The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Majalah sekolah SMK Iskandar Shah
Tahun 2020 - 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Rehana Isnin, 2022-03-20 20:33:54

Sinaran 2020-2021

Majalah sekolah SMK Iskandar Shah
Tahun 2020 - 2021

Keywords: smkis,sis,sinaran

COVER



Sinaran

MENTERI KANAN PENDIDIKAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera dan Salam Prihatin Malaysia

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya tujukan kepada pihak sekolah kerana memberikan ruang kesempatan keepada saya
untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam majalah Sekolah bagi Tahun 2020.

Sekalung ucapan tahniah saya rakamkan buat warga sekolah, khususnya Sidang Redaksi Majalah Sekolah ‘Sinaran’ yang telah
berjaya menerbitkan Majalah Sekolah bagi tahun 2020. Bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, segala komitmen dan
sumbangan warga sekolah yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penerbitan majalah ini amat dihargai dan
disanjung tinggi.

Pendidikan di Malaysia pada masa ini sedang mengalami satu perubahan yang amat drastik seiring dengan kemajuan pendidikan di

peringkat global. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, merupakan pelan pembangunan pendidikan yang komprehensif

dan holistik dalam membina modal insan yang mampan dan berdaya saing. Malangnya, tahun 2020 Malaysia dikejutkan dengan penularan wabak

Coronavirus Covid-19 sehingga menyebabkan seluruh warga pendidik dan murid terperangkap dalam kancah berisiko ini. Refleksi daripada pandemik ini menyebabkan

warga pendidik dan murid terpaksa menjalani pengajaran dan pembelajaran secara talian. Pelbagai teknik dan kaedah pembelajaran berasaskan komputer dan maya perlu

dilalui, dan hikmahnya seluruh warga pendidik dan murid semakin mahir dalam penggunaan untuk pengajaran dan pembelajaran .

Dalam mencapai aspirasi murid yang unggul, proses membina ilmu perlulah seiring dengan usaha menyempurnakan akhlak setiap modal insan. Amalan dengan memberi
sapaan dan laluan juga menitikberatkan tentang kebersihan merupakan elemen yang perlu dipraktiskan oleh setiap anak didik sejak di bangku ekolah rendah lagi. Nilai-nilai
murni yang sejagat ini perlu diberi fokus utama agar generasi yang dididik pada hari ini akan menjadi insan yang berilmu, berkamahiran tinggi dan mempunyai sahsiah
terpuji.
Akhir kata, saya mendoakan kesejahteraan buat semua warga sekolah dan murid-murid untuk terus berusaha mencipta kejayaan. Bersama-samalah kita membulatkan
tekad dan berusaha gigih untuk memastikan pendidikan di Malaysia berada di puncak kegemilangan.

Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak

DR. MOHD. RADZI BIN MD, JIDIN
MENTERI KANAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.

Terima kasih kepada warga sekolah kerana sudi memberi ruang kepada saya untuk menyampaikan kata alu-aluan
dalam majalah sekolah pada kali ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada warga sekolah khususnya sidang
redaksi majalah atas kejayaan menerbitkan majalah sekolah yang sungguh bermakna ini. Semoga majalah
sekolah ini dijadikan sebagai panduan bagi meningkatkan semangat cinta terhadap sekolah serta meneruskan
budaya penyayang dalam kalangan warga sekolah.

Saya yakin, aspirasi sistem dan aspirasi murid yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013
— 2025 akan sentiasa menjadi fokus utama untuk semua pihak. Fokus dan gerak kerja KPM untuk tahun 2020 akan
tertumpu kepada kualiti pembelajaran murid dan kualiti guru serta pemimpin sekolah. Pembelajaran murid di sekolah
akan lebih berkesan apabila ia dipacu dengan pengajaran yang berkualiti oleh guru serta disokong oleh kepimpinan
Pengetua/Guru Besar. Justeru, akauntabiliti perlu ada pada semua pihak bagi menjamin pembelajaran murid diutamakan.
Akauntabiliti adalah seperti pelekat yang dapat mengikat dan menyatukan komitmen kita ke arah keberhasilan.

Akhir kata, saya mendoakan kesejahteraan buat semua warga sekolah serta terus
bersama-sama menjayakan agenda pendidikan negara demi melahirkan generasi
masyarakat Malaysia yang cemerlang dan gemilang.

BERSAMA-SAMA MELANGKAH LEBIH JAUH!

DR. HABIBAH BINTI ABDUL RAHIM
KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA (2020)
KEMENTERINA PENDIDIKAN MALAYSIA

KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.

Penerbitan majalah sekolah merupakan satu usaha pihak sekolah dalam merancang dan melaksanakan kepelbagaian
agenda yang dimanifestasikan sebagai dokumentasi maklumat dan sumber rujukan semua warganya dan juga pihak
lain yang berkepentingan. Majalah sekolah merupakan wadah yang amat penting dalam memupuk semangat
kecintaan yang tinggi terhadap sekolah serta penerapan watak dan budaya sekolah dalam kalangan warganya.
Majalah sekolah yang diterbitkan ini akan menjadi salah satu medium bagi semua warga sekolah mencapai aspirasi
sistem dan aspirasi murid Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Sepanjang tahun 2020 dan hingga hampir pertengahan tahun 2021 kita semua menempuh krisis penularan Covid-19
dengan pelbagai cabaran, namun saya yakin cabaran itu tidak akan menjadi pengjalang kepada semua warga sekolah
untuk menggapai kejayaan dan kecemerlangan. Dalam masa yang sama, kita juga perlu mengimbangi segala hasrat ini
dengan memastikan sekolah kekal menjadi institusi yang selamat untuk semua warganya. Cabaran perubahan dan krisis
disebabkan Covid-19 seharusnya dijadikan titik permulaan untuk kita semua mengubah cara berfikir serta tindakan kepada
pemikiran serta tindakan yang lebih kreatif dan inovatif dalam segala perancangan dan pelaksanaan.

Terima kasih kepada semua warga sekolah kerana memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan kata alu-aluan di dalam penerbitan majalah
sekolah kali ini. Tahniah dan syabas juga saya ucapkan kepada semua warga sekolah khususnya sidang redaksi kerana telah berjaya menerbitkan
majalah ini. Semoga majalah ini menjadi kebanggaan semua warganya.

DATIN SRI HAJAH NOR ZAMANI BINTI ABDOL HAMID
KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA (2021)
KEMENTERINA PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA

Syukur ke hadrat Ilahi yang telah mengurniakan kepada saya kesempatan untuk menukilkan kata-kata dalam majalah sekolah SMK
Iskandar Shah bagi tahun 2020. Tidak lupa salam dan selawat saya kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan seisi
keluarga serta sahabat baginda sekaliannya.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi ucapan TAHNIAH kepada warga SMK Iskandar Shah atas daya usaha yang telah diberikan
untuk menzahirkan penerbitan majalah sekolah bagi tahun 2020. Sesungguhnya penerbitan majalah ini bukan sahaja merupa-
kan kejayaan warga SMK Iskandar tetapi penerbitan majalah sekolah ini menambah kosa liputan sejarah SMK Iskandar Shah
untuk tatapan seopanjang zaman. Tentunya setiap rakaman gambar atau nukilan warga sekolah sama ada guru atau murid
akan menjadi titipan sejarah penting bagi SMK Iskandar Shah. Mungkin bukan sekarang tetapi pada tahun-tahun mendatang
apabila warga SMK Iskandar Shah yang ada kini berlalu pergi meninggalkan SMK Iskandar Shah. Namun begitu, saya percaya
setiap individu yang pernah bersama-sama mencipta sejarah pahit manis di sini, SMK Iskandar Shah akan tetap sentiasa ada
di hati.

SMK Iskandar Shah bukan asing di Melaka. SMK Iskandar Shah telah berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan sekolah

premier yang lain di negeri Melaka. Kejayaan demi kejayaan telah ditempa bersama-sama. Setiap cabaran diharungi bersama-sama ke bukit sama

didaki dan ke lembah sama dituruni. Inilah resepi kejayaan SMK Iskandar Shah. Namun begitu, untuk mengekalkan pencapaian bukanlah suatu yang mudah.

Bukannya yang pipih itu datang melayang dan yang bulat itu datang bergolek. Warga SMK Iskandar Shah mesti berani melakukan challenge the process. Warga

SMK Iskandar Shah tidak boleh berama dalam business as usual dan berada dalam situasi yang selesa sepanjang masa. Warga SMK Iskandar Shah berani un-

tuk open the new horizon bagi membaharui motivasi dan semangat yang ada. Warga SMK Iskandar Shah juga bertekad untuk do the thing bagi menuju puncak

tinggi yang dikelilingi pohon-pohon yang subur lagi menghijau. Semua itu harus bersama-sama dengan kesungguhan dan iltizam yang tinggi. Segala cabaran

yang ada mesti diambil sebagai peluang dan setiap peluang yang ada pula dijadikan kejayaan yang cemerlang lagi gemilang.

Saya yakin kesungguhan dan iltizam yang tinggi dalam kalangan guru dan murid-murid, SMK Iskandar Shah akan mampu menjulang namanya selari dengan visi
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera. Saya percaya kesungguhan yang tingg barisan pengurusan, guru-guru yang dedikasi serta murid-murid
yang berakhlak mulia dengan semangat waja menuntut ilmu dan meningkatkan kemahiran, SMK Iskandar Shah akan teguh berdiri di puncak bukit yang tinggi
sebagai Jenama Kerajaan No.1 (#jenamakerajaanno.1).

Syabas dan tahniah warga SMK Iskandar Shah.

Ikhlas daripada

DR. MOHD. AZAM BIN AHMAD
PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI MELAKA
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA

YANG DIPERTUA PIBG SEUNTAI KATA
SMK ISKANDAR SHAH
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan salam sejahtera.
2020
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Sidang Redaksi e-Majalah
ASP HAMDAN BIN ALI Sinaran yang sudi memberi kesempatan kepada saya menyampaikan seulas bicara seuntai kata dalam
majalah ini.

Tahniah juga diucapkan kepada semua pihak yang berusaha dengan begitu gigih bagi kesinambungan penerbitan
majalah ini walaupun pada ketika menghadapi era normal baharu. Kecekalan dan ketabahan mengharungi
pandemik Covid-19 dalam kalangan guru-guru serta pelajar-pelajar tidak pernah luntur.

Kejayaan dan pencapaian pelajar SMK ISKANDAR SHAH sama ada dalam bidang akademik mahu pun
kokurikulum membanggakan semua pihak. Saya mengambil kesempatan untuk menyampaikan sekalung tahniah
kepada seluruh pelajar yang telah mencapai kecemerlangan akademik, sukan mahupun kegiatan kokurikulum
sehingga mengharumkan nama baik pelajar itu sendiri, ibu bapa, guru-guru dan sekolah, khasnya.

Pihak PIBG berharap akan lahirnya generasi SMKIS yang berilmu dan beramal, berakhlak tinggi serta berjaya
dalam kerjaya hasil daripada usaha dan kepimpinan guru-guru sekolah ini yang tidak mengenal erti jemu dan
penat.

Akhir kata bagi pihak PIBG SMKIS, saya mengucapkan tahniah dan semoga majalah ini akan terarkib sebagai
bahan perpustakaan keluarga dan bahan nostalgia pada masa hadapan. Selamat membaca.

Sekali, terima kasih dan wassalam.

ASP HAMDAN BIN ALI
YANG DIPERTUA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SMK ISKANDAR SHAH (2020)

YANG DIPERTUA PIBG SEINDAH BAHASA
SMK ISKANDAR SHAH
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan salam sejahtera.
2021
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Sidang Redaksi e-Majalah
ENCIK ZAINUDDIN BIN MIHAT Sinaran yang sudi memberi kesempatan kepada saya menyampaikan seuntai kata secangkir bicara untuk
majalah ini.

Tahniah juga diucapkan kepada semua pihak yang berusaha dengan begitu gigih bagi kesinambungan penerbitan
majalah ini. Walaupun pada ketika menghadapi era normal baru mengharungi pandemik Covid-19, kecekalan dan
ketabahan guru-guru serta para pelajar sidang redaksi e-majalah demi menyiapkan majalah ini adalah sangat
dipuji dan dihargai.

Kejayaan dan pencapaian pelajar sama ada dalam bidang akademik mahu pun kokurikulum membanggakan
semua pihak. Saya mengambil kesempatan untuk menyampaikan sekalung tahniah kepada seluruh pelajar yang
telah mencapai kecemerlangan akademik, sukan mahupun kegiatan kokurikulum sehingga mengharumkan nama
baik pelajar itu sendiri, guru-guru dan sekolah, khasnya.

Pihak PIBG sentiasa mengharapkan lahirnya generasi SMKIS yang berilmu , beramal, berakhlak tinggi serta
berjaya dalam kehidupan hasil dari usaha dan peranan kepimpinan guru-guru sekolah ini yang tidak mengenal
erti jemu dan lelah.

Akhir kata bagi pihak PIBG SMKIS, saya mengucapkan tahniah dan semoga majalah ini akan terkoleksi sebagai
sebahagian bahan perpustakaan keluarga dan bahan nostalgia pada masa hadapan. Selamat membaca.

Sekali, terima kasih . Wassalam.

ENCIK ZAINUDDIN BIN MIHAT
YANG DIPERTUA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SMK ISKANDAR SHAH (2020)

Syukur Alhamdulillah dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya saya diberi kesempatan menyampaikan kata-kata aluan dalam majalah Sinar SMK Iskandar
Shah bagi tahun 2020 . Saya juga ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada warga sekolah kerana memberi ruang kepada saya untuk menyampaikan
sepatah dua kata dalam majalah sekolah bagi tahun 2020.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga SMK Iskandar Shah yang telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh
komited sepanjang sesi 2020.Syabas dan tahniah diucapkan kepada warga sekolah khususnya sidang redaksi majalah yang telah berjaya menerbitkan majalah
e-digital sekolah pada tahun 2020 ini. Sebagaimana yang diketahui tahun ini adalah merupakan tahun yang paling mencabar dalam dunia pendidikan yang dilanda
musibah COVID-19. Anak-anak tidak mendapat ilmu secukupnya dalam pendidikan konvensional malah kita semua perlu mengubah minda dalam pendidikan
normal baharu. Semua aktiviti dijalankan secara maya menggunakan perisian internet yang sesuai malah banyak aktiviti tidak dapat dilakukan secara bersemuka.
Tentunya peristiwa ini menjadi lipatan sejarah dalam hidup anak-anak kita dan semua warga SMK Iskandar Shah.Pandemik Covid-19 menuntut kita sebagai
pendidik dan warga sekolah untuk lebih peka dan pintar dalam menguasai teknologi dan pengetahuan baharu sesuai dengan perkembangan semasa. Selari
dengan aspirasi dan harapan ibu bapa, pelajar, masyarakat dan negara di zaman milenium ini terhadap institusi sekolah, memerlukan guru-guru banyak berkorban
dalam pelbagai aspek.

Walaupun kita berhadapan dengan pelbagai cabaran,namun kita masih mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan PENGETUA
jayanya. Sesungguhnya, kejayaan-kejayaan yang dicapai sepanjang sesi persekolahan 2020 itu bukanlah mudah dicapai, tetapi segalanya atas kesungguhan dan SMK ISKANDAR SHAH
komitmen semua warga sekolah dalam merealisasikannya.Harapan saya agar semua pentadbir dan unit dapat bergerak sederap dan selangkah bagi memastikan
bidang masing-masing cakna kepada visi dan misi SMK Iskandar Shah.Dalam pembelajaran Abad ke-21, peranan guru sebagai pemudahcara perlu diperhebatkan. PUAN HAJAH KHAIRUN-NIZA
Adalah menjadi tanggungjawab guru-guru sebagai pendidik melihat kelebihan diri anak-anak didik kita dan mencungkil bakat mereka ke tahap maksimum. Selari BINTI HAJI ABU
dengan perubahan lanskap pendidikan masa kini, guru harus lebih gigih mengharungi normal baharu pendidikan. Pendidikan bukan hanya berlaku secara
bersemuka, malahan secara atas talian, bukan sahaja di dalam bilik darjah tetapi juga di rumah (Pdpr) malahan boleh berlaku di pusat-pusat komuniti setempat (
offsite) .Guru perlu berubah ,kreatif dan inovatif dengan membudayakan I-Think dan KBAT dalam PdPc dan PdPr.

Dalam pendidikan normal baharu ini, Guru-guru perlu mempunyai kemahiran dan literasi komputer yang tinggi serta lebih cakna dengan perisian-perisian yang
yang ada interaksi 2 hala antara guru dengan murid seperti google classroom, google meet, zoom meet, ig life, fb life , quizzes dan kahoot. Saya amat memerlukan
komitmen dan keazaman guru-guru agar dapat melaksanakan tanggungjawab dan tugasan keguruan bagi melahirkan generasi murid yang lebih celik ilmu dan
berbakat dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Saya yakin dan percaya iltizam dan profesionalisme yang ada pada setiap guru akan dapat martabatkan
maruah profesion pendidikan dan perguruan itu sendiri. Justeru itu , saya berharap guru-guru dapat melaksanakan tugas dengan lebih komited untuk memastikan
generasi yang berwawasan dan berketrampilan serta berkeupayaan menjadi modal insan yang cemerlang dapat dilahirkan suatu hari nanti.
Saya percaya, kita semua ada peranan masing-masing dalam membentuk dan melahirkan murid-murid cemerlang yang seimbang, terutama sahsiah dan tingkah
laku supaya menjadi insan yang bertakwa, bermoral dan berbudi mulia.

Saya berdoa dan yakin, semoga segala inspirasi murni ini dapat direalisasikan dengan adanya sifat-sifat kebertanggungjawaban, jujur, ikhlas, amanah dan sabar,
yang tertanam dalam sanubari setiap pendidik warga SMK Iskandar Shah. Insya-Allah

Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua warga SMK Iskandar Shah yang selama ini banyak memberikan sumbangan
kepada kejayaan sekolah. Semoga segala usaha kita pada tahun 2020 ini akan meningkatkan kejayaan dan kecemerlangan sekolah kita. Saya berharap jadikanlah
Majalah Sinaran 2020 ini sebagai dokumen rujukan yang mencatatkan peristiwa warga SMK Iskandar Shah sepanjang tahun. Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’’
“MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA,MENGGAMIT DUNIA”
#JPNJENAMA KERAJAAN NO1#
“SMK ISKANDAR SHAH DI HATIKU”

HAJAH KHAIRUN-NIZA BINTI HAJI ABU SEMANIS BICARA
PENGETUA
SMK ISKANDAR SHAH (2020)

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan salam sejahtera. KETUA EDITOR
SIDANG REDAKSI
Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya akhirnya E-Majalah Sinaran sesi 20/21 berjaya MAJALAH SINARAN
diterbitkan. Terlebih dahulu ingin saya layarkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua
ahli Editorial E-Majalah Sinaran yang tanpa mengenal erti lelah apatah jemu berusaha dalam menyiapkan majalah CIK SITI AISYAH BINTI RAHIM
ini. Syukur tidak terhingga atas segala susah payah kami selama ini akhirnya membuahkan hasil dan kejayaan
yang pada akhirnya dapat dinikmati dan dikenang bersama. Sudah semestinya sidang Redaksi E-Majalah Sinaran
sedaya upaya menggalas amanah dan tanggunggjawab dalam menggembleng tenaga serta mengerah keringat
bagi menitipkan hasil yang terbaik buat warga SMK Iskandar Shah. Hasil kerjasama ini sememangnya wajar untuk
dibanggakan memandangkan penerbitan majalah inilah akan menjadi satu hasil yang kelaknya bakal dikenang
warga Iskandar Shah. Tahniah diucapkan atas usaha kalian.

Penghasilan E-Majalah Sinaran 20/21 ini dilihat bukan sahaja memaparkan hari-hari di SMK Iskandar Shah,
bahkan turut merakamkan pelbagai bentuk kecemerlangan yang berjaya dicapai sekolah dalam pelbagai sudut,
baik dari sudut kokurikulum mahupun kurikulum. Oleh hal yang demikian, lakaran-lakaran kejayaan yang diukir
para pelajar telah dimuatkan ke dalam majalah sebagai tanda penghargaan dan tatapan semula kenangan warga
Iskandar Shah. Semoga kejayaan demi kejayaan yang ditempa diharapkan menjadi pembakar kepada generasi
Iskandar Shah seterusnya dalam meneruskan kegemilangan legasi.

Dengan ini saya mewakili Team Sidang Redaksi E-Majalah Sinaran pada edisi kali ini ingin memohon seribu
satu kemaafan andai terdapat sebarang kelemahan dalam penerbitan majalah ini. Pada kesempatan ini juga, saya
mendoakan kejayaan buat seluruh warga SMK Iskandar Shah dalam mencapai prestasi yang lebih cemerlang
baik dari sudut akademik mahupun sahsiah. Akhir kata, saya ingin mengucapkan sekali lagi yakni setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan penerbitan majalah ini.

SITI AISYAH BINTI RAHIM
KETUA EDITOR
SIDANG REDAKSI MAJALAH SINARAN
SMK ISKANDAR SHAH

VISI SEKOLAH

PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK
NEGARA SEJAHTERA

MISI

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG
BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI

INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

IKRAR MURID

Maka kami, pelajar-pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Iskandar Shah berikrar akan

mematuhi smeua peraturan sekolah dan sentiasa
menjayakan visi sekolah iaitu Pendidikan
Berkualiti Insan Terdidik, Negara Sejahtera

SCAN ME!

Ikrar Murid
SMK Iskandar Shah

LAGU SEKOLAH

Di atas puncak bukit yang indah On the peak of the beautiful hill
dikelilingi pohon menghijau Surrounded by lush green trees
Standing proud our beloved school
Berdiri megah sekolah tercinta
Sekolah Iskandar Shah Iskandar Shah School
We strive to excel in all aspects
Kami berjuang di segenap lapangan In academic, sports and societies
Pelajaran, sukan dan persatuan
Agar harum nama sekolah kami May our school shine
Terkenal di seluruh negeri Be prominent in our state.
Teachers advice always in our hearts
Nasihat guru tetap tersemai di hati Parents sacrifices we appreciate
Jasa ibu ayah disanjungi
Till far into our future
Hingga kami di suatu masa nanti We aspire to be true citizens
Menjadi rakyat yang sejati We maximise our effort to serve
For our religion, race and nation
Kami berusaha dan terus berbakti Success come after all our hardwork
Demi agama, bangsa pertiwi
Usaha tangga kejayaan kami Promise and we promise!
Berjanji tetap kami berjanji

SCAN ME!

Lagu Sekolah

SIDANG REDAKSI 2020/2021

Ketua Editor : Siti Aisyah binti Rahim
Penotong Ketua : Tiw Bee Ting

Ahli Jawatankuasa : Ain Suhaila binti Idris
Nor Masyitah binti Mohd. Shaari
Siti Nurkholily binti Roslan
Siti Nursyahidah Fitri binti Hazri
Umairah Batrisyia binti Romeaiza
Nurul Ain Sofea binti Rozze
Kamilah Ilmi binti Syamsul Ilmi
Arifah Nur Iman binti Mohd. Fadzilah
Muhammad Syahmie bin Hamdan
Siti Nur Syahidah binti Zainudin
Pasupathi a/l Nallakumar
Lim Jia Xin
Wan Nur Aini binti Wan Kamarulzaman
Nur Auni Qistina binti Mohamed Zoefry

Briged Bestari : Ahmad Ashraf bin Ainuddin

Muhammad Faiz bin Abdul Nuur

Muhammad Faez bin Hamdan

Nurhidayah binti Marzuki

Nursyahira Syazlynnda binti Karim



2020

Sinaran 18

gambar pentadbir | gambar panitia

PENOTnAlinDeBMIReeting

gambar pentadbir | gambar panitia

GUORnUlinKeAMNeAetNingMP

gambar pentadbir | gambar panitia

BPaAnOHintAilaiSnAe MMeeEtLinAgYU

gambar pentadbir | gambar panitia

BPaAnOHintAilaiSneAMIeNeGtiGngERIS

gambar pentadbir | gambar panitia

BPaAnOHintAilaiSnAe MTeAeMtinBgAHAN

gambar pentadbir | gambar panitia

PPaEnNOiDntilIaiDneIKMAeeNtinISgLAM

gambar pentadbir | gambar panitia

PPaJPnOiKntilai&neSMAeIeNtiSngSUKAN

gambar pentadbir | gambar panitia

PPEaNnODintIDilaiInKeAMNeMeOtiRnAgL, MUZIK & PSV

gambar pentadbir | gambar panitia

SPEanJOAintRilainAeHM&eetGinEgOGRAFI

gambar pentadbir | gambar panitia

MPaAnOTiEntiMlainAeTMIKee&tinMg. TAMBAHAN

gambar pentadbir | gambar panitia

BPaIOnOiLntOilaiGneI,MFeIeZtIinKg& KIMIA

gambar pentadbir | gambar panitia

PSAanOIiNntiSlaine Meeting

gambar pentadbir | gambar panitia

MPaPnVO,intSilRainTe, Meeting PERNIAGAAN

P. AKAUN,

gambar pentadbir | gambar panitia

PAaSnOKint,ilaSinKe Meeting

& RBT

gambar pentadbir | gambar panitia

TGIuNrOGuKnAlinTAe NMe6eting

gambar kaunselor

KAUONnSlEinLOeRMSeEeKtiOnLgAH

PENGAWAS
TINGKATAN 5

Sinaran 35

Pengawas Sekolah Tingkatan 5 2020

GAMBAR KELAS

6S3-1

Sinaran 38

“Kerjaya dalam bidang permodelan hanya
sementara. Saya bakal melanjutkan pelajaran ke
peringkat lebih tinggi” - Amirah Nur Qistina

Sinaran 39

MENUJU PUNCAK

“Wajah kacak bukan batu loncatan” - Thanesh

Sinaran 40

6S3-2

Sinaran 41

6S3-3

Sinaran 42

“Biar tak hensem, tapi berjaya”
Aqua Nafis ingin buktikan, wajah
bukannya faktor penting dalam
mencipta kejayaan. Usaha tidak
mengenal paras rupa.

Sinaran 43

Maslaila pertimbangkan “We are the best!”
mengajar di Didik TV
Sinaran 44 itu yang diakui oleh Ketua Kelas
Tingkatan 5 Berlian, disambut
oleh sorakan rakan-rakan beliau.
Sejauh mana kebenaran kata-kata
ini, masih menjadi tanda tanya.

Namun,semangat yang ditunjukkan
oleh Ketua Kelas berkaliber
ini harus dipuji kerana tidak
mempedulikan kata-kata orang
keliling. Sebaliknya mereka terus
memecut laju menggapai impian
menjadi insan terhebat di masa
hadapan.

5 BERLIAN CLASS OF
where my path leads, I will follow GRADUATE

“Modelling hanya hobi “
- Bock Yi Xuan

Guru Kelas
Encik Mohamad Baharin Deraman

Sinaran 45

5 Delima Tuah

bukan sekadar cakap kosong tak patah hati

“Bukan sekadar cakap kosong” - itulah yang ingin dibuktikan walaupun tidak
oleh anak-anak muda ini dalam Sijil Pelajaran Malaysia
Sejak berada di dalam satu kelas, mereka telah menjadi terpilih ke peringkat
begitu rapat seperti adik-beradik. Bergaduh bersama-
sama, bermain bersama-sama. Namun, apabila 2020 akhir Hero Remaja
melabuhkan tirainya, semakin hampir kepada perpisahan.

Walaupun dianggap tidak bernasib baik kerana terpaksa
mendudukipeperiksaanbesarinipadatahun2021, mereka
tidaksekali-kalimenjadikaniaalasanuntukpatahsemangat.
Malah, mereka menganggap ini sebagai peluang tambahan
kepada mereka untuk bersedia menghadapi SPM.

Guru kelas, Puan Vaijanthy menyifatkan anak-anak muda
yang telah dijaga selama dua tahun ini mempunyai azam
yang begitu teguh. Beliau percaya, kejayaan akan berada
dalam genggaman mereka.

Guru Kelas
Puan Vaijanthy a/p Muniandy

Sinaran 46

5 DELIMA

where the sun shines, where the wind blows

Sinaran 47

Meet

THE TEAM

Ketangkasan dan kelincahan mereka bukan calang-calang. Di
bumi SMKIS ini, pasukan ini merupakan pasukan pilihan dalam
pertandingan-pertandingan sukan.

Walau bagaimanapun, mereka tetap lincah di dewan peperiksaan,
seperti lincahnya di padang. “Kami bersemangat di padang, dan di
kelas!” begitu kata Aisyah Haziqah, pemain hoki negeri Melaka yang
bukan sahaja bergaya di gelanggang, tetapi juga bijak beraya di
hadapan kamera.

Apabila ditanya tentang masa hadapan, rata-rata ahli kelas ini
menginginkan kerjaya yang berkaitan dengan Sains Sukan.
Semoga kejayaan menjadi milik mereka!

5 Intan

Sinaran 48

Sinaran 49

Mekar Setaman

bila hati sudah terpaut, kala jaga terkenang, kala tidur menyebut

Sinaran 50


Click to View FlipBook Version