepada perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling sebagai medium atau alat bantu untuk menterjemah dan
menzahirkan rasa empati terhadap klien, namun begitu masih terdapat elemen yang
boleh diketengahkan, agar perkhidmatan kaunseling yang diberikan boleh
dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Umum mengetahui, peranan seorang kaunselor dalam memberi perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling adalah sangat berkait rapat dalam menentukan
keberkesanan perkhidmatan tersebut. Kaunselor bukanlah hanya mendengar semata-
mata tetapi ia juga mesti memahaminya dengan jelas apa yang ingin disampaikan
oleh kliennya, dengan adanya cetusan idea KEP ini, dapatlah membantu kaunselor
membuat refleksi perasaan dengan lebih berkesan dan seterusnya mewujudkan
suasana yang teraputik sewaktu sesi berlangsung.

RUJUKAN

Amaluddin bin Ab. Rahman & Norlina Omar. (2008). Kaunseling Remaja: Tip dan
Panduan Ke Arah Satu Keluarga Satu Kaunselor. Kuala Lumpur: Utusan
Publication dan Distributor Sdn. Bhd

DeWayne J. Kurpius. (1986). Perhubungan Menolong Dalam Kaunseling dan
Perundingan. Terjemahan Amir Awang. Pulau Pinang. Universiti Sains
Malaysia.

Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim & Halimatun Halaliah Mokhtar. (2005). Kaunseling
individu. Selangor: Herald Printers Sdn. Bhd.

Mohamad Najib Abdul Ghafar. (2002). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Skudai
Johor. Universiti Teknologi Malaysia

Muhamad Mansur Abdullah dan Siti Nordinar Mohd. Tamin. (1996). Penghantar
Kaunseling. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sabitha Marican. ( 2009). Penyelidikan Sains Sosial Pendekatan Pragmatik.
Selangor. Edusystem Sdn. Bhd.

Salina Nen & Khairul Azmi Ibrahim (2018). Persepsi Pelajar Terhadap
Perkhidmatan Kaunseling di Universiti Kebangsaan Malaysia. Vol.15, No.4.
Mukasurat 93-103.

Sapora Sipon dan Wan Anor Wan Sulaiman. (2002). Penghantar Kaunseling.
Petaling Jaya. Prentice Hall.

Tang Chee Yee (1987). Bimbingan & Kaunseling (Perkhidmatan, Prosedur dan
Kemahiran). Selangor. Ling Wah Press Sdn. Bhd.

255


Click to View FlipBook Version