2.1 KESEIMBANGAN PASARAN Ekonomi Tingkatan 4 KSSM Oleh Cikgu Norazila Khalid Smk Ulu Tiram, Johor
HUKUM PERMINTAAN
HUKUM PERMINTAAN oPermintaan merujuk kepada keinginan dan kemampuan seseorang individu untuk membeli sesuatu barang atau perkhidmatan pada suatu tingkat harga tertentu dan dalam jangka masa tertentu. oIndividu membeli barang mengikut kemampuannya dan tingkat harga barang itu sendiri. o Sesuatu keperluan dan kehendak individu dianggap sebagai permintaan jika disokong dengan kuasa beli (kemampuan). oPermintaan tidak wujud jika individu menginginkan sesuatu tetapi tidak mampu membayarnya.
HUKUM PERMINTAAN oPermintaan berkesan ialah permintaan yang disokong oleh kuasa beli atau kemampuan membayar. oRasionalnya, individu akan menambahkan permintaan apabila harga sesuatu barang menurun dan mengurangkan permintaan apabila harga meningkat.
CONTOH oPada hari pertama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dibuka, Puan Norita membeli 3 buah buku cerita untuk anaknya apabila harga buku adalah RM12.00 sebuah. oTetapi pada hari terakhir pesta buku, kuantiti buku cerita yang dibeli oleh Puan Norita meningkat kepada 5 buah kerana harga buku telah jatuh kepada RM7.00 sebuah.
CONTOH oBerdasarkan contoh pembelian buku cerita oleh Puan Norita faktor yang mempengaruhi kuantiti diminta ialah harga barang itu sendiri. oApabila harga buku cerita turun maka lebih banyak kuantiti yang akan diminta dan apabila harga buku cerita meningkat maka kuranglah kuantiti yang akan diminta.
HUKUM PERMINTAAN oSituasi pn Norita adalah selaras dengan hukum permintaan. oHukum permintaan menyatakan bahawa semakin tinggi harga sesuatu barang, semakin kurang kuantiti diminta terhadap barang tersebut dan sebaliknya semakin rendah harga sesuatu barang, semakin banyak kuantiti diminta terhadapnya dengan andaian ceteris paribus.
HUKUM PERMINTAAN ohubungan antara harga barangan dengan kuantiti diminta adalah negatif
KELUK PERMINTAAN INDIVIDU DAN PASARAN
KELUK PERMINTAAN INDIVIDU DAN PASARAN oPermintaan individu ialah kuantiti sesuatu barang atau perkhidmatan yang diminta oleh seseorang individu pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu. oHubungan negatif antara harga barang dengan kuantiti diminta dapat digambarkan melalui jadual permintaan dan keluk permintaan.
JADUAL PERMINTAAN DAN PEMBENTUKAN KELUK PERMINTAAN INDIVIDU oBerdasarkan Jadual 2.1, pada harga RM5 sekilogram, sebanyak 4 kg durian diminta oleh Han Boon. oApabila harga durian menurun kepada RM4, RM3, RM2 sekilogram, semakin banyak kuantiti durian yang diminta oleh Han Boon iaitu masing-masing meningkat kepada 6 kg, 8 kg, dan 10 kg.
JADUAL PERMINTAAN DAN PEMBENTUKAN KELUK PERMINTAAN INDIVIDU oBerdasarkan Jadual 2.1, pada harga RM5 sekilogram, sebanyak 4 kg durian diminta oleh Han Boon. oApabila harga durian menurun kepada RM4, RM3, RM2 sekilogram, semakin banyak kuantiti durian yang diminta oleh Han Boon iaitu masing-masing meningkat kepada 6 kg, 8 kg, dan 10 kg.
KELUK PERMINTAAN HAN BOON TERHADAP BUAH DURIAN oBerdasarkan Rajah 2.1, paksi mendatar menunjukkan kuantiti diminta dan paksi menegak menunjukkan harga. oApabila harga durian ialah RM5 sekilogram, kuantiti durian yang diminta oleh Han Boon adalah sebanyak 4 kg seperti yang ditunjukkan oleh titik a. oApabila harga durian menurun kepada RM4, RM3, RM2, kuantiti diminta durian semakin meningkat iaitu masing-masing menjadi 6 kg, 8 kg, dan 10 kg seperti yang ditunjukkan oleh titik b, c, dan d. oKeluk permintaan (DD) terbentuk dengan menyambungkan setiap titik kombinasi harga dan kuantiti diminta iaitu titik a, b, c, dan d. oKeluk permintaan mencerun ke bawah dari kiri ke kanan menunjukkan hubungan songsang antara harga dengan kuantiti diminta seperti yang dinyatakan dalam hukum permintaan.
JADUAL PERMINTAAN DAN PEMBENTUKAN KELUK PERMINTAAN INDIVIDU oPermintaan pasaran ialah kuantiti sesuatu barang atau perkhidmatan yang diminta oleh semua individu dalam pasaran pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu. oDalam sebuah pasaran, permintaan terhadap sesuatu barang tidak terhad kepada seorang individu sahaja tetapi melibatkan ramai individu yang lain.
JADUAL PERMINTAAN PASARAN DAN PEMBENTUKAN KELUK PERMINTAAN PASARAN oPermintaan pasaran diperoleh dengan menjumlahkan secara mendatar kuantiti diminta oleh setiap individu dalam pasaran pada suatu tingkat harga tertentu dan dalam tempoh masa tertentu
JADUAL PERMINTAAN PASARAN DAN PEMBENTUKAN KELUK PERMINTAAN PASARAN oAndaikan bahawa dalam pasaran baju kemeja hanya terdapat dua orang pembeli iaitu Rani dan Sofea. oPermintaan pasaran diperoleh dengan menjumlahkan secara mendatar kuantiti diminta oleh Rani dan Sofea pada setiap tingkat harga. oContohnya, pada harga RM50 seunit, permintaan pasaran ialah 3 unit iaitu dengan menjumlahkan kuantiti diminta Rani sebanyak 1 unit dan kuantiti diminta Sofea sebanyak 2 unit. oApabila harga menurun kepada RM40, RM30, RM20 seunit, semakin banyak kuantiti baju kemeja yang diminta oleh Rani dan Sofea, oleh itu permintaan pasaran turut meningkat iaitu masing-masing bertambah kepada 5 unit (2 + 3), 7 unit (3 + 4), dan 9 unit (4 + 5).
PEMBENTUKAN KELUK PERMINTAAN PASARAN DARIPADA KELUK PERMINTAAN INDIVIDU oBerdasarkan Rajah 2.2, paksi mendatar menunjukkan kuantiti diminta dan paksi menegak menunjukkan harga. oKeluk permintaan pasaran (DpDp) diterbit daripada keluk permintaan Rani (DRDR) dan keluk permintaan Sofea (DSDS) yang dilukiskan secara mendatar pada setiap tingkat harga. o Pada tingkat harga RM50 seunit, permintaan pasaran baju kemeja ialah 3 unit yang ditunjukkan oleh titik w pada oRajah 2.2(c) iaitu dengan menjumlahkan secara mendatar permintaan Rani (Rajah 2.2(a)) sebanyak 1 unit dan permintaan Sofea (Rajah 2.2(b)) sebanyak 2 unit.
PEMBENTUKAN KELUK PERMINTAAN PASARAN DARIPADA KELUK PERMINTAAN INDIVIDU oApabila harga menurun kepada RM40, RM30, dan RM20, permintaan pasaran semakin meningkat iaitu masing-masing menjadi 5 unit, 7 unit, dan 9 unit seperti yang ditunjukkan oleh titik x, y, dan z. oKeluk permintaan pasaran DpDp terbentuk dengan menyambungkan setiap titik kombinasi harga dan kuantiti diminta iaitu titik w, x, y, dan z. oKeluk permintaan pasaran mencerun ke bawah dari kiri ke kanan menunjukkan hubungan songsang antara harga dengan kuantiti diminta seperti yang dinyatakan dalam hukum permintaan. oP dari p pada keluk p permintaan Rani So fe a ( D D ) ). op Keluk permintaan pasaran (DpDp) didapati lebih landai daripada keluk permintaan Rani (DRDR) dan keluk permintaan Sofea (DSDS).
PENENTU PERMINTAAN
PENENTU PERMINTAAN oFaktor yang mempengaruhi permintaan sesuatu barang boleh dibahagikan kepada harga barang itu dan penentu permintaan bukan harga barang itu
HARGA BARANG ITU oHarga barang merupakan faktor utama yang mempengaruhi permintaan. oMengikut hukum permintaan, apabila harga sesuatu barang meningkat, kuantiti diminta bagi barang tersebut akan menurun. oSebaliknya jika harga barang itu menurun, kuantiti diminta bagi barang tersebut akan meningkat.
HARGA BARANG ITU oApabila harga sayur meningkat daripada P0 kepada P1, kuantiti diminta sayur menurun daripada Q0 kepada Q1. oSebaliknya apabila harga sayur menurun daripada P0 kepada P2, kuantiti diminta sayur meningkat daripada Q0 ke Q2. oHubungan antara harga dengan kuantiti diminta adalah songsang. Perubahan harga barang itu menyebabkan pergerakan berlaku di sepanjang keluk permintaan yang sama.
PENENTU PERMINTAAN BUKAN HARGA BARANG ITU oDalam keadaan sebenar, banyak situasi menunjukkan apabila harga tetap, permintaan barang berubah. oContohnya apabila harga minyak tetap, permintaan minyak menurun kerana peningkatan harga kereta. oMaka jelaslah bahawa selain harga barang itu, terdapat juga faktor-faktor lain yang akan mempengaruhi permintaan.
HARGA BARANG LAIN oPermintaan terhadap suatu barang juga akan dipengaruhi oleh faktor harga barang lain jika dua barang itu ialah barang berkaitan. oBarang berkaitan yang dimaksudkan ialah barang pengganti dan barang penggenap.
BARANG PENGGANTI oBarang pengganti merupakan suatu barang yang boleh diganti dengan mudah oleh barang lain. oApabila harga daging meningkat, isi rumah akan bertukar kepada ikan yang masih tetap harganya. Maka permintaan ikan akan meningkat dan sebaliknya.
BARANG PENGGANTI oHubungan antara harga sesuatu barang dengan permintaan barang penggantinya adalah positif.
BARANG PENGGENAP oBarang yang perlu digunakan bersamasama dengan barang lain. oApabila harga mesin pencetak meningkat, maka permintaan terhadap kartrij dakwat akan berkurangan dan sebaliknya walaupun harga kartrij dakwat tidak berubah.
BARANG PENGGENAP oHubungan antara harga sesuatu barang dengan permintaan barang penggenapnya adalah negatif.
CITA RASA oCita rasa merujuk kepada kegemaran pengguna terhadap sesuatu barang dan perkhidmatan. oCita rasa setiap individu adalah berlainan antara satu sama lain. oKini, perubahan cita rasa mempunyai pengaruh yang kuat terhadap permintaan sesuatu barang memandangkan dunia sekarang tiada sempadan dan cita rasa pengguna di sebuah negara boleh saling mempengaruhi pengguna di negara lain.
CITA RASA oIklan, fesyen, dan kesedaran kesihatan boleh mengubahkan cita rasa pengguna. oIklan yang berjaya akan meningkatkan permintaan barang, contohnya iklan Tahun Melawat Malaysia di negara asing boleh meningkatkan permintaan terhadap pakej pelancongan di Malaysia.
CITA RASA oMasyarakat pelbagai peringkat usia hari ini berdepan dengan risiko pelbagai ancaman penyakit akibat daripada gaya hidup kurang sihat yang diamalkan. oKesedaran kesihatan boleh mengubah gaya hidup masyarakat dan permintaan terhadap produk kesihatan. oMisalnya, memandangkan pekerjaan sekarang memerlukan masyarakat lebih aktif dan produktif maka produk penjagaan kesihatan seperti vitamin dan makanan tambahan menjadi pilihan mereka. oJadi permintaan terhadap barangan tersebut akan meningkat.
PENDAPATAN oDengan andaian ceteris paribus, sekiranya pendapatan seseorang individu meningkat maka permintaannya terhadap sesuatu barang juga akan meningkat. oHal ini demikian kerana kenaikan pendapatan individu akan membawa kepada peningkatan pendapatan boleh guna dan seterusnya kuasa beli individu. oPeningkatan kuasa beli akan menyebabkan permintaan barang meningkat dan keluk permintaan beralih ke kanan.
PENDAPATAN oSebaliknya penurunan pendapatan individu akan membawa kepada penurunan pendapatan boleh guna dan seterusnya kuasa beli individu. oKejatuhan kuasa beli akan menyebabkan permintaan barang menurun dan keluk permintaan beralih ke kiri.
MUSIM oMusim-musim seperti awal persekolahan dan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, dan Hari Deepavali akan meningkatkan permintaan terhadap barang atau perkhidmatan. oPerubahan cuaca juga akan menyebabkan perubahan dalam permintaan sesuatu barangan. oContohnya,semasa musim panas, permintaan terhadap air batu dan aiskrim meningkat. oMaka keluk permintaan barangbarang ini akan beralih ke kanan.
JANGKAAN HARGA MASA DEPAN oApabila ramai pengguna menjangkakan harga sesuatu barang akan meningkat pada masa depan, maka permintaan pengguna terhadap barang tersebut pada masa sekarang akan meningkat. oSebaliknya apabila ramai pengguna menjangkakan harga sesuatu barang akan turun pada masa depan, mereka akan mengurangkan permintaan barang tersebut pada masa sekarang.
DASAR KERAJAAN oKerajaan boleh menjalankan pelbagai dasar seperti cukai pendapatan individu, bantuan kerajaan kepada isi rumah, atau penguatkuasaan undang-undang untuk menjaga industri tempatan. oApabila kerajaan meningkatkan kadar cukai pendapatan individu, maka pendapatan boleh guna individu akan menurun. oKemampuan mereka untuk membeli barang ekonomi akan menurun. oOleh itu, permintaan terhadap barang ekonomi akan menurun dan keluk permintaan terhadap barangan tersebut akan beralih ke kiri.
PERUBAHAN DALAM KUANTITI DIMINTA
PERUBAHAN DALAM KUANTITI DIMINTA oPerubahan dalam kuantiti diminta merujuk kepada perubahan atau pergerakan di sepanjang keluk permintaan yang sama. oPerubahan harga barang itu akan mengakibatkan perubahan dalam kuantiti diminta.
PERUBAHAN DALAM KUANTITI DIMINTA oPergerakan dari titik a ke b dikenal sebagai pengembangan permintaan. oIa menunjukkan kuantiti diminta meningkat daripada Q0 unit kepada Q1 unit akibat daripada penurunan harga barang itu daripada P0 kepada P1. oPergerakan dari titik a ke c dikenal sebagai penguncupan permintaan. oIa menunjukkan kuantiti diminta menurun daripada Q0 unit kepada Q2 unit akibat daripada peningkatan harga barang itu daripada P0 kepada P2.
PERUBAHAN PERMINTAAN
PERUBAHAN PERMINTAAN Perubahan permintaan ditunjukkan oleh peralihan keluk permintaan sama ada ke kiri atau ke kanan selari dengan keluk permintaan yang asal. Perubahan penentu permintaan bukan harga barang itu akan mengakibatkan perubahan permintaan.
PERUBAHAN PERMINTAAN oPeralihan keluk permintaan dari D0D0 ke D1D1 dikenal sebagai pertambahan permintaan. oIa menunjukkan harga barang itu tidak berubah tetapi kuantiti permintaan telah meningkat pada setiap tingkat harga akibat daripada perubahan penentu permintaan bukan harga barang itu. oContohnya, peningkatan pendapatan pengguna menyebabkan kuantiti permintaan meningkat daripada Q0 unit kepada Q1 unit.
PERUBAHAN PERMINTAAN oPeralihan keluk permintaan dari D0D0 ke D2D2 dikenal sebagai pengurangan permintaan. oIa menunjukkan harga barang itu tidak berubah tetapi kuantiti permintaan telah menurun pada setiap tingkat harga akibat daripada perubahan penentu permintaan bukan harga barang itu. oContohnya, penurunan harga barang pengganti menyebabkan kuantiti permintaan menurun daripada Q0 unit kepada Q2 unit.
HUKUM PENAWARAN
HUKUM PENAWARAN oPenawaran merujuk kepada kuantiti sesuatu barang atau perkhidmatan yang sanggup dan mampu dikeluarkan oleh pengeluar atau firma pada suatu tingkat harga tertentu dalam tempoh masa tertentu. oFirma menawarkan barang berdasarkan harga barang tersebut. oApabila harga barang itu meningkat, penawaran firma untuk barang itu juga akan meningkat kerana untung firma meningkat.
HUKUM PENAWARAN oContohnya, sekiranya harga roti meningkat daripada RM0.70 kepada RM0.80 sebungkus, Syarikat Roti Liana akan meningkatkan kuantiti roti yang ditawarkan daripada 800 bungkus ke 1 000 bungkus sehari. oSituasi ini adalah selaras dengan hukum penawaran
HUKUM PENAWARAN oHukum penawaran menyatakan bahawa semakin tinggi harga sesuatu barang, semakin banyak kuantiti ditawarkan dan sebaliknya semakin rendah harga sesuatu barang, semakin kurang kuantiti ditawarkan dengan andaian ceteris paribus. oMaka, hubungan antara harga barang dengan kuantiti ditawarkan adalah positif.
KELUK PENAWARAN FIRMA DAN PASARAN
KELUK PENAWARAN FIRMA DAN PASARAN oPenawaran firma ialah kuantiti barang atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesebuah firma pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu. oHubungan positif antara harga barang dengan kuantiti ditawarkan dapat digambarkan melalui jadual penawaran dan keluk penawaran.
JADUAL PENAWARAN DAN PEMBENTUKAN KELUK PENAWARAN FIRMA oBerdasarkan Jadual 2.5, pada harga RM20 sepasang, sebanyak 4 ribu pasang kasut ditawarkan. oApabila harga kasut meningkat kepada RM40, RM60, RM80 sepasang, semakin banyak kuantiti kasut ditawarkan oleh syarikat iaitu masingmasing meningkat kepada 6 ribu pasang, 8 ribu pasang, dan 10 ribu pasang.