JADUAL PENAWARAN DAN PEMBENTUKAN KELUK PENAWARAN FIRMA Daripada jadual penawaran kasut di atas, boleh dibina keluk penawaran kasut
JADUAL PENAWARAN DAN PEMBENTUKAN KELUK PENAWARAN FIRMA oBerdasarkan Rajah 2.8, paksi mendatar menunjukkan kuantiti ditawarkan dan paksi menegak menunjukkan harga. oApabila harga kasut ialah RM20, kuantiti kasut yang ditawarkan oleh Syarikat Kasut Teguh adalah sebanyak 4 ribu pasang seperti yang ditunjukkan oleh titik a. oApabila harga kasut meningkat kepada RM40, RM60, dan RM80, kuantiti kasut yang ditawarkan semakin meningkat iaitu masing-masing menjadi 6 ribu pasang, 8 ribu pasang, dan 10 ribu pasang dan ditunjukkan oleh titik b, c, dan d.
JADUAL PENAWARAN DAN PEMBENTUKAN KELUK PENAWARAN FIRMA oKeluk penawaran (SS) terbentuk dengan menyambungkan setiap titik kombinasi harga dan kuantiti ditawarkan iaitu titik a, b, c, dan d. oKeluk penawaran mencerun ke atas dari kiri ke kanan menunjukkan hubungan langsung antara harga dengan kuantiti ditawarkan seperti yang dinyatakan dalam hukum penawaran.
KELUK PENAWARAN FIRMA DAN PASARAN oPenawaran pasaran ialah kuantiti sesuatu barang atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh semua firma dalam pasaran pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu. oDalam keadaan sebenar, penawaran sesuatu barang tidak terhad kepada seorang pengeluar atau sebuah firma sahaja tetapi melibatkan ramai pengeluar dan firma yang lain.
PEMBENTUKAN KELUK PENAWARAN PASARAN oPenawaran pasaran diperoleh dengan menjumlahkan secara mendatar kuantiti ditawarkan oleh setiap firma dalam pasaran pada suatu tingkat harga dalam tempoh masa tertentu
PEMBENTUKAN KELUK PENAWARAN PASARAN oAndaikan bahawa dalam pasaran beg galas hanya terdapat dua buah firma iaitu Syarikat Jenas dan Syarikat Kiwis. oPenawaran pasaran diperoleh dengan menjumlahkan secara mendatar kuantiti ditawarkan oleh Syarikat Jenas dan Syarikat Kiwis pada setiap tingkat harga.
PEMBENTUKAN KELUK PENAWARAN PASARAN oContohnya, pada harga RM15 seunit, penawaran pasaran ialah 30 unit iaitu dengan menjumlahkan kuantiti ditawarkan oleh Syarikat Jenas sebanyak 20 unit dan kuantiti ditawarkan oleh Syarikat Kiwis sebanyak 10 unit. oBegitu juga pada harga seterusnya. Apabila harga meningkat kepada RM30, RM45, dan RM60 seunit, semakin banyak kuantiti beg galas ditawarkan oleh Syarikat Jenas dan Syarikat Kiwis, oleh itu penawaran pasaran turut meningkat iaitu masingmasing menjadi 40 unit (25 + 15), 50 unit (30 + 20), dan 60 unit (35 + 25).
PEMBENTUKAN KELUK PENAWARAN PASARAN DARIPADA KELUK PENAWARAN FIRMA BEG GALAS Berdasarkan rajah, paksi mendatar menunjukkan kuantiti ditawarkan dan paksi menegak menunjukkan harga. Keluk penawaran pasaran (SpSp) diterbit daripada keluk penawaran Syarikat Jenas (SJSJ) dan keluk penawaran Syarikat Kiwis (SKSK) yang dilukiskan secara mendatar pada setiap tingkat harga. Pada tingkat harga RM15 seunit, penawaran pasaran beg galas ialah 30 unit yang ditunjukkan oleh titik w pada Rajah 2.9(c), iaitu dengan menjumlahkan secara mendatar penawaran Syarikat Jenas (Rajah 2.9(a)) sebanyak 20 unit dan penawaran Syarikat Kiwis (Rajah 2.9(b)) sebanyak 10 unit.
PEMBENTUKAN KELUK PENAWARAN PASARAN DARIPADA KELUK PENAWARAN FIRMA BEG GALAS oApabila harga meningkat kepada RM30, RM45, dan RM60, penawaran pasaran semakin meningkat iaitu masing-masing menjadi 40 unit, 50 unit, dan 60 unit dan titik kombinasinya masingmasing ialah x, y, dan z. oKeluk penawaran pasaran SpSp terbentuk dengan menyambungkan setiap titik kombinasi harga dan kuantiti ditawarkan iaitu titik w, x, y, dan z.
PEMBENTUKAN KELUK PENAWARAN PASARAN DARIPADA KELUK PENAWARAN FIRMA BEG GALAS Keluk penawaran pasaran SpSp terbentuk dengan menyambungkan setiap titik kombinasi harga dan kuantiti ditawarkan iaitu titik w, x, y, dan z. Keluk penawaran pasaran mencerun ke atas dari kiri ke kanan menunjukkan hubungan langsung antara harga dengan kuantiti ditawarkan seperti yang dinyatakan dalam hukum penawaran. Didapati keluk penawaran pasaran (SpSp) lebih landai daripada keluk penawaran Syarikat Jenas (SJSJ) dan keluk penawaran Syarikat Kiwis (SKSK).
PENENTU PENAWARAN
PENENTU PENAWARAN oFaktor yang mempengaruhi penawaran sesuatu barang boleh dibahagikan kepada harga barang itu dan bukan harga barang itu
HARGA BARANG ITU oFaktor penentu penawaran yang utama ialah perubahan dalam harga barang itu sendiri. oMengikut hukum penawaran, apabila harga sesuatu barang itu meningkat, kuantiti yang ditawarkan oleh firma juga meningkat dan sebaliknya jika harga barang itu menurun, kuantiti yang ditawarkan bagi barang tersebut akan berkurang oOleh itu, hubungan antara harga barang dengan kuantiti ditawarkan adalah positif.
HARGA BARANG ITU oPerubahan dalam harga barang itu akan menyebabkan perubahan dalam kuantiti ditawarkan yang ditunjukkan oleh pergerakan di sepanjang keluk penawaran yang sama
HARGA BARANG ITU oDengan andaian faktor lain adalah tetap atau ceteris paribus, apabila harga minyak sawit meningkat daripada P0 kepada P1, kuantiti ditawarkan minyak sawit meningkat daripada Q0 kepada Q1. o Sebaliknya apabila harga minyak sawit menurun daripada P0 kepada P2, kuantiti ditawarkan minyak sawit menurun daripada Q0 kepada Q2. oHubungan antara harga dengan kuantiti ditawarkan adalah positif. Perubahan harga barang itu menyebabkan pergerakan berlaku di sepanjang keluk penawaran yang sama.
PENENTU PENAWARAN BUKAN HARGA BARANG ITU oWalaupun harga barang itu merupakan penentu utama penawaran, tetapi dalam keadaan sebenar, banyak situasi menunjukkan apabila harga tetap, penawaran barang berubah. oContohnya penawaran komputer meningkat walaupun harga tidak berubah kerana berlaku peningkatan dalam teknologi pembuatannya. oMaka jelaslah bahawa selain harga barang itu, terdapat juga faktor-faktor lain yang mempengaruhi penawaran.
HARGA FAKTOR PENGELUARAN oPeningkatan harga faktor pengeluaran seperti sewa tanah, upah buruh, dan bahan mentah dalam kegiatan pengeluaran akan menyebabkan kos pengeluaran meningkat. o Peningkatan kos pengeluaran akan menyebabkan keuntungan firma menurun. oApabila keuntungan firma merosot, firma akan mengurangkan pengeluaran. oPada tingkat harga yang sama di pasaran, keluk penawaran akan beralih ke kiri. oSebaliknya, penurunan harga faktor pengeluaran menyebabkan penjimatan dalam kos pengeluaran dan seterusnya meningkatkan keuntungan firma. oOleh itu, firma akan menambahkan pengeluaran pada tingkat harga yang sama di pasaran.
JANGKAAN HARGA MASA DEPAN oApabila pengeluar menjangkakan harga sesuatu barang akan meningkat pada masa depan, firma akan mengurangkan penawaran barang tersebut pada masa sekarang. oKesannya, penawaran barang tersebut akan berkurang dan keluk penawaran akan beralih ke kiri. oSebaliknya, apabila pengeluar menjangkakan harga sesuatu barang akan turun pada masa depan, firma akan menambahkan penawaran barang tersebut pada masa kini. oMaka, penawaran barang tersebut akan meningkat dan keluk penawaran akan beralih ke kanan.
CUACA oCuaca buruk seperti banjir atau kemarau yang berpanjangan boleh merosakkan tanaman dan seterusnya mengurangkan jumlah penawarannya di pasaran. oContohnya tanah runtuh yang berlaku di Cameron Highlands akibat hujan lebat menyebabkan pengeluaran sayur-sayuran berkurangan, keadaan ini menyebabkan penawarannya juga berkurang.
CUACA oOleh itu, keluk penawaran akan beralih ke kiri. oSebaliknya cuaca cerah dan kadar kelembapan yang sesuai dengan pertumbuhan tanaman akan meningkatkan jumlah penawaran sayur-sayuran di pasaran. oOleh itu, keluk penawaran akan beralih ke kanan.
TINGKAT TEKNOLOGI oKemajuan dalam tingkat teknologi seperti reka ciptaan teknologi yang lebih canggih, mesin yang lebih moden, dan teknik pengeluaran yang lebih cekap dapat meningkatkan daya pengeluaran sesebuah firma. oSelain itu, kos dan masa pengeluaran juga dapat dikurangkan. Melalui penggunaan teknologi moden juga, pengeluaran secara besar-besaran dapat dijalankan. Peningkatan pengeluaran menyebabkan keluk penawaran beralih ke kanan.
MATLAMAT PENGELUAR oSeorang pengeluar atau firma lazimnya mempunyai dua objektif iaitu sama ada memaksimumkan keuntungan atau memaksimumkan jualan. oObjektif sebahagian besar firma adalah untuk memaksimumkan keuntungan. oBagi memaksimumkan keuntungan, sesebuah firma tidak harus mengeluarkan output secara berlebihan. oPengeluaran berlebihan akan menyebabkan harga barang turun. oPenurunan harga barang akan menjejaskan keuntungan firma. oOleh itu, sekiranya objektif firma adalah untuk memaksimumkan keuntungan, firma akan mengurangkan pengeluarannya. Maka, keluk penawaran akan beralih ke kiri.
MATLAMAT PENGELUAR oSebaliknya, sekiranya objektif firma adalah untuk memaksimumkan jualan, firma akan meningkatkan pengeluaran dengan sebanyak mungkin. oDengan berbuat demikian, harga yang dikenakan terhadap pengguna akan menjadi lebih rendah dan firma dapat menguasai sebahagian besar pasaran. oOleh itu, sekiranya objektif firma adalah untuk memaksimumkan jualan, firma akan menambahkan pengeluaran. Keluk penawaran akan beralih ke kanan.
DASAR KERAJAAN oKerajaan melalui polisi cukai, pemberian subsidi, galakan taraf perintis, dan pelepasan cukai boleh mempengaruhi penawaran barangan. oKenaikan cukai contohnya cukai ke atas input akan menyebabkan kurangnya barangan yang akan dikeluarkan oleh firma kerana kos pengeluaran meningkat. oKesannya, keluk penawaran akan beralih ke kiri.
DASAR KERAJAAN oDasar kerajaan yang memberi subsidi atau taraf perintis kepada firma dapat mengurangkan kos pengeluaran. oPengurangan kos pengeluaran akan menggalakkan firma untuk menambahkan pengeluarannya. oKesannya, keluk penawaran akan beralih ke kanan.
PERUBAHAN DALAM KUANTITI DITAWARKAN
PERUBAHAN DALAM KUANTITI DITAWARKAN oPerubahan harga barang itu akan mengakibatkan perubahan dalam kuantiti ditawarkan. oPerubahan dalam kuantiti ditawarkan merujuk kepada pergerakan di sepanjang keluk penawaran yang sama.
PERUBAHAN DALAM KUANTITI DITAWARKAN Pergerakan dari titik a ke b dikenal sebagai pengembangan penawaran. Ia menunjukkan kuantiti ditawarkan meningkat daripada Q0 unit kepada Q1 unit akibat daripada peningkatan harga barang itu daripada P0 kepada P1. Pergerakan dari titik a ke c dikenal sebagai penguncupan penawaran. Ia menunjukkan kuantiti ditawarkan menurun daripada Q0 unit kepada Q2 unit akibat daripada penurunan harga barang itu daripada P0 kepada P2.
PERUBAHAN PENAWARAN
PERUBAHAN PENAWARAN oPerubahan penentu penawaran bukan harga barang itu akan mengakibatkan perubahan penawaran. oPenentu penawaran bukan harga barang itu merujuk kepada penentu-penentu selain faktor harga barang itu sendiri seperti harga faktor pengeluaran, matlamat pengeluar, tingkat teknologi, cuaca, jangkaan harga masa depan, dan dasar kerajaan. oPerubahan penawaran merujuk kepada peralihan keluk penawaran sama ada ke kiri atau ke kanan selari dengan keluk penawaran yang asal.
PERUBAHAN PENAWARAN
PERUBAHAN PENAWARAN oPeralihan keluk penawaran dari S0S0 ke S1S1 dikenal sebagai pertambahan penawaran. oIa menunjukkan harga barang itu tidak berubah tetapi kuantiti penawaran telah meningkat pada setiap tingkat harga akibat daripada perubahan penentu penawaran bukan harga barang itu. oContohnya peningkatan tingkat teknologi menyebabkan kuantiti penawaran meningkat daripada Q0 unit kepada Q1 unit.
PERUBAHAN PENAWARAN oPeralihan keluk penawaran dari S0S0 ke S2S2 dikenal sebagai pengurangan penawaran. oIa menunjukkan harga barang itu tidak berubah tetapi kuantiti penawaran telah menurun pada setiap tingkat harga akibat daripada perubahan penentu penawaran bukan harga barang itu. oContohnya cuaca yang buruk menyebabkan kuantiti penawaran menurun daripada Q0 unit kepada Q2 unit.
KESEIMBANGAN PASARAN
KESEIMBANGAN PASARAN oPasaran ialah suatu tempat atau situasi yang membolehkan penjual dan pembeli berinteraksi sama ada secara langsung atau tidak langsung untuk menjalankan urus niaga pada suatu tingkat harga dalam tempoh masa tertentu. oBerikutan dengan perkembangan teknologi dan kemudahan alat komunikasi serta kemajuan sistem perhubungan, kini pasaran tidak langsung menjadi semakin popular. oContohnya, e-dagang semakin disambuti oleh masyarakat kerana pasarannya yang luas dan tanpa sempadan.
KESEIMBANGAN PASARAN
KESEIMBANGAN PASARAN oPada tingkat keseimbangan, harga dan kuantiti keseimbangan dapat ditentukan. oKeseimbangan pasaran boleh dijelaskan melalui cara jadual dan rajah.
JADUAL DAN RAJAH KESEIMBANGAN PASARAN
JADUAL DAN RAJAH KESEIMBANGAN PASARAN Keseimbangan pasaran boleh dijelaskan melalui cara jadual dan rajah.
JADUAL DAN RAJAH KESEIMBANGAN PASARAN oJadual 2.7 menunjukkan permintaan dan penawaran seluar sukan di pasaran. oBerdasarkan jadual, keseimbangan pasaran dicapai pada tingkat harga RM30 apabila kuantiti permintaan pasaran sama dengan kuantiti penawaran pasaran pada 9 000 helai.
JADUAL DAN RAJAH KESEIMBANGAN PASARAN oRajah 2.13 diterbitkan daripada Jadual 2.7. oKeseimbangan pasaran dicapai apabila keluk permintaan pasaran (DD) bersilang dengan keluk penawaran pasaran (SS) pada titik E. oHarga keseimbangan dicapai pada RM30 dan kuantiti keseimbangan dicapai pada 9 000 helai. oPada tingkat keseimbangan, harga dan kuantiti tidak cenderung untuk berubah.
KETIDAKSEIMBANGAN PASARAN
KETIDAKSEIMBANGAN PASARAN oSesuatu pasaran dikatakan berada dalam ketidakseimbangan apabila jumlah permintaan pengguna tidak sama dengan jumlah penawaran pengeluar. oDua keadaan akan berlaku apabila pasaran berada pada ketidakseimbangan oLebihan permintaan merujuk keadaan apabila kuantiti diminta melebihi kuantiti ditawarkan dalam pasaran pada suatu tingkat harga tertentu. oLebihan penawaran merujuk keadaan apabila kuantiti ditawarkan melebihi kuantiti diminta dalam pasaran pada suatu tingkat harga tertentu.
KETIDAKSEIMBANGAN PASARAN oPada harga yang lebih rendah daripada harga keseimbangan, iaitu harga RM10 dan RM20, lebihan permintaan berlaku. oContohnya pada harga RM10, kuantiti diminta ialah 15 000 helai dan kuantiti ditawarkan ialah 3 000 helai, maka wujud lebihan permintaan sebanyak 12 000 helai (15 000 – 3 000). oPada harga RM20, wujud lebihan permintaan sebanyak 6 000 helai (12 000 – 6 000).
KETIDAKSEIMBANGAN PASARAN oLebihan permintaan akan menyebabkan harga meningkat dan pengeluar akan menambahkan penawaran manakala pengguna akan mengurangkan permintaan. oProses ini akan berterusan sehingga keseimbangan pasaran dicapai pada tingkat harga RM30 dengan kuantiti sebanyak 9 000 helai.
KETIDAKSEIMBANGAN PASARAN oPada harga yang lebih tinggi daripada harga keseimbangan iaitu harga RM40 dan RM50, lebihan penawaran berlaku. oContohnya pada harga RM40, kuantiti diminta ialah 6 000 helai dan kuantiti ditawarkan ialah 12 000 helai, maka wujud lebihan penawaran sebanyak 6 000 helai (12 000 – 6 000) dan pada harga RM50 sehelai, wujud lebihan penawaran sebanyak 12 000 helai (15 000 – 3 000).
KETIDAKSEIMBANGAN PASARAN oLebihan penawaran akan menyebabkan harga turun dan pengguna akan menambahkan permintaan manakala pengeluar akan mengurangkan penawaran. oProses ini akan berterusan sehingga keseimbangan pasaran dicapai pada tingkat harga RM30 dan 9 000 helai.
KETIDAKSEIMBANGAN PASARAN oBerdasarkan Rajah 2.14, keseimbangan pasaran dicapai pada titik E dengan tingkat harga keseimbangan RM30 dan kuantiti keseimbangan 9 000 helai. Ketidakseimbangan berlaku apabila pasaran mengalami lebihan permintaan atau lebihan penawaran.
KETIDAKSEIMBANGAN PASARAN oPada harga yang lebih rendah daripada harga keseimbangan iaitu harga RM10 dan RM20, lebihan permintaan berlaku. oContohnya pada harga RM10, kuantiti diminta ialah 15 000 helai dan kuantiti ditawarkan ialah 3 000 helai, maka wujud lebihan permintaan sebanyak 12 000 helai (15 000 – 3 000).
KETIDAKSEIMBANGAN PASARAN Pada harga yang lebih rendah daripada harga keseimbangan iaitu harga RM10 dan RM20, lebihan permintaan berlaku. Contohnya pada harga RM10, kuantiti diminta ialah 15 000 helai dan kuantiti ditawarkan ialah 3 000 helai, maka wujud lebihan permintaan sebanyak 12 000 helai (15 000 – 3 000).