The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU LAPORAN MESYUARAT AGUNG KALI KE 30 2019-2020, 2021-2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by koop koperasi, 2023-05-23 00:13:21

BUKU LAPORAN MESYUARAT AGUNG KALI KE 30 2019-2020, 2021-2021

BUKU LAPORAN MESYUARAT AGUNG KALI KE 30 2019-2020, 2021-2021

99 (1) ATURAN TABUNG KEBAJIKAN SOSIAL TAJUK 1. Aturan ini hendaklah dinamakan ATURAN TABUNG KEBAJIKAN SOSIAL Koperasi Pelaburan Pekerja-Pekerja Kejora Kota Tinggi Berhad. 2. Aturan ini diwujudkan dibawah undang-undang kecil 9 (3) Koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas persetujuan mesyuarat agong Koperasi ini pada 4 Disember 2021 dan dikemukakan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia TAFSIRAN 3. Dalam aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain- (a) ‘Koperasi’ ertinya Koperasi Pelaburan Pekerja-Pekerja Kejora Kota Tinggi Berhad; (b) ‘Aturan Tabung Kebajikan Sosial “’ ertinya satu aturan yang dibuat untuk tabung yang diwujudkan daripada keuntungan bersih koperasi menurut Undang-Undang Kecil 70 (2) (d) Koperasi ini; (c) “Aturan Tabung Kebajikan Sosial ” ini juga adalah membawa erti kepada gabungan tabungtabung sediada diwujudkan untuk anggota dan bukan anggota diisatukan terdiri daripada :- (i) Aturan Tabung Kumpulan Wang Kebajikan Anggota dan Khairat Kematian yang diluluskan Mesyuarat Agung Tahunan bertarikh 23 Mei 2010; (ii) Aturan Tabung Kumpulan Wang Kebajikan Sosial yang diluluskan Mesyuarat Agung Tahunan bertarikh 21 Jun 2014; (iii) Aturan Tabung Sumbangan Insentif Kecemerlangan Akademik yang diluluskan Mesyuarat Agung Tahunan bertarikh 23 Mei 2010 dan pindaan bertarikh 3 Jun 2017; (d) ‘Lembaga’ ertinya badan pengelola Koperasi yang dilantik menurut Undang-Undang Kecil 34 Koperasi; (e) ‘Aturan Tabung Wang Kebajikan Anggota dan Khairat Kematian’ ertinya satu aturan bagi kumpulan wang yang diwujudkan daripada keuntungan bersih koperasi menurut UndangUndang Kecil 65(2)(d) bagi membolehkan koperasi memberi bantuan kepada anggota atau tanggungannya apabila berlaku kematian atau berada dalam kesusahan.


100 (f) “Anggota” ertinya termasuklah seseorang yang turut sama dalam permohonan pendaftaran koperasi ini dan yang telah menandatangani minit mesyuarat agung permulaan koperasi dan seseorang yang diterima menjadi anggota mengikut peraturan dan undang-undang kecil ini selepas pendaftaran, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993; (g) “Bukan Anggota” ertinya selain daripada anggota koperasi ini atau individu, orang perseorangan dan badan-badan tertentu. (h) “Keluarga” ertinya isteri atau suami, anak-anak dan ibubapa anggota koperasi ini. (i) ‘Sumbangan Insentif Kecemerlangan Akademik Anak-anak anggota dan anggota ’ ertinya sumbangan yang diberikan oleh koperasi ini kepada anak-anak anggota dan anggota yang mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan akademik ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia masing-masing yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan pada 14 Julai 2002. (j) “Anak-anak Anggota” ertinya anak-anak anggota koperasi ini dan termasuklah seseorang anak angkat yang telah disahkan oleh pihak-pihak yang berkaitan. (k) Peperiksaan akademik” ertinya peperiksaan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), Sekolah Darjah Khas (Sekolah Agama Negeri Johor), Sijil Tinggi Pelajaran (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Matrikulasi, Asasi, Foundation, A-Level, Diploma, ijazah dan Sarjana (Master). (l) “Tabung Kebajikan Sosial” ertinya tabung yang diwujudkan sebelum ini untuk memberi bantuan kepada orang perseorangan selain daripada anggota koperasi ini dan badan-badan tertentu. TUJUAN 4. (1) Tujuan Aturan Tabung Kebajikan Sosial ini (selepas ini disebut “Tabung ini”) adalah sebagai garis panduan dalam memberi bantuan dan sumbangan kepada anggota dan bukan anggota yang terdiri daripada orang perseorangan dan badan-badan tertentu yang mana sumbangan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Lembaga ; (2) Tujuan, Kelayakan dan Kadar Sumbangan setiap tabung yang disatukan ini adalah masih tertakluk dan terpakai mengikut jenis-jenis tabung yang terdahulu sediada.


101 SUMBER KEWANGAN 5. Sumber kewangan bagi melaksanakan Tabung Wang ini diperoleh dari – (a) Peruntukan daripada pembahagian keuntungan bersih koperasi ini yang diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan menurut undang-undang kecil 70 (2) (d) Koperasi ini; dan (b) Sumbangan dari anggota, Koperasi lain dan pihak-pihak lain. PENTADBIRAN 6. Kumpulan Wang ini hendaklah ditadbirkan oleh Jawatankuasa yang dilantik oleh Lembaga di bawah Undang-Undang Kecil 48 (2) (u). PERMOHONAN 7. (1) Semua permohonan untuk mendapatkan bantuan atau sumbangan daripada Tabung Wang ini hendaklah dibuat dengan menghantar surat terus kepada Setiausaha Koperasi ini. (2) Setiausaha hendaklah menyerahkan permohonan berserta bukti kepada Jawatankuasa ini yang akan mencadangkan kepada Lembaga untuk kelulusan. KADAR SUMBANGAN DAN BANTUAN 8. (1) Kadar sumbangan dan bantuan adalah tertakluk mengikut jenis-jenis tabung sediada terdahulu yang sedia terpakai. Namun begitu ianya masih tertakluk kepada kedudukan kewangan Tabung Wang ini. (2) Keputusan Lembaga dalam menentukan kadar bantuan dan sumbangan yang boleh diberi kepada sesuatu permohonan itu adalah muktamad. PEMBAYARAN 9. (1) Semua bayaran dari Tabung Wang ini boleh dibuat hanya selepas tarikh Lembaga mengadakan mesyuarat bagi meluluskannya. (2) Semua bayaran akan dibuat secara online terus ke akaun pemohon dan pihak-pihak yang berkaitan.


102 PENGGANTUNGAN KUMPULAN WANG 10. Jika kedudukan kewangan Tabung Wang ini tidak mengizinkan lagi untuk mengeluarkan bantuan kebajikan, maka Lembaga hendaklah menggantungkan aktivitinya sehingga kedudukan kewangan pulih semula. PERTIKAIAN 8. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham tentang tafsiran aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujukkan kepada Suruhanjaya mengikut Undang-Undang Kecil 79 Koperasi ini. Di akui inilah Aturan yang dibentang dan diterima oleh Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Pelaburan Pekerja-Pekerja Kejora Kota Tinggi Berhad pada 4 Disember 2021.


103 (2) ATURAN TABUNG TAMAT BERKHIDMAT SEBAGAI LEMBAGA TAJUK 1. Aturan ini dinamakan “Aturan Tabung Tamat Berkhidmat Sebagai Lembaga Kopera” 2. Aturan ini diwujudkan tertakluk di bawah Undang-undang Kecil di bawah perkara 52(1) (i) dan 63(2)(f) yang mana “52(1)(i) “Kumpulan Wang Koperasi ini, menurut seksyen 50 Akta mengandungi:- (i) Kumpulan Wang lain yang diluluskan oleh Mesyuarat Agung. 63 (2) (f) “ Selepas pengagihan mengikut Fasal (1) Undang-undang Kecil ini, dan peruntukan cukai pendapatan jika ada, baki untung bersih teraudit, termasuk baki keuntungan yang belum dibahagi-bahagikan menurut subseksyen 57(5) Akta boleh digunakan bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:- (f) Peruntukan kepada Kumpulan Wang Lain yang diwujudkan menurut fasal (1) Undang-Undang Kecil 52. TAFSIRAN 3. Dalam aturan ini, melainkan konteksnya menghendaki makna yang lain:- (a) “Koperasi” ertinya Koperasi Pelaburan Pekerja-Pekerja Kejora Kota Tinggi Berhad yang ditubuhkan dan didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi selepas ini disingkatkan kepada “KOPERA” (b) “Tabung Tamat Berkhidmat Sebagai Lembaga Kopera” selepas ini disebut sebagai Tabung Tamat Berkhidmat” ertinya satu tabung yang diwujudkan daripada pembahagian keuntungan bersih koperasi menurut Undang-Undang Kecil 63(2) (f) bagi tujuan memberi sumbangan kepada Anggota Lembaga yang tamat berkhidmat sebagai Lembaga di Kopera. (c) “Anggota Lembaga” ertinya badan pengelola Kopera yang kepadanya pengurusan hal – ehwal Kopera di amanahkan, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta yang dilantik oleh Mesyuarat Agung. (d) “Tempoh “ ertinya tempoh memegang jawatan Anggota Lembaga tertakluk sebagai perkara 36 Undang-Undang Kecil.


104 (e) “Saguhati atau Faedah atau Sumbangan” ertinya mana-mana salah satu yang membawa maksud kepada pemberian satu jumlah dalam bentuk Ringgit Malaysia yang telah dipersetujui oleh Lembaga untuk diberikan kepada individu dari kalangan anggota yang menjawat jawatan Anggota Lembaga dalam Kopera setelah tamat tempoh khidmatnya sebagai Lembaga. TUJUAN 4. Tujuan aturan tabung ini diwujudkan adalah bagi membolehkan KOPERA memberikan imbuhan kepada Anggota Lembaga yang tamat berkhidmat sebagai Anggota Lembaga sebagai saguhati atau ganjaran yang diberi oleh KOPERA sebagai menghargai jasa, sumbangan tenaga, komitmen, idea dan tanggungjawab yang diberikan dalam gerakan KOPERA di sepanjang tempoh berkhidmat dan ianya tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan. PENGAGIHAN YANG DIPERUNTUKAN 5. Jumlah pembahagian yang diperuntukan bagi Tabung Tamat Berkhidmat Sebagai Anggota Lembaga ini adalah berjumlah RM10,000.00 pada setiap tahun atau tertakluk kepada lebihan selepas pembahagian dari Keuntungan Bersih. PELAKSANAAN TABUNG TAMAT KHIDMAT SEBAGAI LEMBAGA 6. Perlaksanaan Pengujudan Tabung Tamat Berkhidmat Sebagai Lembaga ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan iaitu :- 6.1. Syarat-syarat kelayakan (a) Tidak dilantik semula sebagai Lembaga setelah gugur mengikut penggilirannya dan sekurang-kurangnya telah berkhidmat 2 penggal selepas tamat tempoh penggilirannya. (b) Terhenti perlantikan sebagai Anggota Lembaga atas sebab-sebab berikut :- (1). Lembaga yang hilang upaya untuk terus memberikan perkhidmatan seperti yang disahkan oleh doktor dengan syarat Lembaga itu telah berkhidmat sekurang-kurangnya 2 penggal berterusan. (2). Lembaga masih dalam berkhidmat dan meninggal dunia dengan syarat Lembaga itu telah berkhidmat sebagai Lembaga sekurang-kurangnya dalam tempoh sepenggal iaitu 3 tahun.


105 (c) Meletakan jawatan sebagai Lembaga secara sukarela dengan memberi notis bertulis kepada Lembaga dan sekurang-kurangnya telah berkhidmat untuk tempoh 2 penggal. 6.2. Kadar Faedah/Sumbangan/Saguhati (a) Bentuk faedah/sumbangan/saguhati dalam bentuk jumlah Ringgit Malaysia kepada Lembaga yang tamat tempoh khidmat dan cukup syarat kelayakannya. (b) Kadar faedah/sumbangan/saguhati yang diberikan adalah berdasarkan samada jumlah lumsum atau dengan menetapkan satu jumlah yang tetap dengan mengambil kira jumlah tempoh berkhidmat mengikut penggal. 6.3 Permohonan Faedah Lembaga yang akan tamat tempoh perkhidmatannya sebagai Lembaga dan layak menerima faedah/sumbangan/saguhati ini hendaklah mengemukakan permohonan pada bila-bila masa dengan menggunakan borang yang disediakan bagi mendapatkan faedah tersebut kepada pengurusan koperasi untuk diproses dan seterusnya diperakukan kepada Anggota Lembaga bagi tujuan dipertimbangkan. SUMBER KEWANGAN 7. Sumber kewangan bagi melaksanakan Tabung Tamat Pekhidmatan Kakitangan ini adalah melalui peruntukan daripada pembahagian keuntungan seperti yang dicadangkan, berdasar kewangan berakhir pada setiap tahun seperti peruntukan perkara-perkara di bawah UUK Koperasi. PEMBAYARAN FAEDAH TAMAT BERKHIDMAT SEBAGAI LEMBAGA 8. Pembayaran feadah ini boleh dibuat hanya selepas tarikh Anggota Lembaga mengadakan mesyuaratnya bagi meluluskan, walau bagaimanapun ia tertakluk kepada kes-kes yang dikemukakan dengan mendapat kelulusan Anggota Lembaga. 9. Kaedah pembayaran faedah/sumbangan/saguhati ini boleh dilaksanakan melalui kaedah online terus ke akaun Lembaga yang terlibat.


106 MAKLUMAN KEPADA MESYUARAT AGUNG 10. Ahli Lembaga hendaklah membentangkan aturan tabung ini di dalam Mesyuarat Agung Tahunannya, laporan-laporan mengenai tabung ini serta membuat cadangan bagi memperbaikinya lagi pada masa hadapan. TAHUN KEWANGAN 11. Tahun kewangan tabung ini adalah sama seperti tahun kewangan koperasi ini. PEMPROSESAN PERMOHONAN 12. Borang permohonan yang diterima hendaklah diproses oleh pengurusan koperasi yang mana akan menentukan permohonan ini dibuat mengikut kehendak dan syarat aturan yang ditetapkan sebelum diperakukan kepada Anggota Lembaga. 13. Pertimbangan Anggota Lembaga dan Jawatankuasa pengurusan hendaklah berdasarkan bukti dan kenyataan yang ada dikemukakan bersama dengan borang permohonan dan seterusnya membuat perakuan kepada Anggota Lembaga jumlah faedah yang diluluskan oleh Anggota Lembaga. PERTIKAIAN Jika berbangkit sebarang perselisihan faham tentang tafsiran aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian ini hendaklah diajukan kepada Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia mengikut Undang-Undang Koperasi ini, Akta SKM dan Peraturan-peraturannya. Aturan ini dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi pada tarikh 4 Disember 2021.


107 (3) ATURAN PINJAMAN MELANCONG TAJUK 1. Aturan ini hendaklah dinamakan juga sebagai “Aturan Pinjaman Melancong” Anggota Koperasi Pelaburan Pekerja-Pekerja Kejora Kota Tinggi Berhad. 2. Aturan ini diwujudkan di bawah undang-undang kecil 9 (1) (d) koperasi ini sebagai penambahbaikan aktiviti pinjaman sediada dan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Koperasi ini pada 19 Disember 2020 dan dikemukakan kepada Suruhanjaya. TAFSIRAN 3. Dalam aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain- (a) “Koperasi” ertinya Koperasi Pelaburan Pekerja-Pekerja Kejora Kota Tinggi Berhad yang selepas ini dipanggil Kopera. (b) “Pinjaman Melancong“ ertinya adalah pinjaman berupa wang ringgit yang diberikan oleh koperasi kepada anggotanya yang memerlukan bagi tujuan melancong ke destinasi dalam negara atau luar negara. (c) ‘Lembaga’ ertinya badan pengelola Koperasi yang dilantik menurut undang-undang kecil 34 Koperasi; (d) “Anggota” termasuklah seseorang yang turut sama di dalam permohonan pendaftaran koperasi ini dan yang telah menandatangani minit mesyuarat agung koperasi dan seseorang yang diterima menjadi anggota koperasi mengikut peraturan dan undang-undang kecil koperasi selepas pendaftaran. (e) “KEJORA” ertinya Lembaga Kemajuan Johor Tenggara. (f) “Keluarga’ ertinya isteri, suami, anak-anak yang sah disisi undang-undang. (g) “waris” ertinya orang yang berhak mendapat hak atau bahagian mengikut hokum islam daripada harta pusaka seseorang anggota muslim yang mati. (h) “Syer” ertinya bahagian di dalam modal syer (modal saham) koperasi ini yang disumbangkan oleh seseorang anggota berkenaan dengan keanggotaannya di dalam koperasi ini sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi. (i) “Yuran” ertinya jumlah wang yang disumbangkan pada lat-lat masa yang ditetapkan oleh seseorang anggota berkenaan dengan keanggotaannya di dalam koperasi ini dan tidak boleh dikeluarkan kecuali menurut syarat yang ditetapkan di dalam UUK atau apabila tamat keanggotaannya sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi.


108 TUJUAN 4. (1) Tujuan Pinjaman Peribadi Melancong ini (selepas ini disebut “pinjaman ini”) diwujudkan ialah adalah untuk aktiviti anggota yang berhasrat melancong ke destinasi-destinasi yang diinginkan samada di dalam negara dan juga luar negara :- (2) Selain daripada :- (a) Sebagai perkhidmatan kepada anggota berdasarkan prinsip-prinsip koperasi yang sentiasa mementingkan kebajikan dan keperluan anggotanya yang memerlukannya. (b) Sebagai pendahuluan kepada anggota yang beringinan untuk melancong ke destinasi di dalam negara atau luar negara. (c) Sebagai aktiviti perniagaan kepada koperasi bagi meningkatkan taraf kewangan dan memberi pulangan yang saksama kepada anggota. (d) Pulangan daripada aktiviti ini merupakan pendapatan kepada koperasi. KATEGORI KELAYAKAN PEMINJAM 5. Koperasi ini memberi kemudahan pinjaman peribadi untuk melancong kepada :- (a) Anggota yang aktif dan bermajikan yang mana bayaran kembali pinjaman melalui potongan gaji bermajikan. (b) Anggota yang aktif dan persendirian (tidak bermajikan) kaedah bayaran kembali pinjaman adalah atas pertimbangan Anggota Lembaga dan mempunyai sekurang-kurangnya seorang penjamin bermajikan yang bilangannya akan tertakluk kepada jumlah pinjaman serta jaminan daripada Anggota Lembaga. (c) Anggota yang aktif dan persendirian (tidak bermajikan) kaedah bayaran kembali pinjaman adalah atas pertimbangan Anggota Lembaga dan sebagai jaminan jumlah pinjaman tertakluk kepada jumlah modal saham yang dimiliki tanpa mengambilkira modal saham asas RM500.00. JUMLAH HAD PINJAMAN 6. Jumlah pinjaman yang disediakan oleh koperasi ini adalah daripada minimum RM1,000.00 sehingga maksima RM19,500.00 sahaja.


109 SYARAT-SYARAT PINJAMAN 7. Pinjaman ini boleh diberikan kepada anggota koperasi ini tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut :- (1) Kelayakan Pemohon Pinjaman (i) Anggota (a) Telah menjadi anggota kepada koperasi ini dan telah melengkapkan modal saham sekurang-kurangnya RM500.00 dalam tempoh tiga bulan. (b) Telah mencarum modal yuran tidak kurang daripada 12 bulan pada kadar caruman maksimum RM30.00 pada setiap bulan. Caruman ini boleh dipohon untuk dikurangkan kepada minimum RM10.00 sebagaimana perkara 55 UUK koperasi ini atau terus dikekalkan sebaik keseluruhan jumlah pinjaman selesai dijelaskan, bergantung kepada kehendak anggota. (c) Anggota tidak mengingkari bayaran yuran bulanan yang ditetapkan dalam UUK koperasi 55. (d) Anggota ini tidak tertakluk dibawah perkara 20,21 dan 23 UUK koperasi ini, Anggota mempunyai pendapatan tetap sekurang-kurangnya RM1,200.00 sebulan dan bayaran kembali pinjaman melalui potongan gaji bermajikan atau kaedah bayaran kembali pinjaman atas pertimbangan Anggota Lembaga atau mempunyai sekurangkurangnya seorang penjamin bermajikan yang bilangannya akan tertakluk kepada jumlah pinjaman serta jaminan daripada Anggota Lembaga. (e) Anggota juga mempunyai sekurang-kurangnya seorang penjamin bagi pinjaman melebihi RM5,000.00 atau lebih tertakluk kepada jumlah pinjaman dan berpendapatan tetap tidak kurang daripada RM900.00 sebulan serta boleh membuat potongan gaji melalui majikan atau atau kaedah bayaran kembali pinjaman atas pertimbangan Anggota Lembaga (f) Anggota tidak mempunyai tunggakan tanggungan hutang dengan koperasi dan seorang anggota yang aktif. (g) Umur pemohon tidak menjadi syarat tetapi sekurang-kurangnya telah menjadi anggota koperasi ini 3 tahun. (h) Kelayakan maksimum pinjaman adalah tertakluk kepada jumlah milikan modal saham tanpa mengambikira modal asas RM500.00 sebagaimana UUK 59.


110 (i) Anggota bermajikan adalah dikehendaki menandatangani surat akujanji supaya liabiliti di koperasi boleh ditolak daripada apa-apa bayaran yang akan diterima daripada majikan selepas tamat perkhidmatan (Bersara). ii) Kakitangan koperasi ini (yang menjadi anggota koperasi ini) Bagi kakitangan yang telah menjadi anggota kepada koperasi ini selain tertakluk kepada perkara-perkara yang di atas, ia juga turut tertakluk kepada syarat-syarat perkhidmatan koperasi ini. (2) Tempoh Bayaran kembali Pinjaman Tempoh bayaran kembali pinjaman tidak terhad tetapi ditetapkan boleh sehingga 24 bulan bersamaan 2 tahun. (3) Dokumen permohonan (a) Borang permohonan yang disediakan koperasi perlu dilengkapkan oleh peminjam dan penjamin disertai dengan beberapa dokumen peribadi peminjam dan penjamin iaitu :- • salinan kad pengenalan peminjam dan penjamin 1 salinan • salinan slip gaji terkini peminjam dan penjamin 1 salinan • Penyata bank (jika perlu) (b) Surat pengesahan majikan (c) Surat kebenaran potongan gaji dari majikan dan peminjam (d) Surat perjanjian yang perlu dimentrai peminjam dan penjamin (e) Bayaran kembali pinjaman dan nyatakan tempoh pinjaman (4) Tatacara Proses Pinjaman (a) Borang permohonan yang telah lengkap akan disemak pihak pengurusan koperasi ini sebelum dipertimbangkan oleh Jawatankuasa bahagian pinjaman dan sebelum mendapat kelulusan daripada Mesyuarat Lembaga. (b) Proses pembayaran akan dibuat oleh pihak pengurusan dalam tempoh selewat-lewatnya dua minggu daripada tarikh kelulusan oleh Lembaga sebaik pihak koperasi menerima sijil modal saham anggota sebagai jaminan.


111 PINJAMAN BERTINDIH 8. Anggota dibolehkan membuat pinjaman bertindih tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan permohonan. KADAR SUMBANGAN 9. Sebagai balasan atas pinjaman ini koperasi mengenakan kadar sumbangan yang dipanggil almusyarakah kepada anggota sebanyak 2% atas jumlah pinjaman sebagai kos pengurusan. SUMBER KEWANGAN 10. Sumber kewangan atau sumber dana bagi melaksanakan aktiviti ini diperolehi daripada:- (a) keuntungan bersih koperasi ini yang diluluskan oleh Mesyuarat Agung mengikut undangundang kecil 65 koperasi ini: dan (b) sumbangan dari anggota dan pihak-pihak lain . (c) Kutipan yuran daripada anggotanya menurut 50 ( c) Akta. (d) Deposit atau pinjaman daripada anggota menurut perkara 50(e) Akta (e) Deposit atau pinjaman daripada orang yang bukan anggota koperasi itu menurut perkara 50 (e) Akta dengan kelulusan Suruhanjaya koperasi. (f) Pinjaman TMP-JPK (g) Pinjaman dari Institusi-institusi kewangan berlandaskan syariah. JUMLAH PERUNTUKAN MODAL PUSINGAN 11. Koperasi ini telah memperuntukan sejumlah RM100 ribu peringkat awal sebagai modal pusingan bagi membiayai aktiviti pinjaman ini dari sumber dalaman koperasi dan sekiranya aktiviti ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari anggota pihak koperasi akan menyuntik tambahan modalnya tertakluk kepada keputusan Lembaga. FI DAN CAJ 12. Fi dan caj akan dikenakan untuk tiap-tiap permohonan pinjaman seperti berikut :- (a) Caj pemprosesan RM20.00. (b) Duti stem RM20.00 bagi pinjaman melebihi RM5,000.00 (c) Kos insuran akan dikenakan pada kadar pinjaman melebihi RM5,000.00


112 MAKLUMAN KEPADA MESYUARAT AGUNG 13. Anggota Lembaga hendaklah membentangkan aturan aktiviti pinjaman ini di dalam Mesyuarat Agung Tahunannya dan laporan-laporan mengenainya serta cadangan bagi memperbaiki lagi aktiviti ini di masa hadapan. TAHUN KEWANGAN 14. Tahun kewangan aktiviti pinjaman ini adalah sama sebagaimana laporan penyata kewangan koperasi ini pada setiap tahun. PERTIKAIAN 15. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham atas tafsiran Aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya mengikut undang-undang kecil 83 (1) Koperasi ini. Aturan ini akan dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi pada 4 Disember 2021.


113 (4) ATURAN PINJAMAN ANGGOTA PESARA TAJUK 1. Aturan ini hendaklah dinamakan juga sebagai “Aturan Pinjaman Anggota Pesara” Koperasi Pelaburan Pekerja-Pekerja Kejora Kota Tinggi Berhad” 2. Aturan ini diwujudkan di bawah undang-undang kecil 9(1) (d) koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Koperasi ini pada 19 Disember 2020 dan dikemukakan kepada Suruhanjaya. TAFSIRAN 3. Dalam aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain- (a) “Koperasi” ertinya Koperasi Pelaburan Pekerja-Pekerja Kejora Kota Tinggi Berhad yang selepas ini dipanggil Kopera. (b) “Pinjaman Peribadi “ ertinya adalah pinjaman berupa wang ringgit yang diberikan oleh koperasi kepada anggotanya yang sudah bersara samada bersara tertakluk di bawah sektor awam atau bersara di bawah sektor swasta yang memerlukannya bagi apa-apa jua tujuan. (c) ‘Lembaga’ ertinya badan pengelola Koperasi yang dilantik menurut undang-undang kecil 34 Koperasi; (d) “Anggota” termasuklah seseorang yang turut sama di dalam permohonan pendaftaran koperasi ini dan yang telah menandatangani Minit Mesyuarat Agung Koperasi dan seseorang yang diterima menjadi anggota koperasi mengikut Peraturan dan Udang-Undang Kecil Koperasi selepas pendaftaran. (e) “KEJORA” ertinya Lembaga Kemajuan Johor Tenggara. (f) “Pesara” orang yang bersara tertakluk di bawah pesaraan sektor awam dan skim pesaraan sektor swasta yang telah mencapai umur pesaraan atau pilihan pesaraan awal. (g) “Syer” ertinya bahagian di dalam modal syer (modal saham) koperasi ini yang disumbangkan oleh seseorang anggota berkenaan dengan keanggotaannya di dalam koperasi ini sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi. (h) “Yuran” ertinya jumlah wang yang disumbangkan pada lat-lat masa yang ditetapkan oleh seseorang anggota berkenaan dengan keanggotaannya di dalam koperasi ini dan tidak boleh dikeluarkan kecuali menurut syarat yang ditetapkan di dalam UUK atau apabila tamat keanggotaannya sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi.


114 TUJUAN 4. Tujuan Pinjaman Peribadi ini (selepas ini disebut “pinjaman ini”) diwujudkan ialah adalah untuk kemudahan pinjaman berupa wang ringgit yang diberikan kepada anggota yang telah besara samada bersara dari sektor awam iaitu pesara yang menerima pencen terbitan atau pesara yang mencapai umur pesaraan tertakluk di bawah skim pesaraan swasta bagi keperluannya dan apaapa jua tujuan. Selain daripada :- (a) Sebagai perkhidmatan kepada anggota berdasarkan prinsip-prinsip koperasi yang sentiasa mementingkan kebajikan dan keperluan anggotanya yang memerlukannya. (b) Sebagai pendahuluan kepada anggota yang memerlukannya untuk apa juga tujuannya. (c) Sebagai aktiviti perniagaan kepada koperasi bagi meningkatkan taraf kewangan dan perniagaan anggota dengan memperolehi pulangan yang saksama. (d) Pulangan daripada aktiviti ini merupakan pendapatan kepada koperasi. KATEGORI KELAYAKAN PEMINJAM 5. Koperasi ini memberi kemudahan pinjaman peribadi kepada :- (a) Anggota yang aktif dan telah bersara yang mana bayaran kembali pinjaman melalui kaedah atas pertimbangan Anggota Lembaga. (b) Anggota yang aktif dan telah bersara dan kaedah bayaran kembali pinjaman adalah atas pertimbangan Anggota Lembaga dan mempunyai sekurang-kurangnya seorang penjamin bermajikan yang bilangannya akan tertakluk kepada jumlah pinjaman serta jaminan daripada Anggota Lembaga. (c) Anggota yang aktif dan bersara dengan kaedah bayaran kembali pinjaman adalah atas pertimbangan Anggota Lembaga dan tertakluk kepada jumlah modal saham yang dimiliki tanpa mengambilkira modal saham asas RM500.00. JUMLAH HAD PINJAMAN 6. Jumlah pinjaman yang disediakan oleh koperasi ini adalah daripada minimum RM1,000.00 sehingga maksima RM19,500.00 sahaja.


115 SYARAT-SYARAT PINJAMAN 7. Pinjaman ini boleh diberikan kepada anggota koperasi ini tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut :- (1) Kelayakan Pemohon Pinjaman (a) Telah menjadi anggota kepada koperasi ini dan telah melengkapkan modal saham sekurang-kurangnya RM500.00 dalam tempoh tiga bulan. (b) Telah mencarum modal yuran tidak kurang daripada 12 bulan pada kadar caruman maksimum RM10.00 pada setiap bulan dan caruman ini boleh dipohon sebagaimana perkara 60 UUK untuk ditambah mengikut aturan jimat cermat dan pinjam meminjam yang dibuat oleh Lembaga dengan kelulusan Mesyuarat Agung. (c) Anggota tidak mengingkari bayaran yuran bulanan yang ditetapkan dalam UUK koperasi 60. (d) Anggota ini tidak tertakluk dibawah perkara 20,21 dan 23 UUK koperasi ini, (e) Anggota juga mempunyai sekurang-kurangnya seorang penjamin bagi pinjaman melebihi RM5,000.00 atau lebih tertakluk kepada jumlah pinjaman. (f) Anggota tidak mempunyai tunggakan dan tanggungan hutang dengan koperasi dan seorang anggota yang aktif. (g) Tempoh menjadi anggota tidak menjadi syarat tetapi sekurang-kurangnya telah menjadi anggota koperasi ini 1 tahun. (h) Kelayakan maksimum pinjaman adalah tertakluk kepada jumlah milikan modal saham tanpa mengambikira modal asas RM500.00 sebagaimana UUK 59. (2) Tempoh Bayaran kembali Pinjaman boleh sehingga 24 bulan bersamaan 2 tahun. (3) Dokumen permohonan (a) Borang permohonan yang disediakan koperasi perlu dilengkapkan oleh peminjam dan penjamin disertai dengan beberapa dokumen peribadi peminjam dan penjamin iaitu :- • salinan kad pengenalan peminjam dan penjamin • salinan slip gaji penjamin (Jika perlu) • Penyata bank (jika perlu) (b) Surat pengesahan pesaraan (c) Surat kebenaran potongan gaji dari majikan penjamin (Jika ada) (b) Surat perjanjian yang perlu dimentrai peminjam dan penjamin (d) Bayaran kembali pinjaman dan nyatakan tempoh pinjaman


116 (e) Tatacara Proses Pinjaman (f) Borang permohonan yang telah lengkap akan disemak pihak pengurusan koperasi ini sebelum dipertimbangkan oleh Jawatankuasa bahagian pinjaman dan sebelum mendapat kelulusan daripada Mesyuarat Lembaga. (g) Proses pembayaran akan dibuat oleh pihak pengurusan dalam tempoh selewatlewatnya dua minggu daripada tarikh kelulusan oleh Lembaga sebaik pihak koperasi menerima sijil modal saham anggota sebagai jaminan. PINJAMAN BERTINDIH 8. Anggota dibolehkan membuat pinjaman bertindih tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan permohonan. KADAR SUMBANGAN 9. Sebagai balasan atas pinjaman ini koperasi mengenakan kadar sumbangan yang dipanggil almusyarakah kepada anggota sebanyak 2% atas jumlah pinjaman sebagai kos pengurusan. SUMBER KEWANGAN 10. Sumber kewangan atau sumber dana bagi melaksanakan aktiviti ini diperolehi daripada:- (a) Keuntungan bersih koperasi ini yang diluluskan oleh Mesyuarat Agung mengikut UndangUndang Kecil 65 koperasi ini: dan (b) Sumbangan dari anggota dan pihak-pihak lain . (c) Kutipan yuran daripada anggotanya menurut 50 ( c) Akta. (d) Deposit atau pinjaman daripada anggota menurut perkara 50(e) Akta (e) Deposit atau pinjaman daripada orang yang bukan anggota koperasi itu menurut perkara 50 (e) Akta dengan kelulusan Suruhanjaya koperasi. (f) Pinjaman TMP-JPK (g) Pinjaman dari Institusi-institusi kewangan berlandaskan syariah. JUMLAH PERUNTUKAN MODAL PUSINGAN 11. Koperasi ini telah memperuntukan sejumlah RM100 ribu peringkat awal sebagai modal pusingan bagi membiayai aktiviti pinjaman ini dari sumber dalaman koperasi dan sekiranya aktiviti ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari anggota pihak koperasi akan menyuntik tambahan modalnya tertakluk kepada keputusan Lembaga.


117 FI DAN CAJ 12. Fi dan caj akan dikenakan untuk tiap-tiap permohonan pinjaman seperti berikut :- (a) Caj pemprosesan RM20.00. (b) Duti stem RM20.00 bagi pinjaman melebihi RM5,000.00 (c) Kos insuran akan dikenakan pada kadar pinjaman melebihi RM5,000.00 MAKLUMAN KEPADA MESYUARAT AGUNG 13. Anggota Lembaga hendaklah membentangkan aturan aktiviti pinjaman ini di dalam Mesyuarat Agung Tahunannya dan laporan-laporan mengenainya serta cadangan bagi memperbaiki lagi aktiviti ini di masa hadapan. TAHUN KEWANGAN 14. Tahun kewangan aktiviti pinjaman ini adalah sama sebagaimana laporan penyata kewangan koperasi ini pada setiap tahun. PERTIKAIAN 15. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham atas tafsiran Aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya mengikut Undang-Undang Kecil 83 (1) Koperasi ini. Aturan ini dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi pada 4 Disember 2021.


118 (5) ATURAN PELABURAN WANG KOPERASI TAJUK 1. Aturan ini hendaklah di namakan “Aturan Aktiviti Pelaburan Wang Koperasi’ Koperasi Pelaburan Pekerja-Pekerja Kejora Kota Tinggi Berhad” 2. Aturan ini diwujudkan bagi menyelaras, menyatukan dan memperincikan dua aturan aktiviti pelaburan yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan iaitu :- (a) Aturan aktiviti pelaburan koperasi yang diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan bertarikh 24 Jun 2012 (b) Aturan aktiviti Pelaburan Wang Dalam Syer Siar Harga dan Syer Tak Siar Harga yang diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan bertarikh 6 Jun 2015. 3. Aturan ini adalah tertakluk di bawah Akta Koperasi 1993 (Akta 502) seksyen 54 dan UndangUndang Kecil 9(1) (d) koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Koperasi ini dan dikemukakan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia. TAFSIRAN 4. Dalam aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain- (a) “Pelaburan“ ertinya jumlah wang (modal) lebihan koperasi yang dilaburkan dalam sesuatu urusniaga, atau sesuatu perniagaan dengan harapan akan mendapat keuntungan; (b) ‘Wang Lebihan’ sejumlah wang tunai yang tidak diperlukan dalam operasi harian koperasi atau jumlah tunai tambahan yang dipegang oleh koperasi dan jumlahnya melebihi keperluan biasa yang boleh didepositkan atau dilaburkan di luar koperasi tanpa menjejaskan pengendalian perniagaan koperasi; atau; Sebagaimana undang-undang kecil ertinay tertakluk kepada peraturan-peraturan, wang yang melebihi amaun yang diperlukan oleh koperasi bagi kegunaan segera sebagai modal kerja bagi perniagaannya, yang boleh didepositkan atau dilaburkan di luar koperasi ini tanpa menjejaskan pengendalian perniagaan koperasi, sebagaimana menurut seksyen 2 Akta. (c) ‘Koperasi’ ertinya Koperasi Pelaburan Pekerja-Pekerja Kejora Kota Tinggi Berhad; (d) ‘Lembaga’ ertinya badan pengelola Koperasi yang dilantik menurut Undang-Undang Kecil 34 Koperasi; (e) ‘Pengurus Besar’ ertinya Pengurus Besar Koperasi yang dilantik oleh Koperasi


119 TUJUAN 5. Tujuan pelaburan koperasi ini (selepas ini disebut “ pelaburan ini”) diwujudkan ialah untuk:- (a) Sebagai memperkembangkan lagi perniagaan koperasi daripada wang lebihan nya dari masa kesemasa untuk meningkatkan dan mendapatkan pulangan pendapatan dan keuntungan tahunannya. (b) Sebagai aktiviti perniagaan kepada koperasi bagi meningkatkan taraf kewangan dengan memaksimakan pulangan kepada anggota koperasi ini. BENTUK PELABURAN 6. Jenis-jenis pelaburan yang akan dijalankan oleh koperasi ini adalah :- (1) Pelaburan tunai dalam mana-mana sekuriti yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia, Bank Negara Malaysia atau mana-mana sekuriti lain yang diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi atau; (perincian aturan aktiviti sebagaimana Appendix 1) (2) Pelaburan tunai dalam Deposit Tetap (perincian aturan aktiviti sebagaimana Appendix 2) (3) Melabur dalam modal syer mana-mana koperasi lain (perincian aturan sebagaimana Appendix 3). (4) Apa-apa jenis pelaburan sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia. (5) Pelaburan Dalam Projek Koperasi-Koperasi lain (6) Pelaburan Dalam Hartanah (7) Pelaburan Dalam Subsidiari Koperasi ini dengan kebenaran Suruhanjaya Koperasi Malaysia. (8) Pelaburan lain-lain dengan kebenaran Suruhanjaya Koperasi Malaysia SUMBER KEWANGAN 7. Sumber kewangan atau sumber dana bagi melaksanakan aktiviti ini diperolehi daripada:- (a) Sumber dalaman iaitu wang lebihan dari keuntungan bersih koperasi ini yang diluluskan oleh Mesyuarat Agung mengikut undang-undang kecil 65 koperasi ini; dan (b) Sumbangan dari anggota dan pihak-pihak lain tertakluk kepada kelulusan Suruhanjaya Koperasi terlebih dahulu; (c) Kutipan yuran daripada anggotanya menurut 50 ( c) Akta; (d) Deposit atau pinjaman daripada anggota menurut perkara 50 (e) Akta;


120 (e) Deposit atau pinjaman daripada orang yang bukan anggota koperasi itu menurut perkara 50 (e) Akta dengan kelulusan Suruhanjaya koperasi; (f) Pinjaman TMP-JPK; (g) Pinjaman dari Institusi-institusi kewangan dalam berlesen komersial atau Institusi kewangan yang berlesen yang berlandaskan syariah atau koperasi lain yang ditentukan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia; JUMLAH PERUNTUKAN PELABURAN 8. Jumlah peruntukan bagi tujuan aktiviti pelaburan adalah tertakluk kepada had pelaburan yang dibentang dan diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan pada setiap tahun serta dikemukakan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia. TADBIR URUSAN PELABURAN 9. Lembaga adalah bertanggungjawab bagi memastikan :- (a) Wujudnya dasar piawaian pelaburan dan ianya selaras dengan aktiviti perniagaannya sepertimana termaktub dalam undang-undang kecil koperasi ini. (b) Bersesuaian dengan kekukuhan modal, kepakaran pengurusan dan risiko koperasi. (c) Pelaburan memenuhi objektif aktiviti perniagaan dan hala tuju koperasi (d) Memantau prestasi portfolio pelaburan dan mendapatkan laporan berkala daripada pengurusan atau jawatankuasa yang dibentuk pada setiap suku tahun. (e) Mengkaji dan mengambil perhatian prestasi pelaburan, kadar pulangan ke atas pelaburan, penilaian asset pelaburan dan kesannya terhadap pengurusan asset dan liabiliti serta kedudukan kewangan koperasi. (f) Kawalan dalaman yang berkesan. 10. MEWUJUDKAN JAWATANKUASA PELABURAN (a) Jawatankuasa Pelaburan diwujudkan untuk menyediakan tugas pemantauan operasi dan pengurusan dana pelaburan yangmana jawatankuasa ini hendaklah mengandungi antaranya :- (b) Lima orang yang terdiri tiga daripada Anggota Lembaga Tertinggi dan dua daripada Anggota Lembaga biasa. (c) Pengerusi Jawatankuasa dikalangan Anggota Lembaga atau Pengerusi Koperasi. (d) Tiada ahli gantian boleh mewakili Jawatankuasa (e) Jika berlaku kekosongan dalam jawatankuasa , koperasi hendaklah mengisi kekosongan itu dalam tempoh 60 hari.


121 (f) Tugas dan Tanggungjawab Jawatakuasa Pelaburan (i) Memilih strategi bersesuaian untuk mencapai presasi yang baik menurut dasar pelaburan (ii) Memastikan supaya strategi berkenaan dipilih dengan cekap dan dilaksanakan dengan berkesan oleh koperasi. (iii) Memantau, mengukur dan menilai secara aktif prestasi pelaburan koperasi termasuklah menentukan asset dan jenis pelaburan, modal yang diperuntukan dipelihara dengan membuat pelaburan yang bersesuaian, wujud sistem pengurusan risiko pelaburan yang efektif dan wujudnya kecukupan likuiditi bagi aktiviti pelaburan tersebut. (iv) Memilih dan melantik pengurus atau perunding pelaburan (sekiranya perlu) (v) Mencadangkan kadar pulangan yang munasabah ke atas dana yang dilaburkan (vi) Memastikan pendapatan yang optimum diperolehi daripada pelaburan dengan pendedahan risiko yang sewajarnya. (vii) Mengadakan mesyuarat pada setiap bulan (viii) Menyediakan laporan bertulis atau lisan mengenai setiap keputusan mesyuarat jawatankuasa kepada Lembaga. MAKLUMAN KEPADA MESYUARAT AGUNG 11. Anggota Lembaga hendaklah membentangkan aturan aktiviti pelaburan ini di dalam Mesyuarat Agung Tahunannya, laporan-laporan mengenainya serta cadangan bagi memperbaiki lagi aktiviti ini di masa hadapan. TAHUN KEWANGAN 12. Tahun kewangan aktiviti pelaburan ini adalah sama sebagaimana laporan penyata kewangan koperasi ini pada setiap tahun. PERTIKAIAN 13. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham atas tafsiran Aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya mengikut undang-undang kecil 83 (1) Koperasi ini. Aturan ini dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi pada 4 Disember 2021.


122 APPENDEX 1 ATURAN AKTIVITI PELABURAN TUNAI DALAM UNIT AMANAH KOPERASI TAJUK 1. Aturan ini hendaklah dinamakan ATURAN AKTIVITI PELABURAN TUNAI DALAM UNIT AMANAH Koperasi Pelaburan Pekerja-Pekerja Kejora Kota Tinggi Berhad. 2. Aturan ini diwujudkan di bawah Undang-Undang Kecil 9 (1) (d) dan 9(3) Koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agong Koperasi ini dan dikemukakan kepada Suruhanjaya . TAFSIRAN 3. Dalam aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain:- (a) ‘Pelaburan Tunai Unit Amanah ertinya pelaburan dari wang lebihan yang boleh dilabur dalam Pelaburan Unit Amanah tertakluk kepada peruntukan seksyen 54 Akta, peraturan-peraturan Koperasi (Pelaburan) 2010 dan garis panduan. (b) ‘Wang Lebihan’ ertinya sejumlah wang tunai yang tidak diperlukan dalam operasi harian koperasi atau jumlah tunai tambahan yang dipegang oleh koperasi yang mana jumlahnya melebihi keperluan biasa yang boleh didepositkan atau dilaburkan di luar koperasi tanpa menjejaskan pengendalian perniagaan koperasi; (c) ‘Unit Amanah’ ertinya suatu bentuk pelaburan bersama di mana koperasi sebagai pelabur melaburkan wang ke pasaran saham/dana-dana yang diuruskan oleh pengurus dana professional. (d) ‘Koperasi’ ertinya Koperasi Pelaburan Pekerja-Pekerja Kejora Kota Tinggi Berhad; (e) ‘Lembaga’ ertinya badan pengelola Koperasi yang dilantik menurut Undang-Undang Kecil 34 Koperasi; (f) ‘Pengurus Besar’ ertinya Pengurus Besar Koperasi;


123 TUJUAN 4. Tujuan Aktiviti Pelaburan Tunai Dalam Unit Amanah (selepas ini disebut “aktiviti ini”) ialah untuk- (a) Melaburkan wang lebihan dalam mana-mana sekuriti yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia, Bank Negara Malaysia atau mana-mana sekuriti lain yang diluluskan oleh Suruhanjaya; atau (b) Menyimpan wang lebihan dalam bentuk syer untuk jangka panjang; (d) Menambah pendapatan dan meningkatkan modal koperasi; (e) Memaksimakan pulangan kepada anggota-anggota koperasi; SUMBER KEWANGAN 5. (1) Suatu peruntukan daripada sumber dalaman iaitu daripada wang lebihan Koperasi ini bolehlah di khaskan bagi membiayai aktiviti ini yang mana hendaklah dikembangkan dari semasa kesemasa dengan kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. (2) Mengwujudkan Tabung Pelaburan Tunai dengan kadar 20% hingga 30% setiap tahun daripada untung selepas peruntukan cukai pendapatan dan zakat perniagaan di bawah Pembahagian lain-lain. HAD MAKSIMA PELABURAN 6. Had maksima pelaburan tunai dalam unit amanah sehingga RM3 juta dan tidak melebihi 20% daripada jumlah Kumpulan Wang Anggota dan tertakluk sebagaimana dalam Garis Panduan Suruhanjaya Koperasi Malaysia di bawah Seksyen 54 Akta Koperasi 1993. JENIS PELABURAN DAN KATEGORI PELABURAN 7. (1) Jenis dan kategori pelaburan tunai yang telah dikenalpasti adalah :- Ruj Jenis/Kategori Pelaburan Jumlah Pembahagian Sasaran Tempoh 1. Equiti 5 7% - 8% 3 tahun 2. Bond 3 3% - 5% 5 tahun 3 Mixed Assets 2 5% - 7% 3 tahun 4. Money Market 1 1% - 1.5% -


124 (2) Syarikat Pengurus Dana Profesional Bil Pengurus Dana Profesional Pelaburan Sediada (RM) Peruntukan Tambahan (RM) Jumlah Keseluruhan Pelaburan (RM) Catatan Tambahan Dana Dalam Peruntukan 1. Public Mutual Berhad 50,000.00 400,000.00 450,000.00 Tambah dana yang sama 2. Manulife Asset Management Services Berhad 300,000.00 450,000.00 750,000.00 10 senarai termasuk yang sediada 3. CIMB Principal Asset Management Berhad 400,000.00 400,000.00 800,000.00 10 senarai termasuk sediada 4. Kenanga Investment Bank Berhad - 1,000,000.00 1,000,000.00 10 senarai Jumlah 750,000.00 2,250,000.00 3,000,000.00 (3) Jenis Unit Amanah sebagaimana berikut :- Bil Pengurus Dana Jenis Dana Jumlah Pelaburan Awal (RM) 1. Public Mutual Berhad Public Islamic Optimal Growth Public Islamic Select Treasure Public Islamic Select Enterprise 20,000.00 20,000.00 10,000.00 2. Manulife Asset Management Services Berhad Al-Fauzan Hwang Shariah Progress Hwang Shariah Flexi ML Shariah Flexi 150,000.00 50,000.00 50,000.00 50,000.00 3. CIMB Principal Asset Management Berhad Principal DALI Asia Pacific Equity Growth Fund 400,000.00 4. Kenanga Investment Bank Berhad (Senarai dalam tapisan) 1,000,000.00 Nota : Jenis dan jumlah pelaburan tertakluk data semasa.


125 PENTADBIRAN DAN PEMANTAUAN 7. (1) Aktiviti ini ditadbir oleh Jawatankuasa yang dilantik oleh Lembaga di bawah Undang-Undang Kecil 48(2) (u). (2) Jawatankuasa ini bertanggungjawab sepenuhnya untuk memantau pelaksanaan dan perjalanan aktiviti ini dari semasa ke semasa. (3) Menyenaraikan jenis/kategori unit amanah yang telah dikenalpasti untuk melabur dan mempunyai potensi berdaya maju dan mematuhi shariah serta menguntungkan. (4) Berkeupayaan dalam mengurus dan menyelia aktiviti pelaburan:- (a) Sekiranya Koperasi mempunyai Pengurus Besar, hendaklah bertanggungjawab kepada Jawatankuasa di atas aktiviti ini, walau bagaimanapun sekiranya tiada Pengurus Besar maka jawatankuasa pelaburan adalah bertanggungajawab bagi; (i) Memastikan dan sentiasa memantau prestasi pelaburan yang dibuat dan berlandaskan syariah; (ii) Memastikan pelaburan yang dibuat dapat memaksimakan pulangan kepada anggota koperasi; (iii) Menentukan semua rekod urus niaga dan dokumen penting mengenai aktiviti ini disenggara dan disimpan dengan selamat dan dikemas kini pada setiap waktu; (b) Mengurus dan menyelia aktiviti pelaburan dari segi pengurusan kewangan, prestasi pelaburan mengikut portfolio dan kategori masing-masing; (c) Menyediakan analisa fundamental syarikat atau tempat melabur :- (i) mendapatkan prestasi kewangan dan keuntungan syarikat untuk melabur sekurangkurangnya 3 tahun terakhir; (ii) Membuat unjuran pulangan pelaburan bagi tempoh 3 tahun; (iii) Prospek dan perkembangan terkini syarikat; (iv) Polisi kerajaan (v) Kesan pelaburan ke atas kewangan koperasi (5) Kelulusan dari Suruhanjaya hendaklah diperolehi sebelum pelaburan dibuat tertakluk kepada subperaturan 4 (1) Peraturan-Peraturan Koperasi (pelaburan) 2010, Pekeliling dan Garis Panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya termasuk Undang-Undang Kecil Koperasi. (6) Pelaburan tunai termasuk tabung amanah yang mengalami kejatuhan dalam harga pasaran atau pengurus yang ketara, persediaan rosotnilai sepenuhnya perlu dibuat bagi menggambarkan nilai aset yang benar dan saksama.


126 (7) Pelaburan tunai persediaan rosotnilai sepenuhnya perlu dibuat sekiranya Kumpulan Wang Anggota Koperasi atau Dana Pemegang Saham syarikat berkenaan berada dalam keadaan deficit. (8) Jumlah persediaan rosotnilai pelaburan hendaklah ditunjukkan dalam nota dan ditolak daripada jumlah kos. (9) Perlakuan perakaunan berkaitan pelaburan hendaklah mengikut piawaian perakaunan di mana sebarang kenaikan dalam nilai pelaburan dikreditkan ke Akaun Rizab Penilaian Semula. Walau bagaimanapun dalam keadaan di mana sebelum ini berlaku kejatuhan dalam nilai pelaburan dan amaun kejatuhan tersebut telah dicajkan sebagai belanja dalam Akaun Untung Rugi, maka amaun yan gboleh dikreditkan ke Akaun Untung Rugi daripada kenaikan nilai pelaburan syer hanya setakat amaun yang telah dicajkan sebagai belanja. Sebarang lebihan hendaklah di kreditkan Akaun Rizab Penilaian Semula. (10) Koperasi hendaklah menghapuskira kerugian dengan segera dan sepenuhnya jika berlaku penjelasan nilai asset yang ketara (impairment loss)di mana amaun dibawa atau nilai buku bersih (carrying value) atas punca-punca luaran dan dalaman. (11) Syer bonus yang diterima hasil daripada pelaburan dalam unit amanah tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan dalam Akaun Untung Rugi selagi ia belum dijual atau ditebus. Oleh itu, koperasi hanya perlu menunjukkan tambahan dalam bilangan unit amanah yang dipegang oleh koperasi sementara kosnya masih kekal sama dalam nota Akaun. (12) Melapor dan membentangkan prestasi pelaburan dalam Mesyuarat Lembaga dan Mesyuarat Agung. PERANCANGAN PERNIAGAAN 8. (1) Jawatankuasa aktiviti ini adalah bertanggungjawab membentangkan anggaran belanjawan aktiviti kepada Lembaga berserta unjuran hasil dan perbelanjaan bagi tahun-tahun kehadapan. (2) Pengerusi jawatankuasa aktiviti ini hendaklah membentangkan di dalam Mesyuarat Lembaga laporan prestasi pelaburan ini bagi tiap-tiap bulan beserta dengan pandangan dan juga cadangannya. (3) Lembaga hendaklah menggunakan anggaran belanjawan yang disediakan itu bagi mengawal perjalanan aktiviti ini dengan membuat penyemakan melalui laporan prestasi semasa yang dibentangkan di dalam mesyuarat dan membuat penilaian mengenainya. Diakui ini Aturan-aturan yang dibentangkan dan diterima oleh Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi pada 4 Disember 2021.


127 APPENDEX 2 ATURAN AKTIVITI PELABURAN TUNAI DALAM DEPOSIT TETAP KOPERASI TAJUK 1. Aturan ini hendaklah dinamakan ATURAN AKTIVITI PELABURAN TUNAI DALAM DEPOSIT TETAP Koperasi Pelaburan Pekerja-Pekerja Kejora Kota Tinggi Berhad. 2. Aturan ini diwujudkan di bawah Undang-Undang Kecil 9 (1) (d) dan 9(3) Koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agong Koperasi ini dan dikemukakan kepada Suruhanjaya . TAFSIRAN 3. Dalam aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain- (a) “Pelaburan Tunai Dalam Deposit Tetap” ertinya pelaburan dari wang lebihan yang boleh disimpan di institusi perbankan untuk tempoh yang tetap dan tertakluk kepada peruntukan seksyen 54 Akta, peraturan-peraturan Koperasi (Pelaburan) 2010 dan garis panduan. (b) “Wang Lebihan” ertinya sejumlah wang tunai yang tidak diperlukan dalam operasi harian koperasi atau jumlah tunai tambahan yang dipegang oleh koperasi dan jumlahnya melebihi keperluan biasa yang boleh didepositkan atau dilaburkan di luar koperasi tanpa menjejaskan pengendalian perniagaan koperasi; (c) “Deposit Tetap” atau lebih dikenali sebagai “FD” (Fixed deposit) atau deposit berjangka ertinya sejenis simpanan di institusi kewangan yang berlesen atau akaun pelaburan yang menjanjikan pelabur satu kadar faedah yang tetap yang mana sebagai balasan, pelabur bersetuju untuk tidak mengeluarkan dananya dalam jangka masa yang ditetapkan dan faedahnya hanya akan dibayar pada penghujung tempoh pelaburan. (d) “Koperasi” ertinya Koperasi Pelaburan Pekerja-Pekerja Kejora Kota Tinggi Berhad; (e) “Lembaga” ertinya badan pengelola Koperasi yang dilantik menurut Undang-Undang Kecil 34 Koperasi; (f) “Pengurus Besar” ertinya Pengurus Besar Koperasi;


128 TUJUAN 4. Tujuan Aktiviti Pelaburan Tunai Dalam Deposit Tetap (selepas ini disebut “aktiviti ini”) ialah untuk- (a) Menyimpan wang lebihan dalam mana-mana institusi kewangan yang berlesen yang berdaftar dan disahkan oleh bank pusat negara di mana institusi kewangan tersebut beroperasi untuk tempoh yang tetap; (b) Bagi memperoleh faedah yang lebih tinggi untuk jangka panjang berbanding akaun simpanan biasa; (d) Aktiviti ini merupakan pelaburan berisiko rendah dengan penawaran pulangan tetap dan setabil setiap bulan tertakluk kepada tawaran bank; (e) Menambah pendapatan dan meningkatkan potensi untuk keuntungan dan mengembangkan pengurusan kewangan dengan lebih sistematik dan terjamin; (f) Pelaburan boleh dibuat untuk jangka pendek atau panjang bergantung pada keperluan aliran tunai aktiviti koperasi; (g) memaksimakan pulangan kepada anggota-anggota koperasi; (h) Membantu koperasi merancang pengurusan kewangan dengan bijak; SUMBER KEWANGAN 5. (1) Suatu peruntukan daripada sumber dalaman iaitu daripada wang lebihan Koperasi ini bolehlah di khaskan bagi membiayai aktiviti ini yang mana hendaklah dikembangkan dari semasa kesemasa. HAD MAKSIMA PELABURAN TUNAI DALAM DEPOSIT TETAP 6. Had maksima pelaburan tunai dalam deposit tetap sehingga RM10 juta. PELABURAN TUNAI DALAM DEPOSIT DI INSTITUSI KEWANGAN YANG BERLESEN 7. (1) Jumlah dan senarai institusi kewangan yang berlesen menyimpan deposit tetap Nota : Jumlah simpanan tetap di Maybank adalah termasuk kadar faedah mengikut tempoh matang masingmasing yang diambilkira sehingga 31/12/2020 Ruj Nama Institusi Kewangan Berlesen Jumlah Simpanan Tetap Purata Tempoh 1. Maybank 819,858.35 12 bulan 2. Bank Rakyat 6,300,000.00 6-12 bulan 3. Kopsya 369,235.39 24 bulan Jumlah 7,489,093.74


129 PENTADBIRAN DAN PEMANTAUAN 7. (1) Aktiviti ini ditadbir oleh Jawatankuasa yang dilantik oleh Lembaga di bawah Undang-Undang Kecil 48(2) (u). (2) Jawatankuasa ini bertanggungjawab sepenuhnya untuk memantau pelaksanaan dan perjalanan aktiviti ini dari semasa ke semasa. (3) Menyenaraikan institusi kewangan yang berlesen yang telah dikenalpasti untuk melabur dan mempunyai potensi berdaya maju dan mematuhi shariah serta menguntungkan. (4) Menetapkan sasaran keuntungan pada kadar tetap yang ditawarkan oleh bank seminima 2.30 kecuali kepada bank yang sediada simpanan tetap atas tujuan kepentingan urusniaga tertentu yang memerlukan simpanan tetap. (5) Berkeupayaan dalam mengurus dan menyelia aktiviti pelaburan:- (a) Sekiranya Koperasi mempunyai Pengurus Besar, hendaklah bertanggungjawab kepada Jawatankuasa di atas aktiviti ini, walau bagaimanapun sekiranya tiada Pengurus Besar maka jawatankuasa pelaburan adalah bertanggungajawab bagi- (i) Memastikan dan sentiasa memantau prestasi pelaburan yang dibuat dan berlandaskan syariah; (ii) Memastikan pelaburan yang dibuat dapat memaksimakan pulangan kepada anggota koperasi (iii) Menentukan semua rekod urus niaga dan dokumen penting mengenai aktiviti ini disenggara dan disimpan dengan selamat dan dikemas kini pada setiap waktu; (b) Mengurus dan menyelia aktiviti pelaburan dari segi pengurusan kewangan, prestasi pelaburan mengikut portfolio dan kategori masing-masing. (6) Mencadangkan di dalam Mesyuarat Lembaga tambahan pelaburan di insitusi kewangan yang berlesen sedia ada atau membuat pelaburan baru di lain-lain institusi kewangan yang berlesen yang menawarkan keuntungan kadar faedah lebih tinggi dan menguntungkan. PERANCANGAN PERNIAGAAN 8. (1) Jawatankuasa aktiviti ini adalah bertanggungjawab membentangkan anggaran belanjawan aktiviti kepada Lembaga berserta unjuran hasil dan perbelanjaan bagi tahun-tahun kehadapan. (2) Pengerusi jawatankuasa aktiviti ini hendaklah membentangkan di dalam Mesyuarat Lembaga laporan prestasi pelaburan ini bagi tiap-tiap bulan beserta dengan pandangan dan juga cadangannya.


130 (3) Lembaga hendaklah menggunakan anggaran belanjawan yang disediakan itu bagi mengawal perjalanan aktiviti ini dengan membuat penyemakan melalui laporan prestasi semasa yang dibentangkan di dalam mesyuarat dan membuat penilaian mengenainya. Di akui ini Aturan yang dibentangkan dan diterima oleh Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi pada 4 Disember 2021.


131 APPENDEX 3 ATURAN AKTIVITI PELABURAN TUNAI DALAM SYER KOPERASI-KOPERASI LAIN TAJUK 1. Aturan ini hendaklah dinamakan ATURAN AKTIVITI PELABURAN TUNAI DALAM SYER KOPERASI-KOPERASI LAIN oleh Koperasi Pelaburan Pekerja-Pekerja Kejora Kota Tinggi Berhad. 2. Aturan ini diwujudkan di bawah Undang-Undang Kecil 9 (1) (d),(f) dan 9 (3) Koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agong Koperasi ini dan dikemukakan kepada Suruhanjaya . TAFSIRAN 3. Dalam aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain- (a) “Pelaburan Tunai Dalam Modal Syer Koperasi-Koperasi lain” ertinya pelaburan dari wang lebihan dalam syer mana-mana koperasi lain sebagaimana tertakluk peruntukan seksyen 54 Akta, Peraturan-Peraturan Koperasi (Pelaburan) 2010 dan Garis Panduan. (b) “Syer Mana-Mana Koperasi Lain” ertinya membuat pelaburan modal syer kepada koperasi-koperasi lain yang telah didaftarkan di bawah subseksyen 18(3) Akta Koperasi 1993 untuk menjadi keanggotaan koperasi tersebut. (c) “Koperasi” ertinya Koperasi Pelaburan Pekerja-Pekerja Kejora Kota Tinggi Berhad; (d) “Lembaga” ertinya badan pengelola Koperasi yang dilantik menurut undang-undang kecil 34 Koperasi; (e) “Pengurus Besar” ertinya Pengurus Besar Koperasi; (f) “Wang Lebihan” ertinya sejumlah wang tunai yang tidak diperlukan dalam operasi harian koperasi atau jumlah tunai tambahan yang dipegang oleh koperasi dan jumlahnya melebihi keperluan biasa yang boleh didepositkan atau dilaburkan di luar koperasi tanpa menjejaskan pengendalian perniagaan koperasi;


132 TUJUAN 4. Tujuan Aktiviti Pelaburan Tunai Syer mana-mana koperasi lain (selepas ini disebut “aktiviti ini”) ialah untuk- (a) Menyimpan wang lebihan dalam mana-mana koperasi lain yang didaftarkan di bawah subseksyen 18 (3) Akta Koperasi 1993. (b) Bagi memperolehi dividen tahunan selepas pengagihan untung bersih dari koperasi yang dianggotai. (d) Aktiviti ini merupakan pelaburan yang berisiko rendah dengan penawaran pulangan berdasarkan baki untung bersih yang diagih-agihkan. (e) Menambah pendapatan dan meningkatkan potensi untuk keuntungan dan mengembangkan pengurusan kewangan dengan lebih sistematik dan terjamin. (f) Memaksimakan pulangan kepada anggota-anggota koperasi. (g) Membantu koperasi merancang pengurusan kewangan dengan bijak. (h) Mengujudkan rantaian usahasama dalam gerakan sesama koperasi. SUMBER KEWANGAN 5. (1) Suatu peruntukan daripada sumber dalaman iaitu daripada wang lebihan Koperasi ini bolehlah di khaskan bagi membiayai aktiviti ini yang mana hendaklah dikembangkan dari semasa kesemasa. HAD MAKSIMA PELABURAN TUNAI DALAM DEPOSIT TETAP 6. Had maksima pelaburan tunai dalam syer mana-mana koperasi lain sehingga RM500,000.00. PELABURAN SYER DALAM MANA-MANA KOPERASI LAIN 7. (1) Pelaburan syer dalam mana-mana koperasi lain Ruj Nama Koperasi Lain Tarikh Menjadi Anggota Jumlah Syer (RM) 1. Bank Kerjasama Rakyat (M) Berhad 1/7/2010 100,000.00 2. Koperasi Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad 14/10/2009 300,000.00 3. Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad 15/12/2011 100,000.00 4. Konsortium Koperasi Pengguna Malaysia 10/9/2001 5,500.00


133 *Nota : termasuk padanan dari kerajaan negeri PENTADBIRAN DAN PEMANTAUAN 8. (1) Aktiviti ini ditadbir oleh Jawatankuasa yang dilantik oleh Lembaga di bawah Undang-Undang Kecil 48(2) (u). (2) Jawatankuasa ini bertanggungjawab sepenuhnya untuk memantau pelaksanaan dan perjalanan aktiviti ini dari semasa ke semasa. (3) Menyenaraikan mana-mana koperasi lain telah didaftarkan di bawah subseksyen 18(3) Akta Koperasi 1993 yang telah dikenalpasti untuk melabur dan mempunyai potensi berdaya maju serta menguntungkan. (4) Berkeupayaan dalam mengurus dan menyelia aktiviti pelaburan:- (a) Sekiranya Koperasi mempunyai Pengurus Besar, hendaklah bertanggungjawab kepada Jawatankuasa di atas aktiviti ini, walau bagaimanapun sekiranya tiada Pengurus Besar maka jawatankuasa pelaburan adalah bertanggungajawab bagi- (i) Memastikan dan sentiasa memantau prestasi pelaburan syer mana-mana koperasi lain yang dibuat dan berlandaskan syariah; (ii) Memastikan pelaburan yang dibuat dapat memaksimakan dan memberi manfaat serta pulangan kepada anggota koperasi; (iii) Menentukan semua rekod urus niaga dan dokumen penting mengenai aktiviti ini disenggara dan disimpan dengan selamat dan dikemas kini pada setiap waktu; (b) Mengurus dan menyelia aktiviti pelaburan dari segi pengurusan kewangan, prestasi pelaburan mengikut portfolio dan kategori masing-masing. (5) Kelulusan dari Suruhanjaya hendaklah diperolehi sebelum pelaburan dibuat tertakluk kepada subperaturan 4 (1) Peraturan-Peraturan Koperasi (pelaburan) 2010, Pekeliling dan Garis Panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya termasuk Undang-Undang Kecil koperasi. (6) Mencadangkan pelaburan baru dalam syer mana-mana koperasi lain dan tambahan pelaburan syer sediada di dalam Mesyuarat Lembaga. PERANCANGAN PERNIAGAAN Berhad 5. Kopersi Iskandar Malaysia Berhad 29/12/2015 *500,000.00 Jumlah 1,005,500.00


134 9. (1) Jawatankuasa aktiviti ini adalah bertanggungjawab membentangkan anggaran belanjawan aktiviti kepada Lembaga berserta unjuran hasil dan perbelanjaan bagi tahun-tahun kehadapan. (2) Pengerusi jawatankuasa aktiviti ini hendaklah membentangkan di dalam Mesyuarat Lembaga laporan prestasi pelaburan ini bagi tiap-tiap bulan beserta dengan pandangan dan juga cadangannya. (3) Lembaga hendaklah menggunakan anggaran belanjawan yang disediakan itu bagi mengawal perjalanan aktiviti ini dengan membuat penyemakan melalui laporan prestasi semasa yang dibentangkan di dalam mesyuarat dan membuat penilaian mengenainya. Diakui ini Aturan-aturan yang dibentangkan dan diterima oleh Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi pada 4 Disember 2021


135 (6) ATURAN PENGURUSAN ASET HOTEL BAJET TAJUK 1. Aturan ini hendaklah dinamakan ATURAN PENGURUSAN ASET HOTEL BAJET Koperasi Pelaburan Pekerja-Pekerja Kejora Kota Tinggi Berhad (KOPERA). 2. Aturan-aturan ini diwujudkan berdasarkan Undang-Undang Kecil Koperasi 9 (1) (a) (vii) dan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi ini pada 19 Disember 2020 dan dikemukakan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia. TAFSIRAN 3. Dalam aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain:- (a) “SKM” ertinya Suruhanjaya Koperasi Malaysia. (b) “Koperasi” ertinya Koperasi Pelaburan Pekerja-pekerja KEJORA Kota Tinggi Berhad atau ringkasnya KOPERA sebagai pemilik sepenuhnya hotel koperasi yang aktiviti dijalankan di Taman Desaru Utama, Bandar Penawar (c) “Hotel-Hotel Koperasi” membawa ertinya aktiviti perhotelan koperasi ini termasuk hotel bajet dan selepas ini dipanggil Hotel Kopera yang beroperasi di dua lokasi berasingan dengan jenama dan logo masing-masing iaitu :- (i) Hotel Desaru Penawar beralamat di No.2-24, Jalan Kempas 4, Taman Desaru Utama, 81930 Bandar Penawar, Johor (ii) Desaru Penawar Inn beralamat di No.13 A1 dan 13 A 2& 15 01 dan 15 02, Jalan Cengal 1, Taman Desaru Utama, 81930 Bandar Penawar, Johor. (d) “Lembaga” ertinya Anggota Lembaga Koperasi sebagai pihak yang mengelola koperasi ini yang kepadanya pengurusan hal-ehwal koperasi ini diamanahkan, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993. (e) “Jawatankuasa Kerja Penginapan” ertinya Jawatankuasa Kerja yang dilantik oleh Lembaga terdiri daripada Anggota Lembaga, anggota dan individu yang berpengalaman dan pakar di dalam bidang perhotelan dan pelancongan. (f) “Aturan” ertinya aturan ini yang dibuat oleh Lembaga dari masa ke semasa bagi pengurusan aset hotel-hotel Kopera ini.


136 (g) “Pengurus” ertinya seseorang yang dilantik oleh Lembaga dan dipertanggungjawabkan untuk menguruskan dan mengendalikan operasi perniagaan hotel-hotel Kopera, memastikan pengurusan penyelenggaraan aset dengan baik dan cekap; (h) “Penyelia” ertinya seseorang yang dilantik oleh Lembaga bagi kerja-kerja penyeliaan dan bertanggungjawab memantau, membantu kerja-kerja pengurusan operasi hotel Kopera serta memastikan aset diselanggara dengan baik, kemas dan teratur; (i) “Aset” bermaksud harta benda kepunyaan atau milikan yand didaftarkan di bawah hotel yang dibeli Kopera atau disewa beli atau yang dipajak dengan modal pelaburan koperas atau samaada yang diterima melalui sumbangan atau hadiah atau diperolehi melalui proses perundangan; Aset dalam konteks ini, diklasifikasikan seperti yang berikut: (i) Aset Tak Alih (ii) Aset Alih (j) “Aset Tak Alih” bermaksud aset yang kekal dan tidak boleh dialih dari tempatnya iaitu tanah, infrastruktur dan bangunan. (k) “Aset Alih” bermaksud aset atau peralatan yang boleh dipindahkan atau dialihkan dari satu tempat ke tempat lain secara mudah termasuk Aset Alih yang dibekalkan bersekali dengan penyediaan bangunan atau insfrastruktur lain. Aset alih terbahagi kepada dua (2) kumpulan iaitu : Harta Modal dan Aset Alih Bernilai Rendah; (l) “Harta Modal” ertinya Aset Alih Dipermodalkan atau aset alih yang harga perolehan asalnya RM2,000.00 atau lebih setiap satu unit; (m) “Aset Alih Bernilai Rendah” ertinya Aset Alih Tidak Dipermodalkan atau aset alih yang harga perolehan asalnya kurang daripada RM2,000 setiap unit; (n) “Penerimaan” ertinya aset alih yang diterima menepati spesifikasi yang ditetapkan, berkeadaan yang baik, sempurna dan selamat untuk digunakan; (o) “Pendaftaran” ertinya aset alih yang didaftarkan dengan mewujudkan pangkalan data yang lengkap, tepat dan dikemaskini; (p) “Penggunaan” ertinya aset alih yang digunakan dan dikendalikan dengan cekap, mahir dan teratur; (q) “Penyimpanan” ertinya aset alih hendaklah disimpan di tempat yang selamat dan sentiasa di bawah kawalan kakitangan yang bertugas atau bertanggungjawab; (r) “Pemeriksaan” ertinya aset alih hendaklah diperiksa lebih kerap untuk mengetahui keadaan dan prestasinya, pemeriksaan dilakukan tertakluk kepada 3 perkara iaitu aspek fizikal, rekod dan penempatan;


137 (s) “Penyelenggaraan” ertinya aset alih yang perlu diselenggara perlu dilakukan secara berkala bagi memastikan aset berfungsi dengan lancar secara berterusan dan selamat digunakan; (t) “Pelupusan” ertinya aset alih yang perlu dilupuskan dimana aset tersebut tidak boleh digunakan atau tidak diperlukan untuk kegunaan operasi hotel dan perlu dilupuskan mengikut aturan pelupusan yang telah ditetapkan; (u) “Kehilangan” ertinya kehilangan aset alih yang disebabkan oleh kecurian, kebakaran, kemalangan, bencana alam, kesusutan, penipuan atau kecuaian kakitangan hotel; (v) “Hapus Kira” ertinya proses untuk membatalkan rekod bagi aset alih yang hilang; TUJUAN 4. Tujuan aturan pengurusan aset Hotel-hotel Kopera (selepas ini disebut “aturan ini”) diwujudkan ialah untuk:- (a) Garis panduan dan rujukan pengurusan Hotel Kopera dalam mengurus aset-aset hotel KOPERA. (b) Sebagai memudahkan pelaksanaan dan pengurusan operasi hotel supaya selari dan tidak melanggar perkara-perkara yang berkaitan dengan peruntukan UUK, Akta Koperasi, Persatuan Hotel Malaysia dan Kementerian Pelancongan. (c) Aturan ini juga adalah bertujuan untuk menguruskan Harta Modal dan Aset Alih Bernilai Rendah yang meliputi Penerimaan, Pendaftaran, Penggunaan, Penyimpanan, Pemeriksaan, Penyelenggaraan, Pindahan, Pelupusan, Kehilangan dan Hapus Kira. (d) Memastikan penyimpanan aset hotel secara terbaik dengan memberi perlindungan ,penjagaan dan penyelenggaraan sewajarnya semasa dalam simpanan. Prestasi aset perlu sentiasa terjamin dengan cara memberi perlindungan, penjagaan dan penyelenggaraan yang sewajarnya semasa dalam simpanan serta mengikut kaedah dan lokasi-lokasi yang ditetapkan dengan mengunakan ruang stor secara optimum. (e) Pemeriksaan untuk mengesan dan mengenalpasti sebarang kelemahan yang menyebabkan berlaku perselisihan aset, aset rosak, usang, luput tempoh penggunaan dan tidak bergerak. (f) Mengambil tindakan pelupusan keatas aset yang usang/obsolete, rosak, luput tempoh penggunaan, tidak boleh digunakan, tidak diperlukan, tidak bergerak atau melebihi keperluan supaya prestasi stor tidak terjejas dan mengelakkan pembaziran ruang penyimpanan.


138 PELAKSANAAN PENGURUSAN ASET HOTEL 5. Pengurusan Aset Hotel KOPERA bertujuan memastikan paras keperluan yang betul dari segi kuantiti dapat disediakan apabila dikehendaki oleh pelanggan. Ia juga mengambil kira penjimatan penggunaan ruang simpanan, kos memesan, harga pembelian dan modal yang terlibat. 6. Pengurusan Aset Hotel yang cekap dan berkesan dapat memberikan banyak faedah antaranya ketiadaannya dapat dielakkan dan keperluan pelanggan dapat dipenuhi. Penggunaan modal yang lebih ekonomik serta kurangnya wang terikat dalam bentuk stok. Ia lebih tertumpu kepada barangbarang yang tinggi kadar pengeluarannya. Ruang simpanan juga dapat dioptimumkan. PENERIMAAN 7. Objektif penerimaan adalah memastikan setiap aset alih yang diterima menepati spesifikasi yang ditetapkan, menentukan kualiti dan kuantiti sebenar mengikut pesanan, dan memastikan aset alih diterima dalam keadaan yang baik sempurna dan selamat untuk digunakan. 8. Penyelia atau Kerani Am yang dilantik adalah bertanggungjawab untuk menerima dan memeriksa aset alih yang diterima. Langkah-langkah penerimaan adalah seperti berikut:- (a) Aset yang diterima perlu dibuat pemeriksaan dengan teliti bagi memastikan aset tersebut menepati spesifikasi yang ditetapkan; (b) Menyemak butiran di dalam dokumen yang sah bagi memastikan aset yang diterima adalah betul; (c) Aset hendaklah diperiksa, dikira, diukur, ditimbang atau diuji serta merta sebelum disahkan penerimaannya; (d) Memberi akuan terima setelah dipastikan semua barang yang diterima adalah mengikut spesifikasi, dalam keadaan baik dan cukup kuantitinya (e) Barang-barang yang dikembalikan kepada pembekal, urusan penggantian hendaklah dicatatkan dalam baucer penerimaan barang-barang dan nyatakan sebab-sebabnya (f) Pegawai penerima hendaklah memastikan aset yang diterima disertakan manual penggunaan dan penyelenggaraan, jika ada; (g) Semua penerimaan hendaklah direkodkan dan dikemaskini menggunakan manual berkomputer yang disediakan.


139 PENDAFTARAN 9. Pendaftaran aset adalah bertujuan untuk mewujudkan pangkalan data yang lengkap, tepat dan kemas kini, memudahkan pengesanan dan pemantauan, membolehkan keadaan aset diketahui dan memudahkan penyelenggaraan, pelupusan dan penggantian aset. 10. Semua aset yang direkodkan hendaklah diasingkan mengikut kategori masing-masing seperti tanah dan bangunan, kenderaan, perabot dan kelengkapan, alatan dan perkakas, mesin dan kelengkapan, alatan pejabat, sistem hawa dingin, komputer, kamera litar tertutup, papan tanda, langsir dan hiasan, sistem kebakaran dan lain-lain; 11. Aset yang diterima hendaklah direkodkan oleh Kerani Am secara manual, kemudian hendaklah disemak oleh Penyelia dan disahkan oleh Pengurus hotel. 12. Daftar aset akan dikemaskini sekiranya terdapat penambahan/ penggantian/ penaiktarafan aset/, pemeriksaan aset, pelupusan dan hapuskira aset. 13. Pelabelan aset juga akan dibuat samaada melalui kaedah melabel, mengecat, emboss menunjukkan hak hotel Kopera. 14. Setiap aset juga akan ditanda mengikut nombor siri pendaftaran mengikut susunan jenis aset. PENGGUNAAN, PENYIMPANAN DAN PEMERIKSAAN 15. Semua aset hendaklah diguna dan dikendalikan dengan cekap, mahir dan teratur bagi tujuan mengurangkan pembaziran, menjimatkan kos, mencapai jangka hayat, mencegah penyalahgunaan dan mengelakkan kehilangan. 16. Pinjaman dan pergerakan aset alih hendaklah direkodkan menggunakan borang yang telah ditetapkan. Aset alih yang dibawa keluar dari premis hotel hendaklah mendapat pengesahan daripada Penyelia/Pengurus Hotel. Aseh alih yang berkenaan hendaklah dipulangkan semula sebaik selesai penggunaannya atau mengikut tempoh kelulusan mana yang lebih awal. 17. Penyimpanan aset alih hendaklah sentiasa tersusun, disimpan di tempat yang selamat dan sentiasa dipantau di bawah kawalan kakitangan yang bertanggungjawab. 18. Pemeriksaan aset alih hendaklah dilakukan ke atas fizikal, rekod dan penempatan.


140 19. Pemeriksaan hendaklah dilakukan untuk mengetahui keadaan dan prestasinya, memastikan setiap aset alih mempunyai daftar/rekod yang lengkap, tepat dan kemas kini serta memastikan setiap aset alih berada di lokasi yang sepatutnya. 20. Pemeriksaan ke atas semua aset alih hendaklah dilaksanakan seratus peratus (100%) dan pemeriksaan boleh dilaksanakan sepanjang tahun pada tahun semasa secara berperingkat. PENYELENGGARAAN 21. Penyelenggaraan aset alih adalah bertujuan untuk memastikan aset berfungsi dengan lancar secara berterusan dan selamat digunakan, memelihara dan memanjangkan jangka hayat, meningkatkan keupayaan, mengurangkan kerosakan, mendapatkan ketahanan maksimum sejajar dengan perbelanjaan, menjamin keselamatan pengguna, mewujudkan suasana kerja yang kondusif serta produktif dan memelihara imej dan nama baik koperasi. 22. Penyelenggaraan terbahagi kepada dua (2) jenis iaitu seperti berikut: a) Penyelenggaraan Pencegahan (Preventive Maintenance) Adalah kerja penyelenggaraan mengikut jadual/program bagi memastikan setiap komponen aset alih berfungsi dengan baik dan mengelakkan berlakunya kerosakan besar. b) Penyelenggaraan Pembaikan (Corrective Maintenance) Adalah kerja pembaikan atau penggantian komponen apabila berlaku kerosakan/kegagalan supaya aset alih dapat berfungsi semula mengikut piawaian yang ditetapkan. 23. Laporan penyelenggaran hendaklah disediakan oleh kakitangan penyelenggaraan yang bertanggungjawab atau kontraktor yang dilantik bagi tujuan pengrekodan dan pemantauan dari semasa ke semasa. KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN 24. Keselamatan dan kebersihan aset hendaklah sentiasa dijaga dan perkara ini harus diambil berat oleh Pengurus dan Penyelia dalam memastikan barangan atau peralatan tahan dan tidak rosak. Keselamatan juga harus dititikberatkan dalam memastikan tidak berlaku kehilangan atau kecurian aset. 25. Stor penyimpanan aset juga perlu dilengkapkan dengan sistem kawalan kebakaran yang sesuai dan memadai seperti penggera api, pengesan asap dan lain-lain. Alat-alat pemadam api seperti pemadam api dan rel gegelung perlu ditempatkan di kawasan strategik dan diperiksa oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat mengikut peraturan yang berkuatkuasa.


141 PELUPUSAN 26. Pelupusan merupakan satu proses untuk mengeluarkan aset dari milikan, kawalan, simpanan dan rekod mengikut kaedah yang ditetapkan bagi memastikan hotel tidak menyimpan aset alih yang tidak boleh diguna atau tidak diperlukan. Pelupusan juga dilakukan untuk mendapatkan hasil pulangan yang terbaik, menjimatkan ruang simpanan/stor dan membolehkan barang dipindahkan ke bahagian lain. 27. Kuasa untuk meluluskan pelupusan terbahagi kepada dua peringkat iaitu peringkat Jawatankuasa Pelupusan dan ALK. Pelupusan di peringkat jawatankuasa adalah sebagai pengesahan jumlah nilai yang dilupus adalah sama dengan barang fizikal dan ALK adalah untuk meluluskan jumlah nilai barang yang dilupus. 28. Kaedah pelupusan tertakluk kepada keputusan Lembaga samaada:- (a) Jualan cara tender - Tender, sebutharga, lelong (b) Jualan sisa (c) Tukar barang (d) Tukar beli (e) Tukar ganti (f) Pindahan (g) Hadiah (h) Musnah - ditanam, dibakar, dibuang, ditenggelam (i) Lain-lain kaedah pelupusan yang difikirkan sesuai oleh Lembaga 29. Pelaksanaan proses kaedah pelupusan aset adalah tertakluk kepada kelulusan yang telah ditetapkan oleh Lembaga dan bergantung kepada pengurusan kaedah biasa yang diamalkan dengan mengikut kaedah yang dipilih. KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA 30. Hapus kira aset alih adalah bertujuan untuk menyelaras rekod aset alih , mengawal kerugian yang ditanggung oleh Koperasi akibat kehilangan aset alih dan kerosakan, meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab terhadap kepentingan keselamatan aset alih dan membolehkan tindakan surcaj dikenakan ke atas kakitangan yang bertanggungjawab. 31. Proses hapus kira adalah termasuk melaporkan kehilangan dan kerosakan, menyediakan laporan kehilangan dan kerosakan aset alih, menyiasat menerima dan menyemak laporan kehilangan dan kerosakan, dan menyediakan serta mengemukakan laporan hapus kira aset alih kepada Jawatankuasa Pelupusan dan seterusnya kepada ALK untuk tindakan selanjutnya.


142 PENGURUSAN 32. Pengurusan aset alih yang cekap dan berkesan amat penting demi menjaga peruntukan modal yang ditetapkan koperasi. Satu kombinasi tindakan dan langkah-langkah perlu diambil untuk mengekal atau membaik pulih sesuatu sumber fizikal dalam keadaan berfungsi dan selamat. 33. Tanggungjawab pengurusan aset alih di hotel bukan sahaja tertakluk dalam bidang Pengurus tetapi ia melibatkan semua pihak, dengan pengurusan yang baik segala sumber yang ada, akan dapat digunakan secara optimum. MAKLUMAN KEPADA MESYUARAT AGUNG 34. Anggota lembaga hendaklah membentangkan Aturan Pengurusan Aset Hotel Bajet Kopera ini di dalam Mesyuarat Agung Tahunannya, laporan-laporan mengenainya serta cadangan bagi memperbaiki lagi aktiviti ini pada masa hadapan. TAHUN KEWANGAN 35. Tahun kewangan aturan ini adalah sama sebagaimana laporan penyata kewangan koperasi ini pada setiap tahun. PERTIKAIAN 36. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham atas tafsiran aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya mengikut Undang-Undang Kecil 81 Koperasi ini. Aturan ini dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke 30 bertarikh 4 Disember 2021


143 (7) ATURAN PINDAAN PENGURUSAN STOR DAN STOK KEDAI MESRA STESEN SERVIS PETRONAS DESARU 1.0 TUJUAN Tujuan kertas ini adalah berkaitan pengurusan stor dan stok Kedai Mesra di Stesen Servis Petronas Desaru (SSPD). 2.0 PENDAHULUAN Pengurusan stor dan stok amat penting dalam sesebuah organisasi kerana penyelengaraan stor dan stok yang baik dan berkesan akan menjimatkan kewangan. Peruntukan kewangan yang banyak digunakan untuk membeli aset, inventori dan barang luak, oleh itu ianya harus diuruskan dengan baik. Pengurusan stor dan stok yang baik dan cekap juga mencerminkan kecekapan pentadbir dan kakitangannya. Suatu system pengurusan stor dan stok yang cekap dan berkesan adalah perlu bagi menjamin penyenggaraan, penjagaan dan pengawalan barang-barang agar berkeadaan baik dan sempurna. Dalam pengurusan stor dan stok, kepentingan dan tatacara pengurusannya menjadi tanggungjawab Pengurus, Penolong Pengurus, Penyelia dan Pembantu Stor untuk memastikan ianya diuruskan dengan cekap dan berkesan. Oleh kerana ia melibatkan kewangan, ia menjadi tanggungjawab dan amanah bagi Pegawai Operasi atau Pengurus Koperasi untuk memastikan ia diuruskan dengan cekap dan berkesan agar tidak berlaku kebocoran, pembaziran dan salahguna. 2.1 Definisi Penyelenggaraan Ditafsirkan sebagai satu kombinasi tindakan atau langkah-langkah yang diambil untuk membekal atau membaik pulih sesuatu sumber fizikal dalam keadaan berfungsi dan selamat. 2.2 Definisi Stor Tempat atau lokasi bagi melaksanakan penerimaan, perekodan, penyimpanan, pengendalian dan pengeluaran stok untuk membeli barang stor menggunakan peruntukan Koperasi dan bagi tujuan jualan di Kedai Mesra SSPD sahaja. (a) Stor Utama Stor utama adalah stor yang menyedia, menerima, mengurus dan membekal barangbarang untuk hampir keseluruhan stok bagi jualan di Kedai Mesra.


144 (b) Stor Tambahan Stor tambahan adalah stor kedua yang digunakan untuk menerima, mengurus dan membekal ke bahagian Kedai Mesra bagi barang-barang tertentu sahaja atas arahan semasa Anggota Lembaga Koperasi atas sebab-sebab tertentu.Stor tambahan Kedai Mesra adalah di Ibu pejabat KOPERA untuk stok rokok sahaja. 2.3 Definisi Stok Stok @ inventori adalah barangan yg dibeli oleh pengawal barangan @ oleh Koperasi (peruncit, pemborong, pengedar)untuk dijual kepada pelanggan Kedai Mesra. (a) stok akhir - barangan yang belum dijual pada akhir tempoh perakaunan (b) stok awal - barangan yang tidak habis dijual dalam tempoh perakaunan yang lepas Inventori adalah aset penting yang perlu dipantau dengan rapi. Inventori terlalu banyak boleh menyebabkan masalah aliran tunai, perbelanjaan tambahan (contohnya, penyimpanan, insurans), dankerugian jika barangan menjadi usang.Pelanggan. 3.0 OBJEKTIF PENGURUSAN STOK Pengurusan Stor hendaklah dilaksanakan secara teratur, cekap dan berkesan bagi memastikan:- (a) Memastikan stok @ inventori sentiasa ada apabila dikehendaki dan menepati kehendak pelanggan dan sebagaimana arahan pihak PDB. (b) Memastikan penyimpanan barang secara terbaik dengan memberi perlindungan, penjagaan dan penyelenggaraan sewajarnya semasa dalam simpanan. Kualiti stok perlu sentiasa terjamin dengan cara memberi perlindungan, penjagaan dan penyelenggaraan yang sewajarnya semasa dalam simpanan. 4.0 FUNGSI STOR Fungsi stor ialah memberi perkhidmatan penyimpanan bekalan barang-barang jualan Kedai Mesra dengan melaksanakan tugas-tugas berikut:- Membuat pesanan pembelian untuk tambahan stok jualan. (a) Menerima barang-barang yang dipesan dengan pengesahan dan perakuan serahan terima barang-barang oleh pembekal. (b) Menyimpan stok mengikut kaedah dan lokasi-lokasi yang ditetapkan dengan menggunakan ruang stor secara optimum. (c) Menjaga dan menyelenggara stok supaya sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan (d) Mengeluarkan stok mengikut keperluan sahaja.


145 (e) Menyelenggara rekod-rekod bagi setiap transaksi keluar masuk stok secara tepat, teratur dan kemaskini. (f) Merancang dan mengurus penokokan stok bagi memastikan kedapatan stok mengikut paras yang ditetapkan dan mengikut aktiviti jualan barangan tersebut laju atau perlahan. (g) Memastikan pembungkusan masih elok dan berkeadaan baik dan melihat tarikh luput barang jualan. (h) Menjalankan pemeriksaan bagi mengesan dan mengenalpasti sebarang kelemahan yang menyebabkan berlaku perselisihan stok, stok rosak, usang, luput tempoh penggunaan dan tidak bergerak. (i) Menyediakan sistem kawalan keselamatan dan kebakaran serta penyelenggaraan kebersihan stor. (j) Mengambil tindakan pelupusan ke atas stok yang usang/obsolete, rosak, luput tempoh penggunaan, tidak boleh digunakan, tidak diperlukan, tidak bergerak atau melebihi keperluan supaya prestasi stor tidak terjejas dan mengelakkan pembaziran ruang penyimpanan. (k) Menguruskan tindakan hapus kira ke atas stok yang hilang. 5.0 PENGURUSAN ORGANISASI STOR Organisasi sesebuah stor utama dan tambahan hendaklah mempunyai lima bahagian utama bagi memastikan perjalanan pengurusan stor diurus dengan baik iaitu:- (a) Bahagian Bekalan, Pesanan Belian, Kawalan dan Akaun (b) Bahagian Terimaan (c) Bahagian Simpanan (d) Bahagian Pengeluaran dan mempamerkan barang 5.1 PENGURUSAN KAWALAN STOK Pengurusan kawalan stok bertujuan memastikan paras keperluan yang betul dari segi kuantiti dapat disediakan apabila dikehendaki oleh pelanggan. ia juga mengambil kira penjimatan penggunaan ruang simpanan, kos memesan, harga pembelian dan modal yang terlibat. Pengurusan kawalan stok yang cekap dan berkesan dapat memberikan banyak faedah antaranya ketiadaan stok dapat dielakkan dan keperluan pelanggan dapat dipenuhi. Penggunaan modal yang lebih ekonomik serta kurangnya wang terikat dalam bentuk stok.Ia lebih tertumpu kepada barang-barang yang tinggi kadar pengeluarannya. Stok yang tidak bergerak, tamat tempoh penggunaan, rosak dan usang dapat dikurangkan. Ruang simpanan juga dapat dioptimumkan.


146 5.1.1. Pesanan Belian (a) Pesanan belian merupakan sebahagian daripada proses pengurusan di dalam kawalan stok yang mana ia merupakan proses pesanan yang perlu dilakukan oleh pihak yang diberi tanggungjawab untuk membuat pesanan ,membeli barangan dari pembekal. (b) Maklumat dalam pesanan belian tersebut hendaklah mengandungi :- Nama Pembekal i. Nama Barangan ii. Kuantiti iii. Harga iv. Maklumat penerima v. Tarikh vi. Nombor Pesanan Belian (c) Pengesahan daripada pihak yang diberitanggungjawab :- i. Disediakan ii. Disahkan iii. Diluluskan (d) Pesanan belian hendaklah dikepilkan satu salinan bersama invoice/delivery order. 5.2 PENERIMAAN Pembantu/ Penyelenggara stor SSPD atau kerani am (bahagian ibu pejabat) hendaklah:- (a) Semak nota atau bil serahan, nota bungkusan dan invois (b) Semak dan menghitung kuantiti yang diterima (c) Memberi akuan terima setelah dipastikan semua barang yang diterima adalah mengikut spesifikasi, dalam keadaan baik dan cukup kuantitinya. (d) Barang-barang yang dikembalikan kepada pembekal, urusan penggantian hendaklah dicatatkan dalam baucer penerimaan barang-barang dan nyatakan sebab-sebabnya. (e) Semua penerimaan hendaklah dicatatkan dalam Kad Kawalan Stok/ Kad petak/ Lejar/ Kad Bin dengan kadar segera.


147 5.2.1 MEREKOD STOK a. Semua jenis stor hendaklah merekodkan stok yang diterima dan dikeluarkan dengan menggunakan kad atau buku rekod yang telah ditetapkan bagi tujuan mengetahui kedudukan stok simpanan, memastikan bilangan dan fizikal stok sentiasa tepat dan mengawal paras stok. b. Semua barang yang direkodkan dalam kad kawalan stok hendaklah diisi berdasarkan kuantiti sebagaimana jualan seperti rekod unit jika jualan secara unit satu persatu atau rekod secara karton jika jualan adalah secara karton. c. Semua stok yang diterima oleh stor hendaklah direkodkan oleh pembantu stor dengan mematuhi penggunaan rekod dan disemak oleh Penyelia dan disahkan oleh Penolong Pengurus atau Pengurus SSPD. 5.3 PENYIMPANAN Penyelenggara/ Pembantu stor perlu memastikan penyimpanan dalam stor hendaklah sentiasa tersusun, seragam dan mengikut system FIFO atau LIFO mengikut jenis barang supaya stok tidak mudah rosak, senang dikeluarkan dan penggunaan ruang yang optimum. 1.4. PENGELUARAN DAN MEMPAMERKAN BARANG Setiap pengeluaran barang-barang dari stor hendaklah dibuat oleh Penyelenggara stor dengan menyemak kawasan rak jualan yang kosong dan hendaklah dicatatkan dalam kad kawalan stok dengan serta merta supaya baki sentiasa dikemaskini. Jurujual juga perlu memastikan rak pameran barang-barang sentiasa penuh dan perlu memaklumkan kepada Penyelia jika terdapat kekuragan barang untuk di penuhkan oleh pembantu stor. 5.5. PEMULANGAN STOK a) Stok yang perlu dikembalikan kepada pembekal atas sebab-sebab:- ➢ Stok yang di dapati rosak ➢ Stok tidak mempunyai bar kod ➢ Stok tamat tarikh tempoh ➢ Stok disebabkan lain-lain (jika ada)


148 b) Pihak yang bertanggungjawab dalam urusan pemulangan stok seperti yang disebutkan sebagaimana yang tersebut di atas setelah dikenalpasti adalah :- 1. Jawatankuasa kerja SSPD 2. Pengurus atau; 3. Penolong Pengurus atau; 4. Penyelia dan 5. Pembatu Stor c) Tindakan yang perlu diambil adalah :- i. Menyenaraikan stok yang terlibat secara manual atau sistem komputer dan hendaklah disahkan oleh Pengurus/Penolong Pengurus. ii. Memaklumkan kepada pembekal untuk mengambil stok seperti yang disebutkan di atas melalui CN (credit note). iii. Memberi tempoh kepada pembekal 1 hingga 60 hari untuk mengambil stok yang hendak dipulangkan tertakluk kepada kes yang terlibat. Jika tiada apa-apa kesan,stok akan disenaraikan sebagai stok untuk dilupuskan dan ianya perlu melalui proses pelupusan pula. iv. Stok yang hendak dikembalikan kepada pembekal mesti diasingkan daripada baki stok yang sedia untuk dijual dan ditempatkan pada tempat yang berbeza. v. Melaporkan pemulangan stok kepada Jawatankuasa Kerja SSPD. d) Semua proses seperti di atas perlu direkodkan samada menggunakan borang yang disediakan secara manual atau sistem komputer dan ianya hendaklah disahkan oleh pihak yang dipertanggungjawabkan.. e) Borang-borang disediakan untuk digunakan bagi tujuan pelaporan tersebut. 6.0 PEMERIKSAAN SSPD akan membuat pengiraan stok pada setiap akhir bulan dengan membuat pengiraan secara fizikal setiap stok yang tinggal di rak pameran, stok utama dan stor tambahan untuk mendapatkan jumlah sebenar stok yang tinggal secara fizikal. Pemeriksaan perlu dijalankan dari semasa ke semasa untuk mengesan dan mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang menyebabkan stok hilang, stok berlebihan, terlalu cepat berkurangan, rosak, usang, luput tempoh penggunaan dan sebagainya akibat daripada sistem atau kesilapan kakitangan supaya tindakan susulan dapat diambil.


Click to View FlipBook Version