KETIDAKSEIMBANGAN PASARAN oLebihan permintaan akan menyebabkan harga meningkat dan pengeluar akan menambahkan penawaran manakala pengguna akan mengurangkan permintaan. o Proses ini akan berterusan sehingga pasaran mencapai keseimbangan pada titik E dengan harga dan kuantiti keseimbangan masing-masing ialah RM30 dan 9 000 helai.
KETIDAKSEIMBANGAN PASARAN oPada harga yang lebih tinggi daripada harga keseimbangan iaitu harga RM40 dan RM50, lebihan penawaran berlaku. oContohnya pada harga RM40, kuantiti diminta ialah 6 000 helai dan kuantiti ditawarkan ialah 12 000 helai, maka wujud lebihan penawaran sebanyak 6 000 helai (12 000 – 6 000).
KETIDAKSEIMBANGAN PASARAN Lebihan penawaran akan menyebabkan harga turun dan pengguna akan menambahkan permintaan manakala pengeluar akan mengurangkan penawaran. Proses ini akan berterusan sehingga pasaran mencapai keseimbangan semula pada titik E dengan harga dan kuantiti keseimbangan masingmasing ialah RM30 dan 9 000 helai.
PERUBAHAN KESEIMBANGAN
PERUBAHAN KESEIMBANGAN Keseimbangan pasaran yang dihuraikan sebelum ini ialah berdasarkan andaian ceteris paribus iaitu penentu-penentu permintaan dan penawaran bukan harga barang itu tidak berubah, yang berubah hanyalah harga barang itu
PERUBAHAN KESEIMBANGAN Dalam keadaan sebenar, bukan harga barang itu sahaja yang berubah malah terdapat juga penentupenentu lain seperti harga barang lain, cita rasa, tingkat teknologi, dan harga faktor pengeluaran. Apabila penentu bukan harga barang itu berubah, keluk permintaan dan keluk penawaran akan beralih ke kiri atau ke kanan dan seterusnya menyebabkan keseimbangan pasaran turut berubah.
PERUBAHAN PERMINTAAN Perubahan permintaan merujuk kepada pertambahan permintaan atau pengurangan permintaan.
PERTAMBAHAN PERMINTAAN oJika berlaku pertambahan permintaan, maka keluk permintaan sahaja yang akan beralih dan keluk penawaran tetap. oKeluk permintaan akan beralih ke kanan. oRajah 2.16 menunjukkan pertambahan permintaan dan penawaran adalah tetap.
PERTAMBAHAN PERMINTAAN oKeseimbangan pasaran asal tercapai apabila keluk permintaan D0D0 bersilang dengan keluk penawaran S0S0 pada titik E0. oHarga dan kuantiti keseimbangan masing-masing ialah P0 dan Q0. oApabila pertambahan permintaan berlaku (disebabkan oleh penentu permintaan bukan harga barang itu), keluk permintaan akan beralih ke kanan dari D0D0 ke D1D1. oPada harga P0, kuantiti permintaan lebih banyak daripada kuantiti penawaran. oIni bermakna wujud lebihan permintaan. Kesannya, harga akan meningkat ke P1
PERTAMBAHAN PERMINTAAN oKeseimbangan baharu tercapai apabila keluk permintaan D1D1 bersilang dengan keluk penawaran S0S0 pada titik E1. oHarga meningkat dari P0 ke P1 manakala kuantiti meningkat dari Q0 ke Q1. oOleh itu harga dan kuantiti keseimbangan baharu ialah P1dan Q1. oKesimpulannya, apabila berlaku pertambahan permintaan manakala penawaran tetap akan menyebabkan harga dan kuantiti keseimbangan meningkat.
PENGURANGAN PERMINTAAN oSebaliknya jika berlaku pengurangan permintaan, keluk permintaan akan beralih ke kiri manakala keluk penawaran tetap. oRajah 2.17 menunjukkan berlakunya pengurangan permintaan dan penawaran tetap.
PENGURANGAN PERMINTAAN Keseimbangan pasaran asal tercapai apabila keluk permintaan D0D0 bersilang dengan keluk penawaran S0S0 pada titik E0. Harga dan kuantiti keseimbangan masing-masing ialah P0 dan Q0 Pengurangan permintaan menyebabkan keluk permintaan beralih ke kiri dari D0D0 ke D1D1. Pada harga P0, kuantiti penawaran lebih banyak daripada kuantiti permintaan. Ini bermakna wujud lebihan penawaran. Lebihan penawaran akan menyebabkan harga cenderung untuk menurun.
PENGURANGAN PERMINTAAN oKeseimbangan baharu tercapai apabila keluk permintaan D1D1 bersilang dengan keluk penawaran S0S0 pada titik E1. oHarga turun dari P0 ke P1, manakala kuantiti berkurangan dari Q0 ke Q1. oOleh itu harga dan kuantiti keseimbangan baharu ialah P1 dan Q1. oKesimpulannya, apabila berlaku pengurangan permintaan manakala penawaran tetap akan menyebabkan harga dan kuantiti keseimbangan menurun.
PERUBAHAN PENAWARAN Perubahan penawaran merujuk kepada pertambahan penawaran atau pengurangan penawaran.
PERTAMBAHAN PENAWARAN oKeseimbangan pasaran asal tercapai apabila keluk permintaan D0D0 bersilang dengan keluk penawaran S0S0 pada titik E0. oHarga dan kuantiti keseimbangan masing-masing ialah P0 dan Q0 oApabila pertambahan penawaran berlaku, keluk penawaran beralih ke kanan dari S0S0 ke S1S1. oPada harga P0, kuantiti penawaran lebih banyak daripada kuantiti permintaan. Ini bermakna wujud lebihan penawaran. oKesannya, harga akan turun ke P1.
PERTAMBAHAN PENAWARAN Keseimbangan baharu tercapai apabila keluk permintaan D0D0 bersilang dengan keluk penawaran S1S1 pada titik E1. Harga turun dari P0 ke P1, manakala kuantiti meningkat dari Q0 ke Q1. Oleh itu harga dan kuantiti keseimbangan baharu ialah P1 dan Q1. Kesimpulannya, apabila berlaku pertambahan penawaran manakala permintaan tetap, harga keseimbangan turun dan kuantiti keseimbangan meningkat.
PENGURANGAN PENAWARAN oSekiranya berlaku pengurangan penawaran, keluk penawaran akan beralih ke kiri dan keluk permintaan tetap. o Rajah 2.19 menunjukkan berlakunya pengurangan penawaran dan permintaan tetap.
PENGURANGAN PENAWARAN oKeseimbangan pasaran asal tercapai apabila keluk permintaan D0D0 bersilang dengan keluk penawaran S0S0 pada titik E0. oHarga dan kuantiti keseimbangan masing-masing ialah P0 dan Q0. Pengurangan penawaran menyebabkan keluk penawaran beralih ke kiri dari S0S0 ke S1S1. oPada harga P0, kuantiti permintaan lebih banyak daripada kuantiti penawaran. oIni bermakna wujud lebihan permintaan. Kesannya, harga akan meningkat ke P1.
PENGURANGAN PENAWARAN Keseimbangan baharu tercapai apabila keluk permintaan D0D0 bersilang dengan keluk penawaran S1S1 pada titik E1. Harga meningkat dari P0 ke P1, manakala kuantiti menurun dari Q0 ke Q1. Oleh itu harga dan kuantiti keseimbangan baharu ialah P1 dan Q1. Kesimpulannya, apabila berlaku pengurangan penawaran manakala permintaan tetap akan menyebabkan harga keseimbangan meningkat dan kuantiti keseimbangan menurun.
TAMAT